PENGURUSAN RISIKO DAN HUBUNGAN TERHADAP PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22...
Author: Damian Parrish
8 downloads 2 Views 214KB Size
Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015

PENGURUSAN RISIKO DAN HUBUNGAN TERHADAP PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) Sajiah Yakob 1a1, Azahari Ramli2b,Muhammad Shukri Bakar3c a.

Email: [email protected]

b,c

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Pengurusan, Universiti Utara Malaysia Email:[email protected], [email protected]

Abstrak Tujuan kertas kerja konseptual ini adalah untuk membincangkan konsep pengurusan risiko dan hubungannya terhadap prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).Tidak dapat dinafikan bahawa sektor PKS memberikan sumbangan kepada pembangunan sesebuah negara. Kebanyakan perusahaanperusahaan yang ada di sesebuah negara di dunia, majoritinya terdiri daripada sektor PKS. Walaubagaimanapun, sektor PKS ini tidak terlepas dari berhadapan dengan cabaran dan halangan yang membawa kepada kegagalan PKS itu sendiri.Cabaran dan halangan ini merupakan satu risiko yang perlu dihadapi oleh PKS.Kajian lepas menunjukkan bahawa antara faktor yang menyebabkan kegagalan PKS adalah tidak dapat menguruskan risiko yang dihadapi dengan baik.Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara pengurusan risiko dan prestasi PKS. Dapatan kajian terdahulu telah menunjukan wujud hubungan yang signifikan antara pengurusan risiko dan prestasi PKS. Namun begitu, masih terdapat kekosongan keilmuan berkaitan hubungan tersebut yang cuba diketengahkan melalui penulisan ini. Kata Kunci: Pengurusan Risiko, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Risiko, Prestasi PENGENALAN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan satu sektor yang telah diiktiraf sebagai satu sektor yang merupakan “enjin pertumbuhan ekonomi” kepada ekonomi dunia (Panigrahi, 2012).Sektor ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Di Malaysia, kerajaan menjalankan fungsi yang penting di pelbagai peringkat untuk menarik minat masyarakat bagi menceburi bidang ini (Nadzri et.al., 2014). Jabatan Perangkaan Negara melaporkan PKS menyumbang kepada Keluaran Negara Kasar Negara (KDNK) sebanyak 35.9% dalam tahun 2014. Manakala dari segi nilai pula, KDNK PKS menunjukkan nilai sebanyak RM396.6 bilion berbanding keseluruhan nilai ekonomi iaitu sebanyak RM1,012.5 bilion (sumber: laman sesawang rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia). Keadaan ini menunjukkan bahawa sektor PKS merupakan pemangkin kepada pertubuhan ekonomi negara secara keseluruhan. Selain dari menyumbang kepada KDNK negara, PKS juga menyumbang kepada pertumbuhan pekerjaan, pengeluaran perindustrian serta ekspot (Panigrahi, 2012).Manakala menurut Rogerson (2001a) pula, kepentingan sektor PKS ini, selain untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan membuka peluangpeluang pekerjaan, sektor ini juga dapat mengurangkan kemiskinan (Smit dan Watkins, 2012).Oleh itu dapat disimpulkan bahawa sektor PKS ini mempunyai potensi untuk dimajukan kerana kewujudannya memberi impak yang besar kepada pembangunan sesebuah negara.Namun begitu, sektor PKS ini masih lagi berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang menyebabkan sektor ini tidak bertahan lama di dalam pasaran.

                                                             1

Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (Pengurusan), Kolej Pengurusan Perniagaan

518  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Tobora (2014), cabaran-cabaran yang dihadapi oleh PKS boleh diringkaskan kepada lima jenis iaitu: (1)kemudahan infrastruktur yang tidak cukup dan tidak cekap; (2) pembiayaan kredit yang tidak mencukupi; (3) kesesakan birokrasi dan ketidakcekapan dalam pemgurusan insentif; (4) permintaan yang lemah terhadap produk dan (5) kepelbagaian agensi kawalselia dan cukai yang menyebabkan kos tinggi untuk menjalankan perniagaan. Manakala dalam satu kajian yang dijalankan di Nigeria, PKS adalah kunci kepada pembangunan ekonomi, namun begitu korupsi dan infrastruktur yang lemah menghalang PKS ini daripada terus berkembang (Kauffmann, 2005).Selain itu, National SME Development Council (2012) telah menyenaraikan beberapa cabaran yang boleh menghalang PKS dari mencapai prestasi yang memberangsangkan (Yaakub dan Mustafa, 2015). Justeru itu,dapat disimpulkan bahawa cabaran-cabaran ini merupakan risiko-risiko yang perlu dihadapi oleh PKS. Risiko-risiko ini memberi kesan secara langsung kepada keupayaan PKS untuk meneruskan operasi, mengeluarkan produk-produk, memasarkan produk serta memberikan servis kepada pelanggan dan seterusnya memberi kesan kepada prestasi PKS secara keseluruhan (Yaakub dan Mustafa, 2015). Manakala menurut Yusuf dan Dansu (2013), PKS tidak berupaya untuk ‘absorb” ketidakpastian dan risiko yang wujud dan keadaan ini memberi kesan langsung kepada prestasi PKS dan sekaligus melemahkan keupayaan PKS untuk mencapai kelangsungan ekonomi. Oleh itu, risiko-risiko yang dihadapi ini perlulah diuruskan dengan baik supaya ianya mendatangkan manfaat kepada prestasi PKS itu sendiri. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk melihat hubungan diantara pengurusan risiko dan prestasi PKS.seterusnya, kajian ini akan distrukturkan seperti berikut: seksyen 2 adalah pernyataan masalah. Seksyen 3 pula cuba membincangkan tinjauan literatur untuk topik yang berkaitan. Manakala seksyen 4 adalah perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan hubungan antara pengurusan risiko dan prestasi PKS.Seksyen 5 adalah ringkasan dan kesimpulan. PERNYATAAN MASALAH Tidak dapat dinafikan bahawa sektor PKS ini menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi sesebuah negara, namun begitu, menjalankan sesebuah perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah.Sebagaimana syarikat besar, PKS juga tidak terlepas dari berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Cabaran dan halangan ini boleh menyebabkan “hayat” sesebuah PKS ini tidak lama atau dengan kata lain “gulung tikar”. Berdasarkan kajian lepas yang dilakukan oleh Idemobi (2012),70% PKS “mati” dalam jangka masa 5 tahun penubuhan dan ini menunjukkan hanya 30% yang mampu bertahan dalam pasaran (Yusuf dan Dansu, 2013). Berdasarkan Peacock (2000), kadar kegagalan PKS yang tinggi merupakan ciri asas PKS yang membezakan PKS dengan organisasi besar. Dalam tahun 2009, terdapat lebih banyak PKS yang “mati” berbanding yang memasuki pasaran (Locke dan Hewa, 2012). Statistik Jabatan Insolvensi Negara juga mendapati bahawa sejumlah 4,067 usahawan IKS di Malaysia telah mengalami kebankrapan bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2006 sehingga 2009 (Dewan Rakyat Malaysia 2009).Kajian lepas juga menunjukkan bahawa 68 peratus daripada semua PKS di Amerika Syarikat keluar daripada perniagaan bagi tempoh 5 tahun, manakala 19 peratus pula kekal dalam perniagaan dalam tempoh 6 ke 10 tahun, dan hanya 13 peratus sahaja yang beroperasi lebih daripada 10 tahun (Verbano dan Venturini 2013). Situasi yang sama juga dilaporkan oleh Kenya National Bureau of Statistics (2007) yang menyatakan bahawa 3 daripada 5 perniagaan gagal dalam tempoh 5 bulan beroperasi (Kamunge, Njeru dan Tirimba, 2014). Tinjauan literatur yang dibincangkan di atas menunjukkan bahawa kadar kegagalan PKS menunjukkan peratusan yang agak tinggi, justeru itu, adalah sangat penting untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang menyebabkan prestasi yang lemah dikalangan PKS yang akhirnya membawa kepada kegagalan PKS. Berdasarkan Zackharacis et.al.(1999), terdapat faktor dalaman dan luaran yang mengakibatkan kegagalan PKS ini (Idris dan Abdullah, 2014).Terdapat beberapa kajian lepas yang telah menfokuskan kajian mereka kepada faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan prestai

