Hubungan Kepemimpinan Distributif Terhadap Komitmen: Organisasi dan Tekanan Kerja dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978...
Author: Arnold Copeland
61 downloads 3 Views 82KB Size
National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

Hubungan Kepemimpinan Distributif Terhadap Komitmen: Organisasi dan Tekanan Kerja dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional SIVA RABINDARANGa & KHUAN WAI BINGb a

Universiti Pendidikan Sultan Idris

b

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK Pendidikan teknik dan vokasional sedang menghadapi perubahan secara terancang dan menyeluruh. Pemimpin organisasi berperanan melaksanakan perubahan untuk mencapai kejayaan organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan kepemimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Kajian ini menggunakan kajian literatur tentang kepemimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja. Kaedah tinjauan digunakan dalam menentukan tahap kepemimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja. Hubungan kepemimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja juga dikaji. Hasil kajian menunjukkan kepemimpinan distributif mempunyai hubungan signifikan dengan komitmen organisasi dan hubungan tidak signifikan dengan tekanan kerja. Kertas ini akan membentangkan latar belakang masalah kajian, sorotan kajian literatur, kepemimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja. Kajian ini dapat menyumbangkan kepada penerapan kepemimpinan distributif dalam peningkatan komitmen organisasi. Dengan ini, organisasi dapat mencapai kejayaan dan seiring dengan perubahan semasa dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Kata kunci: Kepemimpinan distributif, komitmen organisasi, tekanan kerja, teknik dan vokasional, perubahan

PENGENALAN Pemimpin merupakan tonggak organisasi. Pemimpin dinamik adalah bersesuaian dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan (Tatlah et al. 2011). Pelbagai perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Perubahan terkini ialah Transformasi Pendidikan Vokasional. Perubahan ini adalah secara menyeluruh dan terancang. Mengurus perubahan terancang adalah suatu tugas yang sukar dan mencabar (Mohd Izham & Norzaini, 2009). Oleh itu, kepemimpinan yang dinamik adalah penting untuk menguruskan perubahan yang berlaku dalam PTV. Tenaga pengajar teknik dan vokasional merupakan golongan pelaksana PTV. Mereka berperanan dalam melaksanakan perubahan yang berlaku dalam pendidikan ini. 489

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

Maka, mereka terdedah dengan pelbagai situasi kerja seperti tekanan kerja, kepuasan kerja, komitmen organisasi dan motivasi kerja. Perubahan dan situasi kerja ini berkait rapat serta penting dengan kepemimpinan dalam organisasi. Oleh itu, kepemimpinan perlu bersesuaian dengan perubahan dan situasi kerja dalam PTV.

