Disclaimer. Amaran!!! E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara

1 Disclaimer Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekali untuk...
Author: Louise McKenzie
31 downloads 4 Views 1MB Size
1

Disclaimer Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang manamana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk anda menghadapi temuduga dan bagi yang ingin menghadiri temuduga mencari pekerjaan baru. E-book in juga sesuai untuk membantu anda supaya anda mendapat gambaran keseluruhan temuduga dan situasi di dalam temuduga tersebut. Oleh itu, diharap e-book “Rahsia Bijak Temuduga” ini akan dapat membantu memberi keyakinan kepada diri anda.

Amaran!!! •

E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara www.BijakTemuduga.com



Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual ebook ini kepada Pihak Lain.



Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.



Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin www.BijakTemuduga.com jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.BijakTemuduga.com



Tindakan Anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.BijakTemuduga.com sahaja.



Jika Anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh

http://www.BijakTemuduga.com

2

Kenali Penulis Syed Faiz atau nama sebenar Syed Mohd Faiz merupakan seorang bekas Jurutera Elektrik di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Beliau memulakan penulisan e-book setelah menyedari akan kepentingan ilmu yang dapat disampaikan kepada pembaca dengan cara yang mudah dan cepat serta sejajar dengan perkembangan teknologi di Malaysia sekarang. Beliau meminati penulisan ebook ini kerana beliau dapat menyampaikan informasi yang amat berguna selama tempoh beliau berkhidmat sebagai Jurutera kepada pembaca yang memerlukan pengetahuan tentang kerjaya. Melalui ebook ini juga beliau dapat membantu pembaca menyelesaikan masalah takut, gentar, was-was dan kurang keyakinan diri untuk hadir ke temuduga. Kini beliau mempunyai syarikat InfoKerjaya Resources untuk menyalurkan informasi kepada pembaca tentang kerjaya di Malaysia. Ebook kedua beliau “Rahsia Bijak Temuduga” ini setelah ebook “Rahsia Resume Kerja” bakal membantu pembaca membuka minda tentang strategi hadir ke temuduga serta bagaimana membina keyakinan diri bagi berhadapan dengan panel temuduga dan menjawab soalan dengan lebih bijak. Beberapa trik dan helah yang dimainkan semasa temuduga, pengalaman beliau dan soalan-soalan yang disediakan dalam ebook ini diyakini pasti membantu pembaca. Temuramah yang dilakukan bersama panel temuduga dikongsikan dalam ebook ini bagi membantu semua pembaca yang bakal menghadapi temuduga supaya lebih bersedia daripada segi fizikal dan mental.

Bijak Temuduga [email protected]

KES 1

Jawatan Pegawai Hidupan Liar

3

“Alhamdulillah cik Faiz..Saya dah berjaya hadapi temuduga tadi.” Ada 2 orang penemuduga. Kedua-duanya lelaki. Seorang dari SPA dan seorang dari PERHILITAN. Alhamdulillah, kedua-duanya sangat mesra sehingga hilang sedikit gemuruh saya. Soalan yang ditanya kebanyakannya lebih kepada memberi pendapat dan memerlukan kemahiran berfikir. Ada soalan yang saya boleh jawab dan ada juga yang saya terpaksa kata "Maaf tuan. Saya kurang pasti. Tapi saya akan cuba jawab." Sebelum sesi temuduga dimulakan, panel dari SPA cuba untuk menghilangkan rasa gementar saya dengan berbual secara santai. Selepas dia bertanya adakah saya sudah bersedia, barulah dia memulakan soalan.

Soalan dari panel SPA : 1. Sila perkenalkan diri. Nyatakan sekali pendidikan dan pengalaman kerja. 2. Memandangkan saya ahli Persatuan Penulis Perlis, beliau bertanya apa aktiviti yang saya pernah sertai. 3. Apa isu semasa yang Siti ada terbaca?.(Saya nyatakan tentang Bajet 2013) 4. Apa maksud GTP? Apa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan? 5. Kenapa minat jawatan ini? 6. Antara skop tugas Pegawai Hidupan Liar adalah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan konservasi hidupan liar. Bagaimana cara untuk menyampaikan ceramah kesedaran kepada golongan ulama? Elemen apakah yang perlu dinyatakan? 7. Bagaimana dengan Bahasa Inggeris Siti? Baik atau tidak?

