ANALISIS TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG BAHAYA GEMPA BUMI DI MALAYSIA

ANALISIS TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG BAHAYA GEMPA BUMI DI MALAYSIA Mohd Zamri bin Ramli Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysi...
Author: Pearl Cannon
64 downloads 1 Views 578KB Size
ANALISIS TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG BAHAYA GEMPA BUMI DI MALAYSIA Mohd Zamri bin Ramli Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor Email : [email protected]

ABSTRAK Pada masa ini, banyak berlaku kejadian gempa bumi di kawasan Asia Tenggara. Walaupun pusat gempa bumi berkenaan beratus-ratus kilometer daripada Malaysia, negara kita masih lagi terasa akan kesan gegaran tersebut. Kita semua telah melihat kejadian gempa bumi besar yang berlaku di Aceh pada akhir tahun 2004 dan yang terkini di Jogjakarta. Kesan daripada bencana itu sangat dahsyat yang menyebabkan kehilangan banyak nyawa dan harta benda. Bertitik tolak daripada kesan bencana yang amat dasyat itu difikirkan masyarakat Malaysia perlu ada kesedaran berkenaan bahaya bencana gempa bumi. Ini adalah satu langkah yang penting kerana dengan adanya kesedaran akan mengurangkan bilangan nyawa yang terkorban jika bencana ini terjadi. Ini adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi kebarangkalian jika bencana gempa terjadi di negara kita. Oleh yang demikian, satu kajian dilakukan untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap bahaya bencana gempa bumi. Hasil kajian menunjukkan masih lagi terdapat lompang-lompang yang boleh di isi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai gempabumi terutama dalam kefahaman bagaimana untuk bertindak apabila gempabumi berlaku.

PENGENALAN Tarikh 26 disember 2004 banyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk dunia khasnya penduduk negara sekitar Lautan Hindi kerana pada tarikh tersebut berlaku satu gempabumi yang dasyat berukuran 9.0 pada skala Richter dan menjana satu ombak tsunami yang dasyat. Peristiwa ini telah mengorbankan lebih daripada 200,000 orang. Kejadian seperti ini di luar jangkaan sesiapa sahaja bahkan saintis sendiri. Kejadian gempa bumi adalah suatu kejadian semulajadi yang tidak boleh dielakkan. Gempa bumi itu sendiri bermaksud pergerakan permukaan bumi secara tiba-tiba disebabkan oleh pelepasan tenaga dari kerak bumi. Di Malaysia, kejadian gempa bumi jarang-jarang dirasai kerana negara kita tidak berada di dalam zon lingkaran gempa bumi yang aktif dan kritikal seperti di negara Jepun, Indonesia dan Filipina. Rentehan daripada peristiwa tersebut telah memberi satu pengajaran kepada semua akan kepentingan untuk mewujudkan satu sistem amaran awal bagi kawasan Asia Tenggara. Walaubagaimanapun amaran awal tidak akan berkesan jika orang ramai tidak tahu apa yang harus dilakukan jika menerima amaran awal. Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya kesedaran masyarakat akan bahaya yang menanti andainya berlaku gempabumi. Jika diteliti secara mendalam statistik bilangan kematian akibat gempa bumi, kita dapati kadar kematian lebih tinggi di negara yang tidak mempraktikkan kod seismik berbanding di negara yang mengamalkan kod seismik. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan maklumat terhadap kelakuan bangunan dan ketahanan terhadap seismik semasa peringkat merekabentuk dan analisis oleh jurutera. Oleh yang demikian, kesan gempa bumi terhadap bangunan-bangunan tinggi boleh dilihat pada jangkamasa yang lama ataupun singkat jika tidak mempunyai faktor rekabentuk gempa bumi yang mencukupi. Daripada kejadian-kejadian gempa bumi yang terjadi sebelum ini telah memberi pengajaran kepada kita supaya lebih bersedia dan berjaga-jaga dalam menghadapi bencana gempa bumi Pengajaran daripada kejadian tersebut telah menyedarkan kita akan keperluan untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka terhadap bahaya gempa bumi dan Tsunami andai kata ianya berlaku di negara kita . Adalah mustahil untuk kita menghalang daripada gempa bumi dan Tsunami berlaku akan tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah dari segi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda. Perkara ini boleh dilakukan jika kerajaan dan orang ramai berganding bahu dan tahu peranan masing-masing .

