L SUBRAMANIAM

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN e-PBL ReC UNTUK KURSUS KEJURUTERAAN TAMIL SELVAN A/L SUBRAMANIAM TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH D...
Author: Rosalind Poole
92 downloads 1 Views 2MB Size
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN e-PBL ReC UNTUK KURSUS KEJURUTERAAN

TAMIL SELVAN A/L SUBRAMANIAM

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2015

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membangunkan prototaip perisian pembelajaran untuk kursus kejuruteraan (e-PBL ReC) sebagai bahan sokongan pembelajaran bagi membantu memenuhi keperluan proses pembelajaran dengan menggunakan pendekatan PBL. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pengguna, mereka bentuk dan membangunkan serta menilai perisian dari aspek kebergunaan perisian dari segi elemen yang diintegrasikan membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran. Kajian ini bersifat pembangunan produk dengan menggunakan model ADDIE dan kaedah kajian berbentuk kajian kuantitatif yang disokong oleh kajian kualitatif. Responden kajian telah melibatkan 146 orang pelajar, empat orang tenaga pengajar dan empat orang pakar pembelajaran atas talian dalam kajian analisis keperluan manakala kajian analisis reka bentuk perisian pula melibatkan pakar, tenaga pengajar dan pelajar serta bagi kajian penilaian kebergunaan perisian e-PBL ReC pula, responden kajian terdiri daripada 35 orang pelajar yang telah ditetapkan dalam satu kelas sedia ada. Hasil dapatan kajian daripada analisis keperluan telah dijadikan kayu ukur untuk mereka bentuk perisian dan responden kajian telah memberikan maklum balas yang positif berhubung pembangunan perisian e-PBL ReC dalam kajian analisis reka bentuk perisian serta hasil dapatan kajian kebergunaan perisian e-PBL ReC mendapati perisian membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran dengan elemen yang diintegrasikan berasaskan pendekatan PBL, teori behaviorisme, teori kognitivisme, teori konstruktivisme, unsur multimedia dan interaksi. Implikasi kajian ini ialah keupayaan perisian e-PBL ReC mampu memantapkan kemahiran penyelesaian masalah untuk kerjaya masa depan pelajar, dapat membantu melanjutkan proses pembelajaran konvensional, membantu tenaga pengajar dalam menyediakan aktiviti sokongan pembelajaran dan satu panduan dapat disediakan kepada pembangun perisian pendidikan. Sumbangan keseluruhan kajian ini ialah perisian pembelajaran (e-PBL ReC), model pembangunan perisian, perisian yang membantu memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan, perisian yang membantu dalam pemerolehan kemahiran penyelesaian masalah, instrumen kajian dan keputusan.

v

DEVELOPMENT AND EVALUATION e-PBL ReC SOFTWARE FOR ENGINEERING COURSE

ABSTRACT

This study aims to develop a learning software prototype for engineering courses (ePBL ReC) as a supplementary material to assist engineering students meet the needs in learning process using the PBL approach. The objective of this study to identifies user needs in order to design, develop and evaluate software in terms of each feature’s usefulness in terms of elements that are developed to assist in meet the needs of students in the learning process. The study is the development of products using ADDIE model and research design using quantitative research methods supported by qualitative method. Respondents to the survey needs analysis has involved 146 students, four teachers and four specialists online learning, while the study design evaluation software involves technical experts, PBL specialists, content experts, teachers, and students have given positive feedback for software development in ePBL ReC as well as for research assessment of the usefulness of e-PBL Rec software, the respondents in the study consisted of all students who have been assigned in the existing class. The findings of the needs analysis has been taken as a benchmark for the design of the software and the respondents have provided positive feedback on the software development e-PBL REC in software design evaluation studies and the results of the study the usefulness of e-PBL ReC software helps in meet the needs of students in the learning process with elements developed based on problem-based learning (PBL), behaviorisme theory, cognitive theory, constructivism theory, multimedia elements and interaction during the learning process. Implications of the software include the ability to monitor the acquisition of problem-solving skills for students' future careers, as well as extending the conventional learning process, while helping teachers in supporting learning activities. It may also serve as a guide or reference for education software developers. The overall contribution of this study is that learning software (e-PBL ReC), model of development and testing, software that helps meet the needs of students of engineering, software that helps in the acquisition of problem-solving skills, research instruments, and results.

vi

KANDUNGAN

Halaman PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

v

KANDUNGAN

vi

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI ILUSTRASI

xv

SENARAI SINGKATAN

xvi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Kajian

3

1.3

Pernyataan Masalah

10

1.4

Tujuan Kajian

13

1.5

Objektif Kajian

14

1.6

Persoalan Kajian

14

1.7

Kerangka Konseptual Kajian

14

1.8

Kerangka Konsep Proses Pembelajaran

19

1.9

Kepentingan Kajian

21

1.10

Definisi Operasional

23

1.10.1 Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) 1.10.2 Pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning, PBL) 1.10.3 Pembelajaran berasaskan web 1.10.4 Multimedia 1.10.5 Kebergunaan

23 23

1.11

Kesimpulan

25

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

26

2.2

Perbincangan Teori

26

24 24 24

vii

2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.3

2.4

2.5

Teori behavorisme Teori kognitivisme Teori konstruktivisme Implikasi teori terhadap kajian pembangunan perisian

26 28 29 30

Reka Bentuk Berarahan

32

2.3.1 Model reka bentuk berarahan 2.3.2 Implikasi model ADDIE dalam kajian pembangunan perisian

32 34

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

34

2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5

35 36 36 37 38

Pembelajaran berasaskan masalah autentik Pembelajaran berpusat pelajar Pembelajaran kolaborasi PBL dan teori konstruktivisme Implikasi pendekatan PBL terhadap kajian pembangunan perisian

Model Reka Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran PBL

39

2.5.1 Model pembangunan senario IMM-PBL 2.5.2 Model PBL 2.5.3 Implikasi model PBL terhadap kajian pembangunan perisian

39 40 42

2.6

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Web

42

2.7

Kajian Lampau

44

2.8

Kajian Penyelidikan Berkaitan Reka Bentuk Produk (Product Design Research)

48

2.9

Kesimpulan

51

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

52

3.2

Reka Bentuk Kajian

52

3.3

Populasi dan Persampelan Kajian

53

3.4

Instrumen Kajian

54

3.4.1 Instrumen bagi kajian analisis keperluan 3.4.2 Instrumen bagi kajian analisis reka bentuk perisian 3.4.3 Instrumen bagi kajian penilaian kebergunaan perisian

55 58 62

Kajian Rintis

64

3.5.1 Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik 3.5.2 Kesahan dan kebolehpercayaan item soalan temu bual

64 65

Prosedur Kajian

67

3.5

3.6

viii

3.7

Analisis Data

68

3.7.1 Analisis data keperluan pengguna 3.7.2 Analisis data reka bentuk perisian 3.7.3 Analisis data kebergunaan perisian

68 69 69

3.8

Kesimpulan

70

BAB IV

PEMBANGUNAN PROTOTAIP PERISIAN e-PBL ReC

4.1

Pengenalan

71

4.2

Peringkat I : Analisis Keperluan Perisian e-PBL ReC

71

4.3

Peringkat II : Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC

74

4.4

Peringkat III : Pembangunan Perisian e-PBL ReC

84

4.5

Peringkat IV : Penilaian Prototaip Perisian e-PBL ReC

111

4.6

Kesimpulan

112

BAB V

DAPATAN KAJIAN

5.1

Pengenalan

113

5.2

Analisis Data untuk Persoalan Kajian 1

113

5.2.1 Situasi penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar kejuruteraan 5.2.2 Bahan e-kandungan sedia guna oleh pelajar kejuruteraan 5.2.3 Kesediaan pelajar terhadap pembelajaran menerusi perisian 5.2.4 Reka bentuk pengajaran berdasarkan keperluan pelajar 5.2.5 Reka bentuk pengajaran berdasarkan keperluan tenaga pengajar 5.2.6 Reka bentuk pengajaran berdasarkan keperluan pakar

114

Analisis Data untuk Persoalan Kajian 2

136

5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 5.3.5

136 148 153 157 167

5.3

5.4

Penilaian perisian oleh pakar Penilaian perisian oleh pakar PBL Penilaian perisian oleh pakar isi kandungan Penilaian perisian oleh tenaga pengajar Penilaian perisian oleh pelajar

115 117 118 124 130

Analisis Data untuk Persoalan Kajian 3

177

5.4.1 Kebergunaan perisian dari aspek pendekatan PBL 5.4.2 Kebergunaan perisian dari aspek teori pembelajaran Behaviorisme 5.4.3 Kebergunaan perisian dari aspek teori pembelajaran kognitivisme 5.4.4 Kebergunaan perisian dari aspek teori pembelajaran konstruktivisme

177 180 184 178

ix

5.4.5 Kebergunaan perisian dari aspek unsur multimedia 5.4.6 Kebergunaan perisian dari aspek interaksi 5.4.7 Kebergunaan perisan secara keseluruhan

190 193 196

5.5

Kesimpulan

203

BAB VI

RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

6.1

Pengenalan

205

6.2

Rumusan Kajian

206

6.3

Perbincangan Dapatan Kajian

208

6.3.1 Keperluan pengguna bagi pembangunan perisian e-PBL ReC 6.3.2 Pembangunan perisian e-PBL ReC 6.3.3 Kebergunaan perisian e-PBL ReC

208

Implikasi Kajian

218

6.4.1 Pelajar kejuruteraan dalam pemerolehan kemahiran penyelesaian masalah untuk kerjaya masa depan pelajar 6.4.2 Tenaga pengajar menyediakan aktiviti PBL 6.4.3 Pihak Politeknik 6.4.4 Satu panduan dan rujukan dapat disediakan kepada pembangun perisian pendidikan atau multimedia

218

Penambahbaikan Produk e-PBL ReC

220

6.5.1 Keperluan atau aspek pembangunan perisian e-PBL ReC 6.5.2 Reka bentuk senario masalah menggunakan elemen multimedia 6.5.3 Pembangunan perisian menggunakan sumber terbuka 6.5.4 Pembangunan perisian berbantukan teknologi mobile 6.5.5 Satu sistem semakan penggunaan dan pencapaian pelajar perlu dibangunkan dalam perisian e-PBL ReC 6.5.6 Mengambilkira keupayaan elemen multimedia 6.5.7 Pelaksanaan kajian lanjutan mengenai keberkesanan perisian e-PBL ReC

