PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. KURSUS UAW 101: PENGANTAR AKREOLOGI TAJUK: DIET PRASEJARAH PENGENALAN Diet prasejarah...
175 downloads 0 Views 1MB Size
PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI GLOBAL, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

KURSUS UAW 101: PENGANTAR AKREOLOGI TAJUK: DIET PRASEJARAH PENGENALAN Diet prasejarah merupakan satu bidang yang mengkaji tentang corak makanan masyarakat prasejarah berdasarkan bukti-bukti arkeologi. Bidang ini amat berkait rapat dengan aktiviti sara hidup masyarakat ketika itu. Oleh yang demikian, tinggalan arkeologi seperti sisa tulang haiwan, tumbuhan, peralatan atau artifak yang digunakan untuk memungut dan memproses makanan serta teknik memburu dan memungut amat penting bagi membincangkan diet prasejarah. Tajuk ini akan membincangkan analisis yang digunakan untuk mengetahui diet masyarakat prasejarah iaitu melalui aplikasi analisis biologi dan kimia. Analisis biologi terdiri dari dua cabang utama iaitu kajian arkeobotani dan zooarkeologi. Selain analisis biologi dan kimia, bidang seperti interpretasi lukisan gua, jumpaan artifak dan ekofak, kajian etnoarkeologi serta eksperimen arkeologi turut membantu untuk mengetahui jenis diet prasejarah. Bab ini juga akan membincangkan jenis diet prasejarah mengikut zaman.

ARKEOBOTANI Kajian arkeobotani merupakan kajian terhadap tinggalan tumbuhan atau flora lampau. Bidang ini juga dikenali sebagai Paleobotani atau Paleoetnobotani. Bidang ini mengkaji hubungan antara tumbuhan dan manusia serta perubahannya mengikut masa. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina semula persekitaran, iklim, sumber sedia ada dan sebagainya. Kaedah kajian yang boleh dijalankan seperti analisis sainstifik dan kajian polinologi atau fosil tumbuhan. Antara contoh analisis sainstifik yang boleh dijalankan ialah

scanning electron

microscope (SEM), stereomikroskop, chromatography spectrometer, analisis kimia, dan sebagainya.

Analisis sainstifik dan kimia membolehkan tinggalan tumbahan di tapak arkeologi dikenalpasti. Misalnya, kaedah chromatography spectrometer membolehkan ia mengesan kehadiran asid amino (asid lemak) yang terdapat dalam kepingan tembikar yang ditemui di tapak arkeologi. Contohnya, kajian yang dijalankan oleh ahli kimia German terhadap artifak kepingan tembikar telah menemui bukti penggunaan sawi, minyak zaitun, minyak bijih benih, mentega dan sebatian lain. Penemuan ini menunjukkan cara makanan diproses dan kegunaan tembikar ketika itu. Salah satu contoh yang menarik ialah penemuan bukti granul kanji dalam bekas tempayan yang ditemui di Mesir. Analisis kimia menunjukkan bekas tempayan digunakan untuk pemprosesan minuman bir menggunakan kanji sekitar 1500BC. Pihak British yang menaja kajian ini turut cuba menghasilkan bir menggunakan kanji dan hasilnya amat menyelerakan. Analisis palinologi boleh mengenalpasti polen dan fosil tumbuhan yang ditemui ditapak arkeologi. Polen boleh diperolehi dari sampel tanah atau najis haiwan yang terbeku secara proses semulajadi. Analisis palinologi memerlukan pengkaji mengetahui spesies tumbuhan yang menghasilkan polen dan debunga tersebut. Pengenalpastian spesies tumbuhan bagi polen tersebut membolehkan pengkaji mengetahui diet, iklim serta subsisten pada ketika itu. Selain bukti diet prasejarah, longgokan sisa flora dan polen di tapak arkeologi juga boleh melambangkan fungsi tapak dan aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat ketika itu. Misalnya, tanah yang menjumpai banyak bukti benih gandum menunjukkan tempat ini kemungkinan merupakan sebuah ladang pertanian gandum. Penelitian perlu diberikan sekiranya tapak arkeologi ini merupakan bekas ladang pertanian. Ini kerana, pertanian melibatkan proses kerja dan pelbagai. Antara proses pertanian yang mungkin dijalankan ialah membanting, membajak, mengayak, menumbuk dan sebagainya. Maka kemungkinan untuk menemui taburan dan keadaan morfologi bijih benih yang berbeza adalah tinggi disebabkan oleh pembahagian kawasan dan jenis kerja.