519  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 PKS.Walaubagaimanapun, Lukianchuk (2015) berpendapat masih kurang lagi kajian yang melihat hubungan antara pengurusan risiko dan prestasi PKS. Menjalankan sebuah perniagaan, pastinya akan berhadapan dengan halangan dan cabaran dalam operasi seharian perniagaan. Yaakub dan Mustafa (2015) menyatakan bahawa cabaran dan halangan ini dilihat sebagai risiko-risiko yang akan memberi kesan kepada prestasi PKS. dengan itu, risiko-risiko ini perlu diuruskan dengan baik. PKS yang berupaya untuk menguruskan risiko dengan baik akan mendorong kepada kejayaan, seterusnya keuntungan dan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. PKS yang tidak memandang serius terhadap pengurusan risiko ini akan berdepan dengan masalah prestasi yang boleh membawa kepada ancaman terhadap kelangsungan PKS tersebut (Iopez dan Kwanum, 2012). Justeru itu, objektif kajian konseptual ini adalah untuk melihat hubungan antara pengurusan risiko yang diamalkan oleh PKS dengan prestasi PKS. KAJIAN LITERATUR Apakah definisi PKS?Pada amnya tidak ada satu pun definisi khas yang merujuk kepada PKS. Namun begitu, bagi tujuan kajian ini beberapa definisi PKS oleh beberapa buah negara akan dibincangkan untuk lebih memahami apakah takrifan mengenai PKS. DEFINISI PKS Menurut Altman et.al. (2008), tidak ada satu definisi khusus bagi PKS yang digunapakai di seluruh dunia. Definisi PKS ini berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara. Kesatuan Eropah telah mempunyai takrifan am PKS sejak tahun 1996 dan telah dikemaskini pada tahun 2003. Kriteria yang digunapakai untuk mentakrifkan PKS adalah berdasarkan bilangan pekerja dan jualan tahunan.Firma dikategorikan di bawah sektor PKS apabila jualan tahunan kurang daripada 50 Euro setahun dan bilangan pekerja pula mestilah kurang daripada 250 orang. Di Amerika Syarikat pula, definisi PKS berdasarkan kepada 4 kriteria, iaitu pertama; berorientasikan keuntungan, kedua; mempunyai tempat perniagaan di Amerika Syarikat, ketiga; memberi sumbangan kepada ekonomi negara seperti pembayaran cukai dan lain-lain dan keempat pula adalah tidak melebihi saiz standard numerikal industri yang diceburi (Altman et.al.,2008). Di Amerika Syarikat juga definisi perniagaan kecil berdasarkan kepada asas industri yang diceburi oleh firma berkenaan. Dengan itu, Small Business Administration (SBA) menyatakan perniagaan kecil merupakan perniagaan yang memiliki pekerja kurang daripada 500 orang bagi perniagaan berteraskan pembuatan dan perolehan tahunan kurang daripada 7.5 juta USD bagi kebanyakan perniagaan bukan berunsurkan pembuatan. Definisi perniagaan kecil juga boleh berbeza mengikut keadaan (https://en.wikipedia.org/wiki/Small_business). Ogechkuwu (2011) pula berpendapat, perniagaan skala kecil, industri berskala kecil dan usahawan skala kecil, kesemuanya digunakan untuk merujuk kepada firma-firma kecil.Definisi perniagaan kecil ini berbeza mengikut negara. Perbezaan definisi ini disebablan oleh tidak ada satu kriteria standard untuk mengukur perbelanjaan modal, bilangan pekerja, jualan, pelaburan modal tetap, loji dan jentera yang ada, pasaran saham dan tahap pembangunan. Walaubagaimanapun, definisi PKS di Nigeria boleh ditakrifkan sebagai perniagaan yang mempunyai jualan tahunan kurang dari N100 juta dan/atau bilangan pekerja kurang dari 300 orang.Definisi ini adalah hasil rumusan daripada definisi-definisi dari beberapa badan yang bertanggungjawab berkaitan PKS di Nigeria (Oyelaran, 2008). Di Jepun pula, PKS ditakrifkan bagi setiap industri yang diceburi, namun begitu berdasarkan SME Basic Act (dipinda dalam tahun 1999) mengatakan sesebuah firma akan dikategorikan sebagai PKS apabila memenuhi salah satu daripada kriteria dalam Jadual 1 di bawah:

520  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 Jadual  1: Kriteria PKS  Pemborongan

Peruncitan

Perkhidmatan

100 juta yen atau kurang

50 juta yen atau kurang

50 juta yen atau kurang

300 atau kurang 100 atau kurang Bilangan pekerja Sumber: http://www.hktdc.com/resources/

50 atau kurang

100 atau kurang

Modal

Pembuatan dan lain-lain 300 juta yen atau kurang

Di Malaysia, definisi PKS yang baru telah diluluskan dalam Mesyuarat Ke-14 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) pada 11 Julai 2013. Definisi baru ini telah menaikkan had kelayakan paras ambang bagi jualan tahunan dan bilangan pekerja PKS bagi semua sektor ekonomi semasa. Definisi baru ini boleh dilihat dalam Jadual 2 di bawah: Jadual 2 : Definisi PKS di Malaysia Kategori Pembuatan

Perkhidmatan dan lainlain

Kecil Jualan tahunan dari RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta

Sederhana Jualan tahunan dari RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta

ATAU

ATAU

dari 5 hingga kurang daripada 75 pekerja Jualan tahunan dari RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta

dari 75 hingga tidak melebihi200 pekerja Jualan tahunan dari RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta

ATAU

ATAU

dari 5 hingga kurang daripada 30 pekerja

dari 30hinggatidak melebihi 75 pekerja

Justeru itu, boleh disimpulkan bahawa definisi PKS ini mengikut kriteria-kriteria tertentu oleh negaranegara masing masing.Definisi PKS juga adalah berbeza mengikut kepada industri-industri yang dicebuti oleh PKS itu sendiri.Namun begitu persamaaan yang dapat dilihat dalam definisi-definisi tersebut adalah dari aspek bilangan pekerja. DEFINISI RISIKO Setiap perniagaan, tidak kira bersaiz besar atau sederhana atau kecil sekalipun, pasti berhadapan dengan pelbagai risiko dalam menjalankan operasi seharian. Setiap perniagaan pastinya menghadapi risiko masing-masing. adalah menjadi satu perkara yang baik ataupun “good habit” apabila sebuah perniagaan bersifat “risk taker”, namun jika risiko yang dihadapi tisak diuruskan dengan baik, kesan yang buruk mungkin berlaku kepada perniagaan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko? Hendon et.al.(2006) menyatakan bahawa tidak ada satu definisi khusus yang mentakrifkan risiko yang boleh digunakan dalam semua bidang.Dari aspek insuran, ekonomi, statistik dan lain-lain, pakar dalam bidang masing-masing memberi takrifan yang berbeza. Apa yang tergambar apabila membincangkan berkaitan risiko adalah ketidakpastian sesuatu perkara yang akan menyebabkan kerugian. Dari sudut ekonomi, kerugian merujuk kepada pengurangan atau penyusutan sesuatu nilai (Fahimah dan Shamsiah 2011). Manakala pada pandangan Panigrahi (2012)