220 220

Sumbangan Kajian

223

6.6.1 Model pembangunan perisian 6.6.2 Perisian e-PBL ReC 6.6.3 Perisian yang membantu memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan dalam proses pembelajaran 6.6.4 Perisian yang membantu dalam pemerolehan kemahiran penyelesaian masala 6.6.5 Keputusan kajian 6.6.6 Instrumen soal selidik

223 225 225

Kesimpulan

226

6.4

6.5

6.6

6.7

212 215

219 219 220

221 221 222 222 222

225 226 226

x

RUJUKAN

228

LAMPIRAN

A

Soal Selidik Kajian Analisis Keperluan (Pelajar)

237

B

Soal Selidik Kajian Analisis Keperluan (Tenaga Pengajar)

245

C

Soal Selidik Kajian Analisis Keperluan (Pakar)

250

D

Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC (Pakar Teknikal)

254

E

Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC (Pakar PBL)

261

F

Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC (Pakar Isi Kandungan)

265

G

Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC (Tenaga Pengajar)

268

H

Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC (Pelajar)

274

I

Soal Selidik Kajian Penilaian Kebergunaan Perisian e-PBL ReC (Pelajar)

280

J

Protokol Temu Bual (Pelajar)

287

K

Reka Bentuk Struktur Organisasi Kandungan dan Papan Cerita

288

Perisian e-PBL ReC L

Cetakan Skrin Perisian e-PBL ReC

296

M

Panduan Pelajar (Student Guide)

306

N

FILA Chart dan Learning Journal

310

O

Senarai Pakar yang Terlibat dalam Penilaian Perisian

312

P

Surat Persetujuan menjadi Penilai Pakar

313

Q

Penerbitan dan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

316

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual

Halaman

3.1

Pembahagian soalan soal selidik kajian analisis keperluan (Pelajar)

56

3.2

Pembahagian item mengikut Skala Likert

56

3.3

Pembahagian soalan soal selidik kajian analisis keperluan (Tenaga pengajar)

57

3.4

Pembahagian soalan soal selidik kajian analisis keperluan (Pakar)

58

3.5

Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk (Pelajar)

59

3.6

Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk (Tenaga pengajar dan pakar)

60

3.7

Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk (Isi kandungan)

61

3.8

Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk (Pakar PBL)

62

3.9

Pembahagian soalan soal selidik kajian kebergunaan perisian (Pelajar)

63

3.10

Prosedur Kajian

67

3.11

Skala interprestasi skor min (Nunnally, 1994)

68

4.1

Maklumat Skrin Menu Utama

100

4.2

Maklumat Pada Skrin Modul Problem Scenario

102

4.3

Maklumat Skrin Modul Knowledge Construction

104

4.4

Maklumat Skrin Modul Problem Solving

105

4.5

Maklumat Skrin Modul Learning Resources

106

4.6

Maklumat Skrin Paparan Modul Communication

108

4.7

Maklumat Skrin Paparan Modul Reflection

109

4.8

Maklumat Skrin Paparan Modul Learning in PBL Way

111

5.1

Hasil Maklum Balas Awal Kesediaan Pelajar terhadap Pembelajaran Secara Atas Talian

117

5.2

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Strategi Pembelajaran PBL (Pelajar)

119

xii

5.3

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Antara muka Perisian (Pelajar)

121

5.4

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Interaksi Perisian (Pelajar)

122

5.5

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Strategi Pembelajaran PBL (Tenaga Pengajar)

125

5.6

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Antara Muka Perisian (Tenaga Pengajar)

127

5.7

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Interaksi Perisian (Tenaga Pengajar)

128

5.8

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Strategi Pembelajaran PBL (Pakar)

131

5.9

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Antara Muka Perisian (Pakar)

133

5.10

Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Interaksi Perisian (Pakar)

134

5.11

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Antara Muka (Pakar)

137

5.12

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Strategi Pembelajaran PBL (Pakar)

139

5.13

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaktiviti (Pakar)

141

5.14

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Unsur-Unsur Multimedia (Pakar)

142

5.15

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaksi (Pakar)

144

5.16

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Elemen Heuristik PBL (Pakar)

145

5.17

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk berasaskan Model PBL (Pakar PBL 1)

148

5.18

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk berasaskan Model PBL (Pakar PBL 2)

149

5.19

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Senario Masalah (Pakar PBL)

151

5.20

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Elemen Heuristik PBL (Pakar PBL)

152

5.21

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Isi kandungan (Pakar Isi Kandungan)

155

5.22

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Elemen Heuristik PBL (Pakar Isi Kandungan)

156

xiii

5.23

Hasil Penilaian bagi Reka Bentuk Antara Muka (Tenaga Pengajar)

158

5.24

Hasil Penilaian bagi Reka Bentuk Strategi Pembelajaran (Tenaga Pengajar)

159

5.25

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaktiviti (Tenaga Pengajar)

161

5.26

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Unsur-Unsur Multimedia (Tenaga Pengajar)

162

5.27

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaksi (Tenaga Pengajar)

164

5.28

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Antara Muka (Pelajar)

168

5.29

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Strategi Pembelajaran PBL (Pelajar)

169

5.30

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaktiviti (Pelajar)

171

5.31

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Unsur-Unsur Multimedia (Pelajar)

173

5.32

Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaksi (Pelajar)

174

5.33

Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek Pendekatan PBL

179

5.34

Hasil Penilaian kebergunaan Perisian dari Aspek Teori Pembelajaran Behaviorisme

182

5.35

Hasil Penilaian kebergunaan Perisian dari Aspek Teori Pembelajaran Kognitivisme

185

5.36

Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek Teori Pembelajaran Konstruktivisme

188

5.37

Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek Unsur-Unsur Multimedia

191

5.38

Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek Interaksi

194

5.39

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Latihan PBL dalam Perisian membantu Pemerolehan Kemahiran Penyelesaian Masalah

197

5.40

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Penggunaan Komputer Membantu dalam Pemerolehan Kemahiran Penyelesaian Masalah

197

5.41

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu Membawa Pelajar dalam Menyelesaikan Masalah Kerjaya Masa Depan Pelajar Bagi Topik Resonance

198

xiv

5.42

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu Membawa 199 Pelajar dalam Menyelesaikan Masalah Kerjaya Masa Depan Pelajar Bagi Topik Three Phase System

5.43

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu dalam Mewujudkan Perbincangan Sesama Pelajar

200

5.44

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu dalam Pemerolehan Pengetahuan Berkaitan

200

5.45

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan e-PBL ReC Membantu Memahami Pengetahuan dalam Konteks Industri

201

5.46

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan e-PBL ReC Membantu Saya Belajar Mengikut Gaya Pembelajaran Tersendiri

202

5.47

Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan e-PBL ReC Membantu Saya ke Arah Pembelajaran Kendiri

202

xv

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah

Halaman

1.1

Kerangka Konseptual Kajian

17

1.2

Kerangka Konsep Proses Pembelajaran

20

2.1

Model Reka Bentuk Berarahan ADDIE

33

2.2

Model Pembangunan Senario IMM-PBL

40

4.1

Peringkat Analisis Keperluan e-PBL ReC

72

4.2

Peringkat Reka Bentuk e-PBL ReC

75

4.3

Struktur organisasi keseluruhan kandungan utama perisian e-PBL ReC pada muka utama

82

4.4

Skrin paparan muka utama (papan cerita)

83

4.5

Peringkat Pembangunan e-PBL ReC

84

4.6

Paparan Skrin Penggunaan Elemen Teks

88

4.7

Paparan Skrin Penggunaan Elemen Grafik

89

4.8

Paparan Skrin Penggunaan Elemen Animasi

90

4.9

Paparan Skrin Penggunaan Elemen Animasi bagi topic Transformer

91

4.10

Paparan Skrin Penggunaan Elemen Video

94

4.11

Paparan Skrin Penggunaan Elemen Hipermedia

95

4.12

Paparan Skrin Penggunaan Elemen Hiperteks

97

4.13

Paparan Skrin Menu Utama Perisian e-PBL ReC (Home)

99

4.14

Paparan Skrin Modul-Modul Utama Perisian e-PBL ReC

101

4.15

Paparan Skrin Modul Problem Scenario (1)

102

4.16

Paparan Skrin Modul Knowledge Construction

103

4.17

Paparan Skrin Menu Problem Solving

105

4.18

Paparan Skrin Modul Learning Resources

106

4.19

Skrin Paparan Modul Communication

108

4.20

Skrin Paparan Modul Reflection (elemen reflection terhadap senario masalah)

109

4.21

Skrin Paparan Modul Learning in PBL Way

110

6.1

Model Pembangunan Perisian

224

xvi

SENARAI SINGKATAN

SCL

Student Centered Learning (Pembelajaran Berpusatkan Pelajar)

PBL

Problem Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Masalah)

TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

OBE

Outcome Based Education (Pembelajaran Berasaskan Hasil)

PdP

Pengajaran dan Pembelajaran

e-PBL ReC

Electronic Problem Based Learning Resources for Electrical Circuits

ADDIE

Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation (Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian)

PBK

Pembelajaran Berbantukan Komputer

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Senario pembelajaran di Politeknik yang memerlukan penglibatan aktif pelajar kejuruteraan dalam proses pembelajaran menuntut supaya pembelajaran itu berlaku secara visual, auditori dan kinestetik. Pembelajaran visual menuntut pelajar kejuruteraan supaya belajar dengan cara melihat dan mengamati, jika cara belajar visual ini sangat kuat maka pelajar mungkin sering kali mencuba menggambarkan dalam pemikirannya apa yang sedang dipelajarinya. Malah, pembelajaran auditori pula menggalakkan pelajar kejuruteraan belajar dengan mendengar kepada instruksi verbal dan mengingat dengan membentuk suara daripada kata-kata dan pembelajaran kinestetik pula melibatkan pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik kuliah.

Strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Politeknik juga telah mengalami satu perubahan besar dalam kurikulum baru yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berasaskan hasil atau outcome based education (OBE). Pendidikan berasaskan OBE adalah pendidikan yang menggunakan pendekatan PdP yang berpusatkan pelajar. Justeru, Politeknik telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki pendekatan PdP untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah atau problem based learning (PBL), pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan kes dan pembelajaran berbantukan komputer (Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008).

