Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

Pengenalan kepada Penyelidikan Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:     memberi definisi penyelidikan menerangkan langkah-langkah proses pe...
203 downloads 3 Views 1MB Size
Pengenalan kepada Penyelidikan

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:    

memberi definisi penyelidikan menerangkan langkah-langkah proses penyelidikan membezakan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif menjelaskan pentingnya etika dalam penyelidikan

o o o o o o o o

Mukadimah Memperolehi Ilmu Pengetahuan Apakah Penyelidikan? Penyelidikan dalam Pendidikan Ciri-Ciri Penyelidikan Proses penyelidikan Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif Etika Penyelidikan

1

Mukadimah Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam pendidikan serta proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Perbincangan bertumpu kepada konsepasas penyelidikan serta ciri-ciri dan proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Juga dibincangkan ialah perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif serta etika dalam penyelidikan.

Memperolehi Ilmu Pengetahuan

Sejak turun temuruan, manusia telah menghasil dan mengumpul pelbagai jenis ilmu atau pengetahuan. Kini, setiap tahuan, jumlah ilmu atau pengetahuan yang dihasilkan meningkat berganda kali. Ilmu atau pengetahuan wujud daripada sumber-sumber berikut: (Lihat Rajah 1).

Wahyu

Kepercayaan

Intuisi

PENGETAHUAN

Pengalaman

Rasionalisme

Sains

Rajah 1 Kaedah Memperoleh Pengetahuan [Sumber: adaptasi G.C. Helmstadter, konsep Penyelidikan dalam tingkah laku manusia. New York: Appleson-abad-Crofts] 

Wahyu (Revealed Knowledge): Pengetahuan yang diturnkan oleh Tuhan. Pelbagai agama mempunyai teks suci yang merupakan seruan-seruan yang tidak

2

dapat dinafikan, muktamad dan tidak boleh dicabar. Contohnya, al-Quran, alKitab, Torah, Bhagvad Gita, 

Kepercayaan (Beliefs): Manusia mempunyai jenis kepercayaan dan kadamg kala diterima sebagai benar atau betul. Contohnya, memakai sesuatu baju bertuah akan menentukan pasukan bola akan menang atau cerita-cerita doggeng atau karut diterima sebagai kebenaran. Berikan kepercayaan-kepercayaan lain (selain daripada agama) yang anda menganggap sebagai kebenaran. Bolehkah ia dibuktikan secara saintifik?



Intuisi atau Gerak Hati (Intuition): Kita semua mempunyai intuisi atau gerak hati tentang pelbagai situasi atau kejadian. Ia merupakan pengetahuan yang berasal daripada perasaan kita sendiri atau ramalan ahli nujum. Contohnya, anda mempunyai intuisi bahawa sesuatu akan berlaku pada kawan anda. .



Pengalaman Peribadi (Personal Experience): Sepanyang hayat kita telah melalui pelbagai jenis peristiwa yang ditaktif sebagai ‘pengalaman’. Contohnya, anda pernah jatuh daripada pokok dan ini menjadi fakta atau pengetahuan berdasarkan pengalaman anda. Anda juga mempunyai pelbagai persepsi tentang orang lain berdasarkan pengalaman bercampur gaul dengan mereka. Kadang-kala persepsi atau pandangan anda tentang orang lain tidak tepat kerana dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor lain. Contohnya, anda mempunyai pemikiran stereotaip tentang kumpulan etnik X kerana suatu insiden ketika bercampur gaul dengan ahli kumpulan etnik berkenaan. Juga pandangan kita tentang sesuatu ditokok-tambah yang memesong fakta.



Rasionalisme (Rationalism): Pengetahuan yang wujud dengan membentangkan sesuatu idea dan menggunakan akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Daya intelak yang berada secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari kebenaran dengan berhujah dengan logik. Ahli falafah menghasilkan ilmu dengan rasionalisme dan membincang dengan mendalam isu-isu seperti apa itu keindahan, apa itu kebenraan, apa seorang manusia yang jujur dan sebagainya.



