PELAJAR POLITEKNIK KURANG DIBERI PENDEDAHAN KEPADA PEMBAIKAN, PENYELENGGARAAN DAN PERLAKSANAAN SESUATU KERJA SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

PELAJAR POLITEKNIK KURANG DIBERI PENDEDAHAN KEPADA PEMBAIKAN, PENYELENGGARAAN DAN PERLAKSANAAN SESUATU KERJA SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Rozita ...
Author: Sybil Stanley
6 downloads 0 Views 432KB Size
PELAJAR POLITEKNIK KURANG DIBERI PENDEDAHAN KEPADA PEMBAIKAN, PENYELENGGARAAN DAN PERLAKSANAAN SESUATU KERJA SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Rozita Binti Md Ali 1, Norhanisha Binti Yusof2 dan Azrayhafizi Bin Matzin3 1,2,3 Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK: Kertas kerja ini dihasilkan bagi mengenalpasti masalah pelajar politeknik semasa menjalani latihan industri. Kajian adalah berdasarkan ulasan literatur di mana pelajar–pelajar tidak dilibatkan kepada kerja-kerja penyelesaian masalah ketika menjalani latihan industri. Matlamat kajian adalah bertujuan untuk memastikan pelajar politeknik diberi peluang dalam melibatkan diri kepada kerjakerja pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. Skop kajian adalah terdiri daripada para pelajar yang telah tamat menjalani latihan industri dan syarikat-syarikat di mana pelajar-pelajar telah ditempatkan bagi menjalani latihan industri. Objektif kajian dijalankan adalah bagi mengetahui peratusan, mengenalpasti punca-punca dan merangka langkah-langkah intervensi untuk mengatasi masalah pelajar politeknik yang kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. Metodologi kajian yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Kaedah pengumpulan data pula terdiri daripada borang soal selidik dan temubual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)11.5dengan teknik statistik yang berbentuk deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan. Kajian ini membantu kepada pihak pengurusan sebagai alternatif bagi meningkatkan tahap kemahiran kerja di kalangan para pelajar. Kata Kunci: Masalah, Peluang, Latihan Industri ABSTRACT:This paper report is produced to identify the polytechnic student problem while undergoing industrial training. This research was based on literature reviews which students not involved to problem solving when undergoing industrial training. Research objective is aimed to ensure polytechnic student given chance in commit to repair jobs, maintenance and implementation of a work while undergoing industrial training. Research scope is consisting of students that were ended going through industrial training and companies where students have been placed to undergo industrial training. Objective of the research is to carried out the percentage, identify causes and drafting intervensi steps to overcome the polytechnic student problem that less given a chances for take part in repairs, maintenances and implementation of a work while undergoing their industrial training. Study methodology that used is easy random sampling. Data gathering method that use is questionnaire form and interview.Data that achieved had been analysed by using Statistical Package for Social Science software (SPSS)11.5 with statistical technique which is descriptive formin percentage. This study help to management as alternative to increase the level of work skill among the students. Keywords: Problem, Chance, Industrial Training

