Berwaspada supaya Kamu Dapat Berdoa MUKA 3 LAGU: 67, 81. Bagaimanakah Kita Dapat Menantikan Yehuwa dengan Sabar? MUKA 10 LAGU: 119, 32

1 5 NOVE M B E R 201 3 RENCANA PEMBELAJARAN ...
10 downloads 1 Views 2MB Size
1 5 NOVE M B E R 201 3

RENCANA PEMBELAJARAN





















































































30 DISEMBER–5 JANUARI

‘Berwaspada supaya Kamu Dapat Berdoa’ MUKA 3

˙

LAGU: 67, 81























































































6-12 JANUARI

Bagaimanakah Kita Dapat ‘Menantikan Yehuwa’ dengan Sabar? MUKA 10

˙

LAGU: 119, 32























































































13-19 JANUARI

Pemimpin-Pemimpin yang Paling Kuat —Maknanya bagi Kita Hari Ini MUKA 16

˙

LAGU: 43, 123























































































20-26 JANUARI

Taatilah Gembala Yehuwa MUKA 21

˙

LAGU: 125, 122























































































27 JANUARI–2 FEBRUARI

Penatua, Tirulah Gembala Agung Kita MUKA 26

˙

LAGU: 5, 84

RENCANA PEMBELAJARAN







































































































































































































ˇ ‘Berwaspada supaya Kamu Dapat Berdoa’

JEPUN KULIT: Menginjil di stesen kereta api Tokyo. Lebih daripada 2.8 juta penumpang kereta api membuat perjalanan ke Tokyo setiap hari. Usaha dikerahkan untuk mencapai orang yang tidak dapat dijumpai semasa menginjil dari rumah ke rumah

































BILANGAN PENDUDUK:

Akhir sistem dunia Syaitan yang jahat sudah dekat. Jadi, adalah penting bagi kita untuk tidak tertidur secara rohani. Rencana ini membincangkan bagaimana nasihat Bible untuk ‘berwaspada supaya dapat berdoa’ dapat membantu kita untuk tetap berjaga-jaga.







































































































































































































ˇ Bagaimanakah Kita Dapat ‘Menantikan Yehuwa’ dengan Sabar? Dalam rencana ini kita akan belajar tentang kesabaran nabi Mikha. Kajilah peristiwa-peristiwa yang menandakan bahawa akhir sistem ini sudah dekat. Perhatikan juga bagaimana kita dapat menunjukkan penghargaan terhadap kesabaran Tuhan.

126,536,000







































































































































































































PURATA PENYIAR:

ˇ Pemimpin-Pemimpin yang Paling Kuat —Maknanya bagi Kita Hari Ini

216,692 PERINTIS BIASA:

65,245

Peristiwa tentang serangan Sanherib ke atas Yerusalem pada zaman Hizkia mengandungi pengajaran yang penting bagi kita. Rencana ini amat berguna bagi mereka yang telah diamanahkan tanggungjawab untuk menggembala sidang.







































































































































































































JUGA DALAM TERBITAN INI

















































































































8 Bagaimana Kita Menghulurkan Bantuan kepada Orang Lain

















































































































15 Menyembah Tuhan Bagaikan Ubat baginya!

ˇ Taatilah Gembala Yehuwa ˇ Penatua, Tirulah Gembala Agung Kita Rencana yang pertama membincangkan cara Yehuwa dan Yesus menggembala kawanan domba hari ini. Rencana ini juga menjelaskan bagaimana domba harus mengikut Yehuwa dan Yesus, gembala mereka. Rencana kedua menjelaskan sikap yang harus dipupuk oleh para penatua untuk menjaga kawanan domba.



















































































































31 Khazanah Rohani Kita

Kecuali apabila dinyatakan, semua ayat Bible dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Malaysia (ALKITAB BM) dan singkatan ABB digunakan di dalam bahan bacaan ini apabila seluruh ayat dipetik. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures—With References dalam bahasa Inggeris.

Printed in Japan.

‘BERWASPADA SUPAYA KAMU DAPAT BERDOA’

“Kamu harus mengawal diri dan berwaspada, supaya kamu dapat berdoa.”—1 PTR. 4:7. BAGAIMANAKAH ANDA AKAN MENJAWAB?







































































































Apakah jenis doa yang perlu anda lafazkan dengan lebih kerap?

“MASA yang paling sukar untuk berjaga ialah sebelum subuh,” kata seorang bekas pekerja malam. Kemungkinan besar, orang yang pernah berjaga sepanjang malam bersetuju dengannya. Hari ini, orang Kristian menghadapi situasi yang sama kerana sistem dunia Syaitan sedang berada pada detik yang paling gelap dalam sejarah. (Rm. 13:12) Alangkah bahayanya jika kita tertidur pada masa ini! Maka amat penting untuk berfikiran wajar dan menerapkan nasihat Bible untuk ‘berwaspada supaya dapat berdoa.’—1 Ptr. 4:7. 2 Kita sedang hidup pada hari-hari terakhir. Maka kita patut menanya diri, “Adakah saya berwaspada supaya dapat berdoa? Adakah saya sentiasa berdoa dan mengucapkan pelbagai jenis doa? Adakah doa saya hanya bertumpu pada apa yang saya inginkan, atau adakah saya juga berdoa bagi orang lain? Mengapakah doa penting untuk penyelamatan saya?” TERUSLAH UCAPKAN PELBAGAI JENIS DOA

Dalam suratnya kepada sidang Efesus, rasul Paulus menyebut tentang “pelbagai jenis doa.” (Ef. 6:18, NW) Semasa berdoa, kita selalu meminta bantuan Yehuwa untuk memenuhi keperluan hidup dan mengatasi cabaran. Sesungguhnya Tuhan yang pengasih mendengar doa kita. (Mzm. 65:3) Tetapi kita juga perlu bertumpu pada pelbagai jenis doa yang lain, seperti doa pujian, doa ucapan syukur, dan doa rayuan. 4 Terdapat banyak sebab mengapa kita patut memuji Yehuwa semasa berdoa. Contohnya, kita tergerak untuk memuji Yehuwa apabila berfikir tentang “perbuatan-Nya yang perkasa” dan “keagungan-Nya.” 3









































































































Mengapakah orang Kristian sejati perlu terus berdoa?









































































































Siapakah yang meraih manfaat jika anda berdoa bagi orang lain?

1, 2. (a) Mengapakah penting untuk ‘berwaspada supaya dapat berdoa’? (b) Apakah soalan-soalan tentang doa yang patut kita tanya diri? 3. Nyatakan beberapa jenis doa. 4. Mengapakah kita patut kerap memuji Yehuwa semasa berdoa?

3

(Baca Mazmur 150:1-6.) Dalam enam ayat di Mazmur 150, kita digesa untuk memuji Yehuwa sebanyak 13 kali! Pemazmur yang lain juga menunjukkan kasih yang mendalam kepada Yehuwa dengan bernyanyi, “Aku tujuh kali sehari bersyukur kepadaMu bagi ketetapan-Mu yang adil.” (Mzm. 119:164, nota kaki, ABB) Yehuwa memang layak dipuji. Maka, kita patut memuji-Nya sebanyak “tujuh kali sehari,” iaitu dengan kerap. 5 Ucapan syukur merupakan bentuk doa yang penting. Paulus menggesa orang Kristian di Filipi, ‘Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Tuhan apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Tuhan, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.’ (Flp. 4:6, ABB) Doa yang disertai ucapan syukur melindungi kita, terutamanya pada hari-hari terakhir yang sarat dengan orang yang tidak tahu berterima kasih. (2 Tim. 3: 1, 2) Jika kita tidak berhati-hati, kita akan turut terpengaruh. Mengucap syukur kepada Yehuwa semasa berdoa membantu kita berasa puas hati dan tidak “bersungut-sungut.” (Yud. 16) Apabila ketua keluarga menyertakan ucapan syukur semasa berdoa bersama keluarga, mereka turut menggalakkan isteri dan anak-anak untuk memupuk sikap berterima kasih. 6 Rayuan ialah doa tulus yang diucapkan dengan penuh perasaan. Apakah yang boleh kita rayukan daripada Yehuwa? Kita selalu berdoa semasa dianiaya atau menghidap penyakit yang membawa maut. Pada masa itu, kita semestinya akan merayu kepada Yehuwa untuk meminta bantuan. Tetapi adakah ini sahaja masanya kita merayu kepada Yehuwa? 5. Bagaimanakah doa yang disertai ucapan syukur

boleh melindungi kita? 6, 7. Apakah maksud rayuan? Kita boleh merayu

kepada Yehuwa tentang apa?

4

Pertimbangkan doa Yesus, dan perhatikan kata-katanya tentang nama Tuhan, Kerajaan-Nya, dan kehendak-Nya, “Bapa kami yang di syurga, semoga nama-Mu disucikan. Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi seperti di syurga.” (Mat. 6:9, 10, NW) Dunia kita dipenuhi kejahatan, dan kerajaan manusia gagal memenuhi keperluan asas rakyat. Maka, kita patut merayu agar nama Tuhan disucikan dan Kerajaan-Nya menyingkirkan pemerintahan Syaitan di bumi. Kita juga merayu agar Yehuwa melaksanakan kehendak-Nya di bumi seperti di syurga. Jadi marilah kita terus berwaspada dan mengucapkan pelbagai jenis doa. 7

TERUSLAH BERDOA

Petrus menggesa orang Kristian, “Berwaspada, supaya kamu dapat berdoa.” Namun dia sendiri pernah gagal berbuat demikian. Petrus ialah salah seorang rasul yang tertidur semasa Yesus berdoa di Taman Getsemani. Malah mereka masih tertidur walaupun Yesus sudah mengingatkan mereka untuk terus ‘berjaga-jaga dan berdoa.’—Baca Matius 26:40-45. 9 Walaupun Petrus dan rasul-rasul yang lain gagal untuk berjaga-jaga, kita tidak patut menghakimi mereka. Kita harus ingat bahawa banyak perkara telah berlaku pada hari itu yang membuat mereka berasa sangat letih. Mereka telah membuat persiapan perayaan Paska dan menyambutnya pada malam itu. Kemudian Yesus memperkenalkan Perjamuan Malam Tuan agar pengikutnya akan memperingati kematiannya setiap tahun. (1 Kor. 11:2325) “Setelah mereka menyanyikan sebuah nyanyian pujian, mereka pergi ke Bukit Zaitun.” Mereka perlu membuat perjala8

8, 9. Mengapakah kita tidak patut menyalahkan Petrus dan rasul lain yang tertidur di Taman Getsemani?

Walaupun Petrus pernah membuat kesilapan, dia belajar untuk ‘berwaspada supaya dapat berdoa’ (Lihat perenggan 10, 11)

nan yang agak jauh menyusuli lorong kecil kota Yerusalem. (Mat. 26:30, 36, ABB) Mereka mungkin tiba di Taman Getsemani selepas tengah malam. Jika kita berada di situ, kita pun mungkin akan tertidur. Tetapi, Yesus tidak menyalahkan mereka. Dengan penuh kasih, Dia berkata, “Kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.” 10 Peristiwa di Taman Getsemani terpahat di hati Petrus. Dia mendapat pengajaran yang berat kerana tidak berwaspada. Sebelum itu, Yesus berkata, ‘Pada malam ini juga kamu semua akan lari meninggal10, 11. (a) Apakah pengajaran yang diperoleh Petrus daripada peristiwa di Taman Getsemani? (b) Apakah yang telah anda pelajari daripada pengalaman Petrus?

kan aku.’ Petrus menjawab, ‘Meskipun semua yang lain meninggalkan guru, saya tidak akan berbuat demikian!’ Kemudian, Yesus berkata bahawa Petrus akan menyangkalnya sebanyak tiga kali. Dengan penuh yakin, Petrus berkata, ‘Tidak sekali-kali saya akan berkata saya tidak mengenal guru, meskipun saya terpaksa mati bersama-sama guru!’ (Mat. 26:31-35) Namun akhirnya Petrus telah menyangkal Yesus. Akibatnya, Petrus “menangis tersedu-sedu” selepas menyedari kesilapannya. —Luk. 22:60-62. 11 Peristiwa ini sememangnya membantu Petrus untuk tidak terlalu yakin pada diri sendiri. Selain itu, doa juga memainkan peranan penting kerana Petrus menulis, “Berwaspada, supaya kamu dapat berdoa.” Adakah kita sedang menerapkan nasihat ini? Adakah kita terus berdoa dan bergantung pada Yehuwa? (Mzm. 78:7) Semoga kita mengingati gesaan rasul Paulus, “Sesiapa yang menyangka dirinya berdiri teguh, hendaklah berwaspada supaya tidak jatuh.”—1 Kor. 10:12, ABB. DOA NEHEMIA DIJAWAB

