KERTAS PENERANGAN. ( (T LE2-IS2a) INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN ( (T06-01-01-LE2-IS2a) TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP SUB...
Author: Duane Garrison
73 downloads 1 Views 3MB Size
INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN (

(T06-01-01-LE2-IS2a)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

SUBJEK UMUM - APLIKASI KOMPUTER–TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M01 - APLIKASI KOMPUTER

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 - IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL LE2 - IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET LE3 - UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION LE7 - USE DATABASE APPLICATION

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN

IDENTIFY AND UNDERSTAND CONCEPT OF NETWORKING, INTERNET, OPERATING SYSTEM BY USING COMPUTER PERIPHERAL AND OFFICE APPLICATIONS SO THAT IT CAN :1. UNDERSTOOD CLEARLY. 2. OFFICE APPLICATIONS CAN BE USE ACCORDING TO REQUIREMENT.

32

ISI KANDUNGAN

LE1 – IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL  

TASK 01.00 Inroduction To Computers TASK 02.00 Computer System And Architecture

LE2 – IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET  

TASK 03.00 Networking concepts TASK 04.00 Internet

LE3 – UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM 

TASK 05.00 Window Operation And Command

LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION 

TASK 06.00 Word Processing

LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION 

TASK 07.00 Spreadsheet

LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION 

TASK 08.00 Presentation

LE7 - USE DATABASEAPPLICATION 

TASK 09.00 Database

33

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN No. & TAJUK TUGASAN

LE 2 – Identify The Concept Of Networking Of Networking And Internet

TASK 03.00 - Networking concepts

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka : 1 drp. 14

TAJUK: KONSEP RANGKAIAN KOMPUTER (COMPUTER NETWORK) TUJUAN: Kertas penerangan ini membolehkan pelajar-pelajar mengenalpasti dan memahami jenis-jenis rangkaian komputer utama, fungsi dan ciri-ciri setiap rangkaian tersebut. Selain itu, kertas penerangan ini juga membolehkan pelajar-pelajar mengenalpasti topologi dan jenis-jenis kabel yang biasa digunakan dalam rangkaian komputer. PENERANGAN: Teknologi rangkaian komputer merupakan teknologi yang amat cepat berkembang. Sebaik sahaja rangkaian komputer diperkenalkan, ramai manusia yang cuba menggunakannya. Kini rangkaian menjadi sebahagian daripada kemudahan infrastruktur bagi kita. Rangkaian banyak digunakan untuk urusan perniagaan, pengiklanan, pendidikan, pengeluaran, penghantaran, perancangan, perakaunan dan urusan pentadbiran. Melalui rangkaian juga wujud teknologi-teknologi baru dan peluang pekerjaan yang baru. Terdapat 3 jenis rangkaian yang utama yang perlu diketahui iaitu: i. Rangkaian kawasan setempat (LAN) ii. Rangkaian kawasan metropolitan (MAN) iii. Rangkaian kawasan Luas (WAN)

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN) Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minicomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya. Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

34

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka : 2

drp. 14

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan aturcara yang tersimpan di dalam sistem rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server). Server biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (Compactr Disc). Server juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu. Selain daripada itu, server juga wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di dalam system rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada server dikelani sebagai stesen kerja (workstation). Workstation tidak semestinya berkuasa tinggi seperti server. Namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat server dikenali sebagai pelanggan atau client. Pencetak juga boleh disambungkan kepada rangkaian supaya boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN. Untuk menggunakanya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatanya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain. Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatanya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN. Ciri-ciri LAN    

LAN selalunya mempunyai kurang dari 2 km Menghantar data lebih kurang 10 mbps – 100 mbps Selalunya LAN digunakan untuk system rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat. Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS

35

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka: 3

drp. 14

RANGAKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN) Rangkaian kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan. Perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN di sini dikenali sebagai ‘The MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utama berpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial dan alat perhubungan tanpa tali (wireless communication prviders). Ciri-ciri MAN    

MAN selalanya mempunyai kurang dari 50 km Gabungan LAN Sistem rangkaian MAN lebih besar dari LAN Menghubungkan bandar ataupun metropolis-metropolis

