B. KURSUS WAJIB FAKULTI

B. KURSUS WAJIB FAKULTI KF1043 Asas Mekanik Gunaan Kursus ini meliputi tajuk-tajuk seperti daya sesatah, daya dalam ruang, daya paduan, vektor, kompon...
1 downloads 2 Views 58KB Size
B. KURSUS WAJIB FAKULTI KF1043 Asas Mekanik Gunaan Kursus ini meliputi tajuk-tajuk seperti daya sesatah, daya dalam ruang, daya paduan, vektor, komponen segi empat daya, keseimbangan zarah. Daya sistem setara, daya dalaman dan luaran, daya setara, momen daya pada satu titik, daraban vektor, momen gandingan. Rajah jasad bebas, keseimbangan dalam dua dimensi, keseimbangan dalam tiga dimensi, tindak balas pada sambungan dan sokongan, tindak balas tak tentu statik. Analisis daya dengan kaedah sambungan, analisis daya dengan kaedah keratan, analisis kerangka, struktur mengandungi daya berbilang. Sentroid dan pusat graviti, pusat graviti jasad 2-D, sentroid bagi luas dan garis, penentuan sentroid dengan kamilan, pusat graviti jasad 3-D, sentroid isi padu, daya dan tekanan hidrostatik. Pelbagai jenis beban dan sokongan, kabel dengan daya tertumpu, kabel dengan daya teragih parabola dan hiperbola. Hukum geseran kering, masalah berkaitan geseran kering, geseran tali sawat, geseran roda. Tegasan dan terikan normal/mampatan/galas/ricih, keanjalan, dan Hukum Hooke. Pelbagai jenis beban dan sokongan, kabel dengan daya tertumpu, kabel dengan daya teragih - parabola dan hiperbola. Pelbagai jenis beban dan sokongan, kabel dengan daya tertumpu, kabel dengan daya teragih - parabola dan hiperbola. Pelbagai jenis beban dan sokongan, kabel dengan daya tertumpu, kabel dengan daya teragih - parabola dan hiperbola. Rujukan: J. L. Meriam & L. G. Kraige. 1998. Engineering Mechanics: Statics. 4th ed. New York: John Wiley. R. C. Hibbeler. 1998. Engineering Mechanics: Statics. New Jersey: Pentice Hall. F. B. Beer and E. R. Johnston. 1996. Vector Mechanics for Engineers: Statics. New York: McGraw-Hill.

KF1063 Pengenalan Kejuruteraan Elektrik Kursus pengenalan kepada semua pelajar kejuruteraan bertujuan memberi kefahaman tentang bidang-bidang utama kejuruteraan elektrik. Kursus ini juga membincangkan aspek penggunaan bidangbidang tersebut bagi membolehkan pelajar mengikuti perkembangannya. Kursus ini meliputi perbincangan asas rangkaian elektrik arus terus dan ulang alik serta penggunaannya dalam memahami operasi sistem kuasa, peranti elektronik dan sistem digit.

Rujukan: Boylestad, R.L. dan L. Nashelsky. 1996. Electronics: A Survey of Electrical Engineering Principles. 4th ed. New Jersey: PrenticeHall. Patrick, D.R. dan S.W. Fardo. 1999. Electricity and Electronics: A Survey. 4th ed. New Jersey: Prentice-Hall. Dorf, R.C. dan J.A. Svoboda. 1999: Introduction to Electric Circuits. 4th ed. New York: Wiley. Hambley, A.R. 1997. Electrical Engineering Principles and Applications. New Jersey: PrenticeHall. Hughes, E. 1988. Teknologi Elektrik. London: Longman.

KF1083 Pengenalan Termodinamik Kejuruteraan Kursus ini bertujuan untuk membangunkan kefahaman yang menyeluruh tentang konsep-konsep asas dalam termodinamik. Kursus ini dimulai dengan perbincangan kepada konsep zat tulen, proses pertukaran fasa dan rajah-rajah sifat. Seterusnya, prinsip pengabadian tenaga atau hukum pertama termodinamik untuk sistem tertutup diperkenalkan. Prinsip yang sama digunakan untuk

