BAB SATU KAJIAN INI. Latar Belakang. memberikan kesan terhadap pencapaian murid(jowett & Baginsky, 1991; West, Noden,

1 BAB SATU KAJIAN INI Latar Belakang Penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam aktiviti dan program sekolah memberikan kesan terhadap pen...
Author: Todd Fletcher
84 downloads 0 Views 2MB Size
1

BAB SATU

KAJIAN INI

Latar Belakang Penglibatan ibu bapa yang semakin berkurangan dalam aktiviti dan program sekolah memberikan kesan terhadap pencapaian murid(Jowett & Baginsky, 1991; West, Noden, Edge, & David, 1997). Kekangan yang dihadapi oleh ibu bapa untuk melibatkan diri menyebabkan masalah murid meruncing dan berkembangnya gejala-gejala yang tidak sihat

seperti

masalah

disiplin,

ponteng,

delinkuen

dan

sebagainya.Justeru,

kecemerlangan murid tidak dapat dicapai seandainya penglibatan ibu bapa murid dalam program dan aktiviti sekolah tidak dapat ditingkatkan(Henderson & Mapp, 2000). Penglibatan ibu bapa bukan hanya di sekolah malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah(Shaverand & Walls,1998; Epstein, Sanders, Simon, Salinas, Janson, & Van Voorhis, 2002; Jordan, Snow & Porche, 2000), Anak-anak tidak memberikan tumpuan terhadap apa yang dipelajari jika ibu bapa kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak di rumah(Shaverand & Walls, 1998) dan ini menyebabkan pencapaian akademik murid kurang cermelang(Lawson, 2003; Hoover-Dempsey & Sandler, 1995). Anak-anak perlukan penglibatan ibu bapa bagi meningkatkan motivasi diri dan kesungguhan untuk memenuhi harapan mereka. Kajian lalu yang menitikberatkan tentang faktor latar belakang keluarga, etnik, sosioekonomi keluarga(Hill, & Craft, 2003; Jeynes, 2005; Smith, 2002; Hill & Tyson, 2009; Bornstein, Hahs, Suwalsky & Haynes, 2003: Hill & Tylor, 2004) juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian

2

akademik murid(Jeynes, 2002; Griffith, 1996). Perkaitan ini didapati konsisten tidak mengira demografi sampel (contohnya; umur, etnik, jantina, atau status sosio-ekonomi (SES) atau ukuran pencapaian (contohnya; ujian pencapaian, purata mata gred, gred). Penglibatan ibu bapa adalah peramalan yang mustahak kepada pencapaian kanakkanak di sekolah. Walau bagaimanapun menurut Lareau (2000) kekangan masa menyebabkan ibu bapa kurang peka terhadap peranan mereka terhadap pendidikan anak-anak dan membiarkan mereka belajar tanpa seliaan. Sebilangan ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak-anak dan mengharapkan cita-cita mereka tercapai(Chavkin & Williams, 1993; Clark, 1994; Eccles & Harold, 1993; Hoover-Dempsey & Sandler, 1995; Lareau, 2000) tanpa mereka melibatkan diri secara langsung dengan pendidikan anak mereka. Keterlibatan ibu bapa di rumah mahupun di sekolah, secara berterusan didapati berkait rapat dengan pencapaian akademik anak-anak(Christenson, Rounds, & Gorney, 1992; Fehrmann, Keith, & Reimers, 1987; Izzo, Weissberg, Kasprow, & Fendrich, 1999; Keith, & Lichtman, 1994; Keith, Keith, Troutman, Bickley, Trivette, & Singh, 1993; Miedel & Reynolds, 1999; Shaverand & Walls, 1998; Stevenson & Baker, 1987). Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa kebanyakan berlaku di tahap awal persekolahan anak-anak. Ibu bapa lebih cenderung memberi perhatian pada tahap awal persekolahan kerana anak-anak belum mampu berdikari(Jeynes, 2005; Fletcher & Silberbeg, 2006; Englund, Luckner, Whaley, & Egeland, 2004). Penglibatan ibu bapa berkurangan apabila anak-anak mereka memasuki sekolah menengah. Ibu bapa beranggapan bahawa anak-anak mereka mampu menguruskan pelajaran sendirian dan hanya perlukan perhatian yang paling minimum daripada ibu bapa(Van Voorhis, 2003; Unger, Leod, & Tressell, 2000)

3

Tumpuan kajian terdahulu juga lebih berfokus kepada penglibatan ibu bapa di sekolah padahal, penglibatan ibu bapa sepatutnya berterusan di rumah(Bhanot & Jovahonic, 2005; Cooper, Robinson, & Patall, 2006; Garg, Kauppi, Lewko, & Urajnik, 2002; DePlanty, Coulter-Kern, & Duchane, 2007; Van Voorhis, 2003). Dapatan kajian menjelaskan bahawa terdapat perkaitan yang positif antara penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian akademik murid(Deslandes & Bertrand, 2005; Garg et al., 2002; Goldscheider, Thornton & Yang, 2001). Namun, tumpuan kajian tentang penglibatan ibu bapa masih lagi

tertumpu kepada murid di tahap awal

persekolahan(Arnold, Zeljo & Doctoroff, 2008) Konsep penglibatan ibu bapa dalam kajian-kajian tentang penglibatan ibu bapa sering menekankan perkara seperti komunikasi antara ibu bapa-guru(Deslanders, Royer, Turcotte, & Bertrand,1997); komunikasi ibu bapa-anak berkaitan isu di sekolah(Keith & Lichtman, 1994); jumlah jam penglibatan sukarela ibu bapa di sekolah, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah seperti konferen(Izzo et al., 1999; Meidel & Reynolds, 1999; Baker & Stevenson, 1986), kehadiran di perjumpaan ibu bapa yang direncanakan oleh sekolah(Shaverand & Walls, 1998); penglibatan ibu bapa dengan anak-anak dalam aktiviti berkaitan sekolah yang dilaksanakan di rumah, seperti membantu membuat kerja sekolah(Shumow & Miller, 2001; Singh et al., 1989; Sui-Chu & Willms, 1996); dan pengharapan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan anakanak mereka.

4

Pernyataan Masalah Semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana caranya membantu anakanak mereka meningkatkan prestasi dalam pelajaran(Epstein, 2008; Christenson, 2004; Christenson & Sheridan, 2001). Tidak banyak diketahui tentang mengapa ibu bapa kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka ketika di sekolah menengah(James, 2008; Christenson, 2004; Christenson & Sheridan, 2001) berbanding dengan penglibatan di tahap awal persekolahan(prasekolah) dan sekolah rendah(Arnold, Zeljo & Doctoroff, 2008). Namun, kajian lalu jelas menunjukkan ibu bapa lebih banyak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah rendah dan penglibatan mereka semakin berkurangan ketika di sekolah menengah. Pelbagai alasan telah diberikan oleh ibu bapa untuk kurang terlibat dalam pelajaran anak-anak di sekolah menengah. Antaranya ialah kerana kurikulum dan silibus semakin mencabar, anak-anak di sekolah menengah mampu berdikari dan ibu bapa ingin memberi tumpuan lebih kepada anak-anak yang masih kecil(Coleman, 1988). Namun, alasan yang diberikan oleh ibu bapa masih dipertikaikan. Ini berikutan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak tidak semestinya penyertaan secara langsung. Ianya boleh juga berlaku secara tidak langsung dan penglibatan itu sendiri tidak hanya terhad di sekolah sahaja sebaliknya boleh juga berlaku di rumah(Deslandes & Bertrand, 2005; Garg et al., 2002; Goldscheider, Thornton & Yang, 2001). Menurut Muller(1993) persepsi dan ekspektasi ibu bapa yang keterlaluan untuk melihat anak-anak berjaya memberi kesan berbeza-beza kepada pencapaian anakanak. Anak-anak cenderung membuat penyesuaian ke atas harapan mereka ke arah yang lebih baik khasnya dalam pelajaran apabila mereka menyedari ibu bapa mereka

5

sedia terlibat dalam persekolahan mereka. Ibu bapa seharusnya lebih bersikap realistik dalam meletakkan harapan supaya ekspektasi ibu bapa dan anak seiring dan dapat membantu anak-anak mencapai impian mereka juga. Menurut Beckert, Strom & Strom (2007), Kalil, Ziol-Guest & Coley,(2005) anak-anak juga mempunyai ekspektasi tersendiri berkaitan dengan penglibatan ibu bapa mereka ketika di sekolah menengah. Dalam usia meniti remaja, anak-anak sebenarnya memerlukan sokongan daripada keluarga dan keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan memberikan kesan kepada perkembangan diri anak-anak. Justeru, ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap keperluan anak-anak pada tahap remaja dan penglibatan ibu bapa pada tahap ini amat diperlukan oleh anak-anak Persepsi anak-anak terhadap ibu bapa juga penting memandangkan anak-anak mempunyai pandangan yang berbeza. Kajian-kajian

lalu (Shek, 2000; Kalil, et al.,

2005; Seefeldt, Denton, Galper, & Younoszai, 1998; Beckert, Strom, & Strom, 2007; Drevets, Benton, & Bradley, 1996; Neiderhiser, Pike, Hetherington, & Reiss, 1998) berkaitan persepsi murid menjelaskan bahawa murid-murid mempunyai

tanggapan

mereka sendiri terhadap apa yang mereka terima dan lihat sama ada di

sekolah

mahupun di rumah. Namun, kajian lalu berkaitan penglibatan hanya cuba

melihat

persepsi dari sudut pandangan guru dan ibu bapa sedangkan persepsi dan pandangan daripada anak-anak tidak diambil kira. Justeru, kajian dilakukan perlu mengambil kira persepsi anak-anak bagi melihat penilaian anak-anak terhadap penglibatan ibu bapa mereka dalam pendidikan ketika di sekolah menengah. Apa yang jelas, penglibatan ibu bapa memberi kesan positif terhadap pencapaian murid (James, 2003; Hoover-Dempsey & Sandler, 1997; Hoover-Dempsey Walker, Sandler, Whetsel, Green, & Wilkins, 2007; Lee, 1999; Desimone, 1999; Fan & Chen, 2001; Fan, 2001) malahan terdapat kajian yang menunjukkan penglibatan ibu bapa mampu membendung masalah disiplin murid. Persoalannya, kenapa ibu bapa

6

masih kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah sekirannya mereka tahu akan kebaikan penglibatan? (Shumow, & Miller, 2001; Smith, 2002; Englund, et al., 2004; Lee & Bowen, 2006; DePlanty, et al., 2007). Di Malaysia, keadaan yang serupa berlaku. Ibu bapa didapati kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka ketika di sekolah menengah (Mohd Fami, Mohamed Sharif & Roslee, 2008; Mazana Ismail, 2001; Azizi Yahya, Nordin Yahya & Mohd Sofie Bahari ,2004). Alasan kepada kurangnya penglibatan ibu bapa ini mesti dikenal pasti dan bagaimanakah caranya bagi mempertingkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah. Permasalahan ini dapat dilihat daripada kajian-kajian lalu yang tidak memberikan tumpuan terhadap penglibatan ibu bapa di tahap sekolah menengah. Ketiadaan dan kurangnya kajian-kajian berkaitan dengan penglibatan ini memberikan ruang kepada pengkaji untuk menyelidik akan perkara ini. Pemilihan isu berkaitan penglibatan ibu bapa di sekolah menengah ini adalah kerana anak-anak ketika itu berada di tahap remaja. Pada peringkat ini, remaja masih perlukan sokongan ibu bapa walaupun ibu bapa beranggapan anak-anak sudah mampu mengurus diri. Kajian lalu juga lebih tertumpu kepada demografik keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa(deCarvalho, 2001; Fan & Chen, 2001; Smith, 2002, Barnard, 2006). Kurang tumpuan diberikan kepada konteks keluarga yang meliputi interaksi dan komunikasi, kesenggangan, amalan keibubapaan, keterbukaan dan penerimaan dalam keluarga itu sendiri. Faktor-faktor ini amat penting dan kelompangan terhadap kajian lalu menyebabkan permasalahan ini diberikan tumpuan. Ini berikutan penerapan nilai dalam konteks keluarga dilihat boleh menjadi peramalan kepada penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah. Selain itu, kebanyakan kajian-kajian lepas lebih menumpukan penglibatan ibu bapa dari sudut pandangan ibu bapa dan guru. Kajian lalu tidak cuba melihat penglibatan ibu bapa dari

7

sudut pandangan anak-anak sebagai penilai kepada penglibatan ibu bapa mereka sendiri. Kajian ini akan memberikan tumpuan kepada penilaian anak-anak terhadap penglibatan ibu bapa mereka ketika di sekolah menengah. Adakah anak-anak memerlukan ibu bapa mereka melibatkan diri dan sejauh mana mereka bersetuju ibu bapa mereka terlibat sama dalam pelajaran mereka. Anak-anak menjadi tumpuan untuk mendapatkan data dan data itu nanti akan ditrangulasikan dengan dapatan sebelum ini yang membabitkan ibu bapa dan guru yang menjadi penilai akan penglibatan ibu bapa sama ada di rumah mahupun di sekolah. Kelompangan yang ketara dalam dapatan dan kajian lalu juga membolehkan pengkaji cuba menjadikan kajian ini sebagai kesinambungan kepada dapatan kajian lepas.

Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anakanak ketika di sekolah menengah. Fokus kajian tertumpu kepada sejauh mana pentingnya penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid. Kajian ini juga cuba menyingkap sama ada penglibatan ibu bapa menjadi mediator kepada pencapaian akademik atau pun konteks keluarga lebih penting dalam memberi sumbangan kepada kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Kepentingan penglibatan juga dilihat daripada sejauh mana penglibatan ibu bapa sama ada di rumah mahupun di sekolah mempunyai hubungan yang positif dengan komponen konteks keluarga. Selain daripada itu, ekspektasi dan persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa mereka juga dikaji bagi melihat sejauh mana keperluan penglibatan dan persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa mereka dalam pendidikan ketika di sekolah menengah.

8

Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk; 1. Menentukan sama ada wujud perhubungan di antara komponen-komponen dalam konteks keluarga dengan penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah. 2. Menentukan sama ada terdapat perhubungan di antara demografik keluarga dengan penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah. 3. Mengenalpasti sejauh mana komponen-komponen dalam konteks keluarga menjadi peramal kepada penglibatan ibu bapa. 4. Mengenal pasti sejauh mana penglibatan ibu bapa di rumah mahupun di sekolah mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik murid. 5. Mengenalpasti ekspektasi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika di sekolah menengah. 6. Mengenalpasti persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika di sekolah menengah. 7. Menentukan kepentingan penglibatan ibu bapa sebagai mediator terhadap pencapaian akademik dengan konteks keluarga.

9

Soalan Kajian Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan-soalan berikut; 1. Sejauh manakah terdapat perhubungan di antara penglibatan ibu bapa, penglibatan ibu bapa di rumah, dan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan komponenkomponen konteks keluarga; a) Interaksi & komunikasi b) Amalan keibubapaan c) Kesenggangan d) Keterbukaan e) Penerimaan dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah.

2. Terdapatkah perhubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak berdasarkan; a) Jantina b) Bangsa c) Bilangan adik beradik d) Status penjagaan e) Lokasi tempat tinggal f)

Tahap pendidikan ibu

g) Tahap pendidikan bapa h) Pekerjaan ibu i)

Pekerjaan bapa

3. Sejauh manakah komponen-komponen dalam konteks keluarga meramalkan; a) Penglibatan ibu bapa b) Penglibatan ibu bapa di rumah c) Penglibatan ibu bapa di sekolah

10

4. Sejauh manakah terdapat perhubungan di antara pencapaian akademik murid dengan komponen-komponen? a)

Penglibatan ibu bapa di rumah i)

Tugasan

ii) Kemudahan pembelajaran iii) Pemantauan b)

Penglibatan ibu bapa di sekolah i)

Perjumpaan ibu bapa-sekolah

ii) Hari Terbuka & Hari Kecemerlangan iii) Aktiviti & Program sekolah

5. Apakah ekspektasi murid sekolah menengah terhadap penglibatan ibu bapa? a)

Apakah hubungan antara pencapaian akademik anak-anak dengan ekspektasi anak-anak terhadap penglibatan ibu bapa?

b)

Apakah terdapat hubungan antara jantina dengan ekspektasi anak-anak terhadap penglibatan ibu bapa?

6. Apakah persepsi murid sekolah menengah terhadap penglibatan ibu bapa? a)

Ibu bapa perlu mengambil tahu dan menyemak tugasan sekolah

b)

Ibu bapa perlu menyediakan kemudahan pembelajaran untuk anak-anak.

c)

Ibu bapa perlu memantau pergerakan dan aktiviti harian anak-anak.

d)

Ibu bapa perlu menghadiri perjumpaan dengan pihak sekolah.

e)

Ibu bapa hadir pada Hari Terbuka & Hari Kecemerlangan.

f)

Ibu bapa turut menyertai aktiviti dan program sekolah.

7. Sejauh manakah penglibatan ibu bapa dan konteks keluarga saling berhubungan dengan pencapaian akademik murid?

11

Limitasi Kajian Kajian yang dijalankan ini berupa kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sepenuhnya. Sampel kajian terdiri daripada murid-murid sekolah menengah. Beberapa batasan kajian dikenal pasti dalam kajian ini. Pertamanya, kajian tinjauan memerlukan bilangan sampel yang ramai. Justeru itu, pengkaji berhadapan dengan peningkatan kos cetakan soal selidik dalam mendapatkan data. Kos berulang seperti pengangkutan dan cetakan semula soal selidik menyebabkan pengkaji berhadapan dengan masalah kewangan. Jumlah sampel yang ditentukan pada awalnya juga terpaksa ditambah memandangkan kemungkinan data rosak akan berlaku. Lantas, pengkaji terlebih dahulu mengambil kira kekangan ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya ulang tadbir pungutan data. Keduanya, kekangan masa dan birokrasi ketika kajian dijalankan. Beberapa prosedur kajian terlebih dahulu dipenuhi sebelum kebenaran menjalankan kajian diperolehi. Birokrasi menyebabkan perancangan masa pengkaji sentiasa berubah-ubah memandangkan pengkaji bergantung sepenuhnya kepada data yang melibatkan muridmurid sekolah. Persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia terlebih dahulu diperolehi dan seterusnya kebenaran diperturunkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Kekangan masa berlaku apabila pengkaji terpaksa menunggu surat kebenaran dari satu jabatan ke satu jabatan yang mengambil masa yang agak panjang. Pengkaji juga berhadapan dengan karenah pentadbir sekolah yang menetapkan masa-masa tertentu sahaja bagi tujuan pemungutan data di sekolah mereka dan kadangkala menyebabkan jadual pemungutan data terpaksa diubah mengikut jadual perjalanan waktu persekolahan. Ketiga, pengkaji juga berhadapan dengan kekangan masa dalam mendapatkan data kerana fokus sampel kajian adalah murid-murid tingkatan empat di dalam negeri Selangor. Kekangan berlaku memandangkan semua pelajar tingkatan empat belajar di

12

sesi pagi. Penyelidik hanya dibenarkan hadir ke sekolah dalam masa yang ditetapkan oleh pentadbir. Memandangkan jadual pemungutan data telah ditetapkan, pengkaji seringkali berhadapan dengan kesukaran untuk menepati jadual memandangkan masalah kedudukan tempat tinggal pengkaji yang agak jauh di samping kesesakan lalu lintas yang terpaksa diharungi setiap hari. Justeru, pengkaji sekali lagi perlu berurusan dengan pihak pentadbir sekolah bagi mendapatkan jadual baru supaya data dapat dipungut semula. Kekangan masa ini menyebabkan pengkaji berhadapan dengan jadual pungutan data yang tidak menentu dan dalam masa yang sama menyebabkan pemanjangan masa dan penjadualan semula tarikh pungutan data. Kepelbagaian kekangan yang terpaksa dihadapi oleh pengkaji sedikit pun tidak melemahkan dan memberi kesan kepada kajian ini. Pengkaji secara berhemah mengatasinya dan berusaha untuk mengurangkan bias dapatan. Kekangan yang dialami diharapkan tidak menjejaskan dapatan dan seterusnya dapat digunakan oleh pengkaji lain bagi menjalankan kajian lanjutan.

