Terbitan Persatuan Sains Sosial Malaysia Malaysian Social Science Association Publication

.. • Pembangunan Untuk Manusia Berteraskan Islam • Production and Reproduction in Krian • Pilihanraya Sarawak 1983 • Language and Culture in S...
Author: Martin Powers
2 downloads 0 Views 4MB Size
..



Pembangunan Untuk Manusia Berteraskan Islam



Production and Reproduction in Krian



Pilihanraya Sarawak 1983



Language and Culture in Singapore



Neocolonial Domination in



Pembentukan Negara dan Pembinaan Bangsa Brunei

t~e

Philippines

Terbitan Persatua n Sains Sosial Malaysia Malaysian Social Science Association Publication

ILMU MASYARAKAT: 5

PEMBANGUNAN UNTUK MANUSIA ATAU MANUSIA UNTUK PEMBANGUNAN: ANALISA TENT ANG MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM Muhammad Syukri Salleh Dalam keghairahan terhadap pembangunan sekarang, secara sedar atau tidak, manusia telah, sedang dan akan menghadapi dua pilihan: samada terus dapat mempertahankan status manusia sebagai manusia, atau merendahkan status kemanusiaannya kepada taraf hamba pembangunan. Dalam pi!ihan pertama, manusia berdiri sebagai hamba AUah dan pemegang amanahNya (khalifah)1 , manakala pilihan kedua melucutkan perhubungan perhambaannya dengan Allah untuk menghambakan diri mereka kepada kebendaan. Kalau pilihan pertama terpaksa gugur dari kehidupan manusia, terberailah lingkungan kehidupan jalan yang Jurus (siratal-mustaqim}, Jantas berjalanlah mereka di dalam lorong yang gelap (zhulumaat). Proses pembangunan yang wujud hari ini oleh itu hanya memberikan dua alternatif yang perlu dipilih antara satunya. Campur-aduk antara keduanya akan melahirkan manusia sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasullallah s.a. w.: pagi menjadi hamba Allah dengan keimanannya, petang menjadi hamba benda dcngan kekufurannya, atau sebaliknya 2 _ Keadaan sebegini jelas bertentangan dengan firman Allah yang menyuruh manusia melaksanakan Islam dengan kcseluruhannya 3 . -- . . . .. - ·-· ···-·· Dalam rangkakerja pembangunan yang ada sekarang, walaupun kadangkala disisip-selit dengan unsur-unsur pembangunan yang bersesuaian dengan Islam, manusia Jebih cenderung terjcrumus kc da!am pilihan kcdua,

1All3h mcnetangkan hasratnya kcpada Malaika t untuk menjadilcan manusia sebagai khalifah di muka bumi dalam surah AI-Baqarah: 30. Liha t juga Yunus: 14; At-tiin: 4; dan AIAn'aam : 165. 2 Dari Abu Hurairah r.a. katanya: llersabda Rasullallah s.a.w: Dahuluilah olchmu dengan amal-amal saleh akan kedatangan haru-hara dahsyat sebagai saat-saat malam gelap gulita, yang pada waktu itu akan terjadi scora ng pada p~gin ya beriman dan pe tangnya kaftr, atau petangnya bcriman p-dginya kafir, agamanya dijual dengan keduniaan (Sha hih Muslim). 3 Allah berfirman ma.IQ;u9(!ya : 1iai. orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam lslam kese!ftnihll!lll)'a, dan janganlah k.amu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata·bagimu . .(AI-Baqarah: 208).

walaupun seringnya pilihan itu dilakukan tanpa sedar malah tidak merelainya sama sekali. Begitulah halusnya sistem pcmbangunan semasa mengelabui kedudukan manusia. Dengan asas dan matlamat yang asal, pembangunan boleh ditampung-tampung dengan elemen-elemen kelslaman sedangkan ianya terpisah dari ad..ugl.as. Ketika Islam menekankan kesempurnaan hidup sebagai natiwith distributive or equity objectives"19 Dengan lain perkataan, masalah pembangunan desa jah dari keimanan - sesuatu yang terdapat di dalam jiwa adalah masalah ketidakcukupan hasil pengeluaran manusia dan menyerlah keluar dalam amal dan tindakdan pendapatan sebagai kuasa beli, dan keduanya lakunya, samada amal dan tindak·laku dalam aktiviti adalah masalah pengagihan yang mesti diseimbang dan proses-proses pembangunan atau lainnya yang dan diagih secara adil.Begitulah juga tentang usaha- membentuk satu cara hidup, kumpulan ini menyemusaha yang dibuat oleh Fu-chen Lo, Kamal Salih dan pitkan maksud kesempurnaan hidup kepada keperluanMike Douglas20 yang cuba memikirkan tentang keperluan tabii' manusia yang berlandaskan kepada strategi altematif pembangunan wilayah: tujuannya peningkatan material semata-mata. Walaupun pada adalah untuk mencapai kesaksamaan pengagihan awal tulisannya S. Husin Ali 24 mengambil ugama dan 19world Bank, ibid, h. 1 7. 20 Lihat Lo, F-C, Kamal Salih & Douglas, M., Uneven Development, Rural-Urban Transformation and Regional Development Alternatives- in Asia, UNCRO Working Paper, Nagoya, Japan, 1978; 2.