2

Oleh sebab itu, penglibatan aktif pelajar kejuruteraan dalam pembelajaran adalah satu kemestian. Salah satu aktiviti pembelajaran yang menggalakkan penglibatan aktif pelajar adalah pendekatan PBL. Pendekatan PBL merupakan salah satu strategi pembelajaran bagi memupuk pembelajaran pengetahuan prosedur ke tahap yang lebih tinggi atau pelajar terlibat secara mendalam dalam proses pembelajaran (Murray & Savin-Baden 2000). Malah, pendekatan PBL menyediakan ruang bagi membantu membangunkan pengetahuan yang fleksibel (Ferreira & Trudel 2012; Hmelo-Silver 2004; Hoffmann & Ritchie 1997), meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah (Ferreira & Trudel 2012; Hmelo-Silver 2004; Hoffmann & Ritchie 1997) dan pembelajaran terarah kendiri (Hmelo-Silver 2004), kemahiran kolaboratif (Hmelo-Silver 2004) dan meningkatkan motivasi intrinsik (Hmelo-Silver 2004).

Bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan PBL, pendekatan ini melibatkan beberapa langkah pembelajaran seperti persembahan masalah, perbincangan, refleksi, kolaborasi, perkongsian pendapat, penilaian dan pentadbiran keseluruhan pembelajaran (Hmelo-Silver 2004; Seng 2000; Tseng et al. 2011). Aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan PBL ini boleh dilaksanakan secara konvensional ataupun atas talian. Kelebihan pembelajaran atas talian ini banyak kerana mampu menghubungkan pengajar dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan kandungan bahan atas talian dengan waktu tersingkat dan menjadikan pelajar lebih aktif serta bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.

Aktiviti PBL dapat dipersembahkan kepada pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia bagi memaparkan senario permasalahan dalam bentuk elemen animasi, grafik atau video. Dalam aktiviti PBL juga menuntut pelajar untuk berinteraksi kerana teknologi menyediakan ruang untuk berinteraksi di luar sempadan masa dan fizikal serta aktiviti pembelajaran ini juga menyediakan pelajar untuk pembelajaran terarah kendiri ekoran daripada teknologi dapat menyediakan kandungan bahan bagi pelajar mengulang kaji kandungan kursus serta melanjutkan proses pembelajaran konvensional.

3

Dalam kursus kejuruteraan juga kebanyakan hasil pembelajaran adalah berbentuk OBE iaitu sesuatu yang baru dihasilkan, kadang-kadang penghasilan dalam pembelajaran konvensional kita tidak dapat melihat proses yang berlaku. Pada hari ini, teknologi memungkinkan simulasi berlaku dan kita dapat melihat apa yang terhasil atau jangkaan hasil yang akan berlaku dengan nilai harga teknologi dapat dimanfaatkan. Kandungan kursus kejuruteraan juga menuntut supaya memaparkan perhubungan sebenar sesuatu sistem atau mekanisme kejuruteraan serta mengandungi banyak teori mengenai komponen yang bergerak. Penerangan mengenai komponenkomponen ini seharusnya disertakan dengan demonstrasi atau menggunakan alat bantuan pembelajaran yang dinamik iaitu pelajar dapat melihat dan menghayati perhubungan antara teori dengan realiti kerana teknologi dapat menyediakan persekitaran pembelajaran dengan penggunaan elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video bagi menunjukkan perkaitan antara teori dengan realiti.

Keperluan pembelajaran kejuruteraan yang unik seperti pembelajaran aktif, penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi, kolaboratif, gaya pembelajaran visual, auditori, kinestetik dapat dipertingkatkan dengan memanfaatkan pendekatan PBL dan teknologi terkini yang sesuai. Keperluan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran kejuruteraan juga selaras dengan matlamat Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang menetapkan bahawa 50% kandungan kursus yang ditawarkan sama ada di peringkat prasiswazah dan siswazah oleh setiap institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dikendalikan secara pembelajaran teradun atau blended learning dan sekali gus memenuhi keperluan penambahbaikan pendekatan PdP di dalam Pelan Tranformasi Politeknik.

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan Politeknik pertamanya iaitu Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969 dan diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991) telah membolehkan

4

penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambahkan program pengajian untuk memenuhi keperluan pekerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Politeknik telah mendominasi sebahagian besar daripada kursus pendidikan teknikal di peringkat diploma dan atas sebab itu Politeknik telah menjadi salah satu laluan untuk menghasilkan pekerja teknikal separa profesional bagi pelajar yang berminat dalam memperoleh kemahiran teknikal. Sebelum ini, penubuhan Politeknik memberi peluang kepada lepasan sekolah untuk menjadi pembantu dalam bidang teknikal, juruteknik, ahli teknologi, separa profesional dan kakitangan perniagaan. Rancangan kerajaan untuk menubuhkan universiti Politeknik pada tahun 2015 (Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008) telah menjadi satu petunjuk yang baik untuk pengeluaran lebih ramai profesional dalam bidang ini. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk mencapai inspirasi kerajaan dalam mengeluarkan lebih ramai knowledge workers serta menegakkan sektor pendidikan teknikal dan vokasional dalam usaha untuk menarik lebih banyak penyertaan pelajar.

Keunikan kurikulum Politeknik itu telah menarik sebahagian besar daripada lepasan sekolah. Berdasarkan fakta laporan (Mac 2011) lebih daripada 89,000 pelajar dari pelbagai kursus termasuk kejuruteraan, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan telah mendaftar diri di 27 buah Politeknik di seluruh negara. Pengambilan bagi kursus sepenuh masa pada bulan Januari 2011 adalah 18,220 dan pada sekarang terdapat 28 program kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat diploma dalam beberapa bidang termasuk bidang kejuruteraan elektrik, elektronik, awam, mekanikal dan kejuruteraan mekatronik (Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008). Pelajar di Politeknik terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu sebahagian daripada mereka telah mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran teknikal dari sekolah menengah teknik atau vokasional, sementara yang lain adalah pelajar dari sekolah menengah harian. Syarat minimum kemasukan pelajar di peringkat diploma mestilah lulus lima mata pelajaran termasuk Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Syarat minimum ini telah memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk menyertai Politeknik sebagai laluan alternatif ke pendidikan tinggi.

5

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik memerlukan enam semester bagi menyempurkan sekurang-kurangnya 93 jam kredit dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun. Pelajar perlu melengkapkan beberapa kursus termasuk teras, umum, khusus dan elektif. Setiap kursus adalah antara satu hingga tiga jam kredit yang unik direka untuk menggabungkan pengetahuan teori dan praktikal seperti teknologi elektrik, pemasangan pendawaian, analisis litar elektronik sebelum pelajar mengambil kursus. Kursus Electrical Circuits (ET201) merupakan kursus wajib bagi pelajar yang mengambil program diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik di Politeknik. Kurikulum kursus ini telah disemak semula mengikut peredaran dan keperluan tenaga pekerja pada masa sekarang dan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2010. Kursus ini bertumpu kepada pelajar semester dua dalam tahun pertama bagi program diploma kejuruteraan elektrik. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar dengan pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang kejuruteraan elektrik dan analisis litar. Sinopsis dan hasil pembelajaran bagi kursus ini adalah seperti di bawah:

Sinopsis Kursus Electrical Circuits: “ELECTRICAL CIRCUITS designed to provide students with the knowledge of electrical circuits. It emphasizes the principles of an alternating current AC waveform, complex number and sinusoidal steady-state circuit analysis. This course also covers the applications of three phase system and operation of various types of transformers”.

Hasil pembelajaran bagi kursus Electrical Circuits: -

Apply the knowledge of AC circuit in solving problem related to AC electrical circuit

-

Use appropriate components and measuring equipments to perform related AC electrical network laboratory exercises

-

Demonstrate team working efficiently while doing practical work

6

Kursus ini mengandungi enam unit utama dan melibatkan pengetahuan asas mengenai konsep, prinsip dan analisis litar. Pelajar perlu menghadiri dua jam kelas syarahan dan dua jam sesi makmal dalam tempoh seminggu. Kebiasaannya dalam dua jam sesi kuliah tenaga pengajar menyampaikan kandungan kursus melalui kaedah syarahan, malah bagi sesetengah konsep dan prinsip tertentu yang melibatkan pengiraan dan lakaran litar skematik disampaikan menggunakan alat bantu mengajar yang disediakan di dalam bilik kuliah. Kaedah ini diaplikasikan bagi keseluruhan topik selama 15 minggu dalam satu semester. Dalam sesi makmal pelajar menghabiskan dua jam setiap minggu untuk menyelesaikan satu set prosedur makmal. Pengetahuan teori yang dipelajari dalam sesi kuliah yang digunakan dalam sesi makmal.

Ciri-ciri unik pelajar kejuruteraan di Politeknik yang memerlukan penglibatan aktif pelajar kejuruteraan dalam proses pembelajaran menuntut supaya pembelajaran itu berlaku secara visual, auditori dan kinestetik (Felder & Silverman 1988). Pembelajaran visual menuntut pelajar kejuruteraan supaya belajar dengan cara melihat dan mengamati, jika cara belajar visual ini sangat kuat maka pelajar mungkin sering kali mencuba menggambarkan dalam pemikirannya apa yang sedang dipelajarinya. Malah, pembelajaran auditori pula menggalakkan pelajar kejuruteraan belajar dengan mendengar kepada instruksi verbal dan mengingat dengan membentuk suara daripada kata-kata dan pembelajaran kinestetik pula melibatkan pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik kuliah (Felder & Silverman 1988).

Malah Yusof et al. (2005) menyatakan pelajar kejuruteraan juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan pembelajaran sepanjang hayat. Manakala Halizah dan Ramly (2008) mencadangkan kurikulum perlu mewujudkan aktiviti yang menggalakkan pelajar untuk berfikir seperti mencari, memahami, menganalisis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi baru. Pemikiran kritikal, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah yang dikenali sebagai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat diperlukan oleh graduan di Malaysia supaya berjaya dalam dunia perkerjaan (Ruhizan et al. 2009). Justeru, penjanaan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi, berfikir aras tinggi dan

7

penglibatan aktif pelajar memenuhi keperluan ciri-ciri unik pelajar kejuruteraan dan menepati gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan.

Senario PdP pada masa ini di Politeknik kebanyakannya menghabiskan masa dalam kelas dan bersifat pasif dalam sesi pembelajaran (Krishnan & Ruhizan 2009; Ruhizan et al. 2009; Tamil Selvan et al. 2013) serta menghabiskan kebanyakan masa di makmal untuk melaksanakan aktiviti amali. Walaupun terdapat bentuk aktiviti pembelajaran seperti projek berkumpulan, pembelajaran berbantukan komputer, perbincangan tetapi pelajar mempunyai peranan yang minimum dan ruang dalam membuat keputusan mengenai pembelajaran mereka (Alias 2012). Dalam konteks ini, PdP biasanya berpusat kepada tenaga pengajar.