Penyataan Masalah Sistem pendidikan semakin kompleks dan mengalami perubahan dari masa ke masa. Sistem pendidikan teknik dan vokasional juga melalui proses perubahan secara menyeluruh. Menurut Mohd Zulfadly et al. (2011), sistem pendidikan negara khususnya PTV sedang melalui proses transformasi. Proses transformasi adalah bersesuaian dengan tuntutan baru dalam PTV. Perubahan ini memberikan kesan terhadap kepemimpinan dan situasi kerja dalam organisasi. Maka, pemimpin perlu bekerja bersama tenaga pengajar PTV agar dapat melaksanakan perubahan yang berlaku dalam PTV. Kepemimpinan perlu sesuai dengan perubahan agar dapat diterima oleh semua pekerja dalam organisasi. Menurut Harris & Spillance (2008); Harris (2008); Harris (2012), keperluan dan tuntutan sistem pendidikan kini memerlukan kepemimpinan yang mantap. Pemimpin organisasi pendidikan perlu bekerja dalam perubahan iklim yang tidak menentu dan tidak dapat diramalkan (Harris, 2012). Oleh itu, peranan pemimpin adalah menyeluruh, iaitu perlu bersesuaian dengan perubahan, keperluan, tuntutan dan iklim dalam organisasi. Kepemimpinan yang mantap adalah bergantung kepada pemimpin dan pekerja dalam organisasi. Perubahan yang berlaku dalam PTV memerlukan kepemimpinan yang mantap dan efektif. Kepemimpinan distributif adalah antara kepemimpinan yang bersesuaian dengan pelaksanaan perubahan. Perspektif distributif meliputi interaksi antara pemimpin, pengikut dan situasi (Spillance, 2005). Kepemimpinan distributif adalah perkembangan daripada pengurusan merujuk konsep perwakilan. Ia adalah kebertanggungjawaban diwakilkan kepada pekerja oleh seseorang ketua dalam melaksanakan bidang tugasnya (Dinham, 2006). Pekerja yang memegang jawatan formal atau tidak formal dalam organisasi boleh membantu kepemimpinan dengan diberikan galakkan, pengiktirafan dan sokongan. Ia dapat meningkatkan potensi untuk memimpin, peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam organisasi. Kepemimpinan distributif bersifat fleksibel yang membenarkan perubahan dan meningkatkan peranan pekerja dalam organisasi (Belhiah, 2007; Williams, 2011). Kepemimpinan distributif adalah relevan dan sesuai dengan pelaksanaan perubahan dalam organisasi. Oleh itu, pemimpin dapat melaksanakan perubahan dalam semua aspek pengurusan organisasi dengan sokongan dan penyertaan pekerja. Kajian empirikal hubungan kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi masih kurang (Hulpia et al. 2009b). Kajian hubungan kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja juga kurang dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi dan tekanan kerja khususnya dalam PTV.

490

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan kepemimpinan distributif dalam organisasi teknik dan vokasional. Ia juga untuk melihat tahap dimensi-dimensi kepemimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional. Kepemimpinan distributif terdiri daripada tiga dimensi iaitu sokongan, penyeliaan dan kerjasama. Komitmen organisasi pula terdiri daripada afektif, penerusan dan normatif. Tekanan kerja pula terdiri daripada dimensi beban kerja, tingkah laku murid, pengiktirafan, masa dan hubungan. Kajian ini juga akan menentukan hubungan kepemimpinan distributif terhadap situasi kerja komitmen organisasi dan tekanan kerja.

Persoalan Kajian Persoalan 1 1. Apakah tahap dimensi-dimensi kepemimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional? Persoalan 2 2. Adakah terdapat hubungan antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional? Persoalan 3 3. Adakah terdapat hubungan antara kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional?

Hipotesis Kajian Hipotesis Kajian 1 Terdapat hubungan antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional. Ho1 Tidak terdapat hubungan antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional. Hipotesis Kajian 2 Terdapat hubungan antara kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional. Ho2 Tidak terdapat hubungan antara kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajar teknik dan vokasional.

KERANGKA KAJIAN Sistem pendidikan negara khususnya PTV sedang melalui proses perubahan. Pelaksanaan perubahan dalam organisasi akan menyebabkan penurunan komitmen dalam kalangan pekerja, kepercayaan dan juga peningkatan tekanan kerja (Dordevic, 2004). Beliau juga mencadangkan agar komitmen organisasi perlu diuruskan dengan pengamalan 491

