PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MEMAHAMI TAJUK CARA TUMBUHAN MEMBIAK. Oleh

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268 PENGGUNAAN KAEDAH PEMB...
Author: Bryce Anthony
16 downloads 3 Views 653KB Size
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MEMAHAMI TAJUK CARA TUMBUHAN MEMBIAK Oleh Pau Chai Hung [email protected] ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dari Tahun Empat memahami tajuk cara tumbuhan membiak melalui kaedah pembelajaran berasaskan projek. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang murid kelas Tahun Empat. Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menjalankan projek menghasilkan buku skrap dalam kumpulan. Penyelidikan tindakan ini telah dilaksanakan dalam masa empat minggu di sebuah sekolah rendah di Kuching, Sarawak. Cara pengumpulan data yang digunakan adalah soal selidik, ujian pra dan pos serta melalui pemerhatian; dan kemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan dan analisis deskriptif. Penyemakan data turut dibuat menggunakan triangulasi kaedah, triangulasi masa dan triangulasi penyelidik. Dapatan menunjukkan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah memberi kesan positif dari segi peningkatan tahap minat dan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran selain daripada peningkatan markah dalam ujian. Penyelidikan tindakan ini juga memberi peluang kepada saya untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek. Kata kunci: Kaedah pembelajaran berasaskan projek, tajuk cara tumbuhan membiak, murid kelas tahun empat

ABSTRACT This action research was carried out to enhance the understanding of topic “plant reproduce” among Year Four pupils through the introduction of project based learning. Respondents in this study are made of 30 students in class Year Four. During the study, the respondents are asked to carry out the scrap book project in group. This action research was carried out in one month in a primary school in Kuching, Sarawak. The data for this study was collected based on observation, questionnaires, pre and post tests and then analyzed using content analysis and descriptive analysis. Checking of data was done using method, time and researcher’s triangulation. The analysis of data showed that project based learning has positive effect in terms of the increase in the level of pupils’ interest and involvement in the learning activities other than an increase in the pupils’ marks for test. In addition, this action research also improved my teaching and learning practices and my professionalism as a researcher and educator through the implementation of project based learning. Key words: Project based learning, “plant reproduce”, year four pupils

254 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

PENGENALAN Konteks Saya merupakan guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(PISMP) Ambilan Januari Tahun 2009. Sepanjang empat tahun dalam program ini, saya berpeluang menjalani empat kali Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah-sekolah yang terdapat di Sibu dan Kuching. Saya juga telah menjalani tiga fasa praktikum selama enam bulan di sekolah-sekolah yang terdapat di sekitar bandaraya Kuching. Pada praktikum fasa Satu, saya telah menjalani praktikum di Sekolah X. Pada masa itu, saya berpeluang mengajar Sains Tahun Tiga dan Empat. Pada pratikum fasa Dua, saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Y dan berpeluang mengajar Sains Tahun 4 dan 5. Semasa praktikum ketiga, saya telah mengajar tajuk cara tumbuhan membiak mata pelajaran Sains Tahun Empat. Saya mendapati kebanyakkan murid menghadapi kekeliruan untuk mengenalpasti cara tumbuhan membiak seperti melalui biji benih, daun, spora, keratan batang dan batang bawah tanah serta salur. Selain itu, murid juga menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis atau nama tumbuhan yang ditunjukkan oleh saya semasa proses P&P dijalankan. Oleh itu, hampir separuh murid dalam kelas iaitu 50% tidak dapat menguasai topik ini dengan baik dan mendapat pencapaian yang lemah dalam ujian. Isu keprihatinan Saya mendapati ramai murid Tahun 4 kurang memahami dan keliru terhadap tajuk “cara tumbuhan membiak”. Semasa saya mengajar tajuk ini terdapat 60% murid dalam kelas tidak boleh mengenali contoh-contoh tumbuhan yang ditunjukkan oleh saya seperti bryophyllum, begonia, fern, kiambang dan lain-lain. Saya telah menggunakan “powerpoint” untuk mengajar tajuk ini namum terdapat kekeliruan di antara mereka untuk memahami enam jenis cara bagi tumbuhan membiak iaitu melalui biji benih, daun, spora, keratin batang dan batang bawah tanah serta salur. Ada di antara mereka tidak pernah melihat atau mendengar beberapa jenis tumbuhan yang ditunjukkan oleh saya dalam kehidupan harian jadi ini telah menyusahkan mereka untuk mengenalpasti cara pembiakan bagi tumbuhan tersebut. Semasa sesi refleksi, saya telah memberi soalan kuiz sebanyak lima soalan kepada murid-murid saya. Berdasarkan dari jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka didapati 55.94% iaitu 3/5 daripada mereka tidak memahami tajuk cara tumbuhan membiak. Oleh itu, kebanyakan mereka telah menjawab kuiz berkaitan cara tumbuhan membiak dengan jawapan yang salah.

