PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM

PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM NUR FARHANA BINTI MOHD ...
89 downloads 0 Views 694KB Size
PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM

NUR FARHANA BINTI MOHD HAMA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA BERASASKAN CD-ROM

NUR FARHANA BINTI MOHD HAMA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

iii

TERISTIMEWA BUAT :

AYAHANDA HAJI MOHD HAMA B SIUON DAN BONDA TERSAYANG HAJAH ASIAH MD DAUD

ABANG DAN ADIK YANG DIKASIHI : MOHD FIRDAUS MOHD HAMA DAN MOHD FAISAL MOHD HAMA

PENYELIA YANG BANYAK MEMBANTU : PUAN NORASYKIN MOHD ZAID

DAN SAHABAT-SAHABAT YANG DIINGATI SELALU: WAN NOR SYAHIDA WAN HUSSIN AYUNI FARHANA AB.KADIR NURUL SHIMAA OTHAMAN NURULSYAHIDA AMDAM NOOR LIZA ISMAIL

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan keseluruhan Projek Sarjana Muda ini.

Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah S.A.W.

keluarga baginda, para sahabat, para syuhadah, para ambia serta para pejuang Islam keseluruhannya.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia pembimbing tesis Puan Norasykin Mohd Zaid kerana memberi bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan kerjasama sepanjang kajian ini dilaksanakan. Semoga Allah S.W.T akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan atas sumbangan yang tidak ternilai. Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Jasa kalian semua amat saya hargai.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan pengaplikasian kaedah penilaian rakan sebaya kepada pelajar tahun empat semester satu yang mengambil kursus Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM 2007/2008, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penilaian rakan sebaya, mengenalpasti ketelusan pelajar dalam membuat penilaian melalui penilaian rakan sebaya dan juga mengenalpasti peningkatan motivasi pelajar terhadap penilaian rakan sebaya. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Seramai 53 orang responden terlibat dalam kajian ini di mana kaedah persampelan rawak bertujuan digunakan. Bilangan responden tersebut adalah merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan populasi yang terdiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)-SPI, Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)-SPL dan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)-SPS, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0 dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.89. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa nilai min objektif pertama sebanyak 3.60 berada pada tahap sederhana. Diikuti dengan nilai min objektif kedua iaitu 3.43 juga berada pada tahap sederhana dan akhir sekali nilai min objektif ketiga iaitu 4.00 yang berada pada tahap tinggi. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki aspek-aspek tertentu.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to look at the fourth year students of Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia who take the Development Software for CD-ROM course 2007/2008 first semester towards peer assessment application. This research involves three objective whereby first objective is to identify students’ acceptance in peer assessment, secondly, to identify the students’ reliability on the peer assessment and lastly to identify students’ motivation through the peer assessment.

Questionnaire was used as the research instrument to know the

responden feedback. A sample of 53 students which was selected through random purposely sampling based on Krejcie and Morgan timetable to different courses of fourth year students from the programme Bachelor of Science with Education (Islamic)-SPI, Bachelor of Science with Education (TESL)-SPL and Bachelor of Science with Education (Sports Science)-SPS Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. Data collected were analyzed by SPSS software version 10.0 with the realibility for this study is a 0.89. For overall, result shows that the min value for first objective is 3.60 at moderate level. Followed by second objective with min value is 3.43 also in moderate level and lastly 4.00 for third objective at high level. From this research, some suggestions had been given to improve the research findings.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN THESIS PENGAKUAN PENSYARAH HALAMAN JUDUL

BAB 1

PENGAKUAN PENULIS

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI SINGKATAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

