Document Map dan Mendeley

` OTHMAN TALIB Zero Draft of Thesis Teknik Efisyen Penulisan Tesis dengan Navigation Pane / Document Map dan Mendeley 0 ` Zero Draft of Thesis: ...
Author: Franklin Tate
401 downloads 2 Views 7MB Size
`

OTHMAN TALIB

Zero Draft of Thesis Teknik Efisyen Penulisan Tesis dengan Navigation Pane / Document Map dan Mendeley

0

`

Zero Draft of Thesis: Teknik Efisyen Penulisan Proposal / Tesis dengan Navigation Pane / Document Map dan Mendeley

0

OTHMAN TALIB

1

`

BUKA BICARA Buku Zero Draft of Thesis (ZDOT) ini ditulis sebagai bahan rujukan kepada peserta bengkel Penulisan Cepat Tesis dan Pengurusan Artikel dengan Mendeley yang saya kendalikan. Sebagai salah seorang konsultan yang bernaung di bawah UPM Consultancy Sdn Bhd, bengkel yang saya jalankan diseluruh negara ini dijayakan atas platform

Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) dan telah

mendapat sambutan yang hangat.

Dalam bengkel-bengkel ini saya

memperkenalkan ZDOT, akronim kepada satu teknik yang digunakan dalam memulakan penulisan proposal dan seterusnya penulisan tesis. Anda juga boleh membaca ZDOT dalam blog saya “Suka Penyelidikan Suka Statistik” di www.drotspss.blogspot.com. Semasa buku ini dihasilkan, blog ini telahpun dibaca hampir 800,000 kali ! Angka ini adalah sesuatu yang memeranjatkan bagi sebuah blog yang berorientasikan penulisan ilmiah berkaitan penyelidikan dan statistik. Saya memahami semakin ramai individu yang ingin meneruskan pengajian di peringkat sarjana mahupun kedoktoran. Pengajian diperingkat sarjana mahupun kedoktoran ini berorientasikan penyelidikan serta penulisan kertas projek, tesis atau dissertasi. Menulis satu manuskrip ilmiah seperti ini memerlukan kemahiran kerana manuskrip ilmiah memerlukan satu format penulisan yang khusus. Ramai pelajar sarjana dan kedoktoran menghadapi kesukaran untuk memulakan penulisan kerana tiada kemahiran menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word 2010 atau LaTex serta tidak menguasai kemahiran

0

menulis petikan (citation) dan membuat senarai rujukan (references). Oleh itu, kehadiran buku ini akan dapat meningkatkan kemahiran penulisan manuskrip ilmiah bukan sahaja dalam kalangan pelajar

sarjana dan kedoktoran tetapi

kemahiran yang sama boleh diaplikasikan dalam penulisan buku, artikel, rencana, laporan serta projek. Buku ini terhasil dari pengalaman saya menyiapkan tesis kedoktoran serta perbincangan antara saya dan peserta bengkel Penulisan Cepat Tesis dan Pengurusan Artikel. Selain teknik ZDOT, teknik lain yang berkaitan dengan ZDOT juga akan dibincangkan di dalam buku ini termasuklah pembinaan jadual, rajah, kandungan, pengasingan bab, memasukkan petikan serta rujukan. Kesemua teknik ini boleh digabungkan dengan aplikasi aplikasi Reference Manager iaitu Mendeley.

"When you teach… you learn to think ….”

1

Saya cuba menulis buku ini seringkas yang mungkin dengan menyertakan lebih 100 screenshot langkah demi langkah bagi memudahkan pembaca memahami serta mencubanya sendiri pada komputer masing-masing. Sebarang

pertanyaan

dan

cadangan

[email protected]. OTHMAN TALIB BANDAR BARU BANGI

2

sila

hantar

terus

kepada

Salah satu bengkel kendalian penulis di Putrajaya

PERHATIAN: TIDAK DIBENARKAN MENYALIN MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI UNTUK APA SAHAJA TUJUAN TANPA IZIN PENULIS BAGI MENGHORMATI HAK DAN USAHA PENULIS SERTA KEBERKATAN ILMU YANG DIPEROLEHI JIKA BERMINAT, SILA BUAT PESANAN SECARA SAH di: www.tulis-tesis-cepat.com TERIMA KASIH

3

`

Pakej Lengkap Penyelidikan dan Penulisan Tesis

Pesan buku di www.tulis-tesis-cepat.com

0

`

Kandungan BUKA BICARA ........................................................................................................ 0 Kandungan ............................................................................................................ 1 Senarai Rajah ........................................................................................................ 2 BAHAGIAN 1 ......................................................................................................... 2 MENDELEY SEBAGAI ............................................................................................. 2 REFERENCE MANAGER .......................................................................................... 2 1.1 Penulisan Ilmiah .............................................................................................. 3 1.2 MENDELEY ...................................................................................................... 7 1.3 Fungsi Literature Search Mendeley ................................................................. 9 1.4 Operator Literature Search ........................................................................... 12 1.5 Pencarian artikel ........................................................................................... 23 1.6 Menyediakan “ All Documents” .................................................................... 30 BAHAGIAN 2 ....................................................................................................... 37 PEMBINAAN ZERO DRAFT OF THESIS .................................................................. 37 2.1 One File One Thesis (OFOT) ........................................................................... 38 2.2 Zero Draft of Thesis (ZDOT) ........................................................................... 40 2.3 Bina Heading ................................................................................................. 41 2.4 Mengasingkan Chapter ................................................................................. 56 BAHAGIAN 3 ....................................................................................................... 58 APLIKASI MENDELEY DALAM ZDOT ..................................................................... 58 3.1 Fungsi Notes - Annotation ............................................................................. 59 3.2 Format text ................................................................................................... 65 3.3 Nama pengarang dalam petikan ................................................................... 68 3.4 Parafrasa petikan .......................................................................................... 74 3.5 Memasukkan Rujukan ................................................................................... 75 BAHAGIAN 4 ....................................................................................................... 79 RAJAH DAN JADUAL ............................................................................................ 79

1

4.1 Memasukkan Rajah dan Jadual ..................................................................... 80 4.2 Fungsi Split .................................................................................................... 86 4.3 Jadual Kandungan ......................................................................................... 90 4.4 Senarai Rajah dan Jadual ............................................................................. 102 BAHAGIAN 5 ..................................................................................................... 106 PENULISAN BUKU: ............................................................................................ 106 PERKONGSIAN PENGALAMAN........................................................................... 106 5.1 Susah ke menulis? ....................................................................................... 107 5.2 ZDOT dan buku Atlas.ti ................................................................................ 109 5.3 Tahap penulisan .......................................................................................... 109

Senarai Rajah

BAHAGIAN 1

MENDELEY SEBAGAI REFERENCE MANAGER

2

`

1.1 Penulisan Ilmiah Penulisan adalah satu kemahiran PENTING yang perlu dikuasai oleh semua pelajar pra-siswazah dan siswazah yang terlibat dengan penyelidikan dan penulisan tesis serta projek. Pelajar siswazah khususnya yang mengambil program sarjana mahupun kedoktoran, mesti membuat laporan hasil penyelidikan dengan menulis satu manuskrip ilmiah yang dinamakan tesis atau disertasi. Mereka juga perlu menulis artikel untuk diterbitkan dalam jurnal. Tanpa kemahiran menulis, kerja-kerja penghasilan tesis, artikel serta suntingan akan menjadi sulit dan memenatkan. Betapa ramai pelajar yang berpuas hati menguasai kemahiran menulis menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word hanya pada tahap asas sahaja. Ramai yang lansung tidak tahu dan tidak pernah menggunakan fungsi seperti References, Split, Caption, Styles, Heading, Auto Correct sehingga penggunaan komputer seperti boleh disamakan dengan penggunaan mesin taip elektrik sahaja ! Penulisan manuskrip ilmiah seperti tesis, disertasi, artikel dan buku memerlukan petikan (citation) dan rujukan (references) yang banyak dari perbagai sumber seperti artikel jurnal, buku, bab dalam buku, prosiding, laporan, rekod, tesis, webpage dan ensaiklopedia. Memetik dari sumber yang pelbagai ini memerlukan pengetahuan terhadap format yang diperlukan bersesuaian dengan bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, penulisan dalam bidang pendidikan dan sebahagian besar bidang di bawah sains sosial lazimnya menggunakan format American Psycological Association (APA). Format-format lain adalah seperti American Medical Association (AMA), Chicago Manual of Style, Harvard

3

Reference Format dan IEEE. Terdapat ratusan format yang digunapakai dalam dunia penulisan dan anda hanya perlu pilih satu format sahaja seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian anda. Bukan sahaja calon sarjana dan kedoktoran perlu mengetahui format mana yang perlu diikuti atau yang telah ditetapkan oleh institusi masing-masing, mereka juga perlu tahu mekanik penulisan yang pelbagai semasa membuat petikan, rujukan, membina jadual dan rajah. Contohnya pelajar perlu tahu untuk menulis petikan dalam teks, petikan lansung (direct quotation), menulis nama pengarang tunggal atau pengarang lebih dari seorang. Berikut adalah contoh format penulisan rujukan mengikut APA: Robert, M. (2013). Integrating mind map and concept map in teaching chemistry. Science Education for Teacher, 77(5), 182– 188. doi:10.1147/00039333.75.3.282 Nazirah Mat Sin, Othman Talib, Tengku Putri Norishah, Adura Azlin Ishak, & Roselan Baki. (2014). Male Students and Digital Game: Reason, Motivation and Feeling. International Journal of Information and Education Technology, 4(1), 6–11. doi:10.7763/IJIET.2014.V4.359 Perhatikan terdapatnya perkataan ‘doi’ dalam rujukan di atas. Doi dalam contoh rujukan membawa maksud Digital Object Identifier iaitu satu sistem pengkatalogkan yang dibuat dibawah pendaftaran The International DOI Foundation bagi mengenalpasti pautan (link) sesuatu bahan dalam Internet supaya mudah dicapai. Semua nombor rujukan DOI bermula dengan angka 10 diikuti dengan siri prefik bagi sesuatu organisasi dan surfik sebagai identifikasi penerbit yang diasingkan dengan tanda (/). 4