Kiri: Ubi kentang dijumpai di Pampa de las LIamas-Moxeke, Casma berusia 3500 tahun dahulu. Morfologi kentang menunjukkan kulit luar kentang ini telah kering dan rosak disebabkan oleh pengeringan dan penyejatan semulajadi. Kanan: Kehadiran kanji kentang manis (goldpalladium) ditemui di bawah Scanning electron micrograph (2000 x). Sampel ini diambil di salah satu tapak arkeologi di Pampa de las Llamas (1800-1500 B.C.).

Benih padi

Fosil daun

ZOOARKEOLOGI Zooarkeologi merupakan kajian terhadap tulang binatang dari tapak-tapak arkeologi. Kajian ini menumpukan pada subsisten, strategi pemburuan, perubahan persekitaran, penternakan dan penggunaan haiwan dalam upacara penyembahan atau keagamaan. Kajian terhadap sampel tulang haiwan dapat memberikan maklumat seperti penentuan jantina, usia semasa mati, perubahan musim dan paleoekologi. Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi melalui analisis taxonomi, kuantitatif dan analisis taphonomy.

Analisis Taxonomi Analisis taxonomi melibatkan pengenalpastian elemen (tulang) mengikut sistem alam haiwan yang juga dikenali sebagai sistem Linnean. Sistem Linnean terdiri dari kingdom, phylum, class, order, family, genus, species. Kelas (Class) bagi alam haiwan dipecahkan mengikut kumpulan haiwan iaitu mamalia, ikan, burung, reptilia dan amfibia. Manakala kategori Order, Family, Genus, and Species dipecahkan mengikut gigi dan morfologi elemen rangka (tulang). Analisis taxonomi membolehkan pengkaji untuk mengenalpasti spesies tinggalan fauna serta sifat-sifat semulajadi fauna tersebut. Analisis ini membolehkan pengkaji mengetahui jenis haiwan yang dimakan oleh masyarakat prasejarah. Bagi spesies burung, ikan dan serangga yang mempunyai musim tertentu, kehadiran sisa fauna spesies ini membolehkan pengkaji mengetahui tentang waktu tapak ini digunakan. Selain itu, spesies haiwan ini boleh memberitahu tentang subsisten kawasan setempat berdasarkan jenis haiwan yang ditemui.

Kuantitatif Kuantitatif merupakan kaedah mengira bilangan sisa fauna yang dijumpai di tapak arkeologi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengira bilangan tulang. Namun, kaedah yang sering digunakan dalam kajian arkeologi ialah kaedah Number of Identifiable Specimens (NISP) dan Minimum Number of Individuals (MNI).

Number of Identifiable Specimens (NISP) Number of Identifiable Specimens atau Total Number of Fragments (TNF) digunakan untuk mengetahui secara relatif bilangan spesis yang dikenalpasti atau kiraan pecahan tulang sebagai satu unit. Kaedah ini boleh memberikan bilangan yang lebih dari jumlah yang sebenarnya. Ini berikutan kemungkinan pecahan tulang dari individu yang sama dianggap merupakan tulang dari dua individu yang berbeza. Kebanyakan tulang yang ditemui di lapangan dalam keadaan tidak terpelihara dengan pecahan-pecahan kecil. Kebiasaannya, keadaan pecahan tulang yang banyak dan kecil ini biasanya gagal untuk dikenalpastikan spesiesnya dan sisa tulang ini tidak akan dikira sebagai NISP. Minimum Number of Individuals (MNI) Minimum Number of Individuals ialah kaedah yang menentukan bilangan minimum individu yang mungkin wujud dalam keseluruhan jumpaan tulang. Kaedah ini diperkenalkan oleh T.E. White pada tahun 1953 untuk mengira setiap haiwan sebagai unit individu. Sebagai contohnya, jika terdapat dua femur menunjukkan bahagian kiri dan kanan, maka MNI dianggap 1 individu. Sekiranya terdapat dua femur bahagian kiri, maka MNI menunjukkan 2 individu. Begitu juga sekiranya terdapat 3 humurus pada bahagian kanan, maka MNI menunjukkan 3 individu.