521  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 pula, apabila kebarangkalian berlaku atau tidak berlaku sesuatu peristiwa itu adalah sama, maka risiko adalah yang terbesar. Risiko ini dikenalpasti sebagai satu isu yang memberi kesan kepada matlamat firma. Perspektif kewangan konvensional, mentakrifkan risiko sebagai satu ketidakpastian yang berkaitan dengan pulangan terhadap sesuatu pelaburan.Ketidakpastian ini merujuk kepada turun naik dalam pulangan yang dijangka (Bacha, 2003).Manakala dari pandangan pelaburan pula, risiko boleh didefinisikan sebagai kemungkinan pulangan yang dijangka tidak dapat diperolehi. Ini bermakna, kadar pulangan yang bakal diperoleh berkemungkinan lebih rendah daripada kadar pulangan yang dijangkakan (Fahimah dan Shamsiah 2011). Selain itu, Hammond et. al., (2007) menyatakan bahawa risiko adalah satu ancaman, walaubagaimanapun pengkaji ini berpendapat kewujudan sebuah firma itu adalah untuk menangani risiko-risiko yang dihadapi. Jika firma boleh menguruskan risikonya dengan baik, maka risiko tersebut akan dianggap sebagai satu peluang (Zohoori, 2013). Walaupun pelbagai pendapat dan pandangan diutarakan berkaitan definisi risiko, namun begitu terdapat ciri-ciri yang hampir serupa dalam definisidefinisi yang dihuraikan di atas.Pertama, risiko merupakan perkara yang berkaitan dengan ketidakpastian dan yang kedua pula, risiko melibatkan kerugian (Fahimah dan Shamsiah 2011). Afipudin (2005) pula berpendapat sebagai seorang manusia, kita tidak boleh menganggar dan meramal masa depan. Apa yang berlaku adalah di bawah kekuasaan Allah, oleh itu risiko yang dihadapi mungkin boleh menjadi satu musibah atau peluang tanpa kita sedar atau tidak sedar. Maka, dari beberapa huraian di atas tadi boleh disimpulkan bahawa risiko merupakan satu perkara yang tidak boleh diduga mahupun dijangka dan ianya boleh membawa kepada kerugian dan mungkin juga boleh menjurus kepada keuntungan. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN DEFINISI PENGURUSAN RISIKO Alquier dan Lagasse (2006) berpendapat risiko dan pengurusan risiko menjadi “major concern” kepada semua firma, terutama PKS yang mana sektor PKS ini merupakan sektor yang sangat sensitif dengan risiko-risiko perniagaan dan persaingan (Smit Dan Watkins, 2012). Oleh itu risiko perlu diuruskan dengan sebaik mungkin supaya risiko tersebut boleh memberikan hasil yang maksimum kepada organisasi.Konsep pengurusan risiko ini telah wujud sejak awal kejadian manusia, dan ianya merupakan satu konsep yang berkembang dari masa ke semasa (Dima dan Orzea).D’Arcy (2001) menyatakan bahawa asal usul pengurusan risiko dibangunkan oleh sekumpulan profesor-profesor dalam bidang insurans sekitar tahun 1950-an. Manakala pada tahun 1963, satu penulisan berkaitan pengurusan risiko iaitu “Risk Management and the Business Enterprise” telah ditulis.Objektif pengurusan risiko pada ketika ini adalah untuk memaksimakan kecekapan produktif sesebuah perniagaan, manakala tumpuan risiko adalah terhadap risiko tulen dan risiko spekulatif (Razali dan Tahir, 2011). Selari dengan perkembangan perniagaan semasa, menurut Dionne (2013), revolusi pengurusan risiko tercetus dalam industri kewangan dalam tahun 1970-an apabila wujud risiko-risiko kewangan seperti risiko yang timbul daripada kadar faedah, pulangan pasaran saham, kadar pertukaran asing, harga bahan mentah dan komoditi. Maka, pengurusan risiko menjadi keutamaan kepada firma seperti bank, firma insuran dan firma bukan kewangan yang mana firma-firma ini terdedah kepada turun naik harga akibat daripada kewujudan risiko-risiko tersebut. Manakala berdasarkan pernyataan D’Arcy (2001) dan Skipper & Kwon (2007) pula, dalam tahun 1970-an juga Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) telah menurunkan pengeluaran untuk menaikkan harga. Maka kesan daripada tindakan tersebut, pengurusan risiko kewangan menjadi isu yang digemari pada ketika itu kerana kenaikan harga minyak itu menyebabkan ketidakstabilan dalam kadar pertukaran dan kadar inflasi (Razali dan Tahir, 2011). Menurut Jorion (2010), dalam tahun 1975, pengurusan risiko berkembang dari satu aktiviti yang sematamata merupakan aktiviti insuran kepada aktiviti yang menfokuskan terhadap pengurusan faktor-faktor yang menwujudkan risiko. Namun begitu pada ketika ini pendekatan menguruskan risiko adalah berdasarkan “silo based approach”. Melalui pendekatan ini, setiap risiko diuruskan secara berasingan antara satu sama lain. Tahun 1990-an menyaksikan satu anjakan paradgima dalam pengurusan risiko

522  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 korporat. Dalam situasi ini, firma-firma mula melaksanakan pengurusan risiko yang lebih menyeluruh ataupun holistik (Saeidi et.al., 2014). Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan pengurusan risiko ini, kajian ini akan cuba menghuraikan beberapa takrifan pengurusan risiko dari pelbagai sumber. Terp (2006) menyatakan bahawa pengurusan risiko boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara. Pengurusan risiko didefinisikan sebagai satu proses untuk menghapuskan, mengurangkan dan mengawal risiko, meningkatkan faedah, dan mengelakkan perkara yang tidak diingini dari pendedahan terhadap spekulatif. Objektif pengurusan risiko adalah untuk memaksimakan kejayaan dan mengurangkan kebarangkalian kerugian masa hadapan (Victor, 2012). Head (2009) pula menyatakan pengurusan risiko merujuk kepada satu proses perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan sumber-sumber untuk mencapai objektif yang diberikan apabila berlaku sesuatu peristiwa yang baik atau yang buruk (Verbano dan Venturini, 2013). Manakala Halman dan Weiden (1997) mentakrifkan pengurusan risiko sebagai satu proses bersepadu yang berterusan yang dipantau untuk menentukan objektif, mengenalpasti sumber-sumber yang tidak pasti, menganalisa ketidakpastian dan merumuskan sumber-sumber pengurusan untuk menghasilkan kestabilan yang boleh diterima antara risiko dan peluang. Begitu juga dengan Dickinsons (2001) yang mentakrifkan pengurusan risiko bermaksud sebagai satu proses yang berterusan yang boleh membantu dalam menambahbaik operasi, keutamaan dan sumber, memastikan pematuhan kepada undang-undang, mencapai sasaran prestasi, menambahbaik kestabilan kewangan dan mengelakkan kerugian atau kerosakan kepada perniagaan (Jayathilake , 2012) Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, pada awalnya, risiko diuruskan secara berasingan ataupun secara “silo-based” dan pendekatan ini dikenali sebagai Traditional Risk Management (TRM). TRM yang adalah kaedah menguruskan risiko yang wujud secara berasingan dalam setiap unit masing-masing (Berry-Stolzlea dan Xub, 2013).Walaubagaimanapun, menurut Walker & Shenkir (2006), organisasi percaya bahawa pendekatan tradisional ini tidak lagi efektif untuk menguruskan risiko yang dihadapi.Justeru itu, muncul satu pendekatan baru yang dikenali sebagai Pengurusan Risiko Bersepadu (ERM).ERM ini semakin popular di dunia kerana dikatakan sebagai satu pendekatan yang efektif dalam menguruskan risiko (Yazid, Wan Daud dan Hussin, 2008). Pengkaji-pengkaji terdahulu dan badan-badan berkaitan telah memberikan takrifan masing-masing tentang ERM. Alviunessen & Jankensgard (2009) mentakrifkan ERM sebagai “ERM is about taking a holistic, company-wide approach to managing a company’s risks, and aggregating information centrally in the organization regarding various different risk exposures.All relevant risks which have an impact on the future cash flow, profitability and continued existence of a company may be described as its Risk Universe”. Manakala D’Arcy & Brogan (2001) mendefinisikan ERM adalah proses di mana firma dalam semua industri menilai, mengawal, mengeksploitasi, kewangan dan memantau risiko dari semua sumber bertujuan untuk meningkatkan nilai jangkapendek dan jangkapanjang firma untuk pihak-pihak berkepentingan firma. Committee of Sponsoring Organizations of Treadway Commission (COSO), 2004 pula. mendefinisikan ERM sebagai “a process, affected by an entity’s board of directors, management and other personnel, applied in strategy setting and across the enterprise, designed to identified potential events that may affect the entity, and manage risks to be within its risk appetite, to provide reasonable insurance regarding the achievement of entity objectives”. Antara definisi lain adalah dari Dickinson (2004) yang menyatakan, ERM merupakan pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk menguruskan risikorisiko yang dihadapi oleh firma. Maka, dengan itu, definisi ERM ini boleh diringkaskan kepada satu pendekatan holistik yang digunapakai oleh sesebuah firma untuk menguruskan risiko-risiko yang dihadapi bertujuan untuk mencapai matlamat sesebuah firma. KEPENTINGAN PENGURUSAN RISIKO DAN PRESTASI PKS Setiap perniagaan memerlukan strategi pengurusan risiko yang kukuh.Strategi pengurusan risiko dilihat dapat memberikan faedah kepada firma yang mengamalkannya.Justeru itu, pelbagai kajian yang ada