Delimitasi Kajian Fokus kajian ini kepada penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Penglibatan yang diberikan tumpuan adalah penglibatan di rumah dan di sekolah sama ada berbentuk akademik mahupun bukan akademik. Selain daripada itu tumpuan juga diberikan kepada faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan ibu bapa dan hubungannya kepada pencapaian akademik murid. Responden dipilih dalam kalangan murid tingkatan empat sahaja kerana mereka telah matang untuk berfikir dan mampu menjawab soal selidik dengan baik. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan bahawa kajian hanya boleh ditadbir kepada murid-murid yang tidak terlibat dalam peperiksaan awam.

13

Dalam kajian ini penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak dilihat daripada perspektif murid sekolah menengah. Soal selidik hanya diedarkan kepada murid-murid sekolah menengah dan kajian ini langsung tidak melibatkan ibu bapa dalam memberikan respon kepada soal selidik. Bilangan sampel yang dipilih juga hanya terdiri daripada 24 buah daripada 233 buah sekolah menengah yang terdapat di negeri Selangor. Jumlah ini hanya mewakili 10.3% sahaja daripada populasi sekolah yang ada dalam negeri Selangor. Justeru, sekolah yang terpilih secara persampelan rawak sahaja yang akan dijadikan sampel. Daripada jumlah sekolah yang terpilih, hanya murid tingkatan empat sahaja yang akan menjadi responden. Kajian ini dijalankan menggunakan soal selidik sepenuhnya dan instrumen dibina bagi mengukur aspek-aspek yang dinyatakan dalam tujuan kajian dan kerangka konsep kajian. Pencapaian akademik yang yang digunakan dalam kajian ini adalah keputusan Penilaian Menengah Rendah(PMR).

Definisi Operasional

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai bagi menerangkan maksud yang sesuai kepada kajian ini. Berikut dijelaskan definisi istilah dan konsep penting yang diguna pakai dalam kajian ini.

Penglibatan Ibu bapa Penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak merujuk kepada peranan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah mahupun di rumah. Penglibatan mengambil kira sama ada hadir ke sekolah, berkomunikasi dengan guru-guru atau membantu

14

tugasan sekolah anak-anak di rumah(Christenson, et al., 1992; Epstein, 2001). Terminologi penglibatan ibu bapa(bu, bapa atau penjaga) akan digunakan secara meluas dalam kajian ini. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di sekolah ini diambil kira dalam pelbagai bentuk penyertaan. Ibu bapa boleh memberi sokongan terhadap persekolahan anak-anak dengan menghadirkan diri dalam majlis dan program di sekolah. Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan membantu anak-anak mereka dalam memperbaiki tugasan sekolah termasuklah menyusun jadual dan menyediakan tempat belajar yang sesuai, menunjukkan sikap keperihatinan, memantau kerja rumah dan membimbing anak-anak dalam pelajaran di rumah. Penglibatan ibu bapa dalam kajian ini hanya mengambil kira pandangan daripada anak-anak sahaja. Penglibatan ibu bapa ini juga akan dilihat dalam kedua-dua komponen iaitu penglibatan di rumah mahupun di sekolah.

Demografik Keluarga Demografik keluarga merujuk kepada latar belakang kepada seseorang murid. Ianya melibatkan maklumat asas keluarga. Menurut Jupp(2006) demografik biasanya meliputi ekonomi, sosial, budaya dan dimensi psikologi. Demografik kontemporari kebanyakannya digunakan bagi melihat perkaitan antara keluarga dengan individu yang dikaji. Demografik keluarga dalam kajian ini ditumpukan kepada asas yang diperlukan bagi mewujudkan penglibatan terhadap pendidikan anak-anak seperti jantina, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan, status keluarga, lokasi tempat tinggal dan bilangan tanggungan dalam sesebuah keluarga.

15

Konteks Keluarga Konteks keluarga merujuk kepada situasi atau keadaan sesebuah keluarga. Ianya boleh meliputi emosi, komunikasi, amalan keibubapaan, dan sebagainya. Menurut Bronstein et al.,(2003), amalan keibubapaan yang positif mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan sekaligus dapat mengurangkan masalah psikologi dan delinkuen. Kajian lalu juga turut membuktikan bahawa kanak-kanak yang datang dari persekitaran keluarga yang harmoni lebih mudah mengadaptasikan persekitaran, mempunyai nilai budaya sosial yang tinggi dan menekankan nilai keagamaan(Wood, Chapin & Hannah, 1988). Namun, kajian ini mendefinasikan konteks keluarga sebagai situasi dan keadaan dalam keluarga yang menjadi penyumbang kepada penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah. Konteks keluarga dalam kajian ini menjurus kepada amalan keibubapaan, interaksi dan komunikasi, kesenggangan, keterbukaan dan penerimaan yang berlaku dalam keluarga dan seterusnya membolehkan ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Berikut dijelaskan beberapa terminologi yang akan selalu ditemui dalam kajian ini iaitu;

Interaksi dan komunikasi Merujuk kepada interaksi dan komunikasi dalam keluarga terutama antara anak-anak dengan ibu bapa yang melibatkan perihal pendidikan. Interaksi dan komunikasi ini boleh berlaku serentak sama ada sehala atau dua hala yang membabitkan pendidikan anak-anak dan penglibatan ibu bapa.

16

Amalan Keibubapaan Merujuk kepada tingkah laku dan amalan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kepada anak dan ianya boleh dijadikan ikutan. Amalan ini berterusan dalam keluarga dan dapat dijadikan teladan kepada pendidikan anak-anak.

Kesenggangan Merujuk kepada masa lapang yang ada dalam keluarga dan masa yang diperuntukkan oleh ibu bapa untuk bersama anak-anak dan keluarga. Ianya juga merujuk kepada bagaimana ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak terutama dalam menitikberatkan pendidikan anak-anak.

Keterbukaan Sikap ibu bapa dalam menerima dan memberi maklum balas terhadap pendidikan anak-anak. Kesediaan ibu bapa memberi ruang kepada anak-anak untuk berkongsi idea dan pendapat serta saling menerima pandangan.

Penerimaan Kesediaan ibu bapa untuk menerima keadaan anak-anak terutama dalam hal yang melibatkan pencapaian akademik. Penerimaan juga melibatkan kesediaan ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak tidak mengira tahap kejayaan anakanak. Selain itu, penerimaan juga merujuk kepada penerimaan ibu bapa akan keupayaan anak-anak dan kesediaan membantu mempertingkatkan pencapaian anakanak.

17

Pencapaian Akademik Akademik adalah merujuk kepada pendidikan formal. Perkataan pencapaian pula bermaksud tingkat kecekapan yang dicapai dalam bidang akademik. Kerlinger(1973) pula menyatakan pencapaian akademik merujuk kepada skor atau gred-gred yang diperolehi atau dicapai oleh murid dalam suatu ujian atau peperiksaan umum. Dalam kajian ini, pencapaian akademik yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah keupayaan dan kemampuan murid untuk mendapatkan gred-gred yang baik bagi setiap mata pelajaran yang diuji Secara operasinya penentuan pencapaian akademik dalam kajian ini bermaksud pencapaian murid dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah diduduki oleh mereka.

Persepsi Atkinson, Atkinson, & Hilgard(1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan mentafsir pola-pola rangsangan daripada persekitaran. Persepsi adalah proses mentafsir maklumat yang disedari melalui organ-organ penerima untuk menghasilkan dan membentuk imej tentang persekitaran(Roediger, Rushton, Capaldi, & Paris,1984). Persepsi bersifat subjektif. Seseorang mentafsir apa yang dialami dengan berdasarkan kepada keperluan(Ruch, 1984). Persepsi mengalami proses unik. Sukar untuk mengetahui bagaimana proses itu berlangsung(Mitchell, 1978). Kesimpulannya persepsi adalah suatu proses di mana seseorang mentafsir, menduga dan meramalkan sesuatu rangsangan atau peristiwa yang disedari. Persepsi dapat dikenal pasti dan diukur melalui respons seseorang terhadap rangsangan berkenaan baik secara langsung mahupun tidak langsung. Secara operasi, persepsi dalam kajian ini adalah persepsi pelajar terhadap penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah. Melalui

18

soal selidik yang ditadbir, murid-murid akan memberikan persepsi terhadap penglibatan ibu bapa mereka.

Ekspektasi Ekspektasi bermaksud mengharapkan sesuatu yang dijangkakan pada masa hadapan akan berlaku dan muncul. Ekspektasi dalam kajian ini merujuk kepada harapan yang anak-anak inginkan berkaitan dengan penglibatan ibu bapa mereka(Cooper dan Good, 1983). Ekspektasi dalam kajian ini juga merujuk ekspektasi anak-anak tahap menengah terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mereka. Adakah anak-anak tahap menengah mengharapkan ibu bapa mereka melibatkan diri dalam pendidikan mereka.

Kesimpulan Secara ringkas Bab 1 telah membincangkan tentang latar belakang permasalahan berkaitan dengan tajuk kajian iaitu “Hubungan Penglibatan Ibu-bapa dan konteks keluarga dengan pencapaian akademik murid. Bab ini juga turut membincangkan objektif kajian dan soalan kajian yang ingin dijawab selain membincangkan skop atau delimitasi kajian yang menjelaskan bahawa kajian ini melihat hubungan penglibatan ibu-bapa dan konteks keluarga mengikut perspektif murid sekolah menengah tanpa melibatkan ibu-bapa sebagai responden. Penggunaan istilah dan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini juga diperjelaskan secara terperinci dalam definisi operational supaya maksud perkara yang dikaji mudah difahami. Bab 2 akan membincangkan tinjauan yang dijalankan berdasarkan kajian lepas

19

BAB DUA

SOROTAN KAJIAN

Pendahuluan Dalam bab kedua ini dibincangkan tentang sorotan kajian lalu yang telah digunakan bagi mendasari kajian ini. Melalui sorotan kajian lalu, pengkaji telah cuba melahirkan satu idea dan kajian terkini berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah digunakan untuk menguatkan lagi kajian ini. Sorotan kajian lalu digunakan bagi menjelaskan dan menjawab soalan-soalan kajian yang telah dibuat iaitu, a) Sejauh manakah terdapat perhubungan di antara penglibatan ibu bapa, penglibatan ibu bapa di rumah, dan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan komponen-komponen konteks keluarga dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah?; b) Terdapatkah hubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak berdasarkan; jantina, bangsa, bilangan adik beradik, status penjagaan, lokasi tempat tinggal, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu, pekerjaan bapa, dalam pendidikan ketika anakanak berada di sekolah menengah?; c) Sejauh manakah komponen-komponen dalam konteks keluarga meramalkan penglibatan ibu bapa, penglibatan ibu bapa di rumah mahupun penglibatan ibu bapa di sekolah; d) Sejauh manakah terdapat perhubungan di antara pencapaian akademik murid dengan komponen-komponen penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah?; e) Apakah ekspektasi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika di sekolah menengah? Terdapatkah hubungan antara pencapaian

20

akademik dengan ekspektasi murid terhadap penglibatan ibu bapa?; f) Apakah persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah?; g) Sejauh manakah pencapaian akademik murid dengan konteks keluarga saling berhubungan dengan penglibatan ibu bapa?

Kerangka Konsep Penglibatan Ibu Bapa Kerangka konsep penglibatan ibu bapa telah dibentuk

berdasarkan kepada

pemahaman penyelidik terhadap sorotan kajian lepas yang telah dibuat. Pembinaan kerangka konsep bertujuan bagi memudahkan pengkaji membuat kajian dan dengan berpandukan kepada kerangka konsep yang dibina, pengkaji dapat mengkaji apa yang sepatutnya dikaji berdasarkan apa yang dirancang dan bertepatan dengan objektif dan soalan kajian yang telah diutarakan. Dengan adanya kerangka konsep juga, pengkaji akan sentiasa berada dilandasan yang dirancang berpandukan garis panduan yang telah dibuat agar kajian tidak tersasar daripada matlamat asal. Menurut Punch(2000), kerangka konsep adalah status konsep mengenai sesuatu perkara yang ingin dikaji dan perhubungan di antara perkara-perkara yang dikaji. Kerangka konsep yang jelas akan memudahkan penjelasan mengenai apa yang sedang dikaji dan seterusnya menjawab persoalan kajian yang telah dibuat. Melalui kerangka konsep, dapat dijelaskan bahawa kajian yang ingin dikaji berkaitan dengan satu idea besar yang cuba digambarkan melalui satu pemetaan yang ringkas tetapi mudah difahami. Menurut Maxwell(2005), kerangka konsep adalah satu sistem konsep, tanggapan, ekspektasi, kepercayaan dan teori-teori yang mendokong dan memaklumkan berkaitan kajian yang sedang dijalankan. Ianya adalah kekunci kepada kajian yang ingin dibuat. Maxwell(2005) mengenalpastikan kerangka konsep sebagai gambaran visual yang dapat menerangkan perkara-perkara utama yang ingin dikaji

21

dan perhubungan antara pembolehubah dan persoalan kajian adalah sebahagian daripada kerangka konsep. Kerangka konsep ini dibentuk berdasarkan sorotan kajian lepas. Kelompongan yang wujud dalam kajian lepas dijadikan asas kepada pembentukan kerangka konsep ini. Berdasarkan kepada kerangka konsep yang telah dibina, penglibatan ibu bapa dilihat berdasarkan kepada sejauh mana pembolehubah konteks keluarga mempunyai hubungan dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah. Bagi menjelaskan berkaitan dengan konteks keluarga, pecahan kepada pembolehubah ini dibuat berdasarkan

kepada konstruk; a) Interaksi &

Komunikasi; b) Amalan Keibubapaan; c) Kesenggangan; d) Keterbukaan, dan e) Penerimaan. Konteks keluarga ini nanti akan dianalisis sama ada mempunyai perkaitan dan hubungan dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah dan dalam masa yang sama berhubungkait dengan pencapaian akademik murid. Selain itu, ingin juga dilihat adakah pembolehubah demografik keluarga mempengaruhi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah. Bagi

pembolehubah demografik keluarga, terdapat beberapa

pecahan yang akan diuji iaitu a)Bilangan adik beradik; b)Status penjagaan; c) Lokasi tempat tinggal; d) Tahap pendidikan ibu; e) Tahap pendidikan bapa; f)Pekerjaan ibu dan; g)Pekerjaan bapa. Demografik keluarga masih diberikan tumpuan memandangkan kajian ini berkaitan dengan keluarga dan latar belakang keluarga perlu diambil kira dalam meninjau penglibatan ibu bapa. Pembentukan kerangka konsep ini bersesuaian mengambil kira demografik keluarga kerana latar belakang yang berbeza memberi pengaruh yang berbeza kepada dapatan. Justeru, pendekatan penyelidik dalam mengambil kira demografik keluarga dalam kerangka konsep ini bertujuan melihat

22

sejauh mana latar belakang ibu bapa berhubungan dengan penglibatan ibu bapa terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah. Kerangka konsep kajian ini juga mengenengahkan persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah. Murid-murid diberikan autoriti sepenuhnya dalam memberi nilaian terhadap penglibatan ibu bapa masing-masing. Persepsi anak-anak terhadap ibu bapa yang berbeza-beza menjadi kunci mengapa ianya dijadikan sebahagian daripada komponen yang perlu ada dalam kerangka konsep ini. Persepsi anak-anak ini juga dijadikan fokus kajian ini bertujuan melihat apakah persepsi anak-anak terhadap penglibatan ibu bapa terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada ekspektasi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan. Ini bertujuan meninjau sejauh mana anak-anak mengharapkan ibu bapa terlibat sama dalam pendidikan terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah. Ekspektasi anak-anak ditinjau daripada penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah. Nilaian anak-anak ini nanti akan dapat menggambarkan ekspektasi anak-anak terhadap keperluan ibu bapa terlibat sama dalam pendidikan anak-anak. Justeru,

komponen ekspektasi menjadikan kerangka konsep ini lebih

lengkap dalam meninjau penglibatan ibu bapa daripada kaca mata anak-anak. Kerangka konsep ini juga dibina bagi mengkaji hubungan antara konteks keluarga, penglibatan dan pencapaian akademik. Kajian ini cuba menyingkap sejauh mana konteks keluarga dan penglibatan ibu bapa mampu meningkatkan pencapaian akademik murid atau tanpa penglibatan ibu bapa, penyediaan konteks keluarga sudah mempunyai kekuatan tersendiri untuk meningkatkan pencapaian akademik murid. Perhubungan ini dapat diperhatikan melalui jalinan anak panah yang saling berhubung.

23

KONTEKS KELUARGA  Interaksi / komunikasi.  Amalan keibubapaan.  Kesenggangan.  Keterbukaan.  Penerimaan.

      

DEMOGRAFI Jantina Bangsa Bilangan Adik Beradik. Status Penjagaan Lokasi Tempat Tinggal Tahap Pendidikan. Pekerjaan.

PENGLIBATAN IBU BAPA DI RUMAH - Tugasan. - Kemudahan pembelajaran. - Pemantauan. DI SEKOLAH - Perjumpaan ibu bapa. - Hari Terbuka/Kecemerlangan. - Aktiviti & Program.

EKSPEKTASI

PERSEPSI

PENCAPAIAN AKADEMIK MURID

Rajah 1: Kerangka Konseptual Hubungan Konteks Keluarga Dengan Penglibatan Ibu Bapa Dan Pencapaian Akademik Anak-anak Di Sekolah Menengah.

