PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Mohamed Zai...
Author: Domenic Doyle
15 downloads 5 Views 503KB Size
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

PENGGUNAAN KLIP VIDEO BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Mohamed Zain Mohamed [email protected] Sekolah Perempuan Tanjong Katong Pusat Bahasa Melayu Singapura

ABSTRAK Kemahiran berkomunikasi merupakan keterampilan penting dalam Abad ke-21. Para pelajar harus menguasai kemahiran ini bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan. Bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar, satu kajian berbentuk eksperimental yang melibatkan tiga proses intervensi iaitu praintervensi, intervensi dan pascaintervensi telah dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dengan menggunakan bahasa yang baik dan gramatis. Klip-klip video yang selaras dengan format peperiksaan lisan bagi tahun 2016 telah dipilih sebagai bahan rangsangan. Seramai 16 orang pelajar Menengah 2 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah ‘Jugyokenkyu’ telah digunakan sebagai metodologi sepanjang kajian ini. Dapatan dari kajian ini mendapati bahawa kaedah ‘Jugyokenkyu’ telah dikenal pasti bukan sahaja mampu meningkatkan keterampilan pelajar bahkan sebagai wadah pembangunan modal insan guru-guru yang terlibat. Hasil dari kajian ini terbina satu pakej pembelajaran yang telah berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar. Kata Kunci: Keterampilan komunikasi, Interaksi lisan, Pelajar, Video ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biodata Cikgu Mohamed Zain B Mohamed memulakan kerjaya sebagai guru sejak tahun 1997. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Melayu dan Sosiologi) dari Universiti Nasional Singapura pada tahun 1995 dan Diploma Pos-siswazah Dalam Pendidikan (Menengah) pada tahun berikutnya. Cikgu Mohamed Zain bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) di Sekolah Perempuan Tanjong Katong dan Ketua Subjek Jabatan Bahasa Ibunda di sekolah yang sama. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemarkah untuk peperiksaan nasional. Beliau mempunyai minat dalam bidang penyelidikan untuk memperbaik pengajaran dan pembelajaran serta bidang penterjemahan.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

246

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

1. Pengenalan Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran yang dititikberatkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura. Para pelajar diharapkan dapat bertutur dengan cara yang mudah untuk berinteraksi serta menyesuaikan diri dengan masyarakat dan budaya Melayu dengan sebaik mungkin. Dapat dikatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran berbahasa yang perlu ditekankan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Memandangkan pentingnya kemahiran bertutur, maka kajian pengajaran ini dijalankan untuk meninjau dan akhirnya membantu para pelajar untuk dapat bertutur dengan berkesan. Namun, usaha untuk membantu pelajar dalam kemahiran bertutur ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana usaha yang dilakukan penuh dengan cabaran. Oleh yang demikian, usaha ini harus dijalankan secara bersepadu supaya pelajar akan lebih berkeyakinan untuk memberi respons yang sesuai kepada sesuatu rangsangan, dengan lebih tersusun. 2. Pernyataan Masalah Komunikasi merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Melalui komunikasi, seseorang pelajar dapat menyampaikan idea, berkongsi pendapat dan berinteraksi dengan masyarakat. Seseorang pelajar itu dianggap mempunyai kecekapan berkomunikasi yang baik apabila dia mempunyai pengetahuan yang mendalam dan boleh menggunakan bahasa tersebut untuk tujuan berkomunikasi secara spontan dan sesuai tatabahasanya. Mereka harus mampu menyampaikan idea mereka dengan selesa lagi bernas. Namun, hanya segelintir pelajar yang mampu menggarap idea dan menyampaikan pendapat dengan jelas. Keyakinan diri dan kemampuan pelajar memberi pendapat atau berinteraksi dalam kelas berkait rapat dengan konsep kendiri mereka. Keyakinan diri seseorang individu akan mempengaruhi kemahiran berkomunikasi individu tersebut. Cara seseorang individu berinteraksi akan memberi tanggapan tertentu kepada orang lain terhadap dirinya. Persepsi orang lain ini merupakan penilaian terhadap diri individu tersebut. Oleh itu, faktor psikologi seperti keyakinan diri, motivasi dan kebolehpercayaan pada diri sendiri juga turut mempengaruhi penguasaan kemahiran berkomunikasi pelajar. Kelemahan pelajar dalam komunikasi akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk berinteraksi dengan berkesan dan boleh mengurangkan potensi mereka untuk berdaya saing dalam alam pekerjaan kelak.Oleh itu, pelajar harus dilengkapi dengan pengetahuan yang sesuai untuk memandu mereka menggarap sesuatu rangsangan dan dapat memberikan respons yang baik. Dengan pengetahuan ini, pelajar akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Pernyataan masalah ini meliputi empat perkara utama, iaitu:

1. 2. 3. 4.

