KEUSAHAWANAN DAN DAYA SAING USAHAWAN MELAYU DI SEK.TOR PELANCONGAN

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006 KEUSAHAWANAN DAN DAYA SAING USAHAWAN MELAYU DI SEK.TOR PELANCONGAN Yahaya Ibrahim N orsiah Ahmad Pengenalan A...
Author: Spencer Owens
96 downloads 1 Views 241KB Size
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

KEUSAHAWANAN DAN DAYA SAING USAHAWAN MELAYU DI SEK.TOR PELANCONGAN Yahaya Ibrahim N orsiah Ahmad Pengenalan Aktiviti perniagaan clan keusahawanan di kalangan masyarakat negara ini, terutamanya di kalangan orang Melayu telah lama digerakkan iaitu selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan bagi mengimbangi kosentrasi sesuatu biclang ekonomi itu kepacla sesuatu kaum sahaja. Namun usaha para usahawan Melayu yang masih baru clan kecil bilangannya berbanding kaum lain, dilihat begitu sukar untuk menempatkan diri clalam sesuatu biclang yang agak baru clan kurang diceburi oleh mereka. Keaclaan ini clapat disaksikan sebelum DEB lagi, clan hingga ke hari ini pun, majoriti ahli perniagaan Melayu yang bergelar usahawan yang berjaya masih jauh untuk menandingi jumlah kaum bukan Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa fenomena keticlakseimbangan ekonomi antara kaum telah mencetuskan rasa ticlak puas hati terhaclap penguasaan ekonomi oleh satu kaum sahaja yang membawa kepacla tercetusnya insiclen berclarah 13 Mei 1969, yang juga mempamerkan kegagalan integrasi nasional. Melalui Dasar Ekonomi Baru clan seterusnya

16

Keusahawanan Dan Daya Saini Usahawan Melayu Di &ktor Pelancongan



kini Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah menggariskan tekad untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Usaha ini dibuat bagi memastikan daya saing dapat dipertingkatkan dalam semua sektor utama ekonomi serta saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. Meskipun matlamat tersebut tidak tercapai seratus peratus, namun kini jelas dilihat bahawa dasar tersebut telah berjaya mengurangkan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara seterusnya menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama di mana faedah yang diperoleh dapat dinikmati oleh semua rakyat. Salah satu strategi dalam usaha mempertingkatkan daya saing dalam bidang ekonomi ialah dengan melahirkan lebih ramai usahawan baru. Meskipun usaha ini telah lama disarankan, namun tindakan yang lebih serius hanya dibuat sekitar tahun 1980-an dengan mewujudkan kementerian khusus berkaitan usahawan dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan baru terutama bumiputera yang mampu bersaing di pentas ekonomi yang terbuka luas. Pelbagai program pembangunan perniagaan dan keusahawanan telah dianjurkan oleh agensi-agensi seperti MARA, Unit-unit Perancang Ekonomi Negeri (OPEN) dan PUNB ke arah mempertingkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang. Ramai yang telah berjaya dan tulin dari segi inisiatif, serta pencapaian yang boleh diiktiraf. Namun terdapat juga keadaan di mana mereka yang disebut dan dikelaskan sebagai usahawan oleh masyarakat umum hanyalah mereka yang berjaya memperolehi 'projek'. Adakalanya sebahagian daripada mereka ini ialah pelobi dan bukan usahawan dalam ertikata sebenar. Hingga kini, kritikan yang paling bernas dalam konteks pembangunan usahawan ialah 'kelahiran seseorang usahawan Melayu/Bumiputera yang berjaya masih tidak dapat melahirkan semula usahawan-usahawan baru yang lain'. Ini menunjukkan bahawa rantaian kewujudan usahawan ini tidak berterusan sebagaimana yang diharapkan dan keadaan ini lebih serius terutamanya dalam bidang-bidang yang

17

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006

berprofail tinggi.

