KEFAHAMAN PENGGUNA TERHADAP PENSIJILAN HALAL PADA MAKANAN SEGERA NORAQILAH OMAR

KEFAHAMAN PENGGUNA TERHADAP PENSIJILAN HALAL PADA MAKANAN SEGERA NORAQILAH OMAR TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHIIJAZAH SARJAN...
Author: Marvin Webster
348 downloads 0 Views 8MB Size
KEFAHAMAN PENGGUNA TERHADAP PENSIJILAN HALAL PADA MAKANAN SEGERA

NORAQILAH OMAR

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHIIJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN PERPUSTAKAM UNIYERSITI MALAYSIA S~ABAI

SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2007

~'. ;;:...::

UMS UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

PUMS 99:1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

.Jo.fjM.D.. ~ J'cu"M ~.}::/JJvJJ\ IJ ~(JJ) /~vy/ttn (~M ~ tJ CLn /J~aN~J

DAZAH:

SESJ PENGAJlAN: Saya

;}.oolj- (

d-CJq

NoRA G) L A+/ oM.ftft (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (LPSI Satjanal Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi . 4. ** Sila tandakan ( I ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di SULIT dalam AKTA RAHSIA RASMl 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDA T ANGAN PUST AKA W AN) Alamat Tetap:

No. 5f6~,, 70JN)..11 R.J~ ~ Nama Penyelia

I

Tarikh:

ag-

/(J"S /07-

I.

::::A T ATAN:

I

* Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Srujana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara ketja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).

UM

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGAKUAN Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali segala nukilan. ringkasan. dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.

08 MEl 2007 (NO

QILAH OMAR)

(HN2004-3767)

u s UNIVERSIll MALAYSIA SABAH

PENGESAHAN DlPERAKUKAN OLEH

PENYELIA PROJEK (EN. SHARIFUDIN MD. SHAARANI)

PEMERIKSA 1 (elK ADILA MD RAMlI)

PEMERIKSA2 (PN. RAMLAH GEORGE @ MOHO ROSlI)

DEKAN (PROF. MADYA DR. MOHO ISMAIL ABDULLAH)

---!ld- .

PENGHARGAAN Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas ke~asama semua pihak samada terlibat secara langsung atau tidak lang sung dalam menyiapkan projek penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Sharifudin Md. Shaarani, yang bertindak sebagai penyelia projek sepanjang saya menyiapkan projek penyelidikan ini kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga ditujukan buat ibu bapa dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan projek penyelidikan. Terima kasih atas segalanya dan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan berkongsi idea. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada mana-mana individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempumakan kajian ini.

IV

' UMS

UNIVERSITI MAlAYSIA SABAH

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pendapat serta pengetahuan pengguna beragama Islam dan bukan Islam di sekitar bandar Kota Kinabalu mengenai pensijilan halal dalam industri makanan segera. Kajian dijalankan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan orang awam seperti kompleks beli-belah. Seramai 200 orang responden dipilih secara rawak berusia di antara 15 hingga 60 tahun. Survei ini menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi 5 bahagian. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman responden bukan Islam mengenai konsep makanan halal adalah tinggi iaitu 60.9% tetapi hanya 22.4% responden beragama Islam tahu konsep makanan halal. Tahap pendidikan menunjukkan hubungan yang signifikan dengan fahaman dan konsep makanan halal. Semakin tinggi tahap pendidikan responden, semakin tinggi fahaman dan konsep responden terhadap makanan halal. Terda pat hubungan yang signifikan antara umur dengan pemilihan premis makanan. Faktor makanan kegemaran (40.4%), tanda halal dipamerkan (22.7%), dan bersih (17.7%) merupakan faktor-faktor utama pemilihan restoran makanan segera. Manakala logo halal (61.7%), bahan-bahan yang digunakan (17.9%), kandungan nutrien yang baik (8.2%) pula kriteria-kriteria yang diutamakan semasa membeli produk makanan. 55.2% responden berpendapat pensijilan halal dapat membantu dalam pemilihan makanan dan perancangan pembelian makanan kerana pengguna tidak lagi ragu tentang kandungan produk makanan tersebut. 47.8% responden menyatakan tujuan pensijilan halal kepada pengguna adalah supaya pengguna dapat mengetahui kandungan sesuatu produk makanan adalah suci dan bersih, dan 56.2% responden menyatakan bahawa pensijilan halal dikuatkuasakan untuk memastikan sumber bahan mentah dan bahan-bahan yang digunakan adalah mengikut hukum syarak. Secara keseluruhan, responden berpendapat bahawa pensijilan halal adalah penting dalam industri makanan segera dan membawa kebaikan kepada negara dengan adanya sijil halal dapat menyakinkan pengguna Islam makanan tersebut bukan sekadar tidak mengandungi bahan yang dilarang agama malah meyakinkan pengguna bukan Islam tentang kualiti serta kebersihan makanan tersebut.

