PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES: TAMAN NEGARA, PAHANG NURUL ISWANI BINTI ISMAIL

PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES: TAMAN NEGARA, PAHANG NURUL ISWANI BINTI ISMAIL Laporan projek ini dikemukakan s...
Author: Elvin Black
55 downloads 0 Views 2MB Size
PERSEPSI KESELAMATAN PELANCONG DI KAWASAN EKOPELANCONGAN KAJIAN KES: TAMAN NEGARA, PAHANG

NURUL ISWANI BINTI ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Pelancongan

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2006

ii

Saya akui laporan projek yang bertajuk “Persepsi Keselamatan Pelancong Di Kawasan Ekopelancongan, Kajian Kes: Taman Negara, Pahang” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Laporan projek ini belum pernah diserahkan dan diterima sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya bagi memperolehi mana-mana ijazah pada masa kini.

Tandatangan

: .........................................

Nama

: Nurul Iswani Binti Ismail

Tarikh

: 10 Mei 2006

iii

“Khas ditujukan untuk keluarga tersayang, Abah-Ismail Bin Osman, Mama-Wan Hasnah Binti Wan Ali, Adik-Nurul Hasmaliza, Muhd. Iswan, Muhd. Hasmanuddin, Muhd. Nazwan, Muhd. Amirnurddin, Rakan-rakan seperjuangan dan istimewa untuk Sarahudin Bin Bandu.”

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa individu yang telah membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Dr. Mohammad Rafee bin Majid di atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyediaan laporan tesis ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah iaitu Prof Madya Dr. Amran Hamzah, Prof Madya Dr. Zainab Khalifah, Puan Nor Azina Dahlan dan En. Ahmad Tajuddin Hj. Kechik di atas panduan dan nasihat yang telah diberikan. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada penguasa dan semua kakitangan Taman Negara, Pahang. Terima kasih kepada Cik Nor Ilyana Binti Muda (Timbalan Penguasa Taman Negara, Pahang) yang banyak membantu sepanjang saya menjalankan kajian lapangan di Taman Negara.

Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan kumpulan pengkaji TPRG di atas nasihat dan pertolongan yang diberikan sepanjang saya menjadi warga UTM, Skudai. Akhir sekali buat ahli keluarga saya yang banyak membantu serta memberi sokongan dan juga kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Segala kerjasama dan jasa baik kalian akan dikenang selamanya.

v

ABSTRAK

Persepsi keselamatan pelancong merupakan aspek penting dalam membentuk imej sesebuah destinasi. Persepsi yang negatif mungkin akan memusnahkan sesebuah destinasi pelancongan tersebut. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan di kawasan bandar tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang dijalankan di kawasan ekopelancongan. Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi pelancong terhadap keselamatan di kawasan ekopelancongan iaitu Taman Negara, Pahang. Aspek keselamatan yang dikaji merangkumi persepsi ketika bersiar-siar di siang hari, melakukan aktiviti, menggunakan pengangkutan ke Taman Negara, menggunakan kemudahan yang disediakan dan berjalan di waktu malam. Kajian mendapati pelancong merasa tidak selamat ketika berjalan keluar pada waktu malam dan melakukan aktiviti berkayak. Persepsi keselamatan pelancong juga dikenalpasti sama ada ia mempunyai kaitan atau hubungan dengan faktor sosio demografi pelancong. Penemuan kajian mendapati faktor umur, mod lawatan dan kekerapan mengunjungi Taman Negara berkait rapat dengan persepsi mereka terhadap keselamatan mereka di Taman Negara. Selain daripada faktor sosiodemografi, persepsi keselamatan pelancong juga mempunyai hubungan dengan tahap pengurusan pelancong terhadap pengurusan keselamatan di Taman Negara.

vi

ABSTRACT

Perception of safety among tourists is an important aspect in forming an image of a destination. A negative perception may destroy the destination’s image. Numerous studies have been conducted in the urban areas regarding safety, however, there is only a few that is carried out in an ecotourism destination. This study is aimed to evaluate tourists’ perceptions towards safety in an ecotourism destination, which is Taman Negara Pahang. Safety aspects that is studied comprise of tourists’ perceptions while sightseeing during the day-time, engaging in activities, using transports to Taman Negara, utilizing facilities provided and walking at night. The study has found that tourists felt unsafe while walking in the outdoors at night and while kayaking. Tourists’ perceptions on safety are also identified whether it has any correlation with the tourists’ socio-demographic factors. The findings has concluded that factors of age, travel mode and frequency of visiting Taman Negara is very closely related to tourists’ perceptions towards their safety in Taman Negara. Other than socio-demographic factors, tourists’ perceptions on safety are also correlated with level of visitor management towards safety management in Taman Negara.

vii

ISI KANDUNGAAN

BAB

TAJUK

MUKA SURAT

I

PENGENALAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Pernyataan Masalah

2

1.3

Persoalan Kajian

4

1.4

Matlamat Dan Objektif Kajian

5

1.4.1

Matlamat Kajian

5

1.4.2

Objektif Kajian

5

1.5

Skop Kajian

5

1.6

Peringkat Kajian

6

1.6.1

Fasa I – Kajian Awal

6

1.6.2

Fasa II – Pengumpulan Maklumat

6

1.6.3

Fasa III – Analisis

7

1.6.4

Fasa IV – Penemuan Kajian dan Cadangan

7

1.7

II

Kaedah Pengumpulan Dan Analisis Data

9

1.7.1

Penentuan Saiz Sampel

9

1.7.2

Instrumen Tinjauan

10

1.8

Kawasan Kajian

13

1.9

Kepentingan Kajian

15

KAJIAN LITERATUR 2.1

Pengenalan

16

2.2

Definisi Dan Teori Keselamatan Secara Umum

16

2.3

Proses Pemilihan Destinasi Dan Faktor Keselamatan

19

viii 2.4

Faktor Keselamatan Dalam Pelancongan

23

2.4.1

Ekopelancongan Dan Keselamatan

23

2.4.2

Garis Panduan Keselamatan Dalam

24

Pelancongan

2.5

2.4.3

Palancong Eko

26

2.4.4

Spektrum Aktiviti Pelancong

28

Persepsi Pelancong Terhadap Keselamatan Di Sesebuah

29

Destinasi Pelancongan 2.6

Perkaitan Di Antara Demografi Pelancong Dan Persepsi

30

Pelancong Terhadap Keselamatan 2.7 III

IV

Kesimpulan

31

TAMAN NEGARA, PAHANG 3.1

Pengenalan

34

3.2

Akta Taman Negara Dan Enakmen Taman Negara

35

3.3

Taman Negara, Pahang

36

3.4

Kedatangan Pelancong Ke Taman Negara, Pahang

38

3.5

Tarikan di Taman Negara, Pahang

39

3.6

Aktiviti di Taman Negara, Pahang

42

3.7

Pengurusan Taman Negara, Pahang

44

3.8

Amalan Keselamatan di Taman Negara, Pahang

47

ANALISIS 4.1

Pengenalan

52

4.2

Analisis Deskriptif

53

4.2.1

Profil Responden

53

4.2.2

Pekerjaan dan Mod Bercuti Responden

55

4.2.3

Tujuan Lawatan

56

4.2.4

Kekerapan Dan Tempoh Kunjungan Ketika

57

Berada Di Taman Negara 4.2.5

Sumber Informasi Mengenai Taman Negara

58

ix 4.2.6

Aktiviti atau Program Yang Dilakukan Ketika

59

Di Taman Negara 4.3

Analisis Deskriptif Persepsi Pelancong Mengenai

60

Keselamatan di Taman Negara 4.4

Analisis Keselamatan Menggunakan Cross-Tabulation

62

4.4.1

63

Umur Terhadap Aktiviti Berenang dan Menggunakan Tapak Perkhemahan

4.4.2

Mod Lawatan Terhadap Tinggal Di Penginapan

64

4.4.3

Tujuan Lawatan ke Taman Negara Terhadap,

65

Menggunakan Rentis Dan Menggunakan Laluan Kanopi 4.4.4

Kekerapan Lawatan Terhadap Aktiviti

66

Berkayak 4.5

Analisis Keselamatan Menggunakan ANOVA (Analysis

68

of Variance) 4.5.1

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur

69

Responden 4.5.2

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal

70

Responden 4.5.3

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan

70

Lawatan Responden 4.5.4

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod

71

Lawatan Responden 4.6 4.7

Analisis Pengurusan Taman Negara

72

4.6.1

75

Penilaian Am

Analisis Statistik Cross-Tabulation

76

4.7.1

76

Cross-Tabulation Di Antara Pemandu Pelancong Dan Keselamatan Menggunakan Laluan Kanopi

4.7.2

Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong Dan Aktiviti Menjelajah Hutan

77

x 4.7.3

Cross-Tabulation Di antara Pengawal

78

Keselamatan dan Keselamatan Ketika Berjalan Keluar Pada Waktu Malam 4.7.4

Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan

79

Dengan Aktiviti Berkayak 4.7.5

Cross-Tabulation Penyediaan Papan Tanda

80

Amaran Bahaya Dan Menjelajah Hutan V

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 5.1

Pengenalan

81

5.2

Perbincangan dan Rumusan Mengenai Kajian Pelancong

81

Taman Negara 5.3

Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi

82

Keselamatan di Taman Negara 5.4

Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi

84

Pengurusan Keselamatan di Taman Negara 5.5

Rumusan

86

5.6

Limitasi

86

RUJUKAN

87

LAMPIRAN

91

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Skala Likert Kajian Keselamatan Pelancong

11

2.1

Profil Pelancong Eko

27

3.1

Senarai Taman Negara Di Malaysia

34

3.2

Bentuk Muka Bumi Di Taman Negara

37

3.3

Aktiviti Utama Di Taman Negara

43

3.4

Bayaran Yang Dikenakan Kepada Pengunjung

44

3.5

Aplikasi Keselamatan Di Taman Negara

50

4.1

Ciri-Ciri Demografi Responden

53

4.2

Pekerjaan

55

4.3

Mod Lawatan

55

4.4

Penilaian Keselamatan Oleh Pengunjung Taman

60

Negara, Pahang 4.5

Perkaitan Antara Ciri Demografi Dengan

62

Pembolehubah Keselamatan 4.6

Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap

63

Aktiviti Berenang Oleh Umur Responden 4.7

Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap

64

Penggunaan Tapak Perkhemahan Oleh Umur Responden 4.8

Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Tinggal

65

Di Penginapan Oleh Mod Lawatan Responden 4.9

Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Aktiviti Menjelajah Hutan, Menggunakan Kemudahan

66

xii (Menggunakan Rentis Dan Laluan Kanopi) Tujuan Responden Ke Taman Negara (Bercuti) 4.10

Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika

67

Melakukan Aktiviti Berkayak Terhadap Kekerapan Ke Taman Negara 4.11

Keputusan ANOVA Satu Hala - Persepsi Keselamatan

68

Dan Ciri Sosio Demografi Pelancong Ke Taman Negara 4.12

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur Responden

69

4.13

Purata Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal

70

Responden 4.14

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan Lawatan

71

Responden 4.15

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod Lawatan

71

Responden 4.16

Penilaian Tahap Pengurusan Taman Negara

72

4.17

Cross-Tabulation Perkhidmatan Oleh Pemandu

76

Pelancong dan Laluan Kanopi 4.18

Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong Dan

77

Aktiviti Menjelajah Hutan 4.19

Cross-Tabulation Di Antara Pengawal Keselamatan

78

Dan Keselamatan Ketika Berjalan Keluar Di Waktu Malam 4.20

Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan Dengan

79

Aktiviti Berkayak 4.21

Cross-Tabulation Penyediaan Papan Tanda Amaran Bahaya dan Menjelajah Hutan

80

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Carta Alir Kajian

8

1.2

Kawasan Kajian

14

2.1

Teori Hieraki Keperluan Maslow

17

2.2

Sistem Pelancongan

18

2.3

Elemen-elemen Mempromosikan Malaysia

20

2.4

Proses Pemilihan Destinasi Untuk Dilawati

22

2.5

Spektrum Aktiviti Pelancong

29

3.1

Kedatangan Pelancong Ke Taman Negara

38

3.2

Laluan Kanopi

40

3.3

Pemandangan Gunung Tahan

40

3.4

Peta Taman Negara, Tahan

41

3.5

Carta Organisasi Taman Negara, Pahang

46

4.1

Responden Domestik

54

4.2

Tujuan Ke Taman Negara

56

4.3

Tempoh Kunjungan Ke Taman Negara

57

4.4

Sumber Informasi Ke Taman Negara

58

4.5

Aktiviti Di Taman Negara

59

4.6

Purata Elemen Pengurusan Keselamatan di Taman

73

Negara 4.7

Penilaian Keselamatan Tambahan (Umum)

75

xiv SENARAI LAMPIRAN

LAMPIIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Borang Soal Selidik – Versi Bahasa Melayu.

91

B

Borang Soal Selidik – English Version.

93

C

Laporan Kemasukan Pelancong Ke Taman Negara,

95

Pahang 2004. D

Laporan Kemasukan Pelancong Ke Taman Negara,

97

Pahang 2004. E

Jadual Cross-Tabulation Ciri-ciri Demografi Terhadap

99

Melakukan Aktiviti F

Ujian Chi-Square Ciri-ciri Demografi Terhadap

100

Aktiviti G

Jadual ANOVA Ciri-ciri Demografi Terhadap Aktiviti

102

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pengenalan Sektor pelancongan di Malaysia telah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan

sejak pertengahan tahun 1980-an. Kepesatan perkembangan industri pelancongan bermula sejak Rancangan Malaysia Kedua ekoran daripada kebimbangan pergantungan yang kuat kepada komoditi utama seperti petroleum, minyak kelapa sawit, getah asli dan kayu balak. Kini industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama pendapatan wang asing negara, pendapatan pelancong, imbangan pembayaran, peluang guna tenaga, pembangunan industri sokongan (makanan, pengangkutan dan industri desa) dan pembangunan wilayah. Industri pelancongan sememangnya menjanjikan pulangan lumayan kepada sesebuah negara yang mempunyai sumber atau produk pelancongan yang pelbagai.

Namun begitu, industri pelancongan di Malaysia kini dilihat sebagai sesuatu yang dinamik, berubah dan bergerak dengan cepat dan kadangkala tanpa kita sedari. Perubahan ini bergantung kepada faktor permintaan pelancong di mana peningkatan bilangan kedatangan pelancong merupakan aset utama dalam menentukan pencapaian industri pelancongan di sesebuah destinasi.

2 Pada tahun 2004, Malaysia telah mencatatkan jumlah kedatangan pelancong antarabangsa seramai 15.7 juta berbanding jumlah kedatangan pelancong pada tahun 2003 iaitu hanya 10.5 juta. Keuntungan kasar telah mengalami peningkatan sebanyak 39.3% iaitu dari RM 21 bilion kepada RM29 bilion, iaitu jumlah keuntungan yang paling tinggi dalam sejarah industri pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia, 2005).

Peningkatan bilangan pelancong ini disebabkan oleh pelbagai faktor contohnya kestabilan dan pengukuhan jaminan keselamatan (safety and security) oleh kerajaan Malaysia. Meskipun kejadian pengeboman World Trade Center di New York pada 11 September 2001 sedikit sebanyak memberi kesan kepada jumlah kedatangan pelancong namun promosi mengenai jaminan keselamatan dapat menyakinkan pelancong untuk terus melancong ke Malaysia. Keselamatan adalah aspek yang perlu dititik beratkan di dalam industri pelancongan kerana ia merupakan jaminan asas kepada pelancong atau pelawat yang datang ke sesebuah destinasi. Kepentingan keselamatan juga merupakan aset dalam menarik bilangan pelancong, seterusnya dapat meningkat sumber ekonomi negara.

1.2

Pernyataan Masalah Keselamatan di dalam pelancongan mempunyai definisi yang luas merangkumi

pelbagai aspek seperti keselamatan ketika berada di sesebuah destinasi terutama di kawasan bandar (urban area). Kejadian jenayah ragut, culik, rompak, rogol dan sebagainya kerap berlaku kepada pelancong asing (Page & Callander, 2002). Keselamatan di destinasi kampung atau di kawasan alam semula jadi pula adalah terdedah kepada kejadian bencana alam seperti banjir, ribut taufan, dan tanah runtuh.

Page & Mayer (1996) menyatakan kemalangan merupakan penyebab utama kepada kecederaan, kematian dan hilang daya ingatan kepada pelancong yang melancong ke destinasi asing. Kemalangan yang melibatkan pelancong masih

3 merupakan sesuatu yang dihuraikan secara terhad di dalam penulisan ilmiah, meskipun keadaan ini (masalah keselamatan pelancong) jelas berlaku dan potensi untuk pelancong terlibat di dalam kecederaan dan kematian merupakan senario yang boleh memusnahkan industri pelancongan dan ekonomi negara yang bergantung pada sektor pelancongan (Clift & Page, 1996).

Semua individu sedia maklum bahawa kejadian kemalangan yang melibatkan pelancong akan memberi kesan yang negatif kepada industri pelancongan itu sendiri (Clift & Page, 1996; Greenaway, 1996; Wilks et al., 1996) dan faktor keselamatan dikenal pasti sebagai faktor utuma dalam pemilihan destinasi (Bovet, 1994; World Tourism Organisation, 1996). Jika destinasi tersebut mempunyai statistik kemalangan yang melibatkan pelancong yang tinggi, maka destinasi tersebut bukanlah menjadi pilihan utama. Menurut George, (2003), jika pelancong berasa tidak selamat atau terancam di sesuatu destinasi, pelancong tersebut boleh membuat tanggapan negatif terhadap destinasi tersebut. Ini seterusnya akan memusnahkan industri pelancongan di destinasi berkenaan kesan dari penurunan kedatangan pelancong. Ini akan berlaku apabila:i.

