Prinsip Asas Fotografi

TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi Cuba anda fikirkan Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. ...
Author: Austen Hood
38 downloads 2 Views 1MB Size
TAJUK 2

Prinsip Asas Fotografi

Cuba anda fikirkan

Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij ( cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view). Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan. Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai : a. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang. b. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam kamera. c. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem. d. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter. e. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem. f.

Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.

g. Alat untuk menggulung filem.

4- 12

h. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

2.1

Jenis-jenis kamera

Kamera Fokus Tetap Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-lambang seperti berikut:

Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan bayang- bayang yang nyata.

Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang bermega dengan bayang-bayang samar

Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung dengan sedikit bayang-bayang

Rajah 2.1 : Kamera Fokus tetap

4- 13

Rujuk cakera padat yang dibekalkan

Klik start dan cari program fotocop dan klik fotografi kemudian pilih menu utama fotografi dan lihat penjelasan mengenai jenis-jenis kamera dan sejarah ringkas mengenai kamera. Kemudian anda bincangkan dengan rakan anda jenis-jenis kamera yang terdapat di pasaran masa kini.

Kamera Pencari Jarak Padu

Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam.

Rajah 2.2 : Kamera Pencari Jarak Padu

Kamera Satu Lensa Refleks (SLR)

Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.

4- 14

Rajah 2.3 (i),(ii), (iii) : Kamera Satu Lansa Refleks Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

4- 15

Kamera Format Sederhana Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif.

Rajah 2.4 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996 )

Rajah 2.5 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996)

4- 16

Kamera Format Besar Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.

Kamera Format Besar

Rajah 2.6 : Kamera Format Besar

Rehat

Syabas! Anda telah mempelajari beberapa jenis kamera. Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap jenis kamera.

4- 17

Kamera Segera Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capat.

Rajah 2.7 : Kamera Segera ( Polaroid) Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

Latihan 2.1.

Berdasarkan bacaan anda, nilaikan sejauh manakah terdapat perbezaan antara fungsi-fungsi kamera format sederhana dengan kamera format besar?

4- 18

2.2

Bahagian- bahagian kamera Kanta Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:

Saiz filem 110 126/127 35 120

Jarak fokus normal 25 mm 45 mm 50 mm 75 mm

Jenis-jenis kanta a.

Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens) Ukurannya 6 mm – 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan jauh yang luas.

b.

Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens) Ukurannya 43 mm – 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

c.

Lensa Foto Jauh ( Telefoto) 85 mm – 120 mm 135 mm – 200 mm 300 mm – 600 mm

d.

Untuk gambar potret. Sesuai untuk sukan pergerakan, alam semulajadi, penghidupan liar

Lensa Zoom Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta yang berlainan pada kameranya. 28 mm - 50 mm 50 mm – 100 mm 70 mm – 200 mm 135 mm – 300 mm

sudut luas ke normal normal ke sederhana normal ke jauh sederhana ke jauh

4- 19

Rajah 2.8 : Lensa Zoom Sumber : Cakera padat

Pengatup / shutter Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik. Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.

Rajah 2.9 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas

4- 20

Apertur ( Dedahan Cahaya) Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan. Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.

F2.8/3.8

f4

f5.6

f8

f11

f16

f22

Rajah 2.10 : Aperture (Dedahan Cahaya)

Rajah 2.11 : Skala Apertur

Fokus Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan menunjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu apabila fokusnya tepat.

4- 21

Rajah 2.12 : Skala Fokus Filem Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA ( American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations).

Rajah 2.13 : Jenis Filem

4- 22

Jenis-jenis Filem

Filem hitam-putih

Negatif hitam putih membuat gambar hitam putih Negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna warni atau hitam putih Juga dipanggil filem Positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.

Filem Warna

Filem Slaid

Kepekaan Filem Filem sangat peka kepada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya semakin rendah. Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem ASA 100, 125 atau kurang adalah sesuai. Jika mengambil gambar dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna atau mengambil gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000

1000

500

250

125

31

28 25 22 Kelajuan Tinggi

64

32

19

16

16

8

4 ASA

ISO 13 10 7 DIN Kelajuan rendah

Rajah 2.13 : Kekaan Filem

4- 23

Meter Dedahan

Cara yang tepat untuk menentukan pendedahan ialah dengan menggunakan jangka cahaya. Jangka cahaya ialah alat yang kecil yang terdiri dari sel fotoelektrik, skala cahaya dan skala pelaras kamera.

Rajah 2.14 : Meter Dedahan Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff

2.3

Teknik mengambil gambar Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran gambar foto. Antaranya ialah

Rajah 2.15 : Teknik Jarak Dekat (Close-up)

4- 24

Rajah 2.16 : Fokus Jarak Sederhana

Rajah 2.17 : Fokus Jarak Jauh

4- 25

Rajah 2.18 : Teknik Panning

Rajah 2.19 : Teknik Panning

4- 26

Rajah 2.20 : Teknik Perspektif

Rajah 2.21 : Teknik Perspektif

4- 27

Rajah 2.22 : Teknik Pembekuan

Rajah 2.23 : Teknik Sepertiga

4- 28

Rajah 2.24 : Teknik Simetri

Sila rujuk cakera padat yang dibekalkan untuk mendapatkan gambar yang jelas Pastikan anda melihat cakera padat untuk mendapat kejelasan gambar dan teknik yang betul dalam pengabaran gambar.

Latihan 2.2

Anda dikehendaki mengambil gambar dengan menggunakan teknik B-Stop, Imej tindanan, Fokus sederhana, Fokus jauh dan fokus dekat. Pastikan anda berbincang dengan rakan anda untuk memudahkan anda mempelajari kaedah pengambilan gambar.

2.4

Rumusan Pembelajaran fotografi adalah penting dikalangan guru khasnya kerana kita dapat mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat dimanafaatkan kemudian hari. Sejauhmana jenis kamera digunakan adalah tidak penting tetapi yang paling penting ialah mutu dan mekanisma gambar yang jelas. Modul ini akan membantu anda mempelajari secara asas pengenalan dan teknik fotografi.

4- 29

2.5

Bacaan Asas

Rasali Nor (1995). Teknologi pendidikan : media unjuran dan media elektronik. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Kompenan teknologi pendidikan.

2.6

Rujukan Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media and technologies for learning 5 th ed. New Jersey : Printice-Hall. Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

2.7

UNIT 4 : Soalan Tutorial

1.

2.

Menyediakan satu cerita dengan menggunakan slaid berdasarkan langkah-langkah penghasilan papan cerita dan masa pengajaran 30 minit. Teknik fotografi hendaklah digunakan. Bincangkan dengan tutor anda untuk penerangan yang lebih lanjut. Menggunakan teknik-teknik mengambil gambar yang betul dengan menggunakan kedua-dua jenis kamera.

4- 30