KERTAS PENERANGAN (IT LE1-IS1) INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (IT06-01-01-LE1-IS1) TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP SUBJEK ...
Author: Michael Owen
10 downloads 1 Views 383KB Size
INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN (IT06-01-01-LE1-IS1) TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

SUBJEK UMUM - APLIKASI KOMPUTER – TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M01 - APLIKASI KOMPUTER

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 - IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL LE2 - IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET LE3 - UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION LE7 - USE DATABASE APPLICATION

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

IDENTIFY AND UNDERSTAND CONCEPT OF NETWORKING, INTERNET, OPERATING SYSTEM BY USING COMPUTER PERIPHERAL AND OFFICE APPLICATIONS SO THAT IT CAN :1. UNDERSTOOD CLEARLY. 2. OFFICE APPLICATIONS CAN BE USE ACCORDING TO REQUIREMENT.

7

ISI KANDUNGAN LE1 – IDENTIFY COMPUTER PERIPHERAL  

TASK 01.00 Inroduction To Computers TASK 02.00 Computer System And Architecture

LE2 – IDENTIFY THE CONCEPT OF NETWORKING AND INTERNET  

TASK 03.00 Networking concepts TASK 04.00 Internet

LE3 – UNDERSTAND AND USE A WIDE RANGE OF OPERATING SYSTEM 

TASK 05.00 Window Operation And Command

LE4 - USE WORD PROCESSING APPLICATION 

TASK 06.00 Word Processing

LE5 - USE SPREADSHEET APPLICATION 

TASK 07.00 Spreadsheet

LE6 - USE PRESENTATION APPLICATION 

TASK 08.00 Presentation

LE7 - USE DATABASEAPPLICATION 

TASK 09.00 Database

8

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 - Identify computer peripheral

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 01.00 – Introduction to computers TASK 02.00 – Computer systems and architecture

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 1 drp. 9

TAJUK : PENGENALAN KOMPUTER

TUJUAN : Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenal komponen-komponen , operasi dan perisian-perisian yang digunakan dalam komputer.

PENERANGAN Definasi: Komputer adalah merupakan sebuah mesin elektronik yang mampu memanipulasikan atau memproses dan menyimpan data mengikut arahan manusia untuk dijadikan maklumat. Sistem Komputer: -

Perkakasan ( peranti input, komponen pemprosesan, peranti output) Perisian Komputer ( perisian sistem, perisian aplikasi)

Bidang-Bidang Yang Melibatkan Penggunaan Komputer: i. ii. iii.

Sistem maklumat dan pemprosesan data Sains, perubatan dan penyelidikan Pendidikan

i. Sistem Maklumat Dan Pemprosesan Data Digunakan untuk memproses data dan menghasilkan maklumat-maklumat penting didalam pengurusan dan perniagaan. Biasanya digunakan di bank-bank, institusi kewangan dan banyak lagi. ii. Sains Perubatan Dan Penyelidikan Komputer digunakan sebagai alat didalam ujikaji, reka bentuk, penyelidikan dan di makmal-makmal. Antara bidang-bidang penggunaanya adalah dalam membuat kajian ramalan cuaca, kajian tanda-tanda penyakit, mengenal pasti jantina di dalam kandungan dan mengenal pasti wajah melalui tengkorak.

9

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 2 drp. 9

iii. Pendidikan Di dalam bidang pendidikan, komputer digunakan sebagai alat bantu mengajar dan alat berkomunikasi antara pelajar-pelajar. Dengan adanya teknologi multimedia, pelajar-pelajar dan guru-guru akan dapat mempertingkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran. Di dalam bidang ini, komputer dianggap “tutor” yang akan mengajar melalui kaedah “Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan Komputer”. Contoh-contoh matapelajaran yang boleh diajar dengan menggunakan komputer sekarang ini adalah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan mengaji Al-Quran serta Mukadam. Susunan Sistem Komputer:

Perkakasan ( peranti input, komponen pemprosesan, peranti output) a. Input Peringkat pertama merupakan data yang dimasukkan, ditukar ke dalam bentuk yang difahami oleh komputer dan kemudian dihantar kepada pemprosesan. Antara perkakasannya adalah: i. Papan Kekunci Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Papan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus. ii. Tetikus Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk digenggam dengan sebelah tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata. Tetikus merupakan aksesori yang memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau Windows. iii. Pengimbas Optikal Pengimbas optikal menggunakan peralatan pengesan cahaya untuk menukar imej seperti gambar atau teks kepada isyarat elektronik yang boleh dimanipulasi oleh komputer.

