SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE...
Author: Barrie Gregory
11 downloads 0 Views 321KB Size
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE BUSINESS UNTUK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

KOD SEBUTHARGA: SHM.001/1/37-4 JLD.2 (2)

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA: 21 Mac 2014 (JUMAAT)

MASA TUTUP SEBUTHARGA: 3.00 PETANG

HARGA DOKUMEN SEBUTHARGA: PERCUMA MELALUI LAMAN WEB RASMI SUHAKAM

PERINGATAN:

1.

2.

Kontraktor-Kontraktor dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran. Kontraktor adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen sebutharga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor untuk mendapatkan penjelasan daripada SUHAKAM.

1

ISI KANDUNGAN Dokumen Sebutharga ini mengandungi perkara-perkara berikut: BIL SEKSYEN

MUKA SURAT

1.

KENYATAAN SEBUTHARGA

3

2.

SENARAI SEMAK BORANG

6

3.

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

8

4.

BAHAGIAN II – JADUAL SPESIFIKASI PERISIAN

17

BAHAGIAN III – BORANG-BORANG

i. 5.

BORANG 1 - JADUAL HARGA PERISIAN ii. BORANG 2 - SOAL SELIDIK PROFIL SYARIKAT iii. BORANG 3 - PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN SYARIKAT

iv. BORANG 4 - BORANG AKUAN SEBUTHARGA v. BORANG 5 - SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA (Integrity Pact)

2

23

KENYATAAN SEBUTHARGA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE BUSINESS 1. Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor tempatan dengan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 210103 atau 210104 yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini yang belum luput tarikh untuk Sebutharga Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Untuk Sembilan Puluh (90) Pengguna Set Microsoft Office 365 Midsize Business Untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. 2. Butiran sebutharga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

BIL 1.

PERKARA

KOD DOKUMEN SEBUTHARGA

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, DAN MENTAULIAH, SET PERISIAN MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE UNTUK

KOD BIDANG

210103 atau 210104

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

3

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA

21 MAC 2014 (JUMAAT) JAM 3.00 PETANG

3.

Semasa tempoh iklan, kontraktor hendaklah FOTOSTAT (tidak dikembalikan) seperti berikut: 3.1 3.2

4.

mengemukakan

SALINAN

Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan; dan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera dari Kementerian Kewangan (jika berkenaan).

Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga sebelum pukul 3.00 petang pada atau sebelum pada 21 Mac 2014 sebelum atau pada tarikh tutup sebutharga seperti di atas, manakala dokumen sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan dan dicatatkan Nombor Sebutharga SHM.001/1/37-4 JLD.2 (2) pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua sampul surat. Keduadua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat dan dialamatkan kepada:Setiausaha, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 5 0250 Kuala Lumpur. Nombor Sebutharga SHM.001/1/37-4 JLD.2 (2) dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga sebelum pukul 3.00 petang pada atau sebelum pada 2 1 M a c 2014. Tawaran sebutharga yang lewat diterima TIDAK akan dipertimbangkan.

5.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia tidak terikat untuk menerima manamana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebutharga.

6.

Kontraktor-kontraktor dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak SUHAKAM di dalam dokumen sebutharga. Kontraktorkontraktor yang gagal mengemukakan kesemua dokumen- dokumen yang diminta, maka SUHAKAM mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran kontraktor.

7.

Sekiranya Jika ada kemusykilan/ masalah mengenai Proses Perolehan / Dokumen Sebutharga, Kontraktor bolehlah merujuk kepada Bahagian Perolehan, SUHAKAM. Nama

En.Ahmad Firdaus Abd. Shukor Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran) atau Puan Nurul Huda Rahim (Pembantu Tadbir Perolehan)

Alamat

Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur 4

8.

Telefon

03-2612 5600

Fax.

03-2612 5620

Email

[email protected] atau [email protected]

Waktu Pejabat

8.00 pg – 5.30 ptg (Isnin hingga Jumaat)

Iklan sebutharga ini juga boleh dirujuk di laman web Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di alamat berikut :http://www.suhakam.org.my/

5

LAMPIRAN A SENARAI SEMAK SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE BUSINESS UNTUK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (KOD SEBUTHARGA SHM.001/1/37-4 JLD.2 (2)) Sila Sertakan Dokumen Seperti Dalam Senarai Semakan ini Beserta Dengan Tawaran Sebutharga. Bil.

Dokumen Tawaran Teknikal

Perkara

Dokumen Tawaran Kewangan

1.