24

Kerangka Teori Kerangka teori amat penting dalam mendasari sesuatu kajian. Bermula dengan pernyataan masalah, kerangka teori telah dibentuk bagi merujuk kepada sesuatu paradigma atau perspektif yang akan menjelaskan perkaitan kajian(Punch, 2000). Flindes dan Mills(1993) menyatakan bahawa teori telah didefinasikan dalam pelbagai cara oleh ahli falsafah dan para sarjana dalam pelbagai disiplin akademik. Kerlinger & Howard(2000) mendefinasikan teori sebagai “a set of interrelated construct, definitions and propositions that presents a systematic view of phenomenon by specifying relations among variables, with the purpose of explaining and predicting phenomenon”. Penjelasan tentang teori adalah sesuatu cara yang unik bagi menampakkan realiti, pernyataan mendalam oleh seseorang berkaitan aspek semulajadi, segar dan dari persepsi yang berbeza tentang aspek di dunia ini. Kerlinger & Howard(2000) menyatakan, bagi memahami sesuatu teori dan hubungannya dengan kajian memerlukan satu proses dan daya usaha. Memahami teori adalah merasai keajaiban yang orang lain tidak nampak sebelumnya dan dijadikan supaya orang lain dapat memahaminya kemudian. Namun, apa yang penting dalam membicarakan tentang teori adalah komponen yang terkandung di dalamnya iaitu hubungan antara konsepkonsep, konstruk-konstruk dan pendapat kepada suatu teori. Penyelidikan dalam sains sosial biasanya akan melibatkan pelbagai disiplin ilmu(sains politik, ekonomi, antropologi, sosiologi dan psikologi). Kesemua disiplin ini memberi ruang yang luas bagi menguji fenomena. Penyelidik yang baru berkecimpung dalam dunia penyelidikan selalunya membataskan pertimbangan teori kepda teori-teori yang sering menyukarkan mereka. Ini menyebabkan penyelidik gagal mendedahkan banyaknya teori-teori dalam pelbagai disiplin yang berkemungkinan memberikan hasil yang diperlukan(Anfara & Mertz, 2006)

25

Dengan asas pengetahuan mengenai teori dan pemahaman tentang perbezaan cara menggunakan teori dalam penyelidikan, penyelidik akan hanya menggunakan teori yang bersesuaian dan mempunyai kaitan dengan kajian sahaja. Berasaskan daripada teori yang dijadikan pegangan, penyelidik akan cuba menguji kebenaran teori melalui tujuan kajian, objektif kajian, dan soalan kajian yang telah dibina.

Teori Ekologi Pembangunan Manusia Teori Sistem Ekologi telah dibentuk oleh Bronfenbrenner(1979) dan ianya juga dikenali sebagai Teori Sistem Bioekologi. Teori ini seterusnya dimurnikan lagi oleh Bronfenbrenner(1979, 1986, 1992). Menurut teori ini, sistem bioekologi merupakan kombinasi kecenderungan biologi kanak-kanak dan desakan persekitaran yang hadir bersama dalam membentuk perkembangan kanak-kanak. Teori ini menekankan kondisi persekitaran adalah perlu bagi perkembangan manusia sejagat. Pertamanya, orang dewasa perlu menyayangi anak-anak tanpa sebarang syarat. Keduanya, orang dewasa perlu menggalakan anak-anak dan meluangkan masa menjalankan aktiviti bersama dengan anak-anak di dalam ataupun diluar persekitaran rumah. Dalam usaha memahami teori Bronfenbrenner(1979, 1986, 1992) bulatan paling kecil yang berada di tengah-tengah kesemua bulatan adalah anak-anak. Bronfenbrenner(1979, 1986, 1992) merujuk

keadaan ini seperti persekitaran sarang apabila individu(anak-anak)

mengawal pelbagai sistem berada di pusat sarang, dikelilingi oleh lapisan-lapisan yang mengandungi individu-individu dan kumpulan individu pada setiap lapisan. Anak-anak diumpamakan seperti bahagian telur di dalam sarang dan sarang adalah persekitaran yang saling berperanan antara satu sama lain. Ibu bapa, guru-guru dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan rapat dan meluangkan masa bersama anak-anak adalah gelombang pertama. Ianya dipanggil

26

Mikrosistem. Orang yang berada dalam Mikrosistem mempunyai ruang atau hubungan yang memberi kesan terhadap anak-anak. Bronfenbrenner(1986) menggunakan terma bi-directional bagi menjelaskan pengaruh interaksi-interaksi yang diambil kira antara ibu dan anak-anak, anak-anak dan bapa, anak-anak dan guru, memahami bahawa pengaruh-pengaruh berlaku serentak(bi-directional). Pengaruh bi-directional mengambil tempat apabila individu-individu dan kumpulan individu berinteraksi dan kesan langsung kepada orang lain yang berada pada masa yang sama dalam lapisan yang sama. Bronfenbrenner(1992) menegaskan bahawa untuk memahami perkembangan anak-anak pada tahap ini, kita perlu memahami bahawa semua hubungan adalah bidirectional. Oleh itu, orang dewasa memberi kesan ke atas perangai kanak-kanak tetapi perkaitan biologi kanak-kanak dan sosial mempengaruhi karektor(fizikal, personaliti dan kebolehan) juga memberi kesan kepada tingkahlaku apabila dewasa. Teori Ekologi Manusia telah mengandaikan bahawa individu perlu berinteraksi dengan pelbagai persekitaran. Teori ini telah mengemukakan lima aspek persekitaran yang mampu mempengaruhi perkembangan individu iaitu Mikrosistem, Mesosistem, Ekosistem, Makrosistem dan Kronosistem (Bronfenbrenner, 1979) Secara ringkasnya, Mikrosistem merujuk kepada keluarga yang merupakan persekitaran paling hampir dengan individu. Ketika bayi, hanya ibu bapa dan adik beradik wujud dalam Mikrosistem atau pengaruh di pusat asuhan bagi bayi-bayi tersebut. Apabila anak-anak membesar dan bersekolah, Mikrosistem mereka berkembang

melibatkan pusat penjagaan mereka dan sekolah

kerana anak-anak

meluangkan hari-hari membesar mereka di sana. Aspek penting pada Mikrosistem adalah hubungan terus dan interaksi dengan anak-anak. Tiada sistem dipertimbangkan sebagai Mikrosistem dalam teori ini sekiranya tidak berlaku hubungan terus dengan anak-anak untuk jangka masa yang panjang. Manakala hubungan di antara keluarga dengan sistem lain yang lebih luas dikenali sebagai Mesosistem. Lapisan ini

27

mengandungi sambungan di antara latar hubungan anak-anak dan persekitaran, meliputi hubungan-hubungan di antara Mikrosistem seperti rumah, sekolah, jiran dan pusat jagaan kanak-kanak yang membantu perkembangan anak-anak. Ekosistem pula merupakan lapisan ketiga yang mengelilingi Mesosistem. Ianya merujuk kepada latar sosial yang memberi kesan kepada anak-anak. Contohnya tempat kerja ibu bapa, keluarga luas atau agensi perkhidmatan dalam komuniti; sekali lagi menggunakan anak sebagai fokus. Dapat dinyatakan bahawa Ekosistem tidak merentangi laluan terhadap anak-anak secara langsung. Ekosistem mempunyai kesan yang besar kepada anak-anak. Bilangan ahli keluarga yang ramai, keluarga asas dan keluarga kembangan memberi kesan kepada perkembangan anak-anak. Perkhidmatan kesihatan dan program masyarakat juga memberi kesan kepada perkembangan anakanak memandangkan keluarga yang memerlukan perkhidmatan ini akan berhadapan dengan keperluan asas. Makrosistem pula merupakan pola nilai, norma dan institusi budaya yang kukuh dan diterima oleh masyarakat. Lapisan yang terakhir merangkumi keseluruhan lapisan yang meliputi Mikrosistem, Mesosistem, dan Ekosistem. Lapisan ini dipanggil Makrosistem. Lapisan ini mengandungi perkara-perkara yang mempengaruhi dan kadang-kadang memberi sokongan kepada anak-anak dalam masa yang sama persekitaran seperti budaya, norma-norma dan undang-undang. Jika ibu bapa bekerja di syarikat yang tidak mempunyai jadual kerja yang fleksibel, ibu bapa akan menghadapi masalah untuk memberi perhatian kepada anak-anak. Begitu juga sekiranya ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk bertemu dengan guru dan pentadbir, ibu bapa tidak dapat meluangkan masa yang berkualiti tersebut kerana jadual kerja yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian. Kronosistem pula merujuk kepada pola peristiwa dan transisi masa yang berlaku dalam persekitaran di sepanjang hayat(Bronfenbrenner, 1979). Kronosistem

28

melibatkan perubahan yang berkaitan dengan persekitaran kanak-kanak yang mana ianya menghasilkan situasi baru yang memberi kesan terhadap perkembangan. Perubahan-perubahan ini melibatkan luaran atau muncul daripada organisma dalam masa yang sama, sejak kanak-kanak dilahirkan, perubahan dan kebanyakan dihasilkan dari pengalaman-pengalaman dalam latar mereka. Perubahan-perubahan ini boleh terjadi pada setiap masa atau hari. Di dalam dunia anak-anak, ianya adalah peristiwa seperti kematian ahli keluarga, persaraan guru atau perubahan dalam struktur keluarga dan boleh mengubah kondisi kehidupan anak-anak. Teori

ini percaya

kondusi baru boleh memberi kesan kepada perkembangan anak-anak. Kanak-kanak boleh memperkembangkan pengalaman berdasarkan perubahan dalaman. Sejak kanak-kanak terpilih, diubah suai dan dihasilkan dalam latar mereka dan pengalamanpengalaman, kanak-kanak adalah hasil dan menghasilkan perkembangan mereka sendiri. Teori Ekologi Pembangunan Manusia juga mengandaikan bahawa semua bahagian dalam persekitaran adalah saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Seiring dengan itu, kajian berkaitan hubungan institusi keluarga dengan pencapaian

akademik pelajar terutama menyentuh tentang kehidupan bekeluarga

secara tidak langsung akan menyentuh perhubungan perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan. Perubahan yang berlaku dalam persekitaran anak-anak membawa kepada penyesuaian tingkah

laku yang mungkin bersifat positif atau negatif dan ianya

dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan faktor paling signifikan adalah keluarga(Bronstein et. al, 1993; Acock & Demo, 1994). Perubahan yang drastik berlaku kepada remaja bukan kerana faktor dalaman tetapi kerana pengaruh persekitaran yang terdapat dalam masyarakat seperti struktur keluarga, keadaan sekolah, jangkaan rakan sebaya dan faktor persekitaran yang lain. Perkembangan kanak-kanak mudah dipengaruhi

29

persekitaran di mana kanak-kanak itu berada. Keluarga merupakan persekitaran pertama dan utama bagi setiap kanak-kanak. Elemen dan proses interaksi dan transaksi yang wujud dalam

persekitaran keluarga boleh mempengaruhi kualiti

perkembangan kanak-kanak(Rozumah, Siti Nor, Rojanah, Abdullah, & Hanina Halimatussadiah, 2003). Cara dan gaya keibubapaan juga lazimnya turut berubah dengan ibu bapa lebih banyak memberi penjelasan tentang sesuatu perkara. Ibu bapa berperanan sebagai penggalak kepada kanak-kanak dan sering terlibat dalam pendidikan anak-anak di peringkat

pertengahan akan mendapati anak-anak lebih

berjaya daripada segi akademik, daya kreativiti dan keupayaan kognitif. Golongan remaja ini lahir dan terbentuk mengikut acuan dalam sesebuah keluarga(Franco & Levitt, 1998). Oleh itu, persekitaran keluarga merupakan bahagian yang sangat penting dalam kehidupan remaja. Institusi keluarga menyediakan dan memberikan kanak-kanak pengalaman awal dalam kehidupan sosial dan pengalaman ini mempunyai kesan dalam perkembangan selanjutnya. Model di dalam keluarga iaitu tingkah laku ibu bapa menjadi objek pemerhatian dan ikutan. Proses peniruan begini adalah lazim di dalam keluarga yang sering disebut sebagai Vicarious learning. Suasana dan persekitaran keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohaninya akan memberi kesan yang sihat kepada perkembangan psikologi remaja dan memberi kesan kepada perkembangan intelek anak-anak (Fariza Md Sham, 1998 ). Tahap keterampilan keluarga juga dilihat mempunyai kaitan yang signifikan dengan pencapaian pelajar. Sokongan keluarga yang tinggi membantu merangsang perkembangan diri kanak-kanak ke arah yang positif(Franco & Levitt, 1998). Ibu bapa yang berketerampilan akan menerapkan nilai keluarga yang baik terhadap anak-anak supaya mereka turut berusaha ke arah tersebut. Kajian menunjukkan sikap ibu bapa dalam mendidik anak mempunyai perkatian signifikan dengan pengawalan kendirii(self regulation) anak, kawalan dalaman, tahap kawalan tingkah laku diri dan patuh kepada

30

peraturan(Fagen & Cowen, 1996, Seda, 2007). Ibu bapa yang mempamerkan sikap mesra, mengambil berat dan terlibat dalam pendidikan anak-anak akan mempunyai anak yang bagus dari segi imej diri, kecekapan sosial, motivasi tinggi dan mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran(Fagen & Cowen, 1996). Remaja tidak menghadapi tekanan perasaan ketika tibanya peperiksaan kerana ibu bapa sentiasa berada disisi mereka dan remaja gembira dengan pujian daripada ibu bapa mereka ketika memperolehi keputusan yang cemerlang(Fariza Md. Sham, 1998 ). Pemilihan teori yang bersesuaian perlu diambil kira memandangkan kajian ini mengutarakan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan. Secara tidak langsung, isu kekeluargaan menjadi tunjang kajian dan pemilihan Teori Ekologi Pembangunan Manusia(Bronfenbrenner,

1979;

1986;

1992)

adalah

paling

bersesuaian

memandangkan teori ini mempunyai beberapa peringkat perkembangan. Peringkatperingkat dalam model memperlihatkan perkembangan manusia banyak bergantung dan berhubung kait dengan persekitaran membesar. Teori ini juga mengambil kira kualiti hubungan di antara persekitaran penting dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Tumpuan Teori Ekologi Pembangunan Manusia ini juga menyingkap aspek-aspek kekeluargaan sehinggalah kepada sosial kerana ekologi tersebut memberi kesan kepada perkembangan manusia. Justeru, pemilihan teori ini amat bersesuaian dengan kajian memandangkan konteks keluarga yang ingin dikaji bertepatan dengan apa yang terdapat dalam teori. Keupayaan ibu bapa menyediakan konteks keluarga yang sesuai untuk anak-anak memberi impak terhadap perkembangan anak-anak dan seterusnya mampu membentuk anak-anak yang berjaya bukan sahaja dalam pelajaran malahan dalam kehidupan mereka. Prinsip utama teori yang mengenengahkan emosi, fizikal, intelektual dan keperluan sosial anak-anak juga bertepatan dengan kajian ini. Anak-anak memerlukan persekitaran yang sesuai untuk berkembang. Orang dewasa seharusnya menyediakan

31

persekitaran tersebut kepada kanak-kanak bagi memastikan perkembangan anak-anak berjalan lancar sebagaimana yang dikehendaki. Teori menekankan dua kondisi persekitaran yang diperlukan dalam perkembangan manusia iaitu; a) Orang dewasa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak tidak kira dalam apa situasi sekalipun, b) Orang dewasa perlu memberi galakan kepada anak-anak dan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama di dalam mahupun di luar persekitaran tempat tinggal. Jelas, di dalam teori menyatakan bahawa sekiranya kedua-dua keperluan di atas tidak berlaku, ekologi akan terencat dan seterusnya merosakkan perkembangan anak-anak. Teori ini juga menekankan kepada sokongan orang dewasa terhadap anak-anak sehingga mereka mampu berdikari. Sejak anak-anak dilahirkan, dibentuk dan dilatih mengikut kesesuaian persekitaran, maka sudah pasti akan terdapat perbezaan keinginan, persepsi dan ekspektasi sepanjang perkembangan mereka tersebut.

Justeru,

penyelidik

memilih

Teori

Ekologi

Pembangunan

Manusia

(Bronfenbrenner, 1979; 1986; 1992) kerana ianya bertepatan dengan pemasalahan kajian yang telah dinyatakan.

32

KRONOSISTEM Pola tingkah laku MAKROSISTEM

Pola peristiwa dan perubahan

EKOSISTEM Budaya

Nilai dan Kepercayaan MESOSISTEM

MIKROSISTEM

Keluarga Luas

Rakan Sebaya

Individu

Sekolah

Program Masyarakat

Keluarga

Agensi Perkhidmatan

.

Institusi Regulatori(spt agama Pendidikan,Keselamatan Kesihatan dan kepercayaan Nilai dan Kepercayaan

Polisi Kerajaan

Rajah 2: : Model Ekologi Pembangunan Manusia(Bronfenbrenner, 1979)

33

Rentetan

daripada

pemilihan

Teori

Ekologi

Pembangunan

Manusia(Bronfenbrenner, 1979), penyelidik juga mengambil pendekatan memilih beberapa teori yang juga membicarakan perkara yang hampir sama dan saling menyokong teori yang diguna pakai dalam kajian ini. Ini berikutan, kekuatan sesuatu kajian perlu disokong oleh teori yang berkembang mengikut masa dan zaman. Namun, asasnya teori ekologi masih mendasari persoalan pokok terhadap kajian ini. Teori Sistem Keluarga yang diketengahkan dalam kajian ini didapati saling menyokong berlandaskan teori utama dan komponen yang diketengahkan oleh Teori Sistem Keluarga(Brown, 1999) mendokongi apa yang terkandung dalam teori ekologi. Justeru, penyelidik berpendapat adalah lebih berkesan mengadaptasi kedua-dua teori yang membicarakan perkara yang saling menyokong. Ini bertujuan supaya apa yang dikaji nanti dapat merujuk kepada kekuatan teori yang dijadikan asas kepada kajian ini. Berikut diketengahkan Teori Sistem Keluarga bagi melihat sejauh mana komponen dalam teori utama saling berkaitan dan saling menyokong antara satu sama lain.

Teori Sistem Keluarga Menurut Teori Sistem Keluarga, terdapat enam konsep yang berhubung dengan struktur keluarga dan ianya meliputi Sistem Nilai, Batasan, Kuasa dan Keakraban, Kebebasan Menyatakan Perasaan, Kegembiran, Gurauan dan Kemesraan serta Kemahiran Mengurus dan Berunding(Brown, 1999).

34

KEMAHIRAN MENGURUS DAN BERUNDING

KEGEMBIRAAN, GURAUAN DAN KEMESRAAN

PERASAAN BEBAS

SISTEM NILAI

BATASAN

KUASA DAN KEAKRABAN

Rajah 3: Menunjukkan Enam Konsep Yang Berhubung Dengan Struktur Keluarga

35

Sistem Nilai Keluarga yang sihat sentiasa menitikberatkan keselesaan dalam keluarga dan ahli keluarga melihat akan nilai kesepunyaan dan sentiasa mencari sesuatu yang terbaik dalam kehidupan bekeluarga. Nilai yang diamalkan dalam keluarga diterima oleh semua ahli. Namun, keluarga yang tidak sihat mempunyai sistem nilai yang agak ketat atau tidak mempraktikkan nilai langsung, memperlihatkan keburukan dan tidak menerima pandangan-pandanang yang bercanggah atau berbeza daripada orang lain.

Batasan Keluarga yang sihat sentiasa berbicara secara bebas tanpa risau dihina atau dihukum oleh ahli keluarga yang lain. Tiada batasan antara ahli keluarga dan boleh menyuarakan pendapat dan mempunyai ruang untuk berbincang. Namun, keluarga yang tidak sihat tidak menunjukkan peranan yang jelas, mempunyai perhubungan yang minima antara ahli keluarga, terasing dan mempunyai ekspektasi peranan yang terlalu rigid.

Kuasa dan Keakraban Bagi tujuan merapatkan hubungan dan keakraban dalam keluarga, keluarga yang sihat sentiasa mengamalkan sikap mengambil berat atau cuba memahami kehendak ahli keluarga. Walaupun ibu bapa mempunyai kuasa menentukan keputusan, namun keakraban dalam keluarga memberi ruang untuk anak-anak menyatakan pandangan. Bagi keluarga yang tidak sihat, mereka tidak mempedulikan kehendak dan perasaan ahli keluarga yang lain. Kebiasaannya keputusan dibuat oleh pihak yang berkuasa tanpa mengambil kira pandangan ahli keluarga.

