TAHUN :2012 KOD KURSUS : ABSA1103 TAJUK KURSUS : PRINSIP AQIDAH

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER: JANUARI / TAHUN :2012 KOD KURSUS : ABSA1103 ...
Author: Karin Gilmore
26 downloads 3 Views 1MB Size
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER: JANUARI / TAHUN :2012

KOD KURSUS : ABSA1103

TAJUK KURSUS : PRINSIP AQIDAH

NO. MATRIKULASI

:

560913025153001

NO. KAD PENGNEALAN

:

560913025153

NO. TELEFON

:

019-9102759 / 09-5398845

E-MEL

:

[email protected] [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PAHANG LEARNING CENTRE



KANDUNGAN Bil

Butiran Kandungan

1.

PENGENALAN

2.

IMPLIKASI PENERIMAAN UMAT ISLAM

Muka Surat 4

TERHADAP BANTUAN KEBAJIKAN PIHAK GEREJA 2.1

Kejayaan Pihak Orientalis Menyusup Masuk Ke Dalam Pemikiran Dan Kehidupan Umat Islam

2.2

Islam Dalam Bahaya Dengan Kerapuhan Aqidah Umat Islam Kini

2.3

5-6

6-8

Menunjukan / Memberi Gambaran Kelemahan Pentadbiran Dan Pengurusan Aset Pemerintahan Dan Individu Islam

2.4

8

Memberi Gambaran Keseluruhan / `Generalisation‟ oleh Masyarakat Bukan Islam dan Dunia Bahawa Islam Adalah Agama Lemah Yang Tidak Mampu untuk Membela Penganutnya.

3.

8 – 10

PUNCA BERLAKU FENOMENA PENERIMAAN UMAT ISLAM TERHADAP BANTUAN KEBAJIKAN PIHAK GEREJA .

3.1

Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan dan Pengamalan Nilai-Nilai Murni Islam Yang Kurang Berkesan

10 - 11

1



3.2

Tanggungjawab Sosial Umat Islam

3.3

Kelemahan Ekonomi Islam Dan Menwujudkan

11 – 12

Peluang-Peluang Pekerjaan Yang Boleh menjana Pendapatan di atas Paras Kemiskinan

3.4

13 – 15

Kelemahan Badan-Badan dan Pihak Yang Bertanggungjawab Dalam Menangani Sensitiviti Agama Dan Toleransi Yang Berlebihan.

4.

15

SARANAN DAN CONTOH REALISTIK BAGI MENGATASI MASALAH BERBANGKIT DARIPADA BERLELUASA 4.1

Perubahan Terhadap Sistem Awal Bermula dari Tadika, Pra-Sekolah dan Perubahan Kepada Korikulum Sekolah Menengah Dan Rendah.

4.2

16 – 17

Memperluas Tahap Penguasaan Ilmu Al-Quran & Hadith, Sirah Nabawi dan Lain-lain Cabang Ilmu Melalui Badan-Badan Dakwah dan Lain-lain

4.3

17

Menambah Dana Daripada Pejabat Kutipan Zakat Dalam Menyalurkan Bantuan Dengan Matlamat Khusus Bagi Tujuan Menyelamatkan Aqidah Rakyat Malaysia.

18

2



4.4

Memperluas Kuasa Ekonomi Umat Islam dengan Produk Halal Dan Mengujudkan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Tidak Berorintasikan Keuntungan Dengan Fokus Khusus kepada Umat Islam yang Dengan Masalah Ekonomi dan Aqidah.

18 - 19

5.

RUMUSAN

19 – 20

6.

LAMPIRAN BERGAMBAR

21 - 25

7. APENDIKS –RUJUKAN / REFERENSI

26 – 28

3



1.