Rajah 1. Hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid X.

255 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

Rajah 1 menunjukkan hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid X. Murid X telah membuat kesilapan sebanyak empat dari lima soalan dan hanya soalan ketiga yang berjaya dijawab betul olehnya. Murid ini tidak dapat menjawab soalan pertama iaitu contoh tumbuhan bagi cara membiak dengan daun. Soalan kedua juga didapati salah dengan tidak dapat memberi contoh tumbuhan yang menggunakan salur untuk membiak. Bagi soalan keempat, dia juga tidak dapat memberi contoh bagi tumbuhan yang membiak dengan cara batang bawah tanah dan soalan terakhir juga gagal dijawab iaitu menyenaraikan cara ubi kayu membiak. Secara umumnya, murid X telah gagal menguasai topik ini dan tidak memahami apa yang telah diajar oleh saya sebelum ini.

Rajah 2. Hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid Y. Rajah 2 menunjukkan hasil kuiz yang telah dijalankan oleh murid Y. Murid Y telah melakukan kesilapan sebanyak lima dari lima soalan. Dia gagal menjawab soalan pertama iaitu memberi contoh tumbuhan bagi cara membiak iaitu dengan daun. Soalan kedua juga didapati salah dengan tidak dapat memberi contoh tumbuhan yang menggunakan salur untuk membiak. Soalan ketiga iaitu menyenaraikan cara membiak bagi cendawan juga gagal dijawab olehnya. Bagi soalan keempat, dia tidak dapat memberi contoh bagi tumbuhan yang membiak secara batang bawah tanah dan soalan terakhir juga gagal dijawab iaitu cara ubi kayu membiak.

Murid A telah mendapat 30% . Rajah 3. Hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A. Rajah 3 menunjukkan hasil latihan yang telah dijalankan oleh murid A. Menurut hasil kerja murid A, saya mendapati murid ini tidak dapat menguasai tajuk yang diuji dengan baik kerana daripada enam soalan objektif, dia hanya menjawab dua 256 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

soalan dengan betul manakala bagi soalan subjektif, hanya satu dari empat soalan yang betul dijawabnya. Oleh itu, didapati murid A tidak memahami tajuk ini dengan baik.

Bilangan murid

25 20 15 10 5 0

Skor murid 4X dalam latihan topik cara tumbuhan membiak

100%

1

90%

3

80%

1

70%

3

60%

2

50% dan kebawah

20

Rajah 4. Skor murid Tahun 4 dalam latihan tajuk cara tumbuhan membiak. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, saya mendapati sepuluh soalan latihan yang diberi kepada tiga puluh orang murid Tahun 4, hanya seorang yang dapat menjawab semua soalan dengan skor 10/10, tiga orang memperolehi skor 9/10, seorang memperolehi skor 8/10, tiga orang memperolehi skor 7/10 dan dua orang memperolehi skor 6/10. Secara keseluruhannya seramai dua puluh orang murid memperoleh skor 5/10 atau skor di bawah 5/10. Keadaan ini menunjukkan bahawa hampir setengah murid kurang dapat menguasai tajuk ini dengan baik. OBJEKTIF KAJIAN 1. Meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 terhadap topik cara tumbuhan membiak dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek. 2. Membantu tiga puluh orang murid Tahun 4 untuk menguasai tajuk “cara tumbuhan membiak” dengan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek. SOALAN KAJIAN 1. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 terhadap tajuk cara tumbuhan membiak ? 2. Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat membantu tiga puluh orang murid Tahun 4 menguasai topik “cara tumbuhan membiak” dengan baik? PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN Perancangan Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif dengan melibatkan murid-murid dalam penyiasatan yang berterusan dan berkerjasama (Bransford & Stein, 1993). 257 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

Saya telah merujuk kepada model pembelajaran berasaskan projek yang diperkenalkan oleh Merill (1991). Terdapat lima langkah dalam model Merill untuk melaksakan projek. Antara langkah-langkahnya adalah: 1. 2. 3. 4. 5.

