New World Order (Malay)

www.WorldsLastChance.com New World Order (Malay) Peluang Dunia Yang Terakhir Order Dunia Baru Bakal Bermula: Adakah anda siap untuknya? • • • • A.S...
Author: Homer Malone
8 downloads 2 Views 436KB Size
www.WorldsLastChance.com

New World Order (Malay)

Peluang Dunia Yang Terakhir Order Dunia Baru Bakal Bermula: Adakah anda siap untuknya? • • • •

A.S. dan Paus mahukannya Kebangkitannya akan mengagumkan dunia Diramalkan kira-kira 2000 tahun lalu Bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsanya

“Paus John Paul II memulakan Tahun Baru pada Khamis lalu dengan satu seruan baru untuk… penubuhan order dunia baru.” 2 Jan., 2004, The Christian Post

“Ia satu idea yang besar: order dunia baru… hanya Amerika Syarikat saja yang memiliki kedua-dua kedudukan moral dan jalan untuk menyokongnya.” Bekas Presiden George Bush, ucapan State of Union, 29 Jan. 1991

Dunia kita tak lama lagi akan (hanya dalam kiraan tahun dan bukannya dekad) berdepan dengan krisis global yang menandakan penghujungnya. Kerana semua orang di seluruh dunia harus bersiap sedia, kami mahu menyebarkan mesej ini ke banyak negara, dengan perbelanjaan dan pengorbanan yang besar. Bagi mereka yang berani untuk terus membacanya, Peluang Dunia Yang Terakhir mungkin kedengaran mengarut, jika tidak semberono, kerana sudah tentunya adan mengharapkan keamanan dan kemakmuran dunia , bukannya krisis sejagat yang membelenggu dunia lalu mengakhirinya. Kami telah cuba membayangkan reaksi dan persoalan anda dan akan memulakan perjalanan ke masa depan ini dengan menjawab beberapa persoalan anda serta menjelaskan kenapa dunia kita ini sedang berdepan dengan peluang terakhirnya !

Kitab Injil sebagai Panduan 1. Siapakah mereka yang berada di sebalik artikel ini? Kami adalah sebuah kumpulan kecil yang tersebar di seluruh pelosok dunia yang hanya berpandukan kepada Injil sebagai peraturan kami. Selepas menumpukan banyak masa untuk mengkajinya, terutama sekali tentang surah-surah yang merujuk kepada masa depan kita, kami sedari yang kami harus berkongsi dengan anda tentang apa yang telah kami pelajari. Pengetahuan ini adalah sangat penting sehinggakan kami sanggup menanggung kesukaran dan membuat pengorbanan, malah dengan nyawa kami sendiri, agar maklumat ini dapat sampai kepada anda. Kuasa-kuasa yang kuat sedang bekerja keras untuk menyembunyikan maklumat ini.

www.WorldsLastChance.com

2. Kenapa anda sangat mempercayai Kitab Injil? Pada awalnya kami tidak berapa mengambil berat akan Kitab Injil sehinggalah kami rasa terkejut mendapati betapa tepatnya ia. Sungguh tepat sehinggakan ramalan-ramalan yang dibuat ribuan tahun dahulu berlaku seperti yang diramalkan, dengan penuh terperinci. Ini telah membuatkan kami untuk memutuskan bahawa adanya Tuhan yang Maha Mengetahui, yang tidak dihadkan oleh masa dan yang mengetahui setiap pengakhir dari awalannya. Kami juga mempelajari yang Pencipta kita sangat menyayangi kita sehinggakan Dia telah menyediakan tempat untuk kita di syurga. Walau bagaimanapun, kerana kita telah dicemari oleh penyakit dosa dan buat masa ini tidak layak untuk menempati syurga bersama Tuhan, tapi Tuhan telah menyediakan penawar untuk penyakit dosa ini. Kita akan terus memandang ringan pada Kitab Injil jika Tuhan tidak menunjukkan kuasa dan pengetahuannya yang Maha Besar tentang masa depan. Misteri ini telah didedahkan dengan sejelas-jelasnya di dalam dua buah kitab: Daniel di dalam Perjanjian Lama dan Wahyu di dalam Perjanjian Baru. Ramalan-ramalan Kitab Injil Yang Sudah Termakbul. 3. Berikan satu contoh ramalan yang sudah terlaksana di dalam Kitab Injil. Di dalam kitab Daniel, surah 2, Tuhan telah memberikan petunjuk di dalam mimpi raja Babylon bahawa dari zamannya sehinggalah ke akhir zaman, dunia hanya akan menyaksikan kewujudan empat empayar dunia. Sejarah telah membuktikan apa yang Tuhan tetapkan terlebih awal telah berlaku seperti yang diramalkan. Keempat-empat empayar itu adalah, Babylon (605 Sebelum Masihi-538 Sebelum Masihi), Medo-Persia (538 Sebelum Masihi-331 Sebelum Masihi), Yunani (331 Sebelum Masihi-168 Sebelum Masihi), dan Rom (168 SM-476 Selepas Masihi). Dia juga mendedahkan yang Rom akan berpecah menjadi sepuluh wilayah dan pada suatu ketika pada zaman wilaya-wilayah ini, kiamat akan tiba. Sejarah telah membuktikan ketepatan kata-kata Tuhan. Kerana pada tahun 476 Selepas Masihi, Rom telah terbahagi kepada 10 negara yang menjadikan Eropah sekarang. Selain daripada itu, Tuhan turut mendedahkan ciri-ciri unik setiap empayar, contohnya bagaimana kuasa mereka mula bertapak dan keruntuhannya, juga ciri-ciri utama setiap kerajaan itu. Rujuk Daniel 7 dan 8. Butiran yang cukup telah diberikan sehinggakan seorang pelajar sejarah dan Kitab Injil yang bersungguhsungguh tidak dapat menafikan bahawa adanya Tuhan di syurga yang memerintah dunia kita ini.

www.WorldsLastChance.com

4. Apakah gunanya ramalan-ramalan Kitab Injil ini? Ramalan bertujuan untuk memberi kita amaran tentang krisis pada masa depan. Sebagai contoh, Tuhan memberi amaran kepada Nuh tentang bah besar yang bakal melanda, Ibraham dan Lut tentang kemusnahan kedua-dua banda Sodom dan Gomorrah, dan Dia juga memberitahu Musa tentang wabak-wabak di Mesir. Mereka semua harus mematuhi amaran itu dengan sepenuh keyakinan. Peristiwa-peristiwa ini telah dirakamkan untuk mengajar kita bahawa apa saja yang Tuhan telah katakan akan berlaku pasti berlaku seperti yang Dia telah katakan. Kerana itulah kita tidak boleh tidak mengendahkan semua ramalan-Nya yang belum lagi berlaku kerana itu semua merupakan amaran dan jika kita patuhi, akan terselamatlah kita daripada krisis tersebut. Oleh itu, ramalan-ramalan Kitab Injil ada dua kegunaannya – untuk membuat kita kagum dengan kewujudan Tuhan yang menguasai setiap kejadian dan untuk memberi kita amaran tentang suatu situasi yang berbahaya.

Satu Amaran Yang Paling Digeruni dan Serius 5. Adakah masih ada amaran yang belum terjadi lagi di dalam Kitab Injil? Sebenarnya, amaran ramalan yang paling serius masih lagi belum terjadi lagi. Hari ini, tiada yang lebih penting untuk kita fahami daripada ramalan ini kerana banyak kejadian yang berlaku dengan sebegitu cepat yang menandakan kehadirannya pasti akan berlaku tidak lama lagi. 6. Beritahu kami amaran ramalan paling serius yang akan dipenuhi tidak lama lagi. “Dan malaikat ketiga menyusul mereka, dan berkata dengan suara yang nyaring, Jikalau seorang menyembah binatang dan patungnya itu, dan menerima tanda pada dahinya atau pada tangannya, maka ia akan minum dari anggur murka Tuhan, yang disediakan tanpa campuran dalam cawan murka-Nya, dan ia akan diseksa dengan

www.WorldsLastChance.com

api dan belerang di depan mata malaikat-malaikat kudus dan di depan mata Anak Domba: Maka asap api yang menyeksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya, dan siang malamnya mereka tidak henti-hentinya diseksa: iaitu mereka yang menyembah binatang serta patungnya, dan barang siapa yang telah menerima tanda namanya. Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus: yang menuruti perintah Tuhan dan iman kepada Jesus” Wahyu 14: 9-12. Amaran yang menakutkan ini menjelaskan dua jenis kumpulan manusia. Kumpulan yang pertama memberi amaran menentang penyembahan binatang dan patungnya, yang membuatkan mereka menerima tanda sang binatang; sementara kumpulan yang kedua pula dipandang dengan positif kerana mempertahankan perintahperintah Tuhan. Selanjutnya, huraian tentang kebangkitan kedua Nabi Isa menyusuli amaran ini. Oleh itu, kita tahu bahawa ini adalah amaran terakhir yang diberikan sebelum kebangkitan kedua Nabi Isa. 7. Bagaimana saya boleh mengelakkan daripada memuja binatang dan patungnya lalu menerima tandanya? Soalan yang baik. Untuk menjawabnya, kita perlu mengenal pasti binatang, imej binatang, dan tanda binatang itu. Sememangnya logik untuk mengandaikan bahawa Tuhan tidak akan memberikan kita amaran tentang perwujudan yang sebegitu berbahaya tanpa membantu kita mengenal pasti mereka dengan cara yang muktamad. Tuhan kita yang penyayang tidak akan membuatkan kita meneka-neka, bila takdir kita yang abadi sedang dalam bahaya. Jadi, tidak hairanlah bila kami menemui huraian tentang binatang dan patungnya itu dalam ayat sebelum ini di mana banyak petunjuk-petunjuk diberikan untuk membongkar identiti mereka. Mengenal pasti Sang Binatang 8. Bagaimana Kitab Injil menjelaskan sang binatang ini? “Dan Aku berdiri di pantai laut, lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh, dan di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota, dan pada kepalanya tertulis namanama cerca. 2 Dan binatang yang kulihat itu serupa macam harimau binatang, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa: dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. 3 Maka tampaklah kepadaku satu daripada kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya; tetapi luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh: dan seluruh dunia hairan, lalu mengikut binatang itu. 4 Dan mereka menyembah naga itu kerana ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu, sambil berkata, Siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia? 5 Dan kepada binatang itu diberikan mulut, yang penuh kesombongan dan kata nista; kepadanya juga diberikan kuasa untuk melakukannya empat puluh dua bulan lamanya. 6 Lalu ia membuka mulutnya untuk mencerca Tuhan, untuk mencaci nama-Nya, dan khemah-khemahnya, dan mereka semua yang tinggal di dalam syurga. 7 Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka: dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa. 8 Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, iaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba yang telah disembelih… 16 Dan ia menyebabkan, kedua-dua orang kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya: 17 Dan tidak seorang pun yang dapat membeli atau menjual selain daripada mereka yang memakai tanda itu, iaitu nama binatang itu, atau bilangan namanya. 18 Yang penting di sini ialah hikmat: barang siapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu: kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam” Wahyu 13: 1-8, 16-18. 9. Petikan di atas penuh dengan lambang. Bagaimana saya mahu memahaminya?