21 ibid 22 Uhat S. Husin Ali, Apa Erti Pembangunan?, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka, hal. 8 23.b.d I 1 . 24.b.d J I .

6

mesjid sebagai satu analogi untuk rnernbezakan antara pernbangunan fizikal sebagai simbol dengan penyerlahan arnal sebagai pernbangunan sebenarya, narnun hujah beliau tetap rnenggarnbarkan pernisahan antara pernbangunan dengan ugarna. Beliau melihat ugarna sebagai salah satu kornponen pernbangunan, bukan pernbangunan sebagai salah satu komponen ugama sebagaimana sepatutnya. Bagi Islam, tidak akan sempurna manusia-manusia yang dididik di sekolahsekolah yang tidak rnengisi keimanan rnalah menjauh dan meretakkan perhubungan manusia-Allah, atau manusia-manusia yang menganggap merekalah penyembuh kepada berbagai penyakit di rumah-rumah sakit manakala para pesakit menganggap kesakitan semata-mata sebagai sesuatu yang menyiksakan dan kesembuhan mereka tidak diiringi dengan kesyukuran. Ertinya, kesempurnaan kekayaan dalam sesebuah negara belum bererti kesempurnaan manusia dalam negara tersebut kerana di celah-celah kekayaan itu, manusia tetap menderita kerana kebuluran keimanan. Dengan penglihatan terhadap kesempurnaan hid up manusia yang superftsial dan dengan analisis yang memisahkan ugama dengan pembangunan begini, S. Husin Ali meneruskan hujahnya: "Tujuan utama pembangunan ekonomi ialah untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebagian besar orang, bukan sebahagian kecil semata-mata. Adalah sangat penting mencapai taraf yang tinggi dalam bidang ekonomi kerana ini boleh menjadi asas yang kukuh bagi mendatangkan kebahagiaan dalam bidang yang lain - bidang pelajaran, bidang kemasyarakatan, bahkan bidang kebudayaan dan seterusnya" 2 5 Ol{'!h kerana kukuhnya kepercayaan, oleh kerana yakinnya dengan pemikiran bahawa kesempurnaan hidup dan kebahagiaan dapat dicapai melalui pening. katan ekonomi, maka pembangunan mengikut ahliahli teori pembangunan semasa, merupakan penglibatan siri-siri aktiviti ekonomi untuk meningkatkan kadar pengeluaran ekonomi seJuruhnya dan purata pekerja khususnya serta meningkatkan nisbah penerima gaji dari jumlah penduduk,26 sehingga samada penganut kapitalisme ataupun penganut ideologi

Muhammad Syukri

kekirian seperti Maoist 27 sekalipun merasakan bahawa peningkatan kadar pengeluaran yang pesat adalah faktor penentu kepada pembangunan manusia sebagai manusia yang penuh. Untuk ini manusia perlu memaksimakan daya-usahanya untuk meningkatkan daya pengeluaran semaksima mungkin, agar nanti tinggilah pendapatan mereka yang bererti tinggilah kuasa beli mereka sebagai media pertukaran untuk mendapatkan barangan dan khidmat pengguna .dalam usaha memaksimakan kepenggunaan mereka. Walaupun maksud asal ahli-ahli teori pembangunan ini adalab penekanan ke atas kepentingan manusia, namun dalam keadaan yang terlalu materialistik begini penekanan terhadap barangan menjadi lebih penting. Tanya berlaku dalam dua cara: pertama, matlamat peningkatan daya pengeluaran dimanifestasikan dalam bentuk barangan sebagai output, dan kedua, peningkatan pendapatan atau kuasa beli mernpamirkan keperluan meningkatkan kadar kepenggunaan dalam bentuk amal rnanusia sebagai percubaan memenuhi kepuasan nafsu. Dengan sistern pembangunan yang mengarahkan manusia kepada lorong pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata begini, manusia pun direndahkan statusnya dari menjadi tuan pembangunan kepada hamba pembangunan yang kerjanya hanyalah mengeluar dan mengguna. Untuk mempertahankan doktrin pengguna inilah, maka ahli-ahli teori pembangunan semasa begitu gusar dengan pengagihan yang tidak saksama, takut-takut ada segolongan yang tidak berpeluang mengguna padahal mereka tetap mengeJuar. Kesaksamaan dan keadilan pengagihan tidak sedikit pun ditentang oleh Islam, rnalah merestui dan rnenganjurkan umatnya berlaku saksarna dan adil dalam apa jua urusan. 2 8 Namun kalau pengeluaran dan kepenggunaan itu awal-awal lagi telah dilandaskan kepada matlamat yang bertentangan dengan Islam dan dilaksanakan dalam rangka kerja luar dari rangka kerja Islam sehingga konsep dan status manusia bertukar daripada manusia sebagai kha1ifah kepada manusia sebagai pengeluar dan pengguna semata-mata, maka kesaksamaan dan keadilan yang ingin dicapai itu merupakan hanya dahan-dahan yang tumbuh dari akar yang busuk, lalu 27

