KEBOLEHPERCAYAAN MODUL PROGRAM MAJU DIRI (PMD) JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

KEBOLEHPERCAYAAN MODUL PROGRAM MAJU DIRI (PMD) JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR JAMALUDIN AHMAD, SIDEK MOHD NOAH, RUSNANI ABDUL KADIR, SHAMSUDDIN AHMAD & T...
Author: Melvyn Robbins
27 downloads 1 Views 134KB Size
KEBOLEHPERCAYAAN MODUL PROGRAM MAJU DIRI (PMD) JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR JAMALUDIN AHMAD, SIDEK MOHD NOAH, RUSNANI ABDUL KADIR, SHAMSUDDIN AHMAD & TAJULARIPIN SULAIMAN Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Abstract : This study aims at determining the reliability of the Program Maju Diri (PMD) module developed by Selangor State Education Department. The module consists of three sub modules namely Pendekatan Insan Cemerlang (PIC), Pendekatan Cahaya Iman (PCI) and Pendekatan Nilai Diri (PND. The research design used in this study was an experimental design. The subjects of this research were 440 forms 1, 2, 3, 4 and 5 students from eight secondary schools in the state of Selangor selected using random sampling. The subjects then undergone activities as prescribe in the modules and later responded to the reliability questionnaires developed by the researchers. The data obtained were than analyzed using the reliability analysis. The finding of the study showed that the PMD module has a high reliability. Pertaining to the research findings, several implications and recommendations were suggested. Keywords : program maju diri, reliability, module. LATAR BELAKANG KAJIAN Di Negeri Selangor (1999) terdapat 257,390 orang pelajar masih bersekolah di 163 buah sekolah menengah. Negeri Selangor yang akan menjadi negeri maju menjelang tahun 2005 memerlukan sumber tenaga di kalangan remaja sekolah yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Para remaja tersebut perlu didedahkan pelbagai aktiviti anjuran Jabatan Pendidikan Selangor. Salah satu aktiviti terpenting yang mendapat sokongan sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor ialah melalui aktiviti Modul Program Maju Diri (PMD), khusus untuk para remaja sekolah menengah. Modul PMD bersifat modul motivasi kerana modul ini merupakan alat, sumber, atau bahan pendorong dan penggerak kepada seseorang pelajar itu melakukan pelbagai aktiviti dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Tenaga pengerak itu terhasil melalui desakan dalaman atau desakan luaran yang dicetuskan oleh orang lain sama ada oleh fasilitator, kaunselor, guru dan individu lain yang pakar dan berkebolehan dalam bidang motivasi. Rusell (1974) mendefinisikan modul sebagai satu pakej pengajaran berkaitan dengan satu unit mata pelajaran dan merupakan satu usaha untuk pengajaran secara individu dan membolehkan seseorang pelajar menguasai satu unit kandungan mata pelajaran sebelum bergerak kepada unit yang lain. Sharifah Alwiah Alsagoff (1981), menjelaskan modul adalah bahagian-bahagian kecil yang tersendiri tetapi lengkap dan berkaitan rapat di antara satu bahagian kecil dengan bahagian-bahagian kecil yang lain. Creager dan Murray (1985), menjelaskan modul adalah satu unit pengajaran yang lengkap dan bebas dengan fokus utamanya ke atas pencapaian beberapa objektif yang jelas. Husen dan