4

1.3 Pernyataan Masalah

7

1.4 Objektif Kajian

8

1.5 Persoalan Kajian

8

1.6 Skop Kajian

9

viii 1.7 Kepentingan Kajian 1.7.1 Pelajar

10

1.7.2 Pensyarah

10

1.7.3 Universiti Teknologi Malaysia

10

1.8 Batasan Kajian

11

1.9 Definisi Istilah 1.9.1 Penilaian

11

1.9.2 Rakan Sebaya

12

1.9.3 Penilaian Rakan Sebaya

12

1.9.4 Telus

12

1.9.5 Motivasi

13

1.9.6 Kursus Pembangunan Multimedia

13

Berasakan CD-ROM 1.10 Penutup

BAB 2

14

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

15

2.2 Penilaian

15

2.3 Jenis-Jenis Penilaian

16

2.4 Tujuan Penilaian

18

2.5 Ciri-Ciri Kumpulan 2.5.1 Latar Belakang Ahli Kumpulan

19

2.5.2 Bentuk Penyertaan Ahli Kumpulan

19

2.5.3 Kecenderungan Bertaut

20

2.5.4 Persekitaran

20

2.5.5 Gaya Sosiometrik

21

2.5.6 Prosedur

21

2.5.7 Struktur dan Organisasi

21

2.5.8 Matlamat

22

2.6 Kemahiran Pembelajaran dalam Kumpulan

21

2.7 Penilaian Rakan Sebaya

22

2.8 Kelebihan Penilaian Rakan Sebaya

24

ix

BAB 3

BAB 4

2.9 Kajian-Kajian Lepas

24

2.10Peranan Pengredan dalam Memotivasikan Pelajar

27

2.9 Penutup

28

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

30

3.2 Reka Bentuk Kajian

31

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

31

3.4 Instrumen Kajian

32

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

34

3.6 Prosedur Kajian

35

3.7 Penganalisaan Data

36

3.8 Penutup

37

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

38

4.2 Analisis Data Mengenai Latar

39

Belakang Responden 4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina

39

4.2.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa

40

4.2.3 Analisis Responden Mengikut Program

40

4.3 Analisis Data Bahagian B 4.3.1 Objektif 1:Tahap Penerimaan Pelajar

41

terhadap Penilaian Rakan Sebaya (Peer Assessment) 4.3.2 Objektif 2:Ketelusan Penilaian

43

Rakan Sebaya (Peer Assessment) Sewaktu Menilai Ahli Kumpulan 4.3.3 Objektif 3: Meningkatkan Motivasi Pelajar melalui Penilaian Rakan

46

x Sebaya (Peer Assessment) 4.4 Penutup

BAB 5

48

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

49

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden

50

5.2.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap

51

Penilaian Rakan Sebaya 5.2.3 Ketelusan Penilaian Rakan Sebaya

54

(Peer Assessment) Sewaktu Menilai Ahli Kumpulan 5.2.4 Meningkatkan Motivasi Pelajar melalui

56

Penilaian Rakan Sebaya (Peer Assessment) 5.3 Rumusan Kajian

58

5.4 Implikasi Dan Cadangan Kajian

60

pada Masa Hadapan 5.5 Penutup

60

RUJUKAN

62

LAMPIRAN

65

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.1

Taburan sampel mengikut program

32

3.2

Jadual Ringkasa Skala Likert

33

3.3

Jadual Aras Persetujuan Kajian

34

3.4

Perkaitan Objektif Kajian dengan

37

Statistik Deskriptif 4.1

Taburan Kekerapan dan Peratusan

39

Responden Mengikut Jantina 4.2

Taburan Kekerapan dan Peratusan

40

Responden Mengikut Bangsa 4.3

Taburan Kekerapan dan Peratusan

41

Responden Mengikut Program 4.4

Peratus dan Min Mengikut Item Dalam

42

Tahap Penerimaan Pelajar 4.5

Peratus dan Min Mengikut Item Dalam

44

Ketelusan Penilaian Rakan Sebaya 4.6

Peratus dan Min Mengikut Item Dalam Motivasi Pelajar Melalui Penilaian Rakan Sebaya

47

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

2.1

Developing and Using Classroom Assessment

17

3.1

Prosedur Kajian yang Dijalankan

36

xiii

SENARAI SINGKATAN

CD-ROM

-

Compact Disk-Read Only Memory

IPT

-

Institut Pengajian Tinggi

KPT

-

Kementerian Pengajian Tinggi

P&P

-

Pengajaran dan Pembelajaran

SPI

-

Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPL

-

Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPS

-

Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS

-

Statistical Package for The Social Sciences Version 10.0 for Windows.

