PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2015 Diterbitkan oleh Jemaah N...
Author: Caren Gilbert
12 downloads 0 Views 1MB Size
PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN ISLAM Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2015

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2015

© Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Kata Alu-Aluan

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan programprogram kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan. Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa. Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan sendiri. Selamat Maju Jaya.

DatO’ SERI MAHDZIr BIN KHALID

i

Kata Alu-Aluan

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan negara. Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang. Sekian, terima kasih.

DatO’ SRI Dr. KhAir Bin Mohamad Yusof

ii

Kata Alu-Aluan

KETUA NAZIR SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman untuk merealisasikan penerbitan buku ini. Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (20132025). Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik. SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM 1MALAYSIA. Sekian, terima kasih.

(DatO’ HAJI MAHMUD BIN KARIM)

iii

JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Penasihat Dato’ Hj. Mahmud bin Karim Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia Pengerusi 1 Hjh. Normah binti Ismail KMN Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) Pengerusi 2 Encik Hashim bin Mohd Zin Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar) Timbalan Pengerusi Dr. Harery bin Abu Saad Ketua Sektor Penaziran Kurikulum Setiausaha Hj Abdul Rashid bin Ibrahim Ketua Penolong Pengarah Ahli Ai’iri bin Abu Bakar (JNJK) Bahrin bin Mohd Kassim (JNJK) Nazari bin Kassim @ Sapa (JNJK) Mohammad Noh bin Sujud (JNJK) Ahmad Fahmi bin Nor Affandi (JNJK) Wan Azhari bin Wan Mohammad (JNJK) Sharipah Khazani binti Syed Mohammad (JNJK) Nor Salmiza binti Ismail (JNJK) Nor Azni binti Abdul Aziz (JNJK) Shuib bin Omar (BPI) Mohd Khamal bin Daud (BPI) Muhamad Fauzi bin Abdul (BPK) Zamri bin Abdul Rahim (BPK) Nor Azza binti Ibrahim (BPK) Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

iv

ISI KANDUNGAN Bil Tajuk Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah Jawatankuasa Penerbitan Isi Kandungan Pengenalan Objektif Buku Panduan Pengurusan BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

PROFIL MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Pendahuluan Matlamat Objektif Fokus Mata Pelajaran Organisasi kandungan Peruntukan waktu

BAB 2 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 2.15

PENGURUSAN MATA PELAJARAN Pendahuluan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Peranan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Islam Peranan Pengetua atau Guru Besar Peranan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Petang Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Pengurusan Pemberian Bantuan Geran PerKapita Program Perkembangan Staf Pengurusan Fail Bilik Khas atau Sudut Mata Pelajaran Pendidikan Islam Persatuan Kokurikulum Akademik Pendidikan Islam

v

Muka Surat i ii iii iv v vii ix

1 3 4 6 6 8

9 9 10 11 13 13 14 14 16 18 19 21 22 22 22

BAB 3 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 3.1 Pendahuluan 24 3.2 Standard 4 SKPM 2010 24 3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 26 3.4 Penerapan Elemen dalam Pengajaran dan Pembelajaran 30 3.5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 32 3.6 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 33 3.7 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 34 BAB 4 PENTAKSIRAN 4.1 Pendahuluan 37 4.2 Peperiksaan Awam 37 4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 39 4.4 Pentaksiran Pendidikan Islam 48 BAB 5 PENYELIAAN 5.1 Pendahuluan 52 5.2 Tujuan Penyeliaan 52 5.3 Bidang Penyeliaan 54 5.4 Prinsip Penyeliaan 55 5.5 Peringkat Penyeliaan 56 5.6 Tindakan Penambahbaikan 57 RUJUKAN 59

vi

PENGENALAN Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara VISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa MISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika. vii

OBJEKTIF JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti penaziran; ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya menjadi efektif dan cekap; iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak dalam bidang pendidikan; iv. Menyalurkan

maklumat

penaziran

melalui

sistem

rangkaian

maklumat yang cekap dan berkesan; v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara berterusan dalam bidang penaziran; dan vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan bahagian/daerah bagi memastikan nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi perhatian.

viii

OBJEKTIF BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam adalah seperti berikut: i.

Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai



pemimpin kurikulum yang profesional.

ii.

Sebagai garis panduan untuk memudahkan Pengetua dan Guru Besar



menjalankan



pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan berkesan.

iii.

Membolehkan Ketua Panitia Pendidikan Islam mengurus dan mentadbir



panitia dengan berkesan.

iv.

Membolehkan guru Pendidikan Islam mengurus dan melaksanakan



proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan



berkesan.

v.

Membantu guru bukan opsyen Pendidikan Islam memahami matlamat,



objektif,



pelajaran Pendidikan Islam.

vi.

Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum



dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Pendidikan Islam)



dalam melaksanakan pengurusan persatuan.

vii.

Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia



dan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam tentang cara



meningkatkan penguasaan dan prestasi Pendidikan Islam di sekolah.

penyeliaan

pengurusan,

dalam

pengelolaan

ix

bidang

dan

pengurusan

strategi

dan

proses

pengajaran

mata

BAB 1 PROFIL MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 1.1

PENDAHULUAN Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui proses perkembangan yang pesat selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagi memenuhi aspirasi negara, mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah juga turut mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa. Mulai tahun 2003, mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan sekolah menengah telah melalui semakan semula kurikulum dengan memberi penekanan dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan meningkatkan jati diri agar bersedia menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan supaya menjadi lebih berkesan bagi memenuhi kehendak negara. Kurikulum semakan ini memberi penekanan kepada kandungan teks kurikukum dan kaedah penyampaian yang lebih efektif. Kurikulum pendidikan di Malaysia mengalami proses transformasi yang diperkukuh dan ditambah baik serta dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang mula dilaksanakan pada tahun 2011. Kurikulum ini memberi penekanan daripada knowledge based curriculum kepada standard based curriculum. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap II pula dilaksanakan secara berperingkat mulai Tahun 4 dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Rajah 1). Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah juga diperkukuh dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang dicadangkan pelaksanaannya secara berperingkat.