Pelancong mungkin tidak akan memilih untuk mengunjungi destinasi berkenaan disebabkan kadar jenayah yang tinggi.

ii.

Jika pelancong berasa tidak selamat, mereka tidak akan membuat sebarang aktiviti di luar penginapan mereka.

iii.

Pelancong yang merasa dirinya terancam atau tidak selamat tidak akan membuat kunjungan kali kedua dan tentunya tidak akan mencadangkan destinasi berkenaan kepada saudara mara dan rakan

Justeru itu, tanggapan atau persepsi pelancong merupakan salah satu faktor utama di dalam pemilihan destinasi. Ramai sarjana barat telah mengkaji mengenai persepsi keselamatan pelancong di antaranya ialah Richard George (2003). Di dalam penulisannya yang bertajuk ‘Tourist’s perceptions of safety and security while visiting Cape Town’, beliau telah membuat perkaitan di antara persepsi pelancong terhadap keselamatan dengan faktor sosio-demografi pelancong tersebut.

4 Terdapat beberapa pengkaji (Demos, 1992; George. R. 2003) yang telah membuat kajian berhubung persepsi keselamatan pelancong yang memfokuskan kajian mereka di kawasan bandar tetapi agak kurang kajian yang dilakukan di destinasi luar bandar contohnya destinasi alam semulajadi atau ekopelancongan. Kajian perlu dilakukan di destinasi ekopelancongan di Malaysia kerana: i.

Sumber alam semulajadi merupakan antara produk dan tarikan utama dalam menarik kedatangan pelancong ke Malaysia (Tourism Malaysia, 2004).

ii.

Terdapat punca atau ancaman kemalangan yang berbeza di kawasan ekopelancongan berbanding di kawasan bandar.

Oleh itu, kajian terhadap keselamatan perlu dilakukan di setiap destinasi pelancongan untuk menjamin keselamatan para pelancong seterusnya membina tanggapan positif terhadap sesebuah destinasi pelancongan.

1.3

Persoalan Kajian

Daripada pernyataan masalah di atas, dua persoalan kajian telah dibentuk. a. Adakah persepsi pelancong terhadap keselamatan di kawasan ekopelancongan berbeza berdasarkan faktor sosio demografi pelancong? b. Adakah tahap kepuasan pelancong terhadap aspek pengurusan keselamatan di sesebuah destinasi mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan di destinasi berkenaan?

5 1.4

Matlamat dan Objektif Kajian

1.4.1

Matlamat kajian ini adalah: “Meningkatkan kualiti dan jaminan keselamatan pelancong di Taman Negara, Pahang”

1.4.2

Objektif utama kajian ini adalah:

a. Mengenalpasti pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang diaplikasikan di Taman Negara. b. Menilai persepsi pelancong mengenai keselamatan mereka ketika berada di kawasan ekopelancongan. c. Mengenal pasti perkaitan di antara persepsi keselamatan pelancong dan ciri-ciri demografi pelancong. d. Mengenal pasti sama ada kepuasan terhadap pengurusan keselamatan mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong.

1.5

Skop Kajian

Skop kajian terbahagi kepada tiga bahagian: i. Mengenalpasti

pengurusan

dan

kawalan

keselamatan

pelancong

yang

diaplikasikan oleh pengurusan Taman Negara berdasarkan: a. temuduga dengan pihak pengurusan Taman Negara b. soal selidik mengenai kepuasan berkaitan pengurusan keselamatan di Taman Negara terhadap pengunjung Taman Negara.

6 ii. Mengkaji

dan

menilai

profil

pelancong yang mengunjungi

kawasan

ekopelancongan segi latar belakang, tujuan dan bentuk aktiviti yang dilakukan berdasarkan borang soal selidik. iii. Menilai persepsi pelancong terhadap tahap keselamatan yang sedia ada dan mengaitkan persepsi ini dengan profil pelancong berdasarkan konsep teoritikal. iv. Menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan keselamatan yang sedia ada dan mengaitkannya dengan persepsi pelancong terhadap keselamatan.

1.6

Peringkat Kajian

Peringkat kajian dibahagikan kepada 4 iaitu: (rujuk Rajah 1.1)

1.6.1

Fasa I - Kajian Awal

Langkah pertama dimulai dengan mengenal pasti isu dan masalah sebelum menetapkan matlamat dan objektif. Seterusnya, persoalan penyelidikan dalam kajian dirangka merujuk kepada kajian literatur dan kajian teoritikal. Setelah itu, tiga skop kajian ditentukan dengan berdasarkan persoalan penyelidikan.

1.6.2

Fasa II - Pengumpulan Maklumat

Fasa ini melibatkan dua komponen iaitu data primer dan data sekunder di mana ianya digabungkan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian. Bagi data primer, kajian tapak dijalankan melalui kaedah borang soal selidik dan temu bual. Manakala data sekunder diperolehi daripada laporan, polisi, garis panduan, statistik daripada Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Pahang dan sebagainya.

7 1.6.3

Fasa III – Analisis

Fasa ini melibatkan analisis terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan semasa fasa ke dua. Analisis ini akan menggunakan perisian SPSS (iaitu menggunakan analisis statistik cross-tabulation dan ANOVA) untuk mencari perkaitan antara persepsi pelancong terhadap keselamatan dan sosio-demografi pelancong. Analisis juga dibuat untuk mengetahui sama ada tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan keselamatan mempengaruhi persepsi pelancong. Dan analisis terakhir ialah menilai pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan destinasi ekopelancongan.

1.6.4

Fasa IV - Penemuan Kajian dan Cadangan

Fasa yang terakhir iaitu penemuan kajian dan rumusan daripada analisis yang telah dibuat. Fasa ini juga turut menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk dan seterusnya mencapai matlamat kajian iaitu ‘Meningkatkan kualiti keselamatan di kawasan ekopelancongan’.

8 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

FASA 1 : KAJIAN AWAL

PERSOALAN PENYELIDIKAN

SKOP KAJIAN

PENGURUSAN DAN KAWALAN KESELAMATAN DI KAWASAN EKOPELANCONGAN

PROFIL PELANCONG & PERSEPSI PELANCONG TERHADAP KESELAMATAN DI KAWASAN EKOPELANCONGAN

KEPUASAN PELANCONG TERHADAP PENGURUSAN KESELAMATAN KAWASAN EKOPELANCONGAN

FASA 2 : PENGUMPULAN DATA

PENGUMPULAN MAKLUMAT

FASA 3 : ANALISIS

ANALISIS & PENILAIAN PROFIL PELANCONG & PERSEPSI PELANCONG TERHADAP KESELAMATAN

TAHAP KEPUASAN PELANCONG TERHADAP PENGURUSAN DAN KAWALAN KESELAMATAN

CROSS-TAB & ANOVA

FASA 4 :PENEMUAN KAJIAN

PENEMUAN KAJIAN

RUMUSAN DAN CADANGAN

Rajah 1.1: Carta Alir Kajian

9 1.7

Kaedah Pengumpulan Dan Analisis Data

1.7.1

Penentuan Saiz Sampel

(a)

CROSS-TABULATION & ANOVA (Analysis of Variance)

Kedua-dua analisis ini digunakan untuk menilai persepsi keselamatan di kawasan kajian serta menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan.

Cross-tabulation dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti samada wujud hubungan yang signifikan secara statistik di antara ciri-ciri demografi pelancong yang spesifik (contoh: negara asal) dengan persepsi mereka terhadap keselamatan. Manakala ANOVA dijalankan untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan statistik antara persepsi pelancong dan faktor sosio-demografi seperti jantina, umur, negara asal, tujuan lawatan, kekerapan lawatan dan sebagaiya. Analisis ini menggunakan ujian ANOVA iaitu chi-square (x²). Analisis cross-tabulation juga digunakan untuk mengenal pasti sama ada tahap kepuasan pelancong mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan.

Kajian ini akan dijalankan menggunakan borang soal selidik yang dijalankan secara ‘probability sampling’. Terdapat beberapa jenis ‘probability sampling’ iaitu ‘Random Sampling’ dan ‘Stratified Sampling’. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan ‘Random Sampling’ ialah sampel di mana pemilihan elemen-elemen populasi sedemilkian rupa sehingga setiap elemen mempunyai kesempatan yang sama menjadi anggota sampel (Rohana Yusof, 2004). Ia juga bermaksud kesemua unit dalam sesuatu populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih.

10 Berdasarkan statistik kedatangan pelancong pada 2005, Taman Negara menerima seramai 71,631 orang pelancong. Untuk tujuan pengiraan sampel, hanya 257 responden yang diambil sebagai sampel kajian.

Borang soal selidik ini telah dipenuhi menggunakan 2 kaedah iaitu sebahagiannya dijalankan secara bersemuka (face to face) dan sebahagian lagi diletakkan di kaunter informasi.

1.7.2

Instrumen Tinjauan (Survey Instrument)

a)

Borang soal selidik

Borang soal selidik akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu: (rujuk Lampiran A dan Lampiran B) i.

Bahagian A – Profil Pelancong

ii.

Bahagian B – Mengenai Lawatan Pelancong

iii.

Bahagian C – Persepsi Pelancong Mengenai Keselamatan di TN

iv.

Bahagian D – Tahap Kepuasan Mengenai Pengurusan Taman Negara

Bahagian pertama mengandungi soalan mengenai latar belakang responden seperti umur, asal negara dan sebagainya. Tujuan bahagian ini adalah untuk menentukan profil pelancong yang datang ke kawasan kajian. Bahagian kedua mengandungi soalan yang berkaitan dengan lawatan pelancong seperti kekerapan, sumber informasi serta aktiviti yang dilakukan ketika berada di kawasan kajian.

Bahagian ke tiga adalah mengenai persepsi atau anggapan serta pandangan pelancong mengenai kesedaran dan tahap keselamatan ketika berada di kawasan kajian. Bahagian ini akan dirangka menggunakan cara Skala Likert (Likert Scale) iaitu tahap dari “sangat selamat (very safe) (1)’” kepada “sangat tidak selamat (very unsafe) (5)” (rujuk Jadual 1.1).

11

Jadual 1.1: Skala Likert Kajian Keselamatan Pelancong Skala

Skor

Sangat selamat

1

Kriteria Individu merasakan kawasan tarikan dan melakukan aktiviti tidak akan mengancam atau mendatangkan kemudaratan / kecederaan kepada tubuh badan individu. Tiada risiko kemalangan.

Selamat

2

Individu merasakan kawasan tarikan dan melakukan aktiviti boleh mendatangkan kemudaratan / kecederaan kecil (hazard yang minima) seperti calar dan luka kecil kepada individu yang hanya memerlukan bantuan alatan peti pertolongan cemas. Kurang berisiko.

Neutral

3

Individu tidak dapat mengkategorikan kawasan tarikan dan aktiviti yang dilakukan adalah selamat atau tidak selamat.

Tidak Selamat

4

Individu merasakan dirinya terancam atau terdedah kepada bahaya dan kemalangan yang boleh memudaratkan dan mendatangkan kecederaan yang kurang serius seperti patah atau luka yang perlu dijahit (kepada tubuh badan individu) ketika berada di kawasan tarikan atau ketika melakukan aktiviti. Berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan.

Sangat Tidak Selamat

5

Individu merasakan dirinya amat terancam atau terdedah kepada bahaya dan kemalangan yang boleh memudaratkan / mendatangkan kecederaan yang serius (koma dan lumpuh) kepada tubuh badan individu ketika berada di kawasan tarikan atau ketika melakukan aktiviti. Sabgat berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan.

Sumber: Lois P.et al. (2004), Ferreira S. and Harmse A. (2000), Page S. (2001)

12

Manakala bahagian terakhir soal selidik adalah mengenai tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan dan kawalan keselamatan oleh pihak pengurusan kawasan kajian.

b)

Temu bual (semi structured Interview)

Sesi temu bual separa berstruktur dirangka untuk mendapatkan maklumat mengenai keselamatan dari segi pengurusan di kawasan kajian. Antara maklumat yang disoal di dalam sesi temubual adalah: i.

Keadaan semasa mengenai keselamatan di kawasan kajian.

ii.

Adakah berlaku insiden-insiden yang melibatkan kemalangan yang serius kepada pelancong?

iii.

Apakah pengurusan dan kawalan keselamatan pelancong yang digunakan oleh pihak pengurusan dalam memastikan keselamatan pelancong terjamin?

iv.

Adakah ditubuhkan pasukan penyelamat khas sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini?

v.

Peralatan keselamatan yang digunakan semasa kecemasan?

vi.

Seterusnya adakah terdapatnya pelan-pelan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan seperti bencana alam dan sebagainya.

13 1.8 Kawasan Kajian Taman Negara, Pahang terletak merentasi sempatan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu (rujuk Rajah 1.2). Hutan hujan ini merangkumi dua pertiga kawasan negeri Pahang dan Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia adalah terletak di Taman Negara. Destinasi ini merupakan destinasi ekopelancongan yang popular di Malaysia. Di banyak negara, pertumbuhan ekonomi ekopelancongan adalah lebih pesat daripada pertumbuhan pelancongan secara am (Pelan Ekopelancongan Kebangsaan).

Kini terdapat lebih 10,000 spesis tumbuhan, 250 jenis burung, haiwan termasuk kancil, musang, dan pelbagai spesis monyet. Terdapat juga haiwan seperti tapir, gajah, harimau bintang dan singa. Taman ini juga kaya dengan khazanah pokok yang pelbagai spesis dan ada di antaranya yang berusia 100 tahun. Antara aktiviti utama yang boleh dilakukan ketika di Taman Negara, Pahang: i.

Menaiki Laluan Kanopi yang terpanjang di dunia

ii.

Menjelajah Gua Telinga

iii.

Memerhati Burung

iv.

Menyusuri rentis-rentis hutan

v.

Mandi manda di Lata Berkoh

vi.

Rapid Shooting

vii.

Bermalam di Bunbun

viii.

Mendaki Gunung Tahan

Berdasarkan statistik pelancong yang dikeluarkan oleh pihak Taman Negara, majoriti pelancong yang berkunjung ke Taman Negara adalah pelancong domestik iaitu seramai 31,233 orang pada tahun 2004. Jumlah ini meningkat kepada 37,819 orang pada tahun 2005 (rujuk Lampiran C dan D). Manakala, bilangan pelancong asing yang tertinggi pada tahun 2004 dan 2005 adalah dari negara Belanda (Holland) iaitu seramai 5,918 orang 6,009 orang.

14

Kelantan Terengganu Taman Negara

Pahang

Petunjuk: Sempadan Negeri Sempadan Negara

Peta adalah tidak mengikut skala

Rajah 1.2: Kawasan Kajian

15 1.9 Kepentingan Kajian Kajian ini akan memberikan maklumat persepsi keselamatan pelancong di Taman Negara. Maklumat ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan Taman Negara untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan pelancong. Jaminan tahap keselamatan ini boleh dijadikan sebagai faktor penarik (pull factor) di dalam mempromosikan Taman Negara sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan selamat untuk semua.

Daripada hasil kajian ini, kita dapat mengetahui hubungan antara persepsi pelancong terhadap keselamatan dengan faktor-faktor sosio demografi pelancong. Hubungan ini boleh digunakan di dalam analisis permintaan pelancongan (tourism demand). Selain itu, kita juga dapat mengetahui adakah tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong di Taman Negara.

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan mengenai definisi dan teori keselamatan secara umum, keselamatan di dalam pelancongan dan ekopelancongan. Selain itu bab ini juga akan menjelaskan definisi persepsi keselamatan pelancong dan kepentingan persepsi ini terhadap sesebuah destinasi pelancongan. Perkaitan di antara demografi pelancong dan persepsi keselamatan pelancong juga akan diterangkan berdasarkan kajian lepas.

2.2

Definisi Dan Teori Keselamatan Secara Umum Secara umumnya, keselamatan adalah aspek penting dan amat berkait rapat

dengan keperluan diri seseorang individu. Teori Hieraki Keperluan Maslow pada Rajah 2.1 menyatakan keselamatan merupakan faktor kedua terpenting dalam kehidupan manusia.

Isu

keselamatan

mungkin

merupakan

suatu

isu

yang

hanya

dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa dalam mengurus dan menanganinya. Namun, ia bukan semudah yang disangkakan.

17

Keperluan Aktual

Keperluan Ego

Pencapaian

Kreativiti

Pengisian Diri

Pembangunan

Penggunaan Potensi

Kepentingan Prestige

Keperluan Penerimaan Sosial Kepunyaan

Keperluan Keselesaan Keselamatan Keselamatan

Keperluan Psikologi

Ekspresi Diri

Kecemerlangan

Kebebasan

Kehormatan Diri

Status

Berkumpulan

Persamaan

Semagat Berkumpulan

Toleransi

Perlindungan

Persediaan Masa Hadapan

Keadilan

‘Self-Preservation’

Makanan

Tempat tinggal

Berehat

Minuman

Sex

Kesihatan

(Maslow, 1943)

Rajah 2.1: Teori Hieraki Keperluan Maslow

Keselamatan meliputi seluruh aspek kehidupan. Ia penting untuk memastikan individu hidup selesa tanpa gangguan daripada luar yang boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan yang akan memudaratkan tubuh badan individu sekaligus, boleh menjejaskan aktiviti harian individu. Milton, (__) di dalam laman web http://www.biology_online.org mendefinisikan keselamatan sebagai ‘bebas daripada kecederaan, risiko, tidak terdedah kepada bahaya dan tidak cedera’.

