PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR EXPERIENCE

PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE) DI FAKULTI ALAM BINA, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI SERTA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SIS...
Author: Douglas Turner
62 downloads 0 Views 933KB Size
PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE) DI FAKULTI ALAM BINA, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI SERTA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

IDAYATI BINTI RAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN PROGRAM FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE) DI FAKULTI ALAM BINA, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI SERTA FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

IDAYATI BINTI RAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

iii

DEDIKASI

Khasnya untuk:

Suami yang dicintai Asrun Afandi bin Mat Saaid Allahyarham ayahanda yang dikasihi Haji Abdul Rahim bin Haji Kamisan Bonda yang disayangi Hajah Nengseh binti Haji Saleh Adik-adik tersayang

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan . Kejayaan ini adalah hadiah untuk kalian semua.

Tidak lupa untuk:

Kawan-kawan semua Khasnya yang terlibat dalam menjayakan kajian ini Terima kasih di atas segala sokongan & keperihatinan ...

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah.... Segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T. dengan limpah dan kurniaNya, Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda.

Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Tuan Haji Hassan bin Hushin yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh penyediaan Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amatlah dihargai.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada tiga pihak yang sudi untuk ditemu bual iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Zaki Kamsah, Dekan Pengajian Pra Siswazah, Profesor Megat Mohd Ghazali B Megat Abd. Rahman, Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Dr Dayang Norhayati Abang Jawawi, Penyelaras FYE di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat dan Puan Norizan Salleh, Penolong Pendaftar Pengajian Pra-Siswazah. Segala kerjasama dan maklumat yang diberikan amat dihargai.

Buat rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya di dalam penyelidikan ini diucapkan ribuan terima kasih di atas jasa kalian. Semoga Allah jualah yang membalasnya.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aktiviti First Year Experience (FYE); mengenalpasti jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telah dijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat dan mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First Year Experience dan pihak Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience supaya lebih sistematik dan efisien. Kajian ini melibatkan 254 orang pelajar tahun pertama di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi dan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan instrumen kajian soal selidik yang terdiri daripada 20 soalan. Selain itu, tiga pihak yang terlibat dalam instrumen kajian temu bual yang terdiri daripada 10 soalan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Aspek yang dikaji adalah tahap persepsi pelajar terhadap program First Year Experience yang dijalankan. Analisis mengikut item dilakukan dengan menggunakan

Statistical

Package Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil kajian mendapati tahap persepsi pelajar berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min keseluruhan ialah 3.27. Manakala bagi maklum balas temu bual pula mendapati ketiga-tiga orang responden bersetuju aktiviti yang dilakukan adalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan dan bengkel. Mereka juga bersetuju perancangan Jawatankuasa FYE dan pihak PPS dalam pengurusan program FYE supaya lebih sistematik dan efisien adalah melalui enam pendekatan iaitu Living Learning Communities, Peer Mentoring, Enhanced First Year Classroom, Supplemental Instruction & Tutoring, Orientation and Focused First Year Experience Advising.

vi

ABSTRACT

This research was conducted to identify the perception of students about First Year Experience (FYE) activity, identification of type or form of activity that have been conducted for First Year Experience (FYE) in the Faculty of Built Environment, Faculty of Geoinformation and Engineering and Faculty of Computer Science and Information Systems, and identification of The Committee of First Year Experience and Undergraduate Studies planning towards a more systematic and efficient First Year Experience management. This research which involved 254 first year students of Faculty of Built Environment, Faculty of Geoinformation and Engineering and

Faculty of Computer Science and Information System in

Universiti Teknologi Malaysia have adopted the questionnaire instrument which contains 20 questions. Besides, there are three parties involved in the interview instrument with 10 questions. Data obtained was analyzed descriptively. Aspects that have been investigated is the level of student’s perception on previous First Year Experience program. Statistical Package Social Science (SPSS) version 11.5 was utilized to analyse the data. The result obtained showed that the level of student’s perception is moderate with an overall mean of 3.27. Whereas, three respondents from the interview session agreed the program should consist of briefing, talks, motivation camp, camping and workshop. The respondents also agreed that Committee of First Year Experience and Undergraduate Studies can create a more systematic and efficient FYE program by six approaches which are Living Learning Communities, Peer Mentoring, Enhanced First Year Classroom, Supplemental Instruction & Tutoring, Orientation and Focused First Year Experience Advising.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

x

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

xii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang

3

1.3

Penyataan Masalah

5

1.4

Objektif Kajian

6

1.5

Persoalan Kajian

7

1.6

Rasional Kajian

8

1.7

Kepentingan Kajian

8

1.8

Batasan Kajian

9

1.9

Definisi Operasional

10

1.10

Penutup

14

viii BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

15

2.2

Program First Year Experience (FYE)