Sains (Science): Sains menggunakan kaedah untuk menyiasat sesuatu fenomena, menceburi ilmu baru, atau membetulkan dan menyepadukan ilmu terdahulu. Kaedah ini berasaskan bukti yang boleh dibuktikan secara empirikal dan boleh diukur berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah saintifik melibatkan pengumpulan data secara teratur, terkawal dan perumusan dan pengujian hipotesis.

3

Apakah Penyelidikan? Dalam kursus ini, kita bertumpu kepada mencari atau memperolehi ilmu pengetahuan dengan menggunakan ‘kaedah atau penyiasatan saintifik’. Kaedah ini memerlukan kita menjalankan penyelidikan untuk membuktikan sesuatu. Apakah penyelidikan? 

Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkahlangkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad Mahzan Ayob, 1983).



Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997).



Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengenal pasti soalan yang hendak dijawab dan menggunakan kaedah untuk menjawab soalan tersebut (Helmstadter, 1970).



Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah. (Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)



Penyelidikan ialah usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis atau hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu. (J. Supranto, 1986)



Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian (Best, 1991).

4

Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan atau penyelidikan saintifik?. Menurut Kerlinger (1973), penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan. Terdapat tiga perkataan penting dalam definisi ini yang perlu diberi perhatian; iaitu sistematik, terkawal dan empirikal.  

Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut:

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti Masalah 2. Menggubal Soalan Kajian atau Hipotisis 3. Mereka Bentuk Kajian untuk Menjawab Soalan Kajian atau Menguji Hipotesis 4. Mengumpul dan Menganalisis Data 5. Menjawab Soalan Kajian atau Menerima/Menolak Hipotesis

Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa: “Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan”. Berikutan kenytaan itu, ratusan surat, email dan SMS diterima daripada orang ramai memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas yang terlalu besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan zaman, pelajar yang tidak minat, tidak cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Pendapat yang diberikan orang ramai kebanyakkan berdasarkan:   

‘Pengalaman peribadi’ ‘Intuisi atau Gerak Hati’ Rasionalisme [hujah-hujah yang dihuraikan dengan terperinici] 5



Kepercayaan

Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?. Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan saintifik perlu dijalankan untuk menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan. Penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara dengan tujuan membongkar fakta.

a) Kenal pasti perkataan-perkataan penting dalam beberapa definisi penyelidikan b) Bagaimana ilmu pengetahuan diperolehi melalui ‘rasionalisme’? c) Bolehkah ‘pengalaman’ seseorang diterima sebagai ilmu? d) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘penyiasatan saintifik’?

Penyelidikan dalam Pendidikan Setiap tahun berjuta-juta ringgit dibelanja untuk penyelidikan. Dalam bidang farmasi, wang dibelanjakan untuk mencipta ubat-ubatan yang dapat menyembuh pelbagai jenis penyakit seperti kanser, sakit jantung dan lain-lain. Dalam bidang zoologi, penyelidikan dijalankan untuk memahami habitat dan tabiat haiwan dengan tujuan menyelamatkan haiwan yang menghadapi kepupusan. Dalam bidang pendidikan, penyelidikan dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam fenomena-fenomena yang melibatkan PELAJAR, GURU, PENTADBIR, IBU BAPA dan KOMUNITI. Dalam kehidupan seharian pelbagai pernyataan dibuat bagi menerangkan fenomena yang berlaku. Contohnya;

‘Remaja terlibat dengan jenayah kerana pengaruh television’ ‘Pelajar ponteng sekolah kerana pengajaran membosankan’. ‘Ramai pelajar tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris’. ‘Pelajar pada masa kini kurang patriotik’ ‘Gejala mat rempit disebabkan remaja bosan hidup di bandar’ ‘Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak memuasakan’ 6