Apakah situasi yang ideal yang diharapkan? Apakah realiti sebenarnya yang berlaku pada situasi tersebut? Apakah padahnya jika situasi ini tidak diperbetul atau diperbaik? Apakah huraian permasalahan yang disarankan?

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

247

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

3. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. 2.

meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dengan menggunakan rangsangan video; dan memperbaik kemahiran produktif pelajar dalam berinteraksi.

4. Kajian Literatur Christine Canning-Wilson (2000) mendapati bahawa pemahaman melalui video lebih berkesan untuk pembelajaran kemahiran bertutur bukan kerana kesan bunyinya, tetapi kesan pergerakan video itu sendiri. Secara ringkas rangsangan video lebih menarik minat pelajar dan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menterjemahkan minat ini untuk menghasilkan respons yang sesuai dan berkesan. Shepard dan Cooper (1982), Meer dan Galini (1990) membuat perkaitan antara petunjuk visual, proses ingatan, dan penarikan balik pengetahuan baru. Allam (2006) melalui pemerhatian yang dilakukannya mendapati bahawa cabaran kreatif dengan penggunaan imej bergerak dan bunyi untuk berkomunikasi tentang topik yang memang menarik dan berwawasan, tetapi menambah bahawa ia juga membolehkan pelajar memperoleh pelbagai kemahiran yang boleh dipindahkan sebagai tambahan kepada video itu sendiri.

5. Kaedah Kajian Subjek Kajian Kajian ini melibatkan 16 orang pelajar Menengah dua dari Aliran Ekspres kohort 2014. Pelajar ini merupakan kumpulan pertama yang akan mengambil ujian lisan Peperiksaan Peringkat Am Bahasa Melayu format baharu yang menggunakan rangsangan video sebagai bahan ujian interaksi lisan. Daripada 16 orang ini, tiga orang pelajar mewakitli setiap golongan HA-MA-LA, iaitu memiliki kemahiran tahap tinggi, kemahiran tahap sederhana dan kemahiran tahap rendah. Hal ini dilakukan untuk meneliti keberkesanan langkah intervensi dalam membantu pelajar daripada tahap kemahiran yang berbeza. Prosedur Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah kajian berbentuk rintis bagi sebuah Kajian Tindakan yang akan dijalankan pada tahun seterusnya. Kajian ini merupakan satu inisiatif Jabatan Bahasa Ibunda (Bahasa Melayu dan Tamil) untuk projek tahunan PLT (Professional Learning Team) bagi tahun 2014. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu pada penggal kedua sekolah. PLT Jabatan Bahasa Ibunda perlu mengenal pasti penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk dijadikan kajian tindakan keprihatinan pada tahun 2014. Kemahiran lisan telah menjadi pilihan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran berfikir abad ke-21. Kajian ini dilaksanakan selama tiga minggu dengan menggunakan tiga proses; praintervensi, intervensi dan pascaintervensi. Dalam langkah praintervensi, pelajar tidak dibimbing untuk aktiviti E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

