PENILAIAN OBJEKTIF DAN HASIL PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE): SOAL SELIDIK MAJIKAN INDUSTRI DAN ALUMNI

ISSN: 1985-5826 AJTLHE, Vol.1, No. 2, 1-8 PENILAIAN OBJEKTIF DAN HASIL PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE): SOAL SELIDIK MAJIKAN INDUSTRI DAN ...
Author: Randall Pearson
7 downloads 2 Views 1MB Size
ISSN: 1985-5826

AJTLHE, Vol.1, No. 2, 1-8

PENILAIAN OBJEKTIF DAN HASIL PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE): SOAL SELIDIK MAJIKAN INDUSTRI DAN ALUMNI Shahrir Abdullah, Norhamidi Muhamad Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat Baba Md. Deros, Noorhisham Tan Kofli Mardina Abdullah Mazlan Mohd. Tahir Andanastuti Muchtar

Abstrak Konsep pengajaran Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) mula diamalkan di Fakulti Kejuruteraan UKM bermula tahun 2005. Melalui pendekatan ini, setiap program perlu menggubal objektif pendidikan program dan hasil program setelah mengambil kira input daripada pihak berkepentingan seperti kerajaan, majikan, dan alumni. Justeru, kertas kerja ini membentangkan kaedah yang digunakan untuk mengukur persepsi kepentingan serta pencapaian penyataan-penyataan objektif pendidikan program (PEO) dan hasil program (PO) bagi program-program kejuruteraan yang ditawarkan. Dalam kaedah ini, setiap penyataan dikenal pasti ciri-ciri yang membentuknya dan dinilai mengikut skala Likert 1-5. Kaji selidik ini dihantar kepada industri dan alumni yang ada dalam pangkalan data Latihan Industri dan Alumni Fakulti Kejuruteraan. Soalan yang ditanya berkisar kepada aras signifikan penyataan tersebut atau pencapaian para graduan dan alumni. Keputusan kaji selidik ini mendapati ada beberapa komponen dalam penyataan-penyataan PEO dan PO sedia ada tidak dipersetujui oleh kebanyakan pihak berkepentingan manakala ada komponen lain dalam penyataan yang sama masih boleh diterima. Ini membolehkan penyataan berkenaan boleh diperbaiki supaya dipersetujui oleh pihak berkepentingan. Kata kunci: Pendidikan berasaskan hasil (OBE); objektif pendidikan program (PEO), hasil program(PO). Abstract The teaching concept based on Outcome Based Education (OBE) has been implemented at the Faculty of Engineering, UKM beginning in 2005.Through this approach, each programme is required todevelop programme educational objectives and programme outcomes upon consultation with stakeholders such as government, employers and alumni. Hence, this paper presents a method which can be used to measure stakeholders’ perception on importance and achievement of statements of the programme educational objectives (PEO) and programme outcomes (PO) for engineering programmes offered. In this method, for each statement, attributes that form the statements were identiÞed and would be evaluated based on the 1-5 Likert scale. The questionnaire were sent to industry and alumni based on the Industrial Training and Alumni database of the Faculty of Engineering, and the questions asked are related to signiÞcance level of the statement and the achievement of the graduates and alumni. The result of the survey found that there are indeed several components in the existing PEO and PO statements are not well accepted by many stakeholders, whereas other statements are accepted. Based on this result, the statement can be improved in order to meet the stakeholders, expectation. Keywords: Outcome based education (OBE); programme educational objectives (PEO), programme outcomes (PO); questionaire.