PENGENALAN Perkembangan muktakhir, masyarakat melalui dada akhbar, media elektronik

dan lain-lain sering dipaparkan dengan berita kelemahan dan kedaifan umat Islam, sehingga perlu memohon dan mendapatkan perlindungan serta bantuan dari pihak bukan Islam seperti pihak gereja, pertubuhan-pertubuhan agama bukan Islam dan lain-lain. Isu sebegini adalah merupakan isu sensitif yang melibatkan martabat agama Islam secara keseluruhannya yang membabitkan pencemaran aqidah ataupun pegangan agama Islam individu terbabit. Tugasan ini disediakan adalah bertujuan bagi memahami isu-isu berkaitan aqidah yang berlaku dalam masyarakat, menerangkan punca dan implikasi isu-isu berkaitan aqidah serta mengemukakan kaedah-kaedah bagi mengatasi masalah berkenaan. Antara isu yang jelas meracuni aqidah ialah dengan melihat kesan dari segi akidah berhubung dengan penerimaan bantuan umat Islam dari pihak gereja, yang ghairah menhulurkan bantuan kepada individu-individu terbabit. Adakah ini satu strategi dakyah ataupun sememangnya pihak gereja sudah terkehadapan dalam aktiviti sosial yang didokong oleh penganut-penganut korporat Kristian yang dengan senang hati menghulur bantuan kepada yang memerlukan? Sekiranya fenomina ini dibiarkan berterusan tanpa dibendung oleh pihak berwajib; adalah dikuatiri lebih ramai umat Islam negara ini menangguk di air keruh mengharap bantuan sedemikian dan menjebakkan diri dalam arus pemesongan akidah yang diusahakan secara terancang oleh pihak gereja. Dimana letaknya sensitiviti umat Islam terhadap isu ini? Adakah masingmasing memandang enteng atau memandang ringan terhadap bahaya keracunan akidah yang dihadapi oleh umat Islam masa kini dan generasi akan datang? Kupasan dalam tugasan ini adalah diharapkan dapat menyumbang membendung permasalahan semasa dalam menandatangai isu berkenaan. Semoga usaha ini dinilai oleh Allah SWT dan menjadi benteng kepada anak-anak muda dan masyarakat yang jahil terhadap keimanan seseorang manusia yang bergelar muslim lagi mukmin. 4



2.0

IMPLIKASI PENERIMAAN UMAT ISLAM TERHADAP BANTUAN KEBAJIKAN PIHAK GEREJA

2.1

Kejayaan Pihak Orientalis Menyusup Masuk Ke Dalam Pemikiran Dan Kehidupan Umat Islam

Orientalis adalah merupakan satu bentuk gerakan untuk melemahkan penganut Islam secara halus dan terancang sejak berkurun dahulu. Sejarah kemunculan orientalisme dikaitkan dengan kesungguhan orang-orang Kristian untuk mengkaji Islam hasil cetusan ketidakpuasan hati mereka terhadap Islam selepas peperangan Salib yang berlaku dalam suatu tempoh yang amat panjang. “Perang Salib merupakan motivasi terkuat kepada Kristian Eropah untuk mempelajari Islam, pengajaran dan adat istiadatnya. Abad ke-19 dan ke-20 dianggap sebagai zaman keemasan orientalisme. Ini kerana ketika itu para orientalis secara sepenuhnya menerajui gerakan akademik dan penerbitan ilmiah mereka sendiri. Perancis telah menumpukan sepenuh perhatian untuk menjadikan Paris sebagai pusat pengajaran bahasa Arab yang utama dan menjadi tempat tumpuan pelajar dan ulama untuk mempelajari ilmu. (Indriaty, 1998, 4-5).” (Dr Mohd Fauzi Hamat, 2011)

Pendekatan yang nampak begitu halus adalah melalui misi-misi bantuan kemanusiaan semasa bencana tsunami, banjir, gempa bumi dan lain-lain dimana kebanyakan bantuan disalurkan melalui badan-badan yang ditaja oleh negaranegara yang pemerintahannya didokong oleh pemerintah Kristain. Mubaligh Kristian dihantar bersama-sama dengan misi bantuan kemanusiaan untuk samasama membantu dan juga menyisipkan fahaman Kristian kepada mangsa-mangsa yang menerima bantuan. Jaringan bantuan ini amatlah luas dan berpusat di negaranegara barat dengan perluasan ke negara-negara membangun di timur jauh seperti

5



Malaysia dimana gerakan ini berperanan sebagai misi utama dakyah Kristian yang dijalankan oleh pihak gereja.

Firman Allah SWT, maksudnya : “ Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) “Sesungguhnya pertunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang member ) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (QS: 2,120).

