PENGARUH ORGANISASI PEMBELAJARAN TERHADAP KOMITMEN KUALITI PENGAJARAN GURU SEKOLAH BERAUTONOMI DI MALAYSIA

PENGARUH ORGANISASI PEMBELAJARAN TERHADAP KOMITMEN KUALITI PENGAJARAN GURU SEKOLAH BERAUTONOMI DI MALAYSIA Thilagavathy a/p Aramugam ([email protected]...
Author: Claribel Benson
1 downloads 2 Views 270KB Size
PENGARUH ORGANISASI PEMBELAJARAN TERHADAP KOMITMEN KUALITI PENGAJARAN GURU SEKOLAH BERAUTONOMI DI MALAYSIA Thilagavathy a/p Aramugam ([email protected]) Aziah Binti Ismail ([email protected]) Abdul Ghani Kanesan Abdullah ([email protected]) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang Abstrak: Pada masa kini organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru amat penting dalam sekolah berautonomi seperti sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran dalam kalangan guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji pengaruh organisasi pembelajaran terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah berkenaan. Data bagi kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri berskala Likert yang diubah suai daripada instrumen Middle School Teacher Survey (MSTS). Seramai 388 orang guru telah dipilih secara rawak daripada 43 buah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan organisasi pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah berautonomi adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru dengan pengalaman dan tempoh bertugas guru di sekolah-sekolah berautonomi. Seterusnya analisis regrasi berganda pula menunjukkan bahawa terdapat pengaruh organisasi pembelajaran secara signifikan terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah berautonomi di Malaysia. Kesimpulanya, para pengurus sekolah harus menjana dan memperkasakan organisasi pembelajaran agar komitmen kualiti pengajaran guru dapat ditingkatkan secara berkesan di sekolahsekolah berautonomi. Kata kunci : Organisasi pembelajaran, komitmen kualiti pengajaran guru, sekolah berautonomi

1.

Pengenalan

Struktur organisasi masa hadapan adalah berfokus kepada organisasi pembelajaran yang dapat menjana dan meningkatkan pengetahuan secara berterusan. Organisasi pembelajaran dirujuk sebagai kumpulan manusia yang secara berterusan meningkatkan keupayaan mereka untuk mencipta apa sahaja yang ingin dicipta (Peter Senge, 1990) dengan tujuan untuk memperbaiki kecekapan dan pengubahsuaian bagi menghadapi perubahan semasa (Dodgson, 1993). Sehubungan itu, organisasi pembelajaran yang berterusan boleh digunakan sebagai langkah untuk menghadapi perubahan dalam teknologi, meningkatkan produktiviti dan inovasi (letak satu rujukan). Hal ini bermakna pembelajaran organisasi mampu menjadikan organisasi bersifat fleksibel dan boleh berubah demi dan memenuhi tuntutan reformasi dunia pendidikan. Sekolah sebagai sebuah organisasi memiliki komuniti profesional yang berpeluang untuk belajar antara satu sama lain dan bekerja secara kolaboratif (Muijs & Harris, 2006). Pengetahuan kumpulan ini sentiasa perlu dipertingkatkan dan diperbaharui agar lebih komited dalam memainkan peranan sebagai golongan pendidik yang efektif (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000). Gandingan pendekatan kreatif dan inovatif dengan komitmen kualiti pengajaran merupakan intipati pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Kekurangan nilai kreatif dan

inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menyebabkan pelajar-pelajar berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar (Reyers, 1990). Sehubungan itu, sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Malaysia harus memainkan peranan sebagai organisasi pembelajaran yang sentiasa menggalakkan peningkatan pengetahuan secara berterusan disamping menyuburkan budaya komitmen yang positif dan tinggi dalam kalangan guru. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh organisasi pembelajaran terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia. 2.