Usahawan dan Daya Saing Para peniaga kecil boleh diibaratkan sebagai anak benih kepada usahawan, Bermula dari sinilah selalunya mereka berjaya menerokai bidang perniagaan yang lebih luas sebagai pembekal atau pemborong, seterusnya menjadi usahawan yang berjaya, Kelahiran para usahawan berskala kecil pada asasnya ialah berpunca daripada adanya mereka yang bercita-cita ingin memajukan diri melalui aktiviti yang boleh memberikan pulangan yang lumayan ekoran daripada perkembangan aktiviti ekonomi setempat, Mereka dikenali sebagai individu yang gigih, mempunyai wawasan dan sasaran, kreatif serta optimis akan kejayaan daripada usaha yang dilakukan. Oleh itu, kelahiran mereka ini seharusnya disambut dan dipupuk agar mereka dapat terns memperoleh peluang, bersaing, mengembangkan perniagaan dan seterusnya mengagihkan semula peluang-peluang terse but kepada mereka yang baru menceburi bidang ini. Perubahan paradigma daripada peniaga kecil kepada usahawan selalunya memerlukan banyak persediaan. Banyak pihak yang perlu memainkan peranan dengan saling melengkapi bagi menyediakan keperluan agar usahawan baru tidak mudah gagal dalam persaingan. Usaha melengkapi mereka ini tidak semudah usaha memberikan pengiktirafan setelah mereka berjaya. Penilaian perlu dibuat seawalnya, kekurangan perlu dikenalpasti satu-persatu serta kelemahan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Dalam konteks pembangunan mega, usahawan Melayu kecil tempatan seringkali dikatakan terpinggir apabila kapasiti pembangunan yang dibawa ke sesuatu tempat itu adalah di luar kemampuannya. Mereka yang terhad dari segi modal, pengalaman dan perhubungan (contact), dilihat begitu sukar memperolehi peluang (meskipun sekadar serpihan da-

18

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

ripada projek besar), apatah lagi untuk bersaing dengan para usahawan yang telah lama maju serta mempunyai kepakaran dalam bidang masingmasmg. Kajian menunjukkan bahawa usahawan mempunyai sifat yang 'universal' merentasi ras, budaya mahupun batasan geografikal. Sifat-sifat tersebut adalah seperti kecerdasan clan kecelikan (Danco 1994), berwawasan, berpandangan jauh, yakin diri, kuat usaha, tidak putus asa, berdikari clan berani mencuba (Herron & Sapienza 1992; Boatler 1992), boleh berimaginasi serta kreatif (Doescher 1992) clan banyak lagi. Mengikut Lawlis (1971) seseorang usahawan ialah individu yang mempunyai daya motivasi yang tinggi, sifat-sifat berdikari, bertanggungjawab clan sering bertindak sebagai pernimpin. Sifat-sifat ini melambangkan tahap dorongan dalaman yang tinggi, yang juga dirumuskan sebagai sifat-sifat dominan bagi mereka yang mempunyai daya saing yang tinggi (Gronemann & Lear 1985). Dalam hal yang sama, Niehouse (1986) menekankan bahawa kedinamikan individu dalam menguruskan sesuatu urusniaga ialah faktor penting yang mendorong usahawan atau peniaga untuk terns berdaya saing. Usahawan yang berdaya saing dikenalpasti mempunyai tahap tanggungjawab yang tinggi terhadap diri sendiri, pekerja bawahan clan terutama sekali pelanggan. Di Malaysia, terdapat juga beberapa pengkaji seperti Yep Putih (1985), Sudin Haron (1990), Suhairni Mansor (1991), Mohd Taib & Mahmood Nazar Mohamed (1993), Sabitha & Mahmood (1994), Mahmood Nazar Mohamed (1993), Moha Asri Hj. Abdullah (1999) yang juga menyatakan profil personaliti usahawan yang sama. Dalam usaha menjadikan seseorang itu usahawan Melayu yang berdaya saing ia seharusnya berteraskan kepada kecenderungan, keinginan, clan kemahuan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang turut menyumbang pula kepada faktor kepuasan, tanggungjawab, clan penglibatan secara menyeluruh dalam menjayakan sesuatu projek. Melihat kepada konsep keusahawanan sedemikian, ia me-

