HUBUNGAN ANTARA KOMITMEN AHLI PASUKAN DENGAN KEBERKESANAN PASUKAN KERJA DALAM JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH TUMPAT

HUBUNGAN ANTARA KOMITMEN AHLI PASUKAN DENGAN KEBERKESANAN PASUKAN KERJA DALAM JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH TUMPAT NORHAYATI BINTI AZMI UNIV...
Author: Andra Grant
35 downloads 2 Views 727KB Size
HUBUNGAN ANTARA KOMITMEN AHLI PASUKAN DENGAN KEBERKESANAN PASUKAN KERJA DALAM JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH TUMPAT

NORHAYATI BINTI AZMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KOMITMEN AHLI PASUKAN DENGAN KEBERKESANAN PASUKAN KERJA DALAM JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI DAERAH TUMPAT

NORHAYATI BINTI AZMI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

iii

DEDIKASI

Buat ibu (CHE ESHAH ISA) dan arwah bapa (AZMI MOHAMAD) yang dikasihi, Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi kekuatanku dalam kehidupan ini…

Buat mu pembimbing yang dihargai, (Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Rahman) Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa mu yang diberikan tidak akan dilupakan…

Buat teman-teman yang dirindu, Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini Akan ku kenang selamanya…

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Tuan Haji Mohd Anuar bin Abdul Rahman di atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek sarjana muda ini.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua- pengetua sekolah menengah di daerah Tumpat, ketuaketua bidang dan ketua-ketua panitia di atas kerjasama yang telah diberikan dalam kajian ini dan juga kesudian meluangkan masa untuk menjawab soal selidik sehingga menjayakan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Sultan Ismail di atas kerjasama mereka dalam menyediakan bahan rujukan yang berkaitan. Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Sekian terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan melihat keberkesanan pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik. Terdapat lima faktor dalaman organisasi yang mempengaruhi pasukan kerja yang dikaji iaitu kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi yang berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kajian ini juga bertujuan melihat tahap komitmen ahli dalam pasukan dan perhubungan antara komitmen ahli dalam jabatan dengan pasukan kerja. Untuk mencapai matlamat tersebut, seramai 30 orang ketua panitia dalam Jabatan Sains dan Matematik di sekolah- sekolah menengah kebangsaan di daerah Tumpat, Kelantan dijadikan sebagai responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan merupakan borang soal selidik yang mempunyai 35 item soalan. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah dikaji melalui kajian rintis dan indeks kebolehpercayaannya ialah 0.8091. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian komputer Statistifical Package for Social Science (SPSS) 10.0 for Window. Dapatan menunjukkan bahawa keberkesanan pasukan kerja jabatan Sains dan Matematik berada pada tahap yang tinggi. Dimensi kepimpinan efektif dipersepsi sebagai faktor utama mempengaruhi keberkesanan pasukan kerja. Ini diikuti oleh penglibatan dalam membuat keputusan, komunikasi berkesan, matlamat yang jelas dan penglibatan dalam menyelesaikan masalah. Selain itu terdapat hubungan yang sederhana di antara keberkesanan pasukan kerja dengan komitmen ahli dalam pasukan. adalah dicadangkan pasukan kerja perlu diberi perhatian dalam organisasi panitia sekolah untuk memastikan kejayaan panitia di sekolah-sekolah.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to emphasize the effectiveness of teamwork in the Science and Mathematic Department. It was a descriptive quantitative survey. There were five internal factors that affect the team work which included an effectiveness of leadership, clear goals, effective communication, decision making involvement and problem solving involvement. This was also done to emphasize the commitment level of team members and to see the relation between an effectiveness of teamwork and the commitment of team members. 30 committee leaders in Science and Mathematic Department from the secondary school in daerah Tumpat, Kelantan were taken as the respondents for this research. A set of questionnaire consisting 35 items was used as a research instrument. A pilot study had been done and the reliability index was 0.8091. The data has been analyzed using the descriptive statistics by the Statistifical Package for Social Science (SPSS) 10.0 For Window. The result show that the effectiveness of teamwork in Science and Mathematic Department is in the high level. The effective of leadership was the most important dimension that affects the effectiveness of teamwork. This followed by the decision making involvement, effective communication, clear goals and problem solving involvement. Besides that there is also a medium relation between the commitment of team members and the effectiveness of teamwork. So that it is suggest that teamwork must be given the attention in school committee organization to make sure the successful of committee in schools.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB I

