Semua perkara mengenai. Pembedahan Katarak

Semua perkara mengenai Pembedahan Katarak 2 Bagaimanakah mata membantu anda melihat? Mata berfungsi seperti kamera dan bersama-sama dengan otak, m...
Author: Jesse Carter
0 downloads 0 Views 2MB Size
Semua perkara mengenai

Pembedahan Katarak

2

Bagaimanakah mata membantu anda melihat? Mata berfungsi seperti kamera dan bersama-sama dengan otak, membantu anda melihat persekitaran anda. Bahagian berwarna mata dikenali sebagai ‘iris’. Di tengahtengah ada pembukaan, anak mata, yang kelihatan seperti bulatan hitam di dalam iris. Sinaran cahaya yang berasal dari objek dihantar melalui kornea dan anak mata. Saiz anak mata mengawal jumlah cahaya yang memasuki mata. Di belakang anak mata terletak kanta yang memfokuskan sinaran cahaya. Sinar cahaya yang difokuskan ini jatuh di atas retina. Retina ialah helaian sensitif cahaya di belakang mata dan serupa seperti filem di dalam kamera. Retina menghantar imej-imej jelas kepada otak.

3

Apakah kandungan kanta normal? Kanta normal terdiri daripada bahagian tengah, nukleus, yang dikelilingi oleh membran nipis yang dikenali sebagai kapsul.

Apakah katarak? Katarak adalah pengabusan kanta dalam mata anda. Kanta mata normal adalah jelas tetapi lama-kelamaan boleh mengabus akibat: • proses penuaan normal • kecederaan atau keradangan mata • ubat-ubatan tertentu atau • penyakit-penyakit tertentu sebagai contoh: kencing manis

4

Bagaimanakah anda tahu anda mengalami katarak? Katarak biasanya terbentuk secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa bulan. Kesan terhadap penglihatan anda mungkin tidak disedari kerana perubahan berlaku sedikit demi sedikit. Katarak menyebabkan mata anda sukar berfokus. Beberapa daripada tanda lain yang boleh menunjukkan kehadiran katarak ialah: • Kekaburan penglihatan, yang tidak bertambah baik walaupun memakai cermin mata • Kesukaran melihat kedua-dua objek dekat dan jauh • Kesukaran membaca cetakan kecil • Ketidakselesaan daripada silau, berlaku pada siang atau malam hari • Menjadi rabun jauh semula selepas beberapa tahun

Bagaimanakah anda tahu sama ada anda mengalami katarak? Pakar mata, juga dikenali sebagai pakar oftalmologi perlu memeriksa mata anda dengan menggunakan lampu celah (slit lamp). Pakar tersebut juga akan memeriksa bahagian dalam mata

5

anda dengan menggunakan oftalmoskop. Pemeriksaan ini akan mengesahkan sama ada anda mengalami katarak. Anda juga mungkin dinasihati sekiranya anda mengalami masalah mata yang lain seperti glaukoma.

Bilakah anda harus mengeluarkan katarak anda? Katarak perlu dikeluarkan apabila: • ia mengaburi penglihatan mata anda setakat mana anda tidak boleh menjalankan kerja atau aktiviti harian anda berbanding dahulu • ia mengelak doktor daripada merawat mana-mana masalah lain yang anda alami di dalam mata anda seperti retinopati disebabkan oleh kencing manis atau • ia cukup “masak” sehingga ia mungkin menghalang sistem penyaliran mata anda dan menyebabkan tekanan dalam mata anda bertambah (glaukoma)

Bagaimanakah katarak dikeluarkan? Katarak hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan. Satu kanta palsu lazimnya diimplan sewaktu pembedahan, yang akan mengambil alih fungsi memfokuskan sinaran-sinaran cahaya. Implan kanta palsu ini menyerupai kanta mata semula jadi dan merupakan kaedah pilihan bagi membetulkan penglihatan buat masa kini. Walau bagaimanapun, ada kes di mana kanta palsu tidak boleh diimplan dengan selamat ke dalam mata. Jika demikian, anda mungkin perlu memakai cermin mata atau kanta sentuh khas untuk memfokus.