15

2.2.1 First Year Experience (FYE) secara umum

15

2.2.2 First Year Experience (FYE) di luar negara

17

2.2.3 First Year Experience (FYE) di UTM

19

2.3 Tinjauan Penulisan dan Kajian Lepas

21

2.3.1 Teori Pembangunan Pelajar

21

2.4 Penutup

BAB 3

METADOLOGI

3.1 Pengenalan

26

3.2 Reka Bentuk Kajian

27

3.3 Tempat Kajian

28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

29

3.5 Kajian Rintis

30

3.5.1 Kesahan Instrumen Kajian

30

3.5.2 Keboleh Percayaan Instrumen Kajian

31

3.6 Instrumen Kajian

BAB 4

24

32

3.6.1 Pengumpulan Data Primer

32

3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder

35

3.7 Kaedah Analisis Data

35

3.8 Prosedur Kajian

37

3.9 Penutup

37

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

39

4.2 Keputusan dan Analisis Data Soal Selidik Bahagian A

41

ix

BAB V

4.3 Keputusan dan Analisis Data Soal Selidik Bahagian B

45

4.4 Analisis Temu bual

55

4.5 Penutup

69

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

71

5.2 Perbincangan

71

5.3 Rumusan

80

5.4 Cadangan

81

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

82

5.6 Penutup

83

BIBLIOGRAFI

84

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

1.1

TAJUK

MUKA SURAT

Pelajar tahun pertama sesi 2008/2009 mengikut

4

fakulti 3.1

Taburan responden soal selidik kajian berdasarkan

29

fakulti 3.2

Skala Likert

33

3.3

Item soal selidik

34

3.4

Item temu bual

35

3.5

Pertimbangan yang akan digunakan oleh penyelidik untuk

36

menjawab persoalan kajian yang berkaitan 4.1

Tahap pencapaian berdasarkan skor min

40

4.2

Jadual Skala Likert

40

4.3

Bilangan dan peratus taburan responden mengikut jantina

41

4.4

Bilangan dan peratus taburan responden mengikut kursus

42

4.5

Bilangan dan peratus taburan responden mengikut fakulti

43

4.6

Bilangan dan peratus taburan responden mengikut kelulusan

44

akademik 4.7

Bilangan dan peratus taburan responden mengikut tempat

45

tinggal 4.8

Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis

46

kefahaman tentang Program Pengalaman Tahun Pertama (First Year Experience -FYE) 4.9

Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis

47

xi Pengisian Program Pengalaman Tahun Pertama (First Year Experience -FYE) 4.10

Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis

50

pelaksanaan tentang Program Pengalaman Tahun Pertama (First Year Experience -FYE) 4.11

Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis aktiviti

52

yang dijalankan dalam Program Pengalaman Tahun Pertama (First Year Experience -FYE) 4.12

Taburan kekerapan dan skor min berkaitan analisis

53

pandangan @ pendapat tentang Program Pengalaman Tahun Pertama (First Year Experience -FYE) secara umum 4.13

Jadual maklum balas sesi temu bual antara Profesor Madya

64

Dr. Mohd Zaki Kamsah, Dekan Pengajian Pra Siswazah (PPS), Profesor Megat Mohd Ghazali B Megat Abd. Rahman, Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi (FKSG) serta Dr Dayang Norhayati Abang Jawawi, Penyelaras FYE di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM).

xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

FYE

-

First Year Experience

FAB

-

Fakulti Alam Bina

FKSG

-

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

FSKSM

-

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

PPS

-

Pengajian Pra-Siswazah

S

-

Setuju

SS

-

Sangat Setuju

SBC

-

Sarjana Muda Sains Pembinaan

SBQ

-

Sarjana Muda Ukur Bahan

SCB

-

Sarjana Muda Sains komputer- Bioinformatik

SCJ

-

Sarjana Muda Sains Komputer-Kejuruteraan Perisian

SGU

-

Sarjana Muda Kejuruteraan-Geomatik

STS

-

Sangat Tidak Setuju

SP

-

Sisihan Piawai

SPSS

-

Statistical Package for Social Sciences

TDA

-

Timbalan Dekan Akademik

TP

-

Tidak Pasti

TS

-

Tidak Setuju

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

%

-

Peratus

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Borang soal selidik

87

B

Jadual temu bual

92

C

Surat pengesahan soal selidik daripada

93

Puan Norizan Salleh

D

Surat akuan pelajar

94

E

Surat Maklumat Pelajar Tahun Pertama di UTM

95

F

Analisis kebolehpercayaan Alpha Cronbach

97

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Program First Year Experience (FYE) di universiti-universiti luar negara telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan.