Direction of flow on bus Bus A

komputer

1

2

3

N Head End

Bus B

Direction of flow on

36

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka: 4

drp. 14

WAN (Wide Area Network) Router

LAN

LAN

         



LAN

LAN

Hubungan di antara LAN dengan LAN Boleh melibatkan kawasan yang luas iaitu di antara bandar, negeri dan negara. Mengandungi beberapa mesin untuk melarikan aplikasi pengguna dan mesin ini dinamakan hosts. Hosts dihubungkan oleh subnet. Tugas subnet ialah membawa mesej dari satu host ke satu host. Kebanyakan WAN mengandungi dua komponen iaitu laluan penghantaran (transmission line) dan elemen pensuisan (switching element) Laluan penghantaran juga disebut trunks, saluran (channels) atau litar (circuits) yang digunakan untuk memindahkan bit-bit di antara mesin-mesin. Elemen pensuisan merupakan komputer khusus yang digunakan untuk menghubungkan di antara dua atau lebih laluan penghantaran. Apabila data tiba di laluan masuk (incoming line), elemen pensuisan akan memilih laluan keluar (outgoing line) untuk meneruskan proses penghantaran data. Beberapa terminologi yang digunakan untuk menggambarkan proses tersebut ialah Nod Pensuisan Paket (Packet Switching Nodes), Antara Sistem (Intermediate System) dan Data Switching Exchanges Satu lagi term yang digunakan ialah router. Router ialah sejenis komputer pensuisan (switching computer). Host akan dihubungkan kepada LAN melalui router. Dalam sesetengah keadaan host boleh berhubung secara terus kepada router. Tugas router ialah menapis paket-paket yang diterimanya dan menghalakan mana-mana data yang tidak diperlukan. Oleh itu, subnet ialah koleksi router dan laluan komunikasi (communication line) yang memindahkan paket-paket dari satu host ke satu host.

Store and forward subnet ialah term yang digunakan untuk menerangkan bahawa apabila paket data diterima oleh router, router akan simpan data tersebut sehingga ada laluan keluar yang kosong.

37

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka : 5

drp. 14

TEKNOLOGI LAN DAN TOPOLOGI RANGKAIAN

Topologi ialah cara penyambungan fizikal bagi sistem rangkaian Selain itu, ia juga boleh didefinasikan sebagai struktur laluan dan suis yang menyediakan hubungan komunikasi di antara nod di dalam rangkaian. Topologi LAN juga membezakan ia dengan rangkaian yang lain. Setiap topologi mempunyai struktur sistem pengkabelannya yang tersendiri. Terdapat 2 jenis sambungan yang membolehkan lebih sumber berinteraksi. Ia adalah sambungan jenis Point-to-point I dan Multi-point connections. Point-to-point connectios menyediakan penyambungan berterusan diantara dua buah sumber. Contohnya penyambungan terus 2 buah komputer. Multipoint-connections menyediakan perkhidmatan 3 atau lebih sumber didalam sesuatu sistem jaringan tersebut. Terdapat 4 jenis topologi yang utama iaitu;    

Bus Topologi Star Topologi Ring Topologi Hybrid Topologi

a. Bus Topologi Bus Topology menggunakan satu kabel panjang yang menyambungkan kesemua sumber didalam network tersebut. Mesej atau data yang dihantar akan pergi pada semua komputer yang berada didalam sistem rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau mesej tersebut.

Kabel (Bus)

Terminator



  Printer

Terminator

Komputer

Server

Kebaikan Bus topologi 1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer untuk peripheral kepada sesebuah topologi Linear Bus 2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan. Kekurangan Bus topologi 1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi 2. Titik pemula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut 3. Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan system rangkaian itu gagal berfungsi 4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.

38

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka : 6

drp. 14

b. Star Topologi Star topologi menggunakan perkakasan pertengahan yang dipanggil hub. Semua sumber di dalam network atau sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara sumber-sumber tersebut. Semua mesej yang disampaikan akan melalui hub sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya. Apabila satu sumber mengalami kerosakan, ia tidak menjejaskan topologi jenis star.

