PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN INSTITUT PENDI...
47 downloads 3 Views 357KB Size
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 25 Mei 2010

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0

PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0

3.0

KERTAS 2.1

Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2

Warna: Putih

PENAIPAN 3.1

Jenis Huruf: „Times New Roman‟ bersaiz 12 yang ditaip „justify‟

3.2

Selang Baris: DUA (2) langkau „double spacing‟ bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan Rujukan

3.3

Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut: 

Atas :

2.5 cm daripada jidai atas



Bawa :

2.5 cm daripada jidai bawah



Kanan:

2.5 cm daripada jidai kanan



Kiri

4.0 cm daripada jidai kiri

:

Peringatan: i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran. ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru. iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang. iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah sekurang-kurangnya DUA baris teks.

mengandungi

3.4

Format Am :

Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

3.5

Nombor Halaman : i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan. ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv ……. Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama. iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 ……. Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.

4.0

CETAKAN Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.

5.0

PENJILIDAN 5.1

Serahan

:

Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit „keras‟ jenis biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.

6.0

5.2

Penduaan

:

Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3

Warna

:

Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).

KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN 6.1

Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut: 

Judul lengkap penyelidikan



Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan



Penyataan tujuan penyelidikan



Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar



Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan „Tajuk Penyelidikan‟ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan „Tahun‟ 5.0 cm daripada birai bawah. Sila lihat contoh di Lampiran A. 6.2

Tulang Kulit Maklumat pada ruang „tulang laporan penyelidikan‟ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut: Nama IPG (singkatan) Nama Calon Ijazah Tahun Contoh: 5.0 cm IPG-KBA

MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR

5.0 cm

PISMP

2010

7.0

FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format Penyelidikan Tindakan.

8.0

SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut: 8.1

Kertas Kosong

8.2

Pengesahan Penyelia Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.

8.3

Halaman Pengakuan Penulis Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh pada Lampiran C.

8.4

Halaman Dedikasi (Pilihan) Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.

8.5

Halaman Penghargaan (Pilihan) Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan

atau

organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E. 8.6

Abstrak Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang

dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila lihat contoh pada Lampiran F dan G. 8.7

Halaman Kandungan Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam penyelidikan.

Sila lihat contoh pada

Lampiran H. 8.8

Halaman Senarai Jadual Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.

8.9

Halaman Senarai Rajah Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.

8.10

Halaman Senarai Lampiran Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: a.

Laporan lampiran.

penyelidikan

tidak

semestinya

mengandungi

Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,

jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran. b.

Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran.

Lampiran juga

boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.

8.11

Teks a.

Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi

tajuk/judul

yang

membayangkan

kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu. b.

Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. menulis

perenggan

yang

panjang.

Setiap

Elakkan

perenggan

sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya. c.

Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan.

1.0

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3

2.0

Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi Nilai Pendidikan

FOKUS KAJIAN 2.1 2.2

Isu Kajian Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0

OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA

7.0

KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0

RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0

SENARAI RUJUKAN

Tajuk Alternatif 1.0

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3

2.0

Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu Refleksi Nilai Pendidikan Saya

FOKUS KAJIAN 2.1 2.2

Apakah Isu Kajian Saya? Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya?

3.0

APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

4.0

SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?

5.0

APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0

BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?

7.0

APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0

APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

9.0

APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?

10.0

SENARAI RUJUKAN

[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

8.12

Sistem Rujukan 8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang: Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan… Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006). (b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang: Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan… Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005). (c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang: Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan … Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder: Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990). Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline. (b) Jurnal Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15. (d) Tesis tidak diterbitkan Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/ (f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang) GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks Pengarang Melayu

Mohd. Ali (2005) menyatakan …

Pengarang Cina

Lim (2006) menyokong …

Pengarang India

Krishnan (2003) menerangkan…

Dalam Senarai Rujukan

Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005). Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Dalam senarai rujukan, tulis Taufik Intelek Sdn. Bhd. nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga. Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd. Krishnan a/l Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.