Keselamatan merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam industri pelancongan kebelakangan ini. Ini kerana terdapat pelbagai kejadian jenayah seperti ragut, rompakan dan sebagainya yang turut melibatkan pelancong asing. Seperti yang dinyatakan oleh Tarlow & Muehsam (1996), jenayah yang melibatkan pelancong bukan merupakan fenomena baru di negara membangun.

18 Permintaan dan penawaran merupakan istilah di dalam sistem pelancongan (rujuk Rajah 2.2). Di dalam sistem ini, pelancong dianggap sebagai permintaan, manakala bahagian penawaran pula terdiri daripada jenis tarikan pelancongan, pengangkutan, kemudahan dan perkhidmatan untuk pelancong.

Di dalam bahagian penawaran, aspek keselamatan telah dinyatakan secara tidak langsung. Menurut Gunn (2002), keselamatan termasuk di dalam elemen maklumat dan perkhidmatan di dalam penawaran di mana ianya menjelaskan tip-tip atau panduanpanduan keselamatan ketika berada di sesuatu destinasi.

Ia turut menjelaskan peranan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan jaminan keselamatan pelancong agar mereka selesa dan tidak perlu ragu-ragu mengenai keselamatan mereka semasa berada di sesebuah destinasi pelancongan. Destinasi yang diketahui selamat dan berjaya mengekalkan pasukan polis yang cekap dan bersih akan dengan sendirinya berupa promosi (Inskeep, 1991).

Permintaan (Demand)

Tarikan (Attractions)

Promosi (Promotion)

Pengangkutan (Transportation)

Maklumat (Information)

Perkhidmatan (Services) (Gunn dan Var, 2002)

Rajah 2.2: Sistem Pelancongan

19 Manakala Inskeep (1991) turut menyatakan keselamatan awam sangat diperlukan sebagai prasyarat di dalam pelancongan. Kemudahan dan perkhidmatan pelancongan merangkumi keselamatan pelancong di mana beliau menyatakan:, ‘Kemudahan dan perkhidmatan keselamatan awam yang perlu dipertimbangkan termasuk takat kebolehpercayaan, keberkesanan dan kejujuran pasukan polis di kawasan pelancongan, langkah keselamatan yang diamalkan di hotel dan tempat penginapan lain, perkhidmatan pencegahan kebakaran untuk kemudahan pelancongan dan keupayaan lain di kawasan pelancongan untuk mengekalkan kestabilan politik dan mengawal keamanan dari serangan pengganas. Selain itu juga kesihatan pelancong merupakan sub penting di dalam keselamatan.’

2.3

Proses Pemilihan Destinasi Dan Faktor Keselamatan Keselamatan merupakan faktor utama pemilihan destinasi oleh pelancong (Bovet,

1994; World Tourism Organisation, 1996). Menurut Swarbrooke (2002), keselamatan merupakan antara faktor yang mempengaruhi dan menyumbang kepada kejayaan sesebuah destinasi pelancongan.

Terdapat banyak tarikan dan produk pelancongan yang menjadi aset kepada sumber pelancongan Malaysia. Aset inilah yang mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Malaysia mempunyai pelbagai sumber seperti sumber semulajadi, sumber budaya dan warisan. Mengikut laporan Profile of Tourist 2004, Malaysia merupakan destinasi percutian kepada kebanyakan pelancong. Mengikut statistik antara sebab pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka adalah seperti Rajah 2.4:-

20

Elemen Utama Dalam Mempromosikan Malaysia

Peratusan (%)

30

27.6 26.2

25 20

17.4 13.6

15

8.8 6.5

10 5

2.82.7

4.95.6

7.9 6.6

7.57.8 4.64.9

1.82.2

4.6 2.6

be rs ej ar ah Re so rt Re Pu so la rt u P e S r gu uk nu an ng Hu an ta n/ Ke hi ja ua Pe n lb ag Ke ai ra Ka m um ah an Pe nd De ud s uk tin Ke as m ud iS ah el am an at M em Ke be pe li lb be ag la ai h an Ba ra ng an

Ta pa k

Pa nt ai

0

Elemen 2004

2003

(Tourism Malaysia, 2004)

Rajah 2.3: Elemen-elemen Mempromosikan Malaysia

Rajah 2.3 di atas menunjukkan elemen-elemen yang menarik pelancong ke Malaysia di mana lima elemen teratas pada tahun 2004 adalah kemesraan atau keramahan penduduk sebanyak 26.2% diikuti oleh elemen pantai (17.4%), pulau (8.8%), kepelbagaian kaum (7.9%) dan destinasi selamat menyumbang kepada 7.5%.

Walau bagaimanapun, terdapat penurunan untuk elemen destinasi selamat iaitu pada tahun 2003 peratusannya ialah 7.8% dan peratusannya menurun sebanyak -3.8% pada tahun 2004 iaitu hanya 7.5%.Penurunan peratusan Malaysia sebagai destinasi selamat mungkin disebabkan beberapa faktor. Antara faktor yang boleh di kaitkan dengan penurunan ini ialah faktor pemilihan destinasi oleh pelancong.

21 Menurut Sonmez dan Graefe (1998), jika seseorang individu diberi dua pilihan destinasi untuk dikunjungi, kedua-duanya mempunyai pelbagai tarikan dan keseronakan yang dijanjikan ditambah pula dengan kos tambang yang murah, tetapi salah satu destinasi tersebut adalah selamat dari ancaman, maka destinasi yang selamat ini yang akan dipilih. Pearce (1988) menyatakan keselamatan individu adalah faktor utama di dalam membuat keputusan untuk ke sesuatu destinasi pelancongan.

Rajah 2.4, merupakan proses pemilihan pelancong ke sesuatu destinasi. Pemilihan ini adalah berdasarkan minat atau motivasi seseorang individu sama ada meminati pelancongan yang berasaskan budaya, alam semula jadi mahupun pelancongan sukan dan lain-lain.

Peringkat pertama melibatkan pembuatan keputusan untuk mengembara adalah berdasarkan ciri-ciri individu seperti personaliti iaitu minat, kegemaran diikuti dengan motivasi individu tersebut untuk mengembara keluar daripada kawasan tempat tinggal. Faktor motivasi ini melibatkan faktor penolak (push factor) dan faktor penarik (pull factor). Faktor penolak (push factor) adalah seperti ekonomi, sosial, demografi, teknologi dan tekanan politik yang mendorong permintaan untuk aktiviti pelancongan dengan ‘menolak’ pengguna atau individu untuk keluar daripada tempat tinggal mereka. Selain itu budaya, pengalaman hidup, jantina, kesihatan dan pendidikan.

Peringkat kedua ialah penilaian alternatif daripada kesedaran (awareness) ke atas sesuatu destinasi tersebut. Penilaian ini adalah dipengaruhi oleh faktor penarik (pull factor) yang menumpukan kepada bahagian penawaran (supply) dalam pelancongan seperti tarikan yang ditawarkan, promosi yang berkesan, pengangkutan dan perkhidmatan yang efisyen serta maklumat yang tepat yang mampu menarik individu untuk ke destinasi berkenaan.

22 1 Faktor penolak (push factors)

Keputusan untuk mengembara

2 Penilaian alternatif daripada kesedaran (awareness) ke atas sesuatu destinasi tersebut

Faktor penarik (pull factors)

Personaliti Motivasi Budaya Pengalaman hidup Jantina Kesihatan Pendidikan

Pencarian informasi

3 Pilihan destinasi ditetapkan

4 Pengubahsuaian imej

Pengalaman melancong

5 Mengingat kembali, penilaian

(Weaver dan Lawton, 2002)

Rajah 2.4: Proses Pemilihan Destinasi Untuk Dilawati

Setelah itu, barulah pilihan destinasi ditetapkan seterusnya melancong dan memperoleh pengalaman baru yang mampu memberi kepuasan kepada individu. Selepas pulang, pengalaman itu akan diingati serta dibuat penilaian. Jika pengalaman melancong memberi kepuasan maka imej terhadap destinasi dari segi faktor penarik perlu diubah agar kedatangan pelancong tidak berkurangan dan dapat memenuhi permintaan.

23 2.4

Faktor Keselamatan Dalam Ekopelancongan

2.4.1

Ekopelancongan Dan Keselamatan

The

International

Ecotourism

Society

(TIES)

(1991)

mendefinisikan

ekopelancongan sebagai ‘responsible travel to natural areas that conserve the environment and sustains the well-being of local people’. Destinasi ekopelancongan pula biasanya dikaitkan dengan ‘semulajadi’ atau ‘persekitaran yang tidak diganggu’ (Weaver and Lawton, 2002). Kebanyakan aktiviti ekopelancongan akan dilakukan di dalam kawasan yang dilindungi dan dipelihara (protected area) contohnya Taman Negara.

Bagi lokasi produk ekopelancongan, secara amnya dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan dan keperluan aktiviti pelancongan. Keperluan kemudahan di kawasan persekitaran sesuatu lokasi pelancongan merupakan perkara penting bagi menjamin sambutan berterusan dari pengunjung. Kemudahan penginapan seperti ‘resort’, chalet, kawasan perkhemahan, kemudahan kenderaan (bot, pacuan 4x4 dan sebagainya). Manakala, kemudahan pemandu pelancong juga turut disediakan di setiap lokasi ekopelancongan dengan kadar sewa yang berpatutan. Bagi pengusaha-pengusaha pakej, aspek keselamatan sentiasa dititik beratkan di dalam memastikan keselamatan para pelancong terjamin.

Keselamatan di dalam ekopelancongan sebenarnya lebih menjurus kepada keselamatan terhadap diri pelancong atau pelawat itu sendiri. Ia bermaksud keselamatan yang merangkumi aktiviti yang dilakukan semasa berada di kawasan ekopelancongan. Ini kerana kawasan ekopelancongan umumnya merupakan kawasan alam semula jadi yang amat terdedah kepada punca-punca terjadinya kemalangan. Selalunya kemalangan yang disebabkan binatang buas, pokok-pokok berakar serta berduri, struktur tanah, kedalaman air, selut, kecuraman bukit atau tebing, strukur gua dan sebagainya adalah terjadi akibat kecuaian dan ketidakprihatinan pelancong itu sendiri. Kurangnya panduan

24 mengenai keselamatan oleh pihak pengurusan turut menyumbang kepada terjadinya kemalangan.

Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk mengenal pasti kawasan-kawasan di bawah jagaannya adalah selamat dibuka dan dilawati oleh para pelancong yang menggemari aktiviti ekopelancongan. Papan tanda amaran dan pelan kecemasan harus dirangka untuk memastikan pelancong atau pelawat menyedari akan bahaya yang terdapat di sesuatu kawasan. Sebagai contoh, pihak pengurusan Gunung Ledang yang telah menubuhkan pasukan renjer Gunung Ledang Resort untuk meronda dan mengikuti perkhemahan bagi memastikan keselamatan pengunjung. Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memasang ‘Sistem Amaran Awal Ribut Hujan’ di kawasan gunung tersebut yang mampu memberi amaran awal kepada pengunjung sekiranya berlakunya ribut di kawasan hutan lipur Gunung Ledang.

2.4.2

Garis Panduan Keselamatan Dalam Ekopelancongan

Satu polisi antarabangsa yang menekankan kepada isu keselamatan pelancong adalah Tourism Bill of Rights and Tourist Code yang diterima di Sofea pada September 1985 oleh World Tourism Organization. Isu keselamatan pelancong telah dirujuk pada artikel IV (c) iaitu “….ensure the safety of visitors and the security of their belongings through preventive and protective measures”.

Untuk memastikan keselamatan pelancong terutamannya pelancong eko terjamin, satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Kementerian, Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Malaysia pada 1997. Garis panduan ini adalah berdasarkan rang undangundang ‘Tourism Bill Of Rights and Tourist Code’ yang menyeru negara lain menggunakannya selaras dengan peraturan dan perundangan di negara mereka sendiri. Garis panduan keselamatan am di dalam ekopelancongan telah dinyatakan di dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia. Garis panduan ini adalah:-

25 i.

Memastikan para pelancong mempunyai kemudahan nasihat yang berguna tentang kesihatan dan keselamatan sebelum tiba, semasa dan selepas perjalanan mereka.

ii.

Memastikan bahawa nasihat ini temasuk syarat mendapat rawatan terutamanya dalam kes demam berulangan atau berpanjangan

iii.

Memastikan pelancong mengambil langkah pencegahan yang diperlukan seperti ubat malaria, topi keselamatan ketika berada di dalam gua, lampu suluh dan lain-lain.

iv.

Memastikan bahawa risiko yang tidak dapat dielakkan diterangkan dengan jelas epada para pelancong.

v.

Memastikan bahawa syarikat dan orang perseorangan yang menjadi pengusaha ekopelancongan mempunyai semua kebenaran perniagaan yang perlu untuk beroprasi dan perlindungan insurans yang mencukupi.

vi.

Memastikan bahawa terdapat kursus latihan pertolongan cemas bagi pemandu pelancong dan menggalakkan semua pemandu pelancong mengikuti latihan tersebut.

vii.

Memastikan bahawa pemandu pelancong mempunyai sijil yang sesuai dengan bidang khusus seperti menyelam skuba, memanjat batu dan sebagainya.

viii.

Memastikan bahawa kemudahan kesihatan mudah diperolehi dari tapak ekopelancongan utama dan terdapat rancangan luar jangka bagi kes pemindahan kecemasan.

ix.

Memastikan bahawa semua struktur dan peralatan di destinasi ekopelancongan diselenggara dengan baik, dibaiki dengan sempurna dan digantikan segera apabila perlu (contoh: anak tangga, tali jambatan dan sebagainya.)

Terdapat juga rancangan luar jangka di mana ia memfokuskan kepada kawasan ekopelancongan di kawasan terpencil: i.

Mengenal pasti kakitangan yang diperlukan untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.

ii.

Mengenal pasti kegiatan/aktiviti yang berisiko paling tinggi.

26 iii.

Mengenal

pasti

tempat-tempat

berisiko

tinggi

di

dalam

kawasan

ekopelancongan. iv.

Merancang jalan yang paling pantas dari setiap tempat berisiko ke kemudahan pengubatan yang terdekat.

v.

Mengenal pasti kenderaan yang sesuai digunakan.

vi.

Memastikan bahawa terdapat bekalan dan peralatan kecemasan (contoh: tali, bahan bakar ganti, makanan dan minuman tambahan).

vii.

Memastikan bahawa telefon/alat hubungan radio berfungsi dan boleh berhubung dengan perkhidmatan penyelamat dan perubatan.

viii.

Memastikan bahawa nombor telefon bagi perkhidmatan tersebut dipamerkan dengan jelas.

ix.

Memastikan bahawa kakitangan perkhidmatan penyelamat dan perubatan mengetahui jenis-jenis kegiatan pelancongan yang dijalankan, bilangan pelancong dan risiko-risiko yang mungkin berlaku.

Kecederaan disebabkan kecuaian dari pelancong ataupun disebabkan kemudahan yang berbahaya adalah biasa. Sebagai contoh, walaupun pelancong antarabangasa mempunyai bilangan yang sedikit ke Taman Negara Amerika Syarikat, tetapi bilangan pelancong ini didapati mempunyai peratusan yang terbesar terlibat dalam kemalangan. Masalah ini telah diatasi dengan meletakkan simbol atau amaran yang boleh digunapakai dan difahami oleh peringkat antarabangsa di tempat-tempat yang berpotensi sebagai kawasan berbahaya di Taman Negara tersebut.

2.4.3

Pelancong Eko Pelancong eko adalah pelancong atau pelawat yang melancong atau melawat ke

kawasan ekopelancongan dan mereka bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara kawasan ekopelancongan. Jadual 2.1, adalah ciri-ciri umum individu yang dikenali sebagai pelancong eko (ecotourist).

27 Jadual 2.1: Profil Pelancong Eko Bil 1.

Profil Umur

Ciri-ciri Umur minimum adalah 30 tahun. Namun begitu, umur belasan tahun dan 20-an semakin meningkat bilangannya.

2.

Jantina

Biasanya lebih ramai wanita daripada lelaki, terutamanya dalam kumpulan remaja.

3.

Pendapatan

4.

Tahap Pendidikan

Berpendapatan tinggi berbanding pengembara biasa. Berpendidikan tinggi, kebanyakannya adalah lepasan kolej.

5.

‘Party composition’

Kebanyakannya iaitu 60% mengembara secara berpasangan, 15% berkeluarga dan 13% mengembara secara berseorangan.

6.

Tempoh Lawatan

Berdasarkan kajian di Amerika Utara, lebih 50% sanggup menghabiskan masa selama 8-14 hari.

7.

Belanjawan

Pelancong eko biasanya sanggup menghabiskan lebih belanja demi mendapat pengalaman yang berkualiti dan mereka berpuas hati dengan lawatan mereka.

8.

Aktiviti yang digemari

Melawat Taman Negara, mendaki, aktiviti berasaskan air, pelihat pemandangan, berkhemah dan sebagainya.

9.

Sebab utama

(i)

mengembara

untuk merasai pelbagai elemen berasaskan alam semula jadi.

(ii)

pengalaman baru, hidupan liar, mempelajari budaya masyarakat tempatan (asli). (Wight, 2001)

28

2.4.4

Spektrum Aktiviti Pelancong Rajah 2.5, menjelaskan mengenai spektrum aktiviti pelancong. Kategori pertama

di dalam spektrum tersebut mengandungi aktiviti pengembaraan cabaran contohnya aktiviti mendaki gunung. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mendatangkan risiko paling berbahaya berbanding aktiviti dari kategori lain seperti ekopelancongan. Individu yang melakukan aktiviti ini dianggap sebagai individu yang sanggup mengambil risiko kemalangan yang tinggi seperti dari terjatuh, tergelincir dan sebagainya dan ini berkemungkinan akan mengakibatkan kecederaan yang serius. Individu yang melakukan aktiviti mendaki gunung ini mungkin kurang mengambil berat soal keselamatan disebabkan mereka telah membuat persediaan yang cukup dari segi fizikal dan mental.

