PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS 1 Norazilawa...
10 downloads 0 Views 773KB Size
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

PELAKSANAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS 1 Norazilawati Abdullah, 2Nik Azmah Nik Yusof , 3Rosnidar Mansor Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

1,2,3

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam Mata Pelajaran Sains. Selain itu juga ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap guru serta mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan guru. Secara tidak langsung kekangan dalam pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains dapat dikenalpasti. Kajian ini melibatkan 450 orang guru yang mengajar sains dari 68 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta ujian-t dan ANOVA sehala (f-test) telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah tinggi bagi aspek kesediaan dan sikap guru namun, sederhana bagi aspek pengetahuan dan rendah bagi kemahiran guru sains. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden. Namun demikian tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor etnik dan taraf akademik responden. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini kepada institusi pendidikan guru di Malaysia tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan memberi ruang untuk memperbaiki pelaksanaan konstruktivisme dengan lebih menyeluruh. Kata kunci Konstruktivisme, mata pelajaran Sains Abstract This study aims to identify the level of implementation of constructivist approach in Science.  In addition, it seeks to identify the level of knowledge, readiness, skills and attitudes of teachers and to identify differences in the implementation of constructivism in science approach to gender, age, ethnicity, teaching experience, academic status, options and in service training of school teachers and also constraints on the implementation of constructivism in science approach were identified.  The study involves 450 teachers teaching Science from 68 schools in Kuala Lumpur. This study was conducted through a survey using questionnaire instruments. The findings of this study were analyzed using SPSS ‘statistical package for social sciences. The data for this study uses inferential statistics and descriptive statistics. Distribution of frequency or frequencies with percentages and mean scores and t-tests and ANOVA (f-test) was used. The results show a high level of implementation of constructivism in 78

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

the aspect of readiness and attitude, but it was low for knowledge and skills of Science teachers. The study also shows significant differences between the implementation of constructivism in science approach to gender, age, teaching experience, options and in service training of the respondents. However, there were no significant differences for the factor of ethnicity and academic status of respondents. In conclusion, this study contributes to the improvement in the implementation of constructivism to the Teachers Training Institutions in Malaysia in a more comprehensive way. Keyword Constructivism, Science Subject

Pengenalan Malaysia sedang gigih menggapai matlamat untuk bergelar negara maju pada tahun 2020 yang berbaki lapan tahun lagi. Untuk menjadi negara maju, sains mesti ditekankan dalam kalangan rakyat seiring dengan matlamat pendidikan sains yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Terdapat banyak hambatan yang perlu diatasi secara kolektif untuk mencapai ‘aspirasi mega’ ini seperti kurikulum yang sejagat dan dinamik, pendekatan pengajaran yang berkesan, sistem penilaian piawai, prasarana serta pendidik yang komited. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih kepada behaviourisme. Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010), menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada akademik murid. Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008), mendapati guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran secara konstruktivisme bermaksud pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu itu tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia (Suriaty & Nor Hazian, 2002). Konstruktivisme merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif di dalam minda.

