FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN EKONOMI ASAS DI PERINGKAT SPM DI SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH DI NEGERI JOHOR

FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN EKONOMI ASAS DI PERINGKAT SPM DI SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH DI NEGERI JOHOR Shahrun Nizam bin Abdul Aziz d...
18 downloads 1 Views 259KB Size
FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN EKONOMI ASAS DI PERINGKAT SPM DI SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH DI NEGERI JOHOR Shahrun Nizam bin Abdul Aziz dan Normala binti Zulkifli Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected]

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas, SPM. Seramai 2,035 orang pelajar Ekonomi Asas daripada 115 buah sekolah di sekitar negeri Johor telah dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini nilai kekerapan, peratusan dan min telah dikira bagi menentukan kecenderungan memusat pengaruh sesuatu faktor terhadap pencapaian pelajar. Manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara faktor-faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Keputusan kajian menunjukkan enam daripada lapan faktor yang dikaji iaitu faktor minat, faktor sikap, faktor pencapaian lalu, faktor keluarga, faktor persekitaran sekolah dan faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Di samping itu kajian ini juga mendapati wujud hubungan antara faktor minat dan pencapaian lalu dengan gender. Kata Kunci: Prestasi pelajar, Ekonomi Asas, pendidikan 1. Pengenalan Sejak mula mata pelajaran Ekonomi Asas diperkenalkan, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran-mata pelajaran lain dalam bidang kemanusiaan ikhtisas yang lain seperti perdagangan dan Prinsip Akaun. Sebagai contoh antara tahun 1997 hingga tahun 2000 peratus lulus bagi mata pelajaran Ekonomi Asas tidak pernah memcecah angka 70 peratus dan keadaan ini begitu berbeza jika dibandingkan dengan mata pelajaran Perdagangan dan Prinsip Akaun. Masalah keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan bagi mata pelajaran Ekonomi Asas bukan sahaja berlaku diperingkat awal ia diperkenalkan, namun tren keputusan yang sedemikian rupa masih berlaku hingga kini. Malah disesetengah negeri pada tahun tertentu peratus kegagalan bagi mata pelajaran ini mengatasi peratus lulus. Antara tahun 2000 hingga 2005 peratus gagal bagi mata pelajaran Ekonomi Asas di kebanyakkan negeri di Malaysia melebihi 30 peratus. Misalnya pada tahun 2003, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor masing-masing mempunyai peratus gagal sebanyak 41.9, 53.2, 55.5 dan 59.7. Pada tahun berikutnya, peratus kegagalan semakin menurun, namun pada paras yang agak tinggi iaitu disekitar 40 peratus. Pada tahun 2005 peratus kegagalan mata pelajaran Ekonomi Asas di negeri-negeri yang dinyatakan di atas telah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ini menunjukkan peratus kegagalan mata pelajaran Ekonomi Asas di kebanyakkan negeri masih berada pada tahap yang agak tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti (1) faktor-faktor dan faktor utama yang menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas di peringkat SPM; (2) perbezaan faktor utama kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas mengikut gender; (3) perbezaan faktor utama kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas mengikut tahap sosioekonomi; (4) perbezaan faktor utama kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas berdasarkan bangsa. e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