TESL

-

Teaching English as a Second Language

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A

Borang Soal Selidik

65

B

Keputusan Analisis Kebolehpercayaan

69

Alpha Cronbach bagi Kajian Rintis C

Jadual Krejcie dan Morgan

70

D

Contoh Borang Penilaian Rakan Sebaya

71

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Penilaian merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. Ia melibatkan pengukuran sejauhmana mutu dan kualiti dalam sesuatu perkara. Menurut Abdul Hadi (1985), penilaian ialah suatu penyiasatan yang sistematik mengenai mutu ataupun merit sesuatu benda seperti program, projek dan bahan-bahan.

Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pembelajaran dan pengajaran diukur melalui objektif pengajaran yang pelajar dapat capai sewaktu sesi pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Abdul Hadi (1985) menyatakan bahawa dalam bidang pendidikan, kaedah penilaian merupakan cara untuk menentukan sejauhmana keberkesanan pembelajaran dan pengajaran iaitu sama ada tercapai atau tidak objektif yang tenaga pengajar itu inginkan.

Dengan kata lain, penilaian

membantu guru dan pensyarah untuk mengukur objektif pengajaran sama ada jelas atau tidak kepada pelajar.

2 Menurut Abdul Hadi juga, penilaian dapat membantu pensyarah-pensyarah atau guru-guru dalam memberikan maklumat tentang latar belakang pelajaran pelajar. Selain dari menentukan dan menjalankan objektif-objektif pembelajaran kepada pelajar, penilaian juga dapat menilai pencapaian objektif pendidikan. Maka tidak hairanlah, pelajar akan diwajibkan mengambil ujian dan peperiksaan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.

Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian formatif. Terdapat dua jenis penilaian iaitu yang pertama penilaian formatif dan kedua adalah penilaian sumatif. Penilaian sumatif dikendalikan bagi proses jangka masa yang panjang berbanding dengan penilaian secara formatif. Menurut Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail (1985), penilaian formatif digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang persekolahan, atau kursus murid-murid bagi membimbing mereka ke arah kemajuan.

Ia lebih bertujuan untuk mengesan perkembangan

pembelajaran dengan serta merta untuk mengenal kekuatan dan kelemahan muridmurid. Sekolah yang berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengutamakan penilaian formatif ini.

Menurut mereka lagi, bagi penilaian sumatif pula, penilaian yang dilakukan lebih menyeluruh dan luas yang mana ia merangkumi semua aras kemahiran. Kebiasaannya penilaian dijalankan pada akhir penggal dan akhir tahun. Tujuan penilaian ini dijalankan bukan hanya ingin mengesan taraf pencapaian pada akhir sesuatu pembelajaran tetapi ianya lebih bersifat kuantitatif dan dapat membantu pihak sekolah, universiti atau pihak atasan untuk membuat keputusan sama ada sesuatu program perlu diteruskan, diubahsuai atau dibatalkan sahaja. Program ini boleh jadi seperti suatu seminar kelas tambahan dan apa jua kursus atau aktiviti perkhemahan yang dijalankan di sekolah. Di sini dapat kita lihat setiap penilaian mempunyai kepentingan masing-masing bagi mengetahui maklum balas bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

3 Di sekolah, perkara-perkara yang dinilai melibatkan kerja kursus, kerja-kerja amali, kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan. Bagi pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) satu sistem penilaian yang baru telah diwujudkan bagi aktiviti berkumpulan selain dari penilaian kertas peperiksaan dan juga ujian seperti di peringkat sekolah. Penilaian yang dilakukan adalah untuk mengukur sejauhmana aktiviti berkumpulan yang melibatkan aspek kerjasama dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar bagi persediaan untuk menempuh bidang pekerjaan yang akan datang setelah tamat pengajian. Dengan lain perkataan, ia menyiapkan salah satu kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang ada dalam diri pelajar.

Maka tidak dinafikan, bahawa penilaian merupakan aspek yang penting bagi mengukur kualiti sesuatu perkara. Pendek kata, sama ada penilaian yang dilakukan secara formal atau tidak formal, ianya adalah untuk menentukan penguasaan pelajar terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya. Malah, penilaian dilakukan untuk mengesan perkembangan pelajar dari segi nilai dan sikap serta membantu guru dalam mempertingkatkan pengajaran mereka agar lebih berkesan.