2S.b.d 1 I . 26 Lihat Bonne, A., Studierg in E'conomic Development, London, RKP,1980, hal. 250

Lihat Gurley, J.G. "Rural Development in China 1949-75 and the Lesson to Learn From It_", dim Maxwell, N. (cd.) Chinege Rood to Development, London, Edward Arnold, hal. 24. 28 uhat An·Nisaan: 58, 105, 135.

7

Pembangunan Berteraskan Islam

cepatlah pula ianya reput. Kesaksamaan dan keadilan yang ingin dicapai dalam rangka-matlamat dan rangka-kerja sebegini, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh berbagai strategi pembangunan yang cintakan kesaksamaan dan keadilan, akan hanya menjadi retorika yang mampu diulang-ulang di atas kertas sahaja. Hasilnya yang sungguh ketara, kata S. Abul A1a Maududi29, sekurang-kurangnya, adalab empat perkara berikut: (I) memperbanyakkan keperluankepeduan hidup manusia, (2) pertukaran keperluankeperluan ini melalui media pertukaran seperti matawang, (3) memperbanyakkan alat-alat pengeluaran untuk keperluan dan cara-cara pengangkutan dan perhubungan dan (4) menjaga kepuasan. Keempat-empat natijab ini sudab berupaya membentuk satu masyarakat pengeluar dan pengguna sebagaimana yang telab dilahirkan oleh sistem pembangunan kontemporari sekarang. Jadi kalau sistem pembangunan Islam mesti melahirkan manusia-manusia Islam yang makin meningkat keimanannya, sistem pembangunan semasa yang mementingkan kepada pengeluaran dan lcepenggunaan telah melabirkan manusia-manusia ekonomi dan sekaligus memperhambakan diri kepada pembangunan. Ketika sistem pembangunan berteraskan Islam membentuk pembangunan untuk manusia, sistem pembangunan semasa membentuk manusia untuk pembangunan. PEMBANGUNAN UNTUK MANUSIA DALAM SISTEM PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM Keupayaan sistem pembangunan berteraskan Islam mempergunakan pembangunan untuk manusia, bukan muanusia untuk pembangunan, adalah bernadikan kepada kedinamikan manusia Islam mempertahankan status mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi: tahu rahsia hidupnya, tabu perjalanan hidupnya, tabu matlamat hidupnya dan tabu tempat kekalnya. Walaupun Islam memberikan perhatian yang mendalam terhadap masalah pembangunan ekonomi, namun dengan status manusia sebagai manusia Islam sebegini, pembangunan ekonomi hanyalah merupakan sebahagian dari pembangunan kemanusiaan seluruhnya. Oleh itu, fokas Islam, walau dalam sektor ekonomi sekalipun, seperti kata Khurshid Ahmad, 30 adalah ke atas pembangunan manusia yang meliputi 29 S. Abdul A'la Maududi (1978) op. cit, hal. 10.