Perhatikan contoh baik Nehemia yang tekun berdoa. Pada abad ke-5 SM, Nehemia berkhidmat sebagai juru minuman kepada Raja Artahsasta. Selama berhari-hari dia ‘tidak makan apa-apa dan berdoa kepada Tuhan’ tentang kesengsaraan orang Yahudi di Yerusalem. (Neh. 1:4) Semasa Raja Artahsasta bertanya mengapa dia kelihatan sangat sedih, Nehemia menjelaskan situasi di Yerusalem kepadanya. Kemudian Raja bertanya, “Apakah keinginanmu?” Dengan serta-merta ‘Nehemia berdoa dalam hati kepada Tuhan.’ (Neh. 2:2-4) Apakah hasilnya? Yehuwa mengabulkan doa Nehemia. (Neh. 2:5, 6) Hal 12

12. Mengapakah kita patut mencontohi teladan baik Nehemia?

5

Jika kita ‘berwaspada supaya dapat berdoa,’ kita dapat menghadapi pelbagai cabaran (Lihat perenggan 13, 14)

ini pasti membawa manfaat bagi umat Tuhan dan menguatkan iman Nehemia! 13 Jika kita berdoa dengan tekun seperti Nehemia, iman kita akan bertambah kuat. Syaitan tidak berbelas kasihan, dia akan melancarkan serangannya apabila kita lemah. Misalnya, semasa menghadapi masalah kesihatan atau kemurungan, kita mungkin berasa bahawa Tuhan tidak menghargai masa yang kita luangkan dalam aktiviti penyebaran setiap bulan. Fikiran sesetengah orang pula mungkin terganggu kerana pengalaman buruk pada masa lampau. Syaitan ingin kita berfikir bahawa kita tidak berguna dan dia memperalatkan perasaan negatif sebegini untuk melemahkan iman kita. Dengan ‘berwaspada supaya dapat berdoa,’ kita dapat 13, 14. Apakah yang perlu kita lakukan untuk memelihara iman yang kukuh dan mematahkan serangan Syaitan?

6

memelihara iman yang kukuh. Sudah tentu, iman kita bagai perisai di tangan yang “dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat.”—Ef. 6:16. 14 Jika kita ‘berwaspada supaya dapat berdoa,’ kita akan sentiasa bersedia dan tidak berganjak apabila iman kita dilanda ujian yang tidak diduga. Apabila menghadapi ujian dan cubaan, ingatlah teladan Nehemia dan berdoalah kepada Tuhan dengan serta-merta. Hanya dengan bantuan Yehuwa kita dapat berjaya menolak godaan dan cubaan yang menguji iman. BERDOA UNTUK ORANG LAIN

Dalam doanya, Yesus merayu agar iman Petrus tidak goyah. (Luk. 22:32) Seorang Kristian pada abad pertama, Epafras, telah meniru teladan Yesus apabila dia ber15

15. Mengenai berdoa bagi orang lain, apakah soa-

lan-soalan yang patut kita tanya?

doa untuk rakan seimannya di Kolose. ‘Dia sentiasa berdoa dengan tekun bagi kamu supaya iman kamu teguh, dan kamu betul-betul matang, serta taat kepada kehendak Tuhan dengan sepenuhnya,’ tulis Paulus. (Kol. 4:12) Tanyalah diri anda: “Adakah saya berdoa dengan tekun untuk saudara saudari di seluruh dunia? Berapa kerapkah saya berdoa untuk rakan seiman yang merana kerana bencana alam? Bilakah kali terakhir saya berdoa bersungguh-sungguh bagi saudara yang memikul tanggungjawab berat di dalam organisasi Yehuwa? Kebelakangan ini, pernahkah saya berdoa untuk ahli sidang yang mengalami kesusahan?” 16 Doa yang kita sampaikan demi rakan seiman dapat membantu mereka. (Baca 2 Korintus 1:11.) Yehuwa tidak semestinya menjawab doa hanya kerana ramai penyembah-Nya berdoa tentang hal yang sama berulang kali. Tetapi Dia mengambil kira keprihatinan yang ditunjukkan oleh umat-Nya kepada satu sama lain. Dia akan menjawab doa mereka yang selaras dengan kehendak-Nya. Maka kita perlu memandang berat tanggungjawab untuk berdoa bagi pihak orang lain. Seperti Epafras, kita harus menunjukkan kasih dan keprihatinan terhadap saudara saudari Kristian dengan berdoa bagi pihak mereka. Jika kita berbuat demikian, kita akan lebih bersukacita kerana “lebih berbahagia memberi daripada menerima.”—Kis. 20:35. “MASA KITA DISELAMATKAN LEBIH DEKAT”

Sebelum Paulus berkata, “Malam hampir berlalu, dan fajar akan menyingsing,” dia menulis, “Kamu tahu bahawa inilah masanya kamu bangun daripada ti17

16. Adakah penting untuk berdoa bagi pihak

orang lain? Jelaskan. 17, 18. Apakah manfaatnya jika kita ‘berwaspada

supaya dapat berdoa’?

dur. Hal itu demikian kerana masa kita diselamatkan lebih dekat sekarang ini daripada masa kita mula percaya.” (Rm. 13: 11, 12) Dunia baru Tuhan bakal tiba, dan penyelamatan kita juga lebih dekat daripada jangkaan kita. Jadi janganlah tidur secara rohani. Jangan membenarkan dunia ini mengambil alih masa yang kita khaskan untuk berdoa kepada Yehuwa. Sebaliknya, marilah kita ‘berwaspada supaya dapat berdoa.’ Dengan ini, kita dapat ‘sentiasa hidup suci dan khas untuk Tuhan’ sambil menantikan hari-Nya. (2 Ptr. 3:11, 12) Gaya hidup kita akan menunjukkan sama ada kita berjaga-jaga secara rohani dan benarbenar yakin bahawa akhir sistem dunia ini sudah dekat. Maka, “berdoalah sentiasa.” (1 Tes. 5:17) Kita juga patut mencontohi Yesus dengan mencari tempat yang sunyi untuk berdoa kepada Yehuwa. Jika kita meluangkan masa yang secukupnya untuk berdoa, kita akan lebih menghampiri Yehuwa. (Yak. 4:7, 8) Hal ini sememangnya suatu berkat! 18 Bible menyatakan, ‘Semasa Yesus hidup di bumi ini, dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan daripada Tuhan yang berkuasa menyelamatkan dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Tuhan, Tuhan mendengarkan permintaannya.’ (Ibr. 5:7, ABB) Dalam doanya, Yesus selalu memohon dan merayu kepada Yehuwa, serta tetap setia kepada Tuhan sehingga ke akhir hayatnya di bumi. Jadi, Yehuwa telah membangkitkan anak kesayangan-Nya dan mengurniainya hidup yang tidak boleh mati di syurga. Kita juga dapat tetap setia kepada Bapa kita yang di syurga, tidak kira apa jua cubaan atau godaan yang bakal melanda. Jika kita ‘berwaspada supaya dapat berdoa,’ kita pasti akan meraih berkat kehidupan abadi.

7

Bagaimana Kita Menghulurkan Bantuan kepada Orang Lain “KEGANASAN tercetus selepas pilihan raya. Saksi-Saksi Yehuwa terpaksa meninggalkan rumah mereka,” cerita Fran cois, seorang penatua di se¸ buah negara yang sedang membangun. “Makanan dan ubat-ubatan sukar didapati, dan harganya amat mahal. Bank ditutup, dan mesin ATM kehabisan duit atau tidak berfungsi.” Para saudara di pejabat cawangan segera menghantar wang dan bantuan kecemasan kepada semua Saksi yang berkumpul di Dewan Perjumpaan di seluas negara. Kumpulan-kumpulan penentang mengadakan sekatan jalan. Tetapi kenderaan pejabat cawangan biasanya dibenarkan lalu kerana mereka tahu bahawa Saksi-Saksi Yehuwa berpendirian neutral. “Dalam perjalanan ke sebuah Dewan Perjumpaan, van kami ditembak,” kata Francois. “Tetapi tiada pe¸ luru yang mengena kami. Apabila seorang askar bersenjata berlari ke arah kami, dengan segera kami mengundurkan van, berpusing lalu memecut balik ke pejabat cawangan. Kami bersyukur kepada Yehuwa kerana kami terselamat. Pada hari berikutnya, 130 orang saudara saudari dari Dewan Perjumpaan itu berjaya sampai ke tempat yang selamat. Ada di antara mereka yang datang ke pejabat cawangan. Kami menjaga keperluan rohani dan jasmani mereka sehingga krisis ini tamat.” “Tidak lama kemudian, pejabat cawangan menerima banyak surat penghargaan daripada saudara saudari dari seluruh negara,” kata Francois. “Setelah me¸ rasai bantuan daripada saudara saudari dari tempat lain, mereka lebih yakin terhadap Yehuwa.” Semasa menghadapi bencana alam atau krisis yang disebabkan oleh manusia, kita tidak membe-

8

ritahu saudara saudari yang memerlukan bantuan untuk ‘memakai baju panas dan makan dengan secukupnya.’ (Yak. 2:15, 16) Sebaliknya, kita mencari peluang untuk memenuhi keperluan jasmani mereka. Begitu juga orang Kristian abad pertama. Setelah menerima amaran tentang kebuluran yang bakal menimpa, “semua pengikut Yesus di situ bersetuju untuk mengirim bantuan kepada saudara-saudara seiman yang tinggal di Yudea; masing-masing akan memberikan bantuan menurut kemampuannya.” —Kis. 11:28-30, ABB. Selaku hamba Yehuwa, kita sudi membantu orang dari segi jasmani. Namun, mereka juga mempunyai keperluan rohani. (Mat. 5:3) Mereka perlu sedar akan keperluan ini dan mengetahui cara memenuhinya. Itulah sebabnya Yesus menyuruh orang Kristian untuk menjadikan orang pengikutnya. (Mat. 28: 19, 20) Kita masing-masing telah menggunakan banyak masa, tenaga, dan wang untuk melaksanakan tugas ini. Organisasi Yehuwa juga menggunakan sebahagian kecil daripada sumbangan sukarela untuk memberikan bantuan jasmani. Tetapi tujuan utama sumbangan tersebut adalah untuk memajukan kerja Kerajaan Tuhan dan menyebarkan berita baik. Dengan ini, kita sedang menunjukkan kasih kepada Tuhan dan orang lain.—Mat. 22:37-39. Anda boleh yakin bahawa segala sumbangan yang diberikan kepada kerja sedunia Saksi-Saksi Yehuwa akan digunakan dengan baik. Dapatkah anda menolong saudara saudari yang memerlukan bantuan? Inginkah anda menyokong kerja menjadikan orang pengikut Yesus? Jika ya, “buatlah kebajikan kepada orang yang memerlukannya.”—Ams. 3:27.

CARA-CARA MEMBERIKAN SUMBANGAN UNTUK KERJA SEDUNIA Seperti pada zaman rasul Paulus, ramai hari ini memperuntukkan sejumlah wang untuk dimasukkan ke dalam kotak yang berlabel “Kerja Sedunia.” (1 Kor. 16:2) Setiap bulan, sidang-sidang mengirimkan sumbangan yang diterima ke pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Anda juga boleh menggunakan cara lain untuk memberikan sumbangan kepada Saksi-Saksi Yehuwa di negara anda. Untuk mengetahui caranya, sila hubungi pejabat cawangan tempatan. Alamat pejabat cawangan boleh didapati di www.jw.org. Sumbangan-sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti berikut: PEMBERIAN TANPA SYARAT ˙ Wang, barang kemas, atau barangan lain yang berharga boleh disumbangkan. ˙ Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa barangan ini merupakan pemberian tanpa syarat. SUMBANGAN BERSYARAT ˙ Wang dapat diamanahkan dengan syarat bahawa wang itu akan dikembalikan apabila diminta balik.

˙ Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa wang itu merupakan sumbangan bersyarat. PERANCANGAN AMAL

Penderma perlu membuat perancangan awal untuk memberikan sumbangan. Selain wang dan harta milik peribadi, terdapat cara-cara lain untuk memberikan sumbangan kepada kerja sedunia. Antara cara yang dimaksudkan tertera di bawah. Namun, sila hubungi pejabat cawangan tempatan untuk mengetahui cara mana yang boleh digunakan di negara anda. Memandangkan tuntutan perundangan setiap negara adalah berbeza, sila dapatkan nasihat undangundang dan cukai sebelum memberikan sumbangan.

atau dibayar kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa setelah kematian pemiliknya, mengikut syarat-syarat bank tempatan. Saham dan Bon: Saham dan bon boleh disumbangkan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa sebagai pemberian tanpa syarat. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga boleh dinamakan sebagai benefisiari apabila pemilik meninggal. Hartanah: Hartanah boleh disumbangkan sebagai pemberian tanpa syarat kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa menderma hartanah kediaman, penderma boleh menyatakan bahawa dia ingin terus mendiaminya selama masa hidupnya.

