UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS Tarikh: 1~~

PUMS99 : \ UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS@ JUDUL: t\'f1S"tJ ,~'" ~"M\-A.I ~~ f'J1ttJ t:..e§~~N Il..INUJItN Iftf "IHI.....
Author: Walter Conley
0 downloads 4 Views 3MB Size
PUMS99 : \

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS@ JUDUL:

t\'f1S"tJ ,~'" ~"M\-A.I

~~

f'J1ttJ t:..e§~~N

Il..INUJItN

Iftf "IHI..I

Ef!.l~: ~-j'~N

¥'----"--'-----_ rP ~ _'__=:_:_ L ~=ms, =~___

Q) l.A-t.A1.O{).ftu

'1'Ae1.ft1

ft:~ ~

SESIPENGAJlAN:._-----'--lOD1

SA Y A._ _

(HURUF BESAR)

It

q ""'~

. ·~mengaku membenarkan tesis (LPSMISarjana/Doktor FaIsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-

I. 2. 3. 4.

,.....

Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institutsi pengajian tinggi. Si la tandakan (I)

D

(Mengandungi mak lumat yang berdarjah keselamatan atau Kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMJ 1972)

SULIT

[2J

TERHAD

D

TlpAK TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

¥

,

Disahkan Oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Nama Penyelia Tarikh:

Tarikh:_H ,---+-

1~~

CATATAN:- *Potong yang tidak berkenaan. **1ika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. lagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saljana secara PERPUSTAKAAN UMS tai bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana

III

1400017165

KESAN IKLAN MAKANAN RINGAN TELEVISYEN KE ATAS TABIAT MAKAN DAN KEGEMARAN BELlA: KAlIAN DI KALANGAN PELAlAR UMS

YAPYEE LENG HA2006-2698 PERPUSTAKAAN ..aSITI MALAYSIA SAiiAH

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial ( Komunikasi) dengan kepujian.

PROGRAM KOMUNIKASI

SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2009

I

Pengesahan Penyelia Latihan Ilmiah

Latihan ilmiah bertajuk 'Kesan Iklan Makanan Ringan Televisyen Ke Atas Tabiat Makan Dan Kegemaran Belia: Kajian Di Kalangan Pelajar UMS', yang disediakan oleh Yap Yee Leng bagi memenuhi syarat mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian. Saya mengesahkan bahawa latihan ilmiah ini telah dihasilkan oleh pelajar ini mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Disahkan oleh

~~AQ~ AbdUiiat1

( Dzulkifle Binsin ) DluMdtIte Allduflah lin... Fn,1IfIIl Program ~

~h Sains SosiaI Universiti Malaysia Sabah

~t Pembaca Kedua ( Lee Kuok Tiung ) LEE KUOK TIUNG .

.

Pensyarah program Kon:unlkasl 5ekolah 5ains 50sIai Universiti Malaysia 5abah

II

Perakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa latihan ilmiah ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali nukilannukilan, ringkasan dan rujukan yang setiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.

Nama: Yap Yee Leng HA2006-2698

Tarikh

III

Penghargaan

Saya bersyukur dapat menghabiskan latihan ilmiah ini untuk memenuhi syarat-syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian, Universiti Malaysia Sabah. Terlebih dahulu saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada penyelia latihan ilmiah saya, Encik Dzulkiflee Abdullah Binsin, atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang latihan ilmiah ini dijalankan. Saya juga ingin merakam jutaan penghargaan kepada semua pensyarah Program Komunikasi atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan selama tiga tahun berada di Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Di sam ping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya serta sahabat handai kerana memberi sumbangan dari segi kewangan, tenaga dan moral untuk membolehkan saya menjalani latihan ilmiah saya. Akhir sekali, saya ingin meminta maaf sekiranya saya menimbulkan sebarang kesulitan sepanjang latihan ilmiah saya dijalankan.