Soalan dari panel PERHILITAN : 1) Berapa bahagian yang terdapat dalam Jabatan Perhilitan?. Sila nyatakan tetapi tidak perlu hurai. 2) Bahagian mana yang Siti minat dan kenapa? 3) Sekiranya Siti ditugaskan untuk mengetuai inventori mengenai mamalia kecil di hutan, apa persediaan yang perlu dilakukan?

4

4) Siti membuat Projek Akhir Tahun di pesisir pantai (FYP saya berkaitan belangkas). Bolehkah Siti sesuaikan diri membuat tugasan di hutan?. 5) Soalan terakhir dari panel SPA sebelum tamat sesi - Apa harapan Siti? Apa yang ingin Siti katakan sebelum keluar? Temuduga dijalankan dalam Bahasa Malaysia. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Ada soalan yang saya ingat-ingat lupa. Apa-apa pun saya nak berterima kasih kepada cik Faiz sebab banyak tolong saya. Saya amat hargai segala tips dari cik Faiz.”

Ulasan Penulis : Untuk jawatan ini, dikongsikan oleh calon yang hadir ke temuduga kerajaan. Anda boleh lihat bentuk soalan yang ditanya adalah melibatkan pengetahuan tentang jawatan yang dimohon dan tentang diri calon. Lihat dan bandingkan dengan soalan jawatan swasta, ia tidak banyak perbezaanya.

KES 2

Jawatan Penolong Akauntan W27 1. 2. 3. 4. 5.

Nyatakan di antara tugas-tugas seorang penolong akauntan. Nyatakan Visi, Misi dan Objektif Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Siapakah Akauntan Negara Malaysia sekarang? Nyatakan kuasa Akauntan Negara. Kamu ada melawati Portal utama ANM? Nyatakan secara ringkas apa yang terdapat pada laman tersebut?

6. Namakan Akauntan Pertama Malaysia. 7. Apa dia Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan? 8. Nyatakan Asas Perakaunan yang digunakpakai bagi memperakaunkan akaun Kerajaan Persekutuan. 9. Apa yujuan Piawaian Perakauanan Kerajaan (PPK) 10. Nyatakan perbezaan Akaun dan Audit 11. Apa yang dimaksudkan dengan Wang Tidak Dituntut? 12. Nyatakan Etika Kerja Akauntan Negara Malaysia 13. Nyatakan tujuan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) 14. Bermula 1 Januari 2012, Caruman KWSP oleh majikan telah diselaras. Berapa perastuskah caruman tersebut?

5

15. Apa yang dianggap sebagai ASET di dalam Penyata Kewangan? 16. Apa erti Kumpulan Wang Disatukan? 17. Debit dan Kredit. Jiika di dalam penyata kewangan, Tunai terletak di bahagian? 18. Apa yang dimaksudkan dengan Akaun Terakru? Adakah Penyata Kewangan Kerajaan menggunakan Akaun Terakru? 19. Apa yang dimaksudkan dengan Aset Kerajaan di dalam Penyata Kewangan? 20. Nyatakan dengan terperinci kandungan Akaun Hasil. 21. Jika anda terpilih dan menjadi Ketua dalam sebuah Unit, sebagai orang baru bagaimanakah anda menghadapi kakitangan yang lebih berumur dan berpengalaman dari anda? 22. Apakah yang anda lakukan sekiranya di bawah anda menegur kesalahan anda? 23. Apa yang dimaksudkan dengan Susut Nilai Aset? 24. Apa yang kamu tahu tentang FRS? 25. Apa tujuan MASB dalam Perakaunan? 26. Sistem Perakaunan Micro. Apa faedahnya? 27. Terangkan secara ringkas mengenai Buku Tunai. 28. Nyatakan Badan yang mengurus Pencen Kakitangan Awam. 29. Nyatakan Tarikh Jabatan Akauntan Negara Malaysia melaksanakan Asas Perakaunan Akruan. 30. Nyatakan Pecahan Akauan Amanah?