1

analisis sistem terbuka peranti-peranti kejuruteraan seperti tarbin, pemampat dan penukar haba. Pemindahan haba melalui konduksi, perolakan dan sinaran dibincangkan. Pengenalan kepada hukum kedua termodinamik dan entropi. Analisis kecekapan terma enjin haba seperti kitaran Carnot, Otto, Diesel, Brayton, Rankine dan analisis kitaran refrigerasi dibincangkan. Analisis untuk sistem yang mempunyai tindak balas kimia seperti pembakaran serta pengenalan kepada keseimbangan kimia dan fasa dibincangkan. Rujukan: Cengal Y.A, dan Boles M.A. 1989. Thermodynamics - An Engineering Approach. New York: McGraw-Hill. Jones J.B. dan Hawkins G.A. 1986. Engineering Thermodynamics, New York: John Wiley. Myers G.E. 1989. Engineering Thermodynamics. Englewood Cliffs: Prentice-Hall. Wark K. Jr. 1989. Thermodynamics. New York: McGraw-Hill.

KF1131 Aplikasi Kejuruteraan Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada penghasilan produk dengan menekankan hubungan rapat di antara reka bentuk, bahan dan pembuatan. Sebahagian besar kursus ini berbentuk amali. Di antara tajuk-tajuk yang akan diberi latihan ialah: Penjuruteraan produk, reka bentuk dan lukisan, penyediaan untuk pembuatan, perancangan proses, teknologi pembuatan. Rujukan: Ritchie, J and Simpson G. 1998. Engineering Applications: A Project Based Approach. Oxford: Butterworth Heinemann. Kibbe R.R., et al. 1999. Machine Tool Practices. 6th ed. New York: Prentice Hall. Krar S.F., et. al. 1996. Technology of Machine Tools. 5th ed. New York: Glencoe McGraw-Hill.

KF1133 Pengenalan Kepada Kejuruteraan Kursus ini bertujuan memberikan gambaran luas tentang kejuruteraan kepada pelajar dan pendedahan di awal program dalam menyelesaikan masalah secara kejuruteraan. Di antara tajuktajuk yang akan diliputi termasuk: jurutera - takrif, definisi dan kerjaya kejuruteraan, penguasaan dan penyelesaian masalah mengikut kaedah kejuruteraan dan pendekatan sistem. Pembangunan mampan. Pelajar juga akan dibawa melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan profesion kejuruteraan seperti loji kimia, loji pembuatan, tapak pembinaan dan lain-lain yang bersesuaian Rujukan: Blotter, P.T. 1981. Introduction to Engineering. New York: John Wiley. Burghardt, M.D. 1995. Introduction to the Engieering Profession. New York: Prentice Hall. King, J. 1996. Exploring Engineering. 1st ed. New York: Prentice Hall. Schiavone, P. 1999. Engineering Success. 1st ed. New York: Prentice Hall. Wright, P.H. 1993. Introduction to Engineering. 2nd ed. New York: John Wiley. KF1153 Sains Bahan Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bahan-bahan yang lazim digunakan dalam kejuruteraan dengan menekankan hubungan di antara sifat bahan dengan struktur dalaman. Tajuktajuk yang diliputi termasuk: struktur dan ikatan atom,struktur pepejal hablur, sifat mekanik dan mekanisme penguatan, gambar rajah fasa dan rawatan haba, logam, seramik dan polimer dan aloi, bahan komposit, kakisan dan kemerosotan bahan dan pengenalan kepada sifat elektrik, terma dan optik. Perbincangan akan dibantu dengan kajian-kajian kes yang bersesuaian.

