SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

SULIT * MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMEL...
Author: Helen Barnett
4 downloads 1 Views 246KB Size
SULIT * MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA ( Tiga jam ) MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA

940/1

STPM 2009

SEJARAH KERTAS 1

( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : dua Bahagian B

soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada

___________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009

STPM 940/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[ Lihat sebelah

SULIT*

SULIT

2

Bahagian A Jawab dua soalan sahaja. 1.

Huraikan tujuh faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada tamadun manusia, huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar. 3. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun awal manusia. 4. Bincangkan cara pengendalian perdagangan di pelabuhan Melaka sebelum kehadiran kuasa Barat. 5.

Huraikan pencapaian tamadun China dan tamadun Mesir dalam bidang perubatan.

6. Bincangkan empat faktor yang mendorong orang China melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad pertama Masihi hingga abad ke-15 Masihi. 7. Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China dengan tamadun Islam. 8. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan perdagangan pada zaman Rom dan zaman Abbasiyah. Bahagian B Jawab dua soalan sahaja.

9. Huraikan latar belakang masyarakat Mekah dan Kota Madinah (Yatrib) sebelum kedatangan Islam. 10. Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah Ummah di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut. 11. Huraikan peranan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan perkembangan Islam di Nusantara. 12. Huraikan sebab-sebab kota Madinah diserang oleh tentera al-Ahzab dan jelaskan peranan kumpulan-kumpulan utama yang terlibat dalam peperangan tersebut. 13. Bincangkan sumber-sumber pendapatan negara dan kepentingannya masyarakat pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. 14.

kepada

Bincangkan sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang pelayaran dan geografi.

15. Jelaskan sejauh mana tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya dan intelektual Tamadun Eropah. 16. Jelaskan mengapa perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid jauh lebih maju berbanding dengan zaman Charlemagne di Eropah Barat.

SOALAN TAMAT

SULIT

Kod Kertas:

940/1

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI MELAKA

STPM 2009

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH KERTAS 1 ( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )

PERINGATAN : Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 45 halaman bercetak. © Hakcipta Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2009

2

1.

Huraikan tujuh faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

A.

Pengenalan ( 3 M ) : 1.

2. 3. 4. B.

Sebelum kewujudan tamadun, manusia memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. Melalui pengetahuan itu, perubahan yang besar telah berlaku dalam kehidupan manusia. Sungguhpun perubahan itu berlaku secara beransur-ansur di tempat-tempat tertentu pada masa yang berbeza-beza, ia sebenarnya telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya. Konsep Tamadun. Lokasi tamadun awal, Tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho. Bermulanya pembentukan tamadun awal manusia.

Isi : ( 7 X 3M : 21 M ) Faktor Kemunculan Tamadun 1

Petempatan Kekal Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM telah disebabkan oleh wujudnya petempatan kekal. Wujud masyarakat bercorak perkampungan di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersamasama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana kini mereka dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Petempatan kekal ini kemudiannya mewujudkan urbanisasi.

2

Eksploitasi Sumber Alam/Kepentingan Sungai. Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan Hwang Ho.

3

Kemajuan Teknologi Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.

3

4

Penciptaan Roda Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

5

Sistem Tulisan Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal agama, pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho.

6

Organisasi Sosial Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

7

Pengkhususan Kerja Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat.

8

Agama dan Kepercayaan Agama dan kepercayaan telah membawa kepada kemunculan tamadun. Ia membantu manusia akur dengan hukum-hukum alam. Kehidupan lebih memberikan penekanan kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian. Contohnya, orang-orang Mesir percaya bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.

9.

Perbandaran.

10.

Migrasi ( Penghijrahan ).

4

C.

11.

Kemajuan ekonomi.

12.

Geografi.

Kesimpulan ( 1 M ) Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi. Faktor-faktor kemunculan tamadun itu saling berkaitan dan saling melengkapi. Melaluinya lahirlah tamadun-tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Hwang Ho.

5

2.

Dengan memberikan cantoh-contoh yang sesuai daripada tamadun manusia, huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar. A.

B.

Pengenalan : ( 3M ) 1.

Konsep tamadun

2.

Corak dan sistem pemerintahan

3.

Konsep empayar Entiti politik yang dikenali empayar biasanya berasal daripada idea imperialisme yang mencetuskan penaklukan negara-negara lain. Imperialisme, sebenarnya membayangkan hasrat sesuatu negara untuk menguasai bangsa-bangsa lain. Dalam perkembangan empayar terdapat dua jenis utama, iaitu empayar daratan yang berdasarkan penguasaan tanah yang luas seperti empayar Rom dan China dan empayar samudera (atau maritim) yang bergantung kepada penguasaan laut dan pelabuhan-pelabuhan strategik sperti Srivijaya dan empayar Portugal di Asia.

Isi : ( 5 x 4M = 20M ) 1.

Sistem pemerintahan empayar lazimnya berlaku dalam tiga bentuk iaitu dinasti ( China, India dan Mesir}, perkongsian kuasa ( Rom), Liga ( Trumvirate-kongsi kuasa) cth di Athens.

2

Perlaksanaan konsep hegemoni, iaitu penduduk-penduduk yang hidup di dalam empayar itu mengalu-alukan pemerintahannya. Rakyat empayar bersedia menerima sistem pemerintahan itu oleh kerana mereka menghormati kuasanya, undang-undang yang adil, keadaan yang aman dan faedah-faedah yang berpunca daripada itu, sistem kebudayaan yang tinggi serta peluang-peluang ekonomi yang boleh memajukan mutu kehidupan dan kemakmuran mereka. Perlaksanaan hegemoni bermaksud juga memerintah dengan persetujuan daripada rakyat yang taat setia kepada kerajaan mereka. Objektif kerajaan empayar ialah menggalakkan asimilasi dan integrasi rakyat empayar. Contoh yang nyata sekali ialah empayar Rom di mana bangsabangsa asing yang dikuasai diberikan kewarganegaraan Rom dan dibena.rkan berkhidmat dalam pelbagai peranan dalam pentadbiran Rom clan wl'lavah-wilayahnya.

3

Menggunakan kekuasaan ketenteraan. Sekiranya hegemoni tidak berjaya mengekalkan perpaduan, para pemerintah biasanya mentadbirkan empayarnya dengan kekuasaan tentera. Tentera digerakkan untuk menjamin keamanan empayar dan mengelakkan pemberontakan berlaku. Kuasa tentera sering kali disokong dengan pembinaan pelbagai kemudahan seperti kubu-kubu di Eropah Barat pada zaman feudal clan pembinaan Tembok Besar di negara China. Sistem jalan raya dan pengangkutan juga dimajukan untuk memudahkan pergerakan tentera. Pembinaan jalan raya di Rom telah memudahkan pergerakan tentera Rom ke wilayah-wilayah untuk mematahkan sesuatu pemberontakan di dalam empayar dan juga mempertahankan empayarnya daripada serangan orang-orang Germanic.

6

4.

Pemusatan kuasa kerajaan Walaupun sesebuah empayar dibahagikan kepada wilayah-wilayah tetapi kuasa kerajaan biasanya terletak di ibu kota empayar. Pemusatan politik adalah selaras dengan pembahagian masyarakat empayar kepada dua kategori, iaitu golongan yang berkuasa dan golongan yang ditakluki. Di pusat pemerintahan jawatanjawatan yang penting dikuasai oleh golongan atasan yang taat setia kepada maharaja manakala di peringkat wilayah ketua pemerintah adalah wakil dari ibu kota yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin tempatan.

5.

Wujudnya Sistem Birokrasi. Apabila hal ehwal pentadbiran menjadi lebih kompleks akibat daripada perluasan empayar lagi, maka sebuah birokrasi yang terdiri daripada pelbagai jabatan diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran empayar. Penubuhan birokrasi adalah nyata sekali di empayar Rom dan empayar China.

6.

Konsep Kehomogenan Empayar Hampir kesemua rejim empayar berhasrat menyatukan empayarnya dengan dasar-dasar untuk memupuk kehomogenan kebudayaan, masyarakat, agama, bahasa, dan ekonominya. Misalnya, empayar Iskandar Zulkarnain menggunakan kebudayaan Yunani sebagai kayu ukur untuk menyatukan budaya Yunani dan Parsi dengan mewujudkan beberapa pusat bandar yang berperanan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Yunani ke atas penduduk-penduduk tempatan. Perkahwinan campur juga digalakkan antara orang-orang Yunani dengan Parsi untuk membina sua.tu masyarakat yang seragam. Pada Dinasti Han di China. ideologi Confucianisme dijadikan asas untuk menyatukan masyarakat China. DI tamadun Rom, budaya Greco-Roman dianggap sebagai budaya resmi di seluruh empayar.

7.

