UiTM Private Healthcare Sdn Bhd

UiTM Private Healthcare Sdn Bhd UiTM Private Healthcare Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang pesat membangun dengan fokus terhadap perkhidmatan jaga...
Author: John King
21 downloads 3 Views 50KB Size
UiTM Private Healthcare Sdn Bhd UiTM Private Healthcare Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang pesat membangun dengan fokus terhadap perkhidmatan jagaan rawatan yang cemerlang. Selari dengan objektifnya, kami mencari individu yang memiliki motivasi dan berperwatakan positif untuk menyertai kami.

NO

JAWATAN

KEKOSONGAN

1

JURURAWAT

9

2

PEGAWAI FARMASI

1

3

PEMBANTU FARMASI

1

4

KERANI FARMASI

1

5

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

1

6

EKSEKUTIF KAWALAN KREDIT

1

7

EKSEKUTIF IT

1

8

KERANI KEWANGAN

1

9

KERANI: 1. PENDAFTARAN/KEMASUKAN

2

2. WAD/DISCAJ

1

3. REKOD PERUBATAN

1

10

PEMBANTU KESIHATAN

8

11

PEMBANTU PEGAWAI KHIDMAT

1

PELANGGAN

JURURAWAT Tugas Umum Memberi perawatan kesihatan dan memenuhi keperluan pesakit dengan memberi sokongan secara fizikal dan psikologi. Bekerjasama dengan pakar dan rakan sekerja dalam pelan perawatan kesihatan, Tanggungjawab • Memberikan perawatan yang terbaik kepada pesakit. Syarat-syarat • Diploma dalam bidang kejururawatan dari institusi yang diiktiraf. • Berdaftar dengan ‘Nursing Board’, Malaysia. • Bersedia bekerja secara shif. • Memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan pesakit dan rakan sekerja. • Berpengalaman bekerja di wad atau klinik adalah suatu kelebihan.

PEGAWAI FARMASI Tugas Umum Memastikan keperluan perlesenan yang berkaitan dipatuhi dan juga memastikan penyimpanan, perlabelan dan keperluan pembungkusan di penuhi. Bertanggungjawab untuk memesan stok dan kawalan inventori Tanggungjawab • Mewujud serta mengekalkan prosedur berkaitan QA seperti keselamatan pesakit dan pekerja serta pelupusan ubat-ubat adalah mengikut protokol. • Menguruskan pembelian ubatan dan produk farmasi • Mewujudkan kod dalam HIS untuk preskripsi ubat. • Menyediakan SOP dan carta alir kerja untuk mengelakkan kesilapan dalam pemberian ubat. • Menulis garis panduan untuk penggunaan ubat-ubatan dalam hospital. • Menyedia ubat-ubatan steril. • Memberi informasi pharmacology dan kaunseling kepada pesakit berkaitan terapi berasaskan ubat. Syarat-syarat • Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari institusi yang diiktiraf. • Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia • Pengalaman bekerja di mana-mana Farmasi merupakan suatu kelebihan.

PEMBANTU FARMASI Tugas Umum Bertanggungjawab untuk memberikan ubat mengikut preskripsi doctor dan bertanggungjawab mengamalkan protokol dan QA di jabatan. Tanggungjawab • Menyelenggara fail jabatan termasuk inventori. • Menerima, menyusun, mengira dan melabel menyimpan bekalan ubat. • Memeriksa ubat tamat tempoh dan memaklumkan kepada pegawai farmasi apabila bekalan berkurangan. • Melaksanakan prosedur berkaitan pemberian ubat kepada pesakit mengikut protokol yang telah ditetapkan. • Memproses ubatan yang tidak dituntut. • Memproses pemulangan ubatan kepada pembekal sekiranya diperlukan. Syarat-syarat • Sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Farmasi dari Universiti yang diiktiraf • Teliti • Berpengalaman bekerja di Farmasi adalah suatu kelebihan.