Pengenalan Pada tahun 2004, Fakulti Kejuruteraan telah mengorak langkah untuk membangunkan kurikulum berasaskan hasil bagi semua program kejuruteraan yang dikendalikan. Langkah ini selaras dengan keperluan akreditasi yang ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang menetapkan semua program kejuruteraan di Malaysia untuk dibangunkan semula mengikut pendekatan baru ini. Anjakan paradigma ini diperlukan untuk Malaysia melalui BEM mendapat keahlian penuh dalam pakatan Washington Accord pada tahun 2007 yang membolehkan jurutera-jurutera Malaysia boleh bekerja di negara-negara anggota seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Afrika Selatan dan Australia. Hasilnya kurikulum yang berasaskan hasil ini dilaksanakan bermula dengan pelajar tahun satu yang masuk pada tahun 2005. Dalam merangka kurikulum baru ini, antara perkara yang paling penting adalah menggubal objektif pembelajaran program (programme educational objectives — PEO) yang mencerminkan ciriciri graduan yang ingin dihasilkan dan ia perlu dicapai dalam masa beberapa tahun selepas jurutera tersebut menamatkan pengajiannya di UKM. Di samping itu, hasil program (programme outcomes — PO) perlu digubal dan diukur menggunakan kaedah tertentu sepanjang program pengajian dan sejurus selepas pelajar menamatkan pengajian. Dalam proses akreditasi, pengukuran PO ini menjadi antara perkara penting yang menentukan kejayaan suatu program diakreditasi oleh BEM. Di negara-negara lain, kaedah-kaedah yang seumpamanya telah dikaji dan dibangunkan. Contohnya, McGourty et al. (2002) telah menjalankan kajian bagaimana PEO digubal lima universiti ternama di US berdasarkan kepada kriteria ABET EC2000. Walaupun saluran peperiksaan merupakan kaedah yang paling ideal untuk mengukur hasilhasil berbentuk pengetahuan dan teknikal, kemahiran-kemahiran lain seperti pembelajaran berterusan dan keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran memerlukan kaedah lain (Shuman et al., 2005). Keadaan ini memerlukan perubahan dan anjakan paradigma dalam menilai pencapaian kurikulum kejuruteraan sesebuah institusi (Olds et al., 2005). Penyataan objektif dan hasil pembelajaran yang baik seterusnya

2

boleh digunakan untuk menentukan kaedah pengukuran hasil untuk suatu program (Amini & Rahman, 2008). Oleh itu, bagi membangunkan PEO dan PO yang kemas dan utuh serta relevan dengan keperluan kerjaya tersebut, pendapat pihak berkepentingan (stakeholder) seperti industri, graduan dan alumni perlu diambil kira melalui soal selidik dan sebagainya. Justeru itu, kertas kerja ini membentangkan hasil kaji selidik yang dibuat berdasarkan ciri setiap penyataan PEO dan PO. Objektif dan Hasil Pembelajaran Selaras dengan misi dan wawasan UKM, penyataan-penyataan PEO adalah untuk menghasilkan graduan yang dihasilkan oleh Fakulti Kejuruteraan UKM adalah seperti berikut (Fakulti Kejuruteraan UKM, 2004): 1. mempunyai ilmu asas mencukupi untuk berperanan sebagai seorang jurutera dan arkitek yang cekap, 2. memahami, bersikap profesional dan beretika terhadap kewajipannya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat, 3. akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang kejuruteraan dan alam bina serta dalam masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, 4. mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja antarabangsa/global, 5. mampu memimpin organisasi kejuruteraan dan alam bina berdasarkan ilmu dan pengetahuan, 6. mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan sama ada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing. Di samping PEO, program-program dalam skop kajian ini juga mempunyai penyataan-penyataan PO yang digubal berdasarkan garis panduan EAC guideline (EAC, 2007) dengan mengambil kira ciri-ciri lain yang disenaraikan dalam Kriteria 3 ABET (ABET, 2008). Oleh itu, senarai PO untuk program ini adalah seperti berikut: 1. Berkebolehan untuk mendapatkan dan mengaplikasi ilmu pengetahuan asas kejuruteraan, 2. Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif bukan sahaja dengan para jurutera atau arkitek, malahan juga dengan masyarakat umum,

3. Mempunyai kemahiran teknikal yang mendalam dalam bidang pengkhususan masing-masing, 4. Berkebolehan untuk mengenal pasti masalah kejuruteraan serta mendapatkan penyelesaian bagi masalah tersebut, 5. Berkebolehan untuk menggunakan pendekatan sistem dalam mereka bentuk dan menilai prestasi operasi, 6. Berkebolehan untuk berfungsi secara efektif secara individu dan di dalam kumpulan dengan kemampuan untuk menjadi ketua atau pengurus, begitu juga sebagai seorang ahli kumpulan yang efektif, 7. Memahami tanggungjawab dan etika sebagai seorang jurutera profesional dalam aspek sosial, budaya, global dan alam sekitar serta keperluan bagi pembangunan lestari, 8. Mempunyai jangkaan terhadap keperluan untuk menjalani pembelajaran berterusan dan mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian, 9. Berkebolehan mereka bentuk dan menjalankan uji kaji, serta mampu menganalisis dan menginterpretasi data, 10. Berkebolehan untuk berfungsi dalam kumpulan pelbagai disiplin, 11. Mempunyai pengetahuan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidang, 12. Berkebolehan untuk menggunakan teknikteknik, kemahiran dan alat-alat moden dalam amalan kejuruteraan. Semua penyataan PEO dan PO boleh dihubung kait dalam bentuk suatu matriks seperti yang diberikan dalam Rajah 1. RAJAH 1 Matrix PEO-PO PEO1 PO1