“Guru dibebankan dengan tugas-tugas penkeranian” Pernyataan-pernyataan seumpama ini tidak boleh diterima selagi tidak ada data untuk menyokongnya. Oleh itu penyelidikan dijalankan untuk memerihal, menjelas dan membukti (Christensen, 1988). Contohnya, hanya dengan penyelidikan dapat kita menentukan faktor-faktor yang menyebabkan ‘penguasaan Bahasa Inggeris rendah kerana sikap negatif terhadap bahasa tersebut’ atau ‘pelajar terlibat dengan gengsterisme kerana harga diri yang rendah’. Dengan menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan (yang kita membincang dalam bab-bab seterusnya) tertentu, penyelidik dapat mengenal pasti faktor-faktor (variabel-variabel) yang wujud dan interaksi antara faktor-faktor berkenaan dalam menerangkan sesuatu fenomena. Contohnya, dalam kajian yang dijalankan oleh Jean Piaget, beliau memerhati dengan terperinci anak-anaknya sendiri dan mencatat pemerhatiannya. Dengan memerihal apa yang diperhatikan dia berjaya mengenal pasti variabel-variabel yang wujud dan mencadang teori perkembangan kognitif yang kamu telah mempelajari dalam kursus-kursus sebelum ini.

[sumber: Lim Boon Yann, 2009]

7

Ciri-Ciri Penyelidikan



Penyelidikan bermula dengan sesuatu pertanyaan atau soalan dalam minda penyelidik. Lihat keadaan sekeliling untuk mengenal pasti fenomena yang menarik perhatian anda. Mengapa pencapaian pelajar perempuan lebih baik berbanding dengan pelajar lelaki? Mengapa kegiatan buli wujud disekolah rendah?. Penyelidikan berasal daripada sesuatu soalan yang ditanya tentang sesuatu fenomena yang menragui anda. Dengan bertanya soalan-soalan yang relevan, kita dapat mewujud suasana yang inkuisitif.



Penyelidikan memerlukan pernyataan masalah yang jelas. Penyelidikan yang berjaya bermula dengan pernyataan yang nyata dengan terperinci, penggunaan bahasa yang tepat, mengemukakan apa yang ingin diterokai dan membolehkan orang lain memahami apa yang hendak diselidiki.



Penyelidikan bermula dengan sesuatu masalah umum yang kemudian dibahagikan kepada beberapa masalah kecil yang merupakan soalan kajian atau hipotesis. Data dikumpulkan untuk menjawab soalan-soalan kajian atau membukti hipotesis-hipotesis yang disenaraikan.



Penyelidikan memerlukan perancangan teliti yang terdiri daripada arah dan reka bentuk untuk membongkar kebenaran atau merangkan fenomena tertentu.

1.6 Proses Penyelidikan

1. Penghasilan Idea

5. Menganalisis Data

6. Menulis Laporan

2. Mengenal Pasti Permasalahan Penyelidikan

4. Mengumpul Data

3. Mereka Bentuk Kajian

Rajah 2 Proses Penyelidikan dalam Pendidikan

8

Lihat Rajah 2 yang menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. 1. Penghasilan Idea Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber. 

Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekeliling anda. Jika anda seorang guru, berbagai idea untuk kajian wujud dalam bilik darjah seperti ciri-ciri pelajar, kaedah mengajar, ciri-ciri guru dan bahan pengajaran.



Jika anda seorang pengurus pendidikan, idea untuk penyelidikan wujud dalam tugas seharian mentadbir sesuatu organisasi pendidikan.



Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan remaja, minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya. Bagaimana isu-isu ini berkaitan dengan teori dan kajian-kajian lampau?



Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalam bidang juga merupakan idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah variabel tertentu.



Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. Contohnya, anda minat membuktikan teori perkembangan kognitif Piaget atau teori perkembangan moral Kohlberg.

2. Mengenal Pasti Permasalahan Penyelidikan dan Menggubal Soalan Kajian Setiap pelajar akan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang merupakan langkah pertama ke arah menjadi penyelidik matang. Apabila anda membaca bahan literatur anda merasa bahawa banyak kajian telah dijalankan dalam bidang pendidikan dan tidak ada lagi yang hendak diterokai. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah sukar bagi kebanyakan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan pengajian. Berikut ini adalah panduan yang dapat membantu anda mengenal pasti permasalahan penyelidikan. Langkah 1: Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik minat anda dan berkaitan dengan matlamat profesional anda. Misalnya, anda mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar menguasai kemahiran 9

menulis, bagaimana hendak menjadikan pengajaran bacaan lebih menarik, bagaimana mempertingkatkan pengajaran kemahiran mendengar, bagaimana menggunakan teknologi dalam pengajaran bahasa, stail kepimpinan yang memotivasi guru berusaha dan sebagainya. Langkah 2: Kemudian anda dikehendaki memperincikan permasalahan penyelidikan kepada beberapa soalan penyelidikan. Soalan penyelidikan merupakan soalan atau pernyataan yang akan dijawab dalam kajian anda. Contohnya,  