10

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 3 drp. 9

iv. Mikrofon Mikrofon adalah peranti untuk menukarkan bunyi kepada isyarat yang kemudiannya boleh disimpan, dimanipulasi dan dimainkan semula oleh komputer. v. Pemacu CD-ROM. Selain pemacu cakera liut 3.5 inci, kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan pemacu CD-ROM. Berbanding dengan pemacu cakera liut, pemacu CD-ROM dapat menyimpan sejumlah data yang besar sehingga 650 MB. Bagaimanapun pengguna hanya boleh membaca isi kandungan CD-ROM dan tidak boleh menulis ke atasnya. Kelajuan pemacu (biasanya dilabel sebagai 4X, 6X, 8X, 10X, 16X, 20X, 24X, 40X, 50X dsb) dikira berdasarkan pusingan. Kebanyakan pemacu CD-ROM pada hari ini berpusing pada kadar 16X iaitu kadar data boleh dihantar ke cakera keras. Pemacu CD-ROM 16X mencukupi bagi penggunaan seharian serta aplikasi multimedia. vi. Digital Versatile Disk (DVD). Teknologi cakera CD yang paling mendapat perhatian hari ini ialah DVD. Kelebihan utama DVD berbanding dengan CD-ROM ialah keupayaan storan yang 10 kali lebih besar berbanding dengan CD tradisional. Keupayaan storan tinggi ini membolehkan kandungan multimedia berkualiti seperti cakera laser dapat disimpan dalam satu CD. Contohnya, sebuah filem 120 minit hanya boleh disimpan dalam dua keping CD-ROM. Dengan menggunakan DVD, semua kandungan filem dapat dimasukkan. Cakera DVD hari ini mempunyai kapasiti 4.7GB (single sided). Walau bagaimanapun cakera DVD hanya boleh dibaca sahaja. b. Pemprosesan Peringkat kedua bagi peringkat komputer. Mempunyai unit melaksanakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output. Aktiviti proses adalah melibatkan operasi campur, tolak, darab dan bahagi. Ia juga memindahkan data dengan perbandingan dalam unit juta/ribu juta sesaat. Unit pemproses terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit atau CPU) dan Unit Storan Premier atau Utama (Primary Storage). Motherboard ( Papan Ibu ) Ianya adalah tapak utama untuk sesebuah komputer. Tanpanya komputer tidak akan berfungsi. Di papan utama inilah dipasangkan dengan antara komponen-komponen diatas. Motherboard ini terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya motherboard komputer jenis 3x86, 4x86, 5x86, Apple Machintosh, PENTIUM, PENTIUM II dan PENTIUM III. Memori Terdapat dua jenis cip memori di dalam komputer iaitu RAM dan ROM. RAM bermaksud ingatan capaian rawak (random access memory). Memori inilah yang digunakan oleh CPU untuk menyimpan secara sementara, arahan dan data diberikan kepadanya. Faktor ukuran ditentukan oleh jenis memori (FP, EDO, PC66-SDRAM, PC100-SDRAM, PC133-SDRAM, PC2100-DDR SDRAM, PC800-RDRAM) dan kapasiti memori (dalam unit Mb).