Memupuk semangat Ketahanan mental dan spritual. Cth Maharaja Rom dipuja sebagai tuhan. Adalah diketahui bahawa rejim-rejim empayar tidak dapat dikekalkan selama-lamanya. Kemerosotan dan kejatuhan berlaku pada akhirnya disebabkan kelemahan dan gagalnya para pemimpin untuk mengekalkan struktur empayarnya, teknik-teknik dan ide-ide pentadbiran yang ketinggalan zaman, kemerosotan ekonomi serta pemberontak dan serangan luar.

8.

Wujudnya sistem naungan ekonomi. Cth negeri-negeri naungan biasanya membayar ufti atau sebahagian daripada hasil diserahkan kepada pemerintah pusat.

7

C.

Kesimpulan : ( 2M ) Pada keseluruhannya munculnya rejim empayar adalah suatu fenomena yang membayangkan psikologi manusia. Menurut Pericles, seorang negarawan Athens pada kurun ke-5 SM. penubuhan empayar adalah adil kerana orang yang kuat haruslah menguasai orang yang lemah. Tetapi prinsip itu adalah bertentangan dengan satu lagi unsur psikologi manusia, iaitu prinsip kebebasan manusia. Jadi empayar adalah suatu sistem kerajaan yang sentiasa bangkit dan jatuh dalam sejarah tamadun manusia.

8

3.

Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun awal manusia. A.

Pengenalan : ( 3M ) Strategi peperangan merupakan suatu kempen peperangan yang merangkumi konsep peperangan. Penggunan kuasa tentera, alat-alat senjata lojistik serta membanyak unsur peperangan untuk pencapaian objektif ataupun sasaran peperangan dengan berkesan. Strategi adalah suatu seni dan sains peperangan yang kemenangan atau kekalahan bergantung kepada perlaksanaannya. Daripada strategi berpuncalah taktik-taktik peperangan seperti taktik pertahanan, perikatan tentera, penyerangan dan pengepungan.

B.

Isi : ( 20M ) Prinsip-prinsip Peperangan / Strategi : ( 4 X 2M = 8M ) 1.

Peperangan strategi semestinya didasarkan objektif-objektif peperangan seperti mempertahankan sesuatu sasaran yang strategik, memperlambatkan kemaraan tentera musush, mengatasi sesuatu halangan atau memperkukuhkan kedudukannya.

2.

Strategi sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan baru keadaan geografi, keluasan dan saiz tentera musuh dan iklim.

3.

Didasarkan juga sasaran jangka masa pendek atau jangka masa panjang di dalam konteks perancangan keseluruhan.

4.

Startegi juga terdorong oleh semangat perjuangan musuh, kekuatan musuh dan keupayaan untuk meneruskan perjuangan .

5.

Strategi tertakluk kepada sokongan logistik iaitu pengangkutan, kemudahan dan perkhidmatan personel.

termasuk

Perlaksanaan Strategi : ( 6 X 2M = 12M ) 1.

Strategi Pertahanan yang bertujuan mengekalkan status quo. Mendirikan kubu untuk mempertahankan dan sesuai di tempat yang strategik. Biasanya didirikan di tempat bukit, lereng bukit atau batu besar (seperti Acropolis di Yunani). Pembinaan tembok besar untuk melindungi sempadan daripada serangan musuh yang berlaku kerap kali (Tembok Besar China) dan Tembok Hadrian dan Britanic pada zaman Empayar Rom. Pertahanan juga sering dirancang untuk memperkukuhkan kedudukannya supaya sasaran lebih mudah dicapai.

2.

Strategi Menjalinkan Perikatan Tentera negara jiran atau negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh – musuh, contohnya di China pada zaman Han apabila Tentera Han menjalinkan hubungan yang rapat dengan kaum Yueh - Chi untuk membendung musuhnya HsiungNu di Yunan. Athens misalnya membentuk Liga Delas untuk menghadapi kuasa Parsi.

9

C.

3.

Strategi penyerangan secara direk untuk meluaskan sempadan-sempadan empayar atau penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya di Greco-Rom yang penyerangan membawa kepada pengeluaran Empayar di Semenanjung Itali dan Laut Mediterranean. Taktik penyerangan juga melibatkan pemilihan sesuatu taktik masa dan tempat yang dianggap paling sesuai untuk menjamin kejayaan.

4.

Strategi Penegepungan : yang biasa digunakan, berlaku semasa zaman Feudalisme di Eropah barat untuk menghancurkan semangat musuh dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang strategik.

5.

Strategi “ Cohension dan Dispersion” : di dalam sesuatu medan peperangan yang kira diperluaskan atau untuk menyerang musuh.

6.

Pembinaan bandar-bandar / pusat-pusat Tentera : untuk mengekalkan kawasan-kawasan yang telah ditakluki ( garisan ) misal strategi Iskandar Zulkarnain.

Kesimpulan : ( 2M ) Ketahanan dan pertahanan adalah penting dalam sejarah tamadun manusia untuk penerusan survival tamadun.

10

4

Bincangkan cara pengendalian perdagangan di pelabuhan Melaka sebelum kehadiran kuasa Barat.

A.

Pengenalan : ( 3 M ) Perdagangan bebas membawa maksud syarat tidak mengenakan duti kastam atau duti-duti lain ke atas import barangan dari negara lain. Teori perdagangan ini menunjukkan bahawa perdagangan akan membawa faedah jika ia tidak tertakluk kepada sekatan seperti tarif, kuota dan sebagainya. Dalam kes Melaka perdagangannya berkembang pesat atas inisiatif kerajaan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan pentadbiran yang cekap, matawang yang stabil, kewujudan undang-undang yang adil, pengenalan sistem timbang dan ukuran yang seragam.

B.

Isi : ( 7 X 3M = 21M ) 1.

Pemerintah Melaka memperkenalkan peraturan dan tatertib berniaga serta sistem yang tetap untuk melicinkan urus niaga di pelabuhan.

2.

Para pedagang dikenakan cukai yang adil. Pedagang tempatan dicukai sebanyak 3% dan pedagang asing sebanyak 6%. Pedagangan China dikecualikan cukai tetatpi mereka perlu memberikan hadiah. Sistem Cukai berkeutamaan.

3.

Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka. Pemerintah Melaka juga menyediakan gudang untuk pedagang menyimpan barang dagangan mereka. Gudang-gudang ini dikelilingi oleh pagar dan pintu serta dikawal oleh penjaga. Membaiki perahu, tempat tinggal dan lain-lain

4.

Laksamana dan Temenggong bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan di perairan Melaka.

5.

Peranan syahbandar. Raja dibantu oleh Syahbandar bagi melicinkan urusan perdagangan di pelabuhan Melaka.

6.

Terdapat juga sistem undang-undang yang bertujuan untuk memelihara keamanan dan ketenteraman di Melaka. Sistem undang-undang menggalakkan para pedagang mengunjungi Melaka. Dua teks undangundang utama di Melaka adalah Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka.

7.

Matawang logam yang dibuat daripada calains digunakan dalam urusniaga.

8.

Di Melaka juga terdapat sistem ukuran dan timbangan yang standard. Timbangan diukur dengan unit kati dan tahil.

9.

Menyediakan surat izin atau kebenaran untuk masuk ke pelabuhan Melaka.

10.

Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan perdagangan bagi pihak pembesar.

11

C.

Kesimpulan : ( 1 M ) Amat jelas sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat, Melaka telah mengamalkan budaya perdagangan bebas. Pelabuhannya yang mengenakan cukai yang adil, kewujdan pelbagai kemudahan bagi pedagang, sistem pentadbiran yang cekap, pengenalan mata wang dan ukuran adalah bukti kewujudan budaya perdagangan bebas.

12

5

Huraikan pencapaian tamadun China dan tamadun Mesir perubatan.

A.

B.

dalam bidang

Pengenalan : ( 3 M ) 1.

Tamadun Mesir Purba dan China telah memberi sumbangan dalam lapangan perubatan. Kedua-dua tamadun tersebut telah melahirkan ramai tokoh-tokoh perubatan yang memberi sumbangan dalam pelbagai lapangan perubatan.

2.

Latarbeakkang Tamdun China dan Mesir.

Isi : ( 20 M ) Perubatan China : ( 5 X 2 = 10 M ) 1.

2.

Teori Perubatan : •

Mengikut teori perubatan China, manusia dianggap mikrokosmos yang mempunyai peredaran udara, angin, panas dan sejuk tersendiri.



Terdapat dua sistem peredaran dalam tubuh badan manusia iaitu sistem peredaran darah dan sistem peredaran angin.



Idea tentang peredaran darah muncul pada abad pertama masihi.

Konsep Perubatan China • • •

3.

Cara Merawat Penyakit • • •

• 4.

Konsep perubatan China ialah konsep Yin dan Yang. Yin merujuk kepada kuasa pasif manakala Yang merujuk kepada kuasa aktif. Keseimbangan antara dua kuasa itu menandakan seseorang itu sihat.