Justeru, Pelan Transformasi Pendidikan Politeknik menyarankan untuk mengaplikasikan pembelajaran berpusat pelajar atau student centered learning (SCL) bagi meningkatkan kualiti pendekatan PdP (Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008). Malah, Politeknik juga optimis dengan pendekatan SCL iaitu pendekatan yang berkesan untuk membina kemahiran tertentu pelajar seperti pemikiran aras tinggi, pengurusan pengetahuan, penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran persembahan dengan pendekatan SCL telah jelas disebut dalam Pelan Perancangan Strategik Politeknik bagi tahun 2005-2010 (Alias 2012; Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008; Norazah & Tamil Selvan 2013).

Dalam konteks ini, beberapa strategi telah dilaksanakan dalam menyokong pelaksanaan pendekatan SCL melalui pendekatan pedagogi inovatif seperti pendekatan PBL, pembelajaran berasaskan kes dan pembelajaran kolaboratif (Alias 2012; Norazah & Tamil Selvan 2013). Pendekatan PBL mempunyai potensi besar untuk memupuk pembelajaran pengetahuan prosedur ke tahap yang lebih tinggi atau pelajar terlibat secara mendalam dalam proses pembelajaran (Murray & Savin-Baden 2000). Menurut Savin-Baden (2000), PBL mampu meningkatkan kecekapan dalam aplikasi pengetahuan dan penyelesaian masalah. Malah, pendekatan PBL juga mampu menyelesaikan

masalah

yang

dihadapi

dalam

sistem

pembelajaran

secara

8

konvensional yang kurang menekankan aspek pembinaan pengetahuan (Cunningham & Duffy 1996).

Pendekatan PBL sebenarnya terhasil daripada keprihatinan ramai ahli pendidik dan pengkaji yang berdasarkan kepada kekurangan dan permasalahan yang wujud dalam pembelajaran konvensional yang lebih menekankan kepada aspek isi kandungan (Barrows 1986, 1996; Barrows & Tamblyn 1980; Hmelo-Silver & Barrows 2006). Menurut Boud dan Feletti (1998) pendekatan konvensional bukan sahaja kurang berkesan, malah gagal dalam membentuk pelajar yang mampu membuat penilaian dan bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai aspek khususnya ilmu pengetahuan, pemikiran dan juga kemahiran. Kelebihan penggunaan pendekatan PBL dalam proses PdP mendapati bahawa pelajar lebih memfokus dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seterusnya mampu membentuk pembelajaran yang lebih bermakna (Hmelo-Silver 2004; Murray & Savin-Baden 2000; Savin-Baden 2000).

Selain itu, pendekatan PBL juga dapat membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (Hmelo-Silver 2004, 2012). Ini disebabkan oleh pendekatan PBL memerlukan pelajar mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran antara disiplin bagi membentuk pendapat dan membina jawapan sendiri dalam proses menyelesaikan sesuatu masalah (Hmelo-Silver & Barrows 2006; HmeloSilver & Eberbach 2012). Pendekatan PBL dapat memenuhi ciri-ciri unik pembelajaran kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan PBL, pendekatan ini melibatkan beberapa langkah pembelajaran seperti persembahan masalah, perbincangan, refleksi, kolaborasi,

perkongsian

pendapat,

penilaian

dan

pentadbiran

keseluruhan

pembelajaran (Hmelo-Silver 2004; Seng 2000; Tseng et al. 2011).

Justeru, terdapat beberapa kelemahan penggunaan pendekatan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan senario permasalahan PBL yang terhad kepada format teks dan lisan (Hoffmann & Ritchie 1997), kesukaran memahami masalah PBL dengan pengguna media tradisi (Albion & Gibson 1998; Zydney 2005), kekurangan sumber atau bahan serta bimbangan dari pendidik (Simons & Klein 2007), masalah kerja berkumpulan (Farnsworth 1994; Rice & Wilson 1999)

9

serta masalah dalam pembentukan kumpulan (Van Berkel & Dolmans 2006). Malah dengan kemajuan dan perkembangan teknologi di dalam bilik kuliah cara pelajar belajar kejuruteraan di Politeknik Malaysia mungkin tidak sama seperti sebelum ini kerana mereka diberi peluang untuk mendapat akses maklumat, kandungan bahan atas talian dan juga untuk melakukan lebih banyak latihan pada apa yang telah diajar.

Menurut Ferreira dan Trudel (2012), pendekatan PBL dapat dipertingkatkan dengan memanfaatkan teknologi terkini yang sesuai. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga telah menarik minat ramai penyelidik untuk menerapkan teknologi dalam pendekatan PBL seperti pembangunan perisian pembelajaran terutamanya untuk menyokong pembelajaran secara kolaborasi (Hanafi et al. 2005; Poikela et al. 2007). TMK juga telah dimanfaatkan oleh Tseng et al. (2008) iaitu penggunaan pembelajaran atas talian berasaskan pendekatan PBL untuk sekolah vokasional dalam kursus digital logic. Teknologi rangkaian Internet dan laman web pula digunakan untuk menyokong PBL secara kolaboratif dalam kursus bio-teknologi dan fisioterapi (Donnelly & Fitzmaurice 2005; Poikela et al. 2007).

Manakala Albion (2000) telah membangunkan perisian multimedia interaktif bertajuk Integrating Information Technology into Teaching bagi mata pelajaran teknologi maklumat menggunakan pendekatan PBL. Malah Lowther dan Morrison (2003) pula membangunkan perisian integrating technology for inquiry (Nteq) bagi mata pelajaran sains komputer secara PBL. Selain itu, Hmelo-Silver dan Barrows (2006) telah membangunkan sistem eSTEP bagi guru pelatih untuk mempelajari konsep sains menggunakan video secara PBL. Savin-Baden dan Gibbon (2006) pula membangun SONIC (Students Online in Nursing Integrated Curricula) untuk pelajar kejururawatan menggunakan PBL secara interaktif bagi menggalakkan pembelajaran kendiri dan penyiasatan. Hasil kajian ini juga menunjukkan betapa pentingnya penggunaan teknologi dan kelebihan untuk mempertingkatkan proses pembelajaran dengan pendekatan PBL. Perkembangan ini juga berlaku dalam negara kita dalam bentuk berbeza misalnya Politeknik di Malaysia dalam usaha memperkenalkan pendekatan PBL dalam proses PdP. Sekirannya teknologi dapat diintegrasikan untuk mempertingkatkan penggunaan pendekatan PBL akan memberi satu kaedah baru

10

dalam mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar kejuruteraan di Politeknik Malaysia.

Malah, terdapat beberapa kajian utama yang dijalankan di Politeknik Malaysia yang mula memanfaatkan teknologi dalam pendekatan PBL. Krishnan dan Ruhizan (2009) telah membangunkan satu laman web berasaskan pendekatan PBL untuk pelajar kejuruteraan bagi kursus projek bagi meningkatkan kualiti penghasilan produk akhir pelajar. Keduanya, Rahman et al. (2011) telah membangunkan e-Library dan Learning Object System untuk pelajar kejuruteraan mekanikal dalam kursus projek di Politeknik untuk mempertingkatkan kualiti penghasilan produk. Hasil keseluruhan latar belakang kajian menunjukkan betapa penting kita perlukan satu kaedah baru seperti perisian pembelajaran berasaskan PBL yang boleh memenuhi ciri-ciri unik pelajar kejuruteraan dan dapat mempertingkatkan proses pembelajaran di Politeknik Malaysia. Malah kita tidak ada satu kaedah yang boleh membantu proses pembelajaran dan memenuhi keperluan pembelajaran serta yang paling utama adalah kaedah yang boleh memenuhi ciri-ciri unik pelajar kejuruteraan di Politeknik Malaysia.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan dalam kajian ini adalah tidak ada satu perisian pembelajaran yang pernah dibangunkan atau disediakan untuk memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan di Politeknik sebagai bahan bantu sokongan pembelajaran dalam kursus Electrical Circuits iaitu berdasarkan kajian awal yang dijalankan oleh pengkaji mendapati keperluan terhadap perisian sokongan pembelajaran atau aktiviti sokongan pembelajaran menunjukkan bahawa tuntutan ke atas perisian ini adalah wajar bagi mempertingkatkan proses pembelajaran.

Berdasarkan kajian awal yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap 146 pelajar dalam kursus Electrical Circuits mendapati hanya 86% (126) daripadanya menerima kandungan bahan pembelajaran dalam bentuk modul bercetak, nota dan buku rujukan, 69% (101) daripadanya hanya menerima slaid power point. Manakala, hanya 60% (89) daripadanya menerima bahan e-kandungan dan 53.4% (73)

11

daripadanya menggunakan kandungan bahan pembelajaran atas talian dalam kursus mereka. Berhubung kajian awal yang dijalankan terhadap pelajar juga, pengkaji mendapati 83.5% (122) daripadanya menyatakan tenaga pengajar tidak mempunyai koleksi kandungan bahan pembelajaran atas talian manakala hanya 35.6% (52) daripadanya mengatakan kandungan bahan pembelajaran yang diterima daripada tenaga pengajar dapat mengukuhkan kefahaman mereka dan hanya 27.4% (40) daripadanya menggunakan perisian multimedia tempatan dalam kursus. Dapatan kajian awal ini menunjukkan pelajar kejuruteraan di Politeknik kekurangan kandungan bahan pembelajaran atas talian bagi melanjutkan proses pembelajaran dan mereka menuntut supaya perisian pembelajaran yang memenuhi keperluan dan membantu dalam proses pembelajaran dapat diwujudkan dalam kursus mereka.

Menurut Norazah et al. (2010) penggunaan TMK merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pembentukan knowledge workers di Malaysia.