Sebagai contohnya, rajah di atas menunjukkan carta bar bagi bilangan spesies haiwan yang ditemui di Moncin, Sepanyol berdasarkan kaedah NISP dan MNI. Carta bar ini memperlihatkan perbezaan dari segi bilangan spesies yang dijumpai di tapak arkeologi yang sama. Jelas menunjukkan kaedah MNI memberikan nilai bilangan yang lebih rendah kerana ia menggunakan kaedah minimum number of individuals.

Analisis Taphonomy Taphonomy adalah istilah umum untuk kajian terhadap tinggalan tulang haiwan sebelum ianya mati. Analisis ini akan cuba untuk membentuk semula proses yang berlaku keatas tinggalan haiwan sebagai satu asemblaj. Kebanyakan proses ini meninggalkan kesan dipermukaan tulang samada terbentuk akibat semulajadi atau proses budaya itu sendiri. Antara contoh proses budaya adalah seperti tulang yang digunakan sebagai alat, kesan lapahan untuk pakaian, haiwan sebagai barang kiriman dan sebagainya. Kehadiran sisa fauna di tapak arkeologi mungkin disebabkan oleh serangan haiwan pemangsa, mati secara semulajadi, diproses sebagai diet masyarakat prasejarah atau dijadikan sebagai alat. Oleh sebab itu, ahli arkeologi perlu mengkaji peristiwa yang berlaku terhadap sisa fauna berdasarkan tinggalan kesan atau tanda untuk mengetahui diet masyarakat prasejarah. Kesan permukaan pada sisa fauna boleh memberitahu peristiwa yang berlaku kepada haiwan tersebut samada disebabkan oleh proses penyediaan makanan seperti memotong, menghiris dan sebagainya atau kesan gigitan haiwan pemangsa dan mungkin juga akibat dari kesan alat yang digunakan ketika kerja-kerja ekskavasi. Antara tanda yang boleh dikesan pada sisa fauna ialah kesan garisan (insiced), bergerigi, berlubang, parutan, darah dan sebagainya. Pemerhatian terhadap analisis Taphonomy ini membolehkan pengkaji membezakan sisa fauna ini samada terbentuk akibat semulajadi atau proses budaya dan seterusnya mengetahui diet masyarakat prasejarah.

Kiri: Morfologi mata tepi alat cengkerang bergerigi, Kanan: Alat tulang jenis spatula. Kedua-dua alat ini dijumpai di salah satu tapak arkeologi di Sarawak.

ANALISIS KIMIA Analisis kimia merupakan kajian berdasarkan perubahan terhadap sifat-sifat biologi benda hidup. Kajian ini melibatkan analisis kimia dan morfologi. Benda hidup mempunyai komposisi kimia tersendiri, perubahan terdapat komposisi kimia boleh dikesan sekiranya berlaku perubahan. Analisis kimia ini boleh dijalankan menggunakan analisis SEM, isotop, XRF, XRD, trace elements dan sebagainya. Salah satu contoh analisis kimia yang membolehkan untuk mengetahui kehadiran sisa fauna atau tulang manusia ialah dengan menjalankan analisis fosfat (phosphates) pada sampel tanah dari tapak arkeologi. Ini kerana tulang haiwan, lemak dan tulang manusia mengandungi fosfalipid (phospholipids) dan fosfat (phosphates) yang banyak. Kandungan fosfat yang yang tinggi di tapak arkeologi menunjukkan kemungkinan kawasan ini

merupakan kawasan kerja, kawasan ternakan atau mungkin juga kawasan pembuangan najis ternakan. Sebagai contohnya bagi rangka manusia yang ditemui di tapak arkeologi, maklumat seperti diet, penyusuan, penentuan jantina, pertalian dan migrasi boleh diketahui melalui kaedah analisis kimia seperti di senaraikan di bawah. Manakala iklim dan persekitaran, maklumat seperti jenis penyakit, iklim, tumbuhan kawasan dan tumbuhan tempat juga boleh diketahui melalui analisis kimia tertentu. Manusia •