248

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

perbincangan dan tidak secara bebas tanpa diajarkan dan dipandu dengan sebarang rangsangan. Video yang digunakan berkenaan Aktiviti Lasak.Proses intervensi dijalankan pada minggu kedua. Guru menayangkan klip video yang sama dan membincangkan isi-isi relevan yang patut dicungkil oleh pelajar. Pelajar juga dibimbing menggunakan soalan- soalan rangsangan berdasarkan teknik Socratic. Pelajar perlu mengaitkan tema atau kandungan klip video tersebut dengan pengalaman mereka sendiri dan memberikan pandangan berdasarkan perspektif keluarga, sekolah atau masyarakat. Guru menayangkan klip video yang berbeza kepada pelajar yang terlibat pada minggu ketiga. Kali ini, klip video yang digunakan berkenaan Kunci Kejayaan. Dalam proses praintervensi dan pascaintervensi, pelajar menonton klip video tersebut secara individu kerana mereka diuji mengikut persekitaran dan format yang sama seperti ujian lisan Peperingksaan Peringkat Am. Instrumen Kajian Data yang dikumpulkan dalam kajian ini berbentuk kuantitatif dengan penggunaan borang pemerhatian guru dan markah lisan yang diperoleh oleh tiga orang pelajar HA-MA-LA. 6. Dapatan Kajian dan Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan markah bagi pelajar tahap rendah. peringkat praintervensi, pelajar mendapat markah antara 22-27 markah. Pada peringkat pascaintervensi, kesemua tiga orang pelajar mendapat 31 markah. Sila rujuk Jadual 1. Melalui pemerhatian guru pelajar didapati lebih fokus dan terarah semasa menberikan respons. Pelajar dapat menjelaskan video yang ditonton dengan lebih baik. Idea yang dikembangkan menunjukkan tahap pemikiran yang lebih tinggi contohnya, bagaimana aspek fizikal dapat merangsang keyakinan diri dan membawa kepada kejayaan dalam hidup.Pelajar juga berasa lebih selesa dan dapat bertutur dengan lebih yakin berbanding dengan tahap praintervensi. Pelajar dapat memberikan respon berdasarkan rangsangan berbanding dengan respon-respon rambang yang diberikan pada tahap pra-intervensi. Di samping itu, pelajar berjaya mengembangkan idea mereka dan menggunakan kosa kata yang relevan seperti makanan bergizi dan kandungan gula dan garam yang berlebihan. Jadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar dari tahap praintervensi dan pascaintervensi.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

249

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

Jadual 1: Pencapaian Pelajar No.

Nama

No. Indeks

Kelas 2E2

Praintervensi (40m) 28

Pascaintervensi (40m) 31

1

P1

27

2

P2

40

2E2

Tidak hadir

28

3

P3

21

2E5

29

32

4

P4

34

2E3

26

31

5

P5

15

2E2

27

33

6

P6

15

2E5

24

29

7

P7

19

2E5

27

31

8

P8

35

2E2

25

29

9

P9

20

2E5

Tidak hadir

30

10

P10

11

2E7

25

Ab

11

P11

12

2E7

Tidak hadir

30

12

P12

26

2E3

Tidak hadir

32

13

P13

39

2E3

28

33

14

P14

16

2E5

25

31

15

P15

33

2E5

27

31

16

P16

17

2E5

22

31

Kemahiran

Tahap sederhana

Tahap tinggi

Tahap rendah

Secara keseluruhannya, pelajar mendapat markah yang lebih baik sewaktu tahap pascaintervensi dilakukan. Hal ini bukan sahaja dapat dilihat pada tiga orang pelajar yang dikenal pasti (HA-MA-LA) bahkan juga pada kesemua yang mengambilnya untuk tahap praintervensi dan pascaintervensi.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

250

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

Kesimpulan Dengan dapatan kajian ini, diharapkan agar dapat menambah nilai kepada kajian-kajian rintis untuk meningkatkan kemahiran reseptif dan produktif berinteraksi pelajar menerusi rangsangan video. Usaha lanjutan akan dilakukan dengan menghasilkan satu pakej lisan menggunakan rangsangan video bukan sahaja untuk pelajar yang mengambil Bahasa Melayu bahkan juga untuk pelajar Bahasa Melayu Lanjutan.Kajian ini juga diharapkan dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran lisan di sekolah agar kemahiran berinteraksi pelajar dapat dipertingkatkan. Guru-guru berikut turut terlibat dalam kajian yang dijalankan.   

Alena Puhari Nur Hafizah Ismail Nur Ashikin Sapri

Rujukan Allam, C. (2006) in Bijnens, M, Vanbuel, M. Versteegn, Handbook on Digital Video and audio in Education, Creating and Using audio and Video material for Educational puprpose. The Videoaktiv Project Barak. Moshe, (2009). Idea Focussing versus Idea Generating: A Course for Teacher on Inventive Problem Solving. Vol. 46, pg 345 – 35, in Innovations in Education and Teaching Interanation, London: Routledge Taylor and Francis Group. Harding. Tayloe, (2010) .Fostering Creativity for Leadership and Leading Change. Vol 111, pg 51 – 53, in Arts Education Policy Review, London: Routledge Taylor and Francis Group. Linda Edler, (2007). A miniature guide for students and faculty to the foundations of analytic thinking: how to take thinking apart and what to look for when you do; the elements of thinking and the standards they must meet, Foundation for Critical Thinking, USA: University of Michigan, US. McPeck. John E., (1990). Teaching Critical Thinking: Dialogue and Dialectic. London: Routledge Taylor and Francis Group.

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

251

Suggest Documents