HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN UNIVERSIT...
1 downloads 0 Views 357KB Size
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Psz 19:16 (pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SESI PENGAJIAN : 2006/2009 Saya

SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2.

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. ** Sila tandakan (√ )

3. 4.



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : PARIT RAJA AHMAD, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh :

30 APRIL 2009

CATATAN:

* ** 

____________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) DR. YEO KEE JIAR Nama Penyelia Tarikh :

30 APRIL 2009

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ( Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

………………………………………....

Nama Penulis :

SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN

Tarikh

:

30 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Syukurku Kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Untuk… Ayahanda dan bonda yang dikasihi, Hj. Paimin bin Sadio dan Hjh. Siti Zaleha binti Hj. Mohd. Taib

Kakanda dan adinda yang disayangi, Mohd. Amin & Isteri, Mohd. Rosmadi dan Khairul Ariffin

Jutaan terima kasih di atas dorongan, sokongan, pengorbanan, kesabaran dan doa kalian yang tidak pernah pudar. Akan dikenang buat selamanya.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM..... Jasa kalian amat dihargai. Terima kasih atas segala-galanya. Semoga sentiasa diberkati oleh Nya.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w. yang telah memberi tunjuk teladan untuk kita sentiasa melalui jalan lurus. Bersyukurku Ke hadrat Allah S.W.T. berkat limpah dan kurnia Nya saya dapat menyiapkan PSM ini pada masa yang ditetapkan. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepada penyelia projek sarjana muda saya iaitu Dr. Yeo Kee Jiar yang sedia membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Dato’ Onn, Sekolah Menengah Penghulu Saad dan Sekolah Menengah Dato’ Sulaiman di Batu Pahat, Johor di atas kerjasama yang amat baik dalam menjayakan penyelidikan ini. Penghargaan terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini, kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan ini. Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayahanda dan bonda serta kakanda dan adinda sekalian yang banyak membantu serta memberi galakan dan doa yang tidak pernah pudar. Kalian semua sentiasa dalam ingatan. Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar, para guru perlu mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian seperti kebolehan kognitif, ingatan, minat, kesediaan, persekitaran dan harga diri. Banyak dapatan kajian menunjukkan harga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian untuk mengenal pasti tahap harga diri dan pencapaian Matematik pelajar serta hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 220 orang pelajar tingkatan 2 di dua buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Populasi kajian dan sampel dipilih secara rawak. Alat kajian mengandungi 30 item soal selidik. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pencapaian mata pelajaran Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dengan pencapaian rendah dalam Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperoleh menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara harga diri dengan pencapaian Matematik. Berdasarkan dapatan kajian, sewajarnya kajian selanjutnya dijalankan dengan melibatkan lebih pemboleh ubah dan sampel untuk mendapatkan suatu perspektif yang lebih menyeluruh tentang harga diri. Guru-guru pula disarankan melaksanakan strategi untuk meningkatkan harga diri pelajar selain fokus terhadap isi kandungan subjek.

vi

ABSTRACT

In the quest to enhance students’ achievement, teachers should be aware of factors that influence students’ achievement. Among these factors are cognitive skills, students’ interest and ability to memorize, environment and self-esteem. Many research findings showed that self-esteem has huge impact students’ academic achievement. Therefore, this research aimed at identifying student’s self-esteem and achievements in Mathematics and the relationship between these two variables. A total of 220 Form Two students from two secondary schools were taken as samples in this research. The samples were randomly chosen. The instrument used was a questionnaire consists of 30 items. Results showed that most of the respondents have moderate level of self-esteem. There were no significant differences in self-esteem between male and female students. Most of the respondents have low level of achievements in Mathematics. The results also showed that there were no significant differences between self-esteem of student’s with high achievement and low achievement in Mathematics. The two variables were negatively correlated in all aspects that have been studied in this research. In view of this result, more variables and samples should be studied to get a better perspective of students’ self-esteem. Teachers should also try to implement strategies to enhance students’ self-esteem besides focusing on the subject matter.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENGENALAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

