BERASASKAN WEB DENGAN PENDEKATAN

PENILALAN RURSUS PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERASASKAN WEB DENGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIS LA1 KIM LEONG Tesis yang dikemukakan Untuk memenuhi ...
Author: Bruce Edwards
8 downloads 1 Views 298KB Size
PENILALAN RURSUS PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK

BERASASKAN WEB DENGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIS

LA1 KIM LEONG

Tesis yang dikemukakan Untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Sains (Sains Kognitif)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2006

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Dr. Hong Kian Sam yang sentiasa memberi sokongan, dorongan, nasihat dan bimbingan dalam meneliti perkembangan dan kemajuan saya sepanjang tempoh kajian tanpa mengenali penat lelah dan masa.

Sesi bimbingan dan

komen-komen secara kritis dan membina yang diberikan amat berfaedah kepada saya dalam menjalankan kajian serta menyiapkan tesis saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Shahren Ahmad Zaidi, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak ke atas dorongan dan sokongan berterusan yang beliau berikan.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Dr. Toh Wah Seng dan Dr. Paul Lau Ngee Kiong atas nasihat dan dorongan semasa menyiapkan tesis. Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada En. Raymond Kho atas nasihat mengenai aspek-aspek teknikal dalam merekabentuk dan pelaksanaan kursus berasaskan Web. Ribuan terima kasih juga kepada peserta-peserta kursus yang sudi meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mendedikasikan tesis ini kepada isteri saya Ling Siew Eng serta anak-anak saya Ryner, Sherlyn, Alden dan Alson yang menjadi sumber dorongan dan inspirasi sepanjang kajian ini.

Kursus penyelesaian masalah matematik merupakan salah satu komponen kursus matematik yang wajib untuk pelajar pengkhususan matematik di maktab perguruan di Malaysia.

Walaubagaimana pun, pelajar menghadapi

masalah dengan kursus ini yang dijalankan secara bersemuka kerana kekangan masa. Oleh kerana Web telah dikenalpasti sebagai mempunyai ciri-ciri yang dapat meningkatkan prestasi pelajar, kajian ini telah dilaksanakan untuk menyelidiki keberkesanan pengajaran kursus penyelesaian masalah matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis.

Kajian ini bertujuan

meneliti persepsi dan kepuasan peserta dalam persekitaran pembelajaran berasaskan Web, sikap peserta terhadap matematik, kemahiran penyelesaian masalah matematik, kemahiran berfikir secara kritis dan hubungan antara pencapaian kursus dengan jantina serta kemahiran komputer peserta. Seramai 37 peserta telah menjadi sampel kajian ini. Peserta kursus perlu menyelesaikan masalah-masalah matematik yang tulen berasaskan Model Polya dalam kumpulan kecil seramai 4-5 orang melalui konferens komputer.

Konferens

komputer membolehkan peserta membincang, berkongsi pengetahuan dan penyelesaian sepanjang kursus. Kaedah kuantitatif dan kualitatif seperti sod selidik, ujian pencapaian penyelesaian masalah matematik serta sesi temubual digunakan untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan Web. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan peserta berpuas hati dengan pengalaman pembelajaran yang mereka alami.

Peserta mempersepsikan bahawa mereka

perlu mempunyai sikap yang positif, berdisiplin, berdikari dan mempunyai keyakinan diri untuk berjaya dalam kursus ini. Walaubagaimana pun, tiada

perubahan yang signifikan dalam sikap peserta terhadap matematik.

Hasil

kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam dua kemahiran menyelesaikan masalah matematik Model Polya iaitu langkah "memahami masalahn dan langkah "merancang pelann. Kursus berasaskan Web tidak meningkatkan keupayaan peserta dalam langkah "melaksanakan pelan" dan langkah "mengimbas kembalin.

Hasil kajian juga

menunjukkan

peningkatan yang signifikan dalam kemahiran bedikir secara kritis atau pemikiran aras tinggi di kalangan peserta. Peserta kursus berpendapat bahawa kursus ini memberi peluang kepada mereka untuk befikir secara mendalam, logik dan sistematik serta berupaya menjana pemikiran secara kritis. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan peserta yang lebih mahir dalam kemahiran

komputer

menunjukkan

pencapaian

penyelesaian

masalah

matematik yang lebih baik berbanding dengan peserta dengan kemahiran komputer yang rendah.

Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam pencapaian peserta berasaskan jantina peserta.

Evaluation of a Web-based Mathematics Prob1emSolvi.gCourse using a Constructivist Approach ABSTRACT

/"

Mathematics problem solving course is one of the compulsory courses for students majoring in mathematics at teacher training colleges in Malaysia.

However, students encountered problems with the face-to-face version of this course due to time constraints. As the Web has been identified with characteristics that could improve students' achievement, this study was conducted to investigate the effectiveness of teaching a mathematics problem

Y"

solving course via the Web using a constructivist approac participants' perception

and

This study looked at

satisfaction with the Web-based learning

environment, attitudes towards mathematics, mathematical problem solving skills, critical thinking skills and the relationship between course achievement with gender and computer skills. A total of 37 participants were the sample of this study. Participants were required to solve authentic mathematics problems in small group of 4-5 participants based on Polya's Model via computer conferencing. Computer conferencing enabled the participants to discuss and shared knowledge and solutions throughout the course. Quantitative and qualitative methods such as questionnaires, mathematics problem solving achievement test and interviews were used to evaluate the effect of Web-based learning. Findings in this study showed that the majority of the participants were satisfied with their learning experiences. The participants also perceived that they need to have positive attitudes, self discipline, independent, and self confidence to succeed in the course. However, there were no significant changes

in the participants' attitudes towards mathematics. Findings in this study also showed that there were significant increases in the participants' problem solving skills of "understanding the problem" and "devising a plan" based on Polya's Model. This Web-based course did not improve the participants' problem solving skills in "plan implementationn and "reflection". The findings showed that there was a significant improvement in the participants' critical thinking skills or higher order thinking skills. The participants felt that this course gave them the opportunities to think in greater depth, be more logical and systematic and they were able to generate critical thinking skills. Furthermore, the findings of this study showed that the participants with better computer skills performed better in mathematics problem solving as compared to those with lower computer skills. However, there were no significant differences in the participants' achievements based on gender.

JADUAL IS1 RANDUNGAN Penghargaan Abstrak Abstract Jadual isi kandungan Senarai j adual

xi

Senarai rajah

xii

Bab 1

Pengenalan

1.0

Pengenalan

1.1

Pernyataan masalah

1.2

Soalan-soalan kajian

1.3

Signifikan kajian

1.3.1

Sumbangan kepada literatur

1.3.2

Implikasi terhadap amalan

1.3.3

Implikasi terhadap amalan dan sumbangan kepada literatur dalam konteks di Malaysia

1.4

Limitasi kajian

1.5

Definisi istillah

Bab 2

Tinjauan literatur

2.0

Pengenalan

2.1

Pengajaran berasaskan Web

2.2

Konstruktivisme

2.2.1

Persekitaran dan pedagogi pembelajaran konstruktivis

2.2.2

Konstruktivisme dan pengajaran berasaskan Web

2.3

Penyelesaian masalah matematik

2.3.1

Penyelesaian masalah matematik dan pembelajaran berasaskan Web

Pemikiran kritis Pemikiran kritis dan pengajaran berasaskan Web Sikap terhadap matematik Sikap terhadap matematik dan pengajaran berasaskan Web Penilaian kursus berasaskan Web Kepuasan pelajar terhadap kursus berasaskan Web Persepsi pelajar terhadap kursus berasaskan Web Pencapaian dalam kursus berasaskan Web Hubungan antara ciri-ciri pelajar dengan pencapaian kursus berasaskan Web

2.7.1

Jantina

2.7.2

Kemahiran sedia ada komputer

2.8

Kesimpulan

Bab 3

Pengkaedahan

3.0

Pengenalan

3.1

Reka bentuk kajian

3.1.1

Langkah-langkah mencegah ancaman dalaman

3.2

Peserta kajian

3.3

Penerangan kursus penyelesaian masalah matematik melalui Web Ciri-ciri umum bagi kursus berasaskan Web Model untuk mereka persekitaran pembelajaran konstruktivis Instrumen kajian Ujian pencapaian penyelesaian masalah mtematik Soal Selidik A: Soal selidik kemahiran dan pengalaman menggunakan komputer dan Web