36

Kebebasan Menyatakan Perasaan Perbincangan menjadi keutamaan dalam keluarga yang sihat. Keluarga sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan ahli-ahlinya, tidak pilih kasih dan mencurigai antara satu sama lain. Mereka tidak teragak-agak untuk melahirkan perasaan. Keluarga yang tidak sihat sentiasa merasa tertekan dan menyembunyikan perasaan, mengelak perbezaan dan percanggahan pendapat dan risau tidak diterima sekiranya melahirkan pendapat.

Kegembiraan, Gurauan dan Kemesraan Gurauan dalam keluarga sentiasa berlaku dalam usaha merapatkan hubungan, berkongsi pengalaman, bebas bergaul dan sentiasa

mewujudkan suasana selesa

dalam berkongsi keseronokan dan membiarkan ahli keluarga berasa disenangi. Bertentangan dengan keluarga yang tidak sihat yang mempunyai sedikit perkongsian memori kegembiraan, merasa tidak dipedulikan, gurauan tidak diperlukan bagi mendapatkan keselesaan.

Kemahiran Mengurus dan Berunding Keluarga sihat sentiasa membuka ruang perbincangan dan perundingan, semangat saling percaya mempercayai, kurang tekanan dan masalah diselesaikan dengan mudah. Keluarga yang tidak sihat sukar menyelesaikan masalah secara konsisten, kerap bertengkar dan berselisih pendapat kerana ruang perbincangan dan perundingan tidak diutamakan. Penyelidik juga mengenengahkan Model Keteguhan Keluarga oleh DeFrain & Asay(2007) dalam kajian ini. Menurut model, penghargaan dan perasaan kasih,

37

komitmen, komunikasi pasif, kesenggangan bersama, kerohanian dan amalan, dan pengurusan krisis dan tekanan menjadi persoalan pokok model. Keenam-enam kualiti yang dinyatakan dalam model bertepatan dengan apa yang dikaji oleh penyelidik. Kandungan model yang menyentuh tentang kekuatan sesebuah keluarga dan peranan ahli dalam keluarga bagi membentuk persekitaran keluarga yagn kondusif amat bersesuaian dengan kajian ini yang juga mengambil kira kualiti dalam konteks keluarga. Keenam-enam kualiti yang dititikberatkan dalam model memberi pengaruh yang amat kuat dalam sesebuah keluarga dan seterusnya konteks keluarga yagn dikaji memenuhi keperluan yang saling menyokong antara Teori Ekologi Pembangunan Manusia (Bronfenbrenner, 1979) dan Teori Sistem Keluarga(Brown, 1999). Justeru, kajian ini nanti akan menyentuh antara model dan teori yang diguna pakai dan bagaimana konteks keluarga yang menjadi fokus kajian ini.

Model Keteguhan Keluarga Model Keteguhan Keluarga mencadangkan enam kualiti yang menerangkan keutuhan sesebuah keluarga(DeFrain & Asay, 2007 ).

Penghargaan dan Perasaan Kasih Orang yang hidup dalam keluarga yang kukuh sangat mengambil tahu antara satu sama lain dan saling ianya menjadi asas ataupun kebiasaan dalam keluarga. Mereka tidak bimbang untuk melahirkan rasa kasih, saling menghargai akan kewujudan ahli keluarga dan menerima kehadiran ahli keluarga sebagai sesuatu yang penting.

38

Komitmen Ahli keluarga yang kukuh sentiasa mengambil tahu antara satu sama lain dalam semua perkara termasuklah hal-hal berkaitan kesihatan, berkorban masa dan tenaga dalam aktiviti keluarga dan sentiasa bertanggugjawab dalam melakukan kerja tanpa tidak menghabiskan masa diluar melebihi daripada kepentingan berinteraksi dalam keluarga.

Komunikasi Positif Keluarga yang berjaya seringkali berkomunikasi secara positif dan sentiasa berbincang dan mengenalpasti masalah yang dihadapi. Ahli dalam keluarga sentiasa meluangkan masa untuk mendengar masalah dan bermuafakat dan saling berinteraksi dengan penuh minat dalam apa jua perbincangan yang melibatkan ahli keluarga.

Kesenggangan Bersama Kebanyakan keluarga yang kukuh sentiasa menggunakan masa sengggang untuk dinikmati bersama dan aktiviti kekeluargaan penting dalam mengeratkan silaturrahim. Ahli keluarga sentiasa berkongsi keseronokan dan kegembiraan dan dan menjadikan masa bersama ahli keluarga adalah saat paling gembira.

Kerohanian dan Amalan Aktiviti kerohanian dan amalan dalam keluarga menjadikan ahli keluarga merasa dikasihi, dihormati dan dihargai oleh ahli keluarga yang lain. Amalan keibubapaan yang sihat menyebabkan anak-anak merasa selamat dan saling berkongsi kasih, sayang, rasa simpati dan mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kehidupan.

39

Pengurusan Krisis dan Tekanan Keluarga yang utuh tidak dapat lari daripada tekanan dan krisis tetapi kemapuan menguruskan krisis dan tekanan menjadikan keluarga ini tidak porak peranda. Keupayaan menguruskan krisis dan tekanan seharian serta kehidupan yang sukar dapat dilakukan secara efektif dan kreatif. Mereka tahu bagaimana mencegah sesuatu yang buruk sebelum ianya berlaku dan bagaimana menghadapi cabaran yang datang. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, adalah tidak lengkap seandainya penyelidik tidak mengenegahkan Model Proses Penglibatan Ibu bapa(Hoover-Dempsey & Sandler, 1995) memandangkan fokus kajian ini berhubung kait dengan penglibatan ibu bapa. Model ini yang mempunyai lima tahap diguna pakai bertujuan untuk meninjau sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam kesemua peringkat penglibatan ketika anakanak berada di sekolah menengah. Model Proses Penglibatan Ibu bapa ini nanti akan merujuk kepada bagaimana pendekatan ibu bapa untuk terlibat sama dalam pendidikan anak-anak terutama selepas anak-anak berada di peringkat menengah. Justeru, tahap satu dan dua diberikan tumpuan dalam kajian ini memandangkan rata-rata kajian lalu menggunakan Model Proses Penglibatan Ibu bapa ini pada tahap awal persekolahan dan sekolah rendah. Lantas, kajian ini cuba menggunakan model yang sama dalam latar penglibatan ibu bapa yang berbeza. Maka, model ini dijadikan sandaran bagi melihat sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika anak-anak di sekolah menengah berkesan dalam menjana kecemerlangan akademik murid.

Model Proses Penglibatan Ibu Bapa Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah dilihat semakin berkurangan memandangkan ibu bapa merasakan anak-anak mereka sudah mampu berdikari dan menguruskan pelajaran mereka bersendirian(Lawson, 2003;

40

Hoover-Dempsey & Sandler, 1995). Ibu bapa seharusnya perlu mempertingkatkan penglibatan mereka dalam pendidikan anak-anak pada tahap sekolah menengah memandangkan anak-anak mereka bakal menduduki peperiksaan yang lebih penting dalam mendapatkan keputusan yang terbaik dan seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah. Walaupun keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih sayang telah pun dipenuhi oleh

ibu bapa, namun anak-anak masih memerlukan penghargaan

kendiri daripada ibu bapa dan dengan sokongan dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga akan dapat memperkembangkan potensi diri yang ada pada anak-anak untuk terus berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Berdasarkan fokus kepada penglibatan ibu bapa , Model Proses Penglibatan Ibu

Bapa(Hoover-Dempsey

&

Sandler,1995)

melakarkan

tentang

kepentingan

pembentukan tahap penglibatan ibu bapa. Melalui model yang ditunjukkan, anggapan bahawa proses penglibatan ibu bapa adalah berterusan iaitu tindakan dan keputusan yang dibuat oleh ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak akan menggerakkan penglibatan ibu bapa di tahap kedua model dan ini akan berterusan di tahap-tahap yang lain. Secara realitinya, proses penglibatan pastinya berlaku secara berulang-ulang dan lebih kompleks dan elemen-elemen itu ketikanya hampir serentak dan

model

mencadangkan

penglibatan

itu

berpanjangan(Hoover-Dempsey

&

Sandler,1997). Tambahan lagi, pembolehubah-pembolehubah lain yang terdapat dalam konstruk keseluruhan model juga seperti saling mempengaruhi asas keputusan penglibatan ibu-bapa(keinginan untuk mengawal atau menggabungkan keberkesanan hubungan pembolehubah terhadap kehendak untuk melibatkan diri di sekolah.

41

Tahap 5

Hasil kepada anak-anak/murid

Pengetahuan dan Kemahiran Keupayaan diri untuk melakukan yang terbaik di sekolah

Tahap 4

Pembolehubah Pengantara

Penggunaan strategi penglibatan ibu bapa yang sesuai dengan perkembangan

Tahap 3

Mekanisma penglibatan ibu bapa mempengaruhi pencapaian anak

Model

Tahap 2

Pengukuhan

Arahan

Bentuk dan pilihan penglibatan ibu bapa di pengaruhi oleh

Pengkhususan daripada pengetahuan dan kemahiran ibu bapa

Tahap 1

Penglibatan ibu bapa sepadan di antara tindakan dan ekspektasi sekolah

Campur aduk kehendak daripada keseluruhan masa dan tenaga (keluarga, pekerjaan)

Keperluan penglibatan dan jemputan khusus daripada anak dan sekolah

Penentuan penglibatan asas ibu bapa dipengaruhi oleh

Pembentukan peranan keibubapaan

Keupayaan dan kesedaran ibu bapa untuk membantu anak-anak berjaya di sekolah

Keperluan penglibatan dan jemputan umum daripada anak dan sekolah

Rajah 4: Model Proses Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan.Sumber: Daripada “Parental Involvement in Children’s Education: Why Does It Make a Difference?” oleh K.V. Hoover-Dempsey dan H.M Sandler, 1995, Teachers College Record, 97, 310 – 331.

42

Menurut kepada perbincangan terhadap keseluruhan model(Hoover-Dempsey & Sandler, 1997), ibu bapa mulai melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak kerana mereka harus menyuburkan pembentukan peranan keibubapaan. Ini termasuklah penglibatan dalam pendidikan kerana mereka mempunyai keupayaan secara positif, merasa untuk membantu anak-anak berjaya di sekolah, galakan dan peluang untuk melibatkan

diri

daripada

anak

dan

sekolah

anak-anak

mereka.

Model

ini

mencadangkan ibu bapa membuat keputusan yang paling asas bagi melibatkan diri dan memilih aktiviti yang sesuai untuk terlibat. Pilihan spesifik ini dibentuk daripada tiga bentuk major dan ianya beroperasi di tahap kedua proses iaitu; a) persepsi ibu bapa terhadap kemahiran, minat dan keupayaan mereka, b) engalaman ibu bapa daripada kehendak lain terhadap masa dan tenaga, c)pengalaman ibu bapa daripada jemputan spesifik untuk melibatkan diri daripada anak-anak, guru-guru dan sekolah. Model ini juga mencadangkan agar penglibatan ibu bapa kemudiannya mempengaruhi pencapaian pelajaran anak-anak melalui mekanisma yang dicadangkan pada tahap ketiga(model, peneguhan dan arahan) sebagai pengantara termasuk bentuk yang terdapat di tahap keempat(penggunaan strategi penglibatan ibu bapa yang sesuai dengan perkembangan dan penglibatan ibu bapa sepadan antara tindakan dan ekspektasi sekolah). Proses penglibatan didapati berakhir dalam model ini dengan pengaruh ketara terhadap pencapaian pendidikan anak-anak dengan pengetahuan anak-anak, kemahiran dan keupayaan peribadi untuk merasa lebih berjaya di sekolah.

Konteks Keluarga Konteks keluarga seringkali menjadi isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan berfungsinya sesebuah keluarga atau tidak sebagai satu entiti kepada masyarakat. Ibu

43

bapa sebagai nadi utama dalam menyediakan persekitaran yang sihat kepada sesebuah keluarga perlu memainkan peranan mereka dalam membentuk konteks keluarga yang sihat kepada anak-anak. Anak-anak terbentuk mengikut acuan dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa sebagai model utama di dalam sesebuah keluarga lazimnya menjadi ikutan kepada anak-anak dalam membentuk jati diri masing-masing. Vicarious learning atau proses pembelajaran secara ikutan ini biasanya memberi kesan yang sihat sekiranya anak-anak berada dalam konteks keluarga yang

sihat

dan

begitu juga sebaliknya. Ibu bapa adalah orang yang paling rapat kepada anak-anak dan

seharusnyalah tingkah laku dan amalan yang dipamerkan kepada anak-anak

boleh dijadikan contoh untuk diikuti. Fariza Md. Sham (1998) dalam kajiannya berkaitan dengan corak tingkah laku keibubapaan dan perkembangan psikologi remaja mendapati bahawa sokongan ibu bapa mempunyai hubungan yang positif dengan perkembangan psikologi remaja muslim. Beliau mendapati 90% responden yang terlibat dalam kajian tersebut bersetuju dan merasa gembira apabila ibu bapa sentiasa memberikan galakan

di

samping menerima idea dan pandangan anak-anak ketika berbincang dalam sesuatu perkara. Selain daripada itu, ibu bapa yang peka akan perasaan dan memahami kehendak anak-anak remaja juga dilihat memberi kesan psikologi kepada anak-anak untuk menjadi insan yang berjaya. Di samping itu, anak-anak juga dilihat tidak menghadapi tekanan terutama ketika ingin menduduki peperiksaan kerana ibu bapa bukan sahaja berada di sisi mereka malahan memberikan motivasi dan sokongan moral untuk anak-anak lebih berusaha dan yakin. Dapatan daripada kajian oleh Fariza Md.

Sham(1998)

juga

mendapati

anak-anak

bersetuju

sekiranya

ibu

bapa

menunjukkan tingkah laku mulia dan dapat diikuti oleh anak-anak. Selain daripada itu, anak-anak juga gembira sekiranya ibu bapa meluangkan masa untuk berbual-bual

44

berkenaan dengan pelajaran dan masa depan anak-anak. Mereka akan merasa lebih dihargai dan gembira jika mendapat pujian daripada ibu bapa terutama jika memperoleh pencapaian yang cemerlang. Tinjauan dapatan berkaitan dengan kawalan daripada ibu bapa terhadap anakanak mendapati bahawa anak-anak mahukan kebebasan dan ruang untuk mereka membesar dalam dunia remaja(Smetana, 2008). Anak-anak mahukan mereka dihargai dan cuba membesar dalam situasi yang mereka inginkan tanpa terlalu dikongkong oleh ibu bapa(Holloway, Mirny, Bempechat, & Li, 2008). Namun, sebagai ibu bapa, kawalan yang diperlukan lebih tertumpu kepada sikap mengambil berat dan peka terhadap perkembangan anak-anak. Ibu bapa cuba membantu anak-anak ketika di awal remaja untuk bertingkah laku dan berakhlak sebagaimana yang boleh diterima oleh masyarakat (Mohd Amin, 1998). Anak-anak yang sering dikawal ketat oleh ibu bapa dilihat seringkali memberontak dan tidak dapat berkompromi dengan keluarga sendiri terutama yang melibatkan pendidikan mereka. Anak-anak akan merasa kurang selesa sekiranya terlalu dikawal ketika meniti saat remaja. Kajian oleh Lam dan Muhammad (1991) mendapati ibu bapa adalah nadi dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan remaja. Ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan mencorak anak-anak dalam usia remaja dengan menyediakan konteks keluarga yang sihat. Cara mana ibu bapa mendidik dan kaedah asuhan ibu bapa dalam keluarga juga didapati memberi pengaruh terhadap kecemerlangan akademik murid(Chomiak, 2006; Blondal & Adalbjarnordottir, 2009; Brown & Lyenger, 2008). Kaedah asuhan yang dipraktikkan dalam keluarga dapat membantu anak-anak dalam meningkatkan prestasi akademik. Kesedaran dan kepekaan ibu bapa terhadap kemampuan anak-anak serta teknik yang dipraktikkan oleh ibu bapa ketika membantu anak-anak dalam tugasan

45

sekolah dapat menghasilkan anak-anak yang berprestasi tinggi(Kleiner, 2005; Joe & Davis, 2009). Budaya di rumah seperti pengawasan ibu bapa, kesenggangan bersama ketika beriadah dan membaca, pemantauan menonton dan kesenggangan bersama dalam mendapatkan bahan rujukan tambahan didapati memberi impak kepada motivasi dan peningkatan prestasi anak-anak(Clark, 2005; Cia & Barham, 2009). Kajian beliau mendapati apa yang dipraktikkan oleh ibu bapa dan budaya yang diwujudkan di rumah akan mempermudahkan pencapaian akademik murid. Kesenggangan bersama anak-anak juga didapati memberi kesan emosi kepada anak-anak bilamana ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak memberi impak dalam meningkatkan motivasi anak-anak untuk lebih berjaya(Bell, 2004; Hossain & Anziano, 2008). Tingkat emosi anak-anak juga lebih ketara bagi anak-anak yang tinggal bersama keluarga masing-masing berbanding anak-anak yang tidak tinggal bersama keluarga. Sokongan emosi ibu bapa dengan cara meluangkan masa bersama anakanak didapati lebih baik walaupun adanya motivasi. Bell(2004) mendapati tanpa sokongan emosi daripada ibu bapa, anak-anak kurang berjaya memandangkan faktor dalaman anak-anak perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa terlebih dahulu di samping memberikan motivasi . Jangka masa ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak juga didapati memberi kesan terhadap pencapaian akademik murid(Jones, 2004). Aktiviti-aktiviti

berkomunikasi

bersama

anak-anak

sama

ada

dalam

bentuk

perbincangan berkaitan tingkah laku atau pelajaran anak-anak di sekolah memberi kesan kepada kes-kes rujukan disiplin murid. Didapati apabila ibu bapa mempraktikkan aktiviti komunikasi di rumah bersama anak-anak, berlaku penurunan kes-kes disiplin murid dan secara tidak langsung prestasi akademik murid semakin meningkat. Kajian Yeung dan Glauber(2002) juga mendapati ibu bapa yang berpendapatan rendah berhadapan dengan cabaran memantau anak-anak mereka di samping

46

meluangkan masa bersama dalam aktiviti yagn sesuai dengan perkembangan mereka. Kekangan masa dan keperluan mencari rezeki untuk keluarga menyebabkan waktu lapang bersama anak-anak tiada. Justeru, sokongan kepada interaks dan penyediaan persekitaran yang sesuai untuk anak-anak terabai walaupun ibu bapa tahu masa yang produktif

sama

ada

membaca

bersama,

belajar,

aktiviti

kokurikulum

boleh

menyumbang kepada perkembangan anak-anak. Masa anak-anak bersama ibu bapa, adik beradik, rakan, saudara mara adalah sebahagian daripada gandingan sosial yang dapat meningkatkan prestasi anak-anak.