Terdapat tiga cara orang China merawat penyakit iaitu material medica, moksibusi dan akupunktur. Material medica merujuk kepada bahan-bahan seperti herba, galian dan anggota haiwan. Moksibusi merujuk kepada kaedah di mana sumbu dan moksa yang dibuat daripada herba dilekatkan pada kulit badan penyakit dan dibakar untuk menyembuhkan penyakit. Akupunktur merupakan rawatan mengubati penyakit dengan menusuk jarum pada tubuh manusia.

Karya Perubatan •

Orang China juga menghasilkan dokumen tentang ilmu perubatan.

13

5.



Dokumen paling awal tentang perubatan tradisional China ialah Huang Ti Nei Ching.



Li Shih Chen menghasilkan lima tritis tentang cara-cara diagnosis penyakit campak, stigmologi, ubat ginseng dan Artemisia.



Li Shih Chen menulis ensiklopedia tentang mineralogi, kaji logam, botani dan zoology.

Ubat-ubatan. •

Ubat-ubatan dari herba, binatang dan galian.

Perubatan Mesir Purba ( 5 X 2 = 10 M ) 1.

Teori Perubatan : ada kaitan dengan agama.

2.

Teks Perubatan : • • • •

3.

Kaedah Mengawet Mayat : • •

4.

Orang Mesir juga mahir dalam mengawet mayat. Mereka mempunyai pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi.

Kemahiran Merawat Penyakit : • • •

5.

Orang Mesir purba menghasilkan teks-teks perubatan. Teks-teks perubatan awal Mesir purba dikarang oleh Toth dan Imhotep. Terdapat teks-teks yang mengandungi maklumat tentang senarai peralatan yang digunakan untuk pembedahan di kepala dan dada. Terdapat juga teks yang mengandungi maklumat tentang ubat-ubatan, anatomi, peralatan pembedahan, penyakit mata dan kelahiran anak.

Orang Mesir purba mempunyai kemahiran dalam mengubati luka dan retakan tulang. Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam melakukan pembedahan di kepala dan dada. Mereka juga mengetahui kaedah menggunakan ubat-ubatan semasa memberi rawatan.

Ubat-Ubatan •

Orang Mesir mempunyai kemahiran mencipta pelbagai jenis ubatubatan dan proses menyediakan ubat-ubatan.



Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan ubat ialah minyak jarak, mandragora, jintan putih, dan ketumbar.

14

C.

Kesimpulan ( 2M ) Orang China dan Mesir purba memberikan sumbangan besar dalam lapangan perubatan. Terdapat banyak teks-teks perubatan yang dihasilkan dalam tamadun Mesir purba dan China pada zaman klasik. Terdapat pelbagai teori dan konsep yang berkaitan degan ilmu perubatan. Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Tradisi perubatan Mesir purba dan China mempunyai kesan terhadap ilmu perubatan moden.

15

6.

Bincangkan empat faktor yang mendorong orang China melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad pertama Masihi hingga abad ke-15 Masihi. A

B

Pengenalan : ( 3M ) 1.

Penjelajahan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah. Menurut kamus Dewan, penerokaan bermaksud menyelidik, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan berlaku sejak zaman prasejarah lagi.

2.

Kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang China dapat dikesan sejak kurun pertama Masihi lagi. Ekspedisi penerokaan dan penjelajahan dihantar ke Laut Caspian, Asia Selatan, Eropah dan Afrika.

3.

Tokoh-tokoh penerokaan dan penjelajahan China.

Isi : ( 4 X 5M = 20M ) 1.

Perdagangan : • • • • •

• 2.

Misi-misi perdagangan dihantar ke Laut Caspian pada abad pertama Masihi. Kapal-kapal dagangan China dihantar ke Eropah sekitar tahun 100M. Kapal-kapal dagangan juga dihantar ke Asia Selatan dan India antara 600-900 M. Pada abad ke 14 M , ekspedisi perdagangan besar-besaran dihantar ke Asia Tenggara, India dan Afrika. Misi pelayaran di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho pernah sampai ke Jeddah, Hormuz, pantai Somalia dengan membawa barang-barang dagangan seperti tembikar dan sutera sebagai barang tukaran untuk mendapatkan gading gajah dan tanduk badak dari pedagang Arab. Pedagang-pedagang China menggunakan laluan sutera dalam menjalankan aktiviti perdagangan.

Agama : • • •

Pengembara China merantau untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama. Hsuan Tsang mengembara ke India untuk mempelajari ilmu agama Buddha di universiti Nalanda. I-Ching mempelajari ilmu agama Buddha di Nalanda selama 10 tahun.

16

3.

Kemajuan dalam bidang teknologi perkapalan dan pelayaran • •

4.

Perluasan Wilayah Naungan • • •

5.



Misi-misi diplomatik dihantar ke Constantinople dan hubungan dengan empayar Rom terjalin. Misi-misi diplomatik dihantar ke Laut Caspian pada abad pertama Masihi.

Pencarian Ilmu Pengetahuan • •

C.

Jeneral Pan Chao meluaskan pengaruh China hingga Syria. Ekspedisi ketenteraan dihantar ke Jepun (1274 M dan 1281M) dan Jawa (1202M) Hubungan dengan Melaka – ekspedisi Cheng Ho.

Hubungan Diplomatik •

6.

Orang China mempunyai kemahiran membina kapal-kapal yang besar. Kapal-kapal ini boleh digunakan dalam pelayaran jarak jauh. Mempunyai kemampuan mencipta pelbagai jenis peralatan seperti kompas magnetik, sekstan, papan pelindung angin, dan ruangan kedap air. Penemuan-penemuan ini membolehkan ekspedisi di dilancarkan di lautan Pasifik

Ching mempelajari sejarah masyarakat India. Fa- Shien mempelajari bahasa Sanskrit.

Kesimpulan : ( 2M ) Faktor-faktor yang mendorong orang China melakukan penerokaan dan penjelajahan adalah perdagangan, agama, teknologi pelayaran dan penaklukan atau perluasan wilayah. Tamadun China melahirkan ramai tokoh-tokoh pelayar dan peneroka yang terkenal seperti Cheng Ho, I-Ching dan Fa Hsien. Tokoh-tokoh pelayar China berjaya melancarkan ekspedisi pelayaran ke rantau Asia Selatan, Eropah, Asia Barat dan Afrika. Menjelang abad ke-14 M, China muncul sebagai kuasa kelautan yang unggul.

17

7.

Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China dengan tamadun Islam. A.

Pengenalan : ( 3M ) Latar belakang tamadun Islam dan tamadun China Proses pendidikan manusia berbentuk formal atau tidak formal bermula dengan kebangkitan manusia bertamadun. Tetapi objektif-objektif dan institusi-institusi adalah berlainan dari tamadun ke tamadun dan juga berlainan dari masa ke masa. Pendidikan adalah berkait rapat dengan keperluan politik, agama dan sosial serta aliran pemikiran tentang konsep ilmu dan pendidikan di suatu tamadun atau negara. Institusi-institusi pendidikan juga dibina mengikut objektif-objektif itu dan memang membayangkan proses penginstitusian ilmu yang ditentukan oleh keperluan politik, kebudayaan dan agama.

B.

Isi : ( 7 X 3M = 21M ) 1.

Matlamat sistem pendidikan China dan Institusi-Institusinya a.

b.

c.

Pendidikan di China tradisional beriujuan memenuhi keperluan kerajaan demi kepentingan memberikan suatu asas yang kukuh untu -T -menge-calkan -kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan ketaatsetiaan rakyat terhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan tetapi sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan eratnya rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan sistem politik dan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (Scholar-gentry) yang telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confucia.nisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan keraj aannya. Bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan kepentingan nilai kekeluargaan iaitu sifat-sifat ketaatan terhadap ibu -bapa dan- orang tua dan penghormatan terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Untuk memupuk nilainilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci, iaitu Five Classics dan The Four Books. Five Classics adalah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of Changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals). The Four Books tediri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean, dan Works of Mencius Pada keseluruhannya, pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan golongan elit (pemerintah) daripada goTongan massa (diperintah). Menurut pemikir Confucianisme, elit yang berpendidikan tinggi adalah Chun tze atau manusia yang unggul (the super or man) dan oleh kerana itu rakyat haruslah menghormati Chun-tze. Jadi, pendidikan boleh dianggap

18

d.

e.

2.

sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional. Sejak Dinasti Han sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi). Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan boleh dilantik memegang jawatan jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911 TM. Menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China seperti Kung Fu tze, Lao Tze dan Mo Tze

Matlamat sistem pendidikan Islam Tujuan am terdiri daripada lima perkara iaitu a.

b. c. d.

e. f.

C.