Malah

Dasar

e-pembelajaran

Negara

(DePAN)

menetapkan

bahawa 50% kursus yang ditawarkan di setiap IPT perlu dikendalikan secara pembelajaran teradun atau blended learning. Menurut Supyan (2011) komputer juga dapat direka bentuk bagi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. Malah berdasarkan kajian awal yang telah dijalankan juga mendapati daripada 146 pelajar yang memberikan maklum balas mengenai bahan e-kandungan yang digunakan oleh pelajar dalam kursus ini yang mana mendapati 78.8% (115) daripadanya mengakses ke laman web pendidikan, 82.9% (121) daripadanya melayari perisian pembelajaran dalam Internet dan 76% (111) daripadanya mengadakan perbincangan atas talian bagi mengukuhkan kefahaman mereka. Berhubung kajian awal yang dijalankan terhadap pelajar juga, pengkaji mendapati hampir 100% pelajar menggunakan platform learning management system (LMS) yang disediakan oleh pihak Politeknik bagi tujuan pembelajaran.

Namun, 96% (140) daripadanya menyatakan aktiviti

pembelajaran dalam platform LMS sedia ada hanya memfokus kepada aktiviti muat turun bahan pembelajaran dan hanya 32.8 % (48) daripadanya berinteraksi dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan, 85.6% (125) daripadanya menyatakan kandungan bahan pembelajaran yang terdapat dalam LMS ini tidak interaktif, 89.7% (131) daripadanya menyatakan kandungan bahan pembelajaran dalam LMS tidak menepati kursus mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian awal ini menunjukkan pelajar

12

sedia melayari perisian pembelajaran, LMS yang disediakan juga perlu satu perubahan dari segi kandungan bahan dimana perlu memenuhi keperluan pelajar dan membantu dalam proses pembelajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tuntutan ke atas perisian pembelajaran adalah wajar. Bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan PBL, pendekatan ini melibatkan beberapa langkah pembelajaran seperti persembahan masalah, perbincangan, refleksi, kolaborasi, perkongsian pendapat, penilaian dan pentadbiran keseluruhan pembelajaran (Hmelo-Silver 2004; Seng 2000; Tseng et al. 2011). Justeru, terdapat beberapa kelemahan penggunaan pendekatan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan senario permasalahan PBL yang terhad kepada format teks dan lisan (Hoffmann & Ritchie 1997), kesukaran memahami masalah PBL dengan pengguna media tradisi (Albion & Gibson 1998; Zydney 2005), kekurangan sumber atau bahan serta bimbangan dari pendidik (Simons & Klein 2007), masalah kerja berkumpulan (Farnsworth 1994; Rice & Wilson 1999) serta masalah dalam pembentukan kumpulan (Van Berkel & Dolmans 2006). Malah dengan kemajuan dan perkembangan teknologi di dalam bilik kuliah, cara pelajar belajar kejuruteraan di Malaysia mungkin tidak sama seperti sebelum ini iaitu mereka diberi peluang untuk mendapat akses maklumat dan bahan-bahan kandungan kursus serta juga untuk melakukan lebih banyak latihan pada apa yang telah diajar.

Justeru, perisian pembelajaran adalah merupakan salah satu mekanisme yang dicadangkan sebagai bahan bantu sokongan pembelajaran yang berkesan serta pendekatan PBL merupakan strategi pembelajaran utama yang diterapkan bagi membantu proses pembelajaran dalam kursus Electrical Circuits. Walaupun terdapat kajian luar negara yang bertumpu kepada pembangunan perisian pembelajaran yang boleh memenuhi keperluan pembelajaran kejuruteraan menggunakan pendekatan PBL seperti kajian Brodie (2009); (Chan et al. 2012; Garcia-Robles et al. 2009; Kim & Kee 2012; Park & Park 2012; Tseng et al. 2011) dan kajian dalam negara seperti kajian (Faridah 2009; Fauziah 2011; Jamaluddin 2004) misalnya terdapat beberapa perbezaan dari sudut budaya pemikiran, objektif pembelajaran, kurikulum, keperluan pelajar dan persekitaran pembelajaran serta bidang kajian maka yang ini dihasilkan

13

berdasarkan kepada kajian keperluan yang berlaku menunjukkan bahawa tuntutan ke atas perisian ini adalah wajar.

Pengkaji juga melihat kajian-kajian sebelum ini kurang membincangkan mengenai pembangunan perisian sokongan pembelajaran menggunakan pendekatan PBL yang sesuai kepada pelajar kejuruteraan dalam kursus Electrical Circuits di Politeknik Malaysia serta kurang perbincangan mengenai penerimaan pelajar terhadap perisian sokongan pembelajaran sedia ada di dalam kursus Electrical Circuits membantu dalam memenuhi keperluan pelajar. Berdasarkan dapatan kajian awal menunjukkan pelajar kejuruteraan Politeknik tidak mengalami masalah dalam penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran. Majoriti pelajar memiliki teknologi terkini seperti telefon pintar dan kemudahan rangkaian Internet sendiri serta bersetuju dengan pembangunan perisian dalam kursus mereka. Berdasarkan kepada masalah dan keperluan pelajar kejuruteraan terhadap perisian pembelajaran maka kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian sokongan pembelajaran yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan menagani masalah dan memenuhi tuntutan pelajar kejuruteraan di Politeknik. Oleh itu, kekurangan atau kelemahan dalam bidang ini menjadi justifikasi kepada keperluan pembangunan e-PBL ReC dalam kajian pembangunan.

1.4

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan membangunkan prototaip perisian pembelajaran sebagai bahan bantu sokongan pembelajaran dalam kursus Electrical Circuits (e-PBL ReC) kepada pelajar kejuruteraan di Politeknik dalam membantu dan mempertingkatkan proses pembelajaran. Kajian ini juga menilai perisian bagi menentukan elemen yang perlu diintegrasikan dan juga penilaian kebergunaan perisian iaitu melihat elemen yang diintegrasikan dapat membantu memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan dalam proses pembelajaran.

14

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai tujuan kajian yang dinyatakan, maka beberapa objektif kajian telah dibentuk iaitu:

a.

mengenal pasti keperluan pengguna terhadap pembangunan perisian yang menjadi kayu ukur dalam mereka bentuk perisian e-PBL ReC

b.

mereka bentuk dan membangunkan perisian berdasarkan keperluan pengguna yang menjadi kayu ukur dalam perisian e-PBL ReC

c.

menilai kebergunaan perisian e-PBL ReC dari segi elemen yang diintegrasikan dalam perisian e-PBL ReC membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran

1.6

PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif kajian di atas, maka terdapat beberapa persoalan kajian yang perlu dijawab iaitu:

a.

Apakah keperluan pengguna terhadap pembangunan perisian yang menjadi kayu ukur dalam mereka bentuk perisian e-PBL ReC?

b.

Bagaimanakah perisian dibangunkan berasaskan keperluan pengguna yang menjadi kayu ukur dalam perisian e-PBL ReC?

c.

Sejauh manakah elemen yang diintegrasikan dalam perisian e-PBL ReC membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran?

1.7

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan kerangka konseptual kajian yang berfokus kepada bagaimana perisian e-PBL ReC direka bentuk supaya membantu memenuhi keperluan

15

dalam proses pembelajaran. Justeru, satu kerangka konseptual kajian telah dirangka oleh pengkaji berdasarkan model reka bentuk berarahan ADDIE seperti di dalam rajah 1.1 yang terdiri daripada beberapa peringkat iaitu analisis (analysis), reka bentuk (design) pembangunan (development), pelaksanaan dan penilaian (implementation & evaluation). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, analisis keperluan yang telah dijalankan sebelum ini untuk mengenal pasti keperluan pelajar dalam kursus Electrical Circuits. Hasil dapatan analisis keperluan dengan pendekatan pedagogi kejuruteraan dan teori pembelajaran, perisian e-PBL ReC dibangunkan untuk memenuhi keperluan kumpulan sasaran ini.

Tiga teori penting yang menjadi rasional kepada reka bentuk e-PBL ReC. Pertama, teori behaviorisme yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan pembentukan tabiat dalam tempoh masa yang menyediakan persekitaran rangsangan jawapan. Oleh itu dalam perisian e-PBL ReC, rangsangan diwakili oleh latihan yang membenarkan pelajar untuk mengamalkan secara berterusan sehingga mereka mencapai tahap penguasaan pembelajaran. Beberapa tips dan jalinan (link) yang

disediakan

dalam

sesetengah

kandungan

perisian

diharapkan

dapat

meningkatkan motivasi pelajar untuk meneroka dan melaksanakan aktiviti yang disediakan.

Kedua, teori kognitif menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku apabila pelajar dapat mengeksploitasi potensi mereka dalam fikiran untuk memproses maklumat (membaca bahan kandungan kursus dan latihan) dengan menggunakan taksonomi Bloom. Perisian e-PBL ReC menyediakan pelbagai kandungan bahan dengan tahap kesukaran yang berbeza yang membolehkan pelajar berlatih dan melaksanakan latihan sendiri dan pada kadar sendiri. Ciri interaktif e-PBL ReC yang menyediakan maklum balas kepada pelajar dan laporan kemajuan pada prestasi mereka serta merta akan membimbing pelajar untuk bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lain mengikut kebolehan mereka dengan latihan yang disediakan.

Akhir sekali, teori konstruktivisme mencadangkan bahawa pembelajaran juga akan berlaku apabila pelajar berinteraksi antara satu sama lain dari segi sosial. Prinsip pembelajaran PBL juga diterapkan sebagai strategi pembelajaran utama dalam

16

perisian ini. Pelajar yang terlibat dalam beberapa siri perbincangan dalam proses pembelajaran dan pertukaran maklumat dan idea tentang apa yang mereka telah lalui dalam penyelesaian masalah, mereka akan lebih memahami senario permasalahan tersebut. Perisian e-PBL ReC menyediakan forum atas talian supaya pelajar dapat membincangkan senario permasalahan. Selain itu, teori konstruktivisme melibatkan proses minda yang aktif supaya individu dapat membina pengetahuan apabila pemikiran mereka diuji. Maka, pelajar dapat membina pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti yang disediakan dengan pengendalian sendiri perisian oleh pelajar serta dapat mengembangkan semula maklumat yang telah diperoleh dengan menggunakan pemikiran yang aktif serta pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk berbincang dan menyelesaikan masalah daripada senario masalah yang dipaparkan pada perisian. Huraian terhadap langkah kerja yang terlibat di dalam model reka bentuk bererahan ADDIE dibincangkan seperti di bawah:

a.

