FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBML 1203(SMP) PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO MATRIKULASI : 731117125720001 NO...
Author: Monica Fleming
93 downloads 0 Views 2MB Size
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012

HBML 1203(SMP) PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO MATRIKULASI

:

731117125720001

NO KAD PENGENALAN

:

731117-12-5720

NO TELEFON

:

0145558117

EMAIL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PPT Cawangan Tawau

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Pengenalan

3-5

2. Daerah Artikulasi

5-6

3. Alat Artikulasi

7-9

4. Penghasilan Bunyi Konsonan & Vokal

9-22

5. Bunyi Konsonan

23-40

6. Transkripsi

40-41

7. Definisi Fone m

41-42

8. Definisi Alofon

42-43

9. Perbezaan Fonem dan Alofon

43-44

10. Definisi Suprasegmental

44-46

11. Contoh Kepentingan Suprasegmental Dalam Pengajaran Lisan 47 12. Kesimpulan

47

RUJUKAN

48-49

2

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1. Pengenalan Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh manusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan telah terintegrasi dalam diri setiap manusia.

Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun terdapat sedikit perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan fonologi.

1.1

Definisi Fonetik Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih

Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukumhukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia (Indirawati Zahid, 2006). Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari se gi bahan fizik atau

3

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran (Ali Mahmood, 2010). Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics”. Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”.

Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik.

Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM dalam bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).

Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. 1.2

Konsep Fonologi Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji sistem

bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada 4

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of the systematicor ganization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is the study of the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.

Fonologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan khususnya bagi sesuatu bahasa. 2. Daerah Artikulasi Daerah sebutan terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

a). Bibir Bibir atas dan bibir bawah. Kedua bibir ini dapat dirapatkan bagi membentuk bunyi yang dinamakan dua bibir yang ertinya dua bibir bertemu. Bunyi seperti [p], [b], dan [m] adalah bunyi bilabial.

b). Gigi Untuk ujaran yang hanya gigi atas yang mempunyai peranan. Gigi ini dapat dirapatkan kepada bibir bawah bagi membentuk bunyi yang dinamakan bibir gigi. Contoh bunyi seperti ini

5

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

adalah bunyi [f] dan [v]. Gigi juga dapat dirapatkan kepada hujung lidah bagi membentuk bunyi dental seperti bunyi [t] dan [d] dalam bahasa Malaysia.

c). Gusi atau alveolar Daerah ini berada betul-betul di belakang pangkal gigi atas. Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas bagi membentuk bunyi yang dinamakan bunyi alveolar. Bunyi [t] dan [d] dalam bahasa Inggeris adalah contoh bunyi alveolar.

d). Lelangit keras Daerah ini terletak pada rongga atas mulut, iaitu di belakang daerah alveolar. Pada daerah ini dapat dirapatkan bahagian depan lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan alveopalatal seperti bunyi [c] dan [j].

e). Lelangit lembut: Daerah ini, terletak pada bahagian belakang rongga mulut atas. Pada lelangit lembut ini dapat dirapatkan bahagian belakang lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan velar seperti bunyi [k] dan [g].

f). Uvula Pada ujung rahang atas terdapat anak tekak yang dinamakan uvula. Uvula dapat digerakkan bagi menutup saluran ke hidung atau membukanya. Bila uvula tidak d irapatkan kepada bahagian atas faring maka bunyi udara keluar melalui hidung. Bunyi inilah yang dinamakan bunyi sengau. Sebaliknya, bila uvula dirapatkan kepada dinding faring maka udara disalurkan melalui mulut dan menghasilkan bunyi yang dinamakan bunyi oral.

6

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3. Alat Artikulasi

Rajah : A lat Artikulasi

3.1 Fungsi alat artikulasi a).Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana- mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

b).Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 7

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

c).Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

d).Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

e).Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

f).Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

g).Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. 8

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah: Pita Suara

4. Penghasilan Bunyi Konsonan dan Vokal 4.1

Bunyi a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh. b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong. c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya. - contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.

4.2

Bunyi Bahasa

9

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Bunyi bahasa pula merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan dan bunyi bukan bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alatalat artikulasi tetapi tidak dianggap sebagai salah satu bahasa di dunia ini. Contohnya bunyi batuk.