523  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 memberikan gambaran faedah-faedah yang mungkin diperolehi apabila firma melaksanakan pengurusan risiko.Mwangi (2014) menggariskan empat faedah yang boleh diperolehi apabila menjalankan strategi pengurusan risiko. Pertama: pengurusan risiko dapat mengurangkan risiko kegagalan, kedua: pengurusan risiko memastikan pengeluaran dan perdagangan berterusan yang mana akan mempromosikan imej dalaman dan luaran perniagaan, ketiga: pengurusan risiko membantu perniagaan memilih jenis dan tahap risiko yang cukup dan sesuai supaya perniagaan boleh memaksimakan nilai dan yang keempat , keupayaan perniagaan menjangka dan menguruskan risiko secara proaktif adalah sangat penting untuk mencipta dan memupuk teras perniagaan dengan memaksimakan keuntungan dan meminimakan kos. Dari sudut literatur kewangan pula, terdapat beberapa sebab utama mengapa perniagaan menjalankan program pengurusan risiko ini. Antaranya adalah pengurusan risiko (1) boleh mengurangkan beban cukai yang dijangka, (2) boleh mengurangkan kos bankrap dan masalah kewangan, (3) boleh menggalakkan serta melindungi pelaburan, (4) boleh membawa kepada penjimatan kos transaksi, (5) boleh digunakan untuk menyelaraskan kepentingan pengurusan dengan pemilik, (6) menstabilkan dividen tunai dan (7) boleh membantu dalam membangunkan perancangan kewangan dan program pembiayaan (Anton, 2011). Manakala Hoyt dan Lienbenberg (2011) menyatakan program ERM membenarkan firma untuk mempertimbangkan risiko dalam pembuatan keputusan, mengelakkan pertindihan dalam proses serta mengurangkan perbelanjaan berkaitan pengurusan risiko. Meulbroek (2002) pula mengatakan, selain mengurangkan kerugian kewangan, ERM yang dilaksanakan boleh digunakan untuk memberikan para pelabur profail risiko firma dan akhirnya dapat mengurangkan kos-kos yang berkaitan perundangan dan modal luar (Saedi et.al.,2014) Melihat kepada faedah-faedah yang mungkin diperolehi kesan dari perlaksanaan program pengurusan risiko ini, maka minat terhadap kajian-kajian yang berkaitan Pengurusan Risiko semakin terus berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini.Antara kajian yang mendapat perhatian oleh penkajipengkaji lepas adalah melihat kepada kesan program pengurusan risiko yang dijalankan. Sebagai contoh, kajian oleh Lienhenberg dan Hoyt (2003) mendapati perlaksanaan ERM boleh menyumbang kepada pengurangan turun naik pendapatan, turun naik harga saham, mengurangkan perbelanjaan kos dan meningkatkan kecekapan modal yang lebih tinggi (Gatzert, N., dan Martin, M. 2013). Persoalan yang timbul adakah perlaksanaan program pengurusan risiko ini boleh meningkatkan prestasi firma?Menurut Modigliani dan Miller (1958), dalam keadaan pasaran yang sempurna di mana tiada cukai, tiada masalah kewangan, tiada asimetri maklumat dan pelaburan yang baik, pengurusan risiko tidak memberi kesan kepada nilai firma.Walaubagaimanapun, beberapa penyelidik telah membuktikan bahawa wujud pasaran yang tidak sempurna dan ini merupakan sebab utama mengapa pengurusan risiko wujud dan ianya memberi impak kepada nilai firma (Bertinetti, Cavezzali dan Gardenal, 2013). Pada realitinya, firma berhadapan dengan beberapa situasi yang tidak dijangka seperti masalah kewangan, bankrap, cukai, peningkatan kos dalam pembiayaan luaran, maklumat asimetri, kontrak yang tidak sempurna dan lain-lain.Teori pengurusan risiko percaya bahawa perkara-perkara tidak dijangka ini akan menghasilkan deadweight costs yang mana kos ini akan berkurang sekiranya turun naik aliran tunai firma dapat dikurangkan. Maka dengan itu, pendekatan yang boleh digunakan untuk megurangkan turun naik aliran tunai ini adalah melaksanakan program pengurusan risiko (Weiying dan Baofeng, 2008). Brown et.al., (2006) dan Allayannis dan Weston, (1998) mengatakan bahawa program pengurusan risiko yang dijalankan oleh sesebuah firma boleh meyumbang kepada peningkatan nilai pemegang saham dan seterusnya meningkatkan nilai firma. Manakala Archer (2002) pula berpendapat, sesuatu operasi perniagaan itu berjaya, bergantung kepada pengurusan risiko yang dijalankan oleh firma tersebut (Norlida, Isahak dan Rasid, 2010). Dapatan kajian lepas bersetuju bahawa perlaksanaan ERM, secara keseluruhannya boleh mengurangkan profail risiko dengan mengurangkan kos modal dan seterusnya akan meningkatkan prestasi firma serta dapat memaksimumkan nilai pemegang saham (Kleffner et. al. 2003).