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

pengurusan yang sesuai. Amalan kepemimpinan pengetua berperanan sebagai penggerak utama kepada peningkatan komitmen guru terhadap sekolah (Lokman et al. 2008). Peranan kepemimpinan dalam sistem pendidikan adalah perancangan, pemantauan, pengawalan dan penilaian. Malah peranan bertambah luas dengan tuntutan semasa iaitu memotivasi, meningkatkan tingkah laku positif dan menyelaras kerja berpasukan dalam kalangan pekerja (Taliadorou & Pashiardis, 2011). Oleh itu, kepemimpinan merupakan elemen yang penting dalam kejayaan organisasi. Dalam artikel ini, kepemimpinan distributif disarankan untuk diterapkan dalam organisasi yang mengalami perubahan secara menyeluruh. Kepemimpinan distributif merupakan gaya kepemimpinan yang mula ditonjolkan dalam pengurusan pendidikan. Peranan dan tanggungjawab ahli pasukan kepemimpinan disebarkan secara menyeluruh. Semua ahli pasukan kepemimpinan akan melaksanakan kerja mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing secara kolaboratif dan interaktif (Hulpia et al. 2009b). Ini menunjukkan setiap ahli pasukan kepemimpinan perlu bekerjasama dan berinteraksi dalam memimpin sesebuah organisasi. Kepemimpinan ini merupakan gaya yang sesuai dilaksanakan dalam pelaksanaan perubahan yang rancak berlaku dalam pendidikan teknik dan vokasional. Pelaksanaan perubahan memerlukan sistem kepimpinan yang lebih efisien dan efektif. Kepemimpinan distributif telah muncul sebagai alternatif dalam keperluan semasa yang memerlukan sistem kepemimpinan terkini (Harris, 2008). Menurutnya juga, model kepemimpinan distributif fokuskan interaksi dan bukannya tindakan dalam kalangan pemimpin formal serta tidak formal dalam organisasi. Kepemimpinan distributif tidak lagi dilihat sebagai bidang tugas seorang sahaja tetapi ia merangkumi kerja berpasukan (Hulpia et al. 2010; Williams 2011). Komitmen organisasi adalah kriteria yang kritikal dalam pengoperasian dan kejayaan organisasi (Hulpia et al. 2009b). Malah, dalam PTV yang sedang mengalami proses perubahan, komitmen organisasi merupakan kriteria yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Dengan ini, kepemimpinan distributif dicadangkan untuk diamalkan dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional. Kepemimpinan ini diharapkan dapat meningkatkan komitmen organisasi yang boleh membawa kejayaan terhadap organisasi. Kerangka kajian adalah merujuk kepada dimensi-dimensi yang terlibat dalam setiap pembolehubah yang dibincangkan. Dimensi kepemimpinan distributif terdiri daripada sokongan, penyeliaan dan kerjasama (Hulpia et al. 2009a). Dimensi untuk komitmen organisasi adalah terdiri daripada elemen afektif, penerusan dan normatif (Meyer & Allen, 2004). Manakala, dimensi tekanan kerja adalah terdiri daripada beban kerja, tingkah laku murid, pengiktirafan, masa dan hubungan (Boyle et al. 1995). Kerangka kajian tentang pengaruh kepemimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam seperti dalam rajah 1.1.

492

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

Afektif Komitmen Organisasi

Penerusan Normatif

Kepemimpinan Distributif Beban kerja Tingkah laku murid Sokongan

Tekanan Kerja

Penyeliaan

Pengiktirafan Masa

Kerjasama

Hubungan

(Sumber : Adaptasi daripada Hulpia et al. 2009a; Meyer & Allen, 2004; Boyle et al. 1995). Rajah 1.1 Kerangka kajian kepemimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja.

REKABENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Soal selidik digunakan untuk menentukan kewujudan kepemimpinan distributif serta mengenalpasti tahap komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Hubungan kepemimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja juga dikaji. Kajian ini adalah satu kajian rintis untuk menentukan kesesuaian soal selidik dan pemboleh ubah kajian.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Populasi kajian adalah tenaga pengajar daripada tujuh buah bengkel vokasional. Teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan rawak sistematik, iaitu berdasarkan kerjaya sebagai guru bengkel dalam bidang vokasional. Saiz sampel ialah sebanyak 31 iaitu melebihi 30 dan kurang dari 500 (Sekaran, 2003). INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik kepemimpinan distributif (Hulpia et al. 2009a), komitmen organisasi (Meyer & Allen, 2004) dan tekanan kerja (Boyle et al. 493

