ISLAM DAN MASYARAKAT MUSLIM DI FILIPINA: KAJIAN MENGENAI ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI

ISLAM DAN MASYARAKAT MUSLIM DI FILIPINA: KAJIAN MENGENAI ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI Oleh: Prof Madya Dr Wan Zailan Kamarudd...
Author: Arron Boone
28 downloads 1 Views 305KB Size
ISLAM DAN MASYARAKAT MUSLIM DI FILIPINA: KAJIAN MENGENAI ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI Oleh: Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali Dr Ahmad Zuhdi Ismail Abstract Research on Islam and Filipino Muslim in Philippines gives us a lot of opportunities to know every Muslim in this region on their main concerns and problems with regards to Islam. It seems that Muslims in Philippines and the rest of the world are facing the problems from within and outside. There is a need to look into these issues so as to find ways to overcome and to solve it within Islam and their close connection with other Muslims. Malaysia in particular plays important role with the Muslim especially in the Mindanao and the surrounding areas due to its close relationship in terms of the history of the Muslim community in Malaysia since the early relationship, historically and religiously. Hence, this research aims to study various issues such as sources, methodology, key issues concerning the field of Islamic Thought faced by Filipino Muslim community. Furthermore, it also aims to understand the challenges and its forms, whether internal, external, top-down, bottom-up, and so forth that are bothering them. This will be done by using two approaches or methods, the library and field research (fieldwork) especially interview. The findings show that Islam and Filipino Muslim in Philippines face many critical issues and challenges in the era of globalization from various factors, internally and externally that put them either in positive or negative situation. By understanding and sharing their problems, we can learn the way to move forward and foresee the challenges ahead for our own survival in the short and long term.

Abstrak Penyelidikan mengenai Islam dan Muslim di Filipina memang menarik untuk diketahui kaum Muslimin di rantau ini dan di dunia Islam kerana hubungkait dengan Islam dalam dunia Islam. Ini kerana secara khusus, ia mempunyai hubungan dengan yang sangat rapat dari segi sejarah dengan masyarakat Muslim di Malaysia sejak abad-abad terawal kedatangan Islam di rantau ini. Ia bermatlamat untuk melihat pelbagai persoalan seperti sumber, metodologi, isu-isu utama dan primer bidang Pemikiran Islam yang dihadapi masyarakat Muslim dari pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Selanjutnya, ia bertujuan untuk meneliti cabaran dan bentuknya, sama ada dalaman, luaran, top-down, bottom-up dan

1

sebagainya. Kajian ini akan melibatkan dua kaedah atau metodologi kajian iaitu kajian perpustakaan (library research) dan kajian lapangan (fieldwork). Hasil kajian memperlihatkan bahawa Islam dan Muslim di Filipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era globalisasi kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran yang memerlukan mereka mengambil pendekatan untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik untuk survival mereka pada jangka masa pendek dan panjang. Introduksi: Islam di Filipina seperti juga Islam di beberapa buah negara lain di Asia Tenggara sentiasa menghendaki kajian yang agak lengkap dilakukan. Ini kerana fenomenanya adalah hampir sama dengan fenomena di kebanyakan negara muslim yang berhadapan pelbagai isu, masalah dan cabaran dari awal perkembangannya hingga kini. Dengan data, fakta dan informasi yang agak terbatas disebabkan pelbagai faktor, ia menyebabkan perkongsian ilmu dan maklumat dalam kalangan kaum muslimin tentang keadaan dan kedudukan mereka yang sebenar sukar dicapai, difahami dan diadili. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi bahagian yang dilihat “tandus dan gersang,” terutama berkaitrapat dengan bidang Pemikiran Islam masa kini di sebuah negara yang sentiasa memenuhi media massa dengan pergolakan antara Islam dan bukan Islam dan antara Muslim dan non-Muslim. Perkembangan Islam di Filipina Dari Perspektif Sejarah: Di Filipina,1 Islam telah bertapak dan berkembang dengan mendapat pengaruh dan kejayaan yang besar di Mindanao (Maguindanao) menerusi Syarif Muhammad Kabungsuwan atau lebih dikenali Syarif Kabungsuwan,2 yang merupakan anak Syarif ‘Ali Zayn al-‘Abidin, daripada keturunan Rasulullah (s.a.w) yang berhijrah dari kota Makkah ke Hadramaut, selatan Jazirah Arab ke Juhur (Johor) di Semenanjung Tanah Melayu.3 Menurut Saleeby, kedatangan Syarif Kabungsuwan ke Mindanao mungkin berlaku kira-kira pada akhir abad ke-9H/15M atau pada awal abad ke-10H/16M.4 Jika berdasarkan kronologi sejarah selepas kejatuhan Melaka pada tahun 917H/1511M dan berdirinya kerajaan Juhur (Johor), kemungkinan kedatangan Syarif Kabungsuwan ke Malabang boleh dianggarkan pada tahun 921H/1515M. Terdapat dua versi yang menyebutkan nama mereka berdua tetapi kedua-duanya berbeza. Versi pertama menyebutkan Ahmad dan Alawi, manakala versi kedua pula menyebutkan Muhammad

1

Tom Harrison, “The Advent of Islam to West and North Borneo ", dlm. JMBRAS, XLV (45), 1972, Bhg.I, h.10-20. 2 Abdullah T. Madale (Dr.), The Maranaw Torogan, Rex Bookstore, Sampaloc Manila, ed.I, 1996, h.6. 3 Saleeby, N.M., Studies in Moro History, Law and Religions, h.52. 4 Ibid, h.53.