v

UMS

UNIVERSIiI MALAYSIA SA BAH

ABSTRACT CONSUMER'S UNDERSTANDING OF HALAL CERTIFICA TE IN FAST FOOD INDUSTRY

This survey was conducted in order to investigate on the opinion and knowledge in the implementation of halal certificate in fast food industry between non-muslim and muslim. Survey was done at the public place such as shopping complex. About 200 respondents aged from 15 to 60 years old were selected randomly and were asked to answer the questionaire. Data col/ected were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 13.0 to get the frequency and relation between factors using correlation and chi-square. The results of the analysis showed that non-muslim consumers had a high percentage of understanding in halal concept (60.9%) while 22.4% of Muslim consumer understand the halal concept. Level of education showed a significant association with consumer's understanding and concept of halal (>f= 119.01, P = 0.000). Consumer with high level of education have high understanding the concept of halal. There also had a significant association between age and in choosing fast food restaurant ( >f = 43.83, P = 0.029). Availability for favorite food (40.4%), halal marked been showed (22.7%), and clean (17.7%) are ranked as the most important criterias affecting in choosing fast food restaurant. While halal marked (61.7%), food ingredients (17.9%) and contains good nutrients (8.2%) are the important criterias when buy food products. 55.2% respondents think that halal certificate can help them in choosing food product because consumers no longer doubt about the food ingredients. 47.8% respondents says that reason for implement halal certificate is to help consumer to know about the food ingredient is clean and 56.2% respondents says that implementation of halal certificate is to ensure the raw material and ingredients is according to syarak. Overall, respondents think implementation of ha/al certificate are important in fast food industry and bring profrt to country because halal certificate can assure consumer about the quality and cleanliness of the food.