"Untuk mendapat keredaan Allah (swt) dengan menjauhi kemurkaan dan seksaan-Nya serta mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Nya." Tujuan ini dianggap induk daripada semua tujuan pendidikan Islam. Untuk membentuk akhlak yang mulia. Pendidikan akhlak adalah inti pendidikan Islam dan menjadi tujuan sebenar pendidikan. Memperkenalkan kepada manusia,tentang hubungan sosial, dan tanggungjawab dalam rangka suatu sistem sosial. Meningkatkan semangat ilmiah dan memperlengkapka.n pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu supaya dapat menguasai kerjaya hidup. Persiapan untuk kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Mengenal hakikat diri manusia sebagai hamba dan Allah swt sebagai khaliq iaitu pencipta.

Kesimpulan : ( 1M ) Adalah jelas bahawa kedua-dua sistem pendidikan di China clan Islam di Timur Tengah adalah berlainan dari matlamat. Pendidikan China adalah bersesuaian dengan sebuah kerajaan politik sekular manakala pendidikan Islam adalah untuk rnemenuhi aspirasi-aspirasi sebuah kerajaan teokrasi yang mementingkan agama Islam sebagai asas penyatuan umat Muslimin di seturuh dunia Islam di Timur Tengah.

19

8.

Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan perdagangan pada zaman Rom dan zaman Abbasiyah. A.

Pengenalan : ( 3M ) Sistem ekonomi komersial yang berkembang di tarnadun Rom dan Abbasiyah terdiri daripada dua komponen, iaitu perdagangan domestik dan antarabangsa. Kedua-dua pemerintahan mempunyai empayar yang luas dengan wujudnya pelbagai jenis unit pengeluaran yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi komersial untuk memenuhi keperluan masyarakat masing-masing. Adalah diketahui bahawa proses pertumbuhan perdagangan adalah berkait rapat dengan kestabilan politik, pasaran dan permintaan baru, sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik serta kemudahan-kemudahan kewangan yang boleh mencepatkan proses urus niaga.

B.

Isi : ( 20M ) Pada zaman Rom : ( 5X 2M = 10M ) a.

Wujudnya kestabilan politik di seluruh empayar. Keselamatan terjamin dengan sempadan-sempadan empayar ditetapkan. Pax-Romana keamanan menjadi asas perkembangan komersial domestik dan antarabangsa. Pelanunan di Lautan Mediterranean dikawal rapat dan sistem jatan raya yang menghubungkan ibu kota Rom dengan wilayahwilayah empayar telah diwujudkan.

b.

Industri pembuatan di peringkat wilayah empayar berkernbang dan hasil pengeluarannya dipasarkan di seluruh empayar dan di luar empayar. Di Itali pertanian komersial telah mengambil alih ekonomi pertanian sara diri. Terbayang dalam sistem pertanian Latifundia yang merupakan perladangan besar yang dikerjakan oleh tenaga hamba.

c.

Penaklukan dan perluasan empayar mewujudkan golongan-golongan sosial yang memerlukan barang-barang mewah dari India, Asia Barat, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Menggalakkan perdagangan dengan Levant yang merupakan titik permulaan Jalan Sutera ke China.

d.

Juga berkembangnya suatu sistem perhubungan yang baik, iaitu jalan darat dan jalan laut yang dapat menghubungi Rom dengan Teluk Parsi, Merv, dan Kandahar. Para saudagar Rom juga menggunakan angin monsun untuk belayar antara Aden dengan India.

e.

Perdagangan luar. Munculnya kerajaan Kushan di India Utara. Empayarnya yang merangkumi India Utara, Afghanistan, dan Asia Tengah menggalakkan perdagangan dengan China melalui Asia Tengah. Jadi, memberi sumbangan kepada globalisasi perdagangan Rom dengan India dan China.Pemerintahan Han juga memperluaskan perdagangan China dengan Asia Tengah. Negeri-negeri yang wujud di Asia Tengah dijadikan pusat pertukaran untuk para saudagar China dan India. Perluasan empayar Han ke Taklamakan membuka buat pertama kali Jalan Sutera yang menghubungi China dengan Asia Barat dan seterusnya ke empayar Rom.

20

f.

Penyediaan prasarana yang baik.

Zaman Abbasiyah : ( 5X 2M = 10M ) a.

Proses urbanisasi mendorongkan pertumbuhan pertanian, mewujudkan pelbagai jenis industri dan memudahkan perdagangan antara pusatpusat bandar. Dari segi pertanian didapati perkembangan penanaman tanaman makanan yang meluas seperti gandum, padi, dan barli untuk memenuhi keperluan bandar serta tanaman komersil seperti kapas dan anggur untuk eksport. Pengeluaran yang kian meningkat digalakkan oleh sistem pengairan yang dikendalikan di bawah pernaungan kerajaan Abbasiyah. Tanah-tanah pertanian di sekeliling Baghdad seperti wilayah Ragga dan Samarra telah menjadi amat subur akibat pembinaan suatu rangkaian tall air.

b.

Berbagai-bagai industri juga berkembang di seluruh empayar. Yang terpenting ialah industri tekstil kain sakhlat dari Afrika Utara, fabrik dari Iran, kain kasa, voile dan linen dari Mesir dan pelbagai jenis permaidani. Didapati tiga kawasan yang mengeluarkan banyak barangbarang tekstil untuk eksport, iaitu Fars, Khuzestan, dan Mesir. Di samping tekstil juga didapati pembuatan kertas di Baghdad, Andalusia, Morocco, dan Damascus, industri keluli, minyak wangi dan tembikar untuk pasaran eksport.

c.

Perdagangan antarabangsa. Ekonomi perdagangan antarabangsa adalah hasil daripada pengetahuan dan hubungan dengan wilayah-wilayah baru yang wujud di Iuar empayar Abbasiyah yang juga dapat membekalkan kekayaan baru kepada penduduk-penduduk empayar Abbasiyah. Saudagar-saudagar Baghdad, misalnya telah menggunakan Laut Merah dan Teluk Parsi melalui Mesopotamia dan lembah-lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

d.

Di samping Baghdad yang menjadi pusat kegiatan komersil, juga muncul pelabuhan-pelabuhan baru seperti Basrah, Siraf, Cairo, dan Alexandria yang menjadi pusat perdagangan darat dan maritim.

e.

Peranan non muslim. Orang-orang Yahudi yang dikenali Rahdanites memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan perdagangan antarabangsa pada kurun ke-S T.M. Mereka yang berpusat di Baghdad telah berjaya mewujudkan suatu sistem perdagangan yang meliputi seluruh empayar dan juga dengan negara-negara luar seperti Constantinople. Orang-orang Kristian juga terlibat dalam operasi perdagangan dan memperkenalkan berbagaibagai institusi kewangan untuk memudahkan perkembangan perdagangan antarabangsa secara besar-besaran.

f.

Pengurusan sistem kewangan. Cara-cara urus niaga baru telah digunakan seperti pertukaran wang, cek, surat pertukaran dan surat kredit. Mereka juga memperkenalkan institusi perbankan di semua bandar-bandar. Urus niaga juga dimudahkan oleh pelaksanaan sistem mata wang yang seragam di seluruh empayar, iaitu duit syiling dinar.

21

C.

g.

Kestabilan politi

h.

Faktor agama.

i.

Kemudahan prasarana

Kesimpulan : ( 2M ) Tamadun Rom dan tamadun Abbasiyah telah mencapai suatu tahap ekonomi yang begitu tinggi. Ekonomi perdagangan telah menjadi asas kekayaan keduadua tamadun yang dapat dibayangkan daiarn kegiatan sosial dan irrteIektual.

22

9

Huraikan Latar Belakang Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah ( Yatrib ) Sebelum Kedatangan Islam. A.

Pengenalan : ( 3M ) Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua-dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Makkah merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam-zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua-dua kota ini dirakam oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakt Madinah menyebut bahawa masyarakt bandar ini mengamalkan ideologi kaum Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Makkah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat itu, masyarakat kota-kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna.

B.

Isi : ( 5 X 4M = 20M ) Latarbelakang Masyarakat. 1.

Anggota Masyarakat. Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Makkah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup bersuku-suku dan berpuak-puak merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abd. Al-Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al-Fijr adalah bukti permusuhan mereka. Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000-5000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Bani-bani Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa bani. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku-suku hasil daripada adu dumba daripada puak yahudi. Permusuhan di antara suku ArabAus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Bu’ath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

23

2.

Agama dan kepercayaan. Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan disekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Makkah menajdi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan. Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iiatu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa – bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut kristian di Madinah memusuhi orang – orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan.

3.

Akhlak. Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa – apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras. Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

4.

Ekonomi. Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu-batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan

24

perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Makkah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat keuntungan. Pengishtiharan bulan-bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Makkah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara (Syam). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah. Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan. 5.

Politik. Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, kebenaranian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala’ iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala’ untuk menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin. Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Bu’ath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj.

25

6.