Postlethwaite (1985), menyimpulkan modul adalah kelihatan seperti mewakili satu pakej pengajaran yang lengkap meliputi satu mata pelajaran. Kamdi Kamil (1990) menghuraikan modul sebagai satu pakej pengajaran dan pembelajaran atau pukal belajar sendiri yang lengkap mengandungi komponenkomponen pengajaran pembelajaran supaya murid-murid dapat mengikuti langkah demi langkah menguasai sesuatu unit pembelajaran dan menjadikan pembelajaran boleh dijalankan secara individu. Kesimpulannya modul ialah alat, sumber dan bahan yang memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Klingstedt (1973) menjelaskan pengajaran secara modul bukanlah kata pemutus terhadap bukti keberkesanannya tetapi modul adalah salah satu kaedah yang harus diberi perhatian berat. Rusell (1974) menyimpulkan modul dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan modul juga boleh digunakan untuk pengajaran yang tidak bersifat akademik seperti aktiviti peningkatan diri, kegemaran, penggembaraan dan berekreasi. Beliau juga menegaskan bahawa modul boleh dijalankan secara individu, secara kelompok kecil (4 hingga 6 orang) atau secara kelompok besar (30 orang). Sharifah Alwiah Alsagoff (1985) menegaskan bahawa modul berkemampuan menyenangkan pembelajaran pelajar-pelajar dan modul juga boleh dilaksanakan secara individu ataupun kelompok. Husen dan Postlethwaite (1985) menjelaskan pendekatan modul telah dibuktikan sebagai satu alat yang berkesan dan cekap di dalam membantu pembelajaran pelajar. Kebanyakan mata pelajaran boleh diajar dengan menggunakan pendekatan modul. Stephen (1989) menegaskan salah satu faktor utama kenapa pendekatan modul digunakan ialah modul berkemampuan meningkatkan motivasi pelajar disamping dapat mencapai matlamat jangka pendek serta mendapat maklum balas segera daripada pelajar. Shahrom Noordin dan Yap Kueh Chin (1991) menjelaskan modul membolehkan pelajar memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka supaya pembelajaran akan lebih berkesan dan produktif. Kesimpulannya pendekatan modul telah dapat memudahkan proses pengajaran, memudahkan pemahaman pelajar di samping dapat menarik minat pelajar serta dapat meningkatkan motivasi para pelajar. Walaupun banyak modul telah dihasilkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran namun tidak banyak kajian yang berkaitan dengan nilai pekali kebolehpercayaan sesuatu modul dijalankan. Kajian berkaitan dengan nilai pekali kebolehpercayaan sesuatu modul adalah sangat terhad. Namun demikian, antara kajian yang telah dijalankan ialah kajian oleh Subahan Meerah (1990), Zulaiha Paikon (1991), Zurina Abd Wahab (1992), Suhaili Abd Rahim (1994), Shahrom Noordin (1995) dan Zaid Ali (1997). PERNYATAAN MASALAH Abu Bakar Nordin (1987) menyatakan sesuatu alat ukuran yang tidak memenuhi syarat berkaitan dengan kebolehpercayaan akan dianggap cacat dan dengan itu maklumat yang diperoleh daripadanya itu tidak akan diterima. Julie (1995) menegaskan sesuatu alat ukuran dianggap mantap dan kukuh apabila terdapat

bukti-bukti mengenai pekali kebolehpercayaannya. Oleh itu, untuk menentukan pekali kebolehpercayaan modul PMD tersebut, persoalan kajian berikut dikemukakan: Adakah modul motivasi yang dikenali sebagai modul Program Maju Diri (PMD) mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi? Kajian ini dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan modul Program Maju Diri (PMD), Jabatan Pendidikan Selangor. TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan pekali kebolehpercayaan modul Program Maju Diri (PMD) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Selangor di kalangan pelajar sekolah menengah bantuan penuh kerajaan yang berada tingkatan 1 hingga 5. Secara khusus kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti dan menentukan pekali kebolehpercayaan modul Program Maju Diri (PMD), yang terdiri daripada tiga sub modul iaitu sub-modul PIC, sub-modul PCI dan sub-modul PND. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen kerana Mohd Majid Konting (1998) menerangkan ianya merupakan satu pendekatan untuk menentukan kesan sesuatu olahan pembolehubah tidak bersandar (modul PMD) ke atas pembolehubah bersandar (motivasi Pencapaian). Dengan lain perkataan, subjek kajian akan diberi rawatan dengan mengikuti modul PMD dan setelah itu subjek kajian menjawab soalselidik kebolehpercayaan bagi menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD tersebut. Setelah nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD diperolehi dan didapati nilainya tinggi maka baharulah modul PMD boleh menentukan kesan pembolehubah tidak bersandar ke atas pembolehubah bersandar. Tempat Kajian Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor. Kesemua sembilan daerah di Negeri Selangor iaitu Daerah Sepang, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor terlibat dalam kajian ini. Pemilihan Negeri Selangor sebagai lokasi kajian adalah bersesuaian dengan persoalan dan tujuan kajian. Selain dari itu hanya modul PMD sahaja yang dibangunkan dan digunakan di sekolahsekolah menengah di Negeri Selangor. Subjek Kajian Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah yang berada di Negeri Selangor sahaja. Ini disebabkan hanya Jabatan Pendidikan Selangor sahaja yang melaksanakan program modul PMD. Populasi adalah sekolahsekolah menengah yang memenuhi persyaratan tertentu seperti sekolah menengah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Selangor yang telah