Menentukan tajuk Perancangan pelaksaan projek Pembiaan jadual dan penentuan prosedur projek Pembimbingan Penilaian dan refleksi

Projek menghasilkan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman muridmurid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip sains. Prestasi murid-murid ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan penyediaan butir-butir serta hujah yang tepat dalam buku skrap. (Newmann & Wehlage 1995). Murid-murid telah membuat buku skrap sebagai projek bagi topik cara tumbuhan membiak. Mereka telah mencari gambar tumbuhan dan membuat bacaan lanjutan tentang tumbuhan berkenaan dari internet, majalah, surat khabar, buku dan lain-lain. Pelaksanaan Saya telah menjalankan P&P untuk mengajar topik ini menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek dengan menghasilkan buku skrap. Murid akan menghasilkan buku skrap secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua kumpulan dan diberi empat minggu untuk menyiapkan buku skrap. Saya bertindak sebagai fasilitator dan memberi bimbingan serta dorongan kepada murid-murid. Saya meminta setiap kumpulan mencari gambar-gambar tumbuhan melalui surat khabar, buku, internet, majalah dan lain-lain. Semasa mencari gambar mereka telah membuat bacaan lanjutan terhadap tumbuhan yang dicari oleh mereka seperti rupa bentuk, cara membiak, habitat dan lain-lain. Ketua kumpulan telah membahagikan tugas di antara ahli kumpulan. Ketua kumpulan juga telah memastikan ahli kumpulannya mencari dan mengumpul gambar tumbuhan dan memaklumkan perkembangan tugasan kumpulan mereka kepada saya. Setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar-gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap. Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan tumbuhan melalui cara pembiakannya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora, keratan batang dan batang bawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagi tumbuhan yang ditunjukkan dalam gambar. Oleh itu, murid berpeluang menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya dalam buku skrap. Murid-murid telah mengklasifikasi dan mengenalpasti gambar-gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap mengikut enam cara tumbuhan membiak. Seterusnya, nama tumbuhan perlu disenaraikan. Buku skrap yang belum disiapkan telah diteruskan kepada minggu yang berikutnya. Saya telah membuat penilaian kepada buku skrap dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka melakukan penambahbaikan. Jadual 1 pula menunjukkan tempoh dan aktiviti berkaitan penghasilan buku skrap.

258 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

Jadual 1. Langkah-langkah penghasilan buku skrap Langkah-langkah Satu

Dua

Tiga

Empat

Lima

Enam

Tindakan Murid-murid mencari gambar tumbuhan melalui internet, majalah, buku dan surat khabar. Murid-murid membuat bacaan lanjutan terhadap tumbuhan yang dicari seperti rupa bentuk, cara pembiakan dan habitat. Secara kumpulan berempat, muridmurid membuat buku skrap dalam kelas.

Tarikh 26/ 6/ 20122/ 7/ 2012

Murid-murid mengklasifikasi dan mengenalpasti serta melekatkan gambar tumbuhan yang dikumpul bersama-sama dalam buku skrap mengikut enam cara pembiakannya. Buku skrap yang belum siap diteruskan kepada minggu yang berikutnya. Muridmurid boleh membuat penambahbaikkan terhadap buku skrap.

9/7 /2012 – 20/ 7/ 2012

Saya telah membuat penilaian kepada buku skrap dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka telah melakukan penambahbaikan.

26/ 6/ 20122/ 7/ 2012 3/ 7/ 2012 – 9/ 7/ 2012

14/ 7/ 2012 – 20/ 7/ 2012

3/7 / 2012 – 20/7/ 2012

METODOLOGI Peserta kajian Kumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan ini terdiri daripada 30 orang murid dari kelas Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Y yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Pencapaian murid-murid kelas ini dalam mata pelajaran Sains adalah sederhana hanya tiga orang mempunyai pencapaian yang baik iaitu mendapat markah 80 atau ke atas . 18 orang murid saya adalah murid yang lemah iaitu telah gagal dalam mata pelajaran sains. Saya juga mendapati murid-murid telah menunjukkan minat yang tinggi dalam melibatkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran Sains sekiranya saya membuat sesuatu aktiviti yang menarik seperti membuat kuiz, eksperimen, demonstrasi dan simulasi dalam kelas. Etika Penyelidikan Sebelum memulakan kajian, terlebih dahulu saya telah memohon kebenaran daripada pihak sekolah. Kemudian, saya mendapatkan kebenaran daripada tiga puluh orang murid-murid secara bertulis. Mereka telah mengisi surat persetujuan penyertaan kajian. Penerangan diberikan agar mereka memahami objektif dan hak sebagai peserta kajian. Rajah 5 menunjukkan contoh surat persetujuan penyertaan murid.