2

dan Ahmad. Saudara yang tertua mengasaskan kesultanan Brunei manakala yang kedua pula mengasaskan kesultanan Sulu.5 Walaupun tradisi Maguindanao dan catatan bertulisnya menyebutkan beliau telah didahului sebelumnya oleh dua orang pelopor yang juga berasal daripada keturunan Nabi Muhammad (s.a.w) iaitu Syarif Awliya’ (Syarif Hasan) [sekitar 864H/1460M]6 dan Syarif Maraja yang kedua-duanya adalah bersaudara, tetapi pengaruh dan kejayaan mereka dalam proses dakwah Islam tidak dapat dipastikan.7 Dipercayai bahawa sultan Sulu yang pertama ialah Syarif Hasan, dikatakan berasal dari Basilan, yang merupakan tempat beliau berhenti dan mengasaskan kesultanan tersebut. Keturunan sultan-sultan Brunei, Sulu dan bahkan Maguindanao sendiri dikatakan mempunyai kaitan persaudaraan.8 Menurut keterangan Saleeby seterusnya, perkembangan Islam di Filipina terutama di Mindanao berhubung rapat dengan dua orang tokoh penting yang berpengaruh besar, iaitu Sharif al-Hashim @ Sayyid Abu Bakar di Sulu dan Sharif Kabungsuwan di Mindanao.9 Tahun 807H/1405M merupakan tahun kedatangan Sharif al-Hashim @ Sayyid Abu Bakar ke Sulu. Salasilah Sultan Syarif al-Hashim, yang nama biasa adalah Sayyid Abu Bakar memperlihatkan bahawa beliau merupakan keturunan langsung daripada Nabi Muhammad (s.a.w), melalui darah keturunan bapanya, Sayyid Jainul Abirin [Zayn al'Abidin] Hadramaut, Yaman yang dimiliki oleh empat belas generasi al-Hasan, cucu Nabi (s.a.w). Disebabkan hubungan darah keturunan kepada Nabi (s.a.w), keturunannya telah diberikan gelaran honorifik. Keturunan lelaki berbangga dengan gelaran "Datu Diraja," manakala keturunan perempuan pula berbangga dengan gelaran "Dayang-Dayang (Puteri)”.10 Syarif al-Hashim (memerintah sekitar 853H/1450 – 884H/1480M) adalah nama agung Sayyid Abu Bakar Abirin. Beliau adalah berbangsa Arab – Filipino, terkenal seorang penjelajah muslim dan pengasas Kesultanan Sulu. Beliau mengambil alih kepimpinan politik dan rohani alam, dan telah diberi gelaran Sultan, dan juga Sultan pertama Sulu.11 Kehidupan awal Sharif al-Hashim tidak begitu banyak diketahui. Nama sebenar beliau dikenali sebagai Abu Bakar, manakala nama dengan gelar pemerintah dikenali 5

Ibid. Lihat: Saleeby, N.M. (1908), The History of Sulu, Manila. 7 See:http://www.webcitation.org/query?url=http://www.geocities.com/lppsec/pp/maguindanao.htm&date=2 009-10-26+01:59:24 8 Ibid, h.52. 9 Saleeby, N.M. (1913), The Moro Problem, Manila: Philipine Islands, h.6. 10 Qoted from an article by Datu Albi Ahmad Julkarnain Chairman, Council of Royal Datus] See: http://www.zambotimes.com/archives/9504-Sultan-Sharif-Ul-Hashim-acknowledged-among-Filipinogreat-men.html 6

11

Maria Christine H. Halili, Philippine History, Rex Book Store, Sampaloc, Manila, ed. I, 2004, h.52.

3

sebagai Paduka Mahasari Maulana al-Sultan Sharif al-Hashim, dan "Paduka" dalam bahasa Suluk bererti "tuan". Salasilah Sultan Sharif al-Hashim menjelaskan beliau adalah berketurunan Nabi Muhammad (s.a.w), melalui darah keturunan sebelah bapa beliau, Sayyid Jainul Abirin dari Hadaramaut, Yemen yang merupakan generasi ke-14 daripada keturunan Husayn, cucunda Nabi Muhammad (s.a.w). Kedudukan Agama dalam peruntukan perlembagaan di Filipina: Kerajaan Filipina mengamalkan sistem pemerintahan bercorak republik dengan kuasa di tangan Presiden. Dalam konteks kehidupan beragama secara idealnya, polisi kerajaan Filipina memberikan ruang dan peluang kepada semua agama untuk hidup, berkembang dan diamalkan secara bebas. Mereka memberikan peruntukan pada umumnya secara sama kepada semua agama.12 Filipina adalah salah satu daripada 2 buah negara yang mempunyai lebih ramai penganut Roman Katolik di Asia, selain dari Timor Timur. Kira-kira 93% daripada penduduknya adalah Kristian, 5% adalah Islam dan 2% lagi tidak mempunyai agama yang dikenal pasti.13 Bagaimanapun dalam konteks agama Kristian, disebabkan majoriti rakyat Filipina adalah beragama Kristian bermazhab Roman Katholik,14 maka ia diberikan tempat dan kedudukan yang jauh lebih besar dan lebih istimewa berbanding agama-agama lain walaupun pada dasarnya peruntukan adalah sama. Keadaan ini tentulah dapat difahami dengan mudah. Dari segi idealnya, agama Nasrani, seperti juga Islam adalah agama samawi yang memberikan penekanan kepada konsep fitrah dan sifat semulajadi manusia yang bertuhankan Allah. Bagaimanapun, agama Nasrani yang melalui proses kristianisasi dengan pelbagai sekte dan sub-sekte telah mengubahkan paradigma pemikiran, apatah lagi dalam konteks Filipina, dominasi para penganut Kristian yang lebih besar menyebabkan tekanan dan paksaan dikenakan kepada agama-agama lain. Dalam hal ini, Islam merupakan agama yang paling banyak menghadapi tekanan berbanding dengan yang lain. Justeru, walaupun Islam dalam konteks Filipina, telah wujud jauh lebih lama daripada Kristian, namun usaha-usaha untuk mengancam dan memupuskannya telah dilakukan pihak penjajah sama ada oleh Sepanyol pada awalnya, diikuti oleh Amerika dan kini kerajaan Filipina sendiri. Dengan kata-kata lain, apa yang tersurat dalam perlembagaan dan apa yang tersirat di sebalik perlembagaan tidaklah sama dan sekata. Kedudukan Agama Islam sebagai salah sebuah agama: Islam adalah agama monoteistik tertua yang direkodkan di Filipina (walaupun ia bukanlah agama tertua secara keseluruhannya). Islam sampai ke Filipina antara abadabad ke-12 dan 14 dengan ketibaan pedagang Islam dari Teluk Parsi, Selatan India, dan 12

Rujuk: The Constitution of Philippines. See: http://en.wikipedia.org/wiki/Christianity_in_the_Philippines 14 See: http://en.wikipedia.org/wiki/Christianity_in_the_Philippines 13