Diet: C- and N-isotopes, trace elements



Penyusuan: N-isotopes



Penentuan Jantina: Osteology, aDNA



Pertalian: aDNA



Migrasi: aDNA, S- and Oisotopes, trace elements

Iklim dan Persekitaran •

Jenis Penyakit: Osteology, aDNA



Iklim: O-isotopes



Tumbuhan kawasan: Analisis polen



Tumbuhan tempatan: Mikro fosil tumbuhan, geokimia organik

Sel barli dan kekacang yang dijumpai melalui Scanning Electron Micrographs dijangkakan merupakan sisa makanan bagi masyarakat prasejarah.

LUKISAN GUA Seni Paleolitik telah wujud sejak 32 000 hingga 11 000 tahun dahulu iaitu sejak zaman Paleolitik lagi. Seni Paleolitik ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu objek yang boleh dibawa dan lukisan gua. Lukisan atau ukiran ini terbentuk dari kesan perbuatan manusia keatas permukaan semulajadi batuan. Lukisan gua boleh melambangkan budaya sesuatu masyarakat yang mungkin menunjukkan tanda kawasan, catatan sejarah, peristiwa atau upacara keagamaan masyarakat tersebut. Diet masyarakat prasejarah juga boleh diketahui melalui penemuan lukisan atau ukiran di gua yang menunjukkan cara pemburuan dan haiwan yang diburu oleh masyarakat prasejarah.

Kiri: Lukisan yang menunjukkan haiwan bison yang ditemui di salah satu gua di Afrika. Kanan: Lukisan yang menunjukkan cara pemburuan dan haiwan yang diburu oleh masyarakat prasejarah di salah satu gua di Afrika.

Salah satu lukisan gua yang tertua terletak di Gua Chauvet, Perancis. Lukisan gua ini menunjukkan spesies haiwan yang dijadikan buruan, antaranya kuda, bison, singa dan rhinoceroses. Lukisan ini dijangkakan berusia 32,000 tahun dahulu.

JUMPAAN ARTIFAK & EKOFAK Analisis terhadap alat dan peralatan akan dapat mengetahui jenis diet, peralatan dan alat yang digunakan untuk memburu dan untuk pemprosesannya. Alat dan peralatan dibuat untuk mendapatkan makanan dan memprosesnya. Setiap zaman mempunyai alat dan peralatan yang bersesuaian dengan cara hidupnya. Jumpaan ekofak di tapak arkeologi membolehkan kita untuk mengetahui diet masyarakat prasejarah berdasarkan penelitian terhadap spesies bagi tinggalan ekofak tersebut. Manakala jumpaan artifak alat batu, peralatan, alat besi, alat tulang, tembikar dan sebagainya mengkehendaki pengkaji untuk mengetahui fungsi alat-alat ini berdasarkan bentuk morfologi dan kesan guna yang mungkin masih ada pada jumpaan artifak ini. Antara kesan guna yang mungkin wujud ialah kesan haus pada mata tepi, darah, bulu haiwan, rerambut haiwan, polen, protein atau lemak haiwan, bijirin dan sebagainya. Melalui kajian sainstifik melibatkan bidang biologi dan kimia membolehkan kesan guna ini di interpretasi seterusnya memberitahu jenis kerja dan bukti diet masyarakat prasejarah.

Atas dan bawah: Pelbagai jenis alat fauna yang ditemui di tapak arkeologi. Alat ini digunakan sebagai alat mengorek, menjahit, menebuk lubang dan sebagainya.