Ilmu Pengetahuan. Masyarakat Makkah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu-ilmu yang boeh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang-pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kirakira 17 orang yang boleh membaca dan menulis. Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut.

C.

Kesimpulan : ( 2M ) Masyarakat kota Makkah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka dalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota-kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.

26

10

Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah Ummah di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut. A

B

Pengenalan : ( 3 M ) 1.

Keadaan demografi kota Madinah.

2.

Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

3.

Perpecahan masyarakat Madinah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Isi : ( 7 X 3M = 21M ) Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. menangani masyarakat Madinah : 1.

Masalah permusuhan tradisi di antara puak Aus dan Khazraj hingga membawa kepada perang Buath, Nabi Muhammad s.a.w. menanganinya menerusi ikatan persaudaraan yang dinamakan dua kaum itu dengan puak Ansar, di samping meningkatkan akidah mereka.

2.

Masalah sosio ekonomi kaum Muhajirin, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dengan persaudaraan Islam dan diikatkan dengan satu perjanjian yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah.

3.

Yahudi Bani Qainuqa : Merekalah yang mula-mula melanggar perlembagaan Madinah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita Islam Ansar di kedai Yahudi di pasar Madinah.Seorang islam yang melihat kejadian itu membunuh yahudi tersebut dan orang yahudi membalas pula dengan membunuh orang Islam tadi. Seterusnya memperkecilkan kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam perang Badar Nabi mengingatkan Bani Qainuqa tentang akibat perbuatan mereka itu tetapi meraka mencabar nabi dan mengistiharkan perang . Nabi melawan kekerasan dengan kekerasan dan Bani Qainuqa bertahan di kubu mereka selama 15 hari .Akhirnya mereka bersetuju dengan keputusan Nabi supaya mereka keluar dari Madinah. Seramai 700 dari mereka meninggalkan kota Madinah ke Syam . Mereka dibenarkan membawa harta benda bersama. kecuali senjata mereka dimusnahkan

4.

Yahudi Bani Nadhir : Mereka menuntut ganti rugi/diyah yang tinggi diatas kematian seorang lelaki Yahudi yang terbunuh secara tidak sengaja oleh seorang Islam bernama Amru b Umaiyah. Nabi dan para sahabat mengadakan perbincangan dengan ketua Bani Nadhir tetapi mereka mengambil kesempatan untuk membunuh nabi Muhammmad saw tetapi gagal

27

kerana diberitahu oleh malaikat Jibril melalui wahyu (surah al Maidah:11). Mereka juga menghina orang Islam yang tertewas dalam perang Bir Maunah dan al-Raji Nami Muhammad saw menceritakan pakatan jahat kaum Yahudi ini. Tentera islam bersiap untuk memerangi Bani Nadhir dan seterusnya mengepung perkampung Bani Nadhir selama enam hari dan mereka menyerah kalah. Meraka meminta izin untuk keluar dari Madinah dengan membawa harta benda bersama kecuali senjata.Permintaan ini dipersetujui oleh Nabi dan mereka seramai 600 orang keluar ke Khaibar dan menetap di sana manakala yang lain pula pergi ke Syria. 5.

Yahudi Bani Quraizah : Membuat pakatan sulit dan bersubahat dengan puak Musyrikin Makkah dan menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa perang Khandak (5H). Satelah selesai peperangan Nabi Muhamad saw telah menyerahkan kes Bani Quraizah kepada Sa’d b Muadh ( ketua suku Aus) untuk dibicarakan. Setelah membuat petimbangan yang wajar dengan merujuk kepada kitab Taurat dan al-Quran gologan pembelot mesti dihukum bunuh .Semua kaum lelaki mereka di bunuh manakala kanak-kanak dan wanita dijadikan tawanan. Kerana setiap kali orang Yahudi di beri pengampunan mereka akan datang menyerang semula.

6.

Golongan Munafik : Mereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak menyertai sebarang peperangan menentang musyrikin ,malah melarikan diri daripada medan Perang Uhud, memfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh menentang orang-orang Islam dalam Perang Ahzab dan membina Masjid Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat-umat Islam. Nabi Muhammad saw tidak mengambil apa-apa tindakan sebab sesama Islam takut dituduh memusuhi Islam.Baginda menasihat para sahabat supaya berhati-hati dengan orang munafik.Baginda memulau golongan ini sebagai contoh tidak membalas salam mereka.Perlembagaan Madinah mengikat tindakan orang munafik dengan mengatakan orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.

7.

Memperkenalkan Perlembagaan Madinah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh semua golongan di kota Madinah.

8.

Memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat dan pentadbiran.

9.

Ekonomi : Penindasan ekonomi oleh kaum Yahudi dan tindakan Nabi s.a.w ialah menggalakkan orang Islam berniaga di pasar Madinah, menebus tanahtanah yang terlepas ke tangan Yahudi. Membawa masuk benih-benih kurma berkualiti untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.

28

C

Kesimpulan : ( 1M ) Sebagai seorang negarawan yang unggul, baginda telah membuktikan ketokohannya. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditubuhkan.

29

11. Huraikan peranan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan perkembangan Islam di Nusantara. A.

Pengenalan : ( 3M ) 1.

2.

3.

4.

B.

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dilahirkan pada tahun 1590 Masihi. Ayahnya hernama Mansur Shah dan ibunya bernama Puteri Indra Bangsa - puteri Sultan Alauddin Riayat Shah. Beliau merupakan seorang pemerintah yang berani, aiim, dan bijak memerintah negara. Ketika berusia belasan tahun, beliau telah memimpin gerakan menentang pemerintahan bapa sauda.ranya Sultan Ali Riayat Shah (1604-1607 Masihi). Justeru itu beliau ditangkap dan dipenjarakan. Pada tahun 1606 Masihi beliau telah dibebaskan untuk memimpin tentera Acheh menentang Portugis di pantai Sumatera. Beliau berjaya menewaskan Portugis. Pada tahun 1607 Masihi, sebaik-baik sahaja Sultan All Riayat Shah mangkat, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah berjaya merampas kuasa. Kemudian beliau telah diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Iskandar Muda Perkasa Alam. Beliau memerintah selama 29 tahun dan meninggal dunia pada tahun 1636 Masihi.

Isi : (5 X 4M = 20M ) Peranan Sultan lskandar Muda Mahkota Alam : 1.

Membentuk empayar Islam-Acheh : Perluasan jajahan takluk adalah salah satu dasar pemerintahan baginda. Justeru itu, baginda telah melengkapkan dan memperkukuhkan angkatan bersenjata Acheh agar Acheh dapat menguasai tanah jajahan yang sedia ada di samping dapat pula menakluki daerah-daerah lain. Di Sumatera, kawasan-kawasan yang telah berjaya ditawan semula oleh baginda ialah kawasan pantai timur Sumatera seperti Haru, Deli, Rokan, Kampar, Indragiri, dan Jambi dan kawasan pantai barat puIa seperti Indrapura, Padang, Pariaman, dan Singkel. Di Tanah Melayu, baginda telah berjaya menguasai semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Kejayaan penaklukan serta perluasan wilayah itu membolehkan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam membentuk sebuah empayar Islam yang kuat dan besar di Nusantara, sekali gus Islam dapat disebarkan dan dikembangkan di kawasan-kawasan berkenaan dengan cara yang lebih berkesan.

2.

Memerangi Portugis di Melaka : Usaha ini juga merupakan dasar terpenting Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Dasar ini bukan sahaja didorong oleh faktor politik dan ekonomi, malah ia juga disebabkan oleh faktor agama. Sejak pertapakan Portugis di Melaka pada tahun 1511, Portugis dianggap sebagai

30

pengancam terhadap agama, negara, dan umat Islam. Oleh yang demikian,baginda telah meiancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka pada tahun 1615 Masihi dan tahun 1629 Masihi, tetapi usaha tersebut gagal. Walaupun serangan itu tidak berjaya, namun tindakan itu memberikan natijah yang baik kepada perkembangan Islam. Portugis tidak dapat bertindak dengan sewenang-wenangnya dari segi politik, ekonomi, dan diplomatik. Pengaruh agama Kristian dapat dibendung dari tersebar luas kepada pendudukpenduduk Islam di Nusantara. 3.

Acheh sebagai pusat perdagangan : Aktiviti perdagangan telah berkembang pesat pada zaman baginda. Lebih-lebih lagi dengan perluasan wilayah ke atas Tanah Melayu dan pesisiran pantai timur Sumatera. Keadaan ini membolehkan Acheh mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka. Baginda juga telah membuka jalan perdagangan di pesisiran pantai barat Sumatera. Oleh itu Acheh berjaya mengawal perdagangan rempah yang merupakan hasil pengeluaran perdagangan yang penting pada waktu itu. Di samping itu, saudagar-saudagar asing juga dilarang dari membeli rempah terus dari kawasan penghasilannya. Implikasinya pelabuhan bandar Acheh menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing bagi mendapatkan rempah. Pedagang-pedagang Islam pula diberi perlindungan dan penghormatan oleh pemerintah Acheh. Pada abad ke16 dan abad ke-17 Masihi, Acheh telah menjadi pusat perdagangan yang terpenting di Nusantara kerana kehadiran pedagangpedagang dari kepulauan Melayu, China, India, Timur Tengah, dan Eropah.