4

1.3

Penyataan Masalah

6

1.4

Objektif Kajian

7

1.5

Persoalan Kajian

8

1.6

Hipotesis Kajian

8

1.7

Rasional Kajian

9

1.8

Kepentingan Kajian

10

1.8.1

10

Kepentingan kepada pelajar

viii

1.9

1.8.2

Kepentingan kepada ibu bapa

11

1.8.3

Kepentingan kepada guru

11

1.8.4

Kepentingan kepada penggubal kurikulum

11

Batasan Kajian

12

1.10 Definisi Istilah

13

1.10.1 Harga Diri

14

1.10.2 Harga Diri Tinggi

15

1.10.3 Harga Diri Rendah

15

1.10.4 Hubungan

16

1.10.5 Matematik

17

1.10.6 Pencapaian Matematik

18

1.11 Penutup

BAB 2

19

SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan

20

2.2 Konsep dan Ciri-ciri Harga Diri

21

2.3 Hubungan Antara Harga Diri Dengan Mata Pelajaran Matematik 2.4 Teori Pembelajaran

25 26

2.4.1

Teori Pembelajaran Tingkah Laku

26

2.4.2

Teori Pembelajaran Pemerhatian (Peniruan)

28

2.4.3

Teori Kognitif

29

2.4.4

Orentasi Nilai

31

2.4.5

Sikap

32

2.4.6

Data, Idea dan Matematik

33

2.5 Kajian Lepas Dalam Negeri

34

2.6 Kajian Lepas Luar Negara

37

2.7 Penutup

41

ix

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

42

3.2 Reka Bentuk Kajian

42

3.3 Pelaksanaan/Prosedur Kajian

43

3.4 Lokasi Kajian

44

3.5 Persampelan Kajian

45

3.6 Instrumen Kajian

46

3.6.1 Soal Selidik

47

3.7 Kajian Rintis

50

3.8 Kesahan dan Instrumen Kajian

50

3.9 Analisis Data

51

3.9.1 Ringkasan Kaedah Analisis Data

51

3.9.2 Analisis Deskriptif

52

3.9.3 Analsis Inferensi

54

3.10 Penutup

BAB 4

55

ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan

56

4.2 Bahagian A – Analisis Deskriptif

57

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A)

57

4.2.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

57

4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa

58

4.2.1.3 Taburan Pekerjaan Bapa

58

4.2.1.4 Taburan Pencapaian Matematik Pelajar

59

4.2.1.5 Taburan Tahap Pencapaian Matematik Pelajar

60

4.2.2 Analsis Item Soal Selidik (Bahagian B)

60

4.2.2.1 Tahap Harga Diri Pelajar

61

x

4.3 Bahagian B – Analisis Inferensi

64

4.3.1 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 4.3.2

64

Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan Pencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik

65

4.3.3 Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik 4.4 Penutup

BAB 5

66 68

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan

69

5.2 Perbincangan

69

5.2.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden

70

5.2.2 Bahagian B : Soal Selidik

72

5.2.2.1 Tahap Harga Diri Pelajar

72

5.2.2.2 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan

77

5.2.2.3 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan Pencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik

77

5.2.2.4 Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik 5.3

Rumusan

78 79

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden

79

5.3.2 Rumusan Berdasarkan Persoalan Kajian

80

xi

5.4

Cadangan

81

5.4.1 Pelajar

82

5.4.2 Ibu bapa

82

5.4.3 Guru

83

5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia

84

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

84

5.6

Penutup

85

BIBLIOGRAFI

87

LAMPIRAN Lampiran A

Borang Soal Selidik

Lampiran B

Surat Pengesahan Soal Selidik

Lampiran C

Surat Kebenaran dari EPRD

Lampiran D

Surat Kebenaran dari JPNJ

Lampiran E

Surat Kebenaran dari UTM

Lampiran F

Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

1.1

TAJUK

MUKA SURAT

Lingkungan Pangkat / Markah Takrifan Dan Gred Mata Pelajaran Matematik

18

3.1

Gred Pencapaian Pelajar

48

3.2

Persoalan Kajian

48

3.3

Skala Likert

49

3.4

Taburan Item Dalam Soal Selidik

49

3.5

Jadual Recode

49

3.6

Pekali Alpha Cronbach

51

3.7

Ringkasan Analsis Data

52

3.8

Tahap Penilaian Berdasarkan Min

53

3.9

Tahap Pencapaian Pelajar

53

3.10

Klasifikasi Kekuatan Korelasi Rowntree (1981)

54

4.1

Taburan Responden Berdasarkan Jantina

58

4.2

Taburan Responden Mengikut Bangsa

58

4.3

Taburan Pekerjaan Bapa

59

4.4

Taburan Pencapaian Matematik Pelajar

59

4.5

Taburan Tahap Pencapaian Matematik Pelajar

60

4.6

Tahap Harga Diri Pelajar

61

4.7

Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan

65

xiii

NO. JADUAL

4.8

TAJUK

MUKA SURAT

Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan Pencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik

4.9

66

Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik

65

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

3.1

TAJUK

Penentuan Saiz Sampel

MUKA SURAT

46

xv

SENARAI SINGKATAN

BIL

-

Bilangan

EPRD

-

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ICT

-

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

JPNJ

-

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM

-

Kementerian Pelajaran Malaysia

PPK

-

Pusat Perkembangan Kurikulum

PPSMI

-

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

SMK

-

Sekolah Menengah Kebangsaan.

SPM

-

Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS

-

Statistical Package For School Science

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Borang Soal Selidik

B

Surat Pengesahan Soal Selidik

C

Surat Kebenaran dari EPRD

D

Surat Kebenaran dari JPNJ

E

Surat Kebenaran dari UTM

F

Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan

:

....................................................................................

Nama Penyelia

:

DR. YEO KEE JIAR

Tarikh

:

30 APRIL 2009

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Aspirasi ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara

yang adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan

negara

(Pusat

Perkembangan

Kurikulum

1990).

Bagi

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum diberikan penekanan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam hal pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti beberapa mata pelajaran teras seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mata pelajaran Matematik diperkenalkan kepada pelajar bertujuan untuk melahirkan individu yang berketerampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa

2

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Oleh itu, pembelajaran matematik dengan menggunakan kaedah atau pendekatan yang berkesan pastinya akan melahirkan individu yang dapat mengaplikasikan pengetahuan matematik. Perkara ini adalah penting untuk merealisasikan hasrat negara mencapai matlamat Wawasan 2020 kerana mata pelajaran Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Kajian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik boleh memberi sumbangan yang besar ke arah mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh itu, usaha menggalakan kajian seumpama ini dalam kalangan guru-guru haruslah dipertingkatkan.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia bersaing pada era globalisasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Dalam kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), mata pelajaran Sains dan Matematik akan mendominasikan

bidang-bidang

tersebut

di

samping

penggunaan

bahasa

antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Kesediaan diri dalam mempelajari mata pelajaran Matematik sangat penting. Aziz (2003) berpendapat bahawa selain aspek kemahiran Matematik, bahasa mempengaruhi pemikiran pelajar melalui pemupukan persepsi dan penyusunan idea dari persekitaran mereka.

Mata pelajaran bahasa dianggap sebagai mata pelajaran yang merentas kurikulum kerana pelajar perlu menggunakan bahasa sebagai pengantar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran manakala mata pelajaran Sains dan Matematik pula merupakan subjek yang merentas kurikulum sains dan teknologi. Dengan kata lain, pengetahuan dan pengalaman dalam kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik adalah penting untuk membolehkan pelajar meneroka

sains

dan

teknologi. Sehubungan dengan itu, faktor-faktor yang

3

menyumbang kepada pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti Sains dan Matematik perlu dikenal pasti, justeru membolehkan pelbagai pendekatan dan strategi diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran berkenaan. Para pelajar perlu memikul tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan dan cabaran.

