KERTAS PENERANGAN (IT LE5-IS5) INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (IT06-01-01-LE5-IS5) TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP SUBJEK...
Author: Victor Lane
61 downloads 2 Views 2MB Size
INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN (IT06-01-01-LE5-IS5)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

SUBJEK UMUM - APLIKASI KOMPUTER–TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M01- APLIKASI KOMPUTER

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 - IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL LE2 - IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET LE3 - UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION LE7 - USE DATABASE APPLICATION

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN

IDENTIFY AND UNDERSTAND CONCEPT OF NETWORKING, INTERNET, OPERATING SYSTEM BY USING COMPUTER PERIPHERAL AND OFFICE APPLICATIONS SO THAT IT CAN :1. UNDERSTOOD CLEARLY. 2. OFFICE APPLICATIONS CAN BE USE ACCORDING TO REQUIREMENT.

1

ISI KANDUNGAN

LE1 – IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL  

TASK 01.00 Inroduction To Computers TASK 02.00 Computer System And Architecture

LE2 – IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET  

TASK 03.00 Networking concepts TASK 04.00 Internet

LE3 – UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM 

TASK 05.00 Window Operation And Command

LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION 

TASK 06.00 Word Processing

LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION 

TASK 07.00 Spreadsheet

LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION 

TASK 08.00 Presentation

LE7 - USE DATABASEAPPLICATION 

TASK 09.00 Database

2

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 5 – Use Spreadsheet Application

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 07.00 –Spreadsheet

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5

TAJUK :

Muka : 1 drp. : 9

ISTILAH-ISTILAH UMUM PADA LEMBARAN KERJA(EXCEL)

TUJUAN: Kertas penerangan ini akan membolehkan pelatih-pelatih mengetahui istilah-istilah umum yang sering digunakan pada lembaran kerja (Excel) agar mudah untuk mempelajari dan mempraktikkan apa yang diajar. PENERANGAN: Excel merupakan suatu perisian lembaran kerja yang biasa digunakan untuk menghasilkan laporan atau lembaran hamparan yang ringkas ataupun rumit. Struktur dan fungsi-fungsi Excel mirip kepada peralatan dan ciri-ciri yang biasanya ditemui dalam persekitaran perisian Windows seperti bar menu, bar alat, anak tetingkap tugas dan sebagainya. 1. APAKAH YANG DIKATAKAN LEMBARAN KERJA Lembaran kerja merupakan:       

Versi elektronik bagi lejar Mengandungi grid yang terdiri daripada baris dan lajur Alatan pengkomputeran Boleh mengira dengan tepat formula matematik Menolong menyusun, memapar dan mengurus maklumat Mempunyai kemampuan membina carta dan graf Boleh digunakan untuk membina jadual

Apa yang menarik mengenai lembaran kerja ialah kita boleh membuat eksperimen dengan nombor tanpa perlu “RE-DO” semua pengiraan.

3

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5

Muka : 2

drp : 9

2. KANDUNGAN LEMBARAN KERJA i. ii. iii.

Lembaran kerja terdiri daripada: Lajur Baris Sel Setiap sel mungkin mengandungi: Teks Data bernombor Formula 2.1

Lajur  Lajur bergerak secara vertikal - ke atas dan ke bawah  Ia ditentukan oleh huruf yang terletak pada bahagian atas grid

lajur

Rajah 2.1 – Lajur pada Lembaran Kerja 2.2

Baris  Baris bergerak secara horizontal – ke kiri dan ke kanan  Baris ditentukan oleh nombor yang terletak pada sebelah kiri grid

baris

Rajah 2.2 – Baris pada Lembaran Kerja

4

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 2.3

Muka: 3

drp : 9

Sel  Sel merupakan ruangan di mana lajur dan baris bertemu  Dinamakan mengikut huruf lajur dan nombor baris  Ia merupakan tempat maklumat ditulis dan disimpan

B6

3. JENIS-JENIS DATA i.

Sel boleh mengandungi tiga jenis data: Label  Kesemua perkara yang merupakan teks  Contohnya : Tajuk, perkara atau kos

ii.

Constant  Sebarang nombor  Contohnya : 8, 3.14 atau -5.96

iii.

Formula  Persamaan matematik  Contohnya : 8*5 or =6+8/4 

Label  Menolong mengenalpasti berkenaan nombor-nombor, menolong memahami lembaran kerja  Label adalah teks, ia tidak mempunyai sebarang nilai pernomboran

5

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 

Muka: 4

drp : 9

Constant  Digunakan untuk memasukkan nombor  Constant boleh terdiri daripada mana-mana nombor: Matawang, peratus, perpuluhan.......