TAJUK

MUKA SURAT

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

2

1.3

Penyataan Masalah

5

1.4

Objektif Kajian

6

1.5

Persoalan Kajian

7

1.6

Hipotesis Kajian

7

1.7

Kepentingan Kajian

8

1.8

Batasan Kajian

9

1.9

Kerangka Kajian

10

1.10

Definisi Operasi

11

1.10.1

Jabatan Sains dan Matematik

11

viii 1.10.2

Kerja Berpasukan

12

1.10.3

Kepimpinan yang Efektif

12

1.10.4

Matlamat yang Jelas

13

1.10.5

Komunikasi Berkesan

13

1.10.6

Penglibatan dalam Membuat Keputusan

1.10.7

1.10.8

BAB II

14

Penglibatan dalam Menyelesaikan Masalah

14

Komitmen

15

SOROTAN KAJIAN 2.1

Pengenalan

16

2.2

Pengurusan Kurikulum Sekolah

16

2.2.1

Peranan Pengetua

19

2.2.2

Peranan Penolong Kanan

20

2.3

Panitia Mata pelajaran

21

2.3.1 Jabatan Sains dan Matematik

22

2.3.2

Peranan Ketua Jabatan

24

2.3.3

Peranan Ketua Panitia

25

2.4

Pasukan Kerja

27

2.5

Pasukan Kerja Berkesan

34

2.5.1

Kepimpinan yang Efektif

35

2.5.2

Matlamat yang Jelas

42

2.5.3

Komunikasi Berkesan

44

2.5.4

Penglibatan dalam Membuat Keputusan

47

2.5.6 Penglibatan dalam Menyelesaikan Masalah 2.6

Komitmen Pasukan Kerja

54 54

ix BAB III

BAB IV

METODOLOGI 3.1

Pengenalan

57

3.2

Reka bentuk Kajian

57

3.3

Populasi Dan Sampel Kajian

58

3.4

Instrumen Kajian

59

3.5

Kajian Rintis

61

3.6

Prosedur Kajian

62

3.7

Kaedah Menganalisis Data

62

3.8

Penutup

64

ANALISIS DATA 4.1

Pengenalan

65

4.2

Latar Belakang Responden

65

4.2.1

Taburan Guru Kanan Mengikut Jantina

4.2.2

Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2.3

67

Taburan Responden Mengikut Keturunan

4.2.4

66

67

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Menjadi Guru

4.2.5

67

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Menjadi Ketua Panitia

4.3

67

Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 4.3.1

68 Persoalan Kajian Pertama: Tahap Keberkesanan Pasukan Kerja

68

x 4.3.2

Persoalan Kajian Kedua: Faktor-faktor Dalaman Organisasi Yang Mempengaruhi Keberkesanan Kerja Berpasukan Mengikut Turutan

4.3.3

69

Persoalan Kajian Ketiga: Tahap Komitmen Ahli Jabatan Sains dan Matematik Terhadap Pasukan Kerja

4.4

75

Analisis Berdasarkan Hipotesis Kajian: Terdapat Hubungan Antara Komitmen Ahli Dengan Keberkesanan Pasukan Kerja Dalam Jabatan Sains dan

4.5

BAB V

Matematik

77

Kesimpulan

78

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1

Pengenalan

79

5.2

Rumusan

79

5.3

Perbincangan dan Kesimpulan

81

5.3.1

Tahap Keberkesanan Pasukan Kerja Jabatan Sains dan Matematik

81

xi 5.3.2

Faktor-faktor Dalaman Organisasi Yang Mempengaruhi kerja berpasukan Mengikut Turutan

5.3.3

83

Tahap Komitmen Ahli Jabatan Sains dan Matematik Jabatan Terhadap Pasukan Kerja

5.3.4

89

Hubungan Antara Komitmen Ahli Dengan Keberkesanan Pasukan Kerja Dalam Jabatan Sains dan Matematik