Analisis (Analysis)

Peringkat analisis ini melibatkan kajian analisis keperluan iaitu elemen yang diperlukan oleh pelajar, tenaga pengajar dan pakar dalam reka bentuk perisian dikenal pasti serta keperluan dan aspek pembangunan lain yang perlu dipertimbangkan dari segi: 

Kumpulan sasaran



Topik pembelajaran



Objektif atau hasil pembelajaran



Keperluan Pelajar

17

ANALISIS

REKA BENTUK

Keperluan/Aspek Pembangunan

Teori Pembelajaran:  Teori Konstruktivisme  Teori Behavorisme  Teori Kognitivisme

Prinsip Pembelajaran Teori Konstruktivisme: - interaksi sosial - prinsip PBL Teori Behavorisme: -stimulus-response -repetition -rewards & punishment Teori Kognitivisme: -Aras pemikiran (rendah, pertengahan dan tinggi)

PEMBANGUNAN N

PELAKSANAAN & PENILAIAN

Prototaip Perisian e-PBL ReC

a) Penilaian e-PBL ReC b) Kebergunaan Perisian

Rajah 1.1 Kerangka konseptual e-PBL ReC

18



Keperluan tenaga pengajar



Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Hasil dapatan kajian analisis keperluan ini akan dijadikan kayu ukur bagi mereka bentuk perisian pembelajaran.

b.

Reka Bentuk (Design)

Pada peringkat reka bentuk, terdapat beberapa aspek penting yang diambil kira dalam mereka bentuk perisian berdasarkan rumusan analisis keperluan yang telah dilaksanakan serta beberapa teori pembelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk perisian merujuk kepada aspek penting daripada teori pembelajaran dan peringkat ini melibatkan beberapa langkah kerja seperti berikut: 

Reka bentuk aktiviti pembelajaran



Reka bentuk struktur organisasi kandungan



Reka bentuk papan cerita

c.

Pembangunan (Development)

Pada peringkat pembangunan, beberapa aspek yang dibincangkan dalam peringkat reka bentuk digunakan sebagai garis panduan untuk membangunkan perisian dan beberapa perkara telah diberi tumpuan dalam peringkat ini seperti dibawah : 

Keperluan perkakasan dan perisian pengarangan



Penggunaan elemen teknologi multimedia



Menghasilkan media penyampaian maklumat



Membangunkan prototaip perisian e-PBL ReC

d.

Pelaksanaan dan Penilaian (Implementation & Evaluation)

Peringkat pelaksanaan melibatkan proses penggunaan perisian dalam proses pembelajaran dan penilaian ke atas perisian yang melibatkan penilaian formatif dan

19

penilaian sumatif. Penilaian formatif (pengujian alfa) melibatkan maklum balas daripada pakar, tenaga pengajar dan pelajar yang akan menentukan elemen utama antara muka yang perlu diintegrasikan di dalam perisian e-PBL ReC dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Penilaian sumatif (pengujian beta) pula melibatkan penilaian kebergunaan perisian e-PBL ReC dengan menilai sejauh mana elemen yang diintegrasikan di dalam perisian membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual.

1.8

KERANGKA KONSEP PROSES PEMBELAJARAN

Kerangka konsep proses pembelajaran ini bertujuan untuk membincangkan idea utama kajian dan proses pembelajaran yang akan dilalui oleh pelajar semasa menggunakan perisian ini. Menurut Supyan (2011), pembelajaran adalah satu proses dan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Pembelajaran formal biasanya berlaku di dalam kelas di mana pelajar telah memenuhi objektif yang telah ditetapkan selepas dapat melaksanakan tugas yang dijangkakan atau tingkah laku pada akhir pengajaran. Malah pembelajaran juga boleh berlaku dalam zon tertentu di mana yang dipanggil zon perkembangan proksimal atau zone of proximal development (ZPD) (Vygotsky 1978). Vygotsky mentakrifkan ZPD adalah jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah bebas dan tahap pembangunan yang berpotensi seperti yang ditentukan melalui penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau kerjasama dengan rakan yang lebih mampu.

Vygotsky percaya bahawa apabila pelajar berada di ZPD untuk tugas tertentu, menyediakan sokongan yang sesuai atau bantuan (scaffolding) akan memberikan pelajar beberapa motivasi untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Apabila pelajar dengan bantuan pakar menguasai tugasan, pakar kemudian boleh dikeluarkan dan pelajar akan dapat menyelesaikan tugas sendiri. Pada peringkat awal satu latihan sedikit dan pakar dari orang lebih berpengetahuan boleh membantu pelajar untuk berjaya dalam tugas yang diberikan yang sebaliknya akan menjadi terlalu sukar untuk pelajar.

20

Potential Zone

Actual Development Zone

e-PBL ReC

Rajah 1.2 Kerangka konsep proses pembelajaran e-PBL ReC Sumber: Adaptasi dari Supyan, 2011

Secara logiknya, saiz ZPD boleh diperbesar dan diperluaskan jika pelajar kejuruteraan diberi peluang untuk mendapat akses kepada maklumat dan bahan kandungan kursus serta juga untuk melakukan lebih banyak latihan pada apa yang telah diajar (Supyan 2011) secara sendirian atau kumpulan. Malah proses pembelajaran kejuruteraan tidak terhad di dalam bilik kuliah tetapi boleh terus berlaku dalam suasana yang konvensional iaitu pelajar bersama secara fizikal selepas waktu kuliah. Justeru, dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ZPD boleh dikembangkan dalam proses pembelajaran. Jika TMK disepadukan dengan baik dalam pembelajaran, pelajar mungkin boleh pergi di luar zon pembelajaran yang ditetapkan. Zon potensi boleh memupuk bukan sahaja pembelajaran tetapi juga pemerolehan.

21

Berdasarkan rajah 1.2 di atas dari segi konsepnya garisan tebal (actual development zone) mewakili zon pembelajaran yang ditetapkan oleh tenaga pengajar dalam kurikulum manakala garis putus mewakili zon potensi (potential zone) yang ditentukan oleh pelajar. Dengan sokongan perisian pembelajaran e-PBL ReC yang diintegrasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang memenuhi keperluan pelajar, pelajar boleh melanjutkan dan membesarkan ZPD mereka sendiri. Dalam zon potensi ini, proses pembelajaran kejuruteraan berkembang kerana pelajar boleh menggunakan bahan yang sedia ada di Internet dan berkongsi bahan dengan ahli di dalam perisian ini. Dalam potential zone pelajar akan melalui tahap pembelajaran PBL dengan meneroka pelbagai aktiviti sokongan di mana bermula dengan problem identification, idea generation, learning issues, self directed learning, synthesis and application dan reflection and feedback.

1.9

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini menumpukan pada pembangunan perisian pembelajaran sokongan yang mana bertujuan agar pelajar dapat mempertingkatkan proses pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi terkini yang sesuai dalam kursus. Justeru, perisian yang dibangunkan dalam kajian ini amat penting serta memberi kelebihan utama kepada:

1.9.1 Pelajar Kejuruteraan di Politeknik

Perisian yang dibangunkan diharap dapat membantu pelajar mempertingkatkan proses pembelajaran dan dapat mengaitkan hubungan konsep kejuruteraan dengan kehidupan seharian serta kerjaya masa depan pelajar, menggalakkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi antara pelajar, malah membantu membentuk kemahiran berfikir pada aras tinggi serta membantu dalam memantapkan kemahiran pelajar dalam melakukan proses analisis, sintesis dan penilaian terhadap senario permasalahan yang dikemukakan dengan penggunaan teknologi Internet serta teknologi multimedia bagi menyampaikan kandungan kursus.

22

1.9.2 Tenaga Pengajar

Perisian pembelajaran yang dibangunkan diharap dapat membantu tenaga pengajar mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar dalam kursus. Malah, perisian yang dibangunkan ini diharap membantu tenaga pengajar membawa pelajar dalam mengaitkan hubungan konsep kejuruteraan dengan kehidupan seharian serta kerjaya masa depan pelajar. Selain itu, perisian yang dibangunkan diharap dapat membantu tenaga pengajar berhubung dengan pelajar

di luar waktu kuliah serta memberi

peluang kepada pelajar menerokai aktiviti pembelajaran untuk pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

1.9.3 Pihak Politeknik

Perisian yang dibangunkan juga diharap dapat membantu pihak Politeknik di Malaysia disebabkan perisian yang menggunakan strategi pembelajaran PBL sebagai strategi utama akan menjadi satu panduan dan rujukan dalam memenuhi keperluan transformasi

pengajaran dan pembelajaran di Politeknik yang bertumpu kepada

pembelajaran berpusat pelajar dan pendekatan PBL serta penggunaan TMK amat digalakkan dalam kalangan tenaga pengajar. Selain itu, kajian ini penting bagi memenuhi beberapa kekurangan perisian pembelajaran sedia ada dan diharap dapat membantu pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis epembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dalam penjanaan perisian pembelajaran yang lebih bermakna dalam pelbagai peringkat dan bidang.

1.9.4 Pembangun Perisian Pembelajaran

Perisian yang dibangunkan ini juga dapat memberi panduan dan rujukan kepada pembangun perisian pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan yang diinginkan oleh pengguna, di samping memberi idea dalam mereka bentuk perisian yang memberi penekanan kepada aktiviti pembelajaran seperti penggunaan pendekatan PBL dalam kajian ini.

23

1.10

DEFINISI OPERASIONAL

Beberapa definisi yang digunakan di dalam kajian ini disenaraikan seperti di bawah:

1.10.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Menurut Baharuddin (2002) pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurutnya lagi, PBK boleh digunakan untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah iaitu program terancang untuk pembelajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer. Menurut Jonassen (1988) PBK digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk interaktif yang mana pelajar dapat memberi maklum balas terhadap maklumat yang dipaparkan oleh komputer. Berdasarkan kajian ini, PBK ialah satu perisian pembelajaran yang digelar e-PBL ReC dibangunkan bagi membantu dan mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar kejuruteraan.

1.10.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning (PBL)

Pembelajaran berasaskan masalah ataupun Problem based learning (PBL) merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

dimana konsep PBL

melibatkan

pembelajaran berasaskan proses memahami ataupun proses menyelesaikan masalah (Barrows & Tamblyn 1980; Hmelo-Silver 2004; Tse & Chan 2003). Titik permulaan pembelajaran dalam pendekatan PBL menggunakan masalah sebenar dan pelajar akan memperoleh pengetahuan melalui proses penyelesaian masalah tersebut (Barrows & Tamblyn 1980; Hmelo-Silver 2004; Norman & Schmidt 2000; Tse & Chan 2003). Dalam kajian ini, prinsip daripada pendekatan PBL seperti penggunaan permasalahan autentik, pembelajaran secara kolaboratif, pembelajaran berpusatkan pelajar diterapkan di dalam reka bentuk perisian e-PBL ReC.

