Memahami Waran Panggilan

Memahami Waran Panggilan Kandungan Penolak Tuntutan Pengenalan Waran Ciri-ciri Panggilan Waran Waran Panggilan yang Diterbitkan di Malaysia Terma dan ...
Author: Milo Weaver
57 downloads 3 Views 623KB Size
Memahami Waran Panggilan Kandungan Penolak Tuntutan Pengenalan Waran Ciri-ciri Panggilan Waran Waran Panggilan yang Diterbitkan di Malaysia Terma dan Syarat Waran Panggilan Mengguna Hak Waran Panggilan Pelarasan Berdagang dalam Waran Panggilan Penyelesaian Urus Niaga Waran Panggilan Penggantungan/Pengeluaran Syer Pendasar Daripada Senarai Penetapan Harga Waran Panggilan Risiko Apakah yang Berhak Anda Terima Daripada Broker Saham Daftar istilah

Penolak Tuntutan Dokumen ini bukan merupakan syor untuk membeli atau menjual sekuriti. Ianya hanya bertujuan memberikan maklumat kepada anda. Dokumen ini tidak mengandungi nasihat atau maklumat lengkap tentang perkara tajuk risalah ini. Dokumen ini juga tidak patut digunakan sebagai ganti nasihat undang-undang atau pelaburan. Sekiranya terdapat keraguan, para pelabur benar-benar disyorkan supaya mendapatkan nasihat profesional berhubung risiko-risiko melabur dalam waran panggilan sebelum membeli atau menjual sebarang waran. Walaupun usaha yang teliti telah dibuat semasa mengarang risalah ini, namun Suruhanjaya Sekuriti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap yang terkandung di dalam risalah ini. Pengenalan Risalah ini disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ianya mengandungi penerangan tentang waran panggilan dan beberapa maklumat tambahan tentang waran panggilan yang tersenarai dan diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur, serta juga risiko yang patut diketahui oleh bakal pelabur. Pada penghujugn risalah ini terdapat daftar istilah yang patut dirujuk sebagai panduan untuk membaca dan memahami kandungannya. Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut tentang waran panggilan atau hak serta obligasi anda sekiranya anda melabur dalam waran panggilan, sila berunding dengan broker saham anda atau penasihat profesional yang berkaitan terlebih dahulu. Jika broker atau penasihat anda tidak dapat memberikan maklumat yang diperlukan, anda bolehlah menelefon Unit Hal Ehwal Korporat di Suruhanjaya Sekuriti yang akan cuba menjawab pertanyaan anda. Waran Waran ialah satu opsyen yang biasanya ditawarkan oleh sesebuah institusi dan yang mungkin kemudiannya disenaraikan dan diniagakan di sesebuah bursa. Terdapat dua jenis waran : waran panggilan dan waran jual. Waran panggilan memberikan hak, tetapi bukan obligasi, untuk membeli dengan kuantiti tetap sesuatu aset (seperti syer) dengan harga tertentu dalam tempoh masa terhad. Waran jual pula memberikan hak, tetapi bukan obligasi, untuk menjual sesuatu aset dengan harga tertentu dalam tempoh masa terhad. Maklumat yang terkandung di dalam risalah ini adalah berhubung dengan waran panggilan berdasarkan syer. Ciri-ciri Waran Panggilan Terdapat tiga ciri waran panggilan a. Aset Pendasar Waran panggilan diterbitkan bagi set pendasar seperti syer sesebuah syarikat. Waran ini memberikan pemegang waran hak tetapi bukan obligasi, untuk membeli daripada penerbit sebilangan tertentu syer dalam syarikat pendasar dengan harga yang dipersetujui sebelum atau pada suatu tarikh yang akan datang. b. Harga Guna Hak Harga ini ialah harga pada mana pemegang waran panggilan boleh memilih untuk menggunakan