3°Khursid Ahmad, 1980, op. cit, hal. 178

dalam diri dan luar diri, manakala pembangunan ekonomi merupakan elemen akhlak dan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat manusia bercantum dan tidak terpisah. Dengan pendirian dan kedudukan manusia Islam yang semacam ini, sistem pengeluaran dan kepenggunaan boleh dikawal untuk tidak mendorong manusia menjadi hambanya, tetapi sebaliknya menghambakannya untuk manusia. Rahsia kedinamikan manusia Islam mempertahankan status mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi terkandung dalam konsep-konsep pembangunannya yang unik dan berbeza dari konsep-konsep sistem pembangunan semasa. Untuk maksud tulisan ini, akan kita bicarakan dua konsepnya yang penting: pengeIuaran dan kepenggunaan, serta mempamirkan kelainan konsep-konsep ini dengan konsep-konsep yang dipakai oleh sistem pembangunan semasa. KONSEP PENGELUARAN DALAM ISLAM Kesemua aliran pemikiran dalam sistem pembangunan semasa memulakan permasalahannya dengan satu andaian: sesungguhnya sumber-sumber alam ini adalah terhad, manakala kemahuan manusia tidak ter. had. Oleh itu mereka mestilah memikirkan bagaimana mahu menggunakan sumber-sumber alam yang terhad itu untuk memenuhi kemahuan manusia yang tidak terhad. Kaedah - kaedah untuk ini melibatkan sophistication. baik dalam penggunaan istilab atau penghuraiannya, sehingga pengikut-pengikut mereka kemudiannya tidak berupaya lagi menyedari bahawa aliran-aliran pemikiran itu sebenamya berlandaskan kepada satu andaian permulaan yang serupa. Islam mempunyai andaian berbeza untuk perkara pertama dan mempunyai kaedah tertentu untuk mengatasi permasalahan kedua. Dalam konteks fiz.ikalnya, sumber alam diakui terhad kalau ianya dipergunakan berlandaskan pencarian kepuasan nafsu manusia. Namun begitu, dalam konteks ketauhidan manusia Islam terhadap Tuhannya berserta dengan ainul-yaqinnya, sumber-sumber alam itu tidak terhad kerana sebagai Pencipta yang menyempurnakan penciptaannya, Allah telah menentukan kadar rezeki masing-masing di sam ping memberikan petunjuk-petunjuk (Al-Quran 87: 1-3).31 31 Firman bersabit dengan pemberian rezeki ini juga terdapa t di dalam banyak ayat-ayat lain, antaranya: Al-Baqarah: 126, 172; Az-Zukhruf: 32; An-An'aam: 151; Al-lsraa': 31; AnNisaa: 32; dan Ibrahim: 31.

8 Keduanya, sumber-sumber alam itu tidak terhad dalam konteks pelaksanaan etika pengagihan Islam yang bukan sahaja menegakkan kesaksamaan di peringkat penggunaan dan pengusahaan faktorfaktor pengeluaran, malah juga di peringkat pengagihan outputnya, walaupun untuk mereka yang tidak mempunyai perhubungan secara langsung dengan faktor-faktor pengeluaran itu, umpamanya mereka yang sudah uzur, tua, cacat, terlalu muda untuk menggunakan tenaga buruhnya dan sebagainya. Yang terhad bagi man usia ialah keupayaan, kemahi· ran dan pengetahuan mereka. Di sinilah perlunya manusia menggunakan kumiaan ikhtiar dengan sebaik mungltin dalam usaha berinteraksi dengan sumbersumber alarn atau diistilahkan sebagai faktor-faktor atau alat-alat pengeluaran oleh ahli-ahli pembangunan kontemporari, bukan sahaja untuk mewujudkan rallmatan-linnas: rahmat kepada manusia, tetapi juga rahmatan-lil-'alamin: rahmat kepada sekelian alam. Sesuai dengan penciptaan alam yang diiringi oleh peraturan dan hukum-hukum, 3 2 kaedah ikhtiar juga dtikat kejap oleh etika-etika: ikhtiar kerana Allah, untuk mencapai keredhaan Allah, ikhtiar tanpa menaflkan hak dan peluang manusia lain, untuk mencapai kesejahteraan umat dan alam sejagat. Dengan sifat alarn yang telah ditundukkan oleh Allah untuk manusia,3 3 dan memudahkan bumi ini bagi manusia, " ... mak.a berjalanlah di segala penjurunya dan mak.anlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan" (Al-Quran 6 7: 15 ), dan "apabilah telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah karnu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntuns" (Al-Quran 62:10). Dalam rangka kerja dan rangka matlamat inilah pengeluaran dalam sistem pembangunan berteraskan Islam dilaksanakan. Transformasi faktor-f aktor pengeluaran: sumber alam kepada barangan terakhir meli· batkan susah payah kerana sememangnya Allah menciptakan manusia berada dalam susah payah (AlQuran 90 :4 ) , dan memerl ukan penggunaan tenaga melalui tubuh dan persediaan manusia yang diper· kuatkan oleh Allah (Al-Quran 76-28), dalam satu rangka-lingkungan etika Islam. Proses-proses pengelua.ran jadinya adalah proses-proses mencari keredha32 uhat AJ-Furqaan: 2; Al-Hijr: 19; Thahaa;6;dan Al-A1aa:

1-3. 33 uh.a.t Al-Baqarah:29, 168; Ibrahim: 32-34; Yaasiin: 34-35, 72-73 ; An-Nahl: 5·8, 14, 80; dan Faathir: 12.