79

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

Pernyataan Masalah Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pendekatan konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian-kajian yang telah dijalankan di dalam dan luar negara telah membuktikan kelebihannya dalam pembelajaran ilmu sains. Norazuan (2000) melalui kajiannya mendapati bahawa murid tidak memilih kerjaya sains sekiranya tidak meminati mata pelajaran sains. Tambahan pula terdapat guru melaporkan bahawa murid beranggapan bahawa sains sukar dipelajari dan seterusnya ini boleh mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran berkenaan (Ling, 1999). Baru-baru ini, media mendedahkan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan dan hal ini menunjukkan kemerosotan pada tahap yang sangat kritikal. Kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 yang memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, nampaknya masih belum lagi dicapai. Keadaan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi. Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan murid yang boleh membina pengalaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu alternatif yang wajar diaplikasi guru. Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005), corak pembelajaran konstruktivisme sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk identiti murid yang berdaya saing. Pendekatan ini dapat membantu murid merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki dengan cara yang berkesan seterusnya mampu melakukan anjakan paradigma bagi diri sendiri untuk berfikir pada tahap berfikir di luar kotak. Jones dan Arage (2002) mendapati konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk menyediakan pembelajaran yang aktif, membentuk prakonsep sendiri, perkembangan minda secara kompleks dan mendalam untuk pemahaman yang kukuh dan jelas. Oleh kerana proses pengajaran dan pembelajaran harus lebih berpusatkan murid supaya mereka merasa lebih seronok dengan apa yang dipelajari maka kajian harus dijalankan untuk menentukan sejauh manakah guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan murid di dalam kelas. Melalui aktiviti ini seterusnya akan meningkatkan minat murid dan mereka menjadi lebih positif terhadap pembelajaran sains di sekolah. Bagaimanapun, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru mempunyai hubung kait dengan beberapa faktor iaitu kesediaan guru, kesediaan murid, sokongan dan bantuan dari pihak sekolah dan kekangan-kekangan lain yang harus dihadapi oleh guru untuk melaksanakannya. Oleh itu, kajian yang melihat pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannmata pelajaran sains perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains di Malaysia. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Melalui kajian ini, kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains boleh dikesan supaya tindakan untuk meningkatkan lagi keberkesanannya pada masa hadapan dapat dibuat. Objektif kajian ini adalah untuk: 80

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. 2. Mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. 3. Mengenal pasti tahap kemahiran guru terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. 4. Mengenal pasti sikap guru terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. 5. Mengenal pasti perbezaan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan guru? Metodologi Kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan hubungan yang minimum sahaja. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970) iaitu sampel dipilih daripada sekolah-sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah sekolahsekolah menengah kebangsaan harian biasa dan berasaskan aliran akademik sahaja. Populasi kajian adalah 678 orang guru sains dari 87 buah sekolah yang dipilih secara rawak bersistematik, walaubagaimanapun 450 orang guru dari 68 buah sekolah telah menghantar kembali soal selidik kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Secara keseluruhannya, kajian ini mengandungi 60 item soalan soal selidik. Soal selidik yang dibina diuji kesahannya melalui kesahan muka (face validity) dan kesahan kandungan (content validity). Setelah pengubahsuaian terhadap soal selidik dibuat, satu kajian rintis telah dijalankan bagi menguji kebolehtadbiran soal selidik dan juga bagi mendapatkan kesahan dan indeks kebolehpercayaan soal selidik. kebolehpercayaan instrumen secara keseluruhan bagi 60 item didapati mempunyai nilai Alpha 0.907. Manakala secara terperinci didapati nilai korelasi antara skor item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item Total Correlation) aspek pengetahuan ialah 0.713 dengan 0.768, kesediaan ialah antara 0.773 dengan 0.820, kemahiran ialah 0.752 dengan 0.787 dan sikap ialah 0.719 dengan 0.763. Dapatan Dapatan kajian menunjukkan: a) Tahap pengetahuan Secara keseluruhannya Jadual 1 menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Min= 2.47 dan ini menunjukkan tahap pengetahuan responden adalah di tahap sederhana. Ini dibuktikan dengan dapatan soal selidik berkaitan tahap pengetahuan. Item 1, 3, 7, 9 dan 15 menunjukkan nilai min adalah antara 2.34 hingga 3.66. Bagi item 1 dan 9 misalnya menunjukkan tahap pengetahuan responden adalah sederhana apabila responden kurang berkeyakinan bahawa kaedah mengajar secara konstruktivisme lebih berkesan berbanding kaedah biasa dan mereka masih ragu untuk mengaplikasikan kaedah ini. Dapatan juga menunjukkan bagi item 2, 4, 6, 8, 10, 11, 12, 13 dan 14 tahap pengetahuan 81

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

responden adalah rendah iaitu nilai min 1.00 hingga 2.33. Bagi item 13 dan 14 misalnya, responden tidak dapat menerangkan maksud model konstruktivisme dan mereka tidak memahami strategi dan kaedah dalam melaksanakan pendekatan ini. Jadual 1 Analisis deskriptif tahap pengetahuan responden Item

Min

Tahap

1. Kaedah pengajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme adalah sama dengan kaedah biasa. 2. Saya yakin cara penyampaian pengajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme lebih berkesan daripada kaedah biasa. 3. Pengajaran berdasarkan kaedah konstruktivisme menggalakkan kreativiti. 4. Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah satu proses pengajaran yang mementingkan pengetahuan sedia ada murid. 5. Setiap murid membina pengetahuan daripada orang lain.