2.2

Islam Dalam Bahaya Dengan Kerapuhan Aqidah Umat Islam Kini “Perkataan aqidah dalam penggunaan bahasa Melayu bermaksud kepercayaan dan keyakinan (Kamus Dewan, 1991) dan dari segi etimologinya, perkataan aqidah merujuk kepada perkataan `aqada yang bermaksud ikatan kemas atau simpulan mati. Makna literal ini melambangkan adanya unsur-unsur makna semacam kekuatan dan keyakinan (Zakaria & Mat Asin, 2001:102).” (Dr Mohd Fauzi Hamat, 2011) “ Dari segi terminologi, aqidah bermaksud „kepercayaan atau keyakinan yang cukup pasti lagi putus terhadap sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan keraguan (Zakaria, 2001, 103).” (Dr Mohd Fauzi Hamat, 2011)

Aqidah adalah merupakan kepercayaan yang putus terhadap kekuasaan Allah SWT dan hanya Allah yang maha berkuasa terhadap sesuatu, pemberi rezeki dan 6



juga berkuasa untuk menentukan sesuatu dan tempat untuk meminta pertolongan. Sebagai umat Islam kita hendaklah menjaga sungguh-sungguh akan pegangan aqidah ini daripada dipesong oleh unsur-unsur yang boleh membatalkannya sepertimana yang disenaraikan oleh Jabatan Agama Islam Pahang sepertimana pekeliling Bil.(161) dlm. J.U. PHG. 04/0628/ JLD 7 bertarikh 23 Februari 2009 (Rujuk Lampiran).

Firman Allah SWT, Maksudnya: “ (Setelah jelas kesesatan syirik itu), maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) „agama Allah‟ iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” ( QS: 30,30 )

Rasulullah s.a.w. dalam suatu hadithnya pernah menggambarkan bahawa Islam yang didatangkan dari Allah S.W.T adalah bersih dan sebati dengan fitrah kejadian manusia, namun fitrah tersebut boleh menjadi kotor atau terpesong dari kejadian asalnya hasil daripada bentuk pendidikan yang diterima oleh seseorang dari orang tuanya yang beragama Yahudi, Kristian atau Majusi. Sabda Rasulullah s.a.w.

‫وان مإ هاوب أ ه نادوهي وأ ه نار ص ني وأ ل كه نا سج يم‬ ‫دول وم دل وي ى ل ع ةرط ف ال‬ Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci & beragama Islam), sesungguhnya kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Kristian atau Majusi”. (Dr. Mohd Fauzi Hamat, 2010) 7



Professor Ridzuan Tee melalui tulisannya dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Jun 2011 telah menjelaskan perancangan orang-orang kafir terhadap ummat Islam seperti berikut:“ Ingatlah! Orang orang kafir sentiasa merancang untuk memusnahkan Islam. Tanpa putus asa, mereka sentiasa mengkaji setiap kelemahan umat Islam. Strategi ini tidak pernah berhenti kerana ia adalah senjata yang paling berkesan. Menunggu masa sahaja untuk menggunakan senjata itu sepenuhnya. Hari ini senjata tersebut telahpun digunakan. Mungkin kita buat-buat tidak berapa perasan. Situasi yang dihadapi oleh umat Islam hari ini dimanipulasikan sepenuhnya”. (Ridzuan Tee,2011) 2.3

Menunjukkan / Memberi Gambaran Kelemahan Pentadbiran Dan Pengurusan Aset Pemerintahan Dan Individu Islam

Siapakah yang harus disalahkan sekiranya penganut Islam menerima bantuan dari pihak gereja? Persoalan ini harus dilihat dari pelbagai sudut bagi mendapatkan rumusan yang logik dan berasas. Allah SWT telah berkali-kali menjelaskan dalam al-Quran akan peranan individu muslim dan pihak-pihak berwajib mengenai tanggungjawab sosial yang harus dijalankan bagi memberi kekuatan umat Islam keseluruhannya demi untuk menghindarkan masalah ekonomi, pergantungan kepada golongan kuffar dan lain-lain.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Dan belanjakan (dermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “ Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku

8



– ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang beramal soleh” (QS: 63, 10 )

2.4

Memberi Gambaran Keseluruhan / `Generalisation‟ oleh Masyarakat Bukan Islam dan Dunia Bahawa Islam Adalah Agama Lemah Yang Tidak Mampu untuk Membela Penganutnya.