24

1.10.3 Pembelajaran Berasaskan Web

Pembelajaran berasakan web merupakan suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan hipermedia yang dikumpulkan sebagai suatu sumber pembelajaran di dalam medium web untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan (Khan 1998). Menurut Baharuddin (2002) pembelajaran berasaskan web sebagai suatu medium penghantaran maklumat yang terdiri daripada pelbagai jenis maklumat dan tajuk serta nod yang disusun bagi memudahkan pencapaian maklumat. Dalam kajian ini, pembelajaran berasakan web direka bentuk dengan mengumpulkan aktiviti pembelajaran yang memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan.

1.10.4 Multimedia Multimedia

merupakan

penggunaan komputer

bagi

mempersembahkan

dan

menggabungkan teks, grafik, audio dan video yang menghubungkan dengan alatan yang

membolehkan

pengguna

mengarah,

berinteraksi,

mereka

cipta

dan

berkomunikasi (Hofstetter & Fox 1997; Jamaludin 2005). Menurut Baharuddin (2002) multimedia merujuk kepada gabungan pelbagai media seperti teks, grafik,audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer. Dalam kajian ini, multimedia merupakan media pembelajaran dan bahan bantu pembelajaran yang dibangunkan dalam bentuk perisian pembelajaran dengan mengintegrasikan dengan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio serta video bagi tujuan memaparkan kandungan kursus kejuruteraan kepada pelajar.

1.10.5 Kebergunaan Kebergunaan dilihat berkait dengan pengalaman pengguna menggunakan atau menerima sebarang servis atau bantuan. Namun dalam konteks kajian ini, kebergunaan adalah merujuk kepada persepsi penerima bantuan iaitu pelajar terhadap perisian yang dibangunkan sama ada membantu memenuhi keperluan pelajar di dalam proses pembelajaran.

228

RUJUKAN

Abdul, G. & Mohamad, N. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Albion, P. 2000. Interactive Multimedia Problem-Based Learning for Enhancing PreService Teachers' Self-Efficacy Beliefs About Teaching with Computers: Design, Development and Evaluation. Tesis University of Southern Queensland. Albion, P. 2010. Learning Recursively: Integrating PBL as an Authentic Problem Experience [Plenary Presentation]. Albion, P. R. 2003. PBL+ IMM= PBL^ 2: Problem Based Learning and Interactive Multimedia Development. Journal of Technology and Teacher Education 11(2): 243-258. Albion, P. R. & Gibson, I. W. 1998. Interactive Multimedia and Problem-Based Learning: Challenges for Instructional Design. Alessi, S. M. & Trollip, S. R. 2001. Multimedia for Learning. Alessi, S. M. & Trollip, S. R. 2001. Multimedia for Learning. Methods and development 3. Alias, M. 2012. The Effects of Problem Based Learning on Knowledge Acquisition, Critical Thinking, and Intrinsic Motivation of Electrical Engineering Students. Tesis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Alias, M. & Sulaiman, Y. 2012. The Impact of Instructional Methods on Critical Thinking: A Comparison of Problem-Based Learning and Conventional Approach in Engineering Education. ISRN Education 2012. Alias, M., Yamin, S. & Aris, R. 2011. The Effect of Problem Based Learning on Students' Intrinsic Motivation in the Polytechnic's Electrical Engineering Course. 776-779. Alias, N. & Siraj, S. 2012. Design and Development of Physics Module Based on Learning Style and Appropriate Technology by Employing Isman Instructional Design Model. Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET 11(4): 84-93. Ary, D. J. 1990. Lc & Razavier, A.(1990). Introduction to Research in Education, Fort Worth: Harcourt Brace College. Awang, H. & Ramly, I. 2008. Creative Thinking Skill Approach through ProblemBased Learning: Pedagogy and Practice in the Engineering Classroom. International Journal of Human and Social Sciences 3(1): 18-23.

229

Baharuddin, A. 2002. Reka Bentuk Perisian Multimedia. Penerbit UTM. Barrows, H. S. 1986. A Taxonomy of Problem‐Based Learning Methods. Medical education 20(6): 481-486. Barrows, H. S. 1996. Problem‐Based Learning in Medicine and Beyond: A Brief Overview. New directions for teaching and learning 1996(68): 3-12. Barrows, H. S. & Tamblyn, R. M. 1980. Problem-Based Learning: An Approach to Medical Education. Springer Publishing Company. Boud, D. & Feletti, G. 1998. The Challenge of Problem-Based Learning. Routledge. Bridges, E. M.1992. Problem Based Learning for Administrators. ERIC. Brodeur, D. R., Young, P. W. & Blair, K. B. 2002. Problem-Based Learning in Aerospace Engineering Education. 16-19. Brodie, L. 2009. E-problem-Based Learning: Problem-Based Learning Using Virtual Teams. European Journal of Engineering Education 34(6): 497-509. Bruner, J. S. 1973. Beyond the Information Given: Studies in the Psychology of Knowing, Jeremy M. Anglin, Ed, WW Norton & Co., New York. Bryman, A. & Bell, E. 2011. Business Research Methods 3e. Oxford university press. Chan, L. K., Lu, J., Ip, M. S. M. & Yip, A. L. M. 2012. Effects of Video Triggers on the PBL Process. Problem-Based Learning in Clinical Education 139-150. Charlin, K. 1998. The Many Faces of Problem-Based Learning: A Framework for Understanding and Comparison. Medical Teacher 20(4): 323-330. Cho, K. L. & Jonassen, D. H. 2002. The Effects of Argumentation Scaffolds on Argumentation and Problem Solving. Educational Technology Research and Development 50(3): 5-22. Chua, Y. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1, McGraw Hill Education. Creswell, J. W. 2013. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. Sage. Cunningham, D. & Duffy, T. 1996. Constructivism: Implications for the Design and Delivery of Instruction. Handbook of Research on Educational Communications and Technology. New York, London ua: Simon & Schuster 170-198.

230

Dewitt, D. & Siraj, S. 2010. Design and Development of a Collaborative Mlearning Module for Secondary School Science in Malaysia: Addressing Learners’ Needs of the Use and Perceptions of Technology. Procedia-Social and Behavioral Sciences 2(2): 471-475. Donnelly, R. & Fitzmaurice, M. 2005. Collaborative Project based Learning and Problem Based Learning in Higher Education: A Consideration of Tutor and Student Roles in Learner-Focused Strategies. Emerging Issues in the Practice of University Learning and Teaching. Dublin: AISHE 87-98. Faaizah, S. 2008. Pakej Multimedia Sains (Nutrisi) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Secara Hibrid (C2hadam). Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Faridah, H. 2009. Perisian Kursus Multimedia Interaktif untuk Mata Pelajaran Matematik (Topik Set) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL Maths-Set). Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Farnsworth, C. C. 1994. Using Computer Simulations in Problem Based Learning. Document Resume 145. Fauziah, S. 2011. The Effectiveness of Problem Based Learning (PBL) Online on Students’ Creative and Critical Thinking in Physics at Tertiary Level in Malaysia. Tesis University of Waikato. Felder, R. M. & Silverman, L. K.1988. Learning and Teaching Styles in Engineering Education. Engineering education 78(7): 674-681. Ferreira, M. M. & Trudel, A. R. 2012. The Impact of Problem Based Learning (PBL) on Student Attitudes toward Science, Problem Solving Skills and Sense of Community in the Classroom. The Journal of Classroom Interaction 47(1): 23-30. Fraenkel, J. R., Wallen, N. E. & Hyun, H. H.1993. How to Design and Evaluate Research in Education. McGraw-Hill New York. Gagné, R. M. 1985. The Conditions of Learning and Theory of Instruction. Holt, Rinehart and Winston New York. Gagne, R. M., Wager, W. W., Golas, K. C., Keller, J. M. & Russell, J. D. 2005. Principles of Instructional Design. Performance Improvement 44(2): 44-46. Garcia-Robles, R., Diaz-Del-Rio, F., Vicente-Diaz, S. & Linares-Barranco, A. 2009. An Elearning Standard Approach for Supporting PBL in Computer Engineering. Education, IEEE Transactions on 52(3): 328-339. Gay, L. 1996. Educational Research: Competencies for Analysis and Application. Merrill, Englewood Cliffs, NJ.

231

Gibbings, P. & Brodie, L. 2008. Team Based Learning Communities in Virtual Space. International Journal of Engineering Education 24(6 (Part II)): 1119-1129. Good, T. L. & Brophy, J. E. 1990. Educational Psychology: A Realistic Approach. Longman/Addison Wesley Longman. Gustafson, K. L. & Branch, R. M. 2002. What Is Instructional Design. Trends and issues in instructional design and technology 16-25. Halizah, A. & Ramly, I. 2008. Creative Thinking Skill Approach through Problem Based Learning: Pedagogy and Practice in the Engineering Classroom. International Journal of Human and Social Sciences 3(1): 18-23. Hanafi, A., Sulaiman, F. & Idrus, R. M. 2005. The Effectiveness of Problem Based Learning in the Web Based Environment for the Delivery of an Undergraduate Physics Course. International Education Journal 6(4): 430-437. Harper-Marinick, M. 2001. Engaging Students in Problem Based Learning. Maricopa Centre . Hmelo-Silver, C. E. 2004. Problem Based Learning: What and How Do Students Learn? Educational Psychology Review 16(3): 235-266. Hmelo-Silver, C. E. 2012. International Perspectives on Problem Based Learning: Contexts, Cultures, Challenges, and Adaptations. Interdisciplinary Journal of Problem-based Learning 6(1): 3. Hmelo-Silver, C. E. & Barrows, H. S. 2006. Goals and Strategies of a Problem Based Learning Facilitator. Interdisciplinary Journal of Problem based Learning 1(1): 4. Hmelo-Silver, C. E. & Eberbach, C. 2012. Learning Theories and Problem Based Learning. Problem-Based Learning in Clinical Education 3-17. Hmelo-Silver, C. E., Nagarajan, A. & Derry, S. J. 2006. From Face to Face to Online Participation: Tensions in Facilitating Problem Based Learning. Problem based learning online 61-78. Hoffmann, B. & Ritchie, D. 1997. Using Multimedia to Overcome the Problems with Problem Based Learning. Instructional Science 25(2): 97-115. Hofstetter, F. T. & Fox, P. 1997. Multimedia Literacy with Cd-Rom. McGraw-Hill Higher Education. Huijser, H. & Hasan, J. 2012. Working Towards Innovative Practitioners: Problem Based Learning at Bahrain Polytechnic. 8-17. Hutchinson, T. 1987. English for Specific Purposes. Cambridge University Press.