Menggunakan constant: Bila menggunakan constant atau nilai, kita mesti menggunakan simbol-simbol yang sesuai:    

+ - merupakan simbol untuk penambahan - - merupakan simbol untuk pengurangan * - merupakan simbol untuk pendaraban / - merupakan simbol untuk pembahagian



Formula  Merupakan persamaan yang menjalankan pengiraan  Setiap formula mesti dimulakan dengan tanda samadengan (=)  Setiap formula akan ditayangkan di skrin sebagai nombor, bar formula akan menunjukkan formula



Fungsi (contoh : IF)  Contoh Fungsi IF =IF(A3>70, ”Pass”, ”fail”) Soalan : Apakah sel A3>70?

Jawapan : Sekiranya sel A3 lebih besar dari 70 ia akan memaparkan Pass, sekiranya kurang dari 70 ia akan memaparkan Fail.

6

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 

Muka : 5

drp : 9

Carta atau Graf  Kita boleh menggunakan Chart Wizard untuk membina carta atau graf.  Terdapat 16 jenis carta atau graf yang boleh dipilih. Jenis carta atau graf yang dipilih biasanya bergantung kepada data yang digunakan.

4. CIRI-CIRI TETINGKAP EXCEL Beberapa komponen terdapat di dalam tetingkap Excel termasuk bar menu, bar alat, bar formula, anak tetingkap tugas, bar tajuk dan tab-tab lembaran kerja.

Bar tajuk

Bar formula Bar menu

Bar alat

Anak tetingkap tugas

Pemilih sel Tajuk lajur

Tajuk baris

Rajah 4 : Tetingkap Excel

7

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5 4.1

Muka : 6

drp : 9

BAR TAJUK Tetingkap Excel memaparkan nama buku kerja di sebelah kiri bar tajuk seperti yang ditunjukkan di rajah 4.1. Buku kerja yang belum disimpan dan dinamakan akan diberi nama sementara seperti Book 1 dan sebagainya. Butang di sebelah kiri apabila terbuka akan memaparkan pilihan yang lebih kurang sama seperti ketiga-tiga butang di sebelah kanan bar tajuk iaitu:

Nama Butang Butang Minimize Butang Maximize/Restore Butang Close

Nama buku kerja

Fungsi Meminimumkan tetingkap Excel supaya menjadi sebuah butang kecil di bar tugas Windows Memaksimumkan tetingkap Excel supaya mengisi seluruh skrin atau memulihkannya ke saiz asal Menutup dan menamatkan Program Excel

Close

Rajah 4.1 : Bar Tajuk 4.2

Minimize Maximize/Restore

BAR MENU

Bar menu menyenaraikan pelbagai kategori perintah yang digunakan untuk melaksanakan fungsifungsi dalam program Excel. Anda boleh memilih perintah-perintah daripada bar menu dengan menggunakan tetikus ataupun dengan menggunakan papan kekunci menerusi kekunci pintas atau kekunci panas yang disediakan. Berikut merupakan komponen-komponen utama seperti yang ditunjukkan di rajah 4.2. Nama Komponen

Penerangan

Menu perintah

Menu yang menyenaraikan pelbagai perintah yang melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan

Kekunci panas

Cara alternative untuk melaksanakan sesuatu perintah dengan menekan kombinasi kekunci Alt dan kekunci lain di papan kekunci. Contohnya, anda juga boleh membuka sebuah kerja baharu dengan menekan kekunci Alt+F+N

Anak Panah Penambah

Klik anak panah penambah pada sesetengah perintah untuk menunjukkan perintahperintah yang jarang digunakan

Kotak Pertanyaan

Masukkan soalan dan pertanyaan tentang penggunaan program Excel dan tekan kekunci Enter untuk mendapatkan petunjuk dan jawapan

Butang Minimize Butang Maximize/Restore

Untuk meminimumkan tetingkap lembaran kerja semasa

Butang Close

Untuk menutup tetingkap lembaran kerja semasa

Untuk memaksimumkan / memulihkan saiz tetingkap lembaran kerja

8

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5

Muka : 7

Kekunci panas

drp : 9

Anak panah penambah

kekunci Menu perintah

Rajah 4.2 : Bar Menu

4.3

BAR ALAT Klik butang-butang di bar alat seperti yang ditunjukkan di rajah 4.3 untuk melaksanakan perintahperintah yang diwakili oleh setiap butang tersebut. Hanya perintah yang paling kerap diguna akan dipaparkan dalam bar alat. Satu penerangan ringkas tentang fungsi dan penggunaan butang perintah akan dipamerkan apabila penuding tetikus ditujukan ke butang tersebut.