Insurans: Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dapat dinamakan sebagai benefisiari, atau penama polisi insurans hayat atau pelan persaraan/pencen.

Wasiat dan Amanah: Hartanah atau wang dapat diwariskan kepada badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Surat wasiat yang sah di sisi undang-undang diperlukan. Badan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga dapat dinamakan sebagai benefisiari amanah.

Akaun Bank: Akaun bank, deposit tetap, atau akaun pesara boleh diamanahkan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat cawangan tempatan.

9

BAGAIMANAKAH KITA DAPAT ‘MENANTIKAN YEHUWA’ DENGAN SABAR? ‘Aku akan menantikan Yehuwa.’—MI. 7:7. APAKAH JAWAPAN ANDA?







































































































Apakah iktibar yang kita raih daripada teladan baik nabi Mikha?









































































































Apakah peristiwa-peristiwa yang kita nantikan?

APABILA Kerajaan Mesias ditubuhkan pada tahun 1914, sistem Syaitan sudah berada pada detik-detik terakhirnya. Perang tercetus di syurga, lalu Yesus melemparkan Si Iblis dan konco-konconya ke bumi. (Baca Wahyu 12:7-9.) Syaitan tahu “masanya tinggal sedikit.” (Why. 12:12) Tetapi, tidak seperti yang dijangkakan oleh sesetengah orang, masa yang “sedikit” ini telah pun berlanjutan selama puluhan tahun. Jadi, semasa anda menantikan Yehuwa, adakah anda juga hilang sabar? 2 Amat berbahaya untuk hilang sabar kerana kita mungkin akan bertindak terburu-buru. Maka, bagaimanakah kita dapat terus menunggu dengan sabar? Rencana ini akan membantu kita berbuat demikian dengan menjawab soalan-soalan berikut. (1) Apakah iktibar yang kita raih daripada teladan baik nabi Mikha? (2) Apakah peristiwa yang menandakan bahawa akhir sistem ini sudah dekat? (3) Bagaimanakah kita dapat menunjukkan penghargaan terhadap kesabaran Yehuwa? IKTIBAR YANG DIRAIH DARIPADA NABI MIKHA

Baca Mikha 7:2-6. Nabi Mikha melihat keadaan rohani orang Israel semakin merosot di bawah pemerintahan Raja Ahas yang jahat. Menurut Mikha, orang Israel yang tidak setia seperti “rumput yang tidak berguna,” atau semak berduri. Sebagaimana semak berduri mencederakan sesiapa sahaja yang melaluinya, orang Israel juga mencelakakan orang yang bergaul dengan mereka. Kejahatan mereka begitu teruk sehingga ikatan keluarga turut terlerai. Mikha sedar bahawa dia tidak mampu berbuat apa-apa, jadi dia mencurahkan isi hatinya kepada Yehuwa. Kemudian dia menunggu Yehuwa de3









































































































Bagaimanakah kita dapat menunjukkan penghargaan terhadap kesabaran Yehuwa?

1. Mengapakah kita boleh hilang sabar? 2. Rencana ini akan membincangkan apa? 3. Apakah yang terjadi kepada orang Israel pada zaman Mikha?

10

ngan sabar. Mikha yakin bahawa Yehuwa akan bertindak pada masa yang ditetapkanNya. 4 Seperti Mikha, kita juga dikelilingi orang yang mementingkan diri. Ramai orang ‘tidak tahu berterima kasih, tidak mahu mengenal Tuhan, dan tidak mengasihi sesama manusia.’ (2 Tim. 3:2, 3) Kita berasa tertekan apabila rakan kerja, rakan sekolah, dan jiran tetangga menunjukkan sikap mementingkan diri. Tetapi sesetengah hamba Tuhan perlu menangani cabaran yang lebih besar. Yesus berkata bahawa pengikutnya akan menghadapi tentangan daripada ahli keluarga. Kata-katanya hampir sama dengan Mikha 7:6. Yesus berkata, “Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka, anak perempuan melawan ibu mereka, dan menantu perempuan melawan ibu mentua mereka. Demikianlah, musuh terbesar seseorang ialah anggota keluarganya sendiri.” (Mat. 10: 35, 36, ABB) Tidak mudah untuk menghadapi tentangan dan ejekan ahli keluarga yang tidak seiman! Jika kita menghadapi cabaran ini, janganlah mengalah kepada tekanan keluarga. Sebaliknya, kita patut tetap setia kepada Yehuwa dan menunggu-Nya untuk membetulkan keadaan. Jika kita selalu bergantung pada-Nya, Dia akan memberi kita kekuatan dan kebijaksanaan yang diperlukan agar kita tetap bertahan. 5 Kesabaran Mikha diberkati Yehuwa. Mikha menyaksikan Raja Ahas yang jahat digulingkan. Dia melihat Raja Hizkia yang baik mewarisi takhta bapanya dan memulihkan ibadat sejati. Berita penghakiman Yehuwa terhadap Samaria yang disampaikan oleh Mikha juga digenapi apabila tentera Asyur menyerang bahagian utara kerajaan Israel.—Mi. 1:6.

Mikha tidak dapat menyaksikan penggenapan semua nubuat yang disampaikannya. Misalnya, Mikha menulis, ‘Pada masa depan gunung tempat Rumah Yehuwa akan menjadi gunung yang tertinggi, mencuar tinggi melampaui semua gunung. Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana, lalu mereka akan berkata, “Marilah kita naik ke bukit Yehuwa.” ’ (Mi. 4:1, 2, ABB) Mikha sudah lama meninggal dan tidak dapat menyaksikan penggenapan nubuat ini. Namun, dia bertekad untuk tetap setia kepada Yehuwa hingga akhir hayatnya, tidak kira apa yang dilakukan oleh orang di sekelilingnya. Dia menulis, ‘Setiap bangsa menyembah dan mentaati dewa masingmasing, tetapi kita akan menyembah dan mentaati Yehuwa, Tuhan kita selama-lamanya.’ (Mi. 4:5, ABB) Mikha bersabar dan menantikan Yehuwa pada saat-saat susah kerana dia yakin sepenuhnya bahawa Yehuwa akan mengotakan semua janji-Nya. Nabi yang setia ini menaruh keyakinan pada Yehuwa. 7 Adakah kita yakin pada Yehuwa seperti Mikha? Ada banyak sebab untuk berbuat demikian. Kita telah menyaksikan nubuat Mikha digenapi. Pada penghujung harihari terakhir, jutaan orang dari pelbagai bangsa, negara, dan bahasa akan pergi ke ‘Rumah Yehuwa.’ Meskipun negara mereka bermusuhan, penyembah Tuhan telah “menempa pedang mereka menjadi bajak,” dan “tidak akan berperang lagi.” (Mi. 4:3) Kita berbesar hati untuk menjadi umat Yehuwa yang aman damai! 8 Kita ingin Yehuwa mengakhiri sistem jahat ini seawal yang mungkin. Tetapi, kita perlu bersabar. Kita dapat berbuat demikian dengan memupuk pandangan Yehuwa. Dia sudah menetapkan masa untuk

4. Apakah cabaran yang kita hadapi?

7, 8. (a) Mengapakah kita dapat yakin pada Yehuwa? (b) Bagaimanakah kita dapat mempercepatkan masa?

5, 6. Bagaimanakah Yehuwa memberkati Mikha?

Mikha tidak dapat menyaksikan apa?

6

11

Umat Yehuwa berusaha membantu mereka yang tidak aktif untuk kembali kepada Yehuwa (Lihat perenggan 16, 17)

mengadili umat manusia. Tugas ini “akan dilakukan oleh satu orang yang sudah dipilih-Nya,” iaitu Yesus Kristus. (Kis. 17:31) Namun sebelum hari itu tiba, Tuhan memberikan peluang kepada semua orang untuk “mengetahui ajaran benar,” bertindak selaras dengannya, dan memperoleh penyelamatan. Hal ini melibatkan hidup mati ramai orang. (Baca 1 Timotius 2:3, 4.) Jika kita sibuk membantu orang menimba pengetahuan tentang Tuhan, masa yang tertinggal akan berlalu dalam sekelip mata. Apabila Yehuwa melaksanakan penghakiman-Nya, kita pasti senang hati kerana telah bertungkus-lumus menyebarkan berita Kerajaan Tuhan! PERISTIWA YANG MENANDAKAN BAHAWA AKHIR SUDAH DEKAT 9 Baca 1 Tesalonika 5:1-3. Tidak lama lagi, kita akan mendengar pengumuman, “Semuanya aman dan tenteram.” Kita haruslah “berjaga-jaga dan berwaspada” agar

9-11. Adakah 1 Tesalonika 5:3 telah digenapi? Jelaskan.

12

tidak terpedaya. (1 Tes. 5:6) Marilah kita mengupas beberapa peristiwa yang harus berlaku sebelum pengumuman yang penting ini dilaungkan. 10 Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua, manusia sejagat menuntut kedamaian. Selepas Perang Dunia Pertama (1914-1918), Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk membawa kedamaian. Kemudian, selepas Perang Dunia Kedua (19391945), ramai mengharapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membawa keamanan dunia. Para pemerintah dan ketua agama berharap pada kedua-dua organisasi ini. Contohnya, PBB telah menetapkan tahun 1986 sebagai Tahun Keamanan Antarabangsa. Pada tahun itu, pemimpin dan ketua agama dari pelbagai negara berkumpul bersama ketua Gereja Katolik di Assisi, Itali, untuk mendoakan keamanan dunia. 11 Tetapi, baik pengumuman ini mahupun pengumuman yang lain tidak menggenapi nubuat di 1 Tesalonika 5:3. Mengapa? Kerana kita belum “ditimpa kebinasaan dengan tiba-tiba.”

Siapakah yang akan melaungkan “Semuanya aman dan tenteram”? Apakah peranan yang dimainkan oleh ketua gerejagereja Kristian dan ketua agama yang lain? Bagaimanakah para pemimpin negara terlibat dalam pengumuman ini? Bible tidak memberitahu kita. Tetapi, tidak kira bagaimana laungan ini diisytiharkan atau betapa ramai yang percaya akan laungan ini, kita tahu semuanya hanyalah suatu sandiwara. Syaitan akan terus menguasai sistem dunia. Dunia ini rosak dan tidak akan berubah. Berwaspadalah supaya anda tidak menjadi mangsa kepada tipu muslihat Syaitan dan mula melibatkan diri dalam hal politik! 13 Baca Wahyu 7:1-4. Sementara kita menantikan penggenapan 1 Tesalonika 5:3, para malaikat yang berkuasa sedang menahan angin pembinasaan kesengsaraan besar. Apakah yang dinanti-nantikan mereka? Rasul Yohanes menulis bahawa ‘hambahamba Tuhan’ harus dimeteraikan terlebih dahulu.1 Sebaik sahaja peristiwa penting ini diselesaikan, para malaikat akan melepaskan angin pembinasaan. Pada waktu itu, apakah yang akan berlaku? 14 Babilon Besar, iaitu empayar agama palsu sedunia akan dimusnahkan. Kita dapat melihat tanda-tandanya. “Pelbagai negara, rakyat, bangsa, dan bahasa” tidak mampu menyokongnya. (Why. 16:12; 17:15-18; 18:7, 8, 21) Bahkan sekarang agama palsu kehilangan sokongan daripada media massa. Sering kali ada laporan berita yang mengkritik agama dan ketua agama. Meskipun begitu, pemimpin Babilon Besar tidak 12

1 Untuk maklumat lanjut tentang meterai yang diterima oleh golongan terurap, sila lihat The Watchtower, 1 Januari 2007, muka 30-31. 12. Apakah yang kita tahu tentang pengumuman “Semuanya aman dan tenteram”? 13. Mengapakah para malaikat menahan angin pembinasaan? 14. Apakah yang menunjukkan bahawa Babilon Besar bakal dimusnahkan?

berasa terancam. Betapa bodohnya mereka! Sebaik sahaja pengumuman “Semuanya aman dan tenteram” dikeluarkan, unsur politik sistem Syaitan akan menyerang agama palsu secara tiba-tiba dan memusnahkannya. Babilon Besar akan lenyap buat selama-lamanya! Sememangnya, peristiwa-peristiwa yang bersejarah ini berbaloi untuk dinantikan.—Why. 18:8, 10. CARA KITA MENUNJUKKAN PENGHARGAAN TERHADAP KESABARAN YEHUWA

Meskipun orang mencela nama Yehuwa, Dia masih menunggu dengan penuh sabar untuk bertindak pada masa yang sesuai. Yehuwa tidak ingin orang yang berhati jujur dimusnahkan. (2 Ptr. 3:9, 10) Adakah kita juga berasa sedemikian? Sebelum hari Yehuwa tiba, kita boleh menunjukkan penghargaan terhadap kesabaran-Nya melalui beberapa cara. 16 Membantu mereka yang tidak aktif. Yesus berkata bahawa di syurga ada kegembiraan apabila seorang yang berdosa bertaubat. (Mat. 18:14; Luk. 15:3-7) Biarpun orang yang mengasihi Tuhan telah menjadi tidak aktif, Yehuwa masih mengambil berat terhadap mereka. Yehuwa dan para malaikat amat gembira apabila kita membantu mereka untuk kembali ke sidang. 17 Adakah anda seorang penyembah Yehuwa yang tidak aktif? Barangkali anda tidak menghadiri perjumpaan kerana seorang ahli sidang menyakiti hati anda. Sekiranya hal ini sudah lama terjadi, tanyalah diri, “Adakah hidup saya sekarang lebih bermakna? Adakah saya lebih gembira? Siapakah yang menyinggung perasaan saya: Yehuwa, atau manusia yang tidak 15

15. Mengapakah Yehuwa menunggu dengan pe-

nuh sabar? 16, 17. (a) Mengapakah kita patut membantu me-

reka yang tidak aktif? (b) Mengapakah mereka perlu kembali ke pangkuan Yehuwa dengan secepat mungkin?