IV

Senarai Jadual

Jadual

Muka Surat

4.0.1(a)

Kegemaran makan makanan ringan

28

4.0.1(b)

Kegemaran makan makanan ringan

29

4.0.2(a)

Kekerapan mengambil makanan ringan

30

4.0.2(b)

Kekerapan mengambil makanan ringan

31

4.0.3(a)

Masa yang diluangkan untuk menonton televisyen dalam sehari

32

4.0.3(b)

Masa yang diluangkan untuk menonton televisyen dalam sehari

33

4.0.4(a)

Bila mula makan makanan ringan

34

4.0.4(b)

Bila mula makan makanan ringan

35

4.0.5(a)

Faktor yang menyebabkan responden makan makanan ringan

36

4.0.5(b)

Faktor yang menyebabkan responden makan makanan ringan

37

4.0.6(a)

Perhatian pada iklan makanan ringan semasa menonton televisyen

38

4.0.6(b)

Perhatian pada iklan makanan ringan semasa menonton televisyen

39

4.0.7(a)

Iklan akan mengubah tabiat makan dan kegemaran responden atau tidak

40

4.0.7(b)

Iklan akan mengubah tabiat makan dan kegemaran responden atau tidak

42

4.0.8(a)

Kesan iklan terhadap tabiat makan dan kegemaran responden jika terus menonton iklan makanan ringan televisyen yang disiarkan

44

4.0.8(b)

Kesan iklan terhadap tabiat makan dan kegemaran responden jika terus menonton iklan makanan ringan televisyen yang disiarkan

46

v

Abstrak

Kesan Iklan Makanan Ringan Televisyen Ke Atas Tabiat Makan Dan Kegemaran Selia: Kajian Di Kalangan Pelajar UMS

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat kesan iklan makanan ringan televisyen ke atas tabiat makan dan kegemaran belia. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kumpulan fokus untuk menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Objektif kajian pertama adalah menguji sama ada iklan makanan ringan televisyen berkesan dalam mengubah tabiat makan dan kegemaran belia atau tidak. Objektif kajian kedua adalah menguji persepsi belia terhadap iklan makanan ringan televisyen merupakan saluran utama dan penting untuk mempromosikan makanan ringan. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati iklan makanan ringan televisyen adalah mempunyai kesan ke atas tabiat makan dan kegemaran belia.

VI

Abstract The Effects Of Television Advertisements For lunk Food On Adults' Food Attitudes And Preferences: Research On Students UMS

The research was done to examine the effects of television advertisements for junk food on adults' food attitudes and preferences. This research used the focus group method to achieve the research objectives. The first objective of this research is to look whether the television advertisements for junk food have effect or changes in adult's food attitudes and preferences. The second objective is to examine the perception of adult on television advertisements for junk food as a main channel to promote junk food. This research discovers that food advertisements for junk food are effective on adults' food attitudes and preferences.