4

pengikut mereka dari beberapa kerajaan kesultanan di Kepulauan Melayu. Menurut Jabatan negara Amerika, laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2010, penduduk Islam di Filipina adalah antara 5% hingga 9%. Walaupun majoriti penduduk Roman Katolik, beberapa kumpulan etnik adalah Protestan, bukan agama, Buddha dan Animisme.15 Islam dan agama selainnya pada asasnya diakui dan dibenarkan diamalkan dengan bebas di Filipina. Uniknya, sejarah awal Islam di Filipina muncul dan berkembang jauh lebih awal sebelum kedatangan agama pesaingnya, Kristian. Ini memang berkaitrapat dengan dasar Islam menerusi proses pendakwahan dan penyampaian [tabligh] Islam yang digalakkan dilakukan oleh setiap muslim di mana-mana sahaja mereka berada dan dalam keadaan apa sekalipun mereka berada. Sejarah juga membuktikan Islam berkembang tanpa tekanan, paksaan dan penindasan. Ia berlaku secara semulajadi dan mudah dijiwai masyarakat tempatan. Kedudukan Islam dalam konteks kemazhaban: Seperti dimaklumi mulai zaman kesultanan Melaka pada abad ke-7H/13M, Islam di alam Melayu diwarnai aliran pemikiran atau mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah [ASWJ], dengan akidahnya berdasarkan mazhab al-Asy’ariyyah dan fiqhnya pula, berdasarkan mazhab al-Syaf’iyyah. Mazhab-mazhab yang lain dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah [ASWJ] seperti mazhab al-Maturidiyyah dalam akidah dan mazhab alHanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah dalam fiqh, tidak kelihatan dengan nyata di mana-mana lokasi di Filipina. Bagaimanapun kontroversi tidak dapat dielakkan kerana bukti dan kronologi sejarah memperlihatkan kewujudan aliran lain serentak atau bahkan lebih awal daripada Ahl alSunnah wa al-Jama’ah. Salah sebuah ialah mazhab Syi’ah tanpa mengira sama ada alZaydiyyah, al-Isma’iliyyah mahupun Imamiyyah Ithna-‘Asyariyyah selaku kelompok majoriti. Di Filipina, keadaan seperti ini juga tidak terkecuali, apatah lagi tokoh-tokoh penting daripada keturunan Rasulullah (s.a.w) yang dimuliakan golongan Syi’ah turut dikesan dan dibuktikan wujud serta berpengaruh besar, di antara mereka ialah Sayyid Abu Bakr, Syarif Kabungsuwan, Syarif Maraja, Syarif Darajat dan lain-lain. Kajian yang dilakukan ini turut membuktikan terdapat sebilangan kecil Syi’ah yang tinggal di wilayah Lanao del Sur dan Zamboanga del Sur di Mindanao. Dalam era globalisasi terutama pada awal abad ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok yang dikenali Wahhabi daripada puak al-Salafiyyah. Kedudukan Islam dalam konteks sumber dan metodologi: 

15

Dari segi sumber dan metodologi:

See: http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_the_Philippines

5

Al-Qur’an Kalam Allah merupakan kitab utama yang menjadi sumber rujukan kaum muslimin di Filipina. Namun dari segi penyebaran dan pengagihannya, kebanyakan alQur’an yang ditemui sepanjang kajian ini adalah diterbitkan dan disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi. Al-Qur’an yang dirujuki mereka adalah al-Qur’an mushaf ‘Uthmani yang lazim ditemui di mana-mana dunia Islam bermazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah [ASWJ]. Mereka tidak menerima kewujudan al-Qur’an selain daripada mushaf tersebut. Al-Qur’an dan terjemahannya16 yang diterimapakai ada 2 pula iaitu al-Qur’an dan terjemahannya oleh Dr. Muhammad Muhsin Khan cetakan Arab Saudi dan kedua, alQur’an dan terjemahan maknanya ke dalam bahasa Meranao yang diketuai Sheikh Abdul Aziz Gurualim Saromantang.17 Kedua-duanya boleh ditemui dengan mudah di kebanyakan lokasi kajian terutama di masjid-masjid dan institusi agama.18 Bukan itu sahaja, bahkan dalam internet, al-Qur’an yang dipasarkan di Filipina mempunyai kaitan daripada segi penerbitan dan pemasarannya dengan kerajaan Arab Saudi. Berhubung dengan Tafsir al-Qur’an, kitab tafsir Ibn Kathir merupakan sumber rujukan utama dan mungkin satu-satunya kitab tafsir yang digunapakai di kawasan berautonomi Islam [Autonomous Regions of Muslim Mindanao @ ARMM] di Mindanao dan kawasan sekitarnya. Setakat kajian, tidak ditemui sumber tafsiran al-Qur’an yang lain. Sehubungan dengan ini, di kawasan berpengaruh Wahhabi, tafsir Ibn Kathir adalah antara kitab tafsir yang memang popular dan digunapakai secara meluas. Secara umumnya, di kebanyakan institusi pengajian Islam di Mindanao khususnya di Islamic City of Marawi, kedua-dua sumber ini merupakan sumber utama dan kelihatan mereka mendapat bantuan al-Qur’an dari Arab Saudi. Dalam konteks sumber, kelihatan sumber pemikiran masyarakat muslim Filipina adalah berasaskan sumber yang disepakati dalam Islam, iaitu al-Qur’an dan al-Hadith. Ini mudah difahami memandangkan kebanyakan muslim di Filipina menganuti mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah [ASWJ]. Dalam konteks al-Hadith pula, sumber rujukan utama bagi ASWJ di seluruh Filipina biasanya adalah Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang dilihat mendahului senarai rujukan utama diikuti dengan kitab hadith enam [kutub sittah].19 Begitu juga dengan alHadith, kerana mereka secara majoritinya bermazhab Sunni, maka sumber al-Hadith Sunni diterimpakai dan tidak kelihatan sumber al-Hadith yang lain dijadikan rujukan.

16

Terdapat 3 websites merujuk kepada al-Qur’an versi Filipina, lihat: sesliquran.net [Bahasa Turki], suaraquran.net [Bahasa Maranao] dan tinigquran.net [Bahasa Tagalog]. 17 Temubual dengan Dr. Noralin M.Sharief - Ador, pemangku Presiden PMTC di Islamic city of Marawi pada 2hb Jun 2011 jam 9.30 pagi di PMTC. 18 Temubual dengan Imam Faisal R.Baulo, berjawatan Imam di Masjid Emas [Golden Mosque] yang terletak dalam kawasan “Muslim Town” di Qauipo city, di tengah kota Manila. 19 Temubual dengan para pensyarah di KFCIAS, Mindanao State University (MSU), Marawi city pada 31hb Mei 2011, jam 4.00 petang di KFCIAAS. Mereka terdiri daripada Dr. Ali B.Panda, Jastin dan Prof Benito. Dr. Ali Panda, salah seorang pensyarah Pengajian Islam di KFCIAAS, dalam perkembangan terkini di Mindanao telah dilantik ke jawatan Mufti.