4.

Mewujudkan pentadbiran negara yang sistematik : Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sangat menyanjung tinggi alim ulama dan baginda sentiasa berdamping rapat dengan mereka. Para ulama bukan sahaja berperanan sebagai penasihat agama, mala.h mereka juga bertindak sebagai penasihat dalam bidang politik dan pentadbiran. Contohnya, Sheikh Shamsuddin bin Abdullah al-Sumaterani - 1630 Masihi telah dilantik sebagai penasihat baginda. Baginda juga telah menubuhkan Balai Gadang, iaitu sebuah badan penasihat. Ianya terdiri daripada 22 orang ulama yang terkenal di Acheh yang bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua urusan pemerintahan negara.

5.

Hubungan diplomatik : Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga terus mengukuhkan kedudukan politiknya dengan mengadakan hubungan diplomati dengan kerajaan Islam sepergi Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dsb. Melalui hubungan tersebut Acheh dapat berfungsi dalam usaha dakwah dan aktiviti kenegaraan seperti politik,ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Pada zaman baginda Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.

31

6.

Pusat pengajian dan kebudayaan Islam : Banyak usaha telah dilakukan oleh baginda dalam bidang pendidikan dan kebudayaan Islam. Baginda telah mewujudkan sistem pendidikan Islam yang sistematik merangkumi peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Pendidikan peringkat rendah dikenali sebagai Munasah. Mata pelajaran yang diajar pada peringkat ini ialah menulis, membaca al-Quran, asas bahasa Arab, dan perkara fardu ain. Peringkat menengah pula dikenali sebagai Rangkang. Pada peringkat ini, mata pelajaran yang diajar ialah ilmu Tauhid, Fikah, tafsir, hadis, bahasa Arab dsb. Peringkat tinggi pula dikenaIi sebagai Jamiah atau Universiti. Kewujudan pusat pengajian yang sistematik itu menyebabkan Acheh menjadi tumpuan kepada para sarjana dan pelajarpelajar Islam di Kepulauan Melayu hingga Acheh digelar Serambi Mekah kerana jemaah haji dari Tanah Melayu dan Indonesia yang pergi atau pulang dari Mekah akan singgah di Acheh bagi mendalami ilmu fardu haji. Terdapat juga pelajar-pelajar di Kepulauan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran di Mekah, mereka akan belajar terlebih dahulu di Acheh.

7.

Meningkatkan kegiatan intelektual : Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga bersikap bijaksana atau tidak menyekat dalam menghadapi perkembangan dua aliran tasawuf yang wujud pada waktu itu, iaitu Wihdatul-Wujud dipimpin oleh Hamzah Fansuri dan muridnya Sheikh Shamsuddin al-Sumaterani dan Wzhdatul-Syuhud dipimpin oleh Abdul Rauf Singkel. Walaupun kedua-dua aliran tasawuf tersebut bertentangan tetapi kerana kebijaksanaan baginda, maka tidak berlaku pertentangan di antara keduadua golongan tersebut sehingga zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thai. Di samping itu, terdapat berbagai-bagai aliran tarekat seperti Qadariyah, Naqsyabandiyah, Satariyah dan sebagainya. Akibat dari perkembangan ilmu tasawuf ini telah melahirkan hasil-hasil karya atau kitab-kitab tasawuf seperti Bayan AI-Tajalli, Syarrah AI-Asyiqin, Asrar Al-Ariffin,dan Jauhar Al-Haqaiq. Selain itu lahir juga syair-syair tasawuf yang mengkagumkan seperti Syair Ma'rifat karangan Abdu1 Rauf Singkel, Syair Dagang, Syair Perahu, Syair Sidang Fikir, dan Syair Burung Pingai karangan Hamzah Fansuri.

8.

C.

Penyebaran Dakwah Islamiah. Syamsuddin al Sumatrani dihantar ke Pahang.

Kesimpulan : ( 2M ) Zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan zaman kegemilangan dalam semua bidang. Baginda dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai sultan Acheh yang teragung.

32

12.

Huraikan sebab-sebab kota Madinah diserang oleh tentera al-Ahzab dan jelaskan peranan kumpulan-kumpulan utama yang terlibat dalam peperangan tersebut. A.

Pengenalan : ( 3M ) 1. 2. 3.

B.

Konsep peperangan dalam Islam dan kaitannya dengan Perang al-Ahzab. Tarikh dan tempat berlakunya peperangan al-Ahzab/Khandaq. Kumpulan-kumpulan utama yang terlibat di dalam peperangan itu ialah puak Quraisy, Ghataffan, Yahudi Bani al-Nadir, Yahudi Bani Quraizah, orang-orang Munafikin, suku-suku Arab yang lain dan orang perseorangan seperti Huat bin Akhtab.

Isi-isi : ( 20M ) Faktor-faktor Kota Madinah Diserang Oleh Tentera Al-Ahzab. (10M=5x2M ) 1.

Kaum Quraisy Musrikin berkeyakinan mereka boleh mencapai kemenangan – setelah mereka berjaya mengalahkan umat Islam dalam Perang Uhud dan mereka berazam untuk menghapuskan Nabi Muhammad s.a.w dan dakwahnya.

2.

Hasutan dari kaum Yahudi Bani al-Nadir dan Bani Quraizah yang tidak senang dengan kehadiran Nabi Muhammad di Madinah, tambahan pula mereka Bani Nadir telah disingkirkan dari Madinah setelah terbongkar komplot jahat mereka untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w

3.

Hasrat kaum Quraisy untuk menegakkan dan mengekalkan kekuasaan agama berhala di kota Makkah. Oleh itu mereka mesti menghapuskan kekuasaan tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w

4.

Mereka juga mempertahankan kota Makkah sebagai pusat ekonomi mereka.

5.

Kaum Quraisy juga mahu mengekalkan maruah mereka di Semenanjung Tanah Arab di samping kebimbangan mereka terhadap perkembangan dan pengaruh Islam.

6.

Berlaku pengingkaran golongan munafik terhadap kepimpinan Nabi Muhammad di Madinah.

Peranan Kumpulan-kumpulan Utama yang Terlibat : (10M=5x2M ) 1.

Peranan orang kafir Musyrikin : mengetuai angkatan tentera al-Ahzab yang dilengkapi dengan peralatan perang disamping merangka strategi peperangan dan serangan.

2.

Orang-orang Ghataffan : Menyediakan tentera berkuda yang dilengkapi dengan senjata berjumlah 1000 orang.

33

C.

3.

Orang-orang Yahudi Bani al-Nadir : menghasut suku-suku Arab yang kecil di Madinah agar menentang Nabi Muhammad s.a.w

4.

Orang-orang Yahudi Bani Quraizah : menyerang kota Madinah dari arah belakang.

5.

Orang-orang Munafiqin : bertindak sebagai gunting dalam lipatan yang memberikan tekanan yang berat terhadap orang-orang Islam. Menjadi pengintip dan berpaling tadah. Diketuai oleh Abdullah bin Ubai.

6.

Huay bin Akhtab : menghasut orang-orang Yahudi Bani Quraizah agar membatalkan perjanjian mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w dan menentangnya.

7.

Suku-suku kecil Arab : Bani Murrah, Asyja’ Sali, Saad dan lain-lain berperanan sebagai pembantu

Kesimpulan : ( 2M ) Peperangan Ahzab membuktikan kepada masyarakat Arab bahawa kekuatan fizikal semata-mata belum menjamin kemenangan kepada pihak musyrikin Makkah dan golongan-golongan Yahudi. Nabi Muhammad s.a.w sekali membuktikan kebijaksanaannya sebagi seorang negarawan yang ulung.

34

13. Bincangkan sumber-sumber-pendapatan negara dan kepentingannya kepada masyarakat ada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

A.

B.

Pengenalan : ( 3M ) 1.

Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian AlAqabah 1 dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj. Kedatangan Nab] clan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.

2.

Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama.

3.

Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.

4.

Segala perkara yang berkaitan dengan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah diterima sebagai isi pendahuluan.

Isi : ( 5 X 4M = 20M ) 1.

Derma ( sedekah ) : a.

Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah.

b.

Kepentingan : i.

Derma clan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.

ii.

Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk.

35

iii.

2.

3.

4.

Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan masyarakat dan agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk membina masjid Quba'.

Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai') : a.

Sumber-Kekalahan musuh dalam sin' peperangan dengan tentera Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas, dan kekayaan lain.

b.