6

Apa yang anda perlu buat sebelum pembedahan? • Anda akan diminta menjalani beberapa ujian sebelum pembedahan untuk memeriksa sama ada anda cukup sihat untuk menjalani pembedahan. Kelengkungan dan panjang bola mata anda perlu diukur untuk memilih implan kanta palsu yang sempurna untuk mata anda. • Anda akan diminta menggunakan ubat titis mata selama satu atau dua hari sebelum pembedahan. • Pada malam sebelum pembedahan, anda harus berhenti mengambil sebarang makanan dan minuman selepas tengah malam. Jika anda sedang mengambil ubatan lain selain ubat kencing manis, ambil hirupan air yang kecil, pada waktu pagi pembedahan anda. Jika pembedahan anda dijadualkan pada waktu tengah hari, anda boleh makan sarapan ringan pada jam 6 pagi. • Sekiranya doktor memberi arahan tambahan, anda harus mengikutnya. • Pembedahan tersebut akan dijalankan sebagai pesakit luar dan anda tidak perlu tinggal semalaman di hospital.

Apa yang dijangkakan sewaktu pembedahan Pakar mata akan membedah mata tersebut dengan menggunakan instrumen pembedahan kecil dan mikroskop pembedahan khas untuk melihat ciri-ciri halus di dalam mata.

7

Sebelum pembedahan, doktor akan memberi beberapa suntikan dengan ubat penghilang kesakitan ke bahagian mata agar tiada rasa sakit semasa pembedahan. Anda juga mungkin diberikan beberapa ubat sedatif untuk membuat anda rasa mengantuk dan mengurangkan apa-apa kerisauan yang anda mungkin alami. Ubat titis mata juga akan digunakan untuk membantu anak mata mengembang untuk membolehkan doktor melihat bahagian dalam mata anda. Hasil pengambilan ubat ini, penglihatan anda akan mengalami kekaburan yang signifikan dan anda tak perlu bimbang tentang instrumen pembedahan menghampiri mata anda. Staf dalam bilik bedah akan menutup anda dengan kain linen yang bersih sebelum pembedahan bermula. Pakar mata akan menggunakan instrumen khas dikenali sebagai retraktor untuk membuka mata anda dan menghalang anda daripada mengelipkan mata semasa pembedahan.

Semasa Pembedahan Semasa pembedahan, satu pembukaan dibuat di dalam mata supaya nukleus dan korteks mata boleh dikeluarkan. Kapsul kanta dikekalkan untuk menyediakan sokongan bagi implan kanta palsu, dan selepas itu luka insisi akan ditutup dengan jahitan (sutur) yang sangat halus.

8

Mengeluarkan katarak Pakar mata mungkin menggunakan satu daripada dua kaedah untuk mengeluarkan katarak. Satu kaedah melibatkan insisi pembedahan yang lebih panjang berbanding yang lain. Faedah membuat insisi yang lebih kecil adalah tempoh pemulihannya lebih singkat. Insisi yang lebih panjang digunakan apabila katarak terlalu tebal dan tidak boleh dipecahkan kepada cebis-cebisan yang lebih kecil. Kedua-dua kaedah tersebut adalah: 1. Pengekstrakan katarak ekstrakapsular (Luar Kapsul) Dalam kaedah ini, insisi atau potongan pembedahan, kirakira 10 mm panjang dibuat pada bahagian putih mata di atas iris. Katarak dikeluarkan dalam satu bahagian melalui pembukaan pembedahan ini. Kapsul kanta anterior juga dikeluarkan dalam proses tersebut tetapi kapsul kanta posterior dikekalkan. 2. Phacoemulsification (Fakoemulsifikasi) Pembukaan pembedahan yang lebih kecil, kira-kira 4 hingga 5 mm panjang dibuat pada mata. Satu prob kecil yang tidak lebar dengan hujung ultrasonik dimasukkan ke dalam kanta. Gelombang ultrasonik yang dipancarkan dari prob ini memecahkan katarak kepada cebisan-cebisan kecil. Kapsul kanta anterior juga dikeluarkan dalam proses ini. Cebisan-cebisan kecil ini kemudian dikeluarkan dengan menggunakan peranti sedut yang kecil.