PEO2



PEO4

PEO5

Semasa menjalankan soal selidik ini, suatu borang yang mengandungi semua penyataan PEO dan PO berserta ciri-ciri yang membentuk setiap penyataan disusun dibangunkan dalam bentuk dalam dwi-bahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris). Penilaian setiap penyataan dibuat borang menggunakan skala Likert 1-5. Seterusnya, borang-borang ini dihantar kepada pihak industri dan alumni menggunakan pangkalan data Latihan Industri dan Alumni Fakulti Kejuruteraan. Profil Organisasi dan Alumni Bagi membolehkan analisis yang lebih mendalam dijalankan terhadap input yang diberikan oleh responden, setiap responden diminta memasukkan maklumat tentang organisasi. Sekiranya responden tersebut merupakan seorang alumni, beliau juga diminta memasukkan makluman pengajian beliau. Contoh profil responden ini ditunjukkan dalam Rajah 2 untuk maklumat organisasi dan Rajah 3 untuk maklumat responden sekiranya beliau juga alumni. Kaedah Penilaian Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang input yang diberikan oleh responden terhadap setiap penyataan PEO dan PO, semua soalan yang dibangunkan menyenaraikan semua ciri yang membentuk penyataan PEO atau PO tersebut. Ini bermakna akan terdapat lebih dari satu ciri yang membentuk satu penyataan PEO dan PO. Sebagai contoh, Rajah 4 memberikan kaedah bagaimana penyataan PEO3 boleh dikembangkan.

 



PO4



PO5



PO6



PO7



PO8

 



PO9



PO10



PO11 PO12

PEO6



PO2 PO3

PEO3

Metodologi kajian

RAJAH 2 Profil untuk Organisasi

 



3

RAJAH 3 Profil untuk Alumni Dengan menggunakan pendekatan ini, semua ciri untuk PEO dan PO dikenal pasti. Oleh kerana matlamat soal selidik ini adalah untuk mendapat maklumat mengenai keperluan industri dan pencapaian alumni, input responden dipaparkan secara gabungan dalam borang yang dibangunkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5 untuk penyataan PEO dan Rajah 6 untuk penyataan PO. PEO3 Graduan yang akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang kejuruteraan dan alam bina serta dalam masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Kemahiran Komunikasi

Bahasa Perantaraan

Lisan

Bertulis

Melayu

Inggeris

Ciri 1 Seorang jurutera perlu menguasai komunikasi lisan dengan sempurna

Ciri 2 Seorang jurutera perlu berkebolehan menyediakan laporan teknikal yang baik

Ciri 3 Seorang jurutera perlu berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

Ciri 4 Seorang jurutera perlu berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

RAJAH 4 Pengenalpastian Ciri PEO3

RAJAH 5 Senarai Ciri untuk Penyataan PEO

4

RAJAH 6 Senarai Ciri untuk Penyataan PO Keseluruhan Proses Semakan Penyataan PEO dan PO Apabila semua ciri yang penting telah dikenal pasti, kaji selidik boleh dihantar dan hasilnya boleh dianalisis secara statistik mengikut profil terpilih berdasarkan kepada kohort respondent atau program pengajian. Hasil analisis nanti akan menonjolkan beberapa penyataan yang diberi penilaian rendah yang wajar diberi perhatian dan diambil kira untuk penambahbaikan penyataan PEO dan PO serta keseluruhan kurikulum itu sendiri. Proses ini boleh menjadi sebahagian daripada proses penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) dalam kerangka OBE dan ditunjukkan dalam Rajah 7. Sekiranya program tersebut diubah suai daripada program terdahulu yang tidak berdasarkan kepada kerangka OBE, penilaian melalui soalselidik ini merupakan suatu kaedah terbaik dalam mengenal pasti keperluan majikan khususnya dan pihak berkepentingan amnya boleh digunakan terus untuk tujuan semakan kurikulum (EAC, 2007). Di samping itu, ia juga sekaligus memberikan gambaran tentang kualiti graduan Fakulti Kejuruteraan UKM, walaupun kurikulum yang diikuti oleh graduan tersebut belum lagi menggunakan kerangka OBE.

alumni sepanjang tahun 2006-07. Di samping itu, ada juga responden mengisi borang secara dalam talian. Rajah 8 memberikan peratusan profil pecahan mengikut sektor, kelas dan jenis industri.

