Jadual Kandungan. Perusahaan Beretika 3 Pengenalan 4 Tentang Tatakelakuan 4

Tatakelakuan Jadual Kandungan Perusahaan Beretika 3 Pengenalan 4 Tentang Tatakelakuan 4 INTEGRITI PRODUK DAN KEWANGAN 5 Rekod Kewangan, ...
Author: Kenneth Dalton
15 downloads 0 Views 2MB Size
Tatakelakuan

Jadual Kandungan Perusahaan Beretika

3

Pengenalan

4

Tentang Tatakelakuan

4

INTEGRITI PRODUK DAN KEWANGAN

5

Rekod Kewangan, Kawalan dan Penipuan

5

Maklumat Dalaman

7

Kualiti dan Keselamatan Produk

10

AMALAN PERNIAGAAN

12

Anti Rasuah dan Anti Sogokan

12

Konflik Kepentingan dan Hadiah

14

Persaingan Adil dan Saksama (Anti Monopoli)

17

PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

19

Peluang Pekerjaan Sama Rata

19

Anti Gangguan

21

Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

23

Maklumat Sulit dan Keselamatan Data

25

Sistem Maklumat Elektronik

28

Melindungi Aset Syarikat

30

Aktiviti Politik

31

Prosedur Pelaporan

33

Pengakuan

35

3

Perusahaan Beretika Brunswick terus komited untuk melaksanakan perniagaan dengan penuh berintegriti. Bagi memastikan semua pekerja dapat membuat keputusan yang bijak dan beretika, Tatakelakuan Brunswick menjadi sumber garis panduan yang lengkap dengan panduan amali. Tatakelakuan ini merangkumi pelbagai topik yang berkaitan dengan nilai syarikat dan mematuhi keperluan undang-undang. Kami menggalakkan semua pekerja untuk selalu menjadikan Tatakelakuan ini sebagai sumber rujukan apabila berurusan dengan Pegawai Etika sekiranya ada sebarang kemusykilan. Teras strategik perniagaan ini akan memastikan kita sentiasa mengamalkan nilai etika kita apabila perniagaan syarikat mula berkembang dan menuju ke peringkat global. Bagi menjadikan syarikat ini “Rakan Terbaik” [“Be the Best Partner”], kita mesti bertindak penuh integriti dengan cara membuat pilihan yang betul dan bertanggungjawab atas setiap tindakan kita. Apabila kita bertindak dengan penuh integriti, kita dapat meningkatkan reputasi pada pandangan para pemegang saham, pelanggan, wakil penjual, rakan perniagaan, pembekal, komuniti, pegawai kerajaan dan rakan sekerja. “Budaya Menang” [“Winning Culture”] boleh dilaksanakan dengan cara kita menilai perbezaan dalaman syarikat atau dalam kalangan rakan perniagaan dan pelanggan kita. Kita juga perlu melayan semua orang dengan rasa hormat, bermaruah dan adil. Persekitaran kerja yang positif akan mewujudkan rasa hormat dan kepercayaan mutual di samping menggalakkan permuafakatan dengan komunikasi yang jujur dan terbuka. Kita akan terus berusaha mengukuhkan dan menjadikan syarikat sebagai “Peneraju Produk” [Product Leader”] dengan melaksanakan tindakan yang betul dan mencapai hasil perniagaan yang positif. Perniagaan kita mendapat kepercayaan pelanggan kerana kita mengamalkan sifat tertanggungjawaban, sentiasa menunjukkan nilai bersama yang mampan serta memenuhi semua komitmen kita. Semua nilai etika dalam teras strategik adalah sebahagian daripada Tatakelakuan Brunwick. Ia adalah rangka kerja perlaksanaan dan pencapaian komitmen kita untuk menjalankan perniagaan penuh integriti. Integriti memerlukan keberanian moral dan turut membantu kita mencapai matlamat perniagaan dengan cara yang betul. Yang benar,

Mark D. Schwabero

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunswick Corporation

4

PENGENALAN Integriti adalah asas perniagaan kita di seluruh dunia. Tatakelakuan Brunswick Corporation membantu dalam mentakrifkan tingkah laku kita sebagai wakil global Brunswick Corporation. Kita semua perlu bertanggungjawab terhadap prinsip Tatakelakuan, terhadap dasar Syarikat dan terhadap undang-undang. Pelanggaran mungkin mengakibatkan tindakan displin, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan. Oleh sebab kejayaan kita berkait rapat dengan reputasi kita, kita perlu melindungi reputasi tersebut. Apabila kita terus menggalakkan budaya etika dan pematuhan, kita meningatkan peluang kita untuk berjaya

TENTANG TATAKELAKUAN Penggunaan istilah “Brunswick” dalam seluruh Tatakelakuan merujuk kepada Brunswick Corporation, divisyen, subsidiari dan rangkaiannya di seluruh dunia. Tatakelakuan ini terguna pakai kepada semua pekerja Brunswick, dan menjangkau sehingga Lembaga Pengarah Brunswick, vendor, pembekal dan ejen. Tatakelakuan ini bukanlah kontrak, dan tidak mengubah hubungan antara Brunswick dan pekerjanya, dan tidak menjamin pekerjaan bagi sebarang tempoh masa yang tertentu. Tatakelakuan ini boleh dipinda atau diubah oleh Syarikat pada bila-bila masa. Syarikat ini tertakluk kepada undang-undang kebanyakan negara di seluruh dunia. Pekerja perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan dan pengawalseliaan yang berkenaan. Jika sebarang peruntukan Tatakelakuan atau dasar lain bercanggah dengan undang-undang berkaitan, undang-undang tersebut akan diguna pakai. Tatakelakuan ini menggantikan Membuat Pilihan Tepat: Panduan Brunswick Untuk Tingkah Laku di Tempat Kerja (“Panduan ini”). Sebarang rujukan kepada Panduan dasar Brunswick perlu dianggap merujuk kepada topik yang sama dalam Tatakelakuan ini.

Integriti Produk dan Kewangan Rekod Kewangan, Kawalan dan Penipuan

P

elabur, pemiutang dan lain-lain pihak mempunyai kepentingan yang sah dalam integriti maklumat kewangan dan perakaunan kita. Brunswick komited untuk memastikan laporan kewangan dan rekod perakaunan tepat, lengkap dan benar, dan menggunakan sistem kawalan yang sesuai. Sentiasa merekod dan mengklasifikasikan transksi dalam tempoh perakaunan yang betul dan dalam jabatan dan akaun yang sesuai. Pastikan semua laporan kepada pihak berkuasa pengawalseliaan adalah penuh, adil, tepat, tepat pada masa dan boleh difahami. Jangan sekali-kali memalsukan atau memutar belitkan sifat sebenar sesuatu transaksi. Menyimpan rekod yang betul termasuk bukan hanya rekod yang tersedia untuk pihak ketiga, tetapi juga rekod dalaman seperti rekod masa bekerja, laporan perbelanjaan, borang tuntutan manfaat dan bahan permohonan kerja. Kita tidak boleh sekali-kali memperdaya atau menipu sesiapa, atau memalsukan fakta. Aktiviti penipuan bukanlah suatu kesilapan—ia adalah tindakan secara sengaja memberikan gambaran yang salah atau menyembunyikan fakta. Brunswick tidak bertolak ansur terhadap pekerja yang terlibat dalam sebarang rancangan untuk menipu wang atau harta seseorang.



KOTAK ALATAN

Contoh Kawalan dan Perekodan Tidak Betul 

Seorang pengurus jualan menganggarkan dia tidak akan mencapai sasarannya bulan itu. Untuk memenuhi perbezaan itu, dia menyewa gudang untuk menerima produk kemudian merekodkan penghantaran ke gudang itu sebagai jualan.



Seorang pengurus bil tidak menyemak semula bil yang direkodkan pada setiap hujung bulan perakaunan untuk memastikan jualan telah direkodkan pada tempoh yang betul.



Seorang pengurus mengubah invois dari suku tahun terdahulu untuk menjadikannya kelihatan perlu dibayar pada suku tahun ini untuk memenuhi peruntukan beliau.

Contoh Penipuan 

Memalsukan atau mengubah cek..



Memalsukan laporan.



Seorang pekerja menggunakan kad kredit korporatnya untuk membayar perbelanjaan peribadi.



Mencatatkan nilai aset atau liabiliti yang diketahui kurang atau lebih daripada nilai sebenarnya.



Menaikkan angka jualan akhir tahun dengan menghantar inventori yang diketahui akan rosak atau “tidak mematuhi” dan akan dipulangkan.



Memalsukan maklumat laporan perbelanjaan hiburan dan perjalanan.



Seorang pemasang bot dengan tidak wajar mengambil sesetengah bahagian yang rosak, kemudian membawa pulang bahagian itu dan, lama kelamaan mengumpul cukup bahagian untuk memasang bot sendiri.



Mengubah, mengeluarkan atau menghapuskan dokumen kecuali sejajar dengan dasar.



Seorang jurutera menyalin perisian komputer ke dalam banyak komputer Syarikat walaupun hanya satu lesen/salinan tulen perisian tersebut telah dibeli.



Menggelapkan aset atau menyalahgunakan harta Syarikat.



Seorang pekerja menyerahkan laporan perbelanjaan yang termasuk perbelanjaan perjalanan daripada perjalanan peribadi.

5

Integriti Produk dan Kewangan

6

S&J S Baru-baru ini, saya mengetahui bahawa sesetengah bayaran direkodkan sebagai pengiklanan tetapi sepatutnya untuk hiburan. Oleh sebab jumlah yang dibelanjakan tepat, adakah menjadi masalah jika pengekodan perbelanjaan tersebut tidak tepat? J Ya. Buku kita perlu disimpan dengan huraian tepat dan menggambarkan sepenuhnya semua transaksi kita. Transaksi salah atau memberi gambaran salah tentang kewangan melanggar Tatakelakuan dan dasar Brunswick, dan mungkin melanggar undang-undang. S Baru-baru ini, saya menggabungkan perjalanan perniagaan dan perjalanan peribadi, dan secara tidak sengaja saya menggunakan kad kredit korporat bagi makan malam keluarga. Apakah yang patut saya lakukan? J Kad kredit korporat hanya untuk perbelanjaan perniagaan sahaja. Jika anda secara tidak sengaja membayar perbelanjaan peribadi menggunakan kad kredit korporat anda, pastikan anda merekod caj tersebut dengan tepat sebagai peribadi pada akaun perbelanjaan anda dan, sudah tentu, anda bertanggungjawab untuk membayar jumlah penuh sebelum tarikh tempoh. S Saya telah diminta oleh penyelia saya untuk menandatangani rekod kewangan yang saya percaya tidak tepat, tetapi penyelia saya menegaskan bahawa rekod itu adalah benar. Apakah yang patut saya lakukan? J Jangan sekali-kali menandatangani rekod perniagaan jika anda percaya ia tidak lengkap, tepat dan sahih. Syarikat juga melarang penyelia anda atau orang lain daripada mempengaruhi, memaksa atau memanipulasi anda atau sesiapa untuk memberikan rekod tidak tepat. Anda perlu berkongsi kebimbangan anda dengan penyelia dan/atau membuat laporan kepada Syarikat melalui salah satu daripada cara yang digariskan dalam Tatakelakuan. S Saya sedang menyediakan laporan kewangan bagi audit suku tahun kedua. Pasukan jualan kami sedang bekerja untuk menutup jualan yang tidak akan selesai sehingga minggu pertama suku tahun ketiga. Sekiranya saya pasti bahawa perjanjian itu akan berjaya, bolehkah saya mempercepatkan rekod hasil daripada projek ini ke dalam pendapatan suku tahun kedua? J Tidak. Ini adalah penipuan dan pemalsuan rekod kewangan, yang melanggar Tatakelakuan dan dasar Syarikat. Semua maklumat kewangan yang kita rekod perlulah tepat dan lengkap. S Saya mendapat peluang kenaikan pangkat dan saya menyenaraikan ijazah sarjana muda pada permohonan saya, walaupun saya sebenarnya tidak pernah mendapat ijazah. Saya hanya kurang beberapa jam kredit, tetapi saya telah mengambil semua kursus yang paling penting. Adakah saya perlu berterus-terang? J Ya. Adalah penipuan jika anda menyatakan ijazah yang tidak pernah anda terima. Anda perlu memaklumkan kepada pengurus pengambilan tentang tindakan anda dan hakikat bahawa anda sebenarnya tidak mempunyai ijazah. S Semasa lawatan perniagaan baru-baru ini, saya merancang untuk mengambil teksi dari lapangan terbang ke hotel tetapi hotel menyediakan perkhidmatan pergi balik percuma. Bolehkah saya masukkan $20 yang sepatutnya dibelanjakan untuk membayar teksi ke dalam laporan perbelanjaan saya? J Tidak. Ia adalah penipuan untuk memasukkan butiran ke dalam laporan perbelanjaan anda yang tidak berlaku secara sah semasa lawatan perniagaan anda.