www.WorldsLastChance.com

Kita perlu membenarkan Kitab Injil untuk mentafsirkan lambang-lambangnya. Kita patut menjangkakan bahawa Tuhan, demi kebaikan kita semua, mendedahkan di dalam Kitab Injil erti simbol-simbol ini. Oleh itu, kita hanya perlu terus tekun mengkaji untuk menemukan semua penjelasan di dalam Kitab Injil. Dengan cara begitu, kita dapat elakkan semua dugaan dan spekulasi manusia. Kitab Injil sebenarnya mencela dugaan dan spekulasi manusia kerana “tiada ramalan...yang perlu diterjemahkan dengan sendiri” 2 Petrus 1:20. Kitab Injil mentakrifkan lambang-lambangnya sendiri. Sebagai contoh, kitab Wahyu mengandungi 404 rangkap. Daripada 404 rangkap ini, 278 daripadanya ditemui perkataan demi perkataan di dalam kitab-kitab lain dalam Injil, di mana maknanya telah diterangkan. Dengan itu, kami menggalakkan anda menurut Kitab Injil Bereans (rujuk Kisah Para Rasul 17:10, 11) dan menguji setiap ajaran Kitab Suci. Oleh itu, siapa saja yang berusaha keras mengkaji Kitab Injil, yang mahu mengetahui kebenarannya, dia yang mematuhinya, akan memahami Kitab Injil. “Barang siapa mahu melakukan kehendak-Nya, dia akan tahu…sama ada ajaran-Ku ini berasal dari Tuhan, atau aku berkata-kata tentang diriKu sendiri.” Yohanes 7:17. 10. Lambang yang manakah perlu kita bongkar untuk mengenal pasti sang binatang dan tandanya itu? Ada banyak lambang yang merujuk kepada binatang itu: walau bagaimanapun, memadai kita gunakan yang penting saja untuk mengenal pasti binatang itu. Simbol-simbol itu adalah 'binatang', 'naga', 'laut', 'empat puluh dua bulan', dan 'cacian'. Binatang : Dalam ramalan Kitab, binatang adalah simbol seorang raja atau kerajaan. “Binatang-binatang besar yang empat ekor itu adalah empat raja… binatang yang keempat itu adalah kerajaan yang keempat…” Daniel 7:17, 23. Dengan binatang ini, kita mengkaji sebuah kerajaan yang unik kerana ia bukan saja memiliki kuasa politik malahan juga kuasa agama, kerana orang ramai ‘menyembah binatang itu’ Wahyu 13:4. Naga : Menurut Kitab Injil, naga adalah satu lagi nama buat Syaitan, bapa kepada segala penipuan dan penyesatan, “naga besar itu…yang disebut Iblis, dan Syaitan, yang menyesatkan seluruh dunia.” Ini bermakna bila Syaitan memberikan kepadanya “kekuatannya, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar” kepada binatang, kita boleh jangkakan yang binatang itu akan bersikap memperdayakan sama seperti Syaitan. Oleh itu, banyak tipu daya akan ditemui dalam hal-ehwal binatang ini. Wahyu 12:9; 13:2 Lautan : Dalam ramalan Kitab Injil, lautan adalah lambang rakyat jelata yang berbilang bangsa. “…Air …adalah umat, dan rakyat jelata, dan bangsa, dan bahasa” Wahyu. 17:15. Maka itulah, kerajaan atau kuasa yang unik ini terbit dari lautan, menandakan yang ia terletak di sebuah lokasi di dunia yang berkependudukan padat dengan pelbagai macam bangsa manusia. Empat puluh dua bulan : Tempoh ini sama dengan tiga setengah tahun (42 dibahagi kepada 12 bulan). Dan Kitab Injil ditulis berdasarkan kalendar orang Yahudi di mana setiap tahun Yahudi adalah 360 hari (30 hari bagi setiap bulan). Oleh itu, tiga setengah tahun dan empat puluh dua bulan adalah sama dengan 1260 hari. Sebab kenapa kami mengubah bulan bersamaan jumlahnya dengan hari ialah, bila Tuhan memberikan ramalan tentang masa, Dia selalu menyamakan satu hari dengan satu tahun “…yakni empat puluh hari, satu hari dihitung satu tahun, jadi empat puluh tahun lamanya kamu harus menanggung akibat kesalahanmu...” “Aku telah menentukan bagimu setiap hari untuk satu tahun” Bilangan 14:34;Yehezkiel 4:6. Dengan itu, empat puluh dua bulan ramalan bermakna tempoh 1260 tahun di mana binatang itu telah diberikan, satu “mulut yang penuh kesombongan dan kata nista” dan akan “berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka: dan kepadanya diberikan kuasa ke atas setiap suku dan umat dan bahasa dan

www.WorldsLastChance.com

bangsa” Wahyu. 13:5, 7. Maknanya, semasa tempoh itu, binatang tersebut akan menghina Tuhan, menghukum umat Kristian, dan memiliki kuasa yang besar. Mencaci : Di dalam Kitab Injil, cacian ditakrifkan dengan dua cara. Yang pertama adalah bila seseorang mendakwa bahawa dirinya adalah Tuhan atau Wakilnya. “…bukan kerana satu pekerjaan baik maka kami mahu melempari engkau; tetapi kerana engkau menghina Tuhan; dan kerana engkau, walau hanya seorang manusia saja, menyamakan dirimu dengan Tuhan” Yohanes 10:33. Jadi, binatang ini, kuasa dan kerajaan agama serta politik ini, telah menghina Tuhan dengan berpura-pura menyerupakan diri mereka sebagai Tuhan di muka bumi ini. Cara kedua melakukan penghinaan adalah dengan memberikan pengampunan (mendakwa mereka ada kuasa untuk mengampuni dosa-dosa orang lain). “Mengapa orang ini menghina Tuhan? Siapa yang dapat mengampunkan dosa melainkan Tuhan itu sendiri?” Markus 2:7. Binatang ini, kuasa dan kerajaan agama serta politik ini, telah menghina Tuhan bukan hanya dengan mengambil tempat-Nya di bumi ini tetapi juga mendakwa dapat melakukan upacara pengampunan dosa. Tidak hairanlah binatang itu ada “nama cela” dan berkata “untuk menghina Tuhan, untuk menghina namanya” ; ini kerana binatang itu mengakui kuasanya yang sebenarnya hanya dimiliki oleh Tuhan. Wahyu 13:1, 6.

Sembilan Tanda Penting Dengan membenarkan Kitab Injil membongkar erti lambang-lambangnya, kita kini boleh menerangkan sembilan tanda untuk mengenal pasti binatang itu bagi menentukan kuasa yang mana di dalam sejarah yang memenuhi semua ciri-ciri tersebut. Bukan ini saja yang mengenal pastinya: ada lebih banyak lagi di dalam Kitab Injil. Kami harap kompilasi tanda-tanda pengecaman penting akan membawa anda untuk mengkaji Kitab Injil untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi. 1. Binatang ini menggabungkan kuasa agam dan politik pada masa yang sama, “mereka menyembah binatang itu…” Wahyu 13:4. 2 . Binatang itu mula menapakkan kuasanya di sebuah kawasan berkepadatan tinggi di dunia, “Aku…melihat seekor binatang keluar dari dalam laut” Wahyu 13:1. 3. Binatang itu memperoleh kekuatan dan kuasanya dari Syaitan, oleh itu, kita boleh jangkakan sejarahnya dipenuhi banyak tipu daya, “Dan naga itu memberikan kepadanya [binatang itu] kekuatannya, dan takhtanya, dan kekuasaannya yang besar” Wahyu. 13:2. 4. Binatang itu memerintah dengan sungguh kejam dan penuh dominasi selama 1260 tahun. Tempoh ini mesti ada titik permulaan yang jelas dan diakhiri dengan 'luka yang parah'. “Kepadanya juga diberikan kuasa untuk melakukannya selama empat puluh dua bulan lamanya.” “Maka tampaklah kepadaku satu daripada kepalakepalanya seperti terkena luka yang membahayakan hidupnya.” “Dan kepadanya diberikan kuasa ke atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa” Wahyu 13:5, 3, 7. 5. Binatang itu menghukum umat Kritsian selama tempoh 1260 tahun. “Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus, dan untuk mengalahkan mereka” Wahyu 13:7. 6. Binatang itu akan pulih sepenuhnya dari 'luka yang membahayakan hidupnya' dan dunia akan berasa takjub dengannya, “dan luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh: dan seluruh dunia hairan dan mengikut binatang itu” Wahyu 13:3.

www.WorldsLastChance.com

7. Binatang itu ada nombor 666 yang misteri yang menunjukkan jabatan dan namanya, “baiklah ia menghitung bilangan binatang itu: kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia; dan bilangannya adalah enam ratus enam puluh enam” Wahyu 13:18. 8. Binatang itu menghina dengan mendakwa dirinya adalah Tuhan dan memiliki kuasa pengampunan (kuasa untuk memaafkan dosa orang lain). 9. Binatang itu juga membuat penghinaan-penghinaan lain, membuat tindakan-tindakan yang sepatutnya adalah hak Tuhan saja. “Dan kepada binatang itu diberikan mulut yang penuh kesombongan dan kata nista” Wahyu 13:5. Wahai pembaca , kuasa manakah di dalam sejarah yang memenuhi semua tanda-tanda pengecaman itu? Dengan sejujurnya, jawapannya hanyalah satu saja: Gereja Roman Katolik. Gereja Roman Katolik adalah binatang yang Tuhan, demi kasihnya terhadap kita, memberi kita amaran mengenainya. Bukanlah tujuan artikel ini untuk menyerang Roman Katolik, tetapi mahu mendedahkan kebenaran tentang sistem Katolik itu. Tiada siapa perlu rasa tersinggung, sebaliknya harus digalakkan untuk mencari kebenaran dan kesahihannya. 11. Sila sokong kesimpulan ini dengan bukti-bukti dan fakta-fakta sejarah. Mari kita ambil setiap pengenal pasti untuk melihat bagaimana sejarah menuding kepada Gereja Roman Katolik saja. 1. Gereja Roman Katolik menggabungkan kuasa agama dan politik secara serentak: Saint John nampak gabungan ini dalam visi ramalan mengenai kerajaan keempat dan terakhir ini dan menjelaskannya sebagai, “ seorang wanita duduk di atas seekor binatang yang merah ungu warnanya” Wahyu 17:3. Di dalam Kitab Injil, perempuan melambangkan gereja, “seperti seorang isteri yang tidak setia terhadap suaminya, demikianlah kamu tidak setia terhadap Aku, hai kaum Israel, demikianlah firman TUHAN.” “Kerana Aku…Aku telah menjodohkan kamu kepada satu suami, untuk membawa kamu sebagai perawan suci kepada Nabi Isa” Yeremia 3:20; 2 Korintus 11:2. Selain daripada itu, dapatlah difahami dengan sebulat suara dalam ramalan ini yang binatang itu adalah sebuah negara. Malahan dalam dunia hari ini, negara diberikan lambang binatang. Amerika dilihat sebagai burung helang, Rusia disamakan sebagai seekor beruang, dan China membawa imej seekor naga. Pada satu zaman dahulu, Tuhan memberitahu Daniel tentang semua empayar dunia sehinggalah ke hari kiamat. Di dalam visinya, Daniel melihat binatang terakhir itu sebagai “yang berbeza daripada segala binatang yang lain” Daniel 7:19. Tetapi bagaimanakah ia berbeza ? Menurut Wahyu 17:3, seperti yang dilihat di atas, binatang ini (sebuah negara) mempunyai seorang perempuan (iaitu gereja) yang memerintahnya. Pada zaman ini, adakah sebuah gereja dan negara yang bekerjasama sebagai sebuah kuasa global yang diiktiraf oleh dunia? Satu-satunya kewujudan di dunia yang mempunyai ciri itu adalah Gereja Roman Katolik. Paus Roman Katolik juga adalah pemimpin mutlak Roman Katolik yang mempunyai pengikut melebihi satu bilion di seluruh dunia. “Paus Roman, sebagai pengganti Peter, adalah sumber yang abadi dan jelas serta asas bagi perpaduan semua biskop dan para pengikut.” Vatican Council II (1962-65)

www.WorldsLastChance.com

“Semua paderi mesti mematuhi Paus, walaupun arahannya adalah untuk kejahatan; kerana tiada siapa boleh mengadili Paus.” Pope Innocent III (1198-1216) Sekali gus, Paus adalah raja yang memerintah sebuah negara bebas yang bernama Bandar Vatican. Vatican adalah sebuah negara miniatur yang nyata dan berdaulat, walaupun ia berada di dalam Itali. Oleh itu, Paus adalah satu kuasa yang unik yang menggabungkan kuasa agama dan sivil. 2. Gereja Roman Katolik mula menapakkan kuasa di sebuah kawasan yang berkepadatan tinggi di dunia: Ini menjelaskan dengan tepat Gereja Roman Katolik kerana ia terbit di tengah-tengah pelbagai kuasa dan negara di Eropah. 3. Sejarah Gereja Roman Katolik penuh dengan tipu daya: Penganut Katolik yang sudah tahu siap mengesahkan pemalsuan sebagai cara hidup para Paus. Hans Kung, seorang paderi Katolik dan ahli agama yang juga perunding kepada Majlis Kedua Vatican (1962-1965), menyebutkan bahawa seawal abad ke-5, para Paus “memutuskan untuk meluaskan kuasa mereka dengan pemalsuan terang-terangan.” The Catholic Church: A Short History (diterjemahkan oleh John Bowden), halaman 61 Salah satu contoh terbaik adalah dokumen Donation of Constantine, bertarikh 30 Mac 315 Selepas Masihi, di mana Gereja Roman Katolik memalsukan untuk meluaskan kekuatan dan kekuasaan mereka. Melalui dokumen palsu ini, Paus Stephen III pada kurun kelapan meyakinkan Pepin, raja bagi rakyat Frank, sehinggakan wilayahwilayah Lombard diserahkan oleh Constantine kepada Gereja Roman Katolik. Ini membuatkan Pepin mahu menentang Lombard dan merampas kota-kota bagi Paus. Pada 1440, dokumen ini telah terbukti dipalsukan oleh seorang Paus bernama Lorenzo Valla, tetapi seorang demi seorang Paus tidak pernah mengaku tentang pemalsuan ini. Sehingga ke hari ini, ada satu inskripsi dalam pembaptisan St. John Lateran di Rom mengekalkan pemalsuan dokumen ini . Paus menyeru satu order dunia baru: “BANDAR VATICAN (AP) -- Pope John Paul II memulakan Tahun Baru pada Khamis lalu dengan satu seruan baru untuk… penubuhan dunia baru berdasarkan rasa hormat bagi kemuliaan manusia dan persamaan taraf di kalangan negara.” Khamis, 1 Januari 2004 Disiarkan: 9:21 AM EST (1421 GMT) “Ciri pelupusan besar keseluruhan sistem Anti-Nabi Isa – iaitu Order Dunia Baru -- adalah penipuan terangterangan. Sebenarnya, para penulis Order Dunia Baru berbangga dengan penipuan terancang ini, kerana mereka dengan megahnya percaya sebahagian besar majoriti populasi dunia adalah terlalu bodoh dan malas untuk mengetahui apa yang terbaik buat mereka. Hanya Para Perancang Order Dunia Baru tahu apa yang terbaik buat dunia, dan mereka telah memutuskan bahawa matlamat mereka hanya boleh dicapai melalui penipuan terang-terangan ke atas rakyat jelata yang miskin.” Bill Cooper, “ Behold A Pale Horse (Lihatlah Si Kuda Pucat)” halaman 49 4. Gereja Roman Katolik memerintah dengan sungguh kejam selama 1260 tahun dan mendominasi sepenuhnya negara-negara lain. Tempoh ini menunjukkan titik permulaan yang jelas, dan 'luka yang membahayakan hidupnya' pada akhirnya: Gereja Roman Katolik menerima luka yang parah ini pada 1798 bila [Paus Pius VI] menjadi tahanan di Perancis menurut perintah Napoleon.