127

2. Metodologi Di negeri Johor terdapat sebanyak 184 buah sekolah menengah yang menawarkan mata pelajaran Ekonomi Asas di peringkat SPM. Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik telah memilih 115 buah sekolah secara rawak daripada pelbagai daerah sebagai sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 2, 035 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas di 115 buah sekolah di negeri itu. Sampel dipilih secara rawak dan terdiri daripada pelajar yang gagal iaitu yang memperolehi markah di bawah 40 peratus dalam peperiksaan akhir Ekonomi Asas semasa di tingkatan empat. Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dalam pengumpulan data. Soal selidik dipilih kerana ia lebih praktikal digunakan bagi populasi yang besar. Menurut Majid Konting (2000) keupayaan soal selidik menggunakan sampel yang besar akan meningkatkan ketepatan anggaran statistik sampel untuk menganggar populasi. Soal selidik kajian ini terdiri daripada soalan-soalan tertutup (closed-ended questions) dan mengandungi dua bahagian di mana bahagian pertama memaparkan 8 soalan yang berkaitan latar belakang dan demografi pelajar. Soalansoalan membabitkan maklumat tentang jantina pelajar; keputusan peperiksaan mata pelajaran Ekonomi Asas terkini; bangsa; tahap pendidikan tertinggi, jenis pekerjaan dan pendapatan bulanan ibu-bapa. Bahagian kedua pula mengenai faktor-faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Bahagian ini mengandungi sejumlah 48 item berkaitan 8 faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas iaitu minat, sikap, pencapaian lalu, guru, persekitaran sekolah, keluarga, ko-kurikulum dan rakan sebaya. Skala Likert empat pangkat telah digunakan untuk membolehkan pengumpulan data tentang tahap persetujuan responden dalam setiap item. Selain itu, kajian rintis telah dijalankan di tiga buah sekolah di daerah Batang Padang, Perak dan hasilnya mendapati kebolehpercayaan instrumen yang diuji adalah agak tinggi iaitu 0.88. 3. Dapatan Kajian 3.1 Latar belakang responden Jadual 1 di bawah merumuskan lapan ciri demografi responden iaitu dari aspek jantina, markah pelajar, bangsa, tahap sosioekonomi (iaitu, tahap akademik ibu-bapa, pekerjaan ibu-bapa dan pendapatan bulanan ibu-bapa). Berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa sebilangan besar responden adalah perempuan (iaitu sebanyak 57.3 peratus). Selain itu, pelajar-pelajar yang dipilih sebagai responden adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai markah di bawah 40 peratus dan sebahagian besar daripada mereka (iaitu hampir 90 peratus) memperolehi markah antara 20 dan 39 peratus. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu (iaitu sebanyak 68.5 peratus) dan ini diikuti oleh etnik Cina (20.4 peratus) dan India (10.6 peratus). Bagi menunjukkan status sosioekonomi responden kami turut melakukan analisis terhadap tahap pendidika, jenis pekerjaan dan pendapatan bulanan ibu dan bapa responden. Berdasarkan Jadual 1, kebanyakkan ibu dan bapa berada dalam kategori sosioekonomi yang rendah berdasarkan tahap pendidikan (85.6 dan 82.7 peratus masingmasing) dan jenis pekerjaan (88.6 dan 77.7 peratus masing-masing). Selain itu, berdasarkan pendapatan bulanan ibu dan bapa responden di dapati sebahagian besar (iaitu sebanyak 82.5 peratus) daripada ibu-bapa responden berpendapatan rendah. Jadual 1: Latar belakang Responden

Jantina markah

 57.3 peratus responden adalah perempuan  42.7 peratus responden adalah lelaki  63.5 peratus pelajar memperoleh markah antara 20 hingga 29.  30.4 peratus pelajar memperoleh markah antara 30 hingga 39.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

128

 4.3 peratus pelajar memperoleh markah antara 10 hingga 19  1.8 peratus pelajar memperoleh markah antara 0 hingga 9. Etnik

Tahap pendidikan bapa Tahap pendidikan ibu Pekerjaan bapa Pekerjaan ibu Pendapatan bulanan ibu-bapa

               

68.5 peratus responden adalah berbangsa Melayu. 20.4 peratus responden adalah berbangsa Cina. 10.6 peratus responden adalah berbangsa India. 0.5 peratus responden adalah terdiri daripada lain-lain bangsa. 82.7 peratus bertahap pendidikan rendah 13.7 peratus bertahap pendidikan sederhana 3.6 peratus bertahap pendidikan tinggi 85.6 peratus bertahap pendidikan rendah 12.0 peratus bertahap pendidikan sederhana 2.5 peratus bertahap pendidikan tinggi 77.7 peratus adalah golongan pekerja peringkat bawahan 22.3 peratus adalah golongan pekerja peringkat pertengahan 88.6 peratus adalah golongan pekerja peringkat bawahan 11.4 peratus adalah golongan pekerja peringkat pertengahan 82.5 peratus Ibu-bapa adalah berpendapatan rendah 17.5 peratus Ibu-bapa adalah berpendapatan tinggi.

