Zuraidah Abdullah Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya

PEMBENTUKAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL: KAJIAN TERHADAP SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA (Creating a Professional Learning Community: A Study of Ma...
Author: Irene Boone
1 downloads 1 Views 319KB Size
PEMBENTUKAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL: KAJIAN TERHADAP SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA (Creating a Professional Learning Community: A Study of Malaysian Secondary Schools) Zuraidah Abdullah Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya Abstract This study examines the preliminary results of a 3-year research on creating communities of learners. !t provide* findings from principals, secondary leaders and teachers at 50 schools in Malaysia. The professional learning community (PLC) questionnaires, developed by Huffman and Hipp (2003) was used to collect data. The results showed that (i) the school can be classified as "high-readiness" in all five dimensions of a PLC's. It is apparent that there was an emergent integration of the five dimensions (shared leadership, shared values and vision, collective learning and application of learning, shared personal practices and a supportive school culture), which is a clear indicator that i) the schools were further developing as professional learning communities, ii) leaderships in the schools was seen to be participatory, accepting input into decision making as well as promoting and nurturing leadership among teachers, and iii) the principals were clearly dominant as learners encouraging and promoting the schools as learning communities. Keywords: School community of learners; professional learning community questionnaire-shared leadership, shared values and vision, collective learning and application of learning, shared personal practices, supportive school.

PENDAHULUAN Dunia pendidikan pada hari ini menghadapi revolusi pembelajaran yang menuntut pembentukan sebuah komuniti sekolah yang berani melakukan perubahan bagi memantapkan sistem pendidikan negara. Perubahan yang berlaku ini kesan daripada tuntutan dan cabaran globalisasi, liberalisasi. perkembangan teknologi maklumat dan komunikasl. Ini dinyatakan dengan tegas oleh Fechter dan Horowitz (1991) yang mengatakan bahawa perubahan tetap akan berlaku, walaupun tidak disenangi. Justeru, komuniti sekolah sentiasa berusaha secara berterusan untuk melakukan pelbagai pendekatan baru dari segi governance yang berasaskan birokratik iaitu 'top-down' kepada perkongsian bersama ke arah inovasi pendidikan secara menyeluruh (Huffman & Hipp, 2003). Bagi memastikan perkara ini berlaku kesediaan semua guru untuk menghadapi perubahan amat diperlukan melalul amalan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menjadikan salah satu teras misi nasional yang menekankan peningkatan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama' melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang menggarisi lima strategi penting iaitu I) menambahbaik sekolah secara berterusan, ii) menjalankan kajian (tindakan) secara berterusan, iii) mengurus sekolah dengan cekap dan produktif, iv) membangun kapasiti manusia dalam kalangan komuniti sekolah, dan v) membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Pelan Induk ini merupakan

perancangan

jangka

masa

panjang

bagi

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan dan juga menjadi garis panduan

kepada sekolah-sekolah melaksanakan program-program pendidikan yang telah dirancang oleh warga sekolah.Kelima-lima strategi yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini mampu membentuk sebuah sekolah yang mempunyai komuniti pembelajaran profesional. Menurut Hord (1997), Komuniti Pembelajaran Profesional merujuk kepada komuniti sekolah bersama-sama berusaha secara profesional melakukan penambahbaikan pembelajaran murid melalui lima dimensi iaitu i) perkongsian dan sokongan kepemimpinan, ii) perkongsian nilai-nilai, misi dan visi, iii) kolektif pembelajaran dan aplikasi, iv) keadaan-keadaan yang menyokong dan v) perkongsian amalan invididu. Kelima-lima dimensi ini menuntut setiap ahli organisasi sekolah yanq beroperasi sebagai komuniti pembelajaran profesional melibatkan diri mereka dalam pembelajaran yang berterusan dan mengamalkannya secara tekal serta dapat memberikan komitmen terhadap penambahbaikan sekolah (Eaker dan Dufour: 1998). Dengan kata lain, cara yang terbaik untuk mengembangkan budaya belajar yang bertahap tinggi adalah melalui konsep Komuniti Pembelajaran Profesional