www.WorldsLastChance.com

“Pada 1798, Jeneral Berthier menjejakkan kakinya ke Rom, membubarkan kerajaan paus, dan menubuhkan kerajaan sekular.” Encyclopedia Britannica, edisi 1941 Setelah menentukan penghujung ramalan adalah pada 1798, kembali ke 1260 tahun lalu, kita tiba ke tahun 538 Selepas Masihi. Untuk memenuhi tanda pengecaman paus ini, satu peristiwa penting pasti telah berlaku pada 538 Selepas Masihi untuk menandakan permulaan tempoh 1260 tahun. Bukti sejarah mendedahkan bahawa pada 533 Selepas Masihi, Maharaja Rom Justinian mengiktiraf keagungan gereja paus sebagai 'ketua' bagi semua gereja di timur dan barat Empayar Rom. Walau bagaimanapun, hanya pada 538 Selepas Masihi, paus dibebaskan sepenuhnya dari penentang Aria terakhirnya, bangsa Ostrogoth (yang pada masa itu memerintah Itali), barulah paus muncul sebagai peranan pemimpin di Barat. Dengan itu, pada 538 Selepas Masihi, kekuasaanpaus mula menyebar sedikit demi sedikit tetapi dengan kukuhnya. “Vigilius...menduduki kerusi paus (538Selepas Masihi) di bawah perlindungan tentera Belisarius.” History of the Christian Church, Vol. 3, halaman 327 Semasa kekuasaan paus semakin meningkat, kekuasaannya bukan saja merangkumi para pengikutnya tapi juga para pemerintah dan raja-raja di Eropah. Sehingga ke akhirnya, para paus mengeluarkan beberapa pengumuman rasmi untuk mengukuhkan kekuasaan mereka ke atas raja-aja di Eropah: “Adalah tugas jabatan paus untuk menuruti langkah para raja.” J.H. Ignaz Dollinger, The Pope and the Council, (London), p. 35 “Takutilah kemurkaan dan gemuruh pembalasan kami; kerana Nabi Isa telah melantik kami [para paus] dengan kata-kata yang terkeluar dari mulutnya sendiri untuk mengadili sepenuhnya seluruh umat; dan raja-raja itu sendiri akur dengan kekuasaan kami.” Paus Nicholas I (858-867 selepas Masihi) Di dalam pengumuman rasmi Paus Gregory XI, bertarikh 1372 Selepas Masihi, dan menamakannya In Coena Domini, paus menegaskan kekuasaan paus ke atas seluruh dunia Kristian, sekular dan keagamaan, dan menyingkirkan semua yang gagal mematuhi paus dan membayar cukai kepada mereka. Pengumuman rasmi paus ini seterusnya dikukuhkan oleh paus-paus selepasnya dan pada tahun 1568 Selepas Masihi, Paus Pius V bersumpah untuk menjadikannya hukum yang abadi. Satu demonstrasi praktikal bagi penegasan di atas adalah perlakuan Paus Gregory VII pada 1077 Selepas Masihi ke atas Raja Henry IV, Maharaja Jerman. Bila raja tampak tidak menghormati kekuasaan paus, paus menyisihkannya dan menurunkannya dari takhta. Henry kemudiannya memutuskan untuk berdamai dengan paus dan menyeberangi pergunungan Alps pada pertengahan musim dingin untuk merendahkan dirinya. Bila dia tiba di istana paus, Henry terpaksa menunggu kebenaran untuk bertemu paus di luar lapangan istana, berkaki ayam dan kepalanya tidak bertudung, serta berpakaian sedaifnya. Raja itu terpaksa berpuasa dan membuat pengakuan dosa selama tiga hari sebelum paus memaafkannya. Hari ini, dakwaan kekuasaannya ke atas semua pemimpin di seluruh pelosok dunia terus ditegakkan oleh paus: “Keuskupan Pertama [paus Rom] tidak boleh dihakimi oleh sesiapa pun. Hanya Uskup Roman sendiri yang berhak menghakimi…mereka yang menduduki tempat tertinggi di jabatan negara…Tiada rayuan atau jalan keluar dapat dilakukan untuk menentang keputusan mahupun titah perintah Uskup Roman.” The Code of Canon Law (Paulist Press, 1985), halaman 951, 271 5. Gereja Roman Katolik menghukum umat Kristian sepanjang tempoh 1260 tahun ini:

www.WorldsLastChance.com

Dalam tempoh sejarah ini (juga dikenali sebagai Zaman Pertengahan), kekuasaan Gereja Roman Katolik bertapak dengan kuat di Eropah, dan setiap rakyat jelata dikehendaki menjadi Roman Katolik. Mereka yang enggan mematuhi paus boleh dihukum seksa atau mati. Ini membuatkan sistem Roman Katolik menjadi salah satu agama yang pernah wujud di dunia yag paling banyak menyeksa, menurut Vicars of Nabi Isa: the Dark Side of the papacy, oleh Peter de Rosa,halaman. 180 “Kerana mengaku setia kepada yang lain dan bukannya Gereja Rom, sejarah telah merekodkan kesyahidan lebih seratus juta penduduk dunia.” Brief Bible Studies, halaman 16 “Kita harus meletakkan Pasitan… sebagai salah satu daripada titik paling hitam dalam sejarah kemanusiaan.” Will Durant, The Story of Civilization, vol. 4 , halaman 78 “Bahawa Gereja Rom telah membunuh lebih ramai nyawa yang tidak berdosa berbanding agama lain yang pernah wujud di dunia tidak akan disangkal oleh mana-mana penganut Protestan yang arif mengenai sejarah. Sukar untuk mengetahui kesengsaraan sebenar mangsa-mangsanya, dan pastinya kita tidak dapat membayangkan penderitaan yang telah mereka alami.” W. E. H. Leeky, History of the Rise and Influence of the Spirit of Rationalism in Europe, Vol. 2:32, edisi 1910 Di dalam Catholic Encyclopedia, Vol. 12, halaman 266, pembaca akan menemukan sebuah artikel yang panjang lebar menggambarkan kekuasaan Gereja Roman Katolik dalam menghukum 'mereka yang sesat ini', yang kesalahan mereka hanyalah kerana menjadi penganut Kristian yang mempercayai Kitab Injil. 6. Gereja Roman Katolik akan sembuh sepenuhnya dari 'luka yang membahayakan dirinya' dan seluruh dunia akan berasa takjub dengannya: Bila Paus Pius VI meninggal dunia sebagai tawanan di Perancis pada tahun 1799, dunia menjangkakan berakhirnya Gereja Roman Katolik. Walau bagaimanapun, Tuhan telah memaklumkan kita kira-kira 2000 tahun lalu bahawa binatang itu akan sembuh daripada lukanya yang parah. Di sini penjelasan New York Times mengenai penyembuhan binatang itu, yakni paus: “LUKA PARAH TELAH SEMBUH: Rom, 7 Jun.--Sejak jam 11 pagi tadi, munculnya satu lagi Negara bebas yang berdaulat di dunia. Pada masa itu, Perdana Menteri Mussolini…menyerahkan kepada Kardinal Gasparri, Setiausaha Negara Paus, mewakili Paus Pius XI, pengesahan perjanjian yang ditandatangani di Istana Lateran pada 11 Februari. Dengan tindakannya itu, Negara Bandar Vatican yang bebas dan berdaulat telah diwujudkan.” NewYork Times, 7 Julai 1929 San Francisco Chronicle melaporkan ‘penyembuhan’ paus seperti yang berikut: “Mussolini dan (Kardinal) Gaspari Menandatangani Pakatan Bertandatangan Yang Bersejarah…Luka Yang Sekian Lama Kini Sembuh.” The San Francisco Chronicle, 7 Julai 1929 Adakah dunia hari ini ‘mengagumi’ paus, seperti yang Kitab Injil ramalkan? “Cara terbaik untuk menghormati Paus John Paul II, sememangnya antara yang terunggul,adalah dengan mematuhi ajarannya dengan serius; dengan mendengar kata-katanya dan melakukan setiap kata-kata dan ajarannya di Amerika ini . Cabaran ini harus kita terima.” Presiden George W. Bush, 21 Mac 2001 “Paus John Paul II adalah salah seorang pemimpin yang bermoral dan berjiwa sangat tinggi di abad ini.” Billy Graham untuk Saturday Evening Post, Jan-Feb. 1980

www.WorldsLastChance.com

“Saya sangat mengagumi Paus John XXIII. Saya rasa beliau telah membawakan satu era baru kepada dunia”. Billy Graham, Chicago Tribune, 8 Jun 1963 “Paus John Paul II meraikan perhimpunan luar di Sepanyol bagi lebih sejuta penduduk di Bandar Mexico.” The New York Times, 25 Jan. 1999 “Pada malam Rabu lalu semasa Bapa Kudus jalan seiringan dengan Naib Presiden Gore di sepanjang landasan …untuk menaiki “Shepherd I” dan kembali ke Rom, orang ramai menangisi, mengibarkan sapu tangan dan melaungkan “John Paul II, kami sayangkan tuan!”...Ia satu lawatan yang pendek tapi sangat mengharukan dan berkuasa oleh Paus ke St. Louis.” 28 Jan. 1999 (EWTNews) “Tidak dapat disangsikan lagi bahawa Paul VI, bersama-sama John XXIII dan John Paul II, akan dikenang sebagai tiga Paus Keamanan yang hebat, pelopor kepada peralihan yang sangat penting bagi Gereja Katolik ke Zaman Baru.” Robert Muller, bekas Pembantu Ketua Setiausaha P.B.B. 7. Gereja Roman katolik ada nombor 666 yang misteri : Gelaran rasmi paus adalah “Vicarius Filii Dei”, yang diterjemahkan sebagai, “Wakil Anak Tuhan”. Untuk mengesahkannya, akhbar Katolik Our Sunday Visitor terbitan 18 April 1915 menulis: “Sulaman abjad-abjad pada topi biskop yang dipakai oleh paus adalah seperti berikut: ‘Vicarius Filii Dei’”. Kerana beberapa huruf Latin tertentu mempunyai nilai berangka, kita hanya perlu menambahkannya untuk mendapatkan angka 666.