11

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 4 drp. 9

c. Output Peringkat ketiga iaitu output adalah hasil daripada pemprosesan yang dikeluarkan dalam bentuk tersunting (edited) yang dipaparkan melalui peranti output. Pencetak Pencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk menghentak "ribbon" bagi membentuk aksara. Pencetak laser menggunakan sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi menghasilkan imej. Pencetak pancut dakwat (ink jet) menembak titisan dakwat ke atas kertas untuk membentuk aksara dan gambar. Paparan Video Paparan video atau skrin, menukarkan maklumat yang dijanakan oleh komputer kepada maklumat visual. Paparan biasanya terdiri dari dua bentuk iaitu skrin video dengan "cathode ray tube" (CRT) dan skrin video dengan "liquid crystal display" (LCD). Skrin berasaskan CRT, atau monitor adalah seakan-akan set televisyen. Maklumat dari CPU dipaparkan menggunakan pancaran elektron yang mengimbas permukaan "phosphorescent" yang mengeluarkan cahaya dan membentuk imej. Skrin berasaskan LCD memaparkan maklumat visual pada skrin datar. Ia biasanya digunakan pada komputer laptop atau notebook. Input and Output Sesetengah perkakasan komputer melakukan dua proses dalam satu masa iaitu input dan output. Perkakasan ini dipanggil (I/O). Floppy Disk Drive ( Pemacu Cakera Liut ) Ianya juga berfungsi sebagai tempat penyimpan data yang menggunakan cakera liut atau lebih dikenali dengan nama Diskete. Biasanya saiz diskette adalah diantara 1.2 MB, 1.44 MB dan 2.88 MB. Hard Disk Drive ( Pemacu Cakera Keras ) Hard disk ini berfungsi sebagai tempat penyimpan atau stor segala data. Segala data yang diterima atau dibuat akan disimpan ke dalam hard disk ini. Terdapat pelbagai jenis hard disk dengan pelbagai saiz. Saiznya ditentukan dalam unit Bytes seperti MEGA BYTES dan GIGA BYTES, seperti 290 Mega bytes dan 2.1 Giga Bytes, 3.2GB, 4.3GB. Antara syarikat pengeluar Hard disk yang terkemuka adalah seperti SEAGATE, QUANTUM, FUJITSU dan CORNER. Perisian atau program computer Perisian atau dipanggil juga program adalah arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer bagaimana menjalnkan tugas. Perisian ini biasanya dicipta oleh pengaturcara. Pengaturcara ini ialah orang yang mahir dalam mencipta program komputer. Biasanya pengaturcara mempunyai kelulusan dalam sains komputer. Komputer tidak dapat befungsi dan akan menjadi komponen perkakasan yang tidak bernilai tanpa adanya perisian. Perisian terbahagi kepada dua iaitu: 1. Perisian sistem 2. Perisian aplikasi

12

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 5 drp. 9

Perisian Sistem Perisian yang membolehkan perisian aplikasi berinteraksi dengan komputer dan membantu komputer menguruskan sumber-sumber dalaman dan luaran. Dengan lain perkataan, perisian sistem diperlukan supaya perisian aplikasi dapat berfungsi untuk kegunaan pengguna. Komputer tidak boleh dihidupkan tanpa perisian sistem manakala perisian aplikasi pula tidak berfungsi. Jadual: Contoh-contoh Sistem Pengoperasian Sistem Pengoperasian UNIX

DOS MS Window Linux

Keterangan Terbaik dari segi keselamatan, bertindak berbilang tugas, digunakan untuk komputer berkuasa tinggi, rumit untuk dipelajari Disk Operating System amat penting didalam operasi sesebuah komputer. Pemangkin kepada perisian-perisian lain atau ianya berfungsi sebagai tapak. Tanpa DOS sesebuah komputer tidak akan dapat berfungsi. Membenarkan larian pelbagai tugas dan popular dikalangan pengguna komputer peribadi atau rangkaian. Operasi yang percuma, boleh beroperasi pada komputer lama samada 386 atau 486 dengan RAM 4MB, operasi boleh diubahsuai.

Perisian Aplikasi Dikenali sebagai aplikasi pengguna. Merupakan perisian yang dibangunkan khas untuk membantu melakukan tugas-tugas tertentu ataupun membantu menyelesaikan masalah mereka. Pengguna akan berinteraksi secara langsung dengan perisian aplikasi ini apabila menggunakan komputer. Perisian ini akan berinteraksi dengan komponen-komponen perisian sistem supaya ia dapat berfungsi dengan sempurna. Contoh perisian aplikasi ialah Microsoft Office, Adobe, AutoCAD, Visio dan banyak lagi aplikasi yang dibangunkan dan dijual dipasaran. PERISIAN SISTEM PENGOPERASIAN Perisian Sistem Pengoperasian (operating system – OS) mengandungi satu perisian yang mengendalikan sistem asas sesebuah komputer. Ia mengandungi satu perisian yang mengendalikan sistem asas sesebuah komputer. Komputer peribadi (pc) atau mikrokomputer jenis IBM yang telah digunakan mulai tahun 1981 menggunakan Sistem Pengoperasian Cakera atau ringkasnya DOS (Disk Operating System). Mulai tahun 1990 syarikat Microsoft telah memperkenalkan sistem pengoperasian Windows 3.0. syarikat Microsoft dimiliki oleh pengasasnya Bill Gates. Selepas Windows 3.0 dikeluarkan pula Windows versi 3.1 dan 3.11. windows 95 mendapat sambutan hangat daripada pengguna komputer kerana banyak ciri-cirinya yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Pada bulan Julai 1998, syarikat Microsoft telah memperkenalkan pula Windows 98. Pengguna-pengguna di jabatan kerajaan dan syarikat menggunakan komputer berkuasa tinggi dengan sistem pengoperasian yang lebih canggih. Sistem pengoperasian yang digunakan ialah Windows NT, Novell Netware, unix dan lain-lain.