1

Rajah 1: Perkembangan Kurikulum Pendidikan Sekolah di Malaysia

Mata pelajaran Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan Pendidikan Islam yang bersifat holistik, bersepadu dan berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan Islam memberi penekanan kepada konsep ilmu yang diklasifikasikan sebagai epistemologi, ontologi dan aksiologi merupakan asas syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid Islam. Kurikulum ini merangkumi bidang al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi yang dilaksanakan secara modular mengikut keperluan murid. Ilmu dari bidang-bidang tersebut yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sesuai bagi memenuhi keperluan abad ke-21. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, kemahiran menaakul, kreativiti dan inovasi merupakan beberapa keperluan yang mendesak perlu ditanamkan dalam membangunkan kurikulum abad ke-21 agar modal

insan

yang

dihasilkan 2

mampu

menguasai

kemahiran

penyelesaian masalah (problem solving), berkemahiran membuat keputusan dengan tepat (decision making) dan menguasai kemahiran kepemimpinan yang tinggi (leadership skills). Jadual 1 : Pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum serta Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Kurikulum Dokumen DSK KSSR

Tahun Pelaksanaan 2011

2012

2013

KBSM

2015

2016

2017

2018

2019

2020

2021

Thn 4 Thn 5 Thn 6 Thn 1 Thn 2 Thn 3

Thn 1-6

Thn 1-6

Thn 1 Thn 2 Thn 3

DSP DSKP

KBSM

2014

SP & HSP

Ting 1-5

DSP

Ting 1-5 Ting 1

Ting Ting 1-5 1-5 Ting Ting 3 2

Ting 1-5 Ting 1-5

Ting 1-5 Ting 1-3

DSKP



Ting Ting Ting Ting 5 2-5 3-5 4-5 Ting Ting 3 2-3 Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5

• DSK

= Dokumen Standard Kurikulum

• DSP

= Dokumen Standard Prestasi

• DSKP = Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

1.2

• SP

= Sukatan Pelajaran

• HSP

= Huraian Sukatan Pelajaran

MATLAMAT Matlamat

Pendidikan

Islam

sekolah

rendah

dan

sekolah

menengah adalah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya dunia dan akhirat.

3

1.3

OBJEKTIF 1.3.1 Sekolah Rendah Setelah mempelajari Pendidikan Islam di sekolah rendah, murid dapat: a.

Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian.

b.

Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk mengamalkan hafazannya dalam solat dan ibadat harian.

c.

Memahami sejarah penurunan al-Quran dan maksud beberapa surah terpilih untuk dihayati pengajarannya secara berterusan.

d.

Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul secara berterusan.

e.

Membaca

dan

memahami

hadis-hadis

terpilih

dan

mengamalkan tuntutan hadis serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan seharian. f.

Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam tindakan.

g.

Merumus

dan mengamalkan konsep asas ibadat sebagai

memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian. h.

Merumuskan peristiwa dan mengaplikasikan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan harian.

i.

Merumus, menghayati dan mengamalkan konsep adab dan nilai-nilai akhlak dalam kehidupan harian serta sebagai asas dalam tindakan.

j.

Membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan jawi dan khat serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa. 4

1.3.2 Sekolah Menengah Setelah mempelajari Pendidikan Islam di sekolah menengah, murid dapat: a.

Membaca ayat-ayat pilihan daripada al-Quran dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

b.

Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan.

c.

Menghafaz ayat-ayat pilihan daripada al-Quran dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

d.

Mengamalkan bacaan ayat-ayat hafazan pilihan dalam solat dan amalan kehidupan seharian.

e.

Menilai dan mengamalkan maksud ayat-ayat al-Quran pilihan.

f.

Membaca dan memahami hadis-hadis pilihan dengan betul serta mengamalkannya.

g.

Mengamalkan dan menghayati pengajaran ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis pilihan.

h.

Menilai dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan dan tunjang dalam kehidupan beragama.

i.

Menilai, mengamalkan dan menghayati ilmu feqah dalam kehidupan seharian.

j.

Menilai dan mengambil iktibar daripada sirah Nabi Muhammad s.a.w, sejarah tokoh-tokoh dan tamadun Islam.

k.

Menilai dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian.

l.

Membaca dan menulis jawi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk melestarikan tulisan jawi sebagai warisan budaya.

m.

Memahami dan menghayati tuntutan fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T.

n.

Memahami dan menghubung kait antara ilmu aqli dan ilmu naqli yang dipelajari.

5

1.4 FOKUS MATA MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah memberi penekanan kepada kemahiran menguasai al-Quran, hadis, jawi, akidah, feqah atau ibadah, sirah Rasulullah S.A.W dan tamadun Islam serta akhlak. Melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, murid mampu memahami, mengamalkan dan menghayati tuntutan fardu ‘ain dan fardu kifayah. 1.5

ORGANISASI KANDUNGAN 1.5.1 Sekolah Rendah Organisasi kandungan kurikulum Pendidikan Islam rendah dibahagikan kepada 7 bidang pembelajaran, iaitu: a.

Bidang al-Quran

b.

Bidang Hadis

c.

Bidang Aqidah

6

d.

Bidang Ibadah

e.

Bidang Adab

f.

Bidang Sirah

g.

Bidang Jawi

1.5.2 Sekolah Menengah Organisasi

kandungan

kurikulum

Pendidikan

dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran, iaitu:

a.

Bidang al-Quran i.

Bacaan ayat-ayat al-Quran pilihan

ii.

Hafazan ayat-ayat al-Quran pilihan

iii. Kefahaman ayat-ayat al-Quran pilihan b.

c.

Bidang Hadis i.

Bacaan hadis-hadis pilihan

ii.

Kefahaman hadis-hadis pilihan

Bidang Akidah i.

Ilahiyat

ii.

Nubuwwat

iii. Sam’iyyat d.

Bidang Feqah i.

Ibadat

ii.

Muamalat

iii. Munakahat iv. Jinayat e.

Bidang Sirah dan Tamadun Islam i.

Sirah Nabawiyah

ii.

Tokoh-tokoh Islam

iii. Tamadun Islam 7

Islam

menengah

f.

Bidang Akhlak i.

Akhlak dengan Allah S.W.T

ii.

Akhlak sesama manusia

iii. Akhlak dengan alam

1.6

PERUNTUKAN WAKTU 1.6.1 Sekolah Rendah Peruntukan masa Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi Sekolah Kebangsaan sebanyak 180 minit (6 waktu) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah sebanyak 120 minit (4 waktu) bagi Tahap I. Manakala bagi Tahap II, peruntukan masa yang ditentukan adalah sebanyak 180 minit (6 waktu) bagi Sekolah Kebangsaan dan 150 minit (5 waktu) bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. 1.6.2 Sekolah Menengah Peruntukan waktu Pendidikan Islam sebanyak enam waktu (3+1+2) di peringkat menengah rendah dan empat waktu (3+1) di peringkat menengah atas. Peruntukan tiga (3) waktu perlu diisi dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan satu (1) waktu amali perlu diisi dengan solat berjemaah dan aktiviti taalim seperti Majlis Ilmu, Syarahan dan Diskusi. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan, pengisian waktu tersebut boleh dilaksanakan solat sunat yang tertentu seperti Solat Dhuha dan Solat Hajat. Manakala, peruntukan dua (2) waktu tambahan bagi menengah rendah perlu digunakan untuk

aktiviti-aktiviti

memperkukuhkan

kurikulum Pendidikan Islam.

8

penyampaian

objektif

BAB 2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN 2.1

PENDAHULUAN Pengurusan

mata

pelajaran

amat

penting

bagi

memastikan

pelaksanaan kurikulum mata pelajaran lebih terancang dan sistematik. Pengurusan mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran amat penting agar guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin, bertanggungjawab,

berwawasan,

berinovasi

dan

berupaya

melaksanakan tugas dengan berkesan. Impaknya, murid yang berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara dapat dilahirkan. Kerjasama antara guru akan dapat meningkatkan prestasi pengurusan mata pelajaran dan seterusnya mampu melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.