3.2 Faktor-faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas Jadual 2 menunjukkan min bagi setiap faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Dalam kajian ini kami membahagikan faktor-faktor kelemahan pelajar ini kepada dua bahagian iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman terdiri daripada faktor minat, faktor sikap dan faktor pencapaian lalu, manakala faktor luaran pula terdiri daripada faktor keluarga, faktor guru, faktor persekitaran sekolah, faktor ko-kurikulum dan faktor rakan sebaya. Berdasarkan Jadual 2 didapati skor min bagi faktor minat,sikap dan pencapaian lalu masing-masing adalah 1.93, 1.93 dan 1.65, manakala skor min bagi faktor keluarga, faktor guru, faktor persekitaran sekolah, faktor ko-kurikulum dan faktor rakan sebaya masing-masing adalah 2.63, 3.20, 3.05, 3.09 dan 2.74. Jadual 2: Faktor-Faktor Kelemahan Pelajar dalam Mata Pelajaran Ekonomi Asas Faktor-faktor kelemahan Faktor Dalaman Minat Sikap Pencapaian lalu Faktor Luaran Keluarga Guru Persekitaran Sekolah Ko-kurikulum Pengaruh Rakan Sebaya

Min 1.9342 1.9339 1.6506 2.6313 3.1964 3.0478 3.0877 2.7439

Bagi menentukan faktor utama kelemahan pelajar, min kedua-dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran dibandingkan. Pemilihan faktor utama kelemahan pelajar dibuat berdasarkan kepada nilai min yang paling rendah. Berdasarkan Jadual 2, didapati min faktor dalaman iaitu, minat, sikap dan pencapaian lalu adalah rendah berbanding min faktor-faktor luaran. Berdasarkan dapatan ini kita boleh merumuskan bahawa faktor dalaman (iaitu, minat, sikap dan pencapaian lalu pelajar) merupakan penyumbang utama kepada kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas, peringkat SPM. e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

129

3.3 Perbezaan Skor min faktor dalaman dengan gender 3.3.1 Perbezaan skor min faktor minat dengan gender Bagi mengukur perbezaan skor min minat dengan gender, min skor minat bagi lelaki akan dibandingkan dengan min faktor minat bagi perempuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jadual 3: Ujian-t Tidak Bersandar Minat dengan Gender Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.8975 1.9614

Sisihan Piawai 0.35545 0.34622

T 4.076

Nilai-p 0.000

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 3, H0 ditolak. Ini bermakna wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Oleh itu, kita boleh mengatakan terdapat perbezaan faktor minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 3.3.1

Perbezaan skor min faktor sikap dengan gender

Untuk mengukur perbezaan skor min sikap dengan gender, min skor sikap bagi lelaki akan dibandingkan dengan min faktor sikap bagi perempuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor sikap antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor sikap antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jadual 4: Ujian-t Tidak Bersandar Sikap dengan Gender Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.9222 1.9426

Sisihan Piawai 0.30521 0.35350

T 1.290

Nilai-p 0.197

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 4, didapati H0 gagal ditolak. Ini bermakna tidak wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan sikap antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 3.3.2

Perbezaan skor min faktor pencapaian lalu dengan gender

Bagi mengukur perbezaan skor min pencapaian lalu dengan gender, min skor minat bagi lelaki akan dibandingkan dengan min faktor pencapaian lalu bagi perempuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