19

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

liputi ciri-ciri kebolehan, kemampuan, dan kecendernngan untuk mencari, mengesan, dan merebut peluang-peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan, membuat pembaharnan serta pengubahsuaian yang produktif, yang berfaedah bagi meningkatkan daya pengeluaran dan bercitakan kejayaan perniagaan untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, seseorang usahawan seharnsnya kreatif, inovatif, dinamik, dan berkebolehan untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan untuk memuaskan kehendak pengguna. Ciri-ciri keusahawanan dapat diukur dari segi inisiatif, kreatif, inovatif, kebolehan menghadapi risiko dan juga orientasi kejayaan. Bertitiktolak kepada ciri-ciri tersebut, maka usaha untuk melahirkan seseorang usahawan Melayu seharnsnya berpandukan kepada penelitian terhadap kebolehan atau kemungkinan seseorang calon untuk terns berdaya maju sebaga.i seorang usahawan. Mereka juga seharnsnya sentiasa bersedia untuk menghadapi persaingan. Harns difahami bahawa konsep 'persaingan' bukannya memusuhi lawan, tetapi lebih kepada proses penambahba.ikan diri (i\fuhammad 1993). Manakala kemampuan untuk berdaya saing memerlukan perancangan serta persediaan. Keghairahan mereka yang ingin bersaing adalah lebih besar daripada pihak yang menanti untuk disaingi. Pihak ini juga lebih yakin, lebih mantap persediaannya dan selalunya telah membuat pelbagai percaturan awal agar segala dasar serta peraturan dalam persaingan tersebut lebih memihak kepada mereka. Persaingan dalam dunia ekonomi sekarang walaupun nampak lebih bebas, ianya memberikan kelebihan kepada mereka yang mampu dan telah lama maju, tetapi bukan untuk mereka yang barn bercita-cita ingin maju. Oleh itu seseorang yang ingin menjadi usahawan Melayu yang berdaya saing seharnsnya mampu membuat persediaan untuk menghadapi persaingan yang sentiasa dinamik dan mencabar. Dalam konteks masyarakat Jepun misalnya, sifatsifat seperti asertif, tegas, degil, berfikiran kritikal, kreatif, inovatif, berkesinambungan, berfikiran terbuka dan bertanggungjawab begitu jelas

20

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Me/ayu Di Sektor Pe/ancongan

di kalangan para usahawan Jepun yang sentiasa bergerak ke tahap competitive edge yang membolehkan mereka bersaing bukan sekadar di kalangan mereka, tetapi juga di pasaran antarabangsa. Malah dalam keskes yang ekstrim, mereka sanggup melakukan "harakiri" jika mereka gagal atau tewas dalam persaingan. Sebenarnya bukanlah perbuatan bunuh diri itu yang mahu dicontohi, tetapi tekad meletakkan komitmen pada tahap tertinggi dalam persaingan yang menjadi inti moral yang boleh ditauladani. Beginilah kemuncak semangat daya saing yang perlu dihayati oleh setiap mereka yang ingin bergelar usahawan.

Pelancongan dan 'Bebas Cukai' di Pulau Tioman Sektor pelancongan merupakan sektor barn bagi komuniti tempatan di Malaysia, namun ianya telah lama bertapak di kalangan pengusaha sektor perhotelan clan pengangkutan yang telah lebih awal berkecimpung dalam bidang ini semenjak 1960-an clan 1970-an lagi. Mereka inilah dikatakan sebagai golongan yang mula-mula meneroka clan memajukan sektor pelancongan negara seterusnya berperanan bersama-sama kerajaan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkenal di Asia Tenggara. Mereka ini juga merupakan golongan kapitalis yang bermodal besar, mempunyai rangkaian di luar negara clan telah banyak berjasa mempromosikan Malaysia, tetapi usaha mereka adalah atas dasar mengaut keuntungan daripada para pelancong yang sedia membayar setiap perkhidmatan yang diberikan. Seterusnya faktor kadar tukaran wang yang rendah, beserta dengan keunikan budaya clan juga pelbagai pakej istimewa yang ditawarkan, telah menjadi daya tarikan kepada para pelancong asing untuk datang.