lSI KANDUNGAN

Kandungan

Muka Surat

Abstrak

Bab 1: Pengenalan

1.0

Sejarah Periklanan di Malaysia

1

1.1

Latar Belakang Kajian

3

1.2

Kenyataan Masalah

6

1.3

Persoalan Kajian

8

1.4

Objektif Kajian

1.4.1 Objektif Utama

8

1.4.2 Objektif Khusus

8

1.5

Kepentingan Kajian

9

1.6

Limitasi Kajian

10

Bab 2 : Sorotan Literatur

2.0

Definisi Periklanan

11

2.1

Kerangka Teori

12

2.2

Model

14

2.3

Kajian Lepas

15

8ab 3 : Metodologi Kajian

3.0

Kaedah Kajian

22

3.1

Instrumen Kajian

22

3.2

Populasi

23

3.3

Sampel

23

3.4

Prosedur Persampelan

23

3.5

Definisi Konsep

24

3.6

Definisi Operational

24

3.7

Jadual Menjalankan Kajian

25

8ab 4 : Pembentangan dan Analisis Data

4.0

Penemuan PenyeJidikan 8erdasarkan Transkrip Data

26

4.0.1 Kegemaran makan makanan ringan

28

4.0.2 Kekerapan mengambi/ makanan ringan

30

4.0.3 Masa yang di/uangkan untuk menonton televisyen

32

4.0.4 8i/a mula makan makanan ringan

34

4.0.5 Faktor yang menyebabkan responden makan makanan

36

ringan

4.0.6 Perhatian pada iklan makanan ringan semasa menonton

38

televisyen

4.0.7 Iklan akan mengubah tabiat makan dan kegemaran

40

responden atau tidak

4.0.8 Kesan iklan terhadap tabiat makan dan kegemaran

44

4.0.9 Iklan makanan ringan patut diharankan atau tidak

48

responden jika terus menonton iklan makanan ringan televisyen yang disiarkan

8ab 5 : Kesimpulan dan Perbincangan 5.0

Perbincangan kajian berdasarkan objektif kajian

52

5.0.1

52

Kesan iklan makanan ringan televisyen terhadap tabiat makan dan kegemaran belia

5.0.2 Iklan makanan ringan televisyen akan memberi kesan terhadap tabiat makan dan kegemaran belia

53

5.0.3

54

Iklan makanan ringan merupakan satu saluran utama dan penting untuk mempromosikan makanan ringan

5.1

Perbincangan kajian berdasarkan sorotan literatur kajian

54

5.2

Cadangan

56

5.3

Kesimpulan

57

RUjukan Lampiran

I

BABl

PENGENALAN

1.0

Sejarah Periklanan di Malaysia

Menurut Mohd. Sidin dan Noorbathi (2002), periklanan mula wujud di Malaysia dan Singapura pada kurun ke-19, iaitu semasa kedatangan pedagang-pedagang asing ke Negeri-Negeri Selat. Ia berkembang bersama media cetak di bandarbandar besar di Semenanjung Malaysia. Media yang digunakan pada waktu itu amat terbatas dan teknik penerbitannya adalah tidak begitu menarik perhatian. Namun begitu, prinsip asasnya iaitu periklanan diperlukan dengan bertujuan menjual barangan, masih dipegang teguh. Corak periklanan pada waktu itu adalah terdiri daripada poster, risalah dan akhbar di mana semua adalah dalam bahasa Inggeris dan lebih menitikberatkan beberapa kawasan pelabuhan seperti Singapura dan Pulau Pinang. Akhbar pertama di negara ini, The Prince of Wales Island's Gazette yang diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1805, merupakan akhbar pertama yang memuatkan iklan di negara ini (Mohd Hamdan, 1997). Maka, boleh dikatakan bahawa kemunculan media cetak di pusat perdagangan Tanah Melayu seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang telah menyebabkan media cetak menjadi satu media utama dan berkesan bagi pedagang untuk menyebarkan maklumat dan mempromosikan produk, pengeluaran dan perkhidmatan mereka.

2 Jelas kelihatan industri periklanan di Malaysia mula berkembang serentak dengan kegiatan perdagangan antarabangsa yang wujud di Malaysia. Contohnya, seperti yang ditunjukkan pada halaman pertama akhbar The Straits Times pada 15 Julai 1845. Terdapat pelbagai jenis iklan seperti pergerakan perkapalan yang melambangkan kegiatan perdagangan dipaparkan dalam suratkhabar tersebut. (Mohd. Sidin dan Noorbathi, 2002) Menjelang kurun ke-20, barangan yang diiklankan tidak hanya terhad kepada ubat-ubatan, perkapalan dan penginapan, tetapi juga termasuk kereta, senapang, mesin dan sebagainya (Mohd. Sidin dan Noorbathi, 2002). Ini bermakna periklanan semakin penting dan penggunaan iklan untuk menyebarkan maklumat dan promosi semakin meningkat. Singapopre and Malayan Directory telah menyenaraikan lebih kurang 17 buah syarikat yang mengkhusus dalam periklanan, publisiti dan kajian pasaran di Malaya dan Singapura pada tahun 1930. Agensi-agensi yang disenaraikan tersebut hanya berfungsi memberi panduan tentang cara menjual barangan dengan berkesan dan cekap kepada khalayak tertentu. Menurut Mohd. Sidin dan Noorbathi (2002), media lain seperti televisyen, poster dan lain-lain telah menguasai bidang periklanan menjelang tahun 1980-an. Atas faktor perkembangan teknologi, penggunaan media di kalangan khalayak tidak hanya terhad kepada media cetak sahaja. Justeru, iklan boleh disiarkan melalui pelbagai saluran media selain daripada media cetak. Pada 1 Mei 1948, Persatuan Periklanan Ejen Bertauliah (Association of Accredited Advertising Agents) untuk melindungi kepentingan agensi periklanan