Vl

~ lLMA~

lSI KANDUNGAN HALAMAN HAlAMAN JUDUl PENGAKUAN

ii

PENGESAHAN

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

SENARAIKANDUNGAN

vii

SENARAIRAJAH

x

SENARAI JADUAl

xi

SENARAI SIMBOl DAN SINGKATAN

xii

SENARAI lAMPIRAN

xiii

BAB 1: PENDAHUlUAN

1

1.1

PENGENALAN

1

1.2

OBJEKTIF

3

BAB 2: ULASAN PERPUSTAKAAN

4

2.1

INOUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN

4

2.2

TAKRIFAN HALAL

5

2.3

HALA TUJU PASARAN HALAL

6

2.3.1

7

2.4

PENGELUARAN MAKANAN HALAL 01 MALAYSIA

MALAYSIA SEBAGAI HUB SERANTAU BAGI PROOUK HALAL

8

2.4.1

PENSIJILAN ATAU LOGO

8

2.4.2

STANDARD DAN AKREDITASI

11

2.4.3

INISIATIF DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI MAKANAN HALAL

12

Vll

UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

2.5

2.4.4 INSENTIF

13

2.4.5 STATUS PENSIJILAN HALAL

13

2.4.6 AKTIVITI PROMOSI

14

2.4.7 KERJASAMA ANTARABANGSA

14

KEISTIMEWAAN MEMILIKI SIJIL PENGESAHAN HALAL DAN LOGO HALAL

15

2.5.1

15

MENAMBAH KEYAKINAN PENGGUNA

2.5.2 SATU SUMBANGAN SOSIAL

15

2.5.3 MEMUDAHKANPEMANTAUAN

15

2.5.4 PENINGKATAN PRODUKTIVITI DAN LABA KEUNTUNGAN

16

2.6

PROSEDUR PEMERIKSAAN - KEPERLUAN PREMIS MAKAN

16

2.7

BAHAN TAMBAH MAKANAN

17

2.7.1

18

GELATIN

2.7.2 RENET

19

2.7.3 WEI (WHEY)

20

2.7.4 ENZIM

20

2.8

ANALISIS MAKANAN HALAL SECARA SAINTIFIK

20

2.9

JAMINAN HALAL KFC HOLDINGS (MALAYSIA) SDN BHD

22

BAB 3: BAHAN DAN KAEDAH

23

3.1

LATAR BELAKANG KAJIAN

23

3.2

BORANG SOAL SELIDIK

23

3.3

PERSAMPELAN

24

3.4

KAJIANAWAL

24

3.5

KAJIAN SEBENAR

24

3.6

ANALISIS DATA

25

viii

' UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN

26

4.1

DEMOGRAFI RESPONDEN

26

4.2

KONSEP HALAL

29

4.2.1 KEFAHAMAN PENGGUNA BUKAN ISLAM MENGENAI KONSEP HALAL

29

4.2.2 4.3

KEFAHAMAN PENGGUNA ISLAM MENGENAI KONSEP HALAL

FAKTOR PEMILIHAN PREMIS MAKANAN SEGERA DAN PRODUK MAKANAN 4.3.1 4.3.2

31

34

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN PREMIS MAKANAN SEGERA

35

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN PRODUK MAKANAN

37

4.4

PENSIJILAN HALAL DALAM INDUSTRI MAKANAN SEGERA

38

4.5

PENDEDAHAN MENGENAI PENSIJILAN HALAL

41

4.6

TAHAP KESEDARAN MENGENAI PRODUK HALAL

43

4.7

PENGETAHUAN MENGENAI PENSIJILAN HALAL

44

4.8

PENDAPAT, PERSEPSI DAN SIKAP TERHADAP PENSIJILAN HALAL

45

4.8.1

KEPENTINGAN PENSIJILAN HALAL

46

4.8.2

KEBAIKAN PENSIJILAN HALAL

46

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

48

5.1

KESIMPULAN

48

5.2

CADANGAN

50

RUJUKAN

51

LAMPIRAN

54

u s UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

SENARAIRAJAH RAJAH

HALAMAN

Rajah 4.1

Restoran makanan segera pilihan responden mengikut keutamaan

36

Rajah 4.2

Faktor pemilihan premis makanan segera megikut umur

37

Rajah 4.3

Faktor-faktor mengapa pensijilan halal penting dalam industri makanan segera

40

Rajah 4.4

Faktor-faktor mengapa pensijilan halal tidak penting dalam industri makanan segera

41

Rajah 4.5

Pendapat responden mengenai pendedahan pengguna terhadap pensijilan halal berdasarkan tahap pendidikan

44

SENARAI JADUAL

HALAMAN

JADUAL

Bayaran yang dikenakan untuk permohonan sijil halal berdasarkan kategori

9

Jadual2.2

Ciri-ciri Industri

10

Jadual2.3

Kadar Caj Rumah Sembelih

10

Jadual2.4

Saiz Premis Rumah Sembelih

10

Jadual2.S

Kadar Caj Premis Makanan/Restoran/Katering dan Hotel

11

Jumlah sijil halal yang telah dikeluarkan berdasarkan tahun dan kategori

13

T aburan frekuensi responden berdasarkan maklumat demografi

28

Fahaman pengguna bukan Islam tentang konsep halal berdasarkan umur

31

Fahaman pengguna Islam tentang konsep halal berdasarkan umur

33

Jadual4.4

Pemilihan premis makanan segera berdasarkan agama

38

Jadual4.S

Faktor pemilihan produk makanan mengikut agama

39

Jadual4.6

Pendapat responden mengenai pendedahan mengenai sijil halal kepada setiap pengguna

43

Jadual2.1

Jadual2.6

Jadual4.1

Jadual4.2

Jadual4.3

Xl

~ llM.~

SENARAI SIMBOl DAN SINGKATAN

%

peratusan

AFCB

Ayamas Food Production Bhd

DSC

Differential Scanning Calorimetry

DSM

Department of Standard Malaysia

FTIR

Fourier Trasforrn Infrared Spektrokopi

GAP

Good Agriculture Practices

IKS

Industri Kecil dan Sederhana

IMP

Industrial Master Plan

JAIN

Jabatan Agama Islam Negeri

JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KDNK

Keluaran Dalam Negara Kasar

KFCH

Kentucky Fried Chicken Holdings

MAIN

Majlis Agama Islam Negeri

MITI

Malaysia International Trade and Industrial

MS

Malaysian Standard

NAP

National Agricultural Policy

RM

Ringgit Malaysia

SMIDP

Small and Medium Industries Development Plan

~ 1!ITIM'~YSI'~

SENARAI LAMPIRAN

A

Borang Kaji Selidik

B

Taburan Frekuensi Mengikut Demografi

C

Faktor Pemilihan Produk Dan Premis Makanan Segera

D

Faktor Pemilihan Restoran Makanan Segera Mengikut Agama

E

Hubungan antara tahap pendidikan dan fahaman konsep makanan segera

F

Pensjijilan Halal Dalam Makanan Segera Mengikut Umur

G

Korelasi Antara Fahaman Dan Konsep Makanan Halal

H

Pendapatan responden berdasarkan pekerjaan Fahaman tentang makanan halal bagi pengguna bukan Islam berdasarkan umur