Bunyi bersuara dihasilkan semasa udara keluar melalui pita suara, pita suara agak rapat dan berlakulah getaran. Manakala bunyi tak bersuara pula dihasilkan semasa udara keluar melalui pita suara. Pita suara renggang atau terbuka dan tidak berlaku getaran. Pengelasan bunyi dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu vokal, diftong dan konsonan. Asmah Hj Omar (1986).

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia lain yakni dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia.

4.3

Penghasilan Bunyi

4.3.1

Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan

pengaliran udara. Bunyi vokal juga dikategorikan sebagai bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.

Selain itu, bukaan lidah turut mempengaruhi bunyi vokal yang dilafazkan sama ada vokal depan, belakang atau tengah. Sekiranya lidah depan yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibat adalah bahagian belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang, dan apabila bahagian lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang maka vokal 10

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

yang dihasilkan dipanggil vokal tengah. Secara keseluruhannya, pelabelan nama vokal ditentukan oleh kedudukan lidah, manakala jenis vokal pula ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut.

Bunyi vokal dihasilkan dengan cara:

-Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. -Vokal ialah bunyi bersuara -Untuk menghasikan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan. -Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir

4.3.2 Sifat-sifat vokal a. Bibir berkeadaan neutral semasa menghasilkan bunyi vokal ini. b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar. c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.

4.3.3 Huruf Vokal Bahasa Melayu

Huruf

Fonem(huruf)

di depan

di tengah

di belakang

a

[a]

aku

padi

buka

e (pepet)

[ə]

emak

peta

idealisme

e (taling)

[e]

elok

petak

sate

i

[i]

itik

biru

tali

o

[o]

otak

topi

kuno

u

[u]

ubat

kuda

dadu

11

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4.3.4 Kedudukan Vokal

4.3.5 Bentuk bibir ketika penghasilan Vokal

12

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4.3.6

Daerah artikulasi vokal

4.3.7 Cara Penghasilan Vokal a) Vokal Hadapan i)

Vokal Hadapan Sempit [i]

Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan.

13

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Ra jah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vocal hadapan sempit [i]

Contoh : Vokal hadapan sempit [i] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[ijab]

[minum]

[beli]

[insan]

[kilang]

[cari]

ii) Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]

Bagi menghasilkan bunyi vokal [e] pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal [i]. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan.

14

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah: kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal hadapan separuh sempit [e]

Contoh : Vokal hadapan separuh sempit [e] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[ekor]

[kekok]

[kole]

[enak]

[belok]

[tauge]

iii) Vokal Hadapan Separuh Luas [ ə ] Hadapan lidah dinaikkan separuh luas (lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [ə ]) yang bergerak ke arah lelangit keras, iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.

15

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vok al hadapan separuh luas [ ə ]

Contoh : Vokal hadapan separuh luas [ ə ] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[εsok]

[kεk]

[sorε]

[εnak]

[bεlok]

[olε-olε]

iv) Vokal Hadapan Luas [a] Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah, seolah-olah terhampar dan mulut kita dalam keadaan luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.

16

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal hadapan luas [a]

Contoh : Vokal hadapan luas [a] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[angsa]

[rapi]

[lupa]

[alis]

[palam]

[kena]

b) Vokal Belakang i)

Vokal Belakang Sempit [u] Vokal [u] dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh:

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal belakang sempit [u]

Contoh : Vokal belakang sempit [u] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[ungka]

[tuba]

[batu]

[ulam]

[pucat]

[kelu]

17

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

ii) Vokal Belakang Separuh Sempit [o] Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan.

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vok al belakang separuh sempit [o]

Contoh : Vokal belakang separuh sempit [o] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[orang]

[roket]

[milo]

[onar]

[pocong]

[keromo]

c) Vokal Tengah i)

Vokal Tengah [ə] Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi [ə] akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataan sahaja.

18

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah: kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal tengah [ə]

Contoh: Vokal tengah [ə] Awalan [Ənam]

Pertengahan [ sƏlamat]

Akhiran [ kƏ]

[ pƏngƏrusi]

d) Vokal Sengau Dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal sengauan, rongga hidung terlibat sama, lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila rongga hidung tidak tertutup rapat, udara keluar dari kedua-dua rongga, iaitu rongga hidung dan mulut. Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vokal.

e) Diftong Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang menyatakan bahawa dua vokal hadir dalam konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu [au, oi, ai]

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suk u kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak.

19

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

i)

Diftong [ai] Bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i].