21

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Jadual 1: Sorotan Pelancongan (1997-2003) 1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

6,211

5,551

7,931

l0,221

12,775

13,292

10,576

Ase an

715

65.5

75.0

70.4

72.1

74.3

Japan

5.0

4.5

3.6

4.5

3.1

2.7

2.0

Australia

2.1

2.6

l.7

2.3

l.7

1.5

1.4

UK

2.6

2.9

l.7

2.3

2.1

2.0

l.2

18.8

24.5

18.0

20.5

21.0

19.5

19.4

10,51

9,334

13,452

18,756

25,832

26,878

22,113

Bil. Hotel

1,365

1,419

1,404

1,492

1,776

1,878

1,989

Bil Bilik

Sorotan Bil. Pelancongan ('000) Negara Asal

Yang Lain-lain Jumlah Pendapatan Daripada Pelancongan

76.0

(RM Juta)

98,440

107,791

109,413

134,586

130,757

136,542

144,380

Purata Masa Tinggal

5.3

5.5

5.5

5.5

6.1

7.8

72

KadaT Purata

5.0

4.5

3.6

4.5

3.1

2.7

2.0

2.6

2.9

l.7

2.3

2.1

2.0

1.2

Kependudukan (%) Jumlah Kuasa Pelancongan

Sumber:

Laporan Ka;ian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Ket;ijuh (1999:248),

Laporan Kajian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Kelapan (2003:376) dan http://www.tourism.gov/ report/ 2002 1a.html

Jadual 1 di atas menunjukkan bentuk kedatangan para pelancong dari luar negara dari tahun 1997 hingga 2003. Jumlah pelancong menurun sepanjang tahun 1997 dan 1998 berikutan berlakunya krisis ekonomi yang melumpuhkan banyak ekonomi negara-negara dunia. Jumlah pelancong dari negara-negara ASEAN (Singapura, Thailand, Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Jepun) yang datang ke Malaysia juga menunjukkan kemerosotan kerana negara-negara tersebut juga ditimpa krisis ekonomi seperti Malaysia. Berikutan daripada peningkatan jumlah ketibaan pelancong luar dan

22

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Me/ayu Di Sektor Pelancongan

juga aktiviti pelancongan di kalangan masyarakat tempatan yang semakin meningkat pada setiap tahun (kecuali tahun-tahun kemelesetan ekonomi, 1997-1998) pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menjadikan industri pelancongan sebagai sektor ekonomi yang teguh, berdaya maju, berdaya saing dan tumbuh secara berterusan. Usaha-usaha ke arah peningkatan peranan sektor ini telah dipergiatkan ke semua arah dan peringkat termasuklah latihan, pemasaran, penggalakan dan strategi bagi menarik para pelancong dari dalam dan luar negara. Pelbagai promosi telah dijalankan terutama di luar negara bagi memperkenalkan negara ini. Penyediaan kemudahan asas dan prasarana seperti pembinaan lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lebuhraya misalnya ialah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi mencapai impian terse but. Jadual 2: Statistik Pelancongan Pulau Tioman (1995-2002)

Ketibaan Pelancong

Purata

Kadar

Pendapatan

Tempoh

Penginapan

(RM)

Tinggal

Purata (%)

(Hari) Tahon

Domestik

Jumlah

Loar Negara

Bil

(%)

Bil

(%)

1995

34,283

21

131,221

79

166,046

4.50

51.00

108,345

1996

48,284

28

124,588

72

172,850

4.20

68.10

108,896

1997

51,428

28

131,221

72

182,649

2.50

47.74

70,778

1998

85,037

42

115,172

58

200,209

3.50

46.44

112,117

1999

74,257

40

111,687

60

185,209

2.00

42.50

61,362

2000

72,383

36

128,144

64

200,527

2.50

41.71

58,244

2001

12,675

53

115,377

47

243,052

3.00

42.30

127,602

2002

111,094

58

93,778

44

212,872

2.50

40.41

95,927

Sumber:

Lembaga Pembangunan Tioman (TDA)

Meskipun pelbagai cabaran yang dihadapi dengan kadar kemasukan pelancong yang turun naik bergantung kepada isu global dan juga