Ulasan Penulis : Kes 2 ini adalah berkaitan dengan 30 soalan tentang temuduga jawatan Penolong Akauntan W27. Soalan-soalan ini adalah hasil daripada kajian dan pengalaman beberapa orang calon yang telah berjaya melepasi temuduga Penolong Akauntan. Apa yang anda boleh lakukan adalah lihat kepada bentuk-bentuk soalan yang ditanya. Kebanyakan soalan melibatkan pengetahuan tentang jawatan itu sendiri dan tentang pengetahuan am anda terhadap jawatan itu. Walaupun anda bakal menghadiri temuduga jawatan kerajaan yang lain, ia pasti banyak berkisarkan tentang jawatan dan pengetahuan am anda.Jadi saya amat sarankan untuk anda study terlebih dahulu skop jawatan dan pengetahuan diluar jawatan tersebut. Rujuk kembali 30 soalan ini dan anda pasti dapat ramalkan apakah jenis soalan yang bakal mereka ajukan kepada anda mengikut jawatan yang anda mohon.

KES 3

Jawatan Penolong Siasatan Jabatan SPRM

6

2

Kmudian point kdua saya trkluar bhsa melayu sikit jd dia kata truskan dlm bhsa melayu..hehe:) Gugup utk bi.. Agak bnyk soalan yg dtnya..

1 Salam.. Saya sbnrnya smenjak buat resume baru hsil dr beli ebook tu, dpt offer keja dh bnyk tp saya tolak sb saya xbrsedia lg.. Saya masih mncr2, klau bleh saya nak keja dlm kerajaan sb saya ditaja JPA msa blajr dlu.. Msa tmuduga spa utk frst time dlu bulan 6 ritu, wktu tu saya blm beli ebook, xtahu lg cara cam mna, dn penemuduga tnya saya dgn soalan neh ' xmahu smbung blajar ke? Mgkin sb dia tgk cgpa saya..tp saya xtahu cara saya jwb tu bnr ke x.. Bleh saya tahu pndpt encik klau saya dtanya lg soalan brbentuk neh utk tmuduga 5/11 neh? Ape yg ptt saya jwb? Saya xnak smbung lg sya nak keja dlu nti klau ada rezeki, pluang baru insyaAllah la..bleh ke jwb mcm 2? Yg kdua, saya tkut dtnya soalan mcm neh ' knp msih blm bkerja? Saya xtahu nak jwb mcm mna.. Mgkin org xfhm ape yg kita hadapi kan.. Jd saya mhn pndpt en supaya saya xtrslah jwb nti..

3 Kmudian dtnya siapa ketua sprm saya jwb dato abu kassim b mohamed dn dmna sprm cwgan d kedah, saya jwb d langkawi dn sp.. Dn dmana cwgn negeri, tp saya xtahu jd saya jwb xtahu kmudian dia beritahu saya..:) Saya juga dtnya sukan apa yg msuk dn ceburi? Saya xjwb sperti dlm borang d spa iaitu bola tmpr, bola bling, hoki tp saya jwb badminton dn kerap brmain dn aktif d politeknik dahulu.. Saya xsebut yg tiga dlm borang tu sb itu peringkat sekolah dn ada sijil dn yg badminton neh skdr d poli tp xda sijil trtntu..jd dia kata, sayang kamu x nyatakan dlm neh.. Tape ke encik? Hehe.. So far ok la.. Hrp2 brjaya lah..oh lupa, dia tnya saya dlm bhsa inggeris satu soalan iaitu tntg pndekatan utk diambil utk membanteras rasuah, tp saya trkejut dgn soalan bhsa inggeris yg agak sukar utk buat ayat jd saya cuma jwb mgkin bleh buat seminar, ceramah, debate anti rasuah di ipta/ipts..