Dasar yang berkaitan Perbelanjaan Perjalanan dan Perniagaan Pekerja Yang Boleh Dibayar Balik (X.00.02) Dasar Pemberi Maklumat (E.02.03) Anti Rasuah dan Anti Sogokan (L.01.03)

Integriti Produk dan Kewangan

7

Maklumat Dalaman

B

agi melakukan pekerjaan kita dengan berkesan, kita mungkin kadang kala mengakses kepada maklumat yang tidak tersedia untuk orang di luar Brunswick. Sering kali, maklumat bukan umum atau “maklumat dalaman”, data kewangan tertentu, bahan teknikal dan rancangan masa depan, sebagai contoh, bahan atau sesuatu yang akan mempengaruhi seorang individu untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti. Sesiapa yang mempunyai maklumat bahan dalaman tentang Brunswick, seperti pekerja, pembekal, pelanggan atau pesaing, mesti menyimpannya secara rahsia dan tidak boleh menggunakannya untuk keuntungan peribadi atau memberikannya kepada orang lain. Jual beli dalam sekuriti Brunswick (seperti saham biasa, pilihan atau sekuriti di pasaran yang lain) atau sekuriti mana-mana syarikat lain berdasarkan pengetahuan maklumat dalaman anda, atau berkongsi maklumat dalaman dengan pihak lain supaya mereka boleh berdagang di sekuriti itu, ia bukan sahaja tidak adil dan tidak jujur, ia juga tidak sah di sisi undang-undang. Tiada perbezaan jika anda berkongsi maklumat bahan dalaman dengan sengaja atau tidak sengaja, atau dalam bentuk komunikasi bersemuka, bertulis, menerusi Internet atau e-mel (di dalam atau di luar Syarikat). Berkongsi maklumat itu supaya orang lain boleh jual beli di sekuriti Brunswick adalah menyalahi undang-undang. Brunswick membuat pendedahan maklumat awam dengan mengeluarkan pernyataan surat akhbar dan/atau dengan memfailkan laporan dengan Suruhanjaya Pertukaran dan Sekuriti Amerika Syarikat (United States Securities and Exchange Commission). Kemudian, maklumat akan disiarkan di www.brunswick.com. Sebaik sahaja maklumat didedahkan dengan betul, ahli lembaga, kakitangan dan keluarga yang rapat dan ahli keluarga mereka mesti menunggu satu hari perniagaan selepas hebahan umum sebelum membeli atau menjual sekuriti Brunswick.

BERKOMUNIKASI DENGAN MEDIA DAN KOMUNITI KEWANGAN Kakitangan Brunswick tidak boleh membuat pernyataan umum kepada pihak media bagi pihak Syarikat tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pengurusan kanan. Setiap Bahagian mempunyai kakitangan yang dibenarkan untuk menangani permintaan dalam mendapatkan maklumat tentang Bahagian itu dan produknya, lazimnya wakil daripada perhubungan awam atau pemasaran, atau eksekutif kanan. Dalam parameter tertentu, hanya kakitangan yang dilantik dibenarkan mengeluarkan maklumat untuk, dan bertindak balas kepada permintaan untuk maklumat daripada, akhbar, penganalisis atau pihak lain di luar Syarikat. Sebarang permintaan untuk maklumat kewangan atau maklumat yang boleh menjejaskan harga saham Syarikat mesti dihantar ke Bahagian Perhubungan Pelabur dan Korporat Brunswick (Corporate and Investor Relations Department Brunswick).



KOTAK ALATAN

Contoh Maklumat Bahan Dalaman Maklumat bahan ialah apa-apa maklumat yang pelabur mungkin mempertimbangkan sebagai maklumat penting semasa menentukan sama ada untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti, termasuk: 

Keputusan kewangan, ramalan, dan unjuran.



Perubahan pengurusan.



Keputusan strategik.



Merancang untuk mengeluarkan sekuriti.



Pemerolehan, penggabungan atau pelupusan yang belum selesai.



Pengetahuan jualan atau kontrak pembelian besar yang diberikan.

Integriti Produk dan Kewangan



Perubahan penting dalam anggaran pendapatan atau dividen.



Tindakan undang-undang yang belum selesai atau terancam.



Kebankrapan akan berlaku atau kewujudan masalah kecairan yang teruk.



Kehilangan pengurusan utama, wakil penjual atau pelanggan besar.



Pembelian semula saham.



Penyiasatan kerajaan.



Penarikan balik produk.



Perubahan pada pelanggan penting.



Reka bentuk produk atau strategi baru.



Rancangan perkembangan perniagaan.

Contoh Penggunaan Maklumat Bahan Dalaman Yang Tidak Sepatutnya 

Semasa makan tengah hari, pengurus kilang mendapati potensi pengambilalihan yang akan meningkatkan pasaran saham dan keuntungan masa depan Brunswick. Dia kembali ke pejabat dan memanggil brokernya untuk membeli saham tambahan Syarikat.



Seminggu sebelum pengumuman awam oleh Syarikat mengenai jangkaan keuntungan yang lebih rendah, seorang sekutu kewangan menghubungi bapanya dan menggalakkannya menjual saham Brunswicknya.



Seorang pekerja mendapat tahu Brunswick sedang mempertimbangkan pemerolehan syarikat enjin kecil yang didagangkan secara terbuka dan menghantar mesej melalui Facebook mendesak sahabatnya membeli saham syarikat kecil itu.



Sebagai sebahagian daripada kerjanya, seorang pekerja mendapati pelanggan utama sedang mula mengembangkan perniagaan secara besar-besaran dan akan membeli produk Brunswick yang bernilai berjuta dolar. Pekerja segera membeli saham pelanggan.

Contoh Jawapan Tidak Sesuai Kepada Permintaan untuk Mendapatkan Maklumat 

Penganalisis kewangan bertanya kepada pengurus pemasaran Brunswick mengenai pasaran saham Syarikat, dan pengurus memberikan maklumat tentang rancangan pemasaran semasa dan akan datang serta unjuran saham.



Jurutera R&D menggambarkan proses pembangunan produk baru yang diusahakan pasukannya kepada majalah perdagangan tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk bercakap dengan wartawan.



Pengurus kilang memberitahu seorang pemberita bahawa dia akan menghubunginya sekiranya dia mendengar tentang rancangan mengambilalih syarikat lain.

8

Integriti Produk dan Kewangan

S&J S Saya mempunyai beberapa maklumat mengenai prestasi kewangan Brunswick untuk suku tahunan disebabkan oleh tugas saya dalam kewangan. Saya mahu membuat perubahan kepada peruntukan pelaburan saya dalam simpanan persaraan saya, tetapi dana ini termasuk saham Brunswick dan akan mengakibatkan lebih banyak pembelian saham Syarikat. Bolehkah saya teruskan? J Tidak. Jika anda mempunyai maklumat bahan bukan umum tentang Brunswick, undang-undang sekuriti A.S. melarang anda daripada membeli atau menjual sekuriti Brunswick, termasuk yang ada dalam rancangan persaraan. Pengarah dan pegawai juga tertakluk kepada sekatan tambahan dalam keupayaan mereka untuk melibatkan diri dengan urusniaga di sekuriti Brunswick.. S Jika saya telah pun merancang untuk jual beli sebelum saya tahu mengenai maklumat bahan, bolehkah saya teruskan dengan transaksi? J Tidak. Orang yang melakukan jual beli saham Syarikat semasa sudah tahu tentang maklumat bahan bukan umum akan dianggap telah dijual atau beli berdasarkan maklumat itu walaupun maklumat dalaman bukan faktor penting dalam keputusan jual belinya. S Saya dalam bidang kewangan dan sering berbual-bual mengenai perniagaan dengan pasangan saya. Itu bukan masalah, kan? Saya hanya sekali-sekala mendedahkan maklumat bukan umum dan suami atau isteri saya mengetahui agar tidak memberitahu orang lain. J Ini adalah masalah yang boleh merugikan anda dan Syarikat. Jika pasangan anda ada menggunakan maklumat bahan bukan awam yang diberikan oleh anda untuk membeli atau menjual sekuriti, atau berkongsi maklumat ini dengan jiran atau kawan, anda berdua boleh didakwa atas kesalahan perdagangan orang dalam. Anda tidak sepatutnya memberi mana-mana maklumat bukan umum kepada pasangan anda atau kepada orang lain di luar Brunswick.

Dasar yang berkaitan Pendedahan dan Jual Beli Saham (L.01.01) Pendedahan kepada Media dan Komuniti Kewangan (C.02.03) Media Sosial (H.01.05) Dasar Pemberi Maklumat (E.02.03)

9

Integriti Produk dan Kewangan

10

Kualiti dan Keselamatan Produk

D

i seluruh dunia, pengguna memilih jenama Brunswick untuk kualiti dan kebolehpercayaan. Adalah kritikal bagi produk Brunswick untuk terus mengekalkan reputasi tinggi itu. Kita tidak akan menjual produk melainkan kita percaya ia berkualiti tinggi dan selamat apabila digunakan dengan betul. Memastikan keselamatan produk ialah tanggungjawab setiap pekerja Syarikat, tidak kira di mana jua anda bekerja. Brunswick menjangka pekerjanya bertindak dengan melaporkan sebarang kebimbangan berkaitan dengan keselamatan, kecacatan atau kepincangan mana-mana produk Syarikat kepada pengurusan tempatan atau sejajar dengan prosedur bahagian. Jangan membuat keputusan yang akan menjejaskan kepercayaan pengguna kepada produk kita. Kejayaan berterusan kita bergantung kepada keupayaan melebihi jangkaan kualiti pelanggan kita dan ditegaskan di sebalik semua yang kita lakukan.