23

Jurnal Pengajian Me/ayu, Ji/id 17, 2006

nasional, akhirnya Malaysia terns mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam sektor ini. Pembangunan ini bukan sahaja dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara, malah dapat membantu para usahawan kecil dalam bidang ini membina kekuatannya sendiri dalam usaha memperteguhkan perniagaan ke arah menjadi usahawan Melayu yang berdaya maju. Pengistiharan Pulau Tioman ini sebagai 'Pulau Bebas Cukai' pada September 2002 telah mengembirakan banyak pihak dengan harapan lebih ramai pelancong akan mendarat di pulau ini. Namun di sebalik pengistiharan sebagai pulau bebas cukai ini, sebenarnya inilah peluang yang ditunggu-tunggu oleh para pengusaha luar untuk membina empayarnya di sini. Oleh itu diperhatikan bahawa dasar liberalisasi ekonomi melalui pengistiharan 'bebas cukai' ini dilihat tidak banyak yang memihak kepada komuniti tempatan. Pengistiharan ini sebenarnya tidakpun memberikan impak yang besar dari segi kedatangan pelancong asing. Kesan daripada peristiharan tersebut juga sebenarnya telah membesarkan lagi jurang antara pengusaha tempatan dengan pengusaha luar yang barn bertapak tetapi kukuh dari segi pemilikan modal, pengalaman serta jalinan hubungannya. Jika dulu pengusaha ini hanya memiliki kedai rnncit, kini telah muncul beberapa mini market yang menjual pelbagai barangan yang berorientasikan pelancong dan juga untuk penduduk tempatan. Jika dulu mereka hanya mengangkut barangan dengan bot nelayan, kini para pengusaha luar memiliki bot kargonya sendiri selain stor besar tempat penyimpanan barangan untuk suatu tempoh jangkamasa yang panjang. Inilah pesaingan sebenar bagi pengusaha tempatan. Jika cabaran ini tidak bernpaya disaingi maka sukarlah untuk mereka terns bernafas di tanah pulau milik mereka sendiri. N amun tidak dinafikan juga bahawa kenaikan taraf pembangunan pelancongan di pulau ini telah sedikit sebanyak menyerlahkan ekonomi segelintir usahawan kecil tempatan yang gigih dan sanggup bersaing.

24

Keusahmvanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Persepsi Keusahawanan Kajian ini telah dijalankan di Pulau Tioman, Pahang iaitu sebuah pulaupelancongan yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sejumlah 40 responden yang terdiri daripada para pengusaha di sektor pelancongan yang terdiri daripada pengusaha chalet, pengusaha feri dan bot sewa, kedai cenderamata, kedai sewaan peralatan menyelam, pengusaha restoran, pemborong dan peniaga barangan runcit telah ditemubual menggunakan soal selidik. Selain itu, pengkaji juga meneliti persepsi daripada penduduk pulau ini yang tidak menyertai sektor pelancongan tetapi hanya terlibat sebagai pemerhati terhadap perkembangan sektor pelancongan. Secara umumnya, hasil kajian ini mendapati sejumlah 89.3 peratus daripada penduduk pulau ini mengakui penglibatan mereka dalam aktiviti berkaitan pelancongan. Ini membuktikan bahawa sektor pelancongan merupakan tulang belakang kepada ekonomi penduduk pulau ini. Didapati mereka amat bergantung kepada industri ini setelah ianya mengambil tempat aktiviti tradisional semenjak lebih 10 tahun lalu. Namun bila dibicarakan tentang tahap penglibatan dalam perniagaan, rata-rata mengakui bahawa tahap penglibatan mereka amat terhad. Faktor modal merupakan halangan utama terhadap perkembangan perniagaan yang mereka ceburi walaupun mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan yang majoritinya para pelancong. Keperluan terhadap modal adalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah, membeli aset dan peralatan, belanja memulakan operasi, untuk modal pusingan dan sebagainya. Walaupun rata-rata mengetahui bahawa pinjaman modal boleh diperolehi daripada pihak bank atau agensi lain yang memberikan bantuan, namun soal birokrasi dikatakan menjadi penghalang utama mereka untuk mendapatkan pinjaman mahupun bantuan modal. Kekurangan maklumat yang jelas juga dikenalpasti sebagai antara sebab mereka tidak berupaya berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

