Nota Persiapan Sebelum Seminar

Noor Shufaad Md Norani Admin www.melakafx.com www.shufaad.com

Oleh:

1

Nota: Untuk peserta seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal harga Emas, anda diminta mengambil tindakan-tindakan di bawah terlebih dahulu. Ini membolehkan anda menguasai perisian MetaTrader 4 lebih awal dan cepat belajar di dalam seminar ini nanti ☺ Tindakan anda: 1. Memuat turun dan install perisian Metatrader 4 ke dalam notebook/laptop anda (mukasurat 3 – 14) 2. Tukar skema warna Metatrader 4 (mukasurat 15) 3. Baca intro mengenai candlestik (mukasurat 21).

Itu ajer. Jumpa di seminar nanti.

Jika ada soalan sila sms kami. Syukor Hashim h/p: 013-2126999 Noor Shufaad h/p: 016-6447174

2

1. MEMUAT TURUN PERISIAN METATRADER 4 Untuk tujuan analisis teknikal harga emas kita memerlukan perisian Meta Trader 4. Perisian ini adalah percuma dan boleh dimuat turun daripada laman web broker FXPro. Untuk download perisian ini 1. Layari laman web http://www.fxpro.com untuk memuat turun platform Meta Trader 4

2. Kemudian klik pada butang Downloads seperti yang anda lihat di atas. 3. Seterusnya anda hanya perlu klik pada butang Download untuk pilihan FxPro Client Terminal.

3

4. Klik pada butang Save File untuk menyimpan fail setup tersebut.

5. Proses ini akan mengambil masa yang sangat singkat. Namun begitu, ia juga bergantung kepada kepantasan line Internet di rumah atau pejabat anda. Setelah file tersebut selesai di muat turun, tibalah masanya untuk anda memasang atau install platform tersebut di komputer anda. 6. Kebiasaannya semua file yang telah di muat turun akan di simpan di dalam folder Download di komputer anda. Anda hanya perlu double click pada ikon fxpro4setup.exe dan ikut segala arahannya.

4

7. Pastikan anda memilih English (United States). Tekan butang Next.

8. Klik Next

5

9. Jangan lupa untuk tandakan pada kotak Yes, I agree with……….

10. Seterusnya, perisian akan mencadangkan tempat di mana proses instalasi akan di adakan. Kebiasaannya ialah seperti di bawah. Klik Next. 6

11. Kekalkan nama seperti yang di cadangkan, FxPro – MetaTrader. Klik Next.

12. Tekan butang Next untuk memulakan proses instalasi. Mudah kan?

7

13. Klik Finish untuk terus melancarkan program ini.

8

2.2

MEMULAKAN PROGRAM META TRADER 4

1. Ini adalah antara muka pertama yang anda dapat lihat selepas anda melancarkan program MetaTrader 4.

9

2. Anda boleh klik Login atau Cancel pada antara muka login yang ada. Ia tidak akan memberi sebarang kesan kerana anda belum lagi membuka sebarang akaun. Seterusnya klik pada File > Open an Account

3. Masukkan maklumat seperti di bawah. Tandakan sahaja pada kotak I agree to Subscribe….dan klik pada butang Next.

10

4. Di dalam skrin ini, anda akan dapat melihat Trading Servers yang ada. Perhatikan bahawa kedua-duanya ialah Demo Server, Demo1 dan Demo2. Klik butang Next untuk langkah seterusnya.

5. Pendaftaran akaun baru anda telah tamat. Anda akan mendapat Login dan Password anda sendiri. Sekali lagi, ini hanyalah akaun Demo jadi tak perlulah simpan. Ia akan auto upload setiap kali anda memulakan program MetaTrader ini. Klik Finish. 11

6. Anda akan melihat akaun baru anda telah di wujudkan. Anda juga akan dapat melihat ada 4 carta di sebelah kanan anda. Tiada carta GOLD kan? Yang ada cuma carta untuk Forex. Selepas ini kita akan masukkan carta GOLD pula.

12

7. Klik New Chart > Metals > GOLD

8. Double klik pada carta GOLD yang anda lihat untuk membesarkan carta tersebut. Selain itu, anda juga klik pada butang Navigator dan Terminal untuk mendapat full chart view.