Rajah :Ditong [ai]

Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan diftong [ai]

Contoh: Diftong [ai]

ii)

Awalan

Pertengahan

Akhiran

[aising]

[hairan]

[belai]

[aikido]

[kailan]

[kedai]

Diftong [au] Depan lidah berada pada kedudukan pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u[; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula.

20

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan diftong [au]

Contoh : Diftong [au] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[aur]

[maulana]

[pulau]

[aurat]

[saudara]

[relau]

iii) Diftong [oi] Lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mulamula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar.

Rajah: Diftong [oi]

Ra jah: kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan diftong [oi]

21

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh: Diftong [oi] Pertengahan

Akhiran

[boikot]

[kaloi]

Pergerakan lidah bagi mene rbitkan diftong-diftong Bahasa Melayu

22

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5.

Bunyi Konsonan Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh

salahsatu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga [p], [b], [t], [d],[k], [g], [c], [j], [s], [r], [l],[m], [n], [x], [q],[v]

5.1. Penghasilan Bunyi Konsonan Bagi menghasilkan bunyi konsonan perlu diperhatikan tiga faktor. Pertama adalah titik artikulasi, iaitu tempat artikulator itu berada, sama ada didekatkan, atau dirapatkan. Bila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi bilabial. Dalam bahasa Melayu, dan banyak bahasa lain, bunyi bilabial terdiri dari bunyi [p], [b], dan [m]. Perbezaan antara kedua bunyi yang pertama dengan bunyi yang ketiga terletak pada saluran udara yang dilaluinya: [p] dan [b] melalui mulut, dan oleh sebab itu dinamakan bunyi oral, sedangkan

[m]

[m]

melalui

hidung,

dan

oleh

sebab

itu

dinamakan

bunyi

nasal.

[b]

Faktor kedua dalam menghasilkan bunyi konsonan adalah cara artikulasi, iaitu bagaimana caranya udara dari paru-paru itu kita lepaskan. Apabila udara itu kita tahan dengan ketat dalam rongga mulut lalu kemudian kita lepaskan dengan serentak maka bunyi tadi akan menghasilkan bunyi seperti letupan. Kerana itu, bunyi ini dinamakan bunyi letupan atau plosif. 23

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah :Carta konsonan bahasa Melayu

5.1.1) Konsonan Letupan a) Konsonan [b] dan [p] Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat mulut dibuka, keluarlah bunyi [p]. penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].

24

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : [b] [p]

Rajah: kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan Konsonan letupan [b] dan [p]

Contoh : konsonan [b] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[batu]

[lumba]

[nasab]

[balu]

[labu]

[nasib]

Awalan

Pertengahan

Akhiran

[palu]

[sampah]

[malap]

[pedang]

[sepah]

[kurap]

Contoh : konsonan [ p]

b) Konsonan [t] dan [d] Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].

25

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [t]

Contoh : konsonan [t] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[tebu]

[satu]

[selat]

[tabur]

[ketum]

[pelat]

Ra jah : Kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [d]

Contoh : konsonan [d] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[datin]

[sedih]

[salad]

[dahulu]

[dadih]

[tekad] 26

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

c) Konsonan [k] dan [g] Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [k]

Contoh : konsonan [k] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[kacau]

[tekun]

[gelak]

[kecut]

[tekad]

[serik]

27

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Ra jah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [g]

Contoh : konsonan [g] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[gagah]

[segak]

[zig- zag]

[gempita]

[megah]

[beg]

d) Konsonan [j] dan [dz] Bunyi [j] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak

tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.

e) Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.

Pita suara

dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.

28

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak Arus udara

Pita suara dirapatkan tanpa menggetarkannya

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan hentia glotis [?]

5.1.2) Konsonan Geseran a) [s] - Mula- mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi tak bers uara.

Rajah : Kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]

29

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh : konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[ saman]

[basi]

[manis]

[siram ]

[basuh]

[ikhlas]

b) [h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.

Rajah :kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan bunyi [h]

Contoh:konsonan geseran [h] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[hantu]

[mahal]

[madah]

[ haram ]

[mahram]

[surih]

5.1.3) Konsonan Getaran a) [r]

-

apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah

dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].

30

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : Kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan getaran gusi bersuara [r]

Contoh: konsonan getaran [r] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[risau]

[marah]

[putar]

[ ranap ]

[murah]

[pintar]

5.1.4) Konsonan Sisian a) [l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi be rsuara [l].