BAHAGIAN II - JADUAL SPESIFIKASI PERISIAN

2.

Borang I – JADUAL HARGA (telah lengkap diisi)



3.

Borang II – SOAL SELIDIK PROFIL SYARIKAT (telah lengkap diisi)



4.

Borang III – PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN SYARIKAT (telah lengkap diisi)





5.

Borang IV – BORANG AKUAN SEBUTHARGA (telah lengkap diisi)













6.

7.



Borang V – SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA (telah lengkap diisi) Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (Kod Bidang: 220301) (No. Pendaftaran: )

8.

Profail Syarikat



9.

Salinan Penyata Kewangan Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juruaudit bertauliah bagi tahun kewangan terakhir atau sekiranya tiada, bagi tahun kewangan setahun sebelumnya;



10.

Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai wang dalam tangan penyebutharga bagi tiga (3) bulan

 6

terakhir sebelum tarikh tutup sebutharga; 11.

Lain – lain sekiranya ada (sila catatkan)



7



BAHAGIAN I

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

8

1.

ARAHAN SEBUTHARGA

1.1

Pelawaan Sebutharga Sebutharga adalah dipelawa daripada (i) terbuka kepada semua syarikat tempatan (ii) syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan masih sah tempohnya di bawah pecahan kepala 210103 atau 210104; (iii) beralamat pendaftaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor bagi perolehan berikut:

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE BUSINESS UNTUK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA: Bil.

Perkara

Jumlah

i.

MICROSOFT OFFICE 365

90

1.2

Dokumen Yang Perlu Disertakan Dalam Dokumen Tawaran Seperti yang dinyatakan pada Senarai Semak (Lampiran A).

1.3

Pertanyaan Pertanyaan mengenai urusan Sebutharga hendaklah dibuat secara bertulis atau melalui faks dan dihantar sebelum tarikh tutup Sebutharga ke alamat seperti berikut: Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Telefon: 03-26125600 Faks: 03-26125620 (u.p.: En. Ahmad Firdaus Abd.Shukor)

9

Pertanyaan berkaitan teknikal hendaklah disalurkan kepada: Unit ICT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Tingkat 11, Menara TH Perdana,1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Telefon: 03-26125665 Faks: 03-26125620 (u.p.: En. Mohd Norismadi Ismail)

1.4

2.

Tarikh Tutup Sebutharga 1.4.1 Tarikh tutup sebutharga adalah jam 3.00 peta ng pada 2 1 hb Mac 2014 (Jumaat). Sebutharga-sebutharga hendaklah dikemukakan kepada S U H A K A M melalui dokumen hardcopy ke Ibu Pejabat SUHAKAM sebelum waktu dan tarikh tersebut. Sebutharga-sebutharga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2.1

Cadangan Sebutharga Cadangan Sebutharga hendaklah dibuat Perisian dan Jadual Spesifikasi Perisian.

pada

Jadual

Harga

2.2

Anggaran Keperluan Kuantiti yang diperlukan serta maklumat terperinci mengenai keperluan perisian adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran II.

2.3

Cara Pesanan Tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan, penyebutharga hendaklah membekalkan perisian yang disenaraikan untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

2.4

Tempoh Kontrak Tempoh kontrak adalah untuk dua (12) bulan bermula dari tarikh Surat Setuju terima ditandatangani oleh pembekal. SUHAKAM adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenar.

10

2.5

3.

Syarat-Syarat Am Sebutharga Dan Arahan Kepada Penyebutharga Pelawaan ini terikat kepada Syarat-Syarat Khas Sebutharga di Para 3 dan Syarat-Syarat Am Sebutharga di Para 4.

SYARAT-SYARAT KHAS Sebutharga 3.1

Cadangan Kewangan, Cadangan Teknikal dan Integrity Pact Cadangan Kewangan, Cadangan Teknikal yang berikut hendaklah dihantar sebelum tarikh / masa tutup tawaran awal: a. Lampiran I b. Lampiran II

3.4

Jadual Harga Perisian Jadual Spesifikasi Perisian

3.2

Tawaran Sebutharga SUHAKAM tidak terikat untuk menawarkan keseluruhan Sebutharga ini kepada satu Penyebutharga dan terbuka kepada semua.