yang banyak ditubuhkan dan industri periklanan yang pesat berkembang di

3 Malaya. Selepas itu, para pengiklan telah menubuhkan Persatuan Pengiklan Malaya iaitu Malaya Advertisers Association (MAA) pada tahun 1952. Presiden MAA pertama adalah Datuk James Peter Chin dan ahli-ahli awal persatuan ini termasuklah Fraser and Neave, Shell, Nestle dan Lever Brothers (Mohd. Sidin & Noorbathi, 2002). Corak periklanan di Malaya pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 yang banyak mencerminkan unsur-unsur Barat mungkin disebabkan Malaya merupakan jajahan Inggeris pada masa tersebut. Namun demikian, unsur-unsur periklanan berubah disebabkan perubahan zaman dan iklan yang disiarkan harus bersesuaian dengan kebudayaan masyarakat serta minat pasaran tempatan.

1.1

Latar Belakang Kajian

Berdasarkan statistik Kementerian kesihatan Malaysia tahun 2007, 22% daripada populasi dewasa adalah gemuk dan 6.8% adalah obesiti. Dalam pada itu, bilangan pesakit dijangka akan bertambah sebanyak 13% menjelang tahun 2020 atas sebab menjangkit penyakit obesiti. Pada awal tahun 2007, Kementerian Kesihatan telah menyatakan bahawa ia telah membelanjakan RM 180 juta (20%) daripada peruntukan tahunan

sebanyak RM 900 juta

untuk mencegah

peningkatan kadar penyakit kronik seperti hipertensi, diabetis, dan kolesterol tinggi rakyat Malaysia (Buletin Pengguna, 2008). Obesiti adalah bermaksud kegemukan iaitu suatu keadaan berat badan seseorang yang mengalami 20 peratus melebihi normal. Mengikut skala antarabangsa, individu yang mempunyai BMI (Body Mass IndeX) 18.5 sehingga

4 24.9kg/m adalah ditakrifkan sebagai berat normal. Selain itu, kegemukan dalam perkataan lain adalah obesiti yang dianggap satu penyakit di mana terdapat lebihan

lemak yang

terkumpul

pada

tubuh

seseorang

sehingga

boleh

membahayakan kesihatan. Kegemukan boleh menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis dan strok (http://www.medicine.ukm.mY/wiki/index.php/Obesiti). Banyak kritikan tentang iklan ditujukan kepada iklan makanan televisyen kerana

ia dipercayai dapat mempengaruhi tabiat makan dan

makanan

kegemaran penonton, terutamanya dalam mempromosikan makanan ringan kepada penonton (Dixon, Scully, Wakefield, White & Crawford, 2007). Perkataan iklan berasal daripada perkataan Arab, nan yang bermaksud "khabar yang disiarkan". Dalam bahasa Inggeris, perkataan advertising dipinjam daripada perkataan Latin advetere yang bermaksud "memalingkan fikiran kepada" sesuatu perkara (Mohd. Sidin & Noorbathi, 2002). Secara umumnya, periklanan memang memalingkan perhatian orang ramai kepada suatu barang atau perkhidmatan. Dalam erti yang lebih luas, periklanan selalunya dianggap sebagai satu bentuk pengumuman awam yang berbayar dan bertujuan untuk meningkat jualan barangan atau perkhidmatan. Salah satu saluran media yang digunakan untuk menyiarkan iklan adalah televisyen.

Iklan

televisyen

mempunyai

kuasa

yang

kuat

kerana

ia

menggabungkan tarikan visual dan tarikan audio, iklan televisyen boleh membawa tarikan yang amat kuat jika dibandingkan dengan iklan-iklan di media lain.