Soal Selidik B: Kemahiran penyelesaian masalah matematik Soal Selidik C: Pindaan skala sikap matematik Aiken

(Aiken revised mathematics attitude scale) Soal Selidik D: Soal selidik persepsi guru pelatih terhadap kursus berasaskan Web Soalan temubual Prosedur pengumpulan data Analisis data Persepsi peserta terhadap kursus berasaskan Web Sikap peserta terhadap matematik Kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah matematik

3.6.4

Kemahiran penyelesaian masalah matematik

3.6.5

Ciri-ciri peserta dengan pencapaian kursus

3.7

Kesimpulan

Bab 4

Keputusan

4.0

Pengenalan

4.1

Persepsi peserta terhadap kursus berasaskan Web

4.1.1

Soalan kajian 1: Adakah peserta kursus berpuas hati dengan kursus penyelesaian masalah matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis? Soalan kajian 2: Apakah aspek-aspek kursus penyelesaian masalah matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis yang membantu pembelajaran peserta? Reka bentuk kursus berasaskan Web Masalah tulen (authentic problem) Interaksi dalam kursus berasaskan Web semasa konferens komputer Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan konferens komputer

Soalan kajian 3: Apakah aspek kursus penyelesaian masalah matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis yang menghalang proses pembelajaran? Sikap terhadap matematik

165

Soalan kajian 4: Adakah kursus penyelesaian masalah

166

matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis dapat memperbaiki sikap peserta terhadap matematik? Kemahiran berfikir secara kritis Soalan kajian 5: Adakah pendekatan konstruktivis berasaskan Web dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kritis peserta dalam proses penyelesaian masalah matematik? Kemahiran penyelesaian masalah matematik Soalan kajian 6: Adakah kursus penyelesaian masalah matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis dapat mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik peserta? Ciri-ciri peserta dengan pencapaian kursus Soalan kajian 7: Adakah wujud perbezaan antara pencapaian kursus peserta berasaskan jantina dan kemahiran komputer? 4.6

Ringkasan

Bab 5

Perbincangan dan kesimpulan

5.0

Pengenalan

178

5.1

Perbincangan hasil-hasil kajian

178

5.1.1

Persepsi peserta terhadap kursus penyelesaian masalah

178

matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis

175

5.1.1.1 Tahap kepuasan peserta terhadap kursus 5.1.1.2 Aspek-aspek kursus yang membantu proses pembelajaran 5.1.1.3 Aspek-aspek kursus yang menghalang proses pembelajaran

5.1.2

Sikap terhadap matematik

5.1.3

Kemahiran berfikir secara kritis

5.1.4

Kemahiran penyelesaian masalah matematik

5.1.5

Ciri-ciri peserta dan pencapaian kursus

5.2

Implikasi kajian

5.2.1

Implikasi untuk fasilitator kursus berasaskan Web

5.2.2

Implikasi kepada peserta kursus berasaskan Web

5.2.3

Implikasi untuk kajian masa hadapan

5.3

Kesimpulan

Bibliografi Lampiran Larnpiran 1

Surat kepada peserta

Lampiran 2

Maklumat untuk peserta

Lampiran 3

Borang persetujuan untuk peserta

Lampiran 4

Soal Selidik A: Soal selidik kemahiran dan pengalaman menggunakan komputer dan Web

Lampiran 5

Soal Selidik B: Kemahiran penyelesaian masalah matematik

Lampiran 6

Soal Selidik C: Pindaan skala sikap matematik Aiken (Aiken revised mathematics attitude scale)

Lampiran 7

Soal Selidik D : Soal selidik persepsi guru pelatih terhadap kursus berasaskan Web

Lampiran 8

Soalan temubual

Lampiran 9

Ujian pencapaian penyelesaian masalah matematik Modul kursus penyelesaian masalah matematik

SENARAI JADUAL Fasa penyelesaian masalah dan soalan yang dapat dikemukakan Jadual 3.1