KOTAK ALATAN

Contoh Kaedah Pelaporan Yang Betul Mengenai Kebimbangan Keselamatan dan Kualiti Produk 

Wakil khidmat pelanggan menerima panggilan telefon daripada seorang pelanggan yang melaporkan bahawa salah satu daripada produk Syarikat patah semasa penggunaan, mencederakan pelanggan. Wakil tersebut mendapatkan seberapa banyak maklumat daripada pelanggan supaya dia boleh dan segera melaporkan perkara itu kepada penyelianya.



Seorang jurutera memberitahu bahawa penambahbaikan reka bentuk yang sedang diusahakan boleh mewujudkan hazad keselamatan jika pelanggan tidak diberitahu secukupnya tentang perubahan versi itu berbanding produk versi sebelumnya. Jurutera menghubungi penyelianya untuk membincangkan isu itu.



Pekerja pengeluaran mendapati bahawa hos daripada pembekal baru tidak diikat dengan selamat pada produk Syarikat. Dia mengesyaki getaran enjin itu boleh melonggarkan hos dan memberitahu penyelia bahawa terdapat keperluan untuk menyiasat bahagian baharu itu dengan lebih teliti.

Contoh Kegagalan Mengambil Tanggungjawab untuk Keselamatan Produk 

Seorang pelanggan memberitahu wakil jualan bahawa dia terpaksa berhenti membeli daripada Syarikat kerana “orang ramai asyik dicederakan oleh produk anda.” Wakil menganggap aduan ini terlalu kabur dan gagal melaporkannya kepada penyelianya..



Beberapa kakitangan memberitahu penyelia penghantaran mereka bahawa pembungkusan produk tidak direka dengan baik, dan produk mungkin mengalami kerosakan dalam penghantaran dan menyebabkan masalah kemudian. Bagi memastikan tiada kelewatan penghantaran, penyelia memberitahu kakitangan untuk melakukan yang terbaik dengan bahan penghantaran yang diberikan kepada mereka.



Seorang pekerja mendapati bahawa terdapat peningkatan signifikan dalam tuntutan jaminan yang berkaitan dengan komponen yang gagal. Dia menyedari bahawa kegagalan komponen ini boleh mewujudkan hazad keselamatan. Walau bagaimanapun, disebabkan dia sibuk, dia mengabaikan masalah ini.

Integriti Produk dan Kewangan

S&J S Syarikat mula menggunakan label amaran baru dan saya mendapati bahawa tulisannya hilang apabila terkena bahan kimia pembersihan kita dalam pengeluaran. Adakah label ini selamat untuk digunakan? J Tidak. Menyediakan penyataan amaran kepada pelanggan kita adalah penting. Anda perlu melaporkan perkara ini dengan segera kepada pengurusan tempatan untuk tindakan pembetulan. S Saya mendapati rakan sekerja mengambil jalan pintas apabila merangka dokumen kejuruteraan. Saya bimbang bahawa tindakan ini akan memberi kesan terhadap pengeluaran. Apakah yang patut saya lakukan? J Anda perlu melaporkan isu ini. Adalah penting bahawa lukisan reka bentuk adalah tepat dan lengkap. S Saya mendapati satu komponen tidak dipasang menurut proses yang didokumenkan. Saya menyemak produk lain dan mendapati semua telah dipasang dengan betul. Haruskah saya hanya betulkan komponen yang salah itu dan teruskan? J Tidak, anda perlu memberitahu penyelia atau ketua anda supaya mereka boleh menyemak semula isu ini. Memahami cara kesalahan tersebut berlaku adalah sama penting seperti memperbetulkan pemasangan itu.

11

Amalan Perniagaan

12

Anti Rasuah dan Anti Sogokan

B

runswick mengekalkan integriti tahap tertinggi apabila berurusan dengan pegawai kerajaan dan sektor swasta. Anda dilarang sama sekali daripada menawarkan, membenarkan, memberi atau menjanjikan sebarang bentuk rasuah atau sogokan, tidak kira lokasi global. Tambahan lagi, penyataan atau rekod palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap boleh mengakibatkan penalti undang-undang dan juga percanggahan kepada dasar Brunswick. Kita menunjukkan integriti dengan tidak memberi hadiah atau membuat pembayaran yang bertujuan untuk mempengaruhi, atau kelihatan mempengaruhi, keputusan perniagaan. Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, melarang pembayaran tidak wajar kepada pegawai kerajaan atau sebarang jenis rasuah. Akibat melanggar undang-undang ini mungkin teruk, termasuk denda dikenakan ke atas individu utama dan syarikat, serta hukuman penjara. Brunswick tidak akan mengupah atau menggunakan pihak ketiga yang akan menawarkan atau memberi rasuah ketika bertindak bagi pihak kita atau dalam menggunakan nama kita. Pembekal, kontraktor, perunding dan rakan niaga lain perlu mematuhi piawaian yang sama seperti kita. Jika anda bertanggungjawab untuk memilih atau menyelia pihak ketiga, pastikan anda mengikuti proses usaha wajar Syarikat sebelum memulakan mana-mana perhubungan perniagaan dengan mereka.



KOTAK ALATAN

Contoh Percanggahan Dasar Anti Sogokan dan Anti Rasuah 

Dewan bandar raya sedang menjalankan pengundian pembelian besar, dan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan produk Life Fitness. Pengurus syarikat menawarkan sebuah mesin berlari setempat kepada seorang anggota majlis sebagai pertukaran untuk undi pilihan.



Pengurus projek membayar pegawai dalam lembaga pengezonan tempatan dengan bayaran tunai untuk memberi kontrak bot tertentu kepada Syarikat.



Pembidaan pembekal pada kontrak Syarikat yang menawarkan “bayaran” kepada pekerja perolehan untuk menyediakan maklumat yang tidak diketahui oleh pembida lain, termasuk bidaan terendah yang diterima setakat masa itu.

Contoh Buku dan Rekod Tidak Tepat yang Melanggar Dasar Anti Sogokan dan Anti Rasuah 

Membuat rekod yang kelihatan seolah-olah pembayaran telah dibuat kepada individu, tetapi sebenarnya pembayaran dibuat kepada individu lain.



Menyerahkan laporan perbelanjaan yang tidak mengandungi butiran perbelanjaan yang tepat, seperti tidak mengenal pasti tetamu yang betul (yang tidak hadir) dalam laporan perbelanjaan yang mengandungi butiran hidangan mahal tetapi kelihatan munasabah.



Meletakkan tarikh yang sudah lepas pada invois untuk merekodkan jualan pada suku tahun yang sebelumnya.

Amalan Perniagaan

13

S&J S Siapakah seorang pegawai kerajaan? J Pegawai dan pekerja kerajaan, jabatan atau agensi; individu yang bertindak atas kapasiti rasmi untuk atau bagi pihak jabatan atau agensi kerajaan; parti politik, pegawai parti politik dan calon untuk jawatan awam; pegawai dan pekerja perusahaan milik kerajaan; dan pegawai dan pekerja organisasi antarabangsa awam. Adalah tanggungjawab anda untuk memahami sama ada individu yang berurusan dengan anda adalah pegawai kerajaan. Sekiranya anda tidak pasti, berunding dengan Jabatan Undang-undang. S Apakah jenis barangan yang mungkin dianggap sebagai rasuah atau sogokan? J Rasuah atau sogokan yang dilarang adalah apa-apa barangan yang mempunyai nilai termasuk wang tunai, saham, hadiah peribadi yang mewah atau hiburan, percutian, tawaran pekerjaan masa depan atau sumbangan politik. Tiada ambang kewangan; apa-apa jumlah boleh ditafsirkan sebagai rasuah atau sogokan. S Perunding kita yang membantu dalam perhubungan kerajaan baru-baru ini telah meminta kita meningkatkan nilai komisyen yang amat tinggi. Saya mengesyaki perunding itu berniat untuk memberikan wang ini kepada pegawai kerajaan tempatan. Apakah yang patut saya lakukan? J Melaporkan syak wasangka anda kepada Jabatan Undang-undang. Tiada pembayaran sedemikian sepatutnya diberikan kepada perunding sehingga Syarikat menyiasat kebimbangan anda. S Kita sedang mempertimbangkan kilang baru di salah satu daripada pasaran kita. Kerajaan tempatan boleh memberi kita insentif untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk kilang ini dalam negaranya. Kerajaan tersebut meminta kita menghantarkan wakilnya ke kilang kita di negara lain bagi mengkaji perniagaan dan operasi kita. Bolehkah kita menanggung kos perjalanan ini? J Pertama, berunding dengan Jabatan Undang-undang. Sebarang perjalanan sedemikian mesti diluluskan terlebih dahulu. Penelitian yang rapi diperlukan untuk mendapatkan maklumat kos perbelanjaan perjalanan, pegawai yang terlibat, individu yang akan mengikut dan sekiranya terdapat sebarang tujuan lain untuk perjalanan itu.

Dasar yang berkaitan Borang Pra Kelulusan Dasar Anti Rasuah dan Anti Sogokan (L.01.03) Perbelanjaan Perjalanan dan Perniagaan Pekerja Yang Boleh Dibayar Balik (X.00.02)

Amalan Perniagaan

14

Konflik Kepentingan dan Hadiah

K

ita tidak patut melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang mewujudkan, kelihatan untuk mewujudkan, konflik kepentingan. Konflik kepentingan akan terjadi apabila kepentingan peribadi dan keluarga anda mengganggu— atau kelihatan mengganggu —dengan kemampuan anda membuat keputusan profesional bagi pihak Brunswick. Konflik boleh berpunca daripada beberapa isu, termasuk pekerjaan sampingan di luar syarikat, kepentingan dalam syarikat pesaing atau perhubungan keluarga. Anda perlu berhati-hati sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk memilih atau menguruskan pembekal bagi pihak Brunswick. Kepentingan dan perhubungan peribadi anda tidak sepatutnya mengganggu, atau kelihatan mengganggu, dengan kemampuan anda untuk membuat keputusan demi kepentingan terbaik bagi Syarikat. Anda perlu sentiasa mematuhi garis panduan pembelian yang berkenaan dalam memilih pembekal. Namun begitu, anda perlu ingat, bukan semua perkara yang mungkin menjadi konflik kepentingan antara anda dan Brunswick membahayakan atau dilarang. Sesetengah konflik kepentingan boleh dibenarkan sekiranya didedahkan sejak awal dan sudah diluluskan. Walaupun terdapat konflik kepentingan yang sudah didedahkan dan diluluskan, sekiranya anda perlu lengkapkan soal selidik pendedahan konflik kepentingan tahunan, anda perlu berbuat demikian setiap tahun, sekiranya konflik itu masih wujud.

HADIAH, JAMUAN MAKAN DAN HIBURAN Hadiah, jamuan makan dan hiburan perlu menyokong kepentingan perniagaan Brunswick, jarang diberikan dan sentiasa mematuhi undang-undang yang berkenaan dan dasar Syarikat. Hiburan yang dibenarkan adalah hiburan yang berlaku dalam suasana yang konsisten dengan komitmen kita untuk sentiasa saling menghormati. Hadiah yang melibatkan wang tunai atau setara dengan wang tunai (contohnya, baucar hadiah) tidak sepatutnya diberi kepada, atau diterima oleh, mana-mana pihak. Sekiranya, sebagai sebahagian daripada amalan perniagaan yang sah, anda ingin menawarkan atau menerima hadiah yang bernilai lebih daripada $100, anda perlu melaporkan butiran hadiah berkenaan dalam Borang Laporan Hadiah, dan hadiah itu mesti diluluskan oleh pengurus anda atau pihak Pejabat Etika sebelum hadiah itu ditawarkan, diberi atau diterima. Nilai hadiah yang ditawarkan kepada, atau diterima daripada pegawai kerajaan tidak boleh melebihi $100. Sebarang pemberian hadiah kerajaan perlu diberi atau diterima dalam majlis umum dan secara terbuka, direkodkan dengan teratur dalam buku dan rekod Syarikat, dengan syarat pemberian ini adalah atas budi bicara antara dua pihak dan tidak melanggar undang-undang tempatan. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan sama ada hadiah, jamuan makan dan hiburan kepada atau daripada pegawai kerajaan itu dibenarkan, sila menghubungu Jabatan Undang-undang.