5 Suatu kajian telah dijalankan untuk mengkaji tentang hubungan antara iklan makanan dengan pengaruh tabiat makan dan makanan kegemaran kanakkanak. Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa hubungan positif antara iklan makanan dan pengaruh tabiat dan makanan kegemaran kanak-kanak (Dixon, Scully, Wakefield, White &Crawford, 2007). Ini bermakna iklan makanan berkhasiat akan memupuk tabiat makan dan makanan kegemaran kanak-kanak yang positif, manakala iklan makanan ringan pula akan memupuk tabiat makan dan makanan kegemaran kanak-kanak yang negatif. Iklan makanan ringan adalah iklan yang mempromosikan makanan yang dianggap sebagai tidak sihat atau tidak berkhasiat. Makanan ringan biasanya mengandungi kandungan lemak, garam atau gula dan pelbagai penambah makanan seperti kalium sorbet yang tinggi. Makanan ringan juga dianggap mengandungi

kandungan

protein,

vitamin

dan

serat

yang

kurang

(http://www.answer.com/topicliunk-food). Takrif belia menu rut Kementerian Selia dan Sukan Malaysia dalam kertas kerja "Cadangan Dasar Pembangunan Selia Negara" (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan takrifan Majlis Selia Malaysia. Selain itu, belia dianggap sebagai golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan. Golongan belia juga mempunyai keinginan untuk mencapai sikap bertanggungjawab; memperoleh bentuk nilai hidup dan sistem etika sebagai panduan tingkah laku serta mewujudkan satu ideologi untuk diri sendiri (http://www.pts.com.my). Kajian ini dijalankan untuk membuktikan sarna ada iklan makanan ringan akan memberi kesan terhadap tabiat makan dan kegemaran belia. Kajian ini

6 merupakan lanjutan kajian kesan iklan makanan berkhasiat dan iklan makanan ringan terhadap tabiat makan dan makanan kegemaran kanak-kanak. Kajian lepas ini dijalankan oleh Dixon, Scully, Wakefield, White &Crawford (2007). Jadi, kajian ini dijalankan untuk membuktikan sarna ada iklan memainkan peranannya dala~

mempromosikan barangan kepada penonton terutamanya memberi kesan

terhadap tabiat makan dan kegemaran belia.

1.2

Kenyataan Masalah Menurut Laporan World Health Organization (WHO) pada tahun 2006 bertajuk

Marketing of Food and Non-Alcoholic Beverages to Children, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pemasaran makanan yang mempunyai kandungan lemak, gula dan garam tinggi mempunyai kesan secara langsung dengan kehendak kanak-kanak untuk memakan makanan sebegini yang akan membawa kepada obesiti. Antara taktik-taktik pemasaran yang sering disasarkan kepada kanakkanak dan remaja oleh industri makanan adalah seperti iklan televisyen, penajaan program dan lain-lain (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal, 2008). Iklan televisyen dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penonton kerana ia menggabungkan tarikan visual dan audio, maka iklan televisyen boleh dikatakan membawa tarikan yang amat kuat dan mampu mempengaruhi penonton (Mohd. Sidin & Noorbathi, 2002).

Justeru, boleh

dikatakan bahawa hubungan antara sikap dan penontonan iklan televisyen adalah positif. Ini bermakna, tabiat makan dan makanan kegemaran seseorang

7 penonton akan berubah setelah menonton iklan makanan televisyen. Justeru, iklan televisyen memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan makanan ringan dan makanan yang berkhasiat kepada kanak-kanak dan remaja. Selia boleh dikatakan mempunyai pemikiran sendiri dan boleh membuat pertimbangan, dan kajian ini dijalankan untuk menguji sarna ada iklan makanan televisyen boleh memberi kesan terhadap tabiat makan dan makanan kegemaran belia. Kajian ini lebih menumpukan kepada kesan iklan makanan ringan televisyen terhadap belia. Pandangan belia terhadap iklan makanan ringan, perubahan tabiat makan dan kegemaran belia sebelum dan selepas menonton iklan makanan ringan televisyen akan diambil kira. Di sam ping itu, menurut Story dan French (2004), terdapat pelbagai faktor yang boleh mengubah tabiat makan dan pilihan makanan kanak-kanak dan remaja. Iklan makanan merupakan faktor utama di kalailgan faktor-faktor yang lain seperti pengaruh kawan, pengaruh persekitaran dan lain-lain. Hal ini kerana masyarakat masa kini hidup dalam zaman yang penuh dengan pelbagai jenis media dan teknologi. Jadi, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sarna ada iklan makanan ringan televisyen memberi kesan terhadap tabiat makan dan kegemaran belia atau sebaliknya.