Penulisan ilmiah juga melibatkan sistem penomboran bagi caption seperti jadual atau rajah. Rajah 1.1 menunjukkan satu contoh format penulisan jadual lengkap mengikut format APA dengan caption ’Table 4.22 – ANOVA for post-test’ yang bermakna jadual dalam contoh tersebut adalah jadual yang ke 22 dan berada di dalam Chapter 4. Format APA menetapkan caption berada di atas jadual sebelah kiri dengan tajuk jadual (ANOVA for pos-test) ditulis di bawah label (Table 4.22) secara italic. Format APA hanya membenarkan garisan mendatar sahaja dan tidak membenarkan garisan menegak pada jadual. Table 4.1 ANOVA for post-test Sum of Squares

df

Mean Square

F

Sig.

295.045

3

98.348

7.164*

.000

Within Groups

1111.955

81

13.728

Total

1407.000

84

Between Groups

* p < .05

Rajah 1.1 - Contoh perlabelan jadual mengikut APA

5

Sementara itu, format APA juga menetapkan caption bagi rajah berbeza dengan jadual seperti contoh dalam Rajah 1.2 berikut. Caption pada rajag berada diposisi bawah dengan label dan tajuk rajah ditulis dalam satu barisan yang sama.

Rajah 3.10 Gabungan peta minda dan mnemonik

Rajah 1.2 - Contoh perlabelan rajah mengikut APA

Sistem penomboran bagi jadual dan rajah sering menyulitkan penulisan tesis kerana berlaku perubahan penomboran setiap kali berlaku penambahan atau pengurangan jadual dan rajah sepanjang proses penulisan. Kesemua ini boleh dipermudahkan malah dapat dilakukan dengan cepat dan efisyen jika pelajar

6

mahir menggunakan MS Word. Perubahan yang berlaku akan menjadi otomatik kerana urutan nombor dilakukan oleh MS Word. Inilah yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

1.2 MENDELEY Saya telah menulis buku berjudul “Mendeley – Pengurusan Artikel dan Rujukan Tesis” sebagai pengenalan kepada pelajar khususnya siswazah yang memerlukan Reference Manager dalam proses menyiapkan penulisan tesis. Reference Manager adalah istilah yang baru bagi kebanyakkan siswazah yang baru mendaftar. Apa itu Reference Manager? Reference Manager adalah satu perisian yang mengurus petikan dan rujukan bagi penulisan ilmiah. Contoh perisian yang popular dalam dunia penulisan akademik adalah EndNote, RefWork, Zotero, Qiqqa dan Mendeley. Reference Manager beroperasi secara umumnya sebagai pengkalan data menyimpan maklumat rujukan dari pelbagai sumber dan kemudiannya maklumat ini diproses dan boleh digunakan untuk menjana petikan dan rujukan secara otomatik tanpa perlu menulis apa-apa secara manual. Proses ini boleh dilakukan berkali-kali tanpa had, khususnya dalam penyediaan sorotan literatur dan senarai rujukan. Keperluan penggunaan Reference Manager ini semakin ketara dengan berkembangnya secara mendadak penghasilan sumber-sumber rujukan secara digital yang disimpan oleh penerbit-penerbit dalam format pdf yang sedia untuk dimuat turun ke dalam komputer peribadi siswazah.

7

Kini Reference Manager juga menyediakan pakej lengkap bagi mengurus artikel yang banyak disamping operasinya yang dapat dijalankan serentak dengan operasi dalam perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word dan LaTex. Terdapat Reference Manager yang boleh dimuat turun secara percuma seperti Mendeley. Siswazah hanya perlu membuka laman web www.mendeley.com dan mengikut arahan yang disediakan untuk instalasi perisian Mendeley. Sila rujuk buku saya “Mendeley – Pengurusan Artikel dan Rujukan Tesis” yang menerangkan secara terperinci cara memuat turun serta aplikasi asas Mendeley. Perisian Mendeley ini juga sentiasa di naik taraf dan sehingga buku ini ditulis, Mendeley boleh dimuat turun dengan versi 1.10.1 (Rajah 1.3)

Rajah 1.3 - Mendeley versi 1.10.1

8

Dengan perisian MS Word misalnya, penulis hanya perlu mengklik ikon Mendeley sebagai Reference Manager bagi mengimpot rujukan dan seterusnya rujukan akan tertulis secara otomatik dalam manuskrip mengikut apa sahaja format yang dipilih. Rajah 1.4 berikut menunjukkan ikon Mendeley pada ribbon MS Word 2010 serta beberapa pilihan format rujukan.

Rajah 1.4 - Mendeley dalam MS Word

1.3 Fungsi Literature Search Mendeley Buku ini hanya akan menggunakan Mendeley sebagai Reference Manager yang disepadukan dalam penghasilan Zero Draft of Thesis (ZDOT) dalam MS Word 2010. Langkah awal yang perlu dijalankan oleh sisiwazah adalah mengumpul artikel dalam bidang kajian masing-masing melalui proses literature search.

9

Artikel-artikel ini perlu dimuat turun supaya menjadi data dalam Mendeley untuk tujuan membuat petikan dan senarai rujukan. Buku ini akan menerangkan secara lebih terperinci aplikasi Mendeley sebagai Reference Manager dan dalam masa yang sama boleh mengorganisasi dan mengurus artikel sebagai persiapan penulisan proposal mahupun tesis. Walaupun Mendeley mempunyai versi desktop dan web, buku ini hanya akan memberikan fokus kepada Mendeley Desktop. Anda boleh membaca buku “Mendeley – Pengurusan Artikel dan Rujukan Tesis” yang menerangkan aplikasi Mendeley web. Adalah memadai untuk menggunakan Mendeley Desktop sekiranya anda menjalankan kajian peringkat sarjana mahupun kedoktoran. Langkah pertama adalah memuat turun semua artikel yang diperlukan ke dalam satu folder pada komputer peribadi anda. Anda boleh lakukan dengan beberapa cara seperti mencari melalui pencarian Google Scholar, melalui pencarian perpustakaan di IPTA/IPTS anda ataupun melalui fungsi Literature Search dalam Mendeley. Saya hanya akan menjelaskan pencarian menggunakan fungsi Literature Search dalam Mendeley Desktop. Literature Search adalah fungsi baru dalam Mendeley yang diperkenalkan pada pertengahan tahun 2013. Fungsi ini berguna kerana boleh membantu siswazah memulakan pencarian secara “rambang” disamping mengetahui bahan-bahan ilmiah terutamanya nama jurnal dalam bidang yang ingin di kaji. Sebagai contoh, katakan anda berminat untuk mencari sumber rujukan bagi kajian anda yang berkaitan “Animation” dalam bidang pendidikan. Buka Mendeley anda, klik Literature Search dan taip kata kunci “Animation” pada ruangan yang disediakan. Bila anda klik “Enter”, Mendeley secara otomatik akan 10

mencari semua bahan ilmiah berkaitan kata kunci “Animation”. Perhatikan Rajah 1.5 berikut menunjukkan terdapat sebanyak 11,532 carian yang diperolehi. Angka ini adalah munasabah kerana Mendeley akan mencari semua sumber yang ada perkataan “Animation” termasuklah yang bukan dalam bidang pendidikan.

Rajah 1.5 - Dapatan carian “Animation”

11

Tentulah tidak praktikal untuk membaca kesemua dapatan carian tersebut melainkan anda kecilkan lagi skop pencarian literature search anda menggunakan operator Boolean.

1.4 Operator Literature Search Mendeley membenarkan penggunaan operatur Boolean seperti “AND”, “NOT”, “OR” bagi mengecilkan skop pencarian atau untuk tujuan pencarian yang lebih fokus. Perhatikan bahawa penambahan kata kunci “Animation AND Chemistry AND Education” pada Rajah 1.6 telah memberikan skop pencarian yang lebih baik. Pencarian sebegini mempunyai beberapa motif. Anda bukan sahaja anda mendapat tahu tajuk artikel dari hasil carian tersebut malah anda juga boleh mengenalpasti jurnal-jurnal yang menerbitkan artikel yang anda fikir relevan. Secara mudah, berdasarkan hasil pencarian yang dipaparkan dalam Rajah 1.6, anda telah ketahui jurnal-jurnal berikut yang sesuai dengan bidang kajian anda untuk pencarian yang lebih khusus dalam setiap jurnal tersebu. Jurnal-jurnal yang berjaya dikenalpasti adalah: •

Journal of Science Education and Technology



Educational Technology Research and Development



Journal of Chemical Education



Journal of Science Education and Technology

12



International Journal of Research in Science Education



International Journal of Science Education



Computer and Education

Rajah 1.6 - Sebanyak 28 carian diperolehi

13

Selain dari kata kunci, anda juga boleh mencari sumber rujukan yang ditulis oleh penyelidik tersohor yang anda ketahui terlibat aktif dalam bidang kajian yang sama dengan bidang kajian anda. Dalam bidang pendidikan kimia sebagai contoh, nama Prof. David Treagust adalah nama yang tidak asing lagi kerana beliau adalah pakar yang banyak membuat kajian dan menulis artikel dalam pendidikan sains dan kimia. Prof. David Treagust adalah professor di Science and Mathematic Education Centre (SMEC) iaitu pusat penyelidikan pendidikan Sains dan Matematik bagi Australia yang berpusat di Curtin University of Technology, Perth. Oleh itu anda boleh lakukan pencarian anda menggunakan fungsi Literature Search dengan menaip “author:treagust” dan Rajah 1.7 adalah hasil pencarian Mendeley tersebut.