3.3

Harga 3.3.1 Harga bersih bagi perisian yang ditawarkan mestilah dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk semua kos menghantar, memasang dan menguji perisian tersebut. 3.3.2 Penyebutharga yang menawarkan harga yang tertakluk kepada perubahan kadar pertukaran wang asing tidak akan dipertimbangkan. 3.3.3 Harga yang ditawarkan mestilah tidak melebihi dua angka perpuluhan. Sebagai contoh: RM0.20/unit. 3.3.4 Harga yang ditawarkan hendaklah sah selama tempoh empat puluh lima (45) hari dari tarikh bidaan bagi Sebutharga. Tempoh Jaminan Perisian yang ditawarkan mestilah meliputi dengan tempoh jaminan tidak kurang dari dua belas (12) bulan dari Tarikh Penerimaan Akhir. Dalam tempoh jaminan ini semua khidmat baik pulih, penyenggaraan dan penggantian perisian yang rosak hendaklah diberi tanpa dikenakan sebarang kos. Pembaikan ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam selepas menerima notis pemberitahuan. Sekiranya perisian tidak dapat berfungsi selama tujuh puluh dua (72) jam, penyebutharga hendaklah menggantikan perisian tersebut dengan perisian yang sama spesifikasi. Sekiranya penyebutharga tidak menggantikan perisian dalam tempoh tersebut, denda lewat akan dikenakan. SUHAKAM juga berhak untuk melantik pihak ketiga untuk membaiki perisian tersebut dan kosnya akan dicaj kepada penyebutharga.

11

3.5

Pembekalan dan Pemasangan Perisian Penyebutharga hendaklah menyempurnakan pembekalan dan pemasangan kesemua perisian berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.

3.6

Penerimaan Awal (Provisional Acceptance) Penyebutharga dikehendaki membenarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menjalankan ujian ke atas perisian yang dibekalkan untuk tempoh tiga puluh hari (30) hari dari tarikh siap pemasangan. SUHAKAM akan memaklumkan secara bertulis tarikh Penerimaan Awal sekiranya perisian tersebut berfungsi dengan sempurna dan down time tidak melebihi 5%. Down time bermaksud tempoh apabila perisian tidak dapat berfungsi kerana sistem breakdown.

3.7

Penerimaan Akhir (Final Acceptance) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia akan menggunakan perisian tersebut untuk tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penerimaan Awal. Dalam tempoh tersebut, penyebutharga bertanggungjawab membetulkan sebarang kelemahan yang dikesan. SUHAKAM akan memaklumkan secara bertulis tarikh Penerimaan Akhir sekiranya dalam tempoh berkenaan perisian tersebut berfungsi dengan sempurna dan downtime tidak melebihi 1%. Sekiranya perisian tersebut gagal memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki walaupun kerja-kerja pembaikan telah dijalankan oleh penyebutharga dalam tempoh yang telah dinyatakan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berhak mendapat gantian. Sekiranya perisian tersebut perlu diganti dengan yang lain, pihak penyebutharga hendaklah menanggung segala kos yang terlibat. SUHAKAM mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian sekiranya terdapat sebarang perisian yang tidak berfungsi kerana kesilapan / kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (workmanship) atau pada perisian.

3.8

Pembayaran 3.8.1 Semua bayaran dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). 3.8.2 Pembayaran kepada perisian yang telah dibekalkan boleh dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari selepas invois dan dokumen yang lengkap dan betul diterima. 3.9

Pengangkutan dan Penghantaran Semua kos pengangkutan dan penghantaran adalah ditanggung oleh penyebutharga sendiri.

3.10

Ujian Ke Atas Perisian Semua perisian yang dibekalkan untuk digunakan akan diuji mengikut prosedur yang ditetapkan SUHAKAM. Penyebutharga hendaklah menyediakan sokongan kepakaran untuk ujian-ujian tersebut di atas.

12

3.11

4.

Alamat Penghantaran i.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( I b u P e j a b a t ) Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

ii.

Pejabat SUHAKAM Sabah Suite E1, 8th Floor, CPS Tower, No.1, Jalan Centre Point, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

iii.

Pejabat SUHAKAM Sarawak Suite 8.01, 8.02 & 8.03, Tingkat 8, Tun Jugah Tower, 18, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak.

SYARAT-SYARAT AM Sebutharga

4.1

Am Penyebutharga-penyebutharga hendaklah memenuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini, membolehkan Sebutharga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

4.2

Peraturan Memasuki Sebutharga 4.2.1 Sebutharga dipelawa daripada syarikat-syarikat yang layak sahaja. 4.2.2 Tawaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan di dalam dokumen Sebutharga ini di mana berkenaan.