Kategori kedua pula adalah merujuk kepada pelancong eko. Individu dari kategori ini sanggup mengambil risiko tetapi hanya risiko pada tahap sederhana. Walaupun mereka telah bersedia dari aspek fizikal dan mental, tetapi mereka tidak bersedia untuk menghadapi kecederaan yang serius. Individu dari kategori ini amat berhati-hati dalam melakukan aktiviti yang mereka gemari dan mengambil berat mengenai keselamatan dan kalau mampu mereka akan mengelakkan diri dari sebarang kemalangan atau insiden.

Kategori terakhir pula, ialah individu yang mengikuti pakej. Individu dari kategori ini adalah mereka yang paling kurang dan tidak sanggup untuk mengambil risiko kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan mereka terjamin, mereka amat mengharapkan panduan dan pertolongan daripada pemandu pelancong untuk menjamin keselamatan dan memandu mereka ketika melakukan aktiviti pelancongan.

29

Meningkatkan keselamatan dan pembuatan keputusan yang pasti.

Pengembaraan ‘adventure’ (contoh: mendaki

Ekopelancongan (contoh: melihat burung)

• Kurang mengambil berat soal keselamatan • Cukup persediaan dari aspek fizikal dan mental.

• Merangkumi pengembaraan dan ‘tour travel’ • Menggabungkan pendidikan dan aktiviti fizikal. • Cukup persediaan dari aspek fizikal dan mental.

Tour Travel (contoh: pakej percutian •



Persediaan individu pada tahap yang rendah Mengambil berat terhadap keselamatan

Meningkatkan tahap persediaan/latihan/pembuatan keputusan dan sanggup menanggung risiko.

(Fennel, 2003)

Rajah 2.5: Spektrum Aktiviti Pelancong

2.5

Persepsi

Pelancong

Terhadap

Keselamatan

Di

Sesebuah

Destinasi

Pelancongan.

Menurut Beerli dan Martin (2003), definisi persepsi ialah “……understood as the process through which an individual selects, organizes and interprets incoming information in order to create an image not only depends on a specific stimuli, but also on stimuli more generally related to the environment and the individual’s own characteristic”. Bagi sesetengah individu persepsi merupakan tanggapan seseorang individu sama ada bersifat positif atau pun negatif bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhinya terhadap sesuatu perkara. Persepsi keselamatan adalah penting

30 (Williams and Dickson, 1993) kerana ianya akan mempengaruhi tingkah laku individu termasuk untuk kekerapan keluar dari penginapan (Valentin, 1989; Madge, 1997), terlibat di dalam aktiviti dan seterusnya turut mempengaruhi tahap kepuasan terhadap sesuatu destinasi tersebut.

Page dan Baker (2002) menyatakan bahawa persepsi terhadap jenayah dan keselamatan dipengaruhi oleh keadaan seseorang individu, imej di sesuatu destinasi dan pengaruh media. Jika pelancong berasa tidak selamat ketika berada di sesebuah destinasi, mereka akan membuat tanggapan negatif kepada destinasi tersebut. Situasi ini akan memusnahkan sesebuah destinasi pelancongan dengan menurunkan peratus kehadiran pelancong. Persepsi negatif terhadap keselamatan individu merupakan ancaman utama dalam industri pelancongan di Selatan Afrika (Satour, 1997). Jika situasi ini terjadi pelancong mungkin membuat keputusan untuk tidak melawat destinasi tersebut kerana meningkatnya kejadian-kejadian yang tidak diingini. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Ferreira dan Harmse (2000), menyatakan pengalaman dan ’worth-of-mouth communication’ merupakan faktor utama yang mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Selatan Afrika (Satour, 1997).

2.6

Perkaitan Di Antara Demografi Pelancong Dan Persepsi Pelancong Terhadap Keselamatan

Individu yang datang ke sebuah destinasi mungkin tidak arif dengan situasi atau persekitaran yang terdapat di situ. Mungkin suasana ini berbeza dari segi pengetahuan yang terhad mengenai destinasi dan dari segi bahasa pertuturan yang berlainan terutama sekali bagi pelancong antarabangsa dan ini mungkin akan menyebabkan pelancong tersebut berasa kurang yakin dengan keselamatan dirinya apabila berada di destinasi tersebut. Lynch (1960), mencadangkan bahawa ketidakbiasaan (unfamiliarity) dan kesusahan individu dalam pembelajaran (memahami) alam sekitar mempunyai kesan kepada ketakutan individu, menitik berat soal keselamatan dan kestabilan emosi. Kita

31 mungkin boleh mengaitkan pendapat ini dengan faktor demografi, iaitu taraf kewarganegaraan yang berbeza mungkin akan mempengaruhi persepsi keselamatan di sesebuah destinasi pelancongan.

George (2003) turut membuktikan bahawa selain kewarganegaraan, tempoh berada di destinasi dan pelancong yang pernah berdepan dengan jenayah turut mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan di sesebuah destinasi.

2.7

Kesimpulan

Bidang pelancongan melibatkan pelancong yang melakukan aktiviti di sesuatu destinasi di luar tempat tinggal mereka. Oleh itu, jaminan keselamatan pelancong perlu wujud dengan adanya langkah-langkah serta kawalan untuk mencegah terjadinya kemalangan oleh pihak pentadbiran atau pengurusan di sesuatu destinasi pelancongan. Keselamatan juga melibatkan nyawa dan harta benda, serta kesihatan pelancong.

Kemalangan berlaku disebabkan pelbagai faktor dan turut dikenal pasti sebagai penyebab kepada cedera, kematian dan gangguan kepada pemikiran kepada pelancong yang melancong ke destinasi asing (Page & Mayer, 1996). Kemalangan yang berlaku semasa aktiviti melancong dapat memberi kesan negatif kepada industri pelancongan itu sendiri (Clift & Page, 1996: Greenaway, 1996; Wilks et al., 1996).

BAB III

TAMAN NEGARA

3.1

Pengenalan

Taman Negara merupakan satu kawasan atau tempat yang dilindungi (protected area) oleh kerajaan supaya biodiversiti semulajadi kawasan berkenaan dipelihara dan dikekalkan. Merosakkan flora dan fauna di kawasan Taman Negara dilarang sama sekali. Menurut International Union for the Consevation of Nature (IUCN), kawasan yang dilindungi boleh didefinisikan sebagai ‘........an area dedicated primarily to the protection and enjoyment of natural or cultural heritage, to maintenance of biodiversity, and/or to maintenance of ecological life-support services’ (Scheyvens, 2002). Taman Negara diletakkan di dalam kategori II di bawah pengurusan kawasan dilindungi yang dikeluarkan oleh IUCN (International Union for the Consevation of Nature) (CeballosLascuráin, 1996). Kategori II bermaksud kawasan dilindungi yang diuruskan bertujuan untuk melindungi ekosistem dan untuk tujuan rekreasi contohnya kawasan pelancongan.

Objektif penubuhan Taman Negara di Malaysia adalah untuk memelihara dan melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan untuk kajian kaji bumi, kaji purba, sejarah dan ekologi. Juga termasuk kepentingan dari segi sains dan pemandangan memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estatik dan rekreasi untuk orang ramai (Akta 226, Akta Taman Negara, 1980).

Aktiviti di kebanyakan Taman Negara termasuk melihat hidupan liar dan pemandangan semulajadi, berkhemah, merentas hutan, berperahu dan berakit,

33 memancing, berkelah dan berenang, melawat gua, air terjun, kawasan penempatan orang Asli dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan alam semulajadi seperti di kawasan hutan, bukit dan sungai.

Antara kemudahan asas yang disediakan di Taman Negara termasuk kemudahan penginapan, makanan dan minuman, cenderahati, peralatan rekreasi, kemudahan rekreasi, kemudahan insfrastruktur, tempat letak kereta, pangangkutan dan lain-lain kemudahan sokongan untuk pelawat. Kebolehsampaian untuk kebanyakkan Taman Negara yang telah dibangunkan agak mudah kerana jaringan jalan raya di Malaysia sangat baik. Pengangkutan persendirian, awam atau pengangkutan yang disediakan oleh pihak pengurusan boleh digunakan untuk ke Taman Negara.

Terdapat 17 buah Taman Negara di Malaysia. Dua buah Taman Negara terletak di Semenanjung, sembilan buah di Sarawak dan selebihnya iaitu enam buah terletak di negeri Sabah (rujuk Jadual 3.1).

Taman Negara Semenanjung Malaysia (Kelantan, Pahang, Terengganu) diletakkan di bawah pengurusan Jabatan PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman dan Negara). Manakala Taman Negara Endau Rompin (State National Park) diletakkan di bawah penguasa Perbadanan Taman Negara Johor. Bagi Taman Negara Sabah pula ia diletakkan di bawah Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah atau dikenali juga sebagai Taman-Taman Sabah. Taman Negara Sarawak pula ditadbir oleh Jabatan Perhutanan dan Sarawak Biodiversity Central Council.

34 Jadual 3.1: Senarai Taman Negara di Malaysia Nama Kawasan

Tarikh Diwartakan

SEMENANJUNG MALAYSIA Taman Negara Taman Negara Endau Rompin

1939 -

SARAWAK Taman Negara Bako

1957

Taman Negara Mulu

1974

Taman Negara Niah

1975

Taman Negara Bukit Lambir

1975

Taman Negara Similinjau

1978

Taman Negara Gua Gading

1983

Taman Negara Rubah

1989

Taman Negara Loagan

1991

Taman Negara Batang Ai

1991

SABAH Taman Negara Kinabalu

1964

Taman Negara Tengku Abdul Rahman

1947

Taman Negara Crocker Range

1984

Taman Negara Pulau Tiga

1918

Taman Negara Pulau Penyu

1977

Taman Negara Batu Tawau

1979 Sumber: Norlida Hanim Mohd Salleh (2000).

35

3.2

Akta Taman Negara dan Enakmen Taman Negara Taman Negara yang diwujudkan adalah di bawah bidang kuasa Akta Taman

Negara No.226 Tahun 1980. Akta ini telah diperkenalkan pada 28 Februari 1980. Ia mengandungi 11 seksyen yang merangkumi hal-hal berkaitan penubuhan Taman Negara, tujuan penubuhannya, Majlis Penasihat, fungsi, tanggungjawab, larangan dan lain-lain perkara berkaitan. Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia iaitu untuk Taman Negara yang baru ditubuhkan. Ia tidak dikuatkuasakan untuk Taman Negara yang sedia ada seperti Taman Negara Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Taman Negara yang sedia ada sekarang adalah di bawah bidang kuasa Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 Tahun 1939, yang berkuatkuasa hanya di negeri Pahang, Enakmen Taman Negara Kelantan (Kelantan) No.14 Tahun 1939 di Kelantan dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 Tahun 1939 di Terengganu.

Menurut Akta Taman Negara, Majlis Penasihat Taman Negara perlu dipengerusikan oleh seorang Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi negeri yang terlibat, tiga orang wakil daripada setiap negeri, Ketua Pengarah, wakil daripada Perbendaraan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Kementerian Pelancongan, Jabatan Perhutanan dan tidak lebih dari enam orang perwakilan yang dilantik oleh Menteri.

Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 4(1) Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76 Tahun 1972, perlu bertanggungjawab ke atas perlaksanaan akta tersebut dan demikian pangkat pegawai tersebut dirujuk seperti mana yang terdapat di dalam akta tersebut. Ketua Pengarah mempunyai hak penyeliaan dan hala tuju untuk setiap perkara yang melibatkan Taman Negara.

36

3.3

Taman Negara, Pahang

Sektor pelancongan negeri Pahang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang berteraskan ketiga-tiga sumberjaya iaitu produk semulajadi, buatan manusia mahupun sejarah, warisan atau budaya. Negeri Pahang mempunyai 54 buah lokasi tarikan yang mana 27 daripadanya adalah bertaraf antarabangsa. (Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020). Daerah Jerantut yang merupakan salah sebuah daerah di negeri Pahang, merupakan daerah yang mempunyai keluasan yang terbesar iaitu 7,561 km persegi. Kawasan pentadbirannya termasuklah kawasan destinasi ekopelancongan yang popular iaitu Taman Negara yang mengambil hampir separuh daripada keluasan daerah Jerantut. Taman Negara, Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1939 dan dikenali sebagai Taman Negara King George V. Sebelum itu, pada tahun 1925, satu kawasan seluas 9,240 hektar disekitar Gunung Tahan telah diwartakan sebagai Rezab Hidupan Liar Gunung Tahan oleh Kerajaan Bristish. Selepas merdeka, taman ini telah dinamakan sebagai Taman Negara. Kawasan Taman Negara meliputi tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu yang mempunyai keluasan 4,343 kilometer persegi. Kawasan Pahang meliputi 2,477 kilometer persegi, iaitu merangkumi dua pertiga (57%) kawasan Taman Negara. Kawasan negeri Kelantan meliputi 1,043 kilometer persegi atau 24% dan Terengganu 853 kilometer persegi (Taman Negara, Pahang, 2006). Bentuk muka bumi di Taman Negara adalah berbukit bukau dengan bahagian tengah kawasan Taman Negara adalah bergunaung ganang yang mengandungi sedimen, granit dan batu kapur. Gunung Tahan merupakan tarikan utama di Taman Negara. Dengan ketinggian 2,187 meter dari paras laut, Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Manakala titik terendah terletak di Kuala Atok iaitu hanya 75 meter dari paras laut. Jadual 3.2, adalah profil bentuk muka bumi di Taman Negara.

37

Jadual 3.2: Bentuk Muka Bumi di Taman Negara

Muka Bumi / Contour

Peratusan (%)

Di bawah 250 kaki

0.6

250 – 1000 kaki

57.0

1000 – 2500 kaki

28.0

2500 – 4000 kaki

11.0

4000 – 5000 kaki

2.0

Lebih daripada 5000 kaki

1.0 Sumber: Whitemore (1971)

Taman ini dikatakan sebagai antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia dengan ekosistemnya yang tidak terjejas sejak 130 juta tahun dahulu. Oleh kerana Taman Negara Pahang terletak merangkumi tiga buah negeri, maka terdapat 4 laluan masuk ke Taman Negara, Pahang iaitu dari:i.

Selatan – Kuala Tahan di Pahang

ii.

Barat – Merapoh, Sungai Relau di Pahang

iii.

Utara – Kuala Koh di Kelantan

iv.

Timur – Tanjung Mentong, Tasik Kenyir di Terengganu

Pintu masuk utama (main access) ke Taman Negara, Pahang adalah dari Kuala Tahan melalui bandar Jerantut. Laluan ini adalah mudah dan menjimatkan masa kerana ia hanya mengambil masa tiga hingga empat jam dengan menggunakan jalan raya dari Kuala Lumpur atau Kuantan. Dari Jerantut, pengunjung perlu melalui Padang Piol dengan jarak 40 kilometer untuk sampai ke Kampung Kuala Tahan sebelum tiba di jeti Kuala Tahan. Alternatif lain untuk ke Taman Negara adalah melalui jalan sungai iaitu

38 dengan menggunakan perkhidmatan bot dari jeti Kuala Tembeling. Perjalanan dengan bot ini mengambil masa dua jam untuk sampai ke Taman Negara.

3.4

Kedatangan Pelancong ke Taman Negara Pahang

Rajah 3.1 menunjukkan jumlah kedatangan pelancong ke Taman Negara dari tahun 2001 sehingga tahun 2005. Menurut Inskeep (1996), jumlah ketibaan pelancong tahunan pada masa lalu dan kini perlu ditentukan sebagai petunjuk untuk pertumbuhan umum dan peningkatan permintaan dalam industri pelancongan, di samping angka bulanan diperoleh untuk menghitung turun naik ketibaan pelancong bermusim. Daripada Rajah 3.1 ini bolehlah disimpulkan bahawa kedatangan pelancong ke Taman Negara agak konsisten dengan perubahan yang kecil dan meningkat bagi tiga tahun kebelakang.

Bilangan Pelancong

Jumlah Kedatangan Pelancong Ke Taman Negara, Pahang 80,000 70,000 60,000 50,000 40,000 30,000 20,000 10,000 0

71,631 58,532

2001

60,156

2002

54,230

2003

60,026

2004

2005

Tahun

Jumlah Kedatangan Pelancong Sumber : Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang(2006) Rajah 3.1: Kedatangan Pelancong ke Taman Negara

39 3.5

Tarikan di Taman Negara Pahang.

Hari ini, Taman Negara telah menjadi satu destinasi ekopelancongan utama di negara ini. Peningkatan jumlah kedatangan pelancong amat bergantung kepada tarikan dan produk yang ada di sesuatu destinasi. Tarikan-tarikan utama terdiri daripada gabungan elemen semulajadi dan kebudayaan. Biasanya tarikan diperlukan untuk mencerminkan kawasan yang wujud, berbeza dan segi ciri keunikan semulajadi dan budaya, dan secara tulen dikembangkan untuk menguatkan ciri tersebut (Inskeep, 1991).

Taman Negara menjanjikan pelbagai jenis tarikan kepada individu yang suka mendekatkan diri kepada alam semulajadi (close to nature). Taman Negara, Pahang amat kaya dengan kepelbagaian (biodiversity) flora dan faunanya. Selain daripada hutannya yang berusia 130 juta tahun, taman ini juga telah mengalami evolusi dalam jangka masa tersebut. Taman ini juga merupakan habitat beberapa mamalia yang sukar ditemui seperti Badak Sumatra dan Seladang.