5.4

5.5

91

Cadangan Kajian

92

5.4.1

Cadangan Tindakan

92

5.4.2

Cadangan Kajian Lanjut

94

Penutup

95

SENARAI RUJUKAN

96-102

LAMPIRAN A-D

103-117

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 2.1

TAJUK

Perbezaan Antara Pasukan Kerja Dengan Kumpulan Kerja

2.2

MUKA SURAT

31

Perbezaan Antara Pasukan Kerja Dengan Kumpulan Kerja

32

2.3

Model Penyelesaian Masalah

52

3.1

Taburan Responden Bagi Setiap Sekolah

59

3.2

Susunan Item dalam Soal Selidik

60

3.3

Tahap Analisis Min

63

3.4

Klasifikasi Kekuatan Korelasi

63

3.5

Penentuan Penerimaan Hipotesis Berdasarkan Pekali Korelasi Populasi (Pearson)

64

4.1

Latar Belakang Responden

66

4.2

Tahap Pasukan Kerja Jabatan Sains dan Matematik

4.3

68

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Pasukan Kerja Mengikut Turutan

69

4.4

Taburan Responden Item Kepimpinan Efektif

70

4.5

Taburan Responden Item Penglibatan Dalam Membuat Keputusan

4.6

Taburan Responden Item Komunikasi Berkesan

4.7

72

Taburan Responden Item Matlamat Yang Jelas

4.8

71

73

Taburan Responden Item Penglibatan Dalam Menyelesaikan Masalah

74

xiii 4.9

Taburan Responden Item Komitmen Ahli Terhadap Pasukan Kerja

4.10

76

Hubungan Antara Komitmen Ahli Dengan Keberkesanan Pasukan Kerja

77

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

1.1

Kerangka Kajian

2.1

Struktur dan Fungsi Jawatankuasa Kurikulum

MUKA SURAT 10

Sekolah

17

2.2

Struktur Organisasi Sekolah

23

2.3

Struktur dan Fungsi Panitia Mata pelajaran

24

2.4

Organisasi Kecil

29

2.5

Organisasi Besar

29

2.6

Elemen Utama Pasukan Kerja

30

2.7

Model Perbezaan Kumpulan Kerja Dengan Pasukan Kerja

33

2.8

Model Kepimpinan Pengurusan Berkualiti

40

2.9

Model Proses Penentuan Matlamat

43

2.10

Proses Komunikasi Dalam Organisasi

45

2.11

Model Komunikasi Shanon dan Weaver

47

2.12

Persekitaran Yang Mempengaruhi Keputusan

48

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN A

TAJUK

Surat Kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

B

MUKA SURAT

103

Surat Pengesahan Diri daripada Fakulti Pendidikan

105

C

Borang Soal Selidik

106

D

Analisis SPSS

112

BAB I

PENDAHULUAN

1.1.

Pengenalan

Dalam sesebuah organisasi, kerjasama dan permuafakatan anggota adalah suatu aspek yang amat penting dalam usaha mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Permuafakatan boleh ditakrifkan sebagai bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat. Jika dipandang dari segi pendidikan di sekolah, kemuncak matlamat permuafakatan ialah kecemerlangan pencapaian pelajar. Menurut Wawasan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dalam Safiah (2001), permuafakatan ialah usaha yang melibatkan penggemblengan tenaga, sumbangan dan kemudahan sama ada manusia atau bukan manusia di persekitaran sekolah secara sistematik untuk mengenal pasti keperluan serta membangunkan sekolah selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Permuafakatan dalam organisasi adalah berkait rapat dengan kerja berpasukan dalam organisasi. Ini adalah kerana untuk mewujudkan pasukan kerja, permuafakatan dan kerjasama merupakan aspek yang penting. Apabila sesebuah kumpulan melakukan tugas bersama-sama maka ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan pasukan kerja (Kursus Pembantu Tadbir Cemerlang, 1997). Pasukan kerja merupakan kumpulan kerja yang memberi pencapaian yang cemerlang di mana setiap ahli saling bekerjasama dan berkongsi objektif atau tujuan yang sama secara aktif (Francis dan Young, 1992). Hanya organisasi dan syarikat yang mempunyai ketua yang

2 berkemahiran akan berjaya dalam mencapai matlamat dan perancangan organisasi mereka.