13

4.3

Tindakan Tatatertib / Pembatalan Pendaftaran Kontraktor Jika mana-mana penyebutharga; 4.3.1 Menarik balik Sebutharganya sebelum tamat tempoh Sah Laku Tawaran Sebutharga atau apa-apa tempoh lanjutan; atau 4.3.2 Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi menyerahkan Sebutharga (dan dalam hal yang sedemikian ia hendaklah disifatkan enggan dan tidak melaksanakan perjanjian kontrak yang normal, mengambil tindakan tatatertib terhadap penyebutharga atau memperakukan kepada pihak berkuasa supaya membatalkan pendaftaran penyebutharga sebagai kontraktor SUHAKAM).

4.4

Denda Lewat 4.4.1 Sekiranya penyebutharga gagal menyempurnakan pembekalan, pemasangan serta pembaikan perisian pada tarikh pembekalan dan pembaikan yang dipersetujui, penyebutharga adalah dikehendaki membayar pampasan wang yang berjumlah satu peratus (1%) daripada nilai harga perisian yang lewat dihantar atau diperbaiki untuk setiap hari. 4.4.2 Bagi kerja-kerja yang terpaksa ditangguhkan kerana sebabsebab di luar kawalan penyebutharga seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, bahaya laut atau seumpama, SUHAKAM boleh membenarkan perlanjutan tempoh kerja-kerja tersebut dengan syarat penyebutharga perlu mengemukakan notis sebab-sebab kerja tertangguh dan masa yang diperlukan.

4.5

Spesifikasi Teknikal 4.5.1 Spesifikasi bagi perisian yang diperlukan adalah dinyatakan di dalam Lampiran II. Penyebutharga yang menawarkan spesifikasi yang lebih rendah daripada spesifikasi minimum yang ditetapkan akan ditolak. 4.5.2 Perisian yang ditawarkan hendaklah berjenama asal / asli dan bukannya tiruan. 4.5.3 Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana perisian akibat daripada perbezaan antara pentafsiran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mengenai spesifikasi perisian yang berkenaan tidak akan dilayan. 4.5.4 Penyebutharga dikehendaki memberikan satu perakuan yang menyatakan bahawa perisian yang ditawarkan adalah memenuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan. Perakuan ini hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bersama-sama dengan Sebutharga yang dikemukakan.

14

4.6

Penerimaan Sebutharga 4.6.1 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau sebarang Sebutharga. 4.6.2 SUHAKAM tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang disebutkan dalam pelawaan Sebutharga ini akan dipesan kesemuanya. Walau bagaimanapun penyebutharga yang berjaya mestilah bersedia untuk membekalkan semua pesanan sekiranya ianya melebihi kuantiti yang dianggarkan dengan harga dan spesifikasi yang sama.

4.7

Jadual Pelaksanaan Penyebutharga dikehendaki menyediakan satu Jadual Pelaksanaan yang terperinci dan lengkap bagi tujuan penghantaran, pemasangan dan pengujian bagi perisian yang dicadangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

4.8

Perbelanjaan Urusan Sebutharga Sebarang kos perbelanjaan dalam urusan Sebutharga ini ditanggung oleh penyebutharga.

4.9

Peringatan SUHAKAM tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran. Segala keputusan SUHAKAM adalah muktamad.

4.10

Syarat-Syarat Sebutharga Syarat-syarat Khas dan Am dalam dokumen Sebutharga ini, setakat mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan kontrak ini hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak. Jika penyebutharga tidak mematuhi syarat-syarat Sebutharga di atas mengenai apa-apa jua hal, maka Sebutharganya akan ditolak.

15

BAHAGIAN II

JADUAL SPESIFIKASI PERISIAN

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

16

Lampiran I Jadual Spesifikasi Perisian A. Sistem Microsoft Office 365 PENDAHULUAN

i)

Pembekal adalah dipelawa untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Untuk Sembilan Puluh (90) Pengguna Set Microsoft Office 365 Midsize Business Untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

ii) Pembekal adalah dikehendaki mengikuti segala spesifikasi yang dinyatakan di dalam dokumen ini. Pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi kehendak pernyataan pelaksanaan dokumen spesifikasi.

iii) Bagi tujuan penilaian, Pembekal MESTI menepati semua spesifikasi WAJIB. Mana-mana tawaran yang tidak dapat menepati kesemua spesifikasi WAJIB tidak layak dipertimbangkan untuk perolehan dan spesifikasi-spesifikasi amnya tidak akan dinilai seterusnya.

iv) Bagi kehendak spesifikasi WAJIB, penyebutharga mesti menjawab/menjelaskan setiap perkara yang dikemukakan. Jawapan ‘YA/BETUL/COMPLY’ adalah tidak memadai dan mencukupi bagi perkara spesifikasi WAJIB.