Keadaan ekonomi umat Islam keseluruhannya dalam keadaan daif dan banyak bergantung kepada bantuan selalunya memberi gambaran negatif bahawa agama Islam adalah lemah dan tidak dapat membela penganutnya. Contoh yang dipaparkan dalam Berita Harian Online pada 07/08/2011 adalah antara contoh yang perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam hari ini. SEREMBAN: 2011/08/07 - Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. “Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi. Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.”

Keadaan seperti di atas berlaku dalam negara yang diktiraf sebagai Negara Islam dimana kuasa esekutifnya berada di dalam tangan orangorang Islam. Kenapa ianya harus berlaku? Dalam menilai keadaan yang dipaparkan; ianya mungkin tidak akan berlaku sekiranya pemerintah dan kakitangan yang bertanggungjawab meletakan peranan yang 9



dimainkan sebagai tanggungjawab kepada Allah SWT sebagaimana yang berlaku semasa zaman pemerintahan Khalifah Ar Rasyiddin. Saidina Omar Al-Khatab yang memikul sendiri guni gandum untuk diberikan kepada rakyat yang menderita.

3.0

PUNCA BERLAKU FENOMENA PENERIMAAN UMAT ISLAM TERHADAP BANTUAN KEBAJIKAN PIHAK GEREJA .

3.1

Sistem Awal Pendidikan Islam serta Penerapan dan Pengamalan Nilai-Nilai Murni Islam Yang Kurang Berkesan

Sistem

pendidikan

adalah

merupakan

asas

kepada

pembentukan ummah. Ianya adalah merupakan acuan bagi mendidikan

generasi

akan

datang

supaya

berakhlak

dan

mempunyai nilai moral sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ان مإو هاوب أ ه نادوهي وأ ه نار ص ني وأ ل كه نا سج يم‬ ‫دول وم دل وي ى ل ع ةرط ف ال‬ Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci � beragama Islam), sesungguhnya kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Kristian atau Majusi”. (Dr. Mohd Fauzi Hamat, 2010) Kurikulum pendidikan kebangsaan yang hanya menjuruskan kepada

pencapaian

akademik

amat

perlu

dikaji.

Konsep

pembangunan insan hendaklah diberi penekanan agar generasi akan datang terdidik dengan konsep mentauhidkan Allah SWT dan mantap dari segi aqidah; serta faham akan tanggungjawab manusia 10



sebagai khalifah Allah SWT semasa melayari bahtera kehidupan di akhir zaman di atas muka bumi ini. Contoh keperibadian Rasulullah SAW hendaklah dijadikan teras dan asas pendidikan sejak pra sekolah sehingga ke peringkat tertinggi di universiti dan seterusnya ke alam pekerjaan. Sudah terbukti keperibadian Rasulullah adalah merupakan peribadi yang unggul, diacuankan oleh Allah SWT untuk dijadikan ikutan manusia sejagat dan sudah semestinya menjadi punca penyelesaian kepada sebarang masalah berbangkit termasuk masalah pengangguran, kemelesetan ekonomi tanpa peluang pekerjaan, keadaan jiwa yang lemah dan sebagainya.

3.2

Tanggungjawab Sosial Umat Islam

Rata-rata ( Dari sudut global ), kita dapat lihat dunia Islam dalam kesempitan; kesempitan dari segi Ilmu dan juga kesempitan dari segi

material.