Jadual spesifikasi ujian pencapaian

Jadua13.2

Klasifikasi item Soal Selidik B

Jadual 3.3

Klasifikasi item Soal Selidik C

Jadual 3.4

Kategori sikap terhadap matematik berdasarkan skor untuk Soal Selidik C Persepsi

peserta

kursus

terhadap

kursus

berasaskan Web Jadual 4.2

Persepsi peserta mengenai sistem penyampaian dan struktur kursus Persepsi peserta mengenai pembelajaran individu Persepsi peserta mengenai dinarnik kumpulan kecil, peranan fasilitator, dan bahan pembelajaran yang digunakan semasa konferens komputer. Sikap terhadap matematik Analisis ujian-t bersandar untuk skor kemahiran berfikir secara kritis Kemahiran menyelesaiakan masalah matematik Ciri-ciri peserta dan pencapaian kursus

SENARAI RAJAH Rajah 2.1

Model pembelajaran berasaskan Web

Rajah 3.1

Paradigma kajian

Rajah 3.2

Muka utama laman aktiviti pembelajaran

Rajah 3.3

Muka kandungan kursus

Rajah 3.4

Forum kumpulan

Rajah 3.5

Jadual kursus

Rajah 3.6

Ringkasan kursus berasaskan Web

Rajah 3.7

Model untuk mereka bentuk persekitaran pembelajaran konstruktivis

Rajah 3.8

Contoh-contoh masalah tulen

Rajah 3.9

Contoh soalan yang memerlukan penglibatan peserta yang aktif

Rajah 3.10

Forum matematik

Rajah 3.11

Refleksi mingguan peserta

BAB SATU PENGENALAN 1.0

Pengenalan

Internet ialah sistem rangkaian dan infrastruktur rangkaian yang kompleks yang menghubungkan berjuta komputer secara global serta membolehkan sesuatu komputer berkomunikasi dengan komputer yang lain. Komputer dengan capaian Internet dapat menggunakan kemudahan-kemudahan seperti me1 elektronik (e-mail), telnet, protokol pemindahan fail (file transfer protocol) dan juga Web (Khurana, 2002).

Web ialah satu sistem maklumat hiperteks maya yang menggunakan Internet sebagai satu mekanisme penyaluran untuk memaparkan maklumat dalam bentuk graflk, video, teks atau audio. Sistem ini menyokong dokumen-dokumen yang diformat dengan bahasa yang disebut sebagai 'hypertext markup language' (html). Dokumen-dokumen pada Web

dapat diakses dengan menggunakan

pelayar Web seperti 'Netscape Navigator' dan 'Microsoft's Internet Explorer' (Khurana, 2002).

Web merupakan gelombang kedua dalam revolusi digital yang bermula dengan pengenalan komputer peribadi pada tahun lapan puluhan (Wilson & Lowry, 2000). Web telah menjadi semakin berkuasa, global, interaktif, dan merupakan satu medium dinamik untuk berkongsi maklumat (Khan, 1997).

Dari perspektif pendidikan, Web amat sesuai digunakan sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran dengan ciri-ciri seperti ramah pengguna, kos

berkesan, fleksibel secara global, disokong industri, dapat diakses tanpa kekangan tempat dan masa dan berkeupayaan untuk memantau kemajuan (Gallagher, 2001; Khan, 1997).

Selain daripada itu, Web yang berbentuk

multimedia dan interaktif juga dapat menyokong pembelajaran yang berasaskan pendekatan kolaboratif d m kooperatif, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang formal dan tak formal serta memungkinkan interaksi antara budaya dan pelbagai pakar (Hackbarth, 199713).