 



 

HUB





Gambarajah Star Topology Kebaikan topologi bintang 1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring) 2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila satu daripada sumber dialih 3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak

Kekurangan topologi bintang 1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologibas. 2. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya 3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal. 4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas menyebabkan kebilangan besar kuasa pengkomputeran.

39

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka : 7 drp. 14

c. Ring Topologi Ring Topologi memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan. Mesej atau data dari satu komputer pada yang lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data yang dihantar kepadanya, ia akan mengubahsuai dan mengembalikanya untuk menunjukkan yang ia telah menerima mesej tersebut.

Penyambungan dari satu komputer ke satu komputer yang lain.





 

 



Gambarajah Topologi Gelang (Ring)

Kebaikan topologi ring 1. Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan. 2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring) 3. Mudah mengesan kecacatan, kesilapan peralatan dan mengasingkan perkakasan berkenaan.

Kekurangan topologi ring 1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang. 2. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan juga turut gagal berfungsi.

40

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka : 8 drp. 14

Hybrid topologi

Hybrid topologi adalah satu penyatuan. Sistem Pengkabelan Berstruktur     

     

Pada keadaan yang sebenar pengurus rangkaian memerlukan pelan pengkabelan untuk memilih kabel dan susun atur kabel yang sesuai di dalam sesbuah bangunan. Pelan ini hendaklah mudah untuk dilaksanakan dan diubah untuk kegunaan masa akan datang. Dengan itu, wujudnya Piawaian Pengkabelan (Cabling Standards) untuk menentukan jenis pengkabelan dan susun atur yang perlu bagi pelan tersebut. Piawai ini dikenali sebagai Sistem Pengkabelan Berstruktur (Structure Cabling Systems). Sistem ini mengandungi skema dengan ciri-ciri yang tertentu iaitu : I. Skema yang merujuk kepada pemasangan wayar (wire) di antara bangunan komersil. II. Skop pengkabelan yang menyokong semua jenis penghantaran maklumat termasuklah bunyi, video dan imej. III. Susun atur dan pemilihan kabel tidak bergantung kepada pengeluar dan pengguna akhir. IV. Susun atur adalah direkabentuk supaya ia dapat diagihkan kepada semua kawasan kerja di dalam sesebuah bangunan tanpa memerlukan perubahan tempat peralatan tetapi peralatan tersebut boleh dipasang dengan mudah di tempat yang sedia ada. Satu kelebihan piawai ini ialah menyediakan petunjuk untuk pemasangan kabel di bangunan yang baru dan tidak memerlukan perubahan di masa yang akan datang. Di antara piawai yang biasa digunakan ialah EIA/TIA-568 dan ISO 11801. Pemasangan kabel di paras yang sama dipanggil pengkabelan mendatar (horizontal cabling) Jarak maksimum bagi pengkabelan mendatar ialah 90 meter dan tidak bergantung kepada jenis media. Jika sesuatu paras melibatkan kawasan yang luas backbone cable perlu digunakan. Jarak backbone cable ialah di antara 90 hingga 3000m bergantung kepada jenis kabel. 41

Code No. : IT06-01-01-LE2-IS2a

Muka : 9 drp. 14

Ciri-ciri Penghantaran Media dan Topologi untuk LAN 1) Ring Topologi Transmission Medium Data Rate (Mbps) Repeater Spacing (km) Unshielded Twisted Pair (UTP) 4 0.1 Shielded Twisted Pair (STP) 16 0.3 Baseband Coaxial Cable 16 1.0 Fiber Optic Cable 100 2.0 Wireless 100 0.1 2) Bus / Tree Topologi Transmission Medium Unshielded Twisted Pair (UTP) Shielded Twisted Pair (STP) Baseband Coaxial Cable Fiber Optic Cable Wireless

Data Rate (Mbps) 1 10; 50 with limitation 50; 20 per channel 45 10

3) Star Topologi Transmission Medium

Data Rate (Mbps)

Unshielded Twisted Pair (UTP) Shielded Twisted Pair (STP) Baseband Coaxial Cable Fiber Optic Cable Wireless

10 - 100 10 - 100 16 100 - 1000 100



Range (km)

Suggest Documents