2.2

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah jawatankuasa tertinggi dalam bidang kurikulum peringkat sekolah yang bertanggungjawab menetapkan hala tuju dan dasar yang jelas ke arah mewujudkan pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah memandu dan memberi panduan kepada guru melalui aktiviti panitia dan persatuan mata pelajaran yang dilaksanakan supaya mencapai matlamatnya.

9

Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti berikut :

Sumber Rujukan : PPK, KPM (2001)

2.3

PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ialah: a.

Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah dengan jelas.

b.

Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan Malaysia dibincang dan dilaksanakan.

c.

Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat kurikulum.

d.

Menyelaras, melaksana, memantau, menilai, dan menambah baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaiki lagi keadaan, suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran. 10

e.

Merancang perkembangan staf dengan tujuan meningkatkan mutu pendidikan yang diberikan.

f.

Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di sekolah.

g.

Memantau dan menilai keberkesanan program, projek, dan aktiviti kurikulum.

h.

Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.

i.

Memberi ruang yang luas kepada idea baharu berkaitan dengan pendidikan semasa.

j.

Memastikan

penubuhan

panitia

mata

pelajaran

dan

mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan oleh panitia. k.

Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.

l.

Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan.

m.

Menilai dan meneliti pelaksanaan kurikulum kebangsaan dan mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum Daerah atau Negeri.

2.4

PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran secara rasmi. Bagi sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya adalah sedikit, tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran. Sekolah seperti ini boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran sebagai satu panitia. Berikut merupakan perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas: 11

a.

Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran, dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli panitia.

b.

Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan takwim sekolah.

c.

Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada pentadbir sekolah untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran serta kegunaan guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.

d.

Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan menyediakan bank soalan.

e.

Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pasca nilai bagi penambahbaikan.

f.

Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurangkurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara ad hoc jika perlu.

g.

Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang berhubung

dengan

kaedah

mengajar

serta

mencari

penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut. h.

Berkongsi

pengalaman

dan

pengetahuan

baharu

yang

diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar. i.

Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran .

j.

Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan panitia di sekolah berhampiran. 12

k.

Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu usaha ke arah peningkatan kualiti dan penguasaan pengajaran dan pembelajaran murid.

l.

Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.

m.

Menyelenggara fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod.

2.5

PERANAN PENGETUA ATAU GURU BESAR Pengetua atau guru besar merupakan ketua organisasi atau pemimpin tertinggi sekolah bagi melahirkan kakitangan yang komited dengan membimbing mereka agar patuh kepada peraturan pendidikan. Pengetua atau guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang, pelaksana perubahan dan inovasi kurikulum.

Selain itu, penentu

mata pelajaran elektif, merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran, memastikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran

mencukupi

dan

sebagai

suri

teladan

dalam

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Pengetua atau guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan fizikal. Di samping itu, menubuhkan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Islam, merekod segala hasil penyeliaan atau pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak. 2.6

PERANAN

PENOLONG

KANAN

PENTADBIRAN

ATAU

PENOLONG KANAN PETANG Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang berperanan dalam urusan menyediakan jadual waktu induk, jadual waktu kelas dan jadual guru ganti. Selain itu, menentukan tenaga pengajar mengikut 13

kesesuaian opsyen, pembangunan staf, merancang, melaksana dan menilai program peningkatan kurikulum serta membimbing guru. Beliau juga, memastikan peperiksaan dan pentaksiran sama ada dalaman atau awam dilaksanakan dengan lancar serta memastikan pusat sumber berfungsi dengan baik. Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang juga berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan dan bimbingan, mengenal pasti dan mencalonkan guru untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan mata pelajaran. Di samping itu, memastikan pelaksanaan Perkara Asas Fardu Ain, Amali Solat dan Program j-QAF mengikut garis panduan yang ditetapkan. 2.7

PERANAN GURU KANAN MATA PELAJARAN Guru kanan mata pelajaran berperanan membantu pengetua dalam merancang, melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran, mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran. Selain itu, memastikan penggunaan bahan, mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas, melaksanakan penilaian, kemajuan staf, penyediaan bahan bantu mengajar dan koleksi pusat sumber.

2.8

PERANAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM Keperluan penubuhan panitia mata pelajaran dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua panitia

bertanggungjawab

merancang,

melaksana,

menyelaras,

memantau, menilai, dan menambah baik semua hal berkaitan mata pelajaran.

Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh

pengetua/guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata pelajaran bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah dianggotai oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran 14

tersebut di sekolah. Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari dengan perkembangan pendidikan semasa, antara tugas yang boleh dijalankan oleh ketua panitia adalah seperti berikut: a.

Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa

untuk

mengkaji

dan

mengesan

pelaksanaan

kurikulum. b.

Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen

Standard

Kurikulum

dan

Dokumen

Standard

Kurikulum dan Pentaksiran terkini. c.

Merancang, menyedia dan menyelaras Rancangan Pelajaran Tahunan

dengan

mengambil

kira

takwim

persekolahan

semasa. d.

Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru mata pelajaran dalam penyediaan Rancangan Pelajaran Harian.

e.

Menyelaras serta

penyediaan

menganalisis

soalan

keputusan

ujian

dan

penilaian

peperiksaan untuk

tujuan

penambahbaikan. f.

Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan kokurikulum akademik.

g.

Menyelaras tugasan, jenis buku latihan dan buku nota yang akan digunakan.

h.

Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan bilangan, bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang bersesuaian.

i.

Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf.

j.

Membantu

merancang

dan

menyediakan

anggaran

perbelanjaan tahunan bagi mata pelajaran. k.

Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan mengikut arahan perbendaharaan dan surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa. 15

l.

Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan pusat sumber sekolah.

m.

Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan diterima mengikut bilangan dan spesifikasi.

n.

Merancang program Professional Learning Community seperti Learning Walks, Peer Coaching atau Instructional Coaches, Lesson Study dan Teachers Sharing Sessions.

o.

Memastikan guru mata pelajaran menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan unsur didik hibur seperti nyanyian, nasyid, kuiz, dan lakonan.

p.

Memastikan surau, Bilik Agama atau Bilik j-QAF digunakan secara optimum dan menyeluruh kepada semua murid.

q.

Memastikan Bilik j-QAF dan surau sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.

2.9

PERANAN GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM a.

Memiliki,

memahami

dan

boleh

mentafsirkan

serta

menghuraikan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum, dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Islam yang terkini. b.

Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan, dan kemahiran di akhir penggal bagi setiap kelas yang diajar.

c.

Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran

Harian

yang

berasaskan

Sukatan

Pelajaran,

Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum, dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan lengkap. Persediaan ini hendaklah mempunyai peringkat perkembangan yang sesuai dan selaras dengan kebolehan serta keperluan murid. 16

d.

Menyediakan rekod pengajaran dan pembelajaran yang dikemas kini dan diserahkan kepada guru besar atau pengetua pada masa yang ditetapkan.

e.

Melaksanakan

pengajaran

dan

pembelajaran

mengikut

rancangan pelajaran tahunan yang disediakan dan membuat refleksi berkaitan kaedah penyampaian agar penambahbaikan dapat dilakukan. f.

Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran .

g.

Menyedia dan menggunakan pelbagai sumber pendidikan yang menggunakan teknologi terkini bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .

h.