2 OBJEKTIF Objektif kajian analisis tahap kesedaran pelbagai lapisan masyarakat tentang bahaya gempa bumi di Malaysia adalah bertujuan untuk ; 1. Mendapatkan maklumatbalas masyarakat mengenai kesedaran bahaya gempa bumi. 2. Mengenalpasti keperluan kesedaran yang perlu diberi perhatian dan diketengahkan untuk setiap lapisan masyarakat sebagai persediaan untuk menhadapi bahaya bencana gempa bumi. 3. Mencadangkan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam meningkatlkan tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya gempabumi. Skop Skop kajian ini hanya melibatkan kajian terhadap tahap kesedaran tentang bahaya gempabumi bagi masyarakat Malaysia sahaja. Ianya hanya melibat kejadian gempabumi di Malaysia atau kesan-kesan gembabumi yang sampai dan di rasai di Malaysia. Kajian tahap kesedaran bahaya gempabumi ini juga akan lebih menjurus kepada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai barat semenanjung Malaysia kawasan itu lebih berpotensi untuk berlaku gempabumi ataupun merasai kesan daripada gempabumi Metodologi Kajian Rajah 1 menunjukkan aliran mengenai proses kajian ini dilaksanakan: Mengenalpasti masalah kajian Mendapatkan hipotesis tentang kajian Menentukan matlamat Menentukan objektif kajian Objektif

Kajian literatur Memahami sifat gempa bumi Memahami beberapa kaedah persedian menghadapi bencana gempa bumi yang yang digunakan oleh beberapa negara. 



Merekabentuk borang kaji selidik dan diedarkan kepada golongan sasar Menganalisa data daripada maklumbalas kaji selidik tersebut

Tahap kesedaran tentang bahaya gempa bumi dapat ditentukan. Dapatkan kesimpulan dan mencadangkan pelan tindakan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya gempa bumi Rajah 1: Proses aliran kerja kajian

3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT Maklumat yang diperoleh daripada soal selidik ini berkisarkan kepada kesedaran golongan sasar mengenai apa yang patut dilakukan jika gempa bumi terjadi. Maklumat utama mendapatkan data adalah bagi menganalisis dan mendapatkan statistik tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya gempa bumi. Peringkat mengumpulkan data bagi memperolehi keputusan yang tepat merupakan satu proses yang penting bagi memastikan setiap data yang diperolehi dapat dimanipulasikan seterusnya menghasilkan satu keputusan yang tepat. Aspek ini selalu diberi perhatian kerana ia merupakan satu bahagian yang terpenting dalam penghasilan sebuah penyelidikan yang telah dijalankan. Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah mengisi borang kaji selidik semasa peringkat pengumpulan data iaitu borang kaji selidik dihantar melalui pos dan satu kaedah lagi borang kaji selidik dihantar melalui e-mail atau sistem kepada golongan sasar. Kaedah-kaedah ini telah dijalankan selama empat bulan dan hasilnya memberikan pelbagai maklumat dan data yang diperlukan dalam kajian ini.