9

Pengimplanan kanta palsu Selepas katarak dikeluarkan melalui mana-mana kaedah di atas, pakar mata akan kemudian memasukkan implan kanta palsu ke dalam mata. Kanta baharu akan berada di dalam mata anda secara kekal. Implan kanta dimasukkan ke dalam ruang di antara iris dan kapsul kanta posterior. Kanta dikekalkan dalam kedudukannya oleh gelung khas yang merupakan sebahagian daripada reka bentuk implan kanta. Dalam sesetengah kes yang luar biasa, implan kanta mungkin perlu diletakkan di hadapan iris kerana kapsul kanta posterior rosak atau tiada. Selepas pembedahan Pembedahan memakan masa kira-kira setengah jam. Walau bagaimanapun, anda akan diminta untuk kekal di dalam wad pembedahan harian selama beberapa jam. Ini untuk memastikan bahawa anda pulih sepenuhnya daripada apa-

10

apa kesan ubat penghilang kesakitan atau sedatif. Penutup mata dan pelindung mata akan diletakkan di atas mata yang dibedah untuk melindunginya. Kami mencadangkan agar anda tidak memandu serta-merta selepas pembedahan, dan jika boleh, atur untuk seseorang mengiringi anda ketika anda pulang ke rumah. Anda perlu kembali ke klinik pada hari keesokannya untuk menanggalkan balutan.

Apa yang perlu dibuat selepas pembedahan? Langkah berjaga-jaga untuk diamalkan Pakar mata akan mempreskripsikan antibiotik titis mata dan mungkin memberi beberapa ubat untuk meredakan rasa sakit. Ambil semua ubat yang dipreskipsikan termasuk ubat anda sendiri, sekiranya ada. • Anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan disebabkan oleh jahitan, tetapi anda mesti mengelak daripada menggosok mata anda. Pakai pelindung mata pada waktu malam selama dua hingga tiga minggu selepas pembedahan. • A Elak daripada melakukan senaman berat sebagai contoh joging, berenang, tai-chi. Kerja-kerja ringan di rumah, berjalan atau menaiki tangga bagi jarak dekat boleh dilakukan, tetapi berhati-hati ketika melakukannya.

11

• Elak daripada membongkok, mengangkat atau membawa objek berat. Ketika mengutip objek dari lantai, buat sedemikian dengan memastikan belakang anda sentiasa lurus. Elak daripada membongkok kepala anda ke bawah untuk mengelakkan tekanan pada mata anda. • Elak daripada membongkok ke bawah untuk memakai kasut. Duduk di atas bangku dan angkat kaki anda untuk memakai kasut atau dapat bantuan orang lain untuk memakainya. • Elak sentuhan rapat dengan orang atau mendukung kanak-kanak kerana mereka boleh mencucuk mata anda secara tak sengaja. • Elakkan sabun, syampu dan air daripada memasuki mata anda ketika membasuh muka dan rambut anda bagi minggu-minggu awal. Anda boleh mencuci rambut anda di salun rambut. Anda juga boleh duduk di atas kerusi ketika membasuh rambut anda dengan memiringkan kepala anda sedikit ke arah belakang seperti di salun rambut. • Elak daripada memandu selama sekurang-kurangnya 6 minggu selepas pembedahan. • Anda boleh meneruskan pemakanan biasa anda. Makan lebih banyak sayuran dan makanan yang kaya dalam serat untuk mencegah sembelit dan memaksa pergerakan usus.

• Ambil semua ubat yang dipreskripsikan dan gunakan ubat titis mata seperti yang diarahkan.

12

Cara menggunakan ubat titis mata yang dipreskripsikan. Ikut arahan-arahan ini ketika menggunakan ubat titis mata untuk mencegah jangkitan selepas pembedahan. 1. Cuci tangan anda dengan sabun dan air. 2. Teleng kepala anda ke belakang. 3. Tarik bahagian bawah kelopak mata anda ke arah bawah. 4. Picit satu titis ubat dari botol ke dalam mata. Berhati-hati agar hujung botol ubat titis tidak menyentuh mata. 5. Tutup mata anda untuk beberapa saat. 6. Jika jenis ubat titis kedua diperlukan, tunggu selama lima minit sebelum memasukkan titis kedua. 7. Jangan sentuh hujung botol ubat titis mata dengan jari anda.