melaksanakan program modul PMD. Sejumlah 440 orang pelajar dari lapan buah sekolah menengah telah dipilih secara rawak dan dijadikan sebagai subjek kajian. Kaedah pemilihan subjek kajian ini ialah kesemua sembilan daerah di Negeri Selangor iaitu Daerah Sepang, Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, ditulis pada sehelai kertas secara berasingan dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian dicabut sehelai daripadanya di mana daerah Kuala Langat telah terpilih sebagai kawasan kajian. Kesemua 12 nama sekolah menengah yang ada di daerah Kuala Langat ditulis pada sehelai kertas secara berasingan dan dimasukkan ke dalam kotak. Setelah itu dicabut sehelai untuk mengenalpasti sekolah yang terpilih sebagai subjek kajian. Sekolah yang terpilih tadi dimasukkan semula ke dalam kotak yang sama dan dibuat cabutan buat kali kedua bagi mendapatkan subjek kajian ke dua pula. Proses yang sama dilakukan bagi mempastikan setiap sekolah mempunyai peluang yang sama untuk terpilih, sehingga 11 sub modul PMD telah diwakili oleh sekolah-sekolah yang berkenaan. Keputusan adalah seperti dalam Jadual 1. JADUAL 1 Senarai nama sekolah di daerah Kuala Langat yang terpilih sebagai subjek kajian untuk penilaian pekali kebolehpercayaan modul PMD Bil.

Nama Sekolah

1.

SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat

2.

SMK Jugra, Kuala Langat

3. 4. 5. 6. 7. 8.

SMK Sultan Abdul Samad, Kuala Langat SMK Jenjarom, Kuala Langat SMK Bukit Changgang, Kuala Langat SMK Banting, Kuala Langat SMK Sungai Manggis, Kuala Langat SMK Batu Laut, Kuala Langat

Tingkatan

Komponen Modul

3 1 1 2 3 1 4 5 2 3 2

PIC PCI PND PIC PCI PIC PIC PIC PND PND PCI

Alat Kajian Alat kajian yang digunakan bagi menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD telah dicipta oleh penyelidik. Item-item soalan yang dicipta adalah berdasarkan kepada langkah-langkah setiap aktiviti yang tercatat dalam setiap sub modul PMD. Pandangan ini diambil berdasarkan kepada Vale (1998) yang mengatakan bahawa pembinaan item-item soalan untuk menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul adalah berdasarkan kepada langkah-langkah setiap aktiviti yang tercatat dalam modul. Vale (1998) menyatakan nilai pekali kebolehpercayaan modul boleh ditentukan melalui soalselidik kebolehpercayaan. Sebenarnya Vale (1998) telah menggunakan pendekatan selari dalam menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul kejuruteraan.