Audit Program: Panel Akreditasi

Semakan penyataan PEO/PO oleh Lembaga Pengajian

Pemeriksa Luar Audit Dalaman

Pembangunan Kurikulum OBE

Pengenalpastian ciri semua PEO/PO Bentukkan soal-selidik, hantar kepada

RAJAH 7 Carta alir semakan penyataan PEO dan PO secara berterusan Keputusan dan Analisis Semua penyataan PEO dan PO serta ciricirinya yang disenaraikan dalam Rajah 5 dan Rajah 6 dikumpulkan dalam suatu borang yang mengandungi 4 halaman dan dihantar ke pelbagai responden daripada kalangan pihak industri dan

Rajah tersebut jelas menunjukkan lebih 80% merupakan responden daripada pihak swasta, manakala untuk taburan mengikut jenis industri, industri pembuatan (termasuk petrokimia) mempunyai pecahan paling banyak iaitu 35% dan pertanian paling sedikit iaitu hanya 3%. Bagi pengkelasan jenis industri, industri yang mempunyai kurang 20 pekerja dan pulangan jualan tahunannya kurang RM  1  juta dikategorikan sebagai “industri kecil” manakala industri yang mempunyai lebih 500 pekerja serta pulangan jualan tahunannya melebihi RM  25 juta dikategorikan sebagai “industri besar”. Selebihnya, ia diandaikan “industri sederhana” dan hampir 50% responden adalah dari kategori ini.

Industri Kecil 14%

Kerajaan 18% Industri Besar & Multinasional 38%

Industri Sederhana 48%

Swasta 82%

(b) Pecahan Mengikut Kelas Industri

a) Pecahan Mengikut Sektor ICT, Utiliti & Bekalan Kuasa 10%

Lain-lain 9% Pembuatan (termasuk Petrokimia) 35%

Pertanian 3%

Penyelidikan & Perundingan 17% Pendidikan & Perkhidmatan 16%

Pembinaan & Pemaju Hartanah 10%

RAJAH 8 Profil Mengikut Pecahan Kerajaan-Swasta dan Jenis Industri

5

Sebanyak 131 jawapan diterima untuk penilaian keutamaan penyataan. Daripada jumlah ini, terdapat 35 responden memilih untuk memberikan maklumat pencapaian alumni di dalam organisasi mereka dan jumlah ini juga termasuk 12 orang alumni yang memberikan penilaian kendiri tentang pencapaian mereka di dalam persekitaran kerja sebenar. Penilaian ini dipaparkan dalam bentuk purata kepada skala Likert dan sisihan piawainya seperti yang diberikan dalam Jadual 1. Manakala penilaian untuk penyataan PO diringkaskan dalam Jadual 2. Walau bagaimanapun keputusan yang dipaparkan dalam kedua-dua jadual untuk penilaian alumni mungkin tidak memberikan gambaran sebenar kerana ia berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan oleh 12 responden sahaja dan lebih tertumpu kepada dua program sahaja serta semua responden menamatkan pengajian selepas tahun 2000.

memberi penekanan kepada reka bentuk dan keadaan ini adalah sebaliknya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Oleh kerana reka bentuk merupakan salah satu teras kepada kurikulum kejuruteraan, ia wajar dikekalkan tetapi bentuk penyataan perlu diubah suai supaya lebih jelas kepada pihak responden. Untuk PO11(ii) dan PO11(iii), ia berkisar kepada penerapan pengetahuan kepada isu-isu kontemporari dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun, pembentukan penyataan ciri yang kurang jelas menyebabkan pihak responden tidak merasakan ia begitu penting. Oleh kerana PO11 adalah di antara penyataan hasil yang boleh dikaitkan dengan identiti nasional, ia boleh dipertimbangkan untuk dipetakan dengan PEO3 semasa semakan kurikulum akan datang.