Selain daripada keunikan flora dan fauna, taman ini dikenali dengan adanya Gunung Tahan yang menjadi impian para pendaki untuk sampai ke puncaknya. Selain daripada Gunung Tahan terdapat satu lagi gunung yang boleh didaki iaitu Gunung Gagau yang mempunyai ketinggian 1,376 meter. Gunung ini terletak merentasi sempadan 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pendakian untuk sampai ke puncaknya hanya memakan masa sehari, tetapi untuk sampai di kaki gunung, pendaki perlu menyusuri denai dan sungai selama dua hari.

Rajah 3.2 dan Rajah 3.3 di bawah, menunjukkan gambar titian kanopi dan pemandangan Gunung Tahan dari laluan kanopi. Rajah 3.4 pula, adalah peta kawasan Taman Negara merangkumi laluan rentis untuk ke tempat tarikan dan ke Gunung Tahan.

40

Rajah 3.2: Laluan Kanopi

Rajah 3.3: Pemandangan Gunung Tahan

Selain itu, tarikan utama yang lain terdapat di Taman Negara ialah laluan kanopi atau ‘canopy walkway’. Untuk sampai ke laluan kanopi ini, pengunjung perlu melalui rentis(trail) sejauh 1.2 kilometer daripada pusat pentadbiran Taman Negara. Laluan yang mempunyai ketinggian 50 meter dari aras tanah dan sepanjang 450 meter ini dipercayai merupakan laluan kanopi yang terpanjang di dunia. Laluan ini dibina secara mengelingi (bulatan) dan dibina menggunakan pokok Tualang (koompasia excelsa). Terdapat dua puncak tinjau iaitu Puncak Tinjau 1 yang memperlihatkan pemandangan Sungai Tembeling manakala Puncak Tinjau 2 adalah mengadap Sungai Tahan dan panorama Gunung Tahan.

41

0

Air Terjun 4 Tingkat

TAMAN NEGARA, PAHANG

Kuala Perkai

Kuala Keniam Gua Kepayang Besar Gua Luas Gua Kepayang Kecil n ha Ta ai ng Su

Bunbun Kumbang Kampung Pagi

Lata Berkoh KUALA TERENGGAN

Bunbun Tabing Bukit Teresik Bunbun Chegar Anjing Gua Telinga Bunbun Blau Bukit Guling Gendang

La

n l ua

n Ka

i op

Air Terjun Abai

KUALA TAHAN Air Terjun Puteri

Bukit Warisan

Bunbun Yong

Rentis/Trail

Bukit Pecah Piring

Sungai Tapak Khemah Lodge

KUALA ATOK

Gua Air Terjun Bukit Bunbun (Hide)

Rajah 3.4: Peta Taman Negara, Pahang

0

3

2

1 1

1

4 Kilometer 2

3

Batu

42 3.6

Aktiviti di Taman Negara, Pahang

Majoriti tujuan pengunjung ke Taman Negara adalah untuk membuat aktiviti berasaskan alam sekitar (nature-based activity) seperti menjelajah, memancing, berenang dan menaiki bot melalui sepanjang sungai berlatar belakangkan rimbunan pokok yang tinggi dan rimbun. Aktiviti yang paling mencabar yang menguji daya ketahanan fizikal dan mental ialah aktiviti mendaki Gunung Tahan iaitu gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Aktiviti mendaki ini mengambil masa selama 5 hingga 7 hari untuk sampai ke kemuncaknya. Dengan jarak 550 kilometer dari pusat pentadbiran Taman Negara, perjalanan yang mencabar ini bakal merentasi hutan hujan tropika, sungai dan rabung. Jadual 3.3, menunjukkan aktiviti utama yang boleh dilakukan ketika berada di Taman Negara, Pahang.

43

Jadual 3.3: Aktiviti Utama Di Taman Negara, Pahang Aktiviti Memerhati Burung

Penerangan Memerhati burung merupakan aktiviti yang agak popular di kalangan pelancong asing. Sebanyak 54 peratus daripada 650 spesis burung di Malaysia boleh dijumpai di Taman Negara.

‘Canopy Walkway’

Merupakan jambatan gantung terpanjang di Asia.

Menjelajah

Terdapat pelbagai rentis yang dibina untuk kemudahan pelancong ke tempat-tempat tarikan di seluruh Taman Negara.

‘Night Walk’

Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam bertujuan untuk memerhati haiwan-haiwan liar yang aktif pada waktu malam.

Penerokaan Gua

Aktiviti menerokai gua adalah aktiviti yang mencabar. Terdapat pelbagai jenis gua batu kapur yang terdapat di Taman Negara yang mempunyai keunikannya yang tersendiri contohnya Gua Peningat, Gua Telinga, Gua Daun Menari and Gua Besar.

Memancing

Kawasan memancing di yang popular di Taman Negara ialah di Sungai Keniam. Pengunjung juga dibenarkan bermalam di ‘fishing lodge’ Kuala Perkai.

Berenang

Terdapat dua kawasan yang sesuai untuk berenang iaitu lubuk simpon yang terletak hanya 800 meter dari kawasan pintu masuk Taman Negara. Selain itu Lata Berkoh juga menjadi tempat tumpuan untuk aktiviti mandi manda dan berenang.

‘Wildlife

Bermalam di bunbun (hides) untuk memerhati hidupan liar yang

Observation Hides’

keluar mencari makanan pada waktu malam.

‘Rapids Shooting’

Aktiviti ini dilakukan di kawasan aliran sungai deras dan berjeram. Sumber: Taman Negara, Pahang (2004)

44

3.7

Pengurusan Taman Negara, Pahang.

Taman Negara di tadbir oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pentadbiran Taman Negara Pahang pula, diuruskan oleh seorang Penguasa Taman Negara iaitu kakitangan PERHILITAN dan tiga orang Timbalan Penguasa yang mempunyai peranan tertentu (rujuk Rajah 3.5) Jumlah kakitangan Taman Negara adalah seramai 91 orang termasuk 52 pembantu am rendah dan 16 orang renjer. Kakitangan ini merangkumi kakitangan di kawasan Sungai Relau, Tembeling dan Kuala Tahan.

Pihak pengurusan telah menetapkan beberapa bayaran apabila mengunjungi Taman Negara. Menurut pihak pengurusan Taman Negara, bayaran ini bertujuan untuk tujuan penyelenggaraan kemudahan yang terdapat di Taman Negara seperti rentis, laluan kanopi dan lain-lain kemudahan. Bayaran tersebut adalah seperti Jadual 3.4 di bawah.

Jadual 3.4: Bayaran Yang Dikenakan Kepada Pengunjung Bayaran

RM

Permit masuk

1.00

Lesen memancing

10.0

Lesen kamera

5.00

Sewa tapak Khemah

2.00

Laluan Kanopi

5.00

Taman Negara juga turut menyediakan kemudahan pemandu pelancong dan kemudahan sewa bot untuk ke tempat-tempat tarikan. Pemandu pelancong ini terdiri daripada kakitangan jabatan sendiri serta penduduk tempatan yang telah mengikuti

45 kursus dan dilatih, kemudian diberikan lesen sebagai pemandu pelancong. Perkhidmatan pemandu pelancong ini diberikan apabila pengunjung memerlukannya dengan bayaran RM 150 bagi seorang pemandu pelancong untuk maksimum 12 orang pelancong dalam satu kumpulan.

Unit Penerangan

Unit Kanopi

TIMBALAN PENGUASA TAMAN NEGARA (Kesedaran Awam)

Pos Kuala Atok

Pos Kelapah/ Kuala Aur

Unit Penyelidikan

Unit Sungai Relau

Pos Ku Yu

Unit Kuala Tembeling

TIMBALAN PENGUASA TAMAN NEGARA (Merapoh)

Sumber : Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang(2006)

Unit Penyelenggaran

Rajah3.5: Carta Organisasi Taman Negara Pahang

Pos Terengan/ Keniam

Unit Pentadbiran

Unit Penguatkuasaan

TIMBALAN PENGUASA TAMAN NEGARA (Penguatkuasaan)

PENGUASA TAMAN NEGARA

46

47 3.8

Amalan Keselamatan di Taman Negara, Pahang.

Antara amalan keselamatan yang diguna pakai oleh pihak penguasa Taman Negara ialah melalui menggunakan borang permit. Semasa pengunjung ingin membuat bayaran, mereka perlu mengisi satu borang yang mengandungi butiran diri seperti nama, jumlah ahli keluarga atau kumpulan, perancangan lawatan semasa di Taman Negara, tempoh tinggal di Taman Negara dan aktiviti yang akan mereka jalani sepanjang berada di Taman Negara. Ini bagi memastikan pengunjung sentiasa di bawah pemerhatian pihak penguasa Taman Negara.

Selain itu, pihak Taman Negara juga akan membuat satu sesi taklimat sekiranya diminta oleh pengunjung dalam jumlah yang ramai. Taklimat ini biasanya diadakan di bangunan pentadbiran Taman Negara yang baru dan disampaikan oleh Timbalan Penguasa Taman Negara. Taklimat ini adalah berkaitan dengan latarbelakang Taman Negara, sesi pertunjukkan video dan sesi soal jawab. Ia turut menerangkan sedikit gambaran kawasan tarikan yang akan dikunjungi oleh pelancong. Di dalam taklimat ini ada diselitkan soal keselamatan pengunjung secara tidak langsung. Sebagai contoh, amaran mengenai kawasan yang tidak boleh dimasuki atau dilalui, amaran bagi mereka yang tidak dibenarkan menaiki laluan kanopi disebabkan faktor kesihatan dan sebagainya.

Pihak Taman Negara juga ada menyediakan bilik rawatan sementara bagi pengunjung yang mengalami kecederaan sebelum di hantar ke hospital dan klinik yang berhampiran sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kecederaan yang serius. Unit penyelamat turut ditubuhkan bertujuan untuk menangani masalah keselamatan yang berlaku di luar jangkaan seperti mencari pelancong yang hilang dan tersesat, lemas dan membantu sekiranya pengunjung mengalami kecederaan yang serius. Anggota unit penyelamat ini terdiri daripada kakitangan yang dilantik oleh pihak penguasa Taman Negara dan diberikan kursus kemahiran untuk menjalankan gerakan menyelamat.

48 Pihak Taman Negara juga telah menjalankan penyelenggaraan terhadap kemudahan rentis atau trail yang dilakukan oleh pemandu pelancong yang dipilih oleh pengurusan Taman Negara. Tugas-tugas penyelenggaran ini adalah seperti mencuci rentis iaitu membersihkan laluan dengan menebang semak yang menghalang perjalanan pengunjung. Selain itu, tugas ini turut merangkumi memeriksa laluan yang berpotensi untuk mendatangkan risiko kemalangan kepada pengunjung seperti tebing tinggi yang curam, laluan yang mempunyai pokok yang berduri tajam dan sebagaianya. Seterusnya pihak penguasa Taman Negara akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasai masalah ini contohnya membina anak tangga daripada besi atau kayu dan memasang papan tanda di kawasan yang merbahaya untuk memberi amaran kepada pengunjung.

Pihak penguasa Taman Negara juga turut membuat pemeriksaaan bot ke atas pengusaha bot yang beroperasi di Taman Negara. Pemeriksaan bot ini dijalankan untuk memastikan keselamatan pengunjung Taman Negara adalah terjamin. Pemeriksaan ini dijalankan satu atau dua kali dalam setahun oleh persatuan-persatuan pengusaha bot Taman Negara dengan kerjasama penguasa Taman Negara. Jika bot yang tidak memenuhi syarat-syarat keselamatan yang perlu dipatuhi, lesen pengusaha akan ditarik semula. Antara pemeriksaan ini ialah memeriksa sama ada bot tersebut pernah mengalami kebocoran dan tampalannya diperiksa. Selain itu setiap bot dipastikan ada menyediakan jaket keselamatan pelancong dan digunakan setiap kali mereka membawa pelancong.

Untuk laluan kanopi pula, terdapat beberapa langkah keselamatan yang diaplikasikan oleh penguasa Taman Negara. Laluan kanopi ini adalah seperti laluan jambatan gantung yang diletakkan kayu ditengahnya sebagai tempat pemijak dengan ditampung besi di bawahnya. Besi ini diletakkan di atas jaringan tali yang diikat pada batang pokok yang tinggi. Justeru itu, ialah hanya boleh menampung berat seorang individu hanya dengan jarak setiap 5 meter seorang. Terdapat beberapa platform dan dua puncak tinjau di sepanjang laluan kanopi. Hanya 5 orang dibenarkan (pengunjung tempatan) dan 4 orang bagi warga asing, dibenarkan berada di satu-satu platform dalam

49 satu masa. Ini bertujuan untuk mengatasi lebihan berat yang terpaksa ditampung oleh batang pokok yang menyokong platform. Selain itu, pemeriksaan terhadap laluan dan platform ini akan dijalankan dengan kekerapan dua hari sekali iaitu pagi dan petang. Jadual di 3.5, adalah gambar aplikasi keselamatan yang digunakan di Taman Negara.

50 Jadual 3.5: Aplikasi Keselamatan Di Taman Negara

Papan tanda amaran untuk pengunjung apabila melalui kawasan yang berbahaya.

Papan yang digunakan sebagai laluan kanopi

Papan yang telah sedikit meraka tetapi masih boleh digunakan dengan mengikatnya menggunakan tali.

Amaran jarak lima meter untuk setiap pengunjung.

51

Tangga yang digunakan di atas laluan kanopi.

Tangga yang dibina di kawasan curam beserta tali pemegang untuk keselamatan

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama adalah analisis deskriptif yang mengandungi profil responden dan ciri-ciri lawatan. Bahagian kedua memfokuskan kepada analisis deskriptif (persepsi responden) terhadap keselamatan di Taman Negara, Pahang. Analisis satatistik menggunakan crosstabulation dan ANOVA (analysis of variance) akan digunakan untuk mencari hubungan dan perkaitan di antara profil responden dan persepsi keselamatan pelancong.

Bahagian ketiga pula, memfokus kepada dua analisis. Analisis pertama ialah analisis deskriptif mengenai pengurusan Taman Negara dari persepsi pelancong. Manakala analisis kedua ialah analisis cross-tabulation yang digunakan untuk mengenal pasti hubungan dan perkaitan di antara persepsi keselamatan pelancong dengan persepsi pengurusan Taman Negara. Analisis ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti adakah tahap kepuasan pelancong terhadap pengurusan Taman Negara mempengaruhi persepsi keselamatan pelancong.

Kajian lapangan dengan menggunakan borang soal selidik telah dijalankan di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang pada pertengahan Mac 2006. Sejumlah 315 borang soal selidik disediakan. Bagaimanapun, hanya 257 borang yang telah dilengkapi dan

53 digunakan dalam analisis. Sebanyak 42.8% atau 110 borang soal selidik yang telah diletakkan di bahagian kaunter di pusat informasi Taman Negara telah dilengkapkan manakala selebihnya dijalankan secara bersemuka (face to face) oleh penyelidik dengan pengunjung. Bahagian seterusnya menerangkan penemuan kajian.

4.2

Analisis Deskriptif

4.2.1

Profil Responden.

Daripada sampel borang soal selidik, didapati 51% responden terdiri daripada lelaki dan 49% adalah responden perempuan (rujuk Jadual 4.1).

Jadual 4.1:Ciri-ciri Demografi Responden Demografi Jantina

Umur

Negara

N

%

Lelaki

131

49.0

Perempuan

126

51.0

≤17

36

14.0

18 – 24

63

24.5

25-35

95

37.0

36-45

45

17.5

46≥

18

7.0

Domestik

194

75.5

Eropah

30

11.7

Amerika Syarikat

7

2.7

Asia

16

6.2

Lain-lain

10

3.9

Dari segi komposisi umur pula, majoriti responden berumur diantara 25 tahun hingga 35 tahun (37%). Hanya 7% atau 18 orang sahaja responden yang berumur 46 tahun dan ke atas. Responden yang berumur 25 tahun dan ke bawah pula adalah

54 sebanyak 38.5%. Selebihnya iaitu 17.5% (45 orang) diwakili oleh golongan yang berumur di antara 36 tahun dan 45 tahun.

Majoriti responden didominasi oleh pengunjung domestik yang datang dari pelbagai negeri di Malaysia iaitu sebanyak 75% berbanding responden antarabangsa yang hanya 25% atau 63 orang. Bilangan responden paling ramai adalah berasal dari negeri di mana terletaknya Taman Negara iaitu Pahang seramai 35 orang atau 13.6% (rujuk Rajah 4.1). Diikuti oleh Pulau Pinang iaitu 13.2%. Manakala responden yang berasal dari Kuala Lumpur pula mencatatkan 8.9%. Negeri di selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor, diwakili sebanyak 4.3% atau 10 orang responden. Taraf kewarganegaraan responden antarabangsa telah di kelaskan mengikut kawasan iaitu Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain. Penemuan kajian menunjukkan responden yang berasal dari Eropah mewakili 11.7% daripada jumlah responden iaitu sebanyak 30 orang. Warga Asia pula seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Cina mewakili sampel Asia sebanyak 6.2% (16 orang). Diikuti warga negara lain iaitu Australia dan New Zealand masing-masing diwakili sampel seramai 4 dan 5 orang responden atau 3.9%. Manakala selebihnya diwakili adalah responden yang berasal dari Amerika Syarikat seramai 7 orang (2.7%).