2

Rujukan: Callister W.D. 2000. Materials Science and Engineering: An Introduction. 5th ed. New York: John Wiley. Schaffer J.P. et al. 1999. The Science and Design of Engineering Materials. 2nd ed. New York: WCB/McGraw Hill. Shackelford, J.F. 1996. Introduction to Materials Science for Engineers. 4th ed. New York: Prentice Hall. KF1173 Grafik Kejuruteraan Kursus ini akan memberi penekanan kepada asas-asas lukisan kejuruteraan menggunakan kaedah lukisan secara manual dan juga menggunakan perisian komputer seperti AutoCAD. Silibusnya meliputi prinsip-prinsip asas lukisan kejuruteraan seperti saiz lukisan, jenis-jenis garisan, tulisan, simbol lazim, unjuran orthografik, isometrik, lukisan pelbagai pandangan, unjuran sudut pertama dan ketiga, mematra, keratan, senarai bahagian, lukisan pemasangan dan pengeluaran. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada piawai dalam lukisan kejuruteraan untuk Kejuruteraan Awam, Elektrikal, Kimia dan Mekanikal. Rujukan: Bertoline G.R. 1995. Technical Graphics Communication. Boston: Irwing. Lamit L.G. and Kitto K.L. 1997. Engineering Graphics and Design with Graphical Analysis. St. Paul, Minneapolis: West Publishing Company. Earle J.H. 1996. Graphics for Engineers: AutoCAD Release 14, Reading, Mass.: Addison-Wesley Publishing Company. Lockhart S.D.1998. A Tutorial Guide to AutoCAD Release 14. Reading, Mass.: Addison Wesley. Yarwood A. 1998. An Introduction to AutoCAD Release 14. England: Longman. KF1193 Persamaan Kebezaan Biasa Kursus matematik ini bertujuan memberikan kefahaman tentang persamaan kebezaan biasa dan kaedah penyelesaiannya serta penggunaannya dalam kejuruteraan. Kursus ini dimulakan dengan beberapa tajuk asas seperti nombor kompleks, fungsi hiperbolik dan pengembangan fungsi dalam bentuk siri kuasa. Tajuk-tajuk utama termasuklah persamaan kebezaan biasa (PKB) peringkat pertama, PKB linear homogen dan tak homogen, PKB linear peringkat kedua; persamaan EulerCauchy, Wronskian, PKB peringkat lebih tinggi, penyelesaian siri kuasa, persamaan Legendre, kaedah Frobenius, persamaan Bessel, masalah Sturm-Liouville, penyelesaian dengan jelmaan Laplace dan pengenalan kepada penyelesaian sistem PKB. Rujukan: Kreyszig, E 1999. Advanced Engineering mathematics. 8th edition. New York: Wiley. O'Neil, P.V. 1995. Advanced Engineering Mathematics. 4th edition. Pacific Grove: Brooks/Cole. Zill, D.G. 2001: A First Course In Differential Equation With Modeling Applications. 7th edition. Pacific Grove: Brooks/Cole. Nordin b. Hj. Mohamad, 1995. Persamaan Pembeza Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kreyszig, E. dan Norminton, E.J. 2001. Maple Computer Guide for 8th Edition Erwin Kreyszig Advanced Engineering Mathematics . New York: Wiley. KF1223 Aljabar Linear dan Kalkulus Vektor Kursus Matematik ini bertujuan memberi kefahaman tentang aljabar linear dan kalkulus vektor pada tahap yang membolehkan perbincangan tentang penggunaannya dalam kejuruteraan. Kursus dimulakan dengan tajuk-tajuk seperti matriks dan penentu, nilai dan vektor eigen; dan keserupaan matriks. Tajuk-tajuk utama termasuklah kalkulus kebezaan vektor, pendaraban skalar dan vektor,