Perkembangan pesat Web telah mencetuskan perubahan dalam sistem pendidikan. Institusi pendidikan di seluruh dunia semakin menggunakan Web sebagai alat pengajaran dan pembelajaran (Bullock & Schomberg, 2000; Downing, 2001; Khan, 1997; McIsaac & Gunawardena, 2001; McKimm, Jollie & Cantillon, 2003). Institusi pendidikan yang mengendalikan program tradisional dan juga program pendidikan jarak jauh telah berusaha mengkaji semula pendekatan pedagogi dengan mengintegrasikan teknologi Web dalam kursus mereka. Pelbagai laman Web telah direka untuk membekalkan aktiviti dan kursus berasaskan Web untuk semua peringkat pendidikan dalam pelbagai mata pelajaran (Hackbarth ,1997b; Khan, 1997). Pelajar yang terlibat dalam pembelajaran berasaskan Web memerlukan persekitaran pembelajaran yang kaya d m disokong dengan resos yang direka dengan baik (Reigeluth & Khan, 1994). Web sebagai medium pembelajaran dan pengajaran mempunyai potensi untuk menyokong perekaan resos ini secara sistematik serta melaksanakan aktiviti pembelajaran yang produktif (Hackbarth, 1997b; Khan, 1997).

Dalam merekabentuk bahan pengajaran berasaskan Web, dua golongan pemikiran pedagogi wujud iaitu objektivis dan konstruktivis.

Kedua-duanya

terletak pada dua hujung suatu kontinum dan memberi pandangan yang amat berbeza tentang bagaimana pengetahuan dan makna diwakil, dibentuk serta bagaimana pembelajaran berlaku (Reeves & Reeves, 1997). Mengikut Reeves dan Reeves (1997), pendidik objektivis berpendapat bahawa pengetahuan terletak di dunia luar dan tidak bergantung kepada minda. Pengetahuan boleh dicirikan dengan objektif sebagai sebutan konkrit yang perlu dipindahkan atau dikomunikasikan daripada pengajar kepada pelajar.

Dalam merekabentuk

pelajaran objektivis, pengajar menetapkan objektif pelajaran, memaparkan isi kandungan dan menyampaikan bahan pembelajaran melalui pendekatan yang sistematik.

Sebaliknya, konstruktivis percaya bahawa pelajar secara individu membina struktur kognitif berasaskan kepada pengetahuan yang lepas dan juga apa yang mereka alami dalam persekitaran pembelajaran yang berlainan.

Mengikut

Reeves dan Reeves (1997), pengetahuan tidak wujud di luar minda manusia. Kefahaman mengenai realiti adalah dibina secara individu dan sosial berasaskan pengalaman yang lepas. Reka bentuk pembelajaran konstruktivis akan menyediakan persekitaran pembelajaran dalam konteks yang realistik dan interaksi sosial melalui komunikasi dan kolaborasi. Pembelajaran konstruktivis melibatkan tugasan atau masalah tulen (authentic task or problem) yang bermakna, kaya maklumat (information rich), kompleks, berkait dengan konteks dunia nyata serta releven kepada pelajar. Selain daripada itu, pembelajaran konstruktivis juga menyediakan pelbagai peluang untuk pelajar membuat

sintesis, menyusun dan menstruktur semula untuk menjana maklumat. Aktiviti ini dapat membantu pelajar mengintegrasikan kefahaman daripada pelbagai perspektif (multiple perspective) melalui refleksi (reflection). Dalam refleksi, pelajar melakukan renungan kendiri mengenai proses pembelajaran yang telah dilalui, keputusan-keputusan yang telah dibuat serta strategi-strategi yang telah digunakan.

Proses ini dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar dan dapat

mengaplikasikan pengetahuan yang dibina dalam situasi yang baru (Jonassen, Peck, & Wilson, 1999).

Persoalan yang timbul ialah dari kontinum objektivis ke konstruktivis, apakah teori pembelajaran dan pedagogi yang sesuai digunakan dalam pembelajaran berasaskan

Web

untuk

meningkatkan

keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran?

Banyak institusi pengajian tinggi kini terlibat dalam aktiviti membangunkan kursus dalam talian yang direka untuk menyokong pembelajaran yang fleksibel. Secara umumnya, resos Web yang direka dan dihasilkan menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi moden memberi satu gambaran yang menggalakkan. Namun resos ini belum menunjukkan perubahan ketara dari segi pedagogi pengajaran dan pembelajaran (Burbules & Callister, 2000; Dehoney & Reeves, 1999; Mioduser, Nachmias, Lahav, & Oren, 2000). Berdasarkan analisis dan penilaian sistematik bahan pembelajaran berasaskan teknologi, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan laman Web masih berasaskan teks dan tidak menunjukkan pendekatan pedagogi terkini (contoh, penggunaan aktiviti inkuiri, aplikasi prinsip konstruktivisme dan juga penggunaan kaedah

penilaian alternatif). Senario ini dapat dirumuskan sebagai 'satu langkah ke hadapan untuk teknologi tetapi dua langkah ke belakang untuk pedagogi' (Mioduser et al., 2000).