9.0

Had Maksimum Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah perkataan.

LAMPIRAN A 2.5 cm

Contoh halaman judul

2.5 cm

KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR-MENTEE DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID MENGHAFAL STRUKTUR JANTUNG MANUSIA X

ALI BIN ABU

X

4 cm

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

.............................................................

Y

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ...............................................................................

Y

SEPTEMBER 2010

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

LAMPIRAN B

Contoh Pengesahan Penyelia

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ............................................................................................”

Tandatangan

:

............................................................... Nama Penyelia : ............................................................... Tarikh

:

................................

LAMPIRAN C Contoh halaman pengakuan

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

: .......................................................

...... Nama Penulis : ....................................................... ...... Tarikh

: .......................................................

......

LAMPIRAN D Contoh halaman dedikasi

Untuk ayah dan ibu tersayang

LAMPIRAN E

2.5 cm

Contoh halaman penghargaan

2.5 cm

PENGHARGAAN 4 baris

1.27 cm (0.5 inci) baris Penulis

ingin merakamkan penghargaan ikhlas

kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Fauzi bin Muhammad atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran Selangor, melalui Pejabat Pendidikan Daerah Gombak amatlah dihargai.

2

4 cm

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

2.5 cm

2.5 cm

LAMPIRAN F

Contoh abstrak dalam Bahasa Melayu

2.5 cm

ABSTRAK 4 baris

4 cm

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan program mentormentee dalam menyelesaikan masalah murid lemah dalam melabel serta menghafal struktur jantung manusia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dari Tingkatan 3 Kreatif yang memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian semester yang lalu. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai 13 responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Terdapat 2 orang responden telah memperoleh markah penuh dengan menunjukkan jumlah peningkatan markah yang sangat tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa program mentor-mentee sangat berkesan dalam membantu murid lemah melabel serta menghafal struktur jantung manusia.

2.5 cm

2

2.5 cm

LAMPIRAN G

Contoh abstrak dalam Bahasa Inggeris

2.5 cm

ABSTRACT 4 baris

4 cm

The purpose of the study was to determine the extent to which a mentor-mentee programme could be effective in helping resolve the problem of weak students‟ poor ability in labeling and memorising the structure of the human heart. The respondents consisted of 16 students from Form 3 Kreatif who obtained the lowest marks for Science in the previous semester examination. The data for this study was collected using pre- and post-tests. The results showed that 13 students achieved significantly higher marks in the post-test as compared to the pre-test. There were two respondents who obtained full marks, showing tremendous improvement in their performance in the post-test. The results of the study showed that the mentor-mentee programme is effective to a large extent in aiding weak students label and memorize the structure of the human heart.

2.5 cm

2

LAMPIRAN H

2.5 cm

Contoh halaman kandungan 2.5 cm

KANDUNGAN 4 baris

ABSTRAK ABSTRACT PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

Muka Surat i ii iii iv v vi vii viii ix

4 cm

1.0

PENDAHULUAN

1

1.1 1.2

1 2

2.5 cm

1.3 2.0

Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi Nilai Pendidikan

2

FOKUS KAJIAN

3

2.1 2.2

3

Isu kajian Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA

7.0

KEPUTUSAN KAJIAN

8.0

RUMUSAN

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN-LAMPIRAN Perhatian: Kandungan di atas hanya contoh sahaja

LAMPIRAN I SENARAI JADUAL

Jadual 1 2 3

Muka Surat Perbandingan Skor Ujian Pra dan Pasca

15

LAMPIRAN J SENARAI RAJAH

Rajah 1 2 3

Muka Surat Kedudukan Murid semasa Program Mentor-Mentee

12

LAMPIRAN K SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A B C

Muka Surat Ujian Pra Ujian Pasca

25 26

Suggest Documents