hak bagi membeli syer pendasar. Harga guna hak ditetapkan pada masa waran itu diterbitkan. c. Tempoh Guna Hak Waran panggilan hanya boleh diguna hak dalam satu tempoh terhad di mana pada akhir tempoh itu waran tersebut akan luput. Tarikh peluputan waran itu juga dikenali sebagai "tarikh matang". Terdapat dua jenis gaya guna hak: gaya Amerika dan gaya Eropah. Gaya Amerika membolehkan pemegang mengguna hak pada bila-bila masa sehingga dan termasuk tarikh matang; waran gaya Eropah pula hanya boleh diguna hak pada tarikh matang. Waran Panggilan yang Diterbitkan di Malaysia Pada 6 Disember 1994, Suruhanjaya Sekuriti telah menyiarkan garis panduannya bagi terbitan awam panggilan ("Garis Panduan"). Di bawah Garis Panduan itu, waran panggilan yang diterbitkan atau ditawarkan di Malaysia hendaklah sekurang-kurangnya memenuhi syarat-syarat berikut: Syer-syer pendasar Waran panggilan hanya boleh diterbitkan berhubung syer-syer yang diterbitkan sebagai modal bagi sesebuah syarikat tersenarai yang mempunyai: ?? ?? ?? ?? ??

Purata pemodalan pasaran harian minimum sebanyak RM2 bilion berterusan selama tiga bulan sebelum tarikh diterbitkan; Purata putaran bulanan minimum sebanyak 2 juta syer dalam 12 bulan yang lalu; Bilangan minimum seramai 2,000 pemegang saham yang berdaftar; Rekod keuntungan selepas cukai berterusan selama 5 tahun; dan Bilangan minimum sebanyak 100 just syer terapung awam.

Gaya guna hak Waran panggilan hendaklah mempunyai guna hak gaya Amerika. Terma-terma lain Waran panggilan hendaklah diterbitkan atas dasar bahawa setiap satu waran itu boleh diguna hak bagi satu syer (tertakluk kepada pelarasan keberhakan yang disebutkan di bawah ini). Apabila waran itu digunakan hak, penerbit mempunyai opsyen untuk menyerahkan syer ataupun membayar wang tunai sebagai penyelesaian obligasi mereka. Jika penerbit memilih untuk membayar sejumlah wang tunai, jumlah wang itu hendaklah merupakan selisih di antara harga guna hak dengan nilai yang lebih tinggi daripada: ?? ??

Nilai pasaran bagi syer itu pada tarikh sebelum tarikh guna hak itu; atau Purata harga penutup bagi setiap syer bagi satu tempoh tiga puluh hari pasaran sebelum tarikh guna hak itu.

Waran panggilan akan diterbitkan pada dasar berdaftar. Pendaftar hendaklah merupakan sebuah syarikat yang dilantik oleh penerbit untuk merekodkan semua pindahhak bagi waran panggilan dan sijil terbitan kepada pemegang waran. Masa yang diperlukan bagi mendaftarkan mana-mana pindahhak hendaklah tidak melebihi lima hari pasaran.