13

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 6 drp. 9

Antara tugas utama yang dijalan ialah untuk memulakan komputer atau disebut “boot” dan untuk menjaga keseluruhan komputer dan perkakasan (housekeeping) Secara asasnya fungsi yang dijalankan oleh Perisian Sitem Pengoperasian ialah : (a) memulakan komputer atau “boot” (b) mengawal dan menjaga keseluruhan komputer (c) antaramuka pengguna (d) mengurus sumber komputer (e) menguruskan fail (f) menguruskan tugasan (multitasking)

BIOS – Basic Input Output System Ia merupakan perisian asas bagi sesuatu system komputer pribadi (PC). Ia dikodkan (encoded) ke dalam cip IC ingatan baca sahaja (read only memory – ROM) yg terletak pada papan induk. BIOS berfungsi sebagai pengawal input dan output atau menghubungkan antara muka (interface) perisian dengan perkakasan komputer. Setiap kali program hendak mempamerkan atau membaca kekunci yang ditai[ ia harus melalui BIOS. Ia mula diperkenalkan oleh syarikat IBM. Syarikat AMI dan PHOENIX juga turut mempelopori BIOS. DOS – Disk Operating System / Sistem Pengoperasion Cakera Terdapat lebih daripada 100 juta pengguna komputer dunia telah menggunakan DOS. DOS ialah satu sistem pengoperasian yang digunakan sejak tahun 1981. DOS adalah huruf ringkas bagi “Disk Operating System”. DOS digunakan oleh kebanyakan komputer peribadi atau mikrokomputer jenis serasi IBM seperti Acer, Dell, Compaq, Gateway, Siemens dan beratus jenama lain. DOS yang pertama dikeluarkan pada tahun 1981 adalah versi 1.0 dan pada tahun 1995 dikeluarkan versi 7.0. anda boleh kenal perisian DOS dengan melihat tanda prom (prompt) yang berkelip pada skrin. Sekarang perisian DOS masih lagi didapati bersama perisian Windows 95, Windows 98 dan Windows 2000. Windows 3.0, 3.1 dan 3.11 Windows 3.0, 3.1 dan 3.11 adalah sistem pengoperasian yang menggunakan antaramuka pengguna grafik yang bergabung dengan DOS. Untuk memulakan Window ini, terlebih dahulu perlulah dimulakan dengan DOS. Dengan sistem pengoperasian, tetikus boleh digunakan bagi memilih ikon untuk tujuan tertentu. Apabila ingin memulakan perisian atau program, Cuma perlu klik pada ikon yang berkenaan. Program tersebut akan menjadi aktif dan dipaparkan di atas skrin. Windows 95 Windows 95 telah dilancarkan pada bulan Ogos 1995. windows 95 menggantikan windows 3.11. ia dianggap sistem pengoperasian tersendiri kerana ia tidak memerlukan DOS untuk memulakan operasinya. Berikut ialah beberapa ciri penting windows 95.

(a) Permulaan yang jelas: Windows 3.11 menggunakan “Program Group” yang menggelirukan pada skrin desktop. Windows 95 mempunyai skrin desktop yang bersih dengan satu taskbar di bahagian bawah. Pada taskbar ini terdapat ikon-ikon yang penting. Di sini terdapat satu butang penting dinamakan START.