Latar Belakang Kajian

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) untuk penambahbaikan dan memantapkan serta membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing seperti yang diperlukan oleh masyarakat semasa. Usaha ini dapat dilihat dengan perlaksanaan sekolah kluster yang menjadi pemangkin ke arah meningkatkan kualiti pendidikan dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan luar negara seperti yang terdapat dalam teras keenam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) . Kesinambungan usaha ini terus diperkukuh dengan usaha mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang merupakan salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan yang diperkenalkan pada 11 Julai 2009 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Beberapa keistimewaan autonomi telah diberikan kepada sekolah tersebut seperti autonomi dalam aspek kewangan, pemilihan guru dan staf. Pengwujudan sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster merupakan satu reformasi dalam pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia. Sebenarnya, sekolah kluster adalah satu konsep yang telah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand (Caldweld, 2005). Malahan, terdapat juga negara membangun di rantau Asia Tenggara seperti Singpura, India, Negara Thai, Filipina dan Kemboja yang mewujudkan sekolah kluster sebagai mekanisme untuk membangunkan sistem pendidikan mereka yang semakin berkembang (Aziah Ismail, 2008). Salah satu daripada aspek asas yang mendasari pelaksanaan sekolah kluster dan sekolah berpretasi tinggi adalah sistem Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS). Murphy (1997) menyatakan bahawa Pengurusan Berasaskan Sekolah merupakan alat untuk pembaikan kualiti pendidikan melalui desentralisasi dalam membuat keputusan di sekolah. Caldwell (2005) dan Wohlsteter dan Mohtman (1996) menyatakan bahawa pengurusan berasaskan sekolah amat berkait rapat dengan desentralisasi kuasa daripada pusat kepada sekolah kluster yang memberikan sekolah berkenaan autonomi dalam membuat keputusan. PBS merupakan usaha untuk mengagih autonomi dengan melakukan pemindahan kuasa daripada berpusat kepada sekolah bagi menggantikan bentuk pengurusan birokrasi yang sedia ada. Walaupun pelbagai perubahan dasar cuba dilakukan diperingkat pusat, namun Bernam dan Mc Laughlin (1990) menegaskan bahawa nasib pelaksanaan perubahan tersebut adalah bergantung kepada peluang guru dan pentadbir untuk belajar, dan menyelesaikan idea itu dalam konteks setempat mereka. Tanpa peluang-peluang ini, inovasi akan pudar apabila sumber kewangan berhenti dan tekanan penguatkuasaan tamat (Bernam & Mc Laughlin, 1990). Secara

tuntasnya, amalan perubahan mestilah datang dari dalam diri guru sendiri sebagai pelaksana dasar pendidikan. Penyesuaian tentang perubahan dengan keadaan perlu dilakukan untuk pembelajaran setempat, jika matlamat perubahan tersebut hendak dicapai. Hammond (1997) mengatakan pembuat polisi mesti membina kapasiti guru supaya komitmen bekerja yang diperlukan akan menghasilkan amalan baru yang mereka inginkan. Oleh itu, adalah penting sekolah berprestasi tinggi bertindak sebagai organisasi pembelajaran yang dapat mengajar semua ahli komunitinya memahami idea pendidikan secara mendalam dan mencapai hasil pembelajaran yang berkesan. 3.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh organisasi pembelajaran terhadap peningkatan komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah berautonomi iaitu sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti:-

4.



tahap amalan organisasi pembelajaran dan tahap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia.



perbezaaan signifikan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru berdasarkan pengalaman dan tempoh bertugas di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia.



pengaruh organisasi pembelajaran terhadap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolahsekolah berautonomi di Malaysia. Kepentingan Kajian

Kajian ini yang berkaitan dengan organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran dan yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa sebagai rangka rujuk, tabung fakta dan sumber rujukan profesional kepada semua yang terlibat dalam pengurusan pendidikan. Sehubungan itu dapatan kajian harus membolehkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merangka dan merancang program latihan dan seminar khususnya berkaitan konsep dan amalan penglibatan guru dalam organisasi pembelajaran, membuat keputusan, kualiti pengajaran amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan amalan pengurusan berasaskan sekolah di Malaysia. Kajian ini juga merupakan satu penerokaan untuk mengenal pasti amalan dan budaya organisasi pembelajaran tentang cara pemikiran, berkongsi wawasan dan maklumat belajar secara berpasukan. Hasil dapatan ini boleh digunakan untuk memperbaiki pengurusan berasaskan sekolah bagi memperoleh keyakinan guru terhadap pengurusan pengetua di sekolah –sekolah berautonomi. Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan memberi pendedahan kepada pengetua dan guru efektif bijak menggunakan autonomi yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah berprestasi tinggi.

5.