Terminal Navigator

a) Function Bar

13

c) Bar Chart b) Time Frame

2.3

UBAHSUAI META TRADER 4

d) Price Level 1. Sekarang, Klik Kanan pada carta GOLD > Properties dan anda akan melihat tetingkap Properties GOLD,H1.

14

Tukar skema warna. 2. Di sini kita akan membuat sedikit pengubahsuaian dari segi warna. Tukarkan skema warna seperti yang saya lakukan. Klik OK.

Skema warna yang perlu diubah

3. Selain dari menukar warna, ada beberapa bar yang mengandungi fungsi-fungsi penting yang perlu anda ketahui.

15

Bar chart Candlestick

Auto Scroll

Line chart

Zoom In

Chart Shift

Indicators Periods

Zoom Out

Templates

4. Anda boleh mencuba untuk menggunakan mana-mana fungsi pada bar yang ada. Klik sahaja dan anda akan dapat lihat perubahannya. Matlamat utama penggunaan fungsi ini ialah agar carta Gold anda mudah di baca dan tidak menyakitkan mata.

Menurun

Menaik

Sekarang anda akan dapat melihat carta yang lebih besar dan mudah di lihat berbanding yang sebelum tadi. • Candlestick yang berwarna Hijau maksudnya ialah pergerakan harga yang sedang menaik, 16



manakala Candlestick berwarna Merah bermaksud sedang menurun. Mudah?

5. Selain dari memaparkan harga semasa, perisian ini juga mampu menyimpan dan memaparkan pergerakan harga emas di masa lepas. Maksudnya, anda juga boleh melihat harga emas tertinggi dan terendah pada minggu lepas, bulan lepas, 3 bulan lepas, tahun lepas dan tahun sebelumnya juga. Untuk tujuan ini, anda hanya perlu menggunakan fungsi: • Candlestick • Zoom out • Auto Scroll dan Chart Shift Hasilnya ialah seperti carta di bawah:

Time Frame = Monthly

Anda dapat lihat bagaimana harga emas naik pada tahun 2007 kemudian jatuh dengan banyak pada 2008 sebelum kemudiannya menyambung momentum menaik.

Berdasarkan graf, data yang di simpan di dalam perisian Meta Trader ini bermula dari 1 Januari 2001.

17

Dengan menggunakan fungsi Zoom Out , saya dapati data yang di kumpul bermula dari 1 Januari 1992 sehingga Januari 2010. Ini bermakna anda telah pun mempunyai set data yang berusia 18 tahun!

18

Untuk melihat tarikh yang terkini, anda perlu menggunakan time frame yang lebih kecil. Contohnya, H4, H1 dan boleh juga M30.

13 Sep = Tarikh 17:00 = Masa* *Masa yang di paparkan ialah masa server. Jika anda ingin mendapatkan masa yang betul, anda perlu menambah 6 jam dari masa server.

19

6. Anda juga boleh mendapatkan dengan tepat tarikh dan masa bagi setiap Candlestick dengan menggunakan butang Crosshair.

Crosshair Cara menggunakannya: Klik, dan gerakkan tetikus kepada manamana Candlestick yang anda inginkan.

Candlestick Menaik ini berlaku pada 21 September 2010, jam 21:00.

20

2.5 MENGGUNAKAN TOOLS DAN INDIKATOR ASAS Secara ikhlasnya, anda memerlukan masa untuk menguasai cara bagaimana untuk menggunakan tools dan indicator ini. Oleh yang demikian saya menggalakkan anda membuat latihan demi latihan berdasarkan kepada apa yang saya tunjukkan di dalam ebook ini. Terdapat banyak tools dan indicator yang di sediakan secara default di dalam platform MetaTrader ini. Mari kita lihat beberapa tool dan indicator penting untuk tujuan ini: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Candlesticks Support dan Resistance Trendline Channel Fibonacci Moving Average Relative Strength Index Stochastic

Kesemuanya ini boleh di dapati di dalam perisian MetaTrader 4. Apa kata anda belajar pula bagaimana untuk menggunakan tools dan indicator yang di atas supaya lebih senang anda untuk membuat analisis teknikal.