14

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 7 drp. 9

(b) Menu yang lebih baik: Windows 95 telah menggunakan menu lebih baik melalui THE EXPLORER dan MY COMPUTER. Ini menggantikan Program Manager dan File Manager dalam Windows 3.11 (c) Nama fail yang panjang: Dengan Windows 3.11 anda boleh memberi nama fail dengan 8 aksara sahaja. Dengan windows 95 anda boleh menamakan fail hingga 256 aksara. Contohnya anda boleh menulis nama fail “Karangan mengenai Haru Sukan Sekolah pada 11 Ogos 1995” tetapi dengan Windows 3.11 anda hanya boleh menamakannya dengan nama “SUKANSEK” sahaja. (d) Recyle Bin”: Anda boleh memadamkan fail dan membuangkannya ke dalam “Reycle Bin”. Fail yang sudah dibuang itu boleh diambil semula jika perlu. (e) “Plug and Play”: Dengan sistem “plug and play” perkakasan baru dapat ditambah dengan senang kepada komputer. Dulu semasa Windows 3.11 seseorang yang mahir dengan komputer sahaja boleh memasang perkakasan baru kepada komputer. Windows 98 Mula diperkenalkan pada bulan Julai 1998. Windows 98 adalah lanjutan Windows 95. Windows ini digunakan untuk mengendalikan komputer (skrin komputer) secara grafik. Pengguna tidak perlu menaip arahan tetapi dengan kawalan visual menggunakan gambar-gambar kecil yang dinamakan ikon. Dengan menggunakan ikon, menu dan butang, anda boleh klik dengan menggunakan tetikus untuk menjalankan program, mengawal pencetak dan menggunakan internet. Antara ciri baru yang terdapat dalam windows 98 ialah: (a) Pelayar Internet (Internet Explorer) yang terbina dalam Windows 98. (b)

Program e-mail, Outlook Express adalah sebahagian daripada Internet Explorer. Ia boleh digunakan untuk menghantar dan menerima mesej mel elektronik.

(c)

Internet Connection Wizard membenarkan anda membuat sambungan secara automatik.

(d)

Windows maintenance Wizard membenarkan anda membuat penyelenggaraan secara automatik.

(e)

Pembersihan Cakera Keras (Disk Cleanup) secara automatik menghapuskan fail yang tidak berguna.

(f)

Sokongan untuk Window TV. Jika komputer anda mempunyai “tuner board” anda boleh menerima siaran tv.

Linux Linux dipopularkan pada tahun 1998. Perisian ini dijangka menjadi saingan hebat kepada Windows. Dicipta oleh pengatur cara berbangsa Finland bernama Linus Torvalds. Linux digunakan untuk computer kecil dan saiz besar. Perisian ini digunakan bersama peranti dan peralatan yang berkaitan dengan internet.

15

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 8 drp. 9

Sistem Pengoperasian yang lain Windows NT Windows NT (New Technology) adalah system pengoperasian (operating system) yang dihasilkan oleh syarikat Microsoft. NT adalah versi yang ditingkatkan (enhanced) dari Win 3.1. NT memerlukan komputer Pentium atau lebih tinggi dengan RAM melebihi 16 untuk mendapatkan prestasi terbaik. Kebaikan Win NT ialah ia dapat digunakan dengan baik dari segi pengurusan ingatan (mempry management) komputer peribadi. Ia juga boleh digunakan oleh komputer yang tidak menggunakan cip intel (non-intel CPU) seperti DEC Alpha. OS/2 OS/2 adalah system pengoperasian yang dicipta oleh IBM. OS/2 serasi dengan DOS dan menyediakan antara muka pengguna grafik (graphical user interface – GUI) yang membenarkan pengguna menggunakan klik pada tetikus. UNIX Unix adalah system pengoperasian multi pengguna yang membenarkan pengguna menggunakannya secara serentak dalam satu masa. Ia digunakan pada mini komputer yang lebih besar dan menggunakan terminal (keyboard dan monitor). Program dijalankan secara serentak. Unix serasi dengan DOS. Pengguna Unix menggunakannya dalam persekitaran pejabat dan bukan tujuan perseorangan. Dengan pertambahan kuasa dan kepantasan Pentium, UNIX boleh dijalankan pada komputer peribadi (PC) dan tidak lagi hanya pada mini komputer.

16

Code No. : IT06-01-01-LE1-IS1

Muka : 9 drp. 9

SOALAN: 1. Namakan 3 bahagian asas bagi sebuah computer

2. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘DOS’ 3. Terangkan secara ringkas maksud perisian aplikasi 4. Berikan 3 contoh perisian aplikasi

RUJUKAN: 1.

Teknologi dan Sistem Maklumat ( Jabatan Sistem Maklumat UTM)

2. Mokhtar Ahmad Buku Teknologi Maklumat (Penerbitan Seribu Dinar) –

17

Suggest Documents