Daripada jadual-jadual tersebut, lajur “Keutamaan Penyataan” memberikan penilaian pihak industri tentang relevannya setiap ciri kepada mereka dan nilai-nilai yang mendapat aras 4.0 atau lebih perlu ditekankan dalam pembangunan kurikulum dan perlaksanaan program. Justeru itu, dari segi penyataan PEO dan PO, didapati pihak industri setuju dengan hampir semua ciri dalam PEO dan PO kecuali ciri-ciri PEO3(iii), PO9(ii), PO11(ii) dan PO11(iii).

Daripada analisis keputusan ini, adalah dicadangkan bahawa ciri-ciri yang mendapat penilaian kurang daripada 4.0 perlu diubah suai. Seterusnya, ini boleh menyebabkan keseluruhan penyataan PEO atau PO yang terlibat perlu juga diubah. Di samping itu, nilai sisihan piawai perlu juga dilihat kerana nilainya yang besar, contohnya melebihi 1.0 bermakna pendapat responden bercampur-campur dan nilai yang kurang 0.8 menunjukkan kebanyakan responden memberikan penilaian yang sama dan boleh diyakini mewakili pandangan industri.

Untuk PEO3(iii), ia adalah berkenaan dengan kemahiran komunikasi menggunakan Bahasa Melayu yang diberi penilaian rendah. Memandangkan PEO ini diwujudkan dengan mempertimbangkan misi UKM dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan pada masa yang sama memperutuhkan identiti nasional, PEO tersebut boleh diubah untuk menerapkan ciri-ciri identiti nasional yang penting untuk pembangunan jurutera dan arkitek beracuan kebangsaan. Pada masa yang sama, subjeksubjek yang menyokong ke arah identiti nasional perlu diadakan atau diperkemaskan. Untuk PO9(ii), pihak responden memberi penilaian yang lebih rendah kepada keupayaan pelajar untuk mereka bentuk uji kaji. Ini mungkin berkisar daripada situasi industri di Malaysia yang kurang

Di samping itu, untuk lajur “Penilaian Majikan” dan “Penilaian Alumni”, didapati pada keseluruhannya pencapaian graduan UKM agak baik tetapi banyak usaha yang perlu dijalankan supaya persepsi pihak industri dapat diperbaiki pada masa akan datang. Aras yang melebihi 4.0 untuk “Penilaian Majikan” seperti PO2, PO6, PO7 dan PO10 membawa maksud majikan berpuas hati dengan graduan UKM untuk aspek-aspek yang disenaraikan dalam penyataan PO yang berkaitan. Untuk penyataan PO yang lain, pihak pengendali program dicadangkan mengkaji keberkesanan kaedah penyampaian serta kesesuaian kaedah pengukuran bagi setiap PO yang terlibat dengan mempertimbangkan tahap taksonomi dan kedalaman aras taksonomi untuk PO tersebut.

6

JADUAL 1 Purata Penilaian Penyataan PEO Kod

Objektif Pembelajaran Program

Penilaian Majikan*

Penilaian Alumni*

PEO1

Graduan yang mempunyai ilmu asas yang kompeten untuk 4.54 berperanan sebagai seorang jurutera dengan cekap

3.92

3.28

i. Mempunyai ilmu asas kejuruteraan yang kompeten

PEO2

PEO3

PEO4

PEO5

PEO6

Keutamaan Penyataan*

4.57 (0.60)

3.94 (0.64)

3.36 (1.03)

ii. Berkebolehan menggunakan ilmu asas tersebut dalam 4.51 (0.58) profesion kejuruteraan

3.89 (0.76)

3.20 (1.23)

Graduan yang memahami, bersikap profesional dan 4.42 beretika terhadap tanggungjawabnya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat

4.00

3.55

i. Beretika dan bersikap profesional

4.57 (0.58)

3.95 (0.69)

3.64 (1.12)

ii. Mampu memenuhi keperluan pelanggan

4.44 (0.65)

3.95 (0.76)

3.64 (0.50)

iii. Memahami tanggungjawabnya kepada masyarakat

4.28 (0.76)

3.95 (0.69)

3.73 (1.19)

iv. Memahami tanggungjawabnya kepada Pencipta

4.4 (0.83)

4.16 (0.6)

3.20 (1.23)

Graduan yang akan memartabatkan Bahasa Melayu 4.24 sebagai bahasa ilmu dalam bidang kejuruteraan dan dalam masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