2.46

Sederhana

2.13

Rendah

2.41

Sederhana

2.31

Rendah

3.93

Tinggi

2.15

Rendah

3.22

Sederhana

2.02

Rendah

2.49

Sederhana

2.30

Rendah

2.03

Rendah

2.16

Rendah

2.17

Rendah

2.31

Rendah

2.96

Sederhana

2.47

Sederhana

6. Dalam pengajaran konstruktivisme murid membina pengetahuan sendiri. 7. Gabungan beberapa kaedah pengajaran menimbulkan suasana yang boleh merangsang minat murid. 8. Pengajaran melalui pendekatan konstruktivisme adalah berpusatkan murid. 9. Pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme sesuai untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran sains. 10. Kaedah pengajaran konstruktivisme menggalakkan murid meneroka sesuatu situasi. 11. Saya dapat membimbing murid berdasarkan kaedah pengajaran konstuktivisme. 12. Strategi pengajaran konstruktivisme akan melibatkan penyampaian isi kandungan yang ingin saya sampaikan. 13. Kaedah tutoran dapat membimbing murid berdasarkan model pengajaran konstruktivisme. 14. Saya boleh menerangkan maksud model konstruktivisme kepada orang lain. 15. Saya minat menjalankan kaedah konstruktivisme. KESELURUHAN

b) Tahap Kesediaan Secara keseluruhannya Jadual 2 menunjukkan tahap kesediaan responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Min = 3.72 dan ini menunjukkan tahap kesediaan responden adalah di tahap tinggi. Ini dibuktikan 82

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

dengan dapatan item soal selidik bagi tahap kesediaan yang mana bagi item 1, 2, 4, 6, 8 dan 10 nilai min adalah antara 3.67 hingga 5.00. Item nombor 1 dan 8 menjelaskan, responden bersedia serta mampu melaksanakan dan menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains. Walau bagaimanapun tidak semua item menunjukkan tahap kesediaan adalah tinggi. Didapati ianya berbeza dengan item 3, 5, 7 dan 9 yang mana nilai min adalah sederhana iaitu antara 2.34 hingga 3.66. Item 3 dan 7 menjelaskan, walaupun responden bersedia namun tahap keyakinan dan keselesaan mereka adalah di tahap sederhana. Jadual 2 Analisis deskriptif tahap kesediaan responden Item 1. Saya bersedia melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 2. Saya boleh melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 3. Saya yakin untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 4. Saya bersedia melaksanakan pendekatan konstruktivisme sekiranya disediakan modul yang bersesuaian. 5. Saya suka untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 6. Saya tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 7. Saya selesa untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 8. Saya bersedia menghadapi cabaran yang berkaitan dengan pelaksanakan pendekatan konstruktivisme 9. Saya seronok untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 10. Saya mampu untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme. Keseluruhan

Min

Tahap

3.85

Tinggi

3.93

Tinggi

3.36

Sederhana

3.96

Tinggi

3.25

Sederhana

3.98

Tinggi

3.43

Sederhana

3.99

Tinggi

3.12

Sederhana

4.29

Tinggi

3.72

Tinggi

c) Tahap Kemahiran Secara keseluruhannya Jadual 3 menunjukkan tahap kemahiran responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Min= 2.25 dan ini menunjukkan tahap kemahiran adalah di tahap rendah. Ini dibuktikan dengan dapatan soal selidik terhadap tahap kemahiran. Bagi item 1, 2, 3, 5, 7, 11, 15, 18 dan 19 nilai min adalah antara 1.00 hingga 2.33. Bagi item 4, 6, 8, 9, 10, 13, 14, 16, 17 dan 20 pula, nilai min adalah di tahap sederhana iaitu antara 2.33 hingga 3.66. 83