14

Rajah 1.7 - Pencarian menggunakan “author” Membaca dan meneliti artikel hasil kajian Prof Treagust akan memberikan kelebihan kepada siswazah dalam bidang pendidikan sains dan kimia untuk mengetahui perkembangan terkini dalam bidang tersebut. Selain dari itu, terdapat penambahan dua lagi jurnal yang perlu anda terokai sebagai tambahan kepada tujuh jurnal yang diperolehi dari Rajah 1.6 di atas. Jurnal-jurnal tersebut adalah:

15

 International Journal of Educational Development  Cultural Studies in Science Education

Penulis bersama Prof. Treagust yang juga pengerusi satu konferens Science Education di Adelaide, Australia 2010

Literature search Mendeley juga memberi ada ruang untuk menghadkan pencarian anda berdasarkan tahun dan julat tahun secara specifik. Ini bermakna, anda bukan sahaja boleh mengetahui jurnal, tajuk artikel, penerbit dan pakar dalam bidang kajian anda, tetapi juga boleh menghadkan pencarian anda boleh berdasarkan tahun.

16

Katalah anda ingin mencari artikel tulisan Prof. Treagust yang diterbitkan pada tahun 2010 sahaja maka anda perlu menulis “author:treagust AND year:2010” dan Rajah 1.9 adalah hasil pencarian tersebut. Jika anda bernasib baik, Mendeley akan memuat turun artikel seperti yang ditandakan dengan anak panah biru dalam Rajah 1.8 dan artikel penuh yang berjaya dimuat turun pada Rajah 1.9

Rajah 1.8 – Pencarian dihadkan oleh tahun

Rajah 1.9 – Salah satu artikel berjaya dimuat turun oleh Mendeley

17

Kelebihan Literature Search dalam Mendeley perlu dimanfaatkan oleh siswazah. Mendapatkan artikel terkini dan semasa adalah antara keperluan dalam pencarian jurang kajian supaya kajian anda tidak dianggap ketinggalan zaman. Anda boleh menetapkan julat tahun pencarian anda dengan menaip “animation AND education AND year:*2010 TO 2013+” dan hasil pencarian akan dipaparkan seperti dalam Rajah 1.10. Dengan cara yang sama, anda boleh menggunakan kombinasi pengarang dan kata kunci serta julat tahun bagi menghasilkan pencarian lebih bermakna seperti “author:mayer AND animation AND year:*200 TO 2013+” atau “animation AND science AND year:*200 TO 2013+” bagi menhasilkan pencarian seperti Rajah 1.11 dan Rajah 1.12 masing-masing.

18

Rajah 1.10 – “animation AND education AND year:*2010 TO 2013+”

19

Rajah 1.11 – “author:mayer AND animation AND year:*200 TO 2013+”

20

Rajah 1.12 – “animation AND science AND year:*200 TO 2013+”

21

Bagi memudahkan anda memahami fungsi pencarian dalam Literature Search Mendeley , Jadual 1.1 berikut adalah ringkasan cara anda menulis kata kunci, nama pengarang, penerbitan, tajuk dan tahun. Anda masih boleh membuat kombinasi anda sendiri – Selamat Mencuba ! Jadual 1.1 – Kombinasi operator dalam Literature search Mendeley Taip perkataan berikut:

Mendeley akan mencari ini…

computer animation

perkataan computer atau animation

computer AND animation

kedua-dua perkataan computer dan animation

"computer animation"

hanya perkataan “computer animation”

title:”computer animation”

perkataan “computer animation” dalam title field

author:Mayer

nama Mayer dalam senarai pengarang

author:Mayer AND author:Mereno

kedua-dua nama Mayer dan Mereno dalam senarai pengarang

Mayer AND year:[2000 TO 2013]

perkataan Mayer dalam penerbitan 2000 – 2013 sahaja

published_in:"science education”

perkataan “Science Education”dalam jurnal atau penerbitan

Animation AND published_in:”science education”

perkataan animation dan perkataan “science education”dalam jurnal atau penerbitan

animation AND year:2012

perkataan animation dan diterbitkan pada tahun 2012

animation AND science AND year:[2010 TO 2013]

perkataan animation dan science diterbitkan tahun 2010 hingga 2013

22

1.5 Pencarian artikel Pencarian melalui fungsi Literature Search hanyalah satu penerokaan awal. Tambahan, hasil dapatan bukanlah dalam bentuk artikel penuh yang boleh di muat turun dan disimpan dalam folder komputer anda. Timbul persoalan, bagaimana untuk mengetahui bahan mana yang sesuai dari senarai yang dipaparkan hasil pencarian literature search Mendeley ? Aspek paling penting bagi setiap bahan yang dipaparkan hasil pencarian literature search Mendeley adalah abstrak yang boleh dibaca. Abstrak adalah komponen penting dalam penerokaan awal artikel supaya anda hanya akan mendapatkan artikel yang benar-benar relevan dengan kajian yang bakal anda lakukan. Anda cuma perlu klik artikel dan abstrak akan dipaparkan seperti Rajah 1.13. Anda bukan sahaja boleh membaca abstrak mana-mana artikel, malah anda boleh menulis rujukan artikel tersebut untuk dimasukkan ke dalam penulisan anda walaupun tanpa artikel penuh.

23

Rajah 1.13 – Abstrak yang dipaparkan dari setiap artikel Anda klik kanan pada artikel yang anda sudah tandakan (highlighted) dan pilih option “Copy As” dan “Formatted Citation” seperti Rajah 1.14 berikut:

24

Rajah 1.14 – Langkah mendapatkan rujukan

Selepas itu anda buka MS Word dan anda cuma perlu “Paste” sahaja dan rujukan akan tertulis secara otomatik seperti Rajah 1.15. Ini bermakna anda boleh menyiapkan satu senarai rujukan untuk simpanan anda dari hasil pencarian literature search Mendeley bagi tujuan pencarian artikel penuh seterusnya.

25

Rajah 1.15 – Rujukan terhasil mengikut format yang dipilih

Kesemua artikel yang terpapar hasil pencarian literature search belum lagi berada dalam “All Documents” Mendeley anda. Oleh itu anda tidak boleh menggunakan fungsi Mendeley untuk mengurus artikel-artikel tersebut kecuali atikel-artikel tersebut di simpan dalam “All Documents”. Anda boleh lakukan ini dengan klik “Save References” seperti Rajah 1.16. Katakan anda berminat dengan tiga artikel, maka klik artikel dan klik “Save Reference” bagi ketiga-tiga artikel tersebut dan kesemuanya akan dipindahkan ke dalam “All Documents” Mendeley anda. Rajah 1.17 memaparkan proses perpindahan yang telah berjaya dilakukan.

26

Rajah 1.16 – Save Reference pindah artikel ke “All Documents”

Rajah 1.17 – Tiga artikel dimasukkan dalam “All Documents”

27

Seterusnya tugas anda adalah mencari ketiga-tiga artikel tersebut. Katakan anda ingin mencari artikel “Haglund (2012) bertajuk Perspective on models….” anda hanya perlu klik pada ikon Mendeley dibahagian kiri yang bertulis “View research catalog for this paper” seperti Rajah 1.18. Lakukan langkah yang sama dengan artikel seterusnya. Hasilnya artikel tersebut akan dipaparkan di Mendeley web (pastikan anda berada dalam persekitaan wifi atau komputer anda ada sumber internet) untuk anda lakukan pencarian seterusnya seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.19 dan Rajah 1.20 masing-masing.

Rajah 1.18 – Arahan Mendeley Web memulakan pencarian atas talian

28

Rajah 1.19 – Artikel yang dicari dipaparkan di Mendeley web

Rajah 1.20 – Artikel kedua yang dipaparkan dalam Mendeley web

29

1.6 Menyediakan “ All Documents” Sebelum anda diperkenalkan kepada konsep Zero Draft of Thesis (ZDOT), anda perlu mempunyai koleksi artikel yang relevan dengan kajian untuk menyediakan proposal dan kemudian tesis anda. Katakan setelah anda membuat literature search melalui Mendeley, perpustakaan dan Google Search, anda dapat mengumpulkan sebanyak lebih kurang 20 artikel yang relevan. Anda perlu menyimpan kesemua artikel tersebut dalam “All Documents” Mendeley. Terlebih dahulu saya ingin mencadangkan supaya anda menamakan setiap artikel tersebut mengikut urutan berikut bagi memudahkan anda berkongsi dengan rakan-rakan anda. Jangan namakan sebagai artikel1, artkel2 dan sebagainya tetapi namakan mengikut urutan berikut: Nama pengarang – tahun - ringkasan tajuk Rajah 1.21 menunjukkan kesemua artikel yang telah dinamakan. Setelah menamakan kesemua artikel dan menyimpannya di dalam satu folder (katakan anda namakan seperti My_PhD) dalam dropbox anda, anda boleh terus “click-ndrag” folder tersebut ke atas Mendeley. Penggunaan folder dengan aplikasi “cloud” seperti dropbox (www.dropbox.com) ataupun

Google

Drive

(https://drive.google.com)

sangat

penting

bagi

memastikan artikel anda selamat. Menyimpan folder anda dalam storaj mudah alih seperti thumb drive atau menyimpannya dalam hard disk komputer anda boleh mendatangkan masalah kehilangan, kerosakan atau kecurian.