524  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 Tinjauan literatur menunjukkan banyak kajian telah dilakukan ke atas firma-firma selain PKS untuk melihat hubungan antara ERM dan nilai/prestasi firma. Antaranya adalah kajian yang dilakukan ke atas firma di Bursa Saham, firma insuran dan firma-firma lain (Izah dan Ahmad Rizal (2011); Li et.al., (2013); Dionne dan Garand (2003);McShane, Nair dan Rustambenkov (2010); Gordon, Loeb dan Tseng (2009) dan Sanjaya dan Linawati (2015)). Namun begitu, Lukianchuk (2015) berpendapat masih kurang kajian yang dibuat untuk melihat hubungan antara ERM dan prestasi dalam sektor PKS.Oleh itu, pada pendapat beliau, masih wujud “scientific gap” yang luas dalam kajian ini.Selari dengan pendapat Jayathilake (2012) yang mengatakan bahawa kebanyakan kajian berkenaan pengurusan risiko menfokuskan kepada firma besar dan kurang keutamaan diberikan kepada PKS. Greuning et.al., (2003) menyatakan PKS terdedah kepada risiko-risiko seperti politik, kredit,bencana alam dan risiko operasi dalam menjalankan operasi harian. PKS boleh dikategorikan kepada sektor yang paling dinamik, namun begitu PKS juga merupakan sektor yang sangat terdedah dengan risiko luaran yang serius (Kagwathi et.al., 2014). Namun begitu, keupayaan PKS untuk bertahan dengan risiko-risiko ini adalah kurang berbanding firma-firma besar (Virdi, 2005).Oleh itu, PKS perlu memikirkan strategi mahupun pendekatan yang berkesan untuk menguruskan risiko-risiko yang dihadapi supaya ianya memberi hasil yang maksimum kepada PKS. Kajian oleh Smit dan Watkins (2012) mendapati bahawa keupayaan pengurusan PKS untuk mengenalpasti risiko-risiko yang dihadapi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menguruskan risiko tersebut akan membawa kepada kejayaan PKS itu sendiri. Begitu juga dengan Kagwathi et.al., (2014) yang menyatakan bahawa, pengurus PKS yang tidak memandang serius berkenaan pengurusan risiko ini akan berhadapan dengan masalah prestasi yang boleh membawa kepada ancaman dalam meneruskan perniagaan mereka. Justeru itu, menguruskan risiko adalah fungsi utama kepada semua perniagaan.Adakah pengurusan risiko ini boleh meningkatkan prestasi PKS? Oleh itu, kajian konseptual ini cuba untuk mendapatkan analisis hubungan pengurusan risiko dengan prestasi PKS berdasarkan kajian-kajian lepas.Targo, Nyarko dan Anuwa-Amarh (2005) membuat kajian menggunakan enam kajian kes untuk melihat kesan polisi liberalisasi sektor kewangan ke atas pengurusan kewangan dalam PKS di Ghana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keputusan pelabur untuk melabur dalam PKS bergantung kepada persepsi pelabur terhadap risiko-risiko yang dihadapi perniagaan tersebut serta lain-lain alternatif pelaburan yang ada.Oleh itu, dapatan ini membuktikan pengurusan risiko meningkatkan pencapaian kepada kredit dan sekaligus menambahbaik prestasi kewangan PKS tersebut (Ansong, 2013). Satu kajian lain pula yang melihat hubungan antara pengurusan risiko dan prestasi kewangan 100 buah PKS di Kenya mendapati teknik pengurusan risiko yang dijalankan mempunyai kesan positif ke atas presatsi kewangan (Mwangi, 2014). Satu kajian yang menggunakan kaji selidik atas talian ke atas PKS di Arab Saudi mendapati kaedah pengurusan risiko yang dijalankan memberi kesan yang positif terhadap pembangunan kewangan dan pertumbuhan PKS.Pengurusan risiko yang dijalankan oleh kajian ini adalah pengurusan risiko operasi (Alrashidi dan Baakeel, 2012). Manakala kajian lain yang dibuat di Malaysia menggunakan Supply Chain Risk Management (SCRM) sebagai strategi pengurangan risiko menunjukkan wujud hubungan antara SCRM dan prestasi PKS (Sabariah dan Hamidatun, 2015). Dapatan ini selari dengan kajian Yusuf dan Dansu (2013) yang membuktikan bahawa PKS yang dapat mengurangkan risiko-risiko yang dihadapi akan memberi kesan kepada prestasi seterusnya meningkatkan tahap kewujudan PKS tersebut. Walaubagaimanapun kajian oleh Lukianchuk (2015) menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara pengurusan risiko dan prestasi PKS. Daripada analisis yang dibuat di atas, boleh dikatakan bahawa hubungan antara pengurusan risiko dan prestasi PKS ini masih belum mendapat satu dapatan yang “conclusive”. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian yang dibuat untuk melihat hubungan pengurusan risiko dan prestasi ini, tidak kira di firma besar atau PKS menunjukkan kedua-dua pembolehubah ini mempunyai hubungan yang signifikan. Namun begitu, pada pendapat penyelidik masih terdapat ruang-ruang yang perlu ditambahbaik dalam kajian-kajian akan datang untuk melihat hubungan antara pengurusan risiko dan prestasi PKS ini.