Bilangan Responden

40 35

35

34

30

23

25 20

13

15

14 11

11

Selangor

Negeri Sembilan

10

10 5 0

Pulau Pinang

Kedah

Perlis

Kuala Lumpur

Pahang

Johor Negeri

Rajah 4.1: Responden Domestik

55 4.2.2

Pekerjaan dan Mod Bercuti Responden

Jadual 4.2 dan Jadual 4.3 menunjukkan jenis pekerjaan dan mod bercuti responden. Sampel didominasi oleh kategori pelajar iaitu sebanyak 41.6% diikuti oleh pekerja profesional mewakili 28.9% atau 100 orang dan yang selebihnya adalah mereka yang bekerja sendiri (13.2%), suri rumah (2.7%) dan pesara (3.5%) (rujuk Rajah 4.2). Melalui Jadual 4.3 pula dapat disimpulkan bahawa mod lawatan responden adalah lebih kepada datang bersama keluarga atau mengikuti kelab dan persatuan ke Taman Negara. Bagi mereka yang mengikuti pakej pula adalah seramai 46 orang (17.9%).

Jadual 4.2: Pekerjaan Responden Pekerjaan

Bilangan

Jadual 4.3: Mod Lawatan

Peratus Mod Bercuti

Bilangan

Peratus

(orang)

(%)

(orang)

(%)

Profesional

100

28.9

Seorang diri

14

5.4

Bekerja Sendiri

34

13.2

Berkeluarga

83

32.3

Suri Rumah

7

2.7

Pakej

46

17.9

Pesara

9

3.5

Kelab/Persatuan

53

20.6

Pelajar

107

41.6

Lain-lain

61

23.7

257

100

257

100.0

JUMLAH

JUMLAH

56 4.2.3

Tujuan Lawatan

Bercuti menjadi tujuan utama pengunjung ke Taman Negara selain dari tujuan perniagaan dan singgah seketika di Taman Negara (rujuk Rajah 4.2). Tujuan bercuti termasuklah untuk memenuhi masa lapang, melihat dan merasai alam semulajadi, berkelah dan berekreasi.

Peratus (%)

80

70.4

70 60 50 40 30 20 10 0 Bercuti

5.1

4.3

Perniagaan

Berhenti seketika

Tujuan Rajah 4.2: Tujuan Ke TN

Daripada 257 responden sebanyak 76 responden datang ke Taman Negara adalah untuk bercuti. Biasanya mereka bercuti bersama keluarga dan kenalan rapat. Terdapat juga mereka yang mengunjungi Taman Negara disebabkan menjalankan urusan perniagaan seperti perbincangan dan sebagainya disamping dapat menikmati pemandangan alam semulajadi yang mendamaikan. Seramai 4.3% datang ke Taman Negara untuk singgah dan melihat keindahan di Taman Negara tetapi mereka tidak bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain.

57 4.2.4

Kekerapan Dan Tempoh Kunjungan Ketika Berada Di Taman Negara

Seramai 183 (71.2%) responden datang ke Taman Negara pada Mei 2006 adalah untuk kunjungan yang pertama kali berbanding 74 orang yang datang membuat kunjungan kedua dan seterusnya. Tempoh kunjungan responden pula adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.3 di atas. Sebanyak 43% responden telah berada dan merancang tinggal di Taman Negara selama 3 hari 2 malam. Namun begitu terdapat 4% dari responden melakukan kunjungan seketika atau singgah seketika ke Taman Negara kemudian meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Mereka yang menghabiskan masa dari pagi hari sehingga petang dan kemudian balik (tidak bermalam) adalah termasuk di dalam kategori ini.

Tempoh Berada Di TN Berhenti Seketika

4% Lain-lain

11%

Lawatan Sehari

6%

2 hari 1 malam 3 hari 2 malam

36%

43%

Rajah 4.3: Tempoh Kunjungan Ke Taman Negara

58 4.2.5

Sumber Informasi Mengenai Taman Negara

Rajah 4.4 menunjukkan bahawa responden majoritinya memperolehi maklumat daripada orang yang mereka kenali seperti sahabat dan saudara mara yang telah mengunjungi Taman Negara. Ini menunjukkan pengalaman individu lain dijadikan sebagai panduan untuk ke sesuatu destinasi. Kajian juga menunjukkan bahawa ‘word of mouth’ merupakan promosi yang paling berkesan ke atas sesuatu destinasi. Manakala sumber informasi daripada akhbar adalah yang paling minima iaitu hanya 3.5%. Ini mungkin disebabkan kekurangan artikel mengenai Taman Negara di dada-dada akhbar.

Lain-lain

16.7

Sumber Informasi

Pusat Maklumat Pelancong

8.6 34.6

Internet

Surat khabar

3.5

Buku panduan/ majalah

13.2

Agensi Pengembaraan

16.7

Sahabat/saudara mara

38.9

0

5

10

15

20

25

30

35

Peratusan (%)

Rajah 4.4: Sumber Informasi Ke Taman Negara

40

45

59 4.2.6

Aktiviti atau Program Yang Dilakukan Ketika Di Taman Negara.

Biasanya aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan alam semulajadi adalah bersifat aktiviti lasak dan menggunaakan kekuatan fizikal. Ini termasuklah menjelajah yang menjadi aktiviti utama responden (78.2%) (rujuk Rajah 4.5). Menjelajah di kawasan Taman Negara melalui rentis (trail) merupakan alternatif untuk ke tempattempat tarikan contohnya ke kawasan air terjun (Lata Berkoh) selain menggunakan perkhidmatan bot.

Aktiviti berkayak pula adalah aktiviti yang paling kurang dilakukan oleh responden. Ini mungkin disebabkan aktiviti ini agak mencabar dan hanya dilakukan bergantung kepada kederasan aliran sungai dan juga cuaca.

90 80

78.2

Peratusan (%)

70 60 50

38.5

40 30

26.8

23 16.3

20

13.2

10 0

Menjelajah

Berkhemah

Berenang

Memancing

Berkayak

Aktiviti

Rajah 4.5: Aktiviti Di Taman Negara

Lain-lain

60 4.3 Analisis Deskriptif Persepsi Pelancong Mengenai Keselamatan di Taman Negara. Jadual 4.4 di bawah adalah jadual penilaian keselamatan dari persepsi pengunjung ketika berada di Taman Negara.

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

Sangat Tidak Selamat

Peratus

(N)

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

%

257

23.3

58.4

12.8

5.1

0.4

100.0

2.01

(i) Menjelajah hutan

248

25.8

55.6

15.7

2.8

-

100.0

1.96

(ii) Berkhemah

218

8.3

38.1

51.8

1.4

0.5

100.0

2.48

(iii) Berenang

226

12.8

50.4

32.3

3.5

0.9

100.0

2.30

(iv) Memancing

215

16.7

38.6

43.7

0.9

-

100.0

2.29

(v) Berkayak

212

6.1

29.7

58.5

5.7

-

100.0

2.64

(i) Bot

254

12.6

64.6

16.1

5.1

1.6

100.0

2.19

(ii) Pacuan empat roda

219

6.4

36.1

55.3

1.8

0.5

100.0

2.54

(i) Rentis / trail

250

30.0

55.6

11.6

2.0

-

100.0

1.85

(ii) ‘Canopy walkway’

236

14.0

56.8

27.5

1.7

-

100.0

2.17

(iii) Tapak perkhemahan

226

7.5

33.6

56.6

2.2

-

100.0

2.54

5.

Tinggal di penginapan

255

27.5

51.4

20.0

1.2

-

100.0

1.95

6.

Berjalan keluar pada waktu

252

4.0

34.5

44.0

17.1

0.4

100.0

2.75

NO.

Jumlah

Jadual 4.4: Penilaian Keselamatan Oleh Pengunjung Taman Negara, Pahang

KESELAMATAN (PELAWAT/PELANCONG)

1.

Bersiar-siar di TN pada siang hari

2.

Membuat pelbagai aktiviti

3.

4.

Purata

Menggunakan pengangkutan

Menggunakan kemudahan di TN

malam

61 Berdasarkan purata tertinggi yang diperolehi iaitu 2.75, menunjukkan responden merasa tidak selamat ketika berjalan keluar pada waktu malam. Nilai purata yang tinggi menunjukkan tahap persepsi terhadap keselamatan sesuatu pembolehubah adalah tinggi. Jadi responden amat mementingkan keselamatan pada waktu malam. Kesimpulannya pengunjung berasa amat tidak selamat apabila berjalan keluar di Taman Negara pada waktu malam. Berdasarkan maklum balas yang diterima, kebanyakan responden meminta agar ditambah lampu jalan di sekitar kawasan pentadbiran dan resort. Selain itu, mereka juga bimbang mengenai gangguan haiwan liar terutama babi hutan yang kerap kelihatan pada waktu malam.

Jika dilihat kepada skala likert bagi pembolehubah keselamatan berjalan keluar pada waktu malam, gabungan peratusan tidak selamat adalah 17.1% (43) dan paling tidak selamat 0.4% (1) menunjukkan peratusan 17.4% (44) adalah paling tinggi dikategorikan sebagai tidak selamat.

Untuk nilai purata yang terendah pula ialah keselamatan ketika menggunakan rentis (trail) iaitu hanya 1.85. Ini menunjukkan responden berasa selamat ketika menggunakan kemudahan ini untuk ke tempat-tempat tarikan. Seramai 139 responden atau 55.6% menyatakan bahawa menggunakan rentis adalah selamat manakala hanya 2.0% (5) responden sahaja menyatakan sebaliknya.

Persepsi yang menarik yang boleh diketengahkan ialah responden berasa lebih selamat tinggal di penginapan berbanding tinggal di kawasan tapak perkhemahan. Ini dibuktikan dengan jumlah purata tinggal di penginapan adalah lebih rendah daripada jumlah purata tinggal di kawasan tapak perkhemahan. Biasanya pelancong eko lebih gemar tinggal dalam suasana alam semulajadi (tapak perkhemahan) berbanding tinggal di penginapan yang selesa.

62 4.4 Analisis Keselamatan Menggunakan Cross-Tabulation

Analisis ini digunakan untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan yang signifikan di antara ciri-ciri demografi responden seperti jantina, umur, warganegara dan sebagainya berkait rapat dengan persepsi mereka terhadap keselamatan di Taman Negara. Dengan kata lain adakah ciri-ciri responden mempengaruhi persepsi mereka?. Jadual 4.5 menunjukkan cross-tabulation ciri-ciri responden dengan pembolehubah keselamatan (untuk keseluruhan hasil analisis cross-tabulation sila rujuk Lampiran E). Analisis ini diuji untuk mengenalpasti perkaitan antara ciri-ciri demografi dengan pemboleh ubah keselamatan (aktiviti) dengan menggunakan ujian Chi-square (x²) (rujuk Lampiran F). Daripada analisis yang dibuat menunjukkan bahawa ciri-ciri demografi responden iaitu umur, mod cuti, tujuan bercuti dan kekerapan responden ke Taman Negara mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah keselamatan seperti aktiviti berenang, menjelajah hutan, berkayak, menggunakan rentis dan laluan kanopi serta tinggal di penginapan. Jadual 4.5: Perkaitan Antara Ciri Demografi Dengan Pembolehubah Keselamatan Ciri-ciri Demografi (A)

Umur

Aktiviti

Sig.

(i)

Berenang

0.012**

(ii)

Tapak perkhemahan

0.003**

(B)

Mod Cuti

(i)

Penginapan

0.018*

(C)

Tujuan (Bercuti)

(i)

Menjelajah hutan

0.002**

(ii)

Menggunakan rentis/trail

0.005**

(iii)

Menggunakan laluan kanopi

0.004**

(i)

Membuat aktiviti berkayak

0.005**

(D)

Kekerapan

* p ≤ 0.05 ** p ≤ 0.01

63

4.4.1 Umur Terhadap Aktiviti Berenang dan Menggunakan Tapak Perkhemahan Jadual 4.6 menunjukkan bahawa persepsi keselamatan terhadap aktiviti berenang mempunyai hubungkait (association) dengan umur responden. Seramai 114 responden (majoriti) menyatakan bahawa aktiviti berenang adalah selamat. Lebih daripada separuh responden dari kategori umur 18-24 tahun (67.2%), menganggap berenang adalah aktiviti yang selamat.

Jadual 4.6: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap Aktiviti Berenang Oleh Umur Responden.

UMUR

Jumlah

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

≤17

36

16.7

61.1

19.4

2.8

100.0

18-24

58

8.6

67.2

20.7

3.4

100.0

25-35

82

13.4

36.6

43.9

4.9

36-45

41

17.1

46.3

34.1

2.4

46≥

9

44.4

44.4

114

73

Jumlah

226

29

Sangat Tidak Selamat

1.2

100.0 100.0

11.1 8

%

100.0

2

Begitu juga bagi kategori umur 17 tahun dan ke bawah, menyatakan aktiviti berenang adalah selamat untuk dilakukan di Taman Negara. Ini mungkin disebabkan tabiat (behaviour) remaja yang amat gemar membuat aktiviti yang menyeronokkan dan lasak seperti berenang, selain mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi, jika aktiviti tersebut dilakukan di kawasan alam semulajadi seperti sungai. Jika kita lihat pada kategori umur 46 tahun dan ke atas pula, hanya 44.4% menyatakan berenang adalah aktiviti yang selamat.

64 Terdapat juga hubung kait di antara umur dan persepsi keselamatan terhadap penggunaan tapak perkhemahan (rujuk Jadual 4.7). Lebih dari 50% responden dari kategori umur yang berbeza merasakan bahawa penggunaan tapak perkhemahan adalah di antara selamat dan tidak selamat (neutral) kecuali responden di dalam kategori umur 17 tahun dan ke bawah mencatatakan peratusan kurang daripada separuh iaitu 48.5% yang menyatakan penggunaan tapak perkhemahan adalah neutral. Bagi kategori umur 46 tahun dan ke atas merasakan penggunaan tapak perkhemahan adalah tidak selamat iaitu 16.7% berbanding 8.3% adalah selamat.

Jadual 4.7: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Terhadap Penggunaan Tapak Perkhemahan Oleh Umur Responden. UMUR

Jumlah

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

Sangat Tidak Selamat

51.4

48.6

100.0 100.0

%

≤17

35

18-24

59

6.8

42.4

50.8

25-35

79

8.9

30.4

58.2

2.5

100.0

36-45

41

12.2

22.0

63.4

2.4

100.0

46≥

12

8.3

75.0

16.7

100.0

226

17

128

5

Jumlah

4.4.2

76

Mod Lawatan Terhadap Tinggal Di Penginapan Merujuk kepada Jadual 4.8 separuh daripada semua kategori mod lawatan

responden menyatakan lebih selamat ketika tinggal di penginapan kecuali responden dari kategori pakej menyatakan kurang daripada separuh iaitu 46.7% merasa selamat tinggal di penginapan. Jika dilihat dari responden yang datang secara seorang diri dan berkeluarga, mereka menyakini keselamatan ketika menginap di Taman Negara. Tiada daripada kumpulan ini menyatakan tidak selamat ketika tinggal di penginapan.

65 Jadual 4.8: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Tinggal Di Penginapan Oleh Mod Lawatan Responden Mod Lawatan

Jumlah

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Seorang diri

14

7.1

50.0

42.9

100.0

Berkeluarga

83

19.3

50.6

30.1

100.0

Pakej

45

42.2

46.7

8.9

2.2

100.0

Kelab/Persatuan

53

24.5

58.5

15.1

1.9

100.0

Lain-lain

60

35.0

50.0

13.3

1.7

100.0

225

70

131

51

3

Jumlah

4.4.3

Tidak Selamat

Sangat Tidak Selamat

%

Tujuan Lawatan ke Taman Negara Terhadap, Menggunakan Rentis Dan Menggunakan Laluan Kanopi.

Daripada Jadual 4.9 kita dapati bahawa tujuan responden ke Taman Negara untuk bercuti mempunyai kaitan dengan aktiviti menjelajah hutan, menggunakan rentis dan menggunakan laluan kanopi. Sebanyak 56.8% responden berasa selamat melakukan aktiviti menjelajah hutan berbanding 2.3% yang menyatakan bahawa aktiviti ini tidak selamat.

Kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah penggunaan kemudahan seperti rentis dan laluan kanopi adalah lebih selamat berbanding menggunakan tapak perkhemahan berdasarkan tujuan responden ke Taman Negara. Ini mungkin disebabkan responden amat berminat untuk melalui laluan kanopi yang menjadi daya tarikan utama untuk responden datang bercuti ke Taman Negara. Dengan keputusan ini juga membuktikan bahawa wujudnya kaitan atau perhubungan diantara tujuan responden ke Taman Negara dengan faktor keselamatan semasa menggunakan laluan kanopi ini. Responden merasakan selamat menggunakan laluan ini untuk meninjau kawasan Taman Negara dan

66 sekitarnya maka mereka datang ke Taman Negara untuk bercuti disamping membina pengalaman dengan menaiki laluan kanopi ini.

Jadual 4.9: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Aktiviti Menjelajah Hutan, Menggunakan Kemudahan (Menggunakan Rentis Dan Laluan Kanopi) Tujuan Responden Ke Taman Negara (Bercuti). Tujuan Responden ke TN (Bercuti) Menjelajah Hutan Jumlah Menggunakan Rentis Jumlah Menggunakan Titian Kanopi Jumlah

4.4.4

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

Sangat Tidak Selamat

30.1

56.8

10.8

2.3

100.0

53

100

19

4

176

34.1

57.0

7.3

1.7

100.0

61

102

13

3

179

13.5

62.0

24.5

100.0

22

101

40

163

%

Kekerapan Lawatan Terhadap Aktiviti Berkayak

Merujuk kepada Jadual 4.10, kita dapat lihat keputusan analisis cross-tabulation di antara persepsi keselamatan membuat aktiviti berkayak dengan kekerapan responden ke Taman Negara. Bagi responden yang telah datang ke Taman Negara sebelum ini, merasakan selamat (34.5%) melakukan aktiviti berkayak berbanding responden yang baru pertama kali (27.2%) berkunjung ke Taman Negara. Majoriti responden yang kerap kali berkunjung ke Taman Negara merasakan bahawa melakukan aktiviti berkayak adalah di antara selamat dan tidak selamat (neutral). Anggapan awal yang boleh dibuat ialah terhadap situasi ini adalah mungkin pengunjung yang kerap ke Taman Negara lebih gemar melakukan aktiviti lain berbanding melakukan aktiviti berkayak setiap kali mereka mengunjungi Taman Negara. Oleh itu kita perlu menolak tanggapan bahawa ‘responden telah dan akan membiasakan diri dengan aktiviti di Taman Negara dan

67 merasakan bahawa ianya selamat disebabkan faktor kerapan mengunjungi Taman Negara.