Penglibatan Ibu Bapa Kajian-kajian terdahulu(Clark, 1994b; Comer & Haynes, 1991; Steinberg, Lamborn, Dornbush, & Darling, 1992; Grolnick & Slowiaczek, 1994; Henderson & Mapp, 2000; Grolnick, Benjer, kurowski, & Apostoleris, 1997)

telah pun menjelaskan bahawa

terdapat hubungan yang kuat antara penglibatan ibu bapa dengan kejayaan anakanak di sekolah. Kajian-kajian di barat selama lebih daripada 30 tahun telah mendapati terdapat hubungan di antara

penglibatan ibu bapa dan peningkatan pencapaian

akademik murid, meningkatkan keupayaan kendiri, tingkahlaku, dan kehadiran yang baik di sekolah(Forehand, Biggar & Kotchick,1998). Kajian juga menunjukkan bahawa apa yang ibu bapa telah lakukan untuk memberi sokongan kepada anak-anak tidak kira daripada mana keluarga itu datang( status sosio-ekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, latar belakang etnik) dalam pelbagai pencapaian(Epstein, 2001; Christenson, 2004; Christenson, Round, & Gorney, 1992; Lee, 1999, Lee & Bowen, 2006; Tan & Goldberg, 2009) Kebanyakan kajian utama berkaitan dengan penglibatan ibu bapa tertumpu kepada tahap awal persekolahan dan sekolah rendah yang terdiri daripada

47

kalangan murid di bandar, pendapatan rendah dan latar belakang keluarga(BrooksGunn & Duncan, 1997; De Civita, Pagani, Vitaro, & Tremblay, 2004; Lee & Bowen, 2006). Kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap penglibatan ibu bapa juga menunjukkan bahawa a) ekspektasi ibu bapa mengarah kepada kerja keras anak-anak untuk berjaya di sekolah(Clark, 1994a; Rutchick, Smyth, Lapoo, & Dusek, 2009); b)ekspektasi ibubapa terhadap anak-anak berkaitan dengan kebolehan membaca dan belajar matematik dan respon secara verbal daripada anak-anak berhubung dengan pencapaian akademik yang lebih baik(Hess & Halloway, 1984), c) Pengetahuan ibu bapa tentang kerja-kerja sekolah semasa anak-anak dan aktiviti-aktiviti sekolah memberi kesan kepada ekspektasi secara realistik terhadap pencapaian anakanak(Kellaghan, Sloane, Alvarez, & Bloom, 1993); d) ekspektasi ibu bapa pada anakanak di pasca sekolah menengah berhubung secara positif dengan pencapaian akademik(Clark, 1994a; MacNeille, 2003). Kesedaran ibu bapa terhadap kemampuan anak-anak serta teknik yang dipraktikkan oleh ibu bapa ketika membantu anak-anak mereka membuat kerja rumah akan menghasilkan anak-anak yang berprestasi tinggi(Hoover-Dempsey et al, 2001; McWayne, Hampton, Fantuzo, cohen, & Sekino, 2004; Kleiner, 2005) Ibu bapa dilihat mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemantauan mereka ketika membantu anak-anak dan kesedaran ibu bapa terhadap kemahiran anak-anak bukan sahaja membantu anak-anak dalam pembelajaran malahan menjadikan ibu bapa lebih peka akan kehendak anak-anak(Chomiak, 2006). Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti dan kesanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak di rumah serta mengambil tahu dalam pelajaran anak-anak akan membawa kepada peningkatan

48

pencapaian akademik(Desimone, 1999; McNeal, 1999; Feuerstein, 2000; Fan, 2001; Fan & Chen, 2001) Kajian yang dijalankan mendapati tiga bentuk major yang dipercayai menjadi penentu berkenaan dengan asas penglibatan ibu bapa(Epstein, 2001). Pertamanya, tafsiran pembentukan peranan ibu bapa yang mentakrifkan kepercayaan ibu bapa tentang apa yang sepatutnya dilakukan kepada pendidikan anak- anak mereka dan kepelbagaian asas yang kukuh dan adanya aktiviti yang ditafsirkan oleh ibu bapa sebagai penting, mustahak dan yang membenarkan tindakan mereka bagi pihak anakanak. Keduanya, keupayaan ibu bapa merasa bertanggungjawab dan perlunya mereka membantu anak-anak mereka untuk berjaya di sekolah berfokuskan kepada sejauh mana kepercayaan ibu bapa terhadap penglibatan mereka dapat menerapkan pengaruh yang positif terhadap pencapaian pelajaran anak-anak. Ketiganya, kehendak, jemputan umum dan peluang untuk melibatkan diri merujuk kepada persepsi ibu bapa tentang anak-anak dan sekolah perlukan penglibatan mereka. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran di rumah(membaca untuk anak-anak, galakan membaca, menetapkan tempat dan masa untuk membuat kerja sekolah) sekaligus menyokong apa yang sekolah lakukan dan ianya secara signifikan berhubung dengan pencapaian akademik murid(Thorkildsen & Stein, 1998; Harris & Goodall, 2008). Pelajar yang mana ibu bapanya selalu menyertai dan menghadiri aktiviti yang dilaksanakan di sekolah seperti bengkel, perjumpaan ibu bapa menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan ibu bapa yang tidak melibatkan diri(Shaverand & Walls, 1998). Grolnick et al.(1997) juga mendapati bahawa ibu bapa yang memainkan peranan mereka sebagai guru di rumah dan berpendirian positif terhadap anak-anak akan lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti kognitif anakanak. Sikap negatif yang ditunjukkan oleh ibu

bapa dari awal akan meninggalkan

49

kesan negatif kepada anak-anak terhadap pelajaran(Hickman, Greenwood, & Miller, 1995). Kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa ibu bapa yang melibatkan diri dalam aktiviti di rumah mempunyai komunikasi positif dengan sekolah dan mempunyai berpandangan positif terhadap sekolah(Hannon, 1999; Bojuwoye & Narain, 2008). Pengkaji juga merumuskan bahawa perhubungan antara sekolah dan rumah dan tahap penerimaan pelajar terhadap penglibatan ibu bapa mereka memberi impak terhadap pencapaian akademik(Christenson, Round & Gorney, 1992; Hannon, 1999; Hill & Tyson, 2009). Beliau menyatakan bahawa masa yang paling berkesan dan sesuai untuk dihabiskan bersama anak-anak bermula ketika mereka masih kecil. Green, Walker, hoover-Dempsey, & Sandler(2007) dan McBride, Dyer, Liu, Brown, & Hong(2009) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa di rumah perlu dikekalkan bukan sahaja di awal persekolahan tetapi semasa di pertengahan persekolahan ketika anak-anak memerlukan kekuatan untuk berdikari dan dalam masa yang sama kesukaran yang dihadapi oleh mereka di sekolah dapat ditangani. Sikap mengambil berat oleh ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak dapat dilihat juga daripada penglibatan ibu bapa dalam kerja rumah anak-anak mereka. Dalam kajian yang telah dijalankan di Maryland, Amerika Syarikat, 85% daripada ibu bapa yang menjadi responden menyatakan bahawa mereka menghabiskan selama suku jam bagi membantu anak-anak dalam pelajaran. Namun, bantuan dan sokongan daripada ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mestilah dilakukan secara konsisten (Epstein, 1989; 2008). Berhubung dengan kerja rumah yang dibawa pulang oleh anakanak, ibu bapa disarankan agar menganggap kerja rumah tersebut sebagai langkah untuk mereka berkomunikasi dengan anak-anak dan dalam masa yang sama boleh

50

meningkatkan konsep kendiri anak dan ianya secara tidak langsung mempunyai kaitan positif dengan pencapaian akademik(Cooper et al., 2006) Penglibatan ibu bapa di rumah dapat dilihat daripada kesungguhan ibu bapa dalam memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak. Ibu bapa yang peka kepada tanggungjawab memberi kemudahan yang sesuai untuk pelajaran anak-anak didapati memberi kesan kepada kesungguhan anak-anak untuk belajar(Desimone, 1999; McNeal, 1999; Feuerstein, 2000; Fan, 2001; Fan & Chen, 2001). Anak-anak diberikan peluang meningkatkan potensi diri melalui galakan dan dorongan daripada ibu bapa ketika di rumah. Kajian Thorkildsen & Stein(1998) mendapati bahawa ibu bapa yang meluangkan masa bersama anak-anak untuk membuat tugasan sekolah akan lebih berjaya dan mempunyai keinginan untuk melakukan yang terbaik. Ibu bapa menjadi pembimbing kepada anak-anak dalam pelajaran ketika di rumah. Penglibatan ibu bapa tidak hanya tertumpu kepada komunikasi antara ibu bapa melalui telefon atau surat-menyurat sebaliknya kehadiran ibu bapa ke sekolah, perjumpaan ibu bapa-guru, bantuan mengajar tugasan sekolah, pengayaan pelajaran di rumah dan penyertaan ibu bapa dalam membuat keputusan dan perancangan aktiviti sekolah juga diperlukan. Kajian lalu jelas menunjukkan bahawa semakin kerap ibu bapa

melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak semakin bermanafaat dan

memberi kesan kepada pencapaianakademik anak-anak. Kajian juga menunjukkan penglibatan ibu pada awal pendidikan anak-anak memberi kesan yang sangat besar kepada anak-anak. Ini akan berterusan jika ibu bapa secara konsisten mengekalkan penglibatan mereka dalam pelajaran anak-anak. Kesan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak tidak dapat disangkal lagi. Cuma bentuk dan cara penglibatan ibu bapa yang berbeza-beza menunjukkan pencapaian yang pelbagai. Namun, kebanyakan ibu bapa lebih banyak

51

memberi tumpuan mereka untuk terlibat dalam pendidikan anak-anak pada tahap prasekolah dan ketika di sekolah rendah. Oleh sebab itulah kebanyakan kajian lalu dijalankan berdasarkan penglibatan ibu bapa dan keluarga ketika anak-anak berada di awal persekolahan mereka(Barnard, 2006; Heymann, & Earle, 2000; Kohl, Lengua & McMohan, 2000; Miedel & Reynolds, 1999). Amat kurang kajian yang dijalankan berkaitan penglibatan ibu bapa ketika anak-anak berada di sekolah menengah. Pelbagai alasan telah diberikan oleh ibu bapa untuk kurang terlibat dalam pelajaran anak-anak di sekolah menengah termasuklah; a)kurikulum yang mencabar; b)anak-anak sudah boleh berdikari; c)faktor keluarga seperti tumpuan lebih diberikan kepada anak-anak yang masih kecil(Coleman, 1988). Jelasnya, penglibatan ibu bapa memberi kesan kepada anak-anakdalam meningkatkan pencapaian akademik tidak kira pada tahap persekolahan mana anak-anak berada (Chavkin, 1993; Eccles & Harold, 1993; Epstein, 1989; 2001; 2008; Hess & Haloway, 1984; Hobbs, Dokecki, Hoover-Dempsey, Moroney, Shayne, & Weeks, 1984; U.S. Department of Education, 1994 ). Dengan melibatkan diri dalam pelajaran anak-anak, secara tidak langsung membantu mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah.

Demografik Keluarga Peranan faktor status sosio-ekonomi kerap dikatakan mempengaruhi pencapaian akademik(Barnard, 2006; McWayne et al., 2004 ). Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa wujud dua pendapat yang berbeza mengenai kepentingan status sosio-ekonomi(Brooks-Gunn, & Duncan, 1997; De Civita, Pagani, Vitaro, & Tremblay, 2004). Kajian pertama mendapati bahawa ibu bapa dari status

52

sosio-ekonomi pertengahan lebih melibatkan diri dan menyokong sistem pendidikan anak berbanding dengan ibu bapa daripada sosio-ekonomi rendah(deCarvalho, 2001; Smith, 2002) manakala terdapat juga kajian yang mendapati bahawa status sosioekonomi tidak mempengaruhi secara signifikan terhadap penglibatan ibu bapa dengan pendidikan anak-anak(Barnard, 2006; Fan & Chen, 2001; Feuerstein, 2000; Jeynes, 2003; McWayne, et al., 2004). Namun, terdapat korelasi antara minat ibu bapa dan kelas sosial dalam memberikan sokongan kepada pendidikan anak-anak. Melalui kajian lalu juga mendapati pelajar dari keluarga yang berstatus sosio-ekonomi rendah kurang berjaya dalam akademik dan tidak mempunyai aspirasi pendidikan tinggi berbanding dengan pelajar dari status sosio-ekonomi yang tinggi(Heymann & Earle, 2000; Hill & Taylor, 2004; Lee & Bowen, 2006). Status sosio-ekonomi juga didapati mempunyai kesan yang berbeza terhadap jantina anak dan etnik(Ma, 2009). Kajian Rogers, Theule, Ryan, Adams, & Keating(2009) dan Tam(2009) mendapati penglibatan ibu bapa juga berbeza-beza mengikut jantina anak. Anak lelaki didapati kurang mendapat perhatian dan ibu bapa kurang terlibat manakala ibu bapa sering terlibat dengan anak perempuan. Kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Engin-Demir(2009) menyatakan anak lelaki sering bermasalah dan tercicir daripada pelajaran kerana kurangnya penglibatan ibu bapa terhadap pelajaran mereka. Ini menjelaskan bahawa penglibatan ibu bapa berkaitan dengan jantina anak. Kajian Lee, Kushner, & Cho(2007) menunjukkan bahawa jantina anak berhubung secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa dan juga pencapaian akademik anak-anak. Dapatan kajian Jeynes(2005) mendapati penglibatan ibu bapa dan status sosioekonomi mengesahkan dapatan-dapatan kajian terdahulu dan mempunyai bentuk yang sama(Griffith, 1997; Hess & Holloway, 1984). Dapatan juga menyenaraikan mengapa

53

penglibatan ibu bapa dan status sosio-ekonomi mempunyai perkaitan yang rapat(Brooks-Gunn & Duncan, 1997). Pertamanya, ibu dan bapa yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan pekerjaan yang baik biasanya mempunyai ketinggian keazaman dan kepimpinan peribadi(Abrams & Gibbs, 2002; Lareau, 2000; O’Connor, 2001). Ianya adalah satu ciri semulajadi yang membawa kepada hubungan mereka dengan anak-anak dan keinginan mereka melihat anak-anak berjaya(Jeynes, 2002a, 2002b; Hampden-Thompson, 2009) Walau bagaimanapun, sesetengah pengkaji tidak bersetuju dengan faktor status sosio-ekonomi diberikan keutamaan dalam menentukan kejayaan akademik. Mereka lebih mengutamakan faktor sikap ibu bapa dalam menentukan kejayaan anak-anak dalam pelajaran(West, Noden, Edge & David,1998). Pengkaji-pengkaji juga bersetuju bahawa keluarga dan suasana persekitaran di rumah merupakan kunci yang boleh menentukan kejayaan anak-anak dan anak-anak yang berjaya dalam bidang akademik biasanya datang dari tahap status sosio-ekonomi yang tinggi dan ibu

bapa yang

berpendidikan tinggi kerana mereka berjaya menyediakan prasarana belajar yang lebih kondusif kepada anak-anak(Barnard, 2006; McWayne et al., 2004). Dalam kajiannya terhadap 73 000 orang remaja di Sweeden mendapati ibu bapa dari status sosioekonomi yang tinggi mempengaruhi

anak-anak dalam menjejaki langkah yang

ditunjukkan oleh ibu bapa. Ini adalah kerana pengaruh positif oleh ibu bapa yang berpelajaran tinggi dalam berinteraksi secara berkesan dengan anak-anak membantu anak-anak lebih berjaya(Dornbusch & Ritter, 1991). Penglibatan ibu bapa berdasarkan bangsa juga menunjukkan perbezaan yang ketara. Ibu bapa dalam kalangan bangsa yang berbeza menunjukkan minat yang berbeza dalam penglibatan terhadap pendidikan anak-anak. Menurut Denessen, Bakker & Gierveld, (2007) penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka

54

berbeza mengikut bangsa disebabkan keperluan melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Rata-rata ibu bapa kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka disebabkan beberapa masalah seperti kurang mahir dalam berkomunikasi dengan pihak sekolah. Ini menyebabkan mereka meletakkan keseluruhan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah selain kurang minat terhadap keperluan untuk melibatkan diri dalam hal pelajaran anak-anak. Walau bagaimanapun, agak menarik apabila dilihat bahawa kekurangan penglibatan ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka tidak pula mengurangkan aspirasi ibu bapa berkenaan terhadap pendidikan anak-anak mereka (Denessen et al., 2001; Goldenberg, Gallimore, Reese, & Gernier, 2001; Lopez et al., 2001). Kajian Keith, Keith, Quirk, Sperduto, Santillo & Killings(1998) mendapati ibu bapa Asia mempunyai aspirasi yang lebih tinggi berbanding dengan etnik lain. Namun, dilaporkan juga ibu bapa Asia didapati mempunyai tahap komunikasi yang rendah terhadap aktiviti-aktiviti sekolah berbanding Afrika Amerika dan kulit putih. Dapatan kajian Ho Sui-Chu dan Willms(1996) menunjukkan ibu bapa bangsa Afrika Amerika dan Hispanik menunjukkan penglibatan yang tinggi ketika di rumah berbanding bangsa kulit putih. Kajian NCES(1994) menyokong dapatan terdahulu bahawa

ibu bapa Asia-

Amerika kurang berminat dalam berkomunikasi dengan guru anak-anak mereka manakala ibu bapa Afrika Amerika lebih suka melawat anak-anak mereka di kelas. Namun, ibu bapa Asia Amerika lebih terlibat dalam aktiviti akademik anak-anak dan mempunyai aspirasi akademik yang tinggi terhadap kejayaan anak-anak. Walau bagaimanapun, dapatan ini tidak menunjukkan perbezaan yang nyata terhadap akademik anak-anak mereka. Fan(2001) dalam kajiannya mendapati kesan positif aspirasi pendidikan ibu bapa terhadap pencapaian akademik anak-anak adalah

55

konsisten dengan kumpulan etnik ( kulit putih, Asia Amerika, Afrika Amerika dan Hispanik). Kajian Desimone (1999) juga mendapati hubungan penglibatan ibu bapa di rumah lebih penting berbanding penglibatan ibu bapa di sekolah. Ibu bapa yang mempunyai status pekerjaan yang baik juga dikatakan mempengaruhi pencapaian anak-anak dalam pelajaran(Heymann & Earle, 2000; Hill & Taylor, 2004). Anak-anak daripada keluarga yang mempunyai latar belakang pekerjaan yang kurang baik didapati tidak mempunyai prestasi yang baik dan ibu bapa mereka kurang melibatkan diri dalam pelajaran anak-anak(McLloyd, 1990). Ini berikutan masa lebih banyak digunakan untuk bekerja bagi menyara keluarga. Sekiranya ibu bapa sering terlibat dengan aktiviti sekolah, pendapatan mereka akan berkurangan dan akan menjejaskan ekonomi keluarga. Dapatan kajian lalu(Abrams & Gibbs, 2002) menunjukkan bahawa ibu bapa yang mempunyai status pekerjaan yang lebih baik lebih peka terhadap pelajaran anak-anak dan lebih terlibat dalam pendidikan. Ibu bapa juga memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikan anak-anak dan sanggup melabur banyak wang demi pendidikan anak-anak(Lareau, 2000; O’Connor, 2001). Status keluarga juga didapati menjadi penyebab kepada penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak yang datang dari keluarga yang sempurna (mempunyai ibu dan bapa) lebih cemerlang kerana ibu dan bapa mereka memberikan tumpuan yang lebih kepada pendidikan anak-anak. Anak-anak yang datang daripada keluarga yang berpecah-belah

di dapati bukan sahaja mempunyai masalah emosi

tetapi juga mempunyai daya usaha yang kurang(Gonzales, Cauce, Friedman, & Mason, 1996; Wenz-Gross, Superstein, Untch, & Widaman, 1997) juga

anak-anak yang

datangnya dari keluarga yang tidak aman (ibu bapa sering bergaduh) mempunyai pencapaian akademik yang kurang baik(Smith, 1990). Ibu bapa juga didapati tidak

56

memberi kerjasama dan kurang terlibat dengan pelajaran anak-anak sama ada di sekolah

mahupun di rumah(Gonzales, et al, 1996; Wenz-Gross, et al., 1997).