8. Gereja Roman Catholic menghina Tuhan dengan mendakwa diri mereka adalah Tuhan dan memberikan pengampunan: “Kami menduduki dunia ini di tempat Tuhan yang Maha Kuasa.” Paus Leo XIII, dalam sebuah surat Encyclical, bertarikh 20 Jun 1894 “Paus bukan saja menjadi wakil kepada Nabi Isa, tapi dia adalah Nabi Isa, berselindung di balik tubuhnya.” The Catholic National, Julai 1895 “etapi guru yang agung di dalam Gereja adalah Uskup Roman… [yang] perlukan…penyerahan dan kepatuhan yang sepenuhnya… seperti kamu mematuhi Tuhan itu sendiri.” Paus Leo XIII, the Great Encyclical Letters, halaman 193

www.WorldsLastChance.com

“Sepertinya Paus John Paul II kini menduduki seluruh Gereja dari tempatnya pada salib Nabi Isa.” Dipetik dari sebuah artikel bertajuk, “Auckland Bishop Says Pope Presides From the Cross” AUCKLAND, New Zealand, 20 SEP. 2004, Zenit.org “Sememangnya, bolehlah dikatakan dengan melihat kepada kemuliaan jawatan mereka, parapaderi itu bagaikan tuhan.” Pope Innocent III Gereja Roman Katolik mencipta satu 'pasaran' yang besar di dunia untuk memasarkan satu barangan yang unik, di mana dia tidak mempunyai sebarang persaingan dan permintaannya banyak tidak terhingga. Dia mendakwa yang dia berhak untuk menjual limpah kurnia Tuhan, memberikan pengampunan-Nya kepada mereka yang berdosa. Sehingga ke hari ini, kuasa yang menghina ini terus kekal untuk memaafkan dosa. “Kuasa pengadilan ini akan malah merangkumi kuasa untuk memaafkan dosa.” The Catholic Encyclopaedia Vol.12, -artikel “Pope”, halaman 265 “Dan Tuhan itu sendiri wajib menuruti pengadilan paderinya, sama ada untuk memaafkan atau tidak, jika mereka enggan memberikan pengampunan, asalkan si pelakunya merasa sesal.” Dignity and Duties of the Priest, p. 27, New York: Benziger Brothers, Printers to the Holy Apostolic See, 1888 9 Gereja Roman Katolik membuat satu lagi dakwaan yang menghina dengan melakukan tugas-tugas yang hanya dimiliki Tuhan: Di sini satu lagi contoh dakwaan dan ajaran yang menghina dari Gereja Roman Katolik : “Paderi mempunyai kuasa untuk kunci, atau kuasa untuk menyelamatkan para pendosa dari neraka, menjadikan mereka layak untuk menduduki syurga, dan menukar mereka yang menjadi hamba-hamba Syaitan kepada anakanak Tuhan. Dan Tuhan itu sendiri menuruti penghitungan para paderinya ...Pemerintah Langit dan Bumi hanya menuruti para pesuruhnya dengan mengesahkan di syurga apa yang telah diputuskan di bumi.” Liguori, “Duties and Dignities of the Priest”, halaman 27, 28 “Dengan itu paderi bolehlah, dalam keadaan tertentu, dipanggil sebagai pencipta bagi Penciptanya, kerana dengan melafazkan perkataan-perkataan penyucian, dia mencipta, upacara agama Nabi Isa, dengan memberikannya kewujudan yang suci, dan menjadikannya sebagai mangsa untuk dipersembahkan kepada Bapa yang kekal abadi…Kuasa seseorang paderi, adalah kuasa yang seperti dimiliki Tuhan; kerana penukaran roti dan wain menjadi tubuh dan darah Nabi Isa memerlukan kuasa seperti kuasa yang mencipta dunia ini.” Saint Bernadine of Sienna “Para paderi adalah penyelamat dunia ini.” Saint Jerome Mengenai tindakan-tindakannya yang menghina itu, Gereja Roman Katolik telah melakukan tindakan yang tersungguh menghina. Dia mengubah hukum Tuhan itu sendiri iaitu – Sepuluh Firman Tuhan. Dia berani sekali membatalkan sepenuhnya perintah yang kedua, kerana ia mengutuk amalan-amalan dan upacara-upacaranya. Paling teruk lagi, dia mengubah hari untuk beribadat di dalam Perintah Keempat dari hari Sabtu ke Ahad. Ini dilakukan walaupun Tuhan telah memberikan Adam perintah yang abadi ini semasa dia dicipta dan telah menetapkannya kepada kita “Akan tetapi kemurahan-Ku tidak akan kulalukan daripada-Nya, dan setia-Ku pun tidak akan berkurangan” Mazmur 89:34 . Sepuluh Perintah Tuhan hanyalah sebahagian daripada Kitab Injil yang dilafazkan dengan suara Tuhan kepada sebuah jemaah. Dan untuk memastikan agar Musa tidak tertinggal satu huruf pun, Tuhan menulis kepada mereka dengan jari-Nya sendiri dan menyerahkannya kepada Musa. “Maka segala firman ini [Sepuluh Firman]

www.WorldsLastChance.com

dikatakan Tuhan kepada segenap jemaah kamu…dan tidak ditambahkan. Dan disuratkan-Nya firman itu pada dua batu loh…” Ulangan 5:22. Nabi Isa menegaskan lagi larangan mengubah Sepuluh Firman bila Dia berkata, “lebih mudah langit dan bumi itu lenyap daripada satu titik dari hukum Taurat itu dibatalkan” Luke 16:17. Matahari yang menyinari di langit, dan muka bumi yang anda duduki, merekalah yang menjadi saksi Tuhan yang hukum-Nya tidak boleh diubahubah dan ia harus kekal abadi. Walaupun mereka akan pergi, hukum Tuhan haruslah terus ditegakkan. Nabi Isa mengesahkan lagi “Janganlah kamu menyangka bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi: Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Kerana Aku berkata kepadamu, sesungguhnya selagi belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi” Matius 5:17 , 18. Gereja Katolik tidak rasa malu langsung kerana mengubah hari untuk beribadat. Sebenarnya, dia berasa bangga dengan tindakannya ini, dan menganggapnya sebagai 'tanda' kekuasaan dan keagungannya ke atas semua gereja dan agama. “Hari Sabbat, lebih dikenali sebagai hari hukum, telah diubah menjadi hari Tuhan. Ini dan yang lain-lainnya tidak dihentikan kerana perintah yang diberikan oleh Nabi Isa, (kerana dia sendiri berkata, Aku bukan datang untuk meniadakan hukum Taurat, melainkan untuk menggenapinya), tetapi kerana kekuasaan gereja, itu semua telah diubah.” Archbishop of Rheggio, Khutbah pada 1-18-1562, Mansi XXIII, halaman. 526 “Hari Ahad adalah sistem Katolik, dan dakwaannya untuk kesucian hanya bolehdipertahankan dengan kekuasaan Katolik...Dalam Kitab Suci, dari awal sehingga ke akhirnya, kami tidak menemui walau satu teks pun yang mewajarkan perubahan hari beribadat umum mingguan dari hari terakhir ke hari pertama minggu.” Catholic Press, Sidney, 8-25-1900 “Tiada apa pun di dalam Kitab Injil yang menyatakan bahawa hari beribadat patut ditukar daripada hari Sabtu ke Ahad. Hakikatnya, Gereja sudah wujud sejak berabad-abad lamanya sebelum Kitab Injil disampaikan kepada dunia. Gerejalah yang mencipta Kita Injil; bukan sebaliknya.” Things Catholics Are Asked About, oleh Martin J. Scott, 1927 ed, halaman. 136 “Kita menyambut hari Ahad dan bukannya Sabtu, kerana Gereja Katolik telah memindahkan kesucian hari Sabtu ke Ahad di dalam majlis Laodicea pada tahun 364 Selepas Masihi.” The Converts Catechism of Catholic Doctrine, oleh P. Geiermann, hasil usaha Paus Pius X, pada 1-25-1910 Menurut Gereja Roman Katolik ‘Ahad’ (‘Sunday’) adalah tanda kekuasaan mereka yang jelas dan unggul. “Hari Ahad adalah tanda kekuasaan kami. Gereja mengatasi Kitab Injil, dan perubahan melakukan Sabbat ini adalah bukti hakikat itu.” The Catholic Record,London, Ontario, 1 September 1923 “Ibadat hari Ahad oleh penganut Protestan adalah takzim yang mereka berikan, tanpa mengambil kira diri mereka sendiri, kepada kekuasaan Gereja (Katolik).” Plain Talk About the Protestantism of Today,olehMonsignor Segur, halaman 213 “Tetapi minda penganut Protestan seperti tidak menyedari bahawa dengan. . .menghormati hari Ahad. . . dengan itu mereka telah menerima kekuasaan jurucakap gereja, iaitu paus.” Our Sunday Visitor, mingguan Katolik, 5 Feb. 1950 “Sudah tentu sekali Gereja Katolik mendakwa perubahan itu adalah tindakannya… tanda dan kekuasaannya ke atas hal-ehwal agama.” Pejabat Kardinal Gibbons, melalui Kaunselor C. F. Thomas, 11 Nov. 1895

www.WorldsLastChance.com

Dari bukti-bukti yang sebegini banyak, bolehlah kita memutuskan bahawa binatang yang disebut dalam Wahyu 13 dan 14 itu adalah Gereja Roman Katolik, dan tandanya (tanda binatang itu) adalah ibadat hari Ahad. Kenapa tanda ini sangat penting? Pernahkah anda menandatangani satu dokumen untuk mengesahkan atau memperakui keasliannya? Pernahkah anda diberikan 'mohor pengesahan' untuk sesuatu? Ia adalah wajib bagi setiap kerajaan. Hanya dengan menandatanganinya, barulah sesuatu dokumen itu dibuktikan keasliannya. Semua perisytiharan Kerajaan harus selalu mengandungi tanda atau mohor rasminya. Apakah ciri-ciri bagi tanda atau mohor kerajaan ini? Mohor atau tandatangan rasmi haruslah memiliki tiga ciri yang berikut: • • •

Nama pegawai itu Pangkat pegawai itu Wilayah atau tempat yang dikuasainya

www.WorldsLastChance.com

Sebagai contoh, bila Presiden Amerika Syarikat menandatangani sesuatu rang undang-undang menjadikannya undang-undang, dia harus menandatanganinya, George Washington (nama), Presiden (pangkat) bagi Amerika Syarikat (wilayah). Setiap dokumen harus ditandatangani sebegini untuk menjadikannya rasmi dan sah. Melihat kepada Si Pencipta Yang Maha Agung, kami sedar yang Dia menguasai Kerajaan Langit. Dan dokumen yang mengandungi undang-undang bagi Kerajaan Langit-Nya adalah Sepuluh Firman Tuhan. Jika anda perhatikan dengan lebih mendalam, anda akan menemukan mohor Tuhan yang ada! “ Kerana pada hari keenamnya, TUHAN mencipta langit dan bumi, serta laut...” Keluaran 20:11. Perhatikan tiga cirinya yang jelas: • • •

Nama:TUHAN ( “Akulah Tuhan:itulah nama-Ku” Yesaya 42:8 ) Pangkat:PENCIPTA ( “ TUHAN mencipta ” ) Wilayah:LANGIT DAN BUMI ( “Langit dan bumi” )

Jelas sekali, mohor Pencipta telah ditemukan di dalam perintah-perintah Sabbat tentang hukum-Nya. Ia adalah satu pengesahan terhadap kekuasaan-Nya sebagai Pencipta kita. Bila kita meneruskan Sabbat-Nya, kita menunjukkan yang kita mengakui-Nya sebagai Pencipta kita. Peluang untuk memuja Tuhan sebagai Pencipta kita. Bila kita menyucikan hari yang Tuhan pilih, kita memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa Pencipta alam maya ini adalah Tuhan kita! Si iblis, “Lucifer” sedang menyerang Sabbat kerana dia mahu kita memuja “ menyamai Yang Maha Tinggi ” Yesaya 14:14 . Pencipta mahukan anda bersembahyang pada hari suci Sabbat-Nya, dan Syaitan, mahu menjadi seperti Pencipta, mahukan anda bersembahyang pada hari Ahadnya. Apa yang akan anda pilih? “Kuduskanlah hari-hari Sabbat-Ku, sehingga itu menjadi peringatan di antara Aku dan kamu, supaya orang mengetahui bahawa Akulah Tuhanmu” Yehezkiel 20:20.

Mengenal pasti Imej Binatang Itu 12. Apakah imej binatang itu, yang Tuhan berikan amaran kepada kita untuk tidak menyembahnya? Untuk dapat mengenal pasti imej binatang itu, pertama, kita perlu mengenal pasti binatang bertanduk dua yang membantu dalam pembentukan imej binatang itu: “Dan aku melihat seekor binatang lain keluar dari dalam bumi dan bertanduk dua sama seperti anak domba dan ia berbicara seperti seekor naga. 12 Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh… 14 …menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. 15 Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh. 16 Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya: 17 Dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, iaitu nama binatang itu atau bilangan namanya” Wahyu 13:1112, 14-17. Binatang bertanduk dua ini ada tanda-tanda pengecaman yang berikut :

www.WorldsLastChance.com

1. Binatang itu muncul semasa paus menerima luka parahnya pada tahun 1798, “seekor binatang lain keluar” Wahyu 13:11. 2. Binatang ini muncul dari perut bumi, berbeza dengan binatang pertama yang muncul dari laut. Jika 'laut' melambangkan rakyat dan bangsa yang sungguh ramai, oleh itu, 'bumi' melambangkan kawasan yang sudah teguh dan tidak padat penduduknya. Oleh itu, negara ini akan muncul dan menjadi masyhur di kawasan yang tidak ramai penduduknya. 3. Binatang itu mempunyai dua tanduk yang seperti domba. Menurut Kitab Injil, tanduk itu melambangkan kuasa. “Dia bertanduk…ia itulah selimut kemuliaan-Nya” Habakuk 3:4. Dengan itu, negara yang mempunyai dua kuasa berasingan, yang jelas di antara kedua-duanya. Selain itu, domba adalah lambang Nabi Isa; dengan itu, kita boleh mengandaikan yang negara ini ditubuhkan dengan prinsip-prinsip Kristian yang luhur lagi mulia. 4. Walau bagaimanapun, binatang ini berucap bagaikan naga; sebuah negara 'berucap' melalui kekuasaan legislatif dan kehakimannya. 'Tanduk seperti domba' dan 'suara naga' menunjukkan pertentangan yang sangat nyata di antara pekerjaan yang damai dan amalan-amalan negara ini. Wahai para pembaca, sekali lagi kami ingin menanyakan, negara manakah yang memenuhi semua tanda pengecaman ini? Hanya satu saja jawapannya: Amerika Syarikat. 1. A.S. muncul kira-kira pada tahun 1798: Hanya satu negara saja yang muncul pada masa paus kehilangan kuasanya pada 1798. Ramalan ini terus menunjukkan kepada Amerika Syarikat. A.S. diuruskan di bawah Perlembagaan sebagai republik persekutuan pada 1787 . 2. A.S. terbit dari sebuah tanah yang berkependudukan tidak padat: A.S. tidak muncul dalam Dunia Lama yang sesak dan sangat padat, tetapi di Dunia Baru, yang tidak berapa ramai penduduknya. 3. A.S. ada dua kuasa yang berasingan yang ditubuhkan di atas prinsip-prinsip Kristian: A.S. ada satu bentuk kerajaan yang unik, di mana gereja dan negara menikmati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Kerana sistem kerajaan inilah, A.S. sememangnya sebuah Republik (kerajaan yang tidak beraja) dan Protestan (gereja tanpa paus), dengan kedua-dua kuasanya adalah berasingan. Selain itu, kualiti seperti dombanya telah menjadikan A.S. tempat perlindungan bagi banyak negara yang teraniaya dan tertindas. “Pencipta mahukan anda memuja hari Sabbat-Nya, dan Syaitan, yang menyerupai Pencipta, mahu anda memuja hari Ahadnya. Yang mana akan anda pilih?”