Apakah yang perlu saya perhatikan selepas pembedahan? Pembedahan katarak biasanya satu prosedur yang agak selamat dan kebanyakan pesakit sembuh dengan penglihatan yang sempurna. Walau bagaimanapun, ada kalanya jangkitan boleh berlaku dan menyebabkan penglihatan yang kurang sempurna. Tanda-tanda amaran jangkitan termasuk: • rasa sakit dan kemerahan mata bertambah • lelehan melekit daripada mata • pengaburan penglihatan atau pengapungan secara tiba-tiba • atau pembengkakan mata

13

Jika anda perhatikan mana-mana daripada tanda ini, anda harus menemui doktor mata anda serta-merta. Selepas pembedahan, apabila mata anda sembuh sepenuhnya, kaca mata membaca atau kaca mata jarak mungkin dipreskripsikan sekiranya perlu.

Soalan Lazim Berapa lamakah implan kanta ini tahan? Implan kanta diletakkan di dalam mata anda sepanjang hayat anda. Bolehkah semua orang menerima implan kanta? Implan adalah selamat dan boleh diimplan dalam hampir semua orang. Pakar mata anda akan menasihati anda jika implan tidak sesuai buat diri anda. Bolehkah katarak tumbuh semula? Implan kanta tidak akan berkabus mengikut edaran masa. Walaupun kapsul kanta posterior, yang kekal di dalam mata, boleh berkabus mengikut edaran masa. Anda akan dapati ini berlaku jika penglihatan anda yang dahulunya jelas selepas pembedahan, kini kabur semula mengikut edaran masa. Pengabusan kapsul kanta boleh dirawat dengan menggunakan rawatan laser yang dijalankan tanpa rasa sakit oleh doktor di klinik mata.

14

Apakah masalah yang boleh dialami dengan pembedahan? Pembedahan katarak adalah mudah dan selamat bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, sama seperti pembedahan, masalah-masalah kecil boleh timbul. Dua jenis masalah yang utama adalah: • Alahan terhadap ubatan yang digunakan untuk meredakan rasa sakit Sesetengah orang mungkin mempunyai alergi atau mengalami kesan-kesan sampingan daripada ubatan ini seperti rasa loya dan muntah-muntah, kesukaran bernafas, ruam, pembengkakan muka dan bibir dan kemungkinan sawan. • Komplikasi pembedahan Jangkitan boleh berlaku dengan mana-mana pembedahan. Jika jangkitan yang serius berlaku, mata boleh menjadi buta. Masalah-masalah lain yang boleh berlaku dan menyebabkan penglihatan yang kurang sempurna adalah perdarahan dan kerosakan kepada kornea dan retina. Ini mungkin memerlukan pembedahan lanjut.

15

Siapa yang tidak sesuai menjalani pembedahan katarak? Usia bukannya satu masalah. Pembedahan katarak telah dijalankan di atas bayi dan juga orang dalam lingkungan usia 90an selagi mereka tidak mengalami penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung yang teruk, kencing manis atau tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan sempurna. Anda mungkin diminta berjumpa doktor anda sendiri untuk mengawal masalah-masalah ini sebelum pembedahan. Bolehkah saya makan udang, ketam dan makanan laut yang lain selepas pembedahan? Tiada batasan dalam pemakanan selepas pembedahan melainkan anda sememangnya alah kepada makanan laut. Bilakah saya boleh kembali bekerja? Anda biasanya diberi cuti sakit selama 1 bulan. Ini untuk memastikan bahawa luka telah sembuh dengan sempurna sebelum anda kembali ke rutin kerja harian anda. Adakah jahitan dikeluarkan? Jahitan boleh dibiarkan di dalam mata dalam kebanyakan kes. Jahitan hanya perlu dikeluarkan jika: • ia menjadi longgar atau terputus • jangkitan berlaku pada tisu di sekelilingnya • jahitan tersebut terlalu ketat

2 Simei Street 3 Singapore 529889 Tel: 6788 8833 Fax: 6788 0933 Reg No 198904226R For appointments and enquiries, please call the CGH Appointment Centre at Tel: (65) 6850 3333 CGH Appointment Centre operating hours: 8.30 am to 8.00 pm (Monday to Friday) 8.30 am to 12.30 pm (Saturday & Sunday) Closed on Public Holidays For more information, please visit http://www.cgh.com.sg

Organisation Accredited by Joint Commission International

Like us on

Facebook

Changi General Hospital

All information is valid at the time of printing (December 2014) and subject to revision without prior notice.

Suggest Documents