Metodologi Kajian

Kajian ini mengaplikasikan kaedah pungutan data secara kuantitatif. Pendekatan kuantitatif sesuai dengan kajian yang melibatkan data untuk menunjukkan hubungkaitan dalam satu tempoh masa tertentu tanpa manipulasi kepada keadaan sebenar (Jasson & Furnham, 2000; Gay, Mills & Airasian, 2006). Kajian ini dijalankan terhadap 388 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 43 buah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Sila lihat Jadual 1 tentang profil responden kajian ini. Majoriti responden merupakan responden perempuan iaitu 301 orang (77.6% ) berbanding responden lelaki seramai 87 orang (22.4%) . Mereka terdiri daripada bangsa Melayu seramai 319 orang (82.2%), Cina seramai 51 orang (13.2%) dan India seramai 18 orang (4.6%). Didapati 339 orang (87.4%) merupakan responden yang bersiswazah manakala 49 orang (12.6%) responden bukan siswazah. Di samping itu, majoriti responden mempunyai pengalaman mengajar 5-10 tahun iaitu 116 orang (29.9%) diikuti dengan lebih 20 tahun mengajar iaitu 97 orang (25.0%), 16-20 tahun mengajar iaitu 61 oarang (15.7%), 11-15 tahun mengajar iaitu 58 orang (14.9%) dan kurang daripada 5 tahun mengajar iaitu 56 orang (14.4%). Manakala, majoriti tempoh bertugas responden di sekolah semasa ialah di antara 2-10 tahun seramai 246 orang (63.4%) diikuti dengan tempoh 11-15 tahun iaitu 58 orang (14.9%) , 16-20 tahun iaitu 42 orang (10.8%), melebihi 20 tahun iaitu 23 orang (5.9%) dan kurang 2 tahun iaitu19 orang (4.9%). Data bagi kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri berskala Likert yang diubah suai daripada instrumen Middle School Teacher Survey (MSTS) untuk mengukur variabel organisasi pembelajaran. Manakala, bagi mengukur variabel komitmen kualiti pengajaran guru, instrumen yang telah diubahsuai oleh Anandan Kuppan (2010) daripada Wai Yen Chan et al. (2008) dan Janssen (2000) telah digunakan dalam kajian ini. Hasil analisis kebolehpercayaan instrumen untuk instrumen organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran masing-masing ialah sebanyak .97 dan .96. Jadual 1 : Varibel Jantina Lelaki Perempuan Bangsa Melayu Cina India Kategori Perkhidmatan Siswazah Bukan Siswazah Pengalaman Mengajar Di Sekolah Kurang daripada 5 tahun 5-10 tahun 11-15 tahun 16-20 tahun

Profil Responden Kekerapan

Peratus

87 301

22.4 77.6

319 51 18

82.2 13.2 4.6

339 49

87.4 12.6

56 116 58 61

14.4 29.9 14.9 15.7

Lebih 20 tahun Tempoh Bertugas di Sekolah Semasa Kurang daripada 2 tahun 2-10 tahun 11-15 tahun 16-20 tahun Lebih 21 tahun

6.

97

25.0

19 246 58 42 23

4.9 63.4 14.9 10.8 5.9

Dapatan Kajian

6.1. Tahap organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah sekolah berautonomi di Malaysia. Tahap organisasi pembelajaran dan komitmen kualiti pengajaran guru telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawai dan dapatannya dipaparkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Min dan Sisihan Piawai Variabel Organisasi Pembelajaran(OB) Ca –Pemikiran Sistem Cb-Perkongsian wawasan Cc-Pembelajaran berpasukan Cd –Kecekapan diri Komitmen Kualiti Pengajaran Guru (COM) Da- Komitmen Pengajaran dan Pembelajaran Db- Komitmen Inovasi Pengajaran

Min 4.08 4.00 4.09 4.16 4.09 4.17

Sisihan Piawai 0.47 0.53 0,54 0.49 0.53 0.46

4.16

0.49

4.13

0.49

Jadual 2 menunjukkan tahap amalan organisasi pembelajaran secara keseluruhan adalah tinggi kerana memperolah skor min sebanyak 4.08. Namun demikian, dimensi pembelajaran berpasukan (Cc) didapati memperoleh skor min yang lebih tinggi iaitu sebanyak 4.16 berbanding dengan dimensi perkongsian wawasan (Cb) dan kecekapan diri (Cd) yang memperoleh skor min sebanyak 4.09 sahaja. Manakala, dimensi pemikiran sistem dalam organisasi (Ca) pula memperoleh skor min yang paling rendah iaitu 4.00. Dengan dapatan ini dapat dirumuskan bahawa tahap organisasi pembelajaran menurut pandangan guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia adalah tinggi. Manakala, tahap min secara keseluruhannya bagi variabel komitmen kualiti pengajaran di sekolah-sekolah berautonomi juga adalah tinggi iaitu 4.17. Komitmen pengajaran dan pembelajaran guru (Da) mmepunyai skor min yang lebih tinggi iaitu 4.18 berbanding dengan

komitmen inovasi pengajaran guru (Db). Ini menunjukkan tahap komitmen kualiti pengajaran guru di sekolah-sekolah berautonomi di Malaysia adalah tinggi. 6.2.

Perbezaaan Organisasi Pembelajaran dan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar dan Tempoh Bertugas di sekolah-sekolah Berautonomi di Malaysia. Perbezaan kedua-dua variabel ini telah dianalisis dengan menggunakan Analisis Varians Sehala (ANOVA) dan dapatannya dipaparkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Dapatan Anova Sehala Perbezaan Organisasi Pembelajaran dan Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar dan Tempoh Bertugas Varibel

Pengalaman Mengajar

Tempoh Bertugas

Nilai F

Sig.

Nilai F

Sig.

Organisasi Pembelajaran

1.67

1.56

14.42

.00**

Komitmen Kualiti Pengajaran Guru

2.67

0.32

10.53

.00**

Nota: *p

Suggest Documents