KOTAK ALATAN

Contoh Konflik Kepentingan 

Melakukan kerja luar yang menganggu kedudukan anda di Syarikat atau menggunakan harta, peralatan, maklumat Syarikat atau sumber lain untuk menyiapkan kerja luar itu.



Pengurus kilang kerap menerima botol wain yang mahal daripada seorang pembekal, dan gagal mendedahkan hadiah itu dalam Borang Laporan Hadiah.



Anda atau ahli keluarga anda mempunyai kepentingan pemilikan (selain daripada pemilikan jumlah minima saham—kurang daripada $50,000 nilai pasaran dalam saham syarikat didagang secara terbuka) di syarikat lain yang menjalankan perniagaan atau bersaing dengan Brunswick.

Amalan Perniagaan

15



Pegawai pembelian memilih syarikat mesin layan diri daripada bapanya untuk menyediakan mesin layan diri di Brunswick, tetapi gagal untuk mendedahkan kepada sesiapa bahawa bapanya yang memiliki syarikat mesin layan diri itu.



Menggunakan maklumat yang anda belajar di Syarikat untuk kebaikan peribadi, memanfaatkan ahli keluarga atau memanfaatkan syarikat lain yang anda mempunyai kepentingan ekonomi.



Eksekutif kanan, yang juga merupakan anggota lembaga pengarah perbadanan yang membekalkan perkhidmatan dan produk kepada Brunswick, mendedahkan sebahagian daripada rancangan strategik sulit Brunswick kepada syarikat luar bagi meningkatkan peluang syarikat itu diberikan kontrak.



Menyertai transaksi perniagaan untuk kelebihan peribadi berdasarkan maklumat sulit yang dikendalikan sebagai pekerja Syarikat.



Mengambil saudara mara bekerja di syarikat sebagai pekerja bawahan yang melaporkan terus kepada anda.



Mempunyai hubungan romantik dengan pekerja bawahan langsung atau dalam keupayaan fungsian anda.



Menawarkan atau menerima hadiah lebih besar daripada nilai nominal.



Pengurus jualan membawa ahli pasukannya dan beberapa pelanggan ke kelab eksklusif untuk hiburan orang dewasa.



Pengurus pembelian menikmati pakej percutian permainan ski dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak pembekal.

S&J S Saya adalah pengurus yang mengambil pekerja baru. Sepupu saya berkelayakan tinggi dan sedang mencari kerja. Bolehkah saya mengambilnya bekerja? J Walaupun sepupu anda mungkin berkelayakan tinggi, anda perlu mendedahkan konflik ini kepada pengurus anda sebelum bertindak mengisi jawatan kosong itu atau menjalankan temuduga dengan sepupu anda. Jika diputuskan bahawa sepupu anda akan ditemuduga untuk mengisi jawatan kosong, anda mungkin tidak dibenarkan untuk menyertai sesi temu duga atau membuat sebarang keputusan pengambilan pekerja. S Saya mendapati bahawa jabatan saya sedang berunding kontrak yang akan menjadikan syarikat isteri saya sebagai pembekal utama Brunswick. Bolehkah ini mewujudkan konflik kepentingan? J Ya. Konflik kepentingan, atau penampilan konflik kepentingan, mungkin akan muncul dalam keadaan ini, kerana anda boleh kelihatan cenderung ke arah syarikat isteri anda. Anda perlu melengkapkan borang pendedahan konflik kepentingan dan, jika sesuai, anda akan dikeluarkan daripada proses membuat keputusan. Dengan melakukan ini, anda boleh mengelakkan situasi yang boleh menunjukkan proses mempengaruhi yang tidak wajar, atau kelihatan mempengaruhi secara tidak wajar, keupayaan anda untuk melakukan keputusan perniagaan objektif dan adil. S Saya memiliki perniagaan kecil sebagai projek sampingan. Apabila saya tiada kerja di pejabat, bolehkah saya melakukan perkara peribadi saya? Dan bolehkah saya membuat beberapa salinan dengan peralatan pejabat Brunswick? J Tidak. Ia tidak pernah sesuai untuk menjalankan perniagaan luar semasa waktu kerja atau menggunakan harta Syarikat. Tambahan lagi, kerja lain anda mungkin tidak mengganggu keupayaan anda semasa melakukan kerja anda di Brunswick. Juga anda tidak bersaing dengan Brunswick, atau menjadi pembekal atau pembekal kepada Brunswick. Namun begitu, anda mesti sentiasa mendedahkan pekerjaan luar sedemikian sebelum semua isu itu timbul dan mendedahkannya dalam soal selidik pendedahan konflik kepentingan tahunan jika kedudukan anda memerlukan anda melengkapkan soal selidik.

Amalan Perniagaan

16

S Saya mahu menghantar hadiah kepada pelanggan besar sempena Sambutan Tahun Baru untuk berterima kasih atas kerjasama perniagaan mereka. Bolehkah saya menghantar bakul hadiah buah pada harga $50 setiap satu? J Ini mungkin hadiah perniagaan yang sesuai dan munasabah yang mematuhi piawaian Syarikat. Melainkan ini akan meletakkan pelanggan pada kedudukan yang mereka mungkin kelihatan berat sebelah atau terdesak untuk membuat keputusan khusus, hadiah tahunan yang jarang diberi ini mungkin boleh diterima. S Bolehkah saya menerima kad hadiah restoran kegemaran saya daripada pihak pembekal? J Tidak. Tidak kira jumlahnya, Brunswick tidak membenarkan sebarang pemberian atau penerimaan hadiah dalam bentuk wang tunai atau setara wang tunai seperti kad hadiah atau cek. S Syarikat baru sahaja menandatangani kontrak berjuta dolar untuk tempoh beberapa tahun, dengan pembekal yang saya cadangkan. Bagi mempamerkan produk mereka yang akan datang, pihak pembekal telah mempelawa keluarga saya untuk menghadiri sukan Siri Dunia, termasuk tambang penerbangan, penginapan dan makan malam di tempat pembekal akan mempersembahkan produk barunya. Memandangkan kontrak dengan pembekal ini telah ditandatangani, bolehkah saya menerimanya? J Hadiah yang ditawarkan oleh pembekal ini adalah berlebihan dan tidak sesuai dalam keadaan ini. Hadiah ini mungkin bertujuan mempengaruhi keputusan perniagaan secara tidak adil, atau kelihatan kepada pihak lain membawa pengaruh yang tidak wajar. Tambahan lagi, jumlah nilai hadiah yang ditawarkan adalah berlebihan. Tawaran ini mesti didedahkan terlebih dahulu kepada pengurus anda dan Pejabat Etika. Kemungkinan besar anda akan diarahkan supaya tidak menerima tawaran ini, keseluruhannya atau sebahagiannya. S Saya akan menghadiri majlis anugerah bot dengan wakil daripada Pihak Pengawal Pantai. Saya mahu memberinya kemeja atau topi Syarikat. Adakah ini boleh diterima? J Ya, hadiah ini yang mempunyai nilai nominal (bawah $100) boleh diberikan, selagi ia diberikan secara terbuka dan telus, direkodkan di dalam buku dan rekod Syarikat dengan teratur dan boleh diterima di bawah undang-undang tempatan. Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang sama ada anda perlu memberi hadiah ini atau bagaimana untuk merekodkannya, hubungi Jabatan Undang-undang.

Dasar yang berkaitan Pensijilan Pendedahan Konflik Kepentingan—Borang Manual Pensijilan Konflik Kepentingan (E.02.06) Pekerjaan Saudara Mara dan Individu Signifikan yang Lain (H.02.04) Borang Laporan Hadiah (E.02.05) Pekerjaan Luar (H.02.05) Anti Rasuah dan Anti Sogokan (L.01.03)

Amalan Perniagaan

17

Persaingan Adil dan Saksama (Anti Monopoli)

B

runswick bersaing dalam pasaran global dengan berasaskan produk, perkhidmatan dan kakitangan yang unggul. Kita tidak akan bersaing dengan menggunakan tindakan tidak wajar yang bertujuan untuk menjejaskan syarikat yang lain, memaksa berundur daripada atau menghalang kemasukan ke dalam pasaran. Kita komited dalam mematuhi semua undang-undang persaingan yang berkenaan di semua lokasi kita. Walaupun undang-undang anti monopoli (seperti yang dikenali di AS) sangat kompleks, secara umumnya, adalah salah di sisi undang-undang untuk membuat sebarang perjanjian dengan syarikat pesaing yang menyekat persaingan secara tidak munasabah, termasuk walaupun tidak terhad kepada, perkara berikut: > Harga (termasuk syarat pembayaran dan diskaun) > Produk dan perkhidmatan > Amalan Perniagaan > Wilayah > Saluran pengedaran > Senarai pelanggan Perjanjian haram ini tidak semestinya dalam bentuk kontrak ditandatangani; ia boleh dalam bentuk “perjanjian” lisan antara pihak yang terlibat. Tindakan ini boleh membawa risiko serius kepada anda dan Brunswick. Beredar dengan segera dari sebarang mesyuarat atau pengumpulan maklumat yang melibatkan syarikat pesaing dan juga sekiranya wujudnya kelakuan anti-persaingan. Laporkan sebarang perbincangan atau tingkah laku yang mungkin melanggar dasar ini dan jangan membincangkan sebarang perkara ini dengan mana-mana pesaing, agensi pengawalseliaan atau peguam luar, sebelum mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Undang-undang Bahagian atau Jabatan Undang-undang Korporat terlebih dahulu.



KOTAK ALATAN

Pengumpulan Maklumat Mengenai Pesaing Pengumpulan maklumat berkaitan dengan pesaing kita—Perisikan Daya Saing—adalah amalan perniagaan yang sah dan membantu kita kekal berdaya saing dalam pasaran. Mencari maklumat melalui sumber umum seperti surat khabar, internet atau pemfailan umum adalah dibenarkan dan digalakkan, kerana ia adalah pengumpulan maklumat bukan sulit daripada pelanggan, rakan niaga, broker dan pembekal. Namun begitu, anda tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti tidak sah dalam mendapatkan maklumat persaingan, dan anda juga tidak dibenarkan menerima, mendedahkan atau menggunakan maklumat yang diperolehi melalui pelanggaran perjanjian sulit antara salah satu pesaing kita dan pihak ketiga. Brunswick melarang sama sekali memberi gambaran salah tentang identiti atau fakta penting, sebarang bentuk pencerobohan, pengintipan dawai, pengintipan terus, penyembunyian atau penggodaman melalui komputer untuk mendapatkan perisikan daya saing, atau apa-apa cara pengumpulan perisikan daya saing yang melanggar undang-undang atau Tatakelakuan.

Contoh Persaingan Tidak Adil 

Dua syarikat yang bersaing bersetuju untuk “memboikot” rakan niaga atau pembekal tertentu dalam usaha mendapat kelebihan kompetitif.