Akhir sekali, dapat dilihat bahawa setiap penilaian yang dilakukan akan melahirkan satu generasi yang unggul serba serbi atas sebab pemantauan yang dilakukan oleh setiap tenaga pengajar yang berusaha untuk melahirkan insan yang baik sekaligus menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang menyatakan:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

4 yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dalam negara.

(Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail, 1985)

1.2

Latar Belakang Masalah

Terdapat pelbagai perkara yang biasanya dinilai oleh guru dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Antaranya adalah perkara-perkara yang

melibatkan kerja kursus, ujian, peperiksaan, kerja amali dan yang terbaru adalah hasil dari kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan seperti yang terdapat dalam salah satu aspek yang diterapkan dalam hasil pembelajaran semakin kerap dinilai terutama di peringkat pengajian tinggi. Malah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga mengalakkan pembelajaran secara berkumpulan yang lebih tertumpu kepada penggunaan minda pelajar sepenuhnya. Dengan kata lain, pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu pengetahuan yang mana pada masa kini lebih sinonim dipanggil pembelajaran berpusatkan pelajar.

Menurut Mok Soon Sang (2002), konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada strategi yang berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar mengikut kadar kebolehan dan usaha mereka sendiri.

Selain itu, menurut Mok Soon Sang (2002) juga, melalui aktiviti berkumpulan ini, setiap murid akan berpeluang untuk mengembangkan potensi masing-masing, khasnya potensi intelek, rohani dan sosial secara menyeluruh. Sesi

5 perbincangan yang dilakukan oleh para pelajar di sini bermaksud pelajar akan duduk bersama-sama ahli kumpulan yang lain dan berkerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Merujuk artikel yang bertajuk Buletin P&P, UTM, edisi Jun 2007 menyatakan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan sebuah dokumen mengenai pembangunan atribut di kalangan graduan IPT yang dinamakan sebagai Modul Kemahiran Insaniah (Soft Skills). Salah satu daripada isi kandungan di dalam atribut tersebut adalah kemahiran kerja berpasukan. Malah pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sendiri telah lebih awal mengenalkan beberapa insiatif bagi melengkapkan bakal graduan di mana pada 21 Jun 2004, senat Universiti Teknologi Malaysia telah meluluskan 7 atribut graduan yang harus diterapkan di kalangan pelajar. 7 atribut tersebut adalah kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, penyesuaian diri, pembelajaran sepanjang hayat, harga diri serta etika dan integriti.

Artikel itu juga menyatakan bahawa pihak KPT telah mengiktiraf model pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM dengan meminda beberapa perkara daripada 7 atribut tersebut.

UTM telah menggunakan model

terapan (embedded) untuk menerapkan kemahiran generik melalui pelbagai pendekatan antaranya pembentangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat, pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah dan lain–lain kemahiran yang dikenalpasti.

Kebiasaannya sebanyak 10% daripada pemarkahan akhir pelajar adalah mengambil kira penglibatan secara berkumpulan. Sistem penilaian begini telah dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar IPT contohnya di UTM untuk menerapkan semangat kerjasama semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Walau bagaimanapun, penilaian yang dilakukan tidak dapat dilihat sepenuhnya oleh pensyarah berbanding penilaian yang melibatkan kertas peperiksaan. Maka dengan

6 itu, satu sistem penilaian rakan sebaya (peer assessment) telah diwujudkan untuk menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan.

Menurut Brown (1999), penilaian rakan sebaya sangat membantu dalam memperlengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila pelajar mendapat tugasan tanpa melibatkan pengiraan markah.

Kaedah ini juga sangat

berguna bagi penilaian sumatif. Tambahan pula, melalui kaedah penilaian rakan sebaya juga dapat mengukur interpeer dan intrapeer yang mana interpeer merupakan cara pelajar menilai rakan lain berdasarkan kepada hasil dan pertunjukan setiap orang contohnya apabila mereka mendengar sesuatu persembahan, melihat pameran atau poster dan apabila membaca nota edaran pelajar lain. Penilaian intrapeer pula adalah penilaian di mana pelajar menilai dengan siapa dia berkerja khususnya bagi penilaian dalam suatu kumpulan.