3.95

3.59

i. Menguasai komunikasi lisan dengan baik

4.44 (0.72)

4.10 (0.72)

3.55 (1.13)

ii. Berkebolehan menyediakan laporan teknikal yang baik

4.40 (0.69)

3.89 (0.66)

3.45 (1.04)

iii. Menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan kerja 3.80 (1.01) harian

3.85 (0.88)

4.18 (0.75)

iv. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan kerja 4.30 (0.72) harian

3.95 (0.76)

3.18 (1.40)

Graduan yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana 4.28 kerja antarabangsa/global

3.68

3.59

i. Memahami budaya kerja pelbagai bangsa dan negara

4.14 (0.78)

3.74 (0.73)

3.64 (0.67)

ii. Berkebolehan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai 4.41 (0.63) suasana kerja

3.63 (0.76)

3.55 (0.82)

Graduan yang mampu memimpin organisasi kejuruteraan 4.41 berdasarkan pengalaman dan ilmu tentang isu-isu semasa yang penting

3.53

3.83

i. Menggunakan ilmu untuk memimpin dan menguruskan 4.31 (0.68) organisasi

3.50 (0.79)

3.8 (0.79)

ii. Menggunakan pengalaman untuk memimpin dan 4.37 (0.66) menguruskan organisasi

3.44 (0.78)

4.00(0.82)

iii. Mampu membuat keputusan yang rasional dan efektif

3.65 (0.70)

3.7 (0.82)

Graduan yang mampu menjalankan penyelidikan dalam 4.22 bidang kejuruteraan sama ada di peringkat pascasiswazah atau di dalam organisasi masing-masing

3.77

3.61

i. Mampu mencari maklumat penyelidikan daripada 4.27 (0.73) pelbagai sumber

3.89 (0.66)

3.73 (0.9)

ii. Mampu menjalankan penyelidikan menggunakan 4.23 (0.79) kaedah dan teknik terkini

3.74 (0.87)

3.55 (0.82)

iii. Mampu menjalankan penyelidikan inovatif

3.68 (0.95)

3.55 (1.04)

4.56 (0.60)

4.16 (0.80)

* Nilai di dalam kurungan ialah sisihan piawai

JADUAL 2 Keputusan Penilaian Penyataan PO Kod

Keutamaan Penyataan*

Penilaian Majikan*

Penilaian Alumni*

Kod

Keutamaan Penyataan*

Penilaian Majikan*

Penilaian Alumni*

PO1

4.38

3.86

3.68

PO7

4.44

4.11

3.91

(i)

4.34 (0.67)

3.86 (0.89)

3.73 (0.65)

(i)

4.52 (0.59)

4.09 (0.67)

4.00 (0.45)

(ii)

4.42 (0.67)

3.86 (0.91)

3.64 (0.67)

(ii)

4.56 (0.56)

4.22 (0.74)

4.00 (0.77)

PO2

4.33

4.24

3.82

(iii)

4.31 (0.71)

4.00 (0.60)

3.91 (0.83)

(i)

4.37 (0.61)

4.35 (0.71)

3.82 (0.75)

(iv)

4.38 (0.65)

4.13 (0.69)

3.73 (0.79)

(ii)

4.29 (0.75)

4.13 (0.63)

3.82 (1.08)

PO8

4.38

3.95

3.64

PO3

4.27

3.50

3.59

(i)

4.48 (0.55)

4.09 (0.60)

3.36 (0.81)

(i)

4.23 (0.70)

3.41 (0.85)

3.64 (0.67)

(ii)

4.39 (0.67)

4.14 (0.71)

3.91 (0.94)

(ii)

4.18 (0.74)

3.43 (0.90)

3.73 (0.79)

(iii)

4.38 (0.65)

3.74 (0.69)

3.91 (0.54)

7

(iii)

4.39 (0.70)

3.52 (0.79)

3.55 (0.93)

(iv)

4.26 (0.72)

3.83 (0.72)

3.36 (0.81)

(iv)

4.27 (0.71)

3.65 (0.83)

3.45 (0.93)

PO9

4.07

3.65

3.43

PO4

4.41

3.57

3.67

(i)

4.06 (0.80)

3.81 (0.81)

3.30 (1.16)

(i)

4.47 (0.64)

3.57 (0.73)

4.00 (0.77)

(ii)