Dua syarikat yang bersaing bersidang dan bersetuju untuk menetapkan harga jualan yang akan dikenakan kepada pelanggan atau harga belian kepada pembekal.



Dalam perbualan telefon biasa, wakil jualan daripada dua syarikat berasingan bersetuju untuk membahagikan pelanggan atau wilayah kawalan pasaran: “Kita akan mengelakkan daripada mencerobohi wilayah kawalan masing-masing.”

Amalan Perniagaan

18



Pekerja syarikat mendapatkan maklumat sulit daripada seorang pekerja baru yang pernah bekerja di syarikat pesaing.



Wakil jualan membuat pernyataan yang tidak tepat atau mengelirukan berkenaan pesaing dalam pembentangan kepada bakal pelanggan syarikat.



Seorang pekerja menggodam sistem e-mel syarikat pesaing dengan tujuan mendapatkan maklumat kompetitif.

S&J S Salah seorang sahabat saya bekerja dengan syarikat pesaing Brunswick. Baru-baru ini, dia memaklumkan kepada saya bahawa syarikatnya sedang membida dua projek dan Brunswick turut menyertai bidaan ini. Dia mencadangkan bahawa untuk dia meletakkan harga bidaan tinggi bagi salah satu bidaan, manakala Brunswick boleh melakukan perkara yang sama dengan pihak lain, ini membolehkan keduadua syarikat kami memenangi kontrak. Apakah yang patut saya lakukan? J Anda tidak sepatutnya sama sekali membincangkan mengenai pembahagian pelanggan atau harga bidaan dengan syarikat pesaing. Membuat sebarang perjanjian dengan pesaing yang menghalang persaingan adalah pelanggaran secara tidak langsung terhadap dasar syarikat dan undang-undang. Sekiranya situasi ini berlaku di tempat awam, jelaskan dan tegaskan bahawa anda tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Anda juga perlu memaklumkan perkara ini dengan segera, sama ada kepada Bahagian anda atau Jabatan Undang-undang Korporat atau Pejabat Etika. S Saya terdengar mengenai mesyuarat syarikat pesaing yang diadakan di pameran perdagangan. Saya ingin menghadiri mesyuarat tersebut, tetapi saya bimbang kemungkinan mereka akan menghalang saya masuk jika mereka mengetahui saya bekerja untuk Brunswick. Bolehkah saya menghadiri mesyuarat itu sekiranya saya merahsiakan identiti saya? J Tidak. Penyembunyian identiti dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarikat pesaing adalah tindakan yang tidak wajar. Anda perlu berunding dengan Bahagian anda atau Jabatan Undang-undang Korporat sebelum menghadiri sebarang mesyuarat dengan pesaing.

Persekitaran Tempat Kerja

19

Peluang Pekerjaan Sama Rata

B

runswick menghargai kepelbagaian. Brunswick tidak bertolak ansur dengan sebarang diskriminasi di tempat kerja—sama ada bangsa, warna kulit, agama, jantina, umur, negara asal, status kewarganegaraan, kurang upaya, orientasi seksual, status veteran atau apa-apa status lain yang dilindungi oleh undang-undang yang berkuat kuasa. Kita menawarkan peluang pekerjaan yang sama rata dan sebarang keputusan pengambilan pekerja dibuat berdasarkan merit. Ini meliputi semua aspek perhubungan pekerjaan, termasuk perekrutan, pengambilan, pertukaran, kenaikan pangkat, tugasan, latihan, penamatan, keadaan kerja, pampasan dan lain-lain terma dan syarat pekerjaan. Brunswick melarang sama sekali sebarang tindakan balas terhadap sesiapa yang membuat aduan dengan niat baik tentang kelakuan diskriminasi.



KOTAK ALATAN

Contoh Pelanggaran Peluang Pekerjaan Sama Rata 

Seorang penyelia sedang mempertimbangkan dua pekerja yang sama berbakat, untuk kenaikan pangkat dalam jabatan beliau: seorang wanita yang baru berkahwin dan seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Penyelia ini memutuskan untuk menaikkan pangkat calon lelaki, dengan mempercayai bahawa selepas calon wanita itu mempunyai anak, dia akan lebih cenderung mengambil cuti lanjutan atau meletak jawatan.



Seorang pekerja kurang upaya yang perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, tidak terpilih untuk memegang jawatan dalam bahagian jualan yang melibatkan interaksi awam yang luas, walaupun pekerja ini mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan dan rekod prestasi dan kelayakan yang cemerlang. Penjelasan yang diberikan adalah individu yang tidak bergantung kepada kerusi roda, mungkin akan dapat mencapai sasaran jualan yang lebih tinggi.



Seorang pekerja dalam bidang pembuatan dipecat kerana penyelianya berpendapat bahawa sesiapa yang mempunyai kepercayaan yang sama, kemungkinan bersikap ganas.



Sebuah syarikat sentiasa mengambil pekerja daripada satu kumpulan etnik secara konsisten, mereka membenarkan amalan ini dengan rasional bahawa “pekerja bangsa lain tidak dapat menyesuaikan diri dengan kumpulan pelanggan kita.”

S&J S Saya memohon kerja di jabatan yang terdiri daripada lima orang pekerja lelaki. Pengurus jabatan tersebut menawarkan kerja itu kepada seorang calon lelaki (saya adalah calon perempuan). Saya berasa seolah-olah telah didiskriminasi. Apakah yang boleh saya lakukan? J Jika anda percaya bahawa anda telah didiskriminasi, laporkan perkara ini sama ada kepada penyelia anda, Talian Bantuan Etika, kaunselor Etika tempatan anda atau melalui salah satu pilihan lain yang digariskan dalam Tatakelakuan. Isu ini akan disiasat dengan segera, mengikut kesesuaian. Anda tidak akan tertakluk kepada sebarang tindak balas kerana membuat aduan dengan niat baik.

Persekitaran Tempat Kerja

20

S Saya adalah pengurus pengambilan pekerja dan saya mempunyai beberapa calon yang baik daripada pelbagai latar belakang yang sangat berbeza. Saya ingin menawarkan kerja itu kepada salah seorang calon yang berasal daripada bangsa dan agama yang sama dengan saya, walaupun dia tidak mempunyai sesetengah kemahiran penting berbanding calon lain. Saya berpendapat bahawa kami akan dapat bekerjasama dengan baik kerana dia mempunyai nilai-nilai yang sama dengan saya. Adakah ini salah? J Pengambilan pekerja untuk jawatan tertentu sentiasa berdasarkan merit adalah penting. Anda perlu membuat keputusan pengambilan pekerja itu berdasarkan pengalaman, kemahiran kerja, kelayakan dan criteria lain yang berkaitan dengan kerja itu. Membuat keputusan pengambilan pekerja dengan andaian bahawa anda akan dapat berkomunikasi lebih baik atau berkongsi nilai yang sama dengan seseorang yang sama latar belakang dengan anda adalah tindakan yang tidak wajar. Anda mungkin akan dapati kepelbagaian latar belakang dalam pasukan anda—di samping kemahiran kerja yang diperlukan—dapat menyumbang kepada hasil kerja lebih cemerlang daripada pasukan anda.

Dasar yang berkaitan Peluang Pekerjaan Sama Rata dan Tindakan Afirmatif (H.01.01) Warga Amerika Golongan Kurang Upaya (Americans with Disabilities, ADA) (H.01.03) Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07) Media Sosial (H.01.05)

Persekitaran Tempat Kerjat

21

Anti Gangguan

N

ilai sepenuh sumbangan setiap individu dalam Syarikat hanya boleh diketahui apabila kita melayan antara satu sama lain dengan penuh hormat, amanah dan kemuliaan, yang kita harapkan. Brunswick menegaskan persekitaran kerja yang bebas daripada ugutan dan gangguan daripada sesiapa sahaja, termasuk penyelia, rakan sekerja, pembekal, pelanggan atau pihak ketiga yang lain. Gangguan di tempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia adalah kelakuan yang tidak diingini seperti gangguan lisan, fizikal atau visual—yang mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, bermusuhan dan mengacam. Gangguan di tempat kerja juga termasuk berjenaka, ejekan, penghinaan, membuli, serangan di tempat kerja atau jenaka praktikal yang ditujukan kepada seseorang, atau ia boleh berlaku apabila terma pekerjaan dikaitkan kepada unsur gangguan seksual yang tidak disenangi. Brunswick tidak akan bertolak ansur dengan sebarang gangguan, tidak kira sama ada anda berada di dalam premis Syarikat atau di luar waktu bekerja atau di acara berkaitan dengan perniagaan yang berlaku di premis luar, seperti percutian atau perjalanan berkaitan dengan perniagaan. Kelakuan sedemikian adalah dilarang sama sekali, walaupun ia tidak mencapai tahap yang menyalahi undang-undang. Sekiranya anda pernah mengalami, menyaksikan atau mengetahui sebarang perlakuan yang melanggar Dasar Gangguan Syarikat, anda perlu melaporkan perkara ini menurut prosedur yang digariskan dalam Dasar Gangguan atau Tatakelakuan. Penyiasatan yang sewajarnya akan dijalankan dengan segera dan sulit sebaik mungkin. Anda tidak akan menerima sebarang tindakan balas kerana melaporkan pelanggaran dengan niat baik atau penyertaan dalam penyiasatan itu dengan niat baik.



KOTAK ALATAN

Contoh Pelanggaran Dasar Gangguan 

Menyentuh sambil meraba rakan sekerja secara sengaja.



Menyampaikan gurauan kasar (“off-color”) yang berkaitan dengan jantina, bangsa, negara asal atau agama.



Menghantar atau berkongsi pelbagai e-mel lucah atau menyinggung perasaan melalui sistem maklumat elektronik Syarikat.



Meminta atau menakutkan pekerja lain untuk berjanji temu atau berhubungan secara seksual, dengan menggunakan pemecatan atau sebarang kesan negatif lain sebagai ugutan sekiranya permintaan ditolak.



Mengunjungi tapak web lucah dengan menggunakan komputer Syarikat, di tempat kerja atau acara yang berkaitan dengan kerja.