13

sempurna? Pernahkah Yehuwa menyakiti saya?” Hakikatnya, Yehuwa selalu berbuat baik terhadap kita. Meskipun pada masa ini kita tidak menunaikan janji pembaktian, Dia masih membenarkan kita menikmati pemberian-Nya. (Yak. 1:16, 17) Hari Yehuwa akan tiba tidak lama lagi. Sekaranglah masanya untuk kembali ke sidang dan ke pangkuan Bapa kita, Yehuwa. Inilah satu-satunya naungan yang selamat pada hari-hari terakhir.—Ul. 33:27; Ibr. 10:24, 25. 18 Setia menyokong saudara yang mengambil pimpinan. Selaku Gembala yang pengasih, Yehuwa membimbing dan melindungi kita. Dia melantik Anak-Nya sebagai Gembala Agung untuk menjaga kawananNya. (1 Ptr. 5:4) Para penatua menggembala setiap biri-biri Tuhan di lebih daripada 100,000 buah sidang. (Kis. 20:28) Apabila kita setia menyokong saudara yang dilantik untuk mengambil pimpinan, kita menunjukkan penghargaan kepada Yehuwa dan Yesus. 19 Mengeratkan persahabatan dengan rakan seiman. Apakah maksudnya? Apabila pasukan askar yang terlatih diserang musuh, setiap askar akan mendekati satu 18. Mengapakah kita menyokong saudara yang mengambil pimpinan? 19. Bagaimanakah kita dapat membentuk benteng pertahanan yang sukar ditembusi?

Sekaranglah masanya kita membentuk benteng yang kukuh untuk melawan Syaitan dan roh-roh jahat (Lihat perenggan 19)

sama lain. Dengan ini, mereka membentuk benteng pertahanan yang sukar ditembusi. Syaitan sedang menggiatkan usahanya menyerang umat Tuhan. Maka, janganlah melawan saudara saudari kita. Sekaranglah masanya kita mengeratkan persahabatan dan mengetepikan ketidaksempurnaan rakan seiman, serta yakin akan pimpinan Yehuwa. 20 Semoga kita semua tetap berjaga-jaga secara rohani dan menantikan Yehuwa dengan sabar. Pengumuman “semuanya aman dan tenteram” akan dilaungkan, dan golongan terurap akan dimeteraikan. Selepas itu, empat malaikat akan melepaskan angin pembinasaan, dan Babilon Besar akan dimusnahkan. Sambil kita menantikan peristiwa-peristiwa penting ini, kita harus mematuhi saudara yang mengambil pimpinan dalam organisasi Yehuwa. Bentuklah benteng yang kukuh untuk melawan Syaitan dan roh-roh jahat! Sekaranglah masanya untuk menuruti nasihat pemazmur, ‘Kuatkanlah dan teguhkanlah hati kamu, kamu semua yang berharap kepada Yehuwa.’ —Mzm. 31:25, ABB. 20. Apakah yang patut kita lakukan sekarang?

Menyembah Tuhan Bagaikan Ubat baginya! Semasa dua orang perintis dijemput untuk memasuki sebuah rumah di Kenya, mereka terkejut melihat seorang lelaki berbaring di atas katil. Badannya amat kecil dan lengannya pendek. Semasa mereka berkongsi janji Tuhan bahawa “orang lumpuh akan melompat seperti rusa,” lelaki itu tersenyum lebar.—Yes. 35:6. Mereka mendapati bahawa Onesmus, yang kini berumur lewat 30-an, dilahirkan dengan penyakit tulang rapuh (atau osteogenesis imperfecta). Tulangnya sangat rapuh dan senang retak atau patah. Memandangkan tiada ubat atau rawatan bagi penyakit ini, Onesmus terpaksa menderita kesakitan dan menghabiskan seumur hidupnya di atas kerusi roda. Onesmus menerima pembelajaran Bible. Tetapi ibu Onesmus tidak membenarkannya menghadiri perjumpaan kerana dia tidak ingin Onesmus tercedera dan lebih sengsara. Jadi, para saudara merakamkan perjumpaan agar Onesmus dapat mendengarnya di rumah. Selepas mempelajari Bible selama lima bulan, Onesmus memutuskan untuk menghadiri perjumpaan walaupun berisiko. Adakah perjumpaan menyebabkan Onesmus lebih sengsara? Tidak. “Kesakitan saya berkurang semasa menghadiri perjumpaan,” kata Onesmus. Harapan Bible membuatnya berasa lebih ceria. Ibu Onesmus melihat sikap anaknya berubah dan

berasa sangat gembira sehingga bersetuju untuk mempelajari Bible. “Menyembah Tuhan bagaikan ubat bagi anak saya,” katanya. Tidak lama kemudian, Onesmus menjadi penyiar belum dibaptis. Selepas itu, dia dibaptis dan kini berkhidmat sebagai pembantu sidang. Walaupun kakinya dan salah satu lengannya tidak dapat berfungsi, Onesmus berhasrat untuk berkhidmat kepada Yehuwa dengan sepenuh hati. Dia ingin menjadi perintis sokongan, tetapi ragu-ragu untuk membuat permohonan. Mengapa? Kerana dia perlu bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk menolak kerusi rodanya. Apabila dia meluahkan kerisauan ini kepada rakan Kristian, mereka berjanji untuk membantunya. Maka, Onesmus dapat menjadi perintis sokongan. Onesmus juga ragu-ragu semasa ingin menjadi perintis biasa. Namun, ayat harian yang dipetik daripada Mazmur 34:9 telah menggalakkannya. Ayat itu berbunyi, ‘Rasakanlah sendiri betapa baiknya Yehuwa!’ Selepas merenungkan ayat itu, Onesmus membuat keputusan untuk menjadi perintis biasa. Sekarang dia menginjil sebanyak empat hari seminggu dan mempunyai beberapa pelajar Bible yang membuat kemajuan rohani. Pada 2010, dia menghadiri Sekolah Latihan Perintis. Onesmus amat gembira kerana salah seorang pengajar di situ merupakan perintis yang mula-mula berkongsi kebenaran dengannya. Kini ibu bapa Onesmus sudah meninggal, tetapi saudara saudari menjaga keperluan hariannya. Dia sangat bersyukur atas berkat yang dinikmatinya, dan menantikan saatnya apabila ‘tiada sesiapa yang akan mengeluh kerana sakit.’—Yes. 33:24.

15

PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG PALING KUAT —MAKNANYA BAGI KITA HARI INI “Kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.” —MI. 5:4.

BOLEHKAH ANDA MENJAWAB?







































































































Bagaimanakah Hizkia, Yesaya, Mikha, dan para pemimpin di Yerusalem menunjukkan bahawa mereka ialah gembala yang baik pada abad kelapan SM?









































































































Hari ini, siapakah “pemimpinpemimpin yang paling kuat”? Bagaimanakah mereka membantu umat Tuhan?









































































































Umat Tuhan bakal menghadapi serangan musuh, apakah langkah terpenting yang boleh anda ambil sekarang?

PADA abad kelapan SM, antara tahun 762 SM hingga 759 SM, raja Israel dan raja Siria telah mengisytiharkan perang terhadap raja Yehuda. Mereka merancang untuk menawan Yerusalem, menyingkirkan Raja Ahas, dan menabalkan raja baru yang bukan daripada keturunan Raja Daud. (Yes. 7:5, 6) Raja Israel sepatutnya tahu bahawa rancangan ini tidak akan berhasil. Yehuwa telah berjanji bahawa takhta-Nya akan menjadi milik keturunan Daud buat selama-lamanya. Firman Tuhan pasti digenapi.—Yos. 23:14; 2 Sam. 7:16. 2 Pada mulanya, pakatan Siria-Israel nampaknya lebih berkuasa. Dalam satu pertempuran sahaja, Ahas telah kehilangan 120,000 orang askar! Maaseya, “putera Raja Ahas” turut terbunuh. (2 Taw. 28:5-7) Semua ini sedang diperhatikan oleh Yehuwa. Dia ingat akan janji-Nya kepada Daud. Oleh itu, Dia mengutus nabi Yesaya untuk menyampaikan mesej yang menjanjikan harapan. 3 Yesaya berkata, “Seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’ . . . Bahkan sebelum masa itu tiba, negeri kedua-dua orang raja [Siria dan Israel] yang tuanku takuti akan ditinggalkan kosong.” (Yes. 7:14, 16, ABB) Bahagian pertama nubuat Yesaya biasanya dikaitkan dengan kelahiran Mesias. (Mat. 1:23) Tetapi “kedua-dua orang raja,” iaitu raja Siria dan raja Israel tidak menyerang Yehuda pada zaman Yesus. Jadi, pastinya nubuat tentang Imanuel digenapi terlebih dahulu pada zaman Yesaya. 1. Mengapakah rancangan raja Siria dan raja Israel pasti gagal? 2-4. Jelaskan bagaimana Yesaya 7:14, 16 digenapi (a) pada abad kelapan SM (b) pada zaman Yesus.

16

Tidak lama selepas Yesaya menyampaikan nubuat itu, isterinya hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bernama “Curi Segera, Rampas Cepat.” Kemungkinan besar anak ini ialah “Imanuel” yang disebut oleh Yesaya.1 Pada zaman Bible, seorang bayi mungkin diberikan nama untuk memperingati peristiwa yang istimewa, namun ibu bapa dan sanak saudara akan memanggilnya dengan nama lain. (2 Sam. 12: 24, 25) Selain itu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Yesus pernah dipanggil dengan nama Imanuel.—Baca Yesaya 7:14; 8: 3, 4. 5 Sementara Israel dan Siria merancang untuk menakluki Yehuda, Asyur juga sedang berusaha untuk menakluki kawasan tersebut. Asyur ialah negara ketenteraan yang bakal menjadi kuasa dunia. Menurut Yesaya 8:3, 4, Asyur akan mengambil “semua harta kota Damsyik dan semua barang jarahan Samaria” sebelum menyerang kerajaan selatan Yehuda. Ahas sepatutnya mempercayai firman Tuhan melalui Yesaya, tetapi dia telah bersepakat dengan kerajaan Asyur. Akibatnya, Yehuda ditindas oleh mereka. (2 Raj. 16:7-10) Ahas gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai gembala Yehuda! Kita boleh menanya diri, “Apabila membuat keputusan yang penting, adakah saya menaruh kepercayaan terhadap Tuhan atau manusia?”—Ams. 3:5, 6. 4

GEMBALA BARU BERTINDAK DENGAN BERBEZA 6 Ahas mangkat pada 746 SM, dan anaknya Hizkia mewarisi kerajaan Yehuda yang

1 Perkataan Ibrani yang diterjemahkan sebagai “gadis” di Yesaya 7:14 boleh bererti wanita yang sudah berkahwin atau perawan. Maka, perkataan ini boleh merujuk kepada isteri Yesaya dan perawan Yahudi yang bernama Maria. 5. Apakah keputusan bodoh yang dilakukan oleh