Jadual 4.10: Cross-Tabulation Persepsi Keselamatan Ketika Melakukan Aktiviti Berkayak Terhadap Kekerapan Ke Taman Negara.

Kekerapan

Jumlah

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

Sangat Tidak Selamat

Pertama Kali

147

2.7

27.2

63.9

6.1

100.0

Bukan Pertama Kalli Jumlah

65

13.8

34.5

46.2

4.6

100.0

179

61

102

13

3

%

68 4.5

Analisis Keselamatan Menggunakan ANOVA (Analysis of Variance)

ANOVA dijalankan adalah untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan statistik antara persepsi pelancong dan faktor sosio-demografi seperti jantina, umur, negara asal, tujuan lawatan, kekerapan lawatan dan sebagaiya.

Daripada analisis, didapati bahawa persepsi pelancong terhadap keselamatan mempunyai hubungan statistik diantara: i.

Faktor umur

ii.

Faktor negara asal

iii.

Faktor kekerapan lawatan

iv.

Faktor mod lawatan

Jadual 4.11 menunjukkan nilai signifikan di antara ciri sosio demografi responden dengan pembolehubah keselamatan yang ditetapkan di dalam kajian. Aktiviti menjelajah hutan dan menggunakan rentis mempunyai nilai yang paling signifikan dengan umur responden (rujuk Lampiran G untuk keseluruhan hasil analisis ANOVA).

Negara Asal Kekerapan Mod Lawatan * p ≤ 0.05 ** p ≤ 0.01

Tinggal di penginapan

Menggunakann rentis/trail

Menggunakan pacuan empat roda

0.001**

Berkayak

0.007**

Berenang

Ciri Sosio Demografi Umur

Mrnjelajah Hutan

Aktiviti

Bersiar-siar di siang hari

Jadual 4.11: Keputusan ANOVA Satu Hala - Persepsi Keselamatan Dan Ciri Sosio Demografi Pelancong Ke Taman Negara.

0.001** 0.010**

0.011** 0.002**

0.014** 0.005**

0.003**

69 4.5.1

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur Responden Terdapat perbezaan signifikan secara statistik di antara kumpulan umur dengan

persepsi terhadap keselamatan ketika bersiar-siar di siang hari dan ketika melakukan aktiviti menjelajah hutan (rujuk Jadual 4.13). Didapati bahawa purata responden dalam kategori 17 tahun dan ke bawah (≤17) adalah rendah. Ini menunjukkan tahap persepsi mereka terhadap keselamatan ketika bersiar-siar di siang hari adalah rendah. Mereka berasa selamat ketika bersiar-siar di Taman Negara pada siang hari, membuat aktiviti menjelajah hutan dan menggunakan rentis (trail) untuk ke tempat-tempat tarikan.

Jadual 4.12: Persepsi Keselamatan Dan Faktor Umur Responden Umur Bersiar-siang pada siang

≤ 17

18-24

25-35

36-45

46≥

1.6667

2.2063

1.9895

1.9333

2.2778

1.6667

2.1639

1.8804

1.9091

2.4000

1.6944

2.1667

1.7391

1.7333

1.9412

hari Menjelajah Hutan Menggunakan Rentis (Trail)

Manakala kumpulan umur 46 tahun dan ke atas, menganggap menjelajah hutan adalah aktiviti yang kurang selamat. Ini ditunjukkan dengan nilai purata kategori ini terhadap aktiviti menjelajah hutan adalah tinggi iaitu 2.4000.

Jika kita rujuk kepada kolum menggunakan rentis/trail dan kolum kategori 46 tahun dan ke atas (rujuk Rajah 1.12), kumpulan umur 46 tahun dan ke atas merasakan menggunakan kemudahan ini adalah paling selamat berbanding bersiar-siar di Taman Negara pada waktu siang.

70 4.5.2

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal Responden

Bagi status warganegara pula, responden domestik merasakan selamat (nilai purata rendah iaitu 2.1966) (rujuk Jadual 4.13) untuk melakukan aktiviti yang mencabar iaitu berenang berbanding dengan warga Eropah yang menyatakan bahawa persepsi mereka terhadap aktiviti berenang adalah kurang selamat.

Jadual 4.13: Purata Persepsi Keselamatan Dan Faktor Negara Asal Responden Negara Asal

Eropah

Berenang

2.6842

Amerika Syarikat 2.6667

Tinggal di penginapan

2.0000

1.2857

Asia

Lain-lain

Domestik

2.6154

2.6000

2.1966

2.3571

1.6000

1.9536

Bagi persepsi keselamatan apabila tinggal di penginapan, warga Amerika Syarikat merasakan selamat dengan nilai purata yang terendah iaitu 1.2857. Persepsi ini berlawanan bagi responden yang berasal dari Asia (tidak termasuk responden domestik) merasa tidak yakin dengan keselamatan semasa tinggal di penginapan.

4.5.3

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan Lawatan Responden.

Faktor kekerapan ke Taman Negara turut menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti berkayak dan menggunakan pacuan empat roda. Mereka yang pertama kali datang untuk terlibat dalam aktiviti berkayak, merasakan kurang selamat (nilai purata yang tinggi iaitu 3.7347) (rujuk Jadual 4.14) berbanding dengan mereka yang telah membuat lawatan kedua dan seterusnya. Begitu juga dengan nilai purata bagi perkhidmatan menggunakan pacuan empat roda yang mempunyai nilai purata yang tinggi iaitu 2.6133 berbanding nilai purata responden yang telah datang beberapa kali ke Taman Negara iaitu 2.3768.

71 Jadual 4.14: Persepsi Keselamatan Dan Faktor Kekerapan Lawatan Responden Kekerapan

Pertama kali

Bukan Pertama kali

Berkayak

2.7347

2.4154

Menggunakan pacuan 4 roda

2.6133

2.3768

4.5.4

Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod Lawatan Responden Jadual 4.15 menunjukkan nilai purata persepsi keselamatan terhadap faktor mod

lawatan responden. Untuk aktiviti menggunakan pacuan empat roda, mod lawatan secara berseorangan telah mencatatkan nilai purata yang paling rendah iaitu 2.0000. Ini memberi maksud bahawa responden yang mengunjungi Taman Negara secara seorang diri merasa lebih selamat menggunakan pacuan empat roda berbanding berkeluarga, pakej, kelab/persatuan dan lain-lain. Responden yang mengunjungi Taman Negara secara berpakej (mengikuti pakej), merasakan tinggal di penginapan adalah paling selamat berbanding persepsi responden yang mengunjungi Taman Negara secara perseorangan.

Jadual 4.15: Persepsi Keselamatan Dan Faktor Mod Lawatan Responden

Mod Lawatan Menggunakan pacuan 4 roda Tinggal di penginapan

Seorang diri 2.0000 2.3571

2.4211

Kelab /Persatuan 2.4878

Lainlain 2.5179

1.7111

1.9434

1.8167

Berkeluarga

Pakej

2.7260 2.1084

72

4.6

Analisis Pengurusan Taman Negara

Analisis terhadap pengurusan Taman Negara (rujuk Jadual 4.16) turut dijalankan untuk mengetahui adakah tahap pengurusan keselamatan yang sedia ada mampu melindungi keselamatan pelancong dan meminimumkan risiko kemalangan pelancong.

Sangat Setuju

Setuju

Neutral

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Peratus

1.

(N)

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

%

254

13.4

51.6

31.9

3.1

-

100.0

2.25

(i) Pengawal keselamatan

252

4.8

44.0

44.0

6.7

0.4

100.0

2.54

(ii) Alat keselamatan

250

5.2

45.2

42.0

6.8

0.8

100.0

2.53

256

14.5

57.8

24.6

3.1

-

100.0

2.16

256

19.1

52.3

24.2

4.3

--

100.0

2.14

255

4.3

38.4

29.0

24.3

3.9

100.0

2.85

256

25.4

48.8

21.5

3.9

0.4

100.0

2.05

PENGURUSAN

Jumlah

NO.

Jadual 4.16: Penilaian Tahap Pengurusan Taman Negara

Purata

Berpuas hati dengan perkhidmatan oleh pemandu pelancong di TN

2.

Berpuas hati dengan kawalan keselamatan

3.

Apabila sesuatu perkara berkenaan keselamatan pelancong, staf TN sangat bersedia untuk membantu

4.

Mendapati bahawa papan tanda keselamatan dapat membantu memberi amaran/peringatan mengenai kawasan berbahaya

5.

Situasi atau isu semasa tidak mempengaruhi pilihan destinasi

6.

Malaysia merupakan pilihan destinasi utama kerana faktor keselamatan

73 Analisis ini juga bertujuan untuk menilai samada responden menyedari dan mengambil tahu mengenai langkah-langkah keselamatan yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Taman Negara. Ini turut merangkumi perkhidmatan staf Taman Negara, pemandu pelancong (guide) dan kawalan keselamatan iaitu pengawal keselamatan dan alatan keselamatan. Selain itu, penyediaan papan tanda keselamatan turut menjadi pembolehubah pilihan dalam menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap pengurusan keselamatan.

Manakala dua soalan terakhir iaitu ‘situasi atau isu semasa tidak mempengaruhi pilihan destinasi’ dan soalan ‘Malaysia merupakan pilihan utama destinasi kerana faktor keselamatan’ diajukan bertujuan sebagai pendapat individu secara umum.

2.6

2.54

2.53

2.5

Purata

2.4 2.3 2.2

2.25 2.16

2.14

2.1 2 1.9 Pemandu Pengawal Alatan Staf sangat Papan tanda Pelancong Keselamatan Keselamatan membantu Pengurusan Keselamatan

Rajah 4.6: Purata Elemen Pengurusan Keselamatan di Taman Negara

Rajah 4.6 menunjukkan pengawal keselamatan mempunyai nilai purata yang tertinggi iaitu 2.54. Seramai 17 responden atau 6.7% menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal pelancong yang ada di Taman Negara sekarang. Ini merujuk kepada bilangan pengawal keselamatan yang kurang dan tidak

74 mampu menjamin keselamatan pengunjung dalam satu-satu masa terutama sekali sekiranya kedatangan pelancong adalah secara bermusim (seasonal). Berdasarkan maklum balas yang diterima, responden amat mementingkan kawalan dari pengawal keselamatan dan meminta pengawal diwujudkan di setiap lokasi aktiviti. Buat masa ini, melalui pemerhatian pengkaji, hanya laluan kanopi sahaja yang disediakan staf yang menjaga di setiap penjuru laluan kanopi.

Sebanyak 6.8% responden tidak berpuas hati dengan alatan keselamatan yang disediakan di Taman Negara. Ini merujuk kepada peralatan yang tidak disediakan atau tidak mencukupi untuk kegunaan pengunjung di saat kecemasan. Sebagai contoh, kotak ubatan yang tidak disediakan dan dibawa oleh pemandu pelancong.

Seramai 134 orang responden atau 52.3% setuju bahawa papan tanda yang disediakan di Taman Negara dapat membantu memberi amaran atau peringatan mengenai sesuatu kawasan yang berbahaya. Bagaimanapun, responden amat teruja dan berpuas hati 57.8% (148) dengan kesediaan staf Taman Negara membantu mereka berkaitan keselamatan sama ada dari segi nasihat, pertolongan semasa kecemasan dan sebagainya ketika mereka berada di Taman Negara.

75

4.6.1

Penilaian Am Rajah 4.7 pula menunjukkan carta bar untuk dua penilaian am keselamatan. Ia

menunjukkan bahawa responden setuju dengan kedua-dua pembolehubah iaitu situasi atau isu semasa tidak mempengaruhi mereka untuk membuat pilihan untuk mengunjungi Taman Negara dan mereka juga gembira menyatakan bahawa Malaysia merupakan pilihan destinasi utama disebabkan mereka yakin dengan faktor keselamatan yang terjamin.

60 48.8

Peratus (%)

50 38.4

40 30

Isu/Situasi Semasa Tidak Mempengaruhi Membuat Lawatan

29

25.4

21.5

24.3

20 10

4.3

3.9

Malaysia pilihan destinasi utama 3.9 0.4

0 Sangat Setuju

Setuju

Neutral

Skala

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Rajah 4.7: Penilaian Keselamatan Tambahan (Umum)

76

4.7

Analisis Statistik Cross-Tabulation Analisis statistik cross-tabulation ini dilakukan di antara kepuasan terhadap

pengurusan Taman Negara dan persepsi keselamatan pelancong. Analisis ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara penilaian keselamatan dengan persepsi keselamatan.

4.7.1

Cross-Tabulation Di Antara Pemandu Pelancong Dan Keselamatan Menggunakan Laluan Kanopi. Sebanyak 68.4% responden berpuas hati mengenai perkhidmatan pemandu

pelancong yang disediakan di Taman Negara (rujuk Jadual 4.17). Mereka juga merasa selamat dengan adanya pemandu pelancong ketika mereka menggunakan laluan kanopi. Sebanyak 21.4% yang berpuas hati dengan adanya pemandu pelancong di Taman Negara tetapi persepsi mereka terhadap keselamatan ketika menggunakan laluan kanopi adalah neutral. Jadual 4.17:

Cross-Tabulation Perkhidmatan Oleh Pemandu Pelancong dan Laluan Kanopi.

Pemandu Pelancong

Jumlah

Laluan Kanopi

Sangat Berpuas hati Berpuas Hati Neutral Tidak Berpuas Hati Jumlah

%

Selamat

Neutral

33

36.4

51.5

12.1

100.0

117

10.3

68.4

21.4

100.0

76

9.2

46.1

39.5

7

14.3

28.6

57.1

32

134

63

233

Tidak Selamat

Sangat Tidak Selamat

Sangat Selamat

5.3

100.0 100.0

4

100.0

77 Ini boleh dijelaskan dengan maklum balas yang diterima menyatakan bahawa penyelenggaraan laluan kanopi yang kerap mempengaruhi rasa selamat ketika menaiki laluan kanopi. Namun begitu, bagi responden yang merasakan perkhidmatan pemandu pelancong di Taman Negara adalah neutral (5.3%), turut mempengaruhi persepsi mereka terhadap keselamatan ketika melalui laluan kanopi. Iaitu mereka berasa kurang selamat.

4.7.2

Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong Dan Aktiviti Menjelajah Hutan

Jadual 4.18: Cross-Tabulation Diantara Pemandu Pelancong Dan Aktiviti Menjelajah Hutan

Jumlah

Aktiviti Menjelajah Hutan

Pemandu Pelancong

%

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

33

60.6

33.3

3.0

3.0

100.0

Berpuas Hati

127

22.0

64.6

9.4

3.9

100.0

Neutral

78

17.9

55.1

26.9

Tidak Berpuas

7

28.6

14.3

42.9

14.3

100.0

64

137

37

7

100.0

Sangat Berpuas Perkhidmatan

Sangat Tidak Selamat

Sangat Selamat

Hati

100.0

Hati Jumlah

245

Jadual 4.18 menunjukkan responden yang berpuas hati dengan perkhidmatan pemandu pelancong di Taman Negara berasa yakin dengan keselamatan ketika melakukan aktiviti menjelajah hutan iaitu sebanyak 64.6%. Sebanyak 14.3% responden yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pemandu pelancong merasakan tidak selamat membuat aktiviti menjelajah hutan di Taman Negara. Kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah untuk melakukan aktiviti menjelajah hutan dengan selamat, majoriti responden memerlukan perkhidmatan pemandu pelancong.

78 4.7.3

Cross-Tabulation Di antara Pengawal Keselamatan dan Keselamatan Ketika Berjalan Keluar Pada Waktu Malam Sebanyak 47.1% tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal keselamatan

di Taman Negara dan merasa tidak selamat berjalan keluar pada waktu malam (rujuk Jadual 4.19). Ini dibandingkan dengan hanya 23.5% sahaja yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal keselamatan dan tetapi merasa selamat ketika berjalan keluar pada waktu malam. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, responden merasa tidak selamat berjalan keluar pada waktu malam tanpa pengawal keselamatan. Ini juga disokong oleh responden yang merasa berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal keselamatan iaitu 43.1%, merasakan selamat untuk berjalan keluar pada waktu malam.

Jadual 4.19: Cross-Tabulation Di Antara Pengawal Keselamatan Dan Keselamatan Ketika Berjalan Keluar Di Waktu Malam.

Pengawal Keselamatan

Perkhidmatan

Jumlah

Berjalan Keluar Waktu Malam

Sangat Berpuas Hati Berpuas Hati Neutral Tidak Berpuas Hati Sangat Tidak Berpuas Hati

Jumlah

Sangat Tidak Selamat

%

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

12

33.3

33.3

16.7

16.7

100.0

109

2.8

43.1

39.4

14.7

100.0

108

2.8

26.9

54.6

15.7

100.0

23.5

29.4

47.1

100.0

17 1 247

100.0 10

84

109

43

1

100.0

79 4.7.4

Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan Dengan Aktiviti Berkayak.

