Pembangunan Modal Insan Melalui Program Akademik di IPTA Malaysia: Satu Analisis Pendekatan, Mekanisme dan Masalah Pelaksanaan

Pembangunan Modal Insan Melalui Program Akademik di IPTA Malaysia: Satu Analisis Pendekatan, Mekanisme dan Masalah Pelaksanaan. Oleh Abdul Ghani Kanes...
Author: Franklin Gordon
2 downloads 2 Views 176KB Size
Pembangunan Modal Insan Melalui Program Akademik di IPTA Malaysia: Satu Analisis Pendekatan, Mekanisme dan Masalah Pelaksanaan. Oleh Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Aziah Ismail, Abdul Rashid Mohamad, Nor Shafrin Ahmad, Fadillah Amzah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti secara empirikal keutamaan aspek pembangunan modal insan yang dilaksanakan melalui program akademik di IPTA, disamping menghuraikan pendekatan, mekanisme dan masalah pelaksanaannya. Data bagi kajian ini diperoleh dengan menggunakan soal selidik daripada 3 buah Universiti Penyelidikan, 3 buah Universiti Komprehensif dan 10 buah Universiti Berfokus. Manakala seramai 2400 orang responden pula telah menjawab soal selidik yang diedarkan melalui pos. Sementara itu, kaedah temu bual berfokus pula telah digunakan dengan memilih sebuah IPTA bagi mengkaji secara terperinci pelaksanaan pembangunan modal insan melalui program akademik. Dalam kaedah ini seramai 12 orang telah dipilih untuk di temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan secara signifikan antara ketiga-tiga buah universiti serta kelima-lima program yang ditawarkan semasa melaksanakan aspek pembangunan modal insan. Malah terdapat satu pola tertentu dalam memberi keutamaan pelaksanaan aspek-aspek tertentu dalam pembangunan modal insan melalui program akademik dalam kalangan universiti yang dikaji. Temu bual berfokus pula mendapati pendekatan gabungjalin teori dan praktikal diberi penekanan. Malah dapatan juga menunjukkan bahawa universiti mengambil kira keperluan dan kehendak semasa pihak-pihak berkepentingan terhadap modal insan dalam pasaran kerja semasa merangka dan menawarkan program akademik. Akhir sekali dapatan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai masalah dalam pelaksanaan pembangunan modal insan yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Seterusnya implikasi dan sumbangan kajian turut dibincangkan.

Kata Kunci: Pembangunan Modal Insan, IPTA

Comment [PPIP1]: X perlu letakkan jumlah  responden ke? 

Abstract This study aimed to identify the priority aspects of empirical human capital development through academic programs conducted in public university, as well as describe the approaches, mechanisms and implementation problems. Data for were collected through a questionnaire from the 3 Research Universities, 3 Comprehensive Universities and 10 Focused Universities. While a total of 2400 respondents who answered the questionnaires which were distributed by mail. Meanwhile, focused interview method was used to review in detail the implementation of human capital development through academic programs. In this method a total of 12 subjects have been selected for the interviews from a public university. Research findings indicate that there were significant differences between the three universities and five programs offered during the implementation aspects of human capital development. In fact, there are certain patterns to give priority in the implementation of certain aspects of human capital development through academic programs among the universities studied. Interviews also find that there is joined drive between theoretical and practical approaches are emphasized. The findings also show that universities take into account the needs and requirements of the current stakeholders of human capital in the job market when developing and offering academic programs. Finally, the findings revealed that there were various problems in the implementation of human capital development arising from internal and external factors. Next implications and contributions of the study also discussed.

Key words: Human Capital Development, Public Universities 1.

Pendahuluan

Secara tradisinya, institusi pengajian tinggi (IPT) menyediakan tempat yang ideal untuk menuntut ilmu pengetahuan, di samping menjadi pusat atau sumber yang mampu menghasilkan tenaga kerja yang produktif untuk keperluan masyarakat (Aziah, Sufean & Abdul Ghani, 2007). Tindakan ini dilihat sebagai memenuhi tanggungjawab kepada negara kerana kemajuan dalam kualiti modal insan (human capital) merupakan komponen yang amat penting dalam pengwujudan dan penambahan modal yang dimiliki

oleh negara (Sufean, 2002). Walau bagaimanapun, modal insan yang dibangunkan perlulah berkualiti secara holistik iaitu memiliki kecekapan generik dan kecekapan dari segi subjek secara spesifik (soft and hard competencies) yang beroperasi dalam domain afektif dan kognitif. Malahan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi yang digubal oleh Kementerian Pengajian Tinggi (2006) turut mensasarkan pembangunan modal insan secara holistik yang perlu direalisasikan oleh semua IPT di Malaysia. Justeru, IPT diharap melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan menawarkan program-program akademik yang dapat menghasilkan modal insan yang dihasratkan itu. 2.