KERANI FARMASI Tugas Umum Membantu pegawai farmasi dan pembantu farmasi dalam urusan harian. Bertanggungjawab memastikan stok ubatan sentiasa tersusun dan kawasan kerja sentiasa kemas dan bersih. Tanggungjawab: • Memastikan kawasan kerja, rak ubat dan alatan sentiasa kemas dan bersih. • Mengisi & menyusun stok ubatan di rak mengikut label. • Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran seperti kemaskini fail berkaitan rekod preskripsi dan surat keluar masuk. • Kemaskini rekod inventori, resit, pembelian dan sebagainya. • Menyedia label preskripsi. • Mengendali mesin kira kapsul/tablet. Syarat-syarat: • Minimum SPM dengan keputusan cemerlang dalam subjek matematik atauKimia • Teliti • Boleh bekerja lebih masa

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN Tugas Umum Bertangungjawab untuk memastikan pelanggan (pakar perubatan, pesakit, waris pesakit, institusi luar) berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Turut bertanggungjawab untuk menyediakan penyelesaian kepada aduan dan ketidakpuashatian. Tanggungjawab: • Menguruskan aduan daripada pesakit dan waris. • Menyedia dan menganalisis laporan secara komprehensif. • Menganjurkan seminar berkaitan perkhidmatan di UiTM Private Specialist Centre. • Bertanggungjawab mendapatkan maklumbalas daripada pakar-pakar perubatan dan kakitangan sokongan berkaitan perkhidmatan di UiTM Private Specialist Centre. • Menjadi penghubung diantara insitusi luar dengan UiTM Private Specialist Centre. Syarat-syarat: • Memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang pengurusan hospital atau pengurusan perniagaan atau bidang-bidang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. • Berpengalaman menguruskan pelanggan dalam organisasi korporat adalah suatu kelebihan. EKSEKUTIF KAWALAN KREDIT Tugas-tugas Umum Bertanggungjawab dari segi pemulihan kewangan daripada pemiutang dengan membangunkan pengurusan kredit yang berkesan. Tanggungjawab: • Berurusan dengan syarikat insurans, pemiutang individu dan pelanggan korporat untuk mengesahkan pembayaran dan had perlindungan. • Memantau dan membuat panggilan susulan kepada pemiutang (individu/korporat atau insurans) berkenaan bayaran tertunggak. • Menghasilkan surat peringatan bayaran tertunggak kepada pemiutang. • Memaklumkan kepada pesakit sekiranya bil telah melepasi had kredit. • Mendapatkan bayaran tertunggak daripada pemiutang melalui telefon dan surat. • Menjana dan mengemukakan penyata akaun bulanan secara tepat. Syarat- syarat • Memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perakaunan atau bidang yang berkaitan dari institusi pengajian yang diiktiraf. • Memiliki pengalaman bekerja sebagai pegawai kawalan kredit adalah suatu kelebihan.

EKSEKUTIF IT Tugas-tugas umum Bertanggungjawab untuk menyelenggara Hospital Information System dan menyelaras/mentabdir laman sesawang. Tanggungjawab: • Menyelesaikan masalah berkaitan perkakasan dan perisian. • Melaksanankan pemeriksaan ke atas system untuk memastikan langkah-langkah keselamatan diikuti. • Analisis system untuk penambahbaikan dan melaksanankan perubahan yang perlu. • Bertanggungajawab unuk membaiki masalah kecil pada sistem dan berurusan dengan pihak pembekal sekiranya melibatkan penyelesaian yang lebih kompleks. • Mengemaskini kandungan lawan sesawang. Syarat-syarat: • Memiliki sekurang-kurangnya Sarjana Muda dalam bidang programming, software, Sistem IT atau bidang-bidang yang berkaitan dari institusi pengajian yang diiktiraf. KERANI KEWANGAN Tugas-Tugas Umum Melaksanakan tugas berkaitan dengan bil dan kutipan bayaran. Juga bertanggungjawab untuk memastikan semua akaun pesakit dibilkan selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak hospital. Tanggungjawab • Membentuk dan melaksanakan proses utama untuk semua operasi bil. • Melaksanakan proses ‘discharge’ pesakit selepas selesai menerima rawatan dari klinik/wad/OT selepas disahkan oleh doctor yang merawat. • Untuk menyediakan kod-kod yang tepat untuk semua prosedur yang berkaitan. • Memastikan Jadual Bayaran MMA dipatuhi. • Pemeriksaan kredit pada akaun pesakit untuk memastikan syarikat mempunyai semua maklumat berkaitan dengan pesakit. Syarat-syarat: • Memiliki sekurang-kurangnya SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Matematik. • Berpengetahuan tentang sistem komputer. • Teliti