BORANG SOALSELIDIK Melalui kaedah solaselidik ini, ia meliputi beberapa peringkat yang mana ia merupakan proses penting dalam pengumpulan maklumat yang dikehendaki di dalam kajian ini. Prosesproses yang terlibat dalam kaedah ini adalah seperti : i.Peringkat penyediaan borang soalselidik. ii.Peringkat pengedaran borang soalselidik. a. Pengedaran melalui pos. b. Pengedaran melalui e-mail atau sistem iii.Penerimaan borang soalselidik. Peringkat-peringkat ini penting untuk memudahkan mendapat maklumat dan seterusnya dianalisis untuk memastikan keputusan dapat dilakukan berdasarkan data yang telah dianalisa. Proses terperinci mengenai peringkat-peringkat tersebut seperti di bawah. Peringkat Penyediaan Borang Soal Silidik Peringkat ini adalah peringkat yang terpenting dalam usaha untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin untuk kajian yang dijalankan. Bagi memastikan ini berhasil, penyediaan borang soal selidik ini mengambil kira aspek kepada siapa harus ditujukan soalan tersebut. Persediaan ini penting bagi memastikan soalan yang dikemukakan di dalam borang tersebut dapat menepati kehendak untuk memperolehi data dan maklumat yang mencukupi. Borang soal selidik yang dihasilkan mengandungi 5 halaman bercetak termasuk muka depan yang telah dipersetujui oleh penyelia hasil daripada perbincangan. Lampiran borang soal selidik ini direkabentuk dengan soalan berdasarkan dengan apa yang difikirkan sesuai bagi ditujukan kepada pihak yang disasarkan. Pelbagai soalan telah dikarang, dirangka dan disusun bagi mendapatkan respon dan data terbaik untuk kajian seterusnya. Penghasilan borang soal selidik ini adalah berdasarkan daripada objektif dan skop yang telah ditetapkan pada awal kajian. i.Bahagian A Bahagian A ini menghendaki responden mengisi maklumat tentang diri responden itu sendiri. Maklumat-maklumat ini adalah seperti jantina, umur dan pekerjaan responden. Kesemua soalan menghendaki responden mengisi maklumat pada ruang yang disediakan dan menandakan ( / ) pada ruang tersebut. ii.Bahagian B Bahagian B ini mempunyai 20 soalan yang kebanyakan soalannya berhubungkait dengan apa tindakan yang patut diambil jika keadaan gempa bumi itu terjadi. Dalam bahagian ini, soalan 1 hingga 10 hanya mempunyai 2 jawapan sama ada Ya atau pun Tidak. Manakala soalan 11 hingga 20 mempunyai 3 pilihan pilihan jawapan dan biasa soalannya lebih panjang dari dari soalan 1 hingga 10. Kesemua soalan

4 menghendaki responden hanya memilih satu jawapan sahaja. Soalan 1-10 untuk memahami latarbelakang responden terhadap pemahaman mereka terhadap soalan soal selidik tersebut. Manakala soalan 11-20 meminta pandangan/pendapat berkenaan keadaan ketika gempa bumi tersebut. PERINGKAT PENGEDARAN BORANG SOALSELIDIK Dalam peringkat ini, 2 kaedah yang digunakan untuk pengedaran borang soalselidik. Kaedah yang digunakan ialah : i.Kaedah pengedaran melalui pos. ii.Kaedah pengedaran melaui e mail / sistem. Kaedah pengedaran melalui pos. Setelah borang soal selidik siap dicetak, proses pengedaran borang tersebut dilakukan. Proses pengedaran dan penerimaan kembali borang soal selidik ini mengambil masa selama 4 minggu. Proses ini agak dan merumitkan pada peringkat awal. Pengedaran borang soal selidik melalui pos ini ditujukan kepada guru-guru sekolah di semenanjung Malaysia sahaja. Borang ini dihantar secara sama rata di setiap negeri di semenanjung. Ini kerana bagi memperolehi data yang seragam serta tepat untuk menghasilkan satu kajian yang menyeluruh dan baik. Dengan kaedah pengedaran melalui pos ini, borang telah diedarkan kepada responden berserta sampul surat kosong bersetem yang beralamat sendiri. Cara ini telah difikirkan telah memberi kemudahan terbaik kepada responden untuk memberi maklumbalas positif bagi mendapatkan maklumat. Responden hanya perlu melengkapkan borang tersebut dan mengembalikan melalui pos. Ini adalah kaedah yang dianggap baik kerana ia tidak dilihat memberi kesulitan dan kesukaran kepada responden dalam berkerjasam memberi maklumat untuk kajian ini. Kaedah pengedaran melalui email/sistem Menggunakan kaedah ini, soalan soalselidik telah dimasukkan didalam laman web yang bernama ‘ question pro ‘ (Rajah 2 dan 3). Laman web ini boleh dilayari menggunakan alamat www.questionpro.com. Borang soalselidik dibuat didalam web ini dan ianya hanya sah selama 30 hari sahaja. Untuk membolehkan borang soal selidik ini sah lebih dari 30 hari ianya akan dikenakan bayaran. Namum demikian kajian email/sistem ini hanya dijalan selama 30 hari sahaja. Setelah menyiapkan soalan soal selidik di dalam laman web tersebut, ianya dihantar kepada responden melalui e-mail. Skop responden melalui kaedah ini tidak terhad kepada guru-guru sekolah sahaja tetapi ianya lebih umum lagi dan dihantar kepada sesiapa sahaja yang diketahui alamat emailnya. Apa yang menjadi masalah dalam kaedah pengedaran ini ialah untuk mendapatkan alamat e-mail responden. Sememangnya kedua-dua kaedah ini sama ada melalui pos atau melalui email banyak membantu dalam pengumpulan data untuk kajian ini dan ianya begitu efektif terutamanya pengedaran menggunakan email dan jimat dari segi kos jika dibandingkan menggunakan kaedah pengedaran melalui pos.