31

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sisian gusi bersuara [l]

Contoh: Allah, Salleh

5.1.5) Konsonan Sengauan (nasal) a) Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan kebibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

32

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau dua bibir bersuara [m]

Contoh : konsonan sengau dua bibir bersuara [m ] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[malam]

[semak]

[silam]

[muram]

[taman]

[salam]

b) [n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [n].

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau gusi bersuara [n]

33

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh : konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n ] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[nilai]

[benak]

[pelan]

[niaga ]

[mentah]

[lokan]

c) Konsonan Sengau Gusi - Lelangit Keras [‫] ת‬ Hadapan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Oleh sebab lambang [ ‫ ] ת‬tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan Rumi

bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ny.

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [‫] ת‬

Contoh : konsonan sengau gusi-lelangit keras [‫] ת‬ Awalan

Pertengahan

[‫ת‬awa]

[se ‫ת‬ap]

34

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

a) Konsonan Sengau Lelangit Lembut [ ŋ ] Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidahdiangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkandengan dua huruf, iaitu ng .

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ]

Contoh : konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[ŋilu]

[baŋsal]

[senaŋ]

[ŋaŋa ]

[seŋal]

[renaŋ]

5.1.6) Separuh Vokal B u n y i s e p a r u h v o k a l me mp u n y a i c ir i – c ir i b u n y i v o k a l, t e t a p i t id a k merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi – bunyi separuhvokal, alat – alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan voka l, ke mud ia n de nga n

35

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

segera ber uba h kepada kedud uka n voka l la in ya ngberlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal, tetapi sebagai konsonan

a) [w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir be rsuara.

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan separuh vocal dua bibir bersuara [w]

Contoh : separuh vokal dua bibir bersuara [w] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[wukuf]

[bawal]

[straw]

[wasiat]

[tawaduk]

[takraw]

b) [j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara.

36

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Contoh : separuh vokal lelangit keras bersuara [j] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[jambu]

[maju]

[mesej]

[jambatan]

[keju]

[kolaj]

5.1.7) Konsonan Pinjaman a) [f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas se hingga apabila udara melalui terdapat geseran.

Lelangit lembut dinaikkan.

Pita

suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bers uara.

37

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan geseran bibir gigi tidak bersuara [f]

Contoh : Geseran bibir gigi tidak bersuara [f] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[fasih]

[sifar]

[saraf]

[fakir]

[safar]

[skaf]

38

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan geseran bibir gigi bersuara [v]

Contoh : Geseran bibir gigi bersuara [v] Awalan

Pertengahan

[vakuol]

[larva]

[violin]

[kanvas]

b) [z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.

Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan geseran gusi bersuara [z]

Contoh : Geseran gusi bersuara [z] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[zikir]

[nazak]

[lafaz]

[zuhrah]

[azimat]

[hafaz]

39

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

c) [s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan geseran gusi lelangit keras.

Ra jah : Gesaeran gusi lelangit keras [s]

Contoh : Geseran gusi lelangit keras [s] Awalan

Pertengahan

Akhiran

[sulam]

[kisar]

[kudus]

[silam]

[kasar]

[tulis]

6. Transkripsi Transkripsi adalah pertuturan lisan dengan tujuan untuk menyarankan: lafaz bunyi, fonem, morfem, atau tulisan sesuai dengan ejaan yang berlaku dalam suatu bahasa yang menjadi sasarannya (Marsono, 1993). Tujuannya untuk mencatat setepat mungkin semua ciri ucapan yang dapat didengar dan dikenal oleh penulis di dalam ujaran. Selain itu transkripsi juga digunakan untuk mengetahui perbezaan yang halus dari beberapa ucapan dialek-dialek (Samsuri, 1974). Transkripsi Fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambing- lambang fonetik yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Lambang fonetik ditulis di dalam []. Transkripsi fonemik merupakan satu cara transkripsi lebih menumpukan dalam bentuk tulisan. Lambang fonemik ditulis dalam kurungan / / atau []. Berikut merupakan contoh ejaan fonetik dengan fonemis. 40

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

No

EJAAN FONETIK

EJAAN FONEMIS

1.

[piŋUl]

/pinggul/

2.

[bεbεʔ]

/bebek/

3.

[warUŋ]

/warung/

4.

[sampay]

/sampai/

7. Definisi Fone m Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata malu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu m, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika m diganti dengan l, maka malu akan bertukar menjadi lalu.