Raja Ahas? 6. Bagaimanakah Hizkia berbeza daripada Ahas?

miskin dan penduduknya tidak lagi menyembah Yehuwa. Setelah Hizkia menjadi raja, apakah keutamaannya? Adakah dia akan memulihkan ekonomi Yehuda? Tidak. Hizkia berfikiran rohani dan merupakan gembala yang baik bagi orang Yehuda. Hal pertama yang dilakukannya ialah memulihkan ibadat sejati dan menguatkan persahabatan orang Yehuda dengan Yehuwa. Apabila Hizkia memahami kehendak Tuhan, dia segera mematuhinya. Dia telah memberikan contoh yang baik bagi kita!—2 Taw. 29:1-19. 7 Orang Lewi memainkan peranan yang penting dalam memulihkan ibadat sejati. Oleh itu, Hizkia berjumpa dengan mereka dan berjanji untuk menyokong mereka. Bayangkan perasaan orang Lewi yang hadir ke perjumpaan itu. Pipi mereka dibasahi air mata kegembiraan seraya mereka mendengar raja mengumumkan, ‘Kamulah yang telah dipilih oleh Yehuwa untuk membakar kemenyan bagi-Nya.’ (2 Taw. 29:11) Ya, orang Lewi telah menerima arahan yang jelas untuk memulihkan ibadat sejati! 8 Hizkia menjemput semua orang Yehuda dan orang Israel untuk merayakan Paska dan diikuti dengan Perayaan Roti Tidak Beragi yang berlangsung selama tujuh hari. Semua yang hadir amat menikmatinya sehingga mereka meneruskan perayaan itu tujuh hari lagi. Bible menyatakan, “Seluruh kota Yerusalem bersukacita, kerana sejak pemerintahan Raja Salomo putera Raja Daud, belum pernah perkara seperti ini berlaku.” (2 Taw. 30:25, 26, ABB) Perayaan rohani itu pasti menggalakkan semua yang hadir! Menurut 2 Tawarikh 31:1, 7. Mengapakah orang Lewi memerlukan sokongan raja yang baru? 8. Apakah langkah seterusnya yang diambil oleh Hizkia untuk memulihkan kerohanian bangsanya? Apakah hasilnya?

17

Kata-kata Hizkia membuat rakyatnya berani dan beriman pada Yehuwa (Lihat perenggan 12, 13)

“Selepas perayaan itu selesai, . . . Mereka memusnahkan mazbah-mazbah dan tempat-tempat penyembahan berhala.” Segenap bangsa Yehuda mula kembali kepada Yehuwa. Hal ini telah melengkapi mereka untuk menghadapi cabaran yang bakal melanda. RAJA BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN

Kata-kata Yesaya terbukti benar apabila orang Asyur menakluki kerajaan utara Israel dan mengusir rakyatnya. Hal ini telah menggagalkan rancangan Israel untuk menabalkan raja yang bukan daripada keturunan Daud. Tetapi bagaimana pula dengan rancangan Asyur? Sekarang mereka ingin menakluki Yehuda. Bible berkata, “Pada tahun keempat belas pemerintahan Raja Hizkia, Raja Sanherib dari Asyur, menyerang kota-kota yang berkubu di Yehuda serta mengalahkan semuanya.” Sanherib berjaya menawan 46 buah kota di Yehuda. Pada waktu itu, bayangkan jika anda menetap di Yerusalem dan tentera Asyur menawan kota demi kota di Yehuda, dan 9

mereka kian mara ke rumah anda!—2 Raj. 18:13, ABB. 10 Hizkia sedar tentang bahaya yang meluru ke arahnya. Tetapi dia tidak cemas lalu bersepakat dengan negara kafir seperti ayahnya Ahas. Hizkia yakin kepada Yehuwa. (2 Taw. 28:20, 21) Hizkia mungkin mengetahui kata-kata nabi Mikha yang hidup sezaman dengannya. Nabi ini bernubuat, “Apabila orang Asyur menyerang . . . kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka. Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur.” (Mi. 5:4, 5) Nubuat ini pastinya membina semangat Hizkia kerana Yehuwa akan mengutus tentera yang luar biasa untuk mengalahkan Asyur. 11 Nubuat mengenai “pemimpin-pemimpin yang paling kuat” akan mengalami penggenapan yang jauh lebih penting selepas kelahiran Yesus, ‘seorang penguasa yang asal usul nenek moyangnya bermula 10. Mengapakah Mikha 5:4, 5 membina semangat

Hizkia?

9. (a) Bagaimanakah rancangan Israel digagal-

11. Bilakah nubuat mengenai “pemimpin-pemim-

kan? (b) Pada mulanya, Sanherib berjaya melakukan apa di Yehuda?

pin yang paling kuat” mempunyai penggenapan yang jauh lebih penting?

18

dari zaman purba.’ (Baca Mikha 4:14–5:1.) Nubuat ini akan digenapi pada masa depan apabila umat Yehuwa diserang oleh tentera “Asyur” zaman moden. Apakah tentera yang akan digunakan oleh Yehuwa melalui anak-Nya untuk mengalahkan musuh ini? Kita akan membincangkannya kemudian. Sebelum itu, marilah kita lihat apa yang dilakukan oleh Hizkia semasa tentera Asyur menyerang. HIZKIA BERTINDAK DENGAN BIJAK

Jika kita tidak mampu menyelesaikan suatu masalah, Yehuwa sentiasa sudi membantu. Tetapi, Dia ingin kita berusaha menyelesaikannya dengan sedaya upaya. Selepas Hizkia mendengar nasihat daripada “pegawai-pegawainya,” dia memutuskan untuk “menutup saluran air di luar kota . . . Raja Hizkia memperkuat pertahanan kota dengan membaiki tembok serta membina menara-menara di atasnya, dan juga membina satu lapis tembok lagi di sebelah luar . . . Baginda juga menyuruh orang membuat banyak tombak dan perisai.” (2 Taw. 32:3-5) Pada masa itu, Yehuwa menggunakan Hizkia, para pegawai, dan nabi-nabi yang setia untuk melindungi dan menggembala umatNya. 13 Kemudian, Hizkia mengambil langkah yang lebih penting daripada menutup saluran air atau membaiki tembok. Selaku gembala yang prihatin, Hizkia mengumpulkan rakyatnya dan menggalakkan mereka dengan berkata, ‘Jangan takut kepada raja negeri Asyur. Kita mempunyai kuasa yang lebih besar di pihak kita daripada apa yang di pihak raja itu. Raja Asyur mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai Yehuwa, Tuhan kita, yang menolong dan ber12

perang bagi kita.’ Ya, Yehuwa akan berperang bagi umat-Nya! Orang Yahudi “digalakkan oleh titah raja mereka.” Perhatikan bahawa “titah raja” telah membuat mereka berani dan beriman pada Yehuwa. Hizkia dan para pegawai, berserta nabi Mikha dan Yesaya menunjukkan bahawa mereka ialah gembala yang baik, tepat seperti apa yang dinubuatkan oleh Yehuwa melalui nabi-Nya.—2 Taw. 32:7, 8; baca Mikha 5:4, 5. 14 Raja Asyur mendirikan khemah di Lakhis, barat daya Yerusalem. Dari situ, dia menghantar tiga orang utusan ke Yerusalem untuk menyuruh penduduknya menyerah kalah. Salah seorang utusan bercakap kepada penduduk Yerusalem dalam bahasa Ibrani. Pada mulanya, dia menggesa mereka mengkhianati Hizkia dan tunduk kepada orang Asyur. Kemudian dia menipu dengan berjanji bahawa mereka akan dipindahkan ke negeri lain dan dapat hidup dengan selesa. (Baca 2 Raja-Raja 18: 31, 32.) Utusan itu juga berkata bahawa Yehuwa tidak dapat menyelamatkan orang Yahudi, sama seperti dewa dewi bangsa lain yang tidak dapat melindungi penyembah mereka daripada cengkaman Asyur. Dengan bijak, penduduk Yerusalem memutuskan untuk tidak mempedulikan tuduhan-tuduhan palsu itu. Hari ini, umat Yehuwa sentiasa mencontohi teladan mereka. —Baca 2 Raja-Raja 18:35, 36. 15 Sudah tentu Hizkia runsing, tetapi dia tidak meminta bantuan daripada negara asing. Sebaliknya, dia meminta bantuan daripada Yehuwa melalui Yesaya. Nabi Yesaya berkata, “Dia [Sanherib] tidak akan masuk ke Yerusalem, atau melepaskan 14. Apakah yang dikatakan oleh utusan Asyur ke-

12. Bagaimanakah Hizkia serta mereka yang ber-

samanya melindungi umat Tuhan? 13. Apakah langkah terpenting yang diambil oleh Hizkia untuk melengkapi rakyatnya menghadapi serangan Asyur? Jelaskan.

pada penduduk Yerusalem? Apakah reaksi mereka? 15. Penduduk Yerusalem hanya perlu melakukan apa? Bagaimanakah Yehuwa menyelamatkan mereka?

19

anak panah ke arahnya.” (2 Raj. 19:32) Penduduk Yerusalem hanya perlu berani dan tidak berputus asa. Yehuwa akan berperang untuk Yehuda! ‘Pada malam itu satu malaikat Yehuwa pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar.’ (2 Raj. 19:35) Penduduk Yerusalem selamat bukan kerana Hizkia menutup saluran air di luar kota atau membaiki tembok serta membina menara, tetapi kerana kuasa Yehuwa. PENGAJARAN BAGI KITA HARI INI

Hari ini, nubuat mengenai “pemimpin-pemimpin yang paling kuat” mengalami penggenapan yang jauh lebih penting. Penduduk Yerusalem kuno diserang oleh tentera Asyur. Umat Yehuwa juga bakal diserang oleh “Asyur,” iaitu musuh yang ingin melenyapkan mereka. Selain daripada serangan ini, Bible juga pernah menyebut tentang serangan ‘Gog dari Magog,’ serangan daripada “raja Siria,” dan serangan daripada “raja-raja di bumi.” (Yeh. 38:2, 1013; Dan. 11:40, 44, 45; Why. 17:14; 19:19) Adakah semua ini merujuk kepada serangan yang berbeza? Tidak semestinya. Bible pernah menggunakan nama yang berlainan semasa merujuk kepada serangan yang sama. Apakah tentera yang akan digunakan oleh Yehuwa untuk mengalahkan “Asyur,” musuh kejam ini? Bible menyatakan bahawa tentera ini terdiri daripada pegawai-pegawai, atau “pemimpin-pemimpin yang paling kuat.” (Mi. 5:4) Siapakah mereka? Mereka ialah para penatua di sidang. (1 Ptr. 5:2) Hari ini, Yehuwa mengurniakan banyak saudara yang matang secara rohani untuk menggembala dan menguatkan kawanan-Nya agar dapat menghadapi serangan “Asyur” pada masa depan. 16

16. Hari ini, siapakah yang dilambangkan oleh (a)

penduduk Yerusalem (b) “Asyur” (c) “pemimpinpemimpin yang paling kuat”?

20

Nubuat Mikha menyatakan, “Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur.” (Mi. 5:5) Ya, anda akan mendapati bahawa ‘senjata yang mereka gunakan dalam perjuangan’ ialah ‘pedang daripada daya aktif Tuhan,’ iaitu Firman-Nya. —2 Kor. 10:4; Ef. 6:17. 17 Para penatua yang sedang membaca rencana ini meraih pengajaran yang baik daripada kisah yang dibincangkan tadi: (1) Langkah terbaik untuk melindungi diri daripada serangan “Asyur” adalah dengan menguatkan iman kita terhadap Tuhan dan membantu saudara saudari untuk turut berbuat demikian. (2) Apabila “Asyur” menyerang, para penatua harus yakin sepenuhnya bahawa Yehuwa akan menyelamatkan kita. (3) Pada masa itu, arahan daripada organisasi Yehuwa mungkin kelihatan tidak masuk akal dari sudut pandangan manusia. Namun, kita patut mematuhi semua arahan, tidak kira kita setuju atau tidak kerana hal ini melibatkan soal hidup mati. (4) Mereka yang bergantung pada pendidikan sekular, harta benda, atau organisasi manusia harus mengubah pemikiran mereka. Para penatua harus sentiasa bersedia membantu sesiapa sahaja yang kurang beriman pada Yehuwa. 18 Pada masa depan, kita akan menghadapi situasi seperti orang Yahudi yang terperangkap di kota Yerusalem pada zaman Hizkia. Pada masa itu, kata-kata Hizkia dapat menguatkan iman kita. Ingatlah bahawa musuh kita ‘mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai Yehuwa, Tuhan kita, yang menolong dan berperang bagi kita’!—2 Taw. 32:8. 17. Apakah empat pengajaran yang boleh diraih oleh penatua daripada kisah yang dibincangkan tadi? 18. Dengan merenungkan kisah ini, bagaimanakah kita dibantu untuk menghadapi masa depan?