Program FYE ini dirangka dengan tujuan

membantu pelajar tahun pertama menghadapi masalah yang dihadapi semasa berada di kampus. Antara isunya adalah berkaitan dengan keluarga, rakan, kewangan, kemahiran belajar, pengurusan masa, motivasi diri dan juga persekitaran pembelajaran. Ini kerana kebanyakan daripada pelajar tahun pertama mendapati pembelajaran di universiti adalah berbeza dengan corak pendidikan semasa di sekolah, M.Z.Kamsah (2005).

Oleh itu, universiti-universiti di luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia bakal menjadikan pengalaman pelajar tahun pertama sebagai fokus utama di universiti.

Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti

pertambahan bilangan pelajar, pelebaran universiti dalam latar belakang pelajar, terdapat pelajar yang menarik diri, pertambahan pelaksanaan dalam teknologi pengajaran dan juga penyampaian kursus yang fleksibel.

Ini merupakan satu perubahan dalam sistem

pendidikan di universiti di mana selama ini pelajar dibiarkan bebas mengikut acuan sendiri dalam pembelajaran dan kehidupan mereka di kampus. Dengan adanya program FYE ini, pensyarah akan bukan sahaja berperanan dalam pengajaran tetapi juga menitikberatkan latar belakang pelajar tahun pertama yang pelbagai. Perhubungan baik yang terjalin antara pensyarah, pelajar kanan dan pelajar tahun pertama akan merangsang

2 kepada pembelajaran pelajar tahun pertama seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan dan sistem akademik di universiti.

Bagi memastikan program FYE ini berjalan dengan lancar dan berkesan, ada di antara universiti-universiti luar negara yang menjadikan

FYE sebagai subjek yang

menyumbang kepada satu jam kredit. Program-program yang disediakan di antaranya ialah mengadakan kelas, seminar dan perkhemahan.

Justeru setelah menilai pelaksanaan program FYE ini membawa banyak manfaat kepada pelajar tahun pertama, pihak pentadbiran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Dr. Ahmad Kamal Idris, Mantan Dekan Pengajian Pra-Siswazah telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan program FYE di UTM pada tahun 2006. Pelaksanaan program FYE adalah mengikut perancangan yang telah diperbincangkan oleh Jawatankuasa FYE bagi setiap fakulti di UTM. Namun bagi menyediakan program FYE yang masih baru di Malaysia ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah bukan satu kerja yang mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih serta sokongan yang berterusan daripada pihak pentadbir, Jawatankuasa FYE dan pelajar tahun pertama sendiri bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Walaupun fakulti-fakulti telah cuba merealisasikan matlamat prgram FYE ini yang memasuki tahun ketiga dengan bantuan yang diberikan seperti kewangan (sebelum ini pelajar menyediakan kewangan sendiri manakala sebahagian lagi sumber adalah sumbangan dari staf akademik sendiri) namun hakikatnya terdapat masalah yang timbul dalam pelaksanaan program FYE ini.

3 1.2

Latar Belakang

Kebanyakan pelajar tahun pertama menghadapi kesukaran semasa menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus sama ada dari segi akademik mahupun kehidupan sosial mereka, M.Z.Kamsah (2005). Justeru pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), amat menitikberatkan prestasi pelajar tahun pertama.

Pelbagai usaha dijalankan bagi

menambahbaik pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, jati diri dan kemahiran generik (kemahiran insaniah) kumpulan pelajar tersebut. Oleh itu, pihak fakulti atau bahagian di UTM telah merancang program First Year Experience (FYE) secara keseluruhannya menekankan kepada aspek-aspek motivasi, peningkatan kemahiran belajar, penerapan pengetahuan dan kefahaman tentang Sistem dan Peraturan Akademik UTM serta kesedaran kerjaya.

Wakil dari setiap fakulti (Jawatankuasa FYE) atau

bahagian akan dihantar untuk sama-sama berbincang, bermuafakat dan bertukar-tukar idea semasa perbincangan atau mesyuarat yang dijalankan.

Program-program yang

dirancang akan dikendalikan sendiri oleh pihak fakulti dengan kerjasama daripada bahagian-bahagian yang berkaitan seperti Unit Bahasa Inggeris, Pusat Kaunseling dan Kerjaya dengan Pengajian Pra-Siswazah yang bertindak sebagai penyelaras program FYE (menguruskan tuntutan kewangan).

Oleh itu, kajian ini perlulah dijalankan agar dapat mencari serta mencadangkan langkah-langkah yang terbaik untuk memantapkan lagi program FYE di UTM. Antara pendekatan yang digunakan adalah melalui temu bual dan soal selidik. Melalui temu bual, maklumat yang sebenar akan diperolehi secara langsung daripada beberapa orang staf akademik yang terlibat dalam program FYE.