130

Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor pencapaian lalu antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor pencapaian lalu antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jadual 5: Ujian-t Tidak Bersandar Pencapaian Lalu dengan Gender Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.6204 1.6731

Sisihan Piawai 0.23510 0.24266

T 4.910

Nilai-p 0.000

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 5, H0 ditolak. Ini bermakna wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Ini mengesahkan wujud perbezaan faktor pencapaian lalu antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. 3.4 Perbezaan Skor min faktor dalaman dengan etnik 3.4.1

Perbezaan skor min faktor minat dengan etnik

Bagi mengukur perbezaan skor min minat dengan etnik, min skor minat bagi pelajar bumiputera akan dibandingkan dengan min faktor minat bagi pelajar bukan bumiputera untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor minat antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor minat antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera. Jadual 6: Ujian-t Tidak Bersandar Minat dengan Etnik Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.9763 1.8424

Sisihan Piawai 0.34165 0.35565

T 8.106

Nilai-p 0.000

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 6, H0 ditolak. Ini bermakna wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa wujud perbezaan faktor minat antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 3.4.2

Perbezaan skor min faktor sikap dengan etnik

Bagi mengukur perbezaan skor min sikap dengan etnik, min skor sikap bagi pelajar bumiputera akan dibandingkan dengan min faktor sikap bagi pelajar bukan bumiputera untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor sikap antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

131

Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor sikap antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera. Jadual 7: Ujian-t Tidak Bersandar Sikap dengan Etnik Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.9272 1.9482

Sisihan Piawai 0.34700 0.36293

T -1.251

Nilai-p 0.211

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 7, H0 gagal ditolak. Ini bermakna tidak wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Ini juga menggambarkan tidak wujud perbezaan faktor minat antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 3.4.3

Perbezaan skor min faktor pencapaian lalu dengan etnik

Bagi mengukur perbezaan skor min pencapaian lalu dengan etnik, min skor pencapaian lalu bagi pelajar bumiputera akan dibandingkan dengan min faktor minat bagi pelajar bukan bumiputera untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor pencapaian lalu antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor pencapaian lalu antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera. Jadual 8: Ujian-t Tidak Bersandar Pencapaian Lalu dengan Etnik Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.6583 1.6340

Sisihan Piawai 0.24156 0.23856

T 2.120

Nilai-p 0.034

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 8, H0 ditolak. Ini bermakna wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa wujud perbezaan faktor pencapaian lalu antara pelajar bumiputera dan pelajar bukan bumiputera dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 3.5 Perbezaan Skor min faktor dalaman dengan Status Sosioekonomi (SES) 3.5.1

Perbezaan skor min faktor minat dengan SES

Min faktor minat bagi pelajar SES tinggi akan dibandingkan dengan min faktor minat bagi pelajar SES rendah untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor minat antara pelajar SES tinggi dan SES rendah. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor minat antara pelajar SES tinggi dan pelajar SES rendah. Jadual 9: Ujian-t Tidak Bersandar Minat dengan SES

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

132

Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.9250 1.9359

Sisihan Piawai 0.3668 0.34845

T -0.256

Nilai-p 0.590

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 9, H0 gagal ditolak. Ini bermakna tidak wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa tidak wujud perbezaan faktor minat antara pelajar SES tinggi dan pelajar SES tinggi dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 3.5.2

Perbezaan skor min faktor sikap dengan SES

Min faktor sikap bagi pelajar SES tinggi akan dibandingkan dengan min faktor sikap bagi pelajar SES rendah untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor sikap antara pelajar SES tinggi dan SES rendah. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor sikap antara pelajar SES tinggi dan pelajar SES rendah. Jadual 10: Ujian-t Tidak Bersandar Sikap dengan SES Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.9257 1.9355

Sisihan Piawai 0.35561 0.35152

T -0.471

Nilai-p 0.638

Berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 10, H0 sekali lagi gagal ditolak. Ini bermakna tidak wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Oleh itu, kita boleh kesimpulan bahawa tidak wujud perbezaan faktor sikap antara pelajar SES tinggi dan pelajar SES tinggi dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 3.5.3