8 1.3

Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1.

Adakah tabiat makan dan kegemaran belia berubah kerana kesan pendedahan iklan makanan ringan televisyen?

2.

Apakah persepsi belia terhadap penggunaan iklan dalam mempromosikan makanan ringan?

1.4

Objektif Kajian Objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Objektif Utama 1.

Secara keseluruhannya, kajian ini akan melihat kesan iklan makanan ringan televisyen terhadap tabiat makan dan kegemaran belia.

1.4.2 Objektif Khusus 1.

Iklan makanan ringan televisyen akan memberi kesan terhadap tabiat makan dan kegemaran belia.

2.

Iklan makanan ringan merupakan satu saluran utama dan penting untuk mempromosikan makanan ringan.

9

1.5

Kepentingan Kajian Terdapat tiga kepentingan dalam kajian ini. Kepentingan menyumbangkan

yang

kepada

pertama

adalah

pengumpulan

dapatan

maklumat.

hasil

Ini

kajian

dapat

bermakna,

segala

keputusan dan hasil kajian ini boleh disumbangkan kepada penyelidik yang lain pada masa akan datang. Ia boleh digunakan sebagai panduan untuk memperbaiki kesihatan belia. Kepentingan kajian yang kedua adalah mengetahui sejauh mana kesan iklan makanan televisyen ke atas tabiat makan dan kegemaran belia. Melalui kajian ini, penyelidik boleh mengetahui sarna ada iklan makanan televisyen merupakan salah satu faktor utama penyumbangan dalam peningkatan kadar kegemukan belia. Selain itu, penyelidik juga boleh mengetahui sarna ada iklan televisyen boleh memberi kesan terhadap tabiat makan dan makanan kegemaran belia atau tidak. Kepentingan

yang

ketiga

adalah

mengetahui

fa ktor-faktor

yang

mendorong seseorang remaja tertarik kepada satu-satu iklan yang disiarkan. Ini bermakna, kajian ini penting kepada penyelidik untuk mengetahui atau memastikan faktor-faktor yang memberi kesan terhadap belia.

10

1.6

Limitasi Kajian

Terdapat tiga limitasi yang dihadapi oleh penyelidik semasa menjalankan kajian ini. Limitasi yang pertama ialah tidak semua peringkat umur responden belia dimasukkan dalam kajian ini, kerana penyelidik tidak mempunyai tenaga penyelidik yang mencukupi. Ini ditunjukkan pada responden-responden dalam kajian ini adalah dalam lingkungan umur antara 19 hingga 23 tahun, dan tidak terdapat responden yang berumur lebih daripada lingkungan umur 19 hingga 23 tahun. Di samping itu, bilangan responden dalam setiap peringkat umur adalah banyak dan adalah tidak mudah untuk membuat kesimpulan jika penyelidik hanya tertumpu kepada satu peringkat umur yang tertentu. Limitasi yang kedua ialah kajian ini hanya tertumpu kepada satu kawasan atau tempat sahaja iaitu dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ini adalah kerana masa dan tenaga penyelidik yang terhad menyebabkan kajian ini tidak dapat dijalankan di kawasan yang lain untuk membuat perbandingan. Limitasi yang ketiga adalah tidak semua iklan makanan ringan televisyen digunakan dalam kajian ini. Ini kerana sumber iklan makanan boleh didapatkan daripada

Internet

sahaja. Penyelidik memuat turun iklan makanan televisyen

daripada satu laman web seperti

Youtube.