Ini penting bagi pensyarah yang tidak dapat menilai

beberapa aspek contohnya sewaktu proses pembelajaran dijalankan.

Menurut Keneddy (2006) pula, penilaian rakan sebaya adalah penilaian yang memerlukan rakan sekumpulan untuk menilai ahli kumpulan yang lain tentang komitmen mereka dalam kumpulan. Komitmen di sini melibatkan beberapa perkara antaranya sumbangan idea dan pendapat kepada kumpulan, sikap kerjasama dalam aktiviti berkumpulan, hubungan berkomunikasi sesama ahli kumpulan dan sifat tanggungjawab setiap individu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Berdasarkan kajian Heathfield dalam Jaques (2000), antara kriteria yang dinilai dalam aktiviti berkumpulan adalah kedatangan ahli kumpulan dalam setiap kali perjumpaan, sumbangan idea dalam tugasan, penganalisaan dan persediaan bahan untuk tugasan, sumbangan dalam aspek kerjasama sewaktu proses berkumpulan, sifat semangat dan galakan kepada ahli kumpulan dan sumbangan praktikal sehingga ke akhir tugasan.

7 Melalui sistem penilaian rakan sebaya ini secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan. Ini disokong dengan kenyataan daripada Elliot dan Higgins (2005), dalam kajiannya bahawa penilaian melalui rakan sebaya dapat mengembangkan motivasi pelajar sewaktu berkerja di dalam kumpulan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keraguan dalam penilaian rakan sebaya memandangkan penilaian yang dibuat melibatkan sekumpulan pelajar yang sentiasa berubah–ubah pendiriannya.

Dengan kata lain, markah yang diberikan

kepada pelajar belum pasti kesahihan dan keadilannya. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kennedy (2006) beberapa masalah dalam pengunaan penilaian rakan sebaya dikenalpasti antaranya adalah penilaian pelajar yang tidak konsisten. Penilaian rakan sebaya juga boleh memberi impak yang buruk kepada pelajar yang lemah kerana berkemungkinan mereka diberikan peluang yang terbatas bagi mengurangkan kesalahan dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, penilaian rakan sebaya juga boleh menimbulkan konflik antara ahli kumpulan yang mana seterusnya boleh mengurangkan sifat semangat kerja berpasukan antara ahli kumpulan.

1.3

Pernyataan Masalah

Kewujudan kaedah penilaian rakan sebaya di dalam sistem penilaian mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahannya. Antaranya adalah peningkatan semangat dalam diri pelajar. Menurut Galton dan Williamson (1992) dalam Hallam, Ireson dan Davis (2002) motivasi pelajar juga boleh berkembang di dalam aktiviti berkumpulan terutamanya bagi tugasan yang spesifik. Walau bagaimanapun, banyak kajian mengatakan bahawa kaedah penilaian rakan sebaya adalah salah satu penilaian yang tidak konsisten di mana pelajar yang menilai merupakan mereka yang sentiasa berubah-ubah pendirian. Malah, ianya juga boleh menimbulkan konflik dalam suatu kumpulan.

8 Maka atas sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian penilaian rakan sebaya dalam sistem pemarkahan.

Selain itu, dari kajian ini juga penyelidik ingin mengenalpasti

sejauhmanakah pelajar menilai ahli kumpulan secara telus dengan menggunakan kaedah penilaian rakan sebaya.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengenalpasti

sejauhmanakah penilaian rakan sebaya dapat meningkatkan motivasi pelajar.

1.4

Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

i.

Tahap penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian penilaian rakan sebaya dalam sistem pemarkahan.

ii.

Sejauhmanakah pelajar menilai ahli kumpulan secara telus dengan menggunakan penilaian rakan sebaya.

iii.

Sejauhmanakah penilaian rakan sebaya dapat meningkatkan motivasi pelajar.

Suggest Documents