u s UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAB1 PENDAHULUAN 1.1

PENGENALAN

Restoran makanan segera tumbuh bagaikan cendawan kerana beberapa faktor. Antara faktor yang menggalakkan pertumbuhan restoran segera adalah seperti layanan perkhidmatan segera yang ditawarkan, lokasi yang menyenangkan, persekitaran yang bersih dan nyaman serta harga yang berpatutan membentuk ciri-ciri restoran makanan segera yang menjadi pilihan orang ramai. Kini terdapat lebih setengah juta restoran makanan segera di dunia dan daripada jumlah itu lebih separuh iaitu anggaran 300,000 buah adalah di Amerika Syarikat. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nielson Online Consumer Survey (2005) pada oktober 2004, di antara 28 buah negara termasuk

Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat, Asia muncul sebagai negara yang mempunyai ramai pengemar makanan segera. 59% rakyat Malaysia menjamu selera di restoran makanan segera sekali seminggu atau lebih, berbanding 35% di kalangan rakyat Amerika dan 10% penduduk Eropah, menurut kaji selidik 'Keyakinan dan Pendapat Pengguna' yang dilakukan oleh AC Nielsen; ia menyatakan bahawa 98% rakyat Malaysia makan di restoran-restoran makanan segera.

Nilai pasaran restoran makanan segera kini be~umlah RM 1.6 bilion. Pasaran itu dijangka akan berkembang sekitar 5 peratus setahun dengan perubahan dalam aliran semasa dan gaya hidup. Oi Malaysia, restoran makanan segera seperti A & W, McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) , dan Burger King telah bertapak selama 30

tahun dan sekarang berlaku perubahan corak pemakanan yang mengemari makanan segera. Makanan segera menawarkan produk seperti pizza, ayam goreng, burger,

~ llITlM'~YSIA~

daging dan sebagainya. Disebabkan kemajuan yang dinikmati sekarang, masyarakat lebih gemar memilih makanan segera kerana ketidakcukupan masa untuk menikmati makan tengahari kerana cenderung untuk bergerak pantas setiap masa (Hanson, 2002). Jumlah restoran makanan segera meningkat dua kali ganda dari tahun 1972 sehingga 1995 dan sekarang dianggarkan 247,113 seluruh negara (Wainwright, 2002).

Isu halal haram merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam. Masyarakat Islam dikejutkan dengan banyak pendedahan produk terutama makanan yang selama ini dianggap halal tetapi sebaliknya berlaku penipuan dengan mencampurkan makanan tersebut dengan bahan haram atau menggunakan bahan pembungkus, penyalahgunaan logo halal dan sebagainya. Masyarakat Islam sekali lagi berada dalam dilema kerana mereka tidak ada keupayaan untuk memastikan makanan atau produk barangan yang ada di pasaran adalah halal.

Sijil Pengesahan halal dan logo halal merupakan satu pengiktirafan yang menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman, dan bahan gunaan untuk orang Islam berasaskan kepada hukum syarak. la bertujuan untuk mengatasi kekeliruan dan keraguan yang timbul di kalangan pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan atau kesucian sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang dikeluarkan.

Sebahagian

besar

pengguna

Islam

mempunyai

kesedaran

mengenai

kepentingan makanan halal, bukan sahaja membabitkan pembelian daging ayam dan temakan lain tetapi juga pelbagai jenis makanan. Ini berikutan pemeriksaan yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) ke atas beberapa pusat penyembelihan ayam yang mendapati kebersihan di premis itu masih tidak memuaskan. Terdapat juga kes orang yang kurang arif mengenai penyembelihan mengikut hukum syarak yang akhimya membangkitkan keraguan serta kurang yakin di kalangan

u s UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

pengguna Islam. Isu halal bukan hanya mengenai pemakaian logo tetapi meliputi jangkauan makna yang lebih menyeluruh. melibatkan pelbagai proses penyediaan makanan tersebut termasuklah kebersihan penyediaan dan kesucian makanan.