Muhammad Syukri

an Allah dengan mengguna.kan tenaga untuk menikmati kurniaan Allah, sesuai dengan suruhanNya. Dalam susah payah inilah manusia mudah tergelin cir dari land as an konsep pengeluaran Islam: apabila mereka menganggap hanya inilah tugas hidup mereka sehingga mengabdikan diri kepada proses-proses pengeluaran dan melupai tugas kemanusiaan yang Jain. Da· lam keadaan ini, fungsi manusia sudah terbalik menjadi hamba kepada pengeluaran, bukan lagi pengeluaran menjadi wasilah manusia mencapai mardatillah: keredhaan Allah. Dengan lain perkataan, konsep pengeluaran dalam pembangunan berteraskan Islam lahir dari manusia Islam yang lengkap sebagai manusia, cukup sebagai seorang manusia: yang tahu rahsia penciptaannya, yang tahu fungsi kejadiannya, yang tahu arah-matlamat yang ditujuinya. Aktiviti pengeluaran hanyalah sebahagian da.ri tugasnya, bukan tugasnya yang tung· gal. Di dalam ruang-lingkup kesedaran ini, mereka mesti mempastikan bahawa proses-proses penglibatan mereka di dalam proses pengeluaran tidak akan memusnahkan kemanusiaannya,. tidak akan merendahkan statusnya kepada perhambaan terhadap barangan. Sehubungan dengan ini, Manzer Kahf34 memberikan em pat prinsip asas pengeluaran berteraskan Islam : ( 1) mengetahui pandangan Islam terhadap manusia dan alam, (2) penlngkatan daya pengeluaran dalam lingkungan etika Islam, (3) membasmi pembiaransumbersumber alam kerana kemalasan, dan (4) menggunakan pendekatan ajaran dan perundangan Islam. Sistem produktif di dalam negara Islam, sebagaimana kata M. Abdul Mannan,3 5 mestilah dipandu oleh dua kriteria objektif dan kriteria ·subjektif. Kriteria objektif digamba.rkan dalam bentuk kebajikan yang boleh di· ukur dengan wang, manakala kriteria subjektif digambarkan dalam bentuk kebajikan yang boleh diukur dengan etika-etika ekonomi berlandaskan kepada AI-Quaran dan Sunnah. Hasil pengeluaran tera.khir melibatkan manusia ke dalam proses-proses kepenggunaan. Kepenggunaan ini pula dipandu oleh kemahuan manusia yang kononnya tidak terbatas. Di samping mengekui hakikat ketidakterbatasan kemahuan manusia-manusia ini, Islam

34 uhat Kahf, M., The Islamic Economy, Indiana, The Muslim Students' Association of the United States and Canada, 1978, hal. 30. 35 Uhat Abdul Mannan, Islamic Eco~wmics: Theory and Practice, Lohore, Ashraf, 1980, hal. 87 ..

Pembangunan Berteraskan Islam

mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk mengawalnya agar manusia, dalam menggunakan nikmat dan kumiaan Allah pun tetap jua dapat mempertahanka.n status mereka sebagai manusia seh.ingga tidak berupaya kemahuan itu memerintah diri mereka. Akan kita bincangkan kaedah-kaedah ini selepas perblncangan tentang konsep kepenggunaan dalam Islam di bawah llll.

KONSEP KEPENGGUNAAN DALAM ISLAM Kaedah kepenggunaan dalam sistem pembangunan semasa menekankan kepada tindak-laku pengguna (consumer behaviour) yang cuba memaksimakan kcpuasan ekonomi melalui kepenggunaan sebagai tahap paling akhir di dalam proses pembangunan. Dalam sistem kapitalis, perangsang tunggal ke arah kepenggunaan ini ialah wang, yang boleh didapati melalui peningkatan pendapatan hasil dari peningkatan daya pengeluaran. Oleh itu, nadi kepada sistem pembangunan kapitalisme ialah kuasa beli yang dimanifestasikan oleh wang tadl. Dengan kuasa beli yang ada pada mereka, utiliti atau kepuas.an kepenggunaan dipercayai boleh dicapai, kerana dalam sistem pembangunan sekarang wang sebagai media pertukaran ini menjadi raja kepada segala kehendak dan keperluan manusia. Setiap manusai yang mempunyai pelajaran formal yang paling minima pun meras.akan perlu makan gaji kerana sistem makan gaji menjanjikan wang tunal yang cepat, untuk mencari kepuasan naluri yang tidak terbatas itu. Dengan menggunakan teori marginalist, manusia diberitahu bahawa seseorang pengguna akan mencapai perseimbangan apabila beliau memaksimakan kepuasannya tertakluk kepada had-had pendapatannya.36 Dengan mcningkatkan pendapatan, tahap kepuasan akan turut meningkat. Oleh kerana kepuasan itu sendirJ adalah infinite, ynkni tidak ada noktahnya, maka manusia sering dilanda dilema apabila pengharapan kepuasannya tidak terupaya dipenuhi oleh pendapatannya yang rendah. Darjat manusia sebagai manusia pun meluncur turun ke tahap yang paling bawah dalam suasana yang tegang begini, apalagi apabila manusia mencurahkan segala hayat hidup dan tenaganya semata-mata untuk mencari kepuasan naluri kebendaan begini.