Kepentingan kerja berpasukan diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Little (1987) yang menyatakan guru-guru dalam kajian mendapati bahawa bekerja bersama-sama adalah jauh lebih baik daripada kebaikan bekerja bersendirian. Peningkatan pencapaian keseluruhan akademik di sekolah ialah lebih baik hasil perjumpaan mingguan guru-guru di mana mereka belajar dan menggunakan prosedur kepakaran. Selain daripada itu, pasukan kerja menjadi pasukan kerja berkesan merupakan pasukan yang berkemahiran menggabungkan kesesuaian bakat dan berkebolehan

individu

dengan

semangat

berpasukan

yang

positif

untuk

menghasilkan keputusan.

Menurut Ab. Aziz (2003) pasukan kerja berprestasi tinggi pula akan lebih bersedia membangunkan potensi, mengemaskinikan kepakaran dan menjadikan kekuatan kognitif dan emosi sebagai pemandu, penggerak dan pemantau dalam memastikan kecemerlangan pasukan. Ini adalah kerana, dalam pasukan kerja memerlukan sifat saling percaya mempercayai dan setiap ahli yakin dengan kebolehan diri masing-masing dan ahli-ahli yang lain. Dengan ini, keputusan dapat dibuat dengan cepat dan berkesan serta dapat mengembangkan bakat-bakat yang ada dalam individu pasukan kerja.

1.2.

Latar Belakang Masalah.

Pada zaman sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat, pengetahuan atau dengan lebih tepat lagi kemahiran dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi amat penting bagi masyarakat di Malaysia untuk menghadapi cabaran era perkembangan sains dan teknologi pada masa sekarang dan akan datang Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif serta berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan

3 bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, warganegara kritis, kreatif, dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi perlu diwujudkan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2001 juga menyatakan bahawa kurikulum yang telah disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertata etika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Sehubungan dengan itu, Kurikulum Sains dan Matematik digubal dan dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia untuk menyediakan individu yang mampu bersaing dan memajukan diri serta Negara pada masa kini dan masa akan datang. Kurikulum Sains dan Matematik diperbaharui selaras dengan perkembangan dan kehendak pendidikan semasa demi melahirkan pelajar yang berguna untuk pembangunan negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (PPK, 2001)

Sehubungan dengan itu, pentingnya mata pelajaran Sains dan Matematik tidak dapat dipertikaikan lagi. Di sekolah, jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas pengurusan mata pelajaran sains dan matematik ialah Jabatan Sains dan Matematik. Jawatankuasa Jabatan Sains dan Matematik terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua-ketua Panitia dan Guru-guru Mata pelajaran Sains dan Matematik. Jawatankuasa Jabatan Sains dan Matematik saling bekerjasama dalam satu pasukan untuk meningkatkan mutu sekolah secara amnya dan meningkatkan tahap keberkesanan dan pembangunan Mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah secara khususnya. Mereka saling bekerjasama, berkongsi idea, percaya mempercayai dan menerima diri masing-masing untuk memastikan matlamat Jabatan Sains dan Matematik terlaksana.

Pasukan kerja amat penting dalam mencapai hasrat dan cita-cita sekolah. Zulkifli (2000) menyatakan bahawa pasukan kerja diperlukan bagi setiap jawatankuasa-jawatankuasa di sekolah. Pihak pengurusan sekolah telah lama mengadakan kerja berpasukan, tetapi ramai yang tidak menyedari hingga ke hari ini. Pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia amat

4 menggalakkan pengurusan kualiti secara menyeluruh dalam semua sektor untuk meningkatkan produktiviti, kualiti dan pada masa yang sama kerja berpasukan mempunyai potensi yang besar untuk membantu menyelesaikan masalah organisasi.

Maddux (1993) membuktikan dalam kajian beliau, peningkatan produktiviti semakin bertambah jika bekerja secara berpasukan berbanding bekerja secara individu. Kepentingan kerja berpasukan dalam Jabatan Sains dan Matematik adalah jelas dan tidak boleh disangkal lagi dengan meningkatnya tugas dan tanggungjawab Guru-guru Panitia Sains dan Matematik serta Guru Sains dan Matematik di sekolah dengan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sekolah pada masa kini.