Menjadi

ahli

panitia

mata

pelajaran

Pendidikan

Islam,

menghadiri mesyuarat panitia dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. i.

Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel, kolokium berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata pelajaran atau badan profesional tertentu.

j.

Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut ketetapan yang diputuskan.

k.

Melaksanakan

Professional

Learning

Community

bagi

memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. l.

Menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian, nasyid, lakonan dan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

m.

Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang ditetapkan.

n.

Mengesan

kelemahan

murid

dan

melaksanakan

pemulihan dan bimbingan secara berterusan.

17

kelas

o.

Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang kaedah dan teknik mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam terkini bagi meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.10

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM Panitia perlu menjalankan mesyuarat secara formal seperti ketetapan berikut: a.

Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara ad hoc juga boleh diadakan mengikut keperluan.

b.

Melaksanakan

mesyuarat

panitia

selepas

mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. c.

Merancang semua perkara asas seperti aktiviti tahunan, perkembangan staf, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kewangan.

d.

Menganalisis keputusan peperiksaan awam dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

e.

Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut:

f.



i.

Ucapan pengerusi.



ii.

Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.



iii. Perkara berbangkit.



iv.

Pembincangan isu atau masalah profesional.



v.

Hal-hal lain.

Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya perlu diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pengurusan

Pentadbiran Mesyuarat

Jawatankuasa Kerajaan. 18

Awam dan

Bil.

2/1991:

Urusan

Panduan

Jawatankuasa-

2.11

PENGURUSAN PEMBERIAN BANTUAN GERAN PERKAPITA Bantuan Geran PerKapita merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan mata pelajaran atau ketua panitia dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah mengenai jumlah peruntukan Bantuan Geran Perkapita yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan dan peruntukan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya. Bantuan Geran Perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu : a.

Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan dan Bahasa Asing dan Elektif.

b.

Bantuan Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan Bantuan Geran Perkapita bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012: Garis Panduan

Pengurusan

Kewangan

Peruntukan

Bantuan

Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

19

Maksud perbelanjaan yang digariskan ialah: a.

Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

b.

Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

c.

Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

d.

Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti Taman Ad-Din, Laman j-QAF dan sebagainya yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.

e.

Program

berunsurkan

pendidikan

yang

boleh

memberi

pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. f.

Perolehan

harta

modal

dibenarkan

tetapi

hendaklah

dibincangkan dan dipersetujui oleh guru kanan mata pelajaran atau ketua panitia dan diluluskan oleh pengetua sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan semasa. g.

Bagi perolehan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sekolah hendaklah mematuhi tatacara perolehan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkuat kuasa.

h.

Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu

mendapat

kelulusan

daripada

Ketua

Pusat

Tanggungjawab. Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, maksud perbelanjaan Bantuan Geran Per Kapita diperluaskan seperti berikut : a.

Bayaran

elaun

penceramah

dibenarkan

menggunakan

peruntukan Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran. 20

b.

Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan LainLain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

c.

Perbelanjaan menyediakan makan minum mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah atau asrama dibenarkan menggunakan peruntukan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau LainLain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

d.

Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru atau warden atau kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan Lain-Lain

Perbelanjaan

Berulang

Tahun

atau

Lain-Lain

Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama. 2.12

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang perlu diberi perhatian: a.

Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf.

b.

Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran .

c.

Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan kursus dalaman peringkat panitia.

d.

Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh idea-idea dan pendekatan baharu.

e.

Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan.

21

2.13

PENGURUSAN FAIL Panitia mata pelajaran hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen panitia hendaklah diurus dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Selain itu, kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan data dan maklumat panitia.

2.14

BILIK KHAS ATAU SUDUT MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Guru mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan perlu: a.

Memastikan bilik khas atau sudut mata pelajaran dapat berfungsi dengan efektif.

b.

Memastikan bilik khas atau sudut mata pelajaran sentiasa bersih dan kemas untuk digunakan.

c.

Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti amali solat, tasmik dan tilawah al-Quran.

d.

Menyediakan panduan dan peraturan penggunaan bilik khas serta memastikan aspek pemantauan dilaksanakan.

e.

Merekod

penggunaan

bilik

khas

serta

mengemas

kini

penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi perhatian sewajarnya. 2.15

PERSATUAN KOKURIKULUM AKADEMIK PENDIDIKAN ISLAM a.

Aktiviti koakademik adalah bertujuan untuk pengukuhan, pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, program yang berfaedah dan menarik minat murid perlu dirancang.

22

b.

Persatuan kokurikulum akademik boleh memainkan peranan dengan merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan pencapaian objektif tersebut dan menjalankannya pada masa tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan kefahaman dan penguasaan murid serta menimbulkan minat dalam penulisan, perbincangan atau perbahasan.

c.

Persatuan kokurikulum akademik yang ditubuhkan perlu mempunyai peraturan dan perlembagaannya.

d.

Keahlian persatuan kokurikulum akademik terbuka kepada semua murid yang berminat di sesebuah sekolah

tanpa

sebarang sekatan. e.

Struktur organisasi persatuan kokurikulum akademik terletak bawah

Jawatankuasa

Kokurikulum

Sekolah

dan

aktiviti

persatuan yang dirancang menjadi pelengkap kepada aktiviti panitia mata pelajaran. f.

Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang diwujudkan dalam persatuan ini ialah:

g.

i.

Pengerusi.

ii.

Naib Pengerusi.

iii.

Setiausaha.

iv.

Bendahari.

v.

Beberapa orang ahli jawatankuasa.

Mesyuarat agung bagi memilih AJK persatuan diadakan setahun sekali.

h.

Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa dari semasa ke semasa, bergantung kepada kehendak perlembagaan dan keperluan serta menubuhkan jawatankuasa kecil berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai matlamat kegiatan yang dirancang.

23

BAB 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 PENDAHULUAN Konsep pengajaran dan pembelajaran proses

memperoleh

ilmu

melalui

menjurus kepada suatu

penyebaran

maklumat

dan

kemahiran yang disampaikan oleh guru. Proses yang dilaksanakan melalui

pelbagai

stimulus

berupaya

menghasilkan

perubahan

tingkah laku murid ke arah yang lebih baik. Proses pengajaran dan pembelajaran

mencakupi aspek perancangan pengajaran,

persediaan

awal,

penyampaian

pentaksiran

serta

maklum

sesuatu

yang

dijangka

dan

balas.

akibat

perkembangan

Hasil

daripada

pelajaran,

pembelajaran perolehan

adalah

pengalaman

atau latihan. Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan, dan akan terhenti apabila kehilangan motivasi atau motif pembelajaran. Sehubungan dengan itu, adalah penting para guru sentiasa prihatin terhadap tahap motivasi yang tinggi bagi memastikan

tiadanya

Sindrom

Defisit

Terkumpul

(Deficit

Accumulated Syndrome) dalam kalangan murid. 3.2 STANDARD 4: SKPM 2010

Bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti pengajaran di bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada aspek PdP mengikut ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM). Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard 4 iaitu: a.

Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

24

b.

Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan.

c.

Hasil

kerja

murid

berkualiti

bagi

mengukuhkan

pembelajaran. c.

Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran.

d.

Kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.

e.

Komunikasi

yang

mempercepatkan

berkesan pemahaman

bagi dan

memudah

dan

menggalakkan

pembelajaran murid. f.

Penggunaan

sumber

pendidikan

yang

berkesan

bagi

mengukuhkan pembelajaran murid. g.

Pentaksiran

yang

berterusan

bagi

meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran . h.

Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.

i.

Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.

j.

Pengurusan kelas atau bilik khas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .

k.

Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4 berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam Standard 4 masih dikekalkan.

25

3.3

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi ialah susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu

matlamat

dengan

menggunakan

tenaga,

masa

serta

kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang

guru

biasanya

menggunakan

gabungan

beberapa

pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran. Dalam pengajaran Pendidikan Islam, guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bidang atau tajuk yang dipilih untuk menarik minat murid. Guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran tercapai. Selain itu, faktor murid juga perlu diberi perhatian dalam memilih strategi (pendekatan, kaedah dan teknik) yang bersesuaian. 3.3.1

Pendekatan Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh

diaplikasikan

dalam

pengajaran

mata

pelajaran

Pendidikan Islam. Antaranya ialah: a.

Pendekatan Bersepadu Pendekatan ini menggabungjalinkan ilmu, bahan yang interaktif dan penerapan nilai dalam satu set pengajaran dan pembelajaran.

26

b.

Pendekatan Induktif Satu pengajaran yang dimulakan dengan contoh-contoh, memerhati, mengkaji, menganalisis dan diakhiri dengan membuat generalisasi.

c.

Pendekatan Deduktif Satu set pengajaran yang dimulakan dengan memberi teori, hukum, fakta, konsep sesuatu topik pembelajaran dan kemudiannya diikuti dengan contoh-contoh yang bersesuaian.

d.

Pendekatan Tematik Pengajaran berdasarkan sesuatu tema. Bagi tujuan ini perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

3.3.2

Kaedah Pengajaran a.

Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

b.

Keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Islam banyak bergantung kepada sikap guru yang positif, komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang menarik serta sesuai bagi memupuk minat murid.

c.

Beberapa kaedah pengajaran yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM iaitu: i.

Teori Kecerdasan Pelbagai.

ii.

Belajar Cara Belajar.

iii.

Pembelajaran Akses Kendiri.

27

iv.

Pembelajaran Kontekstual.

v.

Pembelajaran Konstruktivisme.

vi.

Kajian Masa Depan.

vii. Pembelajaran Masteri. viii. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. ix. d.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kaedah pengajaran yang dipilih hendaklah berpusatkan murid supaya mereka dapat menyertai proses pengajaran dan pembelajaran

dengan aktif. Guru haruslah

memberi peluang kepada murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan membuat penerokaan untuk meningkatkan daya pemikiran serta kreativiti. e.

Berikut adalah beberapa kaedah pengajaran yang sesuai untuk mata pelajaran Pendidikan Islam:



i.

Kaedah Inkuiri Penemuan Model inkuiri penemuan merangkumi proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan. Aktiviti ini memerlukan murid mengenal pasti soalan beraras tinggi, membuat hipotesis, merancang aktiviti kajian, dan membuat rumusan. Pembelajaran sedemikian dapat meningkatkan daya pemikiran, daya kreativiti, dan pemahaman murid.



ii.

Kaedah Penerangan dan Demonstrasi Kaedah penerangan dan demonstrasi atau tunjuk cara merupakan kaedah yang perlu dilakukan oleh guru Pendidikan Islam untuk menjelaskan konsep dan proses sesuatu amalan. Contohnya, tunjuk cara ibadah Haji. 28



iii.

Kaedah Projek Individu atau Kumpulan Kaedah projek individu atau kumpulan sesuai untuk aktiviti mengambil masa yang lama. Kaedah tersebut sesuai untuk penghasilan folio Pendidikan Islam. Sebagai contoh, penyediaan folio tokohtokoh tertentu dalam tamadun Islam seperti Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafie, Ibnu Sina dan sebagainya.

3.3.3 Teknik Pengajaran Teknik pengajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Antaranya ialah: a.

Teknik Simulasi (Main Peranan atau Lakonan) Simulasi adalah satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan seperti situasi sebenar bagi tujuan penyelesaian masalah. Murid melakonkan situasi secara spontan tanpa melibatkan skrip.

b.

Teknik Latih Tubi  Kaedah pengulangan menjawab soalan-soalan lalu atau gerak kerja secara ansur maju berkaitan sesuatu kemahiran sehingga murid menguasai sepenuhnya.

c.

Teknik Bercerita  Isi pengajaran disampaikan dalam bentuk penceritaan. Guru bercerita dalam keadaan yang santai dan memberi ruang untuk murid menghayati dan berfkir untuk memahami kandungan pembelajaran. 29

d.

Teknik Sumbang Saran  Teknik percambahan fikiran bagi menggalakkan setiap ahli menyumbang pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan secara logik dan analitis.

e.

Teknik Soal Jawab  Teknik soal jawab merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru Pendidikan Islam. Teknik tersebut mewujudkan interaksi antara guru dengan murid. Guru mengemukakan soalan pelbagai aras bagi mencungkil dan mengukuhkan penguasaan pembelajaran murid.

f.

Teknik Perbincangan  Murid bertukar-tukar fikiran atau berkongsi maklumat berkaitan tajuk pembelajaran. Guru pula, membuat penyeliaan dan kawalan untuk memastikan isi perbualan atau perbincangan menjurus kepada topik perbincangan. Sesi perbincangan ini boleh dilaksanakan secara keseluruhan kelas atau kumpulan kecil.

3.4

PENERAPAN

ELEMEN

DALAM

PEMBELAJARAN

DAN

PENGAJARAN 3.4.1 Elemen Merentas Kurikulum Pengajaran dan pembelajaran

yang berfokus kepada

pembangunan modal insan secara holistik perlu menerapkan Elemen Merentas Kurikulum bagi melengkapkan penguasaan ilmu yang bukan berbentuk akademik. Guru perlu bijak mencari jalan bagi menerapkan Elemen Merentas Kurikulum ketika menyampaikan isi pelajaran. Penerapan Elemen Merentas Kurikulum berupaya membuka minda murid dalam memahami kandungan pelajaran di luar kotak. Pengajaran guru akan