TAATILAH GEMBALA YEHUWA

“Taatilah pemimpin kamu dan turutlah perintah mereka. Tanpa mengenal lelah mereka memperhatikan kamu.”—IBR. 13:17. APAKAH JAWAPAN ANDA?







































































































Bagaimanakah para penatua menggembala domba Tuhan?









































































































Mengapakah domba perlu mendengar para penatua di sidang?









































































































Mengapakah kita tidak seharusnya melihat ketidaksempurnaan penatua sebagai alasan untuk menolak nasihat mereka?

YEHUWA menggambarkan diri-Nya sebagai gembala. (Yeh. 34:11-14) Hal ini membantu kita memahami sifat-sifat-Nya. Seorang gembala yang bertanggungjawab akan memelihara kawanan domba yang berada di bawah jagaannya. Dia akan membawa kawanannya ke padang rumput dan sumber air (Mzm. 23:1, 2); memerhatikan mereka siang dan malam (Luk. 2:8); melindungi mereka daripada binatang buas (1 Sam. 17:34, 35); mendukung anak-anak domba (Yes. 40:11); mencari domba yang hilang dan mengubati domba yang sakit.—Yeh. 34:16. 2 Umat Tuhan pada zaman kuno bekerja sebagai gembala dan petani. Maka mereka tahu bahawa domba memerlukan jagaan supaya sihat dan sejahtera. Begitu juga, manusia memerlukan jagaan dan bimbingan daripada Yehuwa. (Mrk. 6:34) Tanpa jagaan dan bimbingan rohani, manusia akan menderita. Mereka terdedah kepada bahaya dan tidak mempunyai bimbingan moral, seperti kawanan domba yang bertempiaran kerana “tidak mempunyai gembala.” (1 Raj. 22:17) Sebaliknya, Yehuwa menyediakan segala keperluan umatNya. 3 Kita juga memahami mengapa Yehuwa menggambarkan diri-Nya sebagai gembala. Dia masih memelihara umat-Nya pada hari ini. Mari kita lihat bagaimana Yehuwa membimbing dan memenuhi keperluan domba-domba-Nya. Kita juga akan membincangkan apa yang harus kita lakukan untuk menerima manfaat daripada bimbangan dan jagaan Yehuwa. GEMBALA YANG BAIK MELANTIK PARA PENATUA 4

Yehuwa melantik Yesus menjadi Kepala sidang

1, 2. Mengapakah Yehuwa menggambarkan diri-Nya sebagai seorang gembala? 3. Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana ini? 4. Bagaimanakah Yesus memelihara kawanan domba Yehuwa?

21

Kristian. (Ef. 1:22, 23) Selaku “gembala yang baik,” Yesus mencontohi Bapanya. Dia mengasihi dan menjaga sidang, malah ‘mengorbankan nyawa untuk kawanan domba.’ (Yoh. 10:11, 14, 15) Tebusan Yesus memang bernilai bagi manusia! (Mat. 20:28) Hal ini sememangnya selaras dengan tujuan Yehuwa, iaitu ‘setiap orang yang percaya kepada Yesus tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.’—Yoh. 3:16. 5 Bagaimanakah domba mengikut Yesus Kristus sebagai Gembala mereka? Yesus berkata, ‘Domba-dombaku mendengarkan suaraku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut aku.’ (Yoh. 10: 27, ABB) Domba-domba mendengar Gembala Yang Baik dengan sentiasa mematuhi bimbingannya. Hal ini termasuk bekerjasama dengan penatua yang telah dilantik olehnya. Yesus menyuruh para rasul dan murid-muridnya untuk terus menggembala kawanannya. Mereka harus ‘mengajar’ dan ‘memelihara anak domba Yesus.’ (Mat. 28:20; baca Yohanes 21:15-17.) Seraya berita baik tersebar luas dan bilangan pengikutnya bertambah, Yesus melantik penatua yang matang untuk menggembala sidang.—Ef. 4:11, 12. 6 Dalam suratnya kepada penyelia sidang di Efesus, rasul Paulus menunjukkan bahawa daya aktif telah melantik mereka untuk menyelia dan ‘menjaga jemaah Tuhan.’ (Kis. 20:28) Begitu juga dengan para penatua hari ini. Mereka dilantik berdasarkan syarat-syarat Bible yang diilhami daya aktif Tuhan. Jadi, apabila kita mematuhi para penatua, kita sedang menghormati Yehuwa dan Yesus, dua Gembala yang agung. (Luk. 10:16) Inilah sebab utama kita

ingin tunduk kepada para penatua. Tetapi, ada juga sebab lain kita perlu berbuat demikian. 7 Galakan, bimbingan, dan nasihat yang diberikan oleh para penatua kepada rakan seiman selalunya didasarkan pada Bible. Mereka tidak ingin mengongkong saudara saudari. (2 Kor. 1:24) Sebaliknya, mereka membantu saudara saudari untuk membuat keputusan yang bijak berdasarkan prinsip Bible. Hasilnya, sidang dapat terus aman dan bersatu. (1 Kor. 14:33, 40) Para penatua sedang ‘memperhatikan kita,’ iaitu dengan membantu kita memelihara hubungan yang baik dengan Yehuwa. Jadi, mereka cepat membantu saudara saudari yang hampir-hampir atau telah “melakukan sesuatu yang salah.” (Gal. 6:1, 2; Yud. 22) Bukankah hal ini menggerakkan kita untuk mentaati saudara yang mengambil pimpinan?—Baca Ibrani 13:17. 8 Paulus yang juga seorang gembala menulis kepada sidang Kolose, “Berwaspadalah supaya tidak seorang pun memperhamba kamu dengan falsafah manusia, yang tidak berguna dan menyesatkan. Ajaran itu bukan daripada Kristus, melainkan ajaran manusia yang diturunkan dari generasi ke generasi, dan ajaran daripada roh-roh yang menguasai alam semesta.” (Kol. 2:8, ABB) Amaran ini memberikan satu lagi alasan yang baik untuk mendengarkan nasihat penatua yang berdasarkan Bible. Penatua melindungi saudara saudari daripada orang yang ingin melemahkan iman mereka. Rasul Petrus memberikan amaran tentang “nabi-nabi palsu” dan “guru-guru palsu” yang ingin memerangkap “orang yang lemah iman” untuk melakukan dosa. (2 Ptr. 2:1, 14) Jika per-

5, 6. (a) Yesus melantik siapa untuk memelihara dombanya? Apakah yang perlu dilakukan oleh domba untuk meraih manfaat? (b) Apakah sebab utama kita ingin mematuhi para penatua?

7. Bagaimanakah penatua membantu anda memelihara hubungan yang baik dengan Yehuwa? 8. Bagaimanakah penatua melindungi kawanan Tuhan?

22

Sepertimana gembala menjaga domba, para penatua menjaga kawanan Tuhan (Lihat perenggan 8)

lu, penatua akan memberikan amaran sedemikian. Para penatua yang matang secara rohani mempunyai pengalaman hidup. Sebelum dilantik, mereka juga menunjukkan bahawa mereka memahami Bible dengan mendalam dan layak mengajarkan kebenaran Bible. (1 Tim. 3:2; Tit. 1:9) Kematangan mereka, sikap yang tidak keterlaluan dan kebijaksanaan yang berdasarkan Bible membantu mereka membimbing kawanan dengan mahir.

Melalui organisasi-Nya, Yehuwa menyediakan makanan rohani yang berlim-

pah bagi saudara saudari di seluas dunia. Bahan bacaan kita mengandungi banyak nasihat Bible. Kadangkala, organisasi Yehuwa memberikan arahan kepada para penatua melalui surat atau daripada penyelia lawatan. Dengan ini, kawanan dapat menerima bimbingan yang jelas. 10 Para penatua bertanggungjawab untuk menjaga, merawat dan melindungi kawanan domba, terutamanya mereka yang lemah ataupun sakit secara rohani. (Baca Yakobus 5:14, 15.) Ada yang menyimpang dari sidang dan berhenti menyembah Tuhan. Dalam situasi ini, penatua yang pengasih akan berusaha sedaya upaya untuk mencari domba yang sesat itu

9. Bagaimanakah Yesus membimbing dan memeli-

10. Apakah tanggungjawab penatua jika terdapat

hara sidang hari ini?

domba yang menyimpang?

GEMBALA YANG BAIK MEMELIHARA DOMBA-DOMBANYA 9

23

dan menggalakkannya untuk kembali ke sidang. Yesus menjelaskan, ‘Bapa kamu yang di syurga tidak mahu salah seorang pengikutku yang kecil ini sesat.’—Mat. 18: 12-14. BAGAIMANA KITA MEMANDANG KETIDAKSEMPURNAAN PENATUA

Yehuwa dan Yesus ialah Gembala yang sempurna. Tetapi mereka melantik para penatua yang tidak sempurna untuk menjaga sidang. Hakikat ini membuatkan sesetengah orang berasa susah untuk mematuhi para penatua. Mereka mungkin berfikir, “Penatua juga manusia yang tidak sempurna seperti kita. Mengapakah kita perlu mendengar nasihat mereka?” Memang benar para penatua tidak sempurna. Tetapi kita perlu mempunyai pandangan yang sepatutnya terhadap kelemahan dan ketidaksempurnaan mereka. 12 Bible mendedahkan kesilapan orang yang digunakan oleh Yehuwa untuk memimpin umat-Nya pada zaman kuno. Contohnya, Daud telah dilantik sebagai raja dan pemimpin orang Israel. Namun dia berdosa terhadap Yehuwa dengan berzina dan membunuh. (2 Sam. 12:7-9) Fikirkan juga rasul Petrus. Walaupun diberikan tanggungjawab yang berat untuk memimpin sidang Kristian abad pertama, dia melakukan kesilapan yang serius. (Mat. 16:18, 19; Yoh. 13:38; 18:27; Gal. 2: 11-14) Selain daripada Yesus, tiada manusia yang sempurna sejak Adam dan Hawa. 13 Mengapakah Yehuwa membenarkan penulis Bible untuk mencatatkan kesilapan orang yang dilantik-Nya? Salah satu 11

11. Mengapakah sesetengah orang berasa susah untuk mematuhi para penatua? 12, 13. (a) Pada masa dahulu, apakah kesilapan yang dilakukan oleh orang yang digunakan Yehuwa untuk memimpin umat-Nya? (b) Mengapakah kesilapan mereka dicatatkan dalam Bible?

24

sebab adalah kerana Yehuwa ingin menunjukkan bahawa Dia boleh menggunakan manusia yang tidak sempurna untuk memimpin umat-Nya. Sebenarnya Yehuwa sentiasa berbuat demikian. Maka kita tidak seharusnya memandang ketidaksempurnaan penatua sebagai alasan untuk bersungut atau menolak bimbingan mereka. Yehuwa menghendaki kita untuk menghormati dan mematuhi mereka. —Baca Keluaran 16:2, 8. 14 Amatlah penting untuk mematuhi mereka yang mengambil pimpinan hari ini. Fikirkan cara Yehuwa berkomunikasi dengan orang Israel kuno pada saat-saat genting. Semasa meninggalkan Mesir, Yehuwa membimbing mereka melalui Musa dan Harun. Jika mereka ingin selamat mengharungi tulah kesepuluh, mereka perlu mengikut arahan. Orang Israel telah disuruh untuk mengadakan jamuan yang istimewa, lalu mengambil sedikit darah binatang dan menyapukannya pada tiang dan ambang pintu rumah. Mereka tidak mendengar suara dari syurga menyampaikan arahan ini. Sebaliknya mereka mendengar orang tua-tua yang menerima arahan terperinci daripada Musa. (Kel. 12: 1-7, 21-23, 29) Musa dan orang tua-tua memainkan peranan sebagai wakil yang menyampaikan arahan Tuhan. Hari ini, penatua Kristian memainkan peranan yang sama. 15 Anda mungkin dapat memikirkan beberapa kisah Bible yang menunjukkan bahawa Yehuwa membimbing dan menyelamatkan umat-Nya menerusi manusia atau malaikat. Dia mahu melantik wakilwakil ini dan memberi mereka kekuasaan untuk menyampaikan arahan yang dapat 14, 15. Apakah yang dapat kita pelajari daripada cara Yehuwa berkomunikasi dengan umat-Nya pada zaman kuno?