30

Anda juga boleh tandakan (highlighted) kesemua artikel tersebut dan “click-ndrag” ke atas Mendeley. Rajah 1.22 menunjukkan kesemua artikel telah sedia ditanda untuk diheret ke dalam Mendeley.

Rajah 1.21 – Cara menamakan artikel dalam simpanan anda

31

Rajah 1.22 – Tandakan semua artikel dan heret ke atas Mendeley

Artikel yang dimasukkan ke dalam ‘All Documents” Mendeley akan secara otomatik diasingkan mengikut metadata seperti pengarang, tajuk, tahun, abstrak, penerbit dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Mendeley selalunya tidak dapat melakukan proses mengekstrak metadata ini sepenuhnya. Masih terdapat beberapa metadata yang selalunya gagal diekstrak. Oleh itu, anda perlu klik ikon “Need Review” supaya Mendeley akan asingkan artikel yang masih perlu ditambah meta data secara manual. Rajah 1.23 menunjukkan terdapat kesalahan mengektrak metadata atau kawasan kosong apabila Mendeley gagal mengektrak mana-mana meta data dari artikel. Namun, anda boleh saja melihat secara

32

manual setiap artikel bagi mencari kesalahan atau kekurangan metadata walaupun tanpa klik “Need Review”.

Rajah 1.23 – Artikel yang perlu di ‘review’

Sebaik sahaja ikon “Need Review” di klik, akan muncul senarai artikel yang perlu diberikan perhatian seperti Rajah 1.24. Dalam kes ini, terdapat empat artikel disenaraikan. Walau bagaimanapun adalah langkah bijak untuk anda menyemak secara manual kesemua artikel bagi memastikan semua metadata diekstrak dengan betul.

33

Rajah 1.24 – Artikel yang perlu diberikan perhatian

Langkah seterusnya adalah membetulkan maklumat atau mengisi maklumat yang tertinggal pada ruangan tab “Details” seperti Rajah 1.25. Rajah 1.26 menunjukkan artikel telah siap diperbetulkan. Tab ‘Details’ ini boleh dibuka atau ditutup dengan klik butang ‘

‘ seperti Rajah 1.25. Sayapun tidak faham mengapa

Mendeley menjadikan butang ini terlalu kecil sedangkan fungsinya sangat besar !

Rajah 1.25 – Isikan maklumat metadata yang lengkap dalam ruang ‘Details’

34

Rajah 1.26 – Artikel yang telah lengkap segala info

Akhirnya anda telah berjaya menyediakan satu pengkalan data artikel-artikel dalam Mendeley untuk pembacaan dan penulisan tesis, khususnya sorotan literatur. Rajah 1.27 menunjukkan kesemua artikel-artikel terebut yang telah berada dalam All Document Mendeley anda.

Sesi “Tulis Tesis Cepat” oleh penulis di karnival ‘Jom Hebat 2013’ di UPM

35

Rajah 1.27 – Artikel ‘terkini’ dan ‘relevan’ untuk memulakan pembacaan

36

`

BAHAGIAN 2

PEMBINAAN ZERO DRAFT OF THESIS

37

`

2.1 One File One Thesis (OFOT) Saya akan memperkenalkan dahulu konsep OFOT. OFOT adalah satu konsep penulisan yang saya namakan berdasar aplikasi optimum perisian MS Word 2010 dalam penulisan ilmiah. Saya juga menulis empat buku saya mengunakan konsep OFOT ini. Konsep OFOT ini telah saya perkenalkan sebaik sahaja tamat pengajian peringkat kedoktoran saya apabila menyedari hampir semua siswazah tidak menyedari kepentingan konsep ini. Apakah itu konsep OFOT? Konsep ini merujuk kepada penggunaan hanya satu fail (One File) bagi penghasilan sesuatu penulisan contohnya satu tesis (One Thesis), walaupun tesis tersebut mempunyai 5 hingga 7 bab. Buku saya yang berjudul “Tulis Tesis Cepat” misalnya mengandungi enam bab setebal 456 muka surat tetapi ditulis berdasarkan satu fail sahaja, dari muka depan sehinggalah halaman terakhir. Inilah konsep OFOT. Seringkali siswazah atau penulis, menggunakan beberapa fail berasingan untuk menyiapkan penulisan. Sekiranya tesis yang ditulis mengandungi 5 bab, maka siswazah akan menyediakan 5 fail berasingan yang mengandungi setiap bab. Pendekatan ini tidak bersesuaian dengan penulisan ilmiah khususnya tesis yang melibatkan banyak petikan, rujukan dan suntingan. Mempunyai lebih dari satu fffffffail akan menyukarkan laman terakhir tesis tersebut, bukannya di halaman fail akan hanya menyukarkan penulisan apabila penulis terpaksa membuka dan menutup fail-fail yang berbeza untuk kerja-kerja suntingan. Ini ditambah lagi dengan rujukan yang hanya muncul di bab terahir tesis, bukannya di akhir setiap bab dalam tesis. Kerja-kerja penambahan isi serta mengemaskini juga akan

38

menjadi sangat sukar kerana pelajar terpaksa mengendalikan beberapa fail yang berbeza sehingga sering mendatangkan kekeliruan. Penghasilan OFOT memerlukan aplikasi Navigation Pane (MS Word 2010) atau Document Map (MS Word 2007 dan Mac). Rajah 2.1 adalah satu contoh penghasilan OFOT bersama paparan Navigation Pane bagi satu proposal yang terhasil semasa bengkel yang saya kendalikan.

Rajah 2.1 – Contoh OFOT Bagi tujuan tersebut, anda melakukan penulisan di Text Area manakala navigation pane berada disebelah kiri Text Area yang menunjukkan Bab, Tajuk dan Sub-tajuk yang juga adalah Heading dalam tesis yang ditulis. Paparan pada Rajah 2.1 menunjukkan Heading yang terdapat dalam proposal tersebut. Kelihatan tiga Heading utama iaitu Chapter 1, Chapter 2 dan Chapter 3. Chapter 1 ditandakan dengan warna kuning menunjukkan paparan yang dibuka dalam “Text Area” adalah Chapter 1. 39

Heading memainkan peranan yang penting sebagai pautan (link) kepada teks penulisan dalam Text Area secara OFOT. Jika anda ingin membuka paparan Heading Chapter 3, anda perlu klik Heading Chapter 3 pada bahagian Navigation. Heading yang terbina dalam navigation pane memudahkan anda pergi ke manamana bahagian dalam fail anda tersebut tanpa mengira chapter atau bab sama ada untuk membuat penulisan mahupun untuk kerja suntingan.

2.2 Zero Draft of Thesis (ZDOT) Apa kaitan antara OFOT, navigation pane (atau document map bagi MS Word versi 2007 atau 2003) dengan ZDOT? OFOT adalah konsep umum bagi penghasilan sebarang penulisan yang dibuat hanya dengan membuka satu fail sahaja. Konsep OFOT ini dipermudahkan dengan fungsi navigation pane kerana wujudnya pautan antara Heading dalam seluruh manuskrip. ZDOT pula adalah teknik pembinaan Heading yang khusus untuk penulisan proposal yang kemudiannya akan berkembang menjadi tesis. ZDOT juga dibina mengikut OFOT, maka navigation pane diperlukan untuk menghasilkan ZDOT tersebut. Kenapa dinamakan sebagai “zero draft”? Istilah ini saya gunakan atas dua alasan. Pertama, pembinaan proposal pada peringkat awal lebih bertujuan untuk meneroka sambil mendalami bidang yang dikaji sebelum “first draft” proposal dihantar kepada penyelia. Secara logiknya “zero draf” muncul dahulu sebelum “first draft”. Atas alasan inilah wujudnya istilah “Zero Draft Of Thesis”. Kedua, pembinaan ZDOT dimulakan dengan penyediaan Heading tanpa isi atau sebarang penulisan isi iaitu “zero content”. Maka istilah “zero draft of thesis” 40

atau lebih popular dengan “zero draft” atau ZDOT telah digunakan. Rajah 2.2 adalah contoh ZDOT satu proposal yang hanya mengandungi Heading tanpa kandungan.

Rajah 2.2 – Contoh ZDOT bagi satu proposal

2.3 Bina Heading Terdapat sembilan tab pada ‘ribbon’ MS Word iaitu File, Home, Insert, Page Layout, References, Mailings, Review, View dan Add-Ins. Sementara itu terdapat pula empat bahagian utama pada tab Home iaitu Clipboard, Font, Paragraph, Styles dan Editing. Bahagian yang digunakan untuk membina Heading adalah

41

Styles. Rajah 2.3 menunjukkan bahagian Styles dengan komponen seperti Normal, Heading 1, Heading 2, Heading 4 dan seterusnya.