6

Dari perspektif metodologi pula, masyarakat muslim Mindanao dan Filipina umumnya yang berpaksikan al-Qur’an dan al-Hadith, menerima metode yang selari dengan kebanyakan muslim di dunia Islam. Dalam persoalan berkaitan fiqh pula, sumber dan metode selepas al-Qur’an dan al-Hadith adalah kepada Ijma’ dan Qiyas. Persoalan mazhab, budaya bertaklid dan kedudukan aliran-aliran pemikiran (mazhab) lain di Filipina: Persoalan mazhab tetap merupakan persoalan yang tidak boleh ditolak ke tepi kerana konflik sekiranya berlaku, tetap memberikan kesan dan pengaruh yang mendalam terutama apabila ia dicuba untuk diselesaikan secara Islam atau menurut kaedah dan sistem Islam. Apabila ditanya sekiranya berlaku pertembungan [khilaf] antara mazhab dan penyelesaiannya, maka jawapan yang diberikan adalah kembali kepada para ulama yang berkecenderungan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, di samping pengaruh mazhab alSalafi dan al-Wahhabi. Mereka kelihatan menjadi penentu arah dan haluan pemikiran Islam di kawasan berautonomi Islam di Mindanao dan bahkan di seluruh Filipina. Isu taqlid dan persoalan bertaqlid memang menimbulkan masalah. Ia memang sesuatu yang boleh dijangkakan apabila sesuatu kaum atau seseorang berada dalam situasi dan lokasi serba kekurangan dan kelemahan sehingga menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada apa yang tersedia ada. Keadaan ketertutupan dan ketidaksediaan untuk berfikiran terbuka akibat politik sezaman yang mengongkong dan membataskan lokasi dan cara berfikir kepada persekitaran Persoalan berhubung aliran dan mazhab di Filipina kelihatan tidak dapat dipisahkan. Kewujudan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Wahhabi, Syiah dan selainnya mewujudkan kepelbagaian pemikiran dan penyelesaian. Dalam konteks keanikaragaman pemikiran, aspek pemikiran yang berbeza daripada golongan majoriti juga kelihatan dengan jelas dan diketahui oleh masyarakat setempat. Dalam hal ini, para pengikut mazhab Syi’ah berada dalam kelompok minoriti. Majoriti tidak menerima mereka, tetapi kewujudan mereka tidak pula dihalang, cuma penglibatan mereka dalam masyarakat agak terbatas, atau sengaja dibataskan dan tidak disambut baik dalam suatu persaudaraan seIslam. Terdapat unsur keengganan dan keberatan untuk menerima mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat Islam, dan agak sukar untuk menyakinkan anggota masyarakat untuk menerima mereka akibat pelbagai pengaruh dalaman dan luaran.20 Usaha untuk mencari penyelesaian telah, sedang dan akan dilakukan dengan tujuan mengharmonikannya. Institusi dan pewartaan Fatwa berkaitan akidah, usuluddin dan pemikiran Islam di Filipina: Institusi mufti wujud untuk menyelesaikan masalah kaum muslimin. Semasa kajian ini, difahamkan mereka mempunyai dua orang mufti yang mewakili dua entiti: MILF diwakili Aleem Omar Pasigan, dan liga ulama [ulama league of the Philippines] diwakili 20

Wawancara bersama-sama masyarakat setempat terutama di lokasi sekitar Masjid ‘Ali ibn Abi Talib di dalam Islamic City of Marawi sepanjang kajian dari 31 Mei hingga 7 Jun 2012.

7

oleh Aleem Murad Amanuddin.21 MILF mempunyai seorang mufti yang dipilih dan dilantik secara pilihan ramai dari kalangan mereka sendiri dan beliau boleh dirujuk dalam pelbagai masalah oleh penduduk muslim. Bagaimanapun, tidak ramai yang berbuat demikian kerana rata-rata, muslim di Filipina masih lemah dan jahil dalam melihat masalah ini. Mufti yang dipilih selain MILF juga boleh diminta bantuan untuk menyelesaikan masalah, namun tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka. Fungsi mufti juga kelihatan tidak begitu penting. Ia boleh dilihat sekadar untuk mengisi ruang kosong dalam aspek berkaitan kepimpinan dalam agama. Ini kerana perlantikan mufti dan prosesnya lebih banyak bergantung kepada kecenderungan politik dan sokongan. Ia tidak kelihatan sebagai paksi dan fokus penyatupaduan ummah dalam konteks Islam dan muslim Filipina. Kemungkinan disebabkan faktor pemisahan di antara politik dan agama yang lazim berlaku di kebanyakan negara bermajoriti muslim di nusantara yang dikuasai aliran Sunni, yang menganggap politik dan agama adalah terpisah, menyebabkan institusi mufti tidak berjalan dan berfungsi sebagaimana sepatut dan selayaknya. Justeru, “ia seumpama hidup segan mati tak mahu.” Isu-isu primer dan utama: Islam dan agama serta kepercayaan lain: Isu akidah Islam dan ajaran sesat: Dalam isu berkaitan dengan Syi’ah, kumpulan Syi’ah terutama Imamiyyah al-Ithna‘Asyariyyah [Imam 12] wujud di Mindanao walaupun mereka dilihat bertaqiyyah dan dikatakan menjadi penghalang kepada kesatuan ummah di Mindanao. Usaha dikatakan dilakukan oleh para ulama dan agamawan untuk penyatuan atas nama Islam. Usaha ini masih belum dapat dilihat semasa kajian ini kerana golongan Syi’ah dikatakan tidak kelihatan menyokong idea tersebut. Walaupun mereka adalah sebahagian daripada masyarakat muslim di Mindanao, tetapi kewujudan mereka dianggap seperti tidak ada, dan tidak kelihatan usaha-usaha yang berkesan untuk menarik mereka kembali bersama-sama berganding bahu dalam masyarakat. Keengganan kedua-dua pihak untuk berkerjasama juga mudah difahami kerana latar belakang sejarah perkembangan pemikiran kedua-dua mazhab yang saling bergeseran sejak dari awal, ditambah lagi dengan usaha pihak luar untuk melaga-lagakan mereka untuk mengelakkan kesatuan dan perpaduan ummah yang kuat, yang pada akhirnya akan membahayakan mereka. Falsafah Islam dan moden, ideologi, dogma dan doktrin: 21

Interview dengan Dr. Noralin M.Sharief-Ador, pemangku Presiden PMTC di Islamic city of Marawi pada 2hb Jun 2011 jam 9.30 pagi di PMTC di pejabatnya. [Di Filipina, lepasan di peringkat sekolah dalam Pengajian Islam dikenali sebagai Ustaz; manakala lepasan di peringkat kolej dan university pula dipanggil Aleem.]