-----··- -

36

- -·- - - - -- -- - -

Dengan lain pcrkataan, kcseimbang.an ini dicapai apabila nisbah utiliti sut berbagai masa dengan nisbah harga wang mercka.

9

Asal-mula teori tindak-laku pengguna ini ialah konsep •rasionalisme ekonomi' yang menterjemahkan kelakuan mamlSia sebagai berasaskan kepada perkiraan-perkiraan tentang kejayaan ekonomi. Konsep kejayaan ekonomi yang dipak:ai di sini ialah "mengeluackan wang dari tenaga manusia"! Walaupun teori tindak-Jaku pengguna ini juga melibatkan utilitarianisme sebagai sumber kepada nilai-nilai moral dan sikap, namun ianya juga diarahkan untuk semata-mata mencapai matlamat kejayaan ekonomi tadi. Dari lingkungan pemikiran sebegini, manusia adalah tidak lcbih dari homo-economicus: manusia ekonomi. Pengukur kuantitatif kepada utiliti kepenggwlaan dalam sistem pembangunan semasa, terutamanya dalam kapitalisme, termasuk: ada atau tidak adanya wang, tinggi atau rendahnya kadar pengeluaran, tinggi atau rendahnya pendapatan. Ternyata pemikiran sistem pembangunan semasa ten tang kepenggunaan hanya terhad kepada satu dimensi aspek tingkah laku manusia semata-mata, dan gaga1 pula mendalami tingkahlaku manusia sebagai manusia yang cukup satu man usia. Kepenggunaan pada pandangan Islam sebenarnya telah Allah ciptakan bersama dengan penciptaan manusia, terutama apabila Allah berfrrman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai". Namun begitu, firman ini diiringi pada akhirnya oleh satu etika: ' '. . . dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang z.alim" (Al-Quran 2 :35). Implikasinya, walaupun kepenggunaan itu adalah fitrah manusia, namun ianya mempunyai had-had dan etika-etika tertentu agar manusia tidak terjerumuske jurang kehinaan yang menghancurkan sifat-sifat kemanusiaannya, malah menzalimi diri sendiri dan diri manusia sekelilingnya. Kepenggunaan da1am Islam tidak semata-mata diukur dari kepenggunaan kuantitatifnya, tetapi lebih penting dari itu ialah kepenggunaan kualitatifnya. Begitulah Allah menetapkan hukuman haram bagi seseorang man usia yang menikmati makanan misalnya, sedangkan jiran sebelah sedang tersiksa dengan kelaparan. Dalam konteks ini, kepuasan kepenggunaan bagi seorang manusia Islam bukan terletak kepada kuantiti, tetapi adalah kepada kualiti kepenggunaannya memberikan kcsan positif kepada orang di sekeliling dan masyarakatnya, tidak terdapatkah manusiamanusia yang dinafikan pengagihan penggunaan mereka oleh kepenggunaan bcliau itu, halal atau