18

1.0 KRITERIA SISTEM MICROSOFT OFFICE 365

BIL.

KETERANGAN

1.1

Sistem Microsoft Office 365 mestilah berupaya menyediakan capaian menggunakan aplikasi Office dari mana sahaja beserta aplikasi emel. Tempoh langganan adalah untuk 12 bulan

1.2

Cadangan penyebut harga hendaklah mengambil kira pengguna dari Ibu Pejabat, Sabah dan Sarawak.

PEMATUHAN Ya

Tidak

Features: Office apllications: Subscription to Office for up to 5 PCs/Macs per user. Hosted email: Business-class email, shared calendars, 50 GB of storage space per user Web conferencing, presence, and IM: Conduct meetings over the web with HD video conferencing, screen sharing, and instant messaging. Share presence, IM, and audio calling with Skype users Simple file sharing: 25 GB of personal storage for each user with SkyDrive Pro Spam and malware protection: 19

PENERANGAN

Premium anti-malware protection and antispam filtering Community and phone support: IT-level web support and 24/7 phone support for critical issues Intranet site for your teams: SharePoint sites provide workspaces with customizable security settings for individual teams within the organization Office Web Apps: Create and edit Word, Excel, PowerPoint, and OneNote files via a web browser Site mailboxes: Store and share email and documents in project-specific folders Active Directory integration: Manage user credentials and permissions. Single sign-on and synchronization with Active Directory Office Mobile for iPhone and Android phones: Access, edit, and view Word, Excel, and PowerPoint documents on iPhones and Android phones Other mobile apps: Access, edit, and view Word, Excel, and PowerPoint documents on Windows Phones. Use the OneNote, OWA, Lync Mobile, and SharePoint Newsfeed apps on most devices

20

2.0 PERKHIDMATAN

BIL.

KETERANGAN

2.1

Pembekalan dan Pemasangan

PEMATUHAN Ya

Tidak

Penyebut harga dikehendaki membekal lesen langganan yang diperlukan di lokasi berikut:

Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tingkat 11, Menara TH Perdana 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

2.1.1

Pejabat SUHAKAM SABAH Suite E1, 8th Floor, CPS Tower, No. 1, Jalan Centre Point, 88000 Kota Kinabalu, Sabah Pejabat SUHAKAM Sarawak Suite 8.01, 8.02 & 8.03, Tingkat 8, Tun Jugah Tower, 18, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

2.1.2

Penyebut harga dikehendaki memastikan setiap lesen langganan yang dibekalkan, 21

PENERANGAN

BIL.

KETERANGAN

PEMATUHAN Ya

Tidak

dipasang dengan sempurna dan mampu beroperasi dengan jayanya.

2.2

Pemasangan dan Konfigurasi

2.2.1

Penyebut harga hendaklah membuat pemasangan dan konfigurasi Exchange, Lync Online & Skydrive Pro beserta Office 2013 Pro Plus untuk memastikan sistem Office 365 berfungsi dengan lengkap. Sila terangkan secara terperinci perlaksanaan yang akan dilakukan

2.3

Pengujian

2.3.1

Penyebut harga dikehendaki mengendalikan Provisional User Acceptance Test. Sekiranya terdapat sebarang ralat, penyebut harga hendaklah membuat pembetulan.

2.3.2

Penyebut harga dikehendaki untuk membuat Final User Acceptance Test dan pengujian lain yang berkaitan.

22

PENERANGAN

BAHAGIAN III

BORANG - BORANG

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

23

BORANG 1

JADUAL HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE BUSINESS UNTUK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Tingkat 11, Menara TH Perdana,1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Perisian

Microsoft Office 365 Midsize Business

Kuantiti

Harga Seunit (RM)

90

Tempoh Serahan (Sila nyatakan)

24

Jumlah Harga (RM)

BORANG 2 SOAL SELIDIK PROFIL SYARIKAT Arahan : Semua butir-butir dalam ruangan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah dilengkapkan oleh penyebutharga dengan betul dan tepat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan. Gunakan lampiran lain jika perlu.(kepilkan salinan borang akaun pemilikan yang berkenaan).