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

Jadual 3 Analisis deskriptif tahap kemahiran responden Item

Min

Tahap

1. Saya mahir menjalankan pendekatan konstruktivisme.

1.90

Rendah

2. Saya menguasai pelaksanaan pendekatan konstruktivisme.

2.06

Rendah

3. Saya pernah menghadiri kursus yang mengajar cara-cara pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. 4. Saya berusaha untuk memahirkan diri dalam melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 5. Saya boleh melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

1.27

Rendah

2.36

Sederhana

1.86

Rendah

2.42

Sederhana

1.76

Rendah

2.40

Sederhana

2.10

Sederhana

2.37

Sederhana

1.96

Rendah

3.71

Tinggi

6. Saya boleh menerapkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 7. Saya boleh mewujudkan interaksi dengan murid secara aktif semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 8. Saya boleh meneruskan proses KBKK semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 9. Saya boleh menyampaikan isi kandungan pengajaran yang menepati objektif semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 10. Saya boleh menggunakan alat bantu mengajar semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 11. Saya dapat melaksanakan prinsip-prinsip penyoalan yang boleh menggalakkan pemikiran pemikiran murid menerusi pendekatan konstruktivisme. 12. Saya selalu menggalakkan murid bertanya dengan guru. 13. Alat bantu mengajar tetap diperlukan dalam pengajaran konstruktivisme. 14. Saya dapat melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

2.55

Sederhana

2.68

Sederhana

15. Saya mudah melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

1.86

Rendah

16. Saya mengajar menggunakan pendekatan konstruktivisme mengikut kesesuaian tahap kecerdasan murid. 17. Saya mengambil kira perkaitan antara topik yang diajar dengan topik yang lepas dalam pengajaran konstruktivisme. 18. Saya berjaya menerapkan pendekatan konstruktivisme.

2.50

Sederhana

2.44

Sederhana

1.97

Rendah

1.56

Rendah

3.20

Sederhana

2.25

Rendah

19. Saya boleh menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk melaksanakan pendekatan konstruktivisme. 20. Melalui pendekatan konsruktivisme saya dapat menggalakkan murid membuat tugasan yang pelbagai bentuk. KESELURUHAN

84

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

d) Sikap Guru Secara keseluruhannya Jadual 4 menunjukkan sikap responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam sains. Min= 3.74 dan ini menunjukkan tahap sikap responden adalah di tahap tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan item soal selidik bagi tahap sikap yang mana bagi item 1, 2, 8, 9, 11, 12, 13, 14 dan 15 adalah tinggi dengan min antara 3.66 dan 5.00. Item 8, 13 dan 14 misalnya, responden menjelaskan mengajar menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah menarik, ianya menjadikan guru lebih bermotivasi untuk mengajar dan mereka tidak keberatan untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kaedah pengajaran. Namun ianya berbeza dengan item 3, 4, 5, 6, 7 dan 10. Nilai min untuk item ini adalah di tahap sederhana antara 2.34 hingga 3.66. Item 3 dan 4 menjelaskan walaupun sikap guru terhadap pelaksanaan pendekatan ini adalah tinggi namun tahap kekerapan dan keseronokan mereka melaksanakan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka adalah sederhana. Jadual 4 Analisis deskriptif tahap sikap responden Item

Min

Tahap

1. Perubahan pedagogi dalam sains adalah idea yang baik untuk dilaksanakan. 2. Model pengajaran konstruktivisme diperlukan dalam mata pelajaran sains di sekolah. 3. Saya seronok melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

3.88

Tinggi

3.97

Tinggi

3.23

Sederhana

4. Saya selalu melaksanakan pendekatan konstruktivisme.

3.99

Sederhana

5. Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme tidak menimbulkan masalah kepada guru. 6. Saya yakin pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dapat dilaksanakan dengan jayanya. 7. Saya faham keperluan pengajaran konstruktivisme.