10

haramkah barangan atau khidmat yang digunakan itu, bersyukurk:ah beliau dengan nikmat kepenggunaan itu, dan tidak hancurkah kemanusiaan beliau dalam proses kepenggunaan itu. Hal-hal sedemikian ini cukup serius bagi manusia-manusia Islam kerana tercakupnya kedua-dua skel waktu kehidupan: kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Menggunakan nikmat Allah di dunia akan diikuti oleh satu pertanyaan di akhirat sebagaimana telah diftrmankan oleh Allah: "Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu ten tang kenikmatan (yang kamu megahmegahkan di dunia itu)" (Al-Quran 102:8). Berpegang kepada etika-etik.a ini, kemegahan bagi orang Islam terutama kemegahan yang tercetus dari kepenggunaan tidak bermaharajalela dalam dirinya, malah sentiasa meresa puas apabila nikmat itu digunakan tanpa menentang arus etika-etika yang telah ditetapkan: mengagihkan sebahagian dari kekayaan mereka kepada manusia-manusia lain yang memerlukan kerana ". . . pada harta-harta meceka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian" (Al-Quran 51 :19), sentiasa bersikap sederhana kerana ". . . janganlah kamu berlebih-Iebihan" (Al-Quran 6: 141), mengelak dari perbuatan-perbuatan iual 1 dan tabtzir, 38 dan cuma mengguna barangan-barangan al-tayibat: yakni barangan-barangan yang baik, dan bersih dari pandangan Islam. Etika-etika ini dapat dilaksanakan oleh manusia Islam apabila mereka menyedari bahawa pengeluaran dan kepenggunaan hanyalah merupakan wasilah untuk mencapai matlamat terakhir manusia: mencari keredhaan Allah dan seterusnya menikmati hasanah fi 'd duniya dan hasanah fi 'l akhirah. Kejayaan ketaatan manusia Is1am terhadap pelaksanaan etika-etika ini berakar-umbi dan dikawal rapi oleh unsur-unsur dalaman diri yang terbentuk dari empat komponen utama: kalbu, roh, nafsu dan akal. Kesepaduan penyelarasan antara komponen-komponen inilah yang berupaya mengawal kemahuan-kemahuan manusia yang tidak terhad, sehingga manusia tetap bersemadi di takhta khalifahnya dan berupaya pula menguasai kemahuan-kemuhuan dirinya. Para saintis hanya mampu melihat komponenkomponen ini dari segi 1ahiriahnya: kalbu sebagai hati

Muhammad Syukri

yang mengepam darah ke seluruh urat saraf manusia, roh (atau roh tabii') sebagai wap atau gas yang keluar dari dalam hati menjalar ke seluruh urat saraf manusia, nafsu sebagai tabi'at-tabi'at - marah, berani, syahwat, hasad, dengki, dendam, tamak, haloba, riak dan sebagainya, dan akal daya pemikir manusia. Namun begitu manusia Islam, termasuk para saintis Islam, patut meliltat erti komponen ini dengan lebih mendaLam dan lebih jauh dari kewujudan Lahiriah semata. mata, kerana ianya juga dijadikan dati alam keanihan kejadian Tuhan yang bersifat latifah rabbaa-niah: yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, yang tidak dapat dijamah oleh tangan, tetapi dapat dirasai oleh pengakuan batin manusia sendiri. Oleh itu, kalbu dalam konteks pengertian yang kedua ini dikenali sebagai hati batin atau hati senirsang diumpamakan oleh Mohamed Al.Jiasi AI-Ahrnad 9 sebagai raja pemerin· tab diri, roh sebagai sesuatu yang amat hal us dan amat seni hingga tidak terupaya manusia memikirkannya, nafsu sebagaimana ghalibnya sebagai nafsu yang jahat tetapi boleh digilat dan dibersihkan dengan sabunsabun zikir, mujahadah (menggagahi perbuatan yang baik-baik) dan ikhlas kepada Allah, dan akal sebagai akal yang alim dengan ilmunya dan mengambil ilmu sebagai sifatnya. Manusia menjadi alat untuk pembangunan apabila nafsu menjadi raja diri, bukan hati. Kalau hati batin atau hati seni dapat mempertahankan ketahtaannya, pembangunan adalah untuk manu. sia, bukan manusia untuk pembangunan. Anjuran Islam adalah dengan cara yang kedua: bahawa manusia mesti mempertahankan hatinya sebagai raja dalam diri, agar nafsu jahat yang dikenali sebagai nafsu amma-rah tidak berupaya lagi mempengaruhi komponen lain dalam diri manusia itu, agar niat atas setiap kelakuannya suci dari kemungkaran dan kehinaan. Di samping itu, manusia mesti pula berikhtiar menjalankan taTbiyah (pendidikan) nafsu ke arah tingkatan yang lebih tinggi: peringkat lawwa-mah yang sentiasa mengamalkan self-criticism apabila ter· lalu dosa lalu segera pula bertaubat dan meminta ampun dari Allahdengan penuh penyesalan;kemudian ke peringkat mulhamah, dan seterusnya ke peringkat mutma-innah, radhiah, mardiyyah dan akhir sekali menjadi insan yang kamil, yakni maqam nafsu yang tertinggi sekali dan yang berupaya menghimpunkan

37

Israf crtinya membelanjakan secara berlebihan ke atas

barangan-barangan halal seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

38

Tabtzir ertinya membelanjakan ke atas sesuatu dengan cara haram dan dilarang oleh Islam.

39

Lihat Mohamed Al-Iiasi Al-Ahmad, Mengena/ Diri dan Wali Allah, Kota Bh?ru, Pustaka Aman, 1982, hal. 24.