Negara-negara

Islam

seperti

Somalia,

Mauritania dan lain-lain negara di benua Afrika adalah kini dalam ke daifan yang teruk dan menghadapi krisis ekonomi yang teruk. Tidak ketinggalan juga dalam konteks etnik seperti masyarakat Melayu (Islam) di Malaysia. Bangsa Melayu beragama Islam terbahagi kepada beberapa golongan yang mempunyai ideologi politik yang berbeza dan tidak bersatu dalam tindakan. Kesan tindakan berpuak ini telah menyebabkan beberapa aspek ekonomi dan

pendidikan

telah

terabai

dan

usaha

kerajaan

untuk

menjuruskan pandangan atau pegangan umat Melayu untuk menerap nilai-nilai dan tanggungjawab sosial telah terhalang. “Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan 11



kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.” –Khutbah

Terakhir

Rasulullah

S.A.W



dipetik

dari

http://myibrah.com/laukana-bainana-andai-rasulullah-s-a-wbersama-kitasE (available : 11/02/2102) Pentadbiran masjid-masjid kariah adalah sangat berkesan sekiranya dapat mengambil contoh pentadbiran pihak gereja yang menekankan peranan dan tanggungjawab sosial sebagai wadah dalam

mengembangkan

sayap

dakyahnya.

Percakaran

ahli

jawatankuasa, perbezaan ideologi dan kurangnya lawatan pihak Jabatan Agama Daerah ke masjid-masjid untuk bersama ahli kariah dalam mesyuarat dan pelbagai aktiviti sedikit sebanyak telah menunjukkan kelemahan dan kurang komitmen terhadap agama Islam sebagaimana yang berlaku di zaman kecemerlangan Islam. Konsep fungsi sebenar masjid telah dipesongkan oleh penjajah British ketika mereka menjajah dahulu dimana tidak boleh mencampuradukkan dan mempersoalkan hal-hal agama dan dunia terutama di masjid. Tanggungjawab sosial sebagaimana yang dijalankan oleh pihak gereja sudah sememangnya terbuka luas dikalangan umat Islam seluruh dunia sekiranya peranan dan fungsi masjid dimanfaatkan sepenuhnya. Penubuhan koperasi masjid kariah yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Agama Daerah dan Unit Koperasi boleh dijadikan pemangkin kepada penjanaan sumber kewangan masjid yang sudah tentu dapat disalurkan kepada yang memerlukan bantuan tanpa pertikaian dari segi hukum dan sebagainya.

12



3.3

Kelemahan

Perkembangan

Ekonomi

Umat

Islam

Dalam

Mewujudkan Peluang-Peluang Pekerjaan Yang Boleh menjana Pendapatan di atas Paras Kemiskinan

Khutbah Jumaat pada 02 Mac 2012 yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Pahang Darul Makmur telah menyarankan supaya umat Islam menyusun dan mengendali kegiatan ekonomi agar dilaksanakan mengikut syariat Islam yang berpandukan semangat keadilan dan muafakat. Pendekatan Islam amat menitikberatkan

soal

keadilan

dalam

semua

perkara,

mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, amalan riba, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan dan segala bentuk penyelewengan

atau

perkara-perkara

yang

menzalimi

dan

merugikan pihak-pihak tertentu seperti golongan peniaga kecil dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 29 bermaksud: ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.” ( QS :4,29)

Sifat-sifat usahawan Islam yang berjaya seperti Abdul Rahman bin Auf, Zubir bin al_Awwam, Talhah bin Abdillah dan lain-lain perlu dicontohi. Mereka bukan sehaja menjadi usahawan yang berjaya tetapi turut memainkan peranan penting dalam penyebaran dan pengembangan dakwah Islam. Kebijaksanaan 13



mereka mengenalpasti peluang ekonomi dengan disertai amalan etika dan keperibadian para sahabat tersebut perlu dicontohi oleh pentadbir, peniaga dan pengusaha pada hari ini. Umat Islam dituntut untuk hidup sederhana mengikut kemampuan diri, mengamalkan budaya rajin berusaha kerana Allah SWT mengasihi mereka yang bekerja dengan tangan sendiri dalam mencari rezeki yang halal. Islam tidak menyekat umatnya mencari kesenangan asalkan ia dengan cara yang diredhai. Dalam menangani masalah kelemahan kuasa ekonomi ummat Islam; khutbah juga mengajak umat Islam bersama-sama menjalankan langkah-langkah berikut:-

a)

Bersama-sama mendukung produk kewangan Islam yang sedang

dilaksanakan

sekarang

disamping

berusaha

memartabatkan sistem ekonomi Islam. b)

Bersama-sama meninggalkan produk kewangan barat yang bertentangan

dengan

Syariat

Islam

serta

berusaha

meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keistemewaan sistem ekonomi Islam. c)

Berusaha menjadi usahawan yang berjaya yang bersamasama memainkan peranan penting dalam penyebaran dan pengembanngan dakwah Islam.