5

Rajah 2 : Laman yang digunakan untuk pengedaran borang soalselidik(www.questionpro.com)

Rajah 3: Borang soal selidik yang dihantar kepada responden melalui e-mail

PENERIMAAN BORANG SOAL SELIDIK. Penerimaan borang soal selidik adalah hasil daripada pengedaran dijalankan melalui kaedah pos dan dan pengedaran melalui e-mail. Pada kebiasaanya, penerimaan kembali borang soal selidik yang dihantar adalah kurang jika dibandingkan dengan jumlah yang dihantar. Dalam kes kajian ini, penerimaan borang adalah kurang memberansangkan dan ianya tidak

6 memcapai jumlah yang diinginkan. Namum demikian jumlah borang soal selidik yang diterima kembali sudah memadai untuk dianalisis dalam kajian yang dijalankan ini. Dengan menggunakan kaedah pengedaran melalui pos, borang yang dikembalikan adalah sebanyak 35 daripada 50 borang soal selidik yang dihantar. Sebanyak 15 lagi borang soal selidik yang tidak dikembali itu mungkin tidak mendapat kerjasama daripada responden ataupun berlaku keciciran semasa proses pengedaran borang tersebut. Keadah kedua yang digunakan ialah pengedaran melalui email kepada responden. Hasil yang diperolehi daripada kaedah ini boleh di kira agak memuaskan juga. Ini kerana borang soal selidik yang dihantar kepada responden boleh dikatakan 80 peratus dikembalikan dengan lengkap. Dari segi untuk menganalisis data, kaedah ini dilihat lebih mudah kerana keputusan terus dipaparkan dalam bentuk graf dan terus boleh dipindahkan ke excel.

Rajah 4 : Laporan yang diterima melalui Question Pro.

Rajah 5 : Borang soal selidik yang diterima melalui pos.

7 RUMUSAN Hasil daripada borang kaji selidik yang telah dibuat dan dianalisis, secara keseluruhannya masih memberi gambaran bahawa tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap bahaya bencana gempa bumi masih lagi rendah. Tahap kesedaran ini masih lagi boleh dipertingkatkan jika dibandingkan negara-negara seperti tahap kesedaran masyarakat di Jepun dan Taiwan. Ini kerana di negara-negara tersebut, pendedahan berkenaan bencana ini diterapkan sejak kecil lagi dan ianya menjadi satu kemestian di sekolah-sekolah untuk melakukan pendedahan kepada pelajar-pelajarnya. Dilihat daripada analisis yang dilakukan, terdapat keadaan dimana responden tidak tahu apa tindakan yang patut mereka ambil jika terjadi gempa bumi. Contoh dapat dilihat daripada soalan 15 di mana kebanyakan responden menjawab soalan yang tidak sepatut dan juga soalan 18 dapat dilihat responden tidak tahu apa tindakan sepatutnya mereka ambil. Diharapkan dengan kerjasama semua pihak satu usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat Malaysia berkenaan gempa bumi. Ini adalah kerana kesedaran berkenaan bencana gempa bumi amat penting kerana jiaka gempa bumi terjadi kadar kehilangan jiwa dijangka amat besar dan ianya hanya boleh dikurangkan sekira masyarakat faham apa yang perlu dilakukan semasa bencana dan sentiasa melakukan persediaan untuk menghadapinya.Keputusan dari maklum balas responden dalam peratus seperti jadual di bawah:

Jadual 1(a) : Peratusan jawapan responden untuk soalan 1 hingga 10. SOALAN

YA (%)

TIDAK (%)

1. Adakah anda mempunyai pengalaman menghadapi gempa bumi ?

11

89

2. Pada pendapat anda, adakah ada kemungkinan untuk berlaku gempa bumi di Malaysia ?

75

25

3. Pada pendapat anda, adakah struktur bangunan di Malaysia kuat untuk menanggung gegaran jika gempa bumi berlaku ?

12

88

4. Adakah tanda-tanda untuk berlakunya gempa bumi dapat dirasai/diketahui ?

58

42

5. Adakah anda pernah didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan persediaan menghadapi bencana gempa bumi?

30

70

6. Adakah anda dan keluarga pernah berbincang mengenai gempa bumi dan apa yang perlu dilakukan jika berlakunya gempa bumi ?

30

70

7. Adakah anda dan keluarga anda mempunyai tempat perlindungan yang selamat jika berlaku gempa bumi ?

6

94

8. Adakah anda dan keluarga anda mempunyai alat-alat dan ubatan kecemasan yang mungkin digunakan jika berlaku gempa bumi ?

15

85

9. Adakah anda tahu siapa/pihak yang patut hubungi untuk meminta bantuan jika bencana gempa bumi berlaku ?

48

52

10. Apakah anda tahu di mana untuk mendapat maklumat terkini berkenaan gempa bumi selepas bencana gempa bumi terjadi ?

32

68

8 Jadual 1(b) : Peratusan jawapan responden untuk soalan 11 hingga 20. 11. Pada pendapat anda, apakah tahap kemungkinan untuk berlaku gempa bumi di Malaysia ? 2% Serius. 41% Sederhana. 57% Tidak pasti 12. Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri-ciri bangunan yang selamat dan tidak runtuh jika gempa bumi terjadi ? 5% Mempunyai struktur yang besar dan kuat. 86% Mempunyai asas yang berupaya menyerap gegaran. 9% Tidak pasti. 13. Sebagai persediaan menghadapi gempa bumi, di manakah anda memyimpan bahanbahan yang mudah pecah seperti botol dan gelas ? 2% Di atas rak yang tinggi. . 71% Di atas rak yang rendah.. 27% Tidak pasti 14. Keadaan rak yang bagaimanakah yang dikatakan selamat jika gempa bumi terjadi ? 45% Diikat pada dinding rumah . 3% Diletak secara tersusun dan cantik 52% Tidak pasti 16. Anda berada di luar rumah, tiba-tiba gempa bumi berlaku, apakah tindakan anda ? 93% Cari tempat lapang dan terus kekal di situ sehingga gegaran berhenti . 2% Masuk ke dalam rumah atau bangunan dengan segera 5% Tidak pasti 17. Anda sedang berada dalam kenderaan, tiba-tiba gempa bumi berlaku, apakah tindakan anda ? Berhenti kenderaan jauh dari struktur bangunan dan kekal di dalam kenderaan 87% sehingga gegaran berhenti . Berhenti dengan segera di kawasan yang berhampiran bangunan, pokok dan 5% kabel-kabel elektrik 8% Tidak pasti 18. Anda sedang berada di tempat yang penuh sesak dengan orang ramai, tiba-tiba gempa bumi berlaku, apakah tindakan anda ? Tidak keluar dari tempat itu secara tergesa-gesa dan berebut-rebut serta 32% elakkan dari objek ataupun rak-rak yang berkemungkinan jatuh 58% Keluar dari tempat itu dengan segera 10% Tidak pasti 19. Selepas gegaran gempa bumi berhenti, anda terhidu bau gas, apakah tindakan anda ? 1% Menutup semua tingkap dan terus berada di dalam rumah . 95% Membuka semua pintu dan tingkap dan segera menutup saluran utama gas 4% Tidak pasti 20. Selepas gempa bumi berakhir, apakah tindakan segera yang patut anda ambil ? 92% Memeriksa kecederaan diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekit . 7% Tunggu untuk mendapat bantuan 1% Tidak pasti

