RINGKASAN DASAR BASMI KEMISKINAN BUKAN OBJEKTIF BR1M

Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M RINGKASAN DASAR BASMI KEMISKINAN BUKAN OBJEKTIF BR1M Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dimulakan pada tahun ...
Author: Edwin Sparks
10 downloads 1 Views 103KB Size
Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M

RINGKASAN DASAR BASMI KEMISKINAN BUKAN OBJEKTIF BR1M Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dimulakan pada tahun 2012 kini masuk tahun keempat. Peringkat pertama BR1M 4.0 akan diedarkan kepada 7.9 juta keluarga dan individu miskin mulai 15 Januari, diikuti oleh peringkat kedua dan ketiga pada bulan Mei dan September.

Peningkatan jumlah bantuan tunai untuk tahun ini sepatutnya memberi lonjakan besar dari segi kuasa membeli isi rumah, namun dalam konteks harga minyak dunia terus jatuh dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan dalam tahun ini, samada bantuan tunai ini dapat meningkatkan kuasa beli isi rumah, mahupun kerajaan dapat mengekalkan program ini dalam keadaan defisit fiskal menjadi semakin buruk, menjadi satu persoalan.

Tahun ini, bantuan tunai diterima oleh isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah sebulan meningkat daripada RM650 tahun lepas kepada RM950 setahun, isi rumah berpendapatan RM3000RM4000 sebulan meningkat daripada RM450 kepada RM750, dan bujang berpendapatan RM2000 ke bawah sebulan meningkat daripada RM300 kepada RM350.

Program bantuan tunai langsung yang menelan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM14.3 bilion sejak tahun 2012 ini wajar dilihat dalam konteks pembasmian kemiskinan. Program pembasmian kemiskinan yang berkesan sewajarnya bersifat transformatif dan berpaksikan konsep “keluar daripada kemiskinan” atau graduation dengan membangunkan kelas menengah, bukannya mewujudkan lebih banyak lagi program atau lebih ramai penerima. Bantuan tunai langsung atau cash transfer merupakan salah satu strategi kerajaan membasmi kemiskinan dengan memindahkan tunai kepada kumpulan sasaran. Sejak dua dekad yang lalu, bantuan tunai langsung muncul sebagai satu pendekatan yang semakin popular di kalangan negara sedang membangun. Malaysia adalah antara negara terkini yang memperkenalkan bantuan tunai langsung melalui program BR1M sejak tahun 2012.

Bantuan tunai langsung boleh berbentuk syarat atau conditional, iaitu penerima perlu memenuhi syarat tertentu untuk menerima 1

Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M

bantuan tunai; atau tiada syarat iaitu unconditional di mana wang tunai diberikan kepada kumpulan sasaran tanpa syarat.[1]

Bantuan tunai langsung juga boleh terbahagi kepada jenis tersasar atau targeted, seperti golongan miskin, warga tua, wanita, kanakkanak dan golongan terpinggir; ataupun jenis umum iaitu universal yang menjamin hak semua seperti wang saraan.[2] Dari segi objektif, bantuan tunai langsung yang bersifat transformatif bertujuan untuk memperbaiki kehidupan mereka yang susah atau mengeluarkan mereka yang susah daripada kemiskinan dengan objektif yang spesifik [3]; manakala bantuan tunai langsung yang bersifat non-transformatif hanya memberi bantuan tunai sebagai satu “pampasan” bagi pengurangan subsidi bahan api, bukannya untuk mengurangkan kemiskinan. Institut Rakyat membandingkan lima program bantuan tunai langsung di Brazil, Mexico, India, Indonesia dan Malaysia untuk memberi gambaran tentang pelbagai objektif program bantuan tunai langsung yang memberi impak berbeza kepada penerima (Jadual 1).