Untuk memudahkan penjelasan proses menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD sila lihat Rajah 1. Dalam rajah ini dijelaskan urutan proses menguji nilai pekali kebolehpercayaan yang bermula dari proses pembinaan modul, proses penelitian modul, proses mencuba modul, proses pemurnian modul dan proses menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul. Dalam proses menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul, pembinaan itemitem ujian memerlukan penelitian dengan berdasarkan kepada langkah-langkah setiap aktiviti yang ada dalam modul, kemudian dilakukan proses percubaan dan seterusnya dilakukan proses pembaikan dan pemurnian. Jika didapati nilai pekali kebolehpercayaan modul adalah baik dan tinggi maka baharulah boleh diterima sesuatu modul tersebut. Jika tidak memuaskan maka proses pengulangan dan penyemakan semula perlu dilakukan. Rusell (1974), menyatakan bahawa walaupun sesuatu modul itu telah mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan, pemantauan harus dilakukan terhadap kebolehan dan kecekapan pelajar semasa mengendalikan modul serta jika perlu harus dibuat pengulangan sekiranya pelajar tidak dapat menguasai objektif modul tersebut. Penganalisisan Data Statistik Walaupun banyak data dan maklumat diperolehi dari kajian ini, namun artikel ini hanya memberi tumpuan kepada data-data yang berkaitan dengan tujuan kajian yang telah dinyatakan. Data-data yang berkaitan dengan tujuan tersebut telah dianalisis menggunakan statistic Korelasi Pearson (r). Untuk memudahkan pengiraan dan memastikan kiraan yang dilakukan tepat maka program computer The Statistical Package for the Social Scienses (SPSS/PC+) (Norusis & SPSS, 1993) telah digunakan. Sub-program yang digunakan ialah sub-program Reliability model alpha. Dengan menggunakan sub-program ini nilai pekali kebolehpercayaan bagi setiap komponen modul dapat ditentukan dan dikenalpasti. DAPATAN KAJIAN Setelah dibuat pembetulan, pembaikan dan permurnian maka modul PMD telah didedahkan kepada jurulatih-jurulatih yang mewakili setiap daerah yang ada di Negeri Selangor. Semasa proses melatih ini, juga dilakukan penyemakan, pembaikan, pembetulan serta permurnian modul PMD. Seterusnya proses melatih guru-guru pelaksana di setiap buah sekolah menengah dilakukan. Di peringkat ini juga telah dilakukan penyemakan, pembaikan, pembetulan dan permurnian modul PMD. Hal ini bertepatan dengan pendapat Rusell (1974), yang menegaskan bahawa proses terpenting dalam menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul ialah ketika proses mencuba modul dengan melihat maklum balas pelajar.

MODUL PMD

PEMBINAAN MODUL

PENELITIAN MODUL

PROSES MENCUBA MODUL

PEMURNIAN MODUL

MENGUJI KEBOLEHPERCAYAAN MODUL

Pembinaan Item-Item Ujian Berdasarkan Langkah-Langkah Aktiviti

Penelitian dan Pemurnian Item-item Ujian

Proses Pengujian

Memuaskan

Tidak

Ya

MODUL SEDIA DIGUNAKAN

Rajah 1 Proses menguji pekali kebolehpercayaan modul PMD

Akhirnya setelah mendapati modul PMD ini benar-benar memuaskan baharulah dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah menengah seluruh Negeri Selangor. Dalam pada itu dari setahun ke setahun proses penyemakan, pembetulan, pembaikan dan permurnian modul PMD masih terus dilakukan, lebih-lebih lagi pihak Jabatan Pendidikan Selangor ada menyediakan borang khas memantau perjalanan, perlaksanaan, kekuatan, kelebihan dan keberkesanan modul PMD. Merujuk kepada hipotesis H1 iaitu terdapat nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi di kalangan pelajar yang telah mengikuti modul PMD. Untuk tujuan pengujian hipotesis ini, sebanyak 11 soal selidik telah dicipta oleh penyelidik dan diberi kepada pelajar untuk menjawabnya setelah semua pelajar mengikuti modul PMD tersebut. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan koefisien Alpha Cronbach. Murphy dan Davidshover (1998), menyatakan kebolehpercayaan merupakan konsisten sesuatu pengukuran. Saifuddin Azwar (1986), menyebut bahawa konsisten suatu alat pengukuran dalam mengukur pembolehubah adalah konsep kebolehpercayaan alat pengukuran. Tiada satu ketetapan standard telah dibuat berkaitan dengan nilai kebolehpercayaan sama ada oleh para penyelidik dari negara barat mahupun penyelidik dalam negara Malaysia. Valette (1977), mencadangkan nilai kebolehpercayaan alat pengukuran paling minima yang boleh diterima pakai ialah .50, Mohd Majid Konting (1998), menyatakan sekurangkurangnya .60, Fraenkel dan Wallen (1996) menyatakan .70, Edward dan Richard (1979) menyatakan .80, Ahmann dan Glock (1981) menyatakan .85 dan Hopkins (1998) menyatakan nilai kebolehpercayaan paling minima ialah .90. Modul PMD yang telah dilalui oleh semua pelajar di Negeri Selangor menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi iaitu melebihi .8. Bersama-sama ini disertakan keputusan nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD (lihat Jadual 2). JADUAL 2 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Modul Program Maju Diri Jabatan Pendidikan Selangor Bil.