25

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Bagaimanapun, sebenarnya dalam menggiatkan aktiviti perniagaan berkaitan pelancongan, banyak pihak telah menawarkan pinjaman kewangan bagi memaju dan membangunkan industri pelancongan dengan menyediakan pelbagai bentuk galakan untuk menarik pengusaha menceburi bidang pelancongan sebagai usahawan yang berdaya saing. Namun ada juga maklum balas yang diperolehi bahawa di peringkat awal memulakan perniagaan dahulu mereka ingin merealisasikan cita-cita dalam bidang ini tanpa ada sebarang ikatan atau beban hutang dengan pihak lain. Oleh itu, mereka lebih senang mengeluarkan modal sendiri meskipun bermula dengan modal yang kecil. Hasil kajian juga mendapati rata-rata sumber modal awal bagi memulakan perniagaan ini majoritinya iaitu 60. 7 peratus adalah daripada simpanan sendiri. Namun terdapat 21.4 peratus daripada mereka memperolehi sumber modal daripada pihak bank. Seterusnya 14.3 peratus mendapatkan pinjaman modal daripada saudara-mara yang berada, dan cuma 3.6 peratus responden yang berkongsi modal permulaan dengan rakan kongsi yang lain. Disedari juga bahawa masalah modal boleh membawa kepada risiko penutupan sesuatu entiti perniagaan sama ada bagi perniagaan yang besar mahupun kecil bila mereka tidak mampu membuat pusingan modal ataupun berhutang dengan jumlah yang besar daripada mana-mana pihak. Keadaan ini juga boleh menyebabkan perniagaan mereka akan tergadai dan diambil alih oleh pihak lain terutama pemodal luar atau pengusaha lain yang lebih besar. Rajah 1: Sumber Modal Awai Memulakan Perniagaan

• Modal Sendiri • Perkongsian • Saudara-mara D Bank dll

14.30%

60.70%-

26

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Namun berasaskan hasil kajian ini juga didapati, bagi mereka yang telah berjaya dalam perniagaan telah mula berani membuat pinjaman daripada pihak bank. Didapati sejumlah 64.3 peratus responden yang terdiri daripada pengusaha yang berjaya ini telah membuat pinjaman modal untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Manakala 21.4 peratus responden pula telah menerima bantuan dan subsidi daripada pihak-pihak tertentu, manakala 14.3 peratus mengatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang bentuk pinjaman mahupun bantuan. Seterusnya kajian ini juga ada mengutarakan persoalan terhadap para responden yang terdiri daripada penduduk yang bukan dari kalangan pengusaha dalam bidang pelancongan. Hasil analisis mendapati majoriti berminat untuk menyertai sektor pelancongan, namun 42.9 peratus daripada responden berkenaan mengatakan bahawa mereka juga memerlukan bantuan modal untuk menyertai sektor ini. Manakala 35.7 peratus lagi berhasrat mendapatkan kemahiran kerana mereka tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan terutama dalam sektor pelancongan. Seterusnya 17.9 peratus berpendapat mereka akan berhadapan dengan masalah tenaga kerja sekiranya ingin menjalankan . . perruagaan 1111. Rajah 2: Bantuan Yang Diperlukan Untuk Ceburi Bidang Pelancongan Lain-lain 3.6% Tenaga Kerja 17.9% Modal 42.9%

27

Jumal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Jika clitinjau tahap keseclaran komuniti terhaclap kepentingan sektor ini, rata-rata menyeclari bahawa ianya sangat penting clan terbukti telah memberikan pulangan yang lumayan kepacla mereka yang terlibat. Oleh itu, mereka juga menclakwa turut sama bertanggungjawab clalam pelbagai perkara untuk menjaga imej pulau ini sebagai pulau pelancongan. Ditinjau clari segi inisiatif komuniti pulau ini terutama yang terlibat secara langsung clalam sektor pelancongan ini, cliclapati 50 peratus claripacla responclen telah cuba memberikan kerjasama clengan meningkatkan kualiti perkhiclmatan yang cliberikan kepacla pelancong. Sementara itu 32.1 peratus responclen menyatakan mereka menjaga kebersihan sekitar gerai atau keclai mereka, 14.3 peratus mengatakan mereka menginclahkan kawasan sekitar clengan claya kreativiti masing-masing clan 3.6 peratus pula mengatakan mereka mengenakan harga yang berpatutan terhaclap barangan clan perkhiclmatan yang cliberikan kepacla para pelancong yang berkunjung ke pulau Tioman.