8

Falsafah Islam: Secara umumnya, hampir tidak ada perbahasan dan perbincangan dalam bidang falsafah. Kajian di King Faisal Centre for Islamic and Arabic Studies [KFCIAAS], Mindanao State University [MSU], dari segi pengajaran secara khusus sebagai institusi pendidikan tinggi terpenting berkaitan Islam, difahamkan menerusi interview dengan pihak pentadbir dan pensyarah institusi tersebut, hanya teks Falsafah Islam, Sharif M.M Mian sahaja digunapakai dan dijadikan rujukan. Rujukan lain hampir tiada. Ini seolah-olah memberikan kesimpulan bahawa bidang falsafah tidak menjadi keutamaan, tidak berpengaruh besar, kurang diminati dan tidak ada tokoh yang dilihat berkepakaran dalam bidang ini di Mindanao. Kemungkinan, ia berhubungrapat dengan dunia Sunni dalam Islam, yang dapat dilihat tidak memberikan penekanan besar kepada bidang ini kerana pelbagai faktor dalaman, apatah lagi dengan kehadiran pemikiran al-Salafiyyah yang menguasai pemikiran di sini, falsafah seperti suatu bidang yang terasing dan tersisih dan bahkan tergolong dalam bid’ah dalalah. Tasawuf Sunni dan Falsafi: Secara mudahnya, tasawwuf Sunni mendapat tempat di Mindanao, tetapi sebaliknya pula berlaku kepada tasawwuf falsafi. Bagaimanapun, agak sukar menemui ahli tasawwuf, tariqah dan amalan kesufian diamalkan di Mindanao, bahkan di Luzon sendiri di bahagian utara Filipina. Kemungkinan, penekanan terbesar diberikan kepada bidang pengajian dan pendidikan Islam untuk membentuk asas dan jatidiri yang diperlukan setiap muslim Filipina. Justeru, berdasarkan catatan dan kajian mengenai madrasah dan sistem pendidikan tradisional, subjek asas dan fundamental adalah keutamaan seperti fiqh, akidah dan akhlak berbanding dengan subjek yang menekankan pendalaman Islam pada peringkat lebih tinggi seperti tasawwuf. Pemikiran Islam: Klasik dan tradisional dengan moden: Melihat kepada tatacara kehidupan masyarakat muslim di Filipina, ia mempunyai hubungan langsung dan tidak langsung dengan corak dan gaya pemikiran Islam mereka. Pemikiran Islam yang lebih moden boleh wujud dengan syarat proses percambahan pemikiran boleh dibenarkan berlaku secara semulajadi, positif, bebas dan terbuka. Namun, dalam keadaan dunia Sunni dan Salafiyyah yang mencengkam, pemikiran Islam lebih bercorak klasik, tradisional, konservatif dan ortodoks adalah suatu kenyataan. Sekiranya falsafah Islam, tasawwuf falsafi dan kepelbagaian pemikiran dibincangkan dan diberikan pendedahan dalam kalangan muslim Filipina, ia besar kemungkinan akan mengubah anjakan paradigma pemikiran mereka ke hadapan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa dan agama lain di Filipina. Kepercayaan animisme, dinamisme dan paganisme dan sebagainya:

9

Dalam keadaan kehidupan dan pemikiran yang agak tertutup daripada dunia luar, muslim di Mindanao secara khusus tidak terlepas daripada amalan khurafat, bid’ah, budaya animisme, dinamisme dan paganisme. Kebudayaan tempatan dan kepercayaan agama Islam berada dalam situasi terima dan tolak. Terima sebagai kepercayaan dan pengamalan hidup dan tolak sebagai cara hidup yang menyeluruh. Dari segi idealnya, Islam diakui tetapi dari segi realitinya, Islam kelihatan tidak begitu dijiwai sebagai cara hidup kecuali oleh sebahagian kecil manakala sebahagian besar masih mengamalkan tradisi dan budaya warisan nenek-moyang mereka. Cabaran-cabaran utama kepada masyarakat Muslim di Filipina: Islam dan cabaran daripada agama-agama lain: Dalam konteks cabaran agama Yahudi, kuasa Yahudi Zionis merupakan kuasa sebenar di sebalik semua ancaman terhadap Islam di Filipina yang diwakili oleh kuasa besar, Amerika. Isu Yahudi dan pengaruhnya adalah ketara. Dalam sepanjang kajian di Mindanao State University [MSU], di kota Islam Marawi dilihat menjadi tapak dan markas utama pengaruh Yahudi yang ditempatkan di sana menerusi usaha kerajaan Amerika ketika mereka menguasai Filipina selepas negara tersebut ditinggalkan oleh Sepanyol.22 Kewujudan mereka bukan hanya pada nama tetapi dapat dilihat pengaruh dan kesannya sehingga kini. Sekumpulan Yahudi mendiami MSU di dalam mahupun di luar MSU. Kewujudan kelab berkaitan Yahudi di MSU – dapat dilihat menerusi batu tanda yang bertulis dalam bahasa dan simbol Yahudi. Kumpulan Yahudi di MSU terlibat dalam pelbagai aktiviti di fakulti-fakulti berkaitan sains dalam pelbagai bentuk kajian dan penyelidikan seperti kajian alam sekitar, bio-kimia, fizik dan sebagainya. Kewujudan mereka boleh dilihat, disedari dan dirasai. Bagi kaum muslimin, ia dilihat sebagai suatu bentuk ancaman terhadap kedudukan dan keselamatan Islam dan kaum muslimin. Walaupun tidak disenangi, tetapi ia tidak dapat dielakkan. Namun, hubungan dengan mereka tidak berlaku kecuali kepada mereka yang berkenaan dari kalangan bukan muslim sahaja. Pelajar Filipina bukan muslim yang mengikuti kursus dalam bidang berkaitan, dikatakan menjadi sebahagian anggota penting dalam gerakan yang mewakili kelompok Yahudi. Ini boleh dilihat sebagai suatu strategi oleh Amerika, selaku kuasa besar penjajah di rantau ini untuk menguasai pemikiran dan bahkan pelbagai aspek lain di Filipina. Difahamkan terdapat khazanah hasil bumi yang besar di Filipina yang menjadi buruan Amerika di negara tersebut terutama di kawasan tasik besar Lanao del Sur yang dapat dilihat dari kawasan berbukit MSU. Dalam konteks cabaran Kristian, Kristian seperti dijelaskan merupakan agama majoriti rakyat Filipina. Di Mindanao, jumlah mereka tidaklah begitu besar tetapi 22

Temubual bersama Prof. Paladan P.Bardon dari KFCIAAS di pejabat beliau pada 1/06/2011 dan 2/06/2011. Beberapa siri pertemuan bersama Prof. Paladan juga berlaku di luar waktu pejabat beliau di kawasan sekitar kota Marawi.