Kepentingan-Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat Islam.

Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh : a.

Sumber -Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan.

b.

Kepentingan-Hartanah ini membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada kerajaan.

Tebusan Tawanan Perang : a.

Samber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani alMustaliq --Ferlaya mendapat tebusan tawanan perang.

36

b.

5.

6.

C.

Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam. Wang tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera Islam (kelengkapan perang)

Jizyah : a.

Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima' pada tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar 300 dinar untuk setahun.

b.

Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan Islam terpaksa meminta perlindungan dari keraj aan Islam.

c.

Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.

Zakat : a.

Sumber - pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak..

b.

Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang, zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan. Selain daripada kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat bakhil,dan menyucikan harta.

Kesimpulan : ( 2M ) Apa sahaja yang berkaitan.

37

14. Bincangkan sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang pelayaran dan geografi. A.

Pengenalan : ( 3M ) 1.

2. 3.

4.

B.

Ibn Hawqal atau nama sebenarnya ialah Muhammad bin Ali, juga dikenali sebagai Abu al-Qassam al-Kawasili al-Nasibi. Beliau dilahirkan di Nasibin (Mesopotamia al-Jazirah). Ibn Hawqal adalah seorang ahli pelayaran dan ahli geografi Arab pada abad ke-4 H/10 M. Tarikh kelahiran clan kQMatian beliau tidak dapat dinyatakan dengan tepat oleh kebanyakan ahli Sejarah Walaupun begitu ada pendapat yang mengatakan Ibn Hawqal diiahirkan di sekitar tahun 310 H dan mati pada tahun 385 H. Pada 7 Ramadan 331 H hingga tahuri #62 H, beliau telah memulakan pelayaran ke seluruh pelosok negara Islam. Pelayaran Ibn Hawqal memakan masa melebihi 30 tahun dan hampir semua. negara telah dilaluinya. Beliau juga turut berdakwah dan berdagang.

Isi : ( 20M ) Sumbangan dalam bidang geografi : ( 5 X 2M = 10M ) 1.

2.

Bidang penulisan merupakan sumbangan Ibn Hawqal yang terpenting. Beliau telah menghasilkan sebuah kitab - al-Masalik wa-al-Mamalik atau dikenali juga sebagai surah al-Ard - siap pada tahun 367 H. Buku beliau mengandungi revisi atau peta al-Istakhri yang ditulis selepas belayar ke Sepanyol.

3.

Kitab al-Masalik wa-al-Mamalik telah diterbitkan sebanyak tiga kali dan sentiasa dimurnikan dari segi isi dan fakta.

4.

Walaupun Ibn Hawqal dikatakan meniru dan menciplak fakta-fakta dari buku-buku ahli geografi lain seperti al-Istakhri, namun pada hakikatnya beliau mengambil sebagai asas dalam penyelidikannya.

5.

Ibn Hawqal juga turut menyumbang dalam bidang pemetaan. Dalam hal ini, peta-peta umat Islam yang dibuat oleh al-Istakhri dan al-Balkhi telah diperbaiki dan diperbaharui olehnya. Di samping itu, Ibn Hawqal juga banyak menambah serta memperbaiki hasil kerja orang sebelumnya. Tindakan beliau itu sudah tentu memudahkan orang lain untuk memahaminya. Beliau dikenali sebagai seorang yang gigih dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerja. Misalnya ketika menjelaskan tentang sempadan dan iklim sesuatu daerah, diterangkan secara terperinci. Sumbangan beliau juga dapat dilihat dalam bidang pertanian penyelidikan terhadap barang-barang pengeluaran pertanian dan barangan pertanian. Bidang ini jarang dilakukan oleh ahli geografi lain. Beliau juga menyumbang dalam penyelidikan geografi di India. Ini dapat dilihat dari basil karyanya yang terperinci tentang kawasan-kawasan seperti Makran, Sind, dan pantai barat India. Bidang kartografi : seni lukis atau membuat peta juga merupakan sumbangan Ibn Hawqal yang tidak kurang pentingnya. Peta-peta yang

6.

7.

8.

9.

38

dilukis oIeh Ibn Hawqal sangat terkenal di Barat kerana kerja-kerja kartografinya begitu teliti dan cermat. Sumbangan dalam bidang pelayaran : ( 5 X 2M = 10M ) 1. 2. 3.

4.

5.

6.

C.

Ibn Hawqal mula belayar ke Afrika Utara, dan Selatan Sahara pada tahun 336 H. Belayar ke Armenia dan Azerbayjan pada tahun 344 H . Dalam peIayaran Ibn Hawqal ke Sicily pada tahun 362 H, beliau telah berjaya menyelidik tentang kekuatan pertahanan kota Palermo dan turut menganggarkan jumlah penduduk Palermo pada waktu itu kira-kira 300 000 orang. Dalam pelayaran beliau ke Sepanyol pula, beliau telah menulis tentang keadaan muka bumi Sepanyol pada masa itu yang terkenal dengan hasil bumi dan keiuaran pertanian. Manakala pelayaran Ibn Hawqal ke India, beliau telah menulis tentang kawasan-kawasan di India dengan begitu terperinci serta teliti dan hasil kerja beliau tentang Sind, Markan, dan pantai barat India adalah bermutu tinggi dan setanding dengan ahIi-ahli pelayaran lain. Pelayaran yang telah dilakukan membantu kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan bidang penyelidika.n. Hasil penyelidikan menjadi panduan kepada ahli pelayaran lain.

Kesimpulan : ( 2M ) Sumbangan Ibn Hawqal sangat besar dalam bidang geografi dan pelayaran dan namanya terkenal seperti tokoh-tokoh Islam yang lain. Walaupun sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang geografi dan pelayaran tidak setanding dengan alMuqaddasi yang hidup sezaman dengannya, tetapi sumbangan beliau amat bermakna terhadap umat Islam.

39

15. Jelaskan sejauh mana tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya dan intelektual Tamadun Eropah. A.

Pengenalan : 1.

2.

3. B.

Hubungan orang Kristian Eropah dengan Islam telah bermula apabila kerajaan Islam menjelajah clan menduduki wilayah di Eropah. Penaklukan Khalifah Muawiyah bin Abu Suffian ke atas wilayah Afrika Utara membawa kepada gerakan perluasan kuasa di sekitar Laut Mediteranean. Pengaruh kebudayaan Islam ke atas masyarakat Eropah bermula apabila terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di Sepanyol dan Sicily. Perkembangannya semakin jelas apabiia orang Eropah menaruh minat mengkaji karya klasik Yunani dan Islam Konsep tamadun Islam Dan Eropah

Isi : ( 7 X 3M = 21M ) 1.

Kewujudan Kerajaan Islam di Eropah : Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan Bani Umayyah banyak mempengaruhi kebudayaan dan pemikiran masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang di Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu Arab (Artes Arabes) ke Barat. Petrus Alphonsi telah menjadi doktor istana King Henry I dan mengasakan pusat pengajian tinggi di Tolledo pada tahun 1250. Pusat pengajian ini menjadi pusat kajian Orientalis Eropah tentang peradaban Islam.

2.

Sokongan Raja Norman : Kebangkitan kuasa suku bangsa Norman di Eropah turut membantu perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam di Eropah. Kaum Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja Norman seperti King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar dan penulisan ilmu geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah di Naples dan Salerno.

3.

Perang Salib melemahkan institusi gereja : Perang salib yang berlaku dari tahun 1097 hingga 1292 merupakan satu proses yang mempengaruhi pemindahan dan penyesuaian kebudayaan Islam ke Barat. Perang Salib berjaya mengubah pemikiran masyarakat di Eropah dan melemahkan kekuasaan institusi gereja apabila masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan gereja. Karya pemikir Islam seperti tulisan Al-Ghazali,

40

Al-Kindi dan Al-Khawarizmi menjadi rujukan perkembangan ilmu falsafah, astronomi clan matematik di Eropah. 4

Hubungan perdagangan : Orang Arab dan Farsi telah menguasai perdagangan timur dengan barat. Pedagang Eropah membeli barang-barang timur seperti rempah daripada saudagar Islam di pelabuhan Venice dan Genoa..

5.

Ilmu Pelayaran dan Geografi : Interaksi antara pedagang Eropah dengan pedagang Islam telah mempengaruhi ilmu pelayaran dan geografi di Eropah. Atlas Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi ilmu pelayaran Eropah.

6.

Sistem pendidikan : Bandar Cardova telah menjadi pusat pendidikan ilmu dari tamadun Islam di Eropah. Universiti dan perpustakaan didirikan dan menjadi tumpuan para ilmuwan dari Eropah. Leornardo Fabanacci mendapat pendidikan di Sepanyol. King Roger I telah menubuhkan sekolah tinggi di Naples dan Salerno sebagai pengkajian ilmu astronomi, geografi dan perubatan Islam. Universiti Padua yang didirikan di zaman pertengahan mula mengkaji ilmu perubatan Islam,

7.