30

menjadi lebih menarik dan bervariasi. Murid dapat memahami sesuatu topik dalam konteks yang pelbagai dan pembelajaran yang menyeronokkan (Fun Learning) dapat diwujudkan. Seterusnya

menolak

teknik

pengajaran

yang

bersifat

monotonous atau membosankan. Elemen ini diperkenalkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah serta dibuat penambahan elemen dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Berikut adalah senarai Elemen Merentas Kurikulum yang perlu diterapkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran . a. Bahasa b. Pendidikan Alam Sekitar c. Nilai Murni d. Sains dan Teknologi e. Patriotisme f. Kemahiran Berfikir g. Kepimpinan h. Kemahiran Belajar Cara Belajar i. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial j. Pencegahan Rasuah k. Kajian Masa Depan l. Pendidikan Pengguna m. Keselamatan Jalan Raya n. Kreativiti dan Inovasi o. Keusahawanan p. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3.4.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menyampaikan isi pelajaran amat relevan dengan mata 31

pelajaran Pendidikan Islam kerana murid boleh dijana dengan pelbagai stimulus bagi mengukuhkan kefahaman. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pengajaran secara interaktif dan bahan beranimasi berupaya merangsang pelbagai deria bagi memudahkan murid memahami sesuatu kandungan pembelajaran. Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti chromebook, LCD, alat visualiser, dan smartboard sangat efektif bagi menarik minat murid seterusnya meningkatkan pemahaman mereka. 3.5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan lebih daripada 70 peratus soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka. Guru berkecenderungan menekankan soalan fakta berkaitan ujian dan peperiksaan. Soalan-soalan yang dirujuk dalam buku teks juga adalah jenis ingatan atau fakta. Sekiranya guru mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif, guru perlu bertanyakan soalan beraras tinggi. Berdasarkan Taksonomi Bloom, soalan-soalan pada aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian diklasifikasikan sebagai soalan aras tinggi. Program i-Think merupakan satu program yang membudayakan kemahiran berfikir. Hal ini bagi melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kritis, kreatif dan inovatif untuk melahirkan idea yang bernas bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Program i-Think juga bertujuan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid serta mampu berdaya saing. Program ini memperkenalkan lapan peta pemikiran dan setiap satunya mempunyai proses pemikiran yang boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran seperti gambar rajah di bawah:

32

3.6

PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN



Rancangan Pelajaran mempunyai dua unsur iaitu Rancangan



Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Guru perlu



menyediakan



Pelajaran



Ikhtisas



Pembelajaran



sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula berdasarkan:

Rancangan

Harian Bil.

Pelajaran

selaras

3/1999:

dengan

Penyediaan

Tahunan ketetapan Rekod

dan

Rancangan

Surat

Pekeliling

Pengajaran

dan

bertarikh 4 Januari 1999. RPT perlu disediakan

33

a.

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard

Kurikulum/Dokumen

Standard

Kurikulum

dan

Pentaksiran. b.

Tahap kebolehan murid.

c.

Merangkumi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan takwim semasa.

3.7

d.

Sumber pendidikan yang berkesan.

e.

Disahkan oleh pengetua atau guru besar.

PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran

Tahunan

yang

mengandungi

sekurang-kurangnya

maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Rancangan Pelajaran Harian perlu ditulis menggunakan tulisan jawi berdasarkan Surat Siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jilid 21 (4) bertarikh 3 Januari 2003: Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan Al-Quran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM

3.7.1 Persediaan Guru Selain menyediakan perancangan tahunan dan harian, guru hendaklah: a.

Mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap topik atau tajuk pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai.

b.

Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid.

c.

Menggunakan pelbagai sumber pendidikan yang sesuai dengan tajuk yang dipelajari.

34

d.

Sentiasa peka dan memahami tentang keperluan dan masalah murid seterusnya memilih tempat yang sesuai untuk pengajaran.

e.

Merancang dan merekod hasil pentaksiran formatif atau sumatif untuk mengukur prestasi pencapaian murid dari semasa ke semasa.

3.7.2

Persediaan Murid



Dalam proses pembelajaran, murid seharusnya bersedia dengan bahan yang akan digunakan dalam proses pembelajaran seperti buku teks, buku dan alat tulis serta membuat pembacaan dan rujukan sebelum sesi pelajaran.

3.7.3

Latihan dan Hasil Kerja Murid Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, setiap guru Pendidikan Islam perlu memberi perhatian terhadap keupayaan murid menghasilkan tugasan atau latihan. Hasil kerja murid juga perlu kemas serta mematuhi format dan prosedur. Guru perlu memastikan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan dalam jangka masa yang ditetapkan dan menepati piawaian sebenar berdasarkan tahap kognitif murid. Guru perlu memastikan amalan membuat pembetulan hasil kerja dibudayakan. Perkara ini boleh dilaksanakan melalui bimbingan secara individu atau berkumpulan dalam bilik darjah.

35

Jumlah dan kekerapan latihan perlu diberi perhatian untuk memastikan tugasan yang diberi merangkumi keseluruhan topik dan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid seperti ketetapan yang dibuat oleh panitia. Guru Pendidikan Islam juga perlu memberi perhatian kepada hasil kerja murid yang berkualiti dan boleh dijadikan contoh. Sehubungan dengan itu, penyediaan sudut mata pelajaran atau sudut pameran dalam kelas perlu disediakan. Hal ini bertujuan memberi pengiktirafan dan motivasi terhadap hasil kerja murid serta boleh digunakan sebagai rujukan

36

BAB 4 PENTAKSIRAN 4.1

PENDAHULUAN



Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid untuk memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran, pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang bersifat holistik semasa proses tersebut berjalan. Proses pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara formal atau tidak formal dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali, kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran.

4.2

PEPERIKSAAN AWAM Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah (sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan Awam atau Peperiksaan Pusat ialah peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan sepenuhnya. Peperiksaan ini bermula daripada pendaftaran calon, penyediaan item dan pembinaan instrumen pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat-pusat peperiksaan yang ditetapkan, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penskoran, pengeluaran keputusan serta pensijilan. 37

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987 dan merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang diduduki oleh murid Tahun 6. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan calon dalam kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis, dan mengira. Di samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan potensi diri agar menjadi insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau gagal tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir persekolahan rendah. Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan Cambridge International Examinations, United Kingdom telah memberi peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil Pelajaran Malaysia untuk mendapat sijil Cambridge International Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada calon yang menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia mendapat sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan sepenuhnya ialah bahasa Arab. 38

4.3

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Lembaga Peperiksaan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah mulai tahun 2011 dan menengah rendah

mulai

tahun

2012.

Berdasarkan

Pelan

Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 berkaitan pembelajaran murid, pengajaran dan pembelajaran

perlu menyepadukan kurikulum dan

pentaksiran berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat global. Sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination orientation) perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala tuju pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment for learning, dan assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri, dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan aspek kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan, dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. 39

Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan. Pementoran merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula dilaksanakan untuk memastikan keseragaman tugasan dan penskoran bagi menjamin kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan prestasi murid. Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan ketepatan instrumen yang digunakan dalam pentaksiran. Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

4.3.1 Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah. Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran Sekolah berperanan untuk mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan memberikan maklumat yang sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam 40

satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran sepenuhnya.

Pentaksiran

Sekolah

berfungsi

sebagai

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses bagi mendapatkan maklumat tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap -tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. dibangunkan

Pendekatan di

sekolah

Pentaksiran untuk

Rujukan

melihat

Standard

perkembangan

pembelajaran murid dalam pengetahuan, pemahaman dan kemahiran

yang

diukur

dan

berperanan

mengukuhkan

pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran 41

merujuk pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran, dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid bagi membolehkan pihak yang bertanggung

jawab

mengenali,

memahami,

menghargai,

mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Pentaksiran Sekolah dijalankan secara: a. Pentaksiran formatif Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran

dan

pembelajaran

sebagai

sebahagian

prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan maklum

balas

tentang

kemajuan

pengajaran

dan

pembelajaran sesuatu topik atau aspek. b. Pentaksiran Sumatif Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian murid tentang pembelajaran (assessment of learning). c. Instrumen Pentaksiran Sekolah Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah: 42



i.

Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.



ii.

Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif



iii.

Persembahan

Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan tugasan menyeluruh yang

merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan

meliputi

komponen

praktikal

sesuatu

mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

iv.

Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalanakan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan

secara

Pelaksanaan

individu

instrumen

mengintegrasikan

atau ini

pengetahuan

secara

kumpulan.

membolehkan serta

murid

kemahiran

interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

v.

Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.

43



vi.

Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.



vii.

Tugasan bertulis/Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan, dokumen atau karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut

spesifikasi

atau

format

yang

ditetapkan

berpandukan kepada tugasan yang diberi.

viii.

Lembaran kerja



ix.

Soal jawab



x.

Kuiz



xi.

Senarai semak



xii.

Latihan/Tugasan rumah

4.3.2 Pentaksiran Pusat Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran manakala pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara sumatif.

44



Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang dikendalikan kepada murid pada akhir peringkat menengah rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen pentaksiran PT3 dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran tersebut.

Elemen

yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diserapkan dalam tugasan Pentaksiran Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa

Cina,

Bahasa

Tamil,

Bahasa

Iban,

Bahasa

Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 4.3.3

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. 45

Pentaksiran

Aktiviti

Jasmani,

Sukan

dan

Kokurikulum

merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dan BMI, Kokurikulum dan Ekstra kurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur". Body Mass Index tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti

sukan

dan

kokurikulum

yang

ditetapkan

oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, zon, daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan Koakademik di peringkat sekolah, zon, daerah atau bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh 46

membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan, Body Mass Index, aktiviti sukan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum. 4.3.4

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap, dan personaliti murid dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti. Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Maklumat yang diperoleh membantu murid mengenal potensi diri serta membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid melalui maklumat inventori tret personaliti dan inventori minat kerjaya.

47

4.4

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM 4.4.1

Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Perkara Asas Fardu ’Ain ialah beberapa perkara penting daripada Fardu ’Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Perkara ini perlu dikuasai agar murid benarbenar mengetahui, memahami dan mengamalkannya seperti yang dikehendaki oleh syarak. Dalam aspek penilaian, murid dapat memahami dan mengamalkannya pada tahap yang paling asas atau minimum. Tujuan Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain

4.4.2

a.

Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman



dan amalan PAFA.

b.

Memberi



mengamalkan dengan betul dan sempurna.

c.

Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam



PAFA (menentukan kejayaan seratus peratus).

d.

Menyuburkan



menghayatinya dalam amalan kehidupan harian.

e.

Memotivasi guru untuk memastikan murid menguasai



dan menghayati PAFA secara berterusan.

bimbingan

sehingga

keinsafan

dan

mereka

kerelaan

dapat

untuk

Peraturan Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain seperti berikut: a. Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid beragama Islam. b. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. c.

Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

48

d. Penilaian berbentuk formatif dalam pengajaran dan pembelajaran

dijalankan oleh guru Pendidikan Islam

mengikut masa dan tempat yang sesuai. e. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kodkod yang telah ditetapkan. Murid yang telah menguasai boleh dinilai dengan kod-kod tahun atau tingkatan seterusnya. Walau bagaimanapun murid ini boleh dinilai semula untuk pengukuhan. f.

Apabila ujian dibuat secara formal, murid hendaklah diberitahu terlebih dahulu kerana soalan dan jawapan tidak rahsia.

g. Sepanjang tempoh penilaian, murid diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan sempurna. h. Pencapaian murid perlu dikemas kini dari semasa ke semasa dalam borang pencapaian individu dan borang berkelompok. i.

Pemantauan proses pelaksanaan PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh pengetua atau guru besar dari semasa ke semasa.

j.

Murid diperaku lulus dalam keseluruhan penilaian PAFA apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan.

k.

Borang pencapaian individu (dalam simpanan guru) hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan murid ke sekolah lain.

l.

Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian di peringkat sekolah dengan menggunakan format Penyata Prestasi yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan kepada Bahagian atau Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.

49

AGIHAN KOD PAFA (UPSR) TAHUN

1

KOD NILAI 01

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

02

Rukun Islam

03

Rukun Iman

04

Beristinjak

06

Cara Berwuduk

10

Solat Fardu: a) Lafaz niat Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. b) Takbiratul Ihram c) Semua Rukun Fi’li d) Surah al-Fatihah

10

Solat Fardu: Semua Rukun Fi’li dan Semua Rukun Qauli

13

Adab Terhadap Ibu Bapa

05

Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis

08

Cara Mandi Wajib

10

Solat Fardu: a) Rukun-rukun Solat b) Sunat Ab’ad dan Hai’at

16

Kewajipan Menutup Aurat

07

Cara Bertayamum

09

Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan Iqamat

10

Solat Fardu: a) Rukun-rukun Solat b) Sunat Ab’ad dan Hai’at c) Dua Surah (Pilihan Murid)

10

Solat Fardu: a) Rukun-rukun Solat b) Sunat Ab’ad dan Hai’at c) Dua Surah (Pilihan Murid)

12

Puasa

15

Ihsan

2

3

4

5

TAJUK

6

50

AGIHAN KOD PAFA (PMR DAN SPM) TINGKATAN

1

2

3

4

5

KOD NILAI

TAJUK

01

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

02

Rukun Islam

03

Rukun Iman

04

Beristinjak

05

Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis

06

Cara Berwuduk

07

Cara Bertayamum

08

Cara Mandi Wajib

09

Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan Iqamat

10

Solat Fardu

11

Solat Jenazah

12

Puasa

13

Adab Terhadap Ibu Bapa

15

Ihsan

16

Kewajipan Menutup Aurat

17

Batas Pergaulan Dalam Islam

01

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

02

Rukun Islam

03

Rukun Iman

04

Beristinjak

05

Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis

06

Cara Berwuduk

07

Cara Bertayamum

08

Cara Mandi Wajib

09

Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan Iqamat

10

Solat Fardu

11

Solat Jenazah

12

Puasa

13

Adab Terhadap Ibu Bapa

14

Perkahwinan

15

Ihsan

16

Kewajipan Menutup Aurat

17

Batas Pergaulan Dalam Islam

51

BAB 5 PENYELIAAN 5.1

PENDAHULUAN Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan. Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The Reluctant Profession, menghuraikan ”...penyeliaan satu usaha untuk mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,” Pentadbir

Sekolah

perlu

melaksanakan

penyeliaan

mengikut

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan PengajaranPembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada pihak pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi aspek pengurusan mata pelajaran,

pengajaran dan pembelajaran

serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab pentadbir sekolah. 5.2 TUJUAN PENYELIAAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan PengajaranPembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar sekolah menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini digambarkan seperti rajah di bawah:

52

Antara tujuan penyeliaan adalah seperti berikut : a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua atau guru besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara. b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada pengetua atau guru besar untuk memperbaik

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

di

sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh pengetua atau guru besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu. c. Memupuk,

memelihara

dan

memperkukuh

hubungan

profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua atau guru besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dengan murid. d. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

53

5.3

BIDANG PENYELIAAN Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran

hendaklah ditumpukan

kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. 5.3.1

Bidang Organisasi Ciri-ciri organisasi dalam kelas yang perlu diberi perhatian adalah: a.