4 Ya.. Dia tnya saya bleh brlakon x? Saya kata bleh tp prlukan bimbingan.. Pastu trus dia msuk pasal kelab mlm sgup x saya msuk, kna bukak tudung sngup x sb nak wat risikan? Saya jwb sngup. Dan dia kata btl ka? Saya kata ya tp asalkn x brsalah.. Dia kata mcm neh encik 'baik, saya tuntut jnji kamu neh nti'.. Saya pn hrp adalah rezeki..:)

5

Ya sgt menarik dn sgt mnguji saya.. Tp alhmdulilah jga saya mampu jwb wlaupn pening jga yg dlm bi tu..hehe.. Yg soalan tntg apa yg sy fhm tntg rasuah, sya bri mkna, kesan dr pngmbilan rasuah, dn bentuk rasuah..wlaupn depa xtnya dgn detail tp sya selitkn juga utk membuat mreka prcaya yg sya tahu tntg tu..:) Yg seronoknya, apa yg ebook encik sediakn soalan dn jwpn tu sebiji2 dtnya..dn soaln yg sya tnya pd encik mngenai apa yg ptt saya jwb jika mreka tnya pd sya knp msih blm bekerja dn alhmdulilah saya jwb mngikut jwpn yg encik sarankan..:) Hehe

6 Dan neh lah first time saya penah dgr penemuduga kerajaan puji calon.. Pdhal xpenah penemuduga akan puji calon malah akan pressure lg nak tgk calon mcm mna tahan ke x kan.. Saya dia kata 'dia kagum dgn saya' tp saya trkejut jga sb saya rasa sya biasa2 ja dn asa rendah dri sgt.. Ape2 pn saya hrp rezeki saya adalah tp saya serahkan dn tawakal ja pd Allah sb saya dh berusaha utk buat yg trbaik dr yg sblmnya.. Dgn beli ebook neh, dgn usaha buat name tag, pakai kot, study ape yg ptt, neh suma adlah usaha jga sbnrnya..:)

Ulasan Penulis : Secara keseluruhan, kisah ini adalah berdasarkan perbualan saya dan seorang calon daripada sebelum temuduga sehinggalah tamat

7

temuduga jawatan Penolong Siasatan di jabatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Saya akan huraikan mengikut numbering yang telah saya nomborkan seperti halaman sebelum ini.

1

2

3

Calon risau jika penemuduga menyoal tentang keinginan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah kerana keputusannya agak baik. Soalan kedua adalah tentang kerisauan beliau jika ditanya soalan “Mengapa masih belum bekerja?”. Perbualan dengan penemuduga bertukar kepada penggunaan Bahasa Melayu. Penemuduga menyoal tentang pengetahuan am tentang jawatan dan soalan berkaitan calon. 1. Siapa Ketua SPRM? 2. Cawangan SPRM di Kedah? (Temuduga ini di Kedah) 3. Cawangan negeri SPRM di Kedah? 4. Sukan yang diceburi? • Perhatikan, butiran diri calon di dalam borang beliau menyatakan bola tampar, bola jaring dan hoki tetapi semasa temuduga beliau menjawab badminton. • Bermakna sambil mereka menyoal calon mereka memerhatikan butiran diri calon seperti dalam borang. 5. Soalan dalam bahasa Inggeris tentang pendekatan yang diambil untuk membanteras rasuah. • Penemuduga ingin melihat penguasaan anda dalam bahasa Inggeris.

4

Penemuduga terus menguji calon dengan soalan kritikal tentang persekitaran pekerjaan bertujuan ingin menguji tahap pemikiran calon tersebut tentang sesuatu situasi. 1. Soalan tentang kebolehan berlakon. (Soalan ini adalah soalan permulaan untuk mengaitkan calon dengan tugasan pada soalan kedua) 2. Soalan tentang kesanggupan calon lakukan perkara di luar jangkaan beliau untuk melakukan tugas. Mereka ingin melihat kesungguhan calon terhadap jawatan yang dimohon.

5

Soalan seterusnya berkaitan dengan pengetahuan tentang rasuah.

6

Calon bersyukur dengan membuat persediaan awal beliau mampu hadapi temuduga dengan lancar dan bertawakal.

8

KES 4

Jawatan Kerajaan : PTD 1 “Assalammualaikum Datuk, Tuan” (sambil memberikan senyuman yang paling hensem aku kat dua-dua panel interview aku dan merenung anak mata depa sambil menganggukkan kepala sket tatkala bersalaman.) Aku masuk penuh tertib dan senyum xabes2 cam kerang busuk pastu terus aku salam kedua-dua panel interview kat luar. Aku tanya dulu… “Apa khabar Datuk, Tuan?” (sambil senyum lagi)

Mereka jwb… Alhamdulillah sihat (hahaha amek tips from jobs hunting strategies kat UTP! seblm depa interview kita, baik kita interview depa dlu!)