Pembelajaran

dan

pengajaran

Matematik

di

sekolah

memerlukan,

kemampuan, kecekapan dan kesediaan pelajar untuk memahami, menganggap dan membina konsep dan pemahaman tentang mata pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan oleh pelajar dalam konteks ini tidak terbatas pada kebolehan kognitif sahaja, malah faktor-faktor psikologi seperti minat, motivasi, persekitaran, personaliti dan harga diri turut menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Menurut William James (1890), harga diri bermaksud satu konsep psikologi yang melibatkan persepsi mental. Menurut Tafarodi, Marshall & Milne (2003), harga diri dibahagikan kepada dua aras iaitu harga diri tinggi dan harga diri rendah. Mereka yang memiliki harga diri yang tinggi memaparkan ciri-ciri yang membantunya mempelajari sesuatu dengan lebih yakin. Begitu juga sebaliknya akan berlaku jika pelajar memiliki harga diri rendah.

Pada masa ini, matematik memainkan peranan yang besar dalam bidang sains dan teknologi selain bahasa Inggeris. Berlandaskan hakikat ini, Malaysia yang sedang membangun dengan pesat menekankan bidang Matematik bagi mewujudkan masyarakat dan negara yang maju menjelang Wawasan 2020. Diharapkan pelajarpelajar dapat memahami, menguasai dan mengaplikasikan pemahaman dan kemahiran mereka dalam Matematik agar merealisasikan wawasan negara.

4

Kajian menunjukkan bahawa kemampuan seseorang dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran sesuatu mata pelajaran dipengaruhi oleh banyak faktor seperti persekitaran, baka, sosial, emosi, konsep kendiri, harga diri dan sebagainya. Harga diri yang tinggi memainkan peranan penting untuk meningkatkan semangat dan keyakinan seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana harga diri mempunyai pengaruh yang besar terhadap pencapaian seseorang (Coopersmith, 1968). Pencapaian akademik sering dikaitkan dengan harga diri yang tinggi manakala bagi seseorang yang mempunyai harga diri yang rendah pula dikaitkan dengan kegagalan (Burns, 1982). Maurus (1999) mengatakan bahawa setiap pelajar mesti memiliki harga diri untuk berjaya. Sekiranya harga diri pelajar terlalu rendah, mereka tidak yakin dalam menjalani kehidupan. Persoalan yang timbul sekarang ialah sama ada pencapaian Matematik juga dipengaruhi oleh harga diri pelajar. Perkara ini perlu diterokai sebagai langkah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian Matematik mereka.

1.2

Latar Belakang Masalah

Di Malaysia, Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik sebelum tahun 2003. Bermula tahun 2003, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Isu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), telah mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh segenap lapisan masyarakat mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Pertukaran bahasa pengantar boleh membawa kepada kejutan budaya bagi sesetengah golongan pelajar dan guru terutama cara mereka berfikir dan memahami aspek-aspek yang dipelajari. Kepercayaan dan pengalaman lepas pelajar sangat sukar untuk diubah (Gilbert,1982). Beban pembelajaran Matematik yang amat

5

dirasai oleh pelajar menjadi lebih ringan apabila bahasa Melayu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar Melayu.

Pelajar yang lemah dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik menghadapi kesukaran pelajar dalam menguasai Matematik. Apabila mata pelajaran Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh penggunaan bahasa dan masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu sendiri (Aziz, 2003). Majoriti pelajar menyatakan kesukaran mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris (Aziz, 2005). Kebanyakan pelajar berasa bimbang, takut dan kurang berkeyakinan untuk menghadapi pelbagai cabaran

dalam ilmu yang

menggoncang keutuhan dan semangat dan penaakulan mereka.