4.A.S. berbicara bagaikan seekor naga: Undang-undang fundamental A.S. ditulis dalam perlembagaannya yang menjamin kebebasan kesedaran individu. Tiada ada yang lebih penting atau lebih fundamental. Walau bagaimanapun, A.S. telah memulakan, dan tidak lama lagi anda menyangkal sepenuhnya setiap prinsip Perlembagaan itu. Dan itulah yang memberikan erti yang lebih besar kepada pergerakan ini, iaitu hakikat bahawa objek utamanya adalah penguatkuasaan ibadat hari Ahad. Tindakan sedemikian akan bercanggah sepenuhnya dengan prinsip-prinsip kerajaan ini, kepada kebijaksanaan institusi bebasnya, kepada Deklarasi Kemerdekaan, dan kepada Perlembagaan. Perlembagaan menyatakan bahawa “Kongres tidak harus membuat undang-undang yang berkaitan dengan pengukuhan sesuatu agama, atau menghalang kebebasan untuk mengamalkannya,” dan “tiada ujian agama harus dimestikan sebagai kelayakan untuk menduduki mana-mana jabatan amanah orang ramai yang di berada di bawah pentadbiran Amerika Syarikat..”

www.WorldsLastChance.com

Ketidakselarasan tindakan sebegitu sama seperti yang diwakili oleh lambang itu. Ia adalah binatang dengan tanduk seperti domba – dalam pekerjaan yang murni dan tidak membahayakan – yang bercakap seperti naga. Dengan menyaksikan apa yang berlaku di dalam berita dan peristiwa yang terjadi kebelakangan ini, ia mengesahkan huraian Injil itu. “Dan saya menyokong dengan kukuh kepercayaan yang berasaskan inisiatif yang kami usulkan, kerana saya tak percaya ia melanggar garis pemisah di antara gereja dan negara, dan saya percaya ia akan menjadikan Amerika sebuah negara yang lebih baik.” George W. Bush, membuat rujukan yang mengelirukan mengenai Fasal Penubuhan, dipetik dari Conrad Goeringer, AANEWS #889 (28 Februari 2001) dari American Atheists. Kenyataan ini menyerang Rang Undang-undang Perlembagaan yang melarang kerajaan kita “menghormati pengukuhan agama.” “Kepentingan kita adalah kepercayaan kita.” George W. Bush, Greensboro, North Carolina, 10 Oktober. 2000, dipetik dari Jacob Weinberg, “The Complete Bushisms” “Mesej jelas yang disampaikan oleh pentadbiran baru ini ialah Amerika bagi George W. Bush adalah sebuah negara Kristian dan bukan Kristian dialu-alukan untuk bergabung sama asalkan mereka setuju untuk menerima status mereka sebagai minoriti ditoleransikan dan bukannya sebagai rakyat yang sama rata.” Alan M. Dershowitz, dalam “Bush Starts Off by Defying the Constitution,” Los Angeles Times, 24 Januari 2001

Ramalan yang tidak lama lagi akan Dipenuhi 13. Jelaslah sudah yang binatang bertanduk dua itu adalah A.S. Tapi apakah hubungan di antara A.S. dengan imej binatang itu? Walaupun A.S. ditubuhkan dengan prinsip-prinsip yang bercanggah dengan paus, hari ini kita menyaksikan bagaimana A.S. dan Vatican bekerjasama dengan lebih erat untuk mengukuhkan lagi pengaruh mereka. Kitab Injil memberitahu kita bahawa pada satu hari nanti, dalam jangka masa yang tidak berapa jauh lagi, A.S. akan melaksanakan undang-undang yang memerlukan semua rakyatnya, dan kemudian dunia , untuk memuja binatang yang pertama, iaitu paus. “Dan dia [A.S.] menjalankan seluruh kuasa binatang yang pertama itu [paus] di hadapan matanya, ia menyebabkan seluruh bumi [mula-mula A.S., kemudian dunia] dan semua penghuninya menyembah binatang pertama [memuliakan hari Ahad paus] , yang luka parahnya [1798] telah sembuh [1929] …menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang [meniru paus bila dia menggunakan kuasa sivilnya untuk menguatkuasakan dogma agama] , yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu” Wahyu 13:12, 14. Tidak lama lagi, A.S. akan meninggalkan kebebasan beragamanya untuk menguatkuasakan ibadat hari Ahad (tanda binatang itu). Ini bermakna Gereja Protestan akan mengawal kerajaan untuk mencapai agenda mereka. Bila ini berlaku, A.S. telah membuat imej G ereja Roman Katolik , menyatukan gereja dengan negara. Kemudian, A.S. akan berucap “sebagai sang naga” “dan melaksanakan “seluruh kuasa binatang yang pertama itu” Wahyu 13:11, 12; dia akan memiliki jiwa yang sama iaitu tidak toleransi dan hukuman yang dicipta oleh binatang yang pertama, iaitu paus. Dengan itu, semasa kebebasan beragama hilang, hukuman ke atas minoriti yang membantah sudah pastinya akan berlaku, dan akan berlaku lagi ketidaktoleransian agama seperti di Zaman Pertengahan: “Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu [undang-undang hari Ahad dikuatkuasakan ] …sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu [dengan memuliakan

www.WorldsLastChance.com

hari Sabtu, bukan Ahad] dibunuh. Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya: dan tidak seorang pun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu [mereka yang memuliakan Sabbat sebenar akan dilarag daripada menjual beli] , iaitu nama binatang itu…” Wahyu 13:15-17 Ada yang akan menerima tanda “di dahi mereka” kerana mereka memilih untuk “percaya kepada kepalsuan” 2 Tesalonika 2:11. Sementara yang lain, walaupun yakin bahawa hari Ahad bukanlah Sabbat yang sebenar, akan tunduk kepadanya demi meneruskan penghidupan mereka dan dengan itu akan menerima tanda “di tangan kanan” yang melambangkan kerja. 14. Untuk ini menjadi benar, harus ada bukti bahawa paus sekarang sedang berusaha untuk memuliakan hari Ahad di A.S., dan penganut Protestan di A.S. (musuh Rom sejak dahulu kala), telah menukar sikap mereka, dan menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama bagi melaksanakan undang-undang hari Ahad. Wujudkah bukti sebegitu? Hari ini, kebanyakan penganut Protestan berpihak kepada paus, dan ini telah membuatkan paus semakin galak untuk mendapatkan secara agresif pembentukan undang-undang mengenai ibadat hari Ahad: “Adalah baik jika setiap rakyat Amerika untuk memberi petisyen kepada Presiden dan Kongresnya untuk menjadikannya undang-undang Persekutuan – satu pindaan kepada Perlembagaan jika perlu – untuk mengembalikan semula (salah) Sabbat sebagai Hari Cuti kebangsaan. ” CATHOLIC TWIN CIRCLE, 25 Ogos, 1985, Artikel “Sacking Sunday” “Dalam hal ini, paus sebelum saya, Paus Leo XIII…bercakap tentang hari Ahad sebagai hak pekerja yang Negara harus jamin.” Paus John Paul II-DIES DOMINI, 31 Mei 1998 “Dengan itu…umat Kristian dengan sendirinya akan berjuang untuk memastikan yang undang-undang sivil menghormati tanggungjawab mereka untuk menyucikan hari Ahad. Oleh yang sedemikian, mereka wajib untuk mengatur hari cuti Ahad mereka bagi membolehkan mereka menyertai Eukaris, mengelakkan diri daripada membuat kerja dan aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai dengan kemurnian Hari Tuhan…” Paus John Paul II, DIES DOMINI, 31 Mei 1998 “…Umat Kristian [di mana-mana pun] patut menerima hari Ahad dan hari suci Gereja sebagai hari cuti yang sah.” Soal Jawab Agama Gereja Katolik,edisi yang popular dan definitif, 2000, perenggan 2188 Kebanyakan pemimpin Protestan di A.S. siap untuk melupakan persengketaan mereka dengan Katolik: “Pemimpin Protestan Amerika dan gereja-gereja Ortodoks Timur yang bertemu dengan Paus John Paul II pada Jumaat lalu menganggap perbincangan perwakilan mereka yang pertama sebagai tanda bagi jalan untuk mencapai perpaduan yang lebih besar...Rev. Donald Jones, pengerusi Metodis Bersatu bagi jabatan kajian agama University of South Carolina, mengistilahkannya sebagai, ‘mesyuarat penyatuan mazhab Kristian yang paling penting pada abad ini.’ Rev. Paul A. Crow Jr., dari Indianapolis, pegawai penyatuan bagi Gereja Kristian (Para Pengikut Nabi Isa), memanggilnya sebagai ‘hari baru bagi menyatupadukan mazhab Kristian’ untuk membuka satu masa depan di mana Tuhan ‘menarik kita untuk bersatu.’” The Montgomery Advertiser, 12 Sep. 1987

www.WorldsLastChance.com

Billy Graham : “Saya dapati kepercayaan saya pada dasarnya sama dengan penganut Roman Katolik ortodoks.” McCall’s, Januari 1978. Dia juga, menganggap PausJohn Paul II : “Pemimpin agama terunggul dalam dunia moden.” The Saturday Evening Post, Januari-Februari 1980 Paul Crouch : “Saya memadamkan perkataan Protestan di dalam kamus hidup saya…saya bukannya membantah apa-apa… [sudah] tiba masanya bagi penganut Katolik dan bukan Katolik untuk berganding bahu sebagai satu di dalam Roh dan di dalam Tuhan.” Program “Praise the Lord”, Trinity Broadcasting Network, 17 Okt. 1989 Robert Schuller : “Sudah tiba masanya bagi penganut Protestan untuk pergi kepada si gembala [iaitu paus] dan berkata, “Apa harus kami buat untuk balik ke pangkal jalan?” Los Angeles Herald Examiner, 19 September 1987, halaman Religion David Wells : “Jika Katolikisme akan menjadi lebih Katolik di masa depan, dan itulah yang saya jangkakan di bawah paus sekarang, dengan itu, perbezaan teologi akan menjadi lebih tajam, tetapi persekutuan kita dengan Katolik menentang budaya sekular boleh jadi semakin mendalam. Saya, di antaranya, sudah siap untuk bertukar arah.” Eternity Magazine, Sep. 1987 J. L. Packer : “Ajaran karisma Protestan dan Katolik tentang kehidupan Kristian, semuanya datang dari niat dan tujuan yang sama. Tidakkah ini penting bagi masa depan Kristian?” J. I. Packer, Christianity Today, 22 Jun 1992 Neal C. Wilson : “Walaupun benar ada satu tempoh di dalam riwayat Gereja Adventist Hari Ketujuh bila mazhab mengambil sikap anti-Roman Katolik yang keras...sikap itu… kita telah menjadi sampah sejarah yang berlonggok jauh daripada Gereja Adventist Hari Ketujuh.” Neal C. Wilson , bekas presiden Adventis Hari Ketujuh Persidangan Umum, 1974 Bagaimana Caranya untuk Mengelakkan Tanda Binatang itu? 15. Kalau begitu, bagaimana saya boleh mengelakkan daripada ditandai oleh binatang itu? Ini satu soalan yang sangat penting. Tuhan, dengan kasih sayang-Nya yang melimpah ruah, telah memberikan kita amaran untuk tidak menyembah binatang itu dan dengan itu akan menerima tandanya. Mereka yang menerima tanda binatang itu “maka ia akan minum dari anggur murka Allah, yang disediakan tanpa campuran