Rajah 2.3 – Komponen dalam Styles

Andaikan anda ingin membina ZDOT seperti Rajah 2.2 di atas, anda perlu siapkan Heading 1 hingga Heading 4. Heading ini sebenarnya adalah tajuk dan sub-tajuk bagi sesuatu proposal. Setiap Heading yang sama tahap (level) mempunyai nombor yang sama. Rajah 2.4 menunjukkan 1.1 dan 1.2 serta 1.1.1 dam 1.2.1 mempunyai level yang sama, maka diberikan nombor Heading yang sama.

42

Rajah 2.4 – Heading dalam ZDOT

Membina Heading memerlukan beberapa langkah terutamanya Heading 1. Bagi membina Heading 1, sila jalankan langkah berikut: Langkah 1: Buka MS Word anda. Buku ini menggunakan MS Word versi 2010. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan dengan versi MS Word terdahulu namun secara keseluruhannya masih sama. Mulakan dengan mengklik ‘Multilevel List’ untuk menjadikan Heading 1 sebagai CHAPTER atau BAB. Klik tab ‘Home’ dan klik ‘Multilevel List’ kemudian klik ‘Chapter 1 Heading 1’ seperti Rajah 2.5. Kemudian secara otomatik Heading 1 pada ribbon MS Word akan menjadi Chapter dan Chapter 1 akan terhasil dalam navigation pane seperti Rajah 2.6.

43

Rajah 2.5 – Multilevel List untuk membina Heading 1

44

Rajah 2.6 – Chapter 1 sebagai Heading 1 telah terhasil Jika anda ingin menukar Chapter kepada Bab, klik sekali lagi ‘Multilevel List’ kemudian klik ‘Define New Multilevel List….’ dan anda akan dapat pop up menu seperti Rajah 2.7. Padam dan gantikan perkataan ‘Chapter’ dengan ‘Bab’ seperti Rajah 2.8.

Rajah 2.7 – Anda boleh padamkan Chapter ganti dengan Bab

45

Rajah 2.8 – Chapter menjadi Bab Langkah 2: Chapter 1 berwarna biru akan terhasil dan berada di sebelah kiri Text Area. Anda perlu betulkan format Chapter ini yang juga Heading 1 dengan format,katakan APA, dengan klik kanan ikon Chapter / Heading 1, diikuti dengan klik Modify. Jangan lupa untuk letakkan kursor anda sebelum itu pada Chapter 1.

46

Rajah 2.9 – Langkah Modify Heading 1

Apabila anda mengklik Modify, satu pop menu akan keluar untuk anda betulkan format seperti menukar warna font dari biru ke hitam, menukar font dari 14 ke 12 dan seterusnya.

47

Rajah 2.10 – Pop Menu untuk format font dan paragraph

Anda juga boleh menukar huruf kecil kepada huruf besar seperti arahan dalam Rajah 2.11 berikut:

48

Rajah 2.11 – Format ‘All cap’

Selepas selesai dengan formatkan ‘font’, betulkan pula format ‘paragraph’ mengikut Rajah 2.12 dan Rajah 2.13 dan anda akan mendapat format Heading 1 yang terhasil seperti di Rajah 2.14.

49

Rajah 2.12 – Format paragraph

50

Rajah 2.13 – Format spacing

Rajah 2.14 – Chapter 1 selesai diformatkan

51

Langkah 3 Langkah seterusnya adalah membina Heading 2 atau tajuk pada chapter atau bab. Kita mulakan dengan menaip INTRODUCTION dan klik Heading 2 pada Styles, klik kanan tetikus anda dan klik Modify sehingga terhasil Heading 2 (INTRODUCTION) seperti Rajah 2.15 hingga Rajah 2.18. Anda sebenarnya mengulangi Modify yang anda lakukan pada Heading 1.

Rajah 2.15 – Modify dan format untk Heading 2

52

Rajah 2.16 – Pop menu untuk Heading 2

Rajah 2.17 – Format spacing Heading 2 53

Rajah 2.18 – Heading 2 selesai diformat

Langkah 4 Dengan cara yang sama, anda boleh membina Heading 3 dan Heading 4 seperti Rajah 2.19 sebagai latihan. Selepas itu anda beoleh menggantikan perkataan Heading dengan tajuk dan sub-tajuk untuk menghasilkan proposal anda sendiri sebagai ZDOT yang lengkap dengan navigation pane seperti Rajah 2.20.

54

Rajah 2.19 – ZDOT berdasarkan Heading 1 hingga Heading 4

Rajah 2.20 – ZDOT berdasarkan satu proposal 55

2.4 Mengasingkan Chapter Chapter yang terhasil dalam ZDOT akan sentiasa bergerak dan memasuki muka surat chapter yang lain. Keadaan ini sangat meletihkan jika terdapat banyak chapter atau bab dalam penulisan anda. Lazimnya pelajar akan menggunakan menekan kekunci Enter untuk membetulkan keadaan ini. Namun, masalah yang sama akan tetap wujud setiap kali berlakunya penambahan pada kandungan manuskrip anda. Perkara ini dapat dielakkan dengan menggunakan fungsi Page Layout – Breaks – Next Page yang menjadikan setiap chapter atau bab atau Heading 1, sentiasa berada pada muka surat yang baru walaupun berlaku penambahan atau pengurangan bahan pada mana-mana chapter yang lain. Langkah ini akan menyebabkan chapter sentiasa dipindahkan ke muka baru apabila chapter bergerak masuk ke sebahagian muka surat baru. Apa yang perlu lakukan adalah dengan klik Chapter 2 pada navigation pane seperti arahan dalam Rajah 2.21 maka hasilnya pada Rajah 2.22. Anda perlu ulangi langkah yang sama bagi semua chapter atau bab, termasuklah bahagaian Rujukan atau References. Buat masa ini, ada tidak perlu lakukan langkah yang sama untuk Chapter 1 kerana tiada sebarang penambahan atau pengurang apaapa berlaku kerana tiada chapter atau bab sebelum Chapter 1 ini. Anda hanya perlu lakukan langkah ini pada Chapter 1 apabila anda telah bersedia untuk membuat bahagian Table of Content, List of Tables serta List of Figures.

56

Rajah 2.21 – Langkah mengasingkan chapter

Rajah 2.22 – Chapter 2 berada di muka surat baru

57

`

BAHAGIAN 3

APLIKASI MENDELEY DALAM ZDOT

58

`

3.1 Fungsi Notes - Annotation Setelah anda sediakan ZDOT mengikut tajuk dan sub-tajuk yang disesuaikan dengan format institusi anda, tibalah masanya untuk anda membuka Mendeley dan mula membaca artikel-artikel tersebut. Jika anda membaca buku saya berjudul “Mendeley – Pengurusan Artikel dan Rujukan Tesis” anda akan mengetahui teknik pengurusan artikel yang saya namakan sebagai Filter Based On Themes (FBOT) dan Speed Reading On Target (SROT). Anda perlu membaca buku tersebut bagi memudahkan anda mengurus pembacaan artikel anda yang mungkin menjangkau ratusan bilangannya. Buku ini akan menambah satu lagi fungsi Mendeley iaitu aplikasi Notes dan Annotations bagi mengesan petikan yang telah anda copy-n-paste dari ratusan artikel tersebut seperti paparan dalam Rajah 3.1. Ruangan Notes boleh digunakan untuk anda membuat catatan semasa membaca artikel ataupun menyalin mana-mana bahagian yang penting untuk anda ‘paste’ dalam Notes. Annotations pula adalah ruangan yang membuat pautan kepada mana-mana bahagian dalam artikel. Oleh itu, fungsi annotations ini akan digunakan untuk mencari mana-mana bahagian artikel yang telah dipetik semasa penulisan jika diperlukan kemudiannya.

59

Rajah 3.1 – Tab bagi Notes dan Annotations

Katakan anda telah mengambil satu petikan pernyataan dalam artikel X (2010). Selepas beberapa lama, anda ingin mengetahui di manakah artikel dan di bahagian manakah petikan tersebut anda ambil. Maka dalam hal ini, fungsi annotations akan digunakan untuk melakukan tugas tersebut. Ini adalah langkah yang perlu anda ikuti: Langkah 1: Buka Mendeley dan klik artikel yang anda ingin buat petikan. Katakan anda berminat untuk memetik pernyataan seperti dalam Rajah 3.2. Anda tandakan

60

(highlighted) dengan mengklik ikon Highlight pada Mendeley. Tujuannya bagi memudahkan anda melihat bahagian yang anda petik untuk dimasukkan dalam ZDOT anda.