259 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

SURAT PERSETUJUAN PENYERTAAN DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN Saya, dari Kelas 4X Sekolah Kebangsaan Kenyalang bersetuju/ tidak bersetuju untuk melibatkan sebagai peserta dalam penyelidikan tindakan ini. Saya memahami bahawa saya perlu terlibat dalam semua aktiviti dalam penyelidikan tindakan ini. Saya membenarkan penyelidik membuat rakaman video dan tangkapan gambar-gambar untuk tujuan penyelidikan tindakan ini. Saya turut memahami pandangan, maklum balas dan hasil kerja saya akan digunakan dalam penulisan laporan penyelidikan tindakan. Pada masa yang sama, saya difahamkan saya boleh menarik diri pada bila-bila masa sepanjang pelaksanaan penyelidikan tindakan ini. Saya memahami segala maklumat peribadi saya akan dirahsiakan.

Rajah 5. Contoh surat persetujuan penyertaan murid. Teknik Mengumpul Data Saya telah menggunakan tiga kaedah penggumpulan data iaitu kaedah pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta soal selidik. Data yang dikumpul telah mencukupi untuk memberi bukti dan sokongan dalam menjawab soalan-soalan penyelidikan tindakan. Soal selidik Borang soal selidik telah dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Setiap murid telah disoal dengan soalan yang sama, oleh itu saya telah membuat perbandingan antara murid yang berbeza. Borang soal selidik telah diedarkan kepada murid untuk diisi sebelum dan selepas tindakan. Soal selidik ini mengandungi tujuh soalan. Borang soal selidik telah dikumpul semula untuk dianalisis. Rasional saya memilih instrumen ini kerana ianya dapat menghasilkan data yang lebih tepat tanpa pembiasan kerana data dibuat oleh pihak pertama iaitu kumpulan murid itu sendiri. Ujian pra (sebelum) dan ujian pos (selepas) tindakan Ujian telah diberi kepada murid sebelum dan selepas tindakan. Ujian tersebut terdiri daripada 6 soalan objektif dan 4 soalan subjektif. Ujian sebelum diberikan kepada murid untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai topik yang dikaji. Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu ujian pos telah diberikan kepada murid-murid. Soalan dan prosedur yang sama dengan ujian sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai peningkatan dalam pengetahuan murid-murid. Analisis akan dilakukan untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan murid tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Pemerhatian Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang lebih bersifat secara terus. Maklumat yang dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan menggunakan senarai semak. Saya telah membuat pemerhatian terhadap sikap dan minat serta kelakuan murid semasa dalam kelas. Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya saya dapat mengamati dan mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses P&P berlaku.

260 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

Teknik menganalisis data Penganalisisan data adalah berdasark ananalisis deskriptif. Untuk ujian pra dan ujian pos, jumlah soalan yang dijawab dengan betul ditukar ke dalam bentuk peratusan. Perbandingan peratus (%) markah ujian peserta bagi ujian pra dan ujian pos turut dilakukan. Hasil dapatan kesemua ujian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 (MS EXCEL), dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Dalam kaedah ini, saya menganalisis markah pencapaian peserta dalam bentuk peratusan bagi Ujian pra dan pos serta perbandingan min markah telah dilakukan. Selain iu, saya juga menganalisis soal selidik dan pemerhatian berstruktur dalam bentuk peratusan . Saya menganalisis nota lapangan saya dengan analisis kandungan. Semasa menganalisis, saya menandakan perkara-perkara yang dianggap penting dan berkaitan dengan soalan-soalan penyelidikan tindakan saya. Setelah menganalisis kesemua nota lapangan, saya merujuk semula perkara-perkara yang ditandakan dan tentukan kategori. Jadual 2. Contoh penulisan nota lapangan saya pada 12 Julai 2012 Tarikh 12/ 7/2012 Masa 7.40 pagi-8.40pagi catatan Saya telah menjalankan aktiviti buku skrap di dalam kelas. Saya mendapati bahawa kebanyakan murid berasa seronok dan turut melibatkan diri dalam proses perbincangan dalam kumpulan. Murid telah menunjukkan motivasi yang tinggi dan telah memberi perhatian semasa guru memberi arahan dan bimbingan. Tetapi beberapa orang murid telah bercakap dengan suara yang kuat semasa membuat perbincangan. Teknik Menyemak Data Triangulasi masa dan triangulasi penyelidik serta triangulasi kaedah telah digunakan untuk membantu saya menyemak data yang telah dikumpul. Triangulasi masa Triangulasi masa melibatkan tempoh membuat buku skrap dalam kumpulan selama empat minggu. Saya telah menjalankan penyelidikan ini semasa praktikum Fasa Tiga sebelum pelaksanaan penyelidikan tindakan ini dan projek buku skrap telah dijalankan pada Program Internship selama empat minggu. Perkembangan murid dapat diteliti dengan baik dan disemak dari semasa ke semasa. Triangulasi Penyelidik Triangulasi sumber pula ialah semakan ujian pra dan ujian pos oleh saya dan rakan sepraktikum saya untuk memastikan semakan adalah konsistensi dan tiada bias demi menyemak kesahan data saya. Selain itu, saya juga meminta rakan sepraktikum untuk memerhati penglibatan peserta kajian dalam penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek bagi tajuk “cara tumbuhan membiak. Pemerhatiannya turut dijadikan bukti sokongan terhadap senarai semak pemerhatian yang telah saya buat.