Butir-butir Syarikat 1. No Pendaftaran Syarikat: …………………….. Tarikh Tamat: …………………. 2. No. Pendaftaran Kem. Kewangan: …………. Tarikh Tamat: ………………….. 3. Taraf Syarikat*: Bumiputera/ Bukan Bumiputera 4. Peratus Modal:…….% Bumiputera / …..% Bukan Bumiputera / …….% Lain-lain 5. Tempoh Sah Pengiktirafan Syarikat bumiputera: …………..hingga …………. 6. Jenis Syarikat*: Perseorangan/ Perkongsian/ Sdn. Bhd./ Lain-lain ……………………. (Nyatakan) 7. No. Telefon syarikat : .................................. No. Faks syarikat:.............................. 8. Alamat Syarikat : ............................................................ ............................................................ 9. Pegawai untuk dihubungi: ............................................ No. Telefon: ............................ 10.Tempoh Sah Laku Harga Tawaran Sebutharga :.....................(Min 90 hari)

25

Butir-butir Modal 1. Modal Dibenarkan : RM…………………… 2. Modal Dibayar : RM……………………

Pemegang Saham Senarai Pemegang-pemegang Saham Bil. 1. 2. 3.

Nama/Jawatan

No. KP

* Sila potong yang tidak berkenaan.

26

% Pegangan

BORANG 3

PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN SYARIKAT 1. Sila nyatakan dan sertakan kedudukan bilangan kakitangan teknikal, tahun pengalaman dan kelayakan. 2. Kerja dalam tangan atau projek yang masih dikendalikan yang melibatkan nama organisasi, jenis kerja, lokasi dan tarikh projek tersebut dijadualkan tamat. Ringkasan seperti jadual di bawah : Nama Syarikat / Organisasi serta Lokasi

Jenis Kerja / Skop Projek

Tempoh dan Tarikh Dijadualkan Tamat

Nilai projek (RM)

3. Senarai pengalaman dalam kerja-kerja penyelenggaraan atau yang berkaitan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun lepas atau semasa.

27

BORANG 4

BORANG AKUAN SEBUTHARGA

Kepada : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Tuan,

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE BUSINESS UNTUK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (KOD SHM.001/1/37-4 JLD.2 (2))

Merujuk kepada iklan tuan berkenaan perkara di atas, dan tertakluk kepada Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga. Pihak yang bertandatangan di bawah menawarkan untuk Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Untuk Sembilan Puluh (90) Pengguna Set Microsoft Office 365 Midsize Business Untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia sepertimana sebahagian yang terkandung dalam dokumen ini, bersetuju dengan spesifikasi yang dinyatakan dan pelbagai kadar yang ditetapkan oleh pihak yang bertandatangan di bawah berserta senarai harga yang disertakan bersama sebutharga. Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk terikat sepertimana yang ternyata dalam Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga, spesifikasi dan jadual harga, dan bersetuju dengan harga berdasarkan kepada nilaian barang secara individu yang dibekalkan dari semasa ke semasa. Dan selanjutnya, pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk menyiapkan kerja-kerja Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Untuk Sembilan Puluh (90) Pengguna Set Microsoft Office 365 Midsize Business Untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mengikut Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga yang diberikan. Sebagaimana yang telah difahami, pihak tuan boleh menerima atau menolak sebutharga kami sama ada ianya lebih tinggi atau lebih rendah dari sebutharga lain atau sama. Sebutharga ini akan sentiasa sah selama sembilan puluh hari (90) hari 28

dari tarikh penyerahan sebutharga dan tempoh serah bekalan atau siap kerja adalah tiga puluh (30) hari daripada tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani. Pihak bertandatangan di bawah pasti, selepas penelitian, dokumen yang digunakan dalam sebutharga ini adalah salinan asal seperti yang termasuk dalam cadangan sebutharga.

....................................................... Tandatangan Penyebutharga Nama dan alamat syarikat Nama Pegawai

............................................................. Tandatangan Saksi kepada Penyebutharga Nama dan alamat syarikat Nama Pegawai

Tarikh : .....................................

Tarikh : .....................................

29

BORANG 5 SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA BAGI SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNTUK SEMBILAN PULUH (90) PENGGUNA SET MICROSOFT OFFICE 365 MIDSIZE BUSINESS UNTUK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (KOD SHM.001/1/37-4 JLD.2 (2)) Saya, …………………………………………… nombor K.P. …………………………….. yang mewakili ......…(Nama Wakil Syarikat)…………… nombor pendaftaran ...…………….……………………… (Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat diatas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebutharga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi sebutharga di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan SUHAKAM. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar,

………………………………… Nama: No. KP: Tarikh: Cop Syarikat:

30

Suggest Documents