Selain itu, isu yang timbul adalah mengenai penggunaan sijil dan logo halal. Dewasa ini. tiada Akta Halal untuk menangani isu-isu berhubung produk halal kerana sijil pengesahan dan logo halal bukan sesuatu yang diwajibkan kepada pengusaha. la bergantung kepada pengusaha dan Akta Perihal Dagangan 1972 membenarkan kepada semua pengusaha menggunakan logo halal mereka sendiri (Muhammad Hisyam, 2004). Hal ini menimbulkan sedikit kegusaran di kalangan pengguna yang prihatin terhadap halal atau haram produk makanan yang mereka beli.

Memandangkan isu pensijilan dan pemakaian logo halal ini masih baru dan kurang kajian yang dijalankan di Malaysia berbanding dengan negara - negara lain, maka kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan sijil halal dalam industri makanan segera.

1.2

OBJEKTIF

1. Untuk mengetahui pendapat antara pengguna Islam dan pengguna bukan Islam mengenai pensijilan halal dalam industri makanan segera. 2. Untuk mengetahui pemahaman pengguna Islam dan bukan Islam mengenai konsep makanan halal.

(!) MA~VSIA~ !),Sln

BAB2 ULASANPERPUSTAKAAN 2.1

Industri Pemprosesan Makanan

Industri pemprosesan makanan akan digalakkan untuk mengambil peluang daripada kedudukan Malaysia yang kukuh dari segi pensijilan halal bagi meneroka pasaran halal global yang semakin berkembang. Sehubungan ini, usaha akan dipergiat untuk membangunkan Malaysia sebagai hub serantau untuk standard hala!. Oi samping menaik taraf infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada untuk pengeluaran makanan halal, beberapa taman makanan halal yang baru akan ditubuhkan. Selain itu, pengeluaran produk makanan halal akan terus digalakkan untuk merebut peluang daripada potensi pasaran eksport halal yang luas. Langkah ini termasuk pemprosesan dan pembungkusan keluaran daging, ikan, dan keluaran berasaskan makanan yang lain (Fatimah,2006). Permintaan terhadap produk makanan halal dijangka terus meningkat berikutan bertambahnya kesedaran masyarakat Islam terhadap tuntutan peraturan makanan Islam.

Penekanan yang lebih juga akan diberikan untuk meningkatkan imej negara sebagai sumber makanan halal yang berkualiti dan selamat serta menonjolkan piawai pensijilan halal negara MS1500:2004 Garis Panduan Am dalam Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan Halal sebagai piawai premium untuk makanan hala!. Oi samping itu, Malaysia akan dibangunkan sebagai pusat pensijilan produk halal dan pensijilan halal JAKIM akan dipromosi ke seluruh dunia.

4

UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SABA"

2.2

Takrifan Halal

Mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia terbitan JAKIM, Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975 adalah seperti berikut: •

apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau pemiagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan

'Halal', apa perbahasaan lain yang menunjukkan

atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a. bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; b. tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak; c. tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-bend a najis mengikut Hukum Syarak; dan d. tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

5

UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2.3

Hala Tuju Pasaran Halal

Makanan halal telah dihasilkan sekian lama tetapi lima tahun kebelakangan ini dengan pertambahan penduduk yang pelbagai budaya dan agama, isu halal yang timbul menyebabkan

perlabelan

dan

penjenamaan

terhadap

produk

halal

semakin

berkembang. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub untuk industri makanan halal di peringkat global. Dianggarkan nilai perdagangan daripada kewujudan hub itu mencecah RM 1.5 trilion. Untuk pasaran domestik, nilainya cukup besar iaitu RM 5 bilion (Saipul Adli,2005).

Berdasarkan

Laporan

Ekonomi

2004/2005,

usaha

itu

direalisasikan

menggunakan pelbagai strategi, seperti Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP2) 1996 2005 (AI-Abror, 2005). Di bawah IMP2, salah satu hala tuju strategik yang digubal ialah usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub halal antarabangsa. Beberapa sektor yang berpotensi dalam pemprosesan makanan telah dikenalpasti, termasuk ternakan dan pemprosesan daging halal. Pelan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDP) 2001-2005 dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (NAP3) 1998-2010 turut menyediakan hala tuju tambahan kepada industri ini. Sasarannya adalah memasarkan produk halal kepada 1.8 bilion pengguna Islam di seluruh dunia.