yang

memiliki

organisasi

"pelajar" dan

kemudian

menunjuk

cara

kepada

mereka

J Um a I IVIANAJEMEN PENDIDIKAN. NO. 02/Th. V/Oktober/2009

79

bagaimana mereka boleh berfungsi, yang mengakibatkan organisasi secara keseluruhannya boleh "belajar" (Kline & Saunders, 1998). Dalam hal ini, kejayaan sesebuah sekolah ke arah komuniti pembelajaran profesional adalah bergantung kepada pembentukan persekitaran yang menggalakkan budaya kerjasama dan koperatif, memberi semangat dan sokongan moral serta meningkatkan pembangunan potensi individu. Sebagaimana yang dinyatakan oleh DuFour dan Eaker (1998; xli), guru-guru yang bekerja secara individu akan pasti menghadapi kesukaran bagi mencapai matlamat sekolah. Oleh itu, perkara utama ke arah pembangunan kapasiti individu dan staf sekolah untuk penambahbaikan pendidikan bergantung kepada kejayaan pembangunan sekolah ke arah mernbentuk organisasi sekolah sebagai komuniti pembelajaran profesional secara menyeluruh.

Tujuan Kajlan Kajian Ini merupakan kajlan awal yang mengkajl usaha-usaha pengetua dan guru-guru mernbentuk model komuniti pembelajaran profesional sekolah menengah di Malaysia. Melalul model komuniti pembelajaran profesional ini pengkaji akan memperlihatkan b'agaimana sekolah-sekolah menengah di Malaysia melaksanakan program dan strategl-strategl penambahbaikan sekolah ke arah sekolah yang lebih berkesan bagi meningkatkan pencapaian pembelajaran murid-muridnya. Selain Itu, kajlan Ini juga dapat membuktikan bahawa pegangan atau prlnslp ahllrahli komuniti pembelajaran profesional yang bekerja secara kolaboratif telah dapat menghasilkan kuallti pengajaran dan pembelajaran guru-guru (Mitchell & Sackney, 2000; McLaughlin & Talbert, 2001) yang berkualiti dan dapat menggambarkan pembelajaran yang berlaku pada setiap individu guru itu telah memberi implikasi kepada pelbagai program penambahbaikan sekolah berlaku di sekolah menengah yang dikaji. Dapatan kajian ini akan membantu pemlmpln-pemimpln sekolah untuk mernbentuk dan mengekalkan komuniti pembelajaran profesional dengan memblna perkembangan individu guru melalui pembelajaran dan kapasiti kolektif dalam kalangan guru-guru yang memberi implikasi terhadap pembelajaran murld-murid di sekolah. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Kerangka kajian ini terdiri daripada kerangka konsep yang dikenali sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional. Model ini merupakan kerangka konsep yang berfokus kepada penambahbaikan sekolah dan pembelajaran murid oleh Hord (1997) dan Hipp & Huffman (2003) melalui amalan pembelajaran sepanjang hayat guru di sekolah-sekolah menengah. Amalan pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam kalangan guru ini adalah tertumpu kepada corak pembelajaran dewasa. Proses pembelajaran ini memperlihatkan perkembangan guru mengikut fasa demi fasa. Oleh itu, kajian ini telah menggabungkan teori perubahan iaitu fasa perkembangan Fullan (1985) sehingga menghasilkan profil komuniti pembelajaran profesional sekolah menengah yang diukur berdasarkan tiga fasa perubahan iaitu permulaan, pelaksanaan dan pembudayaan. Profil ini merupakan kerangka kerja guru-guru sekolah menengah di Malaysia yang melakukan anjakan daripada budaya guru yang bekerja secara menyendiri kepada budaya kerja kolaboratif (Eaker, DuFour & DuFour, 2002). 80