232

Ismail, K. & Nordin, N. M. 2012. Development of Web Based Basic French Courseware (Easifrench) by Using Content Management System. ProcediaSocial and Behavioral Sciences 64(113-122. Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti. 2008. Pelan Strategi 2005-2010: Engaging Industries, Empowering Communities. [15 September 2012]. Jacobson, M. J. & Spiro, R. J. 1991. Hypertext Learning Environments and Cognitive Flexibility: Characteristics Promoting the Transfer of Complex Knowledge. Proceedings of the International Conference on the Learning Sciences, hlm. 240-245. Jamalludin, H. & Zaidatun, T. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publications. Jamaluddin, H. 2004. Pembinaan dan Penilaian Keberkesanan Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Perguruan. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Teknologi Malaysia. Jamaludin, R. 2005. Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications. Jonassen, D. 2011. Supporting Problem Solving in PBL. Interdisciplinary Journal of Problem based Learning 5(2): 8. Jonassen, D. H. 1988. Designing Structured Hypertext and Structuring Access to Hypertext. Educational technology 28(11): 13-16. Jonassen, D. H. & Hernandez-Serrano, J. 2002. Case Based Reasoning and Instructional Design: Using Stories to Support Problem Solving. Educational Technology Research and Development 50(2): 65-77. Kekkonen Moneta, S. & Moneta, G. B. 2002. e-Learning in Hong Kong: Comparing Learning Outcomes in Online Multimedia and Lecture Versions of an Introductory Computing Course. British Journal of Educational Technology 33(4): 423-433. Khan, B. H. 1997. Web-Based Instruction. Educational Technology. Khan, B. H.1998. Web‐Based Instruction (WBI): An Introduction. Educational Media International 35(2): 63-71. Kim, K. J. & Kee, C. 2012. Evaluation of an e-PBL Model to Promote Individual Reasoning. Medical Teacher (0): 1-6. Koschmann, T., Kelson, A. C., Feltovich, P. J. & Barrows, H. S. 1996. ComputerSupported Problem Based Learning: A Principled Approach to the Use of Computers in Collaborative Learning. CSCL: Theory and practice of an emerging paradigm 83-124.

233

Krishnan, M. & Ruhizan, R. M. Y. 2009. Problem Based Learning in Engineering Education at Malaysian Polytechnics: A Proposal. 122-124. Landis, J. R. & Koch, G. G. 1977. The Measurement of Observer Agreement for Categorical Data. biometrics 159-174. Lowther, D. L. & Morrison, G. R. 2003. Integrating Computers into the Problem Solving Process. New directions for teaching and learning 2003(95): 33-38. Massa, N. M. 2008. Problem Based Learning (PBL). New England Journal of Higher Education 22(5): p19-20. Mayer, R. E. 2005. The Cambridge Handbook of Multimedia Learning. Cambridge University Press. Mcalpine, I. & Allen, B. 2007. Designing for Active Learning Online with Learning Design Templates. Murray, I. & Savin-Baden, M. 2000. Staff Development in Problem Based Learning. Teaching in Higher Education 5(1): 107-126. Neuman, W. L. 2000. Social Research Method. University of Wisconsin at Whitewater Newby, D. 2003. Mediating between Theory and Practice in the Context of Different Learning Cultures and Languages. Council of Europe. Noraini, I. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw Hill (Malaysia). Norazah, M., Mohamed Amin Embi. & Zaidan Abdul Wahab. 2010. Integrasi ePembelajaran dalam P&P di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Norazah, N. & Hong, N. C. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Webquest Bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Information and Communication Technology Subject). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 111-129. Norazah, N. & Tamil Selvan, S. 2013. Problem Based Learning Approach in the Designing of e-Content for Engineering Courses. Asian Social Science 9(10): p300. Norman, G. R. & Schmidt, H. G. 2000. Effectiveness of Problem Based Learning Curricula: Theory, Practice and Paper Darts. Medical education 34(9): 721728. Nunnally, J. 1994. Bernstein. Ih (1994). Psychometric theory O'grady, G., Yew, E. H. J., Goh, K. P. L. & Schmidt, H. G. 2012. One-Day, OneProblem: An Approach to Problem Based Learning. Springer.

234

Park, K. & Park, S. 2012. Development of Professional Engineers' Authentic Contexts in Blended Learning Environments. British Journal of Educational Technology 43(1): E14-E18. Pastirik, P. J. 2006. Using Problem Based Learning in a Large Classroom. Nurse Education in Practice 6(5): 261-267. Patton, M. Q. 1980. Qualitative Evaluation Methods. Patton, M. Q. 2005. Qualitative Research. Wiley Online Library. Perrenet, J., Bouhuijs, P. & Smits, J. 2000. The Suitability of Problem Based Learning for Engineering Education: Theory and Practice. Teaching in Higher Education 5(3): 345-358. Piaget, J. 1971. Biology and Knowledge: An Essay on the Relations between Organic Regulations and Cognitive Processes. Poikela, S., Vuoskoski, P. & Kärnä, M. 2007. International Problem Based Learning Syposium, Singapore. Rahman, M. B. B. H. A., Ismail, H. N. & Daud, K. a. M. 2011. e-Library and Learning Object System (EL-Los): An Alternative Online Library and Learning Tools at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Journal of Business and Social Science 2(2): 99-104. Reeves, T. C. & Laffey, J. M. 1999. Design, Assessment, and Evaluation of a Problem Based Learning Environment in Undergraduate Engineering. Higher Education Research & Development 18(2): 219-232. Rice, M. L. & Wilson, E. K. 1999. How Technology Aids Constructivism in the Social Studies Classroom. The Social Studies 90(1): 28-33. Ruhizan, Y., Mustapha, R. & Zaharim, A. 2009. Promoting Creativity through Problem Oriented Project Based Learning in Engineering Education at Malaysian Polytechnics: Issues and Challenges. 253. Said, S., Adikan, F. R. M., Mekhilef, S. & Rahim, N. A. 2005. Implementation of the Problem Based Learning Approach in the Department of Electrical Engineering, University of Malaya. European Journal of Engineering Education 30(1): 129-136. Salleh, B. M., Othman, H., Esa, A. & Sulaiman, A. 2007. Adopting Problem Based Learning in the Teaching of Engineering Undergraduates: A Malaysian Experience. 3-7.

235

Salleh, N. A., Nordin, N. M. & Rashid, A. K. A. 2012. Bilingual Multimedia Software Development Concept (IM-SMART Safety) as an Alternative Media for Presenting Information to Foreign Workers During Safety Course in the Malaysian Construction Industry. International Journal of Business and Social Science 3(20): 190-197. Savery, J. R. & Duffy, T. M. 1996. Problem Based Learning: An Instructional Model and Its Constructivist Framework. Constructivist learning environments: Case studies in instructional design 135-148. Savin-Baden, M. 2000. Problem Based Learning in Higher Education: Untold Stories. Society for Research into Higher Education. Savin-Baden, M. & Gibbon, C. 2006. Online Learning and Problem Based Learning: Complementary or Colliding Approaches. Problem-based learning online 126-139. Sekaran, U. 2006. Research Methods for Business: A Skill Building Approach. John Wiley & Sons. Sendag, S. & Ferhan Odabasi, H. 2009. Effects of an Online Problem Based Learning Course on Content Knowledge Acquisition and Critical Thinking Skills. Computers & Education 53(1): 132-141. Seng, T. O. 2000. Thinking Skills, Creativity and Problem Based Learning. Temasek Polytechnic Singapore. Simons, K. D. & Klein, J. D. 2007. The Impact of Scaffolding and Student Achievement Levels in a Problem Based Learning Environment. Instructional Science 35(1): 41-72. Skinner, B. 1985. Cognitive Science and Behaviourism. British Journal of Psychology 76(3): 291-301. Song, C. R. 2002. Literature Review for Hypermedia Study from an Individual Learning Differences Perspective. British Journal of Educational Technology 33(4): 435-447. Supyan, H. 2011. Creating a Bigger ZPD for ESL Learners Via Online Forum in Malaysia. College Teaching Methods & Styles Journal (CTMS) 4(11): 1-10. Tamil Selvan, S., Nordin, N. & Krishnan, M. 2013. e-Content Development in Engineering Courses: Students Needs and Readiness. International Journal of Business and Social Science 4(6): 282-288. Thanabalan, T. V., Siraj, S. & Alias, N. 2014. Development of a Responsive Literacy Pedagogy Incorporating Technology for the Indigenous Learners in Malaysia. Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET 13(2): 44-53.

236

Torp, L. & Sage, S. 1998. Problems as Possibilities: Problem Based Learning for K12 Education. Association for Supervision & Curriculum Development. Tse, W. & Chan, W. 2003. Application of Problem Based Learning in an Engineering Course. International Journal of Engineering Education 19(5): 747-753. Tseng, K., Chang, C. C. & Lou, S. J. 2011. The Process, Dialogues, and Attitudes of Vocational Engineering High School Students in a Web Problem Based Learning (WPBL) System. Tseng, K. H., Chiang, F. K. & Hsu, W. H. 2008. Interactive Processes and Learning Attitudes in a Web Based Problem Based Learning (PBL) Platform. Computers in Human Behavior 24(3): 940-955. Van Berkel, H. J. M. & Dolmans, D. H. J. M. 2006. The Influence of Tutoring Competencies on Problems, Group Functioning and Student Achievement in Problem Based Learning. Medical education 40(8): 730-736. Vygotsky, L. S. 1978. Mind and Society: The Development of Higher Mental Processes, Cambridge, MA: Harvard University Press. Wee, K. N. L. 2004. Jump Start Authentic Problem Based Learning. Pearson/Prentice Hall. Yusof, K. M., Tasir, Z., Harun, J. & Helmi, S. A. 2005. Promoting Problem Based Learning (PBL) in Engineering Courses at the Universiti Teknologi Malaysia. Global J. of Engng. Educ 9(2): 175-184. Zydney, J. M. 2005. Eighth-Grade Students Defining Complex Problems: The Effectiveness of Scaffolding in a Multimedia Program. Journal article by Janet Mannheimer Zydney; Journal of Educational Multimedia and Hypermedia 14.

Suggest Documents