Para penatua berusaha untuk melindungi keluarga tunggal daripada pergaulan buruk (Lihat perenggan 17, 18)

menyelamatkan umat-Nya. Kemungkinan besar Yehuwa juga akan berbuat demikian semasa Armagedon. Sudah pasti, para penatua hari ini yang diamanahkan tanggungjawab untuk mewakili Yehuwa atau organisasi-Nya patut berhati-hati supaya tidak menyalahgunakan kekuasaan. ‘SATU KAWANAN, SATU GEMBALA’

Umat Yehuwa membentuk “satu kawanan” di bawah “satu gembala,” iaitu Yesus Kristus. (Yoh. 10:16) Yesus berkata bahawa dia akan bersama pengikutnya se16

16. ‘Suara’ yang disebutkan di Yesaya 30:21 me-

rangkumi apa?

hingga penghujung sistem dunia ini. (Mat. 28:20) Sebagai Raja di syurga, Yesus dapat mengawal semua peristiwa yang berlaku sekarang sehingga dia datang untuk memusnahkan dunia Syaitan. Bagaimanakah kita dapat tetap bersatu dan selamat dalam organisasi Yehuwa? Bible menjawab, ‘Dengarkanlah suara-Nya di belakang kamu yang berfirman, “Inilah jalannya, ikutlah jalan ini!” ’ ‘Suara’ ini merangkumi ajaran Yehuwa yang disampaikan melalui Bible dan apa yang dikatakan oleh Yehuwa dan Yesus melalui gembala yang dilantik oleh mereka.—Baca Yesaya 30:21; Wahyu 3:22. 17 Syaitan seperti “singa yang mengaum sambil mencari mangsa.” (1 Ptr. 5:8) Sebagai pemangsa yang rakus, Syaitan sedang merayau-rayau dan menunggu masa yang sesuai untuk melahap mereka yang lemah atau yang meninggalkan kawanan. Inilah sebabnya kita perlu sentiasa berada di dalam sidang dan di sisi Yehuwa, iaitu “Gembala dan Pemelihara jiwa” kita. (1 Ptr. 2:25) Mengenai orang yang selamat mengharungi kesengsaraan besar, Wahyu 7:17 berkata, ‘Anak Domba, Yesus, akan menggembalakan mereka, dan dia akan memimpin mereka ke sumber air yang memberikan hidup. Tuhan akan menyapu air mata mereka.’ Betapa baiknya harapan ini! 18 Selepas membincangkan peranan penting para penatua sebagai gembala, para penatua harus bertanya, “Sebagai saudara terlantik, bagaimanakah saya dapat memastikan bahawa domba Yesus dilayan dengan baik?” Jawapannya akan dibincangkan dalam rencana yang seterusnya. 17, 18. (a) Apakah yang membahayakan kawa-

nan, dan kita dapat yakin akan apa? (b) Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana seterusnya?

25

PENATUA, TIRULAH GEMBALA AGUNG KITA ‘Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, supaya kamu mengikut jejaknya.’—1 PTR. 2:21. APAKAH JAWAPAN ANDA?







































































































Selaku gembala, bagaimanakah para penatua dapat meniru teladan Yehuwa?









































































































Bagaimanakah para penatua dapat meniru teladan Yesus Kristus?









































































































Mengapakah para penatua melakukan kunjungan penggembalaan?

26

DOMBA akan sentiasa sihat jika seorang gembala mengambil berat terhadap kawanannya. Sebuah buku menyatakan bahawa jika seorang gembala hanya membiarkan dombanya meragut rumput tanpa mempedulikan keperluan yang lain, dombanya akan menjadi lemah dan diserang penyakit dalam masa beberapa tahun. Tetapi, jika setiap domba dijaga dengan baik, seluruh kawanan akan menjadi sihat dan kuat. 2 Begitu juga di sidang Kristian. Para gembala yang prihatin terhadap setiap domba menyumbang kepada kesihatan rohani di sidang. Anda mungkin teringat sewaktu Yesus berasa kasihan terhadap sekumpulan orang “kerana mereka risau dan tidak berdaya, seperti kawanan domba tanpa gembala.” (Mat. 9:36) Mengapakah mereka dalam situasi sebegini? Hal ini kerana pemimpin agama yang bertanggungjawab mengajarkan Hukum Tuhan bersifat kejam, munafik, dan mengenakan banyak tuntutan. Pemimpin ini tidak mengasihi dan tidak menjaga kawanan, sebaliknya mereka “meletakkan beban yang berat” ke atas kawanan.—Mat. 23:4. 3 Hari ini, gembala Kristian—penatua yang terlantik—mempunyai tanggungjawab yang berat. Kawanan domba yang mereka jaga adalah milik Yehuwa dan Yesus. Domba-domba ini amat bernilai kepada Yesus yang merupakan “gembala yang baik.” Dia rela mengorbankan nyawa demi mereka. Domba-domba ini “sudah dibeli” dengan darah Yesus “yang sangat berharga.” (Yoh. 10:11; 1 Kor. 6:20; 1 Ptr. 1:18, 19) Para penatua harus sentiasa ingat bahawa mereka bertanggungjawab kepada Yesus Kristus, ‘gembala agung kita.’—Ibr. 13:20. 1, 2. (a) Apakah hasilnya jika domba dijaga dengan baik? (b) Mengapakah banyak orang pada zaman Yesus seperti domba tanpa gembala? 3. Apakah yang seharusnya para penatua ingat semasa menjalankan tugas sebagai gembala?

Bagaimanakah gembala Kristian seharusnya memperlakukan kawanan domba? Anggota sidang Kristian disarankan, “Taatilah pemimpin kamu dan turutlah perintah mereka.” Penatua Kristian pula digesa, “Janganlah bertindak sebagai penguasa terhadap orang yang dipercayakan kepada kamu.” (Ibr. 13:17; baca 1 Petrus 5:2, 3.) Maka, bagaimanakah penatua dapat mengambil pimpinan tanpa bertindak sebagai penguasa terhadap kawanan? Dalam kata lain, bagaimanakah penatua dapat menjaga keperluan kawanan tanpa menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh Tuhan? 4

‘DIA AKAN MENDUKUNG ANAK-ANAK DOMBA’

Mengenai Yehuwa, nabi Yesaya mengatakan, “Dia akan menjaga umat-Nya seperti seorang gembala; Dia akan mengumpulkan dan mendukung anak-anak domba, dan dengan lemah lembut, memimpin induk-induk domba.” (Yes. 40:11, ABB) Ayat ini menggambarkan keprihatinan Yehuwa terhadap keperluan anggota sidang yang lemah dan yang memerlukan perlindungan. Yehuwa sedar akan keperluan setiap ahli sidang dan gembira untuk membantu mereka seperti seorang gembala yang prihatin. Sepertimana seorang gembala mendukung anak domba yang baru dilahirkan, Yehuwa —“Bapa yang berbelas kasihan”—akan mengambil berat dan menenangkan hati kita semasa kita mengalami kesusahan atau cubaan.—2 Kor. 1:3, 4. 6 Penatua boleh meraih pengajaran yang baik daripada Bapa kita di syurga! Seperti Yehuwa, dia harus prihatin terhadap setiap keperluan domba. Dengan mengetahui 5

4. Apakah yang akan kita bincangkan dalam ren-

cana ini? 5. Apakah yang boleh kita pelajari tentang Yehuwa daripada Yesaya 40:11? 6. Bagaimanakah seorang penatua boleh meniru teladan Yehuwa?

cabaran dan keperluan setiap ahli sidang, seorang penatua akan mengetahui bila dan bagaimana untuk memberikan galakan dan sokongan kepada mereka. (Ams. 27:23) Hal ini bermaksud, penatua harus meluangkan masa untuk bercakap dengan saudara saudari dan mendengar mereka. Dia bukan seorang penyibuk, tetapi mengambil berat terhadap apa yang telah dia lihat dan dengar dalam sidang, serta berusaha “menolong orang yang lemah” dengan penuh kasih.—Kis. 20:35; 1 Tes. 4:11. 7 Fikirkan tentang sikap buruk para gembala umat Tuhan pada zaman Yehezkiel dan Yeremia. Yehuwa mengutuk mereka kerana tidak menjaga domba-Nya dengan baik. Apabila kawanan tidak dijaga dengan baik, kawanan itu akan bertempiaran dan menjadi mangsa binatang buas. Gembala-gembala ini tidak bertanggungjawab dan hanya “menjaga kepentingan diri sendiri.” (Yeh. 34:7-10; Yer. 23:1) Tuhan juga mengutuk para pemimpin agama Kristian atas sebab yang sama. Hal ini juga menekankan betapa pentingnya bagi para penatua untuk menjaga kawanan Yehuwa dengan baik. “AKU SUDAH MEMBERIKAN TELADAN KEPADA KAMU SEMUA”

Akibat daripada ketidaksempurnaan, ada di antara kawanan Yehuwa lambat memahami apa yang dikehendaki-Nya. Mereka mungkin membuat keputusan yang tidak berdasarkan prinsip Bible, atau tindakan mereka menunjukkan bahawa mereka belum matang secara rohani. Apakah yang harus dilakukan oleh para penatua? Mereka patut meniru kesabaran Yesus terhadap murid-muridnya yang sering bertengkar 8

7. (a) Bagaimanakah domba Tuhan diperlakukan pada zaman Yehezkiel dan Yeremia? (b) Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada gembala yang dikutuk oleh Yehuwa? 8. Bagaimanakah Yesus menunjukkan contoh baik semasa memberikan nasihat?

27

tentang siapa yang terbesar. Yesus tidak marah terhadap mereka, tetapi dia terus mengajar dan memberikan nasihat yang pengasih tentang memupuk kerendahan hati. (Luk. 9:46-48; 22:24-27) Malah, Yesus mengajar maksud kerendahan hati dengan membasuh kaki mereka. Hari ini, para penatua juga harus menunjukkan kerendahan hati.—Baca Yohanes 13:12, 15; 1 Ptr. 2:21. 9 Rasul Yakobus dan Yohanes berfikir bahawa seorang gembala harus menjadi penguasa ke atas orang lain. Oleh itu, mereka meminta Yesus untuk memberikan kedudukan yang tinggi dalam Kerajaan Tuhan. Yesus membetulkan pemikiran mereka dengan berkata, ‘Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Tuhan menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat. Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi orang besar, dia harus melayani orang lain.’ (Mat. 20:25, 26, ABB) Para rasul itu perlu menolak kecenderungan untuk menjadi penguasa ke atas rakan seiman, atau “menindas” mereka. 10 Yesus berharap bahawa para penatua Kristian meniru teladannya semasa memperlakukan kawanan. Mereka harus rela bekerja keras bagi rakan seiman dan bukannya menjadi penguasa atas kawanan. Rasul Paulus dengan rendah hati memberitahu para penatua di sidang Efesus, “Kamu mengetahui cara hidupku selama aku bersama-sama kamu, sejak hari pertama aku tiba di daerah Asia. Dengan rendah hati dan dengan mencucurkan air mata, aku mengabdikan diri sebagai hamba Tuhan.” Paulus ingin agar para penatua memupuk sifat rendah hati dan rela membantu rakan 9. Apakah sikap para rasul yang harus dibetulkan

oleh Yesus? 10. Bagaimanakah Yesus ingin para penatua memperlakukan kawanan? Apakah teladan yang ditunjukkan oleh Paulus?

28

seiman. Dia berkata, “Dalam segala perkara aku sudah memberikan teladan kepada kamu bahawa dengan bekerja keras seperti ini, kita harus menolong orang yang lemah.” (Kis. 20:18, 19, 35) Paulus memberitahu orang di Korintus bahawa dia bukan penguasa iman mereka, sebaliknya dia rakan sekerja yang rendah hati dan membawa sukacita bagi mereka. (2 Kor. 1:24) Sememangnya, kerendahan hati dan kerja keras Paulus adalah teladan yang baik untuk para penatua hari ini. NASIHAT BERDASARKAN “AJARAN YANG BENAR” 11 Nasihat yang diberikan oleh seorang penatua harus berdasarkan “ajaran yang benar.” (Tit. 1:9) Semasa memberikan nasihat, seorang penatua “melakukannya dengan lemah lembut.” (Gal. 6:1) Seorang gembala yang baik tidak memaksa rakan seiman untuk mengikut haluan tertentu, tetapi membantu mereka membuat keputusan sendiri berdasarkan kasih kepada Yehuwa dan Firman-Nya. Contohnya, seorang penatua dapat membantu seorang saudara yang perlu membuat keputusan penting. Penatua boleh membincangkan prinsip-prinsip Bible atau rencana dalam bahan bacaan kita dengannya. Dia juga boleh meminta saudara itu untuk memikirkan bagaimana keputusannya akan mempengaruhi hubungannya dengan Yehuwa. Penatua juga boleh mengingatkannya untuk berdoa meminta bimbingan Tuhan sebelum membuat sebarang keputusan. (Ams. 3:5, 6) Akhirnya, penatua tersebut akan membiarkan saudara itu membuat keputusan sendiri.—Rm. 14:1-4. 12 Semua bimbingan yang diberi oleh para penatua haruslah berdasarkan Bible. Maka, adalah penting bagi penatua untuk menggunakan Bible dengan mahir dan berpegang teguh pada ajarannya. Hal ini akan

11, 12. Bagaimanakah penatua dapat membantu

rakan seiman untuk membuat keputusan?