261 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

Triangulasi kaedah Saya menggunakan triangulasi kaedah semasa mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang berlainan kepada murid-murid yang sama. Dalam penyelidikan tindakan ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian, ujian pra dan ujian pos dan juga soal selidik. REFLEKSI Refleksi dapatan  Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan kefahaman murid-murid Tahun 4 terhadap topik cara tumbuhan membiak ? Kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menukarkan kaedah p&p saya daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Sebelum ini, saya jarang menggunakan kaedah p&p yang berpusatkan murid. Saya berpendapat bahawa kaedah tersebut mengambil masa yang lama dan menjejaskan kelancaran p&p saya. Akan tetapi, pernyataan Trigwell dan Prosser (1996) telah menyedarikan saya tentang keperluan untuk bertukar kaedah P&P. Trigwell dan Prosser menyatakan guru perlu menyedari bahawa guru tidak dapat memindahkan sesuatu pandangan atau konsep baru tentang dunia kepada pelajar. Kaedah berpusatkan murid adalah satu keperluan. Saya telah merancang mengajar topik cara tumbuhan membiak dengan kaedah pembelajaran berasaskan projek( project based learning) melalui buku skrap. Penyelidikan tindakan ini membolehkan saya memahami manfaat perbincangan kumpulan. Peserta murid saling berbincang dan berkongsi idea semasa membuat buku skrap. Murid-murid yang terdiri daripada 30 orang murid dari Tahun 4 telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua kumpulan.

Rajah 6. Murid saling membuat perbincangan semasa menghasilkan buku skrap dalam kumpulan. Rajah 6 telah menunjukkan murid-murid sedang membuat perbincangan bersamasama dan saling berkongsi idea semasa membuat projek dalam kumpulan. Perbincangan dalam kumpulan membolehkan murid-murid memperolehi gambaran dan kefahaman yang lebih mendalam. Murid-murid telah dimotivasikan dan minat mereka telah dipertingkatkan semasa membuat projek. Ahli kumpulan telah saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Bagi ahli kumpulan yang mempunyai pencapaian yang lebih baik, telah menolong atau membimbing ahli kumpulan yang lebih lemah. Setelah mengumpulkan gambar-gambar dan maklumat tumbuhan, setiap kumpulan telah menghasilkan buku skrap mereka dalam kelas. Dalam kumpulan berempat, setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersamasama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap. 262 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

Seterusnya, mereka harus mengklasifikasikan tumbuhan melalui cara pembiakannya dan menyenaraikan nama bagi tumbuhan yang ditunjukkan dalam gambar. Oleh itu, murid berpeluang menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya dalam buku skrap.

Rajah 7. Contoh buku skrap yang dihasilkan oleh murid. Murid telah berjaya mengklasifikasi dan mengenalpasti enam cara bagi tumbuhan membiak dan akhirnya melekatkan gambar tumbuhan yang dikumpul bersamasama dalam buku skrap seperti dalam Rajah 7 mengikut enam cara tumbuhan membiak tersebut.