Kegiatan penterjemahan : King Frederick II di Sicily teleh meminta Micheal Scott menterjemahkan bukubuku ilmu pengetahuan Arab ke dalarn bahasa Latin. Karya tokoh intelektual Islam seperti Ibn Sina, Ibn Tufail dan Al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Contohnya: Tahafut-tahafut oleh Ibn Rusyd dan Tahafut al-Faiasifa karya AlGhazali telah diterjemahkan atas arahan badan tertinggi gereja Kristian. a. Hayy ibn Yaqzan karya Ibn Tufail diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Edward Peacock dengan tajuk Philosophus Autodidactus. b. Hisab al-Jabar Wal-Muqabalah diterjemahkan oieh F.Rosen di London

8.

karya

Al-Khawarizmi

Gerakan lntelektual di Eropah Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.

41

9.

Pengaruh kerajaan Turki Uthmaniah : Kerajaan Turki Uthmaniah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Eropah Timur.

10.

Bidang ekonomi : Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi daripada hubungan dengan orang-orang Islam dalam bidang perindustrian dan teknologi teknik tanaman sekoi,padi dan tembikai dipelajari daripada orang-orang Islam. Pengaruh-pengaruh lain( selain daripada pengaruh Islam)

C.

11.

Perkembangan intelektual di Eropah

12.

Kebangkitan golongan borjuis

13.

Pertambahan penduduk

14.

Pertembungan golongan berilmu dengan golongan agama Kristian.

15.

Penjelajahan dan penerokaan.

Kesimpulan : ( 1M ) Kesan daripada pengaruh kebudayaan dan intelektual Islam mendorong masyarakat Eropah mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan dan intelektual. Revolusi intelektual di Eropah dikenali sebagai zaman Renaissance.

42

16

Jelaskan mengapa perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Harun alRashid jauh lebih maju berbanding dengan zaman Charlemagne di Eropah Barat. A.

B.

Pengenalan : ( 3M ) 1.

Latarbelakang tokoh. Khalifah Harun al- Rasyid (786-809M) khalifah ke 4 Bani Abbasiyah menggantikan Muhamad al-Mahdi. Beliau merupakan khalifah Abbasiyah yang paling terkenal. Memilik sifat peribadi yang tinggi dan mempunyai pengalaman yg luas dari segi pentadbiran, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan. Charlemagne (768-814M) ,orang gasar keturunan Frank. Memerintah empayar Rom suci sejak 800 M. digelar empayar Rom suci kerana direstui oleh Paus Rom. Empayarnya meliputi Lombardy, Bavaria, Sepanyol dan dari Rhine ke sempadan Denmark dan ke timur sungai Elbe.

2.

Latar belakang ekonomi Ekonomi terdiri daripada dua komponen iaitu ekonomi pertanian dan ekonomi perdagangan dan bersifat domestik dan antarabangsa. Pada zaman Charlemgne bentuk ekonominya pertanian dan perdagangan kendiri.

Isi : ( 7 X 3M = 21M ) 1

Kestabilan Politik : Pada zaman pemerintahan Harun al-Rashid kestabilan empayar wujud dalam empayarnya. Perebutan kuasa tidak berlaku dan Baghdad sebagai pusat empayar dapat memperkukuhkan kedudukannya di seluruh empayar. Walaupun Constantinople dan Bani Umayyah di Cordova masih menentang kewibawaan Abbasiyah tetapi mereka tidak dianggap punca ancaman yang serius. Kestabilan politik membolehkan ekonomi Abbasiyah berkembang pesat dan mencapai puncak kemakmuran pada zaman Harun al-Rashid. Sebaliknya, kestabilan politik dan empayar tidak wujud di Eropah Barat. Penaklukan dan peperangan sentiasa berlaku antara Carolingians dengan Lembardo di Itali, Anglo-Saxons, Awaro dan Slavo. Keadaan ini adalah halangan besar terhadap sebarang kemajuan dalam bidang ekonomi.

2

Perkembangan Bandar : Wujudnya banyak Bandar di seluruh empayar Abbasiyah adalah punca dorongan kepada kegiatan ekonomi yang dinamik. Pusat Bandar menggalakkan perkembangan pertanian untuk penjualan ke pasaran Bandar. Keadaan berbeza di Eropah Barat di mana kehidupan bandar telah lenyap sejak kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 TM. Di wilayah Gaul kehidupan bandar hampir terpupus dengan bilangan penduduk kian berkurangan. Golongan bangsawan tidak lagi hidup di bandar tetapi berpindah ke estet-estet yang terletak di luar bandar. Jadi, dengan kelenyapan kehidupan bandar, kegiatan ekonomi kian merosot.

43

3

Perkembangan Industri : Di empayar Abbasiyah kegiatan ekonomi berasaskan perkembangan industri yang meluas. Di Parsi dan Iraq terdapat perkilangan permaidani dan tekstil. Di Asia Barat wujudlah industri sutera, kapas, satin, brocade, perabot, dan perkakas dapur. Semua barang itu dihasilkan bukan saja untuk penggunaan tempatan tetapi juga untuk eksport. Sebaliknya, di Eropah Barat ekonomi tertutup pada zaman feudal tidak mendorongkan lagi kegiatan industri. Corak ekonomi adalah pertanian untuk sara diri saja akibat keruntuhan bandar dan lenyaplah kegiatan komersial.

4

Perkembangan Pertanian : Di Empayar Abbasiyah pertanian berkembang akibat galakan daripada pihak kerajaan dan peningkatan taraf sosial kaum tani. Kerajaan Abbasiyah menjalankan projek-projek pembinaan, kemudahan pengairan, dan tali air untuk menambah penghasilan tanaman untuk penjualan. Kaum tani kebanyakannya dhimmi diberikan hak pemilikan tanah yang lebih liberal dan taksiran cukai yang lebih adil. Sebaliknya, di Eropah Barat raja-raja dan tuan tanah feudal tidak mempedulikan langsung hal kebajikan kaum tani dan kegiatan pertanian. Tuan tanah feudal melakukan penindasan oleh kerana kaum tani terikat kepada mereka untuk kehidupan dan perlindungan. Kedudukan mereka adalah setaraf dengan hamba.

5

Perkembangan Perdagagan : Ekonomi perdagangan domestik dan antarabangsa kian berkembang di dunia Islam. Baghdad merupakan pusat perdagangan di seluruh empayar. Para saudagar dari Baghdad dan pelabuhan-pelabuhan seperti Siraf, Basra, dan Ubullah berdagang dengan India, Ceylon, Asia Tenggara, dan China dan membawa balik berjenis-jenis barang-barangan. Mereka juga berdagang dengan Scandinavia, Sweden, Asia Tengah, dan Afrika, hubungan komersial dengan Eropah Barat terputus. Sebaliknya, perdagangan domestik dan antarabangsa tidak wujud lagi di Eropah Barat. Ekonominya tertutup dan terpencil dari dunia luar. Tambahan pula ekonomi di kawasan Mediterranean dikuasai oleh saudagar Muslim. Kegiatan ekonomi terhad kepada memenuhi keperluan sendiri.

6

Kemudahan Frasarana : Seperti pelabuhan, kilang-kilang, gudang, sistem pengairan, laluan perdagangan di darat dan laut yang membantu kemajuan ekonomi, sebaliknya dia Eropah pemerintah tidak membantu memajukan pelabuhan dan tidak menyediakan bantuan yang cukup.

7

Perkembangan Institusi kewangan. Menyediakan sistem perbankan, kemudahan kredit, pengenalan kepada sistem cek.

44

C.

8

Matawang, Timbang dan Sistem Sukatan.

9

Keselamatan.

10.

Perlindungan Undang-undang oleh khalifah keatas harta persendirian. Sedangan zaman Charlegmane tidak ada peraturan.

11.

Sistem cukai yang lebih adil dan teratur. Di Eropah cukai yang dikenakan adalah besar dan dikutip oleh setiap pemilik estet,

12.

Khalifah Harun Al-Rashid mengutamakan ekonomi domestik dalam pentadbirannya sedangkan Charlemange mengutamakan usaha pemulihan empayar Rom suci.

13

Hubungan Diplomatik : Khalifah telah mengada hubungan diplomatik dengan negara luar yang membantu memajukan ekonomi. Sedangkan hubungan diplomatik yang dilakukan Charlemange lebih bersifat politik.

14

Faktor agama memainkan peranan, apabila Islam menggalakan kegiatan perdagangan sedangkan Kristian Eropah mengongkong kegiatan perdagangan dengan mengenakan pelbagai sekatan yang negatif.

Kesimpulan : ( 1M ) Apa saja yang berkaitan.

SKEMA TAMAT

Suggest Documents