1

1. PENGENALAN Berdasarkan Buku Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi (2010) Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuahorganisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalamindustri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara,dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkanSijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Latihan Industri sangat penting kepada semua pelajar politeknik kerana ianya dapat mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan sebenar. Selain itu juga, latihan industri juga adalah sebagai platform untuk pelajar politeknik mengaplikasikan kemahirankemahiran yang dipelajari sepanjang di politeknik. Disamping itu juga, salah satu kepentingan latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar mempelajari cara-cara untuk menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Pendedahan kepada pembaikan, penyelenggaraan dan pelaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri adalah sangat penting bagi semua pelajar institusi penagajian tinggi khususnya pelajar politeknik, ini adalah kerana mereka mesti diberi peluang untuk mencuba semua kerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka pelajari di institusi masing-masing. Dengan ini mereka dapat merasa pengalaman sebenar di alam pekerjaan bukannya sekadar menjadi pemerhati sepanjang mereka menjalankan latihan industri. Keadaan ini perlu diberi perhatian yang serius, ini kerana jika keadaan ini berterusan ia akan menyebabkan pelajar yang bakal dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi khususnya pelajar politeknik akan dianggap tidak berkualiti oleh syarikat-syarikat industri dan seterusnya mereka tidak mampu untuk bersaing di alam pekerjaan tempatan mahupun antarabangsa. 1.1 Latar Belakang Kajian Politeknik adalah merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Segala urusan berkaitan pengurusan Politeknik dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Semua pelajar di institusi pengajian tinggi KPTM di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda dimestikan utntuk menjalani latihan industri. Latihan industri adalah releven bagi meningkatkan tahapmampu kerja para graduan, program latihan industri diperkenalkanuntuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Walaupun pelajar politeknik dibekalkan dengan latihan industri sebelum mereka tamat pengajian dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan, tetapi perkara tersebut sebenarnya tidaklah begitu membantu pelajar dalam meningkat kebolehpasaran mereka dalam industri sekarang. Ini adalah kerana sepanjang mereka menjalankan latihan industri terdapat pelajar yang kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan pelaksanaan sesuatu kerja

Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat merasai dunia pekerjaan yang sebenarnya dan disamping itu juga mereka tidak berpeluang untuk mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari sepanjang di politeknik.Mereka seharusnya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan sesuatu kerja yang berkaitan dengan bidang mereka, ini penting kerana salah satu syarat yang diletakkan oleh sesuatu syarikat dalam membuat pemilihan pekerja adalah kemahiran teknikal dan pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan (Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail dan Jegak Uli, 2008). 2

1.2 Permasalahan Kajian Pelajar politeknik kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. 1.3 Matlamat Kajian Kajian tindakan ini dibuat adalah berdasarkan permasalahan yang dialami oleh para pelajar politeknik sepanjang mereka menjalani latihan industri. Matlamat kajian ini adalah untuk memastikan pelajar politeknik lebih diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. 1.4 Objektif Kajian Kajian tindakan ini juga mempunyai tiga objektif yang akan dicapai sepanjang tempoh kajian ini.Berikut adalah objektif kajian ini dijalankan: a. Mengetahui peratusan pelajar politeknik yang kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. b. Mengenalpasti punca-punca pelajar politeknik kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. c. Mengenalpasti dan merangka langkah-langkah intervensi untuk mengatasi masalah pelajar politeknik yang kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. 1.5 Soalan Kajian Dalam kajian ini, terdapat tiga soalan kajian iaitu: a. Berapakah peratusan pelajar politeknik yang kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. b. Apakah punca-punca pelajar politeknik kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. c. Apakah langkah-langkah intervensi untuk mengatasi masalah pelajar politeknik yang kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian tindakan ini adalah amat penting kerana ini adalah salah satu cara bagi mencari apakah punca-punca yang menyebabkan pelajar politeknik kurang diberi peluang “hands-on” semasa menjalani latihan industri dan sekaligus merangka tindakantindakan yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah ini. Masalah ini perlu ditangani segera bagi memastikan pelajar politeknik merasai pengalaman sebenar mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari di politeknik semasa latihan industri. Pengalaman ini adalah sangat berguna bagi mereka untuk