Rajah 8. Murid berasa riang dan gembira semasa membuat buku skrap. Merujuk Rajah 8, saya mendapati semasa murid-murid membuat buku skrap, mereka telah berasa gembira dan riang. Mereka kelihatan bermotivasi dengan membuat perbincangan sesama ahli kumpulan dan telah memberi perhatian penuh dan kerjasama yang baik semasa membuat buku skrap kerana berasa seronok. Masalah kawalan kelas telah dikurangkan dengan tidak membuat bising, berlari, mengantuk dan lain-lain. Mereka telah saling tolong menolong dan ahli kumpulan yang memberi pencapaian yang lebih baik akan memberi bantuan, bimbingan kepada ahli kumpulan yang sederhana dan lemah. Oleh itu, masalah kawalan kelas diselesaikan berbanding sebelum tindakan. 

Adakah kaedah pembelajaran berasaskan projek dapat membantu tiga puluh orang murid Tahun 4 menguasai topik “cara tumbuhan membiak” dengan baik?

Penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah membantu saya dalam menarik perhatian murid dan memupuk minat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang oleh saya di dalam kelas. Projek buku skrap akan meningkatkan prestasi pelajar iaitu pemahaman idea, konsep, teori dan prinsip sains dengan mentafsir dan menerangkan, maklumat yang konkrit. Prestasi muridmurid ditunjukkan dengan mereka dapat memberi huraian yang jelas dan menyediakan butir-butir dan hujah yang tepat dalam buku skrap. (Newmann dan Wehlage 1995) Selain itu, penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menjadikan pengajaran saya lebih mudah difahami oleh murid-murid. Mereka tidak berasa bosan dalam pengajaran saya, mereka telah saling membuat perbincangan dan 263 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

kelihatan seronok dan riang. Dalam kumpulan beempat, setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang dikumpul ke dalam buku skrap. Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan tumbuhan dengan cara membiaknya iaitu melalui cara biji benih, daun, spora, keratan batang dan batang bawah tanah serta salur dan menyenaraikan nama bagi tumbuhan yang ditunjukkan dalam gambar. Oleh itu, murid telah berjaya menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara membiaknya dalam buku skrap. Selain itu, penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek telah menjadikan pengajaran saya lebih mudah difahami oleh murid-murid. Mereka tidak berasa bosan dalam pengajaran saya, mereka saling berbincang dan kelihatan seronok serta riang. Dalam kumpulan berempat, setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-sama untuk meletakkan gambar tumbuhan yang dikumpul ke dalam buku skrap. Oleh itu, murid telah berjaya menyelesaikan masalah dengan mengklasifikasikan tumbuhan mengikut cara pembiakannya. Penggunaan kaedah ini banyak membantu 30 orang murid saya dalam menguasai tajuk “cara tumbuhan membiak . Ini dapat dibuktikan berdasarkan ujian pra dan pos. Markah ujian pra murid X ialah 40% dan ujian pos ialah 80%.

Markah ujian pra murid Y ialah 50% dan ujian pos ialah 80%.

Rajah 9. Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi dua orang murid Menurut Rajah 9 di sebelah kiri, murid X telah mendapat markah 40 dalam ujian pra tetapi dalam ujian pos, murid X telah mendapat markah 80 selepas tindakan. Ini bermakna, murid ini telah mendapat kemajuan sebanyak 40 markah dan telah menguasai topik ini. Rajah di sebelah kira ialah keputusan bagi murid Y, dalam ujian pra murid Y telah mendapat 50 markah dan ujian pos telah mendapat 80 markah. Murid Y telah mendapat kemajuan sebanyak 30 markah berbanding sebelum tindakan dijalankan oleh saya. Jadual 3. Perbandingan peratus gred murid dalam ujian pra dan ujian pos Markah 80-100 60-79 40-59 20-39 0-19

Gred A B C D E

Bilangan Murid/Peratus % Sebelum ujian tindakan Selepas ujian tindakan 2 6.67 6 20.00 7 23.33 13 43.33 10 33.33 8 26.67 8 20.67 2 6.67 3 10.00 1 3.33

264 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

MIn peratusan (%)