Contoh mudah yang dapat dilihat dalam perkembangan ekonomi ummat Islam di Malaysia ialah dengan melihat kepada kemampuan masyarakat pendatang masyarakat dari Indonesia, Kemboja, Thailand, Bangladash dan lain-lain serta dalam mengujudkan peluang ekonomi sendiri tanpa bergantung kepada bantuan pihak kerajaan. seperti kumuniti yang memonopoli perniagaan di pasar-pasar malam serta dapat membina rangkaian perniagaan sesama mereka. 14



Usaha yang ditunjukkan oleh Kumpulan Al-Arqam (Telah diharamkan) disatu ketika dulu yang cuba membangunkan ekonomi Islam dengan pengedaran produk-proudk Islam berserta dengan usaha membantu masyarakat terpinggir demi menjaga akidah umat Islam harus dipuji serta dapat dibanggakan dan mungkin boleh dijadikan asas kajian kepada pembangunan ekonomi Islam.

3.4

Kelemahan

Badan-badan

dan

Pihak

Bertanggungjawab Dalam Menangani Sensitiviti

Yang

Agama

Serta

Toleransi Yang Berlebihan. Syed Mu’az Syed Putra dari Majalah online The Malaysian Insider dalam keluaran pada 07 Ogos 2011 telah memetik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti berikut:“ ...semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri. Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.“Ke mana perginya

wang

zakat

kita?

(

Rujuk:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article//asribukan-haram-umat-islam-terima-bantuan-agama-lain/ )

15



4.0

SARANAN DAN CONTOH REALISTIK BAGI MENGATASI MASALAH BERBANGKIT DARIPADA BERLELUASA

4.1

Perubahan Terhadap Sistem Pendidikan Awal Bermula dari Tadika, Pra-Sekolah dan Perubahan Kepada Korikulum Sekolah Menengah Dan Rendah.

Sistem pendidikan nasional yang menekankan pencapaian akademik semata-mata telah menjurus penuntut kepada usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Terdapat ruang kosong untuk pengisian akidah dimana dalam kem-kem motivasi, murid ataupun penuntut sering diketengahkan dengan teori-teori barat ataupun Islam tanpa mengambilkira dari sudut amali. Amalan-amalan sunnah dan doadoa harian hanya diamalkan di tadika Islam dan juga sekolahsekolah agama serta pusat-pusat pengajian Islam dan Tahfiz.

Dewasa ini masyarakat sejak dari kecil sehingga dewasa disogokkan dengan program-program TV yang melalaikan seperti program nyanyian seperti Akademi Fantasia, Juara Lagu, tarian dan sebagainya. Walaupun kita juga dipaparkan dengan programprogram bercorak agama seperti di TV Hijrah,, TV9 dengan program tarannum, akademi al-Quran dan lain-lain; peluang ataupun ruang yang terbuka luas untuk membuat pilihan yang tepat dalam keadaan yang terumbang ambing menyebabkan remaja dan masyarakat lebih berminat dan terpengaruh dengan program yang bercorak hiburan.

Keghairahan terhadap pencapaian ku-korikulum yang dilihat sebagai lambang kejayaan dan dapat membawa kejayaan ke 16



peringkat nasional dan antarabangsa juga telah menyebabkan pendidikan agama khususnya penekanan terhadap aqidah, amalan sunnah, pembacaan serta pemahaman al-Quran dan lain-lain diabaikan atau kurang diberi penekanan sehingga menyebabkan masyarakat yang terbina adalah rapuh dari segi pegangan dan sensitiviti keagamaan.

4.2

Memperluas Tahap Penguasaan Ilmu Al-Quran & Hadith, Sirah Nabawi dan Lain-lain Cabang Ilmu Melalui Badan-Badan Dakwah dan Lain-lain

Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Maidah yang bermaksud: “ Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.” (QS: 5,3)

Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. telah menyatakan bahawa Rasulullah SAW dalam khutbah pada Haji Wada’ telah bersabda; antara lainnya bermaksud:” ...Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang apabila kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selamanya, iaitu kitab Allah SWT dan sunnah nabi-Nya...” ( Sheikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi, 2009)

17



4.3

Menambah Dana Daripada Pejabat Kutipan Zakat Dalam Menyalurkan Bantuan Dengan Matlamat Khusus Bagi Tujuan Menyelamatkan Aqidah Rakyat Malaysia.

Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Baqarah yang bermaksud: ” Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orangorang yang berusaha memperbaiki amalannya. (QS: 2,195).

Kutipan zakat adalah hasil daripada kehidupan makmur golongan cendiakiawan dan hartawan Islam yang berjaya dalam bidang masing-masing. Ekonomi umat Islam akan berkembang dengan adanya sokong padu dan jitu oleh umat Islam terhadap perniagaan dan organisasi yang didokong oleh orang-orang Islam. Berkembangnya perniagaan dan juga perusahaan umat Islam akan menjurus kepada bertambahnya kutipan zakat dan bidang-bidang yang dapat dikembangkan melalui wang zakat untuk meningkatkan lagi ekonomi dan prestij umat.

4.4

Memperluas Kuasa Ekonomi Umat Islam dengan Produk Halal Dan Mengujudkan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Tidak Berorientasikan Keuntungan Dengan Fokus Khusus kepada Umat Islam yang Dengan Masalah Ekonomi dan Aqidah.

Sekiranya golongan kelainan upaya (OKU) dapat menyara diri dan berdikari; mengapa golongan-golongan atau individu tertentu sanggup menerima bantuan daripada pihak gereja? Sikap 18



adalah

merupakan

masalah

utama

yang

dihadapi.

Pihak

KERAJAAN dan juga badan-badan tertentu perlu menyediakan ruang atau peluang pekerjaan bagi golongan-golongan daif, memberi latihan khusus serta bantuan peralatan yang boleh mereka gunakan untuk menjalankan kerja-kerja seperti berniaga kecilkecilan bagi tujuan saradiri dan keluarga. Pemberian bantuan kewangan hendaklah disalurkan pada jangka masa tertentu untuk membolehkan mereka meneruskan usaha dan menjana pendapatan sendiri. Disamping itu, dikampungkampung atau pinggir bandar pihak KERAJAAN juga boleh menyediakan tapak pertanian untuk diusahakan dan juga tapaktapak gerai untuk digunakan oleh golongan ini.

5.0

Rumusan

Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya sensitif terhadap apa yang berlaku dikalangan sahabat-sahabat seagama bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan pun tidak terkecuali merasa sakitnya. Maruah dan kesucian agama Islam sudah sewajarnya diambil tanggungjawab oleh semua ummat Islam. Tanggungjawab ini perlu direalisasikan melalui badan bertindak Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan amal. Kerapuhan umat Islam dari sudut akidah perlu ditandatangani oleh pihak berwajib disetiap peringkat bermula dari peringkat kelahiran sehingga alam persekolahan dan diteruskan kesinambungan sehingga peringkat universiti dan juga alam pekerjaan. Institusi masjid dan Pejabat Kutipan Zakat dengan penyelarasan pihak Jabatan Agama Negeri adalah merupakan tempat yang sewajarnya boleh membimbing dan menghulurkan bantuan kepada yang betul-betul memerlukan dan tidak menunggu sehingga retak menanti belah untuk memulakan langkah pemulihan baik dari segi akidah dan juga ekonomi. Dana khas boleh diwujudkan untuk menandatangani masalah-masalah serius yang dihadapi oleh umat Islam.

19



Adalah diharapkan tindakan-tindakan pencegahan yang diambil dari peringkat awal dan melihat masalah dari akar umbi dapat mendatangkan kesedaran kepada umat Islam dan mencegah daripada pihak gereja mengambil kesempatan menagguk di air keruh yang telah memang terkenal dengan perancangan yang tersusun untuk mencapai misi dan visi dakyah mereka.

( 3,000 perkataan )

20



LAMPIRAN `G’

6.0

LAMPIRAN-LAMPIRAN BERGAMBAR

Gambar (1 ) : NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan. Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilemma (2011/08/07)

Dipetik dariapada:-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/

21



Gambar (2 ) :

Salinan Surat Jabatan Agama Pahang bil.(16) dlm. J.U.PHG.04/0628 JLD 7 bertarikh: 23 Februari 2009. 22



23



24



25



APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan 1.