Persekitaran Tempat Kerja

22

S&J S Saya bekerja dengan beberapa syarikat pembekal dan telah membina perhubungan profesional yang kukuh dengan wakil mereka. Baru-baru ini, salah seorang wakil syarikat pembekal ini mula menggoda saya dengan menghantar e-mel bersifat godaan. Saya berasa tidak selesa, tetapi saya tidak pasti tindakan yang bersesuaian memandangkan wakil pembekal itu bukan salah seorang pekerja Brunswick. Apakah yang patut saya lakukan? J Walaupun wakil berkenaan bukan kakitangan Syarikat, anda perlu melaporkan situasi ini. Brunswick berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada gangguan, walaupun daripada pihak ketiga yang bukan pekerja. Gangguan boleh termasuk e-mel dan godaan yang tidak disenangi daripada orang luar Syarikat yang mewujudkan persekitaran kerja yang bersifat mengancam, menakutkan atau tidak selesa. Brunswick mengambil serius terhadap semua laporan gangguan dan akan melakukan penyiasatan yang sewajarnya. S Saya menutup rambut saya di tempat kerja sebagai salah sebahagian daripada tatacara kepercayaan agama saya. Pada permulaannya, rakan sekerja saya bertanya kepada saya tentang agama saya kerana mereka ingin tahu tetapi baru-baru ini mereka mula mengejek saya dan mengatakan agama saya sebagai “agama yang bodoh”. Apakah tindakan yang boleh saya ambil? J Anda perlu melaporkan semua insiden ini dengan segera menurut prosedur yang disenaraikan dalam Dasar Gangguan atau Tatakelakuan. Menurut dasar kita, gangguan adalah termasuk ejekan dan penghinaan terhadap agama seseorang individu. Sekiranya anda membuat laporan dengan niat baik, anda tidak akan dikenakan tindakan balas dan Syarikat akan dapat menyelesaikan isu itu dengan segera. S Saya kerap bergurau senda di tempat kerja. Salah seorang rakan sekerja saya memberitahu saya bahawa dia berfikir sesetengah gurauan saya menyinggung perasaan, tetapi saya berasa yang dia terlalu sensitif. Apabila saya bertanya kepada rakan sekerja saya yang lain, mereka mengatakan bahawa mereka tidak tersinggung dengan gurauan saya. Adakah saya telah melanggar Tatakelakuan? J Anda perlu sentiasa berhati-hati bahawa kelakuan anda tidak menggalakkan dan tidak mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, bersifat mengancam atau menyinggung mana-mana rakan sekerja anda yang lain. Walaupun majoriti rakan sekerja anda tidak tersinggung, tetapi sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah memberi respon bahawa dia berasa tersinggung. Anda perlu berhenti menyampaikan gurauan yang menjurus kepada persekitaran yang bermusuhan demi rakan sekerja tersebut atau rakan sekerja yang lain. S Penyelia saya telah menyiarkan komen bersifat perkauman mengenai rakan sekerja saya melalui Facebook. Adakah ini suatu bentuk gangguan menurut dasar Syarikat? J Mewujudkan persekitaran seteru di tempat kerja berdasarkan bangsa seseorang adalah dilarang sama sekali di bawah dasar Syarikat, walaupun perkara itu berlaku di tapak media sosial. Anda perlu memaklumkan perkara ini kepada penyelia anda, atau menghubungi Pejabat Etika atau dengan menggunakan mana-mana cara laporan yang disenaraikan dalam Tatakelakuan.

Dasar yang berkaitan Gangguan (H.01.02) Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07) Media Sosial (H.01.05)

Persekitaran Tempat Kerja

23

Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

B

runswick mempercayai bahawa kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja adalah penting untuk kejayaan yang berterusan. Brunswick komited untuk menyediakan produk dan pengalaman dengan cara yang meminimumkan impak operasi Syarikat kepada alam sekitar dan memastikan kemampanan alam sekitar dalam operasi perniagaannya. Kita mempromosikan secara aktif tentang kesihatan dan keselamatan pekerja melalui dasar dan program yang membantu individu melindungi diri mereka dan rakan sekerja mereka. Kita mesti mengikuti prosedur bekerja yang selamat dan berusaha secara aktif untuk mencegah kemalangan. Jika anda menyedari sebarang ancaman kepada keselamatan ahli pasukan atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan perniagaan kita, sila laporkan melalui pengurusan tempatan atau sejajar dengan prosedur laporan dalam Tatakelakuan. Di samping itu, anda perlu melaporkan dengan segera sebarang penyakit atau kecederaan di tempat kerja sejajar dengan garis panduan tempatan. Ingati, keselamatan harus diutamakan sentiasa. Walaupun di tempat kerja, setiap individu mesti kekal bebas daripada pengaruh dadah, alkohol atau apa-apa bahan lain yang boleh menjejaskan keupayaan untuk bekerja dengan selamat dan berkesan. Brunswick melarang pekerja daripada mengguna, menyimpan, memindah, menjual, memberi, membuat atau di bawah pengaruh dadah atau alkohol, termasuk ganja, semasa melakukan perniagaan Syarikat di dalam atau di luar premis Syarikat, atau semasa mengendalikan apa-apa kenderaan atau peralatan Syarikat. Brunswick melarang sama sekali keganasan atau ancaman keganasan di tempat kerja. Ahli pasukan yang terlibat dalam kelakuan sedemikian akan tertakluk kepada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan kerja.



KOTAK ALATAN

Contoh Salah Laku Berkaitan dengan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar 

Di dalam kawasan kilang yang mempunyai pelbagai mesin berat beroperasi pada tahap kebisingan tinggi dan memerlukan pekerja memakai perlindungan pendengaran, pekerja gagal menggunakan peralatan keselamatan yang sesuai.



Seorang pengurus kilang cuba menjimatkan wang Syarikat dengan membuang sisa-sisa bahan beracun di plot kosong bersebelahan kilang, dan tidak melupuskannya mengikut dasar Syarikat dan undang-undang yang berkenaan.



Untuk meningkatkan pengeluaran, seorang pekerja pembuatan mengalihkan alat kawalan keselamatan daripada mesin demi mengelakkan keperluan untuk menyelaraskannya.

S&J S Saya dapati kerosakan alat pelindung keselamatan pada sebuah mesin. Ia akan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki, dan kami mempunyai jadual pengeluaran yang ketat. Apakah yang patut saya lakukan? J Sekiranya alat perlindungan keselamatan mesin yang anda kendali mengalami kerosakan, perkara itu perlu dilaporkan dengan segera dan mesin itu juga tidak patut digunakan sehingga tindakan pembaikpulihan dilakukan untuk membetulkan kerosakan alat perlindungan keselamatan itu. Semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran yang selamat. Keselamatan pekerja adalah keutamaan Brunswick.

Persekitaran Tempat Kerja

24

S Saya mengesyaki rakan sekerja saya kadang kala datang bekerja dalam keadaan mabuk dan berkemungkinan meminum alkohol di tempat kerja. Saya bimbang dengan kesihatan dan keselamatannya. Apakah yang boleh saya lakukan? A Anda perlu merujuk situasi ini kepada penyelia anda dengan segera. Penyelia anda akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani kebimbingan tersebut. Ingati, keselamatan sentiasa diutamakan, bagi anda dan rakan sekerja yang lain. S Saya tidak pasti perkara yang perlu dilakukan dengan sisa-sisa cat dan bahan kimia yang dibiarkan merata-rata di sekitar kawasan kilang. Patutkah saya membuang sisa-sisa itu begitu sahaja? A Tidak, Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada wakil kesihatan dan keselamatan persekitaran tempatan mengenai cara pelupusan sisa-sisa cat dan bahan kimia secara selamat.

Dasar yang berkaitan Tempat Kerja Bebas Dadah dan Bahan Larangan (H.05.01) Keselamatan Tempat Kerja (H.05.03) Pencegahan Keganasan Di Tempat Kerja (H.05.04)

Persekitaran Tempat Kerja

25

Maklumat Sulit dan Keselamatan Data

M

aklumat sulit adalah termasuk maklumat mengenai perniagaan, operasi, pekerja, pelanggan, rakan niaga, strategi produk dan rahsia perdagangan Brunswick. Semua pihak bertanggungjawab untuk melindungi maklumat sulit Syarikat. Maklumat sulit juga termasuk sebarang maklumat yang tidak diketahui oleh pihak luar yang mempunyai nilai kepada Brunswick, atau pendedahan maklumat sebelum peringkat matang yang boleh membantu pesaing atau membahayakan Syarikat. Maklumat sulit juga merangkumi maklumat peribadi pekerja, rakan niaga dan pelanggan, termasuk kesihatan peribadi, kewangan atau maklumat lain yang dikekalkan dalam Syarikat secara sah. Brunswick komited untuk mengekalkan privasi dan keselamatan semua maklumat peribadi dan memastikan pengendalian maklumat ini mematuhi undang-undang privasi yang berkenaan. Kita perlu mengumpul, mengguna dan memproses data peribadi hanya untuk tujuan perniagaan yang sah, menghadkan akses maklumat ini kepada mereka yang mempunyai tujuan perniagaan yang sah untuk menggunakan maklumat tersebut, dan perlindungan penuh dikenakan dalam mengelakkan pendedahan yang tidak dibenarkan. Kita juga tidak membenarkan pendedahan maklumat kepada pihak ketiga, kecuali yang dibenarkan oleh dasar kita. Pastikan anda mematuhi semua prosedur keselamatan dan perlindungan sewaktu mengendalikan maklumat sulit. Pastikan juga anda berhati-hati dan berfikir teliti apabila berkongsi maklumat sulit secara bertulis—termasuk dalam e-mel—dan perbualan peribadi. Pertimbangkan persekitaran anda ketika berbual melalui telefon bimbit atau di tempat awam. Tanggungjawab anda untuk mengekalkan privasi dan keselamatan maklumat sulit berterusan walaupun anda bukan lagi pekerja Syarikat. Kekalkan atau hapuskan rekod sulit sejajar dengan dasar pengurusan rekod dan keselamatan data. Sesetengah rekod yang berkaitan dengan tindakan undang-undang, audit dan penyiasatan mungkin perlu disimpan menjangkau keperluan biasa. Ikuti garis panduan undang-undang berkaitan bagi memastikan anda tidak memusnahkan atau menghilangkan maklumat yang penting.



KOTAK ALATAN

Perlindungan Jenama Kita Kita bertanggungjawab untuk mengekalkan dan membina aset terbesar Brundswick—jenama kita. Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengukuhkan dan melindungi cap dagangan, hak cipta, paten dan harta intelek Brunswick yang lain. Logo dan nama kita adalah contoh cap dagangan yang diiktiraf di peringkat dunia yang tidak boleh disalahgunakan. Anda perlu berunding dengan Jabatan Undang-undang sebelum menggunakan logo Brunswick untuk promosi dan bahan lain, dan penggunaan logo bahagian lain perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jabatan Pemasaran daripada bahagian itu. Tambahan lagi, kadang kala anda mungkin mencipta bahan atau membangunkan proses dalam urusan kerja anda, dan ciptaan ini adalah milik Brunswick. Harta intelek ini adalah antara aset yang paling berharga bagi Brunswick. Apabila anda meninggalkan Brunswick, anda mesti memulangkan semua harta intelek dan produk kerja yang lain dalam simpanan anda, termasuk sebarang salinan. Jangan sekali-kali membenarkan harta intelektual ini digunakan atau dikongsi dengan pihak luar Syarikat tanpa dokumen undang-undang yang sewajarnya.

Persekitaran Tempat Kerja

26

Contoh Maklumat Sulit 

Perjanjian bertulis dan lisan antara Brunswick dan pekerja, ejen, rakan strategik dan/atau pihak ketiga.



Harta intelek—seperti cap dagangan, paten, hak cipta dan rahsia perdagangan yang dimiliki oleh Syarikat.



Rancangan pemasaran.



Maklumat harga.



Spesifikasi teknikal.



Maklumat peribadi pekerja, seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor keselamatan sosial, akaun bank atau maklumat manfaat yang diterima.



Maklumat peribadi atau kewangan pelanggan.



Maklumat kewangan syarikat (cth: buku daftar invois, rekod pembayaran gaji, penyata kewangan, ringkasan akaun yang perlu dibayar, senarai pembekal, maklumat harga dan kos, dll.).



Maklumat perniagaan lain dan kewangan mengenai potensi pemerolehan dan/atau pelancaran produk baru.



Lukisan kejuruteraan bagi produk semasa dan produk baru yang berpotensi.



Senarai pelanggan dan perjanjian, data saham pasaran, perjanjian pembekal, pelan strategik, dll.