Pembangunan Berteraskan Islam

antara bath in dengan zahir atau an tara hakikat dengan syariat. 4 0 Pembersihan nafsu amma-rah kepada peningkatan maqam insan·ul-kamil (manusia bermaqamkan kamil), bukan sahaja berupaya mengawal kemahuan-kamahuan tidak terhad untuk kepuasan naluri kebendaan, malah juga dengan dinamiknya dapat mempertahankan status diri dari dihancur oleh proses-proses pembangunan ekonomi. Pembersihan dan peningkatan nafsu ke arab peringkat al-kamil inilah sebenarnya pembangunan manusia: yakni mencakupi kemajuan taqwa, kemajuan rohani dan kemajuan ihsan antara manusia, dengan Allah sebagai teras. Kaedah menjalani proses tarbiyah nafsu ini ialah wirid: iaitu berzikir, bersalawat dan beristighafar agar kesepaduan ilmu, aka! dan iman dapat tercapai, lantas melahirkan manusia-manusia yang mustaqim, yang tetap di dalam iman baik• ketika senang atau susah, dengan aninul-yaqinnya kemudian haqqul-y(J(Iin, bukan ilmuf.yakin semata-mata. 41 Natijah dari kaedah-kaedah itti ialah tazlciyah an-nofs: penyucian nafsu, dan kemudiannya terserlahlah al-akhlak al-mahmudah: sifat-sifat hati yang terpuji. Dalam konteks pembangunan manusia yang luas begini, pembangunan ekonomi hanyalah merupakan satu syarat hidup yang menjadi tabii' alam sematamata. Manusia akan mencurahkan tenaga untuknya bukan sebagai hamba kepadanya, tetapi sebaliknya adalah untuk memenuhi keperluan·keperluan fitrah hidup mereka. Akan terhapuslah penindasan dan pemerasan antara manusia kerana di dalam diri masing-masing berkembang dengan suburnya maqam nafsu martabat tinggi yang menjadi kunci kepada segala amal dan perbuatan, termasukJah amal-amal dalam proses-proses pembangunan ekonomi, tanpa persaingan yang semata-mata berlandaskan kepada kepentingan.kepentingan sendiri. Beginilah· yang dikatakan sebagai pembangunan man usia sepadu : kesepaduan antara rohani dan jasmani. Pembangunan jasmani ada40

untuk mclihat ciri·dri ringkas maqam-maqam mifsu ini, sila lihat Mustapha Mohamed Al-Jiasi Al-Ahmadi, ibid, hal.

30-42. 410mu/.yaqin crtinya mengenali T uhan d engan adanya makhluk ini, yakni kepastian dari pcmikiran, induktif atau deduktif (Al·QU!lln 102:5}, ainu[.yaqin adalah kepastian dari penglihatan (Al-Quran 102:7), atau mengenal Tuhan dengan merasai kelazatan perkenalan itu, dan llaqqul-yaqin, kepastian dari pengalaman langsung (AJ-Qurari 69:51 ), atau mengenal Tuhan dengan mcngenali hakikat kesedapan perkenalan itu. Lihat Mustapha Mohamed Al-Jiasi Al-Ahmadi kamnan Tasauf. Kota Bharu, Pustaka Aman.l982 b, hal. 5 2-56 dan Zainal Ariffin Ab bas llmu Ta:rauf. Kota Bharu, Pustaka Aman, 1979, hal. 19-22.

11

lah manifestasi dari pembangunan rohani - yang di dalamnya bersinar dengan tazkiyah an-nofs dan al· akhlak al-mahmudah.

KESJM.PULAN Ternyata bahawa pembangunan berteraskan Islam melihat pembangunan ekonomi secara tidak terpisah dari seluruh fungsi kehidupan manusia. Oleh yang demikian, usaha-usaha pembentukan satu sistem pembangunan berteraskan Islam mestilah melibatkan satu perombakan semula definisi, matlamat dan rangka kelja pembangunan manusia, agar ianya benarbenar dapat berfungsi dan berkesan untuk membawa manusia dari zhulumaat kepada satu alam nu.r-Allah, untuk mengembalikan manusia dari memperhambakan diri kepada kegendaan kepada statusnya sebagai khalifah, pema.kmur dan pemegang amanah Allah sesuai dengan penciptaannya dalam sebaik-baik kejadian (Al-Quran 95 :4 ), untuk berfungsi memenuhi missi kewujudannya sebagaimana firman Allah (Al· Quran 51 :56) "Dan Aku tida.k mencipta.kan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu" . Pembangunan, tanpa perombakan dan pembentukan semula definisi, matlamat dan rangka l