3.31

Sederhana

3.50

Sederhana

3.46

Sederhana

8. Mengajar menggunakan pendekatan konstruktivisme adalah menarik. 9. Pendekatan konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan.

4.21

Tinggi

4.02

Tinggi

10. Pendekatan konstruktivisme membantu mengatasi masalahmasalah dalam mata pelajaran sains. 11. Saya yakin dapat meningkatkan pencapaian akademik murid melalui pendekatan konstruktivisme. 12. Saya perlu belajar untuk menambah pengetahuan tentang kaedah pengajaran konstruktivisme bagi melaksanakannya dalam mata pelajaran sains. 13. Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme menjadikan saya lebih bermotivasi untuk mengajar. 14. Saya tidak keberatan mempelajari sesuatu yang baru dalam kaedah pengajaran.

3.61

Sederhana

3.97

Tinggi

3.89

Tinggi

3.94

Tinggi

4.23

Tinggi

85

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

15. Saya mempunyai pandangan yang positif pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. KESELURUHAN

terhadap

3.89

Tinggi

3.74

Tinggi

Jadual 5 menunjukkan rumusan tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Dapatan menunjukkan tahap kesediaan dan sikap responden adalah tinggi dengan min = 3.72 dan 3.74. Tahap pengetahuan responden adalah sederhana dengan min = 2.47 dan tahap kemahiran responden pula adalah rendah dengan min = 2.25. Jadual 5 Tahap responden terhadap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains Pembolehubah Kesediaan Sikap Pengetahuan Kemahiran

Tahap

Min

Tinggi Tinggi Sederhana Rendah

3.72 3.74 2.47 2.25

Analisis statistik inferensi pula digunakan bagi melihat perkaitan dan perbezaan yang wujud di antara pemboleh ubah. Bagi kajian ini, ujian t dan ANOVA telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang ke lima iaitu Ho: tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dengan jantina, umur, etnik, pengalaman mengajar, taraf akademik, opsyen dan kursus dalam perkhidmatan responden. Hasil analisis ujian t menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara tahap pelaksanaan guru lelaki dengan guru perempuan terhadap aspek kesediaan dan sikap. Ini menunjukkan tahap kesediaan dan sikap guru lelaki dan perempuan adalah sama dan di tahap tinggi. Namun demikian, wujud perbezaan yang signifikan (t = -2.089 dan p0.05) antara pengalaman mengajar responden bagi aspek kesediaan, pengetahuan, dan kemahiran. Ini menunjukkan tahap kesediaan adalah tinggi, tahap pengetahuan adalah sederhana dan tahap kemahiran adalah rendah untuk semua peringkat pengalaman mengajar responden. Namun demikian terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru berdasarkan pengalaman mengajar (F = 1.259 dan P0.05) antara taraf akademik responden bagi aspek kesediaan, sikap, pengetahuan dan kemahiran. Ini menunjukkan tahap kesediaan dan sikap adalah tinggi, tahap pengetahuan adalah sederhana dan tahap kemahiran adalah rendah dan ianya sama bagi semua taraf akademik responden sama ada mereka memiliki diploma, ijazah, sarjana mahupun PhD. Faktor taraf akademik diambil kira kerana menurut Nor Asma & Rubba (1981) dalam kajian mereka mendapati kelayakan akademik sama ada seorang guru itu berkelulusan ijazah atau bukan ijazah adalah penting. Ini selari dengan dapatan Shulman (1987) yang menerangkan tahap ilmu pengetahuan seseorang guru bergantung kepada tahap kelayakan akademik guru. Keputusan ujian t menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara opsyen responden dari aspek pengetahuan (P>0.05). Ini menunjukkan bagi semua jenis opsyen guru tahap pengetahuan mereka adalah sama iaitu di tahap sederhana. Namun demikian terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek kesediaan, sikap dan kemahiran responden berdasarkan opsyen iaitu (t =-1.258* dan P

Suggest Documents