Pelarasan keberhakan Harga guna hak dan keberhakan pemegang waran adalah tertakluk kepada pelarasan dalam keadaan yang dibutirkan di bawah tajuk PELARASAN dalam risalah ini. Terma dan Syarat Waran Panggilan Terma dan syarat waran panggilan akan dibentangkan dalam satu suratcara yang dilaksanakan oleh penerbit untuk pemegang-pemegang waran. Beberapa waad oleh penerbit berhubung dengan waran panggilan akan juga dipegang oleh seorang pemegang amanah bagi kepentingan pemegang waran. Pemegang waran boleh memeriksa suratikatan amanah dan akan dianggap sudah mendapat notis tentang terma-terma dan syarat-syarat terbitan dan juga peruntukan suratikatan amanah. Terma dan syarat penting bagi waran panggilan akan diserlahkan oleh penerbit dalam prospektus. Semua bakal pemegang waran dinasihatkan supaya membaca dan memahami terma dan syarat waran panggilan itu. Bagi memudahkan pelaburan dan pemahaman terma waran panggilan. Suruhanjaya Sekuriti menghendaki supaya beberapa terma dan syarat penting terbitan diselaraskan setakat mana yang boleh dipraktikkan. Ringkasan beberapa daripada terma tersebut dinyatakan di bawah ini. Seseorang pemegang waran yang menghendaki penjelasan tentang terma dan syarat waran panggilan hendaklah berunding dengan broker saham atau penasihatnya. Mengguna Hak Waran Panggilan Jika seseorang pemegang waran ingin menggunakan hak waran panggilannya, sijil waran itu hendaklah didaftarkan atas namanya. Waran panggilan hanya boleh diguna hak dalam gandaan integral 1,000 waran (tertakluk kepada bilangan yang lebih kecil seperti yang ditentukan oleh Suruhanjaya). Pemegang waran akan dikehendaki menyerahkan notis guna hak yang lengkap dengan melampirkan pembayaran bagi harga guna hak itu kepada pendaftar. Penerbit akan memberitahu pemegang waran secara bertulis tidak lewat daripada lima hari pasaran selepas tarikh guna hak itu jika penyelesaiannya melibatkan pembayaran sejumlah wang tunai sebagai ganti penyerahan syer pendasar. Penerbit kemudiannya mempunyai obligasi untuk membayar secara tunai atau menyerahkan dalam tempoh 10 hari pasaran sijil syer berhubung syer pendasar itu bersama-sama borang pindahmilik yang dilaksanakan dengan sempurnanya. Pelarasan Pelarasan akan dibuat oleh penerbit kepada harga guna hak dan/atau bilangan syer pendasar dalam keadaan berikut: ??

Terbitan Hak Harga guna hak dan bilangan syer pendasar boleh dilaraskan sewajarnya bagi terbitan hak dengan syarat tidak ada pelarasan dibuat bagi terbitan yang mengakibatkan perubahan nilai pasaran bagi syer-syer yang kurang daripada tiga peratus (3%).

??

Terbitan Bonus

Harga guna hak dan bilangan syer pendasar boleh dilaraskan sewajarnya bagi terbitan bonus dengan syarat tidak ada pelarasan dibuat bagi terbitan yang mengakibatkan perubahan nilai pasaran syer yang kurang daripada tiga peratus (3%). ??

Pecahan atau Penyatuan Syer Penerbit juga hendaklah melaraskan bilangan syer pendasar dan harga guna hak sekiranya berlaku pecahan atau penyatuan syer.

Pelarasan Lain Pelarasan boleh dibuat dalam keadaan lain yang tidak disebutkan di atas. Pelarasan seumpama itu hendaklah dibuat oleh penerbit dengan adil dan saksama selepas berunding dengan sesebuah bank saudagar berlesen. Berdagang dalam Waran Panggilan Oleh sebab waran panggilan disenaraikan dan disebut harga di Bursa Saham Kuala Lumpur, maka proses dagangan dan fee pembrokeran yang dikenakan adalah sama dengan yang digunapakai bagi sekuriti ekuiti tersenarai yang lain. Waran panggilan boleh dipindahmilik dalam gandaan integral 1,000 dengan menyerahkan borang pindahmilik untuk pendaftaran kepada pendaftar bersama-sama sijil waran dan membayar fee yang dikenakan oleh pendaftar. Penyelesaian Urus Niaga Waran Panggilan Sebarang penjualan atau pembelian waran panggilan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur hendaklah diselesaikan melalui sistem penyerahan dan penyelesaian tetap (Fixed Delivery and Settlement System atau FDSS) yang dikendalikan oleh SCANS dengan cara yang sama seperti penyelesaian urus niaga syer pada masa sekarang. Sekiranya berlaku peristiwa yang menggangu penyelesaian (iaitu peristiwa di luar kawalan penerbit yang menyebabkan penerbit tidak dapat menyerahkan syer pendasar selepas penggunaan hak waran panggilan) penerbit boleh menyerahkan syer itu dengan mana-mana cara yang berpatutuan dari segi perdagangan seperti yang dianggap sesuai oleh penerbit, atau menangguhkan penyerahan syer pendasar seumpama itu. Penggantungan/Pengeluaran Syer Pendasar Daripada Senarai Jika seseorang pemegang waran menggunakan hak sesuatu waran semasa dagangan syer-syer pendasar di bursa saham digantung dan penerbit tidak dapat menyerahkan syer-syer itu sebagai penyelesaian, maka pemegang waran akan dianggap sebagai telah menggunakan hak waran itu pada hari pasaran pertama selepas penggantungan itu dibatalkan. Penggantungan dagangan bagi syer pendasar mungkin dilanjutkan melebihi tarikh matang waran yang menyebabkan tempoh guna hak itu dilanjutkan sehingga penggantungan itu berakhir. Sekiranya syer pendasar itu dikeluarkan daripada senarai rasmi bursa saham, penerbit boleh membuat pelarasan yang perlu kepada hak-hak yang ada pada waran panggilan yang terlibat selepas berunding dengan sebuah bank saudagar berlesen.