Jadi, bilangan iklan makanan yang

diperolehi adalah bergantung kepada individu tertentu untuk laman web

Youtube tersebut.

upload

dalam

11 BAB2

SOROTAN LITERATUR

2.0

Definisi Periklanan

Terdapat banyak variasi apabila seseorang itu menyebut tentang periklanan. Misalnya, menurut Wells, Burnett dan Moriarty (2003), periklanan mempunyai enam unsur. Antaranya adalah periklanan merupakan satu komunikasi yang berbayar; penganjur iklan adalah dikenal pasti; iklan cuba memujuk atau mempengaruhi pengguna untuk bertindak; mesej yang disampaikan melalui pelbagai jenis media massa; iklan adalah disampaikan kepada khalayak yang ramai; dan iklan adalah tidak hanya ditumpu kepada seorang individu sahaja. Ini bermakna, periklanan adalah suatu bentuk komunikasi yang dibayar oleh penganjur dengan menggunakan media massa bertujuan untuk memujuk atau mempengaruhi khalayak. Periklanan adalah satu teknik bagi komunikasi pasaran. Ia juga adalah sebahagian

daripada

teknik

promosi

untuk melariskan

jualan,

promosi

perdagangan dan jualan perseorangan. (Clow dan Baack, 2002) Ini bermaksud, periklanan adalah satu komunikasi yang utama untuk mendekati pengguna dan mempengaruhi khalayak tersebut. Selain itu, periklanan ialah satu alat pemasaran yang membantu menjual jenama barangan. Ia juga menolong membina keyakinan bagi syarikat dan institusi melalui penyampaian maklumat yang tepat kepada pengguna mengenai jenama atau syarikat (Mohd Hamdan, 1997) Maka, boleh dijelaskan bahawa

12 periklanan membantu pengguna dengan memberi makna atau peranan tentang barangan dan institusi. Pengguna akan disalurkan tentang apa yang boleh bertindak apabila suatu keluaran dipromosikan dan membantu pengguna untuk memahami dan menilai keluaran tersebut. Secara keseluruhan, periklanan boleh ditakrifkan sebagai satu proses komunikasi, proses pemasaran, proses ekonomi dan sosial, proses perhubungan awam dan proses maklumat dan pemujukan.

2.1

Kerangka Teori

Terdapat dua teori akan digunakan dalam kajian ini. Teori pertama adalah

Cultivation 777eory adalah lebih tertumpu kepada medium tertentu iaitu televisyen. Teori ini menyatakan bahawa televisyen membentuk konsep realiti sosial di kalangan masyarakat. ( Miller, 2005) Ini bermakna, sebarang program, iklan atau isu yang disiarkan melalui televisyen boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada pemikiran audien dalam jangka masa panjang. Teori juga menyatakan bahawa audien yang terdedah kepada televisyen dengan kekerapan yang banyak dalam jangka masa panjang, akan mengubah pandangan audien terhadap suatu isu dalam dunia. Selain itu, Cultivation 777eory ini juga menyatakan bahawa media massa membentuk suatu sikap dan nilai yang muncul dalam budaya masyarakat, manakala media pula mengekalkan nilainya di kalangan khalayak. ( Miller, 2005) Jadi, ia menggabungkan kedua-dua ciri ini menjadikan media seperti televisyen akan membentuk satu nilai atau sikap yang lain dan baru. Pada masa yang sama,

RUJUKAN Buku

Clow, K.E & Baack, Donald. 2002. Intergrated Advertising, Promotion & Marketing Communication. Boston: Pearson Education, Inc. Khidmat Terjemahan Nusantara. 2002. Perik/anan Sezaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diterjemahkan dari "Contemporary Advertising". Bovee, C.L. & Arens, W.F. 1986. Miller, K. 2005. Communication T77eories: Perspectives, Process and Contexts. 2nd Edition. Boston: McGraw-Hili International Edition. Mohd Hamdan Adnan. 1997. Periklanan: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Sidin Ahmad Ishak & Noorbathi Haji Badaruddin. 2002. Asas Periklanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Papalia, D.E. ,Olds, S.W. & Feldman, R.D. 2001. Human Development 8th Edition. Boston: McGraw-Hili. Syed Arabi Idid. 1998. Kaedah Penyelidik Komunikasi dan Sains Sosia!. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Steward, T.D. 2002. Principles ofResearch in Communication. Boston: A Pearson Education Compo Wells, W., Burnett, J. & Moriarty, S. 2003. Adverfsising: Principles and Practice. 6th Edition. United State: Pearson Education, Inc.