Pembangunan Modal insan

Pembangunan modal insan merupakan satu proses holistik yang merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif, berdaya saing, dan progresif (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006). Manakala pendidikan pula merupakan satu daripada medium utama dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Sehubungan itu, modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah. Bagi tujuan tersebut, penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat sedang dilaksanakan. Di samping itu, penekanan juga turut diberikan kepada pembangunan kemahiran pekerjaan (employment skills) yang tinggi agar modal insan yang dihasilkan dapat turut bersaing dalam perubahan ekonomi dunia dan era globalisasi. Matlamat ini diharap akan tercapai melalui pelaksanaan teras dasar pembangunan modal insan yang antara lain ingin memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan (Malaysia, 2006). 3.

Comment [PPIP2]: Ini dah ada rujukan.. cuba  check kat senarai…. 

Peranan IPT dalam Pembangunan Modal Insan

Peranan utama universiti adalah menjadi organisasi yang membekalkan modal manusia kepada pembangunan ekonomi negara (Altbach, 1991; Chew & Lee, 1995), terutamanya dalam keadaan ekonomi mengalami perubahan dari ekonomi yang berasaskan pengeluaran kepada yang berasaskan pengetahuan. Ahli-ahli ekonomi menganggap universiti sebagai satu pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan terutamanya membekalkan tenaga manusia terlatih dalam pelbagai bidang (Chew & Lee, 1995). Tenaga manusia terlatih pula merupakan aset yang amat penting dalam usaha menggerakkan pembangunan dan kemajuan negara (Zainal Abidin, 2000). Hal ini adalah kerana, kemajuan dan kekayaan sesebuah negara bukan diukur kepada kuantiti sumber alam yang dimiliki tetapi kualiti sumber manusia yang kreatif dalam mencanai usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan (Sufean, 2002).

Comment [PPIP3]: Ini sebenarnya KPT dan  bukannya Malaysia…. Saya silap tulis. 

Bagi Malaysia misi memperkasa kualiti modal insan negara telah dijadikan teras kedua Misi Nasional, 2006-2020 iaitu dengan iltizam untuk meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Hal ini seiring dengan senario pembangunan ekonomi dalam dekad 1990an yang menunjukkan peralihan daripada pembangunan ekonomi berasaskan perindustrian kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi). Pelan Induk K-ekonomi menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualiti sebagai salah satu faktor kritikal bagi melonjakkan negara ke status negara maju. Bagi merealisasikan hasrat ini, IPT perlu memainkan peranan yang kritikal untuk menghasilkan modal insan yang diaspirasi dalam pelan tersebut. Justeru, langkah yang diperakukan dalam Pelan ini termasuk menilai dan menaik taraf universiti dan kolej universiti, memperkukuh pengurusan Jabatan Pengajian Tinggi dan juga Lembaga Akreditasi Negara serta menggalakkan penggabungan IPTS menjadi satu konsortium pengkhususan dalam pelbagai bidang (Kementerian Pengajian Tinggi, 2004). Sehubungan itu, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dikatakan harus memainkan peranan utama sebagai organisasi yang akan mencitra dan membekalkan modal insan kepada pembangunan ekonomi negara (Chew & Lee, 1995). Dengan kata lain, tadbir urus IPT perlu peka terhadap program-program akademik dan latihan yang ditawarkan agar seiring dengan peranan mereka dalam menyediakan modal insan yang memenuhi tuntutan pasaran. Namun begitu usaha pembangunan modal insan di IPT melalui program akademik yang menjadi teras kepada kewujudan IPT sebagai institusi pendidikan adalah berbeza. Hal ini adalah kerana program akademik IPTS misalnya lebih menekankan kehendak pasaran berbanding IPTA. Jika hal ini berterusan nescaya pelaksanaan dasar pembangunan insan di peringkat IPT tidak akan tercapai matlamatnya. 4.

Tujuan Kajian Berdasarkan kepada premis di atas, kajian ini bertujuan untuk:

i. ii. iii.