Nama Sub-Modul PMD

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Pendekatan Insan Cemerlang Pendekatan Insan Cemerlang Pendekatan Insan Cemerlang Pendekatan Insan Cemerlang Pendekatan Insan Cemerlang Pendekatan Cahaya Iman Pendekatan Cahaya Iman Pendekatan Cahaya Iman Pendekatan Nilai Diri Pendekatan Nilai Diri Pendekatan Nilai Diri

Tingkatan 1 2 3 4 5 1 2 3 1 2 3

Nilai Pekali Kebolehpercayaan .9737 .9662 .9152 .9388 .9553 .9111 .9539 .8247 .9417 .8731 .8482

PERBINCANGAN Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul PMD Jabatan Pendidikan Selangor mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi. Jika dibuat perbandingan keputusan nilai kebolehpercayaan modul PMD menunjukkan bahawa sub modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) mempaparkan nilai pekali kebolehpercayaan yang paling baik berbanding dengan sub modul Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dan sub modul Pendekatan Nilai Diri (PND). Ini membuktikan bahawa sub modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) adalah yang terbaik dari aspek nilai pekali kebolehpercayaannya dan diikuti pula sub modul Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dan akhirnya sub modul Pendekatan Nilai Diri (PND). Kesemua nilai pekali kebolehpercayaan komponen modul PMD adalah melebihi .80 dan ianya menepati pandangan Edward dan Richard (1979) yang menyatakan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran sekurangkurangnya .80, malahan kebanyakan nilai kebolehpercayaan modul PMD melebihi .90. Hal ini menepati pandangan Hopkins (1998) yang menyatakan nilai kebolehpecayaan alat ukuran perlulah melebihi .90. Jika dibuat perbandingan antara kesemua sub-modul PMD, keputusan kajian menunjukkan bahawa sub-modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) tingkatan satu mencatat nilai pekali kebolehpercayaan yang paling tinggi iaitu dengan nilai .9737, diikuti sub-modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC) tingkatan dua dengan nilai .9662. Nilai pekali kebolehpercayaan yang paling rendah ialah sub modul Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dengan nilai .8247. Walaupun nilainya paling rendah tetapi ianya masih menepati syor yang dikemukakan oleh Edward dan Richard (1979), Mohd Majid Konting (1998), Valette (1977) dan Fraenkel dan Wallen (1996). Kesimpulannya nilai pekali kebolehpercayaan modul Program Maju Diri adalah baik dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh tokoh penyelidik dari negara barat. IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa modul PMD Jabatan Pendidikan Selangor telah mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang baik. Kesemua 11 sub-modul PMD telah diterima pakai sebagai alat yang boleh memberi bimbingan, motivasi, sokongan, semangat, nasihat, dan pandangan ke arah membawa pelajar sekolah menengah menuju tahap kecemerlangan menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Daripada aspek menilai pekali kebolehpercayaan modul, didapati bahawa pandangan Vale (1998) yang menyatakan pembinaan item-item soalan boleh dibina berdasarkan kepada langkah-langkah aktiviti modul. Jika dilihat dalam Jadual 2, menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan adalah tinggi dan menepati kehendak Vale (1998). Oleh yang demikian, penyelidik merasakan untuk menguji kebolehpercayaan sesuatu modul, item-itemnya boleh dibina berdasarkan kepada langkah-langkah aktiviti modul.