10

kehadiran mereka bukanlah tidak disengajakan, bahkan ia termasuk dalam strategi besar pihak kerajaan Kristian untuk mengimbangi jumlah kaum muslimin. Jurang di antara kedua-duanya memang besar dan ketara dengan masing-masing berada pada posisi tertentu untuk mengelakkan pertembungan dan permusuhan. Pihak tentera Kristian kelihatan berada hampir dengan sempadan kawasan berpenduduk muslim, dan gerakan misionari Kristian majoriti biasa mengadakan provokasi dan bahkan gangguan seperti yang pernah dilaporkan oleh International Religious Freedom Report 2007, Bureau of Democracy, Human Rights and Labor U.S. Polisi kerajaan yang disokong oleh kuasa Barat terutama Amerika atas nama agama Kristian dipergunakan dalam peperangan terhadap Islam dan kaum muslimin. Islam dan cabaran terhadap institusi keagamaan: Cabaran terhadap institusi keagamaan terutama dalam bidang pendidikan tinggi seperti madrasah agak ketara dan amat mencabar. Cabaran besar datang daripada kerajaan Kristian Filipian sendiri, yang walaupun dalam Perlembagaan, akta dan perkara yang berkaitan dengannya, memberikan hak, namun ia dilihat dengan jelas di atas kertas semata-mata, tetapi tidak dapat dilihat dalam realiti. Cabaran dari segi kurikulum terutama buku teks, terutama yang disediakan oleh pihak kerajaan yang mengandungi pelbagai fakta yang tidak tepat dengan Islam. Atas alasan ini juga, buku-buku teks kerajaan tidak digunapakai dalam pengajaran, sebaliknya silibus diajar berpandukan teks Islam yang diambil daripada institusi pengajian Timur Tengah sama ada Mesir, Arab Saudi, Turki, Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Terdapat bukti yang cukup jelas mengenai campurtangan dan pengaruh Kristianisasi dalam penulisan buku teks Islam untuk peringkat kolej. Beberapa kesalahan data dan fakta mengenai Islam termuat dalam buku rujukan yang dicetak oleh Kerajaan Filipina [Kristian]. Islam dan cabaran daripada pelbagai mazhab dalam dan luar: Jamaah Tabligh turut memberikan impak menerusi pengaruh mereka yang kuat terutama di beberapa buah masjid tertentu yang memang diketahui masyarakat muslim Filipino sebagai markas JT. Dalam kajian ini, pengkaji sempat mengunjungi masjid yang dikuasai mereka di Marawi, bertemubual dan berwawancara dengan beberapa orang ahli jemaahnya. JT tanpa pemikiran politik, mudah diterima oleh mana-mana pihak terutama kerajaan dan tiada sebarang halangan dikenakan terhadap mereka di Filipina, khususnya di Mindanao. Islam dan cabaran terhadap kedudukan institusi kekuasaan: Salah satu daripada empat problem utama komuniti muslim di Mindanao adalah pemerintahan yang salah, di samping kemiskinan, buta huruf dan penyakit.23 Walaupun Marcos dianggap diktator dari segi kuasa dan pengaruh, namun dalam konteks Islam, beliau dikatakan mempunyai sikap yang memberikan keuntungan kepada Islam. Sikap 23

The Maranao, (ed. Mamitua Saber dan Abdullah T.Madale), Manila: Solidaridad Publishing House, h.105.

11

Marcos terhadap Islam seperti dijelaskan lebih baik berbanding dengan para pemimpin Filipina yang lain. Walaupun begitu, ia boleh dilihat dari segi luaran sahaja, kerana aspek dalaman memperlihatkan bahawa hak Islam dan muslim tetap berada dalam keadaan terkebelakang berbanding dengan hak Kristian dan bukan Islam yang lain di era pemerintahannya dan era seterusnya. Islam dan cabaran dalam bidang sosial, mahupun sosio-politik, sosio-ekonomi dan lain-lain: Islam dan cabaran-cabaran dari luar Filipina: Dari pihak musuh Islam, kuasa dan politik luar – Amerika [Yahudi] dan grand design to conquer the world and the South East Asian region due to economic purposes. Kuasa Sepanyol dan penyebaran dan penguasaan Kristian dilakukan. Cabaran ini disahut dengan usaha pengukuhan Islam dan jatidiri kaum muslimin ketika berhadapan dengannya. Bagaimanapun, perjuangan ini sampai ke peringkat mempertahankan diri atau Jihad fi sabilli’Llah yang melibatkan pengorbanan nyawa dan harta. Dari pihak sesama Islam, sokongan dan bantuan dalam pelbagai aspek diberikan sama ada oleh OIC, Libya, Arab Saudi, Turki, Indonesia, Malaysia dan lain-lain kepada Islam dan muslim Filipina. Cabarannya adalah bantuan yang disalurkan biasanya dilakukan menerusi kerajaan Filipina Kristian, dan bantuan yang dikatakan itu tidak disalurkan terus kepada mereka sebaliknya sebahagian kecil sahaja yang diterima, manakala sebahagian besar lagi digunakan oleh kerajaan. Ini membantutkan usaha mengangkat Islam dan muslim di selatan Filipina dan sehingga kini, keadaan kaum muslimin masih pada tahap kemiskinan dan kedaifan dalam semua aspek. Islam dan cabaran-cabaran kontemporari lain: Dalam konteks kuasa pemerintahan, Marcos yang dilihat seorang diktator, namun demikian dikatakan bahawa pada zamannya, Islam dapat berkembang dengan baik dan bebas, tanpa tekanan dan penindasan yang ketara. Ini dibuktikan dengan banyaknya MOU, perjanjian dengan Muslim Filipina ditandatangani. Dari segi ideologi dan pengaruh, Arab Saudi yang bertindak sebagai sebuah negara dan wakil [yang mewakili mazhab al-Wahhabiyyah] sangat ketara. Peranan mereka dilihat berpengaruh di Filipina menerusi sumbangan mereka berbentuk penyediaan tempat dalam bidang pendidikan kepada lulusan pendidikan Islam yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di Arab Saudi. Justeru, ramai graduan terlatih di Riyadh dan Umm al-Qura. Bantuan Arab Saudi juga dilihat dalam sumbangan dana dan kewangan dan juga bantuan material seperti hadiah al-Qur’an dan lain-lain. Turki tidak ketinggalan turut memberikan sumbangan dan meninggalkan pengaruh menerusi sumbangan dana dan kewangan. Contohnya, Khadijah Mohammad Islamic Academy [KMIA] mendapat tajaan dan pembiayaan daripada sumber Turki walaupun mereka berhadapan dengan problem dari segi bahasa dan komunikasi. Selain