5.

mengenal pasti aspek pembangunan modal insan melalui program akademik yang diberi keutamaan di IPTA, mengenal pasti pendekatan, dan mekanisme yang digunakan oleh IPTA dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti menerusi program akademik yang tawarkan, dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh IPTA dalam membangunkan modal insan melalui program akademik. Metodologi Kajian

Kaedah analisis polisi restrospektif digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini melalui gabungan kaedah tinjauan menerusi menggunakan soal selidik serta temu bual untuk mengumpul maklumat tanpa menguji sebarang teori atau hipotesis (Gay, 2000). Bagi tujuan tersebut, kajian ini menggunakan kaedah persampelan rambang berstrata iaitu jenis universiti serta lokasi. Sehubungan itu, pengkaji telah menggunakan senarai semua IPTA sebagai kerangka sampel di Malaysia mengikut kategori (Universiti

Comment [PPIP4]: Minta maaf saya tak ada  rujukan ini… u kan yang tulis metodologi 

Penyelidikan, Universiti Komprehensif, dan Universiti Berfokus) dan lokasi (Utara, Tengah, Timur dan Selatan –Semenanjung Malaysia serta Sabah/Sarawak mewakili Malaysia Timur). Kesimpulannya, sebanyak 3 buah Universiti Penyelidikan, 3 buah Universiti Komprehensif dan 10 buah Universiti Berfokus telah dijadikan sampel kajian ini. Responden bagi kajian tinjauan ini pula terdiri daripada individu yang mempunyai pengetahuan tentang rancangan pembangunan program peringkat pusat/fakulti telah dipilih iaitu dekan, timbalan dekan, ketua jabatan/kordinator/penyelaras program/ pengerusi rancangan, dan pensyarah. Seramai 16 x 15 fakulti/pusat pengajian x 10 orang individu perfakulti/pusat pengajian yang berkenaan telah dikenal pasti untuk menjadi responden kajian ini melalui laman web. Dengan itu, seramai 2400 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik yang diedarkan melalui pos. Bagi tujuan tersebut satu set soal selidik yang mengandungi 110 item yang menggunakan skala Likert 5 mata berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Modal Insan, dan Pelaksanaan Pembangunan Modal Insan Melalui Prgram Akademik telah digunakan. Sementara itu, kaedah temu bual berfokus pula telah digunakan dengan memilih sebuah IPTA berdasarkan convenience sampling bagi mengkaji secara terperinci pelaksanaan pembangunan modal insan melalui program akademik. Bagi memelihara etika penyelidikan nama asal IPTA yang terpilih telah ditukar kepada Universiti Sejahtera. Daripada IPTA tersebut sebanyak 6 fakulti/pusat pengajian pula dipilih secara rawak untuk ditemu bual. Seterusnya, bagi setiap fakulti pula dekan atau timbalan dekan serta seorang ketua jabatan/pengerusi rancangan telah dipilih mengikut kesudian dan kesediaan responden untuk di temu bual. 6.

Dapatan Kajian

6.1.

Dapatan Deskriptif Instrumen Kajian

Prosedur analisis faktor digunakan bagi mengesahkan pemuatan item-item kepada faktor (dimensi) variabel. Sehubungan itu data yang diperoleh dari responden telah dilakukan analisis faktor bagi mengesahkan pemuatan item-item kepada faktor (dimensi) variabel. Prosedur yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan analisis principal komponen kaedah putaran Varimax dan Kaiser Normalization. Kriteria nilai eigen > 1.00 serta nilai muatan > .30 sahaja diambil kira. Dapatan analisis faktor terhadap instrumen pembangunan modal insan melalui program akademik (110 item) memperoleh nilai ujian matrik beridentiti Kaiser-MeyerOlkin (KMO) sebanyak .625 dan Bartlett’s Test menunjukkan nilai Chi-Square sebanyak 26956.6 (df=5995; p=.001). Mengikut Coakes dan Steed (2001) nilai KMO ≥ .60 dan signifikan adalah memadai serta penggunaan analisis faktor adalah sesuai dari segi ukuran kecukupan sampel yang munasabah. Seterusnya analisis faktor kaedah principal component dengan putaran varimax bagi mengkaji korelasi item-item serta komponennya dengan menggunakan beban faktor .30 dijalankan. Hasilnya sebanyak 9 faktor dengan nilai eigen melebihi 1 telah muncul

secara jelas. Kesemua 9 faktor tersebut telah menyumbang sebanyak 66.67 peratus daripada jumlah keseluruhan varians. Berikut dipaparkan dapatan nilai eigen dan varians bagi kesemua faktor bagi kajian ini. Jadual 1: Nilai eigen yang diperoleh bagi komponen faktor kajian Faktor