Sementara, soal selidik pula

berfokuskan kepada pelajar tahun pertama di UTM di mana maklumat yang diperolehi secara sulit dan akan diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 11.5 for window .

4 Di UTM, terdapat dua belas buah fakulti yang diwujudkan bagi memenuhi aspirasi, keperluan dan kehendak negara. Berikut adalah Jadual 1.1 yang menunjukkan jumlah pelajar tahun pertama di dua belas buah fakulti.

Bil

Jadual 1.1: Pelajar tahun pertama sesi 2008/2009 mengikut fakulti Fakulti Jumlah

1

Fakulti Alam Bina

233

2

Fakulti Kejuruteraan Awam

217

3

Fakulti Kejuruteraan Elekktrik

290

4

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

327

5

Fakulti kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli

323

6

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

247

7

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan

26

8

Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan

48

9

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

352

10

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

278

11

Fakulti Sains

361

12

Fakulti Pendidikan

110 Jumlah

2812

Sumber : Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik)

Oleh itu, atas saranan daripada Penolong Pendaftar Pengajian Pra-Siswazah Puan Norizan Salleh, kajian ini dijalankan di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat. Ini adalah kerana ketiga-tiga buah fakulti tersebut merupakan di antara fakulti yang aktif melaksanakan program FYE.

Terdapat lima program yang ditawarkan di Fakulti Alam Bina iaitu : 1. Sarjana Muda Sains Pembinaan. 2. Sarjana Muda Ukur Bahan.

5 3. Sarjana Muda Seni Bina. 4. Sarjana Muda Seni Bina Landskap. 5. Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi pula menawarkan lima program iaitu : 1. Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik). 2. Sarjana Muda Sains (Geoinformatik). 3. Sarjana Muda Sains (Remote Sensing). 4. Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah). 5. Sarjana Muda Sains (Pembangunan dan Pentadbiran Tanah).

Terdapat lima program yang ditawarkan oleh pihak Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat iaitu : 1. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Maklumat). 2. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer dan Komunikasi). 3. Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). 4. Sarjana Muda Sains Komputer (Industrial Computing). 5. Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia). 6. Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik).

1.3

Pernyataan Masalah

Walaupun perjalanan pengurusan berjalan mengikut yang dicadangkan, isu pelaksanaan program FYE di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini telah mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh beberapa pihak mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Ini kerana pertambahan mahupun perancangan sesuatu aktiviti dalam program FYE bagi pelajar tahun pertama adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa FYE di setiap fakulti di UTM. Sejajar dengan itu, adakalanya wakil yang dihantar oleh setiap fakulti ibarat melepas batuk di tangga.

6 Pemilihan wakil tersebut sering bertukar, tidak konsisten dan acapkali tidak menyampaikan

maklumat

yang

Jawatankuasa FYE yang lain.

diperolehi

melalui

perbincangan

kepada

ahli

Selain itu, walaupun semasa merancangkan sesuatu

program FYE, Jawatankuasa FYE mempunyai suatu prinsip bahawa program yang dijalankan perlulah untuk faedah pelajar tahun pertama. Namun, pelarasan bagi setiap program yang dicadangkan adalah berbeza dan tidak selaras di antara fakulti-fakulti di UTM.

Promosi-promosi yang dijalankan untuk program tersebut pula adalah tidak

meluas dan sekata. Terdapat pelajar yang tidak tahu tentang program-program FYE yang dijalankan.

Selain itu, pelaksanaan program FYE menjadi kurang berkesan kerana

penguatkuasaan terhadap program yang dijalankan kurang efektif walaupun pelajar tahun pertama menyedari program tersebut merupakan aktiviti wajib bagi mereka.

Ini

menyebabkan ramai pelajar yang tidak ambil kisah.

Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan program First Year Experience (FYE) di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar

terhadap aktiviti First Year Experience di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, mengenalpasti jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telah dijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat dan mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First Year Experience dan pihak Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience supaya lebih sistematik dan efisien.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk: 1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aktiviti First Year Experience di

7 Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat. 1.4.2 Mengenalpasti jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telah dijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat.

1.4.3

Mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First Year Experience dan pihak Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience supaya lebih sistematik dan efisien.

1.5

Persoalan Kajian

Untuk mencapai matlamat kajian ini, maka persoalan yang berkaitan ialah: 1.5.1

Apakah tahap persepsi pelajar terhadap aktiviti First Year Experience di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat?

1.5.2

Apakah jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telah dijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat?

1.5.3

Apakah perancangan Jawatankuasa First Year Experience dan pihak Pejabat Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experience supaya lebih sistematik dan efisien?