12

itu, PMTC yang menyediakan pendidikan peringkat tinggi turut mendapat bantuan Turki. Justeru, dapat dilihat kitab Risalai-Nur oleh Badi’ al-Zaman Said Nursi dari Turki yang merupakan salah sebuah teks digunapakai dalam pengajian di institusi tersebut. Masyarakat muslim Mindanao juga mendapat bantuan Aga Khan, dalam pembinaan muzium kebudayaan yang ditempatkan dalam Mindanao State University [MSU]. Persoalan sama ada masyarakat muslim Filipina terutama di Mindanao memahami kedudukan Aga Khan atau tidak, tidak timbul kerana mereka kelihatan lebih mengharapkan sumber bantuan dalam apa bentuk sekalipun daripada mana-mana pihak yang bersedia memberikan sumbangan, lantaran keperluan dan survival mereka. Policy divide and rule – kuasa-kuasa besar terutama Amerika dan kuasa barat lain yang menguasainya. Usaha pemecahan sama ada secara kasar dan jelas, mahupun secara halus dan taktikal sentiasa merupakan polisi negara bukan Islam terhadap Islam dan muslim, tidak terkecuali Filipina, sebagaimana dibuktikan dalam sejarah perkembangan Islam di seluruh Filipina sebelum kemasukan kuasa kolonial dan penjajah Sepanyol dan Amerika. Polisi kedua-dua kuasa ini menjadi hala tuju kerajaan Filipina pada zaman tersebut membawa kepada era globalisasi. Problem dalaman pula, masyarakat muslim di Filipina sendiri dikatakan terpecah kepada 12 kumpulan etno-lingustik dengan sebahagian terpisah daripada yang lain.24 Pemecahan berasaskan kepada etno-linguistik adalah suatu yang sepatutnya tidak berlaku kerana Islam sendiri tidak memberikan penekanan kepada etnik dan linguistik, bahkan melihatnya hanya sebagai kaedah untuk kenal mengenali satu dengan lain. Bagaimanapun, kesempatan ini boleh digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menangguh di air yang keruh dan mencetuskan permusuhan, yang pada akhirnya akan melemahkan semua pihak yang terlibat. Dalam proses penyatuan Islam dan Muslim di Filipina terutama di Mindanao yang merupakan kawasan majoriti muslim, Islam mempunyai peranan dan fungsi yang berpengaruh dan penentu hala tuju muslim Filipina. Dari pandangan dan persepsi masyarakat muslim, Islam memang dilihat sebagai al-Din atau “a way of life” bagi mereka semenjak zaman awal perkembangan Islam dari abad ke-1H/7M sehingga abad ke-14H/21M dan seterusnya. Islam dianggap agama fitrah di nusantara yang dikenali “Alam Melayu.” Islam kekal menjadi agama bangsa Melayu dari mula sehingga kedatangan bangsa penjajah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, Inggeris dan pada abadabad mutakhir, Amerika. Islam juga menjadi simbol penyatuan bangsa Melayu sebelum kehadiran proses Kristianisasi dan penguasaan sumber ekonomi di rantau ini. Dengan kedatangan bangsa penjajah, proses Kristianisasi dan penguasaan ekonomi, agama Islam dan bangsa Melayu mulai terancam dan sedikit demi sedikit ditukarkan kepada agama baru. Justeru, dalam konteks Islam di Filipina, istilah “Balik Islam” dalam bahasa Meranao yang juga sama dengan bahasa Melayu dipopularkan. Istilah dan slogan ini dipopularkan dengan andaian bahawa Melayu yang juga Muslim pada asalnya, kemudian diubah kepada Kristian, perlu dikembalikan kepada agama asal, Islam. Istilah yang lain 24

Islam dan Kebudayaan Melayu, Malaysia: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

13

dalam Islam tidak dipopularkan kerana ketidaksesuaian dalam kalangan masyarakat setempat. Konklusi: Islam dan kaum muslimin di Filipina mempunyai keadaan dan situasi yang hampir sama dengan Islam dan kaum muslimin di lokasi geo-politik “Alam Melayu.” Islam di Filipina telah bertapak awal jauh sebelum kehadiran bangsa penjajah Sepanyol dan Amerika, yang sekiranya tidak diganggu mempunyai potensi untuk mengislamkan keseluruhan Filipina sendiri. Islam yang dipraktikkan adalah berasaskan mazhab Ahl alSunnah wa al-Jama’ah yang merupakan mazhab majoriti Muslim di Filipina. Mazhabmazhab lain turut boleh dikesan seperti Salafi Wahhabi dan juga Syi‘ah. Dari segi isu dan problem, dalam konteks Filipina secara keseluruhan, Islam dan kaum Muslimin menghadapi pelbagai isu dan problem, disebabkan pelbagai faktor, dalaman mahupun luaran. Faktor dalaman boleh dilihat dari dalam Islam itu sendiri manakala faktor luaran pula disebabkan oleh gangguan dan ancaman pihak luar yang merasakan Islam pada masa hadapan boleh menjadi musuh mereka. Cabaran sesama Muslim tidaklah begitu ketara, sebaliknya cabaran luar merupakan cabaran terbesar terhadap kedudukan Islam dan kaum Muslimin. Dengan berita terkini dan mutakhir pada 9 Oktober 2012 mengenai perjanjian perdamaian antara Kerajaan Filipina [Kristian] dan pejuang Moro [Muslim/Melayu], dengan Malaysia memainkan peranan utama sebagai kuasa pendamai, diharapkan akan mengubah paradigma dan harapan masa hadapan Islam dan kedudukan Muslim Melayu di Filipina.

Referensi dan Bibliografi: 1. Abu Bakar, Asiri J., (1973), Muslims Philippines: with referente to the Sulus, Muslim-Christian contradiction and the Mindanao Crisis. 2. Agoncillo, Teodoro A. & Oscar M.Alfonso, (1967), History of the Filipina People, Malaya Books, Quezon City. 3. Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique, Yasmin Hussain, (1990), Islam di Asia Tenggara: Perkembangan kontemporer, (ed.Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique, Yasmin Hussain) Jakarta: LP3S. 4. Ali B. Panda (2009), Mranao Ulama in Philippine Politics: A Nonviolent Hijratic Approach, King Faisal Center for Islamic, Arabic and Asian Studies, Mindanao State University, Marawi City. 5. Aliasa M.I.Alinog & Dr. Abdullah T.Madale (2010), Road Signs For Real Success, [Book Six] 1st. edition, Balulang, Cagayan de Oro city, Northern Mindanao, 1431/2010. 6. Asreemoro (2008), Tausug & the Sulu Sultanate, Kuala Lumpur: Saba Islamic Media, 2008. 7. Auni Hj Abdullah, Tradisi, Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah Alam Melayu, Darul Fikir, cet.I, 2005.