Sijil halal JAKIM dibahagi kepada tiga kategori iaitu: produk makanan, prems makan, dan rumah sembelih. Pad a masa kini, JAKIM telah memperakui hampir 300 rumah sembelih di seluruh dunia. Angka ini memperkukuhkan imej Malaysia sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan halal. Pengiktirafan halal telah bermula pada tahun 1971 dan sijil halal diperkenalkan pad a 1994. sistem pensijilan ini adalah asas kepada Codex Alimentarius Commission untuk penggunaan istilah halal. Berdasarkan kepada penyataan Datuk Mustafa Abdul Rahman, pengarah bahagian

6

UMS

UNIVEASITI MALAYSIA SA BAH

JAKIM, Malaysia telah diperakui mempunyai piawaian halal yang terbaik di peringkat global (Che Mamat, 2005).

2.3.1

Pengeluaran Makanan Halal Oi Malaysia

Pengeluaran makanan halal di Malaysia agak kecil sebagaimana dicerminkan oleh nilai tambah keluaran pembuatan makanan (termasuk minyak masak dan minuman) sebanyak RM10,876 juta atau 2.8% daripada KONK dalam nilai semasa pada tahun 2003. walau bagaimanapun, berdasarkan kepada peningkatan nilai tambah tahunan yang kukuh sebanyak 7.3% dalam tempoh sedekad yang lalu (1994-2003), potensi industri ini untuk terus berkembang adalah menggalakkan. Oi samping itu, subsektor pertanian bagi perikanan, ternakan dan pelbagai (sayur-sayuran dan buah-buahan) yang sebahagiannya mempunyai kaitan dengan industri makanan halal menyumbang RM10,376 juta atau 2.6% kepada KONK pada tahun 2003, meningkat 6.6% setahun dalam tempoh yang sama. Pengeluaran prod uk ternakan ayam-itik terutamanya, mempunyai prospek yang terbaik untuk memperkembangkan lagi pasaran eksport. Ini memandangkan ketika ini Malaysia berada pad a kedudukan ke-12 tertinggi di kalangan negara pengeksport ayam-itik dan menyumbang 1.5% kepada bahagian pasaran global. Bagi daging lembu dan kambing pula, langkah sedang diambil untuk mempergiatkan lagi pengeluaran tempatan memandangkan industri ini menyumbang hanya kira-kira satu per empat kepada jumlah permintaan kapasiti.

Pad a masa ini juga, malaysia merupakan negara pengimport bersih makanan. Pada tahun 2003, jumlah perdagangan negara bagi produk makanan bemilai RM21, 188 juta dengan RM 12,745 juta atau 60.2% daripadanya merupakan import. Dari segi destinasi eksport, Singapura merupakan pasaran terbesar dengan menyumbang RM2,146 juta atau 25.4% daripada jumlah eksportl diikuti oleh negara ASEAN lain

UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

(kecuali Singapura) sebagai satu kumpulan (RM1,712 juta;6%), Kesatuan Eropah (RM1,359 juta;16.1%), China/Hong Kong (RM569 juta;6.7%), Amerika Syarikat (RM504 juta;6%) dan Jepun (RM4.5 juta;4.9%). Walaupun nilai eksport ke pasaran Asia Barat agak kecil (RM513 juta;6.1%), namun begitu, pasaran ni berpotensi untuk terus berkembang memandangkan bilangan pengguna Muslim yang ramai di rantau berkenaan.

2.4

Malaysia Sebagai Hub Serantau Bagi Produk Halal

Dalam tahun. 2004, kerajaan meneruskan usaha untuk membangunkan Malaysia sebagai hub serantau bagi pengeluaran produk dan perkhidmatan hala!. Kerajaan telah menyediakan

infrastruktur

perlu

dan

mekanisma

sokongan

pentadbiran

bagi

menggalakkan pertumbuhan pelaburan dalam industri produk halal serta membantu pengilang di Malaysia memperolehi kelebihan daya saing.

Pembangunan hub halal melibatkan usaha bersepadu di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

merupakan agensi penyelaras dan bertanggungjawab, antara lain, merangka dasar dan strategi, mendapatkan maklum balas industri, mengenal pasti dan menyelesaikan isuisu berbangkit, serta menggalakkan

2.4.1

ke~asama

antarabangsa.