3.92 (0.81)

3.55 (0.76)

3.20 (1.23)

(ii)

4.40 (0.62)

3.52 (0.79)

3.64 (0.81)

(iii)

4.10 (0.73)

3.57 (0.75)

3.50 (0.97)

(iii)

4.42 (0.71)

3.57 (0.95)

3.73 (0.90)

(iv)

4.19 (0.73)

3.67 (0.73)

3.70 (0.95)

(iv)

4.43 (0.72)

3.48 (0.73)

3.45 (0.82)

PO10

4.48

4.29

3.80

(v)

4.30 (0.73)

3.70 (0.82)

3.55 (0.82)

(i)

4.50 (0.59)

4.43 (0.66)

3.73 (0.47)

PO5

4.14

3.63

3.52

(ii)

4.48 (0.64)

4.30 (0.70)

3.73 (0.65)

(i)

4.14 (0.73)

3.60 (0.68)

3.50 (0.71)

(iii)

4.38 (0.63)

4.26 (0.62)

3.91 (0.70)

(ii)

4.13 (0.76)

3.65 (0.81)

3.55 (1.04)

(iv)

4.54 (0.56)

4.17 (0.65)

3.82 (0.87)

PO6

4.35

4.07

3.75

PO11

4.02

3.63

3.43

(i)

4.25 (0.68)

4.18 (0.66)

3.64 (1.29)

(i)

4.18 (0.67)

3.74 (0.75)

3.73 (0.47)

(ii)

4.47 (0.57)

4.23 (0.53)

3.91 (1.30)

(ii)

3.98 (0.72)

3.52 (0.67)

3.36 (0.92)

(iii)

4.33 (0.76)

3.81 (0.60)

3.70 (0.82)

* Nilai di dalam kurungan ialah sisihan piawai

(iii)

3.90 (0.78)

3.62 (0.8)

3.20 (1.23)

PO12

4.25

3.93

3.94

(i)

4.30 (0.67)

4.00 (0.69)

4.00 (0.63)

(ii)

4.30 (0.62)

3.96 (0.77)

4.09 (0.54)

(iii)

4.15 (0.66)

3.83 (0.65)

3.73 (0.90)

diubah suai. Pengubahsuaian ini mungkin juga membawa kepada perubahan penyataan PEO atau PO yang terlibat serta perubahan kepada Sebagai kesimpulan, kaedah penilaian berasaskan ciri telah membolehkan keperluan kandungan kurikulum yang berkaitan dengan industri difahami dengan lebih jelas. Melalui input ciri berkenaan. Untuk pencapaian graduan pula, didapati PO2, PO6, PO7 dan PO10 telah yang diberikan, ciri-ciri yang mendapat penilaian di bawah aras 4.0, iaitu PEO3(iii), PO9(ii), memenuhi keperluan pihak industri. PO11(ii) dan PO11(iii), perlu dilihat semula dan Kesimpulan

Rujukan

jcdourtyI gKI phumanI iKI BesterfieldJpacreI jKI AtmanI CKI Miller, R., Olds, B.M., Rogers, G., & Wolfe, H. (2002). Preparing for ABET EC 2000: Research-Based AsAccreditation Board for Science and Technology (ABET). sessment Methods and Processes, Int. J. Eng. Educa(2008). Criteria for Accrediting Engineering Programs, tion, 18(2): 157-167. Engineering Accreditation Commission, United States. Amini, F & Rahman, S. (2008). A Systematic and Structure Outcome Assessment Plan for a New Engineering Program, Int. J. Eng. Education, 24(1): 185-198.

Olds, B.M., Moskal B.M. & Miller, R.L. (2005) Assessment in Engineering Education: Evolution, Approaches and Future Collaborations, J. Eng. Education, 94(1): 13-25.

Engineering Accreditation Council (EAC). (2007). Engineering Programme Accreditation Manual, Board of Engineers Malaysia (BEM).

phumanI iKI BesterfieldJpacre C jcdourtyI gK (OMMRFK The ABET “Professional Skills” – Can They Be Taught? Can They Be Assessed?, J. Eng. Education, 94(1): 41-55.

Fakulti Kejuruteraan UKM. (2004) Cadangan Pindaan Correspondence Author: [email protected] Kurikulum Sedia Ada Kepada Kurikulum Baru Dengan Pendekatan Berasaskan Hasil, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.



Suggest Documents