Penglibatan ibu atau bapa dalam pendidikan juga didapati mempunyai perbezaan yang ketara. Saiz keluarga juga didapati antara penyebab mengapa ibu bapa kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak(Downey, 1995). Anak-anak yang datang daripada keluarga yang ramai didapati kurang mendapat kerjasama daripada ibu bapa apabila diperlukan. Kajian mendapati bilangan adik beradik yang ramai menyebabkan ibu bapa tidak dapat melibatkan diri secara aktif terhadap pelajaran anak-anak memandangkan keperluan penjagaan anak-anak lebih ditumpukan kepada anak yang lebih kecil. Anakanak lebih dewasa dipantau secara minima memandangkan keperluan anak yang lebih kecil yang memerlukan lebih tumpuan. Anak-anak yang datangnya daripada keluarga yang ramai didapati juga lebih pandai berdikari dan lebih bertanggungjawab. Ibu bapa kepada anak-anak yang mempunyai bilangan adik beradik yang ramai juga didapati lebih menumpukan perhatian kepada ekonomi keluarga daripada melibatkan diri secara aktif dalam pendidikan anak-anak sama ada di rumah atau pun di sekolah. Ini bertentangan dengan keluarga yang mempunyai saiz yang kecil. Anak-anak lebih diberikan tumpuan dan ibu bapa lebih kerap melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah Pendapatan keluarga yang menjadi keperluan asas juga didapati menjadi penyebab mengapa ibu bapa kurang terlibat dengan pendidikan anak-anak. Keluarga yang mempunyai pendapatan yang tinggi menunjukkan penyertaan ibu bapa yang memberangsangkan dalam pelajaran anak-anak. Ini berikutan daripada kemampuan ibu bapa menyediakan prasarana yang sesuai kepada anak-anak seperti tempat belajar dan keperluan peralatan belajar untuk anak-anak. Ibu bapa juga didapati

57

mudah bekerjasama dengan sekolah dan lebih terlibat dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kajian lalu juga mendapati ibu bapa yang mempunyai pendapatan rendah kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak dan

kurang

memberikan galakan kepada anak-anak untuk memperoleh keputusan yang baik. Ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah juga didapati lebih menumpukan kepada pekerjaan bagi menyara keluarga dan kurang prihatin terhadap keperluan pelajaran anak-anak. Komunikasi dalam kalangan keluarga dan adik beradik juga didapati memberi kesan kepada penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak di rumah. Komunikasi yang jelas antara ibu bapa dan anak didapati memberikan peluang untuk ibu bapa berinteraksi dengan baik untuk terlibat sama dalam pelajaran anakanak(Davidson & Cardemil, 2009). Ibu bapa yang mengamalkan komunikasi dua hala memberi ruang kepada anak-anak untuk bermesra dan bertukar-tukar pandangan mengenai pengetahuan dan sekaligus memberi ruang untuk anak-anak bertanyakan pendapat dan pandangan ibu bapa dalam pelajaran mereka. Kajian terdahulu mendapati bahawa keluarga yang mengamalkan komunikasi sihat di dalam rumah bukan sahaja dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan malahan membantu anak-anak meningkatkan perkembangan diri dan emosi anak-anak(Cia, deOlivera Pamplin, & De albuquerque, 2008). Persekitaran yang sihat yang dibentuk di rumah juga didapati membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ibu bapa yang menyediakan persekitaran yang kondusif kepada anak-anak seperti membekalkan bahan-bahan mainan, alat tulis dan buku kepada anak-anak secara tidak langsung dapat mempertajamkan intelek dan membantu memperoleh pencapaian yang baik.Ini secara tidak langsung berkaitan dengan status sosio-ekonomi keluarga yang mana ibu bapa yang berkemampuan

58

dapat menyediakan kemudahan pembelajaran yang baik kepada anak-anak sebaliknya keluarga yang berstatus sosio-ekonomi rendah kurang memberikan perhatian terhadap kepentingan pelajaran kepada anak-anak. Ibu bapa dari status sosio-ekonomi tinggi juga didapati mempengaruhi anak-anak mereka untuk menjejaki langkah mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Peranan ibu bapa tidak dapat dinafikan dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa yang berpendidikan lebih sedar akan peranan dan lebih bersedia untuk menghulurkan kerjasama dalam mengasuh dan mendidik anak-anak. Bapa yang berpelajaran tinggi lebih bersikap liberal, terbuka serta sama-sama berganding bahu mengajar dan mengambil berat terhadap pelajaran dan diri anak-anak. Ibu bapa yang berpelajaran tinggi juga didapati berinteraksi dengan cara yang lebih positif dan berkesan dengan anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai aspirasi yang tinggi akan lebih bersedia untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap anak-anak dan tidak menaruh harapan yang tinggi untuk menyebabkan anak-anak gagal dalam pelajaran. Sokongan padu daripada ibu bapa dan menetapkan aspirasi yang tinggi dengan menerapkan aktiviti bercorak pendidikan untuk menggalakkan perkembangan kognitif anak akan mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak. Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan kesan yang ketara kepada bagaimana ibu bapa membantu anak-anak dalam pelajaran mendapati pencapaian akademik anak-anak berhubung secara positif dalam mengukuhkan matlamat akademik. Tahap pendidikan ibu bapa itu sendiri mempengaruhi persepsi anak-anak dan sekaligus juga mempengaruhi perkembangan anak-anak, matlamat anak-anak dan pencapaian akademik mereka.

59

Tahap pendidikan ibu bapa juga memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak dalam mempelajari gerak-geri ibu bapa di rumah. Melalui tingkah laku pencerminan, anak-anak akan meniru gerak-geri ibu bapa dan seterusnya bertingkah laku sebagaimana yang diperhatikan. Sekiranya ibu bapa menunjukkan sikap yang positif terhadap

pendidikan, secara tidak langsung akan mempengaruhi anak-anak untuk

meniru. Dalam kajiannya menunjukkan tahap pendidikan ibu bapa dapat mengawal kehidupan anak-anak dan dalam masa yang sama dapat menyediakan persekitaran yang stabil, sokongan emosi dan sumber kewangan yang baik. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi menjadi penentu utama mengapa anak-anak dapat berkembang dengan baik dan menyumbang kepada pencapaian akademik. Penglibatan ibu bapa juga dilihat berhubung dengan tahap pendidikan ibu bapa. Tahap pendidikan ibu bapa yang lebih tinggi menunjukkan perbezaan sikap dalam mewujudkan suasana dan persekitaran yang terdidik kepada anak-anak. Tahap pencapaian anak juga menunjukkan tahap pendidikan ibu bapa. Ibu bapa yang berpendidikan akan mempunyai lebih pengetahuan tentang persekolahan anak-anak dan lebih melibatkan diri dalam proses memberi pengajaran dan mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap anak-anak(Baker & Stevenson, 1986). Tahap pendidikan ibu bapa yang berbeza juga menunjukkan perbezaan penglibatan dalam pendidikan dan dengan pendidikan yang lebih baik, ibu bapa meletakkan nilai yang lebih tinggi tentang kepentingan pendidikan(Muller, 1993).

Ekspektasi Murid Semua ibu bapa mempunyai impian yang sama terhadap anak-anak. Kebiasaannya, harapan ibu bapa terhadap anak-anak adalah untuk melihat kejayaan anak-anak dalam

60

hidup. Pada ketikanya, ibu bapa memindahkan impian mereka kepada anak-anak dalam bentuk harapan dan ibu bapa percaya dengan berbuat demikian, salah satu cara memberikan rasa yakin, kebolehan kendiri dan kualiti peribadi anak-anak dapat dinilai. Namun, harapan yang terlalu banyak boleh menyebabkan pertembungan antara harapan anak-anak yang perlu dipenuhi dengan harapan ibu bapa yang harus dituruti. Ibu bapa perlu bersikap realistik dan mereka harus tahu akan keupayaan anakanak. Kenal pasti keistimewaan yang ada pada anak-anak dan apa kemahiran yang mereka ada sebelum meletakkan harapan.(Grolnick, et al., 1997; Rutchick, et al., 2009). Kekuatan yang ada pada anak-anak dapat dikembangkan dengan mewujudkan persekitaran yang sihat dalam membina keyakinan bagi kejayaan jangka panjang. Ibu bapa harus juga mempertimbangkan keinginan mereka terhadap anak-anak dan bagaimana mereka bertingkahlaku terhadap harapan mereka supaya akhirnya nanti dapat membantu anak-anak mencapai impian mereka juga. Semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka membesar dengan gembira, sihat

dan sempurna. Dengan

menetapkan harapan yang tinggi adalah salah satu cara yang dirasakan dapat memenuhi impian mereka. Namun, sekiranya anak-anak sering dipaksa untuk memenuhi harapan ibu bapa tanpa mereka bersedia, keputusannya akan bertentangan dengan apa yang ibu bapa inginkan. Kajian

lalu

mendapati

terdapat

perhubungan

antara

ekspektasi

dan

pencapaian(Chen & Lan, 1998). Telah diketahui bahawa ekspektasi ibu bapa mempunyai kesan yang sangat kuat terhadap pencapaian akademik anak-anak. Jelas bahawa anak-anak yang mempunyai pencapaian yang tinggi biasanya datang daripada keluarga yang juga mempunyai ekspektasi yang tnggi terhadap mereka menyatakan bahawa terdapat korelasi yang kuat antara ekspektasi ibu bapa dan pencapaian akademik nak-anak. Kebanyakan kajian empiris mendapati hubungan yang positif di

61

antara ekspektasi diikuti dengan pancapaian akademik. mendapati ekspektasi dan pencapaian akademik merentasi sosial, ekonomi dan latar belakang etnik. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi didapati mempunyai ekspektasi yang tinggi juga terhadap anak-anak mereka(Grolnick, et al.,1997). Ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka akan menjejaki langkah mereka yang berjaya dalam hidup dan mempunyai pekerjaan yang baik. Justeru itu, ibu bapa mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dan berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa sanggup menyediakan kemudahan belajar yang baik bagi memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak(Grolnick,et. al, 1997). Kajian lalu juga mendapati ibu bapa dan golongan berada(berpendapatan tinggi) juga mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap pencapaian akademik anakanak(Hill & Craft, 2003). Ibubapa sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi memberikan pendidikan kepada anak-anak. Mereka juga memberikan komitmen yang tinggi dalam pelajaran anak-anak dan mampu menghantar anak-anak ke kelas tambahan bagi meningkatkan pengetahuan anak-anak mereka. Kajian Hill & Craft (2003) menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang positif antara tingkat pendapatan ibu bapa dengan ekspektasi ibu bapa terhadap pencapaian akademik anak-anak. Ini berikutan keupayaan ibu bapa menyediakan prasarana untuk anak-anak belajar sama ada di rumah mahupun di sekolah. Ekspektasi ibu bapa terhadap anak-anak juga dapat dilihat melalui penglibatan ibu bapa dalam persekolahan anak-anak. Ibu bapa dilihat memberikan komitmen yang sangat tinggi pada awal persekolahan anak-anak(Grolnick, et al.,1997). Ibu bapa terlibat secara aktif dalam program dan aktiviti sekolah. Ekspektasi yang tinggi terhadap anak-anak pada tahap ini bertujuan memberikan sokongan terhadap anakanak dalam pelajaran. Ekspektasi terhadap pencapaian akademik anak-anak semakin

62

ketara apabila anak-anak berada di sekolah menengah. Namun, ekspektasi sahaja tidak mencukupi sekiranya ibu bapa tidak cuba memberikan tumpuan terhadap kehendak dan ekspektasi anak-anak terhadap keperluan penglibatan ibu bapa dalam pelajaran mereka. Kajian lalu Baker Dan Stevenson(1986), dan Ganzach(2000) kebanyakan memberikan tumpuan kepada ekspektasi ibu bapa terhadap anak-anak. Ekspektasi anak-anak terhadap ibu bapa tidak diambil kira. Hampir keseluruhan kajian memberikan tumpuan terhadap ekspektasi ibu bapa terhadap pencapaian akademik anak-anak. Hampir tiada kajian lalu yang cuba mencungkil ekspektasi anak-anak terhadap penglibatan ibu bapa dalam pelajaran dan perlunya ibu bapa mengambil bahagian dalam pelajaran anak-anak terutama ketika anak-anak berada di tahap sekolah menengah. Sekiranya benar kajian lalu menyatakan dapatan tentang wujudnya hubungan yang positif terhadap penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid, mengapakah ibu bapa kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di tahap sekolah menengah. Kajian ini cuba melihat dari perspektif berbeza iaitu ekspektasi anak-anak terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dan seterusnya hubungannya dengan pencapaian akademik anak-anak.

Persepsi Murid Kajian kajian berkaitan dengan persepsi telah banyak dijalankan. Namun, rata-rata kajian lebih menumpukan kepada persepsi guru terhadap murid, persepsi murid terhadap guru dan mata pelajaran dan persepsi ibu bapa terhadap anak-anak(Bakker& Denessen, 2007). Kajian-kajian lalu juga telah mendapati persepsi ibu bapa terhdapa anak-anak selalunya selari dengan ekspektasi mereka.

63

Walaupun kita berkemungkinan tidak bersetuju tentang peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa di sekolah, namun semua kita bersetuju bahawa ibu bapa perlu terlibat dan memainkan peranan di sekolah(DeMoss, Vaugh, & Langenbach, 1996). Ibu bapa beranggapan bahawa tanggungjawab mereka dalam membesarkan anak-anak dan kepentingan mendapatkan ilmu diserahkan kepada sekolah sematamata menjelaskan bahawa penglibatan ibu bapa perlu dalam semua peringkat dan kecemerlangan tidak dapat dicapai sekiranya sekolah dibiarkan bergerak secara bersendirian. Persepsi ibu bapa tentang penglibatan dalam pendidikan anak-anak seharusnya berterusan sejak anak-anak memulakan sesi persekolahan(DeMoss et al., 1996). Ibu bapa perlu juga melibatkan diri dengan pentadbiran sekolah dan Persatuan Ibu BapaGuru dalam mewujudkan persekitaran rumah yang menggalakkan pembelajaran, membekalkan pengetahuan dan kemahiran bagi membantu anak-anak di sekolah (Henderson, 1996). Persepsi yang sebegini secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang sihat antara sekolah dan ibu bapa. Hubungan di antara pencapaian akademik dan penglibatan telah menunjukkan bahawa cara mana ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak tidak penting tetapi bagaimana ibu bapa mengambil bahagian dan ianya perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten(Henderson, 1996; Phillipson & Phillipson, 2007). Ibu bapa perlu mempunyai persepsi bahawa penglibatan yang berterusan terhadap pendidikan anak-anak dan kerjasama antara ibu bapa dengan pendidik akan menyebabkan kemahiran akademik murid akan meningkat dan masalah tingkahlaku akan berkurangan. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memperkembangkan sosio-emosi murid(Eccles & Harold, 1993). Penglibatan ibu bapa di sekolah juga secara

64

tidak langsung meningkatkan motivasi, harga diri, kehadiran dan kurangnya keciciran dalam kalangan murid(Hoover-Dempsey & Sandler,1995). Ibu bapa mulai kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika anakanak berada di tahap sekolah menengah. Beberapa kajian telah dijalankan bagi mengkaji mengapa ini berlaku. Anak-anak dilihat lebih berdikari dan autonomi memandangkan

ibu

bapa

beranggapan

anak-anak

mereka

sudah

mampu

menguruskan pelajaran mereka sendiri(Cooper, Lindsay & Nye, 2000). Kekangan penglibatan ibu bapa di sekolah dikatakan berpunca daripada masa, rasa kurang keyakinan, salah faham, masalah penjagaan anak, keadaan mengugut, ketiadaan pengangkutan, silibus yang semakin sukar dan merasa tidak dijemput adalah sebahagian daripada mengapa ibu bapa tidak melibatkan diri, namun, kekangan ini tidak sepenuhnya menerangkan pengurangan penglibatan di sekolah menengah atau mengapa mungkin ianya semakin berkurangan atau sebaliknya. Memandangkan banyak kekangan kepada penglibatan ibu bapa, De Moss, et al.(1996) cuba meneliti persepsi ibu bapa terhadap pentadbiran dan guru anak-anak mereka. Kajian telah dijalankan ke atas ibu bapa terpilih terhadap penglibatan mereka ketika anak-anak berada di sekolah rendah berterusan sehingga di sekolah menengah. Daripada kajian yang diperoleh menjelaskan bahawa kurangnya penglibatan ibu bapa ketika anak-anak berada di sekolah menengah adalah disebabkan kerana terpaksa memenuhi tuntutan lain seperti bekerja lebih masa untuk menyara keluarga, tidak disukai oleh anak-anak untuk ibu bapa terlibat dan keperluan untuk meneruskan kehidupan(DeMoss, et al., 1996) Anak-anak mempunyai persepsi yang tersendiri terhadap penglibatan ibu bapa mereka dalam pendidikan(Regner, Loose & Dumas, 2009). Abd-El-Fattah(2006) dalam kajiannya terhadap persepsi anak-anak berkaitan penglibatan ibu bapa mereka dalam

65

pelajaran mendapati penglibatan di rumah mahupun di sekolah memberi kesan tidak langsung kepada pencapaian akademik murid. Ketika di sekolah rendah, anak-anak dikatakan terlalu mengharapkan ibu bapa memberikan perhatian terhadap mereka dan apabila anak-anak berada di tahap menengah, mereka lebih suka menguruskan pelajaran mereka sendiri dan tidak suka sekiranya ibubapa

melibatkan diri secara

serius. Inilah kajian yang cuba ditinjau oleh penyelidik berkaitan dengan persepsi anakanak terhadap penglibatan ibu bapa mereka dalam pendidikan ketika

anak-anak

berada di sekolah menengah.

Kajian Lalu Berlatar Belakang Malaysia Terdapat juga kajian-kajian lalu berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di Malaysia. Namun, rata-rata kajian lalu berbeza dengan kajian ini memandangkan fokus kajian ini melihat penglibatan ibu bapa dari perspektif murid atau anak-anak. Terdapat beberapa kajian yang menyentuh faktor konteks keluarga dengan pencapaian akademik dari aspek cara gaya asuhan keluarga (Nur Mazana Ismail, 2001; Norlizah Che Hassan, 2008; Aziyah Abu Bakar, 2008; Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah, 2011; Zarinah Arshat, 2001; Latif Anwar, 1998; dan Azizi Yahya, Nordin Yahya & Mohd Sofie Bahari ,2004), status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar ( Mohd Zainal Mat, 2004; Abu Bakar Mohamad, 1993; dan Ting Len Siong, 2003), dan tahap pendidikan ibu bapa dan sumber bacaan di rumah mempunyai perhubungan dengan pencapaian akademik anak-anak (Rohani Abdullah, Siti Nor Yaacob dan Rozumah Baharudin,1994; Zahyah Hanafi, 2008). Jelas hubungan antara faktor konteks keluarga dan pencapaian akademik adalah signifikan kecuali kajian yang dijalankan oleh Latif Anwar (1998) yang mendapati bahawa tiada

66

perkaitan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan faktor nilai, keluarga dan diri dengan pencapaian akademik. Dapatan ini bertentangan dengan kajian lalu yang menunjukkan terdapat perkaitan signifikan yang nyata dengan pengaruh keluarga, nilai dan amalan yang dipraktikkan dalam keluarga.