Contoh Perlindungan yang Sesuai untuk Maklumat sulit 

Seorang pekerja kejuruteraan dan reka bentuk produk memastikan dia meletakkan lukisan produk sensitif di dalam laci berkunci sebelum beredar untuk makan tengah hari.



Seorang akauntan sentiasa mengaktifkan perlindungan kata laluan pada komputernya sebelum meninggalkan pejabat.



Seorang pengurus Sumber Manusia meyimpan maklumat peribadi yang sensitif di dalam kabinet yang berkunci.



Seorang pekerja perolehan mendapatkan perjanjian kerahsiaan yang ditandatangani oleh rakan niaga prospektif sebelum memberikan maklumat sulit mengenai Brunswick.

Contoh Perlindungan yang Tidak Sesuai untuk Maklumat Sulit 

Sepupu seorang pekerja memulakan perniagaan dan meminta senarai pelanggan dan rakan sekerja supaya dia boleh menghubungi mereka tentang perniagaan barunya. Pekerja memenuhi permintaan itu.



Seorang jurutera menjual maklumat kepada pesaing tentang proprietari teknologi membentuk logam yang telah dibangunkan oleh Syarikat.



Pengurus pemasaran sangat teruja mengenai konsep baru bot dan berkongsi maklumat bersama keluarga dan rakan sebelum ia dipasarkan.

S&J S Saya menerima panggilan telefon daripada bahagian Sumber Manusia syarikat lain. Dia sedang mengendalikan projek penanda aras dan ingin mendapatkan semua data pekerja saya seperti, tarikh permulaan kerja, jawatan dan gaji pokok. Saya tidak tahu tindakan yang perlu saya lakukan. J Maklumat tentang pekerja kita adalah sulit dan hanya harus diberikan kepada pihak yang mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat ini. Jangan sekali-kali memberikan maklumat melainkan anda pasti ia adalah tindakan yang sewajarnya. Dalam keadaan ini, dapatkan nasihat daripada Pejabat Sumber Manusia dan Privasi.

Persekitaran Tempat Kerja

27

S Saya sentiasa melawat tempat lain untuk urusan kerja dan membawa komputer riba ke mana-mana sahaja. Saya melawat pelanggan dan selepas bermesyuarat, pelanggan menjemput saya untuk memakan malam. Adakah saya perlu membawa komputer riba saya itu ke restoran atau menyimpan komputer riba di dalam kereta sewa saya? J Dalam situasi ini, anda perlu membawa komputer riba bersama anda ke dalam restoran bagi memastikan keselamatan data yang maksimum. Walaupun anda telah mengunci komputer riba di dalam kereta, namun seseorang boleh memecah masuk dan mencuri komputer riba atau kereta itu sekali. Pilih untuk menjadi proaktif dan prihatin terhadap maklumat sulit dengan menyimpan komputer riba di bawah pengawasan langsung dan perlindungan anda. S Saya telah mencipta reka bentuk bot baru untuk Brunswick yang tidak pernah digunakan. Saya akan meninggalkan syarikat untuk memulakan perniagaan baru. Bolehkah saya menggunakan reka bentuk itu? J Tidak. Reka bentuk yang anda reka semasa bekerja dengan Syarikat adalah “hak intelektual” syarikat. Apabila anda meninggalkan Brunswick, anda mesti kembalikan kesemua harta intelektual Brunswick. Menyimpan atau menggunakan mana-mana harta sedemikian tanpa kebenaran mungkin menyalahi undang-undang hak cipta dan Tatakelakuan. S Saya adalah wakil jualan baru di Brunswick. Saya mempunyai senarai kos produk dan harga keutamaan pelanggan untuk pelanggan bekas majikan saya dan saya berasa hendak menggunakannya bagi membantu kerja saya di Brunswick. Adakah ini masalah? J Ya. Brunswick menghormati maklumat sulit dan proprietari pesaing kita. Seperti kita melindungi maklumat sulit kita, kita juga melindungi maklumat pesaing, pelanggan dan rakan niaga. S Saya menjumpai dokumen mengenai gaji beberapa pekerja lain di jabatan saya. Bolehkah saya kongsikan dengan orang lain? J Tidak. Anda tidak mempunyai sebab perniagaan untuk memiliki maklumat ini kerana ia adalah perihal peribadi kepada pekerja lain. Anda perlu memulangkan dengan segera dokumen ini kepada Sumber Manusia dan jika sesuai, lupuskan mengikut dasar pengurusan rekod dan keselamatan data. S Saya menerima e-mel daripada rakan saya yang bekerja untuk pesaing Brunswick. E-melnya terkandung lampiran mengenai strategi promosi syarikatnya dan ditandakan “sulit”. Saya sedar bahawa dia telah tersilap menghantar e-mel itu kepada saya, tetapi memandangkan saya mempunyai maklumat itu, bolehkah saya menggunakannya? J Tidak. Rakan anda tidak sengaja mendedahkan maklumat ini, dan dengan jelas ia ditandakan sulit. Oleh itu, anda tidak boleh menggunakannya dan sama ada mengembalikannya semula atau memusnahkannya dengan segera.

Dasar yang berkaitan Privasi Perlindungan Maklumat Kesihatan (H.04.13) Dasar Klasifikasi Data Kawalan (P.01.02) Pengurusan Rekod (L.03.01) Dokumen Garis Panduan Identiti Korporat (Komunikasi/Template dan Panduan Gaya/Identiti Korporat Brunswick)

Persekitaran Tempat Kerja

28

Sistem Maklumat Elektronik

T

eknologi maklumat elektronik memainkan peranan penting dalam cara kita menjalankan perniagaan. Sistem maklumat elektronik Brunswick, termasuk Internet, e-mel, telefon, mesin faks, mel suara, peranti mudah alih dan mesej segera, disediakan untuk membantu anda dalam melakukan kerja anda dan, oleh itu, ia harus digunakan untuk tujuan perniagaan. Penggunaan peribadi adalah dibenarkan dengan had munasabah, dan kegunaan peribadi tidak boleh mengganggu tugas kerja anda. Sistem maklumat elektronik Brunswick adalah harta syarikat dan sebarang mesej yang ditulis, dihantar, atau diterima adalah harta syarikat juga. Syarikat berhak untuk memantau penggunaan sistem elektronik, sama ada digunakan untuk perniagaan atau peribadi, dan untuk menyekat atau memintas kandungan, mesej atau fail, yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Pemantauan itu dilakukan untuk menjalankan siasatan dalaman, melindungi hak undang-undang Brunswick dan memastikan pematuhan dengan dasar dan undang-undang yang berkenaan. Dasar dan prinsip Brunswick yang digariskan dalam Tatakelakuan turut diguna pakai untuk penggunaan sistem maklumat Syarikat dan elektronik dan sama ada penggunaan itu adalah untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Ingati bahawa mesej elektronik temasuk e-mel, mesej segera dan teks mesti diuruskan dengan tahap profesionalisme dan penjagaan yang sama seperti yang anda ambil dalam mengarang surat menyurat Brunswick. Apabila menggunakan tapak web Media Sosial untuk menyiarkan maklumat, terlibat dalam perbincangan atau berkomunikasi tentang Syarikat, sama ada atau tidak anda menggunakan sistem syarikat, anda mesti mendedahkan perhubungan pekerjaan anda dengan Brunswick secara jelas dan nyata. Selain itu, maklumat yang disiarkan bagi pihak Brunswick mestilah termasuk fakta yang benar dan disahkan. Anda tidak boleh memberikan gambaran yang salah tentang diri anda atau Brunswick.



KOTAK ALATAN

Contoh Penyalahgunaan Sistem Maklumat Elektronik Syarikat 

Seorang pekerja menghantar jenaka kepada rakannya di luar Syarikat yang bersifat menyinggung kumpulan agama tertentu.



Seorang pekerja menggunakan komputer syarikat untuk mengakses bahan lucah.



Seorang pengurus pemasaran menghantar maklumat sulit pembangunan produk baru ke luar Syarikat tanpa kebenaran yang wajar.



Seorang penganalisis menggunakan sistem maklumat Syarikat bagi tujuan peribadi secara berlebihan, seperti menghantar e-mel yang kerap melalui komputer kerjanya untuk mempromosikan perniagaan berasaskan rumah.



Seorang pekerja menggunakan tapak media sosial untuk membuat komen bersifat perkauman yang menghina rakan sekerjanya.



Seorang pekerja memberi komen kepujian tanpa mendedahkan nama ke atas produk Brunswick tanpa mendedahkan bahawa dia bekerja di Brunswick.

Persekitaran Tempat Kerja

29

S&J S Seorang ahli pasukan menghantar e-mel kepada saya yang bertanggapan stereotaip dan menghina kaum lelaki. Saya mahu hantarkan kepada rakan di luar Syarikat yang saya tahu dia akan memikirkan ia lucu. Bolehkah saya hantarkan e-mel ini kerana kawan saya tidak bekerja di sini? J Tidak. Anda tidak boleh menggunakan sistem maklumat elektronik Brunswick untuk menghantar bahan yang mungkin menyinggung kepada sesiapa di dalam atau di luar Brunswick. Menghantar bahan sebegitu mungkin menyalahi dasar Gangguan, Tatakelakuan dan undang-undang. Anda perlu memadamkan dengan segera e-mel itu dan memaklumkan kepada Bahagian Teknologi Maklumat bahawa anda menerima e-mel sedemikian. S Saya menulis blog dan saya mahu menulis mengenai produk hebat Brunswick. Adakah iini boleh diterima? J Jika anda mahu menulis mengenai produk syarikat, anda mesti menulis dengan jelas bahawa anda adalah pekerja Brunswick dan anda mesti memastikan komen anda yang disiarkan itu mengandungi hanya fakta yang betul mengenai produk kita.

Dasar yang berkaitan Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07) Media Sosial (H.01.05) Carian Tempat Kerja (H.05.05)

Persekitaran Tempat Kerja

30

Melindungi Aset Syarikat

K

emudahan, peralatan, bahan, hartanah, teknologi, maklumat dan jenama kita telah diperolehi melalui kerja keras ramai orang. Kita terhutang budi antara satu sama lain, pelanggan, pemegang saham dan rakan niaga kita untuk melindungi harta Brunswick daripada kecurian, kerugian, pembaziran atau kerosakan. Lindungi aset Brunswick dan gunakannya dalam cara yang dimaksudkan. Jangan gunakan aset Syarikat untuk kepentingan peribadi atau kepentingan orang lain, selain daripada Syarikat. Jangan gunakan komputer atau peralatan Syarikat untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika seperti perjudian atau pornografi. Kecurian aset Syarikat boleh mengakibatkan bukan hanya pemecatan kerja tetapi juga pendakwaan jenayah. Penggunaan harta Brunswick yang tidak sesuai atau menyalahi undang-undang akan menyakiti kita semua.



KOTAK ALATAN

Contoh Aset Syarikat 

Produk dan wang syarikat.



Waktu bekerja pekerja.



Sistem komputer dan perisian.



Telefon.



Mesin Fotostat.



Kereta syarikat.



Cap dagangan syarikat.