Organisasi kelas

b.

Kawalan murid

c.

Komunikasi

d.

Motivasi

e.

Sikap murid

f.

Kebersihan dan keceriaan

g.

Penyeliaan gerak kerja

h.

Penilaian prestasi

i.

Profil murid

j.

Pengurusan panitia mata pelajaran

5.3.2 Bidang Pengajaran Dan Pembelajaran Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah: a.

Rancangan Pelajaran Tahunan

b.

Rancangan Pelajaran Harian



• Objektif pengajaran dan pembelajaran



• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran



• Refleksi pengajaran dan pembelajaran

c.

Persediaan sumber pendidikan

d.

Penyampaian isi pelajaran

e.

Teknik penyoalan

f.

Interaksi guru dan murid

g.

Penggunaan masa 54

Penyeliaan

setiap

mata

pelajaran

hendaklah

menitikberatkan

aspek pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek perancangan,

pelaksanaan,

pemantauan,

penilaian

dan

penambahbaikan. 5.4

PRINSIP PENYELIAAN Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti berikut: a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru. b. Rekod Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatat dengan ringkas dan tepat. c.

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan atau tahun dan guru.

d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun, tanggungjawab sepenuhnya terletak pada pengetua atau guru besar. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran

hendaklah

dijalankan

hubungan

secara

sistematik

dan

berlandaskan

profesionalisme dengan guru. Pengetua atau guru besar membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran . e. Pengetua atau guru besar boleh merujuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia berkaitan Standard 4: Pengajaran dan pembelajaran

bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dalam kalangan guru.

55

5.5

PERINGKAT PENYELIAAN Peringkat penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga peringkat seperti rajah di bawah.

Peringkat Penyeliaan Prapenyeliaan Penyeliaan Pascapenyeliaan

5.5.1 Prapenyeliaan Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua atau guru besar dengan guru adalah untuk: a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru dengan pengetua atau guru besar. b. Membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. c.

memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang perlu diberi perhatian khusus.

d. penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan. 5.5.2 Penyeliaan a. Penyeliaan

pengajaran

dan

pembelajaran

boleh

dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan sekiranya

56



pihak pengetua atau guru besar tidak dapat melaksanakan penyeliaan. Guru penolong kanan boleh mengambil alih tugas penyeliaan tersebut dengan arahan pengetua atau guru besar.

b.

Pengetua atau guru besar hendaklah memberi fokus kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dibincangkan ketika prapenyeliaan.

c.

Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan mengenai setiap aspek yang diselia hendaklah dicatatkan oleh pengetua atau guru besar sebagai persediaan pascapenyeliaan.

5.5.3 Pascapenyeliaan Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas proses penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan dua hala meliputi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Status pengajaran dan pembelajaran

perlu

dimaklumkan kepada guru yang diselia oleh pengetua/ puru besar. Maklum balas adalah bertujuan untuk tindakan penambahbaikan

pengajaran

dan

pembelajaran

guru

berkenaan. 5.6

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN Pengetua atau guru besar perlu memastikan guru yang diselia melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua aspek bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selepas penyeliaan.

57

Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia sewajarnya dijadikan

budaya

sekolah

bagi

memastikan

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkesan dapat dikekalkan. Pengajaran mikro sesama rakan sejawat dan Komuniti Pembelajaran Profesional

boleh

dijadikan

salah

penambahbaikan selepas penyeliaan.

58

satu

medium

tindakan

RUJUKAN 1. Biggs, J.B and Telfer, R., The Process of Learning, Prentice Hall, Sydney, 1987 2. Brady, L., Model and Methods of Technology, Prentice Hall, Sydney, 1985 3.

Butler, K.A., Learning and Teaching Style, The Learner Dimension, Merrill Publishing, Columbus, 1998

4.

Doyle, W., Classroom Organization and Management, Mac Millan, New York, 1986

5.

Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S, Classroom Management for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New Jersey, 1994

6.

English, T. and English, J., Creative Management in School, Ashgate Publishing United, Hants, England, 1997

7.

Gardner, H., Intelligence Reframed : Multiple Intelligences for the 21st Century, Basic Books, New York, 2000

8.

Marrison, K. And Ridley, K. Curriculum Planning and the Primary School, Paul Chapman, London 1988

9.

Marsh, C., Handbook For Beginning Teacher, Longman, Melbourne, Australia, 1996.

10. Mohd Dom, Alimuddin, Kepimpinan Instructional : Peranan Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan pembelajaran di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia, 2006 11.

Mok Soon Sang, Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia, 2006

12. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK, Putrajaya, Malaysia, 2012 13. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991 14. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991 15. JPN Kedah, Panduan Pengurusan Panitia Sekolah, One ED Enterprise, Alor Setar, Malaysia, 2014 16. LP, KPM, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2014 59

17. LP, KPM, Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2013 18. PPK, KPM, Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Malaysia, 2001 19. Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasni, Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, UTM Press, 2012

SURAT PEKELILING IKHTISAS Bil. Rujukan Tajuk 1.

SPI BIL. 4/1986

Panitia Mata Pelajaran

2. SPI BIL. 3/1987

Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

3. SPI BIL. 6/1991

Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas

4.

Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

SPI BIL. 3/1999

5. SPI BIL. 12/1999 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan 6. SPI BIL. 2/2000

Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

7. SPI BIL. 5/2003

Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8. SPI BIL. 12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah

60

SURAT SIARAN DAN SURAT MAKLUMAN Bil. Rujukan Tajuk 1. KPPM/5; 22 JUN 1998 Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua dan Guru Besar Di Sekolah 2. Surat Pekeliling Kewangan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Bil. 8/2012: Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013 3. Surat Siaran (JAPIM) Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan 5206/4/4.1 Jilid 21 (4) Al-Quran Dalam Pengajaran dan bertarikh 3 Januari 2003: Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/ KBSM

LAIN-LAIN RUJUKAN Bil. Rujukan Tajuk 1.

Arahan Perkhidmatan Bab 3 Surat Menyurat

2.

Arahan Perkhidmatan Bab 4 Fail-Memfail

61

K e me n t e r i a n P en d i d i k a n Malay s i a J e m a a h N a z i r D a n J a m i n a n Kual iti Ar a s 3 -6 , B l o k E1 5 , Ko m p l e ks Kerajaan Parc el E, P u s a t P e n t a d b i r a n K e r a j a a n Persekutuan 62604 Putrajaya. T e l : 0 3 8 8 8 4 4 1 6 1 / 8 8 8 4 4 2 0 1 / 8 8 8 4 41 1 1 F a k s i m i l i : 0 3 8 8 8 4 6 8 6 7 / 88 8 8 6 8 6 9

Suggest Documents