3

mendapat peluang pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Sekaligus ini akan dapat meningkatkan tahap mampu kerja dan kebolehpasaran pelajar tersebut. Jika masalah ini tidak diatasi maka politeknik akan mengalami masalah kerana menghasilkan para pelajar yang tidak berkemahiran serta ini akan meningkatkan tahap pengangguran dalam kalangan pelajar lepasan politeknik.Disamping itu juga, sekiranya masalah ini ditangani segera pihak industri juga akan lebih berkeyakinan untuk mengambil pelajar politeknik sebagai sebahagian daripada pekerja mereka kerana mereka akan sedia maklum bahawa pelajar politeknik adalah belajar separa professional yang berkemahiran. 2. TINJAUAN LITERATUR Merujuk kepada buku Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Skop tugas dalam latihan industri adalah harus memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang pengkhususan masing-masing. Selain itu, ciri-ciri pekerja yang diperlukan majikan dan penilaian majikan terhadap pelatih bidang kemahiran yang dikeluarkan oleh institusi latihan kemahiran awam di negara ini. Dari aspek penawaran pula, penilaian dilakukan terhadap penguasaan pelatih terhadap kemahiran yang cuba diterapkan oleh institusi latihan kemahiran awam. Pendedahan kerja sebenar, kemahiran komputer dan komunikasi merupakan tuntutan majikan yang belum dipenuhi berbanding kemahiran pengurusan diri, kualiti peribadi dan kerja berpasukan yang menjadi sanjungan majikan(Abd Hair Awanget al., 2008). Maka terbuktilah, salah satu ciri-ciri pekerja yang akan mudah memenangi hati sesebuah syarikat adalah calon yang berkemahiran melakukan sesuatu kerja disamping kelulusan akademik yang cemerlang. Oleh sebab itu, masalah ini perlu diatasi segera oleh semua pihak berkaitan bagi melancarkan proses latihan industri dan sekaligus melahirkan para graduan yang berkualiti serta berkemahiran dalam bidang masing-masing. 3. METODOLOGI KAJIAN 3.1 Sampel kajian (Subjek kajian) Jenis persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan secara rawak mudah. Persampelan secara rawak yang besar boleh memastikan sampel yang dipilih mewakili populasi yang dikaji. Kaedah persampelan ini juga dapat memastikan bahawa setiap individu yang ada dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel (Easterby-Smith, Thope dan Lowe, 1991).Seramai 66 orang dipilih daripada 80 orang pelajar semester empat secara sukarela. Bagi melengkapkan kajian tindakan ini, responden kami adalah terdiri daripada: a. Penyelia pelajar politeknik di industri b. Pensyarah Penemuduga di politeknik c. Pelajar politeknik

4

3.2 Alat Kajian (Kaedah Pengumpulan Data) Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temubual. a. Soal selidik Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat tentang faktor-faktor kenapa pelajar politeknik kurang diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. b. Temubual Soal selidik ditadbir menggunakan skala Likert yang mempunyai pilihan nombor yang genap , iaitu empat pilihan. Skala ini dipilh kerana pilihan genap tidak mempunyai titik tengah yang neutral (Chua Yan Piaw, 2006). Cara ini juga dapat mengelakkan responden member pendapat yang neutral antara dua pernyataan ekstreem iaitu sangat setuju dan sangat tidak setuju. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini mengandungi dua set borang soal selidik. Tujuan temu bual dijalankan adalah untuk memperolehi maklumat tambahan yang mungkin tidak terangkum dalam item-item soal selidik serta penjelasan yang lebih terperinci bagi isu-isu yang mungkin dibangkitkan oleh responden. Kaedah temubual berstruktur digunakan semasa sesi temubual. c. Analisis data (Kaedah analisis data) Dapatan soal selidik daripada pelajar semester empat politeknik dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 11.5 (for Windows). Dapatan bagi hasil temubual berstruktur dengan penyelia dari syarikat industri dan penemuduga yang terdiri daripada pensyarah politeknik pula akan dianalisis secara koding berdasarkan tema dan kategori. 3.3 Rekabentuk Kajian Model penyelidikan kajian tindakan ini adalah menggunakan Model Kemmis dan McTaggart, (1998) yang menggunakan konsep refleksi atau tinjauan awal untuk mengenalpasti isu, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, memerhati untuk mengumpul dan menganalisis data serta membuat refleksi untuk menilai keberkesanan tindakan intervesi yang dilaksanakan. Aplikasi model penyelidikan adalah seperti berikut: Tinjauan Awal Merancang

Reflek

Pemerhatian

Bertindak

Rajah 1. Model Kemmis & McTaggart(1998).