Rajah 3.2 – Tandakan petikan Langkah 2: Kemudian klik Select Text pada Mendeley dan klik Copy seperti Rajah 23.3 untuk anda salin pernyataan tersebut ke dalam ZDOT sebagai sebahagian petikan di bawah katakan Heading 3 bahagian 2.1. Selepas petikan di paste dalam ZDOT, anda akan mendapat paparan seperti Rajah 3.4

61

Rajah 3.3 – Fungsi Add Note, Copy dan Define

Rajah 3.4 – Petikan yang telah disalin kedalam manuskrip

62

Sayugia diingatkan bahawa anda hanya menyalin petikan tersebut untuk memudahkan anda mengupasnya kemudian sesyai dengan kajian yang akan anda lakukan. Anda masih perlu membuat parafrasa (paraphrase) atau ringkasan (summarize) petikan tersebut bagi mengelakkan anda melakukan plagiat. Langkah 3: Langkah seterusnya adalah dengan membina pautan (link) petikan tersebut melalui fungsi Add Note. Klik kanan pada petikan dan klik Add Note seperti Rajah 3.5 berikut:

Rajah 3.5 – Bina pautan dengan Add Note

Secara otomatik akan terpaparlah satu nota seperti kertas kuning seperti stucky note dengan perkatan ‘You’ dengan tarikh dan masa seperti paparan 3.6. Anda

63

perlu menaip sesuatu seperti ‘cite’ untuk menyatakan bahawa petikan itu adalah citation dalam ZDOT. Sebaik sahaja anda menutup dengan klik ‘ X ‘ pada ‘sticky note’ tersebut, akan terpaparlah Annotation seperti Rajah 3.7, siap dengan perkataan ‘cite’ yang anda tulis tadi. Perkataan ‘01 You’ bermakna petikan tersebut adalah petikan pertama anda dalam artikel tersebut.

Rajah 3.6 – Sticky Note sebagai pautan

64

Rajah 3.7 – Annotation Mendeley

Anda boleh lakukan sebanyak mana petikan yang anda ambil dari artikel tersebut dengan melalukan Add Notes dan tulis pula ‘cite2’ atau sebarang perkataan. Anda hanya perlu buka Mendeley dan buka artikel yang berkaitan. Selepas itu buka tab Notes dan klik bar yang ada perkataan 01 You. Sebaik sahaja anda klik, maka paparan petikan yang berkaitan akan muncul seperti Rajah 3.7 di atas.

3.2 Format text Anda telahpun membetulkan format kesemua Heading 1 sampai Heading 4. Apabila anda Paste pernyataan ke dalam Text Area, seperti yang anda lakukan dibahagian 3.1 sebelum ini, anda masih perlu lakukan hal yang sama untuk format teks yang di salin.

65

Apa yang perlu anda buat adalah meletakkan kursor pada petikan yang anda salin, dan klik kanan pada style “Normal”. ‘Normal’ bermakna, apa yang anda tulis tidak akan dipaparkan di navigation pane atau document map. Lakukan perubahan font (seperti font size 12, justified) dan paragraph (Line spacing 1.5 dan 12 pt Before / After Spacing) seperti Rajah 3.8 hingga Rajah 3.10.

Rajah 3.8 – Jadikan petikan sebagai ‘Normal’ dan kemudian ‘Modify’

66

Rajah 3.9 – Lakukan modifikasi mengikut format anda sendiri

Rajah 3.10 – Teks petikan yang telah dimodifikasi

67

3.3 Nama pengarang dalam petikan Setelah anda memasukkan pernyataan ke dalam ZDOT anda, perlulah anda sertakan dengan petikan (citation) kerana anda mengambil idea dan pernyataan dari pengarang yang lain. Terdapat dua posisi petikan iaitu dihujung petikan atau dipermulaan petikan 3.31 Petikan dihujung Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan kursor dipenghujung petikan dan klik References – Insert Citation. Secara otomatik Mendeley akan dibuka (jika anda belum membukanya). Langkah seterusnya klik ‘Go To Mendeley’. Ikut arahan seperti dalam Rajah 3.11

Rajah 3.11 – Langkah memasukkan nama pengarang dalam petikan

68

Apabila Mendeley anda terbuka menunjukkan “All Documents”, tandakan artikel yang anda ambil petikannya dan klik ‘Cite’ seperti Rajah 3.12.

Rajah 3.12 – Klik ‘Cite’ untuk masukkan nama pengarang Hasilnya anda akan dapati nama pengarang dan tahun penerbitan muncul secara otomatik dihujung petikan seperti Rajah 3.13 berikut.

Rajah 3.13 – Nama pengarang telah pun dimasukkan Sekiranya petikan yang diambil dari kumpulan pengarang yang sama telah dimasukkan dalam petikan sebelum ini, dan nama pengarang melebihi dua nama,

69

maka anda akan mendapat perkataan ‘et al.’ menggantikan pengarang kedua dan seterusnya seperti Rajah 3.14

Rajah 3.14 – Nama kumpulan pengarang melebihi dua orang

3.3.2 Nama pengarang dihadapan petikan Posisi nama pengarang samada di bahagian depan, tengah atau hujung petikan terletak kepada status pernyataan tersebut. Jika pernyataan tersebut adalah pernyataan khusus oleh pengarang, maka posisi petikan adalah dihadapan. Jika hanya idea sahaja yang dipetik, maka posisi nama pengarang lazimnya diletakkan dibelakang petikan. Rajah 3.14 menunjukkan pernyataan khusus dari pengarang maka posisi nama pengarang berada diposisi hadapan petikan.

70

Rajah 3.15 – Posisi nama pengarang dihadapan petikan

Mendeley hanya menghasilkan format (nama pengarang, tahun) yang sama sama ada posisi dihadapan atau dibelakang petikan. Rajah 3.15 menunjukkan nama pengarang diposisi hadapan petikan. Oleh kerana format tersebut salah, maka anda perlu membuat perubahan secara manual dengan membetulkan format tersebut. Setelah anda membetulkannya secara manual, Mendeley akan meminta pengesahan kepada anda “Keep Ctation Edit?”, maka anda perlu klik “Keep Manual Edit” seperti Rajah 3.16

71

Rajah 3.16 – Arahan dari Mendeley Dengan menambah perkataan “mentioned that” maka lengkaplah nama pengarang diletakkan diposisi hadapan petikan seperti Rajah 3.17. Namun begitu, pastikan anda tidak menciplak petikan dari artikel tanpa menulisnya semula dengan perkataan anda sendiri. Perhatikan tanda asterik (*) dihujung petikan itu sebagai tanda ia adalah petikan asal dari artikel.

Rajah 3.17 – Hasil dari perubahan secara manual

72

3.3.3 Gabungan nama pengarang dari artikel berlainan Terdapat keadaan anda memerlukan gabungan idea beberapa petikan dari beberapa artikel berbeza. Katakan anda menulis satu perenggan hasil gabungan petikan dari dua artikel seperti Rajah 3.18.

Rajah 3.18 – Gabungan dua kumpulan pengarang artikel berbeza

Apa yang anda perlu lakukan adalah tandakan kedua-dua petikan dan sekaligus akan berlaku perubahan pada ikon ‘Insert Citation’ ke ‘Merge Citation’ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.19.

Rajah 3.19 – Merge citation 73

Sebaik sahaja anda klik Merge Citations, maka berlaku perubahan seperti yang anda lihat dalam Rajah 3.20. Perhatikan saya meletakkan satu tanda asterik (*) sebagai menandakan bahawa pernyataan tersebut adalah hasil copy-n-paste dan perlu dilakukan parafrasa dengan perkataan saya sendiri.

Rajah 3.20 – Hasil gabungan dua kumpulan pengarang

3.4 Parafrasa petikan Anda tidak boleh menyalin perkataan demi perkataan apabila membuat petikan. Anda hanya boleh mengambil idea atau konsep atau makna pada pernyataan tersebut dan menulisnya semula dalam ayat anda sendiri. Anda boleh ringkaskan atau kembangkan lagi idea / konsep / makna petikan tersebut,vdiikuti dengan nama pengarang dan tahun penerbitan artikel yang anda petik. Sebagai contoh, katakan anda telah melakukan copy-n-paste pernyataan “The visualization depicted in an animation…….. a very short period of time (Author, 2011)” seperti pada Rajah 3.21. Kemudian anda melakukan parafrasa dengan mengembangkan pernyataan tersebut sambil mengekalkan makna petikan yang anda telah ambil dalam konteks kajian anda sendiri.

74

Rajah 3.21 – Petikan yang telah disesuaikan dengan kajian anda

3.5 Memasukkan Rujukan Setelah anda selesai memasukkan petikan yang relevan di bawah setiap tajuk dan sub-tajuk dalam ZDOT anda, pemahaman anda akan tajuk kajian akan bertambah. Dalam masa yang sama, Mendeley menyimpan “pathway” petikan dan bersedia untuk dijadikan senarai rujukan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan meletakkan kursor di bawah bahagian References atau Rujukan. Kemudian anda klik References – Insert Bibliography seperti Rajah 3.22. Sebaik sahaja anda klik Insert Bibligraphy, maka

75

secara otomatik, senarai rujukan yang anda gunakan sebagai petikan dalam manuskrip akan tertulis mengikut abjad seperti Rajah 3.23.

Rajah 3.22 – Lakukan Insert Bibliography

Rajah 3.23 – Senarai rujukan yang terhasil secara otomatik

76

Senarai rujukan ini masih boleh diubah spacing ataupun justify. Anda hanya perlu tandakan semua artikel dan klik ikon justifiy pada ribbon MS Word seperti Rajah 3.24 sehingga menjadi senarai rujukan yang kemas dalam Rajah 3.25. Walau bagaimanapun, ada kalanya ada padamkan petikan yang anda tidak perlu sepanjang proses penulisan. Bagi memastikan semua senarai rujukan ini sentiasa kemas kini, anda hanya perlu klik ikon Refresh dan senarai terkini rujukan akan anda peroleh seperti Rajah 3.26.