Kesimpulan Sorotan kajian menunjukkan fenomena penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mereka adalah hal yang mendapat perhatian masyarakat luar mahupun di dalam Negara kita. Daripada sorotan kajian, diperhatikan faktor konteks keluarga selain penglibatan ibu bapa sama ada di rumah mahupun di sekolah berperanan dalam pencapaian akademik anak-anak. Namun, tidak ada kajian yang melihat fenomena penglibatan ibu bapa daripada perspektif anak-anak dan bagaimana anak-anak menilai peranan penglibatan ibu bapa dalam akademik mereka. Memandangkan isu penglibatan ibu bapa sangat berkaitan dengan pencapaian akademik murid, maka wajar peranan penglibatan tersebut dilihat secara lebih menyeluruh daripada pelbagai perspektif. Selanjutnya, Bab 3 membincangkan metodologi penyelidikan bagi kajian ini

67

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan Penyelidikan merupakan satu aktiviti akademik yang mempunyai tahap dan prosedur untuk dilaksanakan(Neuman, 2000). Hal ini kerana sesuatu kajian yang dijalankan merupakan aktiviti yang menjurus kepada pengumpulan maklumat primer dan sekunder yang bertujuan untuk menerangkan(description), mengklasifikasikan(classification), menjelaskan(explanation) dan pembenaran(comfirmation) mengenai sesuatu masalah yang dijadikan tajuk kajian. Metodologi kajian yang dipilih akan menjelaskan secara berperingkat-peringkat bagi menjawab soalan-soalan kajian yang telah dibuat iaitu, a) Sejauh manakah terdapat perhubungan di antara penglibatan ibu bapa, penglibatan ibu bapa di rumah, dan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan komponen-komponen konteks keluarga dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah?; b) Terdapatkah hubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak berdasarkan; jantina, bangsa, bilangan adik beradik, status penjagaan, lokasi tempat tinggal, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu, pekerjaan bapa, dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah?; c) Sejauh manakah komponen-komponen dalam konteks keluarga meramalkan penglibatan ibu bapa, penglibatan ibu bapa di rumah mahupun penglibatan ibu bapa di sekolah; d) Sejauh manakah terdapat perhubungan di antara pencapaian akademik murid dengan

68

komponen-komponen penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah dalam pendidikan ketika anak-anak berada di sekolah menengah?; e) Apakah ekspektasi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan ketika di sekolah menengah? Terdapatkah hubungan antara pencapaian akademik dengan ekspektasi murid terhadap penglibatan ibu bapa?; f) Apakah persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah?; g) Sejauh manakah pencapaian akademik murid dengan konteks keluarga saling berhubungan dengan penglibatan ibu bapa? Sehubungan dengan itu, bab ini akan membincangkan tentang aspek-aspek metodologi yang digunakan bagi mendapatkan data-data kajian. Aspek-aspek metodologi yang akan dibincangkan meliputi aspek reka bentuk kajian, prosedur kajian, alat kajian, pembinaan instrumen, pemilihan sampel dan analisis data kajian.

Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sepenuhnya bagi mengumpul data. Kajian bertujuan bagi mengenal pasti penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Reka bentuk kerja(working design) yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada kaedah tinjauan yang dikemukakan oleh Wiersma(1991). Reka bentuk ini dipilih berdasarkan kepada saiz populasi yang besar dan pengkaji memilih penganalisaan secara deskriptif dan inferensi. Kajian deskriptif amat berperanan dalam menghuraikan dan menjelaskan sesuatu perkara atau keadaan pada satu-satu masa dan data yang diperolehi daripada kajian deskriptif boleh

69

membantu mengenal pasti dan seterusnya menambahbaikan sesuatu dapatan(Chua, 2006). Item-item soal selidik dibina berdasarkan konstruk-konstruk utama dalam kajian ini. Fokus yang ingin dikaji adalah penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah dan kaitannya dengan pencapaian akademik murid. Kajian ini melibatkan beberapa tahap iaitu; 1) Pembolehubah bebas adalah konteks keluarga dan demografik keluarga manakala pembolehubah bersandar adalah penglibatan ibu bapa; 2) Penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah sebagai pembolehubah bebas manakala pencapaian akademik sebagai pembolehubah bersandar dan; 3) Konteks keluarga dan demografik keluarga sebagai pembolehubah bebas dan pencapaian akademik sebagai pembolehubah bersandar. Persepsi dan ekspektasi pula dikaji dalam fasa yang keempat. 4) Persepsi dan ekspektasi pula dikaji dalam fasa yang keempat.

Chua(2006) menyatakan bahawa kajian tinjauan merupakan satu kaedah penyelidikan yang sering digunakan dan popular dalam pelbagai bidang penyelidikan terutamanya dalam bidang sains sosial. Ini berikutan terdapat iri-ciri istimewa yang terdapat dalam reka bentuk ini seperti; a) Penggunaannya yang menyeluruh dan boleh digunakan untuk mengutarakan pelbagai jenis soalan seperti isu dan masalah dari pelbagai perspektif terutama dalam menghuraikan sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan, tingkah laku dan sebagainya. b) Cara pengendalian yang mudah yang mana ianya dilakukan dengan mentadbir soal selidik atau temu bual atau kedua-duanya sekalli. c) Data dapat dipungut dengan cepat dan dapat dianalisa dengan mudah

70

dalam masa yang singkat. d) Saiz sampel yang besar yang tidak dapat dilaksanakan dalam kajian berbentuk eksperimental. e) Maklumat terus dapat dipungut daripada responden dalam waktu yang sama tanpa menunggu lama. f) Keupayaan dapatan digeneralisasikan kepada populasi adalah tepat dan berkesan. Fink(1995) menyatakan bahawa kajian tinjauan merupakan satu langkah atau teknik dalam mengumpulkan data bertujuan bagi menghuraikan, membandingkan ataupun menjelaskan pengetahuan, sikap, amalan dan juga tingkahlaku. Pengetahuan yang cukup berkaitan dengan dalam melaksanakan reka bentuk kajian tinjauan mampu menjelaskan dan menyumbangkan kepada peningkatan teori-teori akademik dan kesarjanaan(Hoinville, 1978). Selain daripada itu, kajian tinjauan juga diperlukan dalam memberikan penyelesaian kepada sesuatu masalah, penghasilan

data,

pengemaskinian aliran dan menguji hipotesis yang telah dibina oleh penyelidik. Selain daripada itu, kajian tinjauan juga dapat menilai dengan

tepat ciri-ciri populasi

kajian(Kerlinger, 2000; Fowler, 1990) Berdasarkan kelebihan pada ciri-ciri kajian tinjauan, penyelidik mendapati adalah amat sesuai reka bentuk kajian ini digunakan dalam penyelidikan ini bagi mendapatkan data-data kerana sifatnya yang saintifik, logik dan khusus(Burns, 1990; Wilson & McLean, 1994). Selain daripada itu, data dapat dikumpulkan dengan segera daripada subjek yang ramai dan dalam masa yang sama dapat dianalisa dengan cepat.

71

Reka Bentuk Kerja(Working Design) Reka bentuk kerja amat penting dalam sesuatu kajian. Memandangkan pengkaji memilih kaedah tinjauan sebagai kaedah pemungutan data, reka bentuk kerja Wiersma(1991) telah diguna pakai dalam kajian ini. Jadual 1 menunjukkan komponen reka bentuk kerja yang menjadi panduan kepada pengkaji. Reka bentuk kerja ini telah membahagikan keseluruhan kajian kepada empat peringkat utama bagi memandu pengkaji menjalankan kajian secara teratur dan berkesan. Pada peringkat persediaan, pengkaji terlebih dahulu mengenal pasti masalah kajian berdasarkan sorotan kajian-kajian lalu berkaitan dengan apa yang ingin dikaji. Penyelidik seterusnya mengkaji bahan yang berkaitan dengan penyelidikan dan cuba mencari kelompangan yang wujud antara kajian-kajian lalu. Jangkamasa kajian yang ditetapkan akan menentukan prosedur kajian yang telah dipilih dan seterusnya penyelidik telah cuba membentuk alat kajian yang bersesuaian supaya kajian yang dibuat mempunyai tahap kualiti yang diharapkan. Sementara pada peringkat kajian rintis, pengkaji telah membuat imbas muka terhadap permasalahan kajian yang diibuat pada

peringkat pertama. Seterusnya,

pengkaji telah membina soalan kajian bertepatan dengan permasalahan kajian dan mentadbir kajian rintis kepada sampel. Sebelum kajian rintis dijalankan, pengkaji terlebih dahulu menentukan pembolehubah yang bersesuaian dengan kajian dan membina konstruk- konstruk yang bertepatan dengan apa yang ingin dikaji

72

PERINGKAT PERSEDIAAN

Kenal pasti masalah kajian

Mengkaji bahan yang berkaitan

Jangkamasa kajian tentukan prsedur kajian

Membentuk alat kajian

KAJIAN RINTIS

Imbas muka permasalahan kajian

Membina soalan kajian

Kajian rintis soal selidik

Rombakan

PENGUMPULAN DATA

Pemilihan Sampel

Mengumpul Data

PERSEDIAAN AKHIR

Menganalisa data

Menginterpretasi data

Menterjemah semula soalan kajian dan teori

Menulis dapatan.

Rajah 5: Menunjukkan komponen reka bentuk kerja(working design) kajian yang dijalankan oleh pengkaji berpandukan reka bentuk Wiersma(1991;82)

73

Soal selidik yang telah dibuat seterusnya ditadbir kepada sampel untuk mendapatkan maklum balas awal. Pada peringkat ini juga soal selidik ditadbirkan sebagai asas bagi melihat kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang telah dibina. Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran hanya akan dapat ditentukan setelah kajian rintis dijalankan. Analisis dibuat berdasarkan data kajian rintis yang telah diperolehi. Sekiranya instrumen yang dibina tidak memenuhi tahap ukuran kebolehpercayaan dan kesahan, rombakan akan dilakukan bagi memastikan instrumen yang digunakan dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Rombakan ini hanya akan dibuat terhadap konstruk-konstruk yang tidak mencapai tahap cronbach alpha yang diharapkan. Akhirnya, hanya instrumen yang telah mantap ditadbir kepada sampel yang sebenar. Pada peringkat ketiga, pengumpulan data telah dilaksanakan ke atas sampel kajian yang ditentukan berdasarkan populasi. Seterusnya, data mentah yang diperolehi telah dianalisis menggunakan program SPSS(PASW) Di peringkat

akhir, penganalisaan telah dibuat berdasarkan data yang

diperolehi. Data-data mentah seterusnya dianalisis dan diinterpretasikan dalam bentuk huraian dapatan. Berikutnya, dapatan daripada analisis telah digunakan untuk menterjemah dan menjawab semula soalan kajian yang telah dibuat pada peringkat persediaan. Dapatan juga dijadikan sebagai bahan penulisan bagi kajian ini.

Prosedur Kajian Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi. Memandangkan penyelidikan yang dibuat melibatkan sekolah, surat kebenaran daripada

Bahagian

Perancangan

dan

Penyelidikan

Dasar

Pendidikan(EPRD),

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu diperolehi terlebih dahulu. Selain itu, pengkaji

74

perlu juga mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) bagi negeri yang dipilih dan kemudian pengkaji mendapatkan pula kebenaran pihak pengetua melalui perjumpaan secara terus dengan pihak sekolah.

Pembinaan Instrumen Kajian Pembinaan instrumen kajian amat penting dalam sesuatu kajian. Memandangkan kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, pengedaran soal selidik adalah alat kajian yang terbaik digunakan. Kajian ini melibatkan beberapa tahap iaitu; 1. Konteks keluarga dan demografik keluarga sebagai pembolehubah bebas manakala pembolehubah bersandar adalah penglibatan ibu bapa(di rumah dan di sekolah) 2. Penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah sebagai pembolehubah bebas manakala pencapaian akademik sebagai pembolehubah bersandar dan; 3. Konteks keluarga dan demografik keluarga sebagai pembolehubah bebas dan pencapaian akademik sebagai pembolehubah bersandar. 4. Persepsi dan ekspektasi pula dikaji secara deskriptif berdasarkan jawapan daripada soalan terbuka.

Dalam kajian ini, instrumen digubal berdasarkan objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan dan dibahagi kepada beberapa bahagian atau konstruk seperti Konstruk Konteks Keluarga, Demografik Keluarga,Penglibatan Ibu Bapa, Persepsi dan Expektasi Murid. Pembacaan kritis dibuat terhadap bahan-bahan tentang penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak (Fariza Md. Sham,1998; Smetana 2008; Holloway, Mirny, Bempechat, & Li, 2008; Mohd Amin, 1998; Lam dan Muhammad, 1991; Chomiak, 2006; Blondal & Adalbjarnordottir, 2009; Brown & Lyenger, 2008; Kleiner,

75

2005; Joe & Davis, 2009; Clark, 2005; Cia & Barham, 2009; Bell, 2004; Hossain & Anziano, 2008). Selain mendapatkan pandangan dan maklumbalas pakar yang banyak membantu pembinaan soalan-soalan kajian. Alat kajian yang digunakan mengandungi item-item berbentuk penyataan dan pilihan jawapan yang diberikan dalam bentuk skala Likert(1-5) iaitu (1) Sangat Setuju, (2) Setuju, (3) Tidak Pasti, (4) Tidak Setuju dan (5) Sangat Tidak Setuju.. Pemilihan skala Likert dibuat kerana ianya lebih mudah diurus dan dijawab oleh responden. Selain itu, kebolehpercayaan data yang diperolehi lebih tinggi dan mudah digeneralisasikan kepada populasi(Chua. 2006) Dalam kajian ini soal selidik yang dibina mengandungi tujuh bahagian utama. Bahagian-bahagian itu adalah A) Maklumat Umum(demografik), B) Konteks Keluarga, C) Penglibatan Ibu bapa di rumah, D) Penglibatan Ibu bapa di Sekolah, E) Ekspektasi murid, F) Persepsi Pelajar dan G) Maklumat Prestasi Pelajar. Bahagian A mengandungi maklumat demografik seperti jantina, bangsa, bilangan adik beradik, status penjagaan, lokasi tempat tinggal, tahap pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa. Bahagian ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat asas berkaitan dengan latar belakang responden. Pada masa yang sama, maklumat latar belakang berguna untuk membuat interpretasi analisis data berkaitan dengan hubungan demografi dengan penglibatan ibu bapa sama ada di rumah mahupun di sekolah. Sebanyak enam soalan berkaitan dengan murid dan empat soalan berkaitan dengan maklumat ibu bapa murid. Item-item yang dibina bagi bahagian ini adalah item pilihan tunggal. Bahagian B melibatkan komponen-komponen dalam konteks keluarga seperti interaksi

&

komunikasi(IK),

amalan

keibubapaan(AK),

kesenggangan(KES),

keterbukaan(KTR) dan penerimaan(PEN). Bahagian ini penting kerana ianya menjadi

76

konstruk utama kajian. Sebanyak empat item dibina bagi konstruk Interaksi & Komunikasi manakala tujuh item dalam Amalan Keibubapaan. Item Keterbukaan pula mengandungi lima item, Kesenggangan, sebanyak 10 item dan tiga item bagi konstruk Penerimaan. Kesemua item dibina berdasarkan item jenis Likert yang disusun mengikut persetujuan daripada “Sangat Selalu”, “ Selalu”, “Tidak Pasti”, “Jarang” dan “Tidak Pernah”. Bahagian C pula mengandungi item-item yang mengukur penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di rumah. Beberapa sub konstruk telah dibina bagi menerangkan keadaan penglibatan ibu bapa di rumah seperti Tugasan Sekolah(TS), Kemudahan Pembelajaran(KP) dan Pemantauan(PEM). Sebanyak enam item telah dibina bagi konstruk Tugasan Sekolah, lima item bagi Kemudahan Pembelajaran dan empat item bagi konstruk Pemantauan. Sebanyak 15 item kesemuanya bagi konstruk ini. Kesemua item yang dibina bertujuan bagi melihat sejauh mana ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di rumah. Skala Likert masih digunakan bagi menjawab soalan-soalan dalam bahagian ini. Item dalam bahagian ini juga disusun mengikut persetujuan daripada “Sangat Selalu”, “ Selalu”, “Tidak Pasti”, “Jarang” dan “Tidak Pernah”. Bahagian D mengandungi sub konstruk yang mengukur penglibatan ibu bapa di sekolah. Sub konstruk yang dibina terdiri daripada Perjumpaan Ibu bapaSekolah(PIS),

Hari

Terbuka/Kecemerlangan(HT/K)

dan

Aktiviti/Program(APS).

Perjumpaan Ibu bapa Sekolah mengandungi enam item yang mengukur konstruk tersebut. Tiga item dibina bagi Hari Terbuka & Hari Kecemerlangan dan enam item dibina bagi konstruk Aktiviti dan Program Sekolah. Kesemua item cuba mengukur akan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah. Keseluruhan item bagi konstruk ini adalah 15 dan ianya diukur dengan menggunakan skala Likert. Dalam

77

bahagian ini, persetujuan juga disusun mengikut daripada “Sangat Selalu”, “ Selalu”, “Tidak Pasti”, “Jarang” dan “Tidak Pernah”.

Jadual 1: Agihan Bahagian Dalam Instrumen Kajian.

Perkara/ Bahagian

Konstruk

Pecahan Konstruk

Bilangan Item

A

Maklumat Umum (Demografik)

Murid Ibu Bapa

6 4

B

Konteks Keluarga

Interaksi / Komunikasi Amalan Keibubapaan Kesenggangan Keterbukaan Penerimaan

4 7 10 5 3

C

Penglibatan Ibu bapa Di Rumah

Tugasan Sekolah Kemudahan Pembelajaran Pemantauan

6 5 4

D

Penglibatan Ibu bapa Perjumpaan Ibu bapa Di Sekolah Hari Terbuka/Kecemerlangan Aktiviti/Program

6 3 6

E

Ekspektasi Pelajar

Skala Dikotomi Soalan Terbuka

1

F

Persepsi Pelajar

Skala Likert Soalan Terbuka

G

Maklumat Pelajar

Prestasi

1 6 6 7

Di dalam Bahagian E, satu soalan jenis item pilihan tunggal dan satu soalan terbuka telah diberikan bagi melihat ekspektasi murid terhadap penglibatan ibu bapa mereka ketika di sekolah menengah. Soalan item tunggal berbentuk dikotomi yang

78

memerlukan responden memilih sama ada “Ya” atau “Tidak”. Responden hanya perlu memilih salah satu jawapan dan seterusnya perlu memberikan alasan kepada jawapan tersebut. Soalan terbuka ini digunakan bertujuan bagi mendapatkan data berkaitan dengan ekspektasi murid dan data akan dikodkan terlebih dahulu sebelum dianalisis secara deskriptif. Bahagian F merupakan bahagian yang mengukur persepsi murid. Dalam bahagian ini, dibina soalan berskala Likert dan soalan terbuka bagi mendapatkan data berkaitan dengan persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa ketika di sekolah menengah. Dalam bahagian ini, enam soalan berskala Likert dan enam soalan terbuka diberikan. Murid perlu memberikan persetujuan terlebih dahulu dalam item skala Likert sama ada “Tidak Setuju”, “Kurang Setuju”, “Agak Setuju”, “Setuju” dan “Sangat Setuju”. Setelah memberikan persetujuan tersebut, murid perlu pula memberikan alasan ke atas respon mereka. Analisis data juga dibuat secara deskriptif. Bahagian G adalah bahagian terakhir untuk mendapatkan maklumat prestasi murid. Maklumat ini diperlukan bagi melihat prestasi murid dalam peperiksaan terkini. Memandangkan kajian ini melibatkan murid tingkatan empat, maka prestasi murid akan diambil kira berdasarkan kepada prestasi semasa PMR. Prestasi akademik diambil daripada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Bahagian ini telah dikodkan kepada 7 subjek utama dan gred yang diperolehi diberikan nilai bagi memudahkan pengkaji membuat penganalisaan.