www.WorldsLastChance.com

[tanpa belas kasihan] dalam cawan murka-Nya; dan ia akan diseksa dengan api dan belerang…iaitu mereka yang menyembah binatang [menghormati paus melalui ibadat hari Ahad] serta patungnya itu [USA melaksanakan ibadat hari Ahad] , dan barang siapa yang telah menerima tanda namanya” Wahyu 14:10, 11 . Ini adalah firman-firman Tuhan yang serius. Kemurkaannya sama besarnya dengan kesalahan itu. Dengan menghormati hari Ahad, yang dimulakan oleh Syaitan melalui paus, anda menyiapkan diri untuk menerima tanda binatang itu. Syaitan mahu menyesatkan seramai umat yang mungkin untuk menghormati hari yang salah . Untuk menyempurnakan penipuannya, dia memilih hari Ahad , hari Nabi Isa dibangkitkan semula yang membuatkan kebanyakan orang percaya bahawa Ahad adalah hari yang lebih sesuai daripada Sabtu kerana ia menghormati kebangkitan semula Nabi Isa. Tapi satu-satunya jalan untuk tidak menerima tanda binatang ini adalah dengan tidak memilih untuk menghormati hari yang tidak dipilih oleh Tuhan. Satu-satunya hari yang Tuhan telah tetapkan sebagai suci adalah Sabtu Sabbat dan dengan menghormatinya, anda akan menerima “meterai Tuhan yang hidup” Wahyu 7:2. Jika anda mahu menghormati kematian dan kebangkitan semula Nabi Isa, Kitab Injil telah dengan jelasnya menyuruh anda melakukan pembaptisan (perendaman sepenuhnya). Rujuk Roma 6:3-5. Dengan dimasukkan ke dalam air (dikuburkan) bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian, supaya, sama seperti Nabi Isa telah (dibangkitkan), seumpama keluar dari air, dari antara orang mati. 16. Bagaimana dengan sebegitu ramai umat Kristian di masa dahulu yang menghormati hari Ahad dan bukannya Sabtu – adakah mereka akan menerima tanda binatang itu tanpa pengetahuan mereka? Dan bagaimana dengan umat Kristian hari ini yang benar-benar percaya bahawa hari Ahad itu adalah Sabbat Injil? Kebanyakan penganut Kristian di masa lalu melakukan ibadat hari Ahad, mereka fikir yang mereka melaksanakan Sabbat Injil; hari ini, ada ramai penganut Kristian sejati di setiap gereja, termasuklah Gereja Roman Katolik, yang percaya bahawa hari Ahad itu adalah Hari Tuhan. Mereka tak dapat dipersalahkan kerana mereka belum dimaklumkan lagi. Segala zaman jahiliah itu “dialpakan” juga oleh Tuhan. Rujuk Kisah Para Rasul 17:30. Kita hanya dihukum oleh cahaya yang kita bernasib baik dapat menerimanya. Tetapi bila hukum hari Ahad yang universal dikuatkuasakan, isu ini akan jadi lebih jelas kepada semua, kemudian, siapa saja yang akan mengingkari perintah Tuhan, untuk mematuhi ajaran yang tidak melebihi kuasa Rom akan menerima tanda sang haiwan. Tidak lama lagi, setiap orang akan menghadapi ujian ini dengan cagaran yang abadi, untuk meneruskan firmanfirman Tuhan ataupun Paus . Di manakah kedudukan anda? Tiada Ruang untuk Bersikap Berkecuali 17. Kenapa saya perlu peduli, kenapa tidak biarkan saja pada para ulama untuk menyelesaikannya? Amaran Tuhan yang serius dalam Wahyu 14 tidak membezakan sesiapa pun . Sabda Nabi Isa , “Siapa yang tidak bersama aku, dia melawan aku” Lukas 11:23. Tuhan mengira semua umat manusia mengikuti atau menentang kebenarannya . Amaran ini tidak hanya tertakluk kepada orang, golongan, keadaan, atau agama tertentu . Ia diamanatkan kepada semua umat manusia. Tidak perlulah kita sengaja memilih untuk dikuasai oleh kerajaan yang dikuasai kegelapan . Kita hanya bersikap alpa untuk menyekutukan diri dengan kerajaan kebenaran . Semua perkara yang bersangkutan dengan hal-ehwal kebajikan rohani kita tidak harus dipandang ringan . Tuhan benci sekali dengan sikap tidak acuh dengan hal-hal agama .

www.WorldsLastChance.com

Apa Yang Harus Saya Buat? Kerana sikap berkecuali tidak diterima oleh Tuhan, dan untuk mengelak daripada menerima tanda sang haiwan, saya harus menghormati hari Sabtu walaupun hukum menetapkan hukuman mati bagi mereka yang mengingkari hari Ahad.: 18. Secara praktis, apakah perkara pertama yang harus saya buat selepas saya menerima semua yang tersebut di atas? Tuhan sangat senang untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan anda. Sebenarnya, Dia mahu anda menjadi anak-Nya . Fikirkan betapa istimewanya dapat menjadi anak kepada Raja Segala Raja, dan Tuhan Segala Tuhan . Peluang yang sejati ini diperkenankan kepada anda, Dia tak sabar-sabar menunggu untuk mengurniakan anda anugerah yang tertinggi itu . Tetapi, firmannya kepada anda ialah , “Jangan kamu bersekutu dengan orang yang tidak beriman, kerana apakah persekutuan kebenaran dengan kejahatan? Atau bagaimanakah terang dengan gelap boleh berjodoh ? 15 Dan pakatan apakah yang terjalin di antara Hazrat Isa dengan Belial ? Atau apakah bahagian orang yang beriman dengan yang tiada beriman? 16 Dan apakah perhubungan yang wujud di antara rumah Tuhan dengan berhala? Kerana kita inilah rumah Tuhan yang hidup, seperti firman Tuhan: Bahawa Aku akan diam dan bergerak di antara mereka itu, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka itu, dan mereka itu akan menjadi umat-Ku. 17 Sebab itu: Keluarlah kamu dari antara orang kafir, dan bercerailah kamu, kata firman Tuhan, dan jangan menyentuh barang yang najis; maka Aku akan menyambut kamu, 18 Dan menjadi Bapa bagimu, dan kamu akan menjadi anak-anak lelaki dan perempuan-Ku, kata firman Tuhan yang Maha Kuasa. 7:1 Sedang ada bagi kita perjanjian yang demikian, hai kekasihku, hendaklah kita bersuci daripada segala najis tubuh dan roh, serta menyempurnakan kesucian dengan takut akan Tuhan” 2 Korintus 6:14 -18; 7:1. Petikan Kitab Injil yang penting ini mengandungi hukum-hukum berikut: 1. Tuhan tidak membenarkan percampuran kebenaran dengan kesilapan (walaupun ia adalah 99% benar) . Hanya Syaitan saja yang mencampuradukkan kebenaran dengan kesilapan untuk meningkatkan penipuannya . Oleh itu, apa saja sistem agama yang menggabungkan kesilapan (seperti hari Ahad sebagai Hari Tuhan) bersama-sama kebenaran, adalah bukan dari Tuhan . Kerana “apakah persekutuan kebenaran dengan kejahatan?” “Bahawa Tuhan itu adalah terang, dan sekali-kali tiada gelap di dalam-Nya” 2 Korintus 6:14;1 John 1:5. Kebenaran adalah 100% benar atau ia bukanlah benar. Tiada ruang untuk ajaran atau tradisi buatan manusia . “pemisahan merupakan langkah praktikal yang pertama yang anda boleh ambil untuk menjadi anak Tuhan”

2. Tugas seseorang yang berhasrat untuk hidup dengan harmoni bersama Tuhan ialah dengan jangan menjadi ahli kepada mana-mana mereka atau sistem agama yang dibina di atas landasan Syaitan: gabungan antara kebenaran dan kesilapan. Pemisahan ini merupakan langkah praktikal yang pertama yang anda boleh ambil untuk menjadi anak Tuhan, dan berbahagia kerana mendapatkan Dia sebagai Ayah yang Maha Penyayang. Bila kita berpisah, kita boleh menjadi anak-anak Tuhan. Kerana kita telah menunjukkan kesefahaman bahawa hanya ada dua sistem agama di dunia ini: Tuhan dan Syaitan, dan dengan itu kita telah memilih dengan sendirinya untuk memutuskan ikatan yang menghubungkan kita dengan sistem agama yang dimulakan oleh Syaitan. 3. Mengetahui yang bila anda meninggalkan sistem agama Syaitan, anda akan kehilangan teman, keluarga, pengaruh, kerja, dan sebagainya…Tuhan meyakinkan anda lagi: “ AKULAH yang Maha Berkuasa.” Ini bermakna Dia akan memberikan anda ganjaran melebihi segala apa yang anda telah hilang. Jesus berjanji

www.WorldsLastChance.com

kepada anda: “Sesungguhnya setiap orang yang kerana Aku dan kerana Injil meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki atau saudaranya perempuan, ibunya atau bapanya, anak-anaknya atau ladangnya, orang itu sekarang pada masa ini juga akan menerima kembali seratus kali lipat: rumah, saudara laki-laki, saudara perempuan, ibu, anak dan ladang, sekalipun disertai berbagai penganiayaan, dan pada zaman yang akan datang ia akan menerima hidup yang kekal” Markus 10:29, 30. 4. Selepas kita keluar dari sistem agama Syaitan, Tuhan akan memimpin kita dengan pengaruh Roh Kudus untuk menyucikan dan menjauhkan kita dari dosa, hubungan akan terbuka di antara Tuhan dan manusia. Walau bagaimanapun, Tuhan mengharapkan kita untuk mematuhi dan berkhidmat kepada-Nya, bukan dengan paksaan tapi dengan setulus hati. Mencintai Tuhan bukan kerana terhutang budi dengan apa yang telah Dia lakukan untuk membolehkan perdamaian, adalah asas bagi agama. Berkhidmat untuk-Nya demi mengharapkan balasan atau takutkan hukuman hanya satu perbuatan yang sia-sia.

Perdamaian dengan Tuhan 19. Apakah itu ‘perdamaian dengan Tuhan’, dan kenapa kita memerlukannya? Bila Tuhan mencipta Adam dan Hawa, perwatakan dan kecenderungan mereka adalah sempurna, dan mereka hidup dengan mematuhi segala hukum Tuhan. Untuk menjadikan mereka mematuhi-Nya secara semula jadi, Tuhan menempa di hati mereka Sepuluh Firman Tuhan. Dia juga memberitahu mereka bahawa hukuman kerana melanggar hukum-Nya adalah mati. “Sebab ganjaran dosa ialah maut” Roma 6:23.Setiap kerajaan memerlukan undang-undang dan hukuman yang jelas bagi kesalahan melanggar semua undang-undang itu. Bayangkan keadaan dunia jika hukuman tidak diwujudkan. Adakah kita akan hidup dengan selamat tinggal di sebuah tempat di mana para pencabul undang-undang tidak dikenakan sebarang tindakan hukuman? Sementara Tuhan mendedahkan hukum-Nya kepada Adam dan Hawa, dan membuatkan mereka mematuhinya secara alami dengan menempanya di hati mereka, Dia tidak menarik kebebasan mereka untuk memilih. Tuhan mungkin telah mencipta manusia tanpa kuasa untuk melanggar perintah-Nya ; tapi jikalau begitu, moral manusia tidak akan bebas, hanya semacam robot. Tanpa kebebasan untuk membuat pilihan, kepatuhannya bukan kerana sukarela, tapi kerana paksa. Malangnya, Adam dan Hawa memilih untuk melanggar perintah Tuhan, dengan itu, dosa mencipta satu sempadan di antara manusia dan Tuhan. Mereka akan dihukum bunuh kerana melanggar hukum Tuhan. Mereka harus mati. Selain itu, kecenderungan murni mereka untuk mematuhi Tuhan telah dicemari selepas mereka memilih untuk melanggar perintah-Nya. Hati mereka kini telah wujud kecenderungan yang lebih kuat untuk melanggar perintah. Berdepan dengan penderhakaan Adam dan Hawa, apakah Tuhan kita yang Maha Penyayang lakukan? Biarkan mereka mati kerana melanggar hukum-Nya? Adakah ibu bapa yang penyayang di dunia akan meninggalkan anak-anak mereka selepas mereka menderhaka? Atau lebih buruk lagi, adakah Dia akan melupakan hukuman kerana menderhaka untuk memaafkan mereka? Bolehkah kerajaan, di dunia atau di syurga, menahan dan membiarkan saja tanpa sebarang hukuman yang jelas? Sudah tentu tidak. Secara ringkasnya, jika Adam dan Hawa harus dihukum kerana penderhakaan mereka, itu akan menyebabkan berakhirnya bangsa manusia. Atau jika Tuhan memilih mencipta Adam dan Hawa yang lain, tiada jaminan yang mereka tidak akan, seperti yang sebelumnya, menderhaka, dan seluruh proses itu akan terus berulang. Jelas