KERANI: 1. PENDAFTARAN/KEMASUKAN 2. WAD/DISCAJ 3. REKOD PERUBATAN Tugas-tugas Umum • Memproses serta menguruskan kemasukan atau ‘discharge’ pesakit mengikut prosedur jabatan. • Menyelenggara rekod perubatan pesakit lama dan baru. Tanggungjawab: • Melaksanakan kemasukan pesakit mengikut polisi hospital. • Kemaskini rekod pesakit dalam Hospital Information System • Berhubung dengan syarikat insurans untuk mendapatkan perlindungan. • Memberi temujanji susulan.

surat

jaminan

Rekod Perubatan • Mewujudkan fail baru untuk pesakit baru. • Menyediakan fail pesakit berdasarkan temujanji. • Menghantar fail pesakit ke klinik/wad/ICU/HDU seperti yang diminta oleh pakar perubatan. Syarat-syarat • Memiliki sekurang-kurangnya SPM • Berpengetahuan menggunakan komputer • Teliti PEMBANTU KESIHATAN Tugas-tugas Umum Membantu jururawat dan pakar perubatan berkaitan prosedur di klinik dan wad. Tanggungjawab: • Membantu jururawat dengan tugas umum seperti mengambil baccan glukosa, ketinggian, berat dan BMI. • Membantu pakar perubatan dan jururawat dalam persediaan alatan untuk prosedur kecil samada di wad atau klinik. • Menyediakan pesakit untuk dihantar ke dewan bedah dan mengambil pesakit semula sejurus selesai pembedahan dan dihantar ke unit-unit berkaitan. • Mengumpul dan menghantar spesimen ke makmal. • Mencuci dan steril peralatan perubatan. • Memastikan bilik prosedur sentiasa kemas dan bersih. Syarat-syarat: • Memiliki sekurang-kurangnya SPM.

PEMBANTU PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN Tugas-tugas Umum Bertangungjawab untuk memastikan pelanggan (pesakit dan waris pesakit) menerima perkhidmatan sokongan yang baik. Tanggungjawab: • Membantu pegawai perkhidmatan pelanggan dalam menguruskan pelanggan (pesakit dan waris pesakit). • Menyampaikan maklumat kepada pesakit atau waris pesakit atau mana-mana pelanggan melalui telefon, elektronik dan melalui cara-cara yang lain. • Memajukan aduan pelanggan kepada pegawai atasan. • Memberi perkhidmatan asas kepada pesakit yang memerlukan seperti kerusi roda, menyediakan perkhidmatan teksi, tunjuk arah dan sebagainya. Syarat-syarat: • Memiliki sekurang-kurangnya SPM. • Memiliki lesen memandu • Boleh bekerja lebih masa PERHATIAN KEPADA PEMOHON: i.

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan dengan menghantar CV terkini bersama-sama gambar berukuran passport ke alamat berikut: UiTM Holdings Sdn Bhd (775885-T) Level 4, Block 1, INTEKMA Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda Section 7, 40000 Shah Alam Selangor Tel: 03-5522 5033 Fax: 03-5522 5059 Email: [email protected]

ii. iii. iv.

Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2015.