Selepas kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari iaitu sekolah yang melaksanakan pembelajaran dan pengajaran menggunakan komputer. Salah satu rancangan penubuhan Sekolah Bestari ialah melaksanakan pengintegrasian komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah. Selain daripada itu Kementerian Pendidikan juga telah mencadangkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah. Kerajaan telah melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi subjek Sains dan Matematik tingkatan satu dan dua di sekolah. Manakala rancangan penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek Sains dan Matematik menengah atas masih dalam pertimbangan. Hasrat kerajaan ini dipikul oleh Ketua Panitia Sains dan Matematik dan guru-guru mata pelajaran Sains dan Matematik secara jelasnya.

Memandangkan hasrat dan perancangan kerajaan dalam sistem pendidikan semakin bertambah maka tugas guru yang terlibat juga semakin bertambah. Ini secara langsung memberi tekanan dan meningkatkan tahap tekanan kepada guruguru di sekolah. Namun begitu, dengan bekerja secara berkumpulan, guru-guru yang terlibat tidak akan terasa beban mereka terlalu berat kerana mereka bekerjasama melaksanakan tugas sebagai pelaksanaan dasar kerajaan di sekolah.

Namun begitu, untuk memastikan pasukan kerja yang dibina adalah pasukan kerja yang berkesan dan benar-benar dapat membantu ahli-ahlinya dalam melaksanakan tugas, setiap ahli perlu mempunyai kata sepakat, setia terhadap

5 pasukan, menyokong tindakan pasukan, dan memberi seluruh tumpuan terhadap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pasukan. Dengan kata lain, setiap ahli perlu memberi sepenuh komitmen terhadap pasukan untuk memastikan pasukan berjaya. Ini adalah kerana komitmen setiap ahli adalah berkait rapat dengan kejayaan kerja berpasukan selain daripada faktor-faktor yang lain.

Robbins (1994), Kazemark (1991), Mears dan Voehl (1994) menyenaraikan ciri-ciri yang harus wujud dalam pasukan kerja dalam kajian dan penulisan mereka. Ciri-ciri yang perlu ada ialah faktor kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan penglibatan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dijelaskan di sini bahawa penglibatan ahli dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah merupakan komitmen yang diberikan oleh ahli. Kepatuhan ahli kepada disiplin kumpulan merupakan komitmen ahli kepada peraturan pasukan. Oleh yang demikian, komitmen ahli adalah amat penting, tanpa komitmen maka pasukan kerja yang dibina tidak akan dapat mencapai objektif dan matlamat pembinaannya.

1.3.

Penyataan Masalah

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan dalam latar belakang masalah, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan Matematik iaitu untuk mengetahui tahap keberkesanan pasukan kerja Jabatan Sains dan Matematik.

Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti faktor-faktor dalaman organisasi iaitu kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan penglibatan menyelesaikan masalah yang mempengaruhi keberkesanan sesebuah pasukan kerja mengikut keutamaan. Ini bertujuan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pasukan kerja dan juga kegagalan pasukan kerja.

6 Selain daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap komitmen ahli pasukan terhadap pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik dan juga untuk melihat hubungan antara komitmen ahli pasukan dengan pasukan kerja berkesan dalam Jabatan Sains dan Matematik.

1.4.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1. Mengetahui tahap keberkesanan pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan Matematik di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat

1.4.2. Mengenal pasti faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan

dan

penglibatan

dalam

menyelesaikan

masalah,)

yang

mempengaruhi keberkesanan pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan Matematik di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat mengikut keutamaan.

1.4.3. Mengenal pasti tahap komitmen ahli Jabatan Sains dan Matematik terhadap pasukan kerja. 1.4.4. Melihat hubungan antara komitmen ahli pasukan dengan keberkesanan pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik.

7 1.5.

Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang berkait rapat dengan objektif kajian adalah seperti berikut:

1.5.1. Apakah tahap keberkesanan pasukan kerja bagi Jabatan Sains dan Matematik di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Tumpat.

1.5.2. Apakah faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan penglibatan dalam menyelesaikan masalah) yang dipersepsi sebagai mempengaruhi keberkesanan pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik di sekolah dalam Daerah Tumpat mengikut keutamaan.

1.5.3. Apakah tahap komitmen ahli Jabatan Sains dan Matematik terhadap pasukan kerja.

1.5.4. Adakah terdapat hubungan antara komitmen ahli pasukan dengan keberkesanan pasukan kerja dalam Jabatan Sains dan Matematik

Suggest Documents