Yang paling penting ialah membantu para penyelidik lain, bagaimana untuk menguji nilai pekali kebolehpercayaan modul-modul yang terdapat di negara Malaysia. Secara tidak lansung dapatan kajian ini mampu mengalakkan penciptaan modul-modul baru pada masa-masa akan datang. Hakikatnya modul merupakan alat, bahan dan sumber yang boleh meningkatkan motivasi dan pencapaian di kalangan para pelajar sekolah malah dapat meningkatkan minat pelajar ke arah proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu para guru memudahkan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Adalah diharapkan modul-modul seumpama ini dapat diperluaskan penggunaannya di semua sekolah di seluruh negara bahkan jika boleh menjadi bahan rujukan dan panduan oleh sekolah-sekolah swasta. Sekolah-sekolah berkenaan juga boleh mencipta modul seumpama ini untuk dipraktikkan di sekolah masing-masing agar penggunaan modul akan lebih meluas pada masamasa akan datang. CADANGAN KAJIAN SehubungaN dengan dapatan kajian yang telah diperoleh mengenai nilai pekali eboehpercayaan modul PMD, maka berikut diperturunkan bebebrapa cadangan khususbya kepada Jabatan Pendidikan Selangor dan Pembina-pembina modul: 1. Oleh kerana nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD adalah tinggi ,maka adalah dicadangkan agar modul PMD dilaksanakan secara lebih komprehensif dan besungguh-sungguh di semua sekolah menengah di Negeri Selangor tanpa mengira sama ada sekolah itu adalahsekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah swasta, sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh, sekolah agama negeri, sekolah agama persekutuan mahupun sekolah teknik. 2. Memandangkan sub-modul PIC mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang paling tinggi berbanding dengan sub-modul PCI dan sub-modul PND maka adalah dicadangkan agar sub-modul PIC digunakan untuk semua pelajar sekolah menengah tanpa mengira latar belakang khususnya agama dan ras. Dengan itu, aktiviti yang diberikan kepada semua pelajar adalah sama dan ini akan menyumbangkan kepada perpaduan dan wujudnya kasih sayang berbilang bangsa kerana semua bangsa dapat melalui program yang sama. 3. Kajian ini menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan modul boleh ditentukan menggunakan pendekatan pembinaan soal selidik berdasarkan langkah-langkah dalam aktiviti modul seperti mana yang disarankan oleh Vale (1998). Oleh yang demikian adalah dicadangkan agar pengkajipengkaji atau pembina-pembina modul di masa akan datang dapat menggunakan pendekatan pembinaan soal selidik kebolehpercayaan modul berdasarkan langkah-langkah dalam aktiviti modul. 4. Walaupun kajian ini menunjukkan modul PMD mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi namun daripada segi pelaksanaan modul ini tidak semestinya memberikan hasil seperti yang diharapkan. Ini banyak

bergantung kepada cara dan kaedah perlaksanaan sama ada mengikut piawaian yang telah ditentukan. Oleh itu, adalah dicadangkan agar satu lagi kajian yang sama dijalankan untuk menentukan nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD adalah tinggi. 5. Adalah dicadangkan juga agar kajian lanjutan berhubung dengan nilai pekali kebolehpercayaan modul PMD dijalankan di negeri-negeri lain di seluruh Negara. Sekiranya keputusan yang diperolehi berkaitan kualiti psikometrik seperti nilai pekali kebolehpercayaan adalah sama seperti yang diperolehi dalam kajian ini, maka adalah dicadangkan agar modul PMD diperluaskan penggunaannya ke seluruh Negara. RUJUKAN Abu Bakar Nordin (1995). Penilaian afektif. Kajang: Masa Enterprise. Ahmann, J.S & Glock, M.D (1981). Evaluating students progress: Principles of test and measurement. Boston: Allyn and Bacon, Inc. Creager & Murray (1985). The International Oxford: Pergamon Press Ltd.