www.WorldsLastChance.com

sekali yang penyelesaian luar (yang di luar batasan para pendosa) harus dicipta. Rancangan Tuhan ini telah disiapkan oleh-Nya lama sebelum ini perlu dilaksanakan. Kitab Injil mengatakan ia adalah “rahsia yang tersembunyi dari abad ke abad dan dari turunan ke turunan, tetapi yang sekarang dinyatakan kepada orang-orang kudus-Nya” Kolose 1:26. Rancangan Tuhan menggabungkan penyelesaian untuk mendamaikan semula bangsa manusia degan-Nya, tanpa melemahkan hukum-Nya, atau kerajaan-Nya kerana, walaupun Tuhan sangat membenci dosa, Dia mengasihi para pendosa. Penyelesaian ini bermakna orang lain yang murni ini harus dihukum mati; kematiannya bagi menggantikan para pendosa. Dengan kematiannya, para pendosa yang percaya akan didamaikan semula dengan Tuhan, sepertinya mereka tak pernah berdosa, dan dengan itu keadilan Tuhan dan kasih sayang-Nya kepada bangsa manusia tidak akan bercanggah. Tanpa membayar hukuman itu, tidak akan wujud perdamaian di antara manusia dan Tuhan. Dan perdamaian ini penting untuk hidup dengan harmoni bersama Tuhan dan dapat bersama-Nya di syurga selama-lamanya. Selain itu, orang luar ini yang mati bagi menggantikan para pendosa perlu menunjukkan kepada manusia cara untuk hidup di dunia ini tanpa melakukan dosa , supaya akan terjalin perdamaian yang kekal dengan Tuhan. Apa gunanya berdamai kalau kelak akan kembali membuat dosa, dan memerlukan perdamaian yang lain? Jelas sekali, rancangan Tuhan mengandungi cara untuk memberikan manusia kuasa untuk hidup dengan jayanya mengatasi dosa! Dengan itu, walaupun hukum Tuhan telah dilanggar, walaupun Adam disingkirkan dari syurganya, dengan mematuhi hukum Bapa dan dengan keyakinan untuk menebus darah orang luar ini, syurga boleh kita dapatkan semula. 20. Saya mahu berdamai dengan Tuhan; saya mahu mengatasi dosa dalam kehidupan saya. Apa yang saya perlu lakukan dahulu? Anda harus ingat dua perkara yang penting. Pertama, hati yang penuh bangga berjuang untuk mendapatkan pertolongan; tetapi gelaran anda di syurga dan kemampuan anda untuk berdamai ditemukan dalam keadilan orang luar ini. Kedua, Tuhan tidak dapat berbuat apa-apa ke atas anda sehinggalah anda mengakui kelemahan anda dan melepaskan diri dari semua kecukupan diri anda, dan anda bersedia tunduk kepada kuasa Tuhan. Walau bagaimanapun, soalan-soalan anda bermakna anda sudah mengakui dosa diri anda. Anda tidak gembira dengan diri anda. Langkah yang pertama yang harus diambil untuk semua yang mahu kembali kepada Tuhan ialah bertaubat . “Sedarlah dan bertaubatlah, supaya dosamu dihapuskan” Kisah Para Nabi 3:19. Kita sering sesal kerana amalan jahat kita membawa mudarat terhadap diri kita sendiri; tapi ini bukannya taubat. Taubat lebih daripada hanya menyesali dosa. Ia adalah satu azam yang tekad untuk menjauhi kejahatan. Taubat tidak yang ikhlas jika tiada perubahan dilakukan ke atas diri. Walaupun demikian, bolehkah manusia bertaubat daripada dirinya? Sama seperti dia tak dapat memaafkan atau menebus dosa dirinya sendiri . Taubat adalah anugerah dari Tuhan, sama seperti pengampunan dan ia tak dapat dialami melainkan bila diberikan kepada jiwa. Bila hati sudah taubat sepenuhnya dengan menyerah kepada Roh Tuhan, si pendosa itu akan mula dapat melihat kesucian hukum suci Tuhan. Akan timbul keinginan yang membara untuk hidup dalam kehidupan yang murni dan suci dan akan mahu terus berdamai dengan Tuhan. Semasa kita berjuang setiap hari untuk menghampiri Tuhan, “Dia akan mendekat kepadamu” dan perwatakan kita akan semakin banyak mencerminkan Dirinya semasa kita “mati saban hari” dari hidup kita yang lama yang penuh dosa. James 4:8;1 Korintus 15:31. Kemenangan menentang Dosa melalui Nabi Isa 21. Sila jelaskan dengan lebih mendalam mengenai identiti orang luar itu; benarkah yang kita mungkin dapat mencapai kemenangan ke atas dosa melaluinya semasa kita hidup di muka bumi ini?

www.WorldsLastChance.com

Hanya ada seorang saja yang boleh memenuhi misi ini. Orang itu adalah tak lain dan tak bukan Anak Tuhan itu sendiri. Kenapakah hanya Dia yang layak untuk menjalankan misi ini? Kerana Si Anak adalah Pencipta semua perkara, “Ia adalah gambar Tuhan yang tidak kelihatan…lebih utama dari segala yang diciptakan.” Dan Si Anak memiliki semua kualiti dan kemampuan Tuhan kerana Dia adalah “gambar wujud Tuhan.” Nabi Isa ada kehidupan-Nya sendiri, yang mana lebih berat dariapda semua manusia yang pernah lahir dan memerlukan kewafatan-Nya sebagai ganti. Oleh itu, pengorbanan-Nya akan memenuhi pengadilan Tuhan untuk semua pendosa yang akan menerima kewafatan-Nya sebagai ganti, pada masa yang sama, menunjukkan pengampunan dan kasih-Nya. Dalam diri Si Anak, “Pengampunan dan kebenaran bersatu; keadilan dan kedamaian saling bertemu.” Kerana Dia sama dengan Tuhan, Si Anak hanya satu-satunya yang dapat mempamerkan kepada manusia sifat-sifat Tuhan yang indah dan mendamaikan manusia kepada Tuhan.Kolose 1:15, 16; Ibrani 1:3; Mazmur 85:10. Tetapi, untuk menjadikan ini nyata, dan untuk memenuhi pengadilan Tuhan , Si Anak terpaksa menanggung segala cacat cela sifat manusiawi kita, dan cenderung kepada kejahatan. “Sebab sesungguhnya, bukan malaikatmalaikat yang Ia kasihani, tetapi keturunan Abraham yang Ia kasihani.” Hanya dengan berbuat demikian, maka layaklah Si Anak untuk menjadi contoh yang sempurna buat kita . “Meninggalkan teladan bagimu, supaya kamu mengikuti jejak-Nya: Ia tidak berbuat dosa.” Ibrani 2:16; 1 Petrus 2:21, 22. Dari satu sisi, melalui sifat ketuhanan-Nya, dia menyentuh Tuhan dan, dari sisi yang lain, melalui sifat kemanusiaan-Nya, Dia menyentuh manusia. Oleh itu, tiada yang lain selain daripada Si Anak yang dapat mengurniakan ganjaran untuk perdamaian yang berharga ini. “Kerana anak-anak itu adalah anak-anak dari darah dan daging, maka Ia [Si Anak] juga menjadi sama dengan mereka dan mendapat bagian dalam keadaan mereka” “…Tuhan mendamaikan dunia dengan diri-Nya oleh Nabi Isa” “Sebab...ketika masih seteru, diperdamaikan dengan Tuhan oleh kematian Anak-Nya.” Nabi Isa menanggung sifat manusiawi kita, dengan segala kelemahan kita, tetapi Dia masih dapat meneruskan hidup tanpa dosa . Kehidupan yang berjaya mengatasi dosa inilah yang Nabi Isa sangat ingin melihat kita menjalaninya. Ibrani 2:14; 2 Korintus 5:19; Roma 5:10. Harapan Tuhan ke atas anak-anak-Nya adalah melebihi apa yang fikiran tertinggi manusia boleh capai . “Kerana itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di syurga adalah sempurna” “…tetapi hendaklah kamu menjadi kudus di dalam seluruh hidupmu sama seperti Dia yang kudus, yang telah memanggil kamu” “supaya kamu tiada beraib dan tiada bernoda, sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela di tengah-tengah angkatan yang bengkok hatinya dan yang sesat ini...” “Kejarlah… kekudusan, sebab tanpa kekudusan tidak seorang pun akan melihat Tuhan”. Kesemua suruhannya adalah memberikan kesempatan. Tidak tidak akan meminta tanpa memberikan ganjaran bila ia dipenuhi. Matius 5:48; 1 Petrus 1:15;Filipi 2:15; Ibrani 12:14. “Kerana itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di syurga yang sempurna.” - Matius 5:48

Tiada siapa yang harus gagal untuk mencapai kesempurnaan perwatakan seorang Kristian. Dengan pengorbanan Nabi Isa, ganjaran telah dibuat untuk semua yang percaya untuk menerima apa yang diperlukan dan melebihi keperluan untuk mencapai tujuan yang diingini ini. Tuhan menyeru kepada kita untuk mencapai tahap kesempurnaan dan memberikan kita contoh perwatakan Nabi Isa. Dalam kemanusiaan-Nya, disempurnakan dengan kehidupan yang tak sudah-sudah menentang kejahatan, Nabi Isa menunjukkan bahawa melalui kerjasama dengan Tuhan, manusia mungkin boleh mencapai kesempurnaan perwatakan dalam kehidupan ini. Ini adalah jaminan Tuhan kepada kita, yang kita juga mungkin boleh mencapai kemenangan. Tetapi syukur kepada Tuhan yang “telah memberikan kepada kita kemenangan oleh Nabi Isa, Tuhan kita” 1 Korintus 15:57.

www.WorldsLastChance.com

22. Bagaimanakah Nabi Isa dapat melalui kehidupan tanpa dosa dalam dunia yang keji ini? Tiada kehidupan lain yang dipenuhi beban dan tanggungjawab seperti Nabi Isa; tapi berapa kerap Dia disebutkan di dalam doa! Berapa kali Dia berhubung dengan Tuhan! Tak henti-henti, di dalam sejarah hidupNya di muka bumi ini, ditemukan rekod-rekod seperti ini: “Pagi-pagi benar, waktu hari masih gelap, Ia bangun dan pergi ke luar. Ia pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa di sana.” “Ia mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa.” “Pada waktu itu pergilah Jesus ke bukit untuk berdoa dan semalam-malaman Ia berdoa kepada Allah” Markus 1:35; Lukas 5:16; 6:12. Perhubungan yang tidak putus-putus dengan Bapanya adalah sangat penting bagi Nabi Isa . Oleh itu, kita harus turut memilikinya hari ini. Bersatu dengan kita, berkongsi semasa kita memerlukan dan berasa lemah, Dia bergantung sepenuhnya kepada Tuhan, dan di tempat beribadatnya yang rahsia, Dia meminta kekuatan dari Tuhan agar Dia dapat mara dan berhadapan dengan tugas dan dugaan ke atas-Nya. Dalam dunia yang dipenuhi dosa, Nabi Isa menempuh perjuangan dan penyeksaan jiwa. Dalam perhubungan-Nya dengan Tuhan, Dia dapat meleraikan segala kesedihan yang menghimpitnya. Di sini, Dia menemukan kesenangan dan kebahagiaan. Sebagai manusia, Dia memohon takhta Tuhan sehinggalah kemanusiaan-Nya dijana oleh arus ketuhanan yang menghubungkan kemanusiaan dan ketuhanan-Nya. Melalui perhubungan yang berterusanlah, Dia menerima kekuatan untuk menjalani kehidupan tanpa dosa. Pengalamannya boleh menjadi milik anda. Di hadapan kita semua adalah satu kemungkinan yang indah untuk menjadi seperti Nabi Isa, taat kepada semua prinsip hukum Tuhan. Tapi kita tak dapat melakukannya sendirian. Kesucian hanya boleh dicapai dengan melatih diri kita sendiri untuk selalu tunduk kepada pengaruh-pengaruh menahan diri Roh Kudus. Kuasa memungkinkan Nabi Isa akan membantu kita untuk terus tekun mengatasi segala kekurangan. Kita sering kali berdoa kepada Nabi Isa, kerana Dia sering berbicara dengan Bapanya, untuk membantu kita mengatasi segala kekurangan kita yang jelas. Proses menyucikan kelemahan diri kita adalah berterusan. Hari demi hari kita bekerjasama dengan Tuhan, berusaha dengan tekun untuk menyemai tabiat-tabiat yang baik. Nabi Isa dengan senang hatinya akan mengurniakan kita kekuatan dan rahmat yang kita perlukan dalam perjuangan kita menentang kejahatan yang mengelilingi kita.