Rajah 3.24 – Tandakan semua rujukan

77

Rajah 3.25 – Senarai rujukan yang kelihatan kemas

Rajah 3.26 – Senarai rujukan setelah kemas kini

78

BAHAGIAN 4

RAJAH DAN JADUAL

79

`

4.1 Memasukkan Rajah dan Jadual Jadual dan rajah adalah antara elemen penting dalam penulisan ilmiah. Menyediakan kedua-dua elemen ini dengan betul sangat penting kerana jadual dan rajah mestilah mengikut sistem penomboran berdasarkan bab. 4.1.1 Penyediaan Jadual Anda boleh sediakan jadual dengan cara yang biasa anda lakukan. Katakan anda ingin membina jadual 2 x 3, dan kemudian memberikan nombor dan label. Langkah pertama adalah meletakkan kursor anda di atas jadual seperti Rajah 4.1.

Rajah 4.1 – Sediakan jadual

80

Kemudian klik Reference – Insert Caption dan akan keluarlah pop up menu seperti Rajah 4.2. Pilih opsyen Table pada Label. Sekiranya anda menggunakan Bahasa Melayu, anda klik butang New Label dan taip “Jadual”.

Rajah 4.2– Pop Menu Caption

Pastikan anda jangan tandakan ‘ √ ‘ pada “Exclude label from caption” tetapi tandakan ‘ √ ‘ pada “Include chapter number”. Oleh kerana jadual tersebut berada dalam Chapter 2, maka jadual yang terhasil akan secara otomatik diberikan sebagai Table 2.1 seperti Rajah 4.3. Table 2.1 tertulis dalam warna biru dengan font yang kecil maka anda perlu lakukan perubahan format sebagai mana anda lakukan pada Heading dan Normal. Buka Styles dan anda akan dapati ‘Caption’. Klik kanan, klik Modify dan teruskan format caption tersebut seperti Rajah 4.3 dan Rajah 4.4. Jangan lupa “tick” juga ‘Automatically update’.

81

Rajah 4.3 – Caption muncul sebagai Table 2.1

82

Rajah 4.4 – Lakukan perubahan format

83

Rajah 4.5 – Caption terhasil dengan nombor mengikut bab

4.1.2 Penyediaan Rajah Penyediaan rajah adalah sama seperti penyediaan jadual seperti yang dibincangkan di atas. Beza cuma pada rajah, caption berada di bawah rajah bukan di atas seperti jadual. Katakan anda ingin melukis satu rajah matahari, ikut langkah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 4.6 dan Rajah 4.7 maka terhasillah rajah seperti Rajah 4.8 yang memaparkan Figure 3.1.

84

Rajah 4.6 – Caption untuk rajah matahari

Rajah 4.7 – Pastikan format yang betul

85

Rajah 4.8 – Caption yang terhasil juga dengan nombor mengikut bab

4.2 Fungsi Split Tesis yang melibatkan banyak jadual dan rajah boleh mengundang pening kepala apabila tiba penulisan yang memerlukan perbincangan berkaitan dengan jadualjadual dan rajah-rajah tersebut. Seringkali perbincangan ditulis melibatkan rujukan kepada rajah mahupun jadual. Masalah sering timbul apabila perbincangan yang ditulis berada di muka surat yang tidak sama dengan jadual ataupun rajah. Lebih menyulitkan lagi apabila anda perlu merujuk dan meneliti beberapa rajah atau jadual bagi melengkapkan perbincangan anda. Ramai pelajar yang mengambil jalan mudah dengan mencetak semua rajah dan jadual untuk rujukan semasa penulisan. Namun begitu, MS Word telah menyediakan satu fungsi bagi tujuan tersebut. Anda perlu klik View – Split, iaitu

86

paparan Text Area manuskrip anda akan diasingkan menjadi dua bahagian, atas dan bawah. Katakan anda ingin menulis perbincangan seperti Rajah 4.9 dan anda terlebih dahulu perlu merujuk kepada Figure 21. Adalah lebih memudahkan jika Figure 21 berada di atas Text Area penulisan anda.

Rajah 4.9 – Menulis dengan merujuk jadual berkaitan

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengklik View – Split seperti Rajah 4.10. Bagi pengguna MS Word versi 2007, anda perlu terlebih dahulu menutup document map anda untuk membenarkan fungsi split ini boleh dijalankan. Walau bagaimanapun, pengguna MS Word 2010 tidak perlu menutup navigation pane untuk menjalankan fungsi split.

87

Rajah 4.10 – Fungsi split

Setelah anda klik View – Split, maka terhasillah satu garisan pada Text Area penulisan anda. Bila anda klik, garisan ini akan membahagi Text Area tersebut kepada dua – satu Text Area bahagian atas dan satu Text Area bahagian bawah. Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan kursor di Text Area sebelah dan kemudian Klik Home - Find – tulis “Figure” - Find Next. Anda mulakan pencarian Figure 21 yang diperlukan dengan klik Find Next sehingga muncul Figure 21 betulbetul di atas Text Area bahagian bawah. Ketika itu, mudahlah bagi anda untuk menulis dan mengupas Figure 21 tanpa perlu mencetak apa-apa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.11. Selepas anda selesai merujuk Figure 21, anda hanya perlu klik Remove Split dan Text Area kembali menjadi satu seperti asal.

88

Rajah 4.11 – Dua bahagian Text Area menggunakan split

89

Rajah 4.12 – Penulisan selesai setelah merujuk Figure 21

4.3 Jadual Kandungan Bahagian terakhir pada ZDOT adalah penghasilan Jadual Kandungan (Table of Content – TOC ), senarai jadual dan senarai rajah. Pembinaan TOC sedikit “tricky”. Oleh itu anda perlu membaca dengan teliti. Ini langkah-langkah yang perlu anda ikuti.

90

Langkah 1: Klik Chapter 1 pada navigation pane dan pindah ke muka surat baru dengan operasi Page Layout – Breaks – Next Page. Langkah ini akan menghasilkan satu muka surat kosong sebelum Chapter 1 kerana Chapter 1 dipindahkan ke muka surat berikutnya. Muka surat kosong ini akan digunakan untuk membina TOC, List of Tables dan List of Figures. Letakkan kursor di atas muka surat baru ini dan secara default Styles menunjukkan Heading 1. Oleh itu klik Heading 2 untuk Styles Table of Content seperti Rajah 4.12.

Rajah 4.13 – TOC adalah Heading 2

91

Langkah 2: Taib perkataan “Table of Content” dan anda akan dapati Chapter 1 secara otomatik bertukar menjadi Chapter 2 seperti Rajah 4.14. Saya tidak tahu kenapa perkara ini selalu terjadi. Apapun anda boleh tukar semula Chapter 2 kepada Chapter 1.

Rajah 4.14 – Chapter 1 bertukar menjadi Chapter 1 Anda cuma perlu letakkan kursor di atas Chapter 2 (yang dahulunya Chapter 1) dan klik “Set Numbering Value” dan “set value to” 1 seperti urutan Rajah 4.15 hingga Rajah 4.16.

92

Rajah 4.15 – Set Numbering Value

Rajah 4.16 – Pastikan nombor ‘1’

93

Selepas selesai, anda perlu sediakan heading untuk List of Tables dan List of Figures pula. Anda hanya perlu taip dan pastikan kedua-duanya mengikut styles Heading 2 seperti Rajah 4.17.

Rajah 4.17 – Heading 2 bagi setiap tajuk

Langkah 3: Pindahkan List of Tables dan List of Figures ke muka surat baru dengan operasi Page Layout – Breaks – Next page seperti Rajah 4.18 dan terhasillah Heading 2 ini dalam navigation pane seperti Rajah 4.19.

94

Rajah 4.18 – Bawa setiap heading ke muka surat baru

Rajah 4.19 – Senarai heading muncul dalam navigation pane / document map

95

Langkah 4: Kini tiba masa untuk menyediakan muka surat. Bahagian TOC, List of Tables dan List of Figures perlu ditulis mengikut urutan i, ii, iii dan seterusnya manakala bahagian kandungan tesis ditulis mengikut urutan 1,2,3 dan seterusnya. Sebelum itu, anda perlu tentukan dulu posisi nombor dengan operasi Page Number – Bottom Page – Plain Number 2. mengikut Rajah 4.20. Kemudian letakkan kursor anda di atas muka surat pertama TOC dan klik Insert – Page Number – Format Page Number dan menetapkan format i , ii, iii dengan dimulakan dengan I seperti Rajah 4.21.

Rajah 4.20 – Tentukan posisi untuk nombor muka surat dahulu

96

Rajah 4.21 – Mulakan dengan ‘i’

Kemudian letakkan kursor anda di atas muka surat pertama Chapter 1 pula dan lakukan hal yang sama dengan Insert – Page Number – Format Page Number…. Seperti Rajah 4.22.

97

Rajah 4.22 – Format Chapter 1 Langkah 5: Langkah seterusnya adalah dengan meletakkan kursor anda Heading Tables of Content, klik References - Table of Content seperti Rajah 4.23.

98

Rajah 4.23 – Insert TOC

Kemudian klik Table of Content akan keluar pop up menu Rajah 4.24. Show Levels adalah bilangan Heading yang anda ingin keluarkan dalam TOC. Lazimnya, bilangan Heading tidak boleh terlalu banyak, kerana akan memanjangkan senarai TOC. Jika anda ada 4 Heading, maka 3 level adalah memadai. Kemudian klik OK.

99

Rajah 4.24 – Tetapkan level mengikut kesesuai TOC anda

Sebaik sahaja anda klik OK, akan terpapar secara otomatik senarai TOC seperti Rajah 4.25 berikut tanpa anda perlu menaip walaupun satu titik. Kini masanya untuk anda membina senarai jadual dan rajah pula selepas TOC ini.