Penemuduga : (DA : Datuk Ahmad & TA : Tuan Ayouf) dan aku terus memberikan fail-fail berisi sijil-sijil, degree holder, resume dan beberapa dokumen penting yg telah disediakan oleh SPA semasa mendaftar pukul 8 tadi. Tiba-tiba:

TA : Sejuk tgn Encik Rahim? (sambil mengurut-urut misai putihnya yang tebal! seyes!)

Agak kuat aircond di luar tadi encik (sambil memberikan senyuman yang paling hensemnya)

Aku meminta izin utk duduk dan setelah diberi kebenaran, aku duduk kat kerusi. (suasana dlm bilik interview ada 1 kerusi utk calon dan 2 buah meja dan kerusi utk panel dan sebuah laptop. Bilik agak sederhana besar sesuai utk interview session.) Keadaan berlangsung lagi… DA : Encik Rahim pernah hadir temuduga dgn saya ke sblm ni?

(soalan yang aku dah jangka!) Pernah Datuk, bulan 12 lepas di sini Datuk.

9

DA : Jwtan apa tu?

Penolong Pegawai Pendaftaran Gred S27 Datuk.

Betul Datuk, ia agak mengecewakan sy juga ketika itu, tetapi sy percaya yg rezeki sy belum smpai dan percaya rezeki ada di mana-mana. Tetapi Datuk juga yg mengatakan agak rugi sy mempunyai ijazah dan diploma yang cemerlang nak pegi kerja buat i/c org awam. (Psiko Datuk tu balik.)

DA : Yg tu pon kamu xlepas ni mcmana pulak nak pg tahap paling tinggi ni huh? (saje psiko kot)

DA : Apa persediaan yang kamu dah buat utk hari ni En. Rahim? (pandang calon tu.)(sambil Tuan Ayouf disebelah menyelaknyelak sijil-sijil aku satu persatu dan ijazah aku.)

So, aku pon senaraikan sume persediaan yang aku dah buat dari A-Z (kacang je soalan tu, dlm BM plak so aku hujah la panjang2.. hehe). Datuk tu sambung soalan dia (tanpa lihat resume aku dan sijil-sijil aku)..

DA : Apa yang Encik Rahim faham mengenai….(lebey kurang la)

Soalan-soalan yang diutarakan kat aku (panduan PENTING utk semua calon yang bakal attend interview PTD plak nanti!) 1) Berikan perbezaan antara kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? (pd aku agak susah sket coz aku tau PBT DBKL je so aku xdpt bg cth lain. Tibe2 otak jadi tepu!) 2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan? (kacang!) 3) Apa yang dimaksudkan dengan ’seperation of powers’? (kacang!) 4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia? (aku mengaku kantoi disini. Sebenarnya aku tau tapi aku terus hurai tugas akhir PTD di parlimen iaitu sbg pegawai pemerhati.)

10

Di sini, aku telah ditegur oleh Datuk (aku amek positif), beliau kata mcmni…

(terkedu!) Memandang wajah Datuk dgn penuh ihsan!

8 Datuk (smbil menyenaraikan 1 persatu)

DA : Jwpan yg diberikan En. Rahim td tu kalau esei saya bg 10/100 je. Kalau dlm esei, En.Rahim nak jwb soalan A tp pg cerita utk esei B (smbil memandang calon tu penuh makna.) DA : (cuba menolong calon PTD tu) Berapa bidang tugas PTD yg En. Rahim tau? DA : Hah! Itu yang sepatutnya En. Rahim ckp awal2 tadi, MENGGUBAL dasar kat Parlimen kerajaan membuat undangundang bukan?

Maafkan saya Datuk, saya cuba lagi sekali (smbil memberikan hujah barunye…)

Bagaimana En.Rahim?