79

Jadual 2: Gred, Pangkat, Markah dan Nilai Bagi Pemarkahan Gred

Pangkat

Markah

Nilai

A

Cemerlang

80 - 100

6

B

Kepujian

70 - 79

5

C

Baik

50 - 69

4

D

Mencapai Tahap Penguasaan

40 - 49

3

E

Tidak Mencapai Tahap Penguasaan

00 - 39

2

F

Tidak Hadir

-

1

Kajian Rintis Kajian rintis soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item-item ujian yang telah dibina. Kajian rintis ini telah dilaksanakan dan ditadbir kepada murid-murid di empat buah sekolah di Daerah Gombak. Kajian rintis ini melibatkan 350 orang pelajar dan dilaksanakan pada awal bulan April, 2009 bagi mengenal pasti beberapa perkara iaitu; a) Mengetahui sejauh mana kesesuaian keseluruhan item-item dalam instrumen sama ada mudah difahami atau tidak. Pelajar diminta membulatkan istilah-istilah dan menggariskan struktur ayat yang difikirkan sukar untuk difahami. b) Mengetahui sejauh mana responden memahami setiap pernyataan dan soalan yang dikemukakan. Ini dilakukan dengan membenarkan pelajar-pelajar bertanya sendiri kepada penyelidik. c) Mengetahui sama ada pernyataan-pernyataan dalam soal selidik bertepatan dan bersesuaian dengan responden dan apa yang ingin dikaji. d) Bagi menentukan kebolehpercayaan alat kajian(Chua, 2006)

80

Kajian rintis ini ditadbirkan terlebih dahulu kepada responden bagi melihat sejauh mana alat ukuran yang digunakan bersesuaian dan mengukur apa yang sepatutnya diukur. Justeru, kebolehpercayaan dan kesahan alat ukuran akan menentukan hasil dapatan yang tepat dan dapat digeneralisasikan kepada populasi sebenar. Kajian rintis ditadbirkan kepada murid-murid dari sekolah yang tidak menjadi sampel dalam kajian ini. Terdapat 4 buah sekolah telah terpilih yang terdiri daripada dua buah sekolah di dalam kategori bandar dan dua buah sekolah di luar bandar. Sampel yang agak besar diambil bertujuan mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu. Data bukan sahaja digunakan bagi menganalisis kebolehpercayaan instrumen malahan telah digunakan untuk analisis faktor serta ujian pelbagai regresi. Ini bertujuan bagi melihat hubungan dan kekuatan item-item dalam menguji konstruk yang telah dibina. Mengikut Van Belle(2008), bagi menguji kesensitifan sesuatu item, rules of thumb perlu diambil kira yang mana bilangan item dalam sesuatu instrumen akan didarab dengan lima. Ini bermakna bilangan sampel yang diperlukan bagi kajian rintis adalah lima kali ganda daripada bilangan item yang terdapat dalam instrumen. Hal ini bertujuan bagi melihat item berkorelasi secara sensitif dan dapat mengesan kekuatan item yang telah dibina.

Kesahan Instrumen Kajian Kesahan merujuk kepada keupayaan alat ujian dalam sesuatu pengukuran yang dilakukan mampu mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis. Kerlinger dan Lee(2000) menyatakan bahawa kesahan merujuk kepada kesesuaian, ketepatan, kebermaknaan dan kebergunaan sesuatu data yang telah diperolehi oleh seseorang penyelidik dan ianya adalah satu proses mengumpul dan menganalisis bukti bagi

81

menyokong inferensi. Chua(2006) mendefinisikan kesahan sebagai nilai korelasi di antara pengukuran dan nilai sebenar sesuatu variabel. Jika pengukuran yang dibuat tepat pada nilai sebenar sesuatu variabel, nilai korelasinya adalah tinggi dan penyelidikan yang dijalankan mempunyai kesahan yang tinggi juga. Kesahan adalah kebenaran atau ketepatan pengukuran yang dijalankan dan instrumen yang digunakan dalam kajian dapat mengukur apa yang ingin diukur (Oppenheim, 1997; Sabitha Marican, 2005). Kesahan sesuatu instrumen perlu berlandaskan sejauh mana instrumen tersebut dapat mengukur gagasan atau sesuatu pembolehubah yang hendak diukur. Ini merujuk kepada sejauh manakah jawapan yang diberikan oleh responden merupakan kebenaran dan mengukur apa yang diharapkan oleh penyelidik(Fowler, 1990; Khalid Johari, 2004 ). Menurut Abu Bakar Nordin(1998), instrumen yang mempunyai kesahan yang tinggi menunjukkan keadaan sebenar pada perkara yang sedang diuji. Ini ditentukan apabila ukuran tersebut menunjukkan bacaan kepada apa yang ingin diukur. Kesahan sesuatu alat ukuran adalah penting di dalam sesuatu penyelidikan. Kesahan sesuatu alat ujian dapat menggambarkan sejauh mana penyelidikan tersebut dilaksanakan dengan betul dan sejauh mana alat ukuran yang digunakan tersebut telah mengukur apa yang harus diukur apabila ditadbir dengan seragam dan tepat (Anastasi, 1982 ) Dalam kajian ini, penyelidik telah mendapatkan khidmat pakar dalam menentukan kesahan konstruk dan kesahan kandungan instrumen. Seramai enam orang pakar telah dipilih yang terdiri daripada kalangan akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Empat orang pakar kalangan pensyarah dan dua orang guru bahasa telah menyemak dan mengesahkan kesesuaian instrumen dan daripada beberapa pembetulan yang dibuat, penyelidik telah mengaplikasikan

82

instrumen tersebut

kepada

sampel melalui kajian rintis.

Ini

bertujuan

bagi

mendapatkan kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan dalam kajian lapangan nanti.

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Kebanyakan ahli psikologi mendefinasikan kebolehpercayaan sebagai ketekalan (consistency) dan kestabilan(stability) alat ujian yang digunakan terhadap apa saja yang diukur dan hubungan skor yang didapati dalam pelbagai keadaan pengujian oleh individu yang berbeza tetapi menggunakan alat ukuran yang sama(Sabitha Marican, 2005;

Khalid

Johari,

2004;

Fraenkel

& Wallen,

2006).

Dengan

kata

lain,

kebolehpercayaan merupakan satu faktor yang boleh menunjukkan keberkesanan sesuatu skala atau ujian psikologi. Penggunaan kebolehpercayaan bertujuan menentukan sama ada sesuatu sifat di dalam skala diukur secara konsisten setiap kali skala itu digunakan. Kerlinger dan Lee(2000) menjelaskan kebolehpercayaan sebagai

ketepatan

dan kejituan sesuatu instrumen pengukuran yang digunakan. Abu Bakar Nordin(1995) menyatakan kemantapan sesuatu instrumen yang telah dibina oleh penyelidik adalah bergantung kepada keupayaan instrumen tersebut memberi nilai-nilai yang konsisten pada setiap kali dibuat pengukuran. Kebolehpercayaan diuji melalui Cronbach’s Coefficient Alpha (Cronbach, 1984) bagi menguji ketekalan dalaman. Item yang baik apabila diukur dengan kaedah Cronbach Alpha mempunyai nilai koeffisyien kebolehpercayaan yang tinggi. Penentuan nilai kebolehpercayaan adalah amat penting dalam menentukan ketekalan dalaman item yang telah dibina dalam instrumen kajian. Kebiasaannya, nilai alpha berpandukan Cronbach Coefficient digunakan sebagai rujukan. Cramer(1998);

83

Cramer(2003) menyatakan bahawa nilai Cronbach Alpha adalah kaedah paling sesuai bagi

mengukur kebolehpercayaan yang sering digunakan dalam soal selidik yang

ditadbir. Menurut Mohd Majid Konting(1990), nilai indeks kebolehpercayaan item yang baik harus mempunyai nilai alpha 0.60. Namun, menurut Bryman(2004) .80 adalah tahap kebolehpercayaan yang terbaik bagi sesuatu alat ujian. Dalam kajian ini, nilai Cronbach Alpha .70 dan ke atas diterima sebagai nilai tekal dan kesemua konstruk dikira mempunyai nilai kebolehpercayaan pada tahap tersebut. Data kajian rintis diproses dengan menggunakan program SPSS(PASW) bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan alpha. Indeks kebolehpercayaan Cronbach Alpha soal selidik yang digunakan adalah seperti pada jadual di bawah.

Jadual 3: Klasifikasi Indek Kebolehpercayaan Cronbach

Indikator Sangat Tinggi

Nilai Alpha 0.90 - 1.00

Tinggi

0.70 - 0.89

Sederhana

0.30 - 0.69

Rendah

0.00 - 0.30

Nilai alpha ini diklasifikasikan berdasarkan indeks kebolehpercayaan Cronbach (1984). Namun, penyelidik terdahulu mencadangkan nilai alpha yang melebihi 0.80 adalah bersesuaian bagi merujuk kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima sebagai satu kekuatan kepada instrumen yang telah bina(Bryman & Cramer, 1990; Aiken & West, 1991; Mohd Majid Konting, 2003)

84

Analisa item dalam kajian ini menunjukkan bahawa nilai kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan pekali Cronbach Alpha terletak di antara .887 hingga .892. Ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi item-item yang terdapat dalam instrumen kajian adalah tinggi. Begitu juga kebolehpercayaan keseluruhan item pada nilai Alpha .890. Didapati juga kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini mampu untuk mengukur konsep yang diperlukan. Secara tidak langsung itemitem yang dibina boleh diguna pakai dan mampu mengukur konstruk yang telah dibina. Bagi melihat ketekalan ujian yang dijalankan, penyelidik telah menggunakan nilai pekali korelasi berdasarkan rumusan yang telah dibuat oleh Cronbach(1984). Dengan menggunakan teknik analisis item iaitu korelasi item keseluruhan dengan menggunakan formula Pearson Correlation Coefficient, data dianalisis menggunakan program SPSS(PASW) versi 18. Melalui kaedah ini, skor bagi setiap item dikorelasikan dengan jumlah skor keseluruhan bagi sesuatu subskala.

Dapatan Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik kepada sampel-sampel terpilih. Dapatan kajian rintis telah dijadikan panduan bagi kajian lapangan yang sebenar.

Kebolehpercayaan item Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa kebolehpercayaan bagi item yang telah dibina agak tinggi bagi konstruk Konteks Keluarga. Nilai Cronbach Alpha tersebar pada nilai alpha .851 hingga .857. Begitu juga bagi konstruk Penglibatan Ibu Bapa di rumah yang tersebar pada nilai alpha .887 hingga .889. Analisa item ini menunjukkan

85

bahawa nilai kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan pekali Cronbach Alpha bagi item-item yang terdapat di dalam dua konstruk ini adalah tinggi. Bagi konstruk Penglibatan Ibu Bapa di sekolah, nilai Cronbach Alpha berada pada pada nilai alpha .674 hingga .690. Kebolehpercayaan bagi konstruk ini berada pada tahap sederhana dan item-item yang dibina mengukur konstruk pada tahap sederhana. Pengkaji perlu mengubahsuai item bagi mendapatkan nilai alpha yang lebih baik. Pengkaji telah membuat rombakan item mengikut kesesuaian agar ianya mampu mengukur konstruk yang dibina. Begitu juga kebolehpercayaan keseluruhan item bagi konstruk Persepsi Murid. Nilai Cronbach Alpha didapati berada pada nilai .753 iaitu pada tahap tinggi. Keseluruhannya, didapati kebolehpercayaan instrumen kajian mampu untuk mengukur konsep yang telah dibina walaupun terdapat sedikit pengubahsuaian dan rombakan pada item-item telah dilakukan. Secara tidak langsung item-item ini boleh diguna pakai untuk kajian lapangan yang sebenar dan mampu mengukur apa yang sepatutnya diukur.

86

Jadual 4: Indeks Kebolehpercayaan Soal Selidik Bil Dimensi / Aspek

Bilangan Item 6

Nilai Alpha Cronbach

2 Konteks Keluarga Interaksi/ Komunikasi Amalan Keibubapaan Kesenggangan Keterbukaan Penerimaan

4 7 10 5 3

.857 .850 .854 .851 .856

3 Penglibatan Ibu bapa Di Rumah Tugasan Sekolah(TS) Kemudahan Pembelajaran(KP) Pemantauan(PEM)

6 5 4

.847 .860 .859

4 Penglibatan Ibu bapa Di Sekolah Perjumpaan Ibu bapa-Sekolah(PIS) Hari Terbuka/ Kecemerlangan(HT/K) Aktiviti / Program (AP)

6 3 6

.690 .690 .674

5 Ekspektasi Pelajar

1

6 Persepsi Pelajar

6

7 Maklumat Prestasi Pelajar

7

1 Maklumat umum

Keseluruhan

69

.753

.907

Analisis Faktor Analisi faktor telah dijalankan oleh pengkaji bagi memantapkan lagi instrumen yang dibina. Item-item yang telah dibina oleh pengkaji berkemungkinan tidak mengukur konstruk dengan tepat dan mungkin juga item-item tersebut bertindih antara satu sama lain. Melalui analisis faktor, terdapat item-item yang diubah suai atau perlu diletakkan ke dalam konstruk yang lain. Justeru, analisis faktor telah membantu pengkaji

87

menyusun, memindah, menyingkir dan menambah item berdasarkan keputusan analisis. Analisis faktor yang dijalankan berdasarkan data kajian rintis (N=350). Dapatan menunjukkan terdapat tiga belas faktor yang nilai eigennya lebih besar daripada 1.0 dan kesemua faktor tersebut menyumbang sebanyak 55.77 peratus perubahan varians bagi data kajian. Hanya faktor yang memberikan sumbangan yang besar telah diekstrak sebagai faktor kepada variabel bersandar kajian. Faktor yang mempunyai nilai eigen yang kurang daripada 1.0 telah disingkirkan keluar daripada senarai faktor. Keputusan analisis faktor juga menunjukkan hanya dua faktor yang paling atas sahaja memberi sumbangan yang melebihi 5 peratus iaitu komponen 1(20.99 peratus) dan komponen 2(6.67 peratus). Faktor utama yang telah diekstrak dapat diperhatikan melalui graf scree plot yang menunjukkan dengan jelas dua faktor utama yang telah memberi sumbangan kepada perubahan varians keseluruhan dalam variabel bersandar.

Graf 1 :

Scree plot menunjukkan bilangan faktor yang menyumbang kepada perubahan variabel keseluruhan.

88

Jadual 5: Penglabelan Semula Konstruk Mengikut Analisis Faktor. Komponen

Konstruk

Bilangan Item

Faktor 1

Amalan Keibubapaan

6

Faktor 2

Kesenggangan

7

Faktor 3

Keterbukaan

6

Faktor 4

Interaksi & Komunikasi

6

Faktor 5

Penerimaan

8

Faktor 6

Kemudahan Pembelajaran

5

Faktor 7

Tugasan

5

Faktor 8

Pemantauan

5

Faktor 9

Perjumpaan Ibu bapa Sekolah

5

Faktor 10

Aktiviti & Program Sekolah

5

Faktor 11

Hari Terbuka & Hari Kecemerlangan

5

Konstruk-konstruk yang telah distrukturkan semula mengikut analisis faktor ini akan diaplikasikan dalam kajian sebenar bagi mendapatkan data yang lebih jitu dan tepat berkaitan kajian.

Kajian Lapangan Penyelidikan telah dijalankan di negeri Selangor. Pengkaji hanya melibatkan populasi dalam kalangan murid tingkatan empat di sepuluh daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor. Sebanyak 24 buah sekolah telah di pilih secara persampelan rawak

89

(rujuk lampiran senarai sekolah). Kajian (ini juga nanti akan digeneralisasikan di dalam negeri Selangor sahaja memandangkan populasi yang diambil kira hanya melibatkan negeri tersebut.

Sampel dan Persampelan Persampelan merupakan satu proses dalam memilih sebilangan subjek daripada satu populasi untuk dijadikan sebagai responden dalam sesuatu kajian(Fraenkel & Wallen, 2006; Kerlinger & Lee, 2000;). Ianya adalah satu aspek yang penting dalam penyelidikan dan sekiranya pemilihan sampel yang tidak tepat, secara tidak langsung akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan penyelidikan. Dengan merancang persampelan, dapat memudahkan penyelidik dalam mengumpul data dan seterusnya dapat mengurangkan ralat pengukuran. Persampelan kajian diinginkan.

Prosedur

juga penting dalam menentukan fokus sampel yang

persampelan

dalam

penyelidikan

ini

dilakukan

dengan

menetapkan kerangka persampelan terlebih dahulu dan seterusnya diikuti dengan memilih sampel kajian daripada kerangka persampelan tersebut. Ujian statistik dilakukan ke atas sampel selepas kedua-dua langkah di atas telah disempurnakan. Nilai ujian statistik yang diperolehi daripada sampel yang telah dianalisis seterusnya akan digeneralisasikan kepada seluruh populasi. Memandangkan kajian ini adalah kajian tinjauan, sampel yang besar diperlukan. Sebelum penyelidik menentukan jenis persampelan kajian, penyelidik perlu menentukan saiz sampel terlebih dahulu selain mengambil kira faktor yang mempengaruhi saiz sampel, pertimbangan antara ketepatan, kos, jenis ujian statistik, ciri variabel dan saiz populasi. Kaedah persampelan dalam kajian ini adalah jenis persampelan rawak mudah. Pemilihan sampel dibuat secara rawak bagi memberi

90

peluang kepada subjek dalam populasi untuk dipilih sebagai responden kajian(Mohd Majid Konting, 2000; Chua, 2006). Persampelan rawak berlapis digunakan bagi melihat penglibatan ibu bapa dari segi etnik, jantina, bilangan adik beradik, bidang pekerjaan ibu bapa, dan lokasi tempat tinggal,. Berdasarkan kepada pengiraan Krejcie dan Morgan(1970) telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi. Ini berikutan adalah mustahil bagi seseorang penyelidik untuk menggunakan kesemua sampel dalam populasi memadai dengan saiz sampel yang sesuai bagi digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Pengiraan saiz sampel ditentukan dengan mengambil kira aras kesignifikanan dan ralat persampelan (Cohen, Manion dan Morrison, 2001). Pengkaji perlu menentukan saiz sampel dengan mengambil kira aras kesignifikanan sama ada pada p

Suggest Documents