Bil. Item

Nilai Eigen

% varians

1

Matlamat Modal Insan

29

22.10

38.27

2

Kurikulum

14

7.07

6.43

3

Pengajaran Pembelajaran

13

5.06

4.61

4

Mekanisme Penilaian

9

3.86

3.51

5

Bahan Pembelajaran

11

3.55

3.22

6

Tenaga Pengajar

8

3.37

3.06

7

Sistem Sokongan

8

3.11

2.83

8

Pembangunan Program

9

2.81

2.55

9

Kualiti Program

9

2.51

2.28

Seterusnya bagi mengenal pasti interkorelasi antara 9 faktor skala pembangunan modal insan, analisis korelasi pearson telah dijalankan dan dapatannya pula di paparkan dalam Jadual 2 di bawah. Tujuan utama menjalankan interkorelasi adalah bagi mengenal pasti sama ada kesemua faktor tersebut dipengaruhi oleh kesan multicollinearty yang wujud antara faktor-faktor tersebut.Selain itu, nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha ( α ) bagi bagi setiap faktor kajian ini turut dipaparkan dibawah.

Jadual 2: Matriks Interkorelasi antara faktor skala

α

Min

S.P

MB

K

PP

MP

BP

TP

SS

PG

KP

Matlamat Modal Insan (MB)

.85

4.11

.52

1.00

.31

.49

.41

.47

.49

.44

.36

.29

Kurikulum (K)

.83

4.07

.50

1.00

.39

.38

.51

.43

.42

.42

.35

Pengajaran Pembelajaran (PP)

.84

4.07

.56

1.00

.46

.46

.42

.48

.38

.38

Mekanisme Penilaian (MP)

.83

4.13

.58

1.00

.51

.50

.43

.32

.33

Bahan Pembelajaran (BP)

.81

3.95

.57

1.00

.51

.48

.38

.50

Tenaga Pengajar (TP)

.90

4.15

.57

1.00

.50

.51

.29

Sistem Sokongan (SS)

.89

4.07

.61

1.00

.43

.39

Pembangunan Program (PG)

.81

4.24

.53

1.00

.35

Kualiti Program (KP)

.82

4.21

.64

Faktor

1.00

    

Dapatan daripada Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa nilai Cronbach Alpha ( α ) yang diperoleh bagi setiap faktor adalah melebihi .80 iaitu suatu yang tinggi serta mantap dari segi kebolehpercayaan dan kesahan item kajian. Selain itu nilai korelasi koefisyen pearson yang wujud antara kesemua 9 faktor adalah diantara .32 hingga .51. Dapatan ini mengesahkan bahawa kesan multicollinearty hampir tidak wujud antara faktor-faktor tersebut.  6.2.

Profil Pembangunan Modal Insan Melalui Progam Akademik IPT

Profil pembangunan modal insan dalam kajian ini dibina berdasarkan dua kriteria iaitu jenis universiti dan pengkhususan program yang ditawarkan. Universiti dalam kajian ini telah dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif dan Universiti Berfokus. Analisis varians multivariate (MANOVA) telah digunakan bagi menunjukkan perbezaan kumpulan, seterusnya analisis lanjutan univariate pula dijalankan untuk menentukan variabel yang menyebabkan perbezaan tersebut. Sementara itu, kajian ini turut menggunakan kedua-dua kriteria Pillai trace dan Roy’s ger (greatest characteristic root) bagi mengenal pasti perbezaan skor min antara kumpulan. Manakala ujian post hoc Scheffe pula digunakan untuk mengenal pasti perbezaan yang wujud antara kumpulan. Sehubungan dengan itu, kesemua 9 aspek pembangunan modal insan melalui program akademik yang diperoleh melalui analisis faktor telah digunakan sebagai variabel bersandar dalam kajian. Dapatan analisis korelasi antara faktor-faktor ini pula

telah diuji dengan menggunakan ujian Bartlett Sphericity yang memperoleh nilai statistik sebanyak 1322,135 dengan df = 109, p

Suggest Documents