Oleh itu, m dan l adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Dalam BM sesuatu fonem mempunyai ciri fonetik yang sama tetapi berlainan bunyi apabila hadir pada kedudukan yang berbeza. Varian fonem yang berdasarkan kedudukan ini dikenali sebagai alofon. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan [ ]. Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem- fonem yang berasingan.

tabah - tapah

tekak - tegak

sabun - sabung

baru

wang - bang

siang - tiang

- balu

Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi keduadua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dina makan pasangan minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang 41

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

berlainan tetapi merupakan alofon dari satu fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan bebas. Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/. 8. Definisi Alofon Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dala m satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, kʷ dan ˀ. Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i). Bunyi kʷ terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi ˀ terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kakaˀ. Dalam hal ini, alofon k, kʷ dan ˀ adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, kʷ, ˀ iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir- hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi dimaksudkan masing- masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu tempat masing- masing dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu alofon juga boleh difahami ataupun didefinisikan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Maka dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh yang diberikan fonem p mempunyai dua alofon. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama. 42

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u, i adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masingmasing yang membezakan makna iaitu baru, buru, biru. Oleh sebab itu vokal a, u dan i adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah bertaraf fonem.

9. Perbezaan Fonem dan Alofon 9.1

Fonem bersifat abstrak kerana fonem hanyalah abstrak dari alofon manakala alofon

adalah realisasi dari fonem dan oleh itu alofon adalah bersifat nyata dan konkrit dalam lisan kerana alofon adalah perkataan yang diucapkan.

9.2

Fonem boleh dipenggal-penggalkan menjadi unit yang paling kecil manakala alofon tidak

boleh dipenggal-penggalkan menjadi unit yang terkecil. Contoh : Pitam boleh dipenggalkan menjadi [p],[i],[t],[a],[m]

9.3

Fonem adalah satuan bahasa yang berbeza makna dan ia berfungsi untuk membezakan

makna dan mengubah perkataan manakala alofon walaupun mempunyai ejaan atau sebutan yang berbeza tetapi masih mempunyai makna yang sama. Contoh : Fonem 2. [palu][luap][pula]-masing-masing mempunyai makna yang berbeza. Alofon 1. [Agama][Ugama]- walaupun sebutan berbeza tetapi makna masih tetap sama.

9.4

Fonem dan alofon boleh dibezakan dengan melihat pada cara ia ditentukan di mana

fonem ditentukan dengan kaedah pasangan minima iaitu keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem 43

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: [tari] [dari] Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana kedua duanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi- gusi (alveolar). Alofon pula ditentukan dengan menggunakan kaedah penyebaran saling melengkapi. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam kedudukan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di awal kata (ia tidak boleh hadir di tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di awal kata (ia hanya boleh hadir di tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatka n kehadiran segmensegmen berkenaan adalah saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran saling melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi

kehadiran

segmen

[k]

dan

[]

dalam

perkataan-perkataan

di

bawah:

[kita][suka][to] Segmen [k] hanya boleh hadir di awal dan tengah kata manakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir kata.

10. Definisi Suprasegmental Dalam linguistik, suprasegmental adalah kajian terhadap penyertaan struktur rima bunyibunyi pertuturan dalam setiap pewujudan bunyi bahasa. Ada empat unsur supra-penggalan yang selalu bersifat fonemis dalam bahasa-bahasa lain iaitu tekanan, panjang-pendek, jeda dan nada.

Suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan iaitu ciri sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi atau menindihi bunyi penggalan.

44

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

10.1

Ciri – Ciri Ciri-ciri suprasegmental yang digunakan untuk menandakan ujaran adalah seperti

berikut: 10.1.1 Tekanan Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Unsur tekanan dihasilkan bersama perkataan atau pun suku kata. Tekanan merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan suku kata. Bunyi segmental tidak disertai dengan unsur tekanan ini. Bagi membezakan bunyi ataupun unsur tekanan ini, tanda [‘] digunakan. Tekanan pada vokal biasanya berlaku dalam Bahasa Melayu. Selain itu, bunyi vokal juga turut disebut dengan lantang dan panjang. Kebiasaannya, dalam Bahasa Melayu juga tekanan kuat berlaku pada suku kata kedua dalam sesuatu perkataan. 10.1.2 Panjang-pendek Mora sebutan adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya adalah sama dengan harakat dalam bahasa arab iaitu menunjukkan panjang atau pendek sesuatu bunyi. Lambang [:] bererti satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.] menunjukkan setengah mora. Unsur ini tidak membezakan makna. 10.1.3 Jeda Jeda merupakan unsur senyap dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistrik,iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda turut dikenali sebagai persendian. Jeda atau persendian ditandai dengan lambang [+] dalam perkataan. Manakala, dalam ayat,jeda ditandai dengan lambang [//]. Dalam bahasa Melayu, jeda digunakan sebagai pembeza rangkai kata dan juga ayat. Contohnya, frasa basuhkantin(basuhkan tin) dan basuhkantin(membasuh kantin) merupakan frasa yang sama tetapi berbeza makna apabila jeda digunakan dalam frasa tersebut. Lambang jeda harus digunakan bagi membezakan makna dalam rangkai kata dan ayat.