Mohd Fauzi Hamat, Dr., (2010). Modul ABSA1103- Prinsip Aqidah, Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia.

2.

Al-Ustadh Mustafa Abdul Rahman, (1989). Hadith Empat Puluh. Dewan Pustaka Fajar

3.

Sayid Sabiq, (1974), Aqidah Islam (Terjemahan), Penerbit C.V. Diponegoro, Bandung, Indonesia.

4.

Al-Quran ( 2006), Mashaf Tajwid Cetakan Dar al-Ma‟rifah Damascus, Syria, Darul Fikir, Kuala Lumpur.

5.

Yayasan Penyelenggara Penerjemah / Penafsir Al-Quran Revisi Terjemah oleh Lajnah Pentashih Mushaf

Al-Quran Department Agama Republik Indonesia

(2007). Syaamil Al-Quran The Miracle. Pt Sygma Examedia Arkanleema. 6.

Yusuf Din (1992).Politik Dakwah – Siasah Darul Arqam Yang Telah Dicuba Dengan Berkesan di ¾ Bahagian Dunia.Syeikh Publisher, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

7.

Portal

Rasmi

Jabatan

Kemajuan

Islam

Malaysia

(2012),

http://www.islam.gov.my/ 8.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2008), Garispanduan Pembuatan, Penggendalian, Penjualan Dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan Dan Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-ayat Al-Quran -Online http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_pembuatan_pengedali an.pdf. ( Available : 2012, Mac 27)

9.

Sidi Gazalba, (1978), Asas Ajaran Islam – Perbahab Ilmu Dan Filsafat Tentang Rukun Iman. Perusahaaan Offset Bumikita, Petaling Jaya, Selangor..

10.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (2011). Carian @ DBP Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Online: http://prpm.dbp.gov.my/ 26



11.

Yusuf Ismail, (1996), Mengurus Secara Islam.A.S. Noordeen, Kuala Lumpur.

12.

Syaamil Al-Quran (2007). Al-Quran Terjemah Per-Kata. Yayasan Penyelenggara / Penafsir Al-Quran Department Agama Republik indonesia.

13.

Muhammad Marmaduke Pickthall (1990), The Meaning of The Glorious Quran – An Explanatory Translatio. Omar Brothers Publications Pte. Ltd, Singapore.

14.

Nik Abdul Aziz Nik Mat (1995), Islam Boleh.Maahad ad-Dakwah Wal-Imamah, Nilam Puri, Kelantan.

15.

Malaysia Waves (2011). Penolakan Permohonan Bantuan Zakat adalah LEGENDA di Kawasan Bandar. Online : http://www,malaysiawaves.com/2011/08/penolakan-permohonan-bantuan zakat.html. (Available - 2012 Mac, 12)

16.

Malaysia Waves (2011). Kalau Mahu Terima Zakat Dengan Cepat, Jumpa Gereja Dahulu Online - http://www,malaysiawaves.com/2011/08/kalau-mahu-terima zakat-dgn-cepat-jumpa.html. (Available - 2012 Mac, 12)

17.

Syed Mu’az Syed putra (2011). Bukan Haram Umat Islam Terima Bantuan Agama Lain. Online - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/asribukan-haram-umat-islam-terima-bantuan-agama-lain/ (Available : 2012, Februari 12)

18.

Ridzuan Tee (2011), Sinar Zaman- Ambil Pengajaran Bangsa Yang Pupus

Online -

http://ridhuantee.blogspot.com/2011/06/ambil-pengajaran-bangsa-yangpupus.html (Available : 2011, Jun 12)

27



19.

Sheikh Abu Muhammad Tolha Al-Khairi (2009), Teladan Sepanjang Zaman – Peribadi Nabi Anugerah Suci. Thinker’s Library Sdn. Bhd.,Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

20.

Fathi Yakan, Al-Ustadh (2000), Apa Ertinya Saya Menganut Islam.Dewan Pustaka Fajar (DPF), Shah Alam Selangor Darul Ehsan.

28

Suggest Documents