Adalah murid perempuan dapat menulis karya kreatif yang lebih baik berbanding dengan murid lelaki? Apakah mendorong murid perempuan untuk menghasil karya penulisan yang lebih kreatif berbanding dengan murid lelaki?

Memang diakui ini bahawa langkah ini adalah sukar dalam bagi penyedik novis. Biasanya, dia mempunyai gambaran yang umum tentang apa yang hendak dikaji tetapi tidak dapat memfokus masalah umum itu kepada soalan-soalan penyedikan yang dapat memandu penyelidikannya. Sesuatu Soalan Penyelidikan yang Baik  menerangkan hubung kaitan antara beberapa variabel  boleh diuji dengan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada  boleh diuji dengan sumber fizikal dan kewangan yang sedia ada  terdiri daripada variabel yang boleh diukur  boleh diuji dengan tidak membawa kesan buruk kepada subjek yang dikaji

3. Pemilihan Kaedah Mereka bentuk penyelidikan untuk menjawab Soalan Penyelidikan memerlukan perancagan yang teliti. Kaedah yang dipilih tertakluk kepada Soalan Penyelidikan yang hendak dijawab. Sekiranya kaedah eksperimental digunakan untuk menunjukkan keberkesanan, usaha perlu dilakukan bagi memastikan variabel-variabel extraneous terkawal. Tindakan ini penting untuk meyakinkan orang lain bahawa penemuan yang diperolehi adalah sah dan bolehdipercayai. Sekiranya, kaedah survey digunakan untuk menunjukkan hubung kaitan, sampel yang dipilih hendaklah mewakili populasi yang dipilih secara rawak. Soalselidik yang ditadbirkan kepada subjek harus mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi untuk meyakinkan orang lain tentang data yang diperolehi.

10

4. Mengumpul dan Menganalisis Data Dalam pendidikan, teknik pengumpulan data yang lazim digunakan ialah ujian, soalselidik, ujian, semak senarai temubual atau pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif atau keduaduanya untuk menjawab soalan penyelidikan. [Kita membincangkan beberapa jenis ‘teknik pengumpulan data’ dengan lebih terperinci dalam Bab-Bab seterusnya]

5. Menjawab Soalan Kajian Data yang analisis ditafsirkan bagi menjawab soalan penyelidikan. Pada peringkat ini, penyelidik dapat memastikan sejauh manakah sesuatu soalan penyelidikan yang digubal itu dapat dijelaskan dengan data yang diperolehi. Contohnya, adakah bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagi kerap guru menyoal dalam bilik darjah, lagi baik kebolehan menyelesaikan masalah murid. Sebaliknya, dapatkah dibuktikan bahawa pelajar perempuan lebih berjaya dalam kemahiran penulisan kreatif apabila diajar dengan dengan kaedah inkuiri. 6. Menulis Laporan Diakhir proses penyelidikan ialah penulisan laporan. Lazimnya, sesuatu laporan itu terdiri daripada LIMA Bab.  Bab 1 – Pengenalan  Bab 2 – Tinjauan Literatur Berkaitan  Bab 3 – Metodologi  Bab 4 – Penemuan / Dapatan  Bab 5 – Rumusan  Rujukan  Lampiran Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan pendidikan ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena baru pada masa akan datang.

11

a) b) c) d)

Apakah tujuan penyelidikan? Jelaskan ciri-ciri penyelidikan. Nyatakan ciri-cirisoalan penyelidikan yang baik. Apakah yang dimaksudkan dengan pemilihan kaedah penyelidikan? e) Senaraikan kandungan sesuatu laporan penyelidikan.

Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif Sepertimana dijelaskan di atas, setelah menetapkan soalan penyelidikan, langkah seterusnya ialah pemilihan kaedah penyelidikan. Adalah salah sekiranya anda menentukan kadah sebelum dapat menetapkan soalan penyelidikan. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori umum:  

Kaedah Penyelidikan Kuantitatif Kaedah Penyelidikan Kualitatif

Kaedah Penyelidikan Kuantitatif – Perkataan ‘kuantitatif’ dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘quantitative’ yang berasal daripada perkataan ‘quantity’ yang bermakna boleh dianggarkan dengan mengirakan jumlah. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka dan data numerikal. Contohnya, penyelidik memberi satu ujian kefahaman bacaan kepada 100 murid, buat pemarkahan dan mengira bilangan yang lulus dan sebagainya. Juga penyelidik boleh menggunakan statistik untuk mengiran min, peratusan atau sisihan lazim dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Kaedah Penyelidikan Kualitatif – Perkataan ‘kualitatif’ dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘qualitative’ yang berasal daripada perkataan ‘quality’ yang bermakna makna. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil.

12

PERBEZAAN DI ANTARA KAEDAH KUANTITATIF DAN KUALITATIF i) Bentuk Data KAJIAN KUANTITATIF Data berbentuk angka yang boleh diukur.

KAJIAN KUALITATIF Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.

KAJIAN KUALITATIF Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF Reka bentuk ditetapkan sebelum data Reka bentuk bersifat mudah lentur / dipungut fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi. iv) Peserta Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.

KAJIAN KUALITATIF Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

v) Sampel KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

KAJIAN KUALITATIF Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

vi) Jenis Kaedah KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF Eksperimental, Survey, Temu Bual Kajian Tindakan, Pemerhatian, Temu Bual, Berstruktur, Pemerhatian Berstruktur Kajian Kes, Analisis Dokumen, Etnografi 13

Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan. Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih. Sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian yang sama. Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan barulah data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan sesuai.

Etika

Isu-isu etika memerlukan perhatian pengkaji dalam setiap peringkat penyelidikan. Masalah-masalah etika yang dihadapi dalam penyelidikan akan dibincangkan mengikut kitaran penyelidikan iaitu: Peringkat Penyelidikan

Masalah-masalah Etika Yang Sering Dihadapi 

Pemilihan Permasalahan

  

Tujuan Kajian Tidak Melanggar Nilai-nilai Sejagat Kejujuran Dalam Kajian Literatur Meniru Kajian Tanpa Pengiktirafan Objektiviti Pengkaji

Reka Bentuk Penyelidikan

 

Memelihara Hak Privacy & Digniti Responden Perlindungan Responden 14



Kegagalan Memberi Rawatan Kepada Kumpulan Kawalan

Memugut Data

  

Keterbukaan Dalam Memugut Data Penyalahgunaan Status Pengkaji Penggunaan Alat Pengukur Berhak Milik

Penganalisaan Data

 

Kejujuran Menganalisa Data Keselamatan Data

Interpretasi Data & Laporan

  

Penjelasan Dan Pembetulan Interpretasi Pengitirafan Kolaborasi Tekanan Untuk Melapor

Ciri-ciri penyelidikan yang baik merangkumi perspektif saintifik dan etika. Isu menjadi lebih ketara dalam penyelidikan sosial di mana subjeknya ialah manusia yang mempunyai perasaan, intelek dan dipengaruhi nilai-nilai sosial dan agama.

a) Apakah kaedah penyelidikan kuantitatif? b) Apakah kaedah penyelidikan kualitatif? c) Nyatakan beberapa perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. d) Jelaskan isu-isu etika dalam peringkat-peringkat penyelidikan.

RUJUKAN 

Mitchell, M. and Jolley, J. Research Design Explained (1988). New York: Holt, Rinehart and Winston.



W. Borg & M. Borg, (1988), Educational Research: An Introduction. New York: Longman.



Kerlinger, F. (1990). Foundations of Behavioural Research. New York: Allyn and Bacon.

15

16

Suggest Documents