100

Rajah 4.25 – TOC yang terhasil secara otomatik

101

4.4 Senarai Rajah dan Jadual Dalam bahagian ini anda akan mengetahui bagiaman untuk membina senarai jadual dan rajah pula. Letakkan kursor di hujung Heading List of Tables dan kemudian tekan enter. Biarkan kursor anda disitu bagi langkah seterusnya. Apa yang perlu anda lakukan adalah klik References – Insert Table of Figures seperti Rajah 4.26. Apabila pop up menu Rajah 4.27 muncul, pilih ‘Table’ dari drop down menu pada pop up Table of Figures tersebut.

Rajah 4.26 – Insert Table of Figures

Setelah anda klik OK, maka senarai jadual akan muncul secara otomatik seperti Rajah 4.28. Dalam contoh ini hanya satu sahaja jadual yang tekah dihasilkan.

102

Rajah 4.27 – Pilih Table dari drop down menu

Rajah 4.28 – Jadual yang terhasil secara otomatik

103

Dengan cara yang sama anda boleh lakukan untuk menghasilkan pula senarai rajah dengan mengulangi langkah yang sama seperti menghasilkan senarai jadual. Anda cuma perlu memilih Figure dari senarai drop down menu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.30. Setelah anda klik OK, maka senarai rajah akan terhasil secara otomatik seperti dua contoh dalam Rajah 4.31 dan 4.32 masing-masing.

Rajah 4.29 – Pilih Figure dari drop down menu

104

Rajah 4.30 – Contoh dengan satu senarai rajah

Rajah 4.31 – Contoh dengan tujuh senarai rajah

105

`

BAHAGIAN 5

PENULISAN BUKU: PERKONGSIAN PENGALAMAN

106

`

5.1 Susah ke menulis? Sehingga kini saya telah menulis beberapa bahan ilmiah yang semunya saya hasilkan sebagai penulis tunggal. Bahan tersebut adalah:  Othman Talib (1999). Kesan Penyepaduan Peta Konsep dan Pencapaian Pelajar Matrikulasi Dalam Tajuk Keseimbangan Kimia. UPM. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan  Othman Talib (2007). Computer-Animated Instruction and Students’ Conceptual Change in Electrochemistry. University of Adelaide. Unpublised Doctor of Education Thesis.  Othman Talib (2003). Teknik-teknik Asas dan Keselamatan Dalam Makmal. Kuala Lumpur: Univision Press.  Othman Talib (2013). Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik. Serdang: UPM Press.  Othman Talib (2013). Atlas.ti - Pengenalan Data Kualitatif. Bangi: MPWS Rich Resources  Othman Talib (2013). Mendeley - Pengurusan Artikel dan Pengurusan Rujukan Tesis. Bangi: MPWS Rich Resources  Othman Talib (2013). Tulis Tesis Cepat Teknik Efektif dan Efisyen. Bangi: MPWS Rich Resources. Ini bermakna buku yang sedang saya siapkan ini adalah bahan ilmiah ke sembilan yang saya hasilkan kerana buku ke lapan saya bertajuk “Thesis & Researh – If only I had known” telahpun disiapkan sebelum buku ini.

107

Sejak bertugas sebagai guru Matrikulasi pada tahun 1987, saya tidak cenderung untuk menulis bahan ilmiah ataupun buku kerana tiada bahan menarik yang boleh ditulis. Namum semuanya berubah pada tahun 2010 apabila saya menulis blog dan kemudian mengendalikan bengkel Penulisan Pantas Tesis dan Aplikasi Mendeley pada tahun 2011. Kemahiran menggunakan MS Word dan Mendeley memberi saya satu peluang untuk memulakan penulisan buku sebagai bukti bahawa menulis buku sebagaimana menulis tesis bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Saya telah menggunakan konsep ZDOT dan OFOT sejak mula menulis tesis kedoktoran semasa belajar di Adelaide, Australia. Ketika itu saya hanya “pandaipandai” sendiri dan tidak terfikirpun bahawa teknik yang saya gunakan itu telah membantu saya menulis dengan cepat, dalam keadaan saya yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. ZDOT dan OFOT adalah akronim yang saya berikan hasil kemahiran menggunakan fungsi-fungsi yang tersedia dalam MS Word melalui aplikasi navigation pane / document map. Begitu juga dengan SROT dan FBOT yang menjadi akronim ciptaan saya bagi pengurusan artikel yang cekap dengan

mengunakan

perisian

Reference

Manager

Mendeley.

Saya

menggabungkan kedua-dua kemahiran ini untuk menulis bahan ilmiah dengan cepat dan efisyen. Saya bersyukur kerana buku saya bukan sahaja mendapat sambut “box-office” tetapi berjaya membuktikan bahawa masa bukanlah satu faktor kekangan untuk menulis buku sekiranya anda menguasai kemahiran menggunakan MS Word dan Mendeley, dibantu dengan pengetahuan tentang teknik ZDOT dan konsep OFOT.

108

5.2 ZDOT dan buku Atlas.ti ZDOT mempunyai kelebihan yang tersembunyi yang dapat meringankan beban dalam minda sejak bermulanya niat saya untuk menulis buku. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menulis buku Atlas.ti. Saya tidak merujuk manamana buku semasa saya memulakan penulisan buku Atlas.ti mahupun buku-buku saya yang lain seperti Mendeley dan Tulis Tesis Cepat kerana ketiga-tiga buku ini bukanlah buku yang lazim ada dipasaran. Bukan itu sahaja, nama Atlas.ti dan Mendeley pun masih asing dalam kalangan penyelidik di Malaysia. Berbekal teknik ZDOT dan konsep OFOT, saya mula merangka apa sahaja yang difikirkan sesuai mengikut urutan kasar pemahaman perisian Atlas.ti berdasarkan tiga tahap.

5.3 Tahap penulisan Pertama saya telah menghantar email kepada pengurusan Atlas.ti di German bagi mendapatkan persetujuan pihak Atlas.ti untuk saya menggunakan screenshoot yang saya ambil dari perisian Atlas.ti. Setelah mendapat persetujuan bertulis, saya mula merangka konsep buku yang ingin saya tulis supaya ada kelainan dengan buku-buku dipasaran dengan keutamaan buku tersebut dapat memberikan kefahaman kepada pembaca secara paling mudah. Atlas.ti adalah perisian analisis data kualitatif yang terlalu baru di Malaysia. Bukan itu sahaja, analisis data kualitatif sendiri sesuatu yang tidak popular dan agak sukar difahami. Saya sering terbaca istilah-istilah jargon yang berkaitan dengan

109

‘coding’ seperti open coding, axial coding, selective coding, inductive coding, deductive coding, triangulation, memo, network dan coding validation tetapi tidak pernah tahu bagaimana sebenarnya istilah tersebut diaplikasikan terhadap data seperti transkrip, video, audio, foto dan dokumen. 5.3.1 ZDOT Tahap Awal Berdasarkan kepada persoalan ini, saya bercadang untuk menulis aplikasi Atlas.ti berdasarkan ‘projek’ bukannya penerangan secara teori umum. Dengan ini, saya mula membina ZDOT pada tahap awal seperti Rajah 5.1. Saya bahagikan dahulu kepada empat bahagian – Pendahuluan, Projek Tadika, Projek Sains dan Projek Pemilihan Kenderaan.

Rajah 5.1 – ZDOT tahap awal

Projek Tadika hanya melibatkan data transkrip dan foto. Transkrip yang dibekalkan adalah ringkas. Projek Sains pula melibatkan transkrip, foto, video dan audio dengan transkrip yang lebih panjang tetapi membincangkan isu yang khusus iaitu atom. Fail-fail yang digunakan adalah seperti dalam Rajah 5.2

110

Akhirnya projek ketiga semakin besar dengan melibatkan Pemilihan Kereta dengan data transkrip termubual secara terbuka. Urutan projek ini bermula dari analisis data yang mudah sehinggalah ke projek yang lebih susah.

Rajah 5.2 – Fail dalam Projek Sains

5.3.2 ZDOT Tahap Perkembangan Setelah mula menulis dan melengkapkan kesemua empat bahagian tersebut, ZDOT semakin detail kerana timbulnya perkara yang perlu diperhalusi semasa menulis setiap bahagian. Akhirnya, terhasilkan ZDOT dengan pengisian seperti Rajah 5.3. Ini adalah tahap perkembangan. Semasa menulis tahap perkembangan, saya menambah lagi dua bahagian iaitu Bahagian 5 dan Bahagian 6. Bahagian 5 adalah tambahan kepada analisis soal selidik dan Bahagian 6 adalah lanjutan kepada analisis data seperti menguji kesahan kod dan menukar data kepada bentuk graf.

111

Rajah 5.3 – Tahap Perkembangan

5.3.2 ZDOT Tahap Matang Dengan enam bahagian ini, saya terus menulis dan menambah tajuk-tajuk yang relevan di bawah setiap Heading. Ini adalah tahap matang seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 5.4. Pada tahap matang ini, ada hanya perlu menokok tambah sahaja bagi melengkap penulisan anda disemua bahagian.

112

Rajah 5.4 – Tahap matang

113

Pada tahap matang ini, rangka ZDOT tidak lagi bertambah, sekadar berlakunya pertambahan isi kandungan dalam buku. Penambahan boleh berlaku di manamana heading dan bab secara menyeluruh.

114