PRINSIP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM. Ab. Halim Tamuri Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

PRINSIP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Ab. Halim Tamuri Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Siti...
Author: Rhoda Russell
0 downloads 1 Views 452KB Size
PRINSIP PEMBELAJARAN AKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Ab. Halim Tamuri Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Siti Muhibah Haji Nor Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

ABSTRAK Tujuan utama artikel ini ialah untuk membincangkan asas-asas pelaksanaan prinsip pembelajaran aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Secara umumnya kajian-kajian dijalankan menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru pendidikan Islam mempunyai hubungan yang signifikan terhadap keberkesanan pendidikan dan juga perkembangan akhlak pelajar. Maka, semua guru pendidikan Islam perlu mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan uar bilik darjah. Pembelajaran aktif merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam dalam meningkatkan kualiti pelaksanaan pendidikan Islam. Terdapat enam aspek utama dalam pelaksanaan pembelajaran aktif pendidikan Islam iaitu pemprosesan maklumat menggunakan kemahiran meta kognitif; gaya belajar; kolaboratif sosial dan kemasyarakatan; aplikasi ciri-ciri pembelajaran aktif; e) strategi-strategi pelaksanaan pembelajaran aktif dan fungsi guru pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : Pembelajaran Aktif, Pengajaran & Pembelajaran dan Pendidikan Islam.

PENDAHULUAN Pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan dan proses pembinaan kurikulumnya tidak lengkap dan sempurna sekiranya aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tidak dititikberatkan. Kaedah pengajaran yang berkesan dan sesuai adalah aspek yang perlu diberikan perhatian kerana ia merupakan penggerak hubungan dua hala yang saling pengaruhmempengaruhi di antara guru dan pelajar. Ini merupakan juga satu jalan atau cara bagi mencapai matlamat sesuatu pengajaran. Dalam proses P&P, guru-guru boleh memilih berbagai-bagai jenis kaedah dan pendekatan yang sesuai kerana tiada satu kaedah yang dikatakan terbaik atau lebih sesuai untuk sesuatu mata pelajaran sahaja. Maka, bagi mencapai hasrat ini, guru pendidikan Islam perlu lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Perkembangan teknologi, perubahan budaya dalam masyarakat, budaya pelajar serta perkembangan psikolgi pelajar-pelajar memerlukan guru-guru pendidikan Islam perlu melaksanakan inovasi di dalam proses P&P. Apa yang jelas, penggunaan pelbagai kaedah pengajaran ditidak boleh tidak lari daripada konsep asal sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh pendidikan Islam terdahulu. Penggunaan kaedah pengajaran yang kreatif dan efektif akan memberi ruang kepada guru dalam memberi kefahaman

Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015

dan mengawasi aktiviti pelajar-pelajar. Ini juga menggambarkan tahap kebijaksanaan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan kondusif seiring dengan hasrat sistem pendidikan di abad ke-21 yang kini lebih menumpukan kepada penggunaan teknologi terkini dan pembelajaran yang berkesan.

KEPERLUAN KEPADA PELBAGAI PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

DALAM PENGAJARAN DAN

Secara umumnya, terdapat pelbagai isu dan masalah tentang pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah dibincangkan oleh ramai pihak dan sebahagian besarnya mempunyai hubungkait yang signifikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bilik darjah khasnya dan sekolah amnya. Kesemua perubahan ini memerlukan perhatian dan kesungguhan daripada guru-guru Pendidikan Islam untuk melaksanakannya. Tidak dapat dinafikan, bahawa guru merupakan agen yang paling penting kerana mereka adalah pelaksana kepada segala perancangan yang telah dirangka oleh pihak penggubal kurikulum. Guru-guru juga seharusnya mempunyai strategi, perkaedahan pengajaran, kemahiran yang sesuai dan terkini serta keilmuan yang mantap bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Terdapat beberapa asas penting dalam usaha melaksanakan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam pada masa kini. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohd Yusof Othman et. al. (2011) berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap penghayatan Islam (r=.510, sig.=.000), serta pengaruh persekitaran sosial dan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah (r=.613, sig.=.000). Namun, analisis kolerasi ini juga menunjukkan terdapat wujud hubungan yang kuat antara pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah dan tahap penghayatan Islam (r=.740, sig.=.000). Ini menunjukkan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan Islam yang ditawarkan di sekolah-sekolah menengah memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar. Jadual 1: Kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah Pemboleh ubah Pengaruh Ibu bapa * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Guru * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Rakan-rakan * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Artis * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Persekitaran Sekolah * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Masyarakat * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Undang-undang * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah Pengaruh Persekitaran Sosial * Pelaksanaan Pendidikan Islam Di Sekolah *Signifikan pada aras p

Suggest Documents