Pensijilan atau Logo

Pada 15 Januari 2004 logo "Halal Malaysia" telah didaftarkan sebagai tanda pengesahan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan pemilik logo halal tersebut. Sijil halal JAKIM mempunyai ciri-ciri keselamatan dan logo halal JAKIM juga telah didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan

8

~ 1!ITIM'~YSI'~

di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Bagi produk yang dikilangkan di luar Malaysia untuk dipasarkan sarna ada di Malaysia atau di lain-lain negara, JAKIM tidak lagi mengeluarkan sijil dan logo halal. Pihak syarikat boleh menggunakan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Badan Islam di negara berkenaan yang diiktiraf oleh JAKIM. Sijil pengesahan halal dan logo halal akan dikeluarkan setelah barang, premis dan tempat makanan yang berkaitan didapati memenuhi kehendak peraturan halal mengikut hukum syarak. Bayaran dikenakan berdasarkan kategori seperti jadual 2.1.

Jadual 2.1: Bayaran yang dikenakan untuk permohonan sijil halal berdasarkan kategori JENIS PENGESAHAN

BAYARAN

INDUSTRI MAKANAN



Produk Kilang

RM 1,500

• •

Industri Keeil dan Sederhana

RM400

Premis Restoran I Hotel (berangkai)

RM300

• • •

Premis Restoran I Katering I Kedai I Gerai

RM300

Premis Rumah Sembelih I Pasar

RM 150

Produk Industri Kampung

RM200

INDUSTRI KOSMETIK



Produk Kilang

RM500

INDUSTRI MAKANAN KESIHATAN



Produk Kilang

RM200

Sumber: Jabatan KemaJuan Islam MalaysIa, 2005

Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pemohon adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada perubahan seperti jadual 2.2, jadual

u s UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2.3, jadual 2.4 dan jadual 2.5. bayaran pensijilan halal yang dikenakan adalah untuk tempoh dua (2) tahun.

Jadual 2.2: Ciri-ciri Industri Ciri-ciri

Industri

Nilai jualan tahunan s RM 500,000 peke~a

Industri Kecil

s 50 orang Contoh: Industri kampung Nilai jualan tahunan ~ RM 500,000 hingga

Industri Kecil & Sederhana (IKS)

RM 25 juta peke~a

s 150 orang

Secara global & mempunyai rangkaian di

Industri Nasional

beberapa negara Nilai jualan tahunan Peke~a ~

~

RM 25 juta

150 orang

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005

Jadual 2.3: Kadar Caj Rumah Sembelih Premis Kecil

Premis Sederhana

Premis Besar

(RM)

(RM)

(RM)

100

400

700

Sumber: Jabatan KemaJuan Islam Malaysia, 2005

Jadual 2.4: Saiz Premis Rumah Sembelih

Saiz Premis

Bil. Ayam {danlatau sejenisnya)/hari

BiI.Kambing

Bil. Lembu

(dan/atau

(dan/atau

sejenisnya)/ hari

sejenisnya)/ hari

Kecil

100

Sumber: Jabatan KemaJuan Islam Malaysia, 2005

u s UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

RUJUKAN

Akbay, C., Tiryaki, G. Y., Gul, A. 2006. Cosumer Characteristic Influencing Fast Food Consumption In Turkey. Journal of Food Control www.sciencedirect.com

AI-Abror Mohd. Yusuf. 2005. "Umat Islam Nadi Makanan Halal" (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/Malay/Sept04%2021d.htm

Abdullah. 2006. "Laba Industri Halal" Azlinariah http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/Jan07%2023.htm

talian)

(atas

Azran Jaafar. 2006. Akta Makanan Halal Perlu Disegera: Kuasa Perundangan Mampu Tingkat Kredibiliti Negara Sebagai Hub. Berita Harian, 13 Jun: 14.

Berita Harian. 2004. Masih Ada Umat Islam Tidak Faham Konsep Halal. Berita Harian. 30 Julai.

Che Mamat, C. H. P. 2005. "Get Certified". The Ha/al Journal Jan/Feb, 2005. (31)

David

B. Fankhauser. "Rennet For Making Cheese" (atas http://www.biology.clc.uc.edu/fankhauser/cheese/renneUrennet.html

talian)

Fatimah Mohamed Arshad. 2006. Cabaran Pelan Industri. Utusan Online. 21 Ogos.