Penatua membantu keluarga mereka untuk membuat persiapan sebelum kerja penyebaran (Lihat perenggan 13)

membantu para penatua untuk tidak menyalahgunakan kekuasaan mereka. Lagi pun, kawanan domba bukan milik mereka. Semasa membuat keputusan, setiap ahli sidang memikul tanggungjawab masing-masing terhadap Yehuwa dan Yesus.—Gal. 6: 5, 7, 8. ‘TELADAN BAGI KAWANAN’ 13 Rasul Petrus menasihati para penatua untuk tidak “bertindak sebagai penguasa terhadap” kawanan, sebaliknya ‘menjadi teladan kepada mereka.’ (1 Ptr. 5:3) Bagaimanakah penatua dapat menunjukkan teladan yang baik bagi kawanan? Fikirkan dua sifat yang diperlukan seorang penatua. Pertama, dia harus “bijaksana.” Hal ini bermaksud dia memahami prinsip-prinsip Bible dengan jelas dan tahu cara menerapkannya dalam kehidupan sendiri. Dia dapat menghadapi kesusahan dengan tenang dan mampu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan. Kedua, dia “mesti tahu mengurus rumah tangganya dengan baik.” Seo-

13, 14. Bagaimanakah penatua menetapkan teladan yang baik bagi kawanan?

rang penatua yang berkeluarga patut menetapkan teladan yang baik sebagai seorang suami dan ayah. Bible menyatakan, ‘Jika seseorang tidak tahu mengurus rumah tangganya sendiri, bagaimanakah dia dapat mengurus jemaah Tuhan?’ (1 Tim. 3:1, 2, 4, 5, ABB) Sudah tentu hal ini menggalakkan saudara saudari untuk mempercayai penatua yang mempunyai sifat-sifat ini. 14 Seperti Yesus, para penatua juga menetapkan teladan yang baik dengan mengambil pimpinan dalam kerja penyebaran. Semasa di bumi, Yesus mementingkan kerja penyebaran dan menunjukkan murid-muridnya cara melakukan kerja ini. (Mrk. 1: 38; Luk. 8:1) Dewasa ini, para penyiar menikmati aktiviti penyebaran semasa bekerja dengan penatua. Para penyiar dapat memerhatikan semangat penatua dalam kerja penyelamatan ini dan meniru cara mereka mengajar. Meskipun sibuk, penatua rela meluangkan masa dan tenaga demi mengkhabarkan berita baik. Hal ini mendorong seluruh sidang untuk menunjukkan semangat yang sama. Para penatua juga menetapkan teladan baik dengan membuat persiapan dan mengambil bahagian dalam perjumpaan, serta melakukan kerja lain seperti memelihara dan membersihkan Dewan Perjumpaan.—Ef. 5:15, 16; baca Ibrani 13:7. “MENOLONG ORANG YANG PERLU DITOLONG” 15 Seorang gembala yang baik cepat mengambil tindakan apabila domba jatuh sakit atau cedera. Begitu juga, para penatua harus segera membantu mereka yang menderita atau memerlukan bantuan rohani. Ahli sidang yang lanjut usia atau sakit mungkin memerlukan bantuan fizikal, tetapi mereka lebih memerlukan bantuan rohani dan galakan. (1 Tes. 5:14) Para pemuda dalam

15. Apakah sebab para penatua melakukan kunju-

ngan penggembalaan?

29

Penatua menetapkan teladan yang baik dalam kerja penyebaran (Lihat perenggan 14)

sidang mungkin menghadapi cabaran untuk melawan “nafsu orang muda.” (2 Tim. 2:22) Para penatua membantu dengan melakukan kunjungan penggembalaan. Maka, para penatua mengunjungi semua ahli sidang secara berkala dengan tujuan untuk memahami keadaan mereka dan memberikan galakan daripada Bible. Jika para penatua cepat membantu saudara saudari yang memerlukan bantuan, banyak masalah dapat dielakkan. 16 Apa kata jika masalah timbul sehingga memudaratkan kerohanian seorang ahli sidang? Penulis Bible, Yakobus berkata, ‘Adakah sesiapa yang sakit? Hendaklah dia memanggil pemimpin-pemimpin jemaah, supaya mereka berdoa baginya dan menyapukan minyak zaitun padanya demi nama Yehuwa. Doa yang diucapkan dengan iman, akan menyembuhkan orang sakit itu. Yehuwa akan memulihkan kesihatannya dan dosa yang sudah dilakukannya akan diam-

punkan.’ (Yak. 5:14, 15, ABB) Walaupun seorang ahli sidang yang sakit secara rohani tidak “memanggil pemimpin-pemimpin jemaah,” para penatua harus cepat membantu sejurus selepas menyedari situasinya. Apabila para penatua bersama dengan saudara saudari yang menghadapi kesusahan, penatua akan berdoa untuk mereka serta memperkuatkan semangat mereka. Dengan demikian, para penatua menjadi sumber kesegaran bagi ahli sidang.—Baca Yesaya 32:1, 2. 17 Semasa menjalankan tugas dalam organisasi Yehuwa, para penatua Kristian berusaha sedaya upaya untuk meniru teladan ‘gembala agung kita,’ Yesus Kristus. Bantuan rohani yang diberikan oleh saudara-saudara yang bertanggungjawab ini menguatkan kawanan dan mendorong mereka untuk terus menyembah Yehuwa dengan setia. Oleh itu, kita sangat bersyukur dan tergerak untuk memuji Yehuwa, Gembala yang teragung.

16. Apabila seorang ahli sidang memerlukan ban-

tuan rohani, apakah yang boleh dilakukan oleh para penatua?

30

17. Apakah hasilnya apabila para penatua meniru teladan ‘gembala agung kita’?

KHAZANAH ROHANI KITA

“Saya Seperti Kura-kura yang Membawa Rumahnya ke Mana-mana Sahaja” SEPANJANG kempen penyebaran sembilan hari yang dijalankan pada Ogos/September 1929, lebih daripada 10,000 orang penyebar telah meliputi pelbagai kawasan di Amerika Syarikat. Mereka mengedarkan kira-kira 250 ribu buah buku dan buku kecil. Hampir seribu orang di antara mereka ialah peneraju. Sememangnya, bilangan perintis telah bertambah! Bulletin1 melaporkan bahawa peningkatan bilangan perintis sebanyak tiga kali ganda dari tahun 1927 hingga 1929 sebagai kejadian yang “tidak dijangka.” Pada lewat 1929, kegawatan ekonomi berlaku. Harga Bursa Saham New York jatuh menjunam pada 29 Oktober 1929, dan mengakibatkan Zaman Meleset yang melanda sistem ekonomi seluruh dunia. Ribuan bank ditutup. Ladang dan kilang besar menghentikan operasi mereka. Jutaan orang kehilangan kerja. Pada 1933, sebanyak 1,000 buah rumah disita setiap hari di A.S. Bagaimanakah penyebar sepenuh masa menangani krisis ini? Jawapannya ialah rumah bergerak yang bebas cukai dan tiada sewa. Rumah bergerak atau rumah treler membolehkan ramai perintis meneruskan khidmat mereka dengan kos terendah.2 Semasa musim konvensyen, rumah bergerak juga berfungsi sebagai bilik hotel yang percuma. Pada 1934, Bulletin menyenaraikan beberapa ciri yang diperlukan untuk membina rumah sebegini, seperti sistem air, dapur gas, katil lipat, dan sistem penebat haba. Di serata dunia, para penyebar mula membina rumah bergerak sendiri. “Nuh tidak pernah membina perahu,” kata Victor Blackwell, “dan saya tidak pernah dan tidak pandai membina rumah treler.” Tetapi Victor berjaya membinanya. 1 Kini dikenali sebagai Kerja Teokratik Kita. 2 Pada masa itu, kebanyakan perintis tidak mempunyai kerja sekular. Mereka menerima bahan bacaan Bible pada harga yang dikurangkan dan menggunakan sumbangan daripada bahan bacaan untuk menampung keperluan hidup.

Avery dan Lovenia Bristow mempunyai rumah bergerak. Avery berkata, “Saya seperti kura-kura yang membawa rumahnya ke mana-mana sahaja.” Pasangan Bristow merintis bersama Harvey dan Anne Conrow, yang menggunakan kertas tar untuk membina dinding rumah bergerak mereka. Kepingan kertas tar tertanggal setiap kali mereka berpindah. “Tiada orang pernah nampak rumah seperti ini!” kata Avery. Tetapi menurut Avery, pasangan Conrow dan dua orang anak lelaki mereka ialah “keluarga yang paling bahagia.” Harvey Conrow menulis, “Kami tidak pernah kekurangan apa-apa, dan kami berasa amat selamat kerana dapat berkhidmat kepada Yehuwa dan dijaga oleh-Nya.” Pada kemudian hari, Pasangan Conrow bersama dua anak mereka menghadiri Sekolah Gilead dan ditugaskan ke Peru sebagai mubaligh. Selepas mengetahui bahawa mereka bakal menimang cahaya mata, Giusto dan Vincenza Battaino mengubah suai sebuah lori kecil kepada sebuah rumah bergerak. Rumah ini “seperti hotel yang mewah” jika dibandingkan dengan khemah mereka yang dahulu. Bersama anak perempuan mereka yang masih kecil, pasangan ini meneruskan khidmat perintis dan menginjil kepada orang Itali yang menetap di A.S.

31

Berita baik mendapat sambutan hangat, tetapi orang biasanya tidak dapat menyumbangkan wang untuk bahan bacaan Bible kerana mereka miskin dan menganggur. Jadi, mereka memberikan pelbagai barangan sebagai tukaran. Dua orang perintis telah menyenaraikan barangan yang diterima daripada orang yang berminat. Senarai mereka mengandungi 64 jenis barangan yang terdapat di “kedai runcit di desa.” Fred Anderson menemui seorang petani yang ingin mendapatkan satu set buku kita dan memberikan sepasang cermin mata yang dimiliki ibunya sebagai tukaran. Di ladang yang seterusnya, seorang lelaki berminat pada bahan bacaan kita, tetapi dia tidak ada cermin mata untuk membacanya. Dengan cermin mata daripada jirannya, lelaki ini dapat membaca buku kita. Dia juga gembira memberikan sumbangan untuk buku dan cermin mata yang diterimanya. Herbert Abbott membawa sangkar ayam di dalam keretanya. Selepas menerima tiga atau empat ekor ayam sebagai tukaran, dia menjual ayam itu supaya dapat mengisi minyak kereta. Dia dan isterinya

pernah hampir kehabisan duit. “Hal ini tidak pernah menghalang kami. Selagi ada minyak di kereta, kami akan terus menginjil. Kami menaruh iman pada Yehuwa,” tulis Herbert. Dengan berbekalkan tekad yang kuat dan kepercayaan pada Yehuwa, umat Tuhan berjaya mengharungi masa susah. Semasa hujan ribut melanda, Maxwell dan Emmy Lewis sempat keluar daripada treler mereka sebelum sebatang pokok tumbang dan membelahnya menjadi dua. “Semua ini bukanlah rintangan,” tulis Maxwell, “tetapi hanya peristiwa hidup, dan kami tidak pernah terfikir untuk berputus asa. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan, dan kami berhasrat untuk melakukannya.” Maxwell dan Emmy tidak berasa takut tetapi membina semula rumah treler mereka dengan bantuan sahabat handai. Pada masa yang mencabar ini, jutaan Saksi-Saksi Yehuwa yang bersemangat juga menunjukkan sikap rela berkorban. Seperti para perintis sebelum ini, kita berazam untuk meneruskan aktiviti penyebaran sehingga Yehuwa berkata bahawa kerja ini sudah selesai.

s

n o

Majalah ini dan bahan bacaan lain boleh dimuat turun secara percuma dari www.jw.org

p

Anda juga boleh membaca New World Translation di laman web kami dalam bahasa lain

Lawat www.jw.org, atau imbaskan kod

w13 11/15-ML 130802

Sebuah rumah bergerak diangkut ke seberang sungai semasa musim monsun di India

Suggest Documents