Jadual 3 telah menunjukkan terdapat dua orang mendapat gred A iaitu 6.67% dalam ujian pra dan ujian pos telah telah meningkat kepada 6 orang (20%). Bagi murid yang mendapat gred B dalam ujian pra ialah 7 orang (23.33%) sementara dalam ujian pos telah meningkat kepada 13 orang (43.33%). Bagi gred C terdapat 10 orang (33.33%) dalam ujian pra dan terdapat penurunan iaitu 8 orang (26.67%) dalam ujian pos. Bagi murid yang mendapat gred yang gagal iaitu gred D, terdapat 8 orang murid (20.67%) dalam ujian pra, bagi ujian pos, hanya terdapat 2 orang (6.67%) mendapat gred D. Bagi murid yang mendapat gred E dalam ujian pra ialah 3 orang (10%) dan ujian pos telah menurun ke seorang (3.33%) sahaja. Saya telah mendapati murid-murid dapat menguasai tajuk ini dengan lebih baik berbanding sebelum tindakan dijalankan kerana kesemua murid iaitu 30 orang telah menunjukkan kemajuan dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Murid yang mendapat gred yang kurang memuaskan iaitu gred C, D dan E telah menurun manakala bagi gred yang baik seperti A dan B telah meningkat. 100 80 60 40 20 0

Sebelum tindakan

Selepas tindakan

Min peratusan yang menjawab "Ya"

30

85.24

Min peratusan yang menjawab "Tidak"

70

14.76

Rajah 10. Min peratusan bagi soal selidik sebelum dan selepas tindakan. Melalui soal selidik yang diberikan kepada murid, saya mendapati minat mereka terhadap topik cara tumbuhan membiak telah meningkat dengan cara menghasilkan buku skrap dan telah menguasai topik ini. Peratusan min yang menjawab “ Ya” sebelum tindakan ialah 30% dan yang menjawab “Tidak” ialah 70%. Selepas tindakan dijalankan min peratusan yang menjawab “Ya” telah meningkat kepada 85.24%. Jika berbanding dengan min peratusan sebelum tindakannya telah meningkat sebanyak 55.24%. Ini bermakna lebih banyak murid-murid telah memahami dan menguasai topik ini dengan lebih baik. Min peratusan bagi murid sasaran yang menjawab “tidak” adalah 70% sebelum tindakan dan selepas tindakannya telah menurun ke 14.76%.

265 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

93.33

100

50

10

90 6.67

0 Min peratusan Min peratusan murid yang murid yang tidak memenuhi syarat memenuhi syarat Sebelum tindakan

Selepas tindakan

Rajah 11. Perbandingan min peratusan murid yang memenuhi syarat dan tidak memenuhi syarat sebelum tindakan dan selepas tindakan. Bagi pemerhatian, didapati min peratusan murid yang memenuhi syarat ialah 10% sebelum tindakan tetapi selepas tindakan minnya telah meningkat ke 93.33%. Ini bermakna terdapat ramai murid telah memenuhi syarat dalam senarai semak pemerhatian selepas tindakan. Bagi min peratusan murid yang tidak memenuhi syarat telah mencapai 90% sebelum tindakan dan selepas tindakan telah menurun ke 6.67% sahaja. Refleksi Penilaian Tindakan Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini telah mendatangkan kesan secara positif kepada murid-murid. Mereka telah berjaya menguasai enam cara tumbuhan membiak dan memberi contoh tumbuhan selepas penyelidikan tindakan yang mengggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek. Mereka juga mampu untuk menjawab soalan-soalan ujian yang berkaitan dengan tajuk ini. Setelah menjalankan penyelidikan tindakan ini, saya telah mengetahui lebih mendalam tentang kaedah pembelajaran berasaskan projek. Saya juga mengetahui kelebihan dan kelemahan saya melalui kajian tindakan ini. Dengan menyedari kelemahan diri saya dalam penyelidikan tindakan, saya berjanji akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang timbul dan saya yakin bahawa P&P saya akan lebih berkesan pada masa akan datang. Dapatan kajian telah menunjukkan kaedah pembelajaran berasaskan projek berkesan dalam membantu murid mempelajari topik cara tumbuhan membiak. Hasil analisis soal selidik dan pemerhatian mendapati setelah kaedah ini digunakan, peserta kajian yang tidak begitu minat dalam sains menjadi lebih seronok, ceria, dan suka mempelajarinya. Mereka juga berkeyakinan bahawa kaedah tersebut dapat membantu mereka menyelesaikan soalan dalam ujian. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kajian tindakan ini. Kaedah pembelajaran berasaskan projek yang saya gunakan dalam pengajaran tajuk cara tumbuhan membiak berjaya memberi kesan yang positif kepada peningkatan kefahaman murid tahun 4. Walaupun pada akhir kajian tindakan, masih terdapat tiga orang murid yang tidak dapat menguasai tajuk ini dengan sepenuhnya dimana mereka mendapat gred D dan E dalam ujian selepas tindakan, namum pada hakikatnya mereka telah mencapai peningkatan markah yang ketara dalam ujian selepas tindakan jika dibandingkan dengan markah ujian sebelum tindakan. Saya percaya jika murid tersebut diberi lebih banyak bimbingan dan diajar dengan 266 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