Ghafani Awang Teh. 2003. "Sijil Halal Bertaraf http://www.jphpk.gov.my/Malay?Dis03%2026f.htm

Global"

(atas

talian)

Hanson, R. (2002). Turkey HRI food service sector report 2002. USDA Foreign Agricultural Service Gain Report #TU2012. (atas talian) http://fas.usda.gov.

"Isu

Pensijilan dan Pemakaian Logo Halal" (atas http://www.abim.org.my/portal/modules/news/article .php?storyid=512. 2005.

28

talian) Mac

Jabatan Perkhidmatan Haiwan. 2005. Analisis Makanan Halal Cara Saintifik. (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/malay/mac05%2026.c.htm.

"KFC Holdings (Malaysia) Bhd - Halal Guaranteed. Anywhere. Anytime: KFC Dijamin Halal" (atas talian) www.kfc.com .my/2005

Laporan Ekonomi 2004/2005. Prestasi dan Prospek Ekonomi 200412005. 37-39 (atas talian) http://www.pks-anz.org/modules.php

Laporan Ekonomi 200212003. Kementerian Kewangan Malaysia. 67-68.

Laporan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia 2004. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia.

"Makanan Segera: Adakah Pilihan BijakT (atas talian) http://www.ikim .com .my Dicetak 28 Julai 2006.

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. 2005. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 1-2.

McSwane, D., Rue, N., Linton, R. Prentice Hall:Essentia/s of Food Safety and Sanitation. 3rd Edition. 2003. USA

MEMPERKASAKAN PERTANIAN DAN INDUSTRI BERASASKAN PER TANIA N. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. a.(95)

MEMPERKASAKAN PERTANIAN DAN INDUSTRI BERASASKAN PER TANIA N. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. b.(103)

Muhammad Hisyam Mohamad. 2006. Pengesahan Halal Seri Kelebihan Peringkat Global. Berita Harian, 28 Mei (atas talian) http://www.institut kefahaman islam malaysia IKIM/2004 Dicetak pad a 09 Disember 2004.

Nielsen, AC, 2005. Consumer in Asia Pacific - Our Fast Foodffake Away Consumption (2005). Retrieved April 13, 2005, (atas talian) Habits. http://www2 .acnielsen .com/reports/documents/2004 ap fastfood .pdf/.

"Nombor E - Bahan Tambah Makanan" Buletin Pengguna Bil. 5/2004 (atas talian) www.kpdnhep.gov.my Dicetak pad a Mei 2004.

"Pembentangan Usul Mengenai Kajian Separuh Penggal RMK-8" www.pms.gov.my/webnotesApp/PastPM.nsf/acfe

(atas talian)

52

UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

Radzee. 2006. "Gelatin Ha/a/:Kisah ha/a/?tak http://www.ha/a/ge/atine.com/Artike/satu.htm/

kisahT

(atas

talian)

Rancangan Ma/aysia Ke-/apan (2001-2005) Bab 09: Pembangunan Perindustrian. (atas talian)http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan 1. nsfNAIIOo4EO 1024c 3055

Remi Yahya-Ishmael. 2005. The Halal Journal- Journal of The Global Halal Market. May/June 2005: 30-31

Riaz, M. N., Chaudry, M. M. Ha/al Food Production. 2004. CRC Press LLC. United States Of America.

Saipul

Ad Ii Mohamad. 2005. "Angkara http://www.jphpk.gov.my/Malay/Jun05%204.htm

Nila

Setitik"

Siti Ainiza Kamsari. 2007. "Halagel Pelopor Gelatin Halal Malaysia" (atas talian) http://www.utusan .com .my/utusan/achieve .asp?y=2006&dt=0616&pub=utusan.m alaysia&sec=b

Syed Rasheeduddin Ahmed. 2004. "Halal Food News: Not All Whey Is Made The Same Way" (atas talian) http://www.halaI2u.com/modules/news/article.php?storyid=7

Utusan Malaysia. 2002. Pilih Makanan Segera Dengan Betul. Utusan Malaysia, 25 Oktober.

Wainwright, M. 2002. US Food Service Industry Forecast. Chicago: Technomic Inc.

Yaakob Che Man. Halal Gadget - New Product and Technologies. The Halal Journa/Journal of The Global Ha/al Market. March/April 2005:28

Zuarida Mohyin. 2006. "UPM Bangunkan Teknik Kesan Khinzir Dalam Makanan" (atas talian) http://www.jphpk.gov.my/Malay/Mac06%2014.htm

53

UMS

UNIV£RSITI MALAYSIA SABAH

Suggest Documents