Secara umurnnya, penggunaan Web sebagai satu

medium pengajaran dan pembelajaran belum lagi diasaskan sepenuhnya kepada teori pedagogi yang kukuh (Bannan & Milheim, 1997; Miller & Miller, 2000; Ring & McMahon, 1997).

Dapatan penyelidikan mencadangkan bahawa lebih banyak tumpuan perlu diberi

kepada

aspek

pedagogi

dalam

melaksanakan

pengajaran

dan

pembelajaran berasaskan Web. Lebih tumpuan juga perlu ditujukan kepada penyelidikan dan perkembangan model pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran berasaskan Web (Windschitl, 1998).

Menurut Kaufman (1998), hasil pembelajaran yang diharapkan mungkin tidak tercapai sekiranya para pendidik kekal menggunakan pendekatan tradisional dalam menyampaikan pelajaran dengan menggunakan medium yang baru seperti Internet dan Web. Padangan ini turut disokong oleh Gan (2000) yang mencadangkan bahawa pembelajaran elektronik yang menggunakan pendekatan tradisional mungkin tidak dapat mengeksploitasikan potensi teknologi ini dengan sepenuhnya. Jika teknologi dilaksanakan tanpa perubahan yang selari dalam amalan pedagogi, maka penggunaan Web tidak akan menjamin pembelajaran berkesan akan berlaku (Teasley, 1996).

Kebelakangan

ini,

para

pendidik

semakin

menggunakan

pendekatan

konstruktivis dalam merekabentuk kursus berasaskan Web (Bragg, 1999;

Downing, 2001; Gold, 2001; Greening, 1998; Jiang & Ting, 1998; Kanuka & Anderson, 1998; Lim, 2003; Puntambekar, 1999; Reeves, 1996). Lim (2003) dalam kajiannya telah membandingkan kesan pendekatan konstruktivis berbanding dengan pendekatan langsung dalam pembelajaran berasaskan Web ke atas pencapaian sains serta kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian sains dan kemahiran aras tinggi pelajar yang mengikuti pendekatan konstruktivis adalah lebih tinggi daripada mereka yang mengikut pendekatan langsung.

Gold (2001) dalam kajiannya

telah mengaplikasikan pendekatan konstruktivis untuk latihan dalam talian

(online)bagi guru-guru. Dapatan kajiannya menunjukkan bahawa kursus ini bej a y a mengubah sikap peserta terhadap kursus dalam talian dan mereka lebih sanggup menggunakan Web dalam melaksanakan tugasan.

Salah

satu

potensi Web

dari

perspektif

konstruktivis

adalah

dalam

menggalakkan interaksi dan penglibatan pelajar (Lavooy & Newlin, 2003; Shotsberger, 1996). Penyelidikan dalam bidang pendidikan telah mencadangkan bahawa kaedah pengajaran yang melibatkan kolaborasi dan interaksi sesuai menggunakan Web sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (McMahon, 1997). Dillenbourg (1999) serta Tsoi, Goh dan Chia (2000) telah melaporkan persekitaran

pembelajaran

berasaskan

Web

dapat

memupuk

refleksi,

perbincangan dan pembinaan pengetahuan secara kolaboratif. Pembelajaran berasaskan Web memberi peluang kepada pelajar untuk menglibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan berkomunikasi dengan pelajar yang lain.

Kesimpulannya,

konstruktivisme

sosial

(Vygotsky,

1978)

yang

menggalakkan pelajar berkolaborasi dan membuat refleksi untuk bersama-sama

membina (co-construct) kefahaman yang baru dalam konteks inkuiri melalui pengalaman personal (O'Connor, 1998) dapat memaksimumkan potensi Web dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimana pun, Becker

(2002) memberi

komen

bahawa

pendidik

tidak

seharusnya

mengandaikan bahawa pelajar akan menerima dan berminat belajar dalam persekitaran

pembelajaran

berasaskan

konstruktivis.