Encyclopedia

of

Education.

Edward G. Carmines & Richard A. Zeller (1979). Reliability And Assessment. United States Of America: Sage Publication, Inc.

Validity

Fraenkel, J.R & Wallen, N.E (1997). How To Design And Evaluate Research In Education. 3 rd.ed. New York: Mc. Graw. Hill, Inc. Hopkins, K.D (1998). Educational And Psychological Evaluation. 8th Edition.Boston: Allyn And Bacon. Husen, T & Postlethwaite, T.N (1985). The International Education. Oxford: Pergamon Press Ltd. Valume 5 & 6. Jabatan Pendidikan Selangor (1997). Laporan PMD. Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid.

Kajian

Measurement And

Encyclopedia Of

Keberkesanan Modul

Jabatan Pendidikan Selangor (1998). Modul Program Maju Diri Tingkatan 1-5 (Pendekatan Insan Cemerlang). Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid. Jabatan Pendidikan Selangor (1998). Modul Program Maju Diri Tingkatan 13 (Pendekatan Cahaya Iman). Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid. Jabatan Pendidikan Selangor (1998). Modul Program Maju Diri Tingkatan 13 (Pendekatan Nilai Diri). Shah Alam: Unit Hal Ehwal Murid. Jabatan Pendidikan Selangor (1999). Statistik tahun 1999. Shah Alam:Unit Maklumat

Julie Cotton (1995). The theory of assessment: An introduction. London: Kogen Page Limited. Kamdi Kamil (1991). Keberkesanan Program Pengayaan Alam Dan Manusia Secara Bermodul Untuk Murid-Murid Pencapaian Tinggi Tahun Lima. Tesis sarjana. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Klingstedt, J.L (1973). Learning Modules For Competency-Based Education. New Jersey: Educational Technology Publications Engkewood Cliffs. Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Murphy, Keven. R & Davidshover, Charle. O (1994). Psychological Testing. Principles And Application. Fourth Edition. New Jersey: Prentice Hall. Rusell, J.D (1974). Modular Instruction: A Guide To The Design, Selection, Utilization And Evaluation Of Modular Materials. United States: Publishing Company. Saifuddin Azwar (1986). Reliabilitas komputasi. Jogjakarta: Liberty.

dan

validatas:

Interpretasi

dan

Shahrom Noordin & Yap Kueh Chin (1991). “Ke arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul.” Jurnal Pendidikan Guru, 7: 89-107. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Shahrom Noordin (1995). Pencapaian akademik para pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran fizik menerusi kaedah pengajaran bermodul, Jurnal Guru. 7: 474-479. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Sharifah AlwiahAlsagoff (1981). Pengenalan pengajaran individu dengan tumpuan khas kepada modul pengajaran dan modul pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 3(1): 54-62. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Stephen Munby (1989). Assesing Black Well Ltd.

and recording cchievement. England: Basil

Suhaili Abd Rahim (1994). Kebolehpercayaan penilaian guru terhadap kerja kursus mata pelajaran kemahiran hidup program peralihan. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Tesis Sarjana. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Subahan T. Meerah (1990). Pembinaan alat kajian untuk mengukur tingkah laku pengajaran di sekolah dan di universiti. Jurnal Pendidikan, 15: 43-63. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Valette, Rebecca M. (1977). Modern language testing: A hand book. (2nd Edition). New York: Harcourt Brace Jovanovich. Vale, J.D. (1998). Julai 2002).

Traditional reliability. http://www.ece.edu/-koopman/de.

(23

Zaid Ali (1997). Kebolehpercayaan aan kesahan ramalan instrumen pengajian bahasa Melayu peperiksaan percubaan STPM. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Tesis Sarjana. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Zarina Abd Wahab (1991). Keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian pelajar matrikulasi Kolej Pendita Za’ba, UPM. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Zulaiha Paikon (1991). Keberkesanan penggunaan kaedah modul dalam pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Suggest Documents