525  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 RINGKASAN DAN KESIMPULAN Tidak dapat dinafikan bahawa PKS memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara.Beberapa sumbangan PKS yang boleh dikenalpasti adalah menyumbang kepada KDNK sesebuah negara, mmebuka peluang-peluang pekerjaan, menawarkan produk-produk baru dan banyak lagi.Walaubagaimanapun, seperti firma besar, PKS juga berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam menjalankan operasi seharian.Cabaran dan halangan ini merupakan risiko-risiko yang perlu dihadapi oleh PKS.jika risiko-risiko ini tidak diuruskan dengan baik, ianya boleh menyebabkan kegagalan kepada PKS itu sendiri. Tahap kelangsungan PKS lebih rendah berbanding firma besar. Satu kajian yang dijalankan oleh Idemobi (2012) menunjukkan bahawa 70% PKS ‘mati’ dalam tempoh 5 tahun penubuhan dan ini membuktikan bahawa hanya 30% sahaja yang bertahan di dalam pasaran (Yusuf & Dansu, 2013) Bagi memastikan PKS boleh mencapai objektif yang telah disasarkan, PKS perlu memikirkan bagaimana untuk menguruskan risiko-risiko tersebut.Strategi pengurusan risiko yang cekap boleh mendatangkan hasil yang maksimum dan seterusnya memberi kesan yang positif kepada prestasi PKS. Kirytopoulos et.al., (2001) dan Banham (2004) berpendapat melaksanakan pengurusan risiko dalam operasi seharian menjadikan PKS lebih bersedia untuk mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada dan membolehkan PKS “transform” activiti yang “costly” kepada activiti yang boleh menghasilkan pulangan (Kagwathi, 2014). PKS perlu berusaha dan mengambil tindakan sewajarnya untu menguruskan risiko yang dihadapi. Oleh kerana program pengurusan risiko bukanlah satu pendekatan tanpa kos maka PKS perlu mencari pendekatan atau strategi yang paling berkesan serta cekap dalam menguruskan risiko-risiko tersebut supaya ianya memberikan pulangan yang maksimum. ERM dilihat sangat bersesuaian dalam menangani isu ini. Menurut Schroder (2006), “by embedding an ERM system into organizations’ strategic and operational processes, risk can be managed from a holistic and systematic perspective. Such an ERM approach would enable organizations to focus on positive risk occurrences that foster sustainable growth through improved decision-making, and proactive risk management. An integrated risk management practice would enhance the organization’s flexibility, providing a competitive advantage over competitors who do not utilize such a framework” (Smit dan Watkins, 2012). Walaubagaimanapun, kajian-kajian lepas berkaitan hubungan pengurusan risiko dan prestasi PKS masih belum mendapat satu dapatan yang absolut.Kajian-kajian lepas juga didapati tidak meggunakan ERM sebagai proxy kepada pendekatan pengurusan risiko yang dijalankan. Oleh itu, kajian-kajian akan datang perlu mengambilkira ruang-ruang yang masih ada berkenaan kajian untuk melihat hubungan kedua-dua pembolehubah ini. Locke, S., & Hewa Wellalage, N. (2012). Factors Affecting the Probability of SME Bankruptcy: A Case Study on New Zealand Unlisted Firms. Business Journal for Entrepreneurs, 2012(2). Kamunge, M. S., Njeru, A., & Tirimba, O. I. Factors Affecting the Performance of Small and Micro Enterprises in Limuru Town Market of Kiambu County, Kenya. Idris, S. M. M., & Abdullah, A. (2016). A Conceptual Framework on Determinants of Enterprise Risk Management (ERM) Adoption: A Study in Manufacturing Small and Medium Enterprises (SMEs). In Proceedings of the 1st AAGBS International Conference on Business Management 2014 (AiCoBM 2014) (pp. 245-255).Springer Singapore. Altman, E. I., Sabato, G., & Wilson, N. (2008). The value of qualitative information in SME risk management. Journal of Financial Services Research, 40(2), 15-55. Ogechukwu, A. D. (2011). The role of small scale industry in national development in Nigeria.Universal Journal of Management and Social Sciences, 1(1), 23-41. Oyelaran-Oyeyinka, B. (2008). SME: Issues, Challenges and Prospects. In FSS 2020 International Conference.Abuja Central Bank Publications. Tahir, I. M., & Razali, A. R. (2011). The Relationship between enterprise risk management (ERM) and firm value: Evidence From Malaysian public listed companies. Management, 1(2), 32-41. Dima, A. M., & Orzea, I. Risk Management in Banking