9 CADANGAN Di sini penulis ingin mengemukakan beberapa cadangan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat berkenaan bahaya gempa bumi.Cadangan yang ingin dicadangkan adalah seperti : i.Menerapkan nilai-nilai kesedaran dan pengentahuan berkenaan menghadapi bencana gempa bumi di peringkat sekolah rendah lagi.

persediaan

ii.Mengadakan satu kempen tentang kesedaran bahaya gempa bumi di seluruh negara melibatkan semua pihak termasuk penglibatan media massa dan elektronik serta mengedarkan brosur atau poster (contoh seperti di lampiran). iii.Sentiasa mengadakan latihan kecemasan menghadapi gempa bumi di sekolah dan pejabat. iv.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai berkenaan kesedaran bahaya gempa bumi kepada anak-anak semasa di rumah. v.Ibu bapa sentiasa mengajar anak-anak mereka tentang pelan kecemasan terutama apabila berlaku gempa bumi. vi.Menyediakan frasarana ‘mesra gempa bumi’ seperti susun atur perabot dan alatan yang mudah jatuh dan pecah.

Pengetahuan asas mengenai bahaya terhadap sesuatu bancana seperti gempabumi dan bagaimana untuk menghadapinya jika ianya berlaku didapati penting untuk semua lapisan masyarakat. Masyarakat kita juga pada era ini berada di merata dunia untuk menjalankan kehidupan harian mereka sebagai pelajar, ahli perniagaan mahu pun pelancong. Sekurang-kurangnya kemahiran menghadapi bencana ini dapat diaplikasikan oleh mereka yang berkunjung ke negara lain yang mungkin mempunyai ancaman gempabumi secara langsung. Dengan adanya pengetahuan asas seperti ini mungkin dapat mengurangkan perasaan panik, buntu dan mungkin juga dapat menyelamatkan diri daripada kecederaan dan kehilangan nyawa.

RUJUKAN Jennings paul (1980). Earthquake engineering and hazard reduction in China CSCPRC Report no. 8, national Academy of Sciences, Washington DC. united states. Mohamad Hafiz Bin Hassan (2003). Kajian penentuan kadar bayaran F1 profesional. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia Teo Poh Geok (2003). Masalah kecacatan bangunan perumahan sebelum penyerahan kunci. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia U.S. Geological Survey (2006). Learning and Education. http://earthquake.usgs.gov/learning/

10 LAMPIRAN

Here are some additional tips for specific locations and conditions Drop, Cover and Hold!!!

Earthquake!!! When you feel an earthquake, DROP under a desk or a sturdy table. Stay away from windows, bookcases, file cabinets, heavy mirrors, hanging plants and other objects that could fall. Watch out for falling plaster or ceiling ties. Stay under COVER until the shaking stops. HOLD onto the desk or table. If it moves, move with it

If you are in a HIGH RISE BUILDING and not near a desk or table, move against an interior wall and protect your head with your arms. Face away from windows. Do not use the elevators

If you are out OUTDOORS, move to a clear area, away from trees, signs, buildings or downed electrical wires and poles

If you are on a SIDE WALK NEAR BUILDINGS, get into a building’s door way to protect yourself from falling bricks, glass, plasters and other debris

If you are DRIVING, slowly pull over to the side of the road and stop. Avoid overpasses, power lines and other hazards. Stay inside the vehicle until the shaking is over

11

Here are some additional tips for specific locations and conditions

If you are in the KITCHEN, move away from the refrigerator, stove and overhead cupboards. (Take time now to anchor appliances and install security latches on cupboard doors to reduce hazards).

If you are in a STADIUM or in a THEATRE, stay in your seat or get under it if possible and protect your head with your arms. Do not try to leave until the shaking is over. Then leave in a calm, orderly manner

If you are in the WHEEL CHAIR, stay in it. Move to cover, if possible, lock your wheel and protect your head with your arms

If you are in CROWDED STORE or OTHER PUBLIC PLACE, do not rush for exit. Move away from display shelves with object that could fall on you

If you SMELL GAS or HEAR A HISSING SOUND, open a window and leave the building. Shut off the main gas valve outside the building

After an earthquake, be prepared for AFTERSHOCKS and plan where you will take cover when these occur

Suggest Documents