Perbezaan skor min faktor pencapaian lalu dengan SES

Min faktor pencapaian lalu bagi pelajar SES tinggi akan dibandingkan dengan min faktor pencapaian lalu bagi pelajar SES rendah untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara dua min tersebut. Hipotesis kajian; H0: tidak wujud perbezaan skor min bagi faktor pencapaian lalu antara pelajar SES tinggi dan SES rendah. Ha: wujud perbezaan skor min bagi faktor pencapaian lalu antara pelajar SES tinggi dan pelajar SES rendah.

Jadual 11: Ujian-t Tidak Bersandar Pencapaian Lalu dengan SES Jantina

N

Min

Lelaki Perempuan

868 1167

1.6473 1.6513

Sisihan Piawai 0.24092 0.24087

T -0.284

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

Nilai-p 0.776

133

H0 gagal ditolak berdasarkan keputusan ujian-t dalam Jadual 11. Ini bermakna tidak wujud perbezaan skor min yang signifikan bagi pembolehubah yang dikaji. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa tidak wujud perbezaan faktor pencapaian lalu antara pelajar SES tinggi dan pelajar SES tinggi dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. 4.0 Kesimpulan Kajian ini bertujuan melihat faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas di peringkat SPM. Hasil kajian mendapati: (1) kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ini dipengaruhi oleh faktor dalaman (iaitu, minat, sikap dan pencapaian lalu) dan ini selaras dengan dapatan oleh kajian Baba (1989) dan Chee (1998); (2) faktor luaran seperti sokongan ibu-bapa, interaksi pelajar dengan rakan sebaya, persekitaran serta kemudahan sekolah turut menjadi pemangkin kepada masalah tersebut; (3) terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan ini selaras dengan dapatan Fitz-Gibbon (1985); (4) tidak wujud perbezaan sikap antara pelajar lelaki dengan perempuan dan dapatan ini berbeza dengan hasil kajian oleh Ismail et. al., (2005), dan Swope dan Schmitt (2006); (5) wujud perbezaan minat dan pencapaian lalu antara pelajar bumiputera dengan bukan bumiputera; (6) tidak wujud perbezaan minat, sikap dan pencapaian lalu antara antara pelajar yang berbeza status sosioekonomi. Hasil kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Mohd-Noor (1975) dan Md-Nor (1991). Perbezaan ini wujud mungkin disebabkan oleh skop sampel yang berbeza. Rujukan Baba, A. (1989) Beberapa Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian dalam Mata Pelajaran Kimia. Jurnal Pendidikan, 13 & 14, 19-27. Chee, K. M. (1998) Satu Model Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Ekonomi Asas: Kajian Rintis di Sebuah Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Jurnal Pendidikan, 10, 35-40. Fitz-Gibbon, C. T. (1985) A-Level Students in Comprehensive School. Oxford Review of Educational 11(1), 43-58. Ismail, Z. (2005) Kesan Pengajaran Konstektual ke atas Pencapaian Pelajar dalam Fizik. Jurnal Pendidik & Pendidikan, 20 , USM. Konting, M. M. (1997) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd-Noor, A. (1975) Hubungan Penggerak Pencapaian dengan Aspek-aspek Tertentu dalam Sosiologi: Kajian Perbandingan di Kawasan Bandar dan Luar Bandar. Latihan Ilmiah. Bangi: UKM. Md-Nor, S. (1991) Faktor-faktor Latar Belakang yang Berkaitan dengan Pencapaian Akademik Murid Darjah Satu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 11, USM. Swope, K. J. & Schmitt, P. M. (2006) Performance of Economics Graduates over the Entire Curiculum: The Determinants of Success. Journal of Economics Education, 37(4), 387-394.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4). Organized by http://WorldConferences.net

134

Suggest Documents