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

1995). Instrumen kepemimpinan distributif terdiri dari tiga dimensi iaitu sokongan, penyeliaan dan kerjasama. Instrumen komitmen organisasi terdiri daripada tiga dimensi juga iaitu afektif, penerusan dan normatif. Instrumen tekanan kerja terdiri daripada beban kerja, tingkah laku murid, pengiktirafan, masa dan hubungan. Instrumen kepemimpinan distributif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi iaitu setiap dimensi berada antara 0.79 hingga 0.93 (Hulpia & Devos, 2009). Dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrumen ini ialah 0.96. Manakala, instrumen komitmen organisasi mempunyai indeks kebolehpercayaan 0.77 hingga 0.80 untuk setiap dimensinya (Kanwaldeep, 2010). Menurut Ziauddin (2010), setiap dimensi dalam komitmen organisasi ini mempunyai indeks kebolehpercayaan melebihi 0.73. Kebolehpercayaan instrumen dalam kajian ini ialah 0.77. Instrumen tekanan kerja mempunyai indeks kebolehpercayaan 0.98 (Azizi Yahaya et al. 2007) dan 0.9 (Collie, 2010). Kebolehpercayaan instrumen tekanan kerja ialah 0.92. Ini menunjukkan instrumen-instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi.

PENGANALISISAN DATA Latar Belakang Responden Latar belakang responden diperolehi dan dianalisis berdasarkan maklumat peribadi yang diisi oleh responden pada bahagian A borang soal selidik. Bahagian A mengandungi maklumat demografi seperti umur, pengalaman dan tahap pendidikan. Seramai 31 responden telah memberikan maklum balas dalam penyelidikan ini. Taburan guru lelaki adalah seramai 20 orang (64.5%). Manakala taburan guru perempuan adalah seramai 11 orang (35.5%). Jadual 1.1 menunjukkan butiran responden mengikut jantina. Jadual 1.1 Butiran Responden Mengikut Jantina Jantina Guru Bengkel N Lelaki 20 Perempuan 11 Jumlah 31

% 64.5 35.5 100

Analisis Deskriptif Keputusan melibatkan min dalam menganalisis data untuk menentukan tahap kepemimpinan distributif dan komitmen organisasi dalam kalangan pengajar teknik dan vokasional. Jadual 1.2 Skor min kepemimpinan distributif untuk dimensi sokongan, penyeliaan dan kerjasama. Aspek Kepemimpinan Distributif

Dimensi Sokongan Penyeliaan Kerjasama

Min 3.15 3.15 3.89

Hasil dapatan kajian ini jelas menunjukkan tahap kepemimpinan distributif untuk dimensi kerjasama adalah tinggi iaitu sebanyak 3.89. Manakala, dimensi sokongan dan penyeliaan 494

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

adalah 3.15. Ini menunjukkan dimensi kerjasama dalam kepemimpinan distributif adalah paling dominan.

Jadual 1.3 Skor min komitmen organisasi untuk dimensi afektif, penerusan dan normatif. Aspek Komitmen Organisasi

Dimensi Afektif Penerusan Normatif

Min 5.29 4.47 5.47

Hasil dapatan kajian ini jelas menunjukkan tahap komitmen organisasi untuk dimensi normatif adalah tinggi iaitu sebanyak 5.47. Manakala dimensi afektif ialah 5.29 dan penerusan ialah 4.47. Ini menunjukkan dimensi normatif dalam komitmen organisasi adalah paling dominan. Jadual 1.4 Skor min tekanan kerja untuk dimensi beban kerja, tingkah laku murid, pengiktirafan, masa dan hubungan. Aspek

Tekanan kerja

Dimensi Beban kerja Tingkah laku murid Pengiktirafan Masa Hubungan

Min 3.10 2.89 2.70 3.31 2.75

Hasil dapatan kajian ini jelas menunjukkan tahap tekanan kerja untuk dimensi masa adalah tinggi iaitu sebanyak 3.31. Manakala, dimensi pengiktirafan adalah terendah iaitu sebanyak 2.70. Ini menunjukkan dimensi masa dalam tekanan kerja adalah paling dominan.