keadah pengajaran yang lebih interaktif, mereka pasti dapat menguasai tajuk ini dengan baik. Refleksi Pembelajaran Kendiri Saya telah menambah baik amalan sebagai seorang penyelidik memandangkan ini merupakan pengalaman kali pertama saya menjalankan penyelidikan tindakan di sekolah rendah. Kekurangan pengalaman dalam diri telah mendatangkan pelbagai kekangan kepada saya untuk menyelesaikan penyelidikan tindakan ini. Perkara yang telah saya pelajari ialah dari segi teknik yang digunakan semasa ingin mengendalikan satu projek iaitu dengan murid-murid untuk menyiapkan buku skrap dan memastikan setiap dari mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Saya telah mempelajari teknik mengendalikan sesuatu projek dengan murid-murid sekolah rendah dengan betul supaya mereka dapat menyiapkan buku skrap dalam tempoh yang ditetapkan. Saya telah memahami kepentingan menjalin hubungan rapat dengan murid, iaitu mereka berani berjumpa saya sekiranya mereka menghadapi apa-apa masalah dalam pembelajaran mereka. Dengan itu, saya lebih memahami masalah yang mereka hadapi dan seterusnya dapat membantu mereka. Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, saya mendapati bahawa guru-guru harus sentiasa menyesuaikan keadah dan strategi pengajaran mereka berdasarkan tahap kemampuan dan keperluan murid-murid. Jika guru mendapati sesuatu kaedah atau strategi pengajaran yang digunakanya tidak sesuai untuk muridnya maka guru harus berusaha untuk mencari kaedah lain yang sesuai agar murid dapat menerima apa yang ingin disampaikan oleh guru mereka dengan baik. Proses ini memerlukan seseorang guru membuat refleksi pengalaman yang lepas, mengenalpasti masalah, menentukan objektif yang ingin dicapai, merancang cara penyelesaian, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul maklumat dan akhirnya menentukan kesesuaianya untuk digunakan dalam kelas.Inilah rasional utama kajian tindakan yang dijalankan oleh guru sekolah dari semasa ke semasa. Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini merupakan salah satu daripada cara menambahkan pengalaman mengajar yang memberi peluang kepada saya untuk memperkukuhkan lagi perkembangan profesionalisme sebagai guru yang berupaya menilai diri saya sendiri. Cadangan kajian seterusnya: Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan yang telah saya jalankan mendatangkan kesan yang positif dalam kalangan murid Tahun 4. Walaupun terdapatnya peningkatan dalam prestasi murid saya tetapi masih ada tiga orang murid yang gagal dalam ujian pos. Oleh itu, saya akan melanjutkan tindakan saya ke kitaran yang seterusnya. Tempoh masa selama satu bulan untuk perlaksanaan kajian tindakan ini tidak mencukupi bagi saya untuk mengesan kefahaman murid dan meninjau pencapaian mereka dalam topik cara tumbuhan membiak dengan sepenuhnya terutamanya bagi tiga orang murid yang mendapat gred D dan E dalam ujian selepas tindakan. Lebih banyak masa diperlukan untuk memberi bimbingan kepada murid yang lemah. Selain itu, murid-murid boleh membuat buku skrap digital kerana ini akan meningkatkan teknik mereka untuk menggunakan komputer dan memudahkan murid untuk menyiapkan projek. Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan kesan kepada setiap peserta kajian dalam peningkatan kefahaman dan juga pencapaian mereka serta telah 267 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.254-268

berjaya menambah baik amalan P&P saya. Saya menyedari sebagai seorang guru, saya harus sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa untuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh. Rujukan Bransford & Stein. (1993) Science, an involvement approach to elementary Science methods. New York:International Publications Newmann and Wehlage. (1995). Project based learning in teaching primary science. New York: Trans-Atlantic Pubns Merill, j. ( 1991) Approaches to teaching science subjets: Project based learning, United States:Pearson Education Trigwell, k. & Prosser, M. (1996) Changing approaches to teaching: a relational perpective, New Jessey: Upper Saddle River Inc

268 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28September 2012/ IPG KBL

Suggest Documents