Kelima-lima program bantuan tunai langsung: Bolsa Familia di Brazil, Oportunidades di Mexico dan Skim Jamin Kerja Maharashtra di India, Program Bantuan Tunai Langsung di Indonesia dan BR1M di Malaysia adalah program jenis tersasar di mana sasarannya termasuk keluarga dan individu miskin, kanak-kanak dan wanita. Di antara lima program tersebut, Bolsa Familia, Oportunidades dan Skim Jamin Kerja Maharashtra adalah bersyarat dan transformatif, manakala Program Bantuan Tunai Langsung dan BR1M tidak bersyarat dan non-transformatif.

Bolsa Familia, Oportunidades dan Skim Jamin Kerja Maharashtra adalah transformatif kerana program-program ini meletakkan syarat yang perlu dipenuhi oleh penerima demi mengubah kehidupan mereka seperti kehadiran sekolah bagi kanak-kanak berumur 6-15 tahun perlu mencapai 85 peratus sebulan (Bolsa Familia), lawatan ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (Oportunidades), dan jaminan kerja 100 hari bekerja di sektor pembinaan awam mengikut dasar gaji minima pada musim peluang pekerjaan rendah di luar bandar (Skim Jamin Kerja Maharashtra). 2

Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M

Jadual 1: Program Bantuan Tunai Langsung di Brazil, Mexico, India, Indonesia dan Malaysia Brazil

Mexico

India

Indonesia

Malaysia

Nama program

Bolsa Familia

Oportunidades

Program Bantuan Tunai Langsung

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Tahun bermula

2003

1997

Skim Jamin Kerja Luar Bandar Maharashtra 2005

48 juta pekerja.

2005

19.1 juta isi rumah miskin; 34% populasi.

2012

Jenis

Tersasar

Tersasar

Tersasar

Tersasar

Tersasar

Transformatif: mempertingkat -kan pendidikan kanak-kanak, kesihatan dan nutrisi isi rumah miskin, khasnya kanakkanak dan kaum ibu.

Transformatif: Menawarkan pekerjaan sementara kepada masyarakat luar bandar ketika peluang pekerjaan rendah.

NonTransformatif: Memberi pampasan kepada isi rumah miskin ekoran pengurangan subsidi bahan api.

NonTransformatif: Mengekalkan kuasa membeli isi rumah miskin ekoran pengurangan subsidi bahan api.

Liputan

Bentuk

Objektif

Bantuan

52.3 juta individu miskin; 25% jumlah populasi. Bersyarat

Transformatif: Mengurangkan kelaparan, kemiskinan dan kesenjangan pendapatan, serta mempertingkat -kan pendidikan kanak-kanak.

Bersyarat

Bersyarat

M$777 sebuah isi rumah sebulan. [5]

100 hari bekerja dalam setahun.

R$678

M$1641

R2990

% Bantuan daripada gaji minima*

5%-8%

24%

Kos program

R$1497

US$5.5bilion pada tahun 2008 (0.3% KDNK).

M$5357

Gaji minima [7]

Kos hidup [8]

R$70-R$108 sebuah isi rumah sebulan. [4]

5 juta isi rumah miskin; 25% jumlah populasi.

US$3.6bilion pada tahun 2009 (0.32% KDNK)

Tidak bersyarat

7.9 juta isi rumah dan individu miskin. Tidak bersyarat

Rp 400,000 sebuah isi rumah setahun.[6]

RM750-RM950 sebuah isi rumah setahun.

13%

1%

3%-4%

R12454

Rp6091387

US$4 pada 2008 KDNK)

Rp1332400

bilion tahun (2.3%

-

Peninsular RM900; Sabah, Sarawak dan Labuan RM800

RM1907

US$1.4bilion pada tahun 2015 (1.8% KDNK)

Sumber: Social Assistance in Developing Countries Database (2010) [9]; kiraan penulis.

* “% Bantuan daripada gaji minima” adalah peratusan bantuan yang diterima berbanding dengan gaji minima sebuah isi rumah sebulan yang dikira berdasarkan andaian dua ahli isi rumah bekerja dan dibayar gaji minima.