Bagi keputusan cross-tabulation di antara alatan yang disediakan dan aktiviti berkayak (rujuk Jadual 4.20), lebih separuh daripada responden yang berpuas hati dengan alatan keselamatan tetapi masih menganggap aktiviti berkayak adalah neutral. Keputusan ini berbeza dengan kesimpulan awal yang menyatakan bahawa tahap persepsi pelancong ketika melakukan aktiviti berkayak boleh ditingkatkan dengan adanya alat keselamatan yng mencukupi. Namun begitu, jika dilihat kepada peratusan responden yang sangat berpuas hati dengan alatan keselamatan yang disediakan iaitu 45.5%, merasakan melakukan aktiviti berkayak adalah selamat.

Jadual 4.20: Cross-Tabulation Di Antara Alat Keselamatan Dengan Aktiviti Berkayak

Sangat Berpuas Hati

Disedialkan

Alat Keselamatan Yang

Jumlah

Aktiviti Berkayak

Berpuas Hati Neutral Tidak Berpuas Hati Sangat Tidak Berpuas Hati

Jumlah

Sangat Tidak Selamat

%

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

Tidak Selamat

11

36.4

45.5

9.1

9.1

96

5.2

41.7

53.1

88

2.3

18.2

71.6

8.0

100.0

14.3

57.1

28.6

100.0

12

100.0

14 1 210

100.0 100.0

100.0 11

63

124

80 4.7.5

Cross-Tabulation

Penyediaan

Papan

Tanda

Amaran

Bahaya

Dan

Menjelajah Hutan.

Jadual 4.21 menunjukkan persepsi keselamatan terhadap aktiviti menjelajah hutan adalah menurun (selamat) jika adanya papan tanda amaran yang disediakan bertujuan untuk memberi amaran mengenai sesuatu kawasan berbahaya. Hanya 5.2% sahaja responden yang berpuas hati dengan papan tanda yang disediakan tetapi masih merasakan bahawa aktiviti menjelajah hutan adalah tidak selamat.

Jadual 4.21: Cross-Tabulation Penyediaan Papan Tanda Amaran Bahaya dan Menjelajah Hutan

Yang Disediakan

Papan Tanda Amaran

Jumlah

Menjelajah Hutan

Sangat Berpuas Hati Berpuas Hati Neutral Tidak Berpuas Hati Jumlah

Tidak Selamat

Sangat Tidak Selamat

%

Sangat Selamat

Selamat

Neutral

43

53.5

44.2

2.3

134

20.9

61.2

12.7

59

46.9

54.2

28.8

100.0

11

27.3

45.5

27.3

100.0

247

64

138

38

100.0 5.2

7

100.0

100.0

BAB V

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1

Pengenalan Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perbincangan dan rumusan dari

keputusan analisis dalam bab IV. Bahagian pertama adalah perbincangan dan rumusan mengenai persepsi pelancongan terhadap keselamatan di Taman Negara. Manakala bahagian kedua adalah perbincangan dan rumusan mengenai persepsi terhadap pengurusan keselamatan Taman Negara.

5.2

Perbincangan dan Rumusan Mengenai Kajian Pelancong Taman Negara. Melalui analisis deskriptif demografi, di dapati pengunjung Taman Negara

majoritinya terdiri daripada pengunjung lelaki. Berdasarkan kajian teoritikal, pengunjung wanita lebih ramai mengunjungi kawasan ekopelancongan daripada lelaki. Namun begitu aspek jantina tidak boleh dijadikan rujukan asas dalam menentukan kategori yang perlu dianggap sebagai sasaran pasaran di dalam pelan pemasaran Taman Negara.

Bagi negara asal pengunjung pula, pelancong domestik didapati mendominasi kedatangan ke Taman Negara Pahang berbanding pelancong antarabangsa. Namun begitu, bilangan yang diperolehi semasa kajian lapangan ini hanya sebahagian kecil sahaja jika dibandingkan dengan statistik pelancong yang dikeluarkan oleh pihak Taman

82 Negara. Mungkin disebabkan tempoh kajian lapangan yang terlalu singkat, maka bilangan pelancong ini tidak dapat mewakili bilangan keseluruhan pengunjung yang datang ke Taman Negara.

Namun begitu, bagi faktor mod dan tujuan kedatangan pelancong pula, majoriti pelancong domestik yang datang ke Taman Negara adalah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan disamping membuat pelbagai aktiviti ekopelancongan di sini. Manakala pelancong antarabangsa lebih suka bercuti bersama rakan-rakan atau seorang diri. Ini disokong dengan statistik yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia, menunjukkan mod lawatan bersama rakan meningkat dari tahun 2003 ke tahun 2004 iaitu sebanyak 6.8% (Tourism Malaysia, 2004).

Analisis mengenai sumber informasi juga adalah penting untuk mengenai keberkesanan sesuatu medium pemasaran untuk sesebuah destinasi pelancongan. Jika dilihat daripada kajian, dapatlah dirumuskan bahawa majoriti pengunjung memperolehi maklumat dari sahabat dan saudara mara mengenai Taman Negara. Manakala, internet menjadi medium informasi tertinggi selepas sahabat dan saudara mara. Internet mungkin banyak digunakan oleh pelancong asing selaras dengan kemajuan teknologi di mana mendapatkan maklumat hanya seperti ‘dihujung jari’. Di dalam kajian ini juga menujukkan surat khabar menjadi medium yang paling rendah untuk pengunjung mendapatkan sumber informasi mengenai Taman Negara.

5.3

Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi Keselamatan di Taman Negara

Terdapat perkaitan di antara persepsi pelancong terhadap keselamatan di Taman Negara dengan faktor demografi pengunjung. Daripada analisis yang dibuat menunjukkan faktor umur, mod lawatan dan kekerapan mengunjungi Taman Negara berkait rapat dengan persepsi mereka terhadap keselamatan di Taman Negara. Selain itu,

83 faktor kewarganegaraan juga berkait dengan persepsi keselamatan mereka. Namun begitu, faktor jantina tidak mempengaruhi persepsi keselamatan di Taman Negara. Penemuan ini adalah sama dengan kajian yang dibuat oleh Richard George (2002). Ini berbeza dengan penemuan oleh Demos (1992) yang menyatakan bahawa wanita sangat berhati-hati apabila berjalan keluar dari penginapan pada waktu malam.

Menurut profil pelancong eko oleh Wight (2001), umur minimum pelancong eko adalah 30 tahun. Namun begitu, umur belasan tahun dan 20-an semakin meningkat bilangannya. Berdasarkan kajian lapangan, pengunjung yang berumur 25 tahun hingga 35 tahun adalah yang paling ramai mengunjungi Taman Negara dengan peratusan 37%. Persepsi keselamatan bebeza dari segi umur mungkin disebabkan mereka yang lebuh muda atau dalam kategori remaja lebih menggemari sesuatu yang mencabar dan berbahaya berbanding mereka yang lebih tua. Faktor umur juga boleh dikaitkan dengan kecergasan tubuh badan. Individu yang berumur di bawah 35 tahun lebih cergas dan sihat untuk melakukan aktiviti yang mencabar seperti mendaki gunung. Namun begitu, di dalam kajian ini umur berkait rapat dengan persepsi pelancong terhadap aktiviti menjelajah hutan dan berenang.

Perbezaan warganegara pula boleh dilihat pada perbezaan persepsi mereka terhadap aktiviti berenang dan tinggal di penginapan. Warga Amerika Syarikat berasa lebih selamat menggunakan penginapan di Taman Negara berbanding warga Asia yang menyatakan penginapan di Taman Negara adalah kurang selamat. Ini mungkin disebabkan warga Amerika yang berkunjung ke Taman Negara sudah biasa mengunjungi kawasan pelancongan lain dan dapat membezakan dia antara penginapan di kawasan pelancongan lain dengan penginapan di Taman Negara. Dan mereka berpendapat tahap keselamatan semasa menginap di Taman Negara adalah lebih baik.

Selain itu, persepsi terhadap tinggal di penginapan juga turut dipengaruhi oleh mod lawatan pengunjung ke Taman Negara. Pelancong yang mengikuti pakej menyatakan bahawa tinggal di penginapan adalah selamat berbanding pelancong yang

84 datang seorang diri. Ini mungkin disebabkan faktor pengurusan oleh agensi pengembaraan yang menjanjikan jaminan keselamatan dan keselesaan pelancong. Menurut Fennel dan Eagles (1990), mereka yang mengikuti pakej lawatan mempunyai persediaan yang rendah sama ada dari segi keperluan diri, informasi mahupun keselamatan. Oleh itu pengunjung yang mengikuti amat mengambil berat soal keselamatan ketika berada si kawasan Taman Negara. Bagaimanapun, pelancong yang datang seorang diri lebih menganggap penggunaan pacuan empat roda adalah selamat berbanding pelancong dari kategori mod lawatan yang lain.

Jika kita rujuk kepada faktor kekerapan pula, ia berkait dengan persepsi keselamatan ketika melakukan aktiviti berkayak. Bagi pengunjung yang pertama kali mengunjungi Taman Negara mengaggap aktiviti berkayak adalah tidak selamat berbanding pelancong yang telah banyak kali mengunjungi Taman Negara. Anggapan awal yang di buat adalah apabila pengunjung kerap datang ke Taman Negara maka meraka akan merasa lebih selamat melakukan aktiviti berkayak. Tetapi andaian ini diragui kerana tidak semua pengunjung yang kerap kali ke Taman Negara akan melakukan aktiviti berkayak. Jadi persepsi mereka terhadap aktiviti berkayak mungkin adalah sama seperti lawatan mereka pada kali pertama mereka.

5.4

Perbincangan dan Rumusan Mengenai Persepsi Pengurusan Keselamatan di Taman Negara.

Penilaian pelancong terhadap pengurusan keselamatan di Taman Negara diukur dengan skala likert iaitu melalui tahap kepuasan individu terhadap pengurusan keselamatan. Terdapat lima penilaian yang ditetapkan di dalam kajian iaitu mengenai perkhidmatan pemandu pelancong, pengawal keselamatan, alat keselamatan, staf Taman Negara dan papan tanda.

85 Analisis yang dibuat adalah untuk mengetahui perkaitan di antara tahap kepuasan pengunjung (pengurusan keselamatan Taman Negara) dengan persepsi pelancong (keselamatan di Taman Negara).

Terdapat hubungan di antara perkhidmatan pemandu pelancong dengan aktiviti menjelajah hutan, menggunakan rentis/trail dan menggunakan laluan kanopi. Pelancong yang mengunjungi Taman Negara amat memerlukan perkhidmatan pemandu pelancong untuk memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang melakukan aktiviti di Taman Negara. Menjelajah hutan adalah aktiviti yang paling digemari oleh pelancong berdasarkan analisis demografi. Dengan adanya pemandu pelancong persepsi keselamatan mereka terhadap aktiviti ini adalah rendah. Mereka berasa selamat melakukan aktiviti ini berbanding aktiviti lain seperti berkayak dan sebagainya.

Bagi kepuasan terhadap pengawal keselamatan pula, ia berkaitan dengan persepsi pelancong semasa membuat aktiviti berkayak dan berjalan keluar pada waktu malam. Pelancong merasakan berpuas hati dengan perkhidmatan pengawal keselamatan sekiranya mereka ada untuk mengawasi mereka semasa membuat aktiviti berkayak. Mereka juga berasa selamat untuk berjalan keluar pada waktu malam dengan adanya pengawal keselamatan di kawasan Taman Negara.

Manakala bagi kepuasan terhadap penggunaan alat keselamatan pula berkait dengan aktiviti berkayak. Aktiviti berkayak perlu menggunakan peralatan keselamatan yang lengkap seperti jaket keselamatan, keadaan bot dan pendayung yang baik serta peralatan penyelamat yang mencukupi seperti tali, pengusung da sebagainya.

Kemudahan papan tanda pula berkaitan dengan aktiviti menjelajah hutan. Pelancong berasa selamat untuk melakukan aktiviti menjelajah hutan sekiranya mereka berpuas hati dengan kemudahan papan tanda di Taman Negara. Bagi staf Taman Negara pula, majoriti pelancong berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan terutama dari segi bantuan keselamatan yang diperolehi.

86 5.5

Rumusan

Sebagai rumusan, kajian

mendapati pelancong merasa tidak selamat ketika

berjalan keluar pada waktu malam dan melakukan aktiviti berkayak ketika berada di Taman Negara. Melalui kajian ini juga kita dapat mengetahui faktor-faktor demografi pelancong

yang

mempengaruhi

persepsi

keselamatan

pelancong

di

kawasan

ekopelancongan. Hasil kajian mendapati faktor umur, mod lawatan dan kekerapan mengunjungi Taman Negara berkait rapat dengan persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka di Taman Negara. Namun begitu, mungkin destinasi kajian yang berbeza akan memberikan keputusan yang sedikit berbeza bergantung kepada latar belakang pelancong yang mengunjungi destinasi berkenaan. Selain itu, kajian ini juga turut mengenal pasti bahawa persepsi keselamatan pelancong mempunyai kaitan atau hubungan dengan pengurusan keselamatan di Taman Negara.

5.6

Limitasi Kajian

Terdapat dua limitasi yang telah dikenal pasti di dalam kajian ini. Limitasi pertama adalah berkaitan dengan jangka masa kajian lapangan yang telah dijalankan. Pengkaji hanya mengambil masa seminggu dan pada masa cuti persekolahan. Oleh itu, kebanyakan responden yang datang ke Taman Negara adalah untuk bercuti bersama keluarga dan tidak kurang juga para pelajar yang datang membuat aktiviti pendidikan. Situasi ini mempengaruhi keputusan analisis ‘faktor mod lawatan responden berhubung kait persepsi keselamatan pelancong’.

Limitasi kedua adalah berkaitan dengan borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Responden tidak dapat menilai persepsi keselamatan sesetengah aktiviti contohnya aktiviti berkayak disebabkan mereka tidak pernah melakukan aktiviti tersebut dan tidak mahu melakukan aktiviti tersebut disebabkan pelbagai faktor.

87

RUJUKAN

Badaruddin Mohamed (2001). ‘Pembangunan Pelancongan: Pendekatan dan Prinsip’. Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd: Prentice Hall.

Beerli, A. and Martin, J.D (2003). ‘Tourists’ Characteristics and The Perceived Image of Tourist destination: a Quantitative Analysis: A Case study of Lanzarote, Spain. Journal of Tourism Management 25, m.s. 623-636.

Callander, M. and Page, S.J. (2003). ‘Managing Risk in Adventure Tourism Operations In New Zealand: A Review Of The Legal Case History And Potential For Litigation’. Journal of Tourism Management 2, m.s. 13-23.

David, L. Edgell, SR. (1990). ‘International Tourism Policy’. Van Nostrand Reinhold. m.s. 171.

Fennel, D.A. (2003). ‘Ecotourism: an Introduction 2nd Edition’. Rotledge Taylor & Francis Group London and New York.

Ferreira, S. and Harmse, A. (2000). ‘Crime and Tourism in South Africa: International Tourists’ Perception and Risk’. South African Geographical Journal, m.s. 80-85.

88 George, R. (2003). ‘Tourist’s perceptions of safety and security while visiting Cape Town’. Journal of Tourism Management 24, m.s. 575-585.

Gunn, C. A. and Var, T. (2002). 4th Edition. ‘Tourism Planning’. New York: Taylor and Francis.

Inskeep, E. (1991). ’Tourism Planning: An Integrated and Sustainable Development Approach’. Van Nostrand Reinhold: New York.

Kellly, I. and Nankervis, T. (2001). ‘Visitor Destination’. John Wiley & Sons Australia, Ltd.

Kementerian Kewangan Malaysia (2001), Rancangan Malaysia Kelapan: Bab 15, Pelancongan, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian,

Kebudayaan,

Kesenian

Dan

Pelancongan

(1997).

’Pelan

Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia’.

Kerajaan Negeri Pahang (2003), ‘Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020’.

Lois, P., Wang, J., Wall, A. and Ruxton, T. (2002), ‘Formal Safety Assessment of Cruise Ships’. Journal of Tourism Management 25 m.s 93-109.

89 Maslow, A.H. (1943), ‘A Theory of Human Motivation.’ Psychological Review, Vol 50.

Mill, R. C. and Alastair, M. M. (1985). ‘The Tourism System: An Introductory Text’. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Norlida Hanim Mohd Salleh (2000). ‘Valuating Outdoor Recreation Resources: A Case Study at Taman Negara, Pahang Darul Makmur’. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Page, S. J. And Meyer, D. (1996). ‘Tourist Accidents: An Exporatory Analysis’. Annals of Tourism Research, Vol 23.

Page, S. J. and Barker, M. (2002). ‘Visitors Safety in Urban Tourism Environments: The Case of Auckland, New Zealand’. Elsevier Science Ltd.

Page, S. J., Bentley, T. and Walker, L. (2005). ‘Tourist Safety In New Zealand and Scotland’. Annals of Tourism Research, Vol 32.

Rohana Yusof (2004). ‘Penyelidikan Sains Sosial’. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sonmez, S. F., and Graefe, A. R. (1998). ‘Influence of terrorism, risk on foreign decisions’. Annals of Tourism Research 25.

90 Swarbrooke, J., Beard, C., Leckie, S. & Pomfret, G. (2003). ‘Adventure Tourism’. The New Frontier, Butterworth Heinemann.

Tourism Malaysia (2005). ‘Malaysia Tourism: Statistics’. (di capai pada 29 April 2006). http://www.tourism.gov.my/stastistic/default.asp

Tourism Malaysia (2006). ‘Profile of Tourists by Selected Markets 2004’. Planning & Research Division, Tourism Malaysia.

Weaver, D. (1995). ‘Ecotourism’. John Wiley & Sons Australia, Ltd.

http://www.biology_online.org. (dicapai pada 5 Mei 2006)

Suggest Documents