S&J S Saya mempunyai perniagaan kecil yang membuat kad jemputan perkahwinan dan saya mereka kad jemputan untuk rakan sekerja. Bolehkah saya gunakan komputer syarikat bagi tujuan itu, jika ia hanya mengambil masa beberapa hari? J Tidak. Penggunaan ini adalah lebih daripada had kegunaan peribadi sampingan yang dibenarkan oleh dasar Brunswick. S Pengurus saya telah meminta saya untuk membantu menguruskan keperluan peribadinya ketika waktu bekerja Syarikat,: seperti mengambil cucian kering dan membeli-belah untuk hadiah peribadi. Adakah ini masalah? J Ya, pengurus anda telah menyalahgunakan waktu kerja anda, yang merupakan aset Syarikat. Anda perlu melaporkan kejadian itu seperti yang dinyatakan dalam Tatakelakuan, supaya ia boleh diselesaikan.

Dasar yang berkaitan Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07) Media Sosial (H.01.05)

Persekitaran Tempat Kerja

Aktiviti Politik

B

runswick menghormati hak anda untuk menyertai aktiviti politik mewakili pihak anda sendiri atau mana-mana pihak atau calon yang anda pilih, tetapi meminta anda mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti politik di tempat kerja. “Aktitivi politik,” untuk tujuan dasar ini, bermaksud aktiviti yang tidak berkaitan secara langsung dengan isu pekerjaan yang dikenal pasti secara spesifik. Anda mesti berhati-hati supaya tidak menggunakan nama, harta atau sumber Brunswick yang lain untuk menyokong aktiviti politik peribadi anda, dan anda perlu menggunakan budi bicara dalam membincangkan pandangan politik peribadi anda dengan hubungan perniagaan pihak ketiga. Pekerja tidak dibayar balik oleh Syarikat untuk sumbangan politik peribadi, dan pampasan pekerja tidak akan ditambah atau diselaraskan untuk mencerminkan sumbangan politik yang dilakukan. Anda digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan sivik dengan syarat aktiviti dilakukan selepas waktu bekerja dalam masa anda sendiri dan atas perbelanjaan anda sendiri, dan mematuhi undang-undang yang berkenaan. Anda tidak boleh mencadangkan atau mengatakan bahawa sumbangan masa, sumber atau wang anda adalah daripada atau disahkan oleh Brunswick. Anda tidak akan dihukum atau diutamakan kerana membuat atau tidak membuat sumbangan peribadi.



KOTAK ALATAN

Contoh Aktiviti Politik yang Tidak Sesuai di Tempat Kerja 

Seorang pengurus meminta pekerja di jabatan beliau untuk membeli tiket untuk kutipan pendermaan politik bagi calon yang disokong oleh pelanggan utama.



Di tempat letak kereta syarikat selepas waktu bekerja, seorang sekutu kilang mengedarkan risalah calon yang bertanding untuk jawatan politik.



Seorang pengurus menghantar e-mel dari komputer pejabatnya kepada rakan beliau untuk menggesa mereka supaya mengundi calon yang disokongnya.

S&J S Kawan saya sedang bertanding untuk jawatan politik, dan saya ingin membantu dalam kempen tersebut. Adakah ini dibenarkan? J Ya. Aktiviti politik peribadi anda adalah hak anda. Anda hanya perlu memastikan bahawa anda tidak menggunakan sumber syarikat, termasuk waktu bekerja syarikat, e-mel atau nama Syarikat, untuk memajukan kempen. S Isteri saya sedang bertanding untuk wakil negeri. Bolehkah saya menggunakan komputer Brunswick dan mesin fotostat untuk membuat risalah dan poster untuk isteri saya? J Tidak. Anda tidak boleh menggunakan sumber syarikat untuk menyokong aktiviti politik peribadi.

31

Persekitaran Tempat Kerja

S Pengurus saya sangat lantang tentang kepercayaan politiknya yang sangat jauh berbeza daripada saya. Kadang kala dia juga membuat komen mengenai kaum, agama atau negara asal calon bertanding, yang menyinggung saya. Bolehkah dia menafikan kenaikan pangkat atau gaji, atau memecat saya, kerana saya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai politik? J Tidak, pengurus anda tidak boleh mengambil tindakan terhadap pekerja yang mempunyai kepercayaan politik yang berbeza. Selain itu, jika kelakuan beliau mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, mengancam atau berbahaya di bawah Dasar Gangguan Syarikat, anda mempunyai kewajipan untuk melaporkannya supaya ia boleh disiasat mengikut kesesuaian.

Dasar yang berkaitan Gangguan (H.01.02)

32

33

PROSEDUR PELAPORAN Jika anda mengetahui pelanggaran Tatakelakuan atau mana-mana dasar Brunswick, anda mesti melaporkannya dengan segera menggunakan salah satu kaedah berikut. Laporan boleh dibuat dengan tanpa mendedahkan nama dan penterjemah disediakan untuk Talian Etika bebas tol. Laporan akan dirahsiakan bagi memastikan penyiasatan dijalankan dengan adil dan menyeluruh secara konsisten. 

Memaklumkan penyelia anda;



Menghubungi Kaunselor Etika di lokasi anda (secara peribadi, melalui telefon, melalui surat atau melalui e-mel);



Menghubungi Talian Etika bebas tol A.S. (877.684.5252) atau Talian Etika bebas tol antarabangsa (nombor yang disenaraikan di bahagian akhir Tatakelakuan);



Menggunakan proses berasaskan web: www.bcethics.com –atau– pekerja yang bertempat di EU menggunakan proses berasaskan web di: https://bcethicseu.alertline.com ;



Menghubungi Pejabat Etika secara peribadi, melalui mel (1 N. Field Court, Lake Forest, IL 60045), telefon (847.735.4318), e-mel ([email protected]) atau faks (847.735.4388); atau



Menghantar surat kepada Peguam Am Syarikat.

Talian Etika dikendalikan oleh syarikat luar dan tersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Anda boleh membuat laporan dengan tanpa mendedahkan nama jika anda mahu, walaupun kerahsiaan nama boleh membataskan keupayaan kami untuk menyiasat kebimbangan anda dengan lebih efektif. Brunswick akan segera menyiasat laporan mengikut kesesuaian, dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi sebarang penyiasatan dan berkongsi maklumat secara terbuka dan jujur. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk berkomunikasi kembali kepada anda sebaik sahaja siasatan telah selesai.

TOLERANSI SIFAR TERHADAP TINDAKAN BALAS Jika anda membuat laporan dengan niat baik, menggunakan mana-mana prosedur yang dinyatakan dalam Tatakelakuan, anda tidak akan dikenakan tindakan balas kerana berbuat demikian. Mana-mana pekerja yang bertindak balas kerana laporan sedemikian, atau yang mengganggu penyiasatan berdasarkan laporan sedemikian, akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan kerja. Jika anda percaya bahawa seseorang telah bertindak balas terhadap anda, segera membuat laporan dengan menggunakan salah satu daripada kaedah yang diterangkan di atas. Tindakan membuat tuduhan palsu secara sengaja, berbohong kepada penyiasat atau enggan bekerjasama dengan penyiasatan adalah pelanggaran terhadap Tatakelakuan. Membuat laporan dengan “niat baik” tidak bermakna anda adalah betul apabila anda mengetengahkan kebimbangan; ia hanya bermakna anda mempunyai niat yang baik atas kepercayaan anda bahawa wujudnya pelanggaran itu, yang mungkin atau sudah berlaku dan anda adalah benar ketika anda membuat laporan.

34



KOTAK ALATAN

S&J S Adakah kerjaya saya akan terjejas jika saya membuat laporan? J Tidak. Pengurusan Brunswick komited untuk mengekalkan persekitaran terbuka yang menggalakkan isu-isu pematuhan dan etika boleh dibangkitkan dengan niat baik tanpa akibat negatif terhadap pelapor kerana membuat laporan itu. Brunswick akan memberi respons kepada semua kes tindakan balas yang dilaporkan dan mengambil tindakan segera. Kelakuan tindakan balas oleh mana-mana pekerja tidak akan diterima. S Saya melihat situasi yang saya mengesyaki tindakan itu melanggar Tatakelakuan. Adakah saya perlu melaporkannya, walaupun saya tidak benar-benar pasti tindakan itu bermasalah? J Ya, anda bertanggungjawab untuk melaporkan dengan segera kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan. Laporan anda akan diambil secara serius dan disiasat mengikut kesesuaian. Melaporkan syak wasangka yang akhirnya didapati isu tidak wujud adalah tindakan yang lebih baik daripada mengabaikan kemungkinan pelanggaran terhadap undang-undang atau dasar Syarikat. S Apakah yang akan berlaku jika seseorang membuat laporan dengan niat jahat untuk menyebabkan saya menghadapi masalah? J Semua siasatan akan dikendalikan secara profesional dan objektif. Sengaja membuat laporan dengan “niat jahat” adalah pelanggaran yang serius dan boleh mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan kerja.

Dasar yang berkaitan Prosedur untuk Pemprosesan Perakaunan. dan Aduan Perkara Kewangan (E.02.01) Dasar Pemberi Maklumat (E.02.03) Dasar Gangguan (H.01.02)

35

Pengakuan:

Komitmen Peribadi Anda untuk Membuat Pilihan Tepat Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami maklumat dalam Tatakelakuan Brunswick Corporation dan bersetuju untuk mengikuti Tatakelakuan dan dasar Brunswick yang lain.

Nama Pekerja

Tarikh

Tandatangan Pekerja

Tarikh

36

ETHICS TOLL-FREE HELP LINE NUMBERS COUNTRY SERVICE

AT&T ACCESS CODE

HELP LINE

COUNTRY SERVICE

AT&T ACCESS CODE

HELP LINE

800.556.2803

Mexico

01.800.288.2872

888.802.9416



Alternative

01.800.462.4240



Por Cobrar Espanol

01.800.1 12.2020

Australia

Optus

1.800.551.155



Telstra

1.800.881.01 1

Belgium

0.800.100.10

888.507.5629

Brazil

0800.890.0288 or 0800.8888.288

888.649.901 1

Canada

——

877.684.5252

China

Beijing vicinity

108.888



Shanghai vicinity

108.1 1

Nertherlands

0800.022.91 1 1

888.802.9418

New Zealand

000.91 1

800.721.0942

Norway

800.190.1 1

888.802.9432

Poland

——

0.0.800.1 1 1.1717

888.649.9014

Denmark

8001.0010

888.649.9026

Portugal

800.800.128

800.569.9578

France

888.649.9047

Russia

8^ 10.800.1 10.101 1

888.802.9441



0800.99.001 1 or 0805.701.288



Moscow

363.2400

0.800.2255.288

888.649.9048

Outside Moscow

8^ 495.363.2400

Germany



St. Petersburg

363.2400

Hong Kong Hong Kong

800.96.1 1 1 1

888.649.9054

Telephone



Outside St. Petersburg

8^ 812.363.2400



New World Telephone

800.93.2266

Hungary

Italy

06.800.01 1 1 1

800.172.444

Japan

KDDI

00.539.1 1 1



NTT

0034.81 1.001



Softbank Telecom

00.663.51 1 1

Korea

DACOM

0030.91 1



DACOM US Military

550.2872



Korea Telecom

0072.91 1



Korea Telecom US Military

550.4663



ONSE

0036.91 1

Singapore Sing Tel

800.01 1 1.1 1 1



80.0001.0001

StarHub

888.802.9451

888.649.9057

Sweden

020.799.1 1 1

888.802.9454

Switzerland

0.800.89001 1

888.802.9458

Thailand

1.800.0001.33 or 001.999.1 1 1.1 1

888.802.9459

BT

0800.89.001 1

800.569.9578

C&W

0500.89.001 1

888.649.9058

888.649.9059

888.649.9062

United Kingdom



United States

——

877.684.5252