3

fungsi dan medan skalar dan vektor, kecerunan medan skalar, kecapahan dan keikalan medan vektor, kalkulus kamilan vektor, Teorem Green, Teorem Kecapahan Gauss dan Teorem Stokes, vektor sebagai tensor tertib satu, transformasi vektor dan pengenalan kepada tensor dan penggunaannya. Rujukan: Kreyszig, E. 1999. Advanced Engineering Mathematics. 8th Edition, New York: Wiley. Zill, D. G & Cullen, M. R. 2000. Advanced Engineering Mathematics. 2nd Edition. Singapore: Jones and Bartlett Publishers Stroud, K. A. 1996. Further Engineering Mathematics. 3rd Edition. London: McMillan Press Ltd. O'Neil, P. V, 2003. Advanced Engineering Mathematics. 5th Edition. Singapore: Thomson Brooks/Cole Shaharir Mohamad Zain. 1991. Vektor dan Tensor: Pengenalan Pendekatan Terkamir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. KF1243 Pengaturcaraa Komputer Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang sistem komputer dan aplikasi komputer dalam kejuruteraan, konsep asas pengaturcaraan, bahasa pengaturcaraan dan teknik-teknik pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan C akan digunakan sebagai bahasa utama dalam kursus ini, bahasa-bahasa lain juga akan didedahkan terutamanya Bahasa Visual Basic dan MATLAB yang banyak dipakai dalam aplikasi kejuruteraan. Akhir sekali konsep pengaturcaraan tetingkap juga akan disentuh sebagai perisa bagi membolehkan pelajar mereka-bentuk sistem tetingkap asas. Kursus disajikan dalam corak 2+1, iaitu melibatkan 2 jam kuliah dan 1 jam makmal. Rujukan: Kernighan B.W. & Rithcie D. M. 1998. The C Programming Language. 2nd ed. New York: Prentice-Hall. Stroustrup B. 1991. The C++ Programming Language. 2nd ed. USA: Addison-Wesley Longman. Brown S. 1999. Visual Basic 6 in Record Time. Alameda USA: Sybex Inc. Pohl I. 1994. C++ for C Programmers. 2nd. ed. New York: Addison-Wesley. Microsoft. 1995. Visual C++ Tutorials, 1995. KF2033 Statistik Kejuruteraan Kursus ini memperkenalkan statistik sebagai satu kaedah untuk membantu menyelesaikan masalah berdasarkan pengumpulan data dan pensampelan. Tajuk-tajuk utama termasuklah kebarangkalian, teorem Bayes, pembentangan data rawak, pemboleh ubah rawak diskret; ketumpatan kebarangkalian, taburan-taburan kebarangkalian, min dan varians, analisis ralat rawak dan sistematik, ketumpatan dan taburan kebarangkalian, min dan varians, taburan kebarangkalian seragam, eksponen dan normal, taburan normal, anggaran parameter min dan varians, anggaran titik dan anggaran jeda, pensampelan, ujian keberertian dan hipotesis, regresi dan korelasi, kawalan mutu dan kaedah tak berparameter. Rujukan: Montgomery & George. 2003. Applied Statistics & Probability For Engineers. Wiley Richard. 2003. Probability, Statistics and Random Processes for Engineers. Thomson. Walpole, P. E. dan P. L. Meyer. 2002. Probability & Statistics For Engineers & Scientist. Prentice Hall J, L. Devore 2000. Probability & Statistics For Engineering & The Sciences. Duxbury Zainol Hj. Mustafa. 2000. Statistik Kejuruteraan. UKM

4

Mokhtar Abdullah dan Zainuddin Hj Jubok 1987, Kebarangkalian dan Statistik untuk Jurutera dan Ahli Sains. DBP KF2043 Analisis Kompleks dan Persamaan Kebezaan Separa Kursus Matematik ini bertujuan memberikan kefahaman tentang analisis kompleks dan persamaan kebezaan separa serta penggunaannya dalam kejuruteraan. Tajuk-tajuk utama termasuklah kalkulus kompleks, fungsi analitik, persamaan Cauchy-Riemann, pemetaan mensebentuk, pemetaan kompleks, kamiran kompleks, teorem kamilan Cauchy, siri kuasa, siri Taylor, Maclaurin dan Laurent, ketunggalan sifar dan infiniti, teorem reja, siri Fourier, kamilan dan jelmaan Fourier, persamaan terbitan separa linear peringkat kedua dan kegunaannya; persamaan eliptik, parabolik dan hiperbolik, kaedah penyelesaian analisis, penyelesaian D'Alembert dan kaedah cirian. Rujukan: Kreyszig, E. 1999. Advanced Engineering Mathematics. 8th ed. New York: Wiley. Greenberg, M. 1998. Advanced Engineering Mathematics. 2nd ed. New Jersey: Prentice-Hall. KF3065 Latihan Industri Pelajar akan dihantar ke industri selama tidak kurang dari 10 minggu untuk menjalani latihan industri. Latihan Industri bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada tanggungjawab jurutera dan etika kejuruteraan, mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek amalan kejuruteraan,serta menanam kemahiran kejuruteraan pada pelajar, termasuk kemahiran menulis laporan teknikal, komunikasi, penilaian teknikal dan reka bentuk. KF3113 Pengiraan Berangka Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman tentang penggunaan pengiraan berangka dalam penyelesaian persamaan. Kursus ini juga melibatkan pelaksanaan penyelesaian dengan menggunakan komputer. Tajuk-tajuk utama ialah aritmetik komputer, persamaan tak linear dan kaedah penyelesaian, sistem persamaan linear dan kaedah penyelesaian seperti kaedah penghapusan Gauss, kaedah Jacobi, kaedah Gauss-Jordan, kaedah Gauss-Seidel dan kaedah Thomas, pengoptimuman, kaedah-kaedah interpolasi, terbitan dan kamilan berangka, penyelesaian persamaan kebezaan biasa dan persamaan terbitan separa, dan pengenalan kaedah unsur terhingga. Rujukan: Chapra, S.C. dan R. P. Canale. 1998. Numerical Methods for Engineers. 3rd ed. New York: McGraw-Hill. Akai, T.J. 1994. Applied Numerical Methods for Engineers. New York: Wiley. Gerald, C.F. dan P.O. Wheatley. 1994. Applied Numerical Analysis. 5th edition. New York: Addison-Wesley. Kreyszig, E. 1999. Advanced Engineering Mathematics. 8th ed. New York: Wiley. Abdul Rahman Abdullah. 1990. Pengiraan Berangka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka KF3223 Teknologi dan Peradaban Objektif kursus ini ialah mengkaji sejarah perkembangan teknologi dan mengguna falsafah etika untuk menyelesaikan masalah moral yang timbul daripada amalan kejuruteraan. Kursus ini membincangkan faktor teknik, saintifik, falsafah, agama, politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi atau dipengaruhi oleh perkembangan teknologi, falsafah etika Barat dan Timur dan isu moral dalam amalan kejuruteraan seperti keselamatan, pencemaran sekitaran, kebenaran termaklum, ketaatan korporat, profesionalisme, kerahsiaan, konflik kepentingan, rasuah, hak pengaduan, hak moral jurutera, etika sekitaran, dan etika komputer.