526  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 D’Arcy, S. P., & Brogan, J. C. (2001). Enterprise risk management. Journal of Risk Management of Korea, 12(1), 207-228 Dionne, G. (2013). Risk management: history, definition, and critique. Risk Management and Insurance Review, 16(2), 147-166. Victor, N. (2012). Risk Management And Profitability Of Financial Institutions: A Case Of Stanbic Bank, Katwe Branch (Doctoral dissertation, Makerere University). Berry-Stölzlea, T., & Xub, J. (2013).Enterprise Risk Management and the Cost of Capital.Working Paper. Yazid, A. S., Wan Daud, W. N., & Hussin, M. R. (2008). Enterprise Risk Management (ERM) Practices Among Government-Linked Companies (GLCs) in Malaysia. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Ansong, A. (2013). Risk Management as a Conduit of Effective Corporate Governance and Financial Performance of Small and Medium Scale Enterprises. Developing Country Studies, 3(8), 159-163. Mwangi, M. L. K. (2014). The relationship between risk management and financial performance of the top 100 small and medium enterprises in Kenya. Alrashidi, A., & Baakeel, O. (2012). The Impact of Operational Risk Management on the Financial Development and Economic Growth: A Case Study of Saudi SME Companies. European Journal of Business and Management, 4(5), 15-21. Kagwathi, G. S., Kamau, J. N., Njau, M. M., Kamau, S. M., Darya, G., Maheshwari, S.,& Tiwari, S. K. (2014). Risks Faced and Mitigation Strategies Employed By Small and Medium Enterprises in Nairobi, Kenya. Jayathilake, P. M. B. (2012). Risk management practices in small and medium enterprises: evidence from Sri Lanka. Zenith International Journal of Multidisciplinary Research, 2(7), 226-234. Anton, S. G. (2011). A Survey Study Regarding Risk Perception And Financial Risk Management Practices Adopted By The Small And Medium Enterprises Within The North-East Region Of Romania. Annals of Eftimie Murgu University Resita, Fascicle II, Economic Studies. Saeidi, P., Sofian, S., & Rasid, S. Z. B. A. (2014).A Proposed Model of the Relationship between Enterprise Risk Management and Firm Performance.International Journal of Information Processing and Management, 5(2), 70. Smit, Y., & Watkins, J. A. (2012).A literature review of small and medium enterprises (SME) risk management practices in South Africa.African Journal of Business Management, 6(21), 6324-6330. Verbano, C., & Venturini, K. (2013). Managing risks in SMEs: A literature review and research agenda. Journal of technology management & innovation, 8(3), 186-197. Yaakub, S., & Mustafa, H. K. (2015). Supply Chain Risk Management for the SME’s. Academic Journal of Interdisciplinary Studies, 4(1 S2), 151. Panigrahi, A.K. (2012), Risk Management In Micro, Small And Medium Enterprise (MSMEs) In India: A Critical Approach, Asia Pacific Journal Of Marketing & Management Review, 1(4) Yusuf, T.O. and Dansu, F. S. (2013), SME, Business Risks And Sustainability In Nigeria, European Journal of Business and Social Sciences, 2(9) Lopez, L. and Kwanum, I.M. (2012), An Assessment Of Risk Management Of Small And Medium Scale Enterprises In Nigeria, Research Journal Finance And Accounting, 3(5) Kleffner, A. E., Lee, R. B., & McGannon, B. (2003). The effect of corporate governance on the use of enterprise risk management:Evidence from Canada. Risk Management and Insurance Review, 6(1), 53-73. Zohoori, M. (2013).Enterprise Risk Management and Performance in Malaysia.Interdisciplinary Journal of Contemporary Research In Business, 5(1), 670. Tahir, I. M., & Razali, A. R. (2011). The Relationship between enterprise risk management (ERM) and firm value: Evidence From Malaysian public listed companies. Management, 1(2), 32-41. Sanjaya, C. K., & Linawati, N. (2015).Pengaruh Penerapan Enterprise Risk Management dan Variabel Kontrol Terhadap Nilai Perusahaan di Sektor Keuangan.Finesta, 3(1), 52-57. COSO (Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission). (2004). Enterprise Risk Management — Integrated Framework. America. Retrieved fromhttp://www.coso.org/documents/coso_erm_executivesummary.pdf

527  

Conference on Business Management Research II (CBMR II 2015) School of Business Management, UniversitiUtara Malaysia, 06010Sintok, Kedah, Malaysia, 22 December 2015 Alviniussen, A., & Jankensgård, H. (2009). Enterprise Risk Budgeting-Bringing risk management into the financial planning process. Journal of Applied Finance, Spring/Summer. Gatzert, N., & Martin, M. (2013). Determinants and Value of Enterprise Risk Management: Empirical Evidence from the Literature. Risk Management and Insurance Review (Forthcoming). Bertinetti, G. S., Cavezzali, E., & Gardenal, G. (2013). The Effect Of The Enterprise Risk Management Implementation On The Firm Value Of European Companies. Venice. Retrieved from http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=2326195 Gordon, L., Loeb, M., and Tseng, C. (2009): Enterprise Risk Management and Firm Performance:A Contingency Perspective, Journal of Accounting and Public Policy 28(4): 301-327 Li, Q., Wu, Y., Ojiako, U., Marshall, A., & Chipulu, M. (2014). Enterprise risk management and firm value within China's insurance industry: original research. Acta Commercii, 14(1), 1-10. Dionne, G., & Garand, M. (2003). Risk management determinants affecting firms’ values in the gold mining industry: New empirical results. Economics Letters, 79(1), 43-52. Tahir, I. M., & Razali, A. R. (2011). The Relationship between enterprise risk management (ERM) and firm value: Evidence From Malaysian public listed companies. Management, 1(2), 32-41. McShane, M. K., Nair A., and Rustambekov, E. (2011), Does Enterprise Risk Management Increase Firm Value?,Journal of Accounting, Auditing and Finance 26(4) Hendon R., Yakob, R. & Hamid, M. A. 2006.Prinsip Pengurusan Risiko Dan Insurans(Bab 1: Risiko) Prentice Hall, Pearson Malaysia Fahimah, M. R. & Shamsiah, M. 2011. Risiko-Risiko Dalam Kewangan Semasa: Penilaian Daripada Perspektif Islam. International Conference On Management 374-387. Bacha, O. I. 2004. Value Preservation through Risk Management-a Shariah Compliant Proposal for Equity Risk Management. Apifudin, A. Risiko Dan Struktur Pembahagian Risiko (SPR) Dalam Projek Pembinaan. 2005 Lukianchuk, G. (2015). The impact of enterprise risk management on firm performance of small and medium enterprises.European Scientific Journal, 11(13). Weiying, J. & Baofeng, C. (2008)The Relationship between Risk Management and Firm Value. Dewan Rakyat Malaysia. 2009. Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat Malaysia, Soalan 1. Penyata Rasmi Dewan Rakyat. Parlimen Kedua Belas Penggal Kedua Kauffmann, C. (2005). Financing SMEs in Africa. Virdi, A. A. (2005). Risk management among SMEs–executive report of discovery research.The Consultation and Research Centre of the Institute of Chartered Accountants in England and Wales, London. Tobora, O. O. (2015). Challenges faced by entrepreneurs and the performance of small and medium scale (SMEs) In Nigeria: An Intellectual capital issue. International Letters of Social and Humanistic Sciences (ILSHS), 42, 32-40. Nadzri, S.,Md. Shamsudin, S. & Muhammad sabri, M.F. (2014). Faktor-Faktor Penyumbang kepada Kejayaan dan Kegagalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera di Malaysia. Eproceedings of the Conference on Management and Muamalat (CoMM 2014), 26-27 May 2014, Synergizing Knowledge on Management and Muamalah (E-ISBN: 978-983-3048-92-2)

528  

Suggest Documents