lurnal Coon, K.A., Goldberg, J., Rogers B.L. & Tucker, K.L. 2001. Relationship Between Use of Television During Meals and Children's Food Consumption Patterns. 107(1-9). D'Ixon, H.G., Scully, M.L., Wakefield, M.A., White, V.M. & Crawford, D.A. 2007. The

Effect of Television Advertisements for Junk Food versus Nutritious Food on Children'S Food Attitudes and Preferences. Journal ofSocial Science & Medicine. 65(1311-1323).

Jarrett, R.B., Thomas, T.N., Peterson, K.E., Wiech a, J., Sobol, A.M. & Gortmaker, S.L. 2003. Impact of Television Viewing Pattern on Fruit and Vegetable Consumption Among Adolescents. 112(1321- 1326). Lewis, MK & Hill, AJ. 1998. Food Advertising on British Children'S Television: A Content Analysis and Experimental Study with Nine-Year Olds. International Journal of Obesity. 22(206-214). Story, M. & Faulkner, P. 1990. The Prime Time Diet: A Content Analysis of Eating Behavior and Food Message in Television Program Content and Commercial, Journal ofPublic Health. 80(738-740). Story, M. & French Simone. 2004. Food Advertising and Marketing Directed at Children and Adolescents in the US. Journal ofBehavioral Nutrition and Physical Activity. (1-17).

Bahan Rujukan Elektronik

"Apa Itu Belia?" (atas talian) Dicetak 28 Februari 2009.

http://www.pts.com.my

"Bulletin Pengguna" (atas talian) http://www.kpdnhep.gov.my/buletin/MAC 2008. Dicetak 23 September 2008.

"Cadbury Chocolate" (atas talian) http://www.youtube.com/watch?v-LY9LevHaA2Y& feature=PlayList&P=CTF96E05A4204A48&playnext Dicetak 29 September 2008.

"Iklan

"Jack

"KFC

McDonald EURO 2008 Malaysia" http://www.youtube.com/watch?v=Q4mwpT2K2AQ Dicetak pada 29 September 2008.

n

Jill

(atas

talian)

TV

Commercial" (atas taJian) http://www.youtube.com/view play Iist?p=B9B6442B94EE5DFE&playnext-1& playnext from=PL&v=jPmKFsOyF2g Dicetak pada 29 September 2008.

\ Fresh New Look, Same Great Taste' http://www.youtube.cpm/watchMTTQErCT9RY Dicetak pada 29 September 2008.

Malaysia

Ad"

(atas

taJian)

"Kosmo! Online Recana Utama" (atas talian) www.kosmo.com/kosmolcontent.asp? y-2008&dt-0313&pub-kosmo&sec=Rencana Utama&pg=ru 01.htm. Dicetak 17 Oktober 2008.

"Nutrition" (atas taJian) http://www.answer.com/topiclnutrition. Dicetak 29 Ogos 2008.

"Obesiti" (atas talian) http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Obesiti. Dicetak 29 Ogos 2008.

"Paddle Pop Advertisement" http://www.youtube.com/watch?v= JBVDgJ9a2g Dicetak pada 29 September 2008.

(atas

talian)

"Twisties TV Commercial" htto:Uwww.youtube.com/watch?v=SPAMA9FFIU Dicetak pada 29 September 2008.

(atas

talian)

Latihan Ilmiah

Wendy Cheong Siew Yen. 2006. Meni/ai Keberkesanan Ik/an Suatu Perbandingan Ik/anIldan Da/am Maja/ah CLEO. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.