Selesai dgn Datuk, Tuan Ayouf pulak menyoal aku…Antara soalan Tuan Ayouf (in English and his comm skills SUPERB! Excelolent english dia) (Aku translate in Malay ye haha)

1. Encik Rahim minat apa? Ekonomi? Politik? General issues? (so aku terus la jwb POLITIK sir! aku harap dia tanya pasal politik Perak coz isu tu tgh hot gila skang, tapi…) 2. Senaraikan dasar-dasar luar Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama (aku terus telan air liur! tapi gorenggggggggggg) 3. Pada pendapat aku, apa setiausaha negara US Hillary Clinton buat kat China skang?(telan air liur lagi! tapi gorengggggggggg dgn english tunggang-langgang.) 4. Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next month?? (aku gorengggg dgn english aku yang dah mmg *(&(*^*&%^!!!!)

11

Lepas tu, Datuk Ahmad tgk jam, beliau minta aku buat conclusion.. DA : Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh En.rahim sekiranya terpilih menjadi seorang PTD? (aku dah prepare so aku terus jwb 5 points. Nampak Datuk puas hati) Mengapa saya harus pilih En. Rahim? Ada apa-apa soalan utk kami?

Calon PTD

: (Jwb satu persatu dgn tertib tp byk goreng!) Terima Kasih, itu saje…

Dan… Terima Kasih Datuk, Tuan (smbil salam kedua-dua panel dan memberikan senyuman yang penuh bermakna!)

Lastly, (aku keluar bilik dan tgk jam lebih kurang pkul 1.05 ptg! xsedar masa berjalan!) Aku mmg xberapa yakin boleh lepas tahap ni, AKU PERCAYA KALAU ADA REZEKI, AKU JD PTD TAHUN NI, kalo tak aku cuba lagi TAHUN NI! tu pon kalau lepas exam bulan lepas yg aku amek last month! Kawan-kawan, doakan aku lepas Interview PTD dan dpt berkhidmat dgn kerajaan as a PTD this year! nanti kalo aku jd PTD, meh aku sain luluskan ape kontrak korg eh, anak2 nak biasiswa ke (ahaks!) tapi yg LEGAL je la! hehe Sekian, terima kasih. Salam Ukhwuah,

Ulasan Penulis : Ini adalah perkongsian pengalaman seorang calon temuduga PTD. Beliau ditemuduga oleh 2 orang panel temuduga. Ada unsur-unsur provokasi, soalan berkenaan pengetahuan tentang jawatan dan beberapa ujian penggunaan bahasa Inggeris. Mereka menyola sambil menyemak dokumen yang diberikan calon diawal temuduga berlangsung.

12

Apa yang disarankan, anda siap sediakan dokumen seperti resume beberapa helaian untuk standby jika penemuduga lebih daripada seorang. Berikan kepada mereka setiap seorang berbanding hanya satu dokumen dan mereka berkongsi. Ini lebih menampakkan anda lebih bersedia dengan maklumat sebelum temuduga.(Semak ebook Rahsia Bijak Temuduga – Masanya Sudah Tiba ms 25)

KES 5

Jawatan Kerajaan : PTD 2 Salam, Meh sini nak share. Kadang-kadang bila fikir-fikir balik mcm nak tergelak pun ada. Interview saya hari Khamis lepas di putrajaya. Dari mula lagi dah agak kurang yakin dengan pakaian sendiri. Saya cuma berkurung dan pakai tudung selendang lilit. Ada yang kata tak boleh selendang, seeloknya tudung bawal. Tapi tidak mengapa…Ada yang berkurung dan berblazer, bila ditegur kurang sesuai, tak boleh terima. Ada juga berkasut tumit tinggi yang dahsyat tapi entah…mungkin soal jawab lagi penting. Saya tunggu agak lama sebab lewat sikit. Tapi ya, bila ditemuduga, ‘tell us about yourself’ tu dah jadi soalan wajib. Kemudian tiba giliran panel kedua utk mengaju soalan.. 1. Gaji PTD lebih murah, tidak mengapa? • Saya terkantoi yang government tidak membenarkan side business, in case gaji tak cukup. 2. Apa fungsi Parlimen? 3. Fungsi Kabinet. 4. Struktur pentadbiran Malaysia (Agong, etc) 5. Ciri-ciri utk dicalonkan sbg ADUN dan Ahli Dewan Undangan Rakyat • Yang ni saya tak dapat jawab 6. Bidang tugas PTD 7. Kalau ditempatkan di suatu daerah, apa tugas yg PTD harus buat? 8. Since saya background IT, maka ditanya lah apa PTD akan buat kalau nak start bina sistem buat pengguna…sebelum design, apa suma… jenuh juga nak fikir tapi setelah teka-meneka, dapat pun jawapan (Alhamdulillah) 9. Beza leadership dgn management. 10. Definisi Integriti.