Banyak pelajar lemah dan kurang yakin akan kemampuan mereka dalam penggunaan bahasa Inggeris. Apabila kedua-dua mata pelajaran ini digabungkan iaitu bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, maka perasaan gerun dan takut dalam kalangan pelajar semakin bertambah. Menurut Tengku Razaleigh (2004, dalam Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006) banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu. Kajian itu mendapati wujud kegelisahan dalam pelajar dalam mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dari segi psikologi, pelajar yang mempunyai harga diri yang rendah akan mempunyai perasaan yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik.

6

Dalam

usaha

membantu

pelajar

memahami

dan

mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran Matematik, guru perlu mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran seperti persekitaran dan harga diri.

Jika dikaji secara mendalam, latar belakang memainkan peranan penting dalam pencapaian mata pelajaran khususnya mata pelajaran Matematik. Menurut Wood, Heimple & Michela (2003), pelajar-pelajar yang mempunyai harga diri tinggi akan memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan Matematik manakala pelajar yang mempunyai harga diri yang rendah akan memperoleh keputusan yang rendah. Bagi pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris adakah keyakinan yang rendah terhadap bahasa Inggeris akan Menjejaskan keputusan dalam Matematik, sekaligus menjejaskan harga diri mereka?

Hubungan antara harga diri pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik perlu ditinjau kerana perkara ini bukan sahaja mempengaruhi pencapaian malah membawa kesan psikologi kepada pelajar. Salah satu faktor yang telah dibuktikan bahawa perkara yang banyak menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar ialah harga diri. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik di Malaysia, hubungan antara harga diri dengan pencapaian mata pelajaran Matematik perlu dikenal pasti sebelum langkah-langkah penambahbaikan boleh diambil.

1.3

Penyataan Masalah

Selaras dengan Wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan agenda

yang

begitu mencabar dan kritikal. Sebagai warisan kepimpinan pelajar

7

bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia untuk menempuh apa jua dugaan dan halangan yang akan datang. Dalam hal ini faktor perbezaan dan latar belakang, personaliti, harga diri serta gaya pembelajaran dan pengajaran di sekolah perlu dikaji dari segi kaitannya dengan pencapaian pelajar.

Dalam meninjau hubungan pelbagai faktor dengan pencapaian mata pelajaran Matematik, salah satu faktor yang menjadi minat penyelidik ialah harga diri. Menurut Dorothy (1998), harga diri ialah faktor utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan setiap orang sebagai insan. Banyak kajian mengenai harga diri pelajar. Antaranya yang mengaitkan harga diri dengan pencapaian akademik (D’ Amico & Cardaci, 2003; Roy, 2003) dan kajian tentang hubungan harga diri dengan perlakuan tidak bermoral (Meriwater, 2003). Menurut dapatan kajian oleh D’ Amico dan Cardaci (2003) dan Roy (2003), tidak terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian akademik.

Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji lebih mendalam lagi hubungan harga diri dengan pencapaian akademik khususnya bagi mata pelajaran Matematik dalam kalangan pelajar.

1.4

Objektif Kajian

Penyelidik telah menggariskan empat objektif untuk dicapai menerusi kajian ini. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:

i.

Tahap harga diri pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik.

ii.

Perbezaan antara harga diri pelajar lelaki dengan perempuan.

8

iii.

Perbezaan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dengan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik.

iv.

Hubungan antara harga diri dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

1.5

Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, penyelidik akan mendapatkan jawapan kepada persoalan berikut :

i.

Apakah tahap harga diri pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik?

ii.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar lelaki dengan pelajar perempuan?

iii.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dengan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik?

iv.

Adakah terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik?

1.6

Hipotesis Kajian

Sebelum memulakan kajian ini, beberapa hipotesis telah dibuat bagi pelajar Tingkatan 2.

9

Ho1

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Ho2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik.

Ho3

Tidak terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Suggest Documents