1. Candlesticks – ia merupakan satu tools yang digunakan untuk menganalisis pergerakan harga. Teknik ini popular sejak dari tahun 1600 an lagi di mana ia digunakan oleh masyarakat Jepun untuk menganalisis harga beras. Carta Candlestick akan menunjukkan harga buka (open), tertinggi (high), harga terendah (low) dan harga tutup (close) atau ringkasnya OHLC. Ia tidak melibatkan sebarang pengiraan tetapi perubahan dari segi bentuk candlestick dan harga ia dibuka semula adalah amat penting.

Open

High

Low

Close

Gambarajah: OHLC pada carta bar.

21

Gambarajah: Anatomi Candlestick

Untuk candlestick yang sedang menaik atau untuk contoh kita,ianya berwarna hijau, harga tutup atau closing price adalah lebih tinggi dari harga buka atau open price.

Harga tertinggi

Harga tertinggi

Harga tutup

Harga buka

Harga tutup

Harga buka

Harga terendah

Harga terendah (a)

(b) 22

Gambarajah (a): Candlestick Gambarajah (b): Bar Chart

Bagi candlestick yang sedang menurun, atau berwarna merah, harga tutup atau closing price adalah lebih rendah dari harga buka atau open price.

Harga tertinggi Harga buka

Harga tertinggi

Harga buka

Harga tutup

Harga tutup Harga terendah

Harga terendah

(b)

(a) Gambarajah (a): Candlestick Gambarajah (b): Bar Chart

Selain dari menukar warna seperti yang anda lakukan di awal bahagian Analisis Teknikal ini, carta Candlestick di platform MetaTrader ini boleh di tukar view berdasarkan kepada pemilihan Time Frame.

Gambarajah: Time Frame Bar

M1 = 1 minit M5 = 5 minit M15 = 15 minit M30 = 30 minit H1 = 1 jam H4 = 4 jam D1 = Daily atau 1 hari W1 = Weekly atau 1 minggu MN = Month atau 1 bulan

23

Setiap candlestick akan mewakili satu time frame. Contohnya, jika anda sedang membuka carta GOLD untuk time frame H4, maksudnya satu candlestick akan mewakili pergerakan harga sepanjang 4 jam.

Setiap satu Candlestick mewakili pergerakan harga sepanjang 4 jam.

Gambarrajah: Carta GOLD H4

Setiap satu Candlestick mewakili pergerakan harga sepanjang 1 hari.

Gambarajah: Carta GOLD Daily

24

Candlestick Pattern Terdapat banyak jenis atau pattern candlestick. Setiap pattern ini di bahagikan kepada 3 kumpulan utama: 1. Bull @ Bullish – Market (harga) sedang bergerak ke atas.

Bullish

Gambarajah: Candlestick berada di dalam keadaan menaik @ Bull Nota: Dari segi visual, anda akan melihat kebanyakan candlestick berwarna hijau.

25

2. Bear @ Bearish – Market (harga) sedang bergerak ke bawah.

Bearish

Gambarajah: Candlestick berada di dalam keadaan menurun @ Bear Nota: Dari segi visual, anda akan melihat kebanyakan candlestick berwarna merah.

3. Neautral atau Sideways

Gambarajah: Neautral @ Sideways. Tiada pergerakan yang ketara sama ada menaik atau menurun.

26

Antara pattern yang sering mewakili ketiga-tiga kumpulan di atas ialah seperti: 1 Doji Menunjukkan market berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan akan berlaku pertukaran dalam arah market.

2 Bullish Engulfing Terbentuk selepas satu trend menurun. Major revearsal pattern.

3 Bearish Engulfing

Terbentuk selepas satu trend menaik. Major revearsal pattern.

4 Bullish Harami Terbentuk selepas satu trend menurun. Ini menunjukkan trend semasa sudah berakhir.

5 Bearish Harami

Terbentuk selepas satu trend menaik. Ini menunjukkan trend semasa sudah berakhir.

Gambarajah: Sebahagian dari jenis Candlestick

Ok, itu ajer..

27