14

8. Carmen Abu Bakar, (2011), “Mainstreaming Madrasah Education in the Philippines: Issue, Problems and Challenges,” dlm. Islamic Studies and Islamic Education in Contemporary Southeast Asia, Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan. 9. Che Man, W.K., Muslim Separatism: The Moros of the Southern Philippines and the Malays of Southern Thailand, Singapore: Oxford University Press, New York, 1990. 10. Code of Muslim personal Law of the Philippines, Quezon City, U.P.Center, 1977. 11. Djunaidi, H. Mahbub (1973), Pergolakan Umat Islam di Filipina Selatan, Bandung: al-Ma’arif, 1973. 12. Frederic H.Sawyer, (1900), The Inhabitants of the Philippines, New York Chales Scribner’s sons. 13. Giang, Alunan, (1977), What is the future of the Moros and Khaeks, Conference on Southeast Asian Studies 22-26 Nov 1977: Kota Kinabalu. 14. Gowing, Peter Gordon, (1985), Moros and Khaek: The position of Muslim minorities in the Philippines and Thailand, Reading on Islam in the Southeast Asia, (compiled by Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique, Yasmin Hussain), Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1985, 180-192. 15. Hilario Molijon Gomez, Jr., (1977), The Muslim Filipino Rebellion, Meaning and Challenges to the Mission and Ministry of the Christian Church in the Philipines, (unpublished PhD Thesis – to the Faculty of Princeton Theological Seminary, Princeton, N.J. 16. Hooker, M.B., (1983), Islam in Southeast Asia, [ed. Hooker, M.B.], Leiden: E.J.Brill. 17. International Religious Freedom Report 2007, Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor, USA. 18. Jason F. Isaacson & Colin Rubenstein, (2005), Islam in Asia: Changing Political Realities, New Brunswick: Transaction Publishers. 19. Jesus T. Peralta, (1975), “A Visit to Marawi,” dlm. The Maranao, (ed. Mamitua Saber and Abdullah T.Madale), Manila: Solidaridad Publishing House. 20. Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad, Patrick Jory, (2011), Islamic Studies and Islamic Education in Contemporary Southeast Asia, Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan. 21. Kiefer, Thomas M., (1972), The Tausug: Violence and Law in a Philippine Moslem Society, USA: Holt, Rinehart and Winston Inc. 22. Kroeber, A.L., (1973), People of the Philippines, Greenwood Press Publishers, Wesport, Connecticut. 23. Lacar, Luis, Q (1986), Madrasah education in the Philippines and its role in nacional integration: a book of readings, Iligan City: Coordination Center for Research and Development MSU-IIT. 24. Lizaq, Abdul Rahman, (1993), “Problems and prospects of conveying the message of Islam to the non-Muslim Philippines in Light of their values, World-view and personality traits,” International conference on Islamic Da’wah in Southeast Asia: Culture and Human Dimensions, 15-1 Feb 1993: Kuala Lumpur 25. Madale, Nagasura, (1983), Resurgence of Islam and nationalism in the Philippines, Islam and society in Southeast Asia, (eds. Taufik Abdullah, Sharon Siddique), Singapore: Institute of Souteast Asian Studies (ISEAS), 1986, 282-314. 26. Majul, Cesar Adib, (1988), Islam di Filipina, (terj: Shamsuddin Jaapar), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

27. Majul, Cesar Adib, (1977), “Some of the Social and Cultural Problems of the Muslims in the Philippines,” dlm. Islam dalam Kebudayaan Melayu, KKBSM (Seminar Kebudayaan 25-28 Julai 1976/21 Rajab – 1 Syaaban 1396), Cet.I. 28. Mamitua Saber, Abdullah T.Madale, (1975), The Maranao, Solidaridad Publishing House, Manila. 29. Michael O. Mastura, (2001), “The Making of Civil Society Through Waqf Institution in Mindanao,” dlm. Islam & Civil Society in Southeast Asia, Singapore: ISEAS. 30. Michael O. Mastura, (1996), “A reappraisal the administration of Islamic Law in Philippines – Penilaian semula pentadbiran undang-undang Islam di Filipina” dlm. Seminar Antarabangsa Pentadbiran Undang-Undang Islam 23-24 Julai 1996, Kuala Lumpur. 31. MILF Peace Panel, (2010), GRP-MILF Peace Process: Compilation of Signed Agreements & other related Documents (1977-2010), MILF Peace Panel - The Asia Foundation. 32. Mohd Salleh Asah, (1998), Masalah Kaum Minoriti: Tumpuan kepada masalah dan perjuangan bersenjata masyarakat orang Islam di Selatan Filipina, Latihan Ilmiah B.A, Rancangan Pengajian Antarabangsa, FSSS, UM, 1997/98. 33. Nakamura Mitsuo, Sharon Siddique, Omar Farouk Bajunid, (2001), Islam & Civil Society in Southeast Asia, Singapore: ISEAS. 34. Najeeb, M.Saleeby, (1913), The Moro Problem, Manila: Philippine Islands. 35. Nathan, K.S., Mohammad Hashim Kamali, (2005), Islam in Southeast Asia: Political, Social and Strategic Challenges for the 21st Century, Institute of Southeast Asian Studies [ISEAS], Singapore. 36. Peter Chalk, (2005), “Militant Islamic Extremism in the Southern Philippines,” dlm. Islam in Asia: Changing Political Realities, New Brunswick: Transaction Publishers. 37. Report on the Asian Muslim Youth Seminar on Da’wah, Kuala Lumpur, 1927. 38. Teodoro, Noel, (1993), Tradisi Kesusasteraan suku-suku Islam di Nusantara Filipina, Seminar on Indigenious Community in Relation to the Festival of Art and Culture of Asia and Pacific (2-5 Sep 1993), Pekanbaru, Riau. 39. Fernando A. Bernardo, Silent Storms: Inspiring Lives of 101 Great Filipinos, [talks about Sharifu’l-Hashim @ Abu Bakr] 40. 485 R. Salas Street, Ermita Manila, Philippines, Tel. No. +63 2 334-0206, +63 2 5246873, +63 2 302-9178 Fax No. +63 2 536-9411, Email: [email protected] Web Site: www.filmusfoundation.org [The Fil-Mus Foundation, Inc. is a non-stock, non-profit, non-governmental organization established for the general welfare of the Muslims in the Philippines. It was founded on December 20, 2000 by Mr. Hassan “Tho” Dalimbang based on one wish: “The Filipino Muslims shall be united and charitable to one another”. Through its programs, it builds a new generation of Filipino Muslims that are cohesive, peaceloving, educated and progressive. These were the motors that drove the founder to establish the Fil-Mus Foundation, Inc on December 20, 2000. Their slogan is as follows: One Wish: The Filipino Muslims united and charitable to one another. One Group: The Filipino Muslim group. One Country: The Philippines

16

Suggest Documents