Penetapan Harga Waran Panggilan Harga waran panggilan dikenali sebagai premium. Harga guna hak bagi sesuatu waran adalah tetap (tertakluk kepada pelarasan); sebaliknya, premium boleh berubah-ubah. Ini mencerminkan nilai waran tersebut pada sesuatu masa. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi nilai premium sesuatu waran: ??

Harga Syer Pendasar Harga pasaran bagi syer pendasar merupakan faktor paling utama yang mempengaruhi premium sesuatu waran. Harga pasaran yang lebih tinggi akan tercermin dengan premium yang lebih tinggi.

??

Volatiliti Volatiliti menyukat turun naik harga pasaran saham pendasar untuk sesuatu tempoh tertentu. Apabila volatiliti saham pendasar itu lebih tinggi, maka lebih tinggilah pula nilai premium bagi waran panggilan kerana ia dapat memberikan peluang yang lebih baik bagi waran dapat-wang (in-the-money).

??

Tempoh Sehingga Peluputan Semakin panjang tempoh sebelum peluputan waran, maka lebih tinggi pula nilai premiumnya, kerana terdapat masa yang lebih lama bagi harga syer untuk bergerak ke arah yang betul untuk meletakkan waran itu dalam keadaan dapat-wang.

??

Dividen Dividen tunai biasanya merendahkan harga syer pada tarikh selepas dividen. Hal ini akan menyebabkan premiu bagi waran panggilan menjagi kurang bernilai.

??

Kadar Faedah Kadar faedah yang lebih tinggi memungkin premium yang lebih tinggi bagi waran panggilan.

Risiko Adalah penting bagi pemegang waran untuk mengetahui sendiri risiko-risiko yang berkait dengan waran panggilan sebelum melabur. Berikut merupakan butiran beberapa risiko penting yang dihadapi oleh pemegang waran tetapi bukanlah senarai lengkap risiko-risiko berkenaan. Risiko pasaran Para pemegang waran akan hanya mendapat keuntungan daripada pelaburan dalam wara jika syer-syer pendasar bertambah dengan jumlah yang melebihi harga (juga dikenali sebagai premium opsyen) yang dibayar bagi waran itu ditambah dengan kos urus niaga dan bayaran faedah, jika ada.

Para pemegang waran hendaklah mengambil perhatian bahawa harga bagi waran panggilan mungkin turun nilainya secepat yang ia naik. Jika harga syer pendasar jatuh di bawah harga guna hak apabila waran telah matang, maka para pemegang waran akan mengalami kerugian sepenuhnya bagi pelaburan mereka. Walaubagaimanapun, kerugian ini terhad kepada harga yang dibayar bagi waran itu serta kos urus niaganya. Berikut merupakan gambar rajah untung rugi berhubung sesuatu pelaburan dalam waran panggilan pada tarikh matang di mana premium yang dibayar ialah RM3 dan harga guna hak ialah RM12.