5

Rujukan: Cardwell, D. 1994. Fontana History of Technology. London: Fontana Press. Al-Hassan, A.Y. dan Hill, D.R. 1986 Islamic Technology: An Illustrated History. Cambridge: Cambridge University Press. Kirby, R.S., Withington, Darling A.B., dan Kilgour. F.G. 1990. Engineering in History. New York: Dover. Martin, M.W. dan Schinzinger, R. 1997. Ethics in Engineering. New York: McGraw-Hill. Wan Fuad Wan Hassan. 1990. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka KF4113 Pengurusan Kejuruteraan I Objektif: Memperkenalkan kepada pelajar bidang-bidang utama dalam perniagaan dan pengurusan. Dengan ini pelajar dapat melihat secara keseluruhan kepentingan perniagaan dan pengurusan. Ringkasan: Kursus ini memberi penjelasan kepada pelajar tentang sekitaran perniagaan, ekonomi domestik dan global, persaingan antarabangsa dan isu-isu berkaitan. Pelajar juga diajar tentang aspek keusahawanan, kepimpinan, pengurusan dan pemilikan perniagaan. Di samping itu juga pelajar didedahkan secara ringkas dan menyeluruh kepada bidang-bidang utama pengurusan iaitu, pengurusan sumber manusia, pengurusan operasi, pemasaran, perakaunan dan kewangan. Rujukan: W.G. Nickels, J.M. McHugh and S. McHugh. 1998. Understanding Business. 5th ed. New York: Irwin/McGraw-Hill. M.H. Mescon, L.B. Courtland, J.V. Thill. 1998. Business Today. 9th ed. New York: Prentice Hall. Gary Dessler. 1999. Essentials of Management. 1st ed. New York: Prentice Hall. J.H. Donelly, J.L. Gibson, J.M. Ivanceivich. 1998. Fundamentals of Managemant. 10th ed. New York: McGrawHill. M.K. Badawy. 1995. Developing Managerial Skills in Engineers and Scientists: Succeeding as a Technical Manage. 2nd ed. New York: John Wiley. KF4123 Pengurusan Kejuruteraan II Lanjutan dari kursus Pengurusan I, pelajar diberi penjelasan tentang pengurusan projek, laluan kritikal, pengkosan projek, CPM/PERT. Dalam pengurusan perakaunan dan kewangan, antara yang disentuh adalah analisa penyata kewangan pengkosan unit, penyediaan belanjawan dan penilaian pelaburan. Pengurusan pemasaran pula menyentuh konsep pemasaran, segmen dan perbezaan pasaran, jenama, perancangan dan strategi pemasaran. Rujukan: T.E. King, V.C. Lembke, J.H. Smith. 1997. Financial Accounting: A Decision-Making Approach. New York: John Wiley. C.T. Horngren, G.L. Sunden, J.A. Elliot. 1998. Introduction to Financial Accounting. 7th ed. New York: Prentice Hall. Dennis Lock. 1996. Project Management. 6th ed. New York: John Wiley. C.T. Horngren, W.T. Harrison, M.A. Robinson. 1994. Principles of Financial and Management Accounting: A Corporate Approach. 1st ed. New York: Prentice Hall. Philip Kotler. 2000. Marketing Management. Millennium Edition. 10th ed. New York: Prentice Hall.

6