45

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Contoh: Rangkai kata: Basuhkan+tin “membasuhkan tin=tin yang dibasuh” Basuh+kantin “membasuh kantin=kantin yang dibasuh” Ayat: #Saya membaca buku kakak# (Maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak) #Saya membaca buku // kakak (Maksudnya saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku) Dalam bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, unsur jeda turut membezakan makna. Contonya, ujaran “aiskrim” dan “I scream” mempunyai ujaran yang sama. Ujaran ini sukar dibezakan maknanya melainkan jeda digunakan. Contohnya: Ice cream /ais+kri:m/ “aiskrim” I scream /ai+skri:m/ “saya menjerit” Jeda antara kata, diberi tanda ( / ) Jeda antara frasa, diberi tanda ( // ) Jeda antara perkataan, diberi tanda ( # ) 10.1.4 Nada Nada merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Nada juga disebut lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat berbagai-bagai nada atau lagu terdapat pada ayat. Nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. 46

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

11.

Contoh Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Ke mahiran Lisan

1. Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. 2. Untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar. 3. Untuk menyedapkan percakapan atau bacaan dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog. 4. kepentingan jeda dalam lisan ialah untuk membezakan makna dalam lisan. 5. untuk memisahkan suku kata atau perkataan dalam sesebuah pengucapan Contoh : *Ber + ikan =bermaksud mempunyai ikan *Beri + kan =bermaksud arahan untuk memyerahkan sesuatu 12. Kesimpulan Maksud fonologi ialah ia merupakan salah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan bahasa tentang bidang yang mengkaji segala jenis bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambing bunyi-bunyi tersebut.

Vokal merupakan bunyi bersuara kerana tiada halangan semasa udara keluar dari peparu. Konsonan mempunyai bunyi bersuara dan tidak bersuara. Diftong pula merupakan has il daripada penggabungan dua vokal [ai][oi]dan [au].

Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala daerah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Selain daripada itu, dalam bahasa Melayu terdapat sebahagian huruf- hurufnya adalah pinjaman dan terdapat sebahagian huruf digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong. (5,300 Patah Perkataan) 47

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

RUJUKAN 1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1995). Linguistik. Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdullah Hassan.(1991).Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti. 3. Abdullah Hassan.(2005).Linguistik Am.Siri Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentong. PTS Profesional. 4. Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur. Sarjana Enterprise. 5. Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Asmah Hj. Omar. (2011). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Bloomfield,L. (1992). Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penterjemah: Alias Mahpol). 8. Clark,J. dan Yallop,C. (1995). An Introduction Phonetics and Phonology. London. Routledge. 9. Collins,B dan mees, I.M. (2003). Practical Phonetics and Phonology. Second Edition. Oxford. Blackwell. 10. Goay Tech Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. (2006). Fonologi Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 11. Hashim Musa. (1998). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 12. Http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik 13. http://tutor.com.my/tutor/arkib2012 14. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm 15. Idirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 16. Kamus linguistik. (1997). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

48

MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

17. Lyons, John. (1992). Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penterjemah: L Ramli Salleh dan Toh Kim Ho). 18. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh.Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. 19. Nor Hashimah Jalaluddin.(1998).Asas Fonetik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 20. Raja Mukhtaruddin Raja Dain.(1982). Ilmu Fonetik. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. 21. Samsuri.(1994).Analisis Bahasa;Memahami Bahasa Secara Ilmiah. Penerbit Erlangga.Jakarta. 22. www.scribd.com/doc/64491975/12/Alat-Alat-Artikulasi-Vokal 23. Yusoff & che Rabiah Mohamad. (2005). Menghasilkan Bunyi Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

49

Suggest Documents