28

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Rumus an

Proses perubahan dan pembangunan yang berlaku secara drastik di sesuatu tempat seringkali mengabaikan kemampuan komunitinya untuk turut sama bersaing. Perubahan yang dibawa oleh pembangunan sebenarnya juga telah mendiskriminasikan golongan yang lembab untuk berginjak dari alam kehidupan lama kepada alam kehidupan baru yang menuntut kepada perkongsian ekonomi dan perubahan sosial. Selalunya pembangunan ekonomi dan fizikal mendahului pembangunan mental dan sosial komunitinya. Lantaran itu mereka ini sering tercicir dari segi pembangunan. Dalam konteks keusahawanan, para usahawan kecil Melayu tempatan seringkali terpinggir oleh pembangunan besar yang baru, di mana mereka ini terus kekal dalam haluan kehidupan sedia ada. Pada masa inilah pihak kapitalis luar yang lebih berdaya saing akan mengambil tempat yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka. Sedikit demi sedikit aset warisan milik komuniti tempatan terpaksa dipajak demi menyaingi taraf hidup yang semakin tinggi. Namun bagi mereka yang telah awal-awal lagi menyedari akan peluang serta prospek pembangunan di tempat mereka, telah mula mengambil langkah dan mengatur strategi, sama ada sebagai usahawan Melayu tulin yang bersedia untuk bersaing ataupun cuba menempatkan diri sebagai orang tengah yang turut berkongsi komisyen daripada projek pembangunan. Bagaimanapun usaha untuk membangunkan sesuatu kawasan pembangunan seharusnya merangkumi perancangan ke arah melahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang bakal mempamerkan perubahan kualiti hidup di kalangan komuniti tempatan. Dalam konteks kajian ini, penglibatan usahawan Melayu amat penting dalam usaha memupuk komuniti melibatkan diri dan memajukan lagi industri ini. Pelaburan dalam sektor pelancongan ini sememangnya terbuka luas kepada sesiapa sahaja, terutamanya yang berpengaruh dari segi politik dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Meskipun

29

Jurna! Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

para usahawan Melayu tempatan juga dipelawa untuk terlibat secara langsung, persoalannya ialah sejauhmanakah mereka dapat menguruskannya secara efisyen tanpa sebarang bekalan dan persediaan untuk menyesuaikan diri dan menyertai arus perkembangan semasa. Namun kesediaan majoriti ahli komuniti tempatan melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan merupakan suatu petanda terhadap sokongan dan kecenderungan mereka terhadap sektor tersebut. Mereka ini memberikan reaksi yang positif terhadap perkembangan sektor ini sebagai 'harapan baru' untuk mereka. Sebab itulah didapati ada antara ahli komuniti melihat kehadiran para pelancong dari sudut positif dengan mengambil peluang berurusan dengan mereka bagi memperolehi manfaat ekonomi (Yahaya Ibrahim & Norsiah Ahmad 2001). Dalam usaha melahirkan usahawan Melayu dalam sektor pelancongan, memerlukan bukan sekadar pemilikan tempat yang berpotensi untuk dimajukan sebagai lokasi pelancongan, malah ia juga menuntut kepada kebolehupayaan mengurus dan mengendalikan perniagaan ini dari segi pemasaran dan juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Perkara inilah yang menjadi ukuran daya saing dalam sektor ini selain daripada faktor pengalaman, kontak yang luas, modal yang besar, serta sokongan daripada pihak kerajaan. Selain itu, para usahawan kecil ini juga seharusnya mempunyai keupayaan sosio-psikologis yang kuat agar keberhasilan dalam bidang ini berterusan sehingga boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Rujukan Boatler, R.W, 1992. "Worldminded Attitudes of International Division Managers". Southwest Journal of Business and Economics, 9 (2):22-26.