Analisis Inferensi Korelasi Keputusan analisis ujian korelasi adalah untuk kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi.

melihat

perhubungan

antara

Jadual 1.5 Analisis Ujian Korelasi – Hubungan antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi Kepemimpinan Distributif Komitmen Organisasi Kepemimpinan Distributif Korelasi Pearson 1 .458 Sig. (2-tailed) .010 N 31 31 Berdasarkan Jadual 1.5, didapati nilai pekali korelasi, r bagi kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi adalah bersamaan dengan 0.458. Memandangkan nilai p = 0.01 adalah lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis ini ditolak. Ini bermakna terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi. 495

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

Oleh kerana keputusan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, maka dengan ini dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi. Keputusan analisis ujian korelasi adalah untuk kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja.

melihat

perhubungan

antara

Jadual 1.6 Analisis Ujian Korelasi – Hubungan antara kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja Kepemimpinan Distributif Tekanan Kerja Kepemimpinan Distributif Korelasi Pearson 1 -.227 Sig. (2-tailed) .220 N 31 31 Berdasarkan Jadual 1.6, didapati nilai pekali korelasi, r bagi kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi adalah bersamaan dengan -0.227. Memandangkan nilai p = 0.220 adalah lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis ini diterima. Ini bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja. Oleh kerana keputusan ujian korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan, maka dengan ini dapat dirumuskan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara kepemimpinan distributif dengan tekanan kerja. Perbincangan adalah tentang hasil analisis ujian stastistik. Kaedah yang digunakan dalam analisis ialah min dan inferensi. Secara keseluruhannya, perbincangan menunjukkan terdapat hubungan antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi dan tiada hubungan dengan tekanan kerja.

KESIMPULAN Kepemimpinan masa kini perlu lebih fleksibel dan berorientasikan perkongsian kuasa. Tren kepemimpinan pendidikan masa kini tidak lagi melihat pengetua memikul semua tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah (Rosnarizah, 2009). Pandangan lama terhadap kepemimpinan sekolah adalah seorang pemimpin yang terbaik sahaja berada di puncak sesebuah organisasi (Hulpia & Devos, 2009). Ini mencerminkan bahawa pemimpin tidak lagi boleh bertindak secara bersendirian dalam mencapai kejayaan dalam organisasi. Pemimpin perlu peka dan sentiasa mendapat informasi terkini dalam pelaksanaan perubahan. Ia adalah penting agar perubahan yang dilaksanakan adalah di bawah kelolaan dan pengetahuan pemimpin sendiri. Dengan pelaksanaan perubahan, organisasi pendidikan memerlukan kepemimpinan yang mantap dari segi kapasiti dan kesanggupan bekerja dalam kalangan pekerja (Harris, 2012). Oleh itu, kepemimpinan adalah penting dalam memimpin pekerja untuk melaksanakan kerja. Kepemimpinan distributif dan komitmen organisasi mempunyai hubungan yang signifikan. Namun begitu, kepemimpinan distributif tidak mempunyai hubungan signifikan dengan tekanan kerja. Penerapan kepemimpinan distributif akan meningkatkan komitmen organisasi dalam kalangan tenaga pengajar. Ini menunjukkan kepemimpinan distributif adalah sesuai diterapkan untuk peningkatan komitmen organisasi, khususnya 496

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

dalam PTV. Kajian yang mendalam perlu dilaksanakan untuk menentukan hubungan kepemimpinan dengan tekanan kerja dalam PTV.