13

..tu je yg saya ingat buat masa skrg. Mcm-mcm..ikut panel. Ada bilik interview yg setiap calon di interview smp sejam atau lebih! keluar bilik interview muka ketat, tension, merah padam pun ada. saya jangka, baru lah BETUL bagaimana seorg diplomat harus ditemuduga! Apa-apa pun saya taknak fikir lagi apa yg dah lepas. Satu pengalaman yg menarik. Tak saya nafikan blog ni ada bagi motivasi dan ada jugak buat saya lagi takut lebih-lebih lagi bila dgr pengalaman org lain. Alhamdulillah, saya dah lepas, tunggu result saja (yg saya jangka…gagal) tp tak mengapa.. satu pengalaman yg menarik. P/S: Ada juga yg terus tanya: “baca paper harini?” – jawab “tak” panel sambung “saya dah tau level awak kat mana..”so, baca-baca lah ya sementara tunggu turn tu takyah la sembang-sembang sgt…beli paper, baca..jgn lupa baca doa selawat dan zikir. Moga dimurahkan rezeki, dipermudahkan dan diberikan yg terbaik dari Allah SWT. Good luck semua! Berkhidmat untuk Negara!

Ulasan Penulis : Pada permulaan calon agak risau tentang pakaian yang beliau gunakan untuk ke temuduga. Beliau disoal tentang pengetahuan am PTD dan beberapa soalan tentang jawatan. Anda boleh lihat aliran penceritaan temuduga ini dan ambil point penting seperti pakaian yang digunakan, pengetahuan semasa (seperti membaca surat khabar sebelum temuduga atau pada hari temuduga) dan tentang skop jawatan yang dimohon (persediaan untuk soalan pemikiran kritis dan kreatif).

14

Diagnosis dan Analisa Jika anda perhatikan daripada 5 jawatan temuduga kerajaan ini, kebanyakan soalan yang ditanya adalah berdasarkan : •

Pengetahuan am tentang jawatan yang dimohon (cth: Nama pegawai atasan)



Pengetahuan tentang terma-terma yang terlibat dalam jawatan tersebut (contoh : seperti jawatan Penolong Akauntan)



Pengetahuan semasa (maklumat semasa dalam surat khabar, berita, isu panas terkini dll)



Peribadi anda (tentang hobi, peribadi dan skil)



Kesanggupan anda bertindak diluar jangkaan (contoh : membuka tudung ketika bertugas - menguji kesungguhan calon)



Meminta pendapat anda atau tindakan yang perlu anda lakukan



Cara anda berfikir tentang sesuatu isu

Bagi jawatan kerajaan, anda disarankan untuk memahami tentang jawatan yang anda mohon, skop kerja, pengetahuan am yang berkaitan dengan jawatan, mengenali organisasi jawatan tersebut dan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan (dalam media massa elektronik dan cetak). Dinasihatkan untuk anda semak terlebih dahulu butiran diri yang telah anda hantar kepada mereka sebelum hadir ke temuduga. Mereka mungkin telah study tentang diri anda sebelum menyoal anda atau mereka menyoal anda sambil merujuk dokumen lengkap anda. Berhati-hati supaya tidak kantoi ☺ Soalan am yang lain saya amat sarankan untuk anda merujuk ebook 5 Hot Pengalaman Temuduga Swasta. Himpunan soalan-soalan jenis ini amat membantu anda supaya lebih bersedia. Jika mereka cuba untuk “tembak” anda, anda sudah bersedia dengan “perisai”. Saya yakin anda mampu lakukan dengan terbaik. Saya doakan anda berjaya! Peace ☺ Selamat maju jaya!

- Penulis

15

RUJUKAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Terus buat tempahan di;

http://rujukankerjaya.com/temudugaKastam

Bacaan Lanjut Temuduga Kastam http://rujukankerjaya.com/2014/soalantemuduga-kerjaya-kastam

10

Suggest Documents