Kepercayaan kepada Nabi Isa bersama-sama Usaha Sendiri Top 23. Adakah anda bermaksud yang kepercayaan kepada Nabi Isa tidak akan menggantikan usaha saya sendiri yang tak henti-henti memerangi dosa? Tak bolehkah saya mempercayai saja kepada Nabi Isa dan apa yang telah Dia lakukan untuk saya dan itu sudah cukup untuk menyelamatkan saya? Setiap orang yang menerima Nabi Isa sebagai Penyelamat dirinya bertuah kerana memiliki sifat-sifat-Nya itu . Walau bagaimanapun, mereka yang menunggu keajaiban berlaku untuk mengubah perwatakan mereka tanpa membuat usaha-usaha yang gigih untuk memerangi dosa, pastinya akan kecewa . Kita harus sering berwaspada, jika tidak, sifat lama kita akan berjaya menundukkan kita, sementara pihak musuh pula akan memasang perangkapnya dan kita akan sekali lagi menjadi tawanannya. Kita harus mengusahakan dengan “tetaplah kerjakan keselamatanmu dengan takut dan gentar. Kerana Tuhanlah yang mengerjakan di dalam kamu baik kemahuan mahupun pekerjaan menurut kerelaan-Nya” Filipi 2:12, 13. Nabi Isa tidak memberikan kita apa-apa jaminan bahawa jalan untuk menyempurnakan diri itu tidak berlikuliku. Perwatakan yang mulia dan sempurna tidaklah diwarisi. Ia tidak datang kepada kita dengan begitu saja. Perwatakan yang mulia diperoleh melalui usaha seseorang, melalui kebaktian dan kuasa Nabi Isa. Tuhan

www.WorldsLastChance.com

memberikan kita bakat dan kuas minda; kita membentuk perwatakan kita itu.Ia dibina melalui peperangan yang keras dan sengit dengan diri sendiri. Konflik demi konflik harus dilancarkan bagi menentang kecenderungan turun-temurun. Kita harus mengkritik diri kita dengan sedalam-dalamnya, dan tidak membiarkan walau satu pun sifat yang tidak diingini terus tidak diperbaiki. Kadangkala, ini boleh jadi satu kerja yang sangat menyakitkan dan melemahkan hati kerana kita akan melihat kecacatan perwatakan kita , kita akan terus melihat kepadanya bila kita seharusnya terus memandang kepada Nabi Isa. Tetapi semua orang yang memasuki gerbang mutiara kota Tuhan akan memasukinya sebagai seorang yang telah menang, dan kemenangan terbesarnya adalah kemenangannya menakluki dirinya sendiri. Jangan biar sesiapa pun berkata, Aku tak dapat mengubah kekurangan diriku.Jika seseorang sampai membuat keputusan yang sebegini, dia sudah pastinya gagal mendapatkan kehidupan yang kekal abadi. Kemustahilannya terletak pada kemahuan diri seseorang. Kesukarannya terbit daripada hati yang tercemar dan tidak murni, dan keengganan untuk tunduk kepada kuasa Tuhan. Patuh kepada Tuhan menjadi agung bila dapat seiringan dengan-Nya. Dua ciri-ciri utama mereka yang percaya adalah kepatuhan kepada hukum-Nya, dan keyakinan kepada Nabi Isa. Rujuk Wahyu 14:12. Oleh itu, “mempercayai” Nabi Isa saja tidak cukup. Jika begitu, malah Syaitan itu sendiri boleh mendapat tempat di Syurga, kerana sudah tertulis, “syaitan-syaitan juga percaya akan hal itu dan mereka gemetar” James 2:19. Sebagai contoh, apakah yang menyebabkan Adam dan Hawa disingkirkan dari syurga? Mereka tiada masalah untuk mempercayai Nabi Isa kerana Dia berjalan seiringan dengan mereka dalam taman pada masa angin silir . Rujuk Genesis 3:8. Tetapi keingkaranlah yang membuatkan mereka menerima padahnya. Oleh itu, adakah kita terselamat dengan kerja-kerja itu? “bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi kerana rahmatNya oleh permandian kelahiran kembali dan oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus” Titus 3:5. Kita tidak melaksanakan Hukum itu agar kita selamat. Melaksanakan segala perintahnya adalah buah-buahan yang Nabi Isa kata akan dipaparkan oleh para pengikut-Nya. Hukum itu telah membuktikan bahawa kita memerlukan seorang Penyelamat. Melihat kepada hukum itu sebagai “cermin” bagi para penganut agama Kristian, kita boleh nampak dengan lebih jelas lagi segala kekurangan diri kita. Rujuk James 1:23-25. Ia membuatkan kita sedar bahawa kita tidak dapat mencapai kesempurnaan tanpa Nabi Isa. Hukum itu tak dapat menyelamatkan kita. Ia hanya boleh menunjukkan bahawa kita memerlukan seorang Penyelamat. Untuk menggambarkannya, jika anda terjatuh ke dalam lopak yang berisi lumpur, berdirilah di hadapan cermin dan anda akan nampak diri anda yang kotor. Bolehkah cermin itu menyucikan diri anda? Tidak sama sekali. Ia hanya menunjukkan yang diri anda perlu disucikan. 24 . Benarkah jika saya percaya kepada kekuasaan Nabi Isa dan berperang bersungguh-sungguh menentang segala kekurangan diri saya, dengan itu, keperibadian saya akan disempurnakan? Para malaikat di langit akan membantu semua orang yang mahu menyempurnakan keperibadian mereka . Bagi mereka yang terlibat dalam kerja ini, Nabi Isa berkata,Akulah pokok anggur dan kamulah rantingrantingnya “kerana tanpa Aku [Isa], kamu tak dapat berbuat apa-apa” Yohanes 15:5. Ingatlah ini. Marilah kita menjadi benar dengan sebenar-benarnya supaya tiada godaan dapat mencemarkan kita. Semoga kita tidak akan mengecewakan Dia yang sangat menyayangi kita, yang memberikan nyawa-Nya untuk melepaskan kita daripada dosa-dosa kita. Jika anda telah berbuat khilaf, anda pastinya telah mencapai kemenangan jika anda dapat melihat semua kesilapan ini dan menganggapnya sebagai satu amaran. Dengan itu, anda akan berusaha mencapai kejayaan,

www.WorldsLastChance.com

mengecewakan pihak musuh dan memuliakan Penyelamat anda.Barulah, semasa tekad anda akan bekerjasama dengan kuasa Tuhan, ia akan menjadi sungguh kuat. Pembaiki Pelanggaran Ini

25. Saya kini lebih menghargai kepentingan untuk memahami siapakah binatang itu, tandanya, dan rupanya, kerana kesempurnaan mustahil akan berlaku jika saya diperdayakan untuk mengingkari hukum Tuhan. Apa saya boleh lakukan sekarang? Kini kita telah tahu bahawa hari Ahad itu adalah tanda paus (iaitu binatang), dan Syaitan, tidak lama lagi, akan menyukarkan orang ramai untuk menghormati hari rehat ketujuh Tuhan yang suci dengan menggunakan A.S. untuk melaksanakan hukum hari Ahad universal. Kita patut mula menghormati Sabbat (melatih diri kita sendiri sebelum keadaan menjadi sukar ) dan berkongsi kebenaran ini dengan lain-lain dan cuba menyelamatkan seramai jiwa yang mungkin. Perintah telah diberikan, “ Serukanlah kuat-kuat, janganlah tahan-tahan! Nyaringkanlah suaramu bagaikan sangkakala , dan beritahukanlah kepada umat-Ku pelanggaran mereka ...” Ia bukannya dunia yang kafir tapi mereka yang Tuhan tetapkan sebagai "umat-Ku," yang akan dicela kerana keingkaran mereka . Firmannya lagi , “Bukankah mereka itu mencari Aku pada sebilang hari dan mereka itu suka mengetahui segala jalan-Ku, seperti suatu bangsa yang melakukan barang yang benar dan tiada tahu meninggalkan hukum Tuhannya” Yesaya 58:1, 2 . Di sini adalah golongan yang fikir diri mereka adalah benar, dan seperti mempamerkan minat yang sangat mendalam untuk berkhidmat kepada Tuhan; tetapi kecaman keras dari Tuhan mencela mereka kerana menginjak-injak ajaran Tuhan . Nabi Yesaya kemudiannya menerangkan hukum yang mana telah diabaikan : “…pada masa itu dinamai orang akan dikau: Si penumpat celah pagar, si penambak lorong-lorong yang akan didiami...Jikalau engkau menegahkan kakimu daripada membuat kehendakmu pada sabat, iaitu pada hari yang disucikan bagi-Ku, dan engkau membilang sabat itu akan hari kesukaan yang patut disucikan bagi Tuhan, yang harus dihormati, dan engkau mempermuliakan hari itu dengan tiada menurut jalanmu sendiri atau membuat kehendakmu atau mengucapkan perkataan yang sia-sia. Pada masa itu hatimu kelak bersukacita akan Tuhan” Yesaya 58:12-14. Tidak lama lagi, melalui hukum hari Ahad universal, Syaitan akan menjadikannya satu jenayah untuk mematuhi Tuhan

Ini juga merangkumi diri anda . Pelanggaran telah dilakukan pada hukum Tuhan bila hari Sabbat diubah oleh Gereja Roman Katolik. Masanya telah tiba untuk institusi Tuhan itu dibina semula . Kerosakan itu harus dibaiki . Kami telah memilih untuk menjadi antara mereka yang akan membaiki kerosakan itu . Mahukah anda menjadi pemulih kerosakan itu ? Adakah anda mahu mula menjadikan hari Sabtu itu kudus, dengan meninggalkan segala kerja anda, dengan tidak bersuka-ria, dan tidak mengeluarkan perkataan yang sia-sia semasa hari Sabat Tuhan sedang berlangsung? Di mana tempat untuk beribadat

www.WorldsLastChance.com

26. Ya, saya berbangga untuk menjadi pemulih bagi kerosakan yang dibuat ke atas hukum Tuhan. Tetapi saya tidak tahu gereja mana yang benar-benar menghormati Sabbat, menuruti ajaran Kitab Injil saja, dan mendedahkan paus. Jadi, di manakah saya boleh menunaikan ibadat saya ? Ketahuilah bahawa anda tidak sendirian menghadapi dilema ini. Mereka yang terlibat dalam projek ini telah menghadapi situasi yang sama. Kami terpaksa meninggalkan gereja kami bila kami mengetahui betapa mereka tidak menghormati kebenaran. Malahan gereja-gereja yang mengatakan mereka menghormati Sabbat hanya pandai bercakap saja. Mereka hanya mengkuduskan Sabbat bila mereka boleh atau senang untuk berbuat demikian. Bila keadaan tidak mengizinkan, menjadikan sukar untuk mengkuduskan Sabbat, gereja-gereja ini akan melepaskan anggota-anggota daripada tanggungjawab mereka untuk mengkuduskan Sabbat . Tapi Tuhan telah berfiman , “Wajiblah orang menurut Tuhan terlebih daripada manusia” Kisah Para Rasul 5:29. Tidak lama lagi, menurut hukum hari Ahad yang universal, Syaitan akan menjadikan kita penjenayah kerana mematuhi perintah Tuhan . Kita harus bersedia untuk dianggap sebagai penjenayah kerana mengkuduskan Sabbat Tuhan, dan bukannya menuruti hukum-hakam manusia yang sebenarnya bersalah kerana mengingkari Tuhan. Tidak lama lagi semua umat manusia berdepan dengan dilema ini: siapalah harus aku patuhi, manusia atau Tuhan? Kami memilih untuk mematuhi perintah Tuhan tidak kira apa saja tekanan atau hukuman yang akan dikenakan ke atas kami kerana kami memilih kerajaan di langit. Buat masa ini, setelah meninggalkan semua gereja dan agama yang menolak kebenaran Tuhan, kami mula menunaikan ibadat di rumah kami, cuba menarik kaum keluarga, kawan-kawan, dan jiran tetangga, kepada kebenaran sehinggalah kami dapat membina sekumpulan kecil mereka yang percaya. Dengan itu, kami boleh menuntut janji Nabi Isa “Kerana di mana saja ada dua atau tiga orang yang berhimpun di atas nama-Ku, di situlah Aku ada di tengah-tengah mereka itu” Matius 18:20. Kami mengaku apabila kami meninggalkan gereja-gereja dan agama-agama palsu untuk menuruti perintah Tuhan (lihat soalan 18)kami telah menikmati kebebasan dan terlepas dari kongkongan . “ Dan haruslah kamu mengetahui kebenarannya kerana ia kelak akan membebaskan kamu . ” Yohanes 8:32. Semoga kebahagiaan kami menjadi milik anda kerana anda bersungguh-sungguh untuk menjadi anak Tuhan . “Barang siapa menang, ia akan memperoleh semuanya ini” Wahyu 21:7. ----------------------Kami berdoa agar anda memilih untuk menjadi pemulih kerosakan ke atas hukum Tuhan, dan berusaha untuk menyelamatkan seramai yang mungkin daripada penipuan yang menyelubungi dunia yang berdepan dengan peluang terakhirnya sebelum kebangkitan kedua Tuhan dan Penyelamat, Hazrat Isa. Amin. AMEN.