5

Dalam peringkat pertama iaitu Merancang (Plan)penyelidik membuat kajian bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar politeknik semasa menjalani latihan industri. Manakala peringkat kedua iaitu Bertindak (Act)penyelidik melaksanakan langkahlangkah yang intevensi yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar politeknik. Seterusnya peringkat ketiga iaitu Pemerhatian (Observe)penyelidik membuat pemerhatian dan mengumpul data melalui kaedah-kaedah yang telah kami tetapkan untuk melihat setakat mana seriusnya masalah ini dan apa kesannya kepada pelajar itu sendiri. Peringkat terakhir adalah peringkat Reflek (Reflect)penyelidik membuat penilaian bagi melihat keberkesanan langkah-langkah yang telah kami ambil bagi menangani masalah ini supaya tidak berlanjutan. 4. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Peratus penglibatan pelajar Berdasarkan kepada analisis borang soal selidik dan juga temubual yang telah dijalankan, penyelidik mendapati sebanyak 69.3 % daripada responden diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri. Manakala hanya 30.7 % sahaja pelajar yang tidak diberi peluang berbuat demikian semasa menjalani latihan industri. Kerja yang selalu diberi kepada responden ini adalah berbentuk kerja-kerja pentadbiran dan dispatch. Ternyata keputusan daripada kajian ini majoriti responden daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau yang pernah menjalani latihan industri bersetuju mereka diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja yang ada di industri.

Rajah 2. Peratus pelajar diberi peluang dalam pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksanaan sesuatu kerja semasa menjalani latihan industri.

6

4.2 Punca-punca responden tidak diberi peluang untuk terlibat dalam kerja pembaikan, penyelenggaraan dan perlaksaan sesuatu kerja Selain itu, berdasarkan soal selidik dan temubual yang dibuat melibatkan penyelia latihan industri mendapati punca-punca 30.7% pelajar yang tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kerja- kerja yang berkaitan dengan bidang mereka adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya: a. Kurangnya kesungguhan dan semangat daripada respoden sendiri untuk mencuba sesuatu kerja yang baru. b. Kurangnya kemahiran insaniah di kalangan responden. c. Kurangnya ilmu pengetahuan yang ditunjukkan oleh responden.

7

5. KESIMPULAN Latihan industri adalah program yang sangat penting bagi menguji tahap pengetahuan dan kepakaran pelajar sebelum mereka dianugerahkan diploma atau pun sijil. Di sini lah tempat mereka untuk mengaplikasikan semua teori yang dipelajari di politeknik untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi sepanjang latihan industri. Walaubagaimanapun, ada pihak industri yang masih tidak mempunyai kepercayaan untuk memberi sesuatu kerja kepada pelajar yang sedang menjalankan latihan industri kerana mereka merasakan kemahiran dan ilmu yang ada pada pelajar tersebut sangat rendah dan menganggap pelajar tidak mampu melakukannya. Tanggapan begini haruslah dielakkan bagi membolehkan pelajar menimba pengalaman baru disamping mengaplikasikan kemahiran yang ada pada mereka. Langkah- langkah intervensi haruslah dititikberatkan bagi memastika semua pelajar yang menjalankan latihan industri dapat merasai pengalaman bekerja dengan ertikata yang sebenar. Antara langkah-langkah yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah ini ialah: a. Budaya kerja haruslah diterapkan bermula di politeknik lagi, contohnya seperti kursus softskill, isi kandungan kursus tersebut perlu diperhalusi lagi supaya menepati keperluan dalam industri. b. Politeknik mesti memastikan setiap pelajar yang akan menjalani latihan industri haruslah menguasai kemahiran teknikal yang sepatutnya mereka perolehi di politeknik. c. Politeknik juga boleh mengukur tahap kemahiran seseorang pelajar dengan mengadakan lebih banyak ujian-ujian yang berbentuk teknikal.

8

6. RUJUKAN Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail dan Jegak Uli. (2008). Kemahiran Bolehkerja: Keseimbangan Antara Tuntutan Majikan dan Penguasaan Pelatih. Universiti Putra Malaysia. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Easterby-Smith, M., Thorpe, R., & Lowe, A. (1991). Management research: An Introduction. London: Sage Publications Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2010). Dasar Latihan Industri Institut Pengajian Tinggi.Malaysia: Jabatan Pengajian Politeknik. Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). The Action Research Planner. Geelong, Victoria: Deakin University Press.

9

Suggest Documents