Jurnal MANAJEMENPENDIDIKAN.NO.02/Th. v/oktober/2009

Pembentukan model ini adalah hasil cetusan idea Senge (1990) terhadap pembentukan organisasi pembelajaran yang telah memberi kesan positif terhadap dunia korporat dan komuniti pendiclikan. Menurut beliaii organisasi pembelajaran yang terbentuk di sekolah telah dapai memudahkan pembelajaran setiap ahlinya dan mengubah diri individu itu secara berterusan. Oleh itu, ahli-ahli organisasinya mempunyai kapasiti yang tinggi untuk belajar. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar organisasi untuk terus belajar di samping bekerja. Proses pembelajaran juga berlaku secara langsung ketika ahli organisasinya meiakukan penganalisisan, pemantauan, pengurusan terhadap penambahbaikan dan inovasi dalam organisasinya. Selain itu, menurut Argyris (1977) organisasi pembelajaran adalah merupakan satu proses mengesan dan memperbaiki serta memperbetulkan kesilapan. Apa yang dimaksudkan dengan kesilapan ialah pengetahuan yang boleh memberi halangan kepada proses pembelajaran. Proses pembelajaran ini telah meningkatkan prestasi organisasi sehingga memberi kesan kepada keupayaan organisasi untuk belajar dan menyesuaikan diri dalam persekitaran yang berubah-ubah. Konsep organisasi pembelajaran yang diajukan oleh Senge (1990) ini telah diubahsuai dengan konsep pembelajaran yang berteraskan komuniti yang mempunyai minat yang sama semasa bekerja dengan berkongsi kemahiran, kepakaran dan pengetahuan bagi mencapai tujuan yang sama (Cavanagh, 2001). Justeru, model komuniti pembelajaran profesional ini terdiri daripada lima dimensi utama. Setiap dimensi akan dikaji dan dianalisis merujuk kepada ciri-ciri yang akan merujuk setiap fasa pembangunan sekolah iaitu permulaan, pelaksanaan dan pengamalan (Fullan, 1985,1990). Berikut merupakan lima dimensi yang dikenal pasti oleh Hord (1997) dan Hipp & Huffman (2003) yang mempunyai ciri-ciri utama bagi setiap dimensi yang terdapat dalam model komuniti pembelajaran profesional di sekolah menengah; 1.

Perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong; dimensi ini mempunyai lima ciri utama yang menunjukkan guru-guru dibimbing menjadi pemimpin, pemimpin sentiasa memberi sokongan, berkongsi kuasa dan autoriti dengan guru yang lain, pemimpin sekolah mengamalkan keluasan pembuatan keputusan dan semua ahli komuniti sekolah bertanggungjawab terhadap keputusan yang ditetapkan. 2. Perkongsian nilai-nilai, matlamt, misi dan visi; dimensi ini mempunyai empat ciri utama iaitu pengharapan yang tinggi, berfokus kepada pembelajaran murid, menyokong nilai-nilai dan norma-norma dan kesepunyaan visi menjadi garis panduan bagi pengajaran dan pembelajaran. 3. Pembelajaran kolektif dan aplikasi; dimensi ini menyenaraikan empat ciri utama iaitu adanya perkongsian maklumat, guru-guru bekerja secara kolektif untuk merancang, menyelesaikan masalah dan menambah baik peluang pembelajaran murid, guru bersama-sama meneroka ilmu, kemahiran dan strategi baru dan mengaplikasikan amalan pengajaran baru di dalam kerja guru seharian. 4. Amalan perkongsian personal; dimensi ini lebih memberi perhatian terhadap proses yang menggalakkan guru-guru berinteraksi, menyediakan maklum balas dan berkongsi keputusan pengalaman-pengalaman pembelajaran murid. 5.

Keadaan-keadaan yang menyokong; dimensi ini mempunyai lima ciri yang terbahagi kepada dua faktor iaitu dari segi perhubungan manusia dan struktur. Faktor perhubungan manusia ini mempunyai lima ciri iaitu perhubungan yang menunjukkan sayang (penyayang), percaya mempercayai dan hormat menghormati, pengiktirafan dan raikan kejayaan, berani menerima risiko dan meiakukan perubahan secara usaha sama yang telah menjadi amalan (tertanam dalam komuniti sekolah). Faktor struktur pula termasuk tiga ciri utama iaitu sumber-sumber, kemudahan-kemudahan dan sistem komunikasi yang mana akan muncul ketika hendak melihat perbezaan tahap perubahan mengikut tiga fasa pembangunan komuniti pembelajaran profesional.

Jumal MANAJEMEN PENDIDIKAN. No. 02/Th. V/Oktober/2009

81

Model komuniti pembelajaran profesional ini akan melihat keunikan setiap proses yang dilakukan oleh sekolah-sekolah yang dikaji ke arah penambahbaikan sekolah. Setiap sekolah akan menunjukkan pelbagai cara dan kaedah untuk menambah baik sekolah mereka masing-masing. Menurut Stoll & Fink (1996, 43), tidak ada satu bentuk blueprint yang standard yang boloh ditindak ikut oleh semua sekolah. Oleh itu, kajian ini akan melihat proses perubahan yang berlaku di sekolah adalah bermatlamatkan meningkatkan perkembangan murid dari segi pencapaian dan pembangunan pembelajaran mereka melalui proses perubahan yang pAlbagai mengikut tiga fasa yar.g telah dikenalpasti oleh Fullan (1990). Berdasarkan model Komuniti Pembelajaran Profesional oleh Hord (1997) dan Hipp & Huffman (2003), kajian ini akan menggabungkan t

Suggest Documents