Pendapat

pelajar

terhadap nilai pembelajaran dalam elemen-elemen konstruktivis adalah penting untuk memastikan keberkesanan kursus. Ini adalah kerana kepuasan pelajar terhadap kursus akan mempengaruhi pembelajaran serta mempunyai impak terhadap kejayaan sesuatu kursus (Arbaugh & Duray, 2002). Oleh itu, kajian dalam keberkesanan

pembelajaran konstruktivis

berasaskan Web perlu

dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar serta kepuasan pelajar terhadap kursus tersebut.

Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, reka bentuk pengajaran dan pengalaman pembelajaran yang ingin disampaikan seharusnya mengambil kira keperluan dan ciri-ciri individu yang berbeza (Kaufman, 1998).

Hasil kajian mengenai perbezaan individu dari segi

kemahiran sedia ada komputer pelajar dan hubungannya terhadap kepuasannya terhadap kursus berasaskan Web menunjukkan dapatan yang bercanggah. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kemahiran sedia ada komputer tidak mempengaruhi kepuasan pelajar dan pencapaian dalam pembelajaran berasaskan Web (Fredericksen, Pickett, Pelz, Shea, & Swan, 2000; Sanders & Morrison-Shetlar, 2001; Swan, Shea, Federicksen, Pickett, Pelz, & Maher, 2000). Sebaliknya, Wen dan True11 (2001) melaporkan bahawa pelajar dengan

kemahiran sedia ada komputer yang baik menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalarn kursus berasaskan Web. Justeru itu, adalah juga wajar kajian lanjutan dijalankan untuk memastikan hubungan antara kemahiran sedia ada komputer pelajar dengan pencapaian dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis berasaskan Web.

Berkaitan dengan sikap terhadap matapelajaran pula, Ma dan Kishor (1997) melaporkan wujudnya hubungan yang positif antara sikap terhadap matematik dan pencapaian dalam matematik. Selain daripada itu, Boaler (1997a, 199713) dan Ridlon (1999) mendapati pendekatan kolaboratif dapat mewujudkan sikap yang positif terhadap matematik di kalangan pelajar.

Dalam pembelajaran berasaskan Web, salah satu teknologi yang sering digunakan untuk melaksanakan pembelajaran konstruktivisme sosial ialah komunikasi berlandaskan komputer (computer mediated communication, CMC). CMC merupakan bidang yang sedang berkembang (Romiszowski, 1997). Menurut Gunawardena, Lowe dan Anderson (1997), CMC merujuk kepada pertukaran mesej antara kumpulan peserta kursus dengan menggunakan rangkaian komputer yang bertujuan untuk membincangkan topik dengan minat yang sama. CMC merangkumi e-mel, 'Usenet', konferens komputer dan dapat disokong oleh pautan audio dan video (Adrianson, 2001).

Seng, Chun, Siew dan Wettasinghe (2003) menyarankan bahawa kemahiran CMC merupakan salah satu kemahiran yang seharusnya dikuasai oleh generasi guru yang baru.

Teknologi ini dapat melibatkan guru dengan aktif dan

interaktif dengan pelajar dalam perbincangan (Aylward & Mackimon, 1999). Beberapa

kajian juga

menunjukkan

bahawa

CMC

dapat

menyokong

pembelajaran pelajar (Lai, 1996; Perkins & Newman, 1995; van Gorp, 1998).

Kajian CMC berasaskan konferens komputer bertumpu kepada aspek seperti corak interaksi (Hillman, 1999), kehadiran sosial (social presence) dan pencapaian (Picciano, 2002), corak penglibatan dan ciri-ciri pelajar (Hong, 2002), penglibatan peserta dan fasilitator kursus (Ngu, 20021, sikap pelajar dan penglibatan (Williams & Puny, 2002), serta corak komunikasi, kandungan dalam mesej dan persepsi terhadap persekitaran pembelajaran (Lai, 1997, 1998). Selain daripada itu, Meyer (2004) juga mengkaji kuantiti dan kualiti perbincangan, aras pemikiran dan pemikiran kritis dalam konferens komputer. Kajian oleh Hong (2002) untuk kursus berasaskan Web dengan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (problem-basedlearning) pula telah mengkaji kewujudan pemikiran kritis semasa konferens komputer dengan menganalisis mesej-mesej di bawah klasifikasi kategori kehadiran kognitif (cognitivepresence), kehadiran sosial (sosial presence) dan juga kehadiran pengajaran (teaching presence). Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan kekurangan pernikiran kritis semasa konferens komputer khususnya untuk mesej dalam kategori kehadiran kognitif (cognitivepresence).