30

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Danco, L.A., 1994. "The New Business". Agenry Sales Magazine, 24 (1):4246.Doescher, W.F., 1992. Pioneering the New Russia. D & B Reports, 40 (3):10-11. Gronemann, C. & Lear, R.N., 1985. Corporate PhD: Making the Grade in Business. New York: Fact on File Publication. Herron, L. & Sapienza, H.J., 1992. The Entrepreneurs and the Initiation New Venture Lounch Activities. Entrepreneurship, 17 (1 ):49-55. http://www.tourism.gov/ report/2002 la.html

of

Laporan Kajian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Kelapan 2003:376. Laporan Kajian Fasa Pertama Rancangan Malaysia Ketujuh 1999:248. Lawlis, G.F., 1971. Motivational Factors Reflecting Employment Stability. Journal of Small Business Management. 18(1):11-19. Lembaga Pembangunan Tioman, 2003. Taklimat Pembangunan Pulau Tioman.Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Bolehkan Usahawan Mengurus. Usahawan. Jul-Ogos. 60-63. Mohd Asri Hj. Abdullah, 1999. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd Taib Ariffin & Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Lahirkan Usahawan Berjaya Perlu Ada Strategi. "Usahawan. Mei-April, 20-21. Muhammad Haji Muhd Taib, 1993. Melqyu Baru. Kuala Lumpur: ITC Book Publisher. Newin, T., 1999. All Share in Goden Egg. African Business 245:42-43. Niehouse, D.L., 1986. Just Who Are These Entrepreneurs. Management World, 15, 8, 7-8.

31

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Sabitha Marican & Mahmood Nazar Mohamed, 1994. "Usahawan Wanita: Cabaran dalam Usahaniaga. "Usahawan, Mac-Apr, 26-29. Seiichiro, Y., 1984. Entrepreneurship and Innovative Behavior of Kawasakil Steel: The Post World War II Period. Discussion Paper 120. Hitotsubishi University, Tokyo: Institute of Business Research. Sudin Haron, 1990. Ke Arah Menjadi Usahawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Suhaimi Mansor, 1990. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Yahaya Ibrahim & Norsiah Ahmad, 2001. Usahawan Kecil di Pulau Terpencil: Keupayaan dan Masa Depan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan & Perniagaan Kecil. Universiti Utara Malaysia. Yeop Putih, 1985. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Bolehkan U sahawan Mengurus. Usahawan. Jul-Ogos. 60-63. Mohd Asri Hj. Abdullah, 1999. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd Taib Ariffin & Mahmood Nazar Mohamed, 1993. Lahirkan Usahawan Berjaya Perlu Ada Strategi. Usahawan. Mei-April, 20-21. Muhammad Haji Muhd Taib, 1993. Melayu Baru. Kuala Lumpur: ITC Book Publisher. Newin, T., 1999. All Share in Goden Egg. African Business 245:42-43. Niehouse, D.L, 1986. Just Who Are These Entrepreneurs. Management World, 15, 8, 7-8.

32

Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu Di Sektor Pelancongan

Sabitha Marican & Mahmood Nazar Mohamed, 1994. Usahawan Wanita: Cabaran dalam Usahaniaga. Usahawan, Mac-Apr, 26-29. Seiichiro, Y., 1984. Entrepreneurship and Innovative Behavior of Kawasakil Steel: The Post World War II Period. Discussion Paper 120. Hitotsubishi University, Tokyo: Institute of Business Research. Sudin Haron, 1990. Ke Arab Menjadi Usahawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Suhaimi Mansor, 1990. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Yahaya Ibrahim & Norsiah Ahmad, 2001. Usahawan Kecil di Pulau Terpencil: Keupayaan dan Masa Depan. Proszding Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan & Perniagaan Kecil. Universiti Utara Malaysia. Yeop Putih, 1985. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

33

Suggest Documents