Rajah 4.3 : Bar Alat Anda boleh mengubahsuai bar alat supaya hanya bar alat yang diperlukan akan ditunjukkan dan bar alat yang jarang digunakan akan disembunyikan. Perkara-perkara berikut perlu dilakukan untuk mengaktifkan atau menyembunyikan bar alat tertentu: I. Letakkan penuding tetikus pada bar alat dan klik kanan untuk membuka sebuah menu bar alat II. Anda dapat perhatikan bahawa bar alat yang aktif mempunyai tanda semak di sebelahnya. Maka, klik kotak semak di sebelah bar alat yang hendak diaktifkan atau disembunyikan untuk mengaktifkan atau menyembunyikan bar alat tertentu Selain itu anda juga boleh mengubahsuai butang-butang di bar alat supaya hanya butang-butang perintah yang paling kerap digunakan akan dipaparkan dan menyembunyikan butang-butang perintah yang jarang digunakan. Untuk menyembunyikan butang perintah tertentu daripada bar alat, klik dan seret butang tersebut keluar dari bar alat dan lepaskannya di luar kawasan bar alat. Manakala untuk mengaktifkan butang perintah tertentu, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut. I. Letakkan penuding tetikus pada bar alat dan klik kanan untuk membuka menu bar alat II. Pillih Customize di penghujung menu tersebut untuk membuka tetingkap Customize seperti yang ditunjukkan di rajah 4.31. Pastikan tab Commands di bahagian atas tetingkap telah dipilih III. Pilih kategori perintah tertentu daripada kotak Categories dan kesemua perintah yang tergolong dalam kategori tersebut akan disenaraikan di kotak Commands. IV. Klik dan seret perintah tertentu daripada kotak Commands dan letakkan pada ruang kosong di bar alat

9

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5

Muka : 8

drp : 9

Rajah 4.31 : Tetingkap Customize 4.4

BAR FORMULA Label atau alamat sel yang dipilih akan ditunjukkan pada kotak Name di sebelah kiri bar formula. Data yang anda masukkan ke dalam sel pula akan dipaparkan pada kotak formula di sebelah kanan bar formula. Pembetulan data boleh dilakukan di kotak formula tersebut. Selain itu anda juga boleh memasukkan formula di kotak Insert Function atau memilih fungsi Excel untuk membuat pengiraan di sel tertentu. Hasil pengiraan akan dimasukkan ke dalam sel yang dipilih dan formula bagi sel tersebut akan ditunjukkan di kotak formula.

4.5

ANAK TETINGKAP TUGAS Anak tetingkap tugas merupakan satu pembaharuan dalam persekitaran Excel. Anak tetingkap New Workbook menyenaraikan buku kerja Excel yang paling kerap digunakan, Anda boleh membuka buku kerja terus daripada senarai itu atau memulakan buku kerja kosong yang baharu. Anda juga boleh mengguna tempat lembaran hamparan yang disediakan oleh Excel. Anda juga boleh membuka anak tetingkap tugas yang lain seperti anak tetingkap tugas Clipboard yang membolehkan anda menyalin dan menampal data di lokasi yang berlainan. Anak tetingkap Search membolehkan anda memasukkan pertanyaan atau tajuk pencarian untuk mencari penyelesaian kepada soalan yang ditanya dan anak tetingkap Insert Clip Art membolehkan anda menyisip imej, gambar atau grafik ke dalam lembaran kerja.

10

Code No. : IT06-01-01-LE5-IS5

Muka : 9

drp : 9

SOALAN: 1. Nyatakan tiga daripada bar yang terdapat dalam tetingkap Microsoft Excel. _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ 2. Apakah nama sementara yang diberi kepada fail-fail yang belum dinamakan? _________________________________________________________________________________ 3. Nyatakan fungsi bagi ketiga-tiga butang pada tetingkap Excel ini. a) Butang Minimize ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ b) Butang maximise/restore ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ c) Butang Close ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 4. Nyatakan 3 jenis data yang boleh terdapat pada sel lembaran kerja ________________________________________________________________________________ 5. Nyatakan 7 komponen yang terdapat pada bar menu ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

RUJUKAN: Chian Fui Suan & Abd. Rashid Mohd Ali: Siri Teks Politeknik ; Aplikasi Komputer Penerbit : Fajar Bakti Sdn.Bhd. Selangor Darul Ehsan Mukasurat : 93 ~ 107 Laman Web : www.manassas.k12.va.us/round/classweb/volz/excelclass

11

Suggest Documents