3

Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M

Pelbagai kajian menunjukkan ketiga-tiga program ini berjaya memperbaiki kehidupan isi rumah miskin melalui pendekatan pendidikan, pemakanan, kesihatan dan pekerjaan, yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah dan memutuskan rantai transmisi kemiskinan inter-generasi[10]. Pendekatan transformatif ini amat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh Program Bantuan Tunai Langsung dan BR1M yang bertujuan untuk memberi pampasan kepada isi rumah miskin ekoran pengurangan subsidi bahan api bagi mengekalkan kuasa membeli. Program Bantuan Tunai Langsung di Indonesia diperkenalkan oleh Presiden Bambang Yudhoyono buat pertama kalinya pada Oktober 2005 ketika harga petrol naik sebanyak 87.5 peratus. Subsidi bahan api dikurangkan dan ditukar kepada bentuk bantuan tunai untuk isi rumah miskin. Berbeza dengan Bolsa Familia dan Oportunidades, Program Bantuan Tunai Langsung tidak meletakkan sebarang syarat untuk memperbaiki kehidupan isi rumah, sebaliknya ia bertujuan untuk “menentang” kemiskinan akibat kenaikan harga minyak, bukannya mengeluarkan mereka yang susah daripada kemiskinan[11].

BR1M bertitiktolak daripada asas yang sama dengan Program Bantuan Tunai Langsung di Indonesia, iaitu proses kerajaan menyusun semula pemberian subsidi agar ia sampai terus kepada golongan sasar, menerusi perubahan pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi tersasar. Namun begitu, meskipun secara purata BR1M membawa kepada pertambahan pendapatan sebanyak RM79.17 sebulan, dalam konteks harga minyak dunia terus jatuh dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan mulai bulan April, isi rumah miskin tetap akan berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Ekoran keadaan ekonomi yang semakin merundum, kemudahancaman atau vulnerability isi rumah miskin atau di pinggir kemiskinan sudah pasti akan meningkat. Maka selain berhadapan dengan kenaikan harga barang yang mendadak, kumpulan ini mudah terdedah kepada pelbagai risiko seperti hilang pekerjaan dan beban hutang melambung tinggi yang membolehkan mereka terjatuh balik ke dalam kancah kemiskinan. Menurut Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 [12], 53 peratus isi rumah tidak memiliki aset kewangan, 88 peratus tidak mempunyai simpanan kewangan, dan hanya 66 peratus warga 4

Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M

Malaysia berumur 15 tahun ke atas memiliki akaun bank di institusi kewangan berbanding dengan Australia dan Singapura di mana 100 peratus warga negara tersebut memiliki akaun bank.

Kekurangan aset kewangan turut menyebabkan isi rumah miskin terpaksa meminjam daripada saudara mara atau peminjam swasta untuk membiayai kos kehidupan harian, membayar sewa rumah, menanggung pendidikan anak dan sebagainya. Keadaan ini mengakibatkan jumlah hutang isi rumah meningkat dari 60% daripada KDNK pada tahun 2008 kepada 86.8% pada tahun 2013. Laporan yang diterbitkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu juga menunjukkan BR1M hanya menyumbang kepada pengurangan 1 peratus dalam jurang kuasa membeli di antara yang miskin dan kaya. Impak ini adalah kecil berbanding dengan dasar gaji minima RM900 yang menyumbang kepada pengurangan sebanyak 8 peratus dan dasar pendidikan asas untuk semua sebanyak 4 peratus.

Sesungguhnya, BR1M yang bersifat non-transformatif tidak bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan sepertimana Program Bantuan Tunai Langsung di Indonesia, sebaliknya bertujuan untuk memastikan kadar kemiskinan tidak meningkat dan mengelak demonstrasi massa untuk menuntut harga minyak turun. Jika kami mengakui realiti ekonomi negara kini sedang merudum, maka BR1M dalam konteks ekonomi makro hanya bagaikan satu pelampung di tengah-tengah laut yang luas namun ia bukan bahtera yang boleh belayar ke destinasi yang selamat.

Apa yang diperlukan untuk jangka masa panjang adalah kerajaan perlu menyediakan kemudahan sosial dan menjamin keadilan sosial bagi membantu golongan miskin, khususnya miskin tegar, keluar daripada kemiskinan. Program dan dasar yang dibentuk seharusnya menjurus kepada mengatasi halangan struktural kemiskinan misalnya pendidikan percuma untuk semua, rumah selesa mampu milik, Skim Perintis Rakyat, caruman wanita Malaysia, tabung inovasi, rombakan insentif percukaian dan gaji minima.

Penulis: Ginie Lim, Penolong Pengarah Penyelidik ([email protected]) Penyunting: Yin Shao Loong, Pengarah Eksekutif INSTITUT RAKYAT 3rd Floor, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. www.institutrakyat.org. 5

Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M Rujukan: [1] International Development Economics Associates, IDEAS (2011), “Cash Transfers as a Strategy for Poverty Reduction: A critical assessment”, Policy Brief No. 3/2011. http://www.networkideas.org/briefs/dec2011/PDF/03_2011.pdf [2] Samson, M., van Niekerk, I. and Mac Quene, K. (2010), “Designing and Implementing Social Transfer Programmes”. South Africa: Economic Policy Research Institute. http://epri.org.za/wp-content/uploads/2011/01/EPRI_Book_4.pdf [3] Arnold, C., Conway, T., and Greenslade, M. (2011), “Cash Transfers Literature Review”. London: Department for International Development. http://r4d.dfid.gov.uk/PDF/Articles/cash-transfers-literature-review.pdf [4] Kidd, S. and Huda, K. (2012), “BOLSA unFAMILIAr”, PATHWAYS’ PERSPECTIVES, Issue No 1 January 20th 2012. http://www.developmentpathways.co.uk/downloads/perspectives/Path ways-Perspectives-9-BOLSA-unFAMILIAr.pdf

[5] Programa de Desarrollo Humano Oportunidades (2012), “Oportunidades, 15 years of results”. https://www.prospera.gob.mx/Portal/work/sites/Web/resources/Archiv oContent/2109/BAJA%20Oportunidades%2015yrs%20of%20results.pdf [6] SMERU Research Institute (2006), “A Rapid Appraisal of The Implementation of the 2005 Direct Cash Transfer Program in Indonesia”, SMERU Research Report, July 2006. http://www.smeru.or.id/report/research/blt/slt_eng.pdf [7] ILO Global Wage Report 2014/15. http://www.ilo.org/ilostat/GWR?_afrLoop=1882172922947582#%40%3 F_afrLoop%3D1882172922947582%26_adf.ctrl-state%3Dz7oud2uaw_4

[8] Estimating Living Wage Globally 65 countries. http://www.wageindicator.org/documents/publicationslist/publications2013/Estimating%20Living%20Wage%20Globally_201311.pdf

[9] Barrientos, A., Niño-Zarazúa, M., and Maitrot, M.(2010), “Social Assistance in Developing Countries Database”. Manchester: Brooks World Poverty Institute, University of Manchester. http://www.bwpi.manchester.ac.uk/medialibrary/publications/socialassistance-database-version-5.pdf [10] Amaral, E.F.L., Gonçalves, G.Q., and Weiss, C. (2010), “The impact of Brazil’s Bolsa Família Program on School Attendance, Age-Grade Discrepancy, and Child labor”, Journal of Social Science for Policy 6

Januari 2015 Ringkasan Dasar 2: BR1M Implications, March 2014, Vol. 2, No. 1, pp. http://www.ernestoamaral.com/docs/papers/JSSPI2014.pdf

101-125.

[11] Widjaja, M.(2013), “An Economic and Social Review on Indonesian Direct Cash Transfer Program to Poor Families Year 2005”, Working Paper in Economics and Business, Volume III No. 04/2013. http://econ.fe.ui.ac.id/uploads/201304.pdf [12] UNDP Malaysia Human Development Report 2013. http://hdr.undp.org/en/content/malaysia-human-development-report2013

7

Suggest Documents