Dalam contoh ini, keuntungan hanya diperolehi jika harga syer melebihi RM15. Keuntungan ditakrifkan sebagai [harga syer - (harga guna hak + premium)]. Jika harga syer adalah di antara RM12 dengan RM15, maka apabila menggunakan hak, pemegang waran akan mendapat kerugian antara RM0 hingga RM3. Risiko guna hak Jika waran matang dalam keadaan dapat-wang, maka para pemegang waran hendaklah mengambil perhatian bahawa mereka perlu membayar harga guna hak bagi waran itu sebelum mereka boleh menerima daripada penerbit syer-syer pendasar atau penyelesaian tunai menurut terma alternatif tunai yang boleh dipilih oleh penerbit. Jika pemegang waran memegang sesuatu waran sehingga tarikh matang dan waran itu berada dalam keadaan dapat-wang, maka pemegang waran tersebut hendaklah menggunakan hak waran itu untuk mendapatkan apa jua nilai yang ada pada waran itu. Jika waran itu tidak diguna hak, nilai itu akan hilang selepas tarikh matang tersebut. Risiko kredit Waran panggilan adalah obiligasi tak bercagar am penerbit. Apabila waran panggilan dibeli, pemegang waran bergantung kepada kepercayaan kredit penerbit; iaitu keupayaan penerbit untuk memenuhi obligasi pemegang waran dan penerbit serta maklumat kewangan berhubung penerbit dan pengurus risiko, jika ada. Bakal pemegang waran hendaklah mengkaji maklumat yang terkandung di dalam prospektus itu dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk melabur. Setiap terbitan waran panggilan disertakan dengan prospektus yang mengandungi maklumat penting tentang syer pendasar, hak dan obligasi pemegang waran dan penerbit serta maklumat kewangan berhubung penerbit dan pengurus risiko, jika ada. Bakal pmegang waran hendaklah mengkaji maklumat yang terkandung di dalam prospektus itu dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Apakah yang Berhak Anda Terima Daripada Broker Saham Syarikat broker saham hendaklah menyediakan satu penyata penzahiran risiko kepada pelanggan dan mendapatkan tandatangannya sebelum melaksanakan arahan pertama daripada pelanggan itu untuk berniaga dalam waran panggilan. Mereka juga hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memberikan sebarang maklumat kepada pelanggan mereka dengan jelas dan tepat pada masanya bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang tertimbang dan termaklum.

Daftar istilah Dapat-wang merujuk kepada waran yang mempunyai nilai intrinsik. Harga guna hak bermaksud harga yang perlu dibayar oleh pemegang waran apabila mengguna haknya di bawah waran panggilan. Nilai intrinsik bermaksud nilai positif yang diperolehi dengan menolak harga guna hak daripada harga syer. Pemegang waran atau pemegang bermaksud organ atau orang-orang yang didaftarkan sebagai empunya sesuatu waran. Penerbit berhubung dengan waran, bermaksud entiti yang menerbitkan waran. Pengurus risiko bermaksud sebuah syarikat yang mengikat kontrak dengan penerbit untuk mengurus risiko pasaran penerbit akibat terbitan waran panggilan oleh penerbit. Syarikat pendasar bermaksud sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan syer pendasar menjadi sebahagian daripada modalnya. Risk manager means a company that has contracted with an issuer to hedge the issuer's market exposure resulting from the issuer having issued call warrants. Syer pendasar bermaksud syer yang menjadi subjek waran panggilan. Tarikh matang bermaksud hari terakhir pemegang boleh mengguna haknya di bawah waran panggilan. Istilah matang dan kematangan mempunyai maksud yang sepadan. Waran panggilan atau waran bermaksud had untuk membeli sebilangan tertentu syer, yang boleh diguna hak terhadap penerbit hak tersebut pada atau sebelum satu tarikh akan datang yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Suggest Documents