Senario pendidikan semasa di Malaysia Untuk merealisasikan Wawasan 2020, tenaga pekerja perlu celik teknologi dan mempunyai pemikiran yang kritikal, dan bersedia untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam ekonomi global abad ke-21 (Smart School Project Team,

1997). Untuk mencapai wawasan ini, sistem pendidikan negara perlu dimantapkan.

Salah

satu

pemangkin

transformasi

sekolah ke

arah

pembentukan pekerja ilmuan adalah sekolah bestari yang disokong teknologi.

Sekolah bestari ialah satu institusi pembelajaran yang telah direka semula secara sistematik dari segi amalan pembelajaran dan pengurusan sekolah supaya dapat menyediakan generasi muda untuk zaman maklumat (Smart School Project Team, 1997). Program sekolah bestari telah mula dilaksanakan pada tahun 1999 untuk 90 buah sekolah di Malaysia. Matlarnat sekolah bestari adalah untuk perkembangan pelajar secara menyeluruh, memperkembangkan kekuatan dan kebolehan individu, melahirkan tenaga kerja yang celik teknologi serta berkebolehan berfikir (Smart School Project Team, 1997).

Pusat Perkembangan Kurikulum juga sentiasa menyemak semula kurikulum sekolah serta menekankan pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir serta integrasi teknologi dalam bilik darjah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Kerajaan Malaysia juga menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, khususnya Web dan Internet untuk memupuk sebuah masyarakat belajar (Bajunid, 2001). Majlis Teknologi MaMumat Nasional Malaysia bagi pembelajaran

elektronik

(http://www.nitc.org.my/) mencadangkan

bahawa

pembelajaran di Malaysia pada milinium yang baru seharusnya menggunakan Web serta teknologi maklumat dan komunikasi yang lain untuk menjana dan mengekalkan persekitaran pembelajaran yang bermakna. Proses pembelajaran

hams menghasilkan rakyat Malaysia yang menjadi pembina pengetahuan dan bukan hanya sebagai pengguna pengetahuan (Bajunid, 2001). Penekanan adalah kepada pembelajaran seumur hidup, pembentukan masyarakat berasaskan ilmu dan peruntukan pembelajaran yang fleksibel tanpa kekangan masa dan ruang.

Bagaimanapun, Hong (2002) memberi komen bahawa penyelidikan dan pembelajaran berasaskan Web di Malaysia menunjukkan kekurangan dari segi hala tuju dan usaha. Kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Web dan hiperteks juga amat berkurangan (Hong, 2002). Tambahan pula, literatur bagi penggunaan Web untuk pengajaran dan pembelajaran adalah amat terhad dan lebih tertumpu kepada aplikasi daripada teori (Ashfahani, 2001; Chiew, 2000; Hajizainuddin, 1999; Low, 2004; Mogana, 2003; Ngu, 2002; Sa'adiah, 2001; Seh, 1998).

Daripada tinjauan literatur, kebanyakan kajian yang dijalankan adalah daripada negara barat dan tidak banyak kajian di Malaysia yang berasaskan konteks tempatan.

Tambahan pula, kajian mengenai penyelesaian masalah

matematik berasaskan Web dengan pendekatan konstruktivis amat kekurangan. Oleh itu, kajian lanjutan berasaskan konteks tempatan harus dikendalikan untuk melihat sama ada kursus tersebut dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran penyelesaian masalah matematik serta pembentukan sikap yang positif terhadap matematik di kalangan pelajar.

Dapatan kajian mengenai kepuasan, persepsi dan pencapaian pelajar terhadap kursus berasaskan Web juga masih bercanggah. Sebilangan kajian melaporkan

Suggest Documents