RUJUKAN Azizi, Y., Shahrin, H. and Tee, S. K. (2007) Occupational Stress among Technical Teachers in Technical School in Johore, Malacca and Negeri Sembilan. Final Report, Universiti Teknologi Malaysia. Belhiah, H. (2007) Toward a new conceptualization of teacher leadership in Morroccan schools. Proceedings of the Mate 27th Annual national conference. Collie, R. J. (2010) Social and emotional learning and school climate: Predictors of teacher stress, job satisfaction, and sense of efficacy (Unpublished master’s thesis). University of British Columbia, Vancouver, Canada. Dinham, S., Aubusson, P., and Brady, L. (2006) Distributive leadership through action learning. Australian Centre for Educational Leadership 5th International Educational Leadership conference. Dordevic, B. (2004) Employee commitment in times of radical organizational changes. Economics and Organization, 2 (2), 111-117. Harris, A. (2008) Distributed leadership: According to the evidence. Journal of Educational Administration, 46(2), 172-188. Harris, A. and Spillance, J. (2008) Distributed leadership through looking glass. Management in Education BELMAS, 22(1), 31-34. Harris, A. (2012) Distributed leadership: implications for the role of the principal. Journal of Management Development, 3 (1), 7-17. Hulpia, H., Devos, G. and Rosseel, Y. (2009a) Development and validation of scores on the distributed leadership inventory. Educational and Psychological Measurement, 69(6), 1013-1034. Hulpia, H., Devos, G. and Rosseel, Y. (2009b) The relationship between the perception of distributed leadership in secondary schools and teachers’ and teachers leaders’ job satisfaction and organizational commitment. Educational and Psychological Measurement, 20, 291-317. Hulpia, H. and Devos, G. (2009) Exploring the link between distributed leadership and job satisfaction of school leaders. Educational Studies, 35(2), 153-171. Hulpia, H., Devos, G. and Keer, H. V. (2010) The influence of distributed leadership on teacher’s organizational commitment : A multilevel approach. The Journal of Educational Research, 103(1), 40-52. Kanwaldeep Kaur and H.S. Sandhu. (2010) Career stage effect on organizational commitment: empirical evidence from Indian banking industry. International Journal of Business and Management, 5(12), 141-152. Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin and Sanitah Mohd Yusof. (2008) Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di Johor. Research Vote No: 78279, Universiti Teknologi Malaysia. Meyer, J. P. and Allen, N. J. (2004) TCM employee commitment survey. Academic Users Guide 2004. 497

National Research & Innovation Conference for Graduate Students in Social Sciences (GS-NRIC 2012) December 07-09, 2012, Mahkota Hotel, Melaka ISBN 978 983 2408 086

Mohd Izham Mohd Hamzah dan Norzaini Azman. (2009) Pandangan pentadbir terhadap implementasi proses perubahan terancang pada sekolah bestari di Malaysia. Sosiohumanika, 2(1), 75-88. Mohd Zulfadly Othman, Rohana Hamzah dan Amirmuddin Udin. (2011) Dua teras, satu destinasi: pelan reformasi strategik PTV kearah pembangunan sejagat. Jurnal Teknologi, 56, (199–117). Rosnarizah Abdul Halim (2009) Kajian eksplorasi distributed leadership di malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-16, Institut Aminuddin Baki. Sekaran, U. (2003) Research Methods for Business – A Skill Building Approach. Fourth Edition , John Wiley & Sons, Inc. Spillance, J. P. (2005) Distributed leadership. The Educational Forum, 69(2), 143-150. Taliadorou, N. and Pashiardis, P. (2011) Examing the relationship of emotional intelligence and political skill with effective educational leadership styles. International Congress for School Effectiveness and Improvement, 30. Tatlah, I. A., Zulfiqar Ali and Muhammad Saeed. (2011) Leadership behavior and organizational commitment: an empirical study of educational professionals. International Journal of Academic Research, 3(2), 1293-1298. Williams, C. G. (2011) Distributed leadership in South African schools : Possibilities and constraints. South African Journal of Education, 31, 190 -200. Ziauddin, Muhammad Riaz Khan., Farooq Ahmed Jam and Syed Tahir Hijazi. (2010) The impacts of employees job stress on organizational commitment. European Journal of Social Science, 13(4), 617-622.

498

Suggest Documents