ETNOARKEOLOGI Bidang etnoarkeologi merupakan bidang yang menggunakan pendekatan etnografi untuk memahami tingkahlaku masyarakat prasejarah berdasarkan kajian terhadap masyarakat pemburu pemungut kontemporari (contohnya Orang Asli, Penan, Kung Bushmen, Australian Aborigines, Inuit Eskimo, Suku Anak Dalam, Jambi dll). Pendekatan melalui kajian etnografi, eksperimen dan analogi digunakan untuk membantu arkeologi memahami tentang cara makanan diperolehi, pemprosesan makanan, jenis alat dan peralatan yang digunakan. Kajian terhadap masyarakat pemburu pemungut kontemporari adalah kerana masyarakat ini masih mengamalkan aktiviti sara hidup yang paling hampir dengan masyarakat prasejarah iaitu masyarakat pemburu dan pemungut. Perbandingan dan pemerhatian terhadap aktiviti sara hidup masyarakat ini seperti memburu, memproses makanan, jenis alat dan peralatan yang digunakan adalah penting untuk mengukuhkan analogi tentang fungsi artifak yang ditemui di tapak arkeologi dan cara penggunaan artifak tersebut. Seterusnya maklumat yang diperolehi ini akan dibandingkan dengan data yang diperolehi dari tapak arkeologi seperti alat batu, alat tulang dan sisa fauna untuk memahami aktiviti sara hidup dan diet masyarakat prasejarah.

Ketiga-tiga gambar ini menunjukkan jenis haiwan dan cara pemburuan masyarakat pemburu Pemungut kontemporari.

EKSPERIMEN ARKEOLOGI Eksperimen arkeologi juga membantu untuk memahami bagaimana sesuatu pemburuan dilakukan, alat digunakan dan pemprosesan dilakukan. Ia boleh dilakukan dengan adanya pengetahuan tentang Etnoarkeologi iaitu pemerhatian terhadap kumpulan pemburu pemungut kontemporari yang ada di dunia masa kini. Kajian ini akan membolehkan pengkaji menghasilkan alat batu dan menggunakan alat batu tersebut untuk melihat kegunaan alat tersebut. Kesan guna yang terdapat pada alat eksperimen ini boleh dibandingkan dengan kesan guna yang terdapat

pada artifak arkeologi. Kajian ini akan membolehkan pengkaji mengetahui aktiviti sara hidup dan diet masyarakat prasejarah berdasarkan penemuan artifak alat batu.

Kiri: Eksperimen menghiris daging ayam menggunakan alat repeh. Kanan: Eksperimen meraut batang kayu menggunakan alat repeh.

Kesan gilapan pada mata tepi alat repehan untuk kerja menggergaji selepas 30minit

IMPAK PERUBAHAN SARA HIDUP Diet masyarakat prasejarah berubah mengikut zaman yang seiring dengan perubahan teknologinya. Masyarakat Zaman Paleolitik diwakili oleh masyarakat pemburu dan pemungut. Manakala masyarakat Zaman Neolitik diwakili oleh masyarakat yang mengamalkan pertanian dan perternakan. Perubahan sara hidup disebabkan oleh perubahan iklim dan persekitaran serta pengurangan haiwan besar (big game). Antara haiwan besar yang sering menjadi buruan ialah bison, gajah putih, singa, kuda hutan dan sebagainya. Kesan perubahan ini telah menyebabkan masyarakat prasejarah ini mengekslotasi sumber makanan baru iaitu dengan peralihan kepada aktiviti pertanian dan perternakan. Perubahan ini juga telah memberi perubahan dari segi fizikal dan tahap kesihatan manusia. Pengurangan fizikal mungkin disebabkan oleh perubahan persekitaran aktiviti sara hidup. Manakala pengurangan tahap kesihatan manusia disebabkan oleh

perubahan corak diet dari yang pelbagai kepada yang lebih khusus. Masyarakat yang mengamalkan aktiviti pertanian dan perternakan juga sudah mula menempat di sesuatu kawasan dan populasi penduduknya juga semakin bertambah. Selain itu, perubahan corak sara hidup ini telah mewujudkan penggunakan alat yang pelbagai selaras dengan perubahan corak kerja. Misalnya, pada Zaman Neolitik alat batu beliung digunakan untuk aktiviti pertanian dan teknologi penghasilan tembikar mula wujud.

MASYARAKAT PEMBURU & PEMUNGUT Masyarakat pemburu dan pemungut merupakan masyarakat Paleolitik yang bergantung hidup dengan aktiviti memburu dan memungut hasil hutan. Masyarakat pemburu dan pemungut ini mengexploitasikan banyak sumber makanan. Ia tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber yang sedikit. Ini menjadikan strategi subsistennya berbentuk umum dan tidak mengkhusus kepada satu strategi sahaja. Oleh itu, ia perlu kumpulan yang kecil, boleh bergerak mudah untuk mendapatkan sumber dalam lingkungan kawasannya. Mereka juga bergerak secara bermusim iaitu secara nomadik yang bertujuan untuk mendapatkan makanan secara maksimum daripada pelbagai sumber makanan dalam kawasan yang luas. Aktiviti memungut makanan memberikan 75% ke 80% kalori berbanding dengan aktiviti memburu. Dalam masyarakat pemburu dan pemungut, kaum wanita biasanya melakukan kerja-kerja memungut sementara kaum lelaki pula lebih kepada memburu. Ini juga membuktikan bahawa zaman tersebut telah ada agihan kerja. Masyarakat ketika ini juga telah mempunyai kemahiran memburu. Binatang yang lebih besar seperti babi hutan dan rusa yang mungkin diburu dan dijerat, akan dilapah, dimasak dan dipotong dengan menggunakan alat batu. Mereka memburu monyet, siamang, lontong, tupai, babi hutan, civet, rusa, kijang dan menangkap ikan. Kesemua haiwan-haiwan ini adalah terdiri daripada haiwan yang pemburuannya tidak memerlukan banyak kemahiran. Selain memburu, pelbagai jenis ubi, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi makanan bagi masyarakat prasejarah ini. Kesimpulannya, masyarakat pencari makananan ini hidup dengan cara bergerak jauh untuk mencari sumber makanan buruan baru. Ini disebabkan oleh masyarakat prasejarah ini amat bergantung kepada faktor ekologi untuk mendapatkan sumber makanan. Masyarakat ini juga

hidup dalam kelompok kecil, biasanya kurang dari 100 individu. Ketika memburu, kemampuan mengangkat hasil buruan bergantung kepada bilangan ahli kumpulan yang ada. Manakala, tahap hubungan sosial menunjukkan interaksi yang baik sesama ahli masyarakat disebabkan oleh bilangan ahli rendah. Seterusnya mengurangkan kadar konflik dalam masyarakat. Masyarakat pemburu dan pemungut ini menjalankan amalan perkongsian bersama iaitu sedikit yang menjadi milik sendiri, kebanyakan dikongsi bersama.

MASYARAKAT PERTANIAN & PERTERNAKAN Masyarakat petani dan penternak ini dikatakan mewakili Zaman Neolitik. Masyarakat ketika ini sudah mula duduk menetap di satu-satu tempat. Masyarakat ini juga mula mengubahsuai persekitaran untuk exploitasikannya dengan lebih berkesan lagi dengan cara pertanian dan penternakan. Pada masa ini, terdapat masyarakat yang hanya bergantung kepada pertanian sahaja dan ada yang hanya kepada penternakan sahaja atau kedua-duanya. Populasi masyarakat juga bertambah dan telah mula wujud agihan kerja yang lebih komplek berbanding sebelumnya. Aktiviti pertanian ini telah menjadikan kawasan persekitaran hanya ditumbuhi oleh sejenis tumbuhan sahaja dan ini telah menyebabkan berlaku pengurangan kepelbagaian spesis dalam persekitaran. Aktiviti pertanian telah menyebabkan pada wujudnya pergantungan pada tumbuhan yang sedikit. Ini disebabkan oleh masyarakat pertanian ini hanya bergantung kepada tanaman dan tuaian mereka sepenuhnya sebagai sumber makanan. Pergantungan kepada sumber tanaman ini juga telah menyebabkan aktiviti dan hasil tanaman mereka amat bergantung kepada faktor cuaca. Selain itu, pertanian juga telah mewujudkan agihan kerja yang pelbagai. Agro pertanian merupakan proses pengubahsuaian sumber bumi melalui proses penanaman tumbuhan dan penternakan haiwan untuk mendapatkan sumber makanan dan meningkatkan ekonomi sara diri. Aktiviti agro pertanian ini telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu apabila manusia mula menjadikan tumbuhan dan haiwan liar sebagai tanaman dan haiwan ternakan. Tumbuhan yang penting ketika itu ialah bijiran seperti gandum, padi, barli, jagung, gandum hitam dan tebu. Manakala, haiwan ternakan yang terawal ialah kambing biri-biri, kerbau, lembu, kambing, ayam daging dan ayam turki.

Pertanian awal dikatakan bermula di Negara Iran, Iraq, Israel, Jordan, Syria, dan Turkey (Asia barat daya), Thailand (Asia Tenggara), Afrika, sepanjang Sungai Nil di Mesir, sepanjang Sungai Danube, Macedonia, Thrace dan Thessaly (Eropah), Huang He,China, Sungai Indus, India dan Pakistan, perkampungan Tehuacán, Mexico dan Tehuantepec. Aktiviti pertanian biasanya menggunakan tumbuhan semulajadi yang terdapat dipersekitaran kemudiannya dijadikan tanaman. Tanaman menghasilkan keseluruhan diet manusia iaitu 70% kalori terdapat dalam bijirin. Faktor pemilihan tumbuhan untuk dijadikan tanaman ialah matang cepat, boleh menghasilkan biji atau buah yang banyak dan boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama. Manakala aktiviti penternakan melibatkan memelihara dan membiakkan binatang iaitu menyesuaikan tingkahlaku haiwan agar sesuai dengan keperluan manusia. Haiwan ternakan merupakan haiwan semulajadi yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan haiwan ternakan. Antara ciri-ciri haiwan ternakan ialah tingkahlaku haiwan boleh dikawal manusia, boleh hidup dalam berkumpulan, boleh membiak dalam peliharaan, biasanya pemakan tumbuhan (herbivor) dan bersaiz besar. Kegunaan haiwan ternakan adalah untuk makanan, pakaian, pemburuan dan pengangkutan, kerja. Kesimpulannya, masyarakat penghasil makanan bermula dari Zaman Batu Baru iaitu zaman yang bermula lebih kurang 10,000 dimana masyarakat yang mempunyai teknologi berasaskan batu dan bergantung kepada perternakan dan pertanian. Ini merupakan proses revolusi agrikultur yang pertama iaitu peralihan daripada aktiviti sara hidup memburu dan memungut kepada berternak dan bertani.

Tumbuhan Pertanian Terawal. Negara Barat (Near West) Afrika Barat India

Ethiopia China

Tumbuhan Bijirin

Tumbuhan Kekacang

Tumbuhan Ubi

Gandum, barli

Kacang, Lentil, Chickpea

-

Bateri (Sorghum), Sekoi (Millet), padi

Cowpea,, Kacang tanah

Keladi

Gandum, barli, padi, bateri (Sorghum), sekoi (Millet)

Keladi bunting, Black gram,, Green gram

-

Teff,, sekoi (Millet), gandum, barli Sekoi (Millet), padi

Kacang, lentil

-

Kacang soya, kacang Adzuki, kacang Mung

-

Binatang Ternakan Terawal Southwest Asia: Anjing, kambing biri-biri, kambing dan khinzir. Central Asia: Ayam dan unta. China: Kerbau (water buffallo), khinzir dan anjing. Mesir: Keldai

BAHAN BACAAN: Don Brothwell & Eric Higgs (1969) Science in Archaeology, Thames and Hudson, London.Page 206-214, 235-243, 415-422.

Renfrew, C & P Bhan (1991) Whose past? Archaeology and the Public. DALAM Archaeology: Theories, Methods, and practice Thames & Hudson (Chapter 7)

Wight, J. A., Rowe, A